The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini mengandungi 6 bab yang merangkumi langkah-langkah bagaimana cara untuk menghasilkan gambar 360°. Langkah 1 menerangkan cara untuk merancang dan mengenal pasti lokasi yang ingin diambil gambar 360° tersebut. Langkah 2 menunjukkan contoh skrip suara latar. Langkah 3 menjelaskan kaedah mengambil gambar 360° di lokasi yang telah dirancang. Langkah 4 menunjukkan cara bagaimana untuk membuat sambungan dan suntingan gambar 360°. Langkah 5 menerangkan kaedah untuk merakam dan menyunting suara latar. Akhir sekali, langkah ke-5 adalah memuat naik gambar-gambar 360° yang telah selesai disunting ke platform Google VR Tour sebagai tempat untuk memperlihatkan hasil suntingan gamabr serta maklumat yang ingin dikongsi dalam gambar tersebut untuk tatapan umum.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m.faizal.yahaya, 2021-05-19 23:45:37

VR TOUR PSIS

Buku ini mengandungi 6 bab yang merangkumi langkah-langkah bagaimana cara untuk menghasilkan gambar 360°. Langkah 1 menerangkan cara untuk merancang dan mengenal pasti lokasi yang ingin diambil gambar 360° tersebut. Langkah 2 menunjukkan contoh skrip suara latar. Langkah 3 menjelaskan kaedah mengambil gambar 360° di lokasi yang telah dirancang. Langkah 4 menunjukkan cara bagaimana untuk membuat sambungan dan suntingan gambar 360°. Langkah 5 menerangkan kaedah untuk merakam dan menyunting suara latar. Akhir sekali, langkah ke-5 adalah memuat naik gambar-gambar 360° yang telah selesai disunting ke platform Google VR Tour sebagai tempat untuk memperlihatkan hasil suntingan gamabr serta maklumat yang ingin dikongsi dalam gambar tersebut untuk tatapan umum.

Keywords: vrtour, jelajah maya, Politeknik.

VR TOUR PSIS

PENERBIT

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

HAKCIPTA TERPELIHARA
Terbitan Pertama 2020

Hakcipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang
boleh disiar terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara
sekalipun termasuklah elektronik,mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya

tanpa mendapat izin bertulis daripada Penerbit

eISBN 978-967-2096-85-6

Di terbitkan oleh

Politeknik Sultan Idris Shah
Sg. Lang, 45100 Sg Air Tawar

Selangor

No. Tel : 03 3280 6200
No. Fax : 03 3280 6400
Laman web : http://www.psis.edu.my

ISI KANDUNGAN:

PRAKATA
EDITOR
LATAR BELAKANG
RASIONAL
IMPAK
BAB 1: PENGENALAN
BAB 2: METODOLOGI PEMBANGUNAN VR TOUR PSIS
PENAMBAHBAIKAN
KESIMPULAN

PRAKATA

"MAN JADA WA JADA"

Gambar 360° adalah suatu gambar berbentuk panorama yang boleh dikawal putarannya mengelilingi
satu titik asal tempat gambar tersebut diambil. Penatap gambar 360° ini mengalami situasi seperti
berada pada kedudukan jurugambar sambil melihat keadaan sekeliling sama ada dengan gerakan ke
kiri, kanan, atas dan bawah mengikut kehendak si penatap. Untuk menggerakkan ke bahagian yang
diingini dalam gambar tersebut, penatap boleh klik pada mana-mana bahagian gambar 360° itu sambil
tarik ke lokasi dalam gambar yang ingin dilihat.

Penghasilan buku VR TOUR PSIS ini adalah bertujuan untuk berkongsi kepada masyarakat
terutamanya ahli akademik, pensyarah, guru dan mahasiswa yang berminat dengan cara penghasilan
gambar 360° yang boleh diguna pakai sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran atau projek akhir
bagi menghasilkan pengalaman yang unik dan menarik. VR TOUR PSIS ini adalah projek penggambaran
gambar 360° bagi lokasi-lokasi penting di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bagi tujuan pelajar baharu
menjelajah ke serata PSIS secara atas talian dan maya bagi mematuhi prosedur operasi standard
sewaktu Minggu Transformasi Siswa atau nama lain bagi minggu orientasi pelajar baharu.

