// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 100 SEKTOR PEMBELAJARAN
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 101
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 102 SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PENILAIAN PROJEK RINTIS PENSIJILAN SEKOLAH BERSIH TAHUN 2022 26 Ogos 2022 – Sebanyak dua buah sekolah di Daerah Seberang Perai Tengah iaitu SMK Jit Sin dan SMK Berapit telah terpilih untuk menyertai Projek Rintis Pensijilan Sekolah Bersih Tahun 2022. Program yang dianjurkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) ini bertujuan untuk membudayakan amalan 3R iaitu Reuse, Reduce dan Recycle. Tahniah diucapkan kepada SMK Jit Sin yang berjaya mendapat penarafan Emas dan SMK Berapit yang mendapat penarafan Perak. BENGKEL KERJA PENINGKATAN PROFESIONALISME PENYELIA ASRAMA NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022 17 Oktober 2022 – Seramai 52 Penyelia Asrama dari seluruh negeri Pulau Pinang telah menghadiri Bengkel Kerja Peningkatan Profesionalisme Penyelia Asrama Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Seaview Hotel, Langkawi.
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 103 SEKTOR PEMBANGUNAN MURID UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM) Kursus Pentauliahan Pegawai Pengurusan KRS bagi Pegawaipegawai PPD dan GKP Kokurikulum yang baharu telah diadakan pada 21 dan 22 Jun 2022 bertempat di SMK Guar Perahu, Bukit Mertajam. 14 September 2022, Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya telah menerima lawatan kerja dari Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Tuan Haji Mustafa bin Sidi serta Encik Nazar bin Mamat Penolong Pengarah BSKK. Antara yang dibincangkan ialah kemenjadian murid dalam kokurikulum pasca Covid-19 dan kesinambungan kecemerlangan murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah telah diadakan secara bersemuka buat pertama kali sejak Pandemik Covid-19 melanda. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 26 dan 27 September 2022 bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Pulau Pinang, Bukit Mertajam. Pertandingan telah disertai oleh sekolah-sekolah rendah dan menengah di daerah Seberang Perai Tengah dengan 10 kategori dipertandingkan. Terima kasih kepada Outpost yang telah menjadi penaja utama bagi Trofi kepada pemenang bagi setiap kategori. Sejajar dengan keperluan PAJSK, pemarkahan murid-murid adalah bergantung kepada pangkat yang disandang di dalam sesuatu persatan yang disertai. Oleh yang demikian, satu Kursus Kenaikan Pangkat bagi KASPA dan KRS/TKRS telah diadakan seperti ketetapan berikut: KASPA : 27 & 28 Julai 2022 (Pusat Kokurikulum Negeri) KRS/TKRS : 4 & 5 Oktober 2022 (Dewan Terbuka PPDSPT). Terima kasih diucapkan kepada Team Sekretariat yang banyak membantu dalam menyusun dan melaksanakan program ini.
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 104 SEKTOR PEMBANGUNAN MURID ZON BUKIT MERTAJAM JOHAN KESELURUHAN BUAT KALI KE EMPAT BERTURUT TURUT KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPP 2022 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG Stadium Bandaraya Pulau Pinang, 15 Oktober 2022. Zon Bukit Mertajam berjaya menjadi johan keseluruhan Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri buat kali keempat berturut-turut mulai tahun 2017, 2018, 2019 dan 2022. Zon Bukit Mertajam memenangi 21 pingat emas, 27 perak dan 13 gangsa menewaskan 9 zon yang lain termasuk 1 zon diwakili SMK Mutiara Impian (Sekolah Sukan Negeri). Zon Bukit Mertajam juga memperolahi kejayaan berganda dengan memenangi Johan Keseluruhan Lelaki Bawah 15 Tahun, Johan Keseluruhan Perempuan 18 Tahun dan Johan Keseluruhan Lelaki Bawah 18 Tahun. Seramai 15 orang atlet dari Zon Bukit Mertajam akan mengalas cabaran wakil Pulau Pinang ke Kejohanan Olahraga MSSM peringkat kebangsaan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. PPDSPT DI PERSADA DUNIA Permatang Pasir, 02 September 2022. Majlis penyerahan sumbangan Pasukan Bola Tampar Pantai Perempuan ke Kejohanan Dunia Bawah 19 Tahun di Turki. Ini merupakan penyertaan julung kalinya 2 orang atlet dari SMK Penanti yang iaitu Farwiza Aina dan Auni Maisara yang menyertai kejohanan dunia bersama jurulatihnya En. Bun Lai A/L Ken. Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Prai Tengah Tn. Hj. Suhaimi bin Abdullah dan Timbalan PPD Cik Haslina binti Kamaron sentiasa memberikan sokongan dan semangat kepada atlet-atlet yang terlibat agar terus cemerlang dan berjaya membawa nama Malaysia di persada dunia.
SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 105
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 106 SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING 7 - 8 November 2022 SMK Prai & SMJK Jit Sin – Sektor Psikologi & Kaunseling turut memberi khidmat sokongan psikososial dalam meningkatkan kesedaran murid untuk hadir ke sekolah. Program i-hadir merupakan program motivasi berfokus kepada murid yang mempunyai isu berkaitan kehadiran ke sekolah. Tahniah dan syabas kepada semua murid yang hadir.
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 107 SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING PERSIDANGAN ANTARABANGSA KAUNSELOR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 DENGAN TEMA INDIVIDU CERIA, KELUARGA BAHAGIA, ORGANISASI SEJAHTERA 18-20 OKTOBER 2022 DI HOTEL TROVE JOHOR BHARU 4 Mac 2022 Bukit Suling – Satu Program Riadah Eksplorasi Diri Siri 1 /2022 telah diadakan melibatkan semua warga PPDSPT . Aktiviti utama adalah ekpedisi mendaki Bukit Langkap atau lebih dikenali dengan Bukit Suling yang mengambil masa sekitar 40 minit untuk sampai ke puncak telah memberi ruang kepada warga menghayati keindahan alam semulajadi yang secara tidak langsung menjadi terapi minda setelah penat bekerja. Bukan itu sahaja, apa yang lebih penting adalah ikatan kekeluargaan dalam satu organisasi dapat diterapkan dalam suasana santai.Semoga PPDSPT terus mengorak langkah bersama dalam satu kerja berpasukan.
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 108 SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING 22 September 2022- Relau Farmstay Kedah- Institut Pendidikan Guru Sungai Petani Kedah (IPSAH) telah mengadakan kolaborasi program peningkatan profesionalisme bersama pelajar IPG Sungai Petani. Sektor Psikologi dan Kaunseling telah mengendalikan “teambuilding” berkonsepkan “gamification” dalam usaha meningkatkan ilmu kepimpinan dan ketahanan jati diri sebagai guru apabila tamat pengajian nanti. 22 September 2022 PPD Seberang Prai Tengah - PPD SPT telah mengadakan Hari Terbuka Bersama PPD salama 2 hari. Sektor Psikologi & Kaunseling juga telah membuka booth pameran sepanjang program dilaksanakan. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti pameran, sesi konsultasi, konsultasi, tips dan motivasi.
8 Ogos 2022 SMK Guar Perahu - Sektor Psikologi dan Kaunseling bekerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan Program Pembangunan berfokuskan kepada peningkatan kualiti kecemerlangan SPM tahun 2022. 23 Julai 2022 - SMK Kampung Kastam Butterworth telah menerima jemputan untuk mengendalikan Program Kepimpinan Murid yang terdiri daripada pengawas , pengawas pusat sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya. Objektif program sehari ini adalah berfokuskan kepada kepimpinan yang berkualiti dan kerja berpasukan. // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 109 SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 110 SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING 27 Jun 2022 – Kolej MSU Pulau Pinang , Sektor Psikologi & Kaunseling JPN Pulau Pinang telah mengadakan Bengkel Kesejahteraan Psikologi bersama AKP PPD Timur Laut dan PPD Barat Daya dengan melibatkan semua kaunselor daerah. Manakala, pada 30 JUN 2022 melibatkan AKP dari PPDSPU,PPDSPS dan PPDSPT yang telah diadakan PPDSPS. Bengkel ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan psikososial AKP agar lebih komited dalam tugasan.
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 111 SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING 25 Jun 2022 Sedim Ceria Resort – Sektor Psikologi dan Kaunseling telah menerima jemputan untuk mengendalikan Program “Teambuilding” bersama warga SMK Taman Sejahtera. Konsep “gamification” yang diterapkan diharapkan bukan sahaja memberi keseronokan malah mengajak peserta untuk memiliki minda yang hebat, berani berubah, berani bertindak seterusnya dapat menempuh sebarang ujian serta cabaran khususnya di tempat kerja.SMK Taman Sejahtera bertuah kerana program ini turut dihadiri oleh Tuan Hj Suhaimi Abdullah sebagai tanda sokongan untuk semua warga sekolah.
SMK Tinggi Bukit Mertajam - Bersempena Sambutan Hari Guru peringkat daerah tahun ini, satu ceramah motivasi perdana “ Road To Success” telah diadakan melibatkan pelajar di daerah SPT. Adalah diharapkan program ini membantu pelajar mengurus masa dengan lebih bijaksana dan berkesan dalam menghadapi peperiksaan. 25 April 2022 - 27 April 2022 Sektor Psikologi dan Psikologi – Ujian Saringan Kesihatan Mental atau Depression Anxiety Stress Scale (DASS) merupakan satu ujian sebagai panduan untuk mengenalpasti simptom dan sebagai indikator awal samada seseorang itu perlukan rawatan kesihatan mental atau tidak. Menerusi ujian tersebut, peserta turut di dedahkan dengan kaedah daya tindak yang sepatutnya diambil jika berdepan dengan sesuatu konflik di tempat kerja mahupun di rumah. // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 112 SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 113 SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING 18 April 2022 dan 20 April 2022 Pusat Kegiatan Guru Penanti–Program Introspeksi Personel telah di adakan sebagai intervensi awal bagi memberi pendedahan berkaitan tahap kesihatan dalam kalangan warga agar dapat memahami status kesihatan mental masing masing.Selain itu juga, peserta turut di dedahkan dengan kaedah daya tindak yang sepatutnya diambil jika berdepan dengan sesuatu konflik di tempat kerja mahupun di rumah. 13 September 2022 - Sektor Psikologi & Kaunseling JPN Pulau Pinang telah mengadakan bengkel pementoran bersama mentor dan mentee. Pelbagai isu dan masalah dibincangkan bersama dalam program pementoran. Dengan adanya program ini diharapkan dapat meningkatkan keseronokan bekerja sekaligus meningkatkan daya fokus kepada tugasan.
19 Januari 2022 Batu Kawan , Gotong Royong Psikososial telah diadakan bagi meringankan beban AKP yang bertugas di SKPK Alma yang dibersarakan atas sebab kesihatan. Program ini berjalan lancar apabila mendapat kemudahan roro percuma oleh Majlis Perbandaran Seberang Prai Tengah untuk urusan pemungahan barang barang yang tidak diperlukan. Kerjasama semua pihak termasuk pihak sekolah dan AKRAB turut sama menjayakan kerja kerja pembersihan. // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 114 SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 115 SEKTOR PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 116 SEKTOR PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BENGKEL KERJA PENINGKATAN PROFESIONALISME PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2022/2023 TAHAP DUA SEKOLAH RENDAH MENENGAH RENDAH BERSAMA GURU BESAR/PENGETUA SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG. Dewan Besar UiTM, 30 Oktober 2022 - Semua guru Besar di negeri Pulau Pinang telah diberi taklimat tentang pengoperasian Ujian Akhir Sesi Akademik. Hotel Raia Bayan lepas, 5 Disember 2022 - Semua pengetua di negeri Pulau Pinang telah diberi taklimat tentang pengoperasian Ujian Akhir Sesi Akademik. 1. Ujian akhir sesi akademik ialah ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik. Ujian akhir sesi akademik bukan merupakan pentaksiran pusat. 2. Ujian akhir sesi akademik adalah untuk menguji tahap kognitif murid bukan membandingkan prestasi atau pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri. 3. Ujian akhir sesi akademik bertujuan mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajarimurid sepanjang sesi akademik. Seterusnya, ujian ini juga dapat memberi 4. gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Maklumat ini dapat membantu guru merancang dan melaksanakan intervensi untuk membangunkan potensi murid.
