The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

220301_COVID 19 Perkongsian Pengalaman_FINAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahfmn2502, 2022-03-18 09:53:40

220301_COVID 19 Perkongsian Pengalaman_FINAL

220301_COVID 19 Perkongsian Pengalaman_FINAL

39COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

40 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Aku Seorang Guru Desa

Oleh: Amirah binti Suhadat

Aku merupakan seorang guru yang sedang berkhidmat di sebuah sekolah
yang terletak di antara Bukit Menuku dan Bukit Tingting Periuk. Sekolah
ku ini terletak di kawasan Hulu Simunjan dan merupakan sekolah kurang
murid (SKM). Sekolah ku ini mempunyai 90% murid berbangsa Iban dan
beragama Kristian manakala 10% beragama Islam dan berbangsa Melayu.
Mengajar di sekolah kurang murid ini tidaklah semudah yang disangka
meskipun jumlah murid itu kurang dari sekolah besar di bandar. Namun
aku yakin setiap sekolah meskipun ianya besar, kecil, terletak samaada
di bandar mahupun di luar bandar dan pedalaman tetap mempunyai
cabaran tersendiri. Di sekolah ku ini, aku mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu, Pendidikan Islam dan Kesenian Muzik.

Wajah ceria anak-anak murid tahun satu di sekolah ku.

41COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Baiklah untuk kesempatan kali ini, ingin ku ceritakan bagaimana
pengalaman aku sebagai guru sewaktu berhadapan dengan situasi covid
-19 ini. Meskipun sudah genap satu tahun berlalu negara kita masih lagi
berperang dengan wabak penyakit ini, Namun ingin ku selitkan kisah
ku sebagai seorang pendidik desa sewaktu menjalankan PdPr 0.1. Ini
merupakan pengalaman yang luar biasa buat semua guru-guru seluruh
Malaysia. Manakan tidak, selama ini kami semua mengajar di dalam kelas
dengan pelbagai kaedah dan teknik mengajar di samping penggunaan
papan putih, marker dan juga pelbagai kemudahan ICT yang lain
sebagai alat bantuan mengajar, tetapi kini terpaksa pula beralih ke gaya
pembelajaran maya. Bagi memastikan PdPe dapat di jalankan pelbagai
usaha dan kaedah telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi memastikan kesinambungan pengajaran dan pembelajaran
yang telah terhenti selama beberapa minggu. Untuk itu semua kami para
guru diperkenalkan dengan pelantar seperti DELIMa, Google Classroom,
Google Meet, Zoom, Whatsapps dan sebagainya untuk dijadikan sebagai
medan bagi kami mencurahkan ilmu kepada anak didik kami. Selain
daripada itu terdapat juga beberapa aplikasi pembelajaran didik hibur
yang boleh digunakan oleh para guru bagi menarik perhatian anak
didiknya untuk bermain sambil belajar telah diperkenalkan, antaranya
adalah Educandy, Kahoot, Word Wall dan sebagainya. Ada juga di antara
kami yang membuat modul pengajaran dan pembelajaran sendiri bagi
memastikan anak murid kami tetap terus belajar.

Keadaan bentuk muka bumi di mana sekolah kami yang di
kelilingi bukit-bukit yang tinggi menjadi antara salah satu faktor yang
menyebabkan kami sering mengalami gangguan bekalan eletrik dan
keadaan capaian internet yang tidak stabil. Hal ini telah menyebabkan
kami guru-guru mengambil keputusan untuk balik ke stesen bertugas
bagi mengedarkan sendiri tugasan kepada murid-murid kami yang
kesemuanya tinggal di dalam kawasan kampung tersebut dan kawasan
ladang sawit yang berhampiran. Alhamdulillah, rasa gembiranya hati
tidak terkata kerana dapat balik semula ke sekolah dan melihat wajah
anak-anak murid dari kejauhan.