PRAKATA

"MAN JADDA WA JADDA"

Buku ini mengandungi 6 bab yang merangkumi langkah-langkah bagaimana cara untuk menghasilkan
gambar 360°. Langkah 1 menerangkan cara untuk merancang dan mengenal pasti lokasi yang ingin
diambil gambar 360° tersebut. Langkah 2 menunjukkan contoh skrip suara latar. Langkah 3
menjelaskan kaedah mengambil gambar 360° di lokasi yang telah dirancang. Langkah 4 menunjukkan
cara bagaimana untuk membuat sambungan dan suntingan gambar 360°. Langkah 5 menerangkan
kaedah untuk merakam dan menyunting suara latar. Akhir sekali, langkah ke-5 adalah memuat naik
gambar-gambar 360° yang telah selesai disunting ke platform Google VR Tour sebagai tempat untuk
memperlihatkan hasil suntingan gamabr serta maklumat yang ingin dikongsi dalam gambar tersebut
untuk tatapan umum.

Dengan lahirnya buku ini, harapan agar manfaat dan kemudahan dapat diberikan kepada semua
penghasil kandungan dan bahan ilmiah atau kreatif yang sentiasa menghasilkan idea dan inovasi demi
kebaikan agama, bangsa dan negara.

EDITOR

EDITOR

MOHD FAIZAL BIN MUHAMMAD SYAFIQ BIN
YAHAYA ABDUL GHAFAR

PEGAWAI MULTIMEDIA DAN SUMBER PEGAWAI MULTIMEDIA DAN SUMBER
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

LATAR BELAKANG

18 MAC 2020
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI
MALAYSIA
COVID 19

COVID-19 dalam sekelip mata mengubah wajah kehidupan masyarakat dunia. Musibah tidak
mengenal siapa sahaja sebagai mangsanya. Dilema ini bukan sahaja merentasi pelbagai
negara, bahkan mencetuskan kemelut yang semakin kritikal dalam pelbagai sektor
kehidupan termasuk institusi pendidikan tinggi seperti Politeknik Sultan Idris Shah.
.
Selepas hampir 6 bulan pengisytiharan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19, kini tiba masanya pelajar
kembali ke kampus bagi meneruskan sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) seperti biasa
dalam keadaan norma baharu. PSIS juga akan menerima pelajar baharu dari lepasan SPM
dan sijil dari pelbagai lokasi di seluruh Malaysia. Sedar dengan risiko bahaya yang ada, pihak
pengurusan PSIS telah mencadangkan beberapa kaedah bagi memastikan keselamatan
pelajar, ibu bapa dan staf terjamin pada minggu pendaftaran pelajar baharu dan lama.

LATAR BELAKANG

18 MAC 2020
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI
MALAYSIA
COVID 19

Salah satu kaedah yang telah dicadangkan adalah mewujudkan satu konsep jelajah dalam
kawasan PSIS secara maya iaitu “Virtual Tour PSIS”.

VR Tour PSIS ini mengguna pakai platfom VR CREATOR oleh Google untuk memaparkan
lokasi-lokasi penting di PSIS dalam bentuk gambar 360°. Selain paparan gambar 360° suara
latar juga disisipkan berserta dengan gambar tersebut bagi menzahirkan pengalaman
seolah-olah berada di lokasi bersama-sama “tour guide”.

Dengan konsep ini, pematuhan Prosedur Operasi Standard Covid-19 dapat dilaksanakan
dan pada masa yang sama membolehkan pelajar-pelajar mengenali kawasan sekitar PSIS
secara maya.

RASIONAL

Rasional pembangunan VR Tour PSIS ini adalah untuk memastikan program
Minggu Transformasi Siswa (MTS) dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur
Operasi Standard COVID-19 serta pada masa yang sama mencapai objektif
dalam memperkenalkan PSIS kepada pelajar-pelajar baharu. Antara
rasional-rasional pelaksanaan VR Tour PSIS adalah seperti berikut:

Pematuhan Memudahkan Kemudahan
Prosedur Operasi pelajar capaian secara
Standard COVID- mengenali atas talian pada
19 yang telah lokasi-lokasi bila-bila masa
digariskan oleh penting di PSIS
Majlis
Keselamatan
Negara

Membantu pihak pengurusan dapat IMPAK
mematuhi garis panduan yang
ditetapkan oleh KKM berkaitan
dengan pematuhan SOP

Menghasilkan kaedah yang lebih
kondusif dan boleh dicapai atas talian
dimana ia tidak memerlukan kontak
fizikal

Mewujudkan satu inovasi yang
membantu pihak pengrusan PSIS
dalam menyesuaikan norma baharu di
musim Pandemik COVID19

Menjimatkan masa dan tenaga kerana IMPAK
boleh digunakan secara berulang kali
pada program-program yang sama
mahapun berbeza di masa akan
datang.

Menjadi bahan rujukan bagi pihak lain
membangunkan kosep jelajah maya

BAB 1: TEKNOLOGI REALITI MAYA (VR)
PENGENALAN
Teknologi realiti maya (VR) merupakan simulasi
komputer melalui terjemahan imitasi sekitaran
dengan cubaan menyerupai keadaan nyata atau
fizikal suatu perkara, situasi atau produk.

