The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini mengandungi 6 bab yang merangkumi langkah-langkah bagaimana cara untuk menghasilkan gambar 360°. Langkah 1 menerangkan cara untuk merancang dan mengenal pasti lokasi yang ingin diambil gambar 360° tersebut. Langkah 2 menunjukkan contoh skrip suara latar. Langkah 3 menjelaskan kaedah mengambil gambar 360° di lokasi yang telah dirancang. Langkah 4 menunjukkan cara bagaimana untuk membuat sambungan dan suntingan gambar 360°. Langkah 5 menerangkan kaedah untuk merakam dan menyunting suara latar. Akhir sekali, langkah ke-5 adalah memuat naik gambar-gambar 360° yang telah selesai disunting ke platform Google VR Tour sebagai tempat untuk memperlihatkan hasil suntingan gamabr serta maklumat yang ingin dikongsi dalam gambar tersebut untuk tatapan umum.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m.faizal.yahaya, 2021-05-19 23:45:37

VR TOUR PSIS

Buku ini mengandungi 6 bab yang merangkumi langkah-langkah bagaimana cara untuk menghasilkan gambar 360°. Langkah 1 menerangkan cara untuk merancang dan mengenal pasti lokasi yang ingin diambil gambar 360° tersebut. Langkah 2 menunjukkan contoh skrip suara latar. Langkah 3 menjelaskan kaedah mengambil gambar 360° di lokasi yang telah dirancang. Langkah 4 menunjukkan cara bagaimana untuk membuat sambungan dan suntingan gambar 360°. Langkah 5 menerangkan kaedah untuk merakam dan menyunting suara latar. Akhir sekali, langkah ke-5 adalah memuat naik gambar-gambar 360° yang telah selesai disunting ke platform Google VR Tour sebagai tempat untuk memperlihatkan hasil suntingan gamabr serta maklumat yang ingin dikongsi dalam gambar tersebut untuk tatapan umum.

Keywords: vrtour, jelajah maya, Politeknik.

LANGKAH 6:
CIPTA PROJEK DI TOUR
CREATOR

Dalam pembangunan VR Tour P.S.I.S.
ini, platform Google Tour Creator ini
telah digunakan sebagai wadah untuk
menzahirkan dan memaparkan
gambar-gambar 360° yang telah
dirakam dalam kawasan P.S.I.S. dan
seterusnya dikongsi secara umum
melalui platform tersebut untuk
tatapan.

TOUR CREATOR YGOLODOHTEM | ROTAERC RUOT KEJORP :6 HAKGNAL

CIPTA PROJEK JELAJAH 360° DENGAN MUDAH

Google Tour Creator boleh digunakan untuk membangunkan dan menerbit
Jelajah secara VR (Realiti Maya). Anda boleh menggunakan gambar panorama
dari Google Street View, tambah rakaman gambar sendiri yang dirakamkan
menggunakan kamera 360° dan sisipkan projek jelajah tersebut dengan
maklumat dan keterangan tersendiri bagi menghasilkan pengalaman secara
imersif. Anda hanya perlu menggunakan akaun Google untuk log masuk ke
Google Tour Creator.

Dalam Tour Creator ini juga, anda boleh menggunakan templat yang telah
disediakan seperti photosphere, overlay serta teks dan mengolah atau
menyunting mengikut cita rasa sendiri. Dalam bahagian ini, akan diterangkan
bagaimana cara untuk membangunkan ekspedisi VR sendiri.

LOG MASUK AUTOSAVE YGOLODOHTEM | ROTAERC RUOT KEJORP :6 HAKGNAL

Anda perlu log masuk ke Tour Anda tidak perlu menyimpan fail.
Creator dengan akaun Google anda. Tour Creator akan membuat
simpanan secara automatik
Tour Creator boleh dilayari
menggunakan pelayar Chrome, sepanjang anda menggunakannya.

Firefox atau Safari.

