ISI KANDUNGAN Kata Alu-aluan Menteri Pendidikan Malaysia Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Sekolah Prakata Pendahuluan
Kata aluan-aluan MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA Bismillahirrahmanirrahim, Asslamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Malaysia telah mengisytiharkan Dadah Musuh Utama Negara. Ini bermakna semua pihak seharusnya memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam memerangi gejala ini daripada terus berleluasa. Kita juga menyedari bahawa punca dan permasalahan dadah hari ini semakin rumit yang melibatkan orang dewasa ,golongan remaja dan murid sekolah.Fenomena ini menjadi lebih penting disebabkab pengeluaran pelbagai jenis dadahtermasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Sehubungan dengan itu,Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha memainkan peranan dan tanggangjawabnya bagi merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah. Semua sekolah hendaklah melaksanakan Program pendidikan Pencegahan Dadah secara bersepadu dan sistematik. Penglibatan dan kerjasama daripada perbagai agensi harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kurikulum yang sedia ada harus dipantau dan dinilai semula mengikut keadaan dan kesesuaian. Dalam konteks ini kita juga harus berusasha memantapkan strategi dan pendekatan yang berkesan serta bersifat global. Pihak pentadbiran sekolah dinasihatkan supaya melihat gejala dadah sebagaisesuatu yang serius dan perlu sentiasa diberi perhatian. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya. Saya berharap dengan komitmen yang menyeluruh daripada semua pihak iaitu pentadbir ,guru,ibubapa dan masyarakat gejala dadah yang sekian lama menjadi barah mesyarakat dapat dibendung dan dipulihkan mengikut jangaan yang kita tetapkan. Sekian. Terima kasih. DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID Menteri Pendidikan Malaysia
Kata aluan-aluan KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Bismillahirrahmanirrahim, Asslamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sekolah merupakan institusi penting dalam usaha melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa peka dan mengambil tanggangjawabdalam menjayakan strategi pendidikan pencegahan dadah di sekolah. Strategi utama Pendidikan pencegahan dadah di Sekolah ialah melalui aktiviti pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah. Dalam memenuhi hasrat kerajaan menjadikan sekolah bebas daripada dadah, kelahiran Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah ini dialu-alukan kerana ia amat bertepatan dengan masa dan keperluan. Saya berharap Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah ini akan dapat digunakan sepenuhnya oleh pihak pengurusan sekolah bagi memperkasakan mutu pengurusan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan pelaporan. Program Pendidikan pencegahan dadah Di Sekolah. Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan bagi mencapai hasrat murni Sekolah Bebas Dadah dan Negara Bebas Dadah. Insyallah. Sekian. Terima kasih. TAN SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
Kata aluan-aluan PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN Bismillahirrahmanirrahim, Asslamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua individu dan pihak yang terlibat dalam usaha menghasilkan Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah. Sesungguhnya menghasilkan sesebuah buku seperti ini memrlukan komitmen dan kerjasama yang padu daripada setiap pihak yang terbabit. Buku ini amat sesuai dijadikan penduan oleh pihak sekolah terutama sekali bagi jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Pendidikan Dadah. Di samping itu, buku ini juga amat berguna kepada semua staf dan murid sekolah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah. Buku ini mengariskan dengan jelas aktiviti – aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah melalui empat strategi utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Semua aktiviti yang berkenaan menjurus ke arah memberi kesedaran kepada murid untuk membina ketahanan diri yang tinggi bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan dadah.Saya berkeyakinan penuh semua aktiviti berkenaan akan dapat merealisasikan sekolah bebas dadah. Sekian. Terima kasih. HAJI AMINUDIN BIN ADAM Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia
PRAKATA Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah diterbitkan adalah bertujuan untuk memantapkan lagi program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah. Buku merupakan panduan kepada pihak pengurusan sekolah bagi melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dengan lebih berkesan. Panduan yang jelas dan mesra pengguna diharapkan dapat membantu Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah melaksanakan aktiviti dengan lebih berkesan dan sempurna. Peranan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan program,yang dilaksanakan. Di samping itu kerjasama dan pemuafakatan antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM Kebangsaan) merupakan elemen yang penting dalam menentukan kejayaan program ini. Pasukan Penggubal.
PENDAHULUAN LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan „Dadah Musuh Utama Negara‟. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah. MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran „Sekolah Bebas Dadah‟. RASIONAL Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah sintetik yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH a) Murid akan mendapat maklumat bahaya dadah, arak, rokok, inhalan, HIV (DARIH) dan bahan terlarang yang lain. b) Murid mempunyai ketahanan dan jati diri untuk menolak pengaruh DARIH dan bahan terlarang yang lain. c) Murid kreatif, kritis & inovatif melalui pelaksanaan program PPDa di sekolah. STRATEGI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah berasaskan kepada empat strategi utama: Pengurusan dan Kepimpinan Kurikulum Kokurikulum Pembangunan Sahsiah Pendidikan Pencegahan Dadah dilaksanakan melalui pendekatan berikut: Pendidikan Pencegahan Pendidikan Intervensi PENDIDIKAN PENCEGAHAN Melalui strategi pendidikan pencegahan maklumat bahaya DARIH dan bahan terlarang yang lain disampaikan kepada warga sekolah secara umum. Semua murid akan mendapat maklumat tersebut secara langsung dan tidak langsung melalui berbagai aktiviti PPDa di sekolah.