42 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Gambar ini aku rakam di suatu petang saat aku baru pulang dari mencari line untuk
kelas Google Meet ku. Terlihat di situ anak-anak murid ku melambai tangan kepada ku

saat melihat kereta ku melintasi depan padang sekolah.

Semua lembaran latihan diberikan beserta penerangan kepada ibubapa
agar mudah untuk mereka membimbing anak mereka di rumah. Kami
tidak dapat menggunakan aplikasi Whatsapps, sms dan talifon pada
waktu itu selama lebih 4 minggu kerana pencawang telikomunikasi
yang berada di kampung tersebut telah rosak. Ini juga merupakan satu
cabaran buat kami para guru sekolah. untuk mendapatkan line internet
atau telefon untuk bermesyuarat secara maya atau mengisi link laporan
perancangan mengajar, kami semua terpaksa keluar dari kawasan sekolah
untuk ke simpang besar menuju ke klinik kesihatan yang berdekatan
untuk bermesyuarat atau untuk dapat mengisi laporan perancangan
mengajar. Dari sekolah hendak ke simpang, ianya memakan masa selama
15- 20 minit dengan keadaan jalan yang seperti “roller coaster”. Setelah
semua tugasan siap disediakan, kami akan meletakkannya di dalam peti
surat yang telah disediakan. Ibubapa atau penjaga anak murid kami akan
datang ke sekolah pada hari yang ditetapkan untuk mengambil tugasan
anak-anak mereka.

Kalau dahulu antara salah satu pengumuman yang sering ditunggu-
tunggu oleh semua rakyat Malaysia adalah pengumuman Hari Raya.
Namun pada tahun 2020, kami para guru dan seluruh rakyat Malaysia
sudah pasti akan tertunggu-tunggu pengumunan pembukaan sekolah.

43COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

heheheheh…. Dan akulah salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia
itu. Inilah pengalaman yang tidak mungkin dapat aku lupakan sepanjang
hidupku. Dan iya, ini merupakan salah satu kenangan yang terindah
dalam episode hidupku.

Tempat penyimpanan lembaran tugasan murid.

44 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Hari ini merupakan hari pertama anak-anak muridku pergi ke
sekolah setelah empat bulan setengah tidak bersua. Pelbagai persiapan
telah kami siapkan seperti petunjuk arah laluan, memasang poster covid
-19, penutupan taman permainan dan sebagainya. Gelagat mereka di
hari pertama persekolahan sangat mencuit hati dan rinduku pada mereka
semua akhirnya terubat juga tatkala melihat seorang demi seorang
datang ke seolah dengan memakai pelitup mulut dan hidung, menjaga
jarak untuk mengambil suhu…namun tetap ada juga suara yang mungil
memanggil namaku dari luar pintu pagar sekolah sambil melambaikan
tanganya “Ustazah selamat pagi”. Tidak kurang juga ada yang memberi
salam, “Assalamualaikum Ustazah”. Masya Allah, perasaan hatiku saat itu
seperti sedang terbang di awang-awangan kerana terlalu gembira dan
bahagia. Saat melewati kelas demi kelas, terdengar suara anak-anak di
dalam kelas menyapa ku, “Cikgu lama la tak jumpa, saya rindukan cikgu”.
Aku sungguh bahagia. Awal pagi tersebut, aku akan mengajar kelas tahun
1 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, dari luar kelas lagi sudah riuh
kedengan suara mereka semua. Almaklumlah empat bulan lebih tak
bersua…hehehe..setibanya aku di hadapan pintu kelas..mereka semua
berdiri sambil segaris senyuman yang aku rindui terukir di bibir mereka
sambil mengucapkan “Selamat pagi Cikgu”. Sungguh itulah permulaan
hari-hari yang sungguh membahagiakan di sekolah ku. Bagi ku tiada
murid maka tiadalah guru. Kerana dengan itu aku sangat mencintai
kerjayaku sebagai seorang guru. Doakan aku ya semogga terus dipilih
oleh Allah untuk berkhidmat dengan ahli ilmu dan menabur jasa kepada
anak bangsa.

