The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitinurhidayah2012, 2021-07-30 10:15:12

(5.3) ALAT DASAR EKONOMI

(5.3) ALAT DASAR EKONOMI

MODUL NOTA EKONOMI T5

1.3 Alat Dasar Ekonomi

a) Dasar fiskal

Dasar fiskal ialah satu dasar kerajaan yang dilaksanakan melalui perubahan dasar
cukai dan perbelanjaan kerajaan agar keadaan ekonomi yang stabil dapat dicapai

- Tujuan kerajaan melaksanakan dasar fiscal adalah untuk mencapai keadaan
ekonomi yang stabil tanpa inflasi dan pengangguran

- Kerajaan juga ingin mencapai pengagihan pendapatan yang lebih saksama
dengan merapatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dengan miskin

- Kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan boleh diubah berdasarkan masalah
ekonomi semasa

- Kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan boleh digabungkan untuk
menghasilkan dasar fiskal yang berbeza seperti yang berikut :

Dasar Fiskal

i) dasar fiskal ii) dasar fiskal
mengembang menguncup

Aspek Dasar fiskal Dasar fiskal
mengembang menguncup
Masalah ekonomi Pengangguran
Tujuan Meningkatkan permintaan Inflasi
Mengurangkan
Kadar cukai agregat permintaan agregat
Perbelanjaan Menurunkan kadar cukai Menaikkan kadar cukai
kerajaan Mengurangkan
Meningkatkan perbelanjaan kerajaan
perbelanjaan kerajaan

©[email protected] (2018) 26

MODUL NOTA EKONOMI T5

Dasar Fiskal Mengembang Dasar Fiskal Menguncup

 Bertujuan meningkatkan permintaan  Bertujuan mengurangkan permintaan
agregat melalui penurunan kadar cukai agregat melalui peningkatan kadar
dan pertambahan perbelanjaan cukai dan pengurangan perbelanjaan
kerajaan kerajaan

 Dasar fiskal mengembang digunakan  Dasar fiskal menguncup digunakan ketika
ketika ekonomi mengalami ekonomi mengalami inflasi
kemelesetan dan menghadapi masalah
pengangguran  Kadar cukai dinaikkan supaya
pendapatan boleh guna menurun
 Kadar cukai diturunkan supaya
pendapatan boleh guna bertambah  Kuasa beli dan permintaan pengguna
menurun dan perbelanjaan agregat juga
 Kuasa beli dan permintaan pengguna menurun
meningkat dan perbelanjaan agregat
juga meningkat  Perbelanjaan kerajaan dikurangkan
supaya perbelanjaan dan permintaan
 Begitu juga dengan peningkatan agregat dikurangkan
perbelanjaan kerajaan
 Permintaan agregat yang menurun akan
 Permintaan agregat yang meningkat memperlahankan pertumbuhan ekonomi
akan menggalakkan pengeluar untuk dan menurunkan kuasa beli pengguna
menambah pengeluaran
 Tingkat harga umum di pasaran menurun
 Lebih ramai buruh untuk menambahkan dan kadar inflasi menurun
aktiviti pengeluaran

 Masalah pengangguran dikurangkan

©[email protected] (2018) 27

MODUL NOTA EKONOMI T5

1.3.2 Hasil kerajaan

- Merupakan semua jenis pendapatan yang diterima oleh kerajaan dalam
bentuk cukai, yuran, lesen dan perkhidmatan

- Hasil kerajaan digunakan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan
- Sumber hasil kerajaan boleh dibahagikan kepada :

Sumber hasil kerajaan

i) hasil cukai ii) hasil bukan cukai

cukai langsung

cukai tak langsung

i) Hasil cukai
- Cukai merupakan bayaran wajib dalam bentuk wang yang dikenakan oleh
kerajaan berdasarkan akta-akta parlimen
- Cukai kerajaan terbahagi kepada cukai langsung dan cukai tak langsung

Cukai Langsung
- Sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain
- Sumber hasil cukai langsung merupakan sumbangan terbesar hasil kerajaan
- Cukai ini wajib dikenakan atas individu dan firma yang memperoleh sejumlah

pendapatan tertentu

Jenis cukai langsung Huraian

Cukai pendapatan - Dikenakan ke atas individu di Malaysia yang memperoleh
individu pendapatan lebih daripada satu amaun tertentu dalam tempoh
setahun

- Dikenakan atas pelbagai bentuk pendapatan individu termasuk upah,
elaun, bonus, dividen, faedah dan sewa

- Jenis-jenis elaun kakitangan awam yang dikecualikan cukai ialah
imbuhan tetapperumahan, imbuhan tetap keraian, bantuan sara hidup
dan bantuan khas kewangan

- Tujuan kerajaan mengenakan cukai ini ialah :
a) Sebagai sumber hasil kerajaan
b) Merapatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin
c) Sebagai alat kawalan kerajaan untuk mengatasi masalah inflasi
dan kemelesetan ekonomi

©[email protected] (2018) 28

MODUL NOTA EKONOMI T5

Jenis cukai langsung Huraian

Cukai pendapatan - Dikenakan atas keuntungan yang diperoleh oleh syarikat berhad
syarikat - Kadar cukai pendapatan syarikat antara 19% - 24%
Cukai pendapatan - Dikenakan atas keuntungan yang diperoleh oleh koperasi yang
koperasi
beroperasi di Malaysia kecuali koperasi sekolah
Cukai pendapatan - Cukai pendapatan koperasi merupakan sumbangan terendah dalam
petroleum
jumlah hasil cukai langsung kerajaan
Cukai keuntungan - Dikenakan atas semua syarikat petroleum yang menjalankan operasi
hartanah
Duti setem di Malaysia
- Kadar cukai pendapatan petroleum pada tahun taksiran 2016 ialah
Cukai tanah
38%
Cukai pintu - Dikenakan atas keuntungan yang diperoleh daripada penjualan

sesuatu hartanah
- Bayaran yang dikenakan berdasarkan nilai sesuatu harta apabila

dokumen harta yang dipindah milik disetemkan
- Contoh proses pindah milik pembelian hartanah dan permohonan

peminjam atau bantuan kewangan
- Dikenakan atas pemilik tanah pertanian, tanah perusahaan, dan

tanah bangunan
- Bayaran cukai tanah adalah berbeza mengikut lokasi dan jenis tanah
- Dikenakan atas pemilik rumah dengan tujuan untuk membiayai

perbelanjaan penyediaan prasarana dan perkhidatan awam oleh
kerajaan tempatan

Cukai Tak Langsung

- Sejenis cukai yang beban cukainya boleh dipindahkan kepada pihak lain
- Jenis cukai ini dikenakan atas barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak firma
- Pihak firma yang ingin mengekalkan margin keuntungan biasanya akan memindahkan

sebahagian atau sepenuhnya beban cukai tersebut kepada pengguna dengan menaikkan
harga jualan barang dan perkhidmatan