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 117 BENGKEL KERJA PENATARAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAH 2022 Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, 14 Julai 2022 - Seramai 75 orang pentaksir negeri Pulau Pinang telah diberikan penataran Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah 2022 (PASM) . Bengkel ini bertujuan untuk memastikan pentaksiran PASM dilaksanakna mengikut SOP yang telah ditetapkan dan tidak berlaku ketidakakuran. Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) merupakan satu bentuk pentaksiran khusus untuk mentaksir kemampuan dan kebolehan MBPK. PASM dilaksanakan untuk pengiktirafan dan pensijilan bagi MBPK di peringkat sekolah menengah. ............................................................................................................... PROGRAM PROFESIONALISME PENTAKSIR PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAH 2022 Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, 15 - 16 Ogos 2022 - Seramai 90 orang pentaksir yang telah dilantik di negeri Pulau Pinang telah diberikan penataran Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah 2022 (PASM) . Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman pentaksir dalam melaksanakan Pentaksiran Alternatif Sekolah menengah (PASM). SEKTOR PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 118 PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAH 2022 SEKTOR PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 119 PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN YANG TELAH DIJALANKAN SEKTOR PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 120 PENTAKSIRAN ALTERNATIF BERASASKAN SEKOLAH 2022 SEKTOR PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 121 MATA PELAJARAN AKADEMIK ALIRAN KEMAHIRAN (MPAK) TAHUN 2022. Pelaksanaan Mata Pelajaran Akademik (MPEI) berlaku sepanjang tahun 2022/2023 SEKTOR PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN
MATA PELAJARAN AKADEMIK ALIRAN KEMAHIRAN (MPAK) TAHUN 2022 Pelaksanaan Mata Pelajaran Akademik (MPEI) berlaku sepanjang tahun 2022/2023 // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 122 SEKTOR PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 123 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) 2022 3 PUSAT PEPERIKSAAN BILIK KEBAL SMK PAUH JAYA OPERASI BILIK KEBAL 2 BILIK KEBAL SENARAI PUSAT PEPERIKSAAN 1. PK701 - SMK Berapit 2. PL701 - SMK Permatang Pasir 3. PM701 - SMK Machang Bubuk PROGRAM TARIKH BK KP & TKP 1 & 2 SEPTEMBER 2022 OBK 7 SEPTEMBER 2022 LWTN PUSAT 9 SEPTEMBER 2022 SPMU 12 - 14 SEPTEMBER 2022 ANALISIS CALON CALON 403 TL - 78 BD - 64 SPU - 83 SPT - 88 SPS - 90 Menumpang - 1 SMK PAUH JAYA BILIK KEBAL TANAH LIAT SEKTOR PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN
SEKTOR PENGURUSAN // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 124
UNIT INFRASTRUKTUR PEROLEHAN DAN ASET // Buletin ASPIRASI PPDSPT 2022 125
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 126 SEKTOR PENGURUSAN RINGKASAN PROJEK PENYELENGGARAAN 2022 SKOP KERJA: - PENYELENGGARAAN BUMBUNG - PENYELENGGARAAN SILING - PENYELENGGARAAN PAIP - PENYELENGGARAAN TANDAS - PENYELENGGARAAN MAKMAL SAINS - PENYELENGGARAAN BILIK GURU/ TANDAS GURU - PENYELENGGARAAN POKOK - PENYELENGGARAAN TANGKI AIR SUMBANGAN BANTUAN KERAJAAN (SBK) ORGANISASI BILANGAN SJKT 2 SJKC 7 SJKC 3 SEK MUBALIGH 2 SABK 3 PROJEK = 37 (>RM20K) ORGANISASI BILANGAN SEKOLAH MENENGAH 17 SEKOLAH RENDAH 14 KIP 1 PKG 1 PPD 1