Jomlah belajar bersama kami =)

45COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Gambar kenangan sepanjang covid-19

Assalamualaikum, Hai kawan-kawan, hari ini saya belajar buat sandwich telur sendiri.
Walaupun sekarang masih lagi ada COVID-19 tapi kita kena terus belajar tau
kawan-kawan (Chef Areanna Zarra).

Hari ini anak-anak Pra Musytari belajar buat sandwich telur sendiri.
Walaupun mereka jadi chef pada hari ini namun SOP tetap juga kena jaga.

46 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Kerana Ilmu itu mahal dan perlukan mujahadah
(Kelas terpaksa berpindah kerana kelas kami sedang dalam proses baikpulih).

47COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Tekun sungguh anak ini membuat latihan yang telah cikgu berikan sewaktu PdPr.

48 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

49COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Walaupun tiada murid di Pra Sekolah, namun taman bunga Pra Sekolah
harus di jaga (PPM Pra Sekolah Musytari SKK).

50 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Gotong royang mengambil batu dari sungai untuk di jadikan lantai bagi
Pondok HIP sekolah yang akan di simen.

Kawan-kawan kita kena rajin tolong ibu dan ayah kita tau. Jangan asyik main game
sahaja. Ingat menfaatkanlah masa yang Allah berikan kepada kita. =)

51COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN



Aku Mahasiswa
Tahun Akhir di Tengah

Wabak COVID-19

Oleh: Nur Zahara Binti Kula

Pada 9 Disember 2019, aku dan beberapa mahasiswi daripada Politeknik
Mukah dan Politeknik Kuching melaporkan diri di pejabat Majlis Daerah
Subis untuk menjalankan latihan industri. Latihan industri ini dijadualkan
selama enam bulan iaitu bermula pada tarikh kami melapor diri sehingga
24 April 2020. Alhamdulillah, latihan industri kami berjalan dengan lancar
sepertimana pelajar-pelajar tahun akhir yang lain. Kami sebagai pelajar
jurusan kejuruteraan awam diamanahkan di bahagian kejuruteraan. Hal
ini kerana, ia akan lebih memudahkan kami untuk menjalankan tugas
dan berkomunikasi langsung dengan beberapa jurutera di bahagian
tersebut. Hari-hari yang dilalui sungguh indah kerana dikelilingi dengan
persekitaran kerja yang baik. Semua penjawat awam termasuklah pihak
atasan di Majlis Daerah Subis sungguh mesra dan baik dengan kami
semua walaupun kami hanya sebagai pelajar praktikal.

Pada 18 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia telah menguatkuasakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak
COVID-19 di Malaysia. PKP ini dijalankan bermula 18 Mac sehingga 31
Mac 2020. Semua rakyat Malaysia diarahkan untuk duduk di rumah selama
tempoh tersebut dan bagi yang bekerja pula diarahkan untuk bekerja dari
rumah. Tidak terkecuali semua pelajar yang menjalani latihan industri
juga diarahkan untuk bekerja dari rumah dengan mengikut protokol
dan arahan firma selama PKP dilaksanakan. Namun tanpa diduga, pihak
Politeknik juga turut mengeluarkan surat kuasa menjelaskan bahawa
semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri akan ditamatkan
serta merta.

Kami pelajar tahun akhir Politeknik Malaysia bagi sesi Disember 2019
merupakan kumpulan pelajar pertama yang menjalani latihan industri
dalam tempoh tiga bulan setengah sahaja. Semua pelajar pada awalnya

53COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

merasa kecewa kerana tidak berpeluang menghabiskan latihan industri
selama enam bulan namun akhirnya kami menerima dugaan ini dengan
hati terbuka.

