SIDANG REDAKSI PENAUNG Tuan Hj. Suhaimi bin Abdullah B.C.N. Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Prai Tengah PENASIHAT Tuan Saipollizan bin Saad Timbalan Sektor Pembelajaran KETUA PENYELARAS Sharil Azrul bin Mohd Sohaimi Mohd Asrul bin Mohd Yusof PENYELARAS EDITOR Samad bin Saad Mahathir bin Shuib PENYELARAS SEKTOR / UNIT Shamshul Azura bin Md Yusof Mohd Fuad bin Bakar Shahrul Rizal bin Mah Shariff Zaiwani binti Mamat@ Mohamed Hakimi bin Saman Siti Afizan binti Amir Hasan Md Sobri bin Romli Musyadi bin Mustafa Abu Seman bin Mat Karim Wan Ramzan bin Wan Sulaiman Nur Anna binti Abdullah Khairolajman bin Ismail Nik Mohd Asyuwanee bin Kamaruddin Salina binti Said Mohd Muhaimi bin Md Taha FOTOGRAFI Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP) Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada PPD Seberang Prai Tengah Hak cipta Terpelihara @ PPD Seberang Prai Tengah
Sidang Redaksi …………………………………………………………........ 04 Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) ………... 08 Kata Alu-aluan Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang ……………. 10 Bicara Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Prai Tengah ……………. 13 Visi & Misi …………………………………………………………………….. 15 Objektif …………………………………………………………………..……. 16 Piagam Pelanggan ………………………………………………………...… 17 Carta Organisasi …………………………………………………………..… 19 Lagu Rasmi …………………………………………………………………... 30 KANDUNGAN ASPIRASI 02 INFO RINGKAS 01 PROFIL KORPORAT Jenis Sekolah …………………………………………………………........... 31 Senarai Sekolah …………………………………………………………....... 32 Peta Lokasi Sekolah ………………………………………………………… 34 // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 2 Laporan Sektor Perancangan……………………………………………… 36 03 SEKTOR PERANCANGAN
04 SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH School Improvement Partners+ (SIP+) ……………………..…………….. 42 Laporan Sektor Pengurusan Sekolah ………………………...…….......... 55 // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 3 05 SEKTOR PEMBELAJARAN Laporan Sektor Pembelajaran …………………………………….............. 78 School Improvement Specialist Coaches+ (SISC+) …………………… 88 Laporan Sektor Pembangunan Murid ……………………………………. 101 06 SEKTOR PEMBANGUNAN MURID Aktiviti Sektor Psikologi & Kaunseling…………………………................. 105 07 SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING Aktiviti Sektor Pentaksiran & Peperiksan …………………………............ 115 08 SEKTOR PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN Laporan daripada Sektor Pengurusan …………………………………..... 124 09 SEKTOR PENGURUSAN
SIDANG REDAKSI Ketua Penyelaras I En. Sharil Azrul bin Mohd Sohaimi // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 4 Ketua Penyelaras II En. Mohd Asrul Bin Mohd Yusof
SIDANG REDAKSI Penyelaras Editor I En. Samad bin Saad Penyelaras Editor II En. Mahathir bin Shuib // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 5
SIDANG REDAKSI Dari atas kiri : En. Shahrul Rizal, En. Fuad, Ust Sobri, En. Musyadi, En Wan Ramzan, En. Khairolajman, En. Abu Seman, En. Muhaimi Dari bawah kiri : En. Nik, Pn. Zaiwani, Pn. Afizan , En. Hakimi, Pn. Nur Anna, Pn. Salina, Dr. Shamsul Azura // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 6 Pasukan Sidang Redaksi
Anda tidak perlu hebat untuk mulakan sesuatu TETAPI untuk menjadi HEBAT anda perlu mulakan sesuatu. // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 7
Kata Alu-Aluan KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 8
Kata Alu-Aluan KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat, rahmat dan izin-Nya dapat saya coretkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah ini. Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah bagi tahun ini. Inisiatif penerbitan majalah ini amatlah murni dalam mendokumentasi maklumat, merakam kenangan dan menghargai usaha serta kesungguhan warga sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pada sepanjang tahun. Saya cukup yakin majalah ini merupakan bukti komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu daripada semua pihak yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak bangsa. Semua warga sekolah memainkan peranan yang penting dalam menggalas misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, serta menyediakan pendidikan terbaik untuk warisan generasi akan datang. Generasi yang kita harapkan adalah 'Anak yang Baik lagi Cerdik' (ABC) dengan teras yang utuh seperti keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah terpuji dan kemantapan jati diri selain kecemerlangan kognitif dan psikomotor. Justeru, saya percaya gerak kerja seluruh warga sekolah dengan kepimpinan bercirikan 'Trust and Inspire' akan membawa kepada pembentukan generasi pewaris negara yang beradab mulia dan berintelektual. Kebersamaan, keterbukaan dan kesyukuran merupakan prinsip penting dalam bekerja yang perlu kita teruskan dalam memacu kecemerlangan pendidikan negara. Akhir kata, semoga penerbitan majalah sekolah ini dapat diteruskan bagi membina ukhwah serta menyatu padukan semua warga sekolah dan seterusnya melahirkan generasi Malaysia yang sejahtera.
PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 10 Kata Alu-aluan
(TUAN HAJI ABDUL RASHID BIN ABDUL SAMAD) Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. KATA ALU-ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. ALHAMDULILLAH, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana diberikan ruang untuk menzahirkan sepatah dua kata dalam bahan penerbitan ASPIRASI PPDSPT. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan SYABAS kepada sidang redaksi dan seluruh warga PPDSPT atas inisiatif penerbitan koleksi aktiviti dan program yang telah dilaksanakan oleh PPDSPT. Dalam merealisasikan Pulau Pinang Peneraju Transformasi Pendidikan Negara, kualiti perkhidmatan yang berpaksikan Budaya Kerja Berprestasi Tinggi (High Performance Culture) merupakan ranah yang menjadi landasan untuk sama-sama kita mencapai tujuh teras utama yang dihasratkan oleh YB. Menteri Pendidikan Malaysia. Dalam mengharungi Gelombang Ketiga, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), usaha-usaha yang berterusan dalam meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepemimpinan rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional akan terus dimantapkan. Selain itu, peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran berteraskan inovasi serta berbantukan bahan digital perlu dibuat penambahbaikan dalam mencapai matlamat sekolah berkualiti dan kemenjadian murid yang melepasi matlamat minimum. Saya menaruh harapan yang amat tinggi dalam kalangan pegawai di semua PPD agar terus beristiqamah dalam melaksanakan tugas dengan penerapan budaya kerja yang mempunyai nilai kebertanggungjawaban dengan meletakkan sasaran yang dijelmakan melalui kerja buat yang berkualiti dan berintegriti. Semoga ASPIRASI PPDSPT yang diterbitkan ini bukan sekadar bahan bacaan semata-mata malahan menjadi sumber inspirasi dalam membuat penilaian untuk merangka pelan tindakan yang lebih komprehensif dalam mengangkat martabat pendidikan negara khususnya pendidikan di Pulau Pinang. // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 11 Akhir kata, marilah sama-sama kita membulatkan tekad dengan niat yang ikhlas untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anak bangsa dalam menyelusuri pelbagai cabaran pendidikan mampu kita tangani dengan tatacara yang profesional sebagai wadah MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA, DAN NEGARA SEJAHTERA. “PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA” KEMENTERIAN PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
BICARA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PRAI TENGAH // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 12