Teknologi realiti maya VR Tour PSIS dihasilkan
menggunakan peralatan kamera yang khusus (GO
Pro Fusion 360°) bagi mengambil imej 360° dan di
sunting menggunakan perisian suntingan gambar
seperti Adobe Photoshop CC 2020 ataupun
Go Pro Studio.

Berikut adalah senarai keperluan peralatan dan
perisian yang digunakan dalam membangunkan
VR Tour PSIS ini:

PERALATAN

KAMERA 360° GO PRO FUSION

FUNGSI

MERAKAM GAMBAR 360° DI
LOKASI YANG TELAH
DITETAPKAN

CATATAN

SELAIN MODEL GO PRO
TERDAPAT JUGA BEBERAPA
PILIHAN YANG BOLEH
DIGANTIKAN BAGI
MENGAMBIL GAMBAR 360°
SEPERTI RICOH THETA V 360°
ATAUPUN INSTA 360 ONE X.

PERALATAN

MONOPOD

FUNGSI

KAMERA 360° AKAN
DILETAKKAN DI ATAS
MONOPOD DAN DITETAPKAN
SAMA TINGGI DENGAN EYE
LEVEL PENGAMBIL GAMBAR.

CATATAN

MONOPOD PERLU DI
LETAKKAN DI TEMPAT YANG
RATA, SUPAYA KETIKA
PROSES MENGAMBIL IMEJ
360° BERLANSUNG DI B, DIA
KEKAL UTUH DAN TIDAK
MUDAH TUMBANG.

PERALATAN

TABLET/SMARTPHONE

FUNGSI

DIGUNAKAN SEBAGAI

REMOTE TRIGGER DAN

PAPARAN SECARA LIVE

UNTUK MENGAMBIL GAMBAR

360°

CATATAN

PASTIKAN BLUETOOTH & WIFI

SMARTPHONE / TABLET DALAM

KEADAAN BAIK, KERANA GO PRO

FUSION MENGGUNKAN

PENYAMBUNGAN TERSEBUT BAGI

MENGAWAL CAMERA. PASTIKAN

JUGA,TALIFON PINTAR ANDA

MENYOKONG APPLIKASI GO PRO

APPS

PERALATAN

DESKTOP

FUNGSI

DIGUNAKAN UNTUK

MENYUTING GAMBAR 360°

DAN MERAKAM SUARA

LATAR.

CATATAN

SPESIFIKASI KOMPUTER
MEMAIKAN PERANAN YANG
PENTING DALAM PENYUNTINGAN
IMEJ MAHUPUN VIDEO 360°.
SPESIFIKASI YANG DIGUNAKAN
BAGI MEMBANGUNKAN VR TOUR
PSIS INI ADALAH SEPERTI
BERIKUT:

CPU:INTEL I7 7700
GRAPHIC CARD:ASUS GTX 1070
RAM: KINGSTON 2666MHZ 16 GB
DDR4
HARD DISK: GALAX SSD 1TB

PERALATAN

AUDIO TECHNICA AT2020
MICROPHONE

FUNGSI

DIGUNAKAN UNTUK
MERAKAM SUARA LATAR

CATATAN

MIKROFON INI MENGGUNAKAN
SAMBUNGANUSB SEBAGAI
PERANTARA KE DESKTOP.
KUALITI RAKAMAN JUGA
SANGAT JELAS DAN BERSESUAIN
BAGI TUJUAN RAKAMAN SUARA
LATAR. MIKROFON JUGA BOLEH
DIGANTIKAN DENGAN
MENGGUNAKAN APA-APA JENIS
MIKROFON YANG ADA, CUMA
KUALTI YANG AKAN
DIKELUARKAN MUNGKIN
BERBEZA DAN MEMERLUKAN
SUNTINGAN YANG LEBIH
MENDALAM.

PERISIAN

GO PRO FUSION STUDIO

FUNGSI

MENYUNTING DAN STICHING
GAMBAR 360° YANG TELAH
DIRAKAM OLEH CAMERA GO
PRO FUSION

CATATAN

Pautan muat turun:

https://gopro.com/en/my/shop
/softwareandapp/exporter-for-
gopro-fusion-camera-formerly-
gopro-fusion-studio-
app/fusion-studio.html

PERISIAN

GO PRO ANDROID APPS

FUNGSI

APPLIKASI RASMI YANG
DIKELUARKAN OLE GO PRO
BAGI MENYOKONG
PENGUNAAN CAMERA 360
DENGAN TELEFON PINTAR.

