The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Panduan Pelaksanaan PPDa di Sekolah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Prai Tengah, 2023-01-20 07:38:22

Buku Panduan Pelaksanaan PPDa di Sekolah

Buku Panduan Pelaksanaan PPDa di Sekolah

(c) Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menjalankan sekurangkurangnya tiga kali sesi kaunseling dalam tempoh tiga bulan terhadap murid yang terlibat. Rekod pemantauan murid terlibat dadah perlu dilengkapkan mengikut: iii) Borang B2 – Borang Profil Murid Terlibat iv) Borang B3 – Rekod Seliaan Kaunseling (d) Selepas tiga bulan, ujian urin kali kedua dijalankan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Pengetua menyediakan laporan perubahan tingkah laku murid. (e) Pentadbir sekolah membuat pemantauan terhadap pengendalian kes. (f) Pentadbir sekolah melaporkan status pemulihan murid berkenaan selepas 3 bulan daripada sesi rawatan / kaunseling pertama dijalankan. 4.4 Keadaan kecemasan akibat penggunaan dadah. (a) Perkara ini hendaklah dikendalikan sebagai kes kecemasan perubatan. (b) Langkah-langkah membantu hendaklah mematuhi prosedur pertolongan cemas. (c) Murid berkenaan hendaklah dirujuk ke hospital atau pusat perubatan dengan segera untuk mendapatkan rawatan perubatan. (d) Murid berkenaan hendaklah ditemani oleh guru, sementara menunggu rawatan perubatan. (e) Sekiranya murid terlibat bertindak agresif, pihak sekolah hendaklah merujuk kepada pihak polis. (f) Jika murid tersebut disahkan oleh pihak hospital mengambil dadah Pengetua / Guru Besar boleh mengambil tindakan disiplin terhadap murid terbabit. 4.4.1 Tindakan susulan. (a) Guru yang menerima pengakuan / menerima maklumat hendaklah merujuk perkara ini kepada Pengetua / Guru Besar untuk tindakan selanjutnya.


(b) Sekiranya ada maklumat terdapat bahan yang disyaki dadah, hendaklah merujuk kepada pihak polis. (c) Ibu bapa / penjaga murid hendaklah dimaklumkan segera tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil. (d) Pihak polis hendaklah diberitahu sekiranya terdapat sebarang ancaman berkaitan perkara ini. (e) Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menjalankan sekurang-kurangnya tiga kali sesi kaunseling dalam tempoh tiga bulan terhadap murid yang terlibat. Rekod pemantauan murid terlibat dadah perlu dilengkapkan mengikut: v) Borang B2 – Borang Profil Murid Terlibat vi) Borang B3 – Rekod Seliaan Kaunseling (f) Pentadbir sekolah membuat pemantauan terhadap kes yang dikendalikan. (g) Pentadbir sekolah melaporkan status pemulihan murid berkenaan selepas 3 bulan daripada sesi rawatan / kaunseling pertama dijalankan. 4.5 Menerima maklumat mengenai bahan yang disyaki dadah dijual / diedar oleh individu (selain murid) dalam kawasan sekolah. (a) Pengetua/ Guru Besar hendaklah memastikan kesahihan laporan tersebut. (b) Jika Pengetua/ Guru Besar berpendapat perlu dibuat laporan, perkara tersebut hendaklah dilaporkan kepada polis dengan segera. 4.6 Murid yang dikesan positif ujian saringan urin secara rawak. (a) Pengetua mendapatkan keputusan ujian saringan urin. (b) Ibu bapa / penjaga murid hendaklah dimaklumkan segera akan tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil. (c) Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menjalankan sekurangkurangnya tiga kali sesi kaunseling dalam tempoh tiga bulan terhadap murid yang terlibat. Rekod pemantauan murid terlibat dadah perlu dilengkapkan mengikut: i) Borang B2 – Borang Profil Murid Terlibat ii) Borang B3 – Rekod Seliaan Kaunseling