SEBELUM BAHAN MEDIA ELEMEN
MULA
Hanya gunakan bahan media seperti Anda boleh membangunkan tour VR
gambar milik anda atau hak milik ini dengan menggunakan elemen-
elemen seperti:
umum, atau bahan yang telah diberi
izin oleh pihak lain kepada anda Overlay
untuk digunakan. Gambar
Bunyi

KEPERLUAN GAMBAR OVERLAY YGOLODOHTEM | ROTAERC RUOT KEJORP :6 HAKGNAL

Anda boleh meletakkan overlay atas Sebarang imej yang digunakan atas media utama hendaklah mempunyai saiz
bahan gambar atau panorama Street minimum 320x320 pixel dan maksimum 1200x1200 pixel.
View untuk menambah maklumat atau Hanya gunakan imej berformat JPEG atau PNG.
perhatian terhadap sesuatu bahagian
dalam projek jelajah 360 anda. Overlay GAMBAR 360°
tersebut boleh terdiri daripada teks,
Nisbah aspek bagi gambar tersebut hendaklah 2:1.
imej lain, warna atau kesan khas. Dimensi bagi gambar tersebut tidaklah melebih 4096x2048 pixel.
Hanya gunakan gambar berformat JPEG dan PNG.
Saiz fail hendaklah tidak melebihi 2MB.
Gambar omni-stereo (gambar berpanorama stereo) juga disokong dan boleh
digunakan dengan nisbah aspek 1:1 dan tidak melebihi 4096x4096 pixel.

JOM CIPTA PROJEK JELAJAH 360°

Langkah 1: Log Masuk dan Mula

1. Log Masuk ke Tour Creator menggunakan akaun Google anda.
2. Klik "+ New Tour".
3. Masukkan tajuk projek anda.
4. (Pilihan) Masukkan keterangan projek anda.
5. (Pilihan) Klik pada kategori dan pilih kategori yang bersesuaian dengan
projek jelajah anda. Bahagian kategori ini akan memudahkan dan
membantu pengguna lain mencari projek anda.
6. Untuk menambah gambar muka depan, anda boleh memilih untuk:
Seret gambar pilihan anda ke bahagian muka depan.
Klik ‘Select an image’ dan kemudian pilih gambar yang anda inginkan dan
klik ‘Open’.
Gambar yang anda pilih saiznya hendaklah sekurang-kurangnya 1440x720
pixel.
7. Klik ‘Create’.

JOM CIPTA PROJEK JELAJAH 360°

Langkah 2: Tambah 'Scene'

1. Klik ‘Add Scene’. 6. (Pilihan) Untuk menambah bunyi latar suasana atau latar suara, klik
2. Buat pilihan untuk masukkan gambar: pada ‘Add Audio’ atau ‘Add Narration’ dan pilih tetapan seperti berikut:

a. Untuk sisipkan gambar panorama dari Google Street View, klik a. Seret fail audio anda ke dalam skrin dan klik ‘Add’.
Google Maps dan masukkan alamat. b. Klik ‘Select an audio file’, klik fail bunyi yang anda inginkan dan
b. Untuk memuat naik gambar, klik ‘upload’ dan seret masuk gambar klik ‘Open’ dan tambah.
yang anda ingin gunakan dari direktori komputer anda. Nota: Hanya gunakan fail MP3 sahaja. Durasi klip audio adalah 10-30
3. Klik ‘Add Scene’ untuk menambah gambar panorama atau gambar yang saat.
telah anda pilih ke dalam projek jelajah anda. 7. (Pilihan) Untuk menambah ‘Scene’, klik ‘Add Scene’ dan ikut langkah
4. Masukkan tajuk projek. yang sama seperti di atas.
5. (Pilihan) Masukkan keterangan ‘Scene’ atau ‘Kredit’. 8. (Pilihan) Untuk melihat ‘Scene’ tersebut, klik ‘Scene’
tersebut di bahagian bawah.
9. Untuk menyusun semula susunan kesemua ‘Scene’ tersebut,
di bahagian bawah, klik ‘More dan ‘Gerakkan Kiri’ atau ‘Gerakkan
Kanan’.
10.Untuk memadamkan ‘Scene’, klik pada ‘Scene’ tersebut dan
kemudian klik ‘Trash’ dan tekan ‘Delete’.

