Bahan Sumber Inkuiri SAINS
VAKSINASI
Unit ini memberi fokus kepada bagaimana sistem pertahanan badan melawan penyakit
dan menggalakkan penyembuhan daripada jangkitan penyakit. Kesedaran mengenai
kepentingan vaksinasi juga dberi perhatian memandangkan ada isu dalam masyarakat
sekarang yang ibu bapa tidak mevaksinasikan anak mereka. Kemahiran menginterpretasi
graf juga ditekankan dalam UNIT ini.
Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan
2
4.2.1 Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai fungsi sistem
pertahanan badan.
4.2.2 Mendefinisikan antigen, antibody dan keimunan badan.
4.2.3 Mewajarkan kepentingan imunisasi.
4.2.4 Membezakan keimanan pasif dan keimunan aktif.
NOTA
Suntikan vaksin kepada bayi dan kanak-kanak di Malaysia telah terbukti dapat
mengurangkan kes kecacatan serta meningkatkan perlindungan terhadap penyakit
berjangkit dan penyakit bahaya lain.
Apabila Kementerian Kesihatan mewajibkan pengambilan vaksin seperti BCG,
Hepatitis B, DPT dan MMR terhadap bayi yang baru lahir, telah berjaya melindungi
berjuta rakyat daripada penyakit seperti tetanus, kanser hati, difteria, pertussis, beguk,
campak, rubella dan banyak lagi. Malah, kes seperti kecacatan kaki akibat polio juga
amat jarang dilihat kini. Ini semuanya kerana inisiatif yang telah diambil oleh pihak ibu
bapa dan kerajaan dalam memberikan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat.
Mari kita tonton video di bawah untuk memahami bagaimana vaksinasi berfungsi.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 46
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
INFO SAINS
VAKSINASI - CEGAH SEBELUM PARAH
APAKAH VAKSIN?
Menurut World Health Organisation (WHO), vaksin ialah satu bahan biologi yang
bertujuan untuk menghasilkan keimunan badan terhadap sesuatu penyakit dengan
merangsang penghasilan antibodi.
Vaksin mengandungi sebahagian atau keseluruhan mikroorganisma yang telah
dimatikan atau dilemahkan. Mikroorganisma tersebut adalah virus dan bakteria yang
boleh menyebabkan penyakit berjangkit tertentu. Kaedah biasa untuk pemberian
vaksin adalah melalui suntikan tetapi ada juga yang diberikan melalui mulut atau
semburan hidung.
BAGAIMANA VAKSIN MENGHASILKAN IMUNITI?
Apabila badan kita didedahkan kepada vaksin yang mengandungi mikroorganisma,
badan akan menghasilkan antibodi dan pada masa yang sama akan menghasilkan
sel-sel memori (ingatan) yang akan mampu untuk membunuh/memusnahkan
/menyingkirkan mikroorganisma apabila ianya kembali menyerang badan pada kali
kLeedmuab.aran Kerja Murid 11.1
ADAKAH IMUNISASI MEMERLUKAN DOS TAMBAHAN?
Aras antibodi sesetengah penyakit akan berkurangan apabila umur seseorang itu
meningkat. Oleh itu, ia memerlukan beberapa dos atau suntikan tambahan vaksin untuk
menambahkan kandungan antibodi dalam badan.
Aras keimunan merupakan jumlah antibodi yang perlu dicapai untuk memberikan
perlindungan terhadap jangkitan penyakit tertentu.
APAKAH PENYAKIT YANG MEMERLUKAN IMUNISASI?
Beberapa penyakit yang berjangkit telah dapat dilindungi melalui imunisasi. Sehingga
kini Kementerian Kesihatan telah mengadakan program pemberian imunisasi kepada
beberapa penyakit yang berbahaya dan berupaya memberikan perlindungan yang
berkesan. Penyakit tersebut adalah Tibi, Difteria, Kancing Gigi, Batuk Kokol, Campak,
Rubella dan Hepatitis B.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 47
PENYAKIT Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Tibi (Batuk Kering)/ Tuberkulosis
KETERANGAN
Difteria (Penyakit Kerongkong) Tibi disebabkan oleh sejenis
bakteria yang berjangkit melalui
pernafasan. la boleh menyerang
mana-mana sahaja bahagian
badan. Bagaimanapun biasanya ia
menyerang paru-paru. Tibi boleh
menyebabkan penderitaan dan
maut.
Imunisasi: B.C.G (perlu beberapa dos)
Difteria disebabkan oleh sejenis bakteria.
Penyakit ini berbahaya kerana kuman
penyakit ini akan mengeluarkan sejenis
racun yang merosakkan jantung dan
saraf. la juga menyebabkan lapisan yang
mudah berdarah bila disentuh. terjadi di
kerongkong dan jika terlalu banyak akan
menyekat saluran pernafasan. Keadaan
ini boleh membawa maut.
Imunisasi: Tiga Serangkai - DPT/ Dua
Serangkai - DT/ (perlu beberapa dos)
Batuk Kokol Penyakit ini disebabkan oleh sejenis
bakteria yang menyebabkan batuk teruk
yang berterusan dan disertai pendarahan
di dalam mata, keretakan paru-paru dan
kerosakanteruk kepada otak.
Imunisasi: DPT (Perlu beberapa dos)
Polio Penyakit ini disebabkan oleh sejenis
virus. Apabila ia menyerang, ia boleh
menyebabkan lumpuh dan kecacatan
anggota seumur hidup. Anggota badan
seperti tangan dan kaki tidak dapat
bergerak kerana lumpuh.
Imunisasi: Polio - Secara titisan di
mulut (perlu beberapa dos)
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 48
PENYAKIT Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Campak
KETERANGAN
Rubella Penyakit ini disebabkan oleh sejenis
virus. la seringkali mengakibatkan
Hepatitis B komplikasi yang teruk seperti radang
paru-paru (pneumonia), jangkitan di
Beguk otak, telinga dan lain-lain khususnya
Tetanus kepada kanak-kanak yang kekurangan
zat makanan dan kurang sihat.
Immunisasi: MMR
Penyakit ini disebabkan oleh sejenis
virus. la amat merbahaya kepada janin
(anak dalam kandungan) jika ibu sedang
mengandung dijangkitinya. Anak dalam
kandungan akan mengalami kecacatan
bila dilahirkan seperti kecacatan jantung,
mata, otak, telinga dan sebagainya.
Immunisasi: Rubella dan MMR
Penyakit ini disebabkan oleh sejenis
virus. Penyakit ini menyebabkan berlaku
kerosakan di hati dan juga
mengakibatkan barah hati.