Jenis cukai tak Huraian

langsung

Duti eksais - Dikenakan atas barang seperti rokok, tembakau, minuman keras dan
kenderaan bermotor yang dikeluarkan dalam negara untuk dijual di
pasaran tempatan

- Tujuan kerajaan mengenakan duti eksais ialah :
a) Sebagai hasil kerajaan
b) Menyekat penggunaan orang ramai teradap barang tertentu seperti

rokok dan minuman keras yang membahayakan kesihatan

Duti import - Dikenakan atas barang penggunaan yang diimport dari luar negara
seperti buah-buahan, rokok, minuman keras dan barang-barang
mewah

- Tujuan kerajaan mengenakan duti import ialah :
a) Sebagai sumber hasil kerajaan
b) Melindungi industri tempatan kerana pengenaan duti import

menyebabkan harga barang import naik

©[email protected] (2018) 29

MODUL NOTA EKONOMI T5

Jenis cukai tak Huraian
langsung
c) Mewujudkan lebihan banyak peluang pekerjaan kerana
Duti eksport perkembangan industri tempatan

Cukai barang dan c) Memperbaiki imbangan dagangan dan imbangan pembayaran
perkhidmatan (GST) negara

Cukai perjudian d) Mengatasi masalah lambakan dalam perdagangan antarabangsa
Levi iaitu menjual barang dengan harga yang sangat murah di pasaran
luar negara berbanding dengan harga di negara asalnya

- Dikenakan atas komoditi utama seperti petroleum, kelapa sawit, kayu
balak dan getah yang diekport ke luar negara

- Tujuan kerajaan mengenakan duti eksport ialah :
a) Sebagai hasil kerajaan
b) Menyekat eksport barang komoditi mentah yang tidak diproses
secara berlebihan dan menggalakkan pengeluar memproses
barang komoditi kepada barang siap atau separuh siap sebelum
dieksport keluar negara
c) Memajukan industri yang berasakan sumber tempatan kerana
bahan mentah diproses dalam negara

- GST merupakan cukai yang dikenakan ke atas penggunaan barangan
dan perkhidmatan yang mula berkuat kuasa pada 1 April 2015

- GST merupakan cukai penggunaan yang berasakan konsep nilai
ditambah

- Golongan berpendapatan tinggi yang menggunakan lebih banyak
barangan akan membayar lebih banyak cukai, manakala golongan
berpendapatan rendah yang menggunakan sedikit barang membayar
cukai yang rendah

- Kadar GST pada tahun 2016 adalah 6%
- Dikenakan atas firma yang menjalankan operasi perjudian berlesen di

Malaysia
- Dikenakan atas majikan bagi membawa masuk barang dan

perkhidmatan ke dalam negara
- Cukai ini biasa digunakan terhadap pekerja asing yang datang ke

sesebuah negara

ii) Hasil bukan cukai
- Kerajaan juga menerima hasil daripada sumber pendapatan yang lain seperti :

bayaran denda bayaran lesen faedah dan bayaran sewa,
dan penalti dan permit pulangan harta / aset
pelaburan kerajaan
kerajaan

dividen, royalti pemberian kerajaan dividen daripada
petroleum dan luar negara dan saham dan GLC

gas asli agensi antarabangsa

©[email protected] (2018) 30

MODUL NOTA EKONOMI T5

1.3.3 Kesan Cukai atas Agihan Pendapatan

Agihan pendapatan merujuk kepada pembahagian jumlah pendapatan
antara individu atau kumpulan dalam ekonomi

- Jurang pendapatan yang besar dalam masyarakat boleh memberi kesan
negatif terhadap pertumbuhan ekonomi jangka panjang, guna tenaga dan
menimbulkan konflik antara kelas sosial

- Kerajaan mengagihkan semula pendapatan dalam masyarakat dengan
mengutip cukai daripaad golongan kaya dan memberi bantuan kepada
golongan miskin dengan cukai yang diperoleh

- Setiap golongan rakyat harus membayar cukai kepada kerajaan mengikut
kadar yang ditentukan

- Kesan cukai adalah berbeza bergantung kepada kategori agihan pendapatan
dan jenis cukai yang dikenakan

- Cukai yang dikenakan boleh dibahagikan kepada tiga bentuk berdasarkan
kadar pengenaan cukai masing-masing iaitu :

Cukai

a) Cukai progresif b) Cukai regresif c) cukai berkadar
malar

Bentuk Cukai Huraian
Cukai progresif
 Cukai progresif ialah bentuk cukai yang kadarnya
Cukai regresif semakin tinggi apabila pendapatan bertambah

 Apabila pendapatan seseorang individu meningkat,
kadar cukaiyang dikenakan terhadapnya adalah lebih
tinggi

 Contoh cukai progresif ialah cukai pendapatan individu
 Pendapatan individu dikenakan kadar cuka yang

berbeza berdasarkan tingkat pendapatan boleh cukai
masing-masing

 Cukai yang kadarnya semakin menurun apabila
pendapatan bertambah

 Bentuk cukai ini memberi beban yang lebih besar atas
golongan berpendapatan rendah berbanding dengan
golongan berpendapatan tinggi

 Contohnya cukai barang dan perkhidmatan (GST)
 Kerajaan mengenakan kadar cukai yang sama bagi

semua pengguna tetapi golongan yang berpendapatan
rendah menerima kesan yang lebih besar

©[email protected] (2018) 31

MODUL NOTA EKONOMI T5

Bentuk Cukai Huraian

Cukai berkadar  Bentuk cukai yang kadarnya tetap walaupun
malar pendapatan berubah

