The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2022-11-26 06:38:52

BM Tingkatan 5 (A)

BM Tingkatan 5 (A)

Edisi Guru

Modul 360°

EkstraRakaman audio 5
Ujian Lisan
Mendengar Tingkatan
disediakan
KSSM
• DSKP Buku A
• KBAT
• SPM Berdasarka n
• PBD Form at Pentaksira n

SPM Terkini

Bahasa Melayu

Stet Audio Ujian Nota Lengkap Nota Lengkap Kosa Kata Khazanah
Berdarjat Peribahasa
Mendengar KOMSAS Novel
Tinggi

Azmi W.S., Nur Marisya

Bab BM Tingkatan 5 Bab 1

1 Karangan Berpandukan
Kepelbagaian Bahan Rangsangan

Sekilas Info

1 Satu soalan yang bermuat kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan akan dikemukakan dalam Kertas 1103/1,
Bahagian A.

2 Soalan ini wajib dijawab.
3 Panjangnya karangan yang perlu ditulis hendaklah dalam lingkungan 150 hingga 200 patah perkataan.
4 Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah.
5 Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan karangan ini ialah 30 minit.
6 Soalan yang dikemukakan disertai kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan yang terdiri daripada:
CONTOH
Gambar
rajah

Ilustrasi Gambar
kartun ilustrasi

Petikan/ Jenis bahan Foto
Catatan/ rangsangan

Dialog

Iklan/ Pelan/
Poster Peta

Langkah Mengarang yang Berkesan Merangka isi karangan yang terdiri
daripada tiga bahagian, iaitu
Menganalisis secara teliti, kritis, dan analitik pendahuluan, isi, dan penutup.
berkaitan dengan bahan rangsangan, fokus
soalan, skop tajuk, dan isu yang ingin
dibincangkan.

Menyemak karangan untuk memastikan: Menulis karangan yang terdiri
(a) penulisan menepati tema/ isu yang dibincangkan daripada 150 hingga 200 patah
(b) idea yang diutarakan matang dan relevan perkataan.
(c) pengolahan menarik berserta contoh dan bukti

yang jelas
(d) penggunaan bahasa yang gramatis dan kosa kata

yang luas
(e) ejaan dan tanda baca yang betul
(f) struktur ayat yang betul
(g) penggunaan penanda wacana yang betul dan tepat

1

BM Tingkatan 5 Bab 1

Sampel Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan Cemerlang Tema 2 Sukan dan Rekreasi
Contoh 1



Maklumat di bawah berkaitan aktiviti rekreasi.
Huraikan pendapat anda tentang aktiviti rekreasi.
Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

CONTOH
Contoh Jawapan

Buah delima manis dirasa,
Bersama suri enak dimakan,
Mari bersama luangkan masa,
Atur rekreasi demi kebaikan.

Pantun di atas telah menyatakan bahawa masyarakat perlu mengamalkan aktiviti rekreasi dalam
kehidupan. Rekreasi ialah penggunaan masa lapang untuk keseronokan, bersama keluarga atau aktiviti
selain bekerja. Oleh itu, apakah kebaikan berekreasi kepada masyarakat?

Dewasa ini kita sering dihantui dengan pelbagai penyakit yang dikatakan membunuh dalam senyap
seperti kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung. Oleh itu, atas kesedaran ini masyarakat perlulah
berekreasi agar dapat menyihatkan tubuh badan. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti rekreasi
dapat memaksa peluh yang merupakan toksin untuk keluar daripada badan. Contohnya aktiviti bersenam
yang dilakukan selama 20 minit sebanyak dua kali seminggu. Keadaan ini secara tidak langsung dapat
menguatkan antibodi badan untuk penyakit sekaligus mampu melahirkan masyarakat yang sihat dan bebas
daripada penyakit.

2

BM Tingkatan 5 Bab 1

Keluarga merupakan intitusi nukleus yang penting untuk dipelihara. Oleh itu, aktiviti rekreasi sangat
penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ahli keluarga yang berkumpul dan melakukan aktiviti
bersama-sama akan dapat berkongsi cerita dan masalah. Contohnya aktivit berkelah akan menggantikan
semula masa bersama keluarga yang dihabiskan untuk bekerja pada hari biasa. Di samping ibu bapa dapat
mengurangkan stres ditempat kerja, mereka juga dapat mendalami masalah anak-anak mereka. Pada ketika
inilah sesi perbincangan dapat dilakukan dalam keadaan yang lebih tenang hingga membentuk keluarga
yang harmoni.

Kesimpulannya, aktiviti rekreasi menjanjikan pelbagai kebaikan kepada individu dan keluarga.
Masyarakat haruslah mengambil peluang untuk berekreasi walaupun dihimpit kesibukan bekerja. Semoga
dengan kesedaran daripada masyarakat tentang aktiviti berfaedah ini, negara akan lebih membangun
kerana rakyat sihat, negara sejahtera.

