The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 2: Penghasilan Produk

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Aliff Hakim Bin Abd Khalid, 2023-03-29 09:13:56

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Tugasan 2: Penghasilan Produk

Dua kumpulan utama kata pinjaman dari segi ejaannya kata asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu kata asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu


KATA ASING YANG BELIM SEPENUHNYA TERSERAP keinginan mengekalkan bentuk asal atas dasar sifat keantarabangsaan penggunaannya. perkataan-perkataan tersebut dieja dan disebut seperti kata asalnya, contoh: landrover ad hoc overdraf protein


KATA ASING YANG SEPENUHNYA TERSERAP kata asing yang sepenuhnya terserap dari segi sebutan dan ejaannya, umumnya dieja dengan mengutamakan bentuk tampaknya perkataan sedemikian masuk ke dalam bahasa Melayu melalui penciptaan istilah penulisan kata serapan dibuat menurut kaedah pengekalan atau perubahan abjad


abjad (a) tetap (a), contohnya : abstrak - abstrak abjad (ae) jika tidak bervariasi dengan (e) tetap (ae), contohnya : aerograph - aerograf


abjad (ae) jika bervariasi dengan (e) menjadi (e), contohnya: haemoglobin - hemoglobin abjad (f) tetap (f), contohnya : factor-faktor faculty-fakulti


abjad (kh) tetap (kh), contohnya : khabar - khabar abjad (q) menjadi (k), contohnya : aquarium - akuarium frequency - frekuensi


Isu Kesalahan Bahasa Dari Sudut Morfologi BMMB 3202 BAHASA MELAYU NEXT


Rajah menunjukkan kesalahan kata yang berlaku di perpustakaan Al-Basuti IPGKSM Kesalahan ejaan bagi kata majmuk


Penerangan Kesalahan kata telah berlaku dalam rajah tersebut iaitu kesalahan ejaan bagi kata majmuk "tanggung jawab" yang dieja secara jarak. Kata majmuk "tanggungjawab" mestilah dieja secara rapat kerana perkataan tersebut tergolong dalam penggunaan bentuk kata majmuk bentuk kecualian yang sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Oleh itu, ejaan yang tepat bagi kata majmuk tersebut ialah tanggungjawab yang dieja bercantum walaupun memiliki dua kata dasar.


antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan olahraga matahari setiausaha sukarela kerjasama suruhanjaya tandatangan tanggungjawab warganegara pesuruhjaya 15 bentuk kata majmuk yang sudah mantap


Rajah menunjukkan kesalahan kata yang berlaku pada iklan sepanduk. Kesalahan ejaan bagi kata majmuk


Penerangan Kesalahan kata telah berlaku dalam rajah tersebut iaitu kesalahan ejaan bagi kata "hakmilik" yang dieja secara bercantum. Perkataan tersebut merupakan kata majmuk. Kata majmuk "hak milik" mestilah dieja secara terpisah kerana perkataan tersebut tidak tergolong dalam penggunaan bentuk kata majmuk bentuk kecualian yang sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Oleh itu, ejaan yang tepat bagi kata majmuk tersebut ialah hak milik yang dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.


Rajah menunjukkan kesalahan kata yang berlaku di perpustakaan Al-Basuti IPGKSM Kesalahan penggunaan imbuhan "di"


Penerangan Kesalahan kata yang telah berlaku dalam rajah tersebut ialah kesalahan penggunaan imbuhan "di" yang telah dijarakkan dari kata dasar "baca" dalam petikan tersebut. Kata "di" mempunyai dua fungsi iaitu sebagai kata sendi dan kata imbuhan. Kata sendi "di" adalah untuk menunjukkan arah atau tempat dan dieja terpisah. Kata imbuhan "di" pula haruslah dieja bercantum dengan kata selepasnya. Oleh itu, penggunaan "di" yang tepat dalam ayat tersebut adalah dieja secara bercantum kerana kata "di" yang dinyatakan itu merupakan kata imbuhan. di + baca = dibaca


Rajah menunjukkan kesalahan kata yang berlaku dalam media sosial Twitter. Kesalahan kata singkatan


Penerangan Kesalahan kata telah berlaku dalam rajah tersebut iaitu kesalahan kata bagi kata "gi" yang berasal dari perkataan "pergi" . Kata singkatan yang berlaku tersebut mengalami pemendekan melalui proses morfologi seperti penghilangan fonem yang menyebabkan kata tersebut menjadi tidak bermakna. Oleh itu, ejaan yang tepat bagi kata tersebut ialah pergi.


Rajah menunjukkan kesalahan kata yang berlaku di sebuah kedai makan Kesalahan ejaan bagi kata nama


Penerangan Kesalahan kata telah berlaku dalam rajah tersebut iaitu kesalahan ejaan bagi kata nama "papadam" . Oleh itu, ejaan yang tepat bagi kata nama tersebut ialah "papadum" .


Rajah menunjukkan kesalahan kata yang berlaku di sebuah kedai makan Kesalahan penggunaan kata sendi


Penerangan Kesalahan kata yang telah berlaku dalam rajah tersebut ialah kesalahan penggunaan kata sendi "di" yang telah dirapatkan dengan kata dasar "sini" . Kata "di" mempunyai dua fungsi iaitu sebagai kata sendi dan kata imbuhan. Dalam situasi ini, kata sendi "di" tersebut digunakan untuk menunjukkan arah dan perlu dieja terpisah. Oleh itu, penggunaan "di" yang tepat dalam ayat tersebut adalah dieja secara jauh kerana kata "di" yang dinyatakan itu merupakan kata sendi. di + sini = di sini


Rujukan Faridah Nazir. (2015). Morfologi Bahasa Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Akademia. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Rafiza Diy. (2015, August 28). Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu). Share and Discover Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/diyraz/morfologi-bahasa-melayupembentukan-perkataan-baharu


Click to View FlipBook Version