PENDIDIKAN INTERVENSI Pendidikan intervensi adalah strategi PPDa yang dirangka khusus kepada murid-murid yang dikenal pasti terlibat dengan DARIH dan bahan terlarang yang lain. Dalam melaksanakan strategi ini, Jawatankuasa PPDa bersama-sama dengan guru bimbingan dan kaunseling akan merancang program khusus untuk murid-murid yang berisiko atau terdedah kepada DARIH dan bahan terlarang yang lain. Program-program yang dirangka di bawah strategi Pendidikan Intervensi ini merupakan program yang dapat membantu murid-murid yang berisiko agar dapat mengelakkan diri daripada terjerumus dengan DARIH dan bahan terlarang yang lain. STRATEGI 1 – PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PPDa DI SEKOLAH 1.1 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PPDa DI SEKOLAH Bagi menjayakan program PPDa di sekolah komponen pengurusan berikut hendaklah dijalankan. a. Menubuhkan Jawatankuasa PPDa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana di sekolah. b. Menyenaraikan peranan / tugas Jawatankuasa Pelaksana. c. Merancang program / aktiviti PPDa di sekolah. d. Melaksanakan program / aktiviti PPDa di sekolah. e. Menyelaras program / aktiviti peringkat sekolah. f. Membuat pemantauan dan penilaian. g. Menyediakan laporan.
1.1.1 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PENASIHAT (PENGARAH) PENGERUSI (PENGETUA/GURU BESAR) NAIB PENGERUSI I (GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN) SETIAUSAHA (GURU PENOLONG KANAN HEM) PENOLONG SETIAUSAHA (GURU PENYELARAS PPDa) AHLI JAWATANKUASA PEJABAT KESIHATAN PIBG PDRM AADK PEMADAM /NGO JKKK/KRT NAIB PENGERUSI II (GPK KOKURIKULUM /GPK PETANG)
1.1.2 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PELAKSANA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH RENDAH PENASIHAT (GURU BESAR) PENGERUSI (GPK HEM) NAIB PENGERUSI (GPK KOKURIKULUM/GPK PETANG) SETIAUSAHA (GURU PENYELARAS PPDa) AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN (S/U PPDa) PENYELARAS AKTIVITI KURIKULUM (S/U KURIKULUM) PENYELARAS AKTIVITI KOKURIKULUM (S/U KOKURIKULUM) PENYELARAS PEMBENTUKAN SAHSIAH (GURU BIMBINGAN & KAUNSELING)
1.1.3 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PELAKSANA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH MENENGAH PENASIHAT (PENGETUA) PENGERUSI (GPK HEM) NAIB PENGERUSI (GPK KOKURIKULUM/ GPK PETANG) ) SETIAUSAHA (GURU PENYELARAS PPDa) AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN (S/U PPDa) PENYELARAS AKTIVITI KURIKULUM (S/U KURIKULUM) PENYELARAS AKTIVITI KOKURIKULUM (S/U KOKURIKULUM) PENYELARAS PEMBENTUKAN SAHSIAH (GURU BIMBINGAN & KAUNSELING)
1.2 PERANCANGAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Aktiviti Bulan Pelaksanaan J F M A M J J O S O N D 1. PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN 1.1. Jawatankuasa PPDa 1.2. Mesyuarat Jawatankuasa Induk 1.3. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana 1.4. Perancangan Pendidikan Pencegahan Dadah 1.5. Pengurusan Bilik/Laluan PPDa 1.6. Perkembangan Staf 1.7. Pelaporan Aktiviti PPDa 2. KURIKULUM 2.1. Mesej 5 Minit PPDa 2.2. PPDa Merentas Kurikulum 2.3. Ceramah PPDa 2.4. Pameran PPDa 2.5. IMFree (*) 3. KOKURIKULUM 3.1 Skim Lencana Anti Dadah (SLAD - Sekolah Menengah) 3.2 Minggu PPDa 3.3 Pertandingan PPDa (**) Dikir Barat Poster Penulisan Sajak Deklamasi Boria Nasyid Buku Skrap 4. PEMBENTUKAN SAHSIAH ANTIDADAH 4.1. Ujian Saringan Urin 4.2. Kemahiran Personel dan Interpersonel 4.3. Kaunseling PPDa 4.4. Program Keibubapaan (**) (*) pelaksanaan secara berperingkat (**) program berasaskan sekolah
1.6 PERKEMBANGAN STAF Perkembangan staf merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan memerangi dadah dalam PPDa. Program ini boleh menjana kekuatan dan keberkesanan PPDa di sekolah. RASIONAL Guru-guru dan kakitangan sekolah memerlukan maklumat terkini mengenai Pendidikan Pencegahan Dadah. Pengetahuan kemahiran yang diperolehi membantu memantapkan usahausaha menggerakkan PPDa di sekolah. OBJEKTIF Memberi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran mengenai bahaya dadah. Meningkatkan kemahiran PPDa. Memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran PPDa merentasi kurikulum. Menyebarkan pengetahuan dan kemahiran PPDa kepada warga sekolah. KUMPULAN SASAR Guru sekolah Kakitangan sekolah KAEDAH PELAKSANAAN Ceramah Bengkel Seminar Forum Lawatan
