The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2016-03-05 09:36:53

Ebook-Langkah Mudah Biznes Online 2016

Ebook-Langkah Mudah Biznes Online 2016

LANGKAH MUDAH
MEMULAKAN

BISNES
ONLINE

2016

MOHD SUHAIMI
Founder TRS Group
of Companies

ISI KANDUNGAN

PRAKATA 3

BAHAGIAN 1

MINDSET

MINDSET 1 : KEPENTINGAN MINDSET 5-8

MINDSET 2 : MODAL BISNES 9-10

MINDSET 3 : PETUA MELAWAN BISIKAN NEGATIF 11-12

MINDSET 4 : PERKARA WAJIB MEMULAKAN BISNES ONLINE 13-14

BAHAGIAN 2

PRODUK 16-18
PRODUK 1 : KENAL PASTI JENIS PRODUK 19-25
PRODUK 2 : MENCARI SUMBER PRODUK DAN PEMBEKAL 26-29
PRODUK 3 : KENALI PRODUK ANDA

BAHAGIAN 3

VALIDASI 31-33
VALIDASI 1 : CARA VALIDASI PRODUK 34-35
VALIDASI 2 : VALIDASI SOALAN

BAHAGIAN 4
DROPSHIP

DROPSHIP 1 : SISTEM BISNES TANPA PERLU SIMPAN STOK DI RUMAH ANDA 37-38

BAHAGIAN 5 40-61
MARKETING PLATFORM 1 : FACEBOOK 62-67
MARKETING PLATFORM 2 : INSTAGRAM
69
BAHAGIAN 6

HATI-HATI DENGAN PENIPUAN ONLINE

BONUS

1.CUSTOMER PROFILLING 71

2.COPYWRITING 72-75

3. CLOSING SALES 76-77

4. URUS DATEBASE 76-79

HAK MILIK

PRAKATA MINDSET 1: KEPENTINGAN MINDSET

Segala pujian syukur kehadrat Ilahi atas Ramai yang datang kepada kami Langkah Mudah Mulakan
limpahan rahmat dan kurnianya, ebook bertanyakan bagaimana mahu memulakan Bisnes Onlin | 2016
“Langkah Mudah Memulakan Bisnes Online bisnes online kerana rata-rata masih kurang
2016” ini dapat disiapkan setelah beberapa pengetahuan berkenaan bisnes online dan 3
kali disemak dan kini diterbitkan kepada terdapat beberapa orang yang telah kami
umum. Ebook ini diharap menjadi panduan bantu sehingga mampu menjana pendapatan
buat anda terutamanya yang berhasrat sehingga 5 angka sebulan. Tetapi kami
memperbaiki kedudukan kewangan seperti merasakan masih tidak mencukupi dengan
anda yang masih mencari pekerjaan, pelajar- membantu hanya beberapa orang sahaja
pelajar, surirumah, dan yang berimpian dan berhasrat ingin membantu lebih ramai
mempunyai bisnes online sendiri. orang mengubah kehidupan mereka namun
kami menghadapi kekangan dan halangan
Semakin ramai yang mengeluh seperti masa, tenaga, dan tempat.
berkenaan zaman ekonomi yang kian
merundum, tetapi hanya beberapa orang Justeru kami mendapat ilham untuk
sahaja yang berhasrat mencari alternatif menulis ebook “Langkah Mudah Memulakan
lain untuk mengubah kehidupan mereka dan Bisnes Online 2016” dengan hasrat dapat
salah satu cara adalah melalui bisnes online. membantu lebih ramai orang mencapai cita-
TRS Training dan Consultancy menulis cita mereka melalui bisnes online. Ebook
ebook “Langkah Mudah Memulakan Bisnes “Langkah Mudah Memulakan Bisnes Online
Online 2016” bertujuan ingin membantu 2016” sememangnya ditulis secara langkah
mereka yang ingin memulakan bisnes demi langkah untuk membantu orang yang
online untuk menjana pendapatan bagi kurang pengetahuan di dalam bisnes online
menampung kehidupan mereka ataupun ini supaya mereka mudah memahami dan
mencapai impian menjadi usahawan bisnes mengikuti pembelajaran ebook ini.
online.
Kami berharap ebook “Langkah Mudah
Ebook “Langkah Mudah Memulakan Memulakan Bisnes Online 2016” dapat
Bisnes Online 2016” ini menyentuh hampir membantu semua orang yang ingin
kesemua aspek untuk memulakan bisnes memulakan bisnes online pada tahun
online seperti mindset bisnes online, cara 2016 ini. Satu kejayaan bermula daripada
dan tempat mencari produk, cara validasi satu langkah usaha demi menggapai
produk, dropship dan bisnes online marketing satu impian dan kami berdoa semoga
platform. pembaca ebook “Langkah Mudah
Memulakan Bisnes Online 2016” ini dapat
memulakan bisnes online mereka pada
tahun 2016 ini.

HAK MILIK

BAHAGIAN 1

MINDSET

“Make Your Mindset A Top Business Priority, Because The Actions
You Take (Or Don’t Take Always Stem From Your Thought”
(Kathleen Deggelman)

HAK MILIK

MINDSET 1: yang tinggi itu. Tetapi itu hanya berlaku Langkah Mudah Mulakan
KEPENTINGAN sewaktu saya kecil sahaja. Bisnes Onlin | 2016

MINDSET Apabila telah capai usia dewasa ini, 5
saya juga seperti kebanyakan orang lain.
Masihkah anda ingat zaman kanak-kanak? Saya masih tinggal di atas benteng batu
yang lama bersama angan-angan dan
Adakah anda pernah duduk di atas kenangan zaman kecil. Benteng itu bukan
satu benteng batu dan sambil ketawa lagi satu tempat yang mengujakan tetapi
anda dan kawan-kawan merancang dan ia seumpama satu halangan besar yang
membayangkan semua tentang kehidupan menghalang diri untuk bergerak ke arah
tika dewasa kelak? impian dan harapan.