 Cukai berkadar malar menetapkan kadar cukai yang
sama bagi semua pembayar cukai tanpa mengira
jumlah pendapatan syarikat

 Contohnya cukai pendapatan syarikat, firma dikenakan
cukai pada kadar yang sama tanpa mengira
pendapatan yang diperoleh pada tahun tersebut

1.3.4 Perbelanjaan kerajaan

- Kerajaan akan membuat perbelanjaan dengan menggunakan sumber hasil
cukai dan hasil bukan cukai

- Perbelanjaan kerajaan boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu :

Perbelanjaan kerajaan

perbelanjaan perbelanjaan
mengurus pembangunan

- Perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan boleh dikelaskan
berdasarkan ciri-ciri yang berikut :

Perbelanjaan mengurus Perbelanjaan pembangunan
Perbelanjaan semasa kerajaan yang Perbelanjaan pelaburan kerajaan
berulang pada setiap tahun atas projek pembangunan sosial
ekonomi negara
Membolehkan pengurusan dan Meningkatkan pembetukan modal
pentadbiran harian kerajaan negara
beroperasi dengan lancar
Contohnya, bayaran emolumen, Contohnya, perbelanjaan sektor
bayaran khidmat hutang negara, perkhidmatan ekonomi sosial,
pencen dan ganjaran, serta bekalan keselamatan dan pentadbiran am
dan perkhidmatan

i) Perbelanjaan mengurus
- Merujuk kepada perbelanjaan semasa kerajaan yang berulang-ulang pada
setiap tahun untuk membolehkan pengurusan dan pentadbiran harian
kerajaan beroperasi dengan lancar dan berkesan
- Tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara
- Berikut adalah pelbagai perbelanjaan mengurus :

©[email protected] (2018) 32

MODUL NOTA EKONOMI T5

Perbelanjaan mengurus :

emolumen • bayaran gaji dan upah kepada kakitangan kerajaan
• merupakan perbelanjaan mengurus kerajaan yang terbesar

bayaran khidmat •bayaran balik pokok dan faedah secara ansuran bagi
hutang menjelaskan hutang dalam atau luar negara

bekalan dan •perbelanjaan atas penyelenggaraan dan pembaikan harta,
perkhidmatan pembelian bekalan dan bahan untuk kegunaan jabatan kerajaan
serta perbelanjaan keraian pegawai kerajaan
•bertujuan untuk mengekalkan mutu perkhidmatan dan
kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan

pencen dan •pencen merupakan bayaran bulanan kepada pegawai kerajaan
ganjaran yang telah bersara
•ganjara n merupakan bayaran sekali sahaja kepada kakitangan
kerajaan ketika bersara

pemberian dan •jumlah pemberian kepada setiap kerajaan negeri adalah
serahan kepada berasaskan kepada bilangan penduduk dalam negeri
kerajaan negeri •sebahagian besar pemberian ini digunakan untuk membiayai
kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya

pemberian •bayaran kerajaan kepada pengeluar untuk menurunkan harga
subsidi barang dan perkhidmatan dalam pasaran
•kerajaan juga memberi subsidi kepada sesetengah industri
dalam bentuk pemberian diskuan untuk penggunaan elektrik

biasiswa, •biasiswa, dermasiswa dan bantuan erajaan adalah pemberian
dermasiswa dan wang kepada murid-murid di sekolah dan pelajar universiti di
bantuan kerjaan dalam dan luar negara

©[email protected] (2018) 33

MODUL NOTA EKONOMI T5

ii) Perbelanjaan Pembangunan
- Merujuk kepada perbelanjaan pelaburan kerajaan dalam projek-projek
pembangunan ekonomi negara
- Bertujuan untuk meningkatkan pembentukan modal negara, guna tenaga dan
pendapatan negara.
- Juga bermatlamat untuk meningkatkan taraf hidup dan tingkat kebajikan
rakyat pada mas depan dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan
infrastruktur kepada rakyat
- Berikut adalah perbelanjaan pembangunan mengikut sektor :

•perbelanjaan untuk menyediakan prasarana dan kemudahan awam bagi meningkatkan

kualiti hidup rakyat dan pendapatan negara

•subsektornya terdiri daripada :

•(a) pertanian dan pembangunan luar bandar

sektor •(b) kemudahan awam
perkhidmatan •(c) perdagangan dan perindustrian

ekonomi •(d) pengangkutan

•(e) perhubungan

•perbelanjaan untuk membina bangunan sekolah, rumah dan hospitak serta

pembangunan sumber manusia

•subsektornya terdiri daripada :

sektor •(a) pendidikan dan latihan
perkhidmatan
sosial •(b) kesihatan
•(c) perumahan

•perbelanjaan untuk membeli peralatan pertahanan, tentera dan membina bangunan

balai polis

sektor •subsektornya terdiri daripada :
keselamatan
•(a) pertahanan
•(b) keselamatan dalam negeri

sektor •perbelanjaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam seperti pembinaan

pentadbiran infrastruktur ICT, pengembangan ruang pejabat dan bayaran kelengkapan pejabat

am

©[email protected] (2018) 34

MODUL NOTA EKONOMI T5

1.3.5 Belanjawan negara

Belanjawan negara ialah suatu penyata tentang anggaran jumlah hasil
yang diperoleh dan anggaran jumlah perbelanjaan yang akan dilakukan
untuk tahun kewangan akan datang

- Belanjawan negara merupakan anggaran pendapatan yang akan diterima
dibandingkan dengan segala perbelanjaan yang akan dibuat pada masa
depan

- Antara tujuan belanjawan negara ialah :

Mencapai
pembangunan
dan kadar
pertumbuhan
ekonomi yang
mampan
1
2
3
4
Memastikan Mempengaruhi Mencapai
peruntukan aktiviti ekonomi kestabilan
dikawal agar untuk mencapai ekonomi
jumlah matlamat dengan
perbelanjaan ekonomi yang mengawal
tidak melebihi diingini kadar inflasi
jumlah hasil dan
negara pengangguran

- Perbelanjaan dalam belanjawan negara termasuklah perbelanjaan
mengurus dan perbelanjaan pembangunan yang dibayar oleh kerajaan

- Pendapatan pula merujuk kepada hasil cukai dan hasil bukan cukai yang
diterima oleh kerajaan

- Belanjawan negara boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

belanjawan
seimbang

Jenis
belanjawan

belanjawan belanjawan
defisit lebihan

©[email protected] (2018) 35

MODUL NOTA EKONOMI T5

i) Belanjawan seimbang
Belanjawan seimbang merujuk kepada keadaan jumlah hasil kerajaan
adalah bersamaan dengan jumlah perbelanjaan kerajaan

- Jenis belanjawan ini dilaksanakan untuk mengukuhkan kedudukan
kewangan sektor awam dan kestabilan ekonomi apabila ekonomi mencapai
tingkat guna tenaga penuh

- Untuk memastikan semua perbelanjaan kerajaan menggunakan hasil yang
diperoleh sepenuhnya

- Oleh itu, tiada baki yang tertinggal dan tiada perbelanjaan yangdibayar
dengan hutang

- Belanjawan seimbang mengekalkan keadaan yang stabil dalam ekonomi

ii) Belanjawan defisit
Belanjawan defisit berlaku apabila jumlah hasil kerajaan kurang
daripada jumlah perbelanjaan kerajaan

- Dilaksanakan semasa ekonomi menghadapi masalah pengangguran atau
kemelesetan ekonomi melalui peningkatan perbelanjaan kerajaan,
pengurangan cukai atau kedua-duanya secara serentak

belanjawan defisit

peningkatan perbelanjaan pengurangan cukai
kerajaan

Peningkatan perbelanjaan Pengurangan cukai
kerajaan
- Kerajaan akan menurunkan
- Dengan menambahkan kadar cukai
perbelanjaan mengurus serta
perbelanjaan pembangunan - Kesannya pendapatan boleh
kerajaan guna dan kuasa beli masyarakat
meningkat
- Tindakan ini akan mencipta
peluang pekerjaan kepada - Permintaan barang dan
masyarakat dan menambahkan perkhidmatan dalam pasaran
pendapatan individu serta meningkat
negara
- Menggalakkan pertumbuhan
- Kesannya, kuasa beli ekonomi
masyarakat meningkat

©[email protected] (2018) 36

MODUL NOTA EKONOMI T5

iii) Belanjawan Lebihan
Belanjawan lebihan berlaku apabila jumlah hasil kerajaan lebih
daripada jumlah perbelanjaan kerajaan

- Dilaksanakan semasa ekonomi menghadapi masalah inflasi melalui
pengurangan perbelanjaan kerajaan,peningkatan cukai atau kedua-duanya
secara serentak

belanjawan lebihan

pengurangan perbelanjaan peningkatan cukai
kerajaan

Pengurangan perbelanjaan Peningkatan cukai
kerajaan
- Kerajaan akan menaikkan kadar
- Dengan mengurangkan cukai
perbelanjaan mengurus serta
perbelanjaan pembangunan - Kesannya pendapatan boleh guna
kerajaan dan kuasa beli masyarakat
menurun
- Tindakan ini akan
memperlahankan pertumbuhan - Permintaan barang dan
ekonomi dalam negara dan perkhidmatan dalam pasaran
tingkat harga barang umum akan menurun dan masalah inflasi
menurun akibat permintaan yang
berlebihan dalam ekonomi dapat
- Kesannya, inflasi dapat dikawal distabilkan
dan kos sara hidup masyarakat
telah menurun - Tingkat harga umum baru bagi
barang dan perkhidmatan dalam
pasaran juga akan menurun

1.3.6 Dasar kewangan

Dasar kewangan ialah cara kerajaan mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui
kawalan bekalan wang dan kadar bunga supaya ekonomi negara sentiasa
berada dalam keadaan yang stabil

- Dasar kewangan dilaksanakan oleh bank pusat iaitu Bank Negara Malaysia
- Dasar kewangan yang berbeza digunakan bergantung kepada masalah

ekonomi yang ingin diatasi
- Dasar kewangan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

©[email protected] (2018) 37

MODUL NOTA EKONOMI T5

Dasar kewangan

dasar kewangan dasar kewangan
mengembang menguncup

Dasar Dasar kewangan Dasar kewangan
kewangan mengembang menguncup
Matlamat
Menambah bekalan wang Mengurangkan bekalan
dasar dalam ekonomi wang dalam ekonomi
Masalah Inflasi
ekonomi yang Pengangguran atau
diatasi kemelesetan ekonomi

Cara  Menurunkan nisbah rizab  Menaikkan nisbah rizab
pelaksanaan berkanun berkanun

 Menurunkan nisbah rizab  Menaikkan nisbah rizab
tunai tunai

 Membeli surat jaminan  Menjual surat jaminan
kerajaan kerajaan

 Melonggarkan syarat  Mengetatkan syarat sewa
sewa beli beli

 Menurunkan kadar  Menaikkan kadar faedah
faedah

©[email protected] (2018) 38

MODUL NOTA EKONOMI T5

Dasar Kewangan Mengembang Dasar Kewangan Menguncup

 Bertujuan untuk menambahkan  Bertujuan untuk mengurangkan bekalan
bekalan wang dalam ekonomi wang dalam ekonomi

 Digunakan untuk mengatasi masalah  Digunakan ketika ekonomi mengalami
pengangguran atau kemelesetan inflasi
ekonomi
 Apabila penawaran wang dalam ekonomi
 Apabila penawaran wang dalam berkurang, aktiviti pelaburan dalam
ekonomi meningkat, aktiviti pelaburan ekonomi akan berkurang
dalam ekonomi akan bertambah
 Aktiviti pengeluaran barang dan
 Aktiviti pengeluaran barang dan perkhidmatan akan turut berkurang
perkhidmatan akan turut bertambah
 Pertumbuhan ekonomi yang perlahan
 Firma memerlukan lebih banyak buruh menyebabkan firma terpaksa
untuk mengisi kekosongan dalam aktiviti mengurangkan bilangan pekerja
pengeluaran
 Pendapatan pengguna menurun
 Kadar pengangguran dalam ekonomi  Kuasa beli pengguna menurun dan
menurun dan pendapatan masyarakat
meningkat permintaan agregat dalam pasaran juga
menurun
 Kuasa beli pengguna akan meningkat  Tingkat harga umum turun
dan permintaan agregat dalam pasaran  Inflasi dapat diatasi
juga meningkat