CATATAN

Pautan muat turun:

https://play.google.com/store/
apps/details?
id=com.gopro.smarty&hl=en

PERISIAN

ADOBE AUDITION CC 2020

FUNGSI

MENYUNTING RAKAMAN
SUARA LATAR YANG TELAH
DIAMBIL BAGI MENAMBAH
KEJELASAN SUARATERSEBUT.

CATATAN

Pautan muat turun:

https://www.adobe.com/produ
cts/audition/free-trial-
download.html

PERISIAN

ADOBE PHOTOSHOP CC 2020

FUNGSI

MENYUNTING GAMBAR 360°
DENGAN LEBIH TEPERINCI.

CATATAN

Pautan muat turun:

https://www.adobe.com/produ
cts/photoshop/free-trial-
download.html

PERISIAN

GOOGLE ARVR TOUR CREATOR

FUNGSI

PLATFORM ATAS TALIAN
UNTUK MEMUAT NAIK
GAMBAR 360° DAN SUARA
LATAR

CATATAN

Pautan muat naik:

https://arvr.google.com/tourc
reator/

BAB 2: METODOLOGI
METODOLOGI
Pembangunan VR Tour P.S.I.S. telah dibangunkan
dengan melalui beberapa proses yang
merangkumi perancangan, pelaksanaan dan
pasca-rakaman.

Berikut adalah proses-proses yang dilaksanakan
dalam pembangunan VR Tour P.S.I.S. ini.

METODOLOGI
PSIS VR TOUR

LANGKAH 1:
KENAL PASTI LOKASI

Langkah ini merujuk kepada proses
mengenal pasti lokasi-lokasi yang
mempunyai kepentingan di PSIS bagi
urusan pelajar seperti unit
peperiksaan, unit latihan industri, bilik
makmal, bilik kuliah dan lain-lain.

Lokasi-lokasi tersebut dikenal pasti
berdasarkan input-output yang diberi
oleh Pegawai Hal Ehwal pelajar yang
terlibat secara lansung dengan
pengendalian Minggu Transformasi
Minda.

LANGKAH 2:
RANGKA SKRIP SUARA
LATAR

Selepas mengenal pasti lokasi
yang sesuai untuk di ambil imej 360°,
proses penulisan skrip bermula, di
mana skrip yang ditulis menerangkan
fungsi lokasi tersebut. Ianya penting
agar pengguna VR Tour PSIS faham
fungsi lokasi tersebut.

Berikut adalah skrip yang digunakan
bagi merakam suara latar yang akan
disisipkan bersama gambar 360° dan
dimuatnaik ke dalam platform Google
VR.

SKRIP

PSIS VR TOUR 2020

KAFE ADMIN BILIK TECC

Sebanyak 8 gerai makanan dan minuman disediakan di kawasan Technology Enable Collaborative Classrooms adalah ruang
kuliah dari pukul 7.00 - 5.00 petang. pembelajaran abad ke-21 yang diperkenalkan di dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran Politeknik Malaysia. A TECC
JPPPEL (TANGGA) terdiri daripada beberapa alat teknologi asas yang HARUS
digunakan untuk membantu dan meningkatkan instruksi
Merupakan jabatan yang menguruskan hal ehwal pelajar dari diamalkan melalui penggunaan penyelidikan, persembahan, dan
pelbagai aspek. teknologi kolaboratif.

BLOK AKADEMIK(JP,JTMK,JPA) STUDIO

Blok ini merangkumi 2 Jabatan Akademik Induk, iaitu Jabatan Bilik kuliah yang lebih menfokuskan kepada pengajaran bagi
Perdagangan dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kursus Diploma
serta 2 Jabatan Akademik Sokongan iaitu Jabatan Pengajian Am Seni Bina
dan Jabatan Matematik Sains dan Komputer
BLOK BENGKEL (JKA, JKE)
BLOK AKADEMIK (JKA & JKE)
Sebagai peneraju TVET, kemahiran adalah menjadi keutamaan
Blok ini merangkumi 2 Jabatan Akademik Induk, iaitu Jabatan bagi graduan politeknik dan berikut adalah
Kejuruteraan Awam dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik

SKRIP

PSIS VR TOUR 2020

PUSAT ISLAM KAFE ASRAMA

Pusat ibadah, dan juga kuliah buat pelajar yang beragama Islam Sebanyak 8 gerai makanan dan minuman disediakan di kawasan
asrama dari jam 7.30 pagi hingga 10.30 malam
KOLEJ KEDIAMAN
DEWAN SERI LANG
Kemudahan penginapan yang mampu menempatkan sejumlah
2500 orang pada satu-satu masa bagi sepanjang sesi pengajian Mampu menempatkan hampir 1200 orang pada satu-satu masa
berlangsung menjadikan ia pusat bagi aktiviti berkumpulan psis termasuk
konvokesyen
BLOK LELAKI
DEWAN SUKAN & REKREASI
3 buah blok disediakan bagi pelajar lelaki, Iaitu A1, A2 dan A3
Merupakan pusat berkumpul warga
BLOK PEREMPUAN psis, pelajar dan staf, untuk menjalankan aktiviti bersukan dan
beriadah pada waktu lapang.
5 buah blok disediakan bagi pelajar perempuan iaitu A4, B1, B2,
B3 dan B4 Terdapat juga 2 unit
pengurusan di dalam dewan iaitu seksyen pengurusan sukan &
PADANG, COURT ko-kurikulum (spskk) dan unit ko-kurikulum berkredit (ukkb).

Warga psis, pelajar dan staf, akan menjalankan aktiviti bersukan PADANG UTAMA
dan beriadah pada waktu lapang.
Merupakan pusat berkumpul warga psis, pelajar dan staf, untuk
menjalankan aktiviti sukan padang pada waktu lapang.

LANGKAH 3:
MENGAMBIL GAMBAR
360° DI LOKASI

Seusai selesai penyediaan skrip dan

kenal pasti lokasi, proses

pengambilan gambar 360°

dilaksanakan mengikut seperti apa

yang telah dirancangkan.

Berikut adalah kaedah dan cara-cara
untuk buat rakaman gambar-gambar
360° tersebut.

TIPS AMBIL Panduan Rakaman 360°
GAMBAR 360°
Selepas merangka skrip suara latar, jurugambar akan mengambil
gambar 360° berdasarkan lokasi yang telah ditetapkan. Beberapa
faktor perlu diambil kira ketika hendak mengambil gambar 360° iaitu:

Jurugambar perlu memastikan lokasi tersebut mempunyai
pencahayan yang cukup dan sekata. Ini bagi mengelakkan
gambar panorama yang diproses mempunyai terang cahaya
yang tidak sekata.
Jurugambar juga perlu berlindung/bersembunyi ketika gambar
360° diambil agar tidak kelihatan dalam gambar yang dirakam
itu.

GO PRO FUSION 360°

KAMERA AKSI 360° SERBA BOLEH

Gambar akan diambil menggunakan Gambar di halaman berikut adalah
kamera 360° yang direka khas
untuk jenis fotografi ini. Kamera foto yang dihasilkan sebelum
yang digunakan ialah GoPro
Fusion. Ia mempunyai dua lensa ditambahkan ke perisian Go Pro
gaya fisheye beresolusi tinggi yang
dipasang di posisi berlainan arah Fusion Studio. Gambar tersebut
dari satu sama lain, yang
kemudiannya kedua-dua gambar mempunyai 2 imej fail di mana satu
sfera itu akan ‘dijahit’ (stitching)
bersama-sama. fail datangnya dari lensa hadapan

dan satu fail lagi adalah dari lensa

bahagian belakang kamera

tersebut.

GPFR293.jpg GPBK293.jpg

Rakaman gambar 360° ini adalah daripada Rakaman gambar 360° ini adalah daripada
lensa hadapan kamera tersebut. GP lensa belakang kamera tersebut. GP
bermaksud GoPro dan FR bermaksud bermaksud GoPro dan BK bermaksud
Front iaitu hadapan. 293 adalah nombor Back iaitu belakang. 293 adalah nombor
bagi gambar tersebut. bagi gambar tersebut.

LANGKAH 4:
STITCHING DAN SUNTING
GAMBAR 360°

Setelah semua gambar di lokasi-
lokasi yang ditetapkan telah dirakam,
gambar-gambar RAW daripada
kamera tersebut perlu melalui proses
seterusnya iaitu proses suntingan dan
sambungan (stitching).

Berikut adalah cara-cara untuk
memproses gambar-gambar RAW
360° yang telah diambil.

PINDAHKAN LANGKAH 4: STITCHING DAN SUNTING GAMBAR 360° | METHODOLOGY
GAMBAR
RAW KAEDAH 1

Terdapat dua cara untuk memindahkan PINDAH MELALUI PERANTI MUDAH ALIH
gambar-gambar yang belum diproses
(RAW) yang telah dirakam iaitu dengan Imej yang dirakam dipindahkan dengan memuat turun gambar atau video ke dalam
cara menggunakan aplikasi di peranti peranti mudah alih yang digunakan sebagai alat kawalan jauh kamera 360 GoPro
mudah alih atau melalui komputer. Fusion.
Gambar atau video yang dimuat turun akan disimpan dalam galeri peranti mudah
alih tersebut.
Gambar atau video kemudian boleh dipindahkan ke dalam kad memori SD peranti
tersebut dan dipindahkan ke mana-mana komputer.
Kaedah ini tidak diterangkan dengan lebih lanjut dalam buku ini.