Pada umumnya bagi setiap pelajar yang telah selesai menjalani
latihan industri, mereka dikehendaki menulis laporan atau jurnal. Satu
tarikh telah ditetapkan bagi sesi pembentangan penulisan laporan atau
jurnal tersebut. Pembentangan akan dihadiri dan dinilai oleh beberapa
orang penyelia di kalangan pensyarah yang dilantik daripada mana-
mana politeknik di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, akibat
penguatkuasaan PKP, penyelia tidak dapat hadir untuk sesi pembentangan
secara bersemuka tetapi kami diminta melakukan pembentangan dan
penilaian tersebut secara maya (atas talian). Sesi pembentangan secara
maya amat janggal bagi kami yang sudah terbiasa menjalani penilaian
secara bersemuka dengan pihak penilai, namun kami menjadikan norma
baharu ini sebagai satu cabaran bagi mendapatkan nilai yang baik tanpa
sebarang kekurangan.

Pada 6 April 2020, giliran kami diselia oleh pensyarah Politeknik
Mukah daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Cabaran kami ketika
diselia ialah kami hanya diselia melalui panggilan telefon sahaja. Ini
menyebabkan beberapa masalah timbul apabila ingin menjelaskan lebih
terperinci kepada pensyarah tersebut agar beliau lebih faham akan
pembentangan kami. Walau bagaimanapun, kami dikehendaki untuk
membuat video pendek bagi menunjukkan apa yang dibentangkan kepada
penyelia tersebut. Selepas selesai menjalankan pembentangan bersama-
sama penyelia luar daripada bidang kejuruteraan awam tersebut, kami
ditugaskan pula untuk membentang hasil keseluruhan bermula daripada
buku log harian iaitu catatan harian sepanjang menjalani latihan industri,
laporan lengkap dan slaid pembentangan. Semua maklumat hendaklah
dimuatkan dalam satu video pembentangan yang perlu lengkap dengan
muka hadapan, slaid pembentangan dan suara yang jelas.

Dalam usaha pembikinan video pembentangan tersebut, kami yang

tiada asas kemahiran pembikinan video agak merasa tertekan. Hal

ini kerana, proses pengeditan video sangat susah jika tidak memiliki

kefahaman dalam memilih aplikasi yang sesuai terutama dalam kerja

pengeditan. Kami bekerja bertungkus lumus sebagai satu pasukan dan

berusaha belajar ilmu yang baharu terutama cara menggunakan pelbagai

aplikasi bagi pengeditan video. Semasa berada di politeknik kami tidak

diajar secara khusus kemahiran membuat video hanya didedahkan dan

diajar lebih terperinci dengan aplikasi dalam memudahkan pengiraan

54 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

sesebuah bangunan dan ukur bahan sahaja
Pengalaman aku sebagai mahasiswi tahun akhir semasa pandemik
covid-19 sangat bermakna walaupun mengalami kesukaran dalam
menyelesaikan pembelajaran tahun akhir, aku sangat bersyukur ke hadrat
Allah SWT kerana telah memberikan kelancaran dan kesihatan yang
baik. Ringkasannya, dengan adanya ujian daripada Allah SWT ini telah
meninggalkan impak yang besar kepada diriku sebagai seorang pelajar
pada saat-saat pendemik ini. Pesananku jangan jadikan alasan wabak
COVID-19 ini sebagai penghalang untuk berjaya. Sekian.

55COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN



Pelajaran Besar COVID-19

Oleh: Sahniza binti Ardi

Bermula Januari awal tahun 2020, saya kira semua masyarakat melihat
dunia resah dengan berita tentang penularan wabak pandemik COVID-19
atau ‘corona virus’. Semakin tidak keruan, ianya menjadi bualan dalam
kalangan masyarakat dunia khususnya. Satu dunia terkesan dengannya
dan pandemik ini dengan pantas telah meragut lebih ratusan ribu nyawa
manusia.