(d) Selepas tiga bulan, ujian urin kali kedua dijalankan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan. (e) Sekiranya masih positif ujian urin kali kedua, pihak sekolah hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa supaya merujuk kepada AADK untuk rawatan selanjutnya. (f) Jika murid terlibat disahkan positif klinikal dalam ujian urin kali kedua, murid tersebut perlu dirujuk kepada jawatankuasa disiplin sekolah. (g) Pemantauan ke atas murid diteruskan sehingga murid disahkan bebas dadah melalui ujian urin berikutnya. 5. Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-Kes Penyalahgunaan Inhalan Dalam Kalangan Murid Sekolah Takrif Penyalahgunaan Inhalan Wap Kimia yang boleh disedut menerusi pernafasan dan boleh menyebabkan kesan-kesan psikoaktif. Psikoaktif ialah bahan yang bekerja pada otak sehingga dapat menimbulkan perubahan tingkahlaku, emosi, persepsi dan kesedaran system saraf otak. Penyalahgunaan inhlan boleh meninggalkan kesan negatif kepada penagihnya. Pihak sekolah disarankan menggunakan tatacara dan pendekatan yang tepat bagi membantu murid terlibat pulih sepenuhnya daripada penyalahgunaan inhalan. 5.0 Murid dikesan menyalahgunakan inhalan. 5.1 Mengenalpasti murid dan jenis inhalan yang digunakan. 5.2 Menghubungi dan memaklumkan kes berkenaan kepada PPD dengan seberapa segera. 5.3 Menghubungi dan memaklumkan kes berkenaan kepada ibu bapa/ penjaga murid berkenaan. 5.4 Merujuk murid berkenaan ke hospital atau agensi berkaitan untuk tujuan rawatan dan pemulihan 5.5. Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menjalankan sekurang-kurangnya 3 kali sesi kaunseling dalam tempoh 3 bulan terhadap murid yang terlibat.


5.6 Guru Bimbingan dan Kaunseling melengkapkan rekod pemantauan murid berkenaan. i) Borang B2 : Borang Profil Murid Terlibat ii) Borang B3 : Rekod Seliaan Kaunseling 5.7 Pentadbir sekolah membuat pemantauan terhadap kes yang dikendalikan. 5.8 Pentadbir sekolah melaporkan status pemulihan murid berkenaan selepas 3 bulan daripada sesi rawatan / kaunseling pertama dijalankan. 5.9 Tindakan disiplin 6. Prosedur SULIT Adalah ditegaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam tindakan yang disenaraikan dalam perkara 4, sebagai perkara yang paling sulit. (rujuk surat pekeliling ikhtisas no.7/1975). 7. Laporan Pengetua / Guru Besar hendaklah membuat laporan lengkap mengenai kejadian kes dadah atau bahan terlarang lain kepada Pejabat Pendidikan Daerah mengikut format Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2008 PK04 Pengurusan Aduan. Walau bagaimanapun Dapatan Ujian Urin Murid Sekolah Menengah Secara Rawak tidak perlu dilaporkan menggunakan format berkenaan. 8. Rujukan Untuk Pengetua / Guru Sekiranya timbul masalah dalam menjalankan tatacara ini Pengetua / Guru Besar hendaklah merujukkannya kepada Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pendidikan Negeri dan salinan ke Pejabat Pelajaran Daerah.


LAMPIRAN ‘A’ Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1980 dan 1998) (First Schedule of Dangerous Drugs Act 1952) Bahagian I Bahagian II Candu Mentah Candu Masak (prepared opium) Daun Cannabis (ganja) Straw Poppy Cannabis (ganja) Bahagian III Acetorphine Heroin Acetymethadol Allprodine Hydrocodone Alphaacetylmethadol Hydromorphinol Alphameprodine Hydromorphone Alphamethadol Hydroxypethidrine Alphaprodine Isomethudone Anilevidine Ketobemidone Benethidine Levomethorphan Benzylmorphine Levophenacylmorphan Betamethadol Levophanol Betaprodine Levo Betatramide Metazocine Methedone Cannabis (Indian Hamp) and Cannabis Methodone – Internamediate Methaqualone Resin (Resin of Indian Hamp) Methyldesorphine Clonitazene Methyldihydromorphine Daun Coca Metopon Cocaine Moramide – Intermediate Codoxine Morphervidine Diphenoxylate Dipipanone Drotebanol Ecgonine Extacy Thylmethylthiambutene Otonitazene Ethorphine Etorevidine Fentany Furethidine