PERSONALIA Pengetua / Guru Besar Setiausaha PPDa Guru Bimbingan dan Kaunseling Pegawai PPDa JPN / PPD Penceramah Jemputan (Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, PEMADAM / NGO, Jabatan Penjara, Jabatan Kebajikan dan Jabatan Agama). PENGISIAN Pengetahuan PPDa Strategi menangani masalah DARIH dan bahan terlarang yang lain. Senario DARIH dan bahan terlarang yang lain di Malaysia Kemahiran Personal dan Interpersonal Pendedahan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran PPDa Aktiviti permuafakatan dalam PPDa
STRATEGI 2 – KURIKULUM 2.1 MESEJ 5 MINIT PPDa Mesej 5 Minit PPDa ini merupakan inovasi daripada Program Cuma 5 Minit Antidadah. Program ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa kepada warga sekolah. Program yang menggunakan pendekatan kurikulum ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa. RASIONAL Kurikulum yang mudah dan ringkas wajar digunakan dalam penyebaran maklumat PPDa di sekolah. Satu set bahan maklumat yang jelas perlu disediakan untuk memudahkan personalia menyampaikan mesej antidadah. OBJEKTIF Memberi maklumat pendidikan pencegahan dadah kepada warga sekolah. Memberikan kesedaran bahaya DARIH dan bahan terlarang yang lain kepada warga sekolah ke arah gaya hidup cemerlang. Meningkatkan kemahiran menyampaikan maklumat Pendidikan Pencegahan Dadah kepada warga sekolah. KUMPULAN SASAR Warga sekolah
KAEDAH PELAKSANAAN Menyampaikan mesej jauhi dadah melalui ceramah/pidato semasa: Pengajaran dan Pembelajaran Perhimpunan Aktiviti kokurikulum PERSONALIA Guru Pendidikan Pencegahan Dadah Ketua Panitia Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Bertugas Mingguan Guru Kokurikulum Pemimpin Murid PENGISIAN Menyampaikan maklumat DARIH dan bahan terlarang yang lain. RUJUKAN Buku Mesej 5 Minit PPDa, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.2 PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH MERENTAS KURIKULUM Pendidikan Pencegahan Dadah merentas kurikulum tidak disampaikan sebagai satu mata pelajaran tersendiri tetapi digabungjalinkan dalam mata pelajaran lain. RASIONAL Institusi pendidikan merupakan institusi yang mempunyai kekuatan untuk menyebarkan maklumat antidadah secara lebih berkesan dengan kaedah sistematik dan kumpulan sasar yang lebih luas. Proses pendidikan berupaya membentuk murid menyedari tentang bahaya DARIH dan bahan terlarang yang lain dan menghindarinya. OBJEKTIF Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai perkembangan jasmani, emosi, rohani serta kesan penggunaan DARIH dan bahan terlarang yang lain. Menguasai kemahiran untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah remaja serta membuat keputusan dengan baik. Menghayati dan mengamalkan nilai dan sikap yang positif dalam menjalani kehidupan yang sihat, selamat dan sejahtera. KUMPULAN SASAR Murid Sekolah Rendah dan Menengah.
KAEDAH PELAKSANAAN Semasa Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah. Aktiviti yang dicadangkan: Karangan / perbincangan Projek/Kajian Lapangan Perbahasan / Syarahan Ulasan filem, video dan rancangan televisyen Main peranan (role play) PERSONALIA Ketua Bidang Guru Panitia Guru Mata Pelajaran PENGISIAN Rokok/Vape Alkohol Inhalan Dadah HIV Ketum/Bahan Beracun RUJUKAN Buku Mesej 5 Minit PPDa
2.3 CERAMAH PPDa Ceramah PPDa merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan untuk memerangi DARIH dan bahan terlarang yang lain. Aktiviti ini boleh digunakan untuk menyampaikan mesej PPDa secara menyeluruh kepada kumpulan sasar. RASIONAL Perkongsian maklumat, pengetahuan dan pengalaman PPDa lebih mudah disampaikan melalui ceramah.Ini dapat membantu warga sekolah memperolehi maklumat PPDa terkini bagi menjana kesedaran akan bahaya DARIH dan bahan terlarang yang lain. OBJEKTIF Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan DARIH dan bahan terlarang yang lain. Meningkatkan kesedaran dan menyemai perasaan benci akan DARIH dan bahan terlarang yang lain. Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi DARIH dan bahan terlarang yang lain. KUMPULAN SASAR Warga sekolah Ibu bapa/penjaga
KAEDAH PERLAKSANAAN Semasa perhimpunan sekolah Semasa sambutan Hari Antidadah (19 Feb/26 Jun) Semasa kursus/seminar/majlis rasmi sekolah. PERSONALIA Pegawai PPDa KPM/JPN/PPD Agensi Anti Dadah Kebangsaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM Jabatan Kesihatan Malaysia Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Jabatan Penjara Malaysia Jabatan Farmasi Malaysia NGO berkaitan PENGISIAN Tajuk-tajuk yang bersesuaian dalam mencapai objektif PPDa RUJUKAN Surat Pekeliling Am Bil. 1/1985: Ruj. PPAD(S)133/883/1.Program-program Mencegah dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah di Agensi-Agensi Kerajaan, 29 Januari 1985.