KAEDAH 2

PINDAH MELALUI KOMPUTER

Aplikasi yang digunakan untuk memindahkan gambar-gambar tersebut adalah
menggunakan Fusion Studio.
Fusion Studio adalah perisian komputer untuk memudahkan proses stitching
gambar dan video yang dirakam oleh kamera 360 GoPro Fusion.
Kaedah ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam buku ini.

KAEDAH PINDAHAN GAMBAR/VIDEO

Sambungan Dari Kamera 360 Pindahan Kad Memori SD

Kaedah pertama adalah dengan membuat sambungan dari kamera 360 tersebut ke Kaedah kedua adalah dengan memuat naik bahan-bahan rakaman tersebut melalui
komputer dengan sambungan wayar dan kemudian klik “Browse Camera Media”. kedua-dua kad Micro SD ke dalam satu folder yang telah diciptakan khas untuk
Gambar-gambar dan video-video yang telah dirakam boleh dimuat naik ke tujuan import. Setiap fail akan mempunyai nama awalan GPFR (kamera depan) atau
komputer dalam folder (bawah Edit... Preferences). GPBK (kamera belakang) serta diikuti dengan nombor. Bahan-bahan media dari
rakaman yang sama akan memiliki nombor yang sama. Dengan memastikan semua
bahan-bahan tersebut tidak diubah nama asal failnya dan berada dalam folder yang
sama, Fusion Studio akan membuat padanan bagi bahan-bahan tersebut dengan
mudah serta automatik.

METHODOLOGY

Langkah 4: Stitching & Sunting Gambar 360°

PINDAH Previu

Apabila previu telah dijana, anda boleh melihat bahan-bahan rakaman di
bahagian kiri studio. Klik pada salah satu bahan gambar atau video untuk previu
dan membolehkan klip tersebut ditatap atau ditonton (jika video) di bahagian
kanan studio. Pastikan jenis video atau gambar telah dipilih iaitu 360° atau

Overcapture.

Langkah 2

GAMBAR Import
& VIDEO Setelah selesai memuat naik bahan-bahan
daripada kamera 360°, menggunakan
perisian tersebut adalah mudah. Fusion
Studio akan mengimport bahan media anda

dan menghasilkan previu dalam studio.

Langkah 1

METHODOLOGY Tetapan Pilihan 360°

Langkah 4: Stitching & Sunting Gambar 360° Jika pilihan jenis video 360 telah dipilih, anda boleh memilih Horizon bagi mengendalikan kawalan media untuk

TETAPAN tetapan Y-P-R (Yaw; Pitch; Roll). Sila pastikan anda telah membuat segala tetapa yang perlu bagi memastikan bahan
360° ATAU media 360 anda berada dalam sudut yang sesuai dan sepertimana yang diinginkan.
OVER- Langkah 3A
CAPTURE
Tetapan Pilihan Overcapture

Jika pilihan jenis video Overcapture telah dipilih, makanya ikon Horizon akan berubah ke bentuk rupa ikon ini .
Tetapan ini ditambah pula dengan Ratio, Projection dan FOV seiring dengantetapan kawalan Y-P-R yang terdapat dalam
pilihan jenis video 360 bawah tetapan Horizon.

Langkah 3B

METHODOLOGY Tetapan Profil Colour

Langkah 4: Stitching & Sunting Gambar 360° Kemudian, klik pada ikon Tetapan (Settings) dan pilih Profil Colour di antara tetapan “GoPro” atau “Flat”.

TETAPAN Pilih tetapan “GoPro” jika anda tidak merancang untuk membuat banyak perubahan dari segi pembetulan warna
PROFIL
COLOUR bahan media.

Pilih tetapan “Flat” jika anda berniat untuk mengubah tetapan warna pada bahan media secara manual mengikut cita

rasa dan kesesuaian anda.

Langkah 4

Queue Render Create Render

Setelah selesai membuat Satu kotak dialog akan muncul
perubahan dan tetapan, klik pada agar destinasi export media,
butang “Add To The Render resolusi media 360 dan tetapan
Queue”. bunyi boleh dipilih berdasarkan
Langkah 5 kehendak pengguna. Klik pada
butang “Create The Render
Queue” sebaik sahaja selesai.
Langkah 6

METHODOLOGY Tetapan Sewaktu Render

Langkah 4: Stitching & Sunting Gambar 360° Nombor akan muncul bersebelahan dengan butang “Render” di bahagian ata studio untuk memaklumkan bilangan bahan
media yang akan di’render’.
TETAPAN
SEBELUM Pilihan untuk membuat suntingan tambahan dan perubahan atau penambahan klip bahan media boleh dibuat dengan
RENDER memilih semula tab “Edit”. Jika tiada lagi perubahan hendak dibuat, proses eksport boleh diteruskan.
Langkah 7