Morphine Pethedine – Intermediate A Pethedine – Intermediate B Morphine, Methobrasmide Pethedine – Intermediate C and other pentavalent Phenadoxone nitrogen morphine derivaties Phenampromide including in particular the moephine M – oxide Phenazocine derivaties one of which is codine - M – Oxide. Phenomorphan Morphine Phenopevidine Myrophine Piminodine Micemorphine Piritramide Moracymethadol Propheptazine Morlevophanol Properidine Mormethadone Racemothophan Mormorphine Racemorawide Morpipanome Racemorphane Opium Syabu Oxycodone Thebacon Orymorphone Thebaine Pethidine Trimeperidine The isomers, unless specially expected, of the drugs in this part whenever the extence of such isomers is possible within a specific chemical designation, the exters and others, unless appearing in another part, of the drugs in this schedule whenever the existence of such esters or others if possible. The salts of the drugs listed in this part, including the salts of esters, ethers and isomers as provide above whenever the existence of such is possible. Bahagian IV Acetyldihydrocodeine Codeine Hihydrocodiene Ethylemorphine Micocodine Micodicodine Pholcodine Propiran The isomers, unless specifically expected, of the drug in this in this parts whenever the existence of such isomers is possible within the specific chemical designation: the salts of the drugs listed in this part, including the salt of isomers to provided above wherever the existence of such salt is possible. Akta Dadah Berbahaya 1952 memberi peruntukan kepada Menteri yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan perubatan dan kesihatan bagi menambah ke dalam senarai dalam Jadual Pertama mana-mana dadahdadah lain seperti dikehendaki oleh Akta A330 Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1976. (dapatkan maklumat terkini dari AADK


CARTA ALIRAN TATACARA BERTINDAK UNTUK MENGENDALIKAN MASALAH MENGGUNA DADAH DI SEKOLAH 4.1 Guru Menerima Pengakuan / Maklumat, Murid Terlibat Mengguna Dadah. Rujuk kepada Pengetua / Guru Besar Jika ada bahan salah Tindakan segera Hubungi Polis & Beritahu dan Bincang Serah Bahan Salah dengan Ibu Bapa Jika ada acaman, buat laporan Polis Menjalankan Sesi Kaunseling Terhadap Pelajar Terlibat Kaunselor Pelajar Melengkapkan Rekod Pemantauan Pelajar MULA TAMAT TAMAT TAMAT


4.2. Guru Mengesyaki Murid Memiliki Dadah Rujuk kepada Pengetua / Guru Besar Jika ada bahan salah Tindakan segera Hubungi Polis & Beritahu dan Bincang Serah Bahan Salah dengan Ibu Bapa Jika ada acaman, buat laporan Polis Menjalankan Sesi Kaunseling Terhadap Pelajar Terlibat Kaunselor Pelajar Melengkapkan Rekod Pemantauan Pelajar MULA TAMAT TAMAT TAMAT


4.3. Kes Murid Ditangkap Polis Di Luar Kawasan Sekolah Pengetua / Guru Besar Mendapatkan Maklumat daripada Polis Semak Rekod Pelajar Tindakan segera Menjalankan Sesi Beritahu dan Bincang Kaunseling dengan Ibu Bapa Melengkapkan Rekod Jika ada ancaman, Pemantauan Pelajar buat Laporan Polis Selepas 3 bulan Menjalankan Ujian Urin Dan Hantar Laporan Ke PPD/ JPN MULA TAMAT TAMAT