2.4 PAMERAN PPDa Pameran PPDa merupakan antara aktiviti pencegahan dadah yang berkesan dalam menyampaikan mesej DARIH dan bahan terlarang yang lain. RASIONAL Bahan media yang dipamerkan akan meningkatkan kesedaran dan menimbulkan perasaan benci terhadap DARIH dan bahan terlarang yang lain. OBJEKTIF Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan DARIH dan bahan terlarang yang lain. Meningkatkan kesedaran dan menyemai perasaan benci DARIH dan bahan terlarang yang lain. Meningkatkan kemahiran kendiri DARIH dan bahan terlarang yang lain. KUMPULAN SASAR Warga sekolah Ibu bapa/penjaga KAEDAH PELAKSANAAN Semasa Hari Antidadah (19 Feb / 26 Jun) Semasa kursus-kursus motivasi Semasa kursus/seminar/majlis rasmi sekolah.
PERSONALIA Pegawai PPDa KPM/JPN/PPD Agensi Anti Dadah Kebangsaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM Jabatan Kesihatan Malaysia Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Jabatan Penjara Malaysia Jabatan Farmasi Malaysia NGO berkaitan PENGISIAN BAHAN Gambar, buku skrap, keratan akhbar, carta, media elektronik dan bahan maujud mengenai PPDa RUJUKAN: Surat Pekeliling Am Bil. 1/1985:Ruj.PPAD(S) 133/883/1.Program-program Mencegah dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah di Agensi-agensi Kerajaan, 29 Januari 1985.
2.5. IMFree IMFree merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah (tahun 1 hingga tahun 6 ) berumur 7 tahun hingga 12 tahun di sekolah rendah bantuan penuh kerajaan (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Komponen IMFree juga dilaksanakan di prasekolah melalui sisipan dalam Program Tunas Doktor Muda di seluruh negara. RASIONAL Pelbagai Bahan dan aktiviti dirancang yang boleh membantu guru-guru melaksanakan program IMFree untuk menyampaikan mesej hidup bebas daripada asap rokok di sekolah . Memastikan genarasi bebas amalan merokok menjelang 2025 melaui penyebaran maklumat IMFree di sekolah., komuniti dan masyarakat. OBJEKTIF Memberi pengetahuan tentang bahaya merokok. Memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok. Melatih murid menjadi agen / pencetus / penyampai maklumat Perubahan kepada rakan dan keluarga terhadap bahaya merokok. KUMPULAN SASAR Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan
KAEDAH PELAKSANAAN Sisipan dalam pengajaran dan pembelajaran Aktiviti dalam Minggu PPDa Aktiviti sepanjang tahun Rujuk Buku IMFree dan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti IMFree Rujuk Buku Lembaran Kerja IMFree PERSONALIA Guru Penyeras PPDa Guru IMFree Pegawai PPDa KPM/JPN/PPD Pegawai Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Jabatan Kesihatan Negeri / Pejabat Kesihatan Daerah NGO PENGISIAN BAHAN Mesej 5 minit bahaya merokok/asap rokok di perhimpunan sekolah. Program Anti-Merokok sempena Minggu /Bulan PPDa PPDa merentasi Kurikulum Buku Lembaran Kerja IMFree Bahan dan alatan aktiviti Program IMFree. RUJUKAN Buku Pakej Program IMFree Buku Lembaran Kerja IMFree bagi Tahun 1 hingga Tahun 6 Buku Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti IMFree Tahun 1 hingga Tahun 6
STRATEGI 3 - KOKURIKULUM 3.1 SKIM LENCANA ANTIDADAH 2.0 Skim Lencana Antidadah (SLAD) 2.0 adalah program terancang melibatkan ahli-ahli pasukan beruniform sekolah menengah tingkatan dua dan empat dalam aktiviti PPDa di sekolah dan masyarakat. RASIONAL Murid lebih mudah ditemui dan dipengaruhi oleh rakan mereka. Pengaruh rakan sebaya adalah lebih berkesan untuk menyampaikan mesej DARIH dan perlu diperluaskan dalam mencegah penggunaan DARIH dalam kalangan rakan, keluarga dan masyarakat. OBJEKTIF Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej antidadah. Dapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan sebaya, ahli keluarga dan masyarakat. Menolong rakan sebaya yang berisiko supaya berhubung dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Memberi khidmat sukarela dalam aktiviti antidadah apabila tamat persekolahan. KUMPULAN SASAR Ahli Pasukan Beruniform Sekolah Menengah (Tingkatan 2 dan 4)
KAEDAH PELAKSANAAN Guru melaksanakan kurikulum SLAD berpandukan buku log SLAD 2.0 (soft copy/hard copy). Mengedarkan buku-buku log SLAD 2.0 (soft copy/hard copy) kepada ahli dan menyelaras aktiviti SLAD untuk tempoh satu hingga dua tahun. Menganugerahkan sijil dan lencana kepada peserta yang layak menerimanya. PERSONALIA Guru Penyelaras SLAD Guru Penasihat Pasukan Beruniform Sekolah Menengah PENGISIAN Kurikulum SLAD 1. Rekod Penilaian Guru Kehadiran - 10 markah Kurikulum SLAD - 20% (markah) Soft Skills - 20% (markah) E-Book Skrap / Buku Skrap - 25 Markah Amali Kesukarelawan - 15 Markah Bonus Dan Sumbangan - 10 Markah
2. Aktiviti SLAD (Teori dan Amali):- Bahagian 1 (Teori) Aktiviti wajib Perubahan, masalah remaja dan penyelesaian Hubungan remaja dengan kemahiran komunikasi Tekanan hidup, kesan dan cara mengatasinya Khidmat bantu di sekolah dan institut lain Sebab dan kesan merokok Jenis, sebab dan akibat penggunaan dadah Bahan dan kesan inhalan Kesan dan akibat penggunaan dadah Kesan dan akibat alkohol dan sikap masyarakat terhadapnya Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Pindaan 39 (B) – gantung sampai mati Bahagian II (Amali) Aktiviti Pilihan Pertandingan Melukis Poster Pertandingan Esei Pertandingan Sajak Pertandingan Kuiz Pertandingan Nasyid Perkhemahan SLAD RUJUKAN Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1998 : Program Skim Lecana Antidadah, Pasukan Pakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) bertarikh 3 Februari 1998 Buku Log Skim Lencana Antidadah 2.0, Kementerian Pendidikan Malaysia (soft copy/hard copy).
3.2. MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan pada 19 Februari setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan manakala Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah Narkotik (UNCND) telah mengisytiharkan bahawa 26 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa. Sekolah perlu merangka program Minggu PPDa dalam tempoh tersebut supaya hasrat menjadikan Sekolah Bebas Dadah tercapai. RASIONAL Langkah pencegahan awal perlu diadakan kepada murid bagi menyedarkan mereka tentang bahaya DARIH dan bahan terlarang yang lain. OBJEKTIF Memberi pengetahuan kepada murid mengenai bahaya DARIH dan bahan terlarang yang lain. Menimbulkan kesedaran kepada murid mengenai pentingnya Pendidikan Pencegahan Dadah. Membentuk tingkah laku dan nilai positif dalam kalangan warga sekolah. KUMPULAN SASAR Murid sekolah rendah dan menengah. Guru-guru dan kakitangan sekolah. Ibu bapa
KAEDAH PELAKSANAAN Perhimpunan Bacaan perutusan dan ikrar Ceramah Pameran Nyanyian Lagu PPDa Pertandingan PPDa Persembahan PPDa PERSONALIA Guru Penyelaras Pendidikan Pencegahan Dadah Guru Disiplin Guru Bimbingan dan Kaunseling Pegawai PPDa JPN/PPD Agensi Dadah Kebangsaan/Polis/Kesihatan RUJUKAN Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2004: Memperkasa Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah
3.3 PERTANDINGAN PPDa (Program Peringkat Sekolah) Pertandingan PPDa adalah sebahagian daripada aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah yang boleh dilaksanakan di sekolah bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid terhadap kesan bahaya DARIH dan bahan terlarang yang lain. RASIONAL Murid dapat mengembangkan bakat melalui aktiviti berbentuk pertandingan. OBJEKTIF Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran murid di semua peringkat mengenai bahaya dadah, alkohol, rokok, inhalan, HIV, ketum dan bahan beracun. Menggunakan aktiviti berbentuk pertandingan sebagai medium ke arah memberi kesedaran pencegahan dadah, alkohol, rokok, inhalan, HIV, ketum dan bahan beracun kepada murid. Mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada dalam kalangan murid. KUMPULAN SASAR Murid sekolah menengah dan rendah KAEDAH PERLAKSANAAN Dilaksanakan dalam bentuk pertandingan dan persembahan semasa Sambutan Minggu PPDa (19 Feb / 26 Jun) Aktiviti sisipan dalam program dan majlis rasmi sekolah.
PERSONALIA 1. Sekolah Rendah: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Setiausaha PPDa 2. Sekolah Menengah: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Setiausaha PPDa Penyelaras Kokurikulum Penyelaras Badan Uniform/Kelab/Persatuan Penyelaras Sukan/Permainan PENGISIAN Dikir Barat PPDa Poster PPDa Penulisan Sajak PPDa Deklamasi Sajak PPDa Boria PPDa Nasyid PPDa Buku Skrap PPDa
STRATEGI 4 – PEMBENTUKAN SAHSIAH 4.1. UJIAN SARINGAN URIN MURID Ujian saringan urin murid merupakan langkah pencegahan awal yang bertujuan untuk mengesan murid yang disyaki mencuba dadah. RASIONAL Ujian saringan urin amat perlu dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai satu cara untuk mengesan murid yang mencuba dadah supaya boleh diberi bimbingan awal dan intervensi. OBJEKTIF Mengesan murid yang terlibat mencuba dadah. Melaksanakan program intervensi kepada murid yang dikesan mencuba dadah KUMPULAN SASAR Murid sekolah KAEDAH PELAKSANAAN Kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan Menggunakan kertas jalur (saringan) PERSONALIA Guru Penyelaras Pendidikan Pencegahan Dadah Guru Disiplin Guru Bimbingan dan Kaunseling Pegawai PPDa JPN/PPD Agensi Antidadah Kebangsaan
PENGISIAN Menyenaraikan nama murid secara rawak. Memaklumkan kepada PPD /JPN. Taklimat ujian saringan urin kepada murid. Soal selidik PPDa (Borang B4) atau pengakuan murid. Pengambilan dan pengujian sampel. RUJUKAN Surat Siaran KP(BS/HEP)8543/064(36) bertarikh 24 Julai 1998 – Ujian Urin Pelajar Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/2010: Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah 4.2. KEMAHIRAN PERSONAL / INTERPERSONAL Usaha memberi kemahiran personal dan interpersonal kepada murid merupakan aktiviti yang sangat baik dan sememangnya digalakkan.Usaha ini akan membantu murid menjadi individu yang boleh mengurus diri, bertingkah laku positif, mahir berinteraksi dan berpotensi menjadi pemimpin yang cemerlang dalam PPDa. RASIONAL Murid yang mempunyai kemahiran personal dan interpersonal perlu dilatih melalui satu latihan yang sistematik supaya kebolehan dan keterampilan mereka terserlah.