Immunisasi: Hepatitis B (perlu
beberapa dos)
Penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus
RNA. Tanda beguk ialah kelenjar liur akan
membengkak menyebabkan pipi jugak
turut membengkak.
Imunisasi: Vaksin MMR yang turut
melindungi dari penyakit campak dan
Rubela
Penyakit ini disebabkan oleh sejenis
bakteria. Kuman ini mengeluarkan
sejenis racun (toksin). Racun ini boleh
merosakkan saraf yang akan
menyebabkan ketegangan otot seperti
kancing gigi. Jika ini berlaku pesakit akan
sukar menelan dan menghalang
pernafasan seterusnya membawa maut.
Imunisasi: Tiga Serangkai - DPT/ Dua
Serangkai - DT/ Tetanus Toxoid (perlu
beberapa dos)
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 49
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Aktiviti 11.1
Imunisasi merupakan satu proses pemberian vaksin kepada individu untuk mencegah
penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin dihasilkan dari patogen tertentu seperti virus atau
bakteria yang telah mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan ke otot
atau di bawah kulit selain daripada pengambilan secara oral.
Suntikan vaksin Suntikan vaksin
pertama kedua
a) Berdasarkan graf di atas, apakah yang akan berlaku pada aras antibodi seseorang
dalam darah selepas mendapat suntikan vaksin yang pertama?
Hitamkan ruangan yang betul.
Makin berkurangan
Makin bertambah
b) Perlukah kita mengambil suntikan
vaksin sebelum melancong keluar
negara? Jelaskan alasan anda.
Ya. Ini kerana dapat melindungi
anda daripada dijangkiti penyakit-
penyakit berjangkit bawaan virus
atau bakteria.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 50
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
c) Adam ingin mengetahui perkaitan antara suntikan vaksin dengan keimunan. Hasil
daripada pembacaan yang dibuat, dia menyimpulkan bahawa seseorang itu mesti
menerima sekurang-kurangnya dua kali suntikan vaksin.
Aras imuAnriatisdaanltaimbodi
darah (mdga)lam darah (mg)
Aras Keimunan
Masa (tahun)
Suntikan vaksin Suntikan vaksin
pertama kedua
Siva rakan kepada Adam tidak bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat oleh Adam. Dia
berpendapat hanya satu suntikan sahaja sudah mencukupi.
Pendapat siapakah yang anda sokong? Wajarkan.
Pendapat Adam perlu disokong kerana:
Antibodi akan berkurangan apabila umur seseorang itu meningkat
Suntikan booster diperlukan untuk menambah antibodi di dalam badan
supaya melepasi aras keimunan
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 51
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Aktiviti 11.2
Imunisasi MMR adalah imunisasi kombinasi untuk mencegah penyakit Campak, Beguk dan
Rubela. Pemberian vaksin MMR biasanya diberikan pada usia anak 16 bulan. Vaksin ini
adalah gabungan beberapa vaksin. Sebelum ini, vaksin ini diberikan secara berasingan,
tetapi dalam beberapa tahun kemudian digabungkan menjadi vaksin kombinasi yang
dinamakan Vaksin MMR.
a) Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit beguk?
Penyakit virus berjangkit dan berjangkit menyebabkan bengkak
kelenjar air liur parotid di muka
b) Berdasarkan kepada data daripada graf di atas terangkan kaitan antara vaksin
MMR dengan kadar penyebaran penyakit beguk.
Kadar penyebaran beguk semakin berkurangan kerana
terdapatnya program vaksinasi menggunakan vaksin MMR
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 52
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Aktiviti 11.3
Statistik yang dikeluarkan mengenai beberapa wabak penyakit yang menyebabkan
kematian di negara X pada tahun 1900 hingga 1963. Data dari graf di bawah menunjukkan
penurunan kadar kematian akibat wabak penyakit yang disenaraikan.
a) Berdasarkan data daripada graf, tahun bilakah kadar kematian paling tinggi di sebabkan
oleh Batuk Kokol.
Tahun 1918
b) Berdasarkan pemerhatian anda pada graf di atas, apakah yang anda ramalkan terhadap
kadar kematian sesuatu populasi sekiranya vaksin di atas tidak diambil. Hitamkan pada
ruangan jawapan yang betul.
Kadar kematian meningkat
Kadar kematian berkurangan
Jelaskan pilihan jawapan anda
Kadar kematian akan meningkat kerana:
a) Penyakit lebih mudah merebak di kalangan masyarakat
yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga tua.
b) Kadar penyebaran penyakit lebih cepat
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 53
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Aktiviti 11.4
Rajah di bawah menunjukkan komuniti P (tiada program vaksinasi) dan Komuniti Q
(diberikan program vaksinasi) dalam membendung demam campak yang mempunyai
bilangan penduduk yang sama iaitu 17 orang. Penularan penyakit demam campak boleh
dibendung dengan suntikan vaksin MMR.
a) Hitungkan peratus individu yang dijangkiti dalam Komuniti P dan Komuniti Q.
Peratus dalam komuniti P: 12/17 x 100 = 70.59 %
Peratus dalam komuniti Q: 1/ 17 x 100 = 5.88 %
b) Apakah inferens anda berdasarkan keputusan di atas.
Bilangan individu yang mengambil vaksin dalam Komuniti P adalah
kurang daripada Komuniti Q maka penyakit tersebut merebak dengan
lebih cepat dalam Komuniti P berbanding Komuniti Q
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 54
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Aktiviti 11.5 PENYAKIT
a) Padankan vaksin spesifik dengan penyakit yang dikawal.
Polio
VAKSIN Kancing Gigi
B.C.G Difteria
Tuberkulosis
DPT
Campak
Poliomyelitis Kanser Hati
MMR
Hepatitis B
Tetanus Toxoid
b) Apakah fungsi vaksin?
Vaksin merangsang penghasilan antibodi yang spesifik dalam badan
untuk melawan patogen yang spesifik.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 55
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
NIKMAT AIR BERSIH
Unit ini memperkenalkan kaedah mendapatkan air yang bersih dengan membina
model alat penapis air. Murid juga digalakkan menggunakan kemahiran berfikir untuk
menyelesaikan masalah negara yang tidak mempunyai sumber bekalan air. Murid juga
perlu diterapkan kesedaran menjimat air serta bersyukur bahawa Malaysia masih banyak
sumber air.
Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan
2
5.3.2 Menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan aiur untuk
kegunaan harian.
5.3.3 Membina model dan berkomunikasi mengenai sistem
pembekalan air.
