The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORAYATI BINTI MOHD ISA Moe, 2022-06-11 22:34:30

BUKU TEKS PSV TAHUN 6 SK 2022

BUKU TEKS PSV TAHUN 6 SK 2022

Keywords: BUKU TEKS PSV TAHUN 6 SK 2022,BUKU TEKS PSV,BUKU TEKS,BUKU TEKS TAHUN 5

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan

seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017)

Pendidikan

TAHUN SEKOLAH KEBANGSAAN

PENULIS
Mohamad Hazzim bin Suahimi
Nursuhailah binti Mohamed Kassin

EDITOR
Ku Nurul Hidayah binti Ku Abdul Rahman

Ana Suhana binti Zainuddin

PEREKA BENTUK
Noor Nasriq Eqbal bin Ahmad Mijar

ILUSTRATOR
Muhammad Izzuan bin Idris

Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
2021

i

No. Siri Buku: 0012 Penerbitan pakej buku teks ini melibatkan
kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan
KK 741-221-0102011-49-3284-20101 dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak
ISBN 978-983-49-3284-8 yang terlibat:
• Jawatankuasa Penyemakan Pruf Muka Surat,
Cetakan Pertama 2021
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2021 Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam • Jawatankuasa Penyemakan
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, Naskhah Sedia Kamera,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang Kementerian Pendidikan Malaysia.
bentuk atau cara, baik dengan cara bahan • Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
elektronik, mekanik, penggambaran semula Kementerian Pendidikan Malaysia.
mahupun dengan cara perakaman tanpa • Bahagian Pembangunan Kurikulum,
kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk Dewan Bahasa dan Pustaka.
kepada perkiraan royalti atau honorarium. • Jawatankuasa Pembaca Luar,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Diterbitkan untuk • Jabatan Muzium Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: • Yayasan Warisan Johor.
Dewan Bahasa dan Pustaka, • Majlis Perbandaran Muar.
Jalan Dewan Bahasa, • Ama Farm & Resort Training Centre, Muar.
50460 Kuala Lumpur. Terima kasih juga ditujukan kepada organisasi
No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) dan orang perseorangan yang terlibat secara
No. Faksimile: 03-21479643 langsung atau tidak langsung bagi menjayakan
Laman Web: http://www.dbp.gov.my penerbitan buku teks ini.

Reka Letak dan Atur Huruf: HAI!
Reka Cetak Sdn. Bhd.

Muka Taip Teks: Azim
Saiz Muka Taip Teks: 13 Poin

Dicetak oleh:
Percetakan Inderapura Sdn. Bhd.,
Jalan Tanjong Api,
Off Jalan Teluk Sisek,
25050 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Pendahuluan iv
Pengenalan Ikon vi
Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 1
Bahasa Seni Visual 2-3

Projek Seni Visual Penggal Satu 4-5
6-7
Portfolio Pendidikan Seni Visual 8-13
14-19
UNIT 1 Gambaran Minda 20-25
UNIT 2 Pembina Cilik 26-33
UNIT 3 Ilusi dan Realiti 34-45
UNIT 4 Cik Lebah dan Madu 46-49
UNIT 5 Si Cilik Koi 50-55
56-61
Projek Seni Visual Penggal Dua 62-67
68-75
UNIT 6 Inspirasi Corak Rekaan 76-87
88-89
UNIT 7 Celupan Kreatif 90

UNIT 8 Seni Kraf Warisan iii

UNIT 9 Wau Bulan Sirih Pinang

UNIT 10 Beg Batik Rekaanku

Buku Foto Seni

Glosari

Buku Teks Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) disediakan berpandukan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Seni Visual Tahun 6, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017. Buku teks ini memfokuskan kandungannya
melalui Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam DSKP yang menekankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang efektif.

Buku teks ini disediakan sebagai panduan murid untuk mencapai objektif Pendidikan
Seni Visual di samping membantu guru untuk menjalankan PdP yang lebih berkesan. Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran yang disediakan dalam buku teks ini mengandungi
Elemen Merentas Kurikulum (EMK), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kemahiran Abad Ke-21
dan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21).

Aktiviti dalam buku teks ini menjurus kepada pembinaan insan berliterasi bahasa seni visual
menerusi aktiviti eksplorasi seni, pengkaryaan, projek seni, portfolio seni, pengurusan pameran
dan pembudayaan seni secara individu dan berkumpulan. Pelaksanaannya berdasarkan lima
modul kurikulum, iaitu:

• Bahasa Seni Visual
• Kemahiran Seni Visual
• Kreativiti dan Inovasi Seni Visual
• Apresiasi Seni Visual
• Projek Seni Visual

Buku teks ini mengandungi 10 unit yang meliputi empat bidang dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual, iaitu menggambar; membuat corak dan rekaan; membentuk dan
membuat binaan; dan mengenal kraf tradisional. Aktiviti dan eksplorasi seni dilaksanakan
dengan menggabungkan bidang Pendidikan Seni Visual serta memfokuskan bahasa seni visual,
iaitu enam unsur seni dan tujuh prinsip rekaan.

PdP bagi 10 unit dalam buku teks ini dibahagikan kepada dua penggal. Pada penggal
pertama, murid didedahkan dengan cadangan penghasilan portfolio Pendidikan Seni Visual.
Pembelajaran dimulakan dengan aktiviti bidang menggambar serta membentuk dan membuat
binaan, seterusnya aktiviti penghasilan karya gabungan antara kedua-dua bidang tersebut.
Pada penggal kedua, murid membuat aktiviti dalam bidang membuat corak dan rekaan serta
mengenal kraf tradisional, diikuti dengan aktiviti penghasilan karya gabungan antara kedua-dua
bidang tersebut.

iv

Penyusunan 10 unit dalam buku teks ini dicadangkan mengikut tempoh masa yang
bersesuaian. Namun begitu, guru bebas dalam menentukan kaedah PdP berdasarkan
kemampuan murid masing-masing.

UNIT TAJUK MINGGU

PENGGAL 1 1
1
Portfolio Pendidikan Seni Visual 1
1
1 Gambaran Minda 2
5
2 Pembina Cilik 5 EWAH!

3 Ilusi dan Realiti 1
1
4 Cik Lebah dan Madu 1
2
5 Si Cilik Koi 5
1
Projek Seni Visual Penggal Satu 5

PENGGAL 2

6 Inspirasi Corak Rekaan

7 Celupan Kreatif

8 Seni Kraf Warisan

9 Wau Bulan Sirih Pinang

10 Beg Batik Rekaanku

Buku Foto Seni

Projek Seni Visual Penggal Dua

Setiap halaman dalam buku teks ini dilengkapi dengan gambar, ilustrasi dan proses
penghasilan karya untuk menambahkan kefahaman murid terhadap aktiviti yang akan
dilaksanakan. Murid juga perlu mengumpulkan maklumat bahasa seni visual dan hasil penerokaan
di dalam portfolio seni. Bahan dan cadangan dalam buku teks ini boleh dijadikan rujukan dan
panduan guru dalam melaksanakan PdP dan guru boleh membuat pengubahsuaian aktiviti
berdasarkan kreativiti serta aras kecerdasan dan keperluan murid.

Kandungan buku teks ini turut dipersembahkan melalui penggunaan ikon, kod Quick
Response (QR) dan Augmented Reality (AR) yang boleh diimbas melalui aplikasi telefon pintar.
Selari dengan peredaran masa yang mesra teknologi, pendekatan sebegini dapat meningkatkan
kefahaman murid serta memberikan keseronokan semasa belajar. Bahan video serta paparan
visual berbentuk digital dapat membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang lebih
cepat dan berkesan.

Penulis berharap agar penerbitan buku teks ini dapat membantu murid untuk lebih
memahami Pendidikan Seni Visual melalui pengalaman yang menarik dan menyeronokkan
semasa melakukan aktiviti. Di samping itu, buku teks ini dapat dijadikan panduan utama guru
dalam melaksanakan dan menjayakan PdP di dalam mahupun di luar kelas serta melahirkan
murid yang berdaya saing, kritis, kreatif dan inovatif selari dengan matlamat dan objektif Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

v

Nombor dan Subtajuk
tajuk unit

1.1.1 Nota Guru
1.1.2 (i, ii)
3.1.1 (i, ii) Cadangan aktiviti dan maklumat tambahan yang disediakan sebagai
panduan kepada guru untuk membimbing murid melaksanakan sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Nombor Standard
Pembelajaran

INFORMASI KBAT

Maklumat tambahan atau Soalan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) untuk
baharu yang menarik. merangsang pemikiran murid.

AWAS! AKTIVITI PAK-21

Peringatan tentang penjagaan Cadangan aktiviti pengajaran
kebersihan dan keselamatan.
dan pembelajaran.
IMBAS KEMBALI
IMBAS SAYA
Mengingat pembelajaran
yang pernah dipelajari. KOD QR

TIP Maklumat sokongan dalam

Panduan menjalankan aktiviti. bentuk dokumen, imej dan video.

AUGMENTED REALITY (AR)

Maklumat tambahan dalam
bentuk 2D dan 3D dengan
memuat turun aplikasi melalui
kod QR yang disediakan.

Play Store App Store
(Android) (iOS)

vi

Terdapat beberapa cadangan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) yang
boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di dalam mahupun di luar kelas.

Main Peranan (Role Play)

Aktiviti dijalankan secara individu. Murid diberi masa dan tanggungjawab
memegang sesuatu peranan atau watak dalam persembahan.

Tanda Bicara (Talking Chips)

Aktiviti secara berkumpulan yang menggunakan sesuatu objek sebagai
penandaan bagi setiap ahli kumpulan untuk memberikan pendapat. Setiap
ahli kumpulan tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap
ahli dalam kumpulan diberi peluang untuk bercakap.

Jalan Galeri (Gallery Walk)

Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan
mempamerkan hasil kerja di dinding kelas. Kumpulan lain akan menilai
dan memberikan komen masing-masing secara penilaian kendiri.

Ulas Gilir (Rotating Review)

Aktiviti secara berkumpulan yang melibatkan perbincangan, catatan
maklumat tentang hasil kerja pada kertas sebak dan memaparkannya
kepada kumpulan lain. Setiap kumpulan bergerak secara bergilir-gilir
untuk menilai dan menambah baik hasil kerja tersebut.

Giliran Robin (Rally Robin)

Murid berinteraksi secara berpasangan dan cenderung kepada aktiviti
lisan. Murid memberikan respons tentang sesuatu isu atau persoalan
secara bergilir-gilir.

Kongsi Cendekia (Sages Share)

Kegiatan pembelajaran murid di dalam kelas secara individu atau
berkumpulan untuk membincangkan topik yang diberikan oleh guru. Murid
akan memberikan sumbang saran dan diminta mencatat tandatangan
mereka. Seterusnya, murid lain pula akan menemu ramah rakan mereka
yang mempunyai tandatangan tersebut bagi mendapatkan maklumat.

1

BAHASA SENI VISUAL

Mari lihat bahasa seni visual
yang terdapat pada hasil karya.

Imbangan Ruang Kesatuan

Imbangan simetri pada Ruang nyata pada Karya teknik catan bertemakan
bentuk wau bulan yang komposisi ini hidupan laut menampakkan
sama pada bahagian kesatuan melalui gabungan
menunjukkan kedudukan
kiri dan kanan. objek jauh dan dekat. bentuk dan jalinan.

Jalinan Warna Kontra
Ukiran motif timbul
Warna sejuk dan panas Bentuk dan warna yang
pada aksesori digunakan dalam hasil berbeza mewujudkan
ini menimbulkan karya ikatan dan celupan
jalinan sentuh. kesan kontra pada
beg ini yang kedua-dua pasu. Hasil
2 menggabungkan karya bidang mengenal
bidang membuat corak kraf tradisional boleh
dan rekaan dengan digabungkan dengan
membentuk dan bidang membuat corak
membuat binaan.
dan rekaan.

Harmoni Rupa

Harmoni dari segi Olahan rupa geometri dan
warna yang terhasil organik disusun dalam hasil
pada karya catan
karya ini.
ini menimbulkan
rasa damai.

Penegasan Garisan

Penegasan wujud pada Pelbagai jenis garisan seperti
kelopak bunga raya yang garisan halus, tebal, selari
dan melengkung digunakan
berwarna merah dan pada karya lukisan ini.
stigma yang menjalar.

Bentuk Ritma dan Pergerakan

Gabungan bentuk Struktur pada arca ini dibina secara
kon, kubus dan sfera berulang-ulang bagi mewujudkan

digunakan untuk kesan ritma dan pergerakan.
menghasilkan arca
Kepelbagaian
stabail ini.

Bahasa seni visual Kepelbagaian media dan
sangat penting dalam bahan alam semula jadi
menghasilkan sesuatu seperti batu dan cangkerang

karya seni. diaplikasikan dalam
gubahan karya ini.

3

PROJEK SENI VISUAL PENGGAL SATU

Sepanjang penggal satu, kamu akan menghasilkan beberapa aktiviti dan karya
berdasarkan bahasa seni visual dalam Pendidikan Seni Visual, iaitu unsur seni dan
prinsip rekaan. Seterusnya, kamu akan mempelajari dua bidang utama dalam
Pendidikan Seni Visual, iaitu menggambar serta membuat corak dan rekaan. Pameran
boleh dilaksanakan secara berskala kecil di kawasan sekolah seperti di dalam kelas.

Sebelum Pameran

1 Lantik ahli jawatankuasa pameran dan buat perbincangan secara berkumpulan.
2 Tentukan tema pameran yang sesuai.
3 Pilih dan tentukan lokasi pameran.
4 Kumpulkan hasil karya penerokaan dan maklumat seperti aktiviti cerakin bahasa

seni visual yang telah kamu buat sepanjang penggal satu di dalam portfolio seni.
5 Susun atur karya mengikut bidang gabungan.
6 Hasilkan bahan promosi pameran seperti

poster, brosur atau gegantung untuk
mempromosikan pameran seni visual
melalui hebahan lisan atau hebahan digital.
7 Sediakan label dan buat kemasan karya
bagi bidang menggambar dengan
menyediakan bingkai pada setiap karya
yang telah dipilih.
8 Tentukan harga hasil karya kamu untuk
jualan semasa hari pameran.

SKDA SEKOLAH KEBANGSAAN DESA ALAM

USAHA TEKUN JAYA

Nama pengkarya: .....................................................................
Tajuk karya: ...............................................................................
Media: ........................................................................................
Saiz karya: .................................................................................
Tahun: ........................................................................................
Harga: ........................................................................................

Penyediaan bingkai Penyediaan label
4

Semasa Pameran

1. Semua ahli jawatankuasa pameran harus mengetahui bidang tugas masing-masing
supaya pameran berjalan lancar dan teratur mengikut jadual yang disediakan.

22. Kamu perlu mengaplikasikan kemahiran,
mencerakinkan bahasa seni visual, menceritakan
sumber idea rekaan dan menilai hasil karya seni.

3. Pastikan hasil karya kamu dapat dilihat secara jelas
oleh pengunjung.

44. Proses apresiasi seni berlaku secara berdialog dan
kamu perlu memberikan penerangan tentang hasil
karya yang dipamerkan kepada para pengunjung.

5. Kamu perlu menerangkan harga karya jika terdapat
pengunjung yang ingin membeli hasil karya kamu.

Selepas Pameran

1. Ahli jawatankuasa yang bertugas perlu menyimpan karya seni kembali.

2. Ahli jawatankuasa kebersihan perlu bertindak supaya tempat yang digunakan
sentiasa bersih dan kemas.

3. Semua ahli jawatankuasa harus membuat perbincangan kecil tentang kelebihan,
kelemahan dan penambahbaikan dalam pameran yang telah dijalankan supaya
projek penggal kedua dapat ditambah baik.

44. Semua ahli harus mengetahui proses
penyimpanan hasil karya supaya selamat
dan terpelihara dengan menggunakan
semburan pemati warna, plastik lut sinar
bagi karya menggambar, fail berlabel
dan kotak berlabel supaya memudahkan
proses penyimpanan dan karya akan
tahan lebih lama.

55. Hasil jualan karya semasa hari pameran
boleh dikumpulkan dan disumbangkan
kepada kelab sekolah.

NOTA GURU

• Bimbing murid menjalankan proses persediaan sebelum, semasa dan selepas pameran

seni visual berdasarkan perancangan yang telah dibuat supaya dapat berjalan lancar.

• Bimbing murid membuat promosi pameran seni dengan menggunakan teknologi dan
5.1.1 aplikasi digital.
5.1.2 • Bimbing murid menceritakan karya sendiri dan memberikan pendapat tentang karya
5.1.3 rakan lain semasa pameran seni visual.
5.1.4
5.1.5 EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Jalan Galeri (Gallery Walk) 5

PORTFOLIO PENDIDIKAN SENI visual

Portfolio ialah bekas mudah alih untuk menyimpan dan mengumpulkan maklumat,
bahan bercetak dan koleksi gambar karya seni. Kamu perlu menghasilkan sebuah
portfolio seni visual dengan menggunakan kad manila. Semua bahan seperti maklumat
bahasa seni visual dan hasil penerokaan perlu disimpan di dalam portfolio ini. Kamu
boleh menyediakan portfolio seni visual seperti cadangan ini.

Kad manila

5 cm

35 cm

2 cm 2 cm

30 cm

54 cm Cadangan ukuran portfolio

1

Ukur dan lakarkan saiz portfolio
berdasarkan ukuran di atas
pada kad manila. Pastikan
ukuran penutup dan bahagian
tepi diambil kira.

2

Gunting lakaran
garisan yang telah
dibuat secara kemas.

3

Hasil kad manila yang telah digunting Gunting secara serong
mengikut cadangan ukuran. pada bahagian atas kad
manila sebagai penutup
portfolio seni.

6

4

Lipat kad manila ke dalam 5
mengikut garisan yang
telah ditandakan. Cantumkan bahagian kiri

Belakang dan kanan kad manila

dengan gam atau pita

pelekat dua muka.

6

Tulis nama, tahun dan
tajuk portfolio seni kamu.
Tampalkannya di hadapan
portfolio seni.

Hadapan 7

Kumpulkan semua bahan dan
hasil penerokaan seni yang
dibuat sepanjang pembelajaran
di dalam portfolio seni kamu.
Tampalkan hasil aktiviti
penerokaan pada buku lakaran
kamu dengan kemasnya.

Contoh hasil portfolio lain IMBAS SAYA

Contoh
dokumentasi
lain

NOTA GURU

• Bimbing murid menghasilkan portfolio seni visual secara kreatif dengan menggunakan

pelbagai bahan yang sesuai.

• Bimbing murid mengumpulkan maklumat dan bahan penerokaan di dalam portfolio seni

3.1.1 secara baik dan kemas.
(i, ii) • Ingatkan murid supaya merujuk maklumat dan bahan penerokaan semula semasa

menghasilkan karya gabungan.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 7

GAMBARAN MINDA

KAMPUNGKU

Mari kita lihat bahasa seni visual yang terdapat dalam karya ini dengan
penerokaan media kering yang berbeza.

Kontra dari segi warna dapat diwujudkan Terdapat jalinan tampak pada
melalui penggunaan warna jingga pada pokok karya ini melalui lakaran duri
kaktus dengan warna biru pada latar karya. halus pada pokok kaktus.

Kepelbagaian
dapat ditimbulkan
pada unsur
bentuk dan jenis
garisan yang
digunakan
dalam karya.

Objek pokok Garisan halus wujud
kaktus yang dalam karya melalui
mempunyai teknik lukisan
struktur dan silang pangkah.
bayang
mewujudkan
bentuk ilusi.

Ruang wujud pada karya ini apabila
berlakunya pertindihan antara
beberapa objek.

INFORMASI
Garisan boleh berfungsi sebagai
suatu tafsiran. Contohnya, garisan
tegak pada Menara Kuala Lumpur
menunjukkan kekukuhan, kestabilan
dan keteguhan.