OBJEKTIF Melahirkan murid yang berperibadi mulia. Meningkatkan kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan. Meningkatkan kemahiran tegas diri. Mengatakan “TIDAK” kepada DARIH dan bahan terlarang lain. Meningkatkan kemahiran membuat keputusan. Meningkatkan kemahiran memimpin dalam kalangan murid. KUMPULAN SASAR Murid sekolah rendah dan menengah KAEDAH PELAKSANAAN Bengkel Seminar Kaunseling individu/kelompok Kursus Forum Kolokium Perkhemahan PERSONALIA Guru Penyelaras PPDa Guru Bimbingan dan Kaunseling Fasilitator
PENGISIAN Kesedaran kendiri Asas komunikasi Asas kaunseling Perkembangan remaja Kemahiran lanjutan: a) Tegas diri b) Membuat keputusan c) Mengatakan “TIDAK” kepada DARIH dan bahan terlarang lain. 4.3. KAUNSELING PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Kaunseling Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) berperanan untuk membantu murid yang telah dikesan terlibat dadah dan berisiko. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan Kaunseling PPDa ini secara sukarela atau dirujuk. RASIONAL Murid sekolah yang dikesan terlibat dadah dan berisiko perlu diberikan pertolongan secara khusus melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling supaya bebas daripada dadah. OBJEKTIF Memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya DARIH dan bahan terlarang lain. Membantu murid meningkatkan keyakinan diri supaya bebas DARIH dan bahan terlarang lain. Membanteras penggunaan dadah dalam kalangan murid.
KUMPULAN SASAR Murid yang datang secara sukarela Murid yang dirujuk Murid yang dikenal pasti melalui ujian saringan urin Murid yang ahli keluarganya terlibat dadah KAEDAH PERLAKSANAAN Pengakuan Lisan - Murid menjawab Soal Selidik PPDa (Borang B4). - Guru Bimbingan dan Kaunseling membuka fail SULIT. - Menjalankan sesi kaunseling. Positif Ujian Saringan Urin - Guru Bimbingan dan Kaunseling membuka fail SULIT. - Menjalankan sesi kaunseling. Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menjalankan sesi kaunseling kepada murid-murid berkenaan sekurang-kurangnya tiga (3) kali sesi dalam tempoh tiga (3) bulan. Selepas tiga bulan, ujian saringan urin kali kedua dijalankan bersama Agensi Dadah Kebangsaan. Sekiranya didapati positif pada ujian saringan urin kali kedua, pihak sekolah hendaklah memaklumkan ibu bapa supaya merujuk kepada AADK untuk rawatan selanjutnya. Pemantauan ke atas murid diteruskan sehingga murid disahkan bebas Dadah melalui ujian saringan urin berikutnya.
PERSONALIA Guru Bimbingan dan Kaunseling PENGISIAN Pengurusan diri, masa dan tekanan Kemahiran interpersonal Kemahiran membuat keputusan Perkembangan konsep kendiri Kemahiran tegas diri Kajian/Soal selidik RUJUKAN Tatacara Tindakan ke atas Kes-kes Penggunaan Dadah dalam Kalangan Murid Sekolah 4.4. PROGRAM KEIBUBAPAAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN YANG BERKERJASAMA MENJAYAKAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH • AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK) • JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK (JSJN) POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) • KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA • KERAJAAN NEGERI • PIHAK BERKUASA TEMPATAN
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) YANG BERKERJASAMA MENJAYAKAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERSATUAN MENCEGAH DADAH MALAYSIA (PEMADAM) PENGASIH MALAYSIA DRUGS FREE YOUTH ASSOCIATION (DFYA) PAUTAN YANG BERKAITAN PPDa www.adk.gov.my www.infosihat.gov.my www.pemadam.org.my www.pengasih.org
Semakan Kendiri Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 1. Maklumat Sekolah 1. Nama Sekolah : 2. Daerah : Kod Sekolah: Gred Sekolah 3. Status Sekolah [Bandar (B) / Luar Bandar (LB)] B LB 4. Sesi Persekolahan (Pagi / Petang) Pg Ptg 5. Jumlah Murid Lelaki : Perempuan : Jumlah 6. Jumlah Guru Lelaki : Perempuan: Jumlah: 7. Nama Guru Besar / Pengetua : 8. Nama Guru PPDa: Petunjuk Skor SKOR 0 TIADA 1 KURANG MEMUASKAN 2 MEMUASKAN 3 BAIK 4 CEMERLANG Ada 2 Tiada 0
2. Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) BIL PERKARA Ada Tiada SKOR 1. BAHAGIAN 1: PENGURUSAN 0 1 2 3 4 1.1 Takwim PPDa 1.2 Carta Organisasi Jawatankuasa PPDa 1.3 Rancangan Tahunan/Perancangan Strategik PPDa 1.4 Mesyuarat /Agenda/Minit Mesyuarat/Maklum balas mesyuarat /Surat atau memo mesyuarat 2. BAHAGIAN 2: PENCEGAHAN & INTERVENSI 2.1 5 Minit Mesej PPDa 2.2 Bilik/Laluan 2.3 Sambutan Minggu Anti Dadah 2.4 Sisipan PPDa Dalam Kurikulum 2.5 Skim Lencana Antidadah(SLAD)(SM) 2.6 Ujian Urin Murid (SM) 2.7 Soal Selidik / Kajian DARIH / Kaedah mengenal pasti murid terlibat dadah, alcohol, / rokok, inhalan, / HIV 2.8 Kaunseling PPDa 2.9 Program Pencegahan/Intervensi Tambahan
3. BAHAGIAN 3: Surat Pekeliling Iktisas/Siaran PPDa Ada ( 2 ) Tiada (0) 3.1 SPI Bil 7 /1975 – Salah Guna Dadah-Garis Panduan Guru/Guru Besar 3.2 SPI Bil 1/ 1979 – Senarai Tugas-tugas Guru Panduan di sekolah menengah 3.3 SPI Bil 2 /1979-Laporan Murid Dalam keadaan Berisiko Penyalahgunaan Dadah 3.4 SPA Bil 1/1985-Arahan Menjalankan Program Mencegahkan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah 3.5 Surat SPI Bil.8/1986: Ruj.KP(BS)8548/8/1(29) bertarikh 29 Disember 1986 –Penyalahgunaan Inhalan 3.6 SPI Bil 3/1988 – Pelaksanaan Skim Lencana Anti Dadah 3.7 SPI Bil 1/1983 – Garis Panduan Kempen Anti Rokok di Sekolah 3.8 SPI Bil7/1992:Ruj. KP(BS)8591/Jld V 11(13) bertarikh 27 Julai 1992 – Pengharaman Pensil Berbentuk alat Suntikan (Syringe) Di SekolahSekolah 3.9 SPI Bil 5/1997- Sekolah Kawasan Larangan Merokok 3.10 SPI Bil 6/2000- Menangani masalah keselamatan, dadah dan gangster 3.11 SPI Bil 3/2004 – Memperkasa Pendidikan Pencegahan Dadah 3.12 SPI Bil 4/2010-Pelaksanaan Ujian Urin Murid di Sekolah 3.13 Surat Siaran KPM KP(BS)8548/23/C/(5)-27 April 1995 Pelaksanaan Program Cuma 5 Minit Anti Dadah 3.14 Surat Siaran KPM Ruj. KP(BS/HEP)8543/078/ Jld.11(100) 16 Januari 2008 Pengurusan Bilik Sumber dan Sudut/Lorong PPDa di Sekolah Jumlah
PEKELILING DAN SURAT SIARAN PPDa 1 SPI Bil 7 /1975 – Salah Guna Dadah-Garis Panduan Guru/Guru Besar 2 SPI Bil 1/ 1979 – Senarai Tugas-tugas Guru Panduan di sekolah menengah 3 SPI Bil 2 /1979-Laporan Murid Dalam keadaan Berisiko Penyalahgunaan Dadah 4 SPA Bil 1/1985-Arahan Menjalankan Program Mencegahkan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah 5 Surat SPI Bil.8/1986: Ruj.KP(BS)8548/8/1(29) bertarikh 29 Disember 1986 – Penyalahgunaan Inhalan 6 SPI Bil 3/1988 – Pelaksanaan Skim Lencana Anti Dadah 7 SPI Bil 1/1983 – Garis Panduan Kempen Anti Rokok di Sekolah 8 SPI Bil7/1992:Ruj. KP(BS)8591/Jld V 11(13) bertarikh 27 Julai 1992 – Pengharaman Pensil Berbentuk alat Suntikan (Syringe) Di Sekolah-Sekolah 9 SPI Bil 5/1997- Sekolah Kawasan Larangan Merokok 10 SPI Bil 6/2000- Menangani masalah keselamatan, dadah dan gangster 11 SPI Bil 3/2004 – Memperkasa Pendidikan Pencegahan Dadah 12 SPI Bil 4/2010-Pelaksanaan Ujian Urin Murid di Sekolah 13 Surat Siaran KPM KP(BS)8548/23/C/(5)-27 April 1995 Pelaksanaan Program Cuma 5 Minit Anti Dadah 14 Surat Siaran KPM Ruj. KP(BS/HEP)8543/078/ Jld.11(100) 16 Januari 2008 Pengurusan Bilik Sumber dan Sudut/Lorong PPDa di Sekolah
BORANG PELAPOPAN AKTIVITI PPDa Aktiviti JPN Muat turun BORANG LAPORAN AKTIVITI PPDa JPN KEPADA KPM PPDa SR01 Muat turun BORANG LAPORAN AKTIVITI PPDa JPN KEPADA KPM PPDa SM01 Muat turun BORANG LAPORAN AKTIVITI PPDa PERINGKAT NEGERI PPDa 02 Muat turun PPDa 03 BORANG LAPORAN MURID TERLIBAT MENCUBA DADAH Laporan Aktiviti Sekolah Muat turun SR01 BORANG LAPORAN AKTIVITI PPDa SEKOLAH KEPADA PPD Muat turun SM01 BORANG LAPORAN AKTIVITI PPDa SEKOLAH KEPADA PPD
TATACARA TINDAKAN KE ATAS KES-KES PENGGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH
TATACARA TINDAKAN KE ATAS KES-KES PENGGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH 1. Pendahuluan Kementerian Pendidikan Malaysia sedar perbuatan mengguna dadah merupakan satu masalah serius kepada negara. Sebagai satu institusi pendidikan, sekolah mempunyai peranan dalam usaha membendung merebaknya perbuatan mengguna dadah di kalangan murid-murid sekolah terutama di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Memandangkan ada muridmurid sekolah yang terlibat dalam perbuatan mengguna dadah, sama ada mencuba, menagih, memiliki, membawa atau mengedar dadah, satu tatacara tindakan perlu diadakan sebagai panduan kepada pihak sekolah untuk bertindak ke atas murid-murid sekolah dengan mengambil kira undangundang yang sedia ada. 2. Objektif Tatacara ini adalah bertujuan: 2.1 Memberi panduan kepada pihak sekolah untuk mengendalikan murid yang didapati atau disyaki menggunakan dadah. 2.2 Memastikan pentadbir sekolah memberi keutamaan kepada kesejahteraan dan kebajikan murid yang terlibat. 2.3 Menentukan tindakan pihak sekolah ke atas kes penggunaan dadah dalam kalangan murid hendaklah bersesuaian dengan peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 , Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 serta pindaanpindaan kepadanya.
3. Takrif Untuk tujuan tatacara ini : Dadah “dadah” bermaksud semua jenis dadah berbahaya yang terkandung dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan pindaanpindaan yang berkaitan dengannya, dalam semua bentuk. (Rujuk Lampiran A.) Mengguna dadah “mengguna dadah” bermaksud penggunaan mana-mana satu / lebih jenis dadah sama ada melalui suntikan, sedutan, meminum, menelan dan menghidu atau cara-cara lain. Murid “murid” bermaksud individu dalam lingkungan umur persekolahan serta masih belajar di sekolah bantuan kerajaan. (rujuk Akta Pendidikan 1996) 4. Tatacara pengendalian kes penggunaan dadah dalam kalangan murid sekolah : 4.1 Guru menerima pengakuan / maklumat, murid terlibat mengguna dadah. (a) Guru yang menerima pengakuan / menerima maklumat hendaklah merujuk perkara ini kepada Pengetua / Guru Besar untuk tindakan selanjutnya. (b) Sekiranya ada maklumat terdapat bahan yang disyaki dadah, hendaklah merujuk kepada pihak polis. (c) Ibu bapa / penjaga murid hendaklah dimaklumkan segera tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil. (d) Pihak polis hendaklah diberitahu sekiranya terdapat sebarang ancaman berkaitan perkara ini. (e) Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menjalankan sekurangkurangnya tiga kali sesi kaunseling dalam tempoh tiga bulan terhadap murid yang terlibat. Rekod pemantauan murid terlibat dadah perlu dilengkapkan mengikut: i) Borang B2 – Borang Profil Murid Terlibat ii) Borang B3 – Rekod Seliaan Kaunseling
(f) Pentadbir sekolah dikehendaki membuat pemantauan terhadap pengendalian kes. (g) Pentadbir sekolah melaporkan status murid berkenaan selepas 3 bulan daripada sesi rawatan / kaunseling pertama dijalankan. 4.2 Guru mengesyaki murid memiliki dadah. (a) Guru yang menerima pengakuan / menerima maklumat hendaklah merujuk perkara ini kepada Pengetua / Guru Besar untuk tindakan selanjutnya. (b) Sekiranya ada maklumat terdapat bahan yang disyaki dadah, hendaklah merujuk kepada pihak polis. (c) Pihak pentadbir sekolah / guru DILARANG menyentuh, mengambil dan menyimpan bahan yang disyaki dadah. (d) Ibu bapa / penjaga murid hendaklah dimaklumkan segera tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil. (e) Pihak polis hendaklah diberitahu sekiranya terdapat sebarang ancaman berkaitan perkara ini. (f) Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menjalankan sekurangkurangnya tiga kali sesi kaunseling dalam tempoh tiga bulan terhadap murid yang terlibat. Rekod pemantauan murid terlibat dadah perlu dilengkapkan mengikut: i) Borang B2 – Borang Profil Murid Terlibat ii) Borang B3 – Rekod Seliaan Kaunseling (g) Pentadbir sekolah dikehendaki membuat pemantauan terhadap pengendalian kes. (h) Pentadbir sekolah melaporkan status murid berkenaan selepas 3 bulan daripada sesi rawatan / kaunseling pertama dijalankan. 4.3 Kes murid ditangkap pihak berkuasa di luar kawasan sekolah. (a) Pengetua / Guru Besar mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa. (b) Ibu bapa / penjaga murid hendaklah dimaklumkan segera tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil.