The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2021-12-27 18:57:23

UMPAMA SIMPULAN BAHASA

UMPAMA SIMPULAN BAHASA

CONTOH58 Seperti tikus jatuh di beras

Suka dan senang sekali

Penghuni rumah anak yatim itu berasa sangat gembira seperti
tikus jatuh di beras apabila menerima kedatangan kami
serta memperoleh pelbagai hadiah.

59 Seperti udang direbus

Orang yang bermuka merah

Muka Susan menjadi merah seperti udang direbus apabila
dimarahi oleh Cikgu Lee kerana tidak menyiapkan kerja rumah
yang diberikannya.

60 Seperti ular kena palu

Keadaan yang bengkang-bengkok

Ayah memandu kereta dengan perlahan apabila melalui
jalan ke kawasan itu yang seperti ular kena palu kerana
selekohnya agak bahaya.

48

CONTOH61 Seperti ulat lupa akan daun

Kebaikan orang dilupakan
Sikap pemuda itu seperti ulat lupa akan daun kerana dia

terus berlalu dari situ selepas Pak Cik Musa membantunya
membaiki motosikalnya.

62 Seperti ulat nangka terhempas ke batu

Sikap yang tidak pernah serik
Yati seperti ulat nangka terhempas ke batu kerana dia

masih mahu meneruskan ekspedisi mendaki gunung itu
walaupun dia pernah terjatuh.

49

CONTOH

CONTOH 3 Umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang

Mendengar nasihat orang, pilih yang baik dan buang yang
buruk

“Yang mana baik kamu jadikan teladan, yang mana buruk kamu
jadikannya sebagai pengajaran, bak kata orang umpama
memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang agar hidup
kamu senang dan selamat,” kata ibu kepada kakak.

4 Umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi

Tidak tetap di sesuatu tempat
Ayah saya yang bertugas sebagai guru umpama kiambang di

air, akarnya tidak jejak di bumi kerana selalu berpindah
dari sebuah tempat ke sebuah tempat.

51

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH 7 Beralih akal

Berubah fikiran atau pendapat
Semalam, Shamsul beria-ia hendak menyertai perkelahan ini,

tetapi hari ini dia beralih akal.

8 Beralih angin

Bertukar tempat; ke sesuatu tempat untuk berehat
Setelah lama menetap di bandar, kini Encik Suhaimi beralih

angin ke kampung selepas bersara.

59

CONTOH

CONTOH12 Berbulu mata

Benci atau tidak suka melihat sesuatu

Hanisah berbulu mata melihat anak-anak muda melepak di
kompleks beli-belah itu.

13 Berhati batu

Bersifat degil; tidak berasa kasihan

Akhirnya, Salim yang berhati batu
itu telah bersetuju untuk berbaik
semula dengan Kanesh selepas
dipujuk oleh Aiman.

14 Berhati waja

Tidak mudah kecewa

Sekiranya kita hendak berjaya, kita hendaklah berhati waja.

61

CONTOH

CONTOH

CONTOH20 Buah mulut

Perkara yang menjadi sebut-sebutan orang
Peristiwa anak Puan Gayah diberkas oleh polis kerana

terlibat dalam rompakan itu menjadi buah mulut penduduk
kampung.

21 Buah tangan

Pemberian; oleh-oleh
Tembikar Sarawak yang cantik ini ialah buah tangan daripada

Puan Karina yang baru pulang dari Sarawak.

64

CONTOH22 Buruk siku

Meminta kembali apa yang telah diberi
Lee Keat buruk siku kerana dia meminta semula barang yang

diberinya kepada Kamil selepas mereka bergaduh.

23 Buta hati

Tidak dapat menerima pengajaran orang; tidak berasa
kasihan

Budak lelaki itu memang buta hati kerana sanggup memukul
kucing itu.

24 Buka telinga

Mendengar baik-baik
Murid-murid buka telinga apabila penceramah itu sedang

menyampaikan ceramah.

65

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH 6 Kera sumbang

Orang yang hidup dengan mengasingkan diri
Jiran baharu saya itu agak kera sumbang kerana tidak mahu

bergaul dengan masyarakat setempat.

7 Keras kepala

Tidak mahu mengalah
Cikgu Lina sentiasa menasihati Shafik yang keras kepala

agar belajar bersungguh-sungguh.
76

CONTOH 8 Khabar angin

Khabar yang belum sah kebenarannya
Janganlah kita mudah percaya akan khabar angin yang

disebarkan oleh Karpal.

9 Kucing bertanduk

Sesuatu yang mustahil berlaku
Tidak perlulah berangan, walaupun kucing bertanduk kamu

tidak dapat memiliki kenderaan itu.

10 Keras tulang

Kuat bekerja
Encik Rahman berasa bangga kerana para pekerjanya keras

tulang.

77

CONTOH

CONTOH 3 Lepas laku

Melakukan sesuatu tanpa segan silu
Ada sesetengah murid lepas laku apabila berada di belakang

rumah.

4 Lidah bercabang

Kata-katanya tidak dapat dipercayai
Jangan mudah terpengaruh oleh pujukan jurujual yang lidah

bercabang itu.

Jurujual ini tidak
boleh dipercayai,
lidah bercabang.

79

CONTOH 5 Lintah darat

Orang yang mengenakan bunga yang tinggi atas pinjaman
yang diberikan

Orang ramai dinasihatkan agar tidak meminjam wang daripada
peminjam tidak berlesen yang lintah darat.

6 Lepas tangan

Tidak bertanggungjawab; tidak campur tangan

Ibu bapa tidak seharusnya bersikap lepas tangan terhadap
pendidikan anak-anak.

7 Lupa daratan

Berbuat sesuatu yang melampaui batas; hilang pertimbangan

Rajesh menjadi lupa daratan selepas perniagaannya
semakin maju.

80

CONTOH

CONTOH 3 Mata duitan

Orang yang mementingkan wang sahaja
Puan Jamilah yang mata duitan itu akan mengahwinkan

anaknya dengan orang kaya sahaja.

4 Mandi kerbau

Mandi dengan tidak membersihkan badan
Ibu selalu menegur Hadi yang suka mandi kerbau sebelum ke

sekolah.

5 Melangkah bendul

Hal adik berkahwin dahulu sebelum kakak
Erina turut mendapat sebentuk cincin kerana perkahwinan

adiknya itu melangkah bendul.

82

CONTOH 6 Memasang telinga

Mendengar dengan bersungguh-sungguh dan berhati-hati
Semua murid di kelas itu memasang telinga ketika Cikgu

Rahim sedang mengajar di kelas.

7 Membabi buta

Melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang
Tindakan Faiz yang membuat kerja secara membabi buta

tidak dapat menghasilkan kejayaan.
83

CONTOH 8 Membawa diri

Menjaga dan menyesuaikan diri dengan keadaan
Swee Kin memang disukai rakan-rakannya kerana dia pandai

membawa diri.

9 Membuka jalan

Memberikan peluang untuk tindakan seterusnya
Skim yang disediakan oleh kerajaan itu membuka jalan

kepada masyarakat yang ingin berniaga.
84

CONTOH10 Membuka langkah

Mula melakukan sesuatu tindakan
Abang Fauzi yang membuka langkah menjadi polis dalam

keluarga saya.

11 Membuka tembelang

Menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
Saya memang tidak menyukai sikap Ainon yang suka

membuka tembelang rakannya.
85

CONTOH

CONTOH14 Memeras otak

Berfikir atau belajar dengan kuat
Abang Hisham terpaksa memeras otak untuk belajar agar

memperoleh ijazah kedoktoran.

15 Memeras ugut

Meminta sesuatu dengan ugutan
Dali dan rakannya cuba memeras ugut murid tahun satu.

Kamu bagi duit
sekarang.

87

CONTOH16 Menarik diri

Meletakkan jawatan; berundur daripada sesuatu kumpulan
Ammar telah menarik diri daripada menyertai perkhemahan

itu disebabkan masalah kesihatan.

17 Mencuci mata

Bersenang-senang dengan melihat sesuatu yang indah
Kami berjalan-jalan untuk mencuci mata di pantai Pulau

Pangkor.

88

CONTOH18 Mencuit hati

Menggelikan hati
Aksi badut itu telah mencuit hati sekumpulan kanak-kanak.

19 Mendarah daging

Menjadi darah daging; sudah meresap dalam sanubari;
menjadi kebiasaan

Kerja-kerja menenun kain songket mudah bagi Puan Laila
kerana sudah mendarah daging.
89

CONTOH20 Mengabui mata

Menipu; memperdaya

“Usahlah kamu mudah percaya kerana kata-kata Sarah itu
hanya mengabui mata kamu,” kata Harisah kepada Yati.

21 Mengalih langkah

Menukar pekerjaan

Encik Lee mengalih langkah ke bidang penternakan kerana
dia yakin bahawa bidang tersebut mampu memberikan
pendapatan yang lumayan.

22 Mengasah bakat

Melatih diri untuk mengembangkan bakat

Amirah mengikuti kelas melukis untuk mengasah bakat dalam
bidang lukisan.

90

CONTOH

CONTOH

CONTOH 3 Otak cair

Cerdik; cepat menangkap pelajaran yang diajarkan
Semua murid tahu bahawa Danial yang otak cair itu akan

dipilih sebagai murid terbaik.

Danial
menang anugerah

itu. Dia otak
cair.

4 Otak kering

Tidak berapa siuman; hampir-hampir gila
Walaupun dia otak kering tetapi dia tidak pernah mengacau

orang lain.
93

CONTOH

CONTOH 3 Panjang tangan

Suka mencuri
Shamsul yang panjang tangan itu telah dihukum oleh guru

besar kerana dia mencuba mencuri duit seorang murid.

4 Patah hati

Hilang keberanian; kecewa
“Jika kamu hendak berjaya dalam perniagaan, kamu tidak

harus patah hati,” kata Puan Salbiah kepada anaknya.
95



7 Perang mulut

Berkelahi dengan kata-kata yang kasar dan keras
Perang mulut antara Salmi dengan Rohani telah diketahui

oleh guru kelas.

8 Pilih kasih

Melebihkan pertimbangan kepada orang yang dikasihi
Kebanyakan pekerja tidak puas hati terhadap pengurus yang

pilih kasih dalam pemberian bonus.
97


Click to View FlipBook Version