Sejarah bermula, bertarikh 18 Mac 2020 kita mendapat perutusan
daripada Perdana Menteri Malaysia, iaitu YAB Tan Sri Muhiyiddin Yassin
yang mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan
dilaksanakan di seluruh negeri sebagai salah satu usaha untuk mengekang
penularan wabak ini dari terus berleluasa. Di pertengahan tahun 2020,
kita hampir menang dalam mengekang wabak ini dari terus menular
dan saya fikir kita sudah boleh mengukir senyuman bersama. Namun
disebabkan kekurangan yang ada pada kita, sikap lupa dan alpa dalam
penjagaan diri, penjarakan sosial dan setelah diberikan kebebasan, kes
meningkat semula sehingga ke tahun 2021.

Kini, di tahun 2021 penularan virus COVID-19 ini masih terjadi. Kita
sedia maklum apabila berlakunya penularan ini, ramai yang menghadapi
tekanan dan sebagainya. Bahkan sektor ekonomi juga terkesan dengan
menularnya virus COVID-19 ini. Begitu juga ramai yang kehilangan
kerja atau terputus sumber pendapatan. Ya, ini adalah ujian buat kita
semua. Oleh yang demikian, marilah kita bermuhasabah memujuk diri
untuk kembali kepadaNya dalam menghadapi musibah ini bersama-sama.
Gunakan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memandang
keadaan dengan ‘mata lebah’ untuk mencari pedoman dan hikmah dalam
kehidupan.

Suka saya kongsikan buat saudara sekalian, dengan memetik sebuah
kata hikmah ini yang berbunyi, ‘Jika kamu melihat Allah sebagai pelaku
kepada segala sesuatu, maka kamu akan melihat segala kejadian Alam

57COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

ini adalah indah’. Ya, dengan ujian yang Allah SWT datangkan ini terlalu
banyak yang boleh kita pelajari disebaliknya.

Ini yang saya pelajari:

1. Segala yang terjadi adalah Qudrah dan Iradah Allah SWT.

2. Allah mampu melakukan segalanya.

3. Allah membuktikan kekuasaanNya melalui wabak ini. Sesiapa
sahaja boleh terkena walau dia sihat walau dia hebat.

4. Waktu dan ruang ibadah lebih banyak bersama Allah. Maka
itulah waktu ‘sweets moment’ bersama Allah dalam meminta
dan memohon hajat.

5. Pentingnya belajar tentang kebersihan diri dan keluarga.

6. Masa bersama keluarga adalah sebuah ‘priority’.

7. Baru faham betapa sukarnya berada di lapangan perubatan
dan kesihatan, di bidang pertahanan seperti Polis, Tentera dan
sebagainya. Melihat perjuangan ahli frontliners kita berjuang
dan jihad dalam bertugas, disitulah kita dapat membuka mata
melihat para frontliners meluah kerjaya atas nama ibadah.

8. Kita merindui masjid, surau sedangkan kita sendiri jarang
kesana. Tapi, didetikkan hati beribadah bersama keluarga di
rumah. Allah tidak mendatangkan sesuatu dengan sia-sia.
Barulah kita mengetahui rumah sendiri adalah tempat paling
selamat. Mungkin sebelumnya, kita berlebih masa bersama
rakan diluar tanpa ada tujuan sehingga lupa tanggungjawab
di rumah.

9. Ramai yang berkongsi rezeki, membantu dan menghulur
bantuan sama ada khidmat dan tenaga serta tidak peduli
kesusahan sendiri.

10. Dari segi pendidikan anak-anak, ibu bapa lebih banyak
waktu bersama mereka di rumah. Ini dapat mengasah dan
memperbaiki diri dalam pendidikan akademik dan kerohanian
mereka.

Inilah yang dapat saya belajar dengan melihat hikmah dari ujian
yang berlaku kini. Malah lebih dari itu jika kita melihat dengan mata
hati. Sesungguhnya Allah tidak mengabaikan kita jika kita terus kembali
kepadanya dengan menyucikan diri.