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 127 SEKTOR PENGURUSAN
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 128 SEKTOR PENGURUSAN
Sepanjang tahun 2022, Unit Infrastruktur terlibat dengan lawatan tapak ke sekolahsekolah bersama Jurutera JPNPP dan JKR SPT / JKR (HQ) . Antara sekolah yang dilawati adalah: 1. SJKC Perkampungan Berapit – isu cerun (tembok retak) 2. SK Permai Indah – isu mendapan tanah dan struktur laluan pejalan kaki 3. SJKC Chung Hwa 3 – isu struktur bangunan 4. SJKC Kay Sin - penyerahan bangunan baru 5. SMK Prai – isu makmal // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 129 SEKTOR PENGURUSAN
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 130 SEKTOR PENGURUSAN TASKFORCE PEMANTAUAN PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN SEKOLAHSEKOLAH DI PULAU PINANG Taskforce yang dijalankan melibatkan Unit Aset JPNPP dan semua Pegawai Aset Pejabat Pendidikan Daerah di Pulau Pinang ke sekolah-sekolah yang dipilih sekitar Pulau Pinang. Tujuan taskforce ini dijalankan adalah untuk memantau sekolah dalam menguruskan aset mengikut tatacara yang betul. Semasa lawatan taskforce, 10 elemen berkaitan pengurusan aset telah dipantau.
MESYUARAT PENILAIAN TENDER PERKHIDMATAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Mesyuarat penilaian tender ini melibatkan Pegawai dan AKP yang dilantik sebagai Jawatankuasa Penilaian di Hotel Pearl, Kuala Lumpur selama 5 hari dan di Bahagian Perolehan, Kementerian Pendidikan Malaysia selama 3 hari. Penilaian ini melibatkan penilaian teknikal dan kewangan. Jawatankuasa akan menyemak pematuhan dokumen yang diminta. // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 131 SEKTOR PENGURUSAN
UNIT KEWANGAN // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 132
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 133 SEKTOR PENGURUSAN Memberi pendedahan dan pengenalan kepada SPANM 1/2020 Memberi pendedahan kepada fungsi-fungsi Sistem SAPGUI (HCM) berkaitan Pengurusan Gaji. Memberi keyakinan kepada pentadbir system dalam melaksanakan tugas Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman penggunaan Modul Pengurusan Gaji. OBJEKTIF KURSUS HCM KEPADA PENGGUNA MODUL HCM UNTUK SEKOLAHSEKOLAH DI BAWAH PPD SEBERANG PERAI TENGAH 2022 Proses Penyediaan Kew8 yang betul dengan Kerjasama Unit Sumber Tatacara Pengisian SG20 yang lengkap dan betul Tatacara mengunci masuk perubahan gaji dalam system dengan menggunakan modul yang tepat ISU PERBINCANGAN
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 134 SEKTOR PENGURUSAN TAKLIMAT PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH Pada 15 dan 16 Ogos bertempat di Bilik Auditorium SMK Berapit telah berlansungnya Taklimat Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah. Sebanyak 44 Sekolah yang terlibat yang terdiri dari jawatan Ketua Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir dan Penyelia Asrama. Taklimat mefokuskan kepada pematuhan kepada tatacara Pengurusan Kewangan Akaun Sekolah bagi memastikan pengurusan kewangan dan akaun sekolah diuruskan dengan penuh integriti dan meningkatkan akauntabiliti.