 Kemelesetan ekonomi dapat dipulihkan

©[email protected] (2018) 39

MODUL NOTA EKONOMI T5

1.3.7 Alat Dasar Kewangan
- Bank Pusat menggunakan alat dasar kewangan untuk mengawal ekonomi
dengan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi.
- Antara alat dasar kewangan yang digunakan adalah seperti yang berikut :

i) nisbah rizab ii) nisbah rizab iii) syarat sewa
berkanun tunai beli

iv) surat jaminan v) kadar faedah
kerajaan

i) Nisbah rizab berkanun

Rizab berkanun merupakan simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat
berdasarkan jumlah deposit yang diterima

Nisbah Rizab Berkanun

Semasa inflasi Semasa kemelesetan ekonomi

Menaikkan nisbah rizab berkanun Menurunkan nisbah rizab berkanun

 Bank perdagangan terpaksa  Bank perdagangan hanya

menyimpan lebih banyak wang tunai menyimpan sedikit wang tunai di

di bank pusat bank pusat

 Keupayaan bank perdagangan  Keupayaan bank perdagangan

memberi pinjaman dan penciptaan memberi pinjaman dan penciptaan

kredit menurun kredit meningkat

 Bekalan wang dalam ekonomi  Bekalan wang dalam ekonomi

berkurang bertambah

 Kuasa beli masyarakat menurun  Kuasa beli masyarakat meningkat

 Tingkat harga barangan cenderung  Tingkat harga barangan cenderung

menurun meningkat

Ekonomi kembali stabil semula

©[email protected] (2018) 40

MODUL NOTA EKONOMI T5

ii) Nisbah rizab tunai
Rizab tunai merupakan simpanan wajib wang tunai di bank perdagangan
berdasarkan jumlah deposit yang diterima

Nisbah Rizab Tunai

Semasa inflasi Semasa kemelesetan ekonomi

Menaikkan nisbah rizab tunai Menurunkan nisbah rizab tunai

 Bank perdagangan terpaksa  Bank perdagangan hanya

menyimpan lebih banyak rizab tunai menyimpan sedikit rizab tunai

 Keupayaan bank perdagangan  Keupayaan bank perdagangan

memberi pinjaman dan penciptaan memberi pinjaman dan penciptaan

kredit menurun kredit meningkat

 Bekalan wang dalam ekonoomi  Bekalan wang dalam ekonoomi

berkurang bertambah

 Kuasa beli masyarakat menurun  Kuasa beli masyarakat meningkat

 Tingkat harga barangan cenderung  Tingkat harga barangan cenderung

menurun meningkat

Ekonomi kembali stabil semula

iii) Syarat sewa beli

Syarat sewa beli merupakan syarat dan terma semasa membuat pinjaman
sewa beli

Syarat Sewa Beli

Semasa inflasi Semasa kemelesetan ekonomi

Mengetatkan syarat sewa beli Melonggarkan syarat sewa beli

 Mengurangkan had jumlah pinjaman  Meningkatkan had jumlah

maksimum pinjaman maksimum

 Deposit pinjaman ditingkatkan  Deposit pinjaman diturunkan

 Tempoh bayaran balik pinjaman  Tempoh bayaran balik pinjaman

dipendekkan dipanjangkan

 Kadar faedah dinaikkan  Kadar faedah dikurangkan

 Permintaan akan menurun  Permintaan akan meningkat

 Tingkat harga barangan cenderung  Tingkat harga barangan cenderung

menurun meningkat

Ekonomi kembali stabil semula

©[email protected] (2018) 41

MODUL NOTA EKONOMI T5

iv) Surat jaminan kerajaan
Surat jaminan kerajaan merupakan surat bertulis yang dikeluarkan oleh kerajaan
untuk memperoleh pinjaman daripada masyarakat atau institusi kewangan

Surat jaminan kerajaan

Semasa inflasi Semasa kemelesetan ekonomi

Menjual surat jaminan kepada pasaran Membeli surat jaminan dalam pasaran

(membuat pinjaman) (menebus pinjaman)

 Orang ramai atau institusi membeli  Orang ramai atau institusi menjual

surat jaminan dengan wang dalam surat jaminan dan memperoleh wang

pasaran  Aliran wang tunai dalam ekonomi

 Aliran wang tunai dalam ekonomi akan bertambah

akan berkurang  Keupayaan bank perdagangan

 Keupayaan bank perdagangan untuk untuk memberi pinjaman dan

memberi pinjaman dan penciptaan penciptaan kredit meningkat

kredit menurun  Bekalan wang dalam ekonomi

 Bekalan wang dalam ekonomi bertambah

berkurang  Kuasa beli masyarakat meningkat

 Kuasa beli masyarakat menurun  Tingkat harga barangan cenderung

 Tingkat harga barangan menurun meningkat

Ekonomi kembali stabil semula

v) Kadar faedah
Merupakan kos yang ditanggung oleh peminjam semasa membuat pinjaman

Kadar faedah

Semasa inflasi Semasa kemelesetan ekonomi

Menaikkan kadar faedah Menurunkan kadar faedah

 Kos meminjam dan beban hutang  Kos meminjam dan beban hutang

peminjam meningkat peminjam menurun

 Jumlah pinjaman yang dibuat oleh  Jumlah pinjaman yang dibuat oleh

masyarakat akan berkurang masyarakat akan bertambah

 Bekalan wang dalam ekonomi  Bekalan wang dalam ekonomi

berkurang bertambah

 Kuasa beli masyarakat menurun  Kuasa beli masyarakat meningkat

 Tingkat harga barangan menurun  Tingkat harga barangan bertambah

Ekonomi kembali stabil semula

©[email protected] (2018) 42

MODUL NOTA EKONOMI T5

1.3.8 Kesan Kadar Faedah sebagai Alat Dasar Kewangan dalam
Ekonomi

- Bank pusat telah menggunakan kadar faedah sebagai salah satu alat dasar
kewangan untuk mengawal bekalan wang dalam ekonomi