58 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Cabaran pendidik dalam Era pendemik

Selaku guru muda yang mengajar di sekolah kawasan pedalaman, saya
juga merasai pengalaman dan cabaran dengan melalui kehidupan norma
baharu ini. Kalau dahulu suasana di dalam bilik darjah, meja kerusi
disusun dengan teratur dan tidak berjarak, tapi kini dalam keadaan
norma baharu dalam bilik darjah disusun dengan jarak satu meter.
Jumlah murid terpaksa disesuaikan dengan keadaan bilik darjah. Selain
itu, demi menjaga kesihatan dan keselamatan warga serta kakitangan
sekolah, sebelum masuk bilik darjah murid-murid atau warga sekolah
perlu mencatat suhu terlebih dahulu. Selain itu, keadaan murid perlu
dipastikan agar mereka mematuhi SOP dan melakukan penjarakan sosial
sebelum masuk ke bilik darjah masing-masing.

Begitu juga, keadaan dan suasana ketika rehat di kantin tidak seperti
sediakala. Setiap guru akan memantau penjarakkan sosial murid-murid
agar tidak berlaku sentuhan di antara mereka. Pemakaian penutup muka,
penggunaan handsanitizer, cuci tangan secara kerap dan langkah-langkah
yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap kita
patuhi.

Ya, ini merupakan satu cabaran kepada pendidik dalam era pandemik.
Akan tetapi, inilah didikan kepada kita semua. Dengan belajar keadaan
dan suasana bernorma baharu ini terlalu banyak mengubah kebiasaan
kehidupan kita. Begitu juga banyak pelajaran dan hikmah yang diperolehi.
Saya pernah disapa oleh seorang anak murid saya.

“Ustazah, bila la agaknya kita boleh solat berjemaah di surau, kan?”
Saya membalas dengan senyuman dan memberitahunya agar kita sama-
sama berdoa supaya keadaan akan pulih seperti sediakala.

Selain itu, bila berlakunya penutupan sekolah, ianya adalah suatu
cabaran yang besar bagi para pendidik dan ibu bapa. Umpamanya guru
tersepit, ibu bapa terhimpit. Mahu tidak mahu kita tetap mengharungi
cabaran ini bersama. Ibu bapa dan guru kini perlu berganding bahu untuk
menjayakan pendidikan di rumah dengan kaedah atas talian (pdpr). Ibu
bapa perlu memastikan penglibatan anak-anak ketika kelas atas talian
dijalankan. Manakala guru menyediakan kaedah yang sesuai mengikut
keadaan dan suasana. Ingatlah, kejayaan tidak akan datang kalau hanya
sebelah pihak, kerana kejayaan itu terhasil dari semangat dan kerjasama
dua pihak. Sesungguhnya, ini adalah pesanan dan ingatan buat diri sendiri

59COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

bila memaknai pakaian seorang guru atau pendidik.

Buat saudaraku sekalian, saya yakin setelah kesusahan yang kita
hadapi ini dapat kita jalani bersama, ujian ini akan berakhir. Kepada
Allah jualah kita serahkan segalanya. Marilah kita bersama memohon
dan memanjatkan doa meminta bantuan kepada Allah SWT di kala
agar terlindung dari segala wabak, bala bencana dan fitnah. Begitu juga
mendepani keadaan ini dengan membetulkan fahaman kita dengan
melihat sesuatu yang terjadi itu adalah segalanya di atas ketentuan Yang
Maha Esa. Seperti mana sifir kehidupan, yang hidup akan mati, setiap
yang bertemu akan berpisah begitu juga yang diuji akan hadirnya bahagia.
Saya yakin, suatu ketika nanti ini terukir sebagai sebuah pengalaman,
sejarah dan memori sepanjang kehidupan kita.

Teruslah bangkit Negaraku, bersama kita jaga kita dengan bantuan
Allah. Sesungguhnya ‘langit biru akan terlukis pelangi indah setelah
turunnya hujan’.

Jika ini takdir diberi, tetaplah bersyukur, mungkin dulu kita lupa mengingat
diri bukan nikmat yang sedikit, bersyukur saja yang kurang.

60 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Kesulitan itu jika dihadapi bersama besar akan menjