The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FA_Inilah Perjuanganku_Cikgu Azmi bab 11 ke bab 20

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farinafarush21, 2021-07-03 09:43:39

FA_Inilah Perjuanganku_Cikgu Azmi bab 11 ke bab 20

FA_Inilah Perjuanganku_Cikgu Azmi bab 11 ke bab 20

Inilah Perjuanganku

Nurani adalah suara hati. Jika fikiran tidak lurus, nurani
membetulkan. Namun bila nurani rosak, kepimpinan akan
menjadi jahat. Maka pemimpin yang berfikir untuk

memperalatkan rakyat
akhirnya akan berdepan
rakyat yang akan mengukur
prestasi seorang pemimpin
dengan nurani mereka.

Rakyat, Wakil
Rakyat dan
Jualan Murah

Meneliti senario politik
terkini, perasaan rakyat
bercampur antara marah
dan kecewa. Ada kekaburan dalam memahami hubungan
antara rakyat dan wakil rakyat. Dalam demokrasi wakil rakyat
boleh datang dari sebuah parti politik yang meletakkan seorang
dipileh oleh parti untuk dicalonkan dalam pilihanraya. Dalam hal
ini difahami bahawa jika dia menang maka dia mewakili rakyat
kerana dipileh dengan majoriti undi di sesuatu kawasan pilihanraya
di peringkat parlimen atau dewan undangan negeri. Akan tetapi
dia juga mewakili parti kerana dia bertanding atas tiket sebuah
parti.

Maka perjanjiannya adalah kepada rakyat dan kepada
parti. Lain pula jika dia bertanding atas status bebas dan jika dia
menang maka dia mewakili rakyat dikawasan yang dia menangi
tanpa terikat kepada mana-mana parti politik.

188

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Pada asasnya seorang wakil rakyat pada hakikatnya mewakili
rakyat. Parti adalah sekunder. Tetapi bila dia menang atas tiket
sebuah parti maka kebertanggungjawabannya berkait juga dengan
parti. Ini sah kerana dalam demokrasi yang membenarkan parti
politik ditubuhkan, jika jumlah kerusi yang dimenangi oleh sebuah
parti adalah majoriti ketimbang parti yang lain, maka ia boleh
membentuk kerajaan. Bermakna mereka yang dilantik dalam
kerajaan adalah di kalangan wakil rakyat dari parti atau pakatan
parti yang menang.

Disinilah demokrasi sering dimanipulasi untuk merebut
kerusi dan jawatan. Semurninya demokrasi bermula dengan hak
mengundi setiap pengundi yang layak tanpa paksaan, sehingga
boleh menyertai mana-mana parti politik untuk bersaing. Malah
boleh menjadi calon pilihanraya setelah memenuhi syarat, semada
bebas atau berparti.

Namun demokrasi juga sepatutnya dibatasi oleh kontrak
dan ikatan amanah dan kebertanggungjawapan seorang wakil
rakyat kepada rakyat. Sewajarnya sentimen rakyat tidak boleh
dipermainkan ketika berkempen dalam pilihanraya dengan
slogan, manifesto dan beragam gaya berfoto dengan rakyat.
Tetapi sesudah menang beralih wadah atas keputusan sendiri atau
berkomplot sesama wakil rakyat yang lain untuk mengkhianati
apa yang dijanjikan kepada rakyat melalui parti yang diwakilinya
ketika pilihanraya. Sepatutnya secara moral undi rakyat tidak
boleh dijual beli dengan tawaran jawatan dan kesempatan untuk
naik dalam karier politik.

Ketika rakyat dipengaruhi untuk mengundinya seorang
calon perlu sedar bahawa dia telah mengikat janji akan setia

189

Inilah Perjuanganku

kepada kepercayaan rakyat. Walaupun mungkin rakyat mengundi
berdasarkan parti politik bukan berasaskan calon, namun
keterikatan wakil rakyat tetap akauntabilitinya kepada rakyat
secara langsung, bukan hanya kepada parti.

Dewasa ini jelas wakil rakyat menjadi komoditi murahan.
Ada musim jualan murah membeli wakil rakyat oleh parti politik
yang memancing dengan umpan jawatan. Persetankan soal undi
rakyat yang memenangkannya atas janji parti politik yang
mempertandingkannya dalam pilihanraya. Musim jualan murah
wakil rakyat nampaknya menjadi kaedah persilatan politik dinegara
ini.

Cerita lompat parti dan khianat parti lumrah dalam politik
Malaysia. Bermula dengan berita angin kemudian menjadi realiti.
Bukan sekadar mengkhianati wadah yang melonjakkannya naik
kepersada medan politik, malah mempersenda kepercayaan
rakyat dengan dakwaan dia lebih tahu dari rakyat yang dianggap
bodoh. Tidak cukup dengan itu, tanpa rasa bersalah mengheret
gerombolan penyokongnya untuk turut serta dalam dakwaannya
akan ramai lagi bakal mengistihar keluar parti. Semua ini
dilakukan tanpa mengendahkan sedikit pun janjinya kepada rakyat.
Maka dia sanggup melelong diri dengan harga tinggi untuk dibeli
dipasar politik yang sangat murah. Harga sebenar bukan sekadar
wang dan jawatan tetapi hakikatnya adalah maruah dirinya sendiri.

Akan tetapi lantaran politik gaya ini menjadi sangat lumrah,
tidak ada wakil rakyat berasa bersalah untuk berada dalam
lembah politik kotor. Politik menjadi kotor kerana ahli politik yang
kotor. Atas nama politik dan kepetahan lidah berbelit

190

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

mengabsahkan tindakan politik kembiri dan politik nafsu perut
dan bawah perut, rakyat dibaham dengan rakus manakala wakil
rakyat hidup senang-lenang dan lumayan.

Kini gejala wakil rakyat menjual diri, Segar semula. Mereka
yang sudah selesa dijawatan tinggi setelah tawar-menawar politik
dimuktamadkan, persekitaran politik kotor mula dipenuhi
sampah dan jualan ahli politik terpakai yang sebenarnya murah.
Rumah belum siap, pahat pasti akan berbunyi. Sungutan, saling
melontar pendapat yang tajam dan sinis sesama ahli politik dalam
wadah politik mula heboh. Pertelagahan menuntut jawatan dalam
kerajaan walaupun dalam perikatan yang sama bergolak terus.
Rasa tidak puas hati mengenai bagaimana ghanimah politik
dibedak dan dibahagi-bahagikan tidak akan reda. Dakwaan parti
politik ini yang lebih menguasai kerusi dan parti politik itu yang
berperanan menjadi king-maker menjatuhkan lawan, akan saling
bertelagah dan berkomplot. Sesudah lawan dijatuhkan dengan
riuh rendah dipasaraya jualan politik murahan, kini jualan sesama
parti politik dalaman pula bermula.

Inilah kejelekan politik yang memualkan rakyat. Ahli politik
menuding lawannya berpolitik akan tetapi pada hakikatnya
memang orang politik pasti bercakap bernuansa politik selagi dia
adalah ahli politik berjawatan.

191

BAB 15

Politik & Va ksin
Covid-19

INILAH
PERJUANGANKU

Foto pemimpin dan ahli politik negara mendapat suntikan
vaksin Covid19 terpapar didada akhbar dan media sosial
menjadi lazim. Mereka bersama kelompok barisan hadapan
diberi keutamaan. Katanya kerana vaksin tak cukup nyaris
mungkin tidak mencukupi untuk menyuntik semua rakyat. Jadi
rakyat perlu bersabar katanya.

Covid19 dan Darjat Manusia

Melihat kepada kesan pandemik Covid-19, ternyata bukan sahaja
krisis yang tercetus terbatas kepada kesihatan dan ekonomi
malah ia merentas kepada politik dunia antarabangsa. Keputusan
pengundi Amerika Syarikat (AS) yang memenangkan Joe Biden
sebagai presiden AS yang ke 46 jelas terkait dengan pengurusan
wabak Covid-19 yang gagal dibendung oleh administrasi Donald
Trump.

Trump sangat ketara telah mempolitikkan Covid-19 sehingga
mendedahkan rakyat AS kepada bahaya yang sangat tinggi.
Sehingga rencana ini ditulis, dibawah Trump, Covid-19 mencecah
kepada lebih 10 juta kes manakala yang maut berjumlah hampir
240,000 orang warga AS. Kadar mereka yang dihospitalkan
melonjak naik pada angka yang menakutkan. Covid-19 menjadi
tajuk utama dalam kempen piliharanya presiden AS.

Di seluruh dunia Covid-19 memberi impak besar kepada
kerajaan yang memerintah. Dari Eropah sehingga Latin Amerika,

Inilah Perjuanganku

Russia, China dan Timur Tengah serta Asia Timur, rakyat bangkit
untuk menyatakan kemarahan mereka kerana ada yang tidak
berpuashati dengan keputusan yang diambil oleh pemimpin
politik dalam mengendalikan krisis tersebut.

Di Brazil, President Jair Bolsonaro dikritik keras kerana salah
mengendalikan krisis Covid-19. Beliau mengeluarkan kenyataan
bahawa pandemic tersebut hanya sebuah fantasi. Akibatnya 64%
warga Brazil menolaknya malah 44.8% menyokong untuk beliau
dibicarakan (impeachment).

Di Kanada, sidang parlimen ditunda. “House of commons”
memutuskan Jawatankuasa Kesihatan dan Kewangan dibenarkan
bermesyuarat mingguan sepanjang pandemik. Pemilihan
kepimpinan parti politik ditangguh.