8

Catan merupakan hasil seni pada permukaan kertas atau kanvas yang
menggunakan cat air, cat poster dan cat minyak. Catan ialah hasil menggambar
dalam bentuk dua dimensi.

Ruang Harmoni
Karya ini menunjukkan tiga bahagian ruang Penggunaan warna sejuk pada latar
ilusi, iaitu ruang hadapan, ruang tengah dan belakang yang bergunung-ganang
ruang belakang. Objek yang dekat seperti memberikan kesan ketenangan dan
motosikal di ruang hadapan. harmoni pada karya.

Ruang
belakang

Ruang
tengah

Ruang
hadapan

Garisan paksi

Imbangan Bentuk
Kedudukan motosikal serta beberapa objek Kesan ton warna yang cerah dan
lain lebih berat pada bahagian kanan dan gelap serta penghasilan bayang dapat
memberikan kesan imbangan tidak simetri menimbulkan bentuk ilusi pada hasil karya.
pada hasil karya.

Kawan-kawan, apakah bahasa seni visual lain IMBAS SAYA
yang boleh kamu cerakinkan dalam karya ini?
Kamu boleh menggunakan borang cerakin yang Borang cerakin
bahasa seni visual
telah disediakan dalam kod QR.

NOTA GURU

1.1.1 • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual.
1.1.2
(i, ii) • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya
1.1.3 (i)
dalam bidang menggambar.

• Bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan karya

seni visual. 9

EMK: Bahasa : Menganalisis PAK-21: Ulas Gilir (Rotating Review)

ALAT TULIS SAYA

Mari hasilkan lukisan alat tulis kamu melalui penerokaan bahasa seni visual
dengan pelbagai media.

Buat lakaran pelbagai rupa dan bentuk alat tulis kamu
secara peniruan (imitasi) dengan media yang berbeza.

Lakarkan pelbagai
jenis garisan bagi
menimbulkan kesan
jalinan pada objek
yang telah kamu lukis.

Teknik silang pangkah

Garisan selari Garisan zig-zag

Lorek objek dengan membuat garisan pada
ruang yang sesuai untuk mendapatkan
kesan yang berbeza.

Contoh hasil karya
lain. Kumpulkan
hasil lukisan
kamu di dalam
portfolio seni.

10

INFORMASI
Datuk Mohammad Nor bin Mohammad
Khalid yang dikenali sebagai Lat
merupakan seorang kartunis Malaysia
yang terkenal. Karya beliau,
Kampung Boy (1979) yang telah
dibukukan menerapkan unsur
garisan dalam lukisannya.

Teknik garisan kontur dapat
menimbulkan bentuk dengan
lebih jelas dan berstruktur.

Teknik kontur
bentuk silinder

Kesan penggunaan
pen penanda akan
menghasilkan
garisan tebal yang
dapat menimbulkan
penegasan pada karya.

Garisan melengkung Kepelbagaian dari segi garisan wujud dalam
karya dengan melakarkan pelbagai garisan
bagi menimbulkan jalinan dan rupa tertentu
pada hasil karya.

Gabungan hasil karya
menggambar dengan karya
membentuk dan membuat
binaan boleh dihasilkan
seperti pelapik tetikus.

NOTA GURU

• Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual

melalui lakaran.

2.1.1 • Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual berdasarkan hasil karya.
2.1.2 • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni.

(i, ii)

2.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi Kemahiran Abad Ke-21: 11

Mahir Berkomunikasi

TINGKAP DAMAI

Mari kita teroka pelbagai media melalui teknik lukisan dengan menggunakan
tetingkap fokus. Garisan perspektif akan memberikan kesan ruang pada
penghasilan karya dua dimensi.

Cari gambar pemandangan pada Lakarkan pemandangan yang
bahan bercetak dan letakkan mempunyai pembahagian ruang
tetingkap fokus pada imej tersebut. dengan menggunakan tetingkap fokus.

Kedudukan objek yang Garisan tebal
bertindih mewujudkan dan halus dapat
kesan ruang. Hasil menjelaskan
lorekan lebih jelas jarak dan saiz
pada objek di hadapan di antara objek.
untuk mendapatkan
jalinan tampak. Pensel warna

Pen Lorek imej dengan
pelbagai media kering
Kedudukan ruang untuk mendapatkan
di belakang dikenali bentuk yang berbeza.
sebagai ruang dalam. Olahan garisan dapat
Warna yang lebih gelap mewujudkan bentuk
dapat menimbulkan ilusi pada hasil karya.
kedalaman ruang.
Pensel
Pen penanda

TIP

Kamu juga boleh merakamkan gambar
di kawasan sekolah sebagai rujukan
untuk menghasilkan lukisan.

INFORMASI IMBAS SAYA

Tetingkap fokus berfungsi untuk memfokuskan Penghasilan
sesuatu objek tertentu untuk dilukis di persekitaran tetingkap
atau di kawasan lapang. fokus

12

Alat dan bahan

Bahan
cetak
bergambar

Kertas
lukisan

Tetingkap
fokus

Pensel
Pen
penanda

Pensel
warna

Pen

Potong kadbod untuk INFORMASI
menghasilkan bingkai gambar. • Ruang dalam merupakan ruang ilusi yang kelihatan

jauh dan luas pada permukaan dua dimensi.
• Garisan perspektif dapat memperlihatkan ruang jauh

dan dekat.

Kamu boleh menggabungkan hasil karya menggambar
dengan bidang membentuk dan membuat binaan
seperti menghasilkan bingkai gambar.

NOTA GURU

• Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual

melalui lakaran.

• Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik untuk rujukan penghasilan
2.1.1 karya gabungan.
2.1.2 • Bimbing murid membuat tetingkap fokus sebelum aktiviti penerokaan dijalankan.
(i, ii) • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni.
2.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi 13
: Mengaplikasi PAK-21: Tanda Bicara

(Talking Chips)

PEMBINA CILIK

DUNIA GEMILANG

Mari kita lihat bahasa seni visual dalam penghasilan karya tiga dimensi yang
berbentuk konkrit, dapat disentuh dan dilihat dari pelbagai sudut.

Arca ini berbentuk hati Penggunaan warna merah Penegasan wujud
yang bersifat tiga dimensi, pada arca menimbulkan kontra pada karya kerana
mengandungi ketinggian, dengan persekitaran dan dapat
kelebaran dan kedalaman. menarik perhatian pengunjung. arca ini dibina
di kawasan lapang.

Arca ini dibina
dalam imbangan

tidak simetri
pada bentuknya

yang masih
menampakkan
keteguhan dan

kestabilan.

Karya tiga dimensi
ini mempunyai
ciri-ciri nyata dan
menampakkan
nilai estetik.

INFORMASI
Estetik ialah keindahan dan kecantikan yang
terdapat pada sesuatu hasil karya seni.

Bincangkan bahasa seni visual
yang terdapat pada contoh
karya atau binaan lain.

Kamu boleh menggunakan IMBAS SAYA
borang cerakin yang telah
disediakan dalam kod QR.

Borang cerakin
bahasa seni visual

14

Arca asemblaj merupakan hasil cantuman pelbagai bahan dan media.
Bahan yang dipilih akan dicantumkan untuk mewujudkan kesatuan dalam
penghasilan arca.

Jalinan Kontra

Pelbagai bahan cantuman seperti Kontra wujud dengan penggunaan
besi, logam dan plastik terpakai warna merah pada badan arca

digunakan dalam karya ini. yang dapat menarik perhatian dan
Kepelbagaian jalinan sentuh wujud mengelakkan kebosanan.
seperti jalinan kasar dan bergerigi.

Harmoni Bentuk

Harmoni dari segi bentuk Penggunaan bentuk
dan ruang wujud dalam konkrit seperti silinder,
karya ini melalui olahan
segi empat dan
susun atur pelbagai bulatan diolah dalam
bahan dari kaki hingga pelbagai komposisi.
Bentuk tangan arca
kepala arca. memberikan makna
dan menjadi titik fokus

bagi karya ini.

1.1.1 NOTA GURU
1.1.2 • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual.
(i, ii) • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya
1.1.3 (iii)
dalam bidang membentuk dan membuat binaan.
• Bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan karya

seni visual.

EMK: Nilai Murni : Menganalisis PAK-21: Giliran Robin 15
(Rally Robin)

BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH

Mari bina karya arca stabail secara kreatif. Kamu boleh meneroka bahasa
seni visual seperti bentuk, imbangan dan kesatuan untuk memberikan
keteguhan pada hasil karya.

Media: Bod impra AWAS!

1 Berhati-hati semasa memotong kepingan
bod untuk membuat tanggam.

Lakarkan rupa bulat dan potong
bod impra kepada beberapa
bahagian kecil.

Potong sebahagian keratan 2

rentasnya sebagai tanggam untuk

disambungkan antara satu sama lain.

3
Hasilkan corak pada permukaan
rupa bulat dengan pelekat
hiasan mengikut kreativiti kamu.

4

Cantumkan bahagian tanggam untuk membina arca
stabail. Aplikasikan prinsip imbangan dan unsur
bentuk semasa menghasilkan arca stabail.

Media: Bod busa

Kamu boleh menggunakan bahan lain seperti bod busa untuk membentuk arca stabail.

16

INFORMASI Hasil karya ini
Tanggam ialah sambungan kayu yang menggabungkan
bertakuk-takuk supaya rapat dan teguh. bidang membentuk
dan membuat binaan
5 dengan membuat
Pastikan cantuman tanggam dibuat secara teliti. Bina corak dan rekaan.
reka bentuk arca bermula dari tapak yang lebih luas
dan besar supaya arca seimbang dan kukuh.

Rupa yang sama
disusun secara
berulang-ulang akan
menghasilkan corak.

Contoh karya 1 Contoh karya 2 Imbangan perlu
dititikberatkan
supaya binaan yang
dihasilkan lebih
stabil dan kukuh.

Kesatuan dapat
dilihat pada
hasil karya dari
segi warna dan
gabungan bentuk
yang tersusun.

Contoh karya 3 Contoh karya 4

NOTA GURU

• Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual

melalui binaan.

2.1.1 • Bimbing murid membuat potongan bentuk sebelum aktiviti penerokaan dijalankan.
2.1.2 • Bersoal jawab dengan murid tentang bentuk dan imbangan pada hasil karya.
(i, ii) • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni.

2.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 17

KOTAK KEJUTAN

Mari kita teroka pelbagai media bagi menghasilkan sebuah binaan yang kukuh
dan berfungsi.

1 2

Kumpulkan kotak kecil pelbagai Buka bahagian kotak satu per satu dan amati
bentuk dan saiz. lipatannya secara teliti. Jadikan bukaan kotak
sebagai templat dan tampalkannya pada kertas

lukisan sebagai maklumat rujukan.

Kotak hadiah Kertas lukisan

Kotak piza Kad manila

Kotak makanan Kad warna
18

Mari kita teroka penghasilan bentuk kotak yang Alat dan bahan
lebih kreatif dengan pelbagai alat dan bahan. Kamu
perlu meneliti bentuk, ruang dan imbangan semasa Kertas
lukisan
menghasilkan kotak.

3 Kad
Lakarkan rupa kotak pada manila
kertas lukisan. Kemudian,
gunting kertas Gunting
dan bentukkannya.
Pensel
Hasil karya ini Pelbagai
merupakan bentuk jenis
konkrit yang nyata kad
dan dapat dilihat
dari pelbagai arah. Gam

Ruang terhasil
daripada perbezaan
jarak dan kedalaman
yang terdapat pada
hasil karya.

Pemilihan warna
terang akan
memberikan kesan
penegasan dan daya
tarikan pada karya.

Hasil karya ini boleh digabungkan dengan
bidang menggambar atau membuat corak

pada permukaan luar kotak.

NOTA GURU

• Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual

melalui binaan.

• Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik untuk rujukan penghasilan karya gabungan.

2.1.1 • Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti jenis bentuk dan imbangan pada
2.1.2 hasil karya.
(i, ii) • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni.

2.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi PAK-21: Kongsi Cendekia 19

(Sages Share)

ILUSI DAN REALITI

REALITI ALAM

Mari kenal pasti bahasa seni visual yang terdapat pada alam
semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni visual.

Ruang tamu ini merupakan ruang tertutup
kerana kawasannya sempit dan terhad.
Kepelbagaian wujud pada bentuk perabotnya.

Pemandangan taman bunga yang
luas dan lapang merupakan ruang
terbuka. Penegasan wujud pada
bunga yang berwarna merah.

Terdapat pelbagai jenis garisan pada karya lukisan
ini. Kesan garisan yang dilukis secara rapat akan
mewujudkan bentuk ilusi. Kedudukan dua objek
yang saling bertindih dan mempunyai bayang akan
menimbulkan kesan bentuk dan ruang antara objek.

INFORMASI
Bentuk ilusi bersifat dua dimensi yang digambarkan
melalui ilustrasi, gambar foto, catan atau poster.

20

Lukisan merupakan antara aktiviti menggambar yang menghasilkan imej
dengan menggunakan media kering seperti pensel, pensel warna, pen penanda
dan oil pastel.

Ruang Penegasan

Kedudukan Penegasan wujud
dua objek yang pada bentuk dan
bertindih akan
menimbulkan warna burung
kakak tua yang
kesan ruang. berwarna merah
Burung kakak tua
dan dapat
yang berada menarik perhatian
di hadapan berbanding dengan
nampak lebih
jelas dan besar objek lain.
berbanding dengan
pokok yang berada
jauh di belakang.