Atau… Hari demi hari berlalu, saya hanya
menunggu hari pencen sambil
Adakah anda terus melompat dari benteng membayangkan keadaan diri saya selepas
batu tersebut dan berlari ke hadapan? pencen kelak. Suatu hari saya terfikir dan
sedar bahawa dengan apa yang saya ada
Saya juga seperti anda yang suka sekarang ini ia tidak akan dapat memenuhi
memanjat dan melompat di atas benteng matlamat kewangan saya pada masa akan
batu. Saya berasa seronok apabila dapat datang.
melihat apa yang ada di sebalik benteng

HAK MILIK

Langkah Mudah Mulakan MINDSET 1: KEPENTINGAN MINDSET
Bisnes Onlin | 2016
Saya sedar bahawa saya memerlukan wang yang lebih banyak daripada apa yang saya

dapat sekarang ini, dan saya mahu masa yang lebih berkualiti daripada apa yang saya
ada sekarang. Kesedaran itu telah mendorong saya untuk memulakan bisnes online saya
sekarang juga. Tetapi masalah terbesar saya adalah perasaan tidak selamat, takut, ragu-
ragu, gara-gara bimbang bisnes online yang bakal diusahakan ini akan gagal.
Setelah berfikir panjang, semua masalah yang saya fikirkan itu sebenarnya belum berlaku
lagi. Bukan realiti. Maka, saya nekad menetapkan mindset yang betul untuk saya berjaya
di dalam bisnes online ini.
Ia adalah tindakan penting kerana selepas itu saya dapat memulakan bisnes online
dengan mudah, di mana di sepanjang perjalanan bisnes ini saya dapat bertemu dengan
orang yang tepat, dan sikap saya terhadap cabaran dan peluang bisnes juga berbeza.
Tiada lagi benteng yang menghalang.
Persoalan utama di sini: ‘Bagaimana saya menetapkan mindset dengan betul?’
Baiklah. Ini 5 cara terbaik untuk menetapkan mindset dengan betul.
1. Bercakap Dengan Diri Sendiri
Bagaimana bercakap dengan diri sendiri ini boleh mengubah mindset?

6 Cara ini akan mengubah sudut pandang anda terhadap diri sendiri kerana orang pertama

yang anda perlu yakinkan terhadap bisnes online anda bukanlah isteri anda, bukanlah
ibubapa anda, dan bukanlah kawan-kawan anda, tetapi dengan diri anda sendiri terlebih
dahulu!
Setiap pagi sebelum anda memulakan sesuatu pekerjaan, pandanglah muka anda di
cermin dan ulang perkataan positif sebanyak 10 kali sambil membayangkan diri anda
sudah menjadi seperti apa yang telah anda katakan itu. Sebagai contoh:

“Saya yakin saya boleh berjaya!”
“Saya yakin saya boleh buat!”

“Saya pasti boleh menghadapinya!”

HAK MILIK

MINDSET 1: KEPENTINGAN MINDSET

2. Sentiasa Mencari Peluang Untuk Belajar Setiap Hari Langkah Mudah Mulakan
Bisnes Onlin | 2016
Mulakan hari anda dengan mentaliti yang kuat kerana ada cabaran yang perlu dihadapi
atau ada peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru setiap hari: seperti berjumpa 7
mentor atau rakan anda untuk berbincang mengenai sesuatu isu atau masalah yang
timbul.

HAK MILIK

MINDSET 1: KEPENTINGAN MINDSET

3. Mulakan Dengan Perancangan 4. Hadapi Pelbagai Rintangan Dan
Yang Teratur Halangan Dengan Bijak

Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan, Jika anda tidak dapat memenuhi target
anda harus ada perancangan yang teratur dalam perancangan anda, jangan
supaya dapat membantu anda bergerak ke mengalah! Sebaliknya, buat satu
hadapan dengan lebih yakin kerana anda perancangan baru berdasarkan apa yang
akan lebih bersedia dan tahu apa yang telah anda hadapi sebelum ini. Berjumpalah
anda akan dapat dan hadapi. dengan mentor anda dan minta khidmat
nasihat mereka.

Langkah Mudah Mulakan
Bisnes Onlin | 2016

8

5. Bertindak!
Ramai orang hanya merancang sahaja, tetapi tidak bertindak. Ingat bahawa tiada orang
lain yang akan membantu anda untuk berjaya, kecuali diri anda sendiri. Semua bermula
dengan anda!

HAK MILIK

MINDSET 2:

MODAL BISNES 2. Modal Ilmu

“A Dream Doesn’t Become Reality Through Perkara kedua yang anda perlu dalami Langkah Mudah Mulakan
Magic. It Takes Sweat, Determination, and adalah modal ilmu. Dalam proses Bisnes Onlin | 2016
Hard Work” - Colin Powell menambah modal ilmu, anda mesti
merujuk pada guru ataupun mentor yang 9
Ramai di kalangan kita berpendapat berkaliber dan tulen. Anda perlu sentiasa
perlunya ada “modal kewangan” baru bersedia untuk menambah ilmu bisnes dan
boleh mula berniaga. Sebenarnya, terdapat berlapang dada dengan guru.
5 modal bisnes yang kita perlu fahami
sebelum melangkah ke medan bisnes Contoh:
online.
Amin pernah belajar dan bekerja di dalam
1. Modal Diri bidang perakaunan dan audit. Untuk
memperkemaskan lagi ilmu yang ada, Amin
Jika anda ingin mulakan sesuatu bisnes sentiasa bertanya dan berjumpa orang
online, perkara pertama yang perlu yang pakar dalam bidang akaun dan audit.
anda titikberatkan adalah modal diri iaitu
melibatkan persediaan anda dari segi 3. Modal Kepakaran
fizikal, mental dan spiritual untuk berbisnes.
Setiap orang ada kepakaran tersendiri
Tanpa adanya modal diri yang kuat, dalam bidang yang diceburi seperti
anda akan merasakan berat hati untuk marketing, staff development, akaun
memberikan komitmen atau dengan kata dan audit, strategi bisnes, Facebook
lain “banyak alasan” terhadap bisnes anda. advertising, Google Adword, grafik dan lain-
lain.
Sebagai contoh, Elisa merupakan seorang
usahawan online dan juga kerani syarikat Tanpa modal kewangan, anda boleh
pembinaan. Pada siang hari, Elisa sibuk menggunakan modal kepakaran yang anda
dengan kerja di pejabat dan pada waktu ada terlebih dahulu dengan menawarkan
malam pula Elisa berbisnes secara online. bisnes perkhidmatan. Sebagai contoh,
Ini menunjukkan Elisa mempunyai modal Nina mempunyai kepakaran dalam bidang
diri yang tinggi dengan memberikan Facebook advertising menawarkan servis
komitmen 100% terhadap bisnes walaupun membuat iklan di Facebook kepada kawan-
penat bekerja seharian. kawannya di personal profile Facebook.