Akhir kata, saya berharap agar semua warga PPD Seberang Prai Tengah terus melipatgandakan usaha dalam pelbagai aspek demi kejayaan murid seperti dalam moto PPDSPT “THINK BIG, MAKE IT HAPPEN, DO IT TOGETHER". Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan penerbitan ASPIRASI PPDSPT PPD Seberang Prai Tengah 2022. Sekian, terima kasih. (TUAN HAJI SUHAIMI BIN ABDULLAH B.C.N) Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Prai Tengah Pulau Pinang Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera kepada semua warga Pendidikan. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya diberi ruang dan kesempatan untuk merakam sepatah dua kata dalam ruangan ini. Sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan ASPIRASI PPDSPT yang julung kali di Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Prai Tengah, khasnya Jawatankuasa Sidang Redaksi ASPIRASI PPDSPT . Alhamdulillah, berkat usaha gigih kerjasama semua warga PPD Seberang Prai Tengah telah banyak mengalami perubahan dalam pelbagai bidang. Kejayaan ini merupakan hasil usaha pelbagai pihak dalam mengekalkan dan meningkatkan pencapaian ini dari semasa ke semasa. Dalam menghadapi era globalisasi yang mencabar ini, pegawai dan staf sokongan PPD Seberang Prai Tengah perlu berusaha lebih gigih untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Usaha kolaboratif yang erat dengan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan merupakan tunjang penting bagi melahirkan keberhasilan dan kemenjadian murid-murid demi menyahut cabaran dan wawasan negara. // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 13
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 14
“PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA” “MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA” // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 15
Pejabat Pendidikan Daerah ditubuhkan bagi mencapai objektif-objektif yang berikut : Menjadikan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Prai Tengah sebagai pusat kecemerlangan pengurusan pendidikan. Memastikan KPI pendidikan dapat dicapai selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia. Memimpin, menyelia dan menilai pengurusan sekolah di daerah demi meningkatkan prestasi sekolah-sekolah ke arah pendidikan berkualiti selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Meningkatkan kualiti dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid di daerah Seberang Perai Tengah. Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf, peningkatan profesionalisme serta meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum. Merancang dan menguruskan program/aktiviti penyelenggaraan prasarana dan aset-aset kerajaan mengikut jangka masa dan piawaian yang ditetapkan dengan kos yang efektif berpandukan pekeliling perbendaharaan. Menjadi pusat pangkalan data yang mantap dan terkini untuk pengurusan sumber yang efisien. Memimpin sekolah mewujudkan satu perhubungan yang lebih berkesan dengan masyarakat, PIBG, agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Memperkukuhkan hubungan dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain berasaskan semangat permuafakatan. Memudahkan komuniti dan masyarakat berurusan dalam hal pendidikan. OBJEKTIF // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 16
Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Prai Tengah dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk : 1. Memastikan semua kanak-kanak yang cukup umur pada tahun semasa mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru bermula; 2. Memastikan pendaftaran dan pertukaran murid ke sekolah yang dipohon dapat diselesaikan dalam tempoh tidak lewat dari dua hari dengan syarat semua dokumen disertakan lengkap dari tarikh penerimaan dokumen; 3. Memastikan proses permohonan belajar semula ke sekolah bantuan penuh kerajaan atau sekolah harian diselesaikan dalam tempoh tidak lewat daripada sebulan dari tarikh penerimaan dokumen lengkap; 4. Memastikan sebarang aduan disiasat dan diberi jawapan bertulis dalam tempoh 7 hari bekerja; 5. Memastikan setiap murid yang bersekolah mendapat manfaat sepenuhnya daripada program kokurikulum, program akhlak & sahsiah, kebajikan dan khidmat sokongan dalam sepanjang tempoh masa persekolahan mereka; 6. Memastikan segala data operasi pendidikan dan maklumat terkini dalam bidang pendidikan dapat disampaikan dengan lengkap, cepat, tepat dan betul mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan: 7. Semua bil dan tuntutan akan dibayar TIDAK MELEBIHI EMPAT BELAS (14) HARI BEKERJA dari tarikh dokumen diterima dengan lengkap dan sempurna. 8. Semua pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan SERTA MERTA dengan segera dan mesra. KAMI BERJANJI PIAGAM PELANGGAN // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 17
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 18
CARTA ORGANISASI // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 19
Tuan Haji Suhaimi Bin Abdullah, B.C.N Pegawai Pendidikan Daerah PENGURUSAN TERTINGGI // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 20
Shuhada Bin Ibrahim Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah Mohd Fuad bin Mohd Khir Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan PENGURUSAN TERTINGGI Saipollizan Bin Saad Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran Haslina Binti Kamaron Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 21
CARTA ORGANISASI INDUK // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 22
SEKTOR PERANCANGAN // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 23
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 24
SEKTOR PEMBELAJARAN // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 25
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 26
SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 27
SEKTOR PENTAKSRIAN & PEPERIKSAAN // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 28
SEKTOR PENGURUSAN // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 29
OUR TEAM LEADING FORWARD Teguh berdiri warga pendidik Kita bimbing anak bangsa Beriltizam dan berwawasan Satu tekad satu tujuan Berintegriti satu matlamat Di bawah negara berdaulat *Berwibawa bekerjasama sepakat sehati sejiwa Muafakat membawa berkat Our team leading forward Tekad dijulang azam dipegang Luhur bakti tanpa jemu Kami terus maju ke hadapan Dalam satu arah impian PPD Seberang Perai Tengah Menyahut cabaran negara *Berwibawa bekerjasama sepakat sehati sejiwa Muafakat membawa berkat Pasukan maju ke hadapan (Our Team Leading Forward) Idea asal : Syed Jaafar bin Syed Abd Aziz – Ex KPPDSPT Ciptaan : Megat Aminuddin Said – PPDSPT Lirik : Roslen Abd Ghani - PPDSPT Rohani Abdul Rahim - SK Bukit Minyak Lagu Rasmi // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 30
JENIS SEKOLAH BILANGAN Kolej Vokasional 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 1 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 16 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) 6 Sekolah Kebangsaan 32 Sekolah Rendah SABK 1 Sekolah Kebangsaan Khas 1 Sekolah Menengah SABK 5 Sekolah Menengah Kebangsaan 24 JUMLAH 87 0 5 10 15 20 25 30 35 KV SBP SJKC SJKT SK SR SABK SK KHAS SM SABK SMK 1 1 16 6 32 1 1 5 24 JENIS SEKOLAH Jenis Sekolah // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 31