- Kadar faedah boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

Jenis kadar faedah

Kadar faedah tetap Kadar faedah terapung

- tidak berubah sepanjang - berubah mengikut turun naik kadar
tempoh pinjaman rujukan sepanjang tempoh pinjaman
- kadar rujukan dikawal oleh bank
- peminjam tahu dengan tepat pusat
berapa jumlah perlu dibayar - perubahan dalam kadar faedah
secara ansuran setiap bulan boleh menyebabkan perubahan
dalam bayaran ansuran bulanan atau
- sesuai untuk peminjam yang tempoh pembayaran pinjaman
tidak mahu dipengaruhi oleh
perubahan kadar faedah di
pasaran

 Kesan Perubahan Kadar Faedah

- Tindakan bank pusat mengubah kadar faedah boleh menyebabkan kos
pinjaman berubah

- Keadaan ini menimbulkan kesan yang berlainan atas unit ekonomi yang
terlibat dalam kegiatan ekonomi dari segi perbelanjaan dan pelaburan

- Kesan peningkatan kadar faedah boleh dilihat dari tiga aspek :

i) terhadap Kesan peningkatan iii) terhadap
pengguna kadar faedah kestabilan
ekonomi
ii) terhadap firma

©[email protected] (2018) 43

MODUL NOTA EKONOMI T5

i. Kesan perubahan kadar faedah – terhadap pengguna
- Perubahan kadar faedah boleh mempengaruhi kuasa beli dan corak

perbelanjaan pengguna
- Pinjaman bank membolehkan pengguna berbelanja melebihi kemampuan

untuk membiayai pembelian aset bukan semasa seperti rumah, pembelian
barang mewah, perbelanjaan pelajaran, pakej pelancongan, barangan
elektrik dan lain-lain.
- Kaedah bayaran secara kredit dikenakan kadar faedah
- Tindakan bank pusat mengubah kadar faedah dalam pasaran akan
memberi kesan kepada pengguna seperti yang berikut :

Kadar faedah dinaikkan Kadar faedah diturunkan

 Kos pinjaman akan meningkat  Kos pinjaman akan menurun
 Pengguna akan mengurangkan jumlah  Pengguna akan meningkatkan jumlah

pinjaman pinjaman
 Pengguna akan mengelakkan bayaran  Pengguna akan menggunakan lebih

secara kredit dan terpaksa menyediakan banyak kaedah bayaran secara kredit
lebih banyak wang tunai semasa semasa perbelanjaan dan memperolehi
perbelanjaan barang yang dikehendaki
 Keadaan ini akan mengehadkan  Keadaan ini akan memperbanyakkan
perbelanjaan yang dibuat oleh pengguna perbelanjaan yang dibuat oleh pengguna
 Perbelanjaan agregat berkurang  Perbelanjaan agregat meningkat

ii. Kesan perubahan kadar faedah – terhadap firma
- Perubahan kadar faedah boleh mempengaruhi modal kewangan yang

diperoleh oleh firma
- Pinjaman bank merupakan salah satu sumber penting bagi firma untuk

mendapatkan modal tambahan dalam mengembangkan operasi sama ada
membeli aset baharu atau membina tapak pengeluaran baharu
- Selain itu, modal pinjaman yang diperoleh juga boleh digunakan sebagai
pelaburan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan atau latihan
kemahiran bagi pekerja supaya produktiviti dan daya saing firma dapat
ditingkatkan.
- Tindakan bank pusat mengubah kadar faedah dalam pasaran boleh
memberikan kesan kepada firma seperti yang berikut :

Kadar faedah dinaikkan Kadar faedah diturunkan

 Kos pinjaman akan meningkat  Kos pinjaman akan meningkat
 Firma akan mengurangkan jumlah  Firma akan mengurangkan jumlah

pinjaman pinjaman Modal kewangan firma akan
 Modal kewangan firma akan berkurangan dan firma mungkin
menghadapi masalah kecairan tunai
berkurangan dan firma mungkin  Keadaan ini akan mengehadkan
menghadapi masalah kecairan tunai pelaburan yang dibuat oleh firma kerana
 Keadaan ini akan mengehadkan lebihan wang telah digunakan untuk
pelaburan yang dibuat oleh firma kerana

©[email protected] (2018) 44

MODUL NOTA EKONOMI T5

lebihan wang telah digunakan untuk membiayai kos pengeluaran
membiayai kos pengeluaran  Pelaburan agregat akan berkurang
 Pelaburan agregat akan berkurang  Daya saing firma akan menurun kerana
 Daya saing firma akan menurun kerana
tidak mempunyai modal untuk tidak mempunyai modal untuk
meningkatkan produktiviti atau meningkatkan produktiviti atau
mengembangkan operasi mengembangkan operasi

iii. Kesan perubahan kadar faedah – kepada kestabilan ekonomi
- Kesan perubahan kadar faedah atas pengguna dan firma akan memberi

kesan terhadap ekonomi sesebuah negara
- Penggunaan kadar faedah sebagai alat dasar kewangan harus digunakan

pada masa yang tepat supaya mencapai matlamat ekonomi

Kadar faedah dinaikkan Kadar faedah diturunkan

 Dilakukan semasa ekonomi mengalami  Dilakukan semasa ekonomi mengalami
masalah inflasi masalah pengangguran dan
kemelesetan ekonomi
 Perbelanjaan agregat pengguna dan
pelaburan firma akan menurun.  Perbelanjaan agregat pengguna dan
Kesannya, penawaran agregat barang pelaburan firma akan meningkat.
dan perkhidmatan dalam ekonomi akan Kesannya, penawaran agregat barang
berkurang dan perkhidmatan dalam ekonomi akan
bertambah
 Kekurangan permintaan pengguna
terhadap barang menyebabkan firma  Lebihan permintaan pengguna terhadap
tidak bermotivasi untuk mengeluarkan barang menggalakkan firma untuk
lebih banyak barang. Firma juga tidak mengeluarkan lebih banyak barang.
mempunyai modal untuk Firma juga mempunyai modal untuk
mengembangkan operasi dan mengembangkan operasi dan
meningkatkan penawaran meningkatkan penawaran

 Masalah inflasi dalam ekonomi semakin  Masalah pengangguran dan
pulih kerana bekalan wang dalam kemelesetan ekonomi semakin pulih
ekonomi telah dikurangkan kerana bekalan wang dalam ekonomi
telah bertambah
 Sekiranya kadar faedah masih dinaikkan,
perbelanjaan agregat pengguna dan  Sekiranya kadar faedah masih
pelaburan firma akan terus menurun lagi diturunkan, perbelanjaan agregat
pengguna dan pelaburan firma akan
 Pengeluaran yang berkurangan terus meningkat lagi
menyebabkan sesetengah firma akan
terus menurun lagi  Pengeluaran yang berkurangan
menyebabkan sesetengah firma akan
 Pengeluaran yang berkurangan terus menurun lagi
menyebabkan sesetengah firma yang
tidak dapat menampung kos operasi  Perkembangan dalam aktiviti
terpaksa memberhentikan oeprasi atau pengeluaran firma mencipta banyak
mengurangkan pekerja peluang pekerjaan kepada masyarakat.
Golongan ini mampu meminta lebih
 Keadaan ini menyebabkan kadar banyak barang dalam pasaran dan
pengangguran dalam ekonomi semakin menyebabkan harga barang dan
meningkat dan pertambahan ekonomi perkhidmatan semakin meningkat
negara terbatas
 Keadaan ini menyebabkan kadar inflasi
dalam ekonomi semakin meningkat.

©[email protected] (2018) 45

MODUL NOTA EKONOMI T5

1.3.9 Kesan Alat Dasar Ekonomi atas Objektif Makroekonomi Negara

- Alat dasar ekonomi yang berbeza boleh digunakan untuk mengatasi
masalah ekonomi

- Alat-alat dasar ekonomi yang digunakan akan memberi kesan yang
berbeza atas objektif makroekonomi.

Objektif
Makroekonomi

Kerajaan

a) Guna tenaga b) Kestabilan c) Pertumbuhan d) Kestabilan
penuh harga ekonomi imbangan

pembayaran

Alat Dasar
Ekonomi

Dasar Fiskal Dasar Kewangan

Cukai Nisbah Nisbah Syarat sewa Kadar Surat
rizab rizab tunai beli faedah jaminan
Perbelanjaan berkanun kerajaan
kerajaan

©[email protected] (2018) 46

MODUL NOTA EKONOMI T5

i. Cukai
- Pengenaan cukai boleh mempengaruhi ppendapatan boleh guna pengguna dan
keupayaan firma untuk melabur
- Kesannya permintaan agregat dalam pasaran dan tinkat pengeluaran fira juga turut
berubah

Objektif Menaikkan kadar cukai Menurunkan kadar cukai
makroekonomi
Guna tenaga penuh Guna tenaga akan berkurang Guna tenaga akan
kerana firma mengurangkan bertambah kerana firma
Kestabilan harga pekerja akibat pengurangan menambahkan pekerja akibat
pengeluaran peningkatan pengeluaran
Pertumbuhan Tingkat harga umum akan Tingkat harga umum akan
ekonomi menurun akibat lebihan meningkat akibat lebihan
penawaran barang dalam permintaan barang dalam
Kestabilan pasaran oleh firma pasaran oleh isi rumah
imbangan Pertumbuhan ekonomi Pertumbuhan ekonomi
pembayaran menjadi perlahan kerana menjadi pesat kerana
keluaran dan pendapatan keluaran dan pendapatn
negara merosot negara meningkat
Aliran masuk wang ke dalam Aliran masuk wang ke
negara merosot kerana kos dalam negara meningkat
pelaburan dalam ekonomi kerana kos pelaburan dalam
meningkat ekonomi menurun

ii. Perbelanjaan kerajaan
- Sekiranya kerajaan menambahkan perbelanjaan pembangunan, aktiviti pengeluaran
dalam ekonomi akan meningkat dan seterusnya mencipta peluang pekerjaan kepada
masyarakat
- Kadar pengangguran dalam negara akan menurun dan kuasa beli masyarakat akan
meningkat
- Perbelanjaan pembangunan kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan
dalam negara juga dapat menarik aliran masuk modal pelaburan dari luar negara
atau tempatan kepada ekonomi negara

Objektif Meningkatkan perbelanjaan Menurunkan perbelanjaan
makroekonomi kerajaan kerajaan
Guna tenaga penuh
Guna tenaga akan Guna tenaga akan menurun
Kestabilan harga meningkat kerana kerana peluang pekerjaan
peningkatan dalam peluang yang terhad kesan daripada
Pertumbuhan pekerjaan kesan daripada pengurangan projek
ekonomi pelaksanaan projek kerajaan pembangunan kerajaan
Tingkat harga umum akan Tingkat harga umum akan
meningkat akibat lebihan menurun akibat kurangan
permintaan barang dalam permintaan barang dalam
pasaran pasaran
Pertumbuhan ekonomi Pertumbuhan ekonomi
menjadi pesat kerana menjadi perlahan kerana

©[email protected] (2018) 47

MODUL NOTA EKONOMI T5

Kestabilan keluaran dan pendapatan keluaran dan pendapatan
imbangan negara meningkat negara merosot
pembayaran Aliran masuk wang ke dalam Aliran masuk wang ke
negara meningkat kerana dalam negara merosot
banyak pelaburan kerajaan kerana kurang pelaburan
dalam ekonomi kerajaan dalam ekonomi

iii. Nisbah rizab berkanun
- Merupakan simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat
- Nisbanh rizab berkanun boleh mempengaruhi keupayaan bank perdagangan
memberi pinjaman kepada masyarakat
- Jumlah pinjaman akan mempengaruhi kuasa beli pengguna dan permintaan agregat
dalam ekonomi
- Bekalan wang dalam ekonomi juga dapat dikawal dengan nizbah rizab berkanun

Objektif Meningkatkan nisbah rizab Menurunkan nisbah rizab
makroekonomi berkanun berkanun
Guna tenaga penuh
Guna tenaga akan berkurang Guna tenaga akan
Kestabilan harga kerana firma mengurangkan bertambah kerana firma
pekerja akibat pengurangan menambahkan pekerja akibat
Pertumbuhan modal peningkatan penambahan
ekonomi modal
Tingkat harga umum akan Tingkat harga umum akan
Kestabilan menurun akibat kuasa beli meningkat akibat kuasa beli
imbangan pengguna menurun pengguna meningkat
pembayaran Pertumbuhan ekonomi Pertumbuhan ekonomi
menjadi perlahan kerana menjadi pesat kerana
keluaran dan pendapatan keluaran dan pendapatan
negara merosot negara meningkat
Aliran masuk wang ke dalam Aliran masuk wang ke
negara merosot kerana dalam negara meningkat
kurang peluang pelaburan banyak peluang pelaburan
dalam ekonomi dalam ekonomi

iv. Nisbah rizab tunai
- Merupakan simpanan tunai wajib bank perdagangan di bank sendiri
- Perubahan nibah rizab tunai akan memberi kesan terhadap keupayaan bank
memberi pinjaman kepada masyarakat.

Objektif Meningkatkan nisbah rizab Menurunkan nisbah rizab
makroekonomi tunai tunai
Guna tenaga penuh
Guna tenaga akan Guna tenaga akan meningkat
Kestabilan harga menurun kerana firma kerana firma menambahkan
mengurangkan pekerja pekerja akibat peningkatan
akibat pengurangan modal penambahan modal
Tingkat harga umum akan Tingkat harga umum akan
menurun akibat kuasa beli meningkat akibat kuasa beli
pengguna menurun pengguna meningkat

©[email protected] (2018) 48

MODUL NOTA EKONOMI T5

Pertumbuhan harga Pertumbuhan ekonomi Pertumbuhan ekonomi
menjadi perlahan kerana menjadi pesat kerana keluaran
Kestabilan keluaran dan pendapatan dan pendapatan negara
imbangan negara merosot meningkat
pembayaran Aliran masuk wang ke Aliran masuk wang ke dalam
dalam negara merosot negara meningkat banyak
kerana kurang peluang peluang pelaburan dalam
pelaburan dalam ekonomi ekonomi

v. Syarat sewa beli
- Merupakan syarat dan terma dalam pinjaman untuk pembelian aset dan barang
tahan lama
- Sekiranya kerajaan mengetatkan syarat sewa beli, masyarakat akan lebih sukar
untuk membuat pinjaman
- Kesannya, kuasa beli dan permintaan agregat dalam ekonomi akan menurun

Objektif Mengetatkan syarat sewa Melonggarkan syarat sewa
makroekonomi beli beli
Guna tenaga penuh
Kuasa beli menurun Kuasa beli meningkat
Kestabilan harga menyebabkan firma menyebabkan firma
mengurangkan pengeluaran. menambahkan pengeluaran.
Pertumbuhan harga Kesannya, firma akan Kesannya, firma akan
mengurangkan guna tenaga meningkatkan guna tenaga
Kestabilan kerana permintaan berkurang kerana permintaan meningkat
imbangan Tingkat harga umum akan Tingkat harga umum akan
pembayaran menurun akibat kuasa beli meningkat akibat kuasa beli
pengguna menurun pengguna meningkat
Pertumbuhan ekonomi Pertumbuhan ekonomi
menjadi perlahan kerana menjadi pesat kerana
keluaran dan pendapatan keluaran dan pendapatan
negara merosot negara meningkat
Aliran masuk wang ke dalam Aliran masuk wang ke
negara merosot kerana dalam negara meningkat
kurang peluang pelaburan kerana banyak peluang
dalam ekonomi pelaburan dalam ekonomi

vi. Surat jaminan kerajaan
- Merupakan surat bertulis yang dikeluarkan oleh kerajaan apabila meminjam
daripada masyarakat atau institusi kewangan
- Tindakan kerajaan membeli atau menjual surat jaminan kerajaan akan
mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi
- Kesannya, kuasa beli pengguna dan permintaan agregat dalam ekonomi akan
dipengaruhi

©[email protected] (2018) 49

MODUL NOTA EKONOMI T5

Objektif Menjual surat jaminan Membeli surat jaminan
makroekonomi kerajaan kerajaan
Guna tenaga penuh
Guna tenaga akan menurun Guna tenaga akan
Kestabilan harga kerana firma mengurangkan meningkat kerana firma
pekerja akibat pengurangan menambahkan pekerja akibat
Pertumbuhan harga modal peningkatan penambahan
modal
Kestabilan Tingkat harga umum akan Tingkat harga umum akan
imbangan menurun akibat kuasa beli meningkat akibat kuasa beli
pembayaran pengguna menurun pengguna meningkat
Pertumbuhan ekonomi Pertumbuhan ekonomi
menjadi perlahan kerana menjadi pesat kerana
kegiatan ekonomi merosot. kegiatan ekonomi meningkat.
Kesannya, pendapatan negara Kesannya, pendapatan
menurun negara meningkat
Aliran masuk wang ke dalam Aliran masuk wang ke
negara merosot kerana dalam negara meningkat
kurang peluang pelaburan kerana banyak peluang
dalam ekonomi pelaburan dalam ekonomi

vii. Kadar faedah
- Kadar faedah merupakan kos pinjaman yang dikenakan
- Perubahan dalam kadar faedah akan menyebabkan turun naik dalam kos pinjaman
- Kos pinjaman merupakan pertimbangan utama bagi peminjam sebelum
mendapatkan pinjaman kewangan daripada institusi bank

Objektif Meningkatkan kadar faedah Menurunkan kadar faedah
makroekonomi
Guna tenaga penuh Guna tenaga akan menurun Guna tenaga akan
kerana firma mengurangkan meningkat kerana firma
Kestabilan harga pekerja akibat kos menambahkan pekerja akibat
pengeluaran meningkat kos pengeluaran menurun
Pertumbuhan harga Tingkat harga umum akan Tingkat harga umum akan
menurun akibat kuasa beli meningkat akibat kuasa beli
Kestabilan pengguna menurun pengguna meningkat
imbangan Pertumbuhan ekonomi Pertumbuhan ekonomi
pembayaran menjadi perlahan kerana kos menjadi pesat kerana kos
pengeluaran meningkat pengeluaran menurun
menyebabkan permintaan menyebabkan permintaan
menurun. Kesannya, meningkat. Kesannya,
pendapatan negara menurun pendapatan negara
meningkat
Aliran masuk wang ke dalam Aliran masuk wang ke
negara merosot kerana dalam negara meningkat
kurang peluang pelaburan kerana banyak peluang
dalam ekonomi pelaburan dalam ekonomi

©[email protected] (2018) 50


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Booklet Pertandingan Merdeka 2021
Next Book
Pertemuan 4 BAB I PPKn Kelas IX SMT GJL. Kemenag Kotim Kalteng