HAK MILIK

Langkah Mudah Mulakan MINDSET 2: MODAL BISNES
Bisnes Onlin | 2016
4. Modal Sosial
Modal sosial atau biasa disebut sebagai “networking” penting untuk
memastikan kelangsungan bisnes anda. Cuba anda semak rakan anda
atau rakan Facebook anda untuk mengenalpasti siapa yang boleh anda
networking untuk memulakan pernigaan.
Contohnya, katakan di kalangan rakan anda ada yang menjadi pemilik
produk kecantikan. Cuba anda bertanyakan kepada dia sekiranya anda boleh
ambil stok pada harga diskaun dengan bilangan kuantiti tertentu atau peluang
menjalankan bisnes secara dropship.
5. Modal Kewangan
Jika anda ada modal kewangan, anda boleh berjumpa dengan mana-mana
pemilik produk untuk berbincang mengenai proses menjadi stokis atau agen
mereka. Hakikatnya “modal kewangan” adalah modal terakhir yang anda
boleh fikirkan dalam bisnes.

10

HAK MILIK

MINDSET 3:

PETUA MELAWAN
BISIKAN NEGATIF

“Don’t let the noise of other people opinions
drown out your inner voice” - Steve Jobs

Apabila mahu memulakan bisnes online, tetapkan sebelum ini akibat mendengar Langkah Mudah Mulakan
anda sering kali terkesan dengan kata- cakap-cakap orang negatif. Bisnes Onlin | 2016
kata negatif dari rakan sekerja, ibubapa,
mahupun dari pasangan sendiri. Sebagai Jadi untuk mengelakkan mudah 11
contoh, apabila anda menyuarakan hasrat terpengaruh dengan kata-kata negatif, di
untuk memulakan bisnes online, rakan anda sini ada 5 petua melawan bisikan negatif.
akan memberikan pandangan-pandangan
negatif seperti anda akan ditipu oleh 1. Tetapkan Sempadan
pembekal dan pelanggan, barang mudah
rosak dan lain-lain. Jika ada orang yang sedang bercakap
perkara negatif, tetapkan had jarak anda
Orang negatif seperti ini akan mungkin dengan individu tersebut. Jika anda perlu
mengakibatkan orang di sekelilingnya berada di tempat individu tersebut, cuba
terkesan dengan kata-kata mereka itu. Dan berinteraksi sebentar sahaja dan cepat-
perkara yang paling ditakuti adalah apabila cepat berlalu daripada situ. Ini kerana
anda sendiri akan tersimpang jauh daripada anda tidak mampu mengawal kehadiran
matlamat perancangan yang telah anda aura negatif tetapi anda mampu mengawal
penglibatan anda bersamanya.

HAK MILIK

Langkah Mudah Mulakan MINDSET 3: PETUA MELAWAN BISIKAN NEGATIF
Bisnes Onlin | 2016
2. Elakkan Perungut

Orang yang sering kali mengeluh mengenai banyak isu pasti tidak mampu memberikan
impak positif dalam kehidupan anda. Mereka tidak menawarkan penyelesaian tetapi hanya
menunjukkan masalah.
Walau banyak mana pun idea anda keutarakan, mereka akan tetap menolak idea anda.
Malah, mereka mengajak anda untuk merungut bersama-sama. Maka penyelesaian yang
perlu anda buat adalah berhenti terlibat dengan individu sebegini dan hanya berurusan
dengan mereka jika perlu sahaja.

3. Memilih Jalan Untuk Sendiri

Jika anda bertemu dengan individu yang mengganggu anda atau anda terbaca status
yang menyakitkan hati anda, sebaik-baiknya tinggalkan tempat itu agar anda tidak
berhujah dengannya dan cuba untuk mengabaikan sebarang komen negatif. Tindakan ini
penting untuk mengawal emosi anda daripada menjadi lebih buruk.

4. Tidak Perlu Terlalu Asyik Memahami Keadaan Negatif

12 Orang negatif selalunya boleh berkelakuan tidak rasional, bercakap dan bertindak di luar

kebiasaan manusia normal. Maka, anda patut elakkan diri daripada membuang masa
untuk memahami tindakan mereka itu.

5. Bina Perhubungan Yang Positif

Berkenalanlah dengan rakan-rakan atau kenalan yang mempunyai sifat dan pemikiran
positif. Ianya penting untuk memupuk diri anda sentiasa dikelilingi dengan aura positif dan
kata-kata semangat agar ia menjadi booster untuk anda terus ke hadapan.

HAK MILIK

MINDSET 4:
PERKARA WAJIB
MEMULAKAN
BISNES ONLINE

“You only have to do a very few things right
in your life, as long as you don’t do too many
things wrong.” – Warren Buffet

Berapa ramai yang mahu menjadi usahawan yang kaya dan berjaya? Langkah Mudah Mulakan
Bisnes Onlin | 2016
Sekiranya jawapan anda YA, maka anda berada di tempat yang betul kerana kami akan
kongsikan tips dan teknik-teknik yang berkesan untuk membantu anda memulakan bisnes 13
online. Ini antara 4 perkara wajib yang anda patut ada untuk memulakan bisnes:

1. Mentor Yang Berjaya

Jika anda ingin pergi lebih jauh dalam bisnes, maka anda perlukan seorang mentor.
Mentor yang bagus adalah mentor yang pernah jatuh bangun dalam sesuatu industri yang
diceburinya. Apa yang anda perlu buat adalah mengikuti apa yang mentor anda lakukan
dan insyaAllah anda akan berjaya seperti mentor anda juga.

HAK MILIK

Langkah Mudah Mulakan MINDSET 4: PERKARA WAJIB MEMULAKAN
Bisnes Onlin | 2016 BISNES ONLINE

2. Ilmu Yang Tepat
Apa saja yang anda hendak lakukan, anda perlu ada ilmu. Begitulah juga
jika anda hendak menjadi seorang usahawan, anda juga perlukan ilmu.
Persoalannya, bagaimana anda ingin mendapat ilmu dengan mudah. Pada
masa sekarang, ilmu sangat mudah dicapai di internet dan boleh ditanya
pada orang yang berpengalaman.

3. Sistem Yang Betul
Sistem yang betul dapat menjadikan bisnes anda lebih teratur, sistematik,
mudah diurus dan mudah dikembangkan. Ini kerana, anda sudah mempunyai
sistem yang terbukti berkesan dan menghasilkan jualan yang banyak. Jika
tidak bersistem, anda akan mudah hilang fokus dan dibebani pelbagai
masalah apabila bisnes anda semakin berkembang.

4. Usaha Luar Biasa

14 Anda perlu tindakan yang luar biasa sekiranya anda mahu berjaya. Ini kerana

usaha dan tindakan yang luar biasa akan menghasilkan kejayaan yang luar
biasa. Tahun 2016 merupakan masa terbaik untuk anda BERTINDAK LUAR
BIASA.
Pada masa kini, semua urusan bisnes hanya menggunakan komputer dan
dapat diuruskan dari rumah atau di mana sahaja anda berada. Pilih sahaja
satu bisnes yang anda ingin lakukan, belajar dan cuba sehingga anda
berjaya mendapat hasil daripada bisnes tersebut.
Dalam masa yang sama, anda perlu ada MENTOR, ILMU dan SISTEM yang
terbukti SUKSES. Selagi hidup, anda perlu menggali ilmu yang bermanfaat
sebagai ibadah, disertai usaha dan tindakan untuk kejayaan di dunia dan
akhirat, inshaAllah.

HAK MILIK

BAHAGIAN 2

PRODUK

“Don’t find customers for your product, find products
for your customers.” – Seth Godin

HAK MILIK

PRODUK 1:
KENAL PASTI
JENIS PRODUK

Terdapat 3 kategori produk yang boleh dijual di internet, iaitu:

1. Produk Fizikal

Langkah Mudah Mulakan Produk fizikal adalah produk yang anda boleh pegang atau rasa dengan deria rasa anda.
Bisnes Onlin | 2016 Produk fizikal perlu dihantar menggunakan perkhidmatan pos atau cash-on-delivery
(COD).

Antara contoh produk fizikal adalah:

Jenis Contoh

Aksesori Pakaian Handbag, kasut, rantai permata, cermin mata, jam tangan
wanita atau lelaki.

16 Kecantikan Produk sabun, kosmetik wajah, produk rambut, minyak

wangi, ubat kurus.

Kanak kanak Pakaian kanak-kanak, permainan kanak kanak, bahan
pembelajaran, kelengkapan bayi.

Makanan Makanan asas seperti tepung, coklat, produk kesihatan.

Niche pakaian orang besar, pakaian ibu mengandung,

Fesyen pakaian lelaki, baju muslimah, baju wanita, shawl, jubah,

tudung, kasut, barangan outdoor.
Refurbished handphone, bahan elektrik kecil seperti ba-

IT Gadget han jimat elektrik di rumah, aksesori gajet, speaker, cas-

ing printed.

HAK MILIK

PRODUK 1: KENAL PASTI JENIS PRODUK

2. Produk Digital Sebagai contoh bagi kemahiran menjahit,
anda boleh menulis berkenaan kemahiran
Produk digital merupakan produk berbentuk “cara mudah menjahit” dalam bentuk
maya atau softcopy. Contoh produk digital buku online iaitu PDF, dan menjualnya di
adalah Pdf File, audio, video dan aplikasi. Facebook atau Instagram. Anda juga boleh
merakamkan pengetahuan anda di dalam
bentuk video dan menjualnya di blog atau
website.

Kini ramai di antara kita yang memiliki Langkah Mudah Mulakan
pelbagai kemahiran seperti kemahiran Bisnes Onlin | 2016
menjahit, kemahiran membuat pizza,
kemahiran membaiki gajet elektronik, Contoh yang lain pula adalah penjagaan 17
kemahiran mengajar kanak-kanak mengaji pemakanan harian atau diet, di mana
cara mudah, kemahiran berkebun, anda boleh menulis ebook “Bagaimana
kemahiran memasak masakan kampung Untuk Kurus Dalam Masa 40 Hari” dengan
dan lain-lain. menyatakan tip, petua atau teknik yang
anda telah lakukan. Selain itu, anda juga
Namun masih ramai lagi belum terdedah boleh membuat rakaman suara dalam
dengan kemudahan untuk merakam bentuk MP3 berkenaan “Cara Untuk Kurus
kemahiran tersebut dalam bentuk video, Secara Efektif Dalam Masa 2 Minggu
rakam tip dan petua dalam bentuk audio Sahaja”.
MP3, menulis langkah mudah kemahiran
dalam bentuk PDF dan blog.

HAK MILIK

Langkah Mudah MulakanPRODUK 1: KENAL PASTI JENIS PRODUK
Bisnes Onlin | 2016
3. Produk Servis

Antara contoh produk berasaskan servis ialah perkhidmatan rekabentuk grafik (logo,
banner, cover ebook), perkhidmatan membina website, perkhidmatan memasang perisian,
perkhidmatan webhosting, perkhidmatan menulis dan menterjemah artikel. Dengan
perkhidmatan servis yang anda ada ini, anda boleh mula mempromosikannya di dalam
Facebook, Instagram, website dan juga blog.

18

HAK MILIK

PRODUK 2: Langkah Mudah Mulakan
MENCARI Bisnes Onlin | 2016
SUMBER PRODUK
DAN PEMBEKAL

Langkah ke-2 adalah mengenalpasti pembekal. Berikut adalah beberapa pilihan tempat
pembekal yang boleh dibuat sebagai rujukan bagi memulakan bisnes online anda.

A. PUSAT BORONG MALAYSIA 

Di Malaysia terdapat beberapa pusat tumpuan para pemborong untuk berniaga:

1. GM Klang

19

Alamat : A-G-002, Ground Floor, Block A, GM Klang Wholesale City, Jalan
Kasuarina 1, Bandar Botanic Capital, 41200 Klang, Selangor, Malaysia.

Nombor Pejabat : +603-33251788,
+603-33251808 (Fax)

Email : [email protected]

HAK MILIK

PRODUK 2: MENCARI SUMBER PRODUK
DAN PEMBEKAL

2. GM Kuala Lumpur

Langkah Mudah Mulakan Alamat : Plaza GM, Lorong Haji Taib 5, 50350 Kuala Lumpur.
Bisnes Onlin | 2016
Nombor Pejabat : (+603) 4044 8502, (+603) 4044 1841, (+603) 4044 5653 (Fax)

Email : [email protected]

3. Jalan TAR

20

Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)
atau dulunya dikenali sebagai Batu
Road yang terletak di Kuala Lumpur,
Malaysia ini merupakan antara
kawasan favourite bagi kebanyakan
peniaga memborong barang
berasaskan kain di sini. Sebagai
contoh blouse, jubah, tudung, kopiah,
selendang, dan shawl.

HAK MILIK

PRODUK 2: MENCARI SUMBER PRODUK Langkah Mudah Mulakan
DAN PEMBEKAL Bisnes Onlin | 2016

B. DROPSHIP

Dropship adalah sistem jual produk tanpa memerlukan anda menyimpan stok. Anda
hanya perlu mendapatkan detail produk seperti gambar produk, dan iklankannya. Apabila
anda mendapat tempahan daripada pelanggan, anda hanya perlu hubungi pembekal dan
mereka akan hantar produk tersebut kepada pelanggan. Untuk menjadi agen dropship,
anda boleh menghubungi pemilik produk dan bertanyakan berkenaan produk atau margin
keuntungan.
Ini antara senarai dropship yang anda boleh hubungi jika berminat:

(a) Niche Kecantikan
1. Nia Beauty HQ

FB Page: NIA BEE VENOM HQ

21

HAK MILIK

Langkah Mudah Mulakan PRODUK 2: MENCARI SUMBER PRODUK
Bisnes Onlin | 2016 DAN PEMBEKAL

2. Lareena Secret
FB Page: Lareena Skin Expert Serum

3. Derin Beauty HQ

22 FB Page: Derin Beauty HQ

HAK MILIK

PRODUK 2: MENCARI SUMBER PRODUK
DAN PEMBEKAL

4. Feliz
FB Page: Feliz

Langkah Mudah Mulakan
Bisnes Onlin | 2016

(b) Niche pakaian 23
1. Giofabrica

HAK MILIK

PRODUK 2: MENCARI SUMBER PRODUK
DAN PEMBEKAL

2. Lailafabrica

Langkah Mudah Mulakan 3. Kilang pembekal fabrik
Bisnes Onlin | 2016
FB Page : Gerobok

Alamat : GEROBOK KAIN SDN BHD, 67-1 Jln. Nautika BU20/B

Section U20, Pusat Komensial TSB Sg. Buloh, 40160, Selangor.

24 Nombor Telefon : 012-3149966

HAK MILIK

PRODUK 2: MENCARI SUMBER PRODUK
DAN PEMBEKAL

4. Jakel : Jakel
FB Page : http://www.jakel.my/
Website

5. Kilang jahit pukal Langkah Mudah Mulakan
Bisnes Onlin | 2016
FB Page : Kilang Jahit Pukal Aisy Dhayu

Nombor telefon : 012-6932177 25

Kilang ini sedia menerima jahitan secara pukal shawl, tudung, jubah dan telekung
untuk dijenamakan dengan jenama sendiri.

HAK MILIK

PRODUK 3:
KENALI PRODUK
ANDA

ingin kongsikan ini, dan anda sudah boleh

Langkah ke-3 adalah mengenalpasti 4 mulakan strategi marketing anda.

perkara penting yang anda perlu tahu Sebagai contoh, seorang kawan saya
tentang produk anda. Sekarang anda sudah bernama Cik Suraya ingin menjual shawl
tahu produk apa yang anda mahu jual untuk di dalam Facebook dan Instagram. Ada
memulakan bisnes online anda. 4 perkara penting berkenaan shawl yang

Tetapi sebelum anda mempromosikan Suraya perlu tahu.

Langkah Mudah Mulakan produk, ada baiknya anda mengenali 4 1. Bahan-Bahan Dan Ciri Produk
Bisnes Onlin | 2016
perkara penting berkenaan produk tersebut.

Bak kata pepatah “tak kenal maka tak Yang pertama, Suraya perlu tahu jenis dan

cinta”. kualiti kain yang ingin dijual untuk bisnes

online Suraya. Antara kain yang biasa
Jika tidak, ianya seperti anda ingin membeli digunakan adalah kain jenis lycra, cotton,
sebuah rumah di satu pekan. Apabila
26 anda berjumpa dengan agen perumahan jacquard, crepe, rayon, chiffon, satin,
polyester, sutera, viscose, linen atau wool
tersebut, anda bertanya berkenaan meter
peach.
persegi, kemudahan yang disediakan,

berapa bilik tidur, berapa bilik air di dalam Sekiranya Suraya dapat mengenalpasti

rumah itu, dan agen tersebut tidak dapat jenis kain dengan lebih mendalam, ini dapat

menjawabnya. membantu Suraya untuk menerangkan

Adakah anda masih ingin membeli rumah kepada bakal pelanggan berkenaan shawl
tersebut tanpa ketahui ke semua info yang dijual dengan lebih tepat. Sebagai
berkenaan rumah tersebut? Sudah tentu contoh kain lycra atau turut dikenali
TIDAK! sebagai spandex. Kain lycra ini bersifat
elastik dan tidak mudah berkedut.

Begitu juga dengan produk yang anda Kain lycra ini banyak digunakan dalam

ingin jual, anda hanya perlu tahu 4 perkara pembuatan blouse, jubah, baju renang

penting berkenaan produk. Tidak perlu dan lain-lain.

tahu kesemua pun tidak mengapa, cukup Contoh lain adalah kain chiffon yang
dengan tahu 4 perkara wajib yang saya
diperbuat daripada sutera, kapas dan

HAK MILIK

PRODUK 3: KENALI PRODUK ANDA

sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan.
Chiffon sesuai digunakan untuk membuat gaun, riben, pakaian tradisional dan
moden.  Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transparent), biasanya
chiffon akan dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada jenis kain satin
atau kain lapisan dalam yang lain.

Langkah Mudah Mulakan
Bisnes Onlin | 2016

2. Packaging Dan Harga 27

Seterusnya, Suraya juga perlu mahir dalam menetapkan harga jualan, promosi, dan
pakej produk untuk memudahkan pelanggan dan memaksimumkan penjualan shawl
Suraya.

Sebagai contoh, sehelai shawl berharga RM70.00 dan boleh dijual dengan harga
promosi untuk sehelai shawl adalah RM60.00. Manakala jika pelanggang mahu
membeli dua helai shawl, ia boleh dijual dengan harga pakej iaitu RM100.00.

Dengan cara ini, unit jualan dan keuntungan Suraya juga akan bertambah. Namun
begitu, Suraya perlu memastikan harga promosi yang ditawarkan olehnya kepada
pelanggan adalah melebihi daripada kos modal yang Suraya perlu tanggung seperti
modal shawl, kos penghantaran, kos staff dan kos pejabat.

HAK MILIK

Langkah Mudah Mulakan PRODUK 3: KENALI PRODUK ANDA
Bisnes Onlin | 2016 3. Trend/Rekaan Terbaru

28

Perubahan trend pada masa kini adalah sangat pantas. Justeru itu, Suraya perlu “alert”
terhadap perubahan ini dan sentiasa memantau rekaan-rekaan terbaru yang ada di
pasaran. Tindakan ini penting agar Suraya tidak ketinggalan di dalam perubahan trend.
Antara tindakan yang boleh dilakukan oleh Suraya adalah mengikuti rekaan terbaru di
butik-butik terkenal, surat khabar, majalah-majalah, blog, website, Facebook, dan Instagram
penjual shawl.

HAK MILIK

PRODUK 3: KENALI PRODUK ANDA

4. Unique Selling Point (USP) Langkah Mudah Mulakan
Bisnes Onlin | 2016
Kini terdapat ramai penjual shawl di Facebook dan Instagram yang memenuhi ruang
pasaran produk shawl. Oleh itu, bagi mengatasi persaingan ini Suraya perlu mempunyai 29
strategi agar produk jualannya lebih menonjol berbanding produk penjual lain.

Antara strategi yang Suraya boleh lakukan adalah mencari Unique Selling Preposition
(USP) untuk bisnes online miliknya. Suraya perlu bijak tonjolkan USP bisnes dan produk
agar pelanggan lebih tertarik untuk membeli daripada Suraya dan bukannya dari pesaing
Suraya.

USP adalah satu ciri atau kelebihan produk yang boleh mencipta kelainan pada produk
Suraya berbanding dengan produk pesaing dalam satu niche yang sama.

Berikut adalah beberapa cara mudah untuk mencari USP:

i. Testimoni: Cuba lihat pada testimoni pelanggan shawl sebelum ini
dan kenal pasti apakah masalah yang paling banyak diselesaikan.
Sebagai contoh Tterima kasih Sis Suraya. Shawl instant Suraya
membantu mempercepatkan saya bersiap untuk ke office di pagi
hari”. Justeru USP yang boleh digunakan adalah “mampu bergaya ke
pejabat dengan mudah”.

ii. After Sales Support: Untuk sesetengah bisnes servis, after sale
support boleh dijadikan tarikan kepada bisnes servis anda. Seperti
shawl Suraya, Suraya boleh memasukkan pelanggan shawl Suraya
ke dalam satu group Whatsapp untuk Suraya update design terbaru
kepada para pelanggan sedia ada.

iii. Bonus: Bonus adalah tawaran menarik yang boleh digandingkan
bersama produk jualan. Tawaran seperti percuma sebiji kerongsang
atau sehelai inner dengan pembelian yang melebihi 2 helai shawl
Suraya. Bonus ini dapat memberikan kelainan untuk bersaing dengan
produk lain di dalam niche yang sama.

HAK MILIK

BAHAGIAN 3

VALIDASI

HAK MILIK

VALIDASI 1: Langkah Mudah Mulakan
CARA VALIDASI Bisnes Onlin | 2016
PRODUK

Proses validasi adalah perkara asas menjual untuk mengetahui pasaran produk jualan
anda. Ada dua cara mudah untuk mengkaji pasaran produk:
1. Google Trends
Google Trends adalah salah satu aplikasi internet yang mudah digunakan dan percuma.

Langkah 1:
Boleh taip di url www.google.com/trends/

31

Langkah 2:

Ketahui KATA KUNCI produk dahulu. Sebagai contoh produk shawl, anda guna kata kunci
SHAWL. Taipkan didalam box atas sekali.

HAK MILIK

Langkah Mudah Mulakan VALIDASI 1: CARA VALIDASI PRODUK
Bisnes Onlin | 2016
Langkah 3:
Tukar “Worldwide” kepada Malaysia (jika jualan dibuat di dalam Malaysia sahaja)

Langkah 4:
Lihat graf pencarian (demand) shawl

32

HAK MILIK

VALIDASI 1: CARA VALIDASI PRODUK

Langkah 5:
Lihat demand pasaran shawl dan anda akan dapat lihat di kawasan mana mempunyai
pencarian shawl yang tinggi/padat.

Langkah 6: Langkah Mudah Mulakan
Bisnes Onlin | 2016
Anda boleh ambil perkataan yang diberikan di bahagian ‘Related searches’ sebagai
cadangan nama Facebook Page anda. 33

HAK MILIK

Langkah Mudah Mulakan VALIDASI 2:
Bisnes Onlin | 2016 VALIDASI
SOALAN

2. Validasi Soalan
Validasi cara kedua ini lebih efektif berdasarkan pengalaman saya kerana anda boleh
bertanya soalan berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh prospek terus kepada
mereka. Anda perlu menetapkan beberapa soalan berkaitan dengan masalah atau
penyelesaian masalah yang prospek hadapi.
Contoh: Masalah berat badan dan produk slimming
Anda boleh bertanya kepada pengguna Facebook adakah ada sesiapa di kalangan
mereka yang sedang mengalami masalah berat badan dan mahukan penyelesaian.
Dua teknik mudah untuk menggunakan validasi soalan ini iaitu:

34 i. Validasi Di Facebook Profile

HAK MILIK

VALIDASI 2: VALIDASI SOALAN Langkah Mudah Mulakan
Bisnes Onlin | 2016
ii. Validasi Di Facebook Group

35

Tanda aras keberkesanan validasi bergantung kepada ratio like dan komen, di
mana sekurang-kurangnya 10 like dan 1 komen (10:1 atau like: komen).

HAK MILIK

BAHAGIAN 4

Dropship
REWARDSPROGRAMS

HAK MILIK

REWARDSPROGRAMS

DROPSHIP 1:
SISTEM BISNES
TANPA PERLU
SIMPAN STOK DI
RUMAH ANDA

Dropship adalah salah satu Langkah Mudah Mulakan
cabang anda boleh berbisnes Bisnes Onlin | 2016
tanpa modal dan boleh menjual
produk tanpa perlu anda 37
menyimpan stok di rumah.
Dalam bahasa yang mudah, Gambar di atas menerangkan bagaimana
anda hanya perlu menjadi KAEDAH DROPSHIP beroperasi:
orang tengah kepada pembekal
produk.

TANPA MODAL

Bagi Suraya yang baru
berjinak-jinak dalam dunia
bisnes online, Suraya pasti
mahu bisnes yang tidak
memerlukan modal. Maka,
dropship ini adalah salah
satu cabang bisnes tanpa
menggunakan modal! Bercakap
mengenai harga, Suraya
boleh menjual produk tersebut
dengan harga yang ditetapkan
oleh Suraya sendiri dan dia
hanya perlu membayar kepada
pembekal dengan harga agen/

dropship.

HAK MILIK

Dropship
REWARDSPROGRAMS

DROPSHIP 1: SISTEM BISNES
TANPA PERLU SIMPAN STOK DI
RUMAH ANDA

Langkah Mudah Mulakan 1. Suraya memasarkan shawl di Facebook atau Instagram.
Bisnes Onlin | 2016
2. Suraya menerima pesanan dari pelanggan.

3. Pelanggan membuat pembayaran dengan harga yang telah ditetapkan oleh Suraya.

4. Suraya membayar kepada pembekal dengan harga diskaun/agen/dropship.

5.  Pembekal akan menghantar produk tersebut kepada pelanggan Suraya.

Kelebihan sistem dropship ini adalah:

1. Suraya tidak memerlukan stor yang besar untuk menyimpan stok. Sudah tentu jika
suraya ingin membuka stor memerlukan modal yang besar. Selain itu, suraya tidak
akan mengalami kerugian jika tiada hasil jualan.

2. Dari segi modal, tiada modal yang perlu disediakan atas dasar sebagai orang
tengah, dimana suraya hanya membayar harga agen atau dropship kepada
pembekal.

38 Kekurangan sistem dropship ini adalah:

1. Pembekal kehabisan stok. Informasi daripada pembekal kepada agen adalah
melalui pesanan. Contohnya pelanggan telah menghantar pesanan kepada Suraya,
namun Suraya tidak dapat menjawab secara terus kerana perlu bertanyakan
kepada pembekal terlebih dahulu. Jika pembekal lambat membalas pertanyaan
Suraya, ini akan menjejaskan kredibiliti Suraya sebagai seorang penjual.
Berkemungkinan besar pelanggan Suraya akan membeli dengan penjual yang lain.

HAK MILIK

BAHAGIAN 5

MARKETING
PLATFORM

HAK MILIK

Langkah Mudah Mulakan MARKETING
Bisnes Onlin | 2016 PLATFORM 1:
FACEBOOK

A. FACEBOOK PERSONAL PROFILE

1. Engagement

Strategi menjual di Facebok Personal Profile ialah dengan menggunakan “engagement”.
Engagement bermaksud relation/hubungan/komunikasi anda dengan prospek, kawan
Facebook dan pelanggan. Engagement di Facebook adalah komunikasi anda dengan
pelanggan melalui LIKE/KOMEN/SHARE/CHAT posting anda di wall personal.

40

Kenapa anda perlukan engagement yang kuat dengan prospek/pelanggan di wall
Facebook Profile anda?

Sistem Facebook akan mempamerkan status yang di muatnaik lebih awal di wall
Facebook rakan-rakan yang anda kerap membuat engagement dengan mereka.

HAK MILIK

MARKETING PLATFORM 1: FACEBOOK Langkah Mudah Mulakan
Bisnes Onlin | 2016
Katakan di Facebook Profile anda ada 5000 rakan. Jika 2000 rakan mempunyai
engagement dengan anda, itu bermakna hanya seramai itu sahaja yang akan dapat
melihat status yang telah dimuatnaik di wall Facebook Profile anda.
Apakah Cara Terbaik Untuk Buat Engagement Dengan Pelanggan?
Antaranya adalah CHAT dengan prospek, komen dan like status mereka. Selepas prospek
APPROVED anda sebagai friend, anda hanya perlu beri “Salam” (bagi mereka yang
muslim) atau say “Hi” (bagi mereka yang non-muslim).

41

Selepas itu anda hanya perlu menghantar chat “Sis ada komen PM di page XYZ saya?
Sis masih berminat?”

HAK MILIK

Langkah Mudah Mulakan MARKETING PLATFORM 1: FACEBOOK
Bisnes Onlin | 2016
Prospek akan menjawab salam “Wasalam” atau “Wa’alaikummussalam” pun sudah
mencukupi untuk Facebook mengenalpasti prospek sudah ada engagement dengan
akaun Facebook anda.

42

Anda perlu sentiasa mewujudkan engagement dengan rakan di Facebook anda dengan
menyediakan info, testimoni, tip, kata-kata semangat dan positif secara SOFT SELLING.

HAK MILIK

MARKETING PLATFORM 1: FACEBOOK

Apa Itu Soft Selling?

Soft selling adalah proses mempengaruhi pelanggan tanpa sebarang paksaan. Contohnya
anda boleh berkongsi berkenaan testimoni pelanggan, kelebihan produk dan lain-lain.

“Alhamdulillah, lagi testimoni daripada pelanggan. Dalam hanya 3 hari masalah XYZ
pelanggan sy selesai. Ada tak akak-akak yang mempunyai masalah sama yang ingin
saya bantu juga?”

Anda tidak digalakkan mengunakan teknik HARD SELL.

Apa itu Hard Selling? Langkah Mudah Mulakan
Bisnes Onlin | 2016
Hard selling adalah proses mempengaruhi pelanggan dengan cara paksaan. Tetapi ramai
pelanggan tidak suka dengan cara hard selling ini dan anda mungkin akan kehilangan
ramai prospek.

43

HAK MILIK

MARKETING PLATFORM 1: FACEBOOK

Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Bina Engagement?

Langkah Mudah Mulakan Berikut adalah jadual posting mengikut masa yang dicadangankan:
Bisnes Onlin | 2016
Masa Tindakan

10.00 am Memberikan kata-kata semangat dan positif.

44 1.00 pm Soft selling dengan kongsikan gambar testimoni pelanggan atau mem-
berikan tips dan petua kepada prospek.

5.00 pm Masih perlu membuat soft selling dengan menawarkan kepada prospek
tip atau berkongsi gambar produk anda.

Jadi, adakah anda sudah jelas dengan cara pantas untuk buat engagement di Facebook
ini?

Nota kaki: Sila lakukan siri ujikaji sehingga posting anda sentiasa mendapat like/komen
yang tinggi.

2. Bagaimana Bina Kredibiliti & Positioning Facebook Personal Profile

HAK MILIK

MARKETING PLATFORM 1: FACEBOOK

Ramai orang beranggapan bahawa untuk membina kredibiliti di Facebook, mereka perlu Langkah Mudah Mulakan
mempamerkan kejayaan diri, pendapatan yang diperolehi, gaya hidup orang kaya dan Bisnes Onlin | 2016
kereta besar.
45
Sebenarnya, itu bukanlah cara terbaik membina kredibiliti kerana ianya seperti menjual
diri, bukan teknik membina kredibiliti. Ini antara cara membina kredibiliti yang betul di
Facebook:

i. Nama Sebenar Di Facebook Profile

Elakkan nama samaran sebagai identiti anda di Facebook kerana ia boleh memberi
tanggapan bahawa anda tidak serius dalam bisnes online. Tambahan pula, pelanggan dan
pembeli hanya mahu berurusan dengan orang yang nampak serius dan tidak fake.

Jika nama anda Mohamad Aizaruddin Adanan, letak nama penuh dan bukannya “Aiza”
sahaja walaupun itu adalah panggilan anda di kalangan rakan-rakan anda.

HAK MILIK

MARKETING PLATFORM 1: FACEBOOK

ii. Gunakan Gambar Profil Yang Sebenar Sebagai contoh anda menjual shawl,

Elak menggunakan gambar-gambar yang maka anda hanya perlu sertai group yang
tidak mempamerkan wajah atau sosok diri berkaitan dengan shawl. Kongsikan tip-tip
anda seperti kereta, motosikal, kucing, dan panduan berkaitan dengan shawl di
panda, kerana gambar sebegitu akan dalam group tersebut.

Langkah Mudah Mulakan memberi tanggapan bahawa anda kurang Untuk menyertai group, anda boleh mencari
Bisnes Onlin | 2016 profesional dan tidak mencerminkan diri group dengan menggunakan fungsi carian
anda sebagai seorang usahawan. Jika (Search) di Facebook. Anda hanya perlu
boleh, letak foto yang terkini. Anda juga masukkan kata kunci berkaitan produk anda
tidak boleh meletakkan gambar produk dan klik butang ‘Search’. Kemudian klik
sebagai default photo anda di Facebook. pada Groups dan akan terpapar senarai

iii. Menyertai Group Yang Perlu Dan group yang anda mahukan.

Berkaitan Dengan Anda Sahaja

Anda hanya perlu menyertai group yang iv. Posting Dalam Bentuk Bergambar

berkaitan dengan bisnes online dan juga Lebihkan posting berbentuk gambar untuk

46 niche jualan anda. Untuk group berkaitan menjadikan perkongsian anda di wall
bisnes online, ramai usahawan yang anda Facebook lebih menarik perhatian umum.

boleh jadikan sebagai kenalan dan ia Contohnya, jika anda berkongsi tentang

akan membantu anda dalam usaha untuk bisnes online anda, sertakan sekali gambar

membina kredibiliti sebagai usahawan. produk atau gambar testimoni pelanggan.

HAK MILIK

MARKETING PLATFORM 1: FACEBOOK

Langkah Mudah Mulakan
Bisnes Onlin | 2016

v. Posting Tip Atau Petua vi. Sentiasa Positif Dan Bertolak Ansur 47

Apabila menulis di wall Facebook, anda Di media sosial seperti Facebook, sikap
tidak perlu menulis terlalu panjang. Anda bertolak ansur adalah penting. Selain
digalakkan mengamalkan penulisan dalam berkongsi, anda juga perlu memberikan
bentuk senarai tip atau bullet point kerana komen yang positif kepada rakan lain
ia lebih digemari berbanding penulisan yang apabila mereka posting sesuatu. Sebagai
panjang. contoh anda boleh ucapkan terima kasih,
tahniah, dan ucapan doa.

HAK MILIK

Langkah Mudah Mulakan MARKETING PLATFORM 1: FACEBOOK
Bisnes Onlin | 2016
B. FACEBOOK GROUP

Ramai orang mencuba untuk menjual di Facebook Group, namun berapa banyak iklan di
situ yang mendapat respons bagus. Tidak ramai yang tahu bagaimana mahu menjual di
Facebook Group secara sepenuhnya.
1. STRATEGI BERIKLAN DI GROUP FACEBOOK
i. Sertai Banyak Group
Anda perlu sekurang-kurangnya menyertai 10 Facebook Group, kerana semakin banyak
group yang anda sertai, semakin bertambah tempat anda boleh beriklan. Ia bagaikan
billboard atau signboard atau poster atau kain rentang buat bisnes anda. Contoh group
yang boleh disertai adalah:

Terbaik E-store

48 Terbaik E-store II

Terbaik E-store (FREE)
JUAL-BELI-SWAP HANDPHONE
Jual Beli Pelbagai Baka Kucing Cantik

HAK MILIK

MARKETING PLATFORM 1: FACEBOOK

ii. Pilih Group Yang Aktif iii. Jangan Hanya Beriklan Semata-mata Langkah Mudah Mulakan
Bisnes Onlin | 2016
Anda perlu memilih Facebook Group Anda digalakkan untuk memberi informasi
yang aktif sahaja. Jika ahli group tersebut yang berguna dalam Facebook Group 49
pasif (tidak aktif), ia akan mengurangkan kerana ini akan meningkatkan respons
keberkesanan iklan anda kerana sambutan dan komen daripada ahli group. Contoh
terhadap iklan anda pasti dingin dan sepi. informasi yang boleh diguna adalah tip dan
Salah satu tanda aras group yang aktif ialah petua bagi menyelesaikan masalah tertentu.
jumlah keseluruhan ahli group melebihi Contoh:
10,000 orang kerana kebiasaannya group
yang mempunyai lebih daripada 10,000 5 tip untuk kekal wajah putih sepanjang hari
ahli ini adalah lebih aktif jika dibandingkan
dengan group yang hanya mempunyai 3 cara memakai shawl instant
bilangan ahli bawah daripada 10,000 orang
ahli. 4 langkah menjaga rambut kekal sihat

3 petua untuk kurus dalam masa 14 hari

HAK MILIK

MARKETING PLATFORM 1: FACEBOOK

iv. Gunakan Call to Action

Jangan sesekali meninggalkan sesuatu posting dalam Facebook Group tanpa ‘call to
action’. Perbuatan ini boleh diibaratkan seperti anda ingin pelanggan masuk ke kedai
tetapi anda tidak memberikan peta yang jelas bagaimana hendak ke kedai anda itu.
Contoh ‘call to action’ saya kongsikan di bahagian BONUS Ebook ini.

Langkah Mudah Mulakan v. Headline Posting Yang Menarik
Bisnes Onlin | 2016
Anda perlu membuat headline posting yang menarik supaya anda dapat menarik perhatian
ahli group untuk membaca iklan anda. Ini kerana anda perlu beranggapan bahawa
prospek hanya akan berminat untuk meneruskan pembacaan ayat iklan anda jika headline
yang anda gunakan itu dapat menarik perhatian mereka. Antara contoh headline menarik
yang anda boleh gunakan seperti:

• Rahsia cantik sepanjang hari

• Tips bebas jerawat
• Cara Mudah dapat Wang dalam Masa Singkat
50

Elakkan membuat ayat jualan yang terlalu panjang kerana anda perlu beranggapan
bahawa kebanyakkan orang membuka Facebook bukan bertujuaan untuk membaca buku,
melainkan sekadar untuk menghilangkan rasa bosan.

vi. Gunakan Gambar Yang Menarik

Selain headline dan copywriting yang baik, sediakan satu gambar yang menarik dan
mampu mengalihkan perhatian ahli lain di group. Ini adalah contoh-contoh gambar yang
menarik.

HAK MILIK


Click to View FlipBook Version