BIL NAMA SEKOLAH KOD SEKOLAH 1 SK ALMA PBA0001 2 SK BUKIT TEH PBA0002 3 SK GUAR PERAHU PBA0003 4 SK JALAN BAHARU PERAI PBA0005 5 SK JUARA PBA0006 6 SK JURU PBA0007 7 SK KEBUN SIREH PBA0008 8 SK KHIR JOHARI PBA0009 9 SK MACANG BUBOK PBA0010 10 SK MENGKUANG PBA0011 11 SK PERMATANG PASIR PBA0012 12 SK PERMATANG PAUH PBA0013 13 SK PERMATANG TOK KANDU PBA0014 14 SK SERI PENANTI PBA0015 15 SK SUNGAI RAMBAI PBA0016 16 SK TANAH LIAT PBA0017 17 SK SEBERANG JAYA PBA0018 18 SK SEBERANG JAYA 2 PBA0019 19 SK TAMAN INDERAWASIH PBA0020 20 SK BUKIT INDERA MUDA PBA0021 21 SK BUKIT MINYAK PBA0022 22 SK ALMA JAYA PBA0023 23 SKPK KHAS ALMA PBA0024 24 SK SERI IMPIAN PBA0025 25 SK BANDAR BARU PERDA PBA0026 26 SK PAUH JAYA PBA0027 27 SK PERMAI INDAH PBA0028 28 SK MACHANG BUBOK II PBA0029 29 SK TAMAN IMPIAN PBA0030 30 SK CONVENT PBB0018 31 SK STOWELL PBB0019 32 SK KG BARU PBB0021 33 SK ST MARK PBB2078 34 SJK(C) PERMATANG TINGGI PBC0021 35 SJK(C) PERKAMPUNGAN BERAPIT PBC0022 36 SJK(C) KUBANG SEMANG PBC0023 37 SJK(C) KG. SG. LEMBU PBC0024 38 SJK(C) JIT SIN 'A' PBC0026 39 SJK(C) JIT SIN 'B' PBC0027 40 SJK(C) KAY SIN PBC0028 41 SJK(C) KEOW KUANG PBC0029 42 SJK(C) KIM SEN PBC0030 43 SJK(C) LAY KEOW PBC0031 Senarai Sekolah // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 32
BIL NAMA SEKOLAH KOD SEKOLAH 44 SJK(C) PENG BIN PBC0032 45 SJK(C) SENG KEOW PBC0033 46 SJK(C) SIN YA PBC0034 47 SJK(C) TRUE LIGHT PBC0035 48 SJK(C) BENG TEIK (PUSAT) PBC0036 49 SJK(C) CHUNG HWA 3 PBC2079 50 SJK(T) PERMATANG TINGGI PBD0034 51 SJK(T) LDG JURU PBD0035 52 SJK(T) BKT MERTAJAM PBD0036 53 SJK(T) LDG ALMA PBD0037 54 SJK(T) LADANG PRYE PBD0038 55 SJK(T) PERAI PBD2080 56 SRI AL MASRIYAH PCT0002 57 SMK PRAI PEA0001 58 SMK BERAPIT PEA0002 59 SMK GUAR PERAHU PEA0003 60 SMK SEBERANG JAYA PEA0004 61 SMK PERMATANG RAWA PEA0005 62 SMK SAMA GAGAH PEA0006 63 SMK TAMAN INDERAWASIH PEA0007 64 SMK ALMA PEA0008 65 SMK MENGKUANG PEA0009 66 SMK PERMAI INDAH PEA0010 67 SMK TAMAN SEJAHTERA PEA0011 68 SMK BANDAR BARU PERDA PEA0012 69 SMK PAUH JAYA PEA0013 70 SMK TUN HUSSEIN ONN PEA0014 71 SMK TAMAN PERWIRA PEA0015 72 SMK PERMATANG PASIR PEA0016 73 SMK MACHANG BUBUK PEA0017 74 SMK GUAR PERAHU INDAH PEA0018 75 SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM PEB0042 76 SMK JALAN DAMAI PEB0043 77 SMK CONVENT (M) BUKIT MERTAJAM PEB0044 78 SMK JIT SIN PEB0045 79 SMK BUKIT MERTAJAM PEE0040 80 SMK PENANTI PEE0041 81 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDDIN PEE0051 82 SMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH 2 PFT0001 83 SM AGAMA AL-AHMADIAH AL-IJTIMAIAH PFT0002 84 SM ISLAM AL-MASRIYAH PFT0003 85 SMA FAQIAH DAIMIAH PFT0004 86 SMA AL MAAHADUL ISLAMI TASEK JUNJUNG PFT0005 87 KV SEBERANG PERAI PHA0001 // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 33
Peta Lokasi Sekolah // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 34
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 35
// Buletin ASPIRASI PPDSPT 2022 11 SEKTOR PERANCANGAN // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 36
Pembentangan PSO 2020-2022 (kemas kini 2022) dan SKT PPDSPT kepada pegawai dan AKP pada 16 Februari bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PPDSPT. Dialog Prestasi 1 yang berlangsung pada 14 Januari 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PPDSPT. Bengkel Pemantapan Rakan Q Fasa 1 (Q Mantap 1) yang diadakan pada 8 Februari 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat STEM, PPDSPT. Pada 16 Jun 2022, telah berlangsung program DTP yang memberi fokus kepada bimbingan kemahiran merungkai Standard 4 SKPMg2 bagi pemantapan PdPc (fokus SES dan jantina yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PPDSPT // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 37 SEKTOR PERANCANGAN
Bimbingan Pelan Pemerkasaan Transformasi Pendidikan Sekolah Menengah yang berlangsung Pada 2 September 2022 bagi kumpulan A dan 1 November 2022 bagi kumpulan B, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PPDSPT. Bimbingan Pelan Pemerkasaan Transformasi Pendidikan Sekolah Rendah kumpulan B yang berlangsung pada 2 November 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PPDSPT. Bengkel Pengurusan DTP Merentasi Sektor telah diadakan pada 26-27 Oktober 2022 di Farmstay Relau, Kedah. Bengkel ini memberi fokus kepada peningkatan kemahiran pengurusan DTP merentasi sektor, sistem pengurusan kualiti dan pengurusan digital. // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 38 SEKTOR PERANCANGAN