4.4. Keadaan Kecemasan Akibat Penggunaan Dadah Bantuan Pertolongan Cemas Menghantar ke Hospital Untuk Rawatan Dengan ditemani guru MULA Tindakan Susulan


4.4.1 Tindakan Susulan. Rujuk kepada Pengetua / Guru Besar Untuk Tindakan Lanjut Jika ada bahan salah Tindakan segera Hubungi Polis & Beritahu dan Bincang Serah Bahan Salah dengan Ibu Bapa Jika ada acaman, buat laporan Polis Menjalankan Sesi Kaunseling Terhadap Pelajar Terlibat Jika Perlu maklumkan kepada Pegawai AADK / Pegawai Polis Tindakan Lanjut MULA TAMAT TAMAT TAMAT


4.5 Orang Luar Disyaki Menjual Atau Mengedar Dadah Dalam Kawasan Sekolah Pengetua / Guru Besat Menyiasat Kesahihan Laporan Jika Perlu, Buat Laporan Polis MULA Tamat


4.6 Murid Yang Dikesan Positif Mengandungi Dadah Dalam Ujian Urin Secara Klinikal / Makmal Pengetua / Guru Besar Mendapatkan Keputusan Rasmi Urin Tindakan segera Menjalankan Sesi Dianggap Masalah Beritahu dan Bincang Kaunseling Disiplin Serius dengan Ibu Bapa & Pemantauan Melibatkan Pelajar Dalam Program Tindakan Disiplin Pencegahan Dadah Rujuk Pekeliling Selepas 3 bulan Menjalankan Ujian Urin Dan Hantar Laporan Ke PPD/ JPN MULA TAMAT TAMAT TAMAT


PASUKAN PANGGUBAL PENGERUSI Haji Aminudin bin Adam Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian NAIB PENGERUSI Datin Nurzamani binti Abdul Hamid Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian SETIAUSAHA Encik Burhanuddin bin Disa Penolong Pengarah Unit Pencegahan dan Intervensi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian NAIB SETIAUSAHA Puan Jahleha binti Yusof Penolong Pengarah Pencegahan dan Intervensi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian AHLI-AHLI 1. Encik Rusli bin Rashid JPN Perlis 2 Haji Amran bin Zakaria JPN Kedah 3 Ustaz Ariff bin Ariffin JPN Kedah 4 Encik Hakimi bin Saman JPN Pulau Pinang 5 Encik Mohd Shukri bin Idris JPN Pulau Pinang 6 Encik Sayuti bin Ibrahim JPN Perak 7 Encik Sandy Yusman bin Zakaria JPN Perak 8 Encik Mohd Idrus bin Hj Ariffin JPN Selangor 9 Haji Mohd Ghazali bin Hj Anuar JPN Selangor 10 Encik Ismail bin Md Noor JPWP Kuala Lumpur 11 Encik Mohd Firdaus bin Ahmad Suhaimi JPWP Kuala Lumpur 12 Haji Shamsulkamal bin Ab Rahman JPN Negeri Sembilan 13 Cik Nor Lela binti Jonit JPN Melaka 14 Encik Mustaffa bin Ibrahim JPN Johor 15 Encik Mohd Afian bin Ramlan JPN Johor 16 Encik Mazlan bin Awang JPN Terengganu 17 Haji Mohd Sabri bin Ibrahim JPN Terengganu 18 Encik Salim bin Daim JPN Kelantan 19 Encik Norhisham bin Awang Noh JPN Kelantan 20 Encik Muhamad Wan Azan bin Wan Jaafar JPN Pahang 21 Puan Sabariah binti Muhamad JPN Pahang 22 Encik Freddy Au JPN Sabah 23 Encik Zamahri bin Hj Piee JPN Sarawak 24 Encik Busman bin Borahima JPWP Labuan


Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Sukacitanya merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam penyediaan buku ini.


Click to View FlipBook Version