The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FA_Inilah Perjuanganku_Cikgu Azmi bab 11 ke bab 20

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farinafarush21, 2021-07-03 09:43:39

FA_Inilah Perjuanganku_Cikgu Azmi bab 11 ke bab 20

FA_Inilah Perjuanganku_Cikgu Azmi bab 11 ke bab 20

Inilah Perjuanganku

menjebak pengguna dewasa untuk mengejar benda, malah
generasi tunas dari golongan kanak-kanak sekalipun telah diasak
dengan keghairahan kepada benda.

Seluruh kecanggihan dunia iklan dikerah untuk mendidik
masyarakat kepada nilai hidup materialstik. Akibatnya masyarakat
dijangkiti dengan virus indivualisme, bersaing dan berkejaran
untuk memiliki, murung, stress, menyendiri dan hilang erti bahagia
yang sebenar.

Seluruh budaya dan tradisi masyarakat dicorak untuk
mengenepikan kebudayaan sendiri dan diheret untuk menjadi lebih
global dan lebih “trendy”. Masyarakat hilang timbang tara
antara fakta dan fiksyen. Arah yang merbahaya ini membuat
Sweden cuba melancarkan undang-undang khas mengharamkan
iklan yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak di bawah 12
tahun. Malah masyarakat diserang dari segenap arah sehingga
tidak ada zon bebas dari pengaruh komersial.

Manifesto TERAS ialah masyarakat perlu dididik dengan
nilai yang lebih unggul iaitu tamadun ilmu dan tamadun sahsiah
mulia. Kami melihat ini akan hanya boleh tercapai melalui
pendidikan dan promosi gaya hidup sederhana dan falsafah hidup
yang bergerak kepada memenuhi tanggungjawab dan menunaikan
hak antara sesama warga masyarakat.. Budaya dan gaya hidup
yang lebih rasional untuk memberi tumpuan kepada keperluaran
asasi lebih dari kehidupan bermewah-mewahan perlu disemai
bukan sahaj melalui pendidikan awam malah diserasikan dalam
polisi resmi kerajaan. Untuk yang demikian TERAS berpegang
kepada prinsip Hidup Sederhana dan Hidup Waras sebagai slogan
penting untuk mencapai kesejahteraan rakyat.

238

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Kesejahteraan Ketujuh

”Bangunkan Masyarakat Bersilaturrahmi”

TERAS berpegang kepada kehidupan insan sebagai makhluq
berjamaah dan bersaudara. Prinsip saling berkenalan antara
pelbagai qabilah berbangsa adalah prinsip pokok untuk hidup
bersama. Persaudaraan dalam ertikata hidup dalam keluarga
besar kemanusiaan memerlukan penghayatan nilai berkongsi dan
berkerjasama sebagai prinsip penting yang mengikat masyarakat
untuk mencapai kesejahteraan kolektif.

Komuniti yang teguh berdiri atas landasan kebenaran dan
keadilan akan boleh hidup dalam keadaan yang kondusif untuk
mengujudkan suasana aman dan damai.

Lantaran itu TERAS berusaha untuk bekerjasama dengan
pemerintah yang memastikan nilai tali persaudaraan dalam
masyarakat dijadikan ruh pembangunan. Bahawa kehidupan
antara manusia bertujuan untuk saling memenuhi hak dan
tanggungjawab.

Maka nilai bersaudara dan nilai keinsanan perlu dijadi nilai
unggul yang dipupuk dalam kehidupan bermasyarakat dan
bernegara.

Harus dipupuk ciri masyarakat yang menghayati sifat Ar-
Rahmah dan Ar-Rahim yang mendalam sehingga tidak dibenarkan
ada peminggiran dan penyisihan dalam masyarakat. Golongan
yang lemah seperti mereka yang cacat anggota, terlantar kerana
kemiskinan dan menderitai sakit kronik, tersepit kerana tidak dapat
memenuhi keperluan asas, orang tua yang hidup tersiseh, ibu
dan bapa yang mengurus keluarga secara bersendirian,

239

Inilah Perjuanganku

golongan yang berkelana menagih simpati dan bantuan… perlu
dikendalikan dengan sebaik mungkin.

Lantaran itu TERAS memberi penekanan kepada kerajaan
untuk memberi ruang dan peluang yang luas untuk gerakan dan
kerja sosial disuburkan dalam masayarkat. Budaya kesukarelaan
perlu disegarkan disemua peringkat.

Kesejahteraan Kelapan

”Tegakkan keadilan dalam masyarakat.”

Sememangnya pengurusan ekonomi yang kukuh
sentiasa diperlukan.Namun hanya bersandar kepada KDNK
sebagai ukuran tidak cukup membantu. TERAS mahu melihat
objektif pertumbuhan ekonomi lebih mengutamakan pengagihan
yang saksama untuk rakyat melalui penyediaan kemudahan dan
perkhidmatan asas yang sempurna untuk semua.

Perbezaan dalam kualiti perkhidmatan dan kemudahan asas
antara rakyat akan menimbulkan kecemburuan sosial yang
merbahaya. Akibat terlalu bergantung kepada pasaran bebas untuk
mengatur sendiri keseimbangan sosio-ekonomi, telah melahirkan
jurang antara golongan yang berada dengan rakyat yang tersiseh
yang semakin melebar.

Kesejahteraan rakyat akan hanya tercapai jika kerajaan
mengamalkan polisi yang lebih menjaga keadilan untuk golongan
yang lemah sementara mengujudkan polisi percukaian yang
munasabah untuk golongan yang berada.

Oleh itu meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dan
memberi sokongan untuk mereka yang lemah ekonomi adalah
sangat penting jika kesejahteraan rakyat dalam ertikata sebenar

240

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

hendak dicapai. Gelaran yang mengkastakan masyarakat tidak
harus diteruskan. Tradisi feudal yang merengangkan antara rakyat
dengan kelompok elit akan menimbulkan ketidakadilan yang
berpanjangan.

TERAS percaya kepada masyarakat yang lebih bersifat
egalitarian seperti yang diperlihatkan dalam masyarakat generasi
pertama yang dipupuk oleh Rasulullah s.a.w. iaitu masyarakat yang
tidak membedakan darjat sesama insan, tidak memberi
keistimewaan yang keterlaluan kepada golongan berpangkat, tidak
menjunjung manusia berkuasa berlebihan dan mengutamakan
hanya nilai ketaqwaan dan keilmuan yang benar semata-mata
sebagai kayu ukuran martabat insan.

Kesejahteraan Kesembilan

”Kenali apa yang penting”.

Pertumbuhan ekonomi nampaknya disangka sebagai ubat
segalanya. Namun kebahagiaan rakyat tidak semestinya berkorelasi
dengan peningkatan pendapatan. TERAS berpandangan KDNK
yang sering ditonjolkan sekarang bercampur dengan pelbagai
faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan yang palsu. Iaitu
pertumbuhan ekonomi yang bercampur dengan kos merawat
mangsa kemalangan jalan raya yang bertambah, komersialisasi
kesihatan yang meningkat, kos memelihara keselamatan akibat
kes jenayah yang melonjak, kos memulih alam sekitar yang
semakin musnah. Semua perbelanjaan ini tidak sebenarnya
menambah kebahagiaan rakyat. Malah dengan adanya semua
masalah ini telah mengakibatkan ada pihak yang meraih
keuntungan besar yang telah menambahkan pendapat per kapita
segolongan rakyat.

241

Inilah Perjuanganku

TERAS melihat jika kesejahteraan hendak dicapai maka
menyemak semula keutamaan kita perlu dilakukan. “Wrong
priorities leads to false decisions” itulah yang sering berlaku.
Maka kami berusaha untuk mengembalikan kewarasan dan
rasional pemerintah dalam mengerakkan jentera dan roda
pembangunan.

Keutamaan sepatutnya kepada tahap kesejahteraan rakyat
bukan hanya tahap pertumbuhan ekonomi. Perdebatan mengenai
konsep Gross National Happiness berbanding Gross National
Product seharusnya dilihat secara serius oleh semua kerajaan.

242

BAB 19

Hala tuju
Kepem im pinan
melayu Abad-21

INILAH PERJUANGANKU

T idak dapat dinafikan bahawa politik memainkan peranan
sejarah yang amat signifikan dalam proses kebangkitan
sebuah negara-bangsa. Jatuh-bangun sesebuah negara-
bangsa amat bergantung kepada halatuju kepemimpinan dan
politik semasa.

Malangnya, perkembangan dan pergolakan politik negara
secara langsung menunjukkan kepimpinan Melayu sentiasa
berhadapan dengan konflik dalaman yang tidak kunjung padam.

Politik Melayu Abad 21

Politik Melayu abad 21 tidaklah banyak berbeza daripada abad ke-
20, bahkan semakin parah. Dari segi politik, Melayu kini sekurang-
kurangnya terbelah tiga. Kalau dahulu politik Melayu hanya
diwakili oleh UMNO dan PAS, kini muncul PKR sebagai
alternatif. Melayu yang sudah bosan dengan UMNO dan kurang
cocok dengan PAS telah memilih PKR sebagai alternatif.

Tahun 1998 adalah titik-tolak yang paling tragis dalam
sejarah kepemimpinan politik Melayu. Pemecatan Dato’ Seri
Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri
ketika itu amat mengejutkan. Kalau dahulu kemelut politik melayu
hanya berkisar di sekitar masalah kepemimpinan dalam UMNO,
tetapi sejak tahun 1998, corak politik Melayu berubah dengan
begitu drastik.

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Walaupun sudah berlaku perpecahan di kalangan Melayu
pada tahun 1987 apabila berlaku pertandingan jawatan Presiden
UMNO di antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh sehingga
membawa kepada penubuhan Parti Semangat 46, namun keadaan
itu reda pada tahun 1995 apabila UMNO dan BN menang besar
dalam PRU ke-9. Tetapi perkembangan politik pada tahun 1998
dan PRU 1999 memberi kesan yang besar. Kemenangan BN dan
UMNO yang dilihat telah memadamkan gerakan REFORMASI
yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim pada tahun 2004, namun
realiti politik 2008 telah bertukar corak dan mewarnai senario
politik Melayu di abad ke-21 ini.

UMNO dan BN yang telah memerintah negara sejak
kemerdekaan 1957 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 di
Dewan Rakyat. Politik baru menuntut ketelusan dan keadilan yang
mementingkan rakyat dan pengundi mendapat tempat.

Akibat kekecohan yang ketara di saf kepimpinan Melayu
dalam pelbagai bidang sama ada kepimpinan politik, ekonomi,
sosial, budaya, korporat dan birokrat serta intelektual,
kepemimpinan bangsa Melayu telah kehilangan tumpuan dalam
memperbaiki nasib bangsa.

Di samping banyak retorik politik dilaungkan, kita juga
menyaksikan tabiat bergimik dalam kepemimpinan yang tidak
menguntungkan bangsa Melayu sendiri. Dengan aksi menghunus
keris dan bertempik untuk mengisytihar perang ke atas bangsa
sendiri, ternyata kepimpinan Melayu mudah dibuai emosi yang
tidak terkendali.

Menghulur bantuan kepada bangsa yang terpinggir bukan
dilihat sebagai sebuah amanah tetapi sekadar propaganda politik

245

Inilah Perjuanganku

dan pembinaan imej untuk diperaga. Menjelajah di kawasan
Melayu terlantar bukan kerana mahu merasai penderitaan dan
mencari jalan mengatasi kenapa derita itu berlaku, akan tetapi
kerana mahu dilihat merakyat dan prihatin kepada rakyat. Anehnya
rakyat itu jualah yang sering dijadi bahan media untuk
menunjukkan kononnya keprihatinan pemimpin yang beraspirasi
tinggi bagi memudahkannya mendaki puncak kedudukan yang
menawarkan keselesaan.

Pernyataan-pernyataan yang nampaknya lebih untuk
menonjolkan diri dari benar-benar mengatasi masalah
bangsa menyebabkan mada depan Melayu terus menghadapi
ketidaktentuan.

Nampaknya masyarakat Melayu terbanyak sudah tidak lagi
menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada kepemimpinan
Melayu yang sedia ada, lantaran yang disaksikan dan dipekikkan
ialah laungan dan retorik besar tanpa komitmen bersungguh-
sungguh untuk mengubah nasib bangsa.

Yang nyata ialah persoalan bangsa Melayu dalam pelbagai
sektor kini sangat rapuh bila berhadapan dengan persaingan dan
rempuhan global, sehingga banyak kepentingan bangsa terpaksa
diperjudikan hanya kerana pemimpin-pemimpin mencanangkan
agenda peribadi dalam perlumbaan di pentas politik.

Pemikiran dangkal sesetengah pemimpin telah meletakkan
bangsa Melayu dalam keadaan yang merugikan. Bukan kerana
bangsa Melayu tidak mahu dan tidak mampu bersaing, akan
tetapi akibat pemimpin yang tidak jujur dan hanya mementingkan
kuasa dan kedudukan daripada soal memperbaiki nasib bangsa
Melayu terbanyak, telah menjadikan bangsa Melayu terus berada
di pihak yang tersudut.

246

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Sikap mabuk jawatan dan gila kuasa sering diperlihatkan
dalam kelompok kepimpinan bangsa Melayu. Bukan asing lagi
cerita politik wang, politik cantas-mencatas dan politik bunuh-
membunuh, menjadi watak politik bangsa melayu. Bahasa politik
nampaknya mempunyai kamusnya sendiri yang tidak mempunyai
kaitan samasekali dengan nasib rakyat. Politik dianggap sebuah
permainan, berparti politik dilihat sebagai medan bertarung
merebut pengaruh.

Golongan kepemimpinan elit bangsa Melayu masih
mempamerkan watak feudal yang sangat ketara sehingga yang
menjadi keutamaan ialah untuk mendapat tempat di hati mereka
yang berkuasa dan berharap akan membuka peluang untuk
melanjutkan cita-cita naik ke atas. Soal hak dan batil bukan menjadi
pantang larang dalam kepimpinan bangsa. Awlawiyat siyasi
(keutamaan politik) mereka bukan untuk perubahan tetapi untuk
kantong masing-masing, bukan untuk transformasi bangsa tetapi
untuk tengkorok peribadi.

Retorik Murahan?

Kini 2008 berlalu dengan sejumlah isu bangsa yang masih terus
berpanjangan. Dengan kepimpinan Melayu di peringkat negara
yang silih berganti dari peringkat negeri dan pusat, dari peringkat
akar umbi sehingga korporat, yang nyata isu-isu yang mendepani
bangsa Melayu semacam tidak berkesudahan. Apakah kita
menghadapi suatu laknat bangsa yang tidak terawat lagi?

Perhatikan ketika mana bangsa Melayu melihat kampung
halaman serta tanah milik Melayu ditelan pembangunan tahun
demi tahun. Kepimpinan Melayu terus beretorik dengan pelbagai
pengumuman. Malangnya penguncupan tanah milik Melayu terus
meruncing.

247

Inilah Perjuanganku

Kini pembangunan terus dipacu yang melibatkan
pengambilan tanah rakyat terus menerus di beberapa negeri
melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Atas nama pembangunan
projek mega, kawasan pertumbuhan ekonomi yang digelar
pembangunan koridor ekonomi dijangka akan menelan lagi
tanah yang umumnya akan melibatkan tanah milik Melayu. Dasar
Tanah Negara masih belum mampu menyelesaikan masalah
pembangunan tanah termasuk soal tanah wakaf Melayu.

Kes penyelewengan dan salahguna kuasa yang mengakibatkan
tanah Melayu tergadai dan pindah tangan kepada bukan cerita
baru. Bertahun-tahun isu tanah Melayu diungkap dalam pelbagai
forum dan persidangan namun ia terus tidak menunjukkan tanda
yang menyakinkan bahawa orang Melayu akhirnya tidak akan
merempat di negara sendiri. Sejauhmanakah peninggalan Tanah
Rizab Melayu sehingga ke saat ini dan apakah ia benar-benar
masih wujud seperti yang direkodkan?

Namun dari hari ke hari kita membaca berita projek-projek
yang diumumkan untuk akhirnya mengambil tanah Melayu.
Adakah pemimpin Melayu mengambil tahu dan secara serius
menangani isu ini? Dari apa yang kita ikuti, perbahasan di DUN
dan Parlimen jarang kedengaran hal ini diungkit.

Demikian juga persoalan gejala sosial bangsa Melayu
yang bertalu-talu berlaku seolah-olah bangsa ini tidak mampu
mengatasi masalah yang sangat jelas boleh di atasi, hanya jika
pemimpin-pemimpin Melayu bertegas.

Siapakah jika tidak pemimpin-pemimpin birokrat dan politik
Melayulah yang mengeluarkan keizinan KDN kepada majalah-
majalah hiburan dan novel murahan, kebenaran menyiarkan

248

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

acara hiburan yang tidak sesuai dengan budaya bangsa, keizinan
rasmi untuk terus mengganjurkan konsert yang tidak habis-habis
merosakkan adab pergaulan generasi muda, kelulusan siaran
drama, filem dan acara TV yang meninggalkan kesan negatif
kepada nilai dan budaya hidup bangsa adalah sederet isu yang
sebenarnya boleh diatasi dengan ketegasan pemimpin.

Akan tetapi sikap pemimpin Melayu yang umumnya
bermahzab liberal dan berfikah plural inilah telah menggadai
akhlak anak bangsa sehingga Melayu tidak lagi dihormati sebagai
bangsa berbudi dan bersantun tinggi. Akibatnya perpsepsi bangsa
lain terhadap bangsa Melayu pasti buruk dan tidak dihormati.
Bercakap sahaja persoalan anak muda Melayu, bangsa lain akan
mencemuh bahawa biarlah bangsa Melayu terus bergelut dengan
isu dadah, mat rempit, lepak, buang anak, penceraian, jenayah,
maksiat, sumbang mahram, hiburan liar, pengangguran dan
seribu satu masalah sosial.

Kelekaan Pemimpin

Ditambah semangkok lagi pemimpin-pemimpin media Melayu
ternyata bukan sahaja berkesan dalam mendedahkan keruntuhan-
keruntuhan sosial bangsa malah turut tidak rasa bersalah
mempromosi gelagat budaya tidak beradab di kalangan golongan
budayawan dan seniman Melayu. Akibat kelekaan dan sikap
tidak peduli pemimpin-pemimpin Melayu dengan barah bangsa ini,
kita sudah mencapai peringkat kronik menunggu maut. Di tangan
pemimpin Melayu jugalah lessen judi dan arak dilulus, konsert artis
Barat menggila diizinkan, filem budaya ganas dan lucah
dipermisikan, pusat hiburan dan segala khidmat social escort
dibenarkan.

249

Inilah Perjuanganku

Sementara itu, bangsa lain termasuk pendatang
asing bertungkus lumus menguasai apa sahaja ruang yang
diperolehi untuk bertapak kukuh di tanah air ini. Statistik terbaru
melaporkan 50% dari 200,000 hingga 300,000 pekerjaan baru yang
dikatakan diwujudkan di negara ini dikuasai oleh pendatang asing.
Apa sahaja pekerjaan yang ditolak bangsa Melayu akan
dikerumuni bangsa lain, apa sahaja kemahiran yang tidak diendah
bangsa Melayu akan dikuasai bangsa lain.

Kini peruntukan kuota Melayu untuk institusi-institusi
tertentu sudah mula didesak untuk dibuka atas nama meritokrasi.
Atas alasan orang Melayu sendiri tidak dapat memenuhi syarat
kecemerlangan akademik yang diperlukan semada dalam institusi
awam, professional atau teknologi, malah termasuk perjawatan
tinggi dan khusus dalam bilang keselamatan dan ketenteraan,
maka bangsa ini akan melalui peminggiran-sendiri (self alienation)
dalam tanah air sendiri.

Siapakah yang menggubal dasar ini, siapa yang merombak
peraturan ini, jika tidak pemimpin politik dan birokrat Melayu
itu jugalah!

Maka natijahnya sangat merunsingkan kita, jika dihitung
implikasinya dalam jangka masa panjang. Sepintas lalu sahaja kita
dapat melihat kesannya sehingga ke peringkat sektor kecil seperti
kedai gunting rambut, tukang kasut, kedai bakeri, bengkel
basikal dan motor, pembuat kunci, pembuat bingkai dan
pemotong cermin, memperbaiki tayar kereta, kedai foto dan
fotostat, pembaik jam, pembuat pembalut kerusi kereta, bengkel
besi dan lain-lain telah jauh dikuasai bangsa lain.

250

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Adakah boleh kita persalahkan bangsa lain ketika pemimpin
bangsa Melayu sendiri tidak serius untuk memastikan generasi
mudanya boleh hidup berdikari? Bolehkah kita menuding jari
kepada orang lain jika ibu bapa Melayu sendiri yang membiarkan
anaknya merempit pada malam hari, pemimpin Melayu pula
bercakaran sesama sendiri (dari merebut jawatan ketua bahagian
sehingga bercita-cita menjadi menteri), profesional dan korporat
Melayu pula mengkhayalkan hidup mewah sementara anak-anak
bangsa sendiri merempat sana ke mari mencari kerja di syarikat
bangsa lain?

Keputusan Pilihan Raya Ke-12 baru-baru ini mempunyai
seribu erti yang perlu difikirkan dengan sedalam-dalamnya
oleh orang Melayu khususnya. Kita sudah kehilangan
Singapura 45 tahun dahulu, dan dalam tempoh itu orang- orang
Melayu secara tidak langsung tertindas tanpa disedari. Tidak ada
kuota menteri penuh Melayu, azan tidak boleh dilaungkan di luar
masjid, bahasa Melayu menjadi bahasa ketiga, orang Melayu
tidak dibenarkan memegang jawatan tertinggi dalam tentera
dan polis, mereka menuntut Pulau Batu Putih sebagai
milik mereka dan pelbagai lagi milik bangsa Melayu yang
sudah lenyap di tanah Singapura.

Apabila sudah hilang, tiada harapan lagi untuk kita
mendapatkannya semula. Dalam tempoh akan datang, jika orang-
orang Melayu tidak juga sedar bahawa mereka sekarang sudah
hilang kuasa politik. Melayu sudah kehilangan kuasa tawar-
menawar (bargaining power)di tanah air sendiri.

251

Dalam cinta, ada masanya
untuk berharap, dan ada waktu
untuk berhenti. Ada saat untuk
memperjuangkan,namun ada

juga untuk mengiklaskan.

BAB 20

Melayu Dalam
Krisis?

INILAH PERJUANGANKU

Bicara Dari Hati Ke Hati

K ami bermula dengan persoalan ini ketika merenung
nasib bangsa. Bukan kerana ia tidak pernah
diperkatakan. Bukan kerana kami bersikap pesimis
terhadap masa depan bangsa.Bukan kerana kami berpemikiran
bebal tentang bangsa ini. Akan tetapi ia terbit dari rasa prihatin
yang sangat mendalam, bahawa ada suatu anjakan besar yang
perlu diusahakan jika bangsa ini tidak mahu terus meluncur jatuh
ke gaung yang lebih dalam. Sejujurnya kami perlu bermula dengan
menginsafi semememangnya kita ada masalah. Bersikap menafikan
ujud masalah adalah menipu diri. Jadi kami membuka lebaran
perbahasan dengan mengajak semua yang prihatin mari kita
berpijak dibumi yang nyata.

Pada satu peringkat dahulu Melayu dikatakan berada
dalam dilema, tetapi sekarang nampaknya semakin parah. Tidak
keterlaluan untuk kami mangatakan bahawa Melayu kini sudah
berada dalam krisis. Kini semacam wujudnya fenomena Melayu
sedang mencari-cari jalan keluar dari kemelut yang sudah
bertahap krisis. Namun realitinya seolah-olah jalan keluar itu
tidak ditemui sehingga ke hari ini, baik daripada sudut jatidiri,
ekonomi, budaya, pendidikan mahupun politik. Topik-topik ini
sering dibahaskan tetapi tidak berkesudahan dengan jawaban
yang tuntas, berkesan dan menyeluruh.

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Andaian Melayu dalam krisis ini diperkukuhkan dengan
statistik yang berkaitan dengan kedudukan orang Melayu hari ini.
Lihatlah aset orang Melayu seperti harta tanah. Data pemilikan
perumahan, penempatan di bandar dan perkampungan sudah
semakin terhakis, tanah rezab Melayu yang semakin mengincup,
tanah milik bebas orang Melayu yang sudah tergadai. Ini sedang
menjurus kepada krisis yang serius. Apabila “tapak” bangsa sudah
terhakis, tidakkah ia petanda Melayu beransur-ansur akan pupus.

Ditambah lagi jika kita lihat peranan golongan intelektual
Melayu dan kepimpinan politik Melayu yang sepatutnya menjadi
tiang seri bangsa. Ternyata ia sudah goyang dan tidak lagi
boleh jadi penyangga kepada rumah bangsa yang sudah goyah.
Kualiti intelektual Melayu nampaknya tidak berkesinambungan.
Sementara segelintir yang ada tidak dapat membawa pengaruh
kepada arus perdana, mereka yang melalui pengajian tinggi
pula tidak lahir sebagai golongan yang dapt mengambil alih
kekosongan intelektual Melayu yang berlaku. Ertinya kita bakal
berhadapan dengan “intellectual vacuum”.

Apabila kita berada dalam krisis, ertinya kita bercakap soal
kemampuan survival bangsa Melayu akibat dari krisis yang
berlaku. Survival bangsa pasti tergugat tatkala kita berhadapan
dengan kegersangan ilmuan dan kepimpinan yang berkualiti.

Malangnya realiti ini tidak diendahkan. Ternyata retorik dan
gagasan yang dikumandangkan di pelbagai pentas seminar dan
persidangan selama ini tidak menghasilkan penyelesaian yang
konkrit. Bangsa Melayu sudah semakin rapuh. Asakan cabaran
dari luar yang melemahkan bangsa Melayu kini kebetulan
“dibantu” oleh faktor dalaman, iaitu jati diri yang semakin reput.

255

Inilah Perjuanganku

Ini gambaran bangsa Melayu sekarang.

Persoalan orang Melayu yang menjadi keprihatinan kita ialah
persoalan survival masa hadapan. Apa harapan kita?

Untuk melihat persoalan survival bangsa ini kami
menyarankan agar kita berfikir dua aras. Aras pertama ialah
melihat kehidupan orang Melayu sekarang diperingkat seharian.
Ia termasuk cara orang Melayu mengorganisasikan hidup dirinya
dan kelompoknya, cara mereka mengendali keperluan hidup
sehariannya, cara mereka memaju dan membangunkan diri sendiri,
corak berfikir mereka, cara menganalisa dan menyusun atur
kehidupan mereka. Ini adalah analisa horizontal-kultural namanya.

Aras kedua ialah melihat kepada sistem yang menjadi latar
kepada kehidupan bangsa. Pada aras ini ia melibatkan polisi
pemerintah, sistem pengurusan segala aspek pembangunan
yang diputuskan melalui dasar dan implimenatasi dasar, segala
urusan mengendalikan agensi yang bertanggungjawab untuk
menyediakan kemudahan dan fasiliti yang perlu untuk orang
Melayu membangun. Ini adalah analisas vertikal-struktural
namanya.

Kebangkitan semula bangsa Melayu ini tidaklah mustahil
asalkan kedua-dua perubahan gabungan aras pertama yang
berbentuk horizontal-kultural, daripada sekecil-kecil perkara
seperti mengurus masa; dengan aras kedua yang berbentuk
vertikal-struktural seperti bagaimana orang Melayu memilih
pemimpin.

256

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Secara perbandingan, kita juga harus melihat bagaimana
kaum lain membangun diri mereka.Lihatlah komuniti
Benggali yang beragama Sikh. Jumlah mereka hanya 20,000
– 30,000 orang sahaja. Dahulu mereka lebih dikenali sebagai
jaga dan pengembala lembu, tetapi kini sudah menjadi peguam
terkenal, professional dan ahli perniagaan.

Tidak kedengaran atau jarang isu gejala sosial atau imej
negatif di kalangan mereka. Ini contoh satu komuniti minoriti yang
hidup tanpa publisiti, retorik atau slogan-slogan yang gah, sekarang
maju dan dapat survive dengan cemerlang. Kita kena belajar
buat perbandingan.

Lihatlah pula nasib minoriti orang Melayu di Pulau Pinang.
Walaupun wujud agensi-agensi besar seperti Jawatankuasa
Pemandu Penyertaan Bumiputera, UDA, MARA dan Majlis
Agama Islam Pulau Pinang, akan tetapi kebanyakan orang
Melayu kebanyakannya tetap hidup merempat. Kenapa? Secara
perbandingan, orang Melayu dengan pelbagai bantuan tidak
berjaya, tetapi orang Sikh hidup berjaya dan cemerlang tanpa
bantuan. Kita mesti ada kerangka analisa yang mendalam untuk
melihat ini semua.

Kita bukan tidak berbangga adanya statistic kelompok middle
class Melayu yang semakin membesar di bandar-bandar besar,
tetapi itu tidaklah merupakan gambaran kedudukan orang Melayu
secara keseluruhannya. Melayu memang kuat dengan sentimen,
tetapi apabila hendak bertindak kita masih lemah dan tidak teratur.
Maknanya, setimen atau semangat kekitaan Melayu semata tanpa
diterjemahkan dalam bentuk tindakan tidak akan membawa erti
apa-apa.

257

Inilah Perjuanganku

Bagi saya, orang Melayu sekarang ibarat cerita penjual belon.
Secara tabiinya, belon itu walau apapun warnanya, apabila dipam
udara (gas hidrogen) ke dalamnya, ia patut boleh terbang ke
udara. Tetapi malangnya belon Melayu ini tidak naik, walaupun
dipam gas yang lebih dari memadai. Jawapannya kerana ada
bebanan, ada benda yang menariknya kebawah. Bebanan itulah
yang menjadi realiti yang harus ditangani.

Jika tidak, belon Melayu akan hanya hebat pada warna dan
membesar pada kulit tetapi tidak mampu naik dan terbang ke
angkasa lepas. Malah yang lebih mengerikan lagi ialah bila belon
Melayu terlalu sarat dengan gas manakala bebanan pula terlalu
berat, ia akan pecah dan terburai bagaikan serpihan belon yang
tidak berguna lagi. Potensi Melayu sebenarnya sama dengan
bangsa lain. Akan tetapi kerana bebanan itulah potensinya
tertekan.

Lantaran itu orang Melayu perlu memerdekakan diri mereka
daripada segala bebanan yang wujud. Kami melihat pelbagai
bebanan yang mengikat bangsa ini iaitu bebanan politik, bebanan
sosial, bebanan budaya, bebanan ekonomi dan bebanan lain-
lain lagi. Bebanan-bebanan yang meruntun bangsa Melayu ke
bawah itu harus dibuang, dan pada masa yang sama usaha untuk
melonjakkan potensi Melayu mesti diteruskan. Kalau itu dapat
dibuat, potensi dan kehebatan Melayu pasti boleh diserlahkan.

Sememangnya kalau kita terlalu bercerita tentang masalah saja,
secara psikologinya seolah-olah kita sudah mengalah. Makanya,
selari dengan itu kita harus membina yang segala langkah yang
positif untuk bangsa Melayu bangkit semula ketika mana kita
berbicara soal masalah.

258

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Sejarah bangsa Melayu sarat dengan kecemerlangan dan
kegemilangan. Bangsa Melayu pernah hebat, sama ada sebagai
pelayar, pejuang dan peneroka belantara. Sebagai peneroka
belantara, orang Melayu dahulu membina perkampungan dan
kemudian menjadi pekan dan bandar. Namun malangnya
sekarang, semuanya sudah diambil-alih oleh bangsa lain.

Selepas zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka,
sejak 1511 penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun silih-
berganti menguasai Tanah Melayu. Kita dijajah selama 446 tahun.
Hampir seluruh infrastruktur bangsa Melayu seperti sistem
pentadbiran, sistem pendidikan, sistem politik, perdagangan dan
perundangan Melayu diruntuhkan satu persatu. Yang tinggal
bertahan dan menjadi benteng terakhir bangsa Melayu hanyalah
Islam yang bersifat urusan peribadi dan kekeluargaan sahaja.

Kemerdekaan yang kita capai pada tahun 1957 sepatutnya
mengembalikan zaman kegemilangan bangsa Melayu. Ternyata
pada 50 tahun pertama kita hanya mampu menyusun bangsa ini
sebagai satu komponen warganegara di negara yang kita cintai,
yang kita dakwa kita sebagai tuan.

Malangnya, kita tidak membina kekuatan asal bangsa Melayu,
yang jatidirinya bertunjang dan berakarkan Islam. Yang kita lebih
utamakan ialah nilai-nilai asing baik dari Barat atau Timur. Kita
seolah-olah kehilangan diri kita sendiri di tengah- tengah arus
kemajuan dan pemodenan. Bagi saya 50 tahun akan datang
hanyalah lanjutan proses modenisasi dan sekularisasi yang diwarisi
sekarang, atau sekadar untuk menyelesaikan “penyakit- penyakit”
yang dibiar menjalar pada fasa 50 tahun pertama.

259

Inilah Perjuanganku

Sebahagian besar penyakit ini datangnya daripada sistem
politik dan kepemimpinan yang diambil dari luar.Walaupun ada
juga bidang lain yang menyumbang kepada masalah bangsa
Melayu, politik dan kepimpinan menjadi sumber utama kepada
krisis bangsa ini. Politik dan kepemimpinan negara yang
sepatutnya berperanan mengangkat martabat bangsa Melayu
ternyata kecundang dan realitinya indah khabar dari rupa.

British sengaja merancang agar kemerdekaan negara ini
diberi kepada kumpulan yang mendokong ideologi sekular yang
diindoktrinasi kepada golongan bangsawan Melayu. Hal yang
sama berlaku di India. Kata-kata “biarlah mereka memounyai
warna kulit yang berbeza, tetapi darah yang mengalir di tubuh
mereka adalah darah Ingeris, cita rasa dan pemikirannya Inggeris“.
Inilah yang tejadi kepada bangsa Melayu.

British sengaja memberi ruang kepada kumpulan
berpendidikan Inggeris untuk menerajui kepimpinan politik negara.
Nama-nama pejuang sejati seperti Tok Janggut, Haji Abdul Rahman
Limbong, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Dr. Burhanuddin al-Helmy,
Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhammad, Ibrahim Yaakob dan
lain-lain sengaja dipinggir atau dipadamkan dari sejarah.

Di tangan tokoh-tokoh seperti Dato’ Onn Jaafar dan
Tunku Abdul Rahman yang berpendidikan Barat inilah yang
digahkan sebagai pejuang bangsa. Padahal pembinaan semula
bangsa Melayu yang dipelopori oleh tokoh-tokoh sekular ini
tidak bersandarkan kepada pegangan agama, tetapi hanya dalam
kerangka nasionalisme Barat.

260

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Aspek yang juga tidak kurang penting dalam mengukuhkan
ideologi penjajah ialah sistem pendidikan negara. Sistem
pendidikan yang diarus pedanakan ialah sistem pendidikan yang
mementingkan kebendaan yang zahir yang sekular, dan
meminggirkan tunjang agama Islam. Sistem pendidikan sekular
ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, sedangkan sekolah-sekolah
agama rakyat dibiarkan berjalan sendiri tanpa bantuan.

Akhirnya siapa sahaja yang melalui proses ini akan
melanjutkan pemikiran dan kepimpinan yang berkiblatkan
Barat. Baik kepimpinan politik, kepimpian korporat, kepimpinan
budaya, kepimpinan intelektual dan kepimpinan agama,
semuanya semacam berada dalam acuan Barat.

Pada fikiran saya, kejayaan British bukanlah kejayaan mereka
mengawal sistem ekonomi, politik, pengurusan atau tentera kita
semata-mata, tetapi kejayaan penjajah yang paling utama ialah
kejayaan membunuh keyakinan diri bangsa Melayu terhadap
dirinya sendiri. Minda Melayu diracuni sebegitu rupa sehingga lahir
sikap terlalu mengagungkan Barat. Apa sahaja yang datang dari
Barat dilihat sebagai hebat, unggul, berkualiti, profesional dan
menjadi standard dalam kehidupan bangsa Melayu.

Walhasil krisis Melayu kini semakin rawan. Melayu tidak lagi
yakin dengan bahasanya sendiri, tidak yakin dengan budaya,
dengan tradisi pakaiannya sendiri, cara bermasyarakatnya sendiri.
Inilah kejayaan besar Inggeris terhadap bangsa Melayu sehingga
akhirnya segala yang datang dari penjajah diambil bulat-bulat, dan
lebih parah lagi dianggap sebagai budayanya sendiri.

Memang ada usaha kepimpinan negara seperti yang
dilakukan oleh Dr. Mahathir, iaitu Wawasan 2020 untuk

261

Inilah Perjuanganku

kononnya membangun melalui acuan sendiri. Tetapi itu lebih
kepada kulit dan retorik, bukan isinya. Dr. Mahathir konon sudah
buat segala-galanya. Tetapi pernahkah kita bertanya apa yang telah
dibuat sebenarnya? Adakah sejujurnya beliau membina bangsa dan
negara ini dengan kerangka yang betul atau tidak?

Pengamatan saya ialah beliau hanya membina infrasturktur
mega dan cuba mempercepatkan orang Melayu menjadi kaya
dengan mengkayakan orang yang sudah sedia kaya dengan
harapan berlaku limpahan. Rasionalnya ialah kita tidak boleh
menumpu kepada golongan Melayu terbanyak kerana proses ini
dianggap lambat.

Beliau memilih yang terdekat bukan sahaja dikalangan
korporat Melayu malah juga dikalangan yang bukan Melayu.
Namun akhirnya yang jelas limpahan itu tidak menjadi. Tanpa
mengkaji kemampuan dan keahlian golongan Melayu, pendekatan
beliau berakhir dengan melebarkan jurang kaya-miskin bukan
sahaja antara etnik malah juga intra etnik.

Sebelum itu, Tun Razak juga sudah membina bermacam-
macam institusi untuk memajukan orang Melayu, khususnya
melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kini terdapat lebih kurang
80 institusi di peringkat negeri dan persekutuan kononnya untuk
membantu orang Melayu, tetapi soalnya kenapa masih tidak
berkesan.

Puncanya ialah pihak pemerintah tidak memperhatikan
tentang masalah pertindanan peranan antara agensi, pengawalan
fungsi, koordinasi antara satu sama agensi dengan yang lain dan
bagaimana sesuatu kementerian dan jabatan itu diurus dengan

262

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

amanah dan bertanggungjawab. Termasuk juga soal menempatkan
individu yang mempimpin sesebuah agensi.

Contohnya UDA ditubuhkan untuk membantu orang Melayu
di bandar. Peruntukan disuntik dengan skala berbillion ringgit.
Dalam bidang perbankan pula, kerajaan juga mewujudkan Bank
Bumiputera bertujuan untuk mengoptimakan modal pelaburan
untuk membantu kaum bumiputera.

Tetapi ternyata kedua-agensi gergasi ini tidak mencapai
hasil yang sepatutnya. UDA sudah beraleh fungsi menjadi
sebuah badan korporat untuk meraih untung, manakala Bank
Bumiputera pula kini telah diambil alih. Krisis kepimpinan
dan wujudnya campurtangan politik dalam proses membuat
keputusan menyebabkan agensi-agensi ini gagal berfungsi
melonjak kedudukan bangsa Melayu.

Akhirnya, penyelewengan berlaku dihampir semua agensi
yang diitubuhkan untuk membantu orang Melayu. Kuasa yang
diberi tidak lagi menjadi amanah, tetapi sebaliknya menjadi batu
loncatan untuk kekayaan diri sendiri. Kuasa sudah jadi komoditi
untuk dijual beli.

Kalau kita bincang cara mendalam setiap institusi, ternyata
bukan meningkatkan imej dan martabat bangsa Melayu dan
menjadi aset bangsa, tetapi sebaliknya ada yang menjadi bebanan
atau liability. Agensi-agensi yang sedemikian banyak hanya menjadi
tempat menyediakan kerjaya kepada anak-anak Melayu untuk
makan gaji. Yang berlaku ialah membesarkan prasarana agensi,
bukan menumpukan kepada fungsi sebenar yang sepatutnya
menjadi ukuran relevan atau tidaknya agensi tersebut untuk
membangun bangsa Melayu.

263

Inilah Perjuanganku

Saya menyatakan banyak agensi-agensi tersebut bagaikan
ibu yang berselerakkan didalam pentabiran kerajaan tetapi ia
tidak siap untuk melahirkan anak-anak yang bernas dan dididik
dengan betul. Berlakulah “kehamilan” secara salah, dan sebab itu
kuasa yang dipegang juga akhirnya berada dikalangan orang yang
salah yang tidak berupaya dan tidak berminat untuk membantu
Melayu terbanyak melainkan hanya untuk melahirkan “anak-anak
yang tidak sah” lantaran ia bukan hasil dari keringat yang benar
tetapi dari kaedah “anak segera” yang dhaif, tidak bermaya dan
tidak berupaya.

Kini kekecewaan di peringkat akar-umbi (grassroot) sangat
mendalam. Lihatlah kehidupan nelayan Melayu selepas 30 atau
50 tahun. Yang besar dan kelihatan gagah ialah pejabat LKIM,
tetapi nasib nelayan tidak banyak berubah. Samalah juga dengan
pekebun kecil, pegawai dan kemudahan Risda dan Felcra
bertambah, pejabat semakin besar, tetapi penoreh getah masih di
takuk lama, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang!

Kekecewaan itu adalah kekecewaan yang terpendam, dan
menunggu masa untuk meledak. Kalau meledak 50 tahun akan
datang, ia mungkin akan meledak sebagai satu “amukan”, kerana
sudah tidak tahan lagi menanggung maruah bangsa yang semakin
dihakiskan. Golongan atasan hidup senang-lenang, tetapi 70%
golongan Melayu bawahan masih hidup melata dan sekadar
menjadi bahan media dalam rancangan “Bersamamu”. Kemiskinan
bangsa Melayu kini hanya menjadi bahan media. Orang korporat
pula sekadar mahu menjadi jaguh anugerah CSR (Corporate
Social Responsibility). Lebih parah kini ia sudah menjadi bahan
kempen politik.

264

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Peliknya bangsa lain tidak pula seghairah begitu untuk
membangun kaumnya sendiri. Kekecewaan bangsa Melayu
terhadap kepimpinan bukan lagi hanya dilihat diperingkat kolektif,
tetapi sudah sampai ke peringkat melihat kualiti peribadi secara
individu. Rakyat Melayu sudah mulai menyuluh sampai kepada
kualiti keperibadian pemimpin-pemimpinnya yang ada kini. Tidak
ada sesiapa lagi yang boleh dipercayai sejujurnya. Rakyat sudah
bersikap sinis kerana ketua-ketua politik semada berpangkat YB,
Dato, Ketua Pengarah dalam mentadbir urusan bangsa seolah-olah
tidak boleh dipercayai lagi sebagai pembela nasib bangsa Melayu.

Bebalnya orang Melayu kini sudah sampai ke peringkat
“berakit-rakit k hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit
dahulu, tidak pernah senang sampai sekarang!!” Bermastautin di
bandar tertindas, bermukim di kampung terpinggir.

Psychy Melayu sampai ke tahap itu. Istilah ketuanan Melayu
tinggal suatu retorik, slogan yang akan diketawakan orang. Dalam
demonstrasi di Penang ada poster yang tertulis “Jangan cabar
kesabaran kami, kami tuan di tanah ini”.

Kita harus bertanya seikhlasnya, Tuan apa? Tuan
Tanah? Padahal tanah Melayu banyak yang tergadai. Tuan
Bandar? Walhal Melayu di bandar menjadi bangsa minoriti. Tuan
Kampung? Sedangkan Kampung Melayu juga banyak yang ditelan
pembangunan.

Bangsa lain ketawa melihat gelagat orang Melayu hari ini
dengan slogan keTuanannya. Malangnya ahli politik suka slogan
seperti ini. Tidak ada idea yang segar dan nampak bersungguh
dan serius.

265

Inilah Perjuanganku

Akhirnya kita perlu jujur dan bertanya, untuk apa kita
mencetuskan jeritan sebegitu? Ada yang bebal lalu kerana tidak
dapat serah memorandum, dibakar pula! Melayu kini berada
dalam krisis kerana jatidiri lesu, pemikiran lemah dan sistem
pengurusan pembangunan yang salah dan pincang. Saya namakan
ini sebagai fenomena “gempita dari dalam” – gempita dalam hati,
gempita dalam jatidiri dan gempita dalam sitem.. Maksudnya
bangsa ini mengalami ledakan dalam dirinya akibat kekecewaan
yang tidak terkendali.

Apa penyelesaiannya?

Saya menggagaskan kekuatan Melayu perlu dibangun pada
4K.

K pertama ialah “Keislaman” sebagai pengkalan. Jika kita
hanyut dalam arus kehidupan ini, tidak kiralah siapapun, baik
pemimpin atau rakyat biasa, dia harus kembali ke pengkalan, iaitu
Islam. Jika Islam ditinggalkan, orang Melayu akan kehilangan
jatidirinya dan kehilangan sumber kemuliaan.

K kedua ialah “Ke’bangsa’an” – bahawa Allah mentakdirkan
kita sebagai satu bangsa dan secara antropologis kita digelar
bangsa Melayu. Oleh itu tidak layak kita menafikan bangsa yang
dianugerah oleh Allah kepada kita. Seperti Firman Allah SWT
dalam surah Ar-Rad: 11 – “Allah tidak akan mengubah nasib suatu
kaum selagi kaum itu sendiri tidak mengubah nasib mereka sendiri”.Al-
Qur’an bicara soal kaum. Bangsa Melayu adalah kaum yang
diamanahkan Islam padanya.

Jika Melayu rosak dan jatuh, yang akan terfitnah ialah Islam.
Bangsa Melayu ini menanggung amanah Islam di Nusantara ini.

266

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Jika akhlak tidak perkuatkan, ekonomi tidak pulih, kepimpinan
tidak dibersihkan, imej Islam dipandang rendah. Melayu itu
berjatidirikan Islam dan Islam itu yang mewarnai Melayu.
Walaupun kata-kata itu tidaklah tepat sepenuhnya, tetapi itulah
imej Islam yang dilihat pada orang Melayu.

K ketiga ialah “Ke’watan’an” – bahawa kita mesti akur, inilah
watan kita, inilah tanahair kita. Walau apapun yang berlaku, inilah
tempat dan tanahair kita. Jika kita tidak pertahankan, kita Akan
jadi tidak releven lagi. Alif Ba Ta perjuangan kita itu ialah Agama,
Bangsa dan Tanahair. Ini adalah tanda kesedaran kita sebagai
bangsa yang berdaulat. Jika tanahair ini tidak dijaga dan tidak
diurus dan dipertahankan, kita akan hilang asas kekuatan bangsa
Melayu.

Akhir sekali ialah K keempat iaitu “Ke’umat’an”, iaitu
keberadaan Melayu dalam suatu ummah, iaitu ummah Muslimin.
Melayu adalah sebahagian daripada ummah Muslimin. Apa
sahaja yang berlaku ke atas umat Islam di tempat lain, sepatutnya
turut dirasai oleh orang Melayu. Malangnya kini sudah tidak lagi.
Nasib umat Melayu-Islam di Patani, di Mindanao dan di Acheh
sekadar menjadi berita panas sementara, sama seperti berita
panas terhadap orang lain atau di tempat lain. Ternyata generasi
sekarang tidak lagi mempunyai perasaaan kenusantaraan. Nusa
antara bangsa sesama Melayu dan sesama Islam perlu dihidupkan
kembali.

Sayangnya rumpun Melayu pula kini tidak membantu dan
bahkan masing-masing sedang bergelut dengan masalah sendiri-
sendiri. Imej Melayu sudah kabur. Seorang pujangga Islam
pernah berkata “Allah mencipta bumi, syaitan mencipta sempadan”

267

Inilah Perjuanganku

(Allah created the Earth, syaitan created the nations)”. Perasaan
keummatan Melayu kini sudah terhakis dan terasing disebabkan
penjajahan dan wujudnya sempadan politik yang berteraskan
nasionalisme sempit.

Kita semakin terpisah mengikut kelompok, etnik atau kabilah
kecil – Minang, Bugis, Banjar, Jawa, Melayu Riau, Melayu Brunei,
Melayu Patani, Melayu Champa dan Melayu Filipina. Kita menjadi
lebih cair kerana unsur kebersamaan sudah dibuang.
Contohnya, tulisan jawi yang dahulu merupakan medium kesatuan
Melayu telah semakin pupus. Yang tinggal ialah akidah. Itu pun
sedang digugat. Sempadan politik menyebabkan perasaan
keummatan (esprit decorp) tidak lagi wujud. Dahulu semangat
persaudaraan Melayu begitu kuat kerana kita ada ikatan
kekeluargaan di seluruh Nusantara, tetapi sekarang sudah tidak
wujud lagi, sudah pupus. Keempat-empat K inilah yang ingin kami
gagaskan sebagai jalan keluar dari kemelut ini.

Memang sebagai seorang Muslim kita tidak boleh berputus
asa. Harapan tetap ada, dan jalan keluar tidaklah mustahil. Kita
perlu yakin masih ada “light at the end of the tunnel”. Tetapi
harapan itu akan menjadi cerah asalkan kita memenuhi syarat-
syarat yang tersirat dalam 4 K itu.

Syarat inilah menyebabkan tercetusnya idea kami untuk
berbicara “Melayu akan pupus” kerana fasa 50 tahun kedua akan
menentukan nasib bangsa Melayu. Alaf baru sudah berlalu 10
tahun dan fasa kedua 50 tahun sudah berlalu tiga tahun, namun
syarat-syarat kebangkitan bangsa itu maseh belum dipenuhi.
Sementara kita yakin kita boleh bangkit sebagai bangsa yang
memenuhi ciri-ciri “khoiro ummah” namun kita perlu insaf

268

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

selagi syarat-syarat itu tidak diberi perhatian selagi itu kami yakin
kepupusan bangsa Melayu akan menjadi realiti.

Apa yang paling menakutkan kita ialah tidak wujudnya watak-
watak Melayu di kalangan generasi baru buat menyambung dan
mewarisi keunggulan bangsa Melayu ini. Jika kita dihinggapi
penyakit kurang yakin hendak menyerahkan “baton”
menyambung pecutan bangsa ini kepada generasi muda Melayu
masa depan, maka kepupusan ini bakal lebih awal dari 50 tahun
yang saya jangkakan!

269


Click to View FlipBook Version