(199 patah perkataan)
CONTOH
Praktis ke Arah SPM

Praktis 1 Tema 5: Pendidikan Untuk Semua

Maklumat di bawah berkaitan aktiviti membaca buku.
Huraikan pendapat anda tentang aktiviti membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Kesibukan Bekerja Permainan Internet

3

BM Tingkatan 5 Bab 2

Bab

2 Karangan Umum

Sekilas Info

1 Sebanyak empat soalan akan dikemukakan dalam Kertas 1103/1, Bahagian B.

2 Soalan ini wajib dijawab.

3 Panjangnya karangan yang perlu ditulis hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.

4 Markah yang diperuntukkan ialah 70 markah.
CONTOH
5 Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan karangan ini ialah 1 jam 30 minit.

6 Jenis karangan terdiri daripada karangan berformat, iaitu ucapan, syarahan, ceramah, surat kiriman rasmi, surat

kiriman tidak rasmi, berita, rencana akhbar, perbahasan, dialog/ wawancara serta karangan tidak berformat, iaitu

fakta, pendapat, perbincangan, ulasan/ komen, peribahasa/ cogan kata, dan keperihalan.

7 Terdapat empat domain yang diambil kira semasa penyediaan soalan ini, iaitu:

(i) domain awam

(ii) domain peribadi

(iii) domain pendidikan Info Digital 2
(iv) domain kerjaya

Karangan Jenis Ulasan Tema 10 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau


Domain Peribadi

Mulai jam 2 petang, bekalan air akan disalurkan secara berperingkat ke 686 kawasan di Wilayah
Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor. Kawasan-kawasan tersebut
mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pada pukul 9 malam semalam apabila kerja-
kerja pembaikan dijalankan. Penduduk kawasan terlibat boleh menadah air hujan untuk basuhan luar
atau menyiram pokok dengan air yang terguna bagi menggurangkan penggunaan air buat sementara
kerana dikhuatiri bekalan air yang disalurkan juga tidak mencukupi.

Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada artikel
‘Bekalan Air di Selangor Pulih Secara Berperingkat’

Berita Awani, 18 Oktober 2020

Petikan akhbar di atas menggambarkan situasi yang berlaku di kawasan yang terjejas akibat gangguan
bekalan air. Selain daripada tindakan pihak kerajaan untuk membantu, masyarakat juga perlu bertindak
bagi memastikan masalah ini tidak menjejaskan urusan seharian mereka.

Tulis sebuah rencana tentang tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang individu ketika berdepan
dengan masalah gangguan bekalan air. Panjang karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah
perkataan.

Pendahuluan

Gangguan bekalan air merupakan masalah utama yang sering didepani oleh penduduk di sesebuah
kawasan. Bagi masyarakat yang sudah terbiasa dengan isu ini, mereka semestinya akan lebih tahu tentang
persediaan yang perlu dilakukan oleh mereka. Namun begitu, disebabkan masalah air ini semakin
menjadi-jadi kini maka setiap rakyat perlu sedar tentang langkah-langkah berdepan dengan situasi sulit
ini.

8

BM Tingkatan 5 Bab 2

Isi 1 Menadah air hujan untuk basuhan luar.
Mengapa Mengurangkan penggunaan air bersih.
Bagaimana Menyediakan takungan air di luar rumah.
Menjimatkan penggunaan air yang boleh digunakan bagi tujuan memasak.
Kesan Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Ungkapan Air hujan yang ditadah mampu membantu pada kala ketiadaan air.
Penegas

Isi 2 Menyiram pokok menggunakan air terguna.
Mengapa Tidak membazirkan air.
Bagaimana Air basuhan yang tidak terlalu bersabun boleh diguna semula untuk menyiram pokok.
Aktiviti menyiram pokok tidak terjejas biarpun kekurangan air.
Kesan Tiada gading tanduk pun berguna.
Ungkapan Sentiasa mengutamakan kepelbagaian penggunaan air bagi mengurangkan

Penegas pembaziran.
CONTOH
Isi 3 Mengurangkan aktiviti luar.
Mengapa Memastikan jumlah basuhan baju seharian tidak terlalu tinggi.
Bagaimana Membasuh pakaian secara banyak.
Jumlah penggunaan air dapat dikawal.
Kesan Sebelum nanah menjadi tokak.
Ungkapan Tolak ansur antara ahli keluarga amat perlu bagi menjayakan hal ini.
Penegas

Penegasan Penutup
Kesedaran daripada masyarakat amat perlu bagi memastikan kesan gangguan air
Cadangan
Harapan tidak menjejaskan urusan seharian.
Ungkapan Masyarakat perlu mengamalkan penjimatan yang berterusan.
Semoga isu gangguan bekalan air tidak berpanjangan.
Setiap dugaan akan mematangkan manusia.

Karangan Lengkap

TINDAKAN INDIVIDU APABILA BERDEPAN DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR
Oleh: Ahmad Wafi Ridzuan bin Yahya Harun

Gangguan bekalan air merupakan masalah utama yang sering didepani oleh penduduk di sesebuah
kawasan. Bagi masyarakat yang sudah terbiasa dengan isu ini, mereka semestinya akan lebih tahu tentang
persediaan yang perlu dilakukan oleh mereka. Namun begitu, disebabkan masalah air ini semakin
menjadi-jadi kini maka setiap rakyat perlu sedar tentang langkah-langkah berdepan dengan situasi sulit
ini.

Antara langkah yang boleh dilakukan oleh individu bagi memastikan gangguan bekalan air tidak
menjejaskan urusan seharian ialah menadah air hujan untuk tujuan basuhan luar seperti mencuci kereta
dan kawasan laman. Hal ini supaya penggunaan air bersih dapat dikurangkan kerana pada ketika ini air
bersih lebih diperlukan untuk tujuan lain. Sesebuah keluarga boleh menyediakan takungan yang
selamat untuk menadah air hujan yang meluncur dari bumbung rumah. Takungan air hujan mampu

9

BM Tingkatan 5 Bab 3

Bab Sistem dan

3 Aplikasi Bahasa

Sekilas Info

1 Soalan tentang sistem dan aplikasi bahasa akan dikemukakan dalam Kertas 1103/2, Bahagian A.

2 Soalan ini memperuntukkan 35 markah.

3 Terdapat lima soalan yang dikemukakan, iaitu:
CONTOH
(a) morfologi (d) bahasa Melayu standard

(b) sintaksis (e) peribahasa

(c) penyuntingan

Soalan 1 – Morfologi

Praktis 1 Info Digital 3

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja transitif dan dua kata sendi nama.
Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Terusan Suez merupakan terusan buatan manusia yang terbesar di dunia yang merentasi Isthmus
Suez dari Pelabuhan Tewfik di Bandar Suez yang menghadap Laut Merah di Semenanjung Sinai. Kedua-
duanya terletak di Mesir. Ketika mula dibuka, Terusan Suez hanya mempunyai kepanjangan 164
kilometer dengan kedalaman lapan meter, namun banyak penambahbaikan dilakukan bersesuaian
dengan fungsinya yang menjadikan terusan ini pada hari ini memiliki 193 kilometer panjang,
24 meter kedalaman, dan 300 meter lebar. Terusan Suez dibahagikan kepada dua bahagian penting,
iaitu bahagian utara dan selatan Tasik Besar Bitter yang menyambungkan Laut Tengah hingga Teluk
Zuez di Laut Merah.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Di Balik Terusan Suez’,

Dewan Masyarakat, BIL. 05/2021

[8 markah]

Kata kerja transitif merentasi, mempunyai/ menjadikan/ memiliki/ menyambungkan
Kata sendi nama di, dari/ dengan/ kepada/ hingga

(i) Farid perlu merentasi jalan yang penuh dengan lalang sebelum dapat sampai ke kebun sayurnya.


(ii) Kabus yang tebal itu menjadikan penglihatannya kurang jelas.


(iii) Persembahan wayang kulit itu dikagumi oleh pelancong asing dari Kanada itu.


(iv) Askar-askar berjuang hingga titisan darah yang terakhir demi mempertahankan negara daripada

ancaman musuh.

23

CONTOH BM Tingkatan 5 Bab 3

Praktis 2

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun
berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang
berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa
kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja.

Dipetik daripada
Burung Terbang Dipipiskan Lada

dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]
Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang yang dikenali semua orang, penduduk negeri
itu berpecah belah, separuh daripada mereka menjadi pengikut Paduka Raja manakala separuh lagi menjadi
pengikut Seri Nara Diraja kerana kedua-dua memang penduduk tempatan negeri tersebut. Seri Nara Diraja
tidak bermuafakat dengan Paduka Raja dan mereka selalu berselisih faham. Beberapa kali, Paduka Raja
didapati di dalam kampung Seri Nara Diraja.

Praktis 3

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi
muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan
jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, ‟Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan
bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”

Dipetik daripada
Burung Terbang Dipipiskan Lada

dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]
Sesudah waktu idah, Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Selepas itu, Seri Nara Diraja
dengan Paduka Raja pun bermuafakat seperti saudara. Seri Nara Diraja pun menghadap Sultan Muzaffar
Syah dan berkata, “Tuanku, sebaik-baiknya Paduka Raja dilantik menjadi bendahara kerana Paduka Raja
memang seorang anak bendahara”.

35

BM Tingkatan 5 Bab 3

Soalan 5 – Peribahasa

Praktis 1 Info Digital 7

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
petikan tersebut.

Petang itu, ayah Amira pulang ke rumah bersama-sama dengan seekor arnab. Yang gembira
menyambutnya tentulah Amira. Cepat-cepat Amira mendukung arnab itu. Amira sudah banyak kali

meminta ibunya untuk memelihara haiwan tersebut, tetapi ayahnya tidak membenarkan. Arnabnya
diberikan nama Putih. Sejak kehadiran Putih, Amira bertambah ceria. Ayah Amira menyedari perkara

itu ketika dia berada di rumah seharian. Dia sering melihat Amira bermain dengan Putih. Amira begitu
sayang akan haiwan peliharaannya itu. Dia sering membelai-belai kepala Putih hingga arnab itu terbuai
dan mengantuk. Tambahan pula, ke mana-mana pun Amira pergi, Putih selalu mengikutnya dari

belakang.
CONTOH
[4 markah]

(i) Umpama orang mengantuk disorongkan bantal
(ii) Itik mendapat air

Praktis 2

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang tepat.

(i) Setelah berkali-kali tertipu ketika membeli barangan menggunakan aplikasi atas talian, Aiman lebih

berhati-hati apabila membeli-belah kerana sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu .

(ii) Pembentukan belia haruslah dimantapkan kerana mereka merupakan tulang belakang

kepada pembangunan negara.

[4 markah]

Praktis 3

Baca dialog di bawah dengan teliti, senaraikan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi di dalam dialog.
Kemudian, berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa
tersebut.

Amin : Ravi, marilah ikut serta kelas tambahan yang Cikgu Farah buat petang ini. Pihak sekolah sudah
sediakan macam-macam program kecemerlangan untuk kita. Hanya tunggu semangat dari kita
sahaja untuk berjaya.

Ravi : Ya, saya akan ikut serta. Terima kasih, Amin. Kamu banyak membantu saya terutamanya dalam
pelajaran. Semua maklumat yang kamu peroleh, mesti akan kamu berkongsi dengan saya.

Amin : Tak ada masalah Ravi, kita sahabat dan perlu saling membantu. Awak pun banyak membantu saya
dalam bidang sukan.
[6 markah]

(i) Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan
(ii) Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni/ Bagai isi dengan kuku

37

BM Tingkatan 5 Bab 4

Bab Pemahaman

4

Sekilas Info

Soalan 6 : Pemahaman Petikan Umum

1 Soalan ini akan dikemukakan dalam Kertas 1103/2, Bahagian B.
2 Soalan ini wajib dijawab. Dua atau tiga bahan akan diberikan.
3 Empat soalan, iaitu:
(i) Soalan makna rangkai kata
(ii) Soalan pemahaman petikan
(iii) Soalan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
(iv) Soalan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
4 Markah yang diperuntukkan ialah 12 markah.
CONTOH Info Digital 8

Soalan 7 : Pemahaman Petikan Sastera Info Digital 9

1 Soalan ini akan dikemukakan dalam Kertas 1103/2, Bahagian B.
2 Soalan ini wajib dijawab. Dua atau tiga bahan akan diberikan.
3 Empat soalan, iaitu:
(i) Soalan makna rangkai kata
(ii) Soalan pemahaman petikan
(iii) Soalan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
(iv) Soalan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
4 Markah yang diperuntukkan ialah 13 markah.

Soalan 8 : Novel

1 Soalan tentang novel akan dikemukakan dalam Kertas 1103/2, Bahagian B.

2 Markah keseluruhan soalan ini ialah 10 markah.

3 Bahagian ini terbahagi kepada dua soalan, iaitu (i) dan (ii) dengan pecahan 4 markah atau 5 markah dan 5 markah

atau 6 markah. Jumlah markah untuk ceraian (i) dan ceraian (ii) adalah tidak tetap.

4 Bagi soalan 8 (i), soalan yang diajukan ialah soalan pemahaman petikan novel. Murid hendaklah membaca soalan

dengan teliti untuk memahami kehendak soalan dan mencari jawapan berdasarkan petikan yang diberikan.

5 Bagi soalan 8 (ii), soalan yang diajukan merupakan soalan berdasarkan novel yang dipelajari oleh murid di setiap zon.

Setiap isi yang diutarakan perlu disertakan contoh-contoh yang sesuai yang terkandung dalam novel.

6 Murid perlu menggunakan bahasa yang gramatis dan struktur ayat yang betul.

7 Murid perlu menguasai beberapa perkara untuk mendapat markah yang tinggi.

(a) Memahami dan mengenal genre novel.

(b) Memahami istilah sastera bagi genre novel, iaitu:

(i) sinopsis

(ii) tema

(iii) persoalan Info Digital 10
(iv) watak dan perwatakan

(v) teknik plot

(vi) latar tempat, latar masyarakat, latar masa

(vii) nilai dan pengajaran

(viii) plot dan binaan plot

(ix) mesej

(c) Murid juga perlu mengetahui contoh yang relevan bagi membuktikan pernyataan isi sastera.

39

BM Tingkatan 5 Bab 4

Praktis 6 – Kudup Perang

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Lagu Pesan Pak Dollah

Negara ini dibina Anak,
bata per bata negara ini pemberi
disimen celik minda yang wajib dikasihi
tapaknya teguh sekata yang tetap teguh di hati
tidak saling curiga
tidak saling wasangka. Anak,
negara ini cinta
Anak, yang tidak berbelah
negara ini milik semua kasih yang tidak mungkin berubah.
siapa pun mereka
yang kuat menggalas usaha Anak,
yang lemah dibantu tenaga negara ini Malaysia
ras dan warna bukan hak membeda. tanah tumpah darahku
tanah tumpah darahmu
Anak, tanah takhta tinggi
negara ini pusaka semayam dalam diri
diwarisi adil saksama relakan berbakti
dibangun bersama.
Lirik : Abdullah Jines
Lagu : Airmas SZ
Sumber : Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4
CONTOH
Bahan 2

Dengarkan tuan suatu riwayat, Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Raja di desa Negeri Kembayat, Baginda duduk bersuka-sukaan,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Datanglah beroleh kedukaan,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Ada raja suatu negeri, Datanglah kepada suatu masa,
Sultan halifah akas bestari, Melayanglah unggas dari angkasa,
Asalnya baginda raja yang bahari, Unggas gurda sangat perkasa,
Melimpah ngadil dagang senteri. Menjadi negeri rosak binasa.

Hairan orang empunya temasya, Datanglah menyambar suaranya bahana,
Baginda itulah raja perkasa, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Sangat tiada merasai susah, Seisi negeri gundah-gulana,
Entah pada esok dan lusa. Membawa diri ke mana-mana.

Seri sultan raja bestari, Baginda pun sedang dihadap orang,
Setelah ia sudah beristeri, Mendengar gempar seperti perang,
Beberapa bulan beberapa hari, Bertitah baginda raja yang garang,
Hamillah puteri permaisuri. "Gempar ini apakah kurang."

Dipetik daripada ‘Syair Bidasari’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

Kementerian Pendidikan Malaysia

57

BM Tingkatan 5 Bab 4

Bahan 3

Sementara dia bergelar panglima Andai namamu Jebat, kita masih tidak
laskar perang; yang terus-menerus menggelarnya sebagai pengkhianat
membajakan kezaliman – sering kerana kita masih menangisi
mengudupkan putik dendam peta keadilan yang tersirat – nun, karam
kita masih perlu berterima kasih di lautan kesumat
kepada jari-jemari takdir sedang warga memanggilnya keramat.
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari Perang pun melecurkan lidah muslihat
sempat juga menadah sejambak puisi bercabang lalu bertemu bayu palsu;
untuk sehari lagi; sambil bertanya; bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
siapakah pahlawan yang asli? mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
Memang kita tidak sempat menjenguk teramat lara kita menjahit semula
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus perca-perca bahagia – seperti perawan
ringkik kuda, gemerincing yang dibungkamkan cinta pertama.
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak Sehingga senja tiba,
di daerah angkara – perciknya kita masih bertengkar
menumbuhkan kelopak rahsia tentang siapa
dalam keliru, tertanya-tanya kita pahlawan sebenarnya.
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta? Dipetik daripada sajak ‘Kudup Perang’
Tuah Sujana
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu antologi Sejadah Rindu,
menyanjungnya pendekar paling gagah Kementerian Pendidikan Malaysia
kerana takhta setia terbinaCONTOH
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.

(i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud selumbar sengsara. [2 markah]
Maksud selumbar sengsara ialah duri kesulitan/ derita/ kepayahan.



(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan ciri-ciri pemimpin yang disegani. [4 markah]

Antara ciri pemimpin yang disegani ialah adil dan bertanggungjawab. Selain itu, pemimpin yang

disegani memperjuangkan tanah air dan melindungi rakyat. Seterusnya, pemimpin yang disegani

menyelesaikan segala permasalahan dengan bijaksana. Pemimpin yang disegani juga mengutamakan

rakyat dan negara semasa ditimpa bencana.







58

BM Tingkatan 5 Bab 4

Soalan 8 – Novel Nota lengkap
novel
Model Novel Cemerlang

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Orang muda di kampung ini memang tidak minat zapinkah, pak cik?” luah Haiqal sewaktu
bertandang ke rumah Pak Cik Bakar pada suatu petang. Niat asalnya untuk ke rumah Tauke Ong,
tetapi Tauke Ong dan keluarganya pergi ke bandar Batu Pahat. Langsung dia ke rumah Pak Cik
Bakar.
“Dulu ada sekejap … tapi entahlah. Anak-anak muda kampung ni selalu hangat-hangat tahi
ayam saja. Kumpulan kompang pun macam tu juga. Hidup sekejap, matinya berkurun!” Ada nada
geram ketika Pak Cik Bakar berkata begitu.

“Puncanya?”
“Puncanya tidak minat. Sampai bila nak jadi macam pahat dengan penukul? Zapin dan kompang
tu warisan budaya kita. Sepatutnya mereka ada sedikit rasa tanggungjawab terhadap kebudayaan
yang diwarisi turun-temurun. Mati budaya, maka seolah-olah bangsa itu telah mati, Haiqal.”
CONTOH
Dipetik daripada
Novel Silir Daksina
karya Nizar Parman
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan sebab tarian zapin kurang diminari oleh orang muda di kampung. [4 markah]

Antara sebab tarian zapin kurang diminati oleh orang muda di kampung ialah mereka bersikap

hangat-hangat tahi ayam. Selain itu, mereka juga tidak berminat mempelajari tarian zapin. Akhir

sekali, mereka tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kebudayaan yang diwarisi turun-

temurun. Isi cukup 3 = 4 markah

(ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(a) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip

(b) Tirani, karya Beb Sabariah Pembahagian markah

(c) Silir Daksina, karya Nizar Parman 6 markah = 2 isi × 2 markah +

(d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop bahasa 2 markah

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam novel
tersebut.yang boleh dijadikan teladan yang terdapat dalam novel tersebut.
[6 markah]

Songket Berbenang Emas
Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas. Antara pengajaran yang dapat kita pelajari

daripada novel ialah kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup. Contohnya, Dahlia tabah
menghadapi ujian hidup apabila ibunya yang dianggap gila menerima rawatan di Hospital Permai.
Tanah tempat tinggalnya yang sekangkang kera juga ingin dijual oleh neneknya. Selain itu, bapanya
pula dipatuk ular. Malahan, Dahlia sendiri dituduh menjadi penyebab kepada kematian Said yang
lemas di sungai berhampiran rumahnya. Selain itu, kita mestilah membantu mereka yang berada
dalam kesusahan. Contohnya, Tauke Lim membantu keluarga Embong ketika ditimpa kesusahan.

68

BM Tingkatan 5 Bab 4

Tirani
Novel yang saya kaji ialah Tirani. Antara pengajaran yang dapat kita pelajari daripada novel ialah

kita tidak boleh bersikap terburu-buru membuat sesuatu keputusan sebelum menyiasatnya terlebih
dahulu. Contohnya, Zahid bercerai dengan Waheeda dengan talak satu di hadapan ibu bapa Waheeda
kerana tidak mengaku Izzati anaknya, sebaliknya menuduh Waheeda melakukan hubungan sulit
dengan lelaki lain tanpa menyiasat terlebih dahulu. Selain itu, kita hendaklah gigih berusaha untuk
mencapai sesuatu kejayaan yang diimpikan. Contohnya, Waheeda berusaha dengan gigih untuk
membangunkan Tajau Emas dan Chalet Aya-Sajinah.

Silir Daksina
Novel yang saya kaji ialah Silir Daksina. Antara pengajaran yang dapat kita pelajari daripada novel

ialah kita hendaklah mengamalkan sikap saling bekerjasama dan bantu-membantu bagi menjayakan
sesuatu rancangan secara bersama. Contohnya, penduduk Kampung Seri Purnama sibuk bergotong-
royong memasak makanan untuk hidangan para tetamu pada malam persembahan tarian zapin. Kita
perlulah menjaga amanah setelah diberikan tanggungjawab oleh seseorang. Contohnya, Tauke Ong
seorang yang amanah menjaga rumah dan kebun, serta menyerahkan hasil jualan kelapa sawit milik
arwah Abdullah bin Kayan kepada Haiqal.

Bimasakti Menari
Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari. Antara pengajaran yang dapat kita pelajari daripada

novel ialah kita tidak boleh mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain. Contohnya,
demi menggagalkan rancangan projek mewartakan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit
Gelap, Dato’ Johann Arlington-Majid mengupah tiga orang tonto untuk menculik Nurul Hafsa bagi
mempergunakannya untuk mendapatkan Muhammad Taufik. Selain itu, kita perlu memelihara alam
sekitar supaya tidak tercemar. Contohnya, pembangunan yang tidak dirancang dengan teliti di Kuala
Selangor telah menyebabkan kelip-kelip semakin mengalami kepupusan dan bintang-bintang di langit
lenyap.
CONTOH
Praktis ke Arah SPM

Praktis 1

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Baguslah, Dahlia datang. Sebenarnya sakit emak Dahlia ni sudah ke tahap bahaya.”

“Bahaya?”

“Bertenang, Dahlia. Sebagai doktor, saya suka berterus terang agar apa-apa yang berlaku kelak
tidak disalahfahamkan. Begini, kami berusaha mengubatinya. Tetapi tentu lebih mudah jika kami
mengetahui hal-hal yang menyebabkan emak Dahlia berkeadaan begini!”
Doktor Ridhuan menelan air liur. Dahlia mengetap bibir. Cuping telinganya dipasang.
“Punca penyakit seperti ini, biasanya daripada masalah tekanan. Tekanan ini daripada pelbagai
sebab seperti kedaaan persekitaran yang menekan, masalah kekeluargaan yang berat, atau

mungkin faktor makanan. Itu cuma satu andaian. Kami sedang mengkaji punca yang tepat.”
“Emak saya gila, doktor?”
“Perkataan itu kami tidak pernah gunakan. Cuma kami boleh katakan kurang sihat. Saya ingin

tahu, emak Dahlia dah lama dalam kedaaan begini?”

Dipetik daripada
Novel Songket Berbenang Emas

karya Khairuddin Ayip
Kementerian Pendidikan Malaysia

69

BM Tingkatan 5 Bab 4

Nyatakan punca penyakit emak Dahlia menurut Doktor Ridhuan.

[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

(a) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
(b) Tirani, karya Beb Sabariah
(c) Silir Daksina, karya Nizar Parman
(d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sifat keberanian yang terdapat pada watak
utama yang boleh dicontohi oleh pembaca.
[6 markah]
CONTOH
Praktis 2

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Petang tadi, Haiqal turut membantu kerja-kerja memperkasa balai raya. Dia ikut serta
menyusun kerusi-kerusi plastik dan menyiapkan meja jamuan untuk tetamu khas di dalam balai
raya. Tidak terkecuali, See Hwa yang sama-sama mengemas bahagian dalam balai raya itu agar
kelihatan cantik dan rapi. Ambal di dalam balai raya itu juga turut disapu dan divakum.
Di bahagian belakang balai raya, penduduk kampung itu sibuk bergotong-royong memasak

makanan untuk hidangan para tetamu pada malam ini. Menu yang telah dipersetujui ialah nasi

jagung, kurma daging kambing dan daging lembu, ayam masak merah serta dalca.

Dipetik daripada
Novel Silir Daksina
karya Nizar Parman
Kementerian Pendidikan Malaysia

Apakah persediaan yang dilakukan sebelum acara persembahan tarian zapin diadakan?
[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
(a) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
(b) Tirani, karya Beb Sabariah
(c) Silir Daksina, karya Nizar Parman
(d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sebab bahagian klimaks novel ini menarik
perhatian anda.
[6 markah]

70

Bab Rumusan

5

Sekilas Info

1 Soalan yang bermuat bahan rumusan yang mempunyai tidak kurang daripada dua fokus akan dikemukakan dalam
Kertas 1103/2, Bahagian C.

2 Soalan ini wajib dijawab.
3 Panjang petikan tidak melebihi 300 patah perkataan.
4 Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan daripada sumber yang berbeza (contoh: petikan prosa,

puisi, dan grafik) tetapi mempunyai tema yang sama.
5 Tugasan tidak dinyatakan dalam arahan soalan.
6 Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
7 Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah, iaitu 20 markah untuk isi dan 10 markah untuk bahasa.
CONTOH
Strategi Menjawab Soalan Rumusan Info Digital 11

Langkah 1: Kenal Pasti Semua Fokus
• Calon perlu mengenal pasti semua fokus yang terdapat dalam semua bahan.
• Calon perlu mengenal pasti isi-isi yang terdapat dalam setiap bahan yang diberikan.

Langkah 2: Menulis Pendahuluan
• Bina pendahuluan dengan menggunakan semua fokus dalam setiap bahan.
• Contoh pendahuluan: 2 fokus

Petikan ini membincangkan punca-punca pencemaran alam sekitar (Fokus 1) dan langkah-langkah
mengurangkan pencemaran alam sekitar (Fokus 2).
• Contoh pendahuluan: 3 fokus
Petikan ini membincangkan punca-punca pencemaran alam sekitar (Fokus 1), kesan-kesan
pencemaran alam sekitar (Fokus 2), dan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam
sekitar (Fokus 3).
Langkah 3: Menulis Isi
• Calon perlu mengemukakan 8 isi lengkap daripada F1 dan F2 atau F1, F2, dan F3 (Isi wajib diambil
daripada setiap bahan dan menyentuh setiap fokus).
• Gunakan penanda wacana atau kata hubung untuk menunjukkan kesinambungan isi rumusan.

Langkah 4: Menulis Kesimpulan
• Kesimpulan perlu berdasarkan tema bahan.
• Gabungkan dua elemen dalam kesimpulan, iaitu cadangan dan kesan dengan menggunakan kata

hubung.
• Bina kesimpulan dalam satu perenggan sahaja. Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei.

Langkah 5: Menyemak Rumusan
• Semak rumusan dari aspek tatabahasa, ejaan, dan tanda baca.
• Kira jumlah patah perkataan dalam rumusan dan pastikan bahawa panjangnya rumusan tidak

melebihi 120 patah perkataan.
• Catatkan jumlah patah perkataan di dalam kurungan di sudut kanan, iaitu di bawah rumusan tersebut.

73

BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun

Penilaian Akhir Tahun

Kertas 1 Masa : 2 jam

BAHAGIAN A
[30 markah]
[Masa dicadangkan: 30 minit]

Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan menabung.CONTOH
Huraikan pendapat anda tentang amalan menabung dalam kalangan rakyat Malaysia.
Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Malang Tidak Berbau Alah Membeli Menang Memakai

96

BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun

Kertas 3 3 – 5 minit

UJIAN BERTUTUR

BAHAGIAN A : Taksiran Individu
[40 markah]

Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan
secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

CONTOH
Segelintir masyarakat sering kali mengaitkan peranti pintar dengan keburukan. Hal ini dikuatkan lagi
apabila terdapat pengguna yang menjadikan peranti pintar sebagai medium menjalankan aktiviti negatif
sehingga memperkukuh andaian sesetengah pihak bahawa alat berteknologi tinggi ini tidak mendatangkan
manfaat melainkan risiko yang tinggi. Sebenarnya, persoalan sama ada baik atau buruk penggunaan
peranti pintar ini amat bergantung pada cara pemikiran dan penerimaan setiap individu. Jika pengguna
berdisiplin dan mempunyai rasa tanggungjawab ketika menggunakan peranti pintar, penyalahgunaan dapat
dielakkan. Namun begitu, jika niat pengguna sememangnya untuk melakukan sesuatu perkara negatif maka
penyalahgunaan pasti akan berlaku.

108

BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun

Kertas 4 30 minit

UJIAN MENDENGAR
[30 markah]

Petikan 1 Audio

Arahan : Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.
Jawab soalan-soalan yang berikutnya berdasarkan petikan yang diperdengarkan.

1 Apakah yang dimaksudkan dengan buli mental?
Buli mental bermaksud kutuk-mengutuk, ejek-mengejek, dan menyindir seseorang.
CONTOH
[2 markah]

2 Apakah kesan utama kepada pelajar sekiranya gejala buli tidak dibendung?

Kesan utama kepada pelajar sekiranya gejala buli tidak dibendung ialah pelajar akan ponteng sekolah.
[1 markah]

Lengkapkan ruang kosong berikut berdasarkan petikan yang anda dengar.

3 (i) Takut
Tertekan

PERASAAN MANGSA BULI

(ii) Malu

[2 markah]

4 Pembuli akan mengajak orang lain untuk membenci mangsa buli agar segala tindakan yang dilakukannya

seakan-akan mendapat sokongan daripada pihak ketiga.
[1 markah]

5 Kelemahan yang terdapat pada pelajar perempuan selalunya digunakan oleh rakan-rakannya

untuk mentertawakannya.

[1 markah]

111

Jawapan

Bab 1 Karangan Berpandukan Isi 2
Kepelbagaian Bahan Rangsangan – Apa: Murid dapat mengenali tokoh-tokoh perjuangan

Praktis 1CONTOH melalui mata pelajaran sejarah.

Pendahuluan – Bagaimana: Murid diberi peluang untuk mendalami
– Menurut kajian 22 peratus (5.5 juta) pada kumpulan kisah dan latar perjuangan setiap tokoh.

usia 15 tahun ke atas langsung tidak berminat dengan – Contoh/ Cara: Murid mendalami keperitan penjajahan
buku atau sebarang bahan bacaan. Jepun yang dirasai oleh datuk nenek terdahulu.
– Sebanyak 59% daripada keseluruhan rakyat Malaysia
hanya membeli buku 2-3 kali sahaja dalam tempoh – Dampak/ Kesan: Memberikan keinsafan kepada murid
setahun. untuk lebih menghargai perjuangan tokoh-tokoh
terdahulu.
Isi 1
– Apa: Golongan dewasa selalunya memberi alasan Penutup
– Memberikan keinsafan kepada murid untuk lebih
kesibukan bekerja.
– Bagaimana: Waktu bekerja yang panjang dan menghargai perjuangan tokoh-tokoh terdahulu Malaysia
mampu menjadi negara membaca seiring harapan
memenatkan. kerajaan.
– Contoh/ Cara: Waktu bekerja yang tidak fleksibel dan – Semoga rakyat Malaysia lebih mendalami sejarah
kerana mereka yang melupakan sejarah pasti akan
melebihi 8 jam. mengulanginya.
– Dampak/ Kesan: Masyarakat mengabaikan amalan
Praktis 3
membaca dan mementingkan tidur untuk mendapatkan E-mel 1
rehat.
Alu-aluan
Isi 2 – Keluarga dalam keadaan sentiasa sihat dan ceria
– Apa: Remaja terlalu asyik dengan permainan internet.
– Bagaimana: Lebih menyeronokkan dengan pelbagai (menjawab pertanyaan rakan)

animasi. Pendahuluan
– Contoh/ Cara: Permainan Mobile Legend yang diiktiraf – Terdapat pelbagai kaedah belajar yang berkesan. Hal ini

sebagai permainan paling popular pada suatu ketika. sangat bergantung kepada situasi dan kecenderungan
– Dampak/ Kesan: Menyebabkan ketagihan yang teruk setiap individu.

dalam kalangan remaja. Isi 1
– Apa: Membuat jadual belajar yang sesuai dengan minat.
Penutup – Bagaimana: Mengulangkaji subjek yang paling kurang
– Kerajaan perlu menggiatkan lagi usaha menyedarkan
diminati pada waktu yang paling seronok untuk belajar.
masyarakat tentang kepentingan membaca terutamanya – Contoh/ Cara: Belajar subjek bahasa Inggeris pada
remaja sebelum nasi menjadi bubur.
– Malaysia mampu menjadi negara membaca seiring waktu malam kerana lebih tenang.
harapan kerajaan. – Dampak/ Kesan: Tidak berasa bosan dan cepat letih.

Praktis 2 Isi 2
– Apa: Mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan.
Pendahuluan – Bagaimana: Pastikan rakan belajar yang mampu
– Mata pelajaran Sejarah telah dijadikan subjek wajib
membantu antara satu sama lain.
lulus dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Contoh/ Cara: Belajar dengan rakan yang bijak mata
sejak tahun 2013.
pelajaran Matematik kerana saya lemah dalam subjek
Isi 1 ini.
– Apa: Mata pelajaran ini mampu membentuk semangat – Dampak/ Kesan: Selain dibantu di dalam kelas oleh
guru, rakan ulang kaji juga dapat membantu ketika di
patriotisme dalam kalangan anak muda. luar kelas.
– Bagaimana: Pendidikan berkaitan elemen kenegaraan
Penutup
akan membentuk nilai mulia ini. – Perlu meletakkan semangat untuk berjaya dan tidak
– Contoh/ Cara: Perbincangan aspek warisan negara
berputus asa.
bangsa yang mengangkat kisah kegemilangan Melaka – Semoga awak mendapat keputusan yang cemerlang
suatu ketika dahulu.
– Dampak/ Kesan: Membakar semangat anak muda untuk dalam peperiksaan (mendoakan rakan dengan harapan).
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-
negara maju yang lain.

J1


Click to View FlipBook Version