MORFOLOGI BAHASA MELAYU TUGASAN 2 , 28 .03. 2023 TUGASAN 2 : PENGHASILAN PRODUK TARIKH HANTAR : 28.03.2023 PENSYARAH : ENCIK ANUA BIN HARIS
MUHAMMAD ALIFF HAKIM BIN ABD KHALID MUHAMMAD AIKAL DANIEL BIN MOHD AZIZUL RAJA MUHAMAD SHAFIEQ RIDUAAN BIN RAJA ISMAIL AHLI KUMPULAN
ISI KANDUNGAN Pengenalan Pembentukan kata baharu Isu kesalahan bahasa dari sudut Morfologi i) Bunyi bahasa ii) Pembentukan kata pinjaman iii) Pembaharuan dalam bentuk kata iv) Sistem ejaan perkataan baharu
Pembentukan kata dapat dilihat melalui proses pembentukkan kata terutamanya melalui pinjaman bahasa asing. Menurut Nik Safiah Karim et. al. (2008), perkataan baharu muncul atau dicipta dalam sesuatu bahasa dengan tujuan mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat. PENGENALAN
Bunyi bahasa melayu Bunyi asli Bunyi bahasa pinjaman
Dalam pembentukan kata baharu, terdapat proses pengayaan yang akan melibatkan bidang fonologi dan morfologi Akibat daripada pertembungan bahasa-bahasa terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris menyebabkan proses peminjaman bunyi-bunyi bahasa dilakukan bagi menampung perbendaharaan atau istilah kata bahasa Melayu Oleh itu, terdapat dua jenis bunyi bahasa Melayu iaitu bunyi asli bahasa Melayu dan bunyi bahasa pinjaman KONSEP BUNYI BAHASA
bunyi asli bahasa melayu Terdapat 24 bunyi asli bahasa Melayu yang terkandung dalam bahasa Melayu
Terdapat 6 jenis vokal asli bahasa Melayu iaitu terdiri daripada tiga vokal hadapan, satu vokal tengah dan dua vokal belakang. bunyi asli bahasa melayu 1. VOKAL Jadual menunjukkan jenis-jenis vokal bahasa Melayu
contoh penggunaan vokal keratan rentas lidah kedudukan vokal bahasa
Diftong merupakan huruf gabungan vokal yang hadir dalam perkataan secara bergandingan. Terdapat 3 jenis diftong iaitu ai, au dan oi. Diftong
Diftong awal tengah akhir ai - hairan pandai au auta saudara pulau oi - - amboi Diftong
Terdapat 18 konsonan asli bahasa Melayu yang diklasifikasikan mengikut kaedah dan daerah penyebutannya. konsonan tersebut ialah : [p], [b], [t], [d], [k], [g], [c], [j], [m], [n], [ny], [ng], [s], [h], [r], [l], [w], [y] bunyi asli bahasa melayu 1) KONSOSNAN
bunyi bahasa pinjaman Terdapat 9 konsonan pinjaman yang terkandung dalam bahasa Melayu
Jadual menunjukkan konsonan pinjaman yang terdapat dalam bahasa Melayu bunyi bahasa pinjaman
Konsonan pinjaman Contoh perkataan f formal v universiti th -> s misal dz/dh -> z/d zalim, daif z zaman sh -> sy syarat kh akhir gh ghaib q -> k makam
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang telah menerima serapan dan pinjaman kata daripada bahasa-bahasa di dunia. Terdapat 3 bahasa yang diserap ke dalam bahasa Melayu iaitu Sanskrit , Arab-Parsi, dan Yunani-Latin-Inggeris. Secara umumnya terdapat dua jenis imbuhan iaitu imbuhan awalan dan akhiran. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang terletak di awal kata dasar manakala imbuhan akhiran pula terletak diakhir kata dasar Pembentukan kata melalui pinjaman imbuhan
Imbuhan Sanskrit maha - dwipratataImbuhan awalan Imbuhan sanskrit banyak digunakan untuk membentuk suatu istilah atau kata baharu dalam bahasa Melayu. Terdapat dua jenis imbuhan sanskrit iaitu awalan dan akhiran. -wan -man -wati -nita Imbuhan akhiran
Imbuhan Awalan Sanskrit awalan tata dapat digunakan untuk menerbitkan kata nama Contoh : tata + bahasa = tatabahasa Imbuhan awalan tataawalan maha digunakan untuk menerbitkan kata nama dan kata adjektif maha juga dapat menunjukkan tingkat paling tinggi atau besar Contoh : maha + raja = maharaja Contoh : maha + besar = mahabesar Imbuhan awalan maha- ( kata nama ) ( kata adjektif)
imbuhan awalan pra- dapat digunakan untuk menerbitkan kata nama menunjukkan keadaan sebelum Contoh : pra + sekolah = prasekolah Imbuhan awalan praimbuhan awalan dwi- digunakan untuk menerbitkan kata nama dwi- juga menunjukkan pengertian bilangan iaitu dua Contoh : dwi + bahasa = dwibahasa Imbuhan awalan dwi-
Untuk menerbitkan kata nama menunjukkan pekerjaan atau gelaran individu Imbuhan ini hanya digunakan untuk wanita Contoh : seni + wati = seniwati Contoh : biduan + nita = biduanita Imbuhan akhiran -wati, -nita Imbuhan akhiran sanskrit
Untuk menerbitkan kata nama menunjukkan pekerjaan atau gelaran individu imbuhan -man untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf i Contoh : seni + man = seniman imbuhan akhiran -wan untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf a Contoh : sastera + wan = sasterawan Imbuhan akhiran -man, -wan
Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris Imbuhan asing yang paling dominan diserap masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Yunani Latin Inggeris. Namun tidak semua imbuhan Yunani Latin Inggeris berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu hanya beberapa imbuhan sahaja . Imbuhan ini juga terbahagi kepada dua iaitu awalan dan akhiran ProAntiPoliAutoSubImbuhan awalan -isme -ik -si -al -is Imbuhan akhiran
Imbuhan awalan Yunani-Latin-Inggeris Imbuhan awalan pro- menunjukkan perbuatan iaitu menyokong Contoh : Pro + kerajaan = prokerajaan Imbuhan awalan ProImbuhan awalan anti- menunjukkan perbuatan iaitu melawan Contoh : anti + komunis = antikomunis Imbuhan awalan Anti-
Imbuhan awalan auto- menunjukkan berlaku secara sendirian Contoh : auto + gear = autogear Imbuhan awalan autoImbuhan awalan poli- membawa maksud banyak Contoh : poli + klinik = poliklinik Imbuhan awalan poliImbuhan awalan sub- membawa maksud sebahagian daripada keseluruhan Contoh : sub + topik = subtopik Imbuhan awalan sub-
i) akhiran -isme contoh : sosialisme , nasionalisme ii) akhiran -ik contoh : fonetik, saintifik Imbuhan akhiran Yunani-Latin-Inggeris Imbuhan akhiran ini belum terserap sebagai imbuhan dalam pembentukan kata bahasa Melayu dan sebahagian bentuk imbuhan ini wujud dalam perkataan yang dipinjam secara keseluruhan ke dalam bahasa Melayu
iii) akhiran -al contoh : klinikal , praktikal iv) akhiran -is contoh : ekonomis , praktis vi) akhiran -si contoh : revolusi, sensasi Imbuhan akhiran Yunani-Latin-Inggeris
Imbuhan arab parsi dapat diserap masuk ke dalam bahasa Melayu kerana kedatangan Islam ke tanah Melayu pada zaman dahulu. Pengaruh bahasa Arab-Parsi jelas dilihat melalui pinjaman imbuhan dan istilah berkaitan agama. Namun begitu, penyerapan imbuhan Arab-Parsi ke dalam bahasa Melayu sangatlah terhad kerana sistem bahasa yang sangat berbeza. Imbuhan ini juga terbahagi kepada dua iaitu awalan dan akhiran Imbuhan Arab-Parsi biImbuhan awalan -wi -iah -ah -at -i Imbuhan akhiran
membawa maksud tidak dan digunakan bagi menerbitkan bentuk kata adjektif penggunaannya adalah terbatas Contoh : biadab ( tidak beradab) Imbuhan awalan biImbuhan awalan Arab-Parsi
Imbuhan akhiran Arab-Parsi digunakan untuk menimbulkan bentuk kata adjektif imbuhan akhiran ini bersifat kelainan penggunaannya ditentukan oleh huruf akhir kata dasar contoh : duniawi contoh : azali Imbuhan akhiran -wi, -i
Imbuhan akhiran Arab-Parsi digunakan untuk menimbulkan bentuk kata adjektif dalam kata dasar contoh : alamiah , lahiriah Imbuhan akhiran -iah bagi menunjukkan kata nama lelaki dan perempuan contoh : mukminin, mukminat, sultanah, ustazah Imbuhan akhiran -in, -at, -ah
pembaharuan dalam bentuk kata
Penciptaan perkataan baharu melalui kaedah penggunaan popular sering dihasilkan oleh penulis-penulis untuk penyiaran melalui media massa seperti akhbar dan televisyen atau penulisan kreatif seperti cerpen dan novel. Perkataan baharu mula diperkenalkan secara ciptaan sendiri, melalui proses terjemahan atau secara mabilan keseluruhannya. setiap bentuk tersebut akan menjadi popular dan terus digunakan secara umum.