Bengkel Bimbingan Pemerkasaan Transformasi Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah telah diadakan pada 15 dan 16 november 2022 bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pokok Sena. Bengkel ini diadakan untuk membuat penilaian intervensi dan kajian impak PSO 2020-2022 dan Perancangan PSO dan KPI 2023-2025 berdasarkan data dan isu strategik sekolah. // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 39 SEKTOR PERANCANGAN
Kajian bangunan daif di sekolah: kesan iklim sekolah, efikasi guru dan murid terhadap perlaksanaan pembelajaran abab ke-21 oleh pegawai ePRD KPM. Diiringi bersama oleh Penolong Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, JPNPP dan Penolong PPD Sektor Perancangan PPDSPT. Berlangsung pada 13 Oktober 2022 bertempat di SK Mengkuang dengan mendapat kerjasama yang terbaik daripada semua warga sekolah. // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 40 SEKTOR PERANCANGAN
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 41
7 AKTIVITI 1 MATLAMAT STRATEGIK ASPIRASI DAN PEMBANGUNAN SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERS (SIP+) 1 TERAS 2 MAKE IT HAPPEN DO IT TOGETHER THINK BIG PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA FOKUS Memperkasakan kepemimpinan PGB & SLT Pembudayaan Sekolah Berkualiti KPI 1. Peningkatan 1 % SKPMg2 S1,S2 & S3 2. 3% PGB PAT // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 42 SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
01 Peningkatan 1 % SKPMg2 S1,S2 & S3 02 03 1 #SKPMg2 2 4 5 6 7 3 2KPI 7Aktiviti 3% PGB membentang Perkongsian Amalan Terbaik Bilangan khidmat bantu pelaksanaan CPD dan PLC sekurangnya 1 kali. #PAT #PenandaAras 1. Kolokium PRIme 2. Kajian Tindakan - PAT 1. CM SKPMg2 S1 & S2 - PGB 2. CM SKPMg2 S3 - PK 1. Iklim Pembelajaran Bermakna 2. Iklim sekolah STEM #DP #KSAD #CPD #PLC 1. Pemantapan Dialog Prestasi 2. Dialog Prestasi Sekolah Kuantiti 1. Pemantapan Kanvas Strategi Analisis Data - Bengkel 1. Bicara Prestasi Unggul 2. PAT – Penulisan. 1. Program TS25 2. Program Sekolah Eminent-Satelit ISU Kualiti Kepemimpinan PGB & SLT belum mantap. PGB belum menyediakan pelbagai wadah kepada warga organisasi untuk berkongsi hasil penyelidikan. 01 ISU PGB dan SLT memerlukan platform untuk pemantapan dan peningkatan profesionalisme kepimpinan. 01 ISU // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 43 SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 44 SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH 01 Januari 2022 - 31 Disember 2022. Aktiviti 1 : Sesi bimbingan PGB dan SLT Coaching & Mentoring (CM) bagi 86 buah sekolah (30 buah sekolah di bawah bimbingan setiap SIPartners + ) berteras pembudayaan sekolah berkuaiti. Kaedah individu dan berkelompok secara bersemuka di sekolah masing-masing. 12 April - 13 April 2022 Aktiviti 2 : Kolokium PGB PRIme peringkat Daerah Seberang Perai Tengah. 20 orang PGB baru dilantik 2020-2021 telah membuat pembentangan Perkongsian Amalan Terbaik secara Google Meet. 4 orang pembentang terbaik ( 2 orang guru besar dan 2 orang pengetua) dipilih mewakili peringkat negeri. Keputusan mewakili peringkat negeri bagi kategori sekolah rendah telah disandang oleh tuan guru besar Safuan bin Shuib dan Che Asa bin Chat . Manakala bagi katogeri sekolah menengah disandang oleh Tuan pengetua Suraine binti Basir dan Dr. Ooi Yek Hwa . Seterusnya, Puan Suraine bin Basir telah layak ke peringkat kebangsaan bagi Kolokium Amalan Terbaik (PRime) tahun 2022 Anjuran Institut Aminuddin Baki pada 13-15 September 2022. 13 Mei 2022 Aktiviti 3 : Penataran SekolahKu SEJAHTERA Secara atas talian. Sasaran semua PGB dan Penolong Kanan Daerah SPT. Moderator Tn. Hj Zaini bin Mat Zain. Penceramah ialah Pn. Zalina binti Harisun. Pengisian dengan PAT SekolahKu SEJAHTERA oleh Pn Fazliyaton binti Ahmad Suhaimi ,GB SK Alma tajuk “SEKOLAHKU SEJAHTERA”.
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 45 SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH 18 - 19 Mei, 13, 22 & 23 Ogos 2022 Aktiviti 4 :Pemantapan Modul Kepimpinan TS25 Bertempat di SMK Guar Perahu Indah, SMK Tinggi Bukit Mertajam, SK Seri Impian dengan pengisian Modul 1 dan 2 TS25 serta PAT bagi PInTAS dan KmR yang dijalankan. Kerjasama Penyelaras TS25 PPDSPT dan Rakan Elit IABCU. 09 Jun 2022 Aktiviti 5 :Forum Hari Guru Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah Tema : GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA Anjuran Bersama BKS PPDSPT, MPSM KM7,MPSM KM8, MGB Zon Tengah bertempat di SJKC Peng Bin , dirasmikan oleh Datuk Mohd. Noor bin Ahmad (Ahli Lembaga Pengarah PERDA) . Ustaz Mohd. Fadhly bin Hasbullah @Ustaz Manis sebagai moderator. Ahli Panel terdiri daripada Tn. Hj. Jamaluddin bin Yaacob, En. Ramlee bin Abu Bakar, Tn. Hj. Dr Mohamad Pisal bin A. Bakar dan Puan Jura binti Abdul Hamid.Peserta terdiri daripada semua PGB dan Penolong Kanan Daerah Seberang Perai Tengah. Penyelaras aktiviti :Tn. Hj Zaini bin Mat Zain.
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 46 SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH 13 Julai 2022 Aktiviti 6 : Pengurusan Data SKPMg2 : Kanvas Strategi Analisis Data. Pendedahan Kanvas Strategi Analisis Data (Razak & Nor, 2010) sebagai alat untuk analisis data SKPMg2 secara terpandu. Sasaran 30 orang pengetua Daerah SPT. Bersemuka di Auditorium SMK Berapit. Tn. Hj. Suhaimi bin Abdullah , Pegawai Pendidikan Daerah PPDSPT adalah pencetus dan pendorong KSAD peringkat PPDSPT. Moderator Tn Hj. Zaini bin Mat Zain dan fasilatator Pn. Zalina binti Harisun. Penyelaras aktiviti ialah En. Baharuddin bin Hashim. 04 Ogos 2022 Aktiviti 7 : PLC - Bicara Prestasi Unggul: Peningkatan Prestasi SPM Sekolah Kuantiti. Bertempat di SMK Seberang Jaya. Berfokus pada 8 buah sekolah menengah yang mendapat GPS julat 6.00 – 8.00 dalam PAT Ting. 4 (2021) . Kerjasama dengan Sektor Pembelajaran PPDSPT. Tujuan adalah untuk mengenalpasti isu dan menjana idea menghasilkan intervensi berkesan supaya terdapat peningkatan prestasi dalam GPS SPM 2022. Antara pengisian ialah Perkongsian Amalan Terbaik daripada 4 orang Pengetua dari rakan strategik sekolah yang tahap baik dan cemerlang GPS SPM 2021 iaitu Tn Hj Shamsudin bin Hussein, Tn. Abd Naser bin Othman, Dr. Ooi Yek Hwa dan Tn. Hazani bin Ibrahim. Tn. Hj. Ramli bin Abdul Rahim SIPartners turut membentang Perkongsian Amalan Terbaik bagi peningkatan kehadiran murid dan peningkatan prestasi SPM. Penyelaras ialah Zalina binti Harisun.