PPD Seberang Prai Tengah, 7 Disember 2022 – 4 orang Pegawai JPNPP, 4 orang dari Pejabat Pendidikan daerah dan 40 orang JU Sekolah Pulau Pinang menyertai Bengkel Penyediaan Senarai Semak Penutupan Akaun Sekolah Tahun 2022. Bengkel ini diadakan bagi memastikan penutupan akaun sekolah berjalan lancar bagi mencapai matlamat sifar audit berteguran dan penyata kewangan disediakan dengan betul. // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 135 SEKTOR PENGURUSAN
AKTIVITI-AKTIVITI KHIDMAT BANTU JURULATIH UTAMA KEWANGAN TAHUN 2022 Khidmat Bantu di Sekolah-sekolah bagi pemantauan pengurusan sistem eSPKWS dan dokumen kewangan sekolah. Taskforce pembetulan Penyata Kewangan Sekolah Tahun 2021 melalui system eSPKWS yang bermasalah di SSTP Pokok Sena. NAMA JU MAZLINDA BT SATAR NOOR AZAH BT CHE AIT NAZARIAH BT JUSOH ZAKIAH BT MURAT ZARINA BT ZAHARIE // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 136 SEKTOR PENGURUSAN
UNIT PENTADBIRAN // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 137
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROSES PELUPUSAN DOKUMEN (DIRINCIH) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH TEMPAT : RUANG PEJABAT PENTADBIRAN TARIKH : 18-25 APRIL 2022 ANGGOTA TERLIBAT : 1) PN. NORIZAH BINTI SAAD PEN.PEGAWAI TADBIR 2) PN. NOR AZMAH BINTI ABU BAKAR PEMBANTU TADBIR 3) PN. YUHANA BINTI YUSOF PEMBANTU TADBIR 4) CIK VITIHYA NAIDU A/P SUBRAMANIAM PELATIH LATIHAN INDUSTRI PROSES PELUPUSAN 1) Fail yang telah mendapat kelulusan untuk pelupusan daripada Jabatan Arkib Negara (untuk proses rincih) 2 ) Proses perincihan dijalankan bagi memusnahkan semua dokumen sebelum dibuang // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 138 SEKTOR PENGURUSAN
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 139 SEKTOR PENGURUSAN 3) Dokumen yang telah selesai dirincih dikumpulkan sebelum dibuang
// ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 140 SEKTOR PENGURUSAN
Taklimat Pengemaskinian Cuti Rehat Tahun 2022 & Penjanaan Cuti Rehat Tahunan 2023 dalam Sistem HRMIS kepada sekolah daerah SPT // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 141 SEKTOR PENGURUSAN
PROSES PELUPUSAN ASET DI SK SUNGAI RAMBAI DENGAN KERJASAMA MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI Pelupusan aset yang telah mendapat kelulusan oleh Pengarah JPNPP dan telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan Majlis Bandaraya Seberang Perai // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 142 SEKTOR PENGURUSAN
UNIT SUMBER MANUSIA // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 143
Program hari Semakan Buku Perkidmatan Kerajaan (BPK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Di Sekolah-Sekolah Rendah 1. SJK (T) Ladang Pyre – 4 Ogos 2022 // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 144 SEKTOR PENGURUSAN
2. SJK (C) Lay Keow – 4 Ogos 2022 // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 145 SEKTOR PENGURUSAN
3. SK. ST. Mark – 11 Ogos 2022 // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 146 SEKTOR PENGURUSAN
4. SJK (C) Perkampungan Berapit - 11 Ogos 2022 // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 147 SEKTOR PENGURUSAN
5. SJK(T) Ladang Juru – 23 Ogos 2022 // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 148 SEKTOR PENGURUSAN
6. SK Kampung Baru – 18 Ogos 2022 // ASPIRASI PPD Seberang Prai Tengah 2022 149 SEKTOR PENGURUSAN