Di China beberapa pengurusan peringkat provinsi dipecat
oleh Parti Komunis China kerana tidak mengurus kuarantin
berkenaan Covid-19 dengan betul. Ada yang melihat tindakan
ini untuk melindungi Xi Jinping, Setiausaha Agong Parti
Komunis dari kemarahan rakyat.

Covid-19 telah memberi impak juga kepada perhubungan
antarabangsa dan sistem politik pelbagai Negara. Malah ada
urusan legislatif yang terpaksa digantung. Ada pemimpin Negara
dan ahli politik yang terpaksa dikuarantin kerana dikesan
positif Covid-19. Jadual pilihanraya juga terpaksa ditunda atau
dibatalkan kerana dikhuatiri akan merebakkan Covid-19.

Respon kepada pandemik global sebegini ini tidak pernah
berlaku dan ia telah memberi kuasa yang lebih merangkumi
kepada kerajaan. Dalam keadaan wabak Covid-19 ini kerajaan tidak
mahu kehilangan kuasa apabila krisis ini berlalu.

194

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Pandemik ini jelas mencetuskan rasa nasionalisme yang kuat
dan ada Negara yang mengelami peningkatan rasa cinta kepada
Negara. Di Itali sokongan meningkat kepada 27 peratus, Jermani
+ 11 peratus, Perancis +11 peratus. Namun di Amerika Syarikat,
Trump tewas kerana gagal menangani kes Covid-19. Populariti
pemimpin politik jelas sangat terkesan akibat Covid-19 semada
dimarahi rakyat atau sebaliknya.

Sekurangnya 84 negara yang telah mengistiharkan
darurat dalam respon mereka terhadap wabak Covid-19 yang
mencetuskan kekhuatiran terhadap salah guna kuasa. Akibatnya
laporan dari Reporters without Borders mendakwa 38 negara yang
telah menghadkan kebebesan media. Selain itu larangan
perhimpunan untuk protes, menunda pilihanraya manakala
pembangkang tidak dapat menjalankan kempen berkesan. Ada
yang menguatkuasakan larangan pergerakan secara selektif
keatas parti politik pembangkang, mengedarkan bantuan kepada
penyokong politik dan meminggirkan minoriti dan golongan
migrant. Selain itu banyak Negara yang melancarkan program
mengesan kes Covid-19 yang menimbulkan rasa tidak senang
dikalangan warga awam.

Keresahan rakyat ialah apabila ada pemimpin Negara dan ahli
politik yang mengunakan alas an Covid-19 secara manipulative
untuk meraih sokongan dan juga ada yang menggunakan
krisis kesihatan untuk sengaja mengenepikan demokrasi dan
perlembagaan untuk kekal berkuasa.

Keputusan menyediakan bajet Covid-19, jika tidak dilakukan
dengan teliti akan merosakkan Negara. Sayangnya perbahasan
di parlimen bukan untuk memastikan bajet diuruskan dengan

195

Inilah Perjuanganku

berkesan tetapi hanya untuk berselindung disebalik pernyataan
angka, akan tetapi tidak dapat dipertahan dengan sandaran yang
realistik.

Kerosakan yang bakal diterima apabila politik Covid-19
terlalu ditekankan ialah rakyat yang akan menderita dan terpaksa
menanggung nasib akibat karenah orang politik.

Wakil rakyat harus sedar bahawa amanah dan mandat
rakyat untuk memastikan kepentingan rakyat didahulukan perlu
dijunjung. Namun nampaknya ia tidak dilakukan dengan
sejujurnya. Ahli politik bertelagah dalam parlimen ketika mana
pihak yang bertahan kuasa berhujah dengan seribu alasan untuk
menidakkan kritikan dan bantahan.

Peperangan keatas Covid-19 tidak mungkin dapat dimenangi
jika krisis kesihatan dan ekonomi dijadikan bahan debat politik
dengan tidak meletakkan penyelesaiaan sebagai tumpuan.

Bajet 2021 yang dijenama dengan Bajet Covid-19 akan
hanya menjadi retorik angka, jika ahli politik hanya memikirkan
kedudukan dan jawatan yang dijamin dengan pelbagai
keistimewaan dan pendapatan yang lumayan.

196

BAB 16

Islam Dan Urus
Tadbir Malays ia

INILAH PERJUANGANKU

Pada 31 hb Julai 2018, aku menghantar memorandum
kepada Pejabat Perdana Menteri Putrajaya. Banyak yang
aku fikirkan mengenai ehwal Islam di negara ini. “Soalnya
sejauhmana prestasi pengurusan dan pentadbiran institusi Islam
dinegara ini? “tanya aku kepada Tun Dr Mahathir, Perdana
Menteri ketika itu. “Kita tidak ada pilihan melainkan kembali
kepada Al Quran sepenuhnya “Tun M berucap panjang dalam
pertemua yang aku serta.

“Kalau begitu, bagaimana Quran perlu diterjemahkan dalam
realiti dan dalam urustadbir Malaysia melalui polisi yang digubal?”
Aku bertanya. “Kita tidak harus membiarkan faham sekularisme
menguasai negara ini, kerana ada pihak yang berfahaman Islam
hanya urusan peribadi dengan Tuhan semata-mata.”

Cabaran kita amat besar dan kita perlu mengembleng
semua cendikiawan serta organisasi Islam bergabung tenaga
untuk mengangkat martabat Islam di negara ini. Aku menulis
pandanganku kepada Perdana Menteri yang menyentuh perkara
pokok yang perlu dipertimbangkan:

Pengurusan Ehwal Islam Di Malaysia:

1. Mengenai JAKIM:
i. Kami mengalu-alukan pengumuman Tun Dr Mahathir
untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menilai

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

peranan Jakim. Ahli jawatankuasa tersebut seharusnya
terdiri dikalangan ilmuan yang mempunyai komitmen yang
tinggi untuk memajukan dan meningkatkan kesedaran
Islam, bukan yang hanya bersikap apologetik terhadap
Barat.

ii. Jawatankuasa tersebut perlu diwakili juga dari kalangan
masyarakat sivil yang telah bekerja selama ini untuk Islam
dan memilikki kefahaman yang jelas tehadap hal ehwal
dan realiti lokal, nasional dan antarabangsa.

iii. (Penilaian itu perlu meneliti struktur organisasi Jakim,
fungsi setiap bahagian dalam Jakim, releven atau tidak,
kualiti kerja dan keberkesanan program-program yang
dilaksanakan, kualiti, serta ketrampilan serta tahap
dedikasi petugas-petugasnya, pengurusan kewangan,
mengenal pasti kelemahan, salahguna, pembaziran dan
rasuah.

iv. Peranan Jakim seharusnya:

• Mengukuh dan mempromosi kesatuan dikalangan
Muslimin tidak kira perbezaan mazhab. Mengelak
perbezaan sektarian, konflik dan perpecahan umat
seharusnya peranan terpenting Jakim. Pengaruh dari
ulama Saudi telah mencetuskan pemikiran ideologi
takfiri. Risalah Amman perlu diketengahkan semula.

• Bina jaringan dengan agaensi-agensi Islam yang lain
serta organisasi masyarakat sivil untuk bekerjasama dan
mendepani cabaran kuasa imperialisme, zionisme dan
modeniti Barat.

199

Inilah Perjuanganku

• Menganjurkan persidangan antarabangsa untuk
membangunkan pelan strategi untuk menghadapi cabaran
yang didepani kaum Muslimin.

• Bangunkan strategi untuk menangani kerosakan budaya
dan intelektual dikalangan umat Islam yang datang dari
pengaruh Barat.

• Menilai semula pendidikan Islam di sekolah- sekolah
untuk meneliti semada ia melahirkan pelajar yang
beriltizam dengan Islam dan mengamalkan nilai etika,
akhlaq serta perilaku Islam sebagaimana sepatutnya.

• Mengujudkan program untuk memperkasa Qaryah
and menjadikan setiap masjid sebagai pusat aktiviti
perberdayaan masyarakat.

• Mengkaji masalah-masalah sosial dan mencari langkah
untuk mengatasi kerosakan sosial yang berleluasa.

• Membina unit yang memberi respon pantas kepada
serangan terhadap Muslim dan Islam.

v. Penilaian semula peranan dan fungsi Jakim sewajarnya
ke arah memperkukuh Jakim dan meningkatkan
keberkesanan program dan gerakerjanya.

2. Demikan juga kami mengusulkan agar
keberkesanan Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama
Islam negeri dapat dinilai dan ditambahbaik fungsi
dan peranannya.

200

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Isu-isu utama:

1. Kepimpinan Islam

Kepimpinan Islam, dari Raja hingga kebawah perlu menunjukkan

contoh yang baik dalam kepimpinan Islam yang berdasarkan

panduan Al Quran, Hadith, dan kehidupan Rasulullah s.a.w. serta

para khalifah yang terdahulu. Tingkahlaku yang tidak baik

dikalangan sebahgian pemimpin, termasuk amalan korupsi,

salahguna kuasa dan perilaku yang tidak bermoral, telah

memerosakkan imej Muslimin dan Islam. Mereka perlu hidup

dalam kesederhanaan dan mengelakkan diri dari hidup

bermewahan dan amalan yang bertemtangan dengan Islam. Model

teladan mereka seharusnya Umar ibn al Khatab dan Umar ibn

Abdul Aziz. Para Mufti dan Ulama perlu berani untuk menegur

pemimpin jika ada dikalangan mereka yang menyalahguna kuasa

dan melanggari ajaran Islam.

2. Pemerkasaan Ekonomi

Setelah 60 tahun mencapai kemerdekaan, dengan kedudukan
istimewa dan peruntukan berbilion ringgit, kita maseh gagal
mengujudkan sebuah komuniti bisnes yang boleh berbangga
dan boleh bersaing dengan kaum lain semada diperingkat lokal
mahupun antarabangsa. Kita telah melahirkan beberepa orang
jutawan, sebahgian mereka hidup mewah dan tidak pula mahu
membantu komuniti mereka agar kuat dalam ekonomi. Kita telah
melahirkan sebuah kelas komuniti bisnes yang berciri Ali-Baba
yang materialistik yang mahu menjadi kaya tanpa perlu berusaha
dan bergantung kepada kerajaan untuk menyuap mereka. Ujud
suatu skim yang secara asasnya sebuah polisi yang kononnya

201

Inilah Perjuanganku

untuk membantu Bumiputera, tetapi tercapai matlamatnya. Skima
itu perlu diperbaikki jika kita mahu maju kehadapan.

3. Pendidikan

Pengajaran Islam disekolah-sekolah perlu dinilai semula untuk
meningkatkan kandungan dan pembelajaran bukan sahaja
untuk memahami amalan ritual dalam Islam, akan tetapi perlu
diterapkan nilai-nilai Islam - kejujuran, kerajinan bekerja, sedia
berkorban, hidup sederhana, elak hidup mewah, mengasihani dan
pemurah terhadap kelompok miskin, sedar sebagai warga Ummah
dan sedia menentang penindasan.n

4. Sosio-Ekonomi

Kita melahirkan masyarakat yang tidak adil dan tidak saksama
yang jelas bertentangan dengan prinsip Islam. Ujud jurang
yang besar antara yang kaya dan yang miskin. Jutaan hidup
dalam keadaan kais pagi makan pagi (from pay cheque to pay
cheque). Institusi keluarga runtuh akibat masalah kewangan.
Kita mengalakkan masyarakat hidup materialistik dan memilikki
barangan dan perkhidmatan secara kredit yang mengakibat hidup
dalam linkungan hutang.

Sementara yang kaya hidup dalam mahligai, yang miskin
terpaksa hidup sebagai gelandangan (underclass ghettoes),
jenayah, penyalahgunaan dadah, pelacuran semakin berleluasa.
Pornografi boleh diperolehi pada bila-bila masa melalui internet
dan smartphone. Tidak dapat dinafi penghakisan aklaq sangat
parah dan tidak ada usaha berkesan untuk menangani dan
menghalang gejala tersebut.

202

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

5. Rempuhan dari Barat
Berlaku usaha yang bersungguh dari kumpulan sekular,
yang dibiaya oleh Barat, untuk mentafsir semula Islam bagi
mengakomodasi nilai sekular Barat. Berlaku gerakan yang
kuat untuk menghalalkan aktivisme LGBT dibawah topeng
mempromosi dan mempertahankan hak manusia. Mereka mahu
mencabar identiti Islam yang telah menjadi akar sejarah negara
ini. Mereka hanya memberi kata-kata lunak (pay lip service)
kepada kedudukan “Islam sebagai agama persekutuan” dalam
perlembagaan. Mereka menolak peranan Islam dalam ruang
publik, penggubalan polisi dan pentadbiran kerajaan.
6. Pembebasan Palestin dan Masjid Al Aqsa
Kerajaan perlu menegaskan pendirian kepada kolusi antara Saudi-
UAE- Mesir yang memecahbelahkan umat Islam dan menyerah
diri kepada perancangan Zionis dan meninggalkan sokongan
kepada perjuangan Palestin.

203

Inilah Perjuanganku

Persoalan “HALAL YANG HARAM”

Sangat dikesali dikala tahun 2020 berakhir dan tahun 2021
menjelang, sedang negara bergelut dengan pandemik Covid-19,
tiba-tiba isu kartel daging import pula meledak tanpa disangka.

Jelas, isu besar sebegini sangat memerlukan kebijaksanaan
tahap tinggi untuk diselesaikan. Sementara itu langkah penyelesaian
harus menjadi utama dalsm mengendalikan isu ini supaya negara
tidak menjadi huru-hara.

Dalam isu Covid-19 memang langkah pencegahan
perlu menjadi keutamaan. Namun ketelusan maklumat serta
mengendali mereka yang melanggar arahan harus saksama. Jangan
ada diskriminasi dan pengkastaan walau apapun kedudukan
seseorang, wakil rakyat bertaraf menteri atau orang biasa. Kini
semua negara mengejar vaksin.Berbilion dolar sedia dibelanjakan.
Enam syarikat pengeluar vaksin dunia bakal menjadi rebutan
untuk negara memulakan suntikan kepada rakyat masing- masing.
Mungkinkah ada yang akan mengambil kesempatan lalu
mencetuskan pula Skandal Vaksin Vovid-19?

Namun dalam isu kartel daging import, suatu persoalan
yang samasekali berbeza. Rakyat terutama masyarakat Islam
berhak marah. Keyakinan selama ini dalam hal pengsijilan halal
dan pemantau tiba-tiba menjadi tanda tanya.

Memang kebelakangan ini sensitiviti terhadap kehalalan
menjadi perhatian. Pengguna Muslim memberi kepercayaan tinggi
kepada pihak berkuasa untuk menjaga industri halal negara.

Ketika isu pendatang tanpa izin dikawal ketat dengan
meningkatkan kawalan disemua sempadan darat, laut mahupun

204

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

udara, rupanya kemasukan barangan (daging beku) yang
diimport oleh syarikat kartel yang memonopoli pasaran dan
kemudian memalsukan penggunaan sijil dan logo halal untuk
dipasarkan dipasaran tempatan, tidak dijangka telah beredar ke
seluruh negara. Belum pasti berapa lama hal ini telah beroperasi.
Pokoknya penemuan bahawa adanya penipuan ini sudah cukup
mencetuskan kejutan dan kegelisahan rakyat.

Maka tersebarlah daging tidak halal menjadi halal hanya
dengan menampalkan logo halal yang palsu kepada pek kotak
daging yang tidak halal. Barangkali suapan hanya bernilai beberapa
ratus atau ribu ringgit telah memboloskan sistem kawalan halal
yang diuruskendali oleh agensi yang berkenaan.

Bermula hal ini didedahkan oleh media awam kepada
khalayak ramai, maka riuh rendah reaksi dikalangan ahli politik,
persatuan pengguna dan tokoh masyarakat kedengaran. Informasi
yang sah dan yang tidak disahkan berlegar dalam media sosial.
Sememangnya dalam sesuatu krisis, kenyataan palsu, komentar
berlebihan, tindakan tidak rasional boleh sahaja berlaku. Meraih
populariti dan menunding, amat mudah dikala krisis. Namun
mencari penyelesaian yang tuntas itulah yang sukar.

Tidak dinafikan bahawa agensi-agensi yang
dipertanggunjawabkan memang akan segera menjadi tumpuan
dalam simpang siur perbahasan terbuka. Malangnya kadang-
kala serangan terhadap sesebuah agensi agak berlebihan. Dikala
siasatan didesak agar dilancarkan, kenyataan-kenyataan yang
berlebihan tersebar dalam sosial media, sehingga muncul
hukuman di mahkamah awam mendahului pendakwaan dan
perbicaraan dimahkamah sebenar. Persepsi menguasai objektiviti
sehingga ada yang menjadi fitnah diluar kawalan.

205

Inilah Perjuanganku

Kami bersetuju bahawa merongkai isu ini harus pantas dan
tuntas. Yang menjadi harga yang terpaksa dibayar ialah keyakinan
rakyat terhadap agensi awam serta imej dan integriti negara
dari kacamata dunia terhadap Malaysia yang dianggap pelopor
industri halal.

Sementara siasatan dilakukan dan janji pendakwaan akan
menyusul, sistem kawalan dan pemantauan itu sendiri perlu
disemak. Apabila industri halal sudah melonjak kepada nilai
berbilion ringgit, yang pasti, akan ada pihak yang mencari
peluang untuk meraih keuntungan dengan jalan pintas hingga
sanggup melakukan penipuan berskala besar.

Dari proses pengsijilan hingga kepada penggunaan logo
halal, akan ada ruang dinana pengawalan dan pemantauan akan
terlepas pandang. Disinilah peluang terbuka kepada mereka yang
akan mengambil kesempatan. Dari pembungkusan, pelabelan
hingga kepada memasukkan kedalam kontena untuk dihantar
pasar runcitan, pasti akan berlaku kebocoran.

Sementara itu dasar, perundangan serta penguatkuasaan
undang-undang perlu dinilai dan disemak dari masa kesemasa.
Ia harus melihat semua aspek pengawalan dan pemantau yang
meminimakan ruang untuk salahguna kuasa atau penipuan. Ketika
ujudnya permintaan yang tinggi dikala musim perayaan, sistem
yang digubal perlu mampu mengatur mekanisme untuk
mengetatkan kawalan.

Walau apapun sistem yang diujudkan, faktor manusia tetap
menjadi punca semada pengawasan menjadi berkesan atau tidak.
Sistem yang kendali sendiri oleh manusia bergantung kepada
keutuhan kawal kendiri dan integriti pihak yang

206

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

diamanah kepada mereka yang bertanggunghawab. Bermula dari
proses permohonan, tapisan, pemeriksaan, kelulusan dan
pemantau semula, semua bergantung kepada kakitangan yang
dipertanggungjawabkan. Jika petugas memilikki sifat integriti dan
amanah yang tinggi, insiden penipuan akan dapat diminimakan.

Bermakna isu apapun yang berkaitan dengan urusan
pentadbiran negara bergantung kepada nilai kejujuran, amanah,
pertanggungjawaban yang dihayati oleh setiap petugas. Dalam
bahasa yang lebih ruhaniyyah bermakna sifat amanah, ihsan,
keimanan, mu’min, ketaqwaan dan tanggungjawab sebagai insan
ibadurrahman akan dapat mengawal penyelewengan.

Kini isu kartel daging import akan terus berlanjutan. Jika ia
reda dan terkeluar dari radar perbahasan awam, ia tetap sudah
mencalar imej pihak berkuasa yang berkaitan. Ia akan membekas
dalam imej insitusi yang berkenaan.

Kami percaya keyakinan masyarakat terhadap agensi
berkaitan boleh kembali dipulih. Terpulang kepada kesungguhan
yang mahu dipamir oleh seluruhan organisasi agar agensi yang
dipertanggungjawab berusha ke arah sifar penyelewengan dan sifar
rasuah. Apabila yang haram dijadikan halal atas dasar penipuan,
bukan sahaja soal pengkhianatan yang dimarahi malah juga soal
keyakinan yang runtuh keatas institusi yang berkenaan.

Disinilah reaksi supaya sebuah suruhanjaya diraja disarankan
ditubuh untuk siasatan dijalankan.Bukan sahaja untuk mencari
punca dan siapa yang terlibat tetapi untuk mengusulkan
pembaikan kepada sistem yang ada.

207

Inilah Perjuanganku

Sudah lama Akta Halal diminta digubal. Sebenarny sejumlah
undang-undang meliputi isu halal. Ini termasuk Akta Perihal
Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan
Penandaan Halal) 2011, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal)
2011 dan Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Fi Perakuan dan
Penandaan Halal) 2011 telah memperkemaskan lagi undang-
undang berkaitan halal di Malaysia.

Selain itu terdapat beberapa undang-undang yang secara
tidak langsung mengandungi peruntukan berkaitan halal seperti
Akta Makanan 1983, Regulasi Makanan 1985, Akta Binatang 1953
(Semakan 2006), Peraturan Haiwan 1962, Akta Kerajaan
Tempatan 1976 dan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa
Tempatan, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Kastam
1967, serta Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri.

Akta Perihal Perdagangan dianggap boleh mencukupi
memelihara agar penyelewengan dan pelanggaran undang-
undang dapat dibendung. Akan tetapi oleh kerana pengsijilan
halal bukan sahaja soal label dan pengesahan kehalalan, namun
ia juga melibuti segala proses yang berkaitan pengeluaran,
pembungkusan, pengedaran, dan pengangkutan sehingga
pemborongan dan peruncitan.

Soalnya adakah perundangan boleh mengawal isu halal
dengan sempurna Jawapannya tidak. Pengawalan dan pemantauan
punya keterbatasan. Faktor manusia yang terdedah kepada
keinginan untuk meraih keuntungan melalui jalan pintas sentiasa
boleh membocori sistem perundangan.

208

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Bermakna isu halal bukan sahaja soal pengsijilan. Akan tetapi
ia berkait soal amanah mereka yang dimandat supaya menjaga
kesuciaan sesuatu produk untuk konsumpsi pengguna Muslim.
Semua pemegang taruh dalam industri halal adalah penting:
pembekal, pengilang, pemborong, pengesah halal, pengawalan
dipelabuhan.

Kami menegaskan jika soal pengsijilan halal dikawal oleh 4-5
agensi penguatkuasa kenapa suatu operasi penipuan dokumen dan
logo halal import daging dari luar boleh berlaku bernilai lebih
Rm 30 juta baru-baru ini?

Pengajaran yang seharusnya diambil ialah integriti petugas
dan agensi adalah jauh lebih penting dari soal sejumlah undang-
undang yang bertujuan mengawal industri halal. Terserah kepada
pihak berkuasa bagaimana mengemaskan sistem pengawasan dan
pemantauan supaya integriti industri halal di negara tidak runtuh di
kaca mata dunia.

209

BAB 17

Hijrah Bangsa

INILAH
PERJUANGANKU

Dari Jiwa Hamba Kepada Jiwa Merdeka

K ita sedang melalui suatu zaman fitnah luar biasa. Dari
satu sudut persoalan jatidiri bangsa terhakis secara
sangat pentas, kita juga menyaksikan kemerosotan
yang sangat mengerikan krisis kepimpinan bangsa yang bakal
mencukupkan syaraat untuk kita hancur seluruhnya.

Sangat aneh dikala pempin-pemimpin yang memegang kuasa
cuba memberi gambaran bahawa semuanya dalam keadaan
stabil namun reality dari apa yang dipaparkan dalam media,
menunjukkan percakaran untuk merebut jawatan sudah
memuncuk kepada amalan yang menjijikkan. Setelah bertahun-
tahun kita cuba mengushakan perubahan bangsa, nampaknya
keadaan tidak semakin membaik malah terus meruncing. Kami
mencari punca kepada situasi yang parah ini.

Yang jelas dapat diketengahkan ialah antara lain rupa-rupanya
bangsa ini maseh belum cukup beranjak dari sindrom jiwa hamba.
Sebagai sebuah bangsa yang telah melalui proses transformasi total
bila memdapat sentuhan Islam sejak abad 14 lagi rupa-ruupa
pengelaman dijajah selama 446 tahun dan merdeka selama 51
tahun maseh tidak menampaknya sindrom jiwa hamba dilepasi.

Maka sebagai kaibat terbelengulah manusia Melayu dalam
pemikiran dan jiwa hamba yang membeku. Hal ini TERAS

Inilah Perjuanganku

melihat sebagai punca besar. Sementara ada yang boleh menafikan
ujudnya sindrom ini namun relaiti kehidupan merupakan
manifestasi yang tidak dapat diselindung sebagai kenyataan yang
member wajah harian bangsa ini.

Feneomeno jiwa hamba amat mengesankan sehingga ia
memabawa kesan berjenegarsi. Ia juga merentas segala aspek
perjawatan termasuk juga dalam hal kemasyarakatan. Jiwa hamba
bukan sekadar sebuah nilai abstark tetapi adalah belenggu yang
mengongkong dan memenajar setiap insane Melayu yang tidak
dapat keluar dari kepompong penjajah.

Dengan sebab itu kami mengenengahkan….

Persoalan bangsa memerlukanm perbincangan bukan lagi
yang bersifat akademik. Akan tetapui perbahasan yang menjurus
kepada tindakan yang dapat merungkai kemelut dan kekusutan
secara tuntas

Untuk yang demikian TERAS ingin berganjak dari sekadar
membicara persoalan abstrak yang belum jelas penyelesaian dan
kepentingannya. Akan tetapi kami berpandangan yang lebih
segera dan lebih mendesak ialah menangani persoalan-persoalan
secara zahir yang sedang berlaku dan sedang mengikis jatidiri
bangsa sekaligus melesukan sendi kekuatan bangsa.

Sememangnya juga kami tidak menafikan bahawa punca
asal dari kekusutan bangsa yang berlaku kini bermula awal dari
persoalan rosak pemikiran dan ini pula bercambah dari dasar
dan konsep ilmu yang salah. Sememangnya juga menghurai dari
dasar masalah bersifat konsep itu leebih mampu mencernakan
penyelesaian yang lebih mapan lantaran dari konsep ilmu yang
salah itu jualah yang membenihkan kerosakan yang berentetan.

212

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Namun begitu sementara persoalan alam pemikiran yang
dikaitkan dengan epistemology serta pandangan alam bangsa
perlu disejahterakan semula, kami berpandangan masalah
perlakuan dan tabiat seharian bangsa perlu segera dirubah. Kami
berpandangan bahawa sudah terlalu berlarutan kita dikusutkan
dengan isu-isu yang jelas belum diselesai dengan muktamad
bahawa ada isu yang tidak memerlukan perbahasan yang
berpanjangan.

Bahawa jika bangsa ini dapat digembleng dan dikerah
untuk dimerdekakan dari segala kebejatan, bebanan bangsa yang
menyebabkan daya maju dan daya membangunkan akan segera
dapat diringankan dan seterusnya memperkasakan bangsa akan
menjadi lebih berjaya. Pendekatannya jelas, perangi yang fasad
dan mungkar dalam kehidupan bangsa dan suburkan yang
membina dan yang soleh dalam seluruh amalan kehidupan.

Lantaran itu, kami merasa amat janggal membicara
yang abstrak sedang umat Melayu terus melata sebagai yang
contohnya paling tinggi terlibat dengan gejala dadah di Negara
ini. Kita menjuarai hamper semua gejala social yang kini menjadi
seolah – olah watak bangsa yang hamper serasi. Ketika mana
kita sedang bergelut dan bersimpang siur membahas masalah
symbol ketuanan, bangsa ini jualah ramai berada di bawah paras
kemiskinan dan dihimpit dalam miskin tegar.

Di saat media ghairah memperkatakan soal kontrak social
dipolemikkan, bangsa ini jugalah yang tidak berdaya memastikan
kehidupan di kawasan desa dapat dipertahankan dari tanah milik
bangsa ini tidak lenyap ditelan pembangunan.

213

Inilah Perjuanganku

Justeru, bangsa Melayu masih terus berada dipinggir
walaupun sebuah kebijaksanaan bernama DEB dijadikan
pendekatan untuk menyelamatkan status bangsa dalam
proses kemajuan pasca merdeka. Malangnya, atas nama DEB
inilahgolongan elit menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk
membolot kekayaan. Sementarabangsa Melayu terbanyak masih
berada dipinggir arus pembangunan.

Kami menjadi semakin yakin bahawa kerja penting yang
perlu digerakkan untuk mengembalikan bangsa Melayu kepada
martabat yang mulia dan dihormati adalah member focus kepada
soal membenteras segala unsur yang fasadyang dibebani
bangsaini.

Sudah tiba bangsa kesedaran kita merentap dari semua
sempadan politik dalam soal merawat penyakit yang menjangkit
jiwa dan perilaku bangsa Melayu. TERAS munkin benar dengan
pengemblengan bersungguh semua kelompok masyarakat serta
agensi dan institusi bangsa Melayu. Kita berpotensi untuk keluar
dari kekusutan dan kemelut bangsa yang sudah sekian lama
berlanjutan.

Secara realistikk gerakan kita perlu menangani hal-hal yang
jelas tidak perlu berpolemik panjang. Kita kerah habis-habisan
tenaga seluruh masyarakat kita untuk menghapuskan gajala dadah
hingga ke akar umbinya. Sudah jutaan wang dihabiskanuntuk
mengatasi sindiket dadah yang membunuh ini. Seluruh
masyarakat perlu digemblengkan sebagai laskar memerangi
penyalahgunaan dadah “once and for all”.

Demikianlah juga ketika kita masih melihat adanya
kecenderungan segelintir bangsa Melayu berjinak-jinak dengan

214

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

arak. Industri syaitan yang dibenarkan berada di tengah-tengah
masyarakat ini tidak harus dikompromi. Apakah susah benar
untuk kita mengatasi isu arak ini walaupun ia nyata sebuah
industry yang beroperasi dengan lessen yang dilulus oleh pihak
kerajaan sendiri.

Sementara isu arak dianggap terkecuali dari isu orang bukan
Islam. Akan tetapi sebenarnya kita tidak berusaha secara agresif
untuk memastikan air syaitan ini dibasmi dari bumi Malaysia seperti
yang dapat dilakukan di Brunei Darussalam.

Bangsa Bukan Jaminan

Kita boleh cinta atau sayangkan bangsa kita (mengikut syariat
Allah) daripada dihina/diperlekehkan oleh orang lain tapi kita
tidak boleh terlalu fanatik kepada bangsa….hingga menjadi
pejuang bangsa yang tidak punya halatuju hingga sanggup
mengadai Islam demi pejuangan bangsa yang sempit dan
menghalalkan yang haram demi kerana bangsa.

Persoalan BANGSA kadangkala menjadi terlalu sensitif

buat sesetengah orang. Manusia boleh bersengketa apabila

BANGSA mereka disentuh oleh pihak lain. Bangsa Yahudi

merupakan satu contoh bangsa yang terlalu fanatik dengan

fahaman bangsa. Mereka mengira, merekalah bangsa termulia di
sisi Tuhan. “Kemuliaan” yang mereka sangka itu seolah-olah
“mengizinkan” mereka untuk berbuat apa sahaja ke atas

bangsa selain daripada mereka.

Bangsa Yahudi ini menganggap bangsa lain sebagai “haiwan”
yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya dan halal
darahnya. Persoalannya, apakah ada jaminan bahawa sesuatu

215

Inilah Perjuanganku

bangsa itu beroleh kelebihan berbanding bangsa lain? Adakah
hanya sesuatu bangsa itu sahaja yang mulia dan mewarisi bumi
ini?

Tidak ada jaminan dan nas yang mengatakan bahawa
sesuatu bangsa itu dapat mengekalkan kuasa dan kedaulatannya
jika asasnya hanya kerana mereka adalah pribumi tanah nenek
moyang. Sudah banyak contoh umat yang terpinggir dan terusir
dari tanahair yang mereka sangka pusaka kekal mereka dan tidak
sedikit juga yang telah luput dari dunia ini.

Sebenarnya Allah S.W.T lebih awal memberi jaminan
dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya
telah Kami tulis di dalam kitab Zabur sesudah (Kami
tulis di dalam) Lawh Al-Mahfuz, bahawasanya bumi ini
dipusakai hamba-hamba-Ku yang salih” (Al-Anbiya: 105).
Terbukti, yang berhak mewarisi bumi dan tanahair ini
hanyalah hamba-hamba Allah yang memiliki sifat salih dan
tidak semestinya pribumi tanahair.

Telah berapa banyak bangsa-bangsa yang terdahulu telah
dihancurkan dan dilenyapkan oleh Allah S.W.T dari muka bumi
ini. Antaranya, sebagaimana yang telah berlaku kepada kaum Nabi
Lut, Kaum Ad dan kaum Thamud. Begitu juga apa yang berlaku
kepada Firaun, Qarun dan Haman. Mereka yang ini dihancurkan
oleh kerana dosa yang diperbuat oleh mereka sendiri.

Maka terbuktilah firman Allah S.W.T yang bermaksud
: “Maka tiap-tiap (mereka itu) Kami siksa disebabkan
dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan

216

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang
ditimpa suara yang keras mengguruh, dan di antara mereka
ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan ada di antara
mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali
tidak hendak menganiayai mereka, akan tetapi merekalah
yang menganiayai diri mereka sendiri.” (Al- Ankabut : ayat
40).

Demikianlah beberapa contoh azab yang ditimpakan Allah
S.W.T ke atas bangsa-bangsa yang disangka perkasa tetapi boleh
hilang di dunia dalam sekelip mata. “Kehilangan” mereka itu
adalah akibat dari dosa-dosa mereka sendiri. Tuhanlah yang
berkuasa dengan Kudrat-Nya samada hendak mengekalkan
ataupun menghancurkan mereka dengan cara yang dikehendaki-
Nya bergantung kepada jalan mana yang mereka itu pilih, jalan
kesalihan atau kedurhakaan.

Inilah apa yang dikatakan hakikatnya, dosa akan membawa
binasa. Allah S.W.T telah berulangkali telah menegaskan
hakikat ini di dalam firman-Nya yang bermaksud : “Apakah
mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi
yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal
(generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di
muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami
berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat
atas mereka dan kami jadikan sungai-sungai mengalir di
bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana
dosa mereka sendiri dan kami ciptakan sesudah mereka
generasi yang lain.” (Surah Al-An’ar : ayat 6)

217

Inilah Perjuanganku

Begitulah kesekelian kalinya Allah S.W.T menyebutkan dan
mengingatkan bahawa kekuatan, kekuasaan, kekayaan dan
kebangsaan sama sekali bukan jaminan untuk sesuatu bangsa
terus kekal dan berkuasa. Untuk bangsa yang lupa dan berbuat
derhaka adalah terlalu mudah bagi Allah S.W.T membinasakan
mereka apabila Dia menghendakinya. Hancurnya kaum Ad,
kaum Thamud, karamnya Qarun tidak pernah ditangisi oleh dunia
malahan menjadi satu kesyukuran pula kepada orang-orang yang
mengerti apa yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.

Sesuatu bangsa boleh jadi ada, boleh jadi tiada. Dan
pembinasaan sesuatu bangsa itu boleh datang dalam pelbagai
bentuk dan cara. Antaranya seperti dengan datang wabak
penyakit, kejatuhan ekonomi, bencana alam dan sebagainya.
Demikianlah hakikatnya, ramai manusia dan bangsa tertipu dengan
sedikit kesenangan dunia lantas tidak bersyukur kepada Allah
S.W.T sebaliknya membalas dengan membuat dosa dan kezaliman.
Tidak pernah mahu menginsafi dan memikirkan bahawa apa yang
mereka miliki dan kecapi itu tidak lain hanyalah amanah Allah
S.W.T kepada mereka.

Allah S.W.T adalah pemilik mutlak dan berhak menarik
nikmat-Nya itu bila-bila masa dan dengan cara apa sekalipun. Isu
penggantian suatu bangsa dengan bangsa yang lain ini telah banyak
disebut di dalam Al-Quran. Semisal di dalam Surah At- Taubah
ayat 38 dan 39, Allah telah memberi amaran kepada mereka yang
kehilangan dan pudar perjuangan, mabuk dengan kesenangan
hidup dunia dan terpedaya dengannya dapat membunuh dan
melumpuhkan daya juang sayangkan agama.

218

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Bangsa yang telah gila kebendaan yang secara langsung
melumpuhkan idealisme perjuangan adalah bangsa yang
akan segera hilang di dunia. Inilah amaran Allah S.W.T
yang bermaksud: “Jika kamu tidak berangkat untuk
berperang, nescaya Allah menyiksa kamu dengan seksa
yang pedih dan ditukarnya (kamu) dengan kaum yang
lain….” (At-Taubah: ayat 39)

Kesimpulannya, nasib sesuatu bangsa itu sangat bergantung
kepada kualiti yang dicirikan oleh khidmat dan manfaat. Sesuatu
bangsa layak untuk terus hadir di dunia selama kehadiran mereka
sentiasa bermanfaat kepada kemanusiaan sejagat dan menepati
ciri-ciri yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.

Hakikat inilah yang tersirat di sebalik firman-Nya yang
simbolik, yang bermaksud: “Adapun buih itu, akan hilang
sebagai (bahan) yang tidak ada harganya, adapun yang
memberi manfaat kepada manusia, maka ia akan tetap di
bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan” (Al-
Ra’d : ayat 17). Kalimah “buih” adalah simbol bangsa tanpa
kualiti. Yang ada hanya gelembong kosong yang serba
rapuh mudah hancur dan menghilang dari arus dunia.

Apalah yang dapat disumbangkan oleh buih? Untuk terus hadir di
pentas dunia, sesuatu bangsa harus terus mampu menyumbang,
punya misi dan matlamat jelas, idealisme dan iltizam. Tetapi
bangsa “buih” yang jiwa dan mindanya yang kosong, hanyut
dilambung ombak, hilang arah tujuan, mudah ditolak ke kiri dan
ke kanan…..tidak akan punyai masa depan melainkan “HILANG
DI DUNIA”

219

“Apa yang kau kerjakan akan
menjadi sebahagian besar dari
hidupmu. Satu-satunya jalan untuk
benar-benar puas adalahdengan
bekerja keras. Dan satu-satunya
jalan untuk boleh bekerja keras
adalah mencintaiapa yang kau

kerjakan. Kalau kau belum
menemukannya, teruslah mencari.
Jangan berhenti. Kerana dengan

menggunakan hati, kau akan
tahu saat kau menemukannya.”

-Steve jobs

BAB 18

A nta ra Kepimpina
n & Kepedulian

Rakyat M encari pem
im pin
Sejati

INILAH PERJUANGANKU

Pemimpin lahir dari rakyat. Semada pemimpin kecil
mahupun besar, bertaraf lokal mahupun nasional dan
internasional, semua lahir dari rakyat. Kepmimpinan dari
rakyat dan merakyat dikunci dengan satu nilai hubung yang
terpenting iaitu kepedulian.Ertinya pemimpin tanpa kepedulian
adalah pemimpin palsu dan kepimpinan palsu akan memporak-
perandakan masyarakat.

Nilai kepimpinan bukan sahaja bertunjangkan penerimaan
majoriti seperti dalam sistem demokrasi yang diagungkan
sekarang. Kepimpinan tertampil pada hakikatnya daripada sifat
dan ciri keperibadiannya. Betapapun kepimpinan adalah berkait
dengan pangkat dan jawatan, namun sebenarnya kepimpinan
sangat terkesan dengan karektor peribadi yang dimiliki.
Selebihnya seorang pemimpin itu dinilai dari segi wawasan dan
gagasan serta misi yang hendak dibawa.

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Kepimpinan

Rakyat sememangnya mengharapkan lahirnya pemimpin bangsa
yang sejati. TERAS bermaksud seorang pemimpin sejati ialah
seorang yang sama ada menjawat suatu jawatan atau tidak, apakah
ia masih hidup atau sudahpun almarhum, rekod jawatannya masih
disimpan dan dikenang atau tidak, potretnya dilukis atau tidak,
riwayat hidupnya dibukukan atau tidak – namun masyarakat tetap
menerimanya sebagai pemimpin umat dan bangsa.

Mengapa? Kerana dia menjadi pemimpin bukan disebabkan
ia memegang jawatan disesuatu posisi dalam sebuah jabatan
malah dia adalah pemimpin kerana dia tetap teguh dan konsisten
antara visinya dan tingkah lakunya yang jelas jujur, keselarasan
antara apa yang ia kata dan apa yang ia kotakan.

Sifat yang sedemikianlah yang mengesahkan ia sebagai
seorang pemimpin yang sejati. Maksudnya ketika tokoh-tokoh jenis
ini sudah meninggal dunia dan sudah tamat pergelutannya dalam
hidup – mati memperjuangkan kemerdekaan bangsa, mereka tetap
dikenang dan dihormati sebagai pemimpin yangtulen.

Terdapat perbezaan yang ketara antara pemimpin dan jawatan
dalam kepimpinan. Seorang pemimpin yang memegang suatu
jawatan, sebaik sahaja selesai samada terlepas atau dipaksa untuk
melepaskannya, seperti wayang yang sudah masuk kotak, tiada
siapa yang ingin mengenangnya lagi. Apatah lagi jika ketika
memegang jawatan itu dia telah menggunakan kedudukannya
untuk mengembangkan egonya atau mengamalkan nepotisme
keluarganya sendiri.

223

Inilah Perjuanganku

Meskipun ketika ia menjawat jawatan itu, berbuih-buih
mulutnya mendakwa dirinya sebagai pemimpin sejati dan
pejuang sejati, rakyat akan menguji ketulusannya, sejauh mana
ia konsisten menyatakan antara kata-kata dan tindakan serta
bagaimana ia benar-benar tulus memperjuangkan kepentingan
rakyat terbanyak.

Bukan mengelembungkan nepotisme keluarganya dan
memperkayakan dirinya sendiri ketika ia memegang kuasa dengan
cara berselindung dan bertopeng disebalik jawatannya. Pemimpin
jenis ini bila selesai ia melepaskan jawatannya itu rakyat tidak
akan menghormatinya sebagai orang lagi.

Banyak orang mengira bahawa memegang jawatan sama
dengan menjadi pemimpin. Namun, nurani rakyat akan menilai
secara jujur apakah seseorang itu pemimpin sejati ataukah
pemimpin oportunis yang hanya meraih peluang untuk
memperkayakan diri ketika menduduki sesuatu jawatan.

Sebab itu terdapat perbezaan yang ketara antara makna
kepimpinan secara abadi dan makna jawatan dalam kepimpinan
yang bersifat sementara. Betapa banyak orang yang mengalami
‘post power sindrome’ dimana ketika menjadi bekas penjawat
sesuatu jawatan, mereka sudah tidak dihormati rakyat manapun
kerana harga diri mereka selama menjawat jawatan sesungguhnya
hanyalah harga diri yang palsu. Iaitu harga diri yang diraihnya
bersama jawatannya serta kekayaan yang dikumpulkannya pada
kesempatan yang diperolehinya selama memegang jawatan
tersebut.

Selebihnya dia sebenarnya bukan pemimpin yang sejati
malah pemimpin yang hanya bersandar pada jawatan semata-
mata.

224

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Pengesahan seseorang pemimpin pada hakikatnya ialah
pengesahan moral. Ertinya, ia dinobatkan oleh rakyat kerana
sumbangan dan perjuangan moralnya. Mungkin secara formal
dia tidak memegang jawatan seorang menteri, atau seorang ketua
kampung atau seorang jeneral dalam tentera.

Ia dihargai kerana idea dan visinya untuk memperjuangkan
martabat umat dan bangsanya agar bebas dari ketakutan dan
tampil dengan kepercayaan terhadap diri, berpegang teguh
kepada suara nurani untuk mengatakan yang benar adalah benar
dan yang batil adalah batil.

Inilah yang menjadi sumber kepada kualiti kepimpinannya
serta juga sebagai sumber makna hidupnya. Dengan yang demikian
itu juga membuatnya menjadi pemimpin yang benar dari segi
kata maupun tindakan. Pada dirinya sarat dengan keteladanan,
tidak pasrah dirayu rasuah, tidak mengalah dipujuk kolusi, tidak
berkompromi untuk melakukan dusta, tidak murah mempergadai
prinsip dan melacur martabat diri. Pemimpin seperti inilah yang
tetap dihayati dan diterima dari generasi ke generasi sebagai
pemimpin dan bukan sekadar penjawat jawatan Presiden atau
Perdana Menteri. Pengesahan seorang pemimpin juga berasal dari
ketulusan penerimaan rakyat terbanyak terhadap kepimpinannya.
Pengesahan kepimpinan tidak boleh diganti dengan sekian banyak
gelaran, ‘Datuk’, ‘Tan Sri’, ‘Tun’, ‘Datuk Seri’. Ia juga tidak boleh
diganti dengan sekian longgokan kekayaan yang menggunung.

Pengesahan pemimpin sejati ialah dengan warisan
keteguhannya ketika terpaksa menderita dalam penjara, menjalani
hukuman pembuangan, ketekunan dan kesabaran mendidik

225

Inilah Perjuanganku

umat dan bangsa dan pengorbanan sejati dalam hal waktu, wang,
tenaga, fikiran dan keringat. Semua ini dicurahkannya dengan
penuh tulus, tidak menagih habuan apapun, tidak terlintas untuk
mendapat sanjungan sedikitpun, malah secara konsisten ia
meneruskan perjuangannya untuk melihat martabat umat
terpelihara dan memperolehi redha Allah S.W.T. sebagai puncak
idamannya.

Tekadnya jelas untuk mengangkat potensi dari sebuah umat dan
bangsa yang merdeka, tidak mahu menyerah apalagi tunduk takut
kepada penjajah baik dalam apa bentuk sekalipun.

Pengesahannya sebagai pemimpin sesungguhnya adalah
bersumber dari rasa nurani jutaan rakyat yang mengakunya
sebagai pemimpin. Mereka mengenang perjuangannya dari
khazanah sejarah yang lalu hingga kini.

Rakyat mengesahkan pemimpin ini kerana dia tidak pernah
memikirkan dirinya sendiri atau keluarganya sendiri melainkan
kerana dia berani mengorbankan hidupnya untuk kemerdekaan
bangsa ini.

226

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Lain kedudukannya seorang pemimpin yang bersandarkan
kepimpinannya kepada jawatan yang dipegangnya. Sebaik sahaja
selesai dan tamat tempoh jawatannya tiada siapa lagi yang mahu
menyapanya jauh sekali dipuja, apa lagi di –ABC- kan dengan
gelaran-gelaran yang diperolehinya dahulu. Kalau dahulu pujaan
yang diungkap oleh orang-orang bawahannya adalah lantaran
mahu meraih habuan dan kedudukannya.

Kewujudan dirinya sebagai pemegang jawatan itupun
hanyalah baju rasmi, pakaian seragam pejabat, tag nama disaluti
hiasan indah dan pangkat-pangkat serta gelaran yang bergayutan.

Bila tamat sahaja jawatannya, hilanglah segala makna pada
semua itu. Dalam perkataan lain kita dapati banyak pemegang
jawatan sebagai pemimpin mengira bahawa jawatan rasminya
itu adalah kekuasaan yang boleh dipakai untuk memperkayakan
egonya sebagai caranya untuk menampilkan dirinya sebagai
pemimpin. Padahal penampilannya hanyalah penampilan baju,
penampilan rasmi penuh upacara kosong dan ‘gincu-gincu’
kekuasaan yang sementara sifatnya.

Namun dia mengira semua itu seolah-olah abadi dan kekal
dengan hiasan kosmetik sebagai topeng untuk memperlihatkan
kehebatan dan kekuasaannya. Ditonjolkanlah dirinya dengan gaya
pakaian, kereta rasmi yang mewah, diiringi sederet pembantu dan
pengawal, ditempatkan dirinya di barisan depan, berkerusikan
kerusi empok yang lebih istimewa dari rakyat biasa, dijaga segala
protokol untuk dirinya dan berpidato dengan ucapan yang penuh
melambangkan otoritinya. Walhal dia tahu betul sebenarnya
semua itu hanya wayang yang cuba di layarkan dihadapan rakyat
seolah-olah dia benar-benar berwibawa.

227

Inilah Perjuanganku

Pemimpin sejati lain wataknya. Dia tidak menghiraukan sama
sekali gelaran dan hiasan-hiasan semacam itu. Dikala pemimpin
‘kosmetik’ dan pemimpin ‘opotunis’ akan mengumpul segala
alasan, untuk tidak mahu bertanggungjawab terhadap krisis yang
menimpa rakyat, pemimpin sejati akan berani tampil dan amat
terbuka untuk mengakui dengan rendah diri kesilapannya atau
amalan korup, nepotisme dan dibiarkannya semua itu berlaku
dengan berleluasa dan semua krisis itu sebenarnya berasal sumber
dan dirinya sebagai pemimpin.

Dalam kemelut dan dilema rakyat mencari pemimpin sejati
yang diharap dapat benar-benar memperjuangkan kebenaran
dan keadilan sekaligus dapat mengangkat martabat umat dan
bangsa, kita harus membimbing rakyat agar dapat mengukur
sang pemimpin mengenai visinya dalam melahirkan masyarakat
yang lebih demokratis, yang tidak dikuasai oleh ketakutan dan
dibelengui oleh kebisuan serta tidak dilumpuhkan oleh birokrasi
pemimpin yang hanya sibuk menjaga protokol dan pangkat.

Pemimpin yang sudah dijangkiti dengan kuman gelembung
ego diri, ego kelompok dan sudah tidak jernih untuk kembali ke
visi luhur membentuk masyarakat yang beradab dan mendokong
idealisme kebenaran dan keadilan hendaklah diberi isyarat tegas
dan jelas agar berundur segera.

Antara jawatan dan pemimpin terdapat jurang perbezaannya.
Akan tetapi budaya hedonistik, mabuk kuasa dan berlumba
untuk memperkayakan diri dan keluarga akan memudarkan
malah menggelapkan kejernihan rakyat untuk melancarkan dialog
nasional bagi mencari pemimpin sejati.

228

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Kepedulian

TERAS juga mengambil perhatian terhadap pemimpin
yang mempunyai kepedulian kepada rakyat yang rendah.
Jika kehadhiran pemimpin itu adalah untuk membimbing,
mengasuh berkhidmat dan menyelesaikan kerumitan yang
dihadapi rakyat, maka ketidakpedulian adalah tabiat yang janggal
bagi seorang pemimpin.

Kepedulian bermula dengan mengambil tahu apakah
masalah yang sedang dihadapi rakyat. Mengambil tahu pula
bertitik tolak dari mendengar dengan baik-baik rintihan rakyat.
Rakyat mempunyai rintihan yang pelbagai. Bersedia mendengar
adalah sifat pertama seorang pemimpin. Rintihan adalah akibat
dan natijah dan ia hanya sebuah akibat dari masalah yang tidak
diambil peduli oleh pemimpin bila rakyat mengadu. Lantaran
itulah seorang yang pemimpin yang berkesan ialah bersedia
mendengar. Untuk mendengar jangan tunggu sehingga rakyat
terpaksa mengharungi pelbagai protokol. Menyediakan ruang
dan kemudahan untuk rakyat bertemu pemimpin adalah pra-
syarat pertama menjadi pemimpin mesra rakyat. Bersedia untuk
melayani resah dan tangis masyarakat adalah titik pertama
membina jalinan antara pemimpin dan rakyat.

Pun begitu, tidak cuma untuk mendengar semata-mata.
Harus ada kesungguhan untuk memahami rintihan yang diutara
rakyat. Memahami aduan dan resah masyarakat menuntut untuk
pemimpin mengambil tindakan setelah mendapat maklumat.
Apakah isu yang diadu adalah berkaitan dengan soal kemiskinan,
kos kehidupan yang meningkat, kemudahan asa yang tidak
diperolehi, perbelanjaan pendidikan yang membebankan,
khidmat kesihatan yang tidak mencukupi, pengangkutan awam

229

Inilah Perjuanganku

yang tidak efektif, gejala sosial yang semakin meningkat…
semua ini bukan hanya perlu didengar malah perlu diambil
tindakan. Setiap warga masyarakat akan mendambakan perhatian
memimpin terhadap keresahan yang dialami rakyat. Senbab itu
seorang pemimpin yang tulin akan hanya boleh menjadi berkesan
dalam kepemimpinannya jika ia menjadi seorang yang bertindak
dan tidak hanya memahmi masalah.

Kepedulian pemimpin perlu merentas bidang, kawasan
dan sektor. Ketika pemimpin gagal menangkap apakah resah
rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan ataupun meneliti dan
berusaha memahami keresahan tersebut dengan baik, rakyat akan
hilang keyakinan. Dari kehilangan keyakinan itulah rakyat akan
menuntut pemimpin diubah.

Oleh itu keprihatinan pemimpin terhadap isu-isu rakyat
harus tulin dan konsisten. Hanya dengan syarat ini baru pemimpin
akan dilihat jujur dan bersungguh dan komited.

Gagasan Kepedulian Pemimpin Keatas
Kesejhateraan Rakyat

TERAS menegaskan tunjang kesejahteraan rakyat adalah terletak
kepada keupayaan setiap warga insan dalam masyarakat mencapai
kesejahteraan dalam dirinya sendiri. Setelah setiap insan berada
dalam persekitaran yang membenarkannya mengenali siapa
dirinya dan untuk apa hajat ia didatangkan ke dunia ini maka
arah perjalanan untuk mencapai kesejahteraan akan menjadi tepat
dan murni.

Selanjutnya, menghubungkan kesejahteraan dirinya kepada
PenciptaNya yang menjadi punca segala kesejahteraan akan

230

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

meletakkan matlamat kehidupan warga itu menjadi lebih unggul.
Sehingga tercapainya titik temu antara diri setiap warga masyarakat
dengan kehendak dan perintah Pencipta segala makhluq,
kesejahteraan dalam ertikata sebenar tidak mungkin terjelma. Yang
lahir nantinya ialah kepalsuan dan kebiadaban atas nama
kesejahteraan ekonomi dan kemakmuran kebendaan.

Bermula dari konsep pokok ini TERAS mengutarakan
Manifesto Sembilan Kesejahteraan Rakyat untuk dijadikan
gagasan semua pemimpin rakyat seperti berikut:

Kesejahteraan Pertama

”Menyediakan peluang kerja dan kondisi
pekerjaanyang memuaskan”.

TERAS berpandangan bahawa menyediakan kerja untuk rakyat
adalah penting. Pengganguran adalah merbahaya dari segi
kestabilan sosial. Mengalakkan rakyat bekerja adalah penting
untuk kesejahteraan ekonomi dan kestabilan keluarga. Ruang dan
peluang untuk bekerja perlu dibuka seluasnya oleh kerajaan.

Akan tetapi menyediakan suasana kerja yang memuaskan
adalah jauh lebih penting..Pekerjaan dan suasana kerja yang
menekan bukan sahaja menimbulkan ketegangan tetapi juga
akan lama kelamaan mengakibatkan produktiviti yang semakin
menurun. Sebaliknya suasana yang mengembirakan akan
meningkatkan rasa kebersamaan, rasa bertanggungjawab dan
amanah serta merangsang untuk berkreativi dalam bekerja. Oleh
itu jaminan kerja dan sistem ganjaran yang memuaskan akan
mengujudkan semangat bekerja yang tinggi sekaligus mencetuskan
kesejahteraan yang diidamkan.

231

Inilah Perjuanganku

TERAS yakin kepuasan bekerja dapat mengembangkan
kapasiti dan potensi seseorang pekerja. Fleksibiliti ditempat kerja
termasuk soal "part-time” yang berkualiti akan meningkatkan
rasa selesa dan ingin mengembangkan kebolehan diri Kepuasan
kerja adalah asas kepada pekerjaan yang produktif.