JOM CIPTA PROJEK JELAJAH 360°

Langkah 3: Tambah 'Point Of Interest'
(POI) dalam 'Scene'

1. (Pilihan) Untuk tambahkan POI, klik + Tambah ‘Point of Interest’. 6. (Pilihan) Untuk menambah bunyi latar suara, klik pada salah satu POI
2. Gunakan tetikus anda atau ‘pad’ dan posisikan POI tersebut dalam dan klik ‘Add Narration’ dan pilih tetapan seperti berikut:
‘Scene’.
3. Masukkan tajuk atau deskripsi ayat tentang POI tersebut. a. Seret fail audio anda ke dalam skrin dan klik ‘Add’.
4. (Pilihan) Untuk tambahkan gambar, klik ‘Choose Image’ dan b. Klik ‘Select an audio file’, klik fail bunyi yang anda inginkan dan
pilih gambar yang ingin dipaparkan dengan kaedah yang berikut: klik ‘Open’ dan tambah.
Nota: Hanya gunakan fail MP3 sahaja. Durasi klip audio adalah 10-30
a. Seretkan gambar yang telah dipilih ke skrin. saat.
b. Klik ‘Select an image’, pilih gambar yang diinginkan dan klik ‘Open’ 7. (Pilihan) Untuk padamkan POI, klik pada POI yang ingin dipadamkan
dan tambah. dan klik ‘More’ dan padamkan POI tersebut.
5. (Pilihan) Untuk menyusun semula POI anda, pilih POI yang ingin anda
ubah kedudukannya dan klik ‘More’ dan gerakkan ia ke atas atau ke
bawah.

JOM CIPTA PROJEK JELAJAH 360°

Langkah 4: Terbitkan Projek Jelajah
Anda

1. Di pelayar web anda, log masuk ke ‘Tour Creator’.
(Nota: Gunakan akaun yang anda gunakan untuk ‘Tour Creator’)
2. Terbitkan projek jelajah anda untuk ditetapkan tatapan sebagai awam (Public) atau tidak tersenarai (Unlisted).
3. Anda boleh kongsikan pautan projek jelajah anda dengan tekan butang ‘Share’ di bawah dan salin pautan tersebut untuk dikongsikan kepada umum.

PENAMBAHBAIKAN

VR TOUR PSIS ini diwujudkan bagi membantu memastikan program Minggu
Transformasi Siswa (MTS) dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur
Operasi Standard COVID-19 serta pada masa yang sama mencapai objektif
dalam memperkenalkan PSIS kepada pelajar-pelajar baharu.
Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa cadangan penambahbaikan
yang boleh dilakukan ke atas sistem ini seperti berikut:

1. Menggantikan platform VR TOUR oleh google dengan penggunaan
platform yang lebih utuh iaitu perisian Unity VR.

2. Menambah liputan dalaman dan luaran yang lebih khusus bagi tempat-
tempat yang belum diliputi.

KESIMPULAN

VR TOUR PSIS ini amat bermanfaat dan membantu pengguna terutamanya
pelajar untuk menjelajah di sekitar P.S.I.S dengan cara yang lebih selamat
dan di mana-mana pun mereka berada. Oleh yang demikian, sistem ini
amatlah relevan dan menepati kehendak semasa dalam menuju Revolusi
Industri 4.0 yang merubah cara kita hidup, bekerja dan berkomunikasi
dalam era yang pantas merubah. Kita perlu seiring dengan perubahan
teknologi agar cara kita bekerja tidak ketinggalan zaman dengan
menongkak arus permodenan dalam bidang Teknologi Maklumat.

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
SUNGAI LANG, 45100,
SUNGAI AIR TAWAR,

SELANGOR DARUL EHSAN

03-32806200
03-32806400

http://psis.mypolycc.edu.my


Click to View FlipBook Version