Tetapan Eksport

Namun, jika memerlukan perubahan pada tetapan
eksport pada salah satu klip bahan media 360, klik
pada ‘bar’ berwarna kelabu yang mempunyai nama
gambar/video tersebut di bawah ‘Render Queue’
dan ia akan mengembang serta memperlihatkan
pilihan tetapan tambahan yang telah diberikan
sebelum ini seperti yang ditunjukkan di sebelah.
Langkah 8

METHODOLOGY Sedia Untuk Render

Langkah 4: Stitching & Sunting Gambar 360° Jika telah bersedia dan berpuas hati dengan tetapan yang ditetapkan, pilih “Render All” dan tunggu sehingga proses
‘render’ selesai. Sila ambil perhatian bahawa proses eksport ini boleh mengambil masa yang panjang bergantung kepada
RENDER saiz bahan media. Sebagai contoh, video 360 yang mempunyai resolusi 4K dan berdurasi 30-saat boleh mengambil masa
sehingga 12 minit untuk proses ‘render’. Oleh yang demikian, pengguna diminta untuk mengambil maklum berkaitan hal
ini sebelum memulakan proses eksport.
Langkah 9

Lokasi Eksport

Jika anda ingin merubah lokasi bahan media 360 yang telah
di’render’, anda boleh berbuat demikian di bawah bahagian
‘preferences’.

Untuk pengguna Mac, pilih Fusion Studio di navigasi Menu dan
klik “Preferences”. Anda akan melihat pilihan tetapan untuk
mengubah lokasi simpanan bahan media 360 yang telah
di’render’.

Untuk pengguna Windows, hanya perlu klik ‘Edit’ di bahagian atas
tetingkap Fusion Studio dan kemudian pilih “Preferences”.
Langkah 10

METHODOLOGY

Langkah 4: Stitching & Sunting Gambar 360°

NOTA Nota Tambahan Tentang Format Output
TAMBAHAN Fusion Studio

Anda akan mempunyai beberapa pilihan ketika ingin menghasilkan gambar/video 360
iaitu H.264, Cineform atau Prores. H.264 adalah format yang disokong kebanyakan
peranti/pemain video dan hanya menggunakan ruang storan yang sedikit. Namun
begitu, ia adalah terhad kepada resolusi 4K sahaja. Jika anda inginkan resolusi 5.2K,
anda perlu menggunakan format output Cineform atau Prores. Cineform disokong
pengunaannya dalam Adobe Premiere dan juga YouTube tetapi tidak disokong di
perisian suntingan video pengguna komersil seperti Cyberlink PowerDirector atau
Magix Movie Edit Pro dan juga Facebook. Salah satu isu dengan Cineform adalah
saiznya yang besar. Video yang berdurasi selama 23-saat boleh mengambil ruang saiz
sebanyak 1.6GB dan boleh mengambil masa selama 4 minit untuk stitch (jika
menggunakan komputer berprestasi rendah). Secara ringkasnya, saiz Cineform adalah
10 kali lebih besar jika dibandingkan dengan video yang sama yang dihasilkan dalam
format H.264.
Pilihan D.Warp akan menghilangkan garisan ‘parallax’ dalam bahan media 360 yang
raw dan sudah di’stitch’ and melutsinarkan garisan ‘stitch’. Anda disarankan untuk
membiarkan tetapan ini ditetapkan kepada ‘ON’.

LANGKAH 5:
RAKAM & SUNTING SUARA
LATAR

Bagi rakaman dan suntingan suara
latar, proses ini telah dibuat dengan
menggunakan perisian Adobe
Audition.

Berikut adalah cara-cara untuk buat
rakaman dan suntingan suara latar.

SEDIAKAN TREK UNTUK RAKAMAN AUDIO

Langkah 1: Tetapkan Input/Output

Sebelum anda boleh buat rakaman di Audition, anda
perlu dahulu memilih sumber input untuk trek yang
ingin anda gunakan. Dalam situasi suara latar, anda
boleh gunakan template sedia ada dalam Audition
dengan memilih template preset trek Host sebagai
trek utama rakaman audio anda.
Klik pada butang anak panah seperti yang ditunjukkan
di gambar rajah sebelah yang terletak di atas panel
nama trek untuk akses kepada pilihan tetapan
input/output.

