CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH 6 Bagai berumah di tepi pantai
Selalu dalam kekhuatiran atau kerisauan
Perbuatannya yang menerima rasuah menjadikan hidupnya
bagai berumah di tepi pantai.
7 Bagai bertepuk sebelah tangan
Cinta yang tidak berbalas
Cinta Hanif terhadap Suria selama ini bagai bertepuk
sebelah tangan kerana Suria tidak pernah menaruh perasaan
terhadapnya.
8 Bagai bulan dipagari bintang
Kecantikan gadis yang tiada tandingannya
Putera raja itu terus jatuh cinta akan anak Raja Bahrain apabila
melihat kecantikannya bagai bulan dipagari bintang.
CONTOH
CONTOH11 Bagai buluh ditarik songsang
Sukar mempengaruhi seseorang mengikut apa-apa yang
dikehendakinya
“Memang sukar untuk mengajak budak-budak itu menyertai
kerja kemasyarakatan bagai buluh ditarik songsang kerana
mereka kurang berminat dalam kegiatan tersebut,” kata Encik
Musa kepada rakannya.
12 Bagai dakwat dengan kertas
Sangat akrab
Hubungan Farah dan Harisah sangat rapat bagai dakwat
dengan kertas kerana ke mana-mana pergi mereka pasti
berdua.
Farah dan Harisah
berkawan baik sejak
kecil lagi.
CONTOH
CONTOH
CONTOH17 Bagai kacang melupakan kulit
Orang yang tidak tahu mengenang budi
Tidak sangka Hisham bagai kacang melupakan kulit kerana
tidak pernah mengambil tahu tentang ibu angkatnya yang
menjaganya dengan penuh kasih sayang.
18 Bagai kucing dibawakan lidi
Sangat takut
Badri bagai kucing dibawakan lidi apabila dia secara
tidak sengaja menumpahkan air kopi di atas folio Geografi
kakaknya.
19 Bagai kuku dengan isi
Sangat karib
Wanda memang sangat rapat dengan Jamiah, sepupunya itu
bagai kuku dengan isi.
CONTOH20 Bagai kucing kehilangan anak
Orang yang hilang akal atau dalam kebingungan
Sejak kehilangan anak tunggalnya dalam kemalangan itu,
Puan Amirah bagai kucing kehilangan anak.
21 Bagai kumbang putus tali
Amat pantas; terlepas daripada sengsara
Budak-budak itu melarikan diri bagai kumbang putus tali
apabila dikejar oleh orang yang kurang waras itu.
CONTOH
CONTOH24 Bagai melepaskan batuk di tangga
Membuat sesuatu kerja tetapi tidak selesai
“Kerja-kerja mengemas bilik buatlah sehingga selesai,
janganlah bersikap bagai melepaskan batuk di tangga,” kata
ibu kepada abang.
25 Bagai menarik rambut di dalam tepung
Membuat sesuatu perkara dengan teliti
Encik Dahari menyiasat punca pertelingkahan kedua-dua
orang pekerjanya itu bagai menarik rambut di dalam tepung
untuk menyelesaikannya agar dia tidak berat sebelah apabila
membuat keputusan.
11
CONTOH26 Bagai melepaskan anjing tersepit
Menolong orang yang akan menimbulkan masalah kepada
kita
Tindakan Encik Farid yang membantu penunggang motosikal
yang kemalangan itu bagai melepaskan anjing tersepit
kerana pemuda itu telah merompaknya.
27 Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara anak dengan penuh kasih sayang
Puan Kamala menjaga anak tunggalnya dengan penuh kasih
sayang bagai menatang minyak yang penuh.
12
CONTOH28 Bagai mencencang air
Melakukan pekerjaan yang tidak ada faedah
Suresh membuang masa dengan bermain permainan video
kerana sikapnya itu bagai mencencang air.
29 Bagai menghitung bulu kambing
Pekerjaan yang sia-sia
“Janganlah kamu selalu melepak di kafe siber kerana tindakan
kamu ini bagai menghitung bulu kambing sahaja,” kata Farid
kepada adiknya.
13
CONTOH30 Bagai murai dicabut ekor
Orang yang banyak bercakap
Kebanyakan rakan di kelas saya kurang menggemari sikap
Siti yang banyak bercakap bagai murai dicabut ekor.
31 Bagai panas mengandung hujan
Tertawa tetapi hati menderita
Encik Fadzil bagai panas mengandung hujan kerana dia
tidak mahu isterinya mengetahui masalah kewangan yang
dihadapinya.
32 Bagai pelita kehabisan minyak
Keadaan yang sudah tidak berseri lagi
Pemandangan di kawasan pantai itu bagai pelita kehabisan
minyak kerana sudah tercemar oleh sampah sarap yang
dibuang oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
14
CONTOH33 Bagai si kudung mendapat cincin
Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya
Gelang yang diberikan oleh ibu kepada Ain bagai si kudung
mendapat cincin kerana agak sempit untuknya.
34 Bagai tikus membaiki labu
Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui
Tindakan Azman membaiki radio bagai tikus membaiki labu
kerana radio itu langsung tidak boleh digunakan lagi.
15
CONTOH
CONTOH
CONTOH 3 Laksana garam dengan asam
Kalau sudah ada jodoh akan bertemu juga walaupun berapa
jauhnya
Tidak sangka Harlina akhirnya berkahwin dengan kawan
lamanya yang sudah lama berpisah, bak kata orang laksana
garam dengan asam.
4 Laksana katak diharung ular
Lari bertempiaran dengan suasana riuh-rendah kerana
ketakutan
Adik dan kawannya yang sedang bermain di halaman rumah
bertempiaran lari laksana katak diharung ular apabila
mendengar bunyi yang sangat kuat.
18
CONTOH 5 Laksana bunga dedap, berwarna merah berbau tidak
Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa
Tidak ada gunanya berwajah kacak, tetapi sikapnya kepada
orang tua laksana bunga dedap, berwarna merah berbau
tidak.
6 Laksana pohon kayu tiada berbuah
Ilmu yang tidak diamalkan
Pak Awang masih terpinga-pinga kerana sudah lupa cara-cara
membuat jala kerana sudah lama tidak menyirat jala, bak kata
orang laksana pohon kayu tiada berbuah.
Hisyy…
dah lama tak sirat
jala. Aku dah lupa cara
membuatnya.
19
CONTOH
CONTOH
CONTOH 5 Seperti anjing berebut tulang
Orang tamak berebut harta
Anak-anak Encik Ali berkelahi dan tidak bertegur sapa kerana
masing-masing berebutkan harta peninggalannya, bak kata
orang seperti anjing berebut tulang.
6 Seperti anjing dengan kucing
Selalu bertengkar
“Azlan dan Idzwan seperti anjing dengan kucing kerana
mereka pasti bertengkar jika bertemu,” kata Jamal kepada
rakannya.
22
CONTOH 7 Seperti api dalam sekam
Perbuatan jahat; rindu dendam
“Kamu jangan mudah mempercayai budak itu kerana mungkin
dia seperti api dalam sekam yang berniat tidak baik terhadap
kamu, Liza,” kata Anita kepada rakannya itu.
8 Seperti ayam berak kapur
Rupa yang pucat kerana sakit
Sejak dia diserang demam panas dan penyakit jantung,
badannya kurus dan wajahnya memang pucat lesi seperti
ayam berak kapur.
23
CONTOH 9 Seperti aur ditarik songsang
Pekerjaan atau perkara yang sukar dilaksanakan kerana
sudah salah jalan
Projek lebuh raya di kawasan itu seperti aur ditarik
songsang dan mungkin terpaksa ditangguhkan kerana masalah
kewangan.
10 Seperti batu di pulau
Amat banyak
“Amboi, koleksi setem yang kamu kumpulkan ini memang
banyak seperti batu di pulau!” kata Danish kepada Rajesh.
Banyak
sungguh koleksi
setemnya.
24
CONTOH
CONTOH
15 Seperti cacing kepanasan
Selalu gelisah, tidak duduk diam
“Sejak pagi tadi ibu melihat kamu seperti cacing kepanasan
kerana kamu asyik mundar-mandir seolah-olah ada sesuatu
yang kamu fikirkan,” kata ibu kepada kakak.
16 Seperti cincin dengan permata
Jodoh yang sesuai benar, sama padan
“Kedua-dua mempelai itu sama cantik serta sepadan seperti
cincin dengan permata,” kata Puan Mala kepada rakannya.
CONTOH
Alia dengan
pasangannya itu
seperti cincin
dengan permata.
27
CONTOH17 Seperti delima merekah
Mulut dan gigi yang cantik
Rupa paras anak gadis Puan Halimah memang cantik, lemah
lembut dan mulutnya seperti delima merekah.
Amboi, cantiknya
wajah anak Puan
Halimah!
18 Seperti duduk dalam duri
Sangat gelisah
Selagi saya tidak menceritakan hal yang sebenarnya, saya
seperti duduk dalam duri kerana saya berasa bersalah
kepada Badri tentang kejadian itu.
28
CONTOH19 Seperti emas baru disepuh
Keelokan wajah seseorang perempuan
Kejelitaan wajah puteri Sultan Ahmad tiada bandingannya
dengan anak-anak raja yang lain, bak kata orang seperti
emas baru disepuh.
20 Seperti embun di hujung rumput
Kasih sayang yang lekas hilang
Sejak Puan Kamariah memperoleh anak sendiri, perhatian
dan kasih sayangnya terhadap anak angkatnya itu seperti
embun di hujung rumput.
Ibu tidak sayang
aku lagi. Aku ini
hanya anak angkat.
29
CONTOH21 Seperti gergaji dua mata
Mencari keuntungan daripada kedua-dua belah pihak
Encik Lee cepat kaya sejak dia menjadi perunding jual beli
hartanah kerana dia seperti gergaji dua mata apabila dia
mendapat keuntungan daripada pembeli rumah dan penjual
rumah itu.
22 Seperti gunting makan di hujung
Membalas dendam atau berbuat sesuatu dengan diam-diam
atau perlahan-lahan tetapi berhasil
Kamu harus berhati-hati terhadap Ruhil kerana saya rasa
dia bersikap seperti gunting makan di hujung kerana dia
berdendam terhadap kamu sejak peristiwa itu.
30
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH31 Seperti kera sumbang
Takut hendak bercampur dengan orang
Jiran yang baru berpindah di sebelah rumah saya memang
seperti kera sumbang kerana dia jarang-jarang keluar rumah
dan tidak pernah bertegur sapa dengan jiran tetangga.
32 Seperti kera mendapat bunga
Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian
Tidak guna memberikan hadiah kepada Dania yang seperti
kera mendapat bunga apabila hadiah itu tidak dihargainya
dan diletakkannya di merata-rata tempat.
35
CONTOH
CONTOH35 Seperti ular lidah bercabang
Kata-kata seseorang yang tidak boleh dipercayai
“Saya memang tidak mempercayai kata-kata Encik Malek itu
kerana sikapnya seperti ular lidah bercabang,” kata Encik
Yassin kepada rakannya.
36 Seperti kunyit dengan kapur
Sesuatu yang bersesuaian dan kena pada tempatnya
Nora memang disenangi oleh sesiapa sahaja kerana dia
seperti kunyit dengan kapur apabila dia pandai menyesuaikan
diri dengan keadaan majlis yang dihadirinya.
37 Seperti kera kelaparan
Orang tua yang bibirnya selalu terkumat-kamit
Nenek Lijah yang duduk di kerusi malas itu seperti kera
kelaparan kerana dia sedang membaca surat yang dikirim
oleh cucunya yang belajar di luar negara.
37
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH48 Seperti lebah kasih akan telurnya
Kasih sayang yang agak mendalam terhadap seseorang
Kasih sayang Puan Muna terhadap Muis, anak angkatnya itu
seperti lebah kasih akan telurnya.
49 Seperti lesung dengan antan
Secocok dan sesuai
Kamarul berkawan baik dengan Irfan kerana dia secocok
dengan rakan baiknya itu, bak kata orang seperti lesung
dengan antan kerana mereka mempunyai minat yang sama.
43
CONTOH50 Seperti mendukung biawak hidup
Menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri kita
Tindakan Pak Mail mengeluarkan modal untuk Abang Karim
memulakan perniagaan itu seperti mendukung biawak hidup
kerana dia tidak mengusahakannya dengan bersungguh-
sungguh.
51 Seperti meluruskan ekor beruk
Melakukan kerja yang sia-sia
Perbuatan Balan dan Adlin yang sering ponteng sekolah
itu seperti meluruskan ekor beruk kerana merugikan diri
mereka juga.
44
CONTOH52 Seperti pacat kenyang
Sehabis makan di rumah orang, terus berlalu tanpa menunggu
lagi
Rakan-rakan abang seperti pacat kenyang kerana selepas
makan, mereka terus beredar untuk pulang.
53 Seperti sampah hanyut
Orang hina yang tidak dihiraukan oleh orang lain lagi
Pak Din yang merupakan bekas tentera itu seperti
sampah hanyut kerana tiada sesiapa yang menghiraukan
kebajikannya, padahal suatu ketika dahulu dia banyak berjasa
kepada negara.
45
CONTOH
CONTOH56 Seperti telinga lintah
Tajam pendengaran
Walaupun datuk sudah tua, tetapi pendengarannya seperti
telinga lintah kerana masih dapat mendengar orang bercakap
walaupun suara yang perlahan.
57 Seperti telur di hujung tanduk
Dalam keadaan yang amat genting, sekiranya ada silap maka
boleh menjadi binasa
Kedudukan Encik Maniam sebagai pengarah di syarikat itu
seperti telur di hujung tanduk kerana semua pihak sudah
mengetahui dia pecah amanah.
47