TERAS mempunyai hasrat untuk membina hubungan yang
sihat antara pekerja, majikan dan kerajaan. Pekerja yang amanah
dan bertanggungjawab, bersama majikan yang sangat prihatin dan
menjamin hak pekerja serta didokong oleh agensi kerajaan yang
memastikan perhubungan yang sinergik (saling mengukuh) antara
majikan dan pekerja akan membawa kepada kemakmuran yang
bertambah untuk rakyat.

Pihak kerajaan perlu menjamin hak pekerja dan majikan
harus meningkatkan rasa keperihatinan terhadap realiti
kesejahteraan kehidupan berkeluarga untuk pekerja. Bersifat ehsan
kepada pekerja dalam soal cuti bersalin, cuti untuk suami yang
baru menimang anak, cuti penjagaan dan cuti sakit bukanlah
beban kepada majikan tetapi adalah penambahan rasa semangat
dan kasih pekerja terhadap pekerjaan sekaligus kemakmuran serta
kesejahteraan kepada negara.

Kesejahteraan Kedua

”Menebuskan semula masa kita”.

Kesejahteraan negara jangan hanya diukur dari sudut
pertumbuhan ekonomi. Masa yang dikerah untuk rakyat
bekerja menambahkan pendapatan perlu diganti/ditebus dengan
memberi mereka peluang mengguna masa secara berkualiti dalam
hubungan kekeluargaan, bermasyarakat, berinteraksi, berakan-
tetangga dan berteman serta berekreasi.

232

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

TERAS percaya bahawa ukuran kemakmuran rakyat tidak
harus hanya dibatasi melalui angka ekonomi, akan tetapi perlu
juga diukur oleh jaminan rasa selesa dan tidak tertekan oleh
pekerjaan untuk bersaing dan merebut keuntungan. Rakyat yang
dapat diprogramkan dengan penggunaan masa secara berkualiti
semada untuk pekerjaan mahupun untuk diri dan keluarga akan
mengujudkan kesejahteraan yang lebih murni dan manusiawi.

TERAS mahu melihat persaingan, perebutan dan saling kejar-
mengejar untuk mendahului sesama sendiri untuk mencapai status
sosial dikikis. Hidup dalam suasana tegang untuk mengejar masa
sehingga ujud feneomena "rat race” akan mengadaikan masa
kita dari memberi perhatian kepada kehidupan berkeluarga dan
bermasyarakat yang lebih bermakna.

233

Inilah Perjuanganku

Kesejahteraan Ketiga

”Melindungi alam sekitar”

Kedamaian bukan sahaja perlu dilihat dari sudut kedamaian
dalaman tetapi juga kedamaian dengan alam persekitaran. Terlalu
ghairah dengan Keluaran Negara Kasar (KNK) melalui eksploitasi
sumber alam tanpa batas akan berakhir dengan kehancuran
dan kegelisahan kehidupan rakyat. Rasa serba sempurna untuk
mengatasi semua masalah melalui teknogi setelah merosakan alam
sekitar akan meningkatkan kos untuk memulihkannya.

Sebuah kehidupan rakyat yang sejahtera akan hanya
tercapai jika ia berjalan harmoni dengan alam bukan sahaja bila
memanfaatkan sumber alam untuk generasi masakini tetapi juga
melindunginya untuk generasi mendatang.

TERAS menyarankan isu kepupusan, pencemaran dan
penimbunan sisa sebagai isu pokok. Bilamana pihak berkuasa
dan rakyat gagal menangani 3 persoalan ini, kita akan menempa
malapetaka buatan manusia sendiri. Isu perubahan cuaca,
pemanasan bumi, keracunan tanah, makanan dan udara, banjir
besar, kepupusan bekalan protin dari sumber Marin adalah alamat-
alamat mengundang kiamat yang lebih pantas.

TERAS menyarankan kenaikkan cukai untuk aktiviti yang
membabitkan sebarang eksploitasi alam sekitar terutama yang
merosakkan seperti pembakaran minyak fosil, penebangan hutan,
perlombongan basir, kuari batu dan pemumusan sampah toksid.
Disamping itu sekaligus mengurang cukai serta memberi insentif
kepada sebarang aktiviti dan projek yang menyelamat dan
memperkayakan alam sekitar.

234

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Kita perlu menjadikan pencemaran dan kerosakan alam
sekitar sebagai jenayah yang mahal harganya untuk sesiapa yang
tidak bertanggungjawab.

Kesejahteraan Keempat

”Menyemak semula system pendidikan dan
budayailmu”.

Jika ada penentu kepada kesejahteraan yang tulin, TERAS
berpendapat ia adalah pendidikan. Namun pendidikan yang
diperlukan bukan yang bersifat persaingan merebut gred tertinggi
atau pensijilan yang cemerlang. Pendidikan juga bukan jenis
mengejar kecemerlangan akademik yang keterlaluan.

Kita jangan berpura-pura dalam pendidikan yang bertaraf
dunia. Mengujudkan Universiti yang hanya bermegah dengan
budaya ghairah kepada sijil bukan teruja untuk menghayati
ilmu.Melahirkan remaja yang tidak punya idealisme melainkan
hanya untuk mengejar kerjaya mudah. Mencetuskan generasi
pelajar yang tidak punya kepedulian kepada keadaan masyarakat.
Pendidikan yang mengeluarkan generasi tempang akhlaq dan
lesu jatidiri. Pendidikan yang mengujudkan pengajaran dan
pembelajaran sebagai suatu yang membebankan bukan suatu
yang menggembirakan.

TERAS berpendirian bahawa pendidikan yang kita perlukan
ialah sebuah pendidikan yang membina manusia seutuhnya dari
segenap segi: ilmu, emosi, akhlaq dan kemahiran. Pendidikan
yang mampu membentuk remaja yang berupaya dari sudut
ketrampilan diri, matang dari segi emosi dan berfikir serta bersedia
berhadapan dengan cabaran semasa. Kita mahu pendidikan yang

235

Inilah Perjuanganku

melahirkan kanak-kanak dan remaja yang sihat mental, cergas
fizikal, kukuh rohani dan matang emosi.

Kita mahu berusaha untuk melancarkan reformasi pendidikan
yang membina potensi insan untuk mencapai kecemerlangan
yang menyeluruh sebagai khalifah yang bertanggungjawab dan
mengamalkan gaya hidup yang berintegriti dan bermoral mulia.
Untuk itu TERAS bekerja untuk membina warga pendidik yang
membina teladan dalam sahsiah dan penuntut yang menyerap
teladan sehingga menjadi insan mithali dalam berilmu dan
beramal.

Kita mahu mengujudkan institusi pendidikan tinggi yang
melahirkan graduan lepasan universiti yang menjadi pengkritik
sosial yang sihat yang mengutamakan kebajikan masyarakat,
keadilan sosial, integriti kepimpinan yang murni dan keluhuran
moral masyarakat.

Kita mahu mengujudkan universiti yang menjadi tapak
berkembang intelektual kritikal, terhimpunnya ilmuan yang merasa
bebas untuk mempersoalkan institusi berkuasa tanpa bimbang
dimangsakan.

Kesejahteraan Kelima

“Melabur, Melabur dan Melabur untuk Pembangunan
Insan”.

Setiap ringgit yang disimpan untuk memberi tumpuan kepada
anak-anak akan menyelamatkan jutaan ringgit yang perlu
dibelanjakan untuk merawat penyakit, mengendali kes jenayah dan
menjaga keselamatan awam, menguruskan pengangguran dan
menampung kebocoran perbelanjaan negara akibat salahlaku
sosial.

236

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Jika budaya melabur untuk tujuan yang betul diserapkan
dalam masyarakat sejak generasi tunas, ditambah dengan polisi
pelaburan yang tinggi oleh pemerintah untuk membangun sumber
manusia, TERAS percaya kita ada harapan cerah untuk menjadi
negara yang terbaik dalam pengurusan manusia.

TERAS berusaha untuk membentuk kerajaan dan
masyarakat yang menghindar dari tabiat pelaburan yang salah
apatahlagi pelaburan yang mengikis kewangan awam untuk
projek yang membazir. Kita perlu kepada dasar pelaburan yang
menumpu kepada keperluan asas untuk kesejahteraan manusia.
Bukan kepada pelaburan untuk bermegah dengan pembangunan
kosmetik dan hanya bersifat simbol. Kerajaan perlu memberi
perhatian serius kepada pelaburan membina institusi keluarga
yang menjadi tapak semai untuk menumbuhkan kesejahteraan yang
berpanjangan.

Kesejahteraan Keenam

“Jangan galakkan materialisme tetapi galakkan
promosi gaya hidup yang sederhana dan
bertanggungjawab”.

Alamat kehancuran bermula dengan tamadun yang berpusat
kepada nilai hidup kebendaan yang melampau. Tatkala segala
ukuran bertumpu kepada pemilikkan benda dan seluruh hidup
menuju kepada mengejar benda, maka masyarakat akan meluncur
ke gaung kemusnahan.

TERAS melihat tamadun kebendaan kini didokong oleh
promosi yang sangat agresif untuk merebut status melalui
pemilikkan benda. Bukan sahaja dunia iklan komersial dan
komunikasi pemujukkan digembleng semaksimanya untuk

237


Click to View FlipBook Version