Penggunaan popular Contoh ayat ibu kota Ali bekerja di ibu kota. kudapan Ahmad sering membawa kudapan ke pantai pada waktu petang bagi menikmati pemandangan matahari terbenam. tunjuk perasan Aktiviti tunjuk perasaan merupakan gejala tidak bermoral.
Perancangan Bahasa yang Rasmi
PERANCANGAN BAHASA YANG RASMI Perancangan bahasa yang rasmi di Malaysia dilakukan oleh Dewan Bahasa dan pustaka dan institut-institut pengajian tinggi Perancangan yang rasmi berbentuk istilah yang merujuk bidang-bidang ilmu dan kerjaya tertentu.
Ungkapan yang paling singkat Ungkapan yang maknanya tidak menyimpang Ungkapan yang tidak berkonotasi buruk Ungkapan yang sedap didengar Terdapat 7 langkah dalam proses pembentukan istilah dengan mematuhi 4 syarat iaitu :
7 LANGKAH PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH Penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilah. Contohnya : i) daya ii) tapak iii) gaya 2) Penggunaan perkataan dalam bahasa melayu yang kurang lazim digunakan. Contohnya : i) cerakin ii) jisim iii) mendap 1 2
7 LANGKAH PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim digunakan Contohnya : i) kamir (Kelantan) ii) dermaga (Jawa) iii) gambut (Banjar) 4) Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak lazim digunakan Contohnya: i) engkabang (Iban) ii) nyeri (Sunda) iii) dening (Kelantan 31 4
Perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris Contohnya : i) struktur ii) profesional iii) skru Penggunaan perkataan atau istilah dari bahasa lain. contohnya : i) in toto ii) de facto iii) et al Pemilihan yang terbaik antara 1-6 jika terdapat beerapa kemungkinan 7 LANGKAH PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH 5 6 7
proses pembentukan istilah
Melalui proses pinjaman Melalui proses pinjam terjemah 1 2 PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH
PROSES PINJAM TERJEMAH Terjemahan langsung, contohnya : resistance - rintangan humidity - kelembapan soluble - larut Penggabungan dua kata umum, contohnya : landmine - periuk api right angle - sudut tepat honeymoon - bulan madu Istilah terbentuk daripada perkataan Melayu jati atau bahasa serumpun dengan member makna baharu untuk membawa konsep tertentu yang sebelumnya tidak ada dalam bahasa Melayu. Terdapat lima cara proses terjemah :
PROSES PINJAM TERJEMAH Penciptaan kata baharu yang tidak pernah ada dalam bahasa Melayu bagi mendukung konsep baharu. contohnya : allot - umpuk up date - kemas kini arrears - tunggakan Peluasan makna sesuatu perkataan untuk mendukung konsep baharu'. contohnya : salur (irrigation) lawan salir (drainage) gelap (dark) lawan legap (opaque) biji (seed) lawan bijirin (cereal)
PROSES PINJAM TERJEMAH Mencipta kata baharu dengan gandaan separa. Contohnya : radius - jejari lattice - kekisi liquid - cecair
PROSES PINJAMAN Melalui proses pinjaman, cara pembentukan kata adalah dengan mengambil istilah daripada bahasa asalnya dan penyesuaian dibuat pada bahagian bunyi dan ejaan. Pengambilan dengan perubahan atau penyesuaian ejaan : Geography - geografi mathematics - matematik
Pengambilan tanpa perubahan ejaan, contohnya : magnet - magnet standard - standard dari segi sebutan, istilah pinjaman di atas hendaklah disebut mengikut kelaziman sebutan bahasa Melayu baku.
sistem ejaan perkataan baharu
SISTEM EJAAN PERKATAAN BAHARU satu prinsip yang digunakan dalam pengejaan istilah pinjaman ialah pengekalan bentuk ejaan kata asing. Prinsip pengekalan ejaan perkataan asing melibatkan kemunculan ciri bunyi dan juga bunyi baharu dalam bahasa Melayu.