5.3.4 Mewajarkan kelestarian air sebagai kunci kehidupan yang sihat.
Krisis Air di Afrika
Mengikut Bank Dunia, 88% dari penyakit disebabkan meminum air yang tidak bersih,
kekurangan sanitasi dan kurang penjagaan kebersihan. Penyakit yang dibawa oleh air
adalah salah satu punya utama kematian bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Contoh
penyakit yang dibawa oleh air ialah kolera, tifoid dan disenteri. Maka, akses kepada air
bersih adalah sangat penting untuk kehidupan. Air yang bersih boleh dihasilkan dengan
pelbagai cara.
Kita perlu bersyukur negara kita masih mempunyai sumber bekalan air yang banyak.
Maka menjadi tanggungjawab setiap insan untuk memastilkan kebersihan dan kelestarian
sumber air semulajadi di Malaysia.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 56
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Lembaran Kerja Murid 12.1
Aktiviti 12.1
Perhatikan gambarajah di bawah, tugas anda ialah merekacipta satu penapis air dengan
bahan yang disediakan untuk mendapatkan air yang jernih dari air yang telah tercemar.
Air kotor Air jernih
Bahan yang disediakan:
Air kolam atau air tanah.
Bikar 150 ml
Kaki retort
Kain muslin
Serbuk arang
Pasir halus
Pasir kasar
Batu kecil
Batu kelikir
Botol plastik 500 ml yang dipotong bahagian bawah
Reka bentuk satu penuras air anda menggunakan bahan yang telah disediakan.
Lakarkan penuras anda dalam ruang di bawah. Jelaskan bagaimana penuras air
anda berfungsi.
Contoh penapis:
Pasir halus – Mengasingkan
zarah terampai yang besar.
Serbuk arang – Menyerap bau
yang tidak menyenangkan.
Susunan batu – Semakin besar
semakin ke bawah untuk
mempercepatkan penurasan.
Kain muslin – memerangkap
kotoran.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 57
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
1. Turas air kolam atau air tanah dengan penuras air yang anda sediakan.
2. Perhatikan warna air sebelum dan selepas penurasan.
3. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual di bawah:
Sebelum penurasan Selepas penurasan
Warna air kotor Warna hasil turasan lebih jernih
Air berbau tanah Air tidak berbau
Soalan 1
Nyatakan inferens daripada pemerhatian anda.
Hasil turasan lebih jernih kerana benda asing seperti bahan terampai dan
mendakan dalam air telah disingkirkan.
Bau tanah telah disingkirkan kerana bau tersebut telah diserap oleh serbuk
arang.
Soalan 2
Adakah air turasan ini selamat untuk diminum? Apa tindakan selanjutnya?
Tidak sesuai kerana masih mengandungi mikroorganisma yang berbahaya.
Langkah berikut :
Didihkan air atau pengklorinan ( tambah klorin)
Soalan 3
Apakah cadangan penambahbaikan kepada model penuras anda supaya lebih
efisien?
Bergantung kepada jawapan murid bagaimana mereka membuat justifikasi.
1. Jenis botol yang digunakan lebih kuat dan stabil
2. Tambah jenis batu
3. Pelbagaikan saiz batu
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 58
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Soalan 4
Padang Pasir Sahara adalah antara kawasan gurun yang mempunyai taburan hujan
yang sedikit. Di pinggir Padang Pasir Sahara, terdapat banyak jaringan gergasi seperti
gambar di bawah yang dipasang di kawasan pergunungan Marrakesh, Morocco.
Tujuan jaringan ini adalah mengumpul air minuman. Jaringan tersebut dipasang pada
altitud 1,225 meter (4,000 kaki) mampu mengumpul purata sebanyak 6,000 liter air
dalam satu hari.
a) Apakah punca air dalam kaedah ini?
Air dalam atmosfera
b) Terangkan proses bagaimana air dikumpul?
Air dalam atmosfera terkondensasi pada permukaan jaring
yang sejuk membentuk titisan air yang akan disalurkan ke dalam
tangki pengumpul sebelum diagihkan ke kawasan penduduk.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 59
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
HUKUM NEWTON
Unit ini memperkenalkan Hukum gerakan Newton yang menghubungkaitkan
daya dengan jasad dan pergerakan jasad. Semua itu disatukan oleh Sir Isaac
Newton dalam hasil kerjanya yang berjudul Philosophiae Naturalis Principia
Mathematica (1687). Hukum Gerakan Sir Isaac Newton ialah suatu hukum fizik yang
mentafsirkan asas-asas mekanik.
Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan
8.1.1 Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai daya.
2 8.1.4 Menjelaskan dengan contoh setiap daya tindakan terdapat daya
tindak balas yang sama magnitud tertapi bertentangan arah.
Hukum Newton Pertama: Sir Isaac Newton Hukum Newton Kedua:
1642 - 1727
Mengatakan bahawa Mengatakan bahawa daya
sesuatu objek yang luar yang dikenakan ke
bergerak akan kekal
bergerak dan sesuatu objek atas suatu objek itu adalah
dalam keadaan pegun akan hasil darab pecutan
kekal pegun kecuali ada dengan jisim objek
daya luar yang bertindak ke tersebut.
atas objek itu.
Hukum Newton Ketiga:
Mengatakan bahawa bagi setiap tindakan, akan ada tindak balas yang sama
tetapi bertentangan arah.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 60
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Lembaran Kerja Murid 13.1
Aktiviti 13.1
Dengan rajah di bawah sebagai rujukan, jalankan aktiviti berikut menggunakan radas
yang disediakan.
Jentik kadbod itu dan perhatikan duit syiling yang jatuh ke dalam gelas kosong itu.
Soalan 1
Apakah daya yang menyebabkan duit syiling untuk jatuh ke dalam gelas?
Graviti
Soalan 2
Aktiviti ini merujuk kepada Hukum Gerakan Newton yang mana?
Hukum Newton Pertama
Soalan 3
Berdasarkan maklumat di atas, terang mengapa.
Sesuatu objek dalam keadaan pegun akan kekal pegun kecuali ada daya
luar yang bertindak ke atas objek itu.
Duit syiling yang pegun di atas kadbod akan bergerak jatuh apabila ada
daya luar iaitu graviti yang bertindak ke atasnya.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 61
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Aktiviti 13. 2
Satu belon yang ditiup dilepaskan seperti dalam gambarajah di bawah:
tali straw
belon
Soalan 4
Aktiviti ini merujuk kepada Hukum Gerakan Newton yang mana?
Hukum Newton Ketiga
Soalan 5
Berdasarkan maklumat di atas, terang mengapa.
Bagi setiap tindakan, akan ada tindak balas yang sama tetapi bertentangan
arah.
Belon akan bergerak ke arah bertentangan dengan arah daya yang
dikenakan ke atasnya
Aktiviti 13.3
Semasa bermain bola keranjang bersama Idham, Zakwan melompat untuk masukkan
bola ke dalam jaring.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 62
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Soalan 6
Perihalkan daya tindakan Bumi ke atas Zakwan apabila dia melompat.
Bumi menolak sekuat mana Zakwan menolak ke atas Bumi
Soalan 7
Jelaskan jawapan anda.
Apabila Zakwan melompat, ia adalah satu tindakan ke atas dan Bumi akan
menolak Zakwan dengan daya yang sama dengan lompatannya.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 63
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
TUMBUHAN LEMNA
Unit ini mengeksploitasi kemahiran membaca dan memahami teks selain menguji
kemahiran saintifik murid terhadap konsep pertumbuhan bagi tumbuhan.
Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan
1.7.1 Menyokong sikap saintifik dan nilai murni yang diamalkan oleh
ahli sains.
1.7.2 Mewajarkan keperluan mengamalkan sikap saintifik dan nilai
1 murni dalam menjalankan penyiasatan.
1.7.3 Mempraktikkan sikap saintifik dan nilai murni semasa
menjalankan kaedah penyiasatan saintifik.
Ketika berjalan melewati sebuah kolam, Danial terlihat ia dipenuhi dengan tumbuhan
Lemna seperti yang dipaparkan dalam rajah 1. Dia tertanya-tanya bagaimanakah
tumbuhan Lemna boleh tumbuh tanpa tanah.
Gambarajah 1 Gambarajah 2
Kolam dipenuhi tumbuhan Lemna Tumbuhan Lemna
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 64
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Lembaran Kerja Murid 14.1
Jawab soalan berikut:
1 Anda hendak merancang satu eksperimen bagi mengkaji dua faktor yang memberi
kesan terhadap pertumbuhan tumbuhan Lemna.
Mengapakah pokok yang membesar memerlukan nutrien?
A. Untuk menambah bilangan daun
B. Untuk membantu pokok mendapatkan cahaya matahari
C. Untuk meningkatkan pengambilan oksigen
D. Untuk meningkatkan pembiakan pokok
2 Jika anda hendak menghasilkan tumbuhan tumbuhan Lemna yang banyak,
apakah larutan terbaik yang akan anda guna?
Tandakan dalam satu petak.
Air suling
Air hujan
Larutan paip
Larutan nutrien
Wajarkan pilihan jawapan anda.
Larutan nutrien mengandungi semua mineral yang diperlukan untuk
pertumbuhan pokok.
Aktiviti 13.1: Persediaan Eksperimen
Danial hendak mengkaji perhubungan antara jenis nutrien dengan pertumbuhan
tumbuhan Lemna. Dia merancang eksperimannya dengan menggunakan air
suling, balang kaca dan tumbuhan Lemna seperti dalam Gambarajah 3.
Dia menyediakan 3 balang kaca yang mengandungi:
Isipadu air suling yang sama
5 tumbuhan Lemna
Setiap balang kaca dibalut dengan kertas hitam
Setiap balang kaca didedahkan dengan keamatan cahaya yang sama
secara berterusan
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 65
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Kertas hitam Balang kaca Tumbuhan Lemna
Gambarajah 3
Danial memasukkan ke dalam balang kaca yang mengandungi air suling:
Larutan Nutrien A
Larutan Nutrien B
Larutan Nutrien C
NUTRIEN NUTRIEN NUTRIEN
A B C
Larutan nutrient diperbaharui pada sukatan yang sama pada permulaan setiap minggu.
Selepas minggu ke 3, keputusan dalam Jadual 3 diperoleh:
Balang 0 Minggu 3
kaca 5 12 20
1 (Kekuningan)
10 15
(Nutrien A)
2 5 12
(Nutrien B) 8 10 (Kehijauan)
3 5 25
(Nutrien C) 12 20 (Kehijauan)
Jadual 3
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 66
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
3 Daripada Jadual 3, balang kaca yang manakah mengandungi bilangan tumbuhan
Lemna yang paling banyak pada hujung minggu ke 3?
A. Balang kaca 1
B. Balang kaca 2
C. Balang kaca 3
4 Mengapakah Danial meletakkan hanya lima tumbuhan Lemna ke dalam setiap
balang kaca pada awal eksperimen?
Supaya tumbuhan Lemna memperoleh ruang yang mencukupi dan semua
nutrien yang sama rata.
5 Mengapakah balang kaca pilihan anda dikatakan mengandungi tumbuhan Lemna
yang sihat?
Kerana balang kaca 3 mengandungi Lemna yang paling banyak dan
daunnya berwarna hijau.
6 Selain daripada faktor nutrien, nyatakan dua faktor lain yang mempengaruhi
pertumbuhan tumbuhan Lemna yang sihat?
Keamatan cahaya, Suhu, Karbon dioksida, pH
7 Apakah tujuan membalut balang kaca dengan kertas hitam? Nyatakan alasan anda
Mengurangkan kemasukan cahaya ke dalam air dan mengelakkan
pertumbuhan alga.
8 Berdasarkan keputusan eksperimen yang dilakukan oleh Danial, mengapakah dia
menambah nutrien dengan sukatan yang sama pada permulaan setiap minggu?
Lemna telah menggunakan kesemua nutrien sepanjang minggu
tersebut.
Semua nutrient telah habis
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 67
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
9 Selepas 3 minggu, Danial dan kawannya melewati kolam yang sama dan
mendapati kolam tersebut dipenuhi dengan tumbuhan Lemna seperti dalam
Gambarajah 4. Mereka tertanya-tanya bagaimanakah tumbuhan Lemna tersebut
hidup subur dalam kolam itu.
Gambarajah 4
Pada pendapat anda, bagaimanakah nutrien dalam kolam tersebut diperbaharui
secara semulajadi bagi pertumbuhan tumbuhan Lemna?
Pereputan organisma akuatik atau melalui kitar semula jadi di dalam
kolam
Danial perhatikan bahawa saiz tumbuhan Lemna yang sihat dalam balang kaca 3
adalah lebih besar berbanding dengan tumbuhan Lemna yang tumbuh di kolam
dalam hutan. Dia mengumpul 5 tumbuhan Lemna dari kolam tersebut untuk
membandingkannya dengan tumbuhan Lemna dalam eksperimennya.
Lemna dari kolam 3 Lemna dari eksperimen
2 2
3
1 5
4
1 5
4
Saiz tumbuhan Lemna kolam (mm) Saiz tumbuhan Lemna balang kaca 3 (mm)
Lemna 1: 7 Lemna 1: 13
Lemna 2: 8 Lemna 2: 12
Lemna 3: 9
Lemna 3: 13
Lemna 4: 7 Lemna 4: 14
Lemna 5: 7 Lemna 5: 13
Purata = 7.6 mm Purata = 13 mm
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 68
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
10 Berdasarkan pada purata panjang tumbuhan Lemna dari kolam dan eksperimen,
apakah yang menyebabkan tumbuhan Lemna kolam mendapat keputusan
sebegitu? Berikan DUA sebab.
Persaingan Inter dan intra
Bergantung pada suhu persekitaran
11 Apakah kesimpulan anda daripada aktiviti ini?
Tumbuhan Lemna memerlukan nutrien untuk pertumbuhan.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 69
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
TIMBUL TENGGELAM
Unit ini menguji pemahaman konsep mengenai ketumpatan serta aplikasinya
dalam kehidupan harian.
Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan
1.5.1 Menyusun mengikut urutan bahan berdasarkan ketumpatan.
1.5.2 Meramalkan sama ada ada bahan akan terapung dan
tenggelam berdasarkan ketumpatan.
1.5.4 Mengira ketumpatan menggunakan rumus (ketumpatan=jisim/isi
padu) dan dengan kaedah sesaran air.
1.5.5 Menerangkan fenomena yang berkaitan dengan perbezaan
1 ketumpatan dalam kehidupan seharian.
1.7.1 Menyokong sikap saintifik dan nilai murni yang diamalkan oleh
ahli sains.
1.7.2 Mewajarkan keperluan mengamalkan sikap saintifik dan nilai
murni dalam menjalankan penyiasatan.
1.7.3 Mempraktikkan sikap saintifik dan nilai murni semasa
menjalankan kaedah penyiasatan saintifik.
Sekumpulan murid sedang membuat kajian lapangan di kawasan laut masin
mengenai kesan air laut terhadap bahan logam. Semasa mereka menjalankan kajian,
kelihatan sebuah penanda aras air laut atau boya terapung di permukaan air laut yang
berhampiran. Mereka memilih untuk mengkaji perubahan kimia yang berlaku ke atas
permukaan penanda aras air laut tersebut.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 70
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Lembaran Kerja Murid 15.1
Aktiviti 15.1
1. Nyatakan warna yang paling ketara kelihatan pada permukaan pada penanda
aras air laut tersebut?
Keperangan
2. Namakan proses tindak balas yang berlaku pada penanda aras laut itu.
Tandakan pada jawapan yang betul.
. Peneutralan
Pengaratan
Pengestrakan
3.
Gambar menunjukkan boya berkarat. Berdasarkan gambar, pilih dan tanda
syarat-syarat untuk pengaratan
Cahaya matahari / Sunlight
Air / Water
Oksigen / Oxygen
Besi / Iron
4. Adakah pengaratan suatu perubahan fizikal atau perubahan kimia?
Tandakan pada salah satu kotak.
Perubahan fizik
Perubahan kimia
Jelaskan jawapan anda.
Bahan baru terbentuk
Contoh: besi bertindak balas dengan oksigen membentuk besi oksida
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 71
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
5. Tiga kepingan blok besi A, B dan C yang diambil dari tiga boya berbeza yang
diletakkan di laut dalam jangka masa tertentu. Letakkan Label kepingan besi ke
dalam ruang yang betul.
Kepingan blok besi
CAB
A B C Tempoh masa boya dalam laut
5 bulan / 1 tahun / 7 tahun /
month year year
Aktiviti 15.2:
DAYA APUNGAN DAN BERAT
Semua objek akan mengalami daya yang bertindak ke bawah dikenali sebagai Berat.
Daya tersebut disebabkan oleh graviti. Apabila direndam di dalam air, satu daya ke
atas bertindak pada boya. Daya tersebut dikenali sebagai Daya Apungan.
Dari manakah daya apungan terhasil?
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 72
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Seketul batu digantung dengan menggunakan neraca Newton. Neraca itu menunjukkan
bacaan yang merujuk kepada berat batu tersebut.
6. Neraca spring Newton
Berapakah berat batu tersebut?
Berat = 20 N
(Nyatakan berat berserta unit)
Berat batu dalam udara Berapakah berat batu sekarang
seperti yang ditunjukkan pada
7. neraca spring?
Neraca spring Newton
Berat = 16N
(Nyatakan berat berserta unit)
Berat batu dalam air 73
Berat batu tersebut berkurangan. Ini adalah kerana …
Klik pada jawapan yang betul.
Berat berkurangan disebabkan oleh daya apungan
Daya apungan batu berkurangan disebabkan oleh air disesarkan.
Air yang disesarkan mewujudkan daya apungan.
Isipadu air meningkat disebabkan daya apungan.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
8. Rajah menunjukkan batu terendam sepenuhnya di dalam air.
Neraca spring Newton
Keadaan A Berapakah berat batu seperti yang
ditunjukkan pada neraca spring
Berat batu dalam air keadaan A?
9.
Berat = 12N
Neraca spring Newton
Keadaan B (Nyatakan berat berserta unit)
Berapakah berat batu seperti yang
ditunjukkan pada neraca spring
keadaan B?.
Berat = 12N
(Nyatakan berat berserta unit)
Berat batu dalam air 74
10. Terangkan jawapan anda.
Tiada perubahan pada bacaan.
- kerana daya apungan adalah malar/tetap/tidak
berubah/kekal sama
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
11. Neraca spring Newton
Rajah di sebelah menunjukkan empat
daya, A, B, C dan D yang bertindak ke
atas batu. Yang manakah
a) Daya apungan B
b) Berat D
Berat batu dalam air
Aktiviti 15.3
KAPAL SELAM
Pada tahun 2009, Tentera Laut Diraja Malaysia, memperoleh 2 kapal selam
kelas Scorpene dari Perancis dan Sepanyol. Salah satu kapal selam ini, KD Tunku
Abdul Rahman terletak di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu Sabah.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 75
Spesifikasi kapal selam adalah seperti berikut: Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Ciri-ciri Spesifikasi
Panjang 66.4 m
Jenis Diesel/Elektrik
Tujuan Menyerang
Laju ketika terapung 22 km/jam
Laju ketika menyelam 17 km/jam
Berat kapal selam ketika separuh tenggelam 15,770,000 N
(berada dipermukaan air laut)
Berat kapal selam apabila tenggelam sepenuhnya 17,110,000 N
(berada di bawah permukaan air laut)
12 Apakah hubungan di antara daya-daya yang membolehkan KD Tunku Abdul
Rahman terapung seperti yang ditunjukkan dalam gambar?
DAYA APUNGAN = BERAT
Pilih simbol yang betul untuk kotak itu.