LANGKAH 5: RAKAM & SUNTING SUARA LATAR | METHODOLOGY

SEDIAKAN TREK UNTUK RAKAMAN AUDIO

Langkah 2: Tetapkan Input/Output

Untuk menetapkan input bagi trek tersebut, pertama
sekali lihat pada panel nama di trek tersebut. Di
bahagian tengah panel nama trek tersebut, di bawah
bahagian kawalan tahap suara untuk trek tersebut,
anda akan lihat pilihan untuk memilih input yang
ditanda dengan anak panah yang menghala ke arah
kanan, berserta dengan teks ‘None’ sebagai pilihan
tetapan asal.
Di sini adalah di mana sumber input akan ditetapkan.
Untuk memilih mikrofon anda, klik pada anak panah di
sebelah kanan dan kemudian pilih mikrofon yang ingin
anda gunakan. Untuk merakam suara, dicadangkan
agar input Mono digunakan sebagai pilihan jika ada.

LANGKAH 5: RAKAM & SUNTING SUARA LATAR | METHODOLOGY

SEDIAKAN TREK UNTUK RAKAMAN AUDIO

Langkah 3: Tetapkan Trek Untuk
Sedia Merekod

Kini anda telah memilih input anda, anda perlu buat
trek anda bersedia untuk merekod. Untuk berbuat
demikian, lihat pada nama trek tersebut dan di sebelah
bucu kanan pada panel nama tersebut akan terdapat
tiga butang yang berlabel M, S, dan R. Klik pada
butang R untuk menetapkan trek anda sebagai
bersedia untuk merekod.

LANGKAH 5: RAKAM & SUNTING SUARA LATAR | METHODOLOGY

SEDIAKAN TREK UNTUK RAKAMAN AUDIO

Langkah 4: Mula Rekod Bunyi Suara

Kini anda sudah bersedia untuk merekod. Untuk mula,
klik pada butang Record yang terletak di bahagian
bawah trek tersebut.
Ketika anda buat rakaman, audio anda akan muncul
dalam trek di ruangan berwarna kemerahan.
Setelah anda selesai dengan rakaman anda, klik pada
butang Stop di bawah trek tersebut.
Anda boleh mula dan hentikan rakaman anda secara
berkala dan kemudian suntingkan bahagian audio
yang tidak diinginkan untuk dikeluarkan agar rakaman
tersebut menjadi lebih kemas dan sesuai untuk
didengar.

LANGKAH 5: RAKAM & SUNTING SUARA LATAR | METHODOLOGY

SUNTINGAN UNTUK RAKAMAN AUDIO

Langkah 1: Buat Potongan Pada
Klip Audio

Jika anda perlu buat suntingan pada rakaman audio,
anda boleh gunakan alat ‘Blade’ untuk memotong
mana-mana bahagian rakaman audio anda untuk buat
perubahan pada rakaman audio tersebut. Untuk
dijadikan contoh dalam situasi ini, dianggap terdapat
bahagian dalam rakaman audio anda yang perlu anda
padamkan kerana bahagian rakaman tersebut tidak
sesuai untuk digunakan.

Pertama sekali, anda perlu memilih alat ‘Blade’. Ikon
ini serupa seperti pisau cukur dan terletak di bahagian
atas papan pemuka Audition ini.

Apabila ikon tersebut telah dipilih, anda boleh sahaja
klik pada trek audio yang ingin anda sunting pada saat
anda ingin memotong trek tesebut. Dalam situasi ini,
dua potongan akan dibuat supaya anda boleh
padamkan bahagian tengah rakaman audio tersebut.

LANGKAH 5: RAKAM & SUNTING SUARA LATAR | METHODOLOGY

SUNTINGAN UNTUK RAKAMAN AUDIO

Langkah 2: Padam Bahagian Klip
Audio

Sebaik sahaja selesai buat potongan tersebut,
sebelum anda hendak memadamkan bahagian tengah
di antara dua potongan yang telah dilakukan tadi,
anda perlu menukarkan alat yang digunakan daripada
alat ‘Blade’ kepada alat ‘Move’. Alat ini terletak di
sebelah kiri alat ‘Blade’ tersebut di paparan menu
bahagian atas.
Setelah itu, baru anda boleh keluarkan atau hapuskan
bahagian yang ingin anda keluarkan daripada audio
klip tersebut dengan meng’klik’ pada bahagian
tersebut dan tekan kekunci ‘Delete’ di papan kekunci
komputer anda.

LANGKAH 5: RAKAM & SUNTING SUARA LATAR | METHODOLOGY

SUNTINGAN UNTUK RAKAMAN AUDIO

Langkah 3: Padankan Semula Klip
Audio

Untuk memadankan semula dua bahagian
klip audio yang telah terpisah setelah
pemadaman bahagian yang ingin
dipadamkan, anda hanya perlu seretkan klip
audio di sebelah kanan dan gerakkan ke klip
audio yang pertama untuk dijadikan sebagai
kesinambungan kepada kedua-dua klip
audio tersebut.

LANGKAH 5: RAKAM & SUNTING SUARA LATAR | METHODOLOGY


Click to View FlipBook Version