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 47 SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH 08 Ogos 2022 Aktiviti 8 : Pekongsian Amalan Terbaik Penolong Kanan Pentadbiran Daerah SPT Seramai 86 orang PKP terlibat dalam aktiviti ini. Tiga orang Penolong Kanan Pentadbiran membentang amalan terbaik iaitu Sim An Thea (SMK Jit Sin) “ Pelan Taktikal Aktiviti Akademik Tahun 2022” , Ahmad Shukri bin Abu Bakar (SK Seri Impian) “PSS Pemangkin Minda Murid” dan Thiagarajan a/l Kobalan (SKJT Permatang Tinggi) “ Pemantauan PBD Berkesan”. Kerjasama MPSM KM8. Penyelaras Aktiviti : Pn Zalina binti Harisun. 09 Ogos 2022 Aktiviti 9 : Pekongsian Amalan Terbaik Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SPT Seramai 86 orang PKHEM terlibat dalam aktiviti ini. Pembentang Amalan Terbaik ialah Mohamed Mohainudin Bin Md Hanifa (SMK Mengkuang) “Kad Digital Pencetus Kehadiran Murid” , Noor Hafizah Binti Othman (SK Seri Impian) “PIBK Pencetus Kehadiran Murid”, Noorazalina Binti Johari (SK Pauh Jaya) “Kelas TerHEBAT”. Kerjasama MPSM KM7. Penyelaras aktiviti Zalina binti Harisun.
10 Ogos 2022 Aktiviti10: Pekongsian Amalan Terbaik Penolong Kanan Kokurikulum Daerah SPT Seramai 86 orang PK Kokurikulum terlibat dalam aktiviti ini. Pembentang Amalan Terbaik ialah Kanagarajan A/L Maruthan-Mohd Aliff Zeikal bin Azhari (SMK Seberang Jaya)“Data Studio PAJSK”,Ng Chew Leng (SJKC Kim Sen) “Pencapaian Peringkat Antarabangsa ”. Kerjasama MGB dan Penyelaras aktiviti Zalina binti Harisun 12 Ogos 2022 Aktiviti 11 : Pemantapan Penjaminan Kualiti PBD Peringkat Daerah SPT Seramai 172 orang PGB dan PK Penolong Kanan Pentadbiran terlibat dalam aktiviti ini. Penceramah Dr. Maimunah binti Husein , Pensyarah Kanan IABCU. Dikendalikan oleh Pn. Zalina binti Harisun sebagai moderator. Pengisian berfokus pada Penjaminan Kualiti 4P iaitu peranan pentadbir dalam pengurusan proses 4P iaitu pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesanan. Penyelaras aktiviti Zalina binti Harisun // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 48 SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 49 SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH 25 Ogos 2022 Aktiviti 12 : Review Perancangan Strategik Organisasi & Pengurusan Dialog Prestasi Aktiviti Jalinan dengan PPDTL dengan berfokus pada 30 orang Pengetua sebagai peserta. Pembentangan oleh Encik Sangaranathan a/l Muniandy (SIPartners+ PPD Timur Laut) dan Tn. Hj. Ramli bin Ahmad (Pengetua SMK Inderawasih). Tuan Hj. Fuad bin Mohd. Khir sebagai pembentang Pengurusan Dialog Prestasi. Moderator Zalina binti Harisun. Penyelaras En. Baharuddin bin Hashim. 27 Ogos 2022 Aktiviti 13 :Pemantapan Pendekatan Bertema. Aktiviti ini adalah bersama dengan Sektor Pembelajaran. Antara sekolah rintis ialah SMK Pauh Jaya bagi daerah Seberang Perai Tengah. Penyelaras En. Baharuddin bin Hashim.