A> B< C= D≠
13 Dari maklumat yang diberikan dalam jadual, apakah daya apungan yang
bertindak pada KD Abdul Rahman di dalam gambar tersebut?
Tandakan jawapan yang betul.
22 km/jam
17 km/jam
17,110,000 N
15,770,000 N
1,340,000 N
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 76
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Aktiviti 15.4
KAPAL SELAM YANG TERAPUNG
Rajah di bawah menunjukkan keratan rentas sebuah kapal selam. Gambarajah
yang manakah BENAR tentang daya-daya yang membolehkan satu kapal selam
terapung?
Jawapan: D
14
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 77
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Aktiviti 15.5
15. PENYELAMAN KAPAL SELAM
Daya Daya
Apungan Apungan
Semua kapal selam mempunyai tangki ballast.
Air laut dibenarkan masuk ke dalam tangki ballast dalam situasi tertentu.
Air laut dipam keluar dari tangki ballast dalam situasi lain.
Lihat rajah sebelah. Perhatikan perbezaan dalam tangki ballast. Apa akan terjadi
kepada kapal selam apabila air dipam masuk ke dalam tangki ballast?
Kapal selam akan tenggelam/turun ke bawah/tenggelam.
16. Apakah hubungan antara daya-daya apabila air dipam masuk ke dalam tangki
ballast? Pilih satu simbol.
BERAT > DAYA APUNGAN
A> B< C= D≠
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 78
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Aktiviti 15.6
KETUMPATAN
Objek terapung boleh diterangkan dari segi ketumpatan.
Apabila ketumpatan objek kurang daripada ketumpatan cecair, objek itu akan
terapung.
Ketumpatan
Jika jisim diukur dalam unit gram, isipadu diukur dalam unit cm3. Unit bagi
ketumpatan adalah gcm-3.
15. Diberi bahawa 1 N = 100 gram, kirakan ketumpatan bola P dalam rajah.
Nyatakan jawapan anda dalam unit yang betul.
Jisim = 210 g Isipadu = 20 cm3 Ketumpatan = 10.5 gcm-3
Ketumpatan ialah sifat fizikal jirim yang digunakan untuk mengenalpasti bahan
yang tidak diketahui. Dari jadual ketumpatan di bawah, kenalpasti bahan bola P.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 79
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Jadual Ketumpatan
Nama bahan Ketumpatan (g/cm3)
Aluminium 2.7
Plumbum 11.34
Emas 19.3
Besi nirkarat 7.8
Perak 10.5
Bahan bola P ialah Perak
16. Tiga jenis cecair dituang ke dalam sebuah silinder penyukat
yang tinggi. Cecair itu membentuk lapisan-lapisan seperti yang
ditunjukkan dalam rajah di sebelah..
Lengkapkan jadual di bawah:
Jenis cecair Ketumpatan Lapisan
Merkuri (g cm-3) Z
13.56
Air 1.00 Y
Minyak masak 0.92 X
17. Bola P dijatuhkan ke dalam silinder penyukat. Pada kedudukan manakah bola P
itu akan berada, A, B, C atau D?
Jawapan : C
Wajarkan jawapan anda.
Ketumpatan cecair Y < bola P < cecair Z atau
Ketumpatan air< perak< merkuri
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 80
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Aktiviti 15.7
KETUMPATAN, KEAPUNGAN DAN KAPAL SELAM
Rajah 1 menunjukkan sebuah kapal selam terapung di permukaan laut.
Rajah 2 menunjukkan kapal selam yang sama sedang tenggelam ke dasar laut.
Rajah 1 Rajah 2
19. Isi tempat kosong dengan “>” , “<“atau “=“.
Ketumpatan kapal selam Ketumpatan kapal selam dalam
dalam Rajah 1
< Rajah 2
Ketumpatan kapal selam Ketumpatan air laut
dalam Rajah 1
<
Ketumpatan kapal selam
dalam Rajah 2 Ketumpatan air laut
>
20. Isi tempat kosong dengan “>” , “<“atau “=“.
Berat kapal selam dalam < Berat kapal selam dalam Rajah
Rajah 1
2
Daya apungan dalam Rajah 1 < Daya apungan dalam Rajah 2
Berat kapal selam dalam Daya apungan dalam Rajah 1
Rajah 1
=
Berat kapal selam dalam Daya apungan dalam Rajah 2
Rajah 2
>
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 81
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
BUKIT KUBU
Unit ini mengeksploitasi kefahaman tentang Bumi dari segi struktur dan rupa bentuknya.
Unit ini juga memberi kefahaman mengenai usia bumi serta pembentukan bahan api fosil.
Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan
9.2.1 menerangkan jenis dan ciri batuan.
9.2.2 berkomunikasi bagi membezakan proses pembentukan
batuan.
9.5.1 berkomunikasi mengenai skala masa geologi.
1
9.5.2 menerangkan kaedah penentuan usia bumi.
9.5.3 berkomunikasi mengenai fosil.
9.6.4 menerangkan pembentukkan petroleum dan arang batu.
Bukit Kubu ialah sebuah gua batu kapur terletak di Kuala Perlis, Perlis. Menurut
Jabatan Mineral dan Geosains, Bukit Kubu terhasil daripada longgokan tulang-tulang hidupan
laut yang tertimbus kira-kira 250 juta tahun dahulu. Daripada tinggalan batu yang terdapat di
bukit Kubu, bukit itu dulu pernah menjadi pulau, manakala pintu gua hari ini berada dalam
lautan. Bukit Kubu mempunyai tarikan tersendiri yang mampu memukau para pengunjung
tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah
82
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Lembaran Kerja Murid 16.1
BATUAN
1. Batu kapur Bukit Kubu ialah batu jenis……
Tandakan pada jawapan yang betul.
Igneus
Sedimen
/ Neutralization
Metamorfik
2. Gariskan jenis batuan yang betul bagi huraian berikut:
Huraian Jenis batuan
(a) Terbentuk daripada proses penyejukan dan Igneus
pembekuan magma atau lava.
Sedimen
(b) Terbentuk daripada campuran batu kecil, haiwan Metamorfik
mati dan tumbuhan yang berada pada lapisan Igneus
sedimen dibawah laut.
Sedimen
Metamorfik
(c) Terbentuk daripada batu igneus dan sedimen yang Igneus
dikenakan perubahan haba dan tekanan. Sedimen
Metamorfik
3.