Warna Kepelbagaian

Penggunaan warna Kepelbagaian
sekunder, iaitu wujud melalui
olahan pelbagai
hijau memberikan jenis garisan, rupa
rasa damai. Warna dan jalinan tampak.
tertier, iaitu warna Pemandangan
merah kekuningan menenangkan
pada burung kakak melalui bentuk
tua menjadi daya
objek flora
tarikan dalam dan fauna.
karya ini.

IMBAS SAYA

Cerakinkan bahasa seni visual Borang cerakin
menggunakan borang cerakin yang bahasa seni
visual
telah disediakan dalam kod QR.

1.1.1 NOTA GURU
1.1.2 • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual.
(i, ii) • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya
1.1.3 (i)
dalam bidang menggambar.
• Bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan karya

seni visual.

EMK: Bahasa : Menganalisis PAK-21: Ulas Gilir 21
(Rotating Review)

LIHAT DAN SENTUH

Mari teroka media, teknik dan bahasa seni visual dalam menghasilkan
karya seni.

Teknik Capan Bahan

Pembalut gelembung

Teknik Kolaj Cat air
Bahan

Kacang hijau Teknik capan dan teknik lukisan
menggunakan garisan silang
Daun plastik pangkah dapat mewujudkan
TIP jalinan tampak pada karya.
Kamu juga boleh menggunakan
teknik gosokan dan cetakan Jalinan sentuh terhasil melalui
untuk menghasilkan kesan teknik kolaj yang menggunakan
jalinan tampak.
22 tampalan bahan alam
semula jadi dalam karya.

Teknik Montaj Bahan

Teknik Lukisan Gambar bercetak
Bahan

Pen warna

Senaraikan bahan serta jalinan yang
terdapat di sekeliling kamu.

Hasil karya bidang menggambar
juga boleh digabungkan dengan
bidang membentuk dan membuat

binaan seperti hiasan dinding.

Kepelbagaian teknik dan bahan
dalam menghasilkan karya
dapat menimbulkan daya

tarikan dan mewujudkan variasi.

NOTA GURU

• Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui

aktiviti menggambar.

• Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti bahasa seni visual yang ada pada karya.

2.1.1 • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni.

2.1.2

(i, ii) : Menilai Kemahiran Abad Ke-21:
2.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi
Bersifat Ingin Tahu 23

KAKTUS KHATULISTIWA

Mari kita lakukan penerokaan dengan pelbagai media dan bahasa seni visual
untuk menghasilkan komposisi karya melalui pelbagai teknik.

Cari gambar pasu C
yang besar daripada

1 sumber Internet dan
cetak. Gunting dan
tampalkannya pada
kertas lukisan.

AB

DE

2 Teknik lipat dan gunting digunakan dalam membentuk pokok
kaktus dengan kertas warna mengikut kreativiti.

Gunting imej pokok kaktus. Pemilihan bentuk pokok kaktus
Susun pokok kaktus pada yang pelbagai mewujudkan
kesatuan dalam gubahan karya.
3 gambar pasu dengan
menerapkan unsur ruang
yang harmoni dalam karya
dengan teknik montaj.

Penggunaan bentuk, jalinan dan warna
yang disusun secara seragam menimbulkan
harmoni dan memberikan ketenangan.

24

A B C Alat dan bahan

Kertas
lukisan

4 Teknik kolaj pada kain felt dapat membentuk Bahan
pokok kaktus yang mempunyai jalinan sentuh. gambar
bercetak

A B C Kertas

warna

Teknik lukisan diaplikasikan dengan melukis Kain felt
Gunting
5 gambar pokok kaktus menggunakan
pensel warna. Garisan yang dibuat akan
menimbulkan kesan jalinan yang harmoni.

Contoh Gam
karya lain
Pensel
Kamu boleh menggabungkan warna
hasil karya ini dengan

membentuk dan membuat
binaan seperti kad ucapan

dan buku nota.

2.1.1 NOTA GURU
2.1.2 • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui
(i, ii)
2.1.3 aktiviti menggambar.
• Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik untuk rujukan penghasilan karya gabungan.
• Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti bahasa seni visual yang ada pada karya.
• Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi PAK-21: Giliran Robin 25
(Rally Robin)

CIK LEBAH DAN MADU

Mari hasilkan kotak yang Produk: Kotak makanan
menggabungkan bidang Fungsi: Pembungkusan
menggambar dengan membentuk Reka bentuk: Tiga Dimensi (3D)
dan membuat binaan. Media: Kad manila, pen dan pen
penanda
A. PERKEMBANGAN IDEA Teknik dan proses: Lukisan, lipatan
dan cantuman
Kemasan: Ikatan reben

Pemilihan Hal Benda
Pemilihan hal benda bertemakan serangga.

Pepatung Lebah
(hal benda
yang dipilih)

Kupu-kupu Kumbang

Ayuh, kita lihat badan dan sarang
lebah untuk membuat lakaran idea!

Lakaran Idea Hal Benda

Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi
26

KARYA GABUNGAN

Lakaran Perkembangan Idea

Olahan 1 Olahan 3

Olahan 2 Olahan 4

Olahan idea badan lebah

Pertemuan antara permulaan dengan penghujung
garisan akan menghasilkan rupa. Olahan rupa yang

berulang boleh menghasilkan corak.

Olahan 1

Olahan 3 Olahan 5

Olahan 2 Olahan 4

Olahan idea sarang lebah

Lakaran perkembangan idea menggunakan media kering seperti pensel dan pen melalui
teknik lukisan. Olahan idea yang dipilih akan diaplikasikan pada kotak untuk dijadikan
produk pembungkusan.

3.2.1 NOTA GURU
(i, ii, iii, iv) • Bimbing murid memilih contoh hal benda yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka.
• Bimbing murid membuat lakaran idea berdasarkan pemilihan hal benda.
• Bimbing murid mengolah idea untuk mempermudah proses lakaran hal benda.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 27

Bersifat Ingin Tahu

KARYA GABUNGAN

Lakaran Idea Reka Letak

Reka letak 1 Reka letak 2 Reka letak 3
Kajian Warna (reka letak yang dipilih)

Warna 1 Warna 2 Warna 3
Media: pensel warna Media: pen penanda Media: oil pastel
(warna yang dipilih)

Media lain seperti pen warna, cat air dan cat poster boleh digunakan untuk
menghasilkan kajian warna.

28

KARYA GABUNGAN

Penjanaan Idea
Sumber idea untuk penentuan rekaan produk.

Kotak 1 Kotak 2 Kotak 3
(rekaan yang dipilih)
Lakaran templat hamparan kotak.
Cantuman
Bahagian tapak

Bahagian hadapan

Lakaran kotak IMBAS SAYA
Penentuan Bahan
Templat
hamparan
kotak

Templat kotak bersaiz A3

Kad manila Penghasilan karya menggabungkan
Pen penanda rekaan kotak dengan lukisan lebah dan
sarangnya. Imbangan simetri wujud pada
Pen bahagian kanan dan kiri kotak supaya
Pen warna
lebih stabil dan kukuh.

2.1.3 NOTA GURU
3.2.1 • Bimbing murid memilih jenis kotak dan membuat lakaran hamparan kotak.
(i, ii, iii, • Bimbing murid menentukan bahan yang akan digunakan untuk penghasilan karya.
iv, v) • Minta murid merujuk hasil eksplorasi bentuk kotak pada pembelajaran lepas.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 29

Pemikir

KARYA GABUNGAN

B. PENGHASILAN KARYA
Mari hasilkan kotak berdasarkan lakaran idea yang telah dibuat.

Lakarkan hamparan kotak 1
berdasarkan templat pada
kad manila bersaiz A3.

Lukis motif lebah dengan

2 pensel berdasarkan lakaran
reka letak yang telah dipilih.

Coret pelbagai jenis garisan pada
lebah mengikut kreativiti dengan

3 menggunakan pen. Pelbagai
garisan akan menimbulkan
jalinan tampak.

Buat garisan beralun, tebal, 4
sendeng, silang pangkah dan
titik-titik pada motif sarang
lebah dengan pen warna.

Warnakan bahagian

5 lelehan madu dengan
pen warna berdasarkan
warna yang telah dipilih.

AWAS! Warnakan latar belakang

Pastikan kamu 6 dengan pen penanda
menjaga kebersihan secara teliti dan kemas.
dan menggunakan
media dengan
baiknya semasa
menghasilkan karya.

30

KARYA GABUNGAN

Alat dan bahan

Templat
kotak

7 Potong hasil karya mengikut 8 Lipat bahagian sisi dan kenal Kad
lakaran yang telah dibuat. pasti bahagian yang ingin manila
dicantumkan berdasarkan
lakaran templat. Pensel
Pen
9 Tampalkan bahagian cantuman dan buat penanda
lipatan untuk menghasilkan kotak.
Pen
TIP
Pen
Selain gam, kamu juga warna
boleh menggunakan
pita pelekat untuk
mencantumkan hasil
karya kamu.

Hasil kotak yang Gam
telah siap. Gunting

Hias kotak Reben

10 dengan ikatan
reben sebagai
kemasan karya.

Tahniah, kotak hasil karya gabungan
menggambar dengan membentuk dan

membuat binaan telah siap!

3.2.2 NOTA GURU
(i, ii, iii, • Bimbing murid menghasilkan karya kotak berdasarkan lakaran idea yang telah dipilih.
vi, vi) • Bimbing murid menggunakan media dan teknik yang sesuai untuk penghasilan karya.
• Bimbing murid mengamalkan disiplin dan nilai murni semasa berkarya.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta PAK-21: Ulas Gilir 31
(Rotating Review)

KARYA GABUNGAN

C. PENGHASILAN GAMBAR KARYA

1 Rakamkan gambar hasil karya
menggunakan kamera digital.
TIP
Selain kamera digital, kamu boleh
menggunakan kamera telefon
pintar untuk merakamkan gambar.

2 Pindahkan salinan gambar foto
pada komputer untuk dicetak.
3 Cetak gambar foto hasil karya
pada kertas A4.

AWAS!

Minta bantuan guru untuk mencetak gambar
foto hasil karya Cik Lebah dan Madu.

4 Bingkaikan gambar foto yang telah dicetak dengan
menampalkannya pada kad keras bersaiz A3.

32

KARYA GABUNGAN

D. APRESIASI SENI

Mari kita jalankan sesi apresiasi berdasarkan hasil karya kamu
bersama-sama rakan.

Karya ini menggabungkan bidang Baiklah, murid-murid. Hasil karya ini sangat kreatif
menggambar dengan membentuk dan menarik. Kongsi dengan cikgu dan rakan-rakan,
apakah bahasa seni visual, media, teknik dan proses
dan membuat binaan.
semasa menghasilkan karya kotak ini?

Teknik lukisan, lipatan dan cantuman
digunakan dalam penghasilan karya kotak ini.

Karya ini mempunyai
nilai gunaan dan

boleh dijadikan kotak
pembungkusan madu.

Pelbagai jenis media kering seperti
pensel, pen, pen penanda dan pen warna
digunakan untuk menghasilkan karya ini.

Karya ini mengandungi prinsip kesatuan yang
dapat dilihat melalui gabungan rupa organik
dan pengulangan susunan rupa geometri.

3.2.3 NOTA GURU
4.1.1 • Bimbing murid merakamkan gambar foto dan mencetak gambar hasil karya untuk
(i, ii, iii,
iv, v) pameran.
• Bimbing murid membuat apresiasi seni menggunakan bahasa seni visual, teknik dan

proses penghasilan karya.

EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Menilai PAK-21: Jalan Galeri 33
(Gallery Walk)

SI CILIK KOI

Mari hasilkan karya arca yang Produk: Arca stabail (berfungsi)
menggabungkan bidang Fungsi: Alat permainan
menggambar dengan membentuk Reka bentuk: Tiga Dimensi (3D)
dan membuat binaan. Media: Kadbod, penggulung tisu,
cat poster dan pistol perekat panas
A. PERKEMBANGAN IDEA Teknik dan Proses: Binaan, cantuman
Pemilihan Hal Benda dan catan
Pemilihan hal benda bertemakan fauna. Kemasan: Semburan pengilat

Ikan emas

Ikan arowana

Ikan koi
(hal benda
yang dipilih)

Ikan laga

Mari kita lihat struktur ikan koi bagi
menghasilkan karya seni ini.

Lakaran Idea Hal Benda

INFORMASI Ekor
Ikan koi atau nama Sirip
saintifiknya Cyprinus
carpio dianggap Kepala
ikan yang istimewa
kerana mempunyai Sisik
corak yang menarik Insang
pada badannya.

34

KARYA GABUNGAN

Lakaran Perkembangan Idea

Pandangan Pandangan sisi Pandangan sisi Pandangan
atas belakang

Penentuan Media dan Bahan

Badan ikan daripada botol Botol 500 ml Lipatan kertas origami untuk
minuman. Sirip dan ekor membentuk ikan koi.

daripada kad manila.

Penggunaan modelling clay Cantuman penggulung tisu dan kulit telur
untuk mendapatkan bentuk ikan untuk membentuk badan dan kepala ikan.

koi yang bersifat tiga dimensi. (penentuan bahan yang dipilih)

3.2.1 NOTA GURU
(i, ii, iii, iv) • Bimbing murid menghasilkan lakaran idea dan reka bentuk dalam proses menghasilkan

karya gabungan.
• Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik semasa menghasilkan karya gabungan.
• Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual yang diaplikasikan dalam

lakaran idea dan reka bentuk.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 35

KARYA GABUNGAN

Lakaran Reka Bentuk Ikan

Kad busa sebagai
sirip dan ekor.

Manik sebagai
jalinan pada
badan ikan.

Lakaran Reka Bentuk Tapak Arca

Bahagian tapak Permukaan rata untuk Penutup botol Pemusing roda untuk
menggunakan aktiviti menggambar sebagai roda untuk menggerakkan roda
bahan yang lebih menggerakkan lidi
berat, kukuh (catan). pada arca stabail
arca stabail. dengan mudahnya.
dan rata.

Kadbod Bahagian belakang

Bahagian hadapan
Lakaran Idea Catan

Lakaran idea 1 Lakaran idea 2 Lakaran idea 3
36 (lakaran idea
yang dipilih)

KARYA GABUNGAN

Lakaran Reka Bentuk Akhir
Susun atur batu dan cangkerang.

Susun atur 1 Susun atur 2 Lakaran reka
(susun atur yang dipilih) bentuk akhir

Lakaran perkembangan idea menggunakan media kering seperti pensel dan pen
melalui teknik lukisan.

Kajian Warna

Warna 1 Warna 2 Warna 3
Media: pen warna Media: oil pastel Media: pensel warna
(warna yang dipilih)

3.2.1 NOTA GURU
(ii, iii, iv, v) • Bimbing murid menghasilkan lakaran idea dan reka bentuk berdasarkan sumber idea.
• Bimbing murid mengeksplorasi media dan bahan semasa menghasilkan karya gabungan.
• Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual yang diaplikasikan dalam

lakaran idea dan kajian warna.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 37

KARYA GABUNGAN

B. PENGHASILAN KARYA
Proses Membina Tapak Arca Stabail

1 Potong kadbod menjadi empat bukaan

untuk dijadikan tapak arca. Kadbod
akan dicantumkan menjadi kotak
separa terbuka.

Tebuk dan cantumkan penutup botol Roda 1

2 pertama dengan lidi untuk dijadikan
roda 1. Kemudian, lekatkan lidi pada
penutup botol kedua sebagai roda 2.

AWAS!

Berhati-hati semasa menebuk penutup botol
dan menggunakan pistol perekat panas.

Roda 2

3
Tebuk lubang pada sisi kotak secara selari.
Masukkan roda 1 pada lubang sisi kotak dan
pastikan kedudukannya di tengah-tengah kotak.

Cantumkan bukaan kadbod dengan pistol

4 perekat panas untuk menghasilkan kotak
separa terbuka.
38

KARYA GABUNGAN

Tebuk dan tampalkan penyedut minuman Alat dan bahan
pada bahagian atas kotak sebagai paksi
Penutup
5 untuk memasukkan lidi roda 2. botol
minuman
6 Selaraskan roda 1 supaya bersentuhan Roda 2
dengan roda 2 pada bahagian atas. Roda 1 Kadbod
Kedudukan ini akan menghasilkan daya
untuk menggerakkan arca ikan koi Lidi
dengan lancarnya. tebal

7 Lekatkan modelling clay sebagai Pistol
pengunci bagi mengawal pergerakan perekat
lidi roda 1. Buat pemusing roda untuk panas
memudahkan proses pergerakan arca ini.
Gunting

Modelling
clay

Penyedut
minuman
kertas

Hasil tapak arca stabail

3.2.2 NOTA GURU
(i, ii, iii, • Bimbing murid menggunakan media dan teknik yang sesuai semasa menghasilkan
vi, vi)
karya gabungan.
• Utamakan aspek keselamatan dan bimbing murid menggunakan pistol perekat panas

dengan betulnya. Selain itu, bahan lain seperti gam kuat juga boleh digunakan untuk
menghasilkan tapak arca stabail.
• Bersoal jawab dengan murid tentang prinsip imbangan dalam menghasilkan kotak dan
roda bagi menggerakkan arca stabail.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 39

Bersifat Ingin Tahu

KARYA GABUNGAN

Proses Menghasilkan Catan pada Tapak Arca Stabail

1 2

Warnakan sekeliling kotak dengan cat Lakarkan latar belakang keseluruhan
poster putih untuk lapisan pertama. kotak berdasarkan lakaran idea
catan yang telah dipilih.

3 Warnakan latar belakang dengan ton
warna yang lebih gelap di hadapan dan
terang di belakang untuk mewujudkan
unsur ruang jauh dan dekat.

4

Lukis rupa objek berdasarkan lakaran idea catan yang telah dipilih. Kemudian, warnakan
rupa objek dengan menitikberatkan penggunaan ton warna bagi mewujudkan kesan
visual dua dimensi pada karya.

40

KARYA GABUNGAN

6 Tebuk lubang pada bahagian Alat dan bahan
tapak cawan kertas dan
masukkannya pada penyedut Pensel
minuman sebagai tapak ikan.
Cat
5 poster

Tampalkan kad busa pada Berus
bahagian atas kotak sebagai warna
kemasan pada tapak arca.

Sebagai kemasan, sembur 7 Palet
karya dengan penyembur
pengilat supaya karya tahan 8 Tampalkan cangkerang dan Kad
lebih lama dan tidak pudar. batu hiasan pada permukaan busa
kotak supaya lebih kemas
dan menarik.

Gam
kuat

Cawan
kertas

Penyembur
pengilat

AWAS! Hasil catan pada
tapak arca stabail.
Pastikan kamu
menjaga kebersihan Bahan
dengan mengalas hiasan
tapak arca sebelum
mewarna dan
membuat semburan.

3.2.2 NOTA GURU
(i, ii, iii, vi, • Bimbing murid membuat catan tapak arca stabail berdasarkan lakaran idea yang

v, vi) telah dipilih.
• Galakkan murid mengembangkan idea komposisi dalam penghasilan catan.
• Bimbing murid membuat kemasan pada tapak arca stabail dengan menekankan

disiplin pengkaryaan.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 41

Berdaya Tahan

KARYA GABUNGAN

Proses Membentuk Ikan bagi Arca Stabail

1 Tebuk dan warnakan kulit telur dengan 2 Leperkan hujung penggulung tisu
cat poster untuk dijadikan kepala ikan. dan balut dengan kain felt sebagai
badan ikan dengan kemasnya.

TIP

Tebuk kulit telur dengan hujung gunting
dan keluarkan telur secara berhati-hati.

3 Lakarkan dan gunting bahagian ekor dan sirip ikan pada kad busa.
Kemudian, cantumkan kepala, ekor dan sirip pada badan ikan.

4 Kemaskan bahagian hujung badan ikan 5 Tampalkan mata dan mulut pada
yang membentuk ekor ikan. permukaan telur sebagai muka ikan.

42


Click to View FlipBook Version