Isi tempat kosong dengan menggunakan jawapan yang diberi.
sedimen kerak magma ahli igneus basalt
metamorfik bumi sedimen arkeologi granit
cuaca hakisan ahli
geologi
1. Jenis batu yang terdapat di kawasan gunung berapi ialah igneus
2. Transformasi batuan yang wujud di bawah metamorfik suhu dan tekanan
tinggi akan menghasilkan batu
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah
83
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
3. Lapisan luar Bumi dikenali sebagai kerak bumi.
4. Lumpur, pasir dan cebisan batu kecil yang disimen bersama membentuk
batu sedimen.
5. Ahli Sains yang mengkaji dan mempelajari tentang batuan dikenali sebagai
ahli arkeologi.
6. Batu igneus terbentuk daripada magma.
Lembaran Kerja Murid 16.2
KITAR BATUAN
1. Perhatikan kitar batuan dan lengkapkan proses dalam kitaran di bawah:
penyejukkan BATU IGNEUS
MAGMA
peleburan Luluhawa dan hakisan
peleburan
BATU Haba dan
tekanan
METAMORFIK
sedimen
Luluhawa dan Pemadatan &
hakisan penyimenan
Luluhawa
dan hakisan
Haba dan BATU
tekanan SEDIMEN
2. Batu igneus terhasil daripada penyejukkan magma yang berasal dari batu
metamorfik.
3. Perhatikan kitaran batu di atas, fikirkan cara mana anda boleh menceritakan
balik proses dan keadaan ketiga-tiga jenis batuan. Persembahkan pada rakan
lain dalam kelas.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah
84
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
4. Rajah menunjukkan faktor - faktor yang menyebabkan pemampatan lapisan-
lapisan batu. Garis atau bulatkan jawapan yang betul.
Pernyataan Benar/Salah
i) Proses BENAR
SALAH
pemampatan
lapisan di bawah
tanah
memerlukan
tekanan yang
rendah
ii) Proses BENAR
pemampatan SALAH
lapisan dibawah
tanah
memerlukan
haba yang tinggi
iii) Proses BENAR
pemampatan SALAH
lapisan batuan
dapat dijalankan
dengan mudah di
makmal sains.
Lembaran Kerja Murid 16.3
FOSIL
Fosil ialah kesan tinggalan haiwan, tumbuhan dan hidupan lain yang telah mati di
mana sisa organisma yang telah diawet secara semula jadi berjuta- juta tahun yang lalu. Fosil
terbentuk melalui tekanan dan haba yang tinggi ke atas lapisan enapan batu yang sangat
padat.
1. Tandakan (√) pada gambarajah yang menunjukkan fosil.
√√
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah
85
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
2. Gambarajah di bawah menunjukkan proses pembentukkan fosil yang tidak disusun
dengan betul.
A B CD
Padankan penerangan proses pembentukan fosil menggunakan huruf A, B, C dan
D ke dalam ruang yang disediakan.
a. Apabila binatang mati dan tenggelam di bawah dasar sungai B
akan mengalami penguraian oleh bakteria.
b. Bangkai diselaputi sedimen. Selepas beberapa tahun lapisan C
baru terbentuk.
c. Apabila air sungai kering, fosil akan terbentuk melalui D
penghabluran. Kerak bumi menyebabkan fosil terangkat di A
permukaan.
d. Hakisan menyebabkan fosil terdedah.
3. Fosil yang paling tua ialah di lapisan...
A
B
C
D
Jelaskan jawapan anda.
Fosil terletak dalam lapisan paling bawah/dalam.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah
86
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
4. Berdasarkan peta buih yang diberi, tuliskan Benar atau Salah bagi setiap
pernyataan berikut:
Kandungan Peninggalan Terawet
oksigen organisma semulajadi
rendah
Ciri-Ciri Fosil Keras dan padat
Bebas daripada
bakteria pengurai
Berumur lebih
11 000 tahun
Pernyataan Benar/Salah
I. Fosil ialah peninggalan haiwan sahaja.
Salah
II. Umur maksimum 11 ribu tahun. Salah
Salah
III. Fosil mengalami proses pereputan melalui
tekanan dan haba yang tinggi. Benar
IV. Pembentukan fosil tidak memerlukan
kandungan oksigen yang tinggi.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah
87
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
5. Di lapisan bumi yang manakah fosil boleh dijumpai?
Tandakan pada jawapan yang betul.
6.
Tandakan pada haiwan yang menghasilkan bentuk fosil pada rajah.
Fosil
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah
88
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
7. Gambarajah menunjukkan pembentukan petroleum.
Lapisan yang Lapisan batu sedimen
mengandungi hidupan laut terbentuk di atas dan
yang telah mati terbentuk memerangkap hidupan laut
di dasar laut.
Selepas berjuta tahun,
minyak terbentuk tanpa
kehadiran oksigen.
Kenapa petroleum dikenali sebagai bahan api fosil?
Tandakan pada jawapan yang betul.
Petroleum dibentuk daripada organisma yang telah reput
/ Neutralization
Pembentukan petroleum mengambil masa berjuta tahun.
Pembentukan petroleum memerlukan oksigen.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah
89
Lembaran Kerja Murid 16.4 Bahan Sumber Inkuiri SAINS
ARANG BATU
1. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai untuk melengkapkan cerita
pembentukkan arang batu.
Sebelum Selepas Haba dan
tekanan
dinosaur berjuta tahun,
mengubah
wujud, banyak tumbuhan ini tumbuhan mati
tumbuhan terbenam di kepada arang
bawah air dan batu.
gergasi mati lumpur.
dalam paya.
2. Berdasarkan rajah, terangkan kenapa arang batu ialah bahan api fosil.
Arang batu terbentuk dari organisma yang hidup berjuta tahun yang lalu.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah
90
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
Lembaran Kerja Murid 16.5
USIA BUMI
8 Organisma yang wujud di bumi dari masa 5000 juta tahun.
Susunkan perkembangan organisma yang wujud di muka bumi 5000 juta tahun
dahulu dalam urutan menaik.
.
Tarik dan lepaskan jawapan ke dalam kotak yang disediakan.
Bakteria Ubur ubur Ikan Serangga Dinosaur
Manusia Tumbuhan berbunga
Rumpai
laut
Bakteria Rumpai air Ubur-ubur Ikan
Serangga Dinasour Tumbuhan Manusia
berbunga
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah
91
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
SINAR LATAR BELAKANG
Unit ini memberi kefahaman mengenai kewujudan sinaran latar belakang serta spekturm
elektromagnet dan aplikasinya dalam kehidupan harian.
Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan
8.3.1 Memerihalkan sinaran mengion dan sinaran tidak mengion
8.3.2 Membezakan tiga jenis sinaran mengion dalam reputan radioaktif.
1 8.3.3 Menjelaskan dengan contoh sumber sinaran mengion dalam alam
sekitar iaitu sumber semula jadi dan sumber buatan manusia.
8.3.4 Membincang cara mengurus risiko terdedah kepada sinaran
mengion semula jadi dan buatan manusia.
Sinaran atau radiasi adalah bentuk tenaga bergerak dalam bentuk gelombang atau
aliran zarah-zarah. Sinaran memang sentiasa wujud dan berada di sekeliling kita dalam
pelbagai bentuk.
Apabila mendengar perkataan sinaran, sering difikirkan mengenai tenaga atom,
kuasa nuklear dan radioaktif. Tetapi sinaran mempunyai pelbagai bentuk dan berasal dari
pelbagai sumber yang berbeza. Bunyi dan cahaya boleh nampak adalah bentuk sinaran
yang biasa. Jenis sinaran yang lain termasuk sinaran ultraungu (yang menyebabkan kulit
terbakar apabila lama di bawah sinaran matahari), sinaran Inframerah (sejenis tenaga
haba) dan isyarat radio dan televisyen. Semua ini ialah contoh sinaran tidak mengion.
Sinaran mengion mempunyai keupayaan untuk menolak elektron keluar dari orbit
yang mengelilingi atom, menjejaskan keseimbangan elektron/proton dan merosakkan sel.
Contoh sinaran mengion ialah sinar alfa, beta, gamma, sinar neutron dan sinar-X.
Di seluruh dunia, dos purata biasa sinaran latar belakang semulajadi adalah lebih
kurang 2.4mSv. Kehidupan di dunia telah berkembang bersama tahap sinaran mengion
dan badan kita telah menyesuaikan diri dengan keadaan sebegini.
Sinaran mengion Sinaran tidak mengion
Spektrum Elektromagnet
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah
92
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
SUMBER SINARAN SEMULAJADI
Sinaran latar belakang adalah Sinaran latar belakang secara semulajadi
sumber sinaran mengion yang wujud berada di mana-mana.
dalam alam semula jadi dan
dipancarkan dari pelbagai sumber. Sinaran kosmik
Terdapat empat sumber utama
sinaran semula jadi iaitu sinaran Badan manusia
kosmik, sinaran daratan, pernafasan
dan penghadaman. Tumbuhan
1) Sinaran Kosmik Tanah dan batuan Radon
Lapisan luar atmosfera Bumi secara berterusan dihentam oleh sinaran kosmik. Ini
berpunca daripada pelbagai sumber termasuk dari Matahari dan peristiwa angkasa
yang lain di alam semesta. Sebahagian sinaran mengion akan menembusi atmosfera
Bumi dan diserap oleh manusia dan ini merupakan pendedahan kepada sinaran secara
semula jadi.
2) Sinaran Daratan
Terdapat juga sumber sinaran semula jadi di dalam tanah dan terdapat kawasan yang
menerima lebih banyak sinaran daratan terutama daripada tanah yang mengandungi
lebih banyak uranium. Dos purata berkesan daripada sinaran yang dikeluarkan dari
tanah (dan bahan binaan yang diperbuat dari tanah) adalah kira-kira 0.5 mSv setahun.
Walau bagaimanapun, dos ini berbeza bergantung kepada lokasi dan geologi
contohnya dos purata boleh mencapai 260 mSv di Iran Utara atau 90 mSv di Nigeria.
3) Pernafasan
Kerak bumi menghasilkan gas radon, yang ada dalam udara yang kita bernafas. Radon
mempunyai empat hasil terurai yang mengganggu paru-paru apabila udara disedut.
Dos purata berkesan bagi sinaran radon di seluruh dunia ialah lebih kurang 1.3 mSv.
4) Penghadaman
Sinaran semula jadi dari pelbagai sumber menembusi badan kita melalui makanan
yang kita makan, udara yang kita bernafas dan daripada air yang kita minum. Kalium-40
ialah punca utama irradiasi dalaman (selain daripada penguraian Radon). Purata dos
berkesan dari sumebr ini ialah lebih kurang 0.3 mSv setahun.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah
93
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
DOS SINARAN SEMULA JADI
Penghadaman Sinaran
Kosmik
Sinaran
Daratan
Pernafasan
Dos Dari Sinaran Latar Belakang Semula Jadi
Dos adalah istilah umum yang merujuk kepada jumlah tenaga yang diserap oleh tisu
daripada sinaran mengion. Dos yang diukur dalam sieverts (Sv) dan lebih umum dinyatakan
dalam unit sama ada millisieverts (mSv) - yang mewakili seribu sievert - atau microsieverts
(μSv) – satu persejuta daripada sievert. Jumlah purata dos berkesan di seluruh dunia
daripada sinaran semula jadi adalah kira-kira 2.4 mSv setahun.
Di beberapa tempat di dunia, bacaan ini lebih tinggi seperti Pantai Kerala di India,
dos purata berkesan setahun ialah 12.5 mSv. Dos ini berbeza bergantung kepada sumber
radiasi. Sebagai contoh, di utara Iran, ciri geologinya menghasilkan dos yang boleh
mencapai 260 mSv setahun.
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah
94
Bahan Sumber Inkuiri SAINS
ARAS RISIKO KESIHATAN DARI SINARAN/RADIASI
Kadar Dos, Risiko Kesihatan
uSv/hr
SELAMAT
1 < 0.2 ARAS NORMAL
SELAMAT
2 0.5 Tempat tinggal jangka sederhana hingga panjang contoh
dikelilingi dinding granit.
SELAMAT
3 1 Tempat tinggal pendek sahaja seperti dalam pesawat
menaik atau menurun.
RISIKO BERTAMBAH
4 2 Ambil langkah keselamatan seperti dalam kapalterbang
dalam penerbangan di udara.
BAHAYA!
5 5 BERPINDAH SEBERAPA SEGERA
BAHAYA!
6 10 BERPINDAH SEKARANG!!
7 20 SANGAT BAHAYA: RISIKO PENYAKIT RADIASI
8 100 SANGAT BAHAYA: RISIKO MELAMPAU PENYAKIT
RADIASI
9 1,000 SANGAT BAHAYA: MENINGGALKAN KAWASAN
DENGAN SEGERA
10 100,000 TERUK: KERACUNAN RADIASI
11 >1,000,000 TERUK: MUNTAH
12 >10,000,000 TERLALU BAHAYA: KEGAGALAN ORGAN DAN
KEMATIAN DALAM BEBERAPA JAM
Nota:
1000 uSv/hr ialah 1 mSv/jam 24 mSv/hari atau 8.76 Sv /tahun
100,000 uSv/jam ialah 100 mSv/jam 2.4 Sv/hari atau 876 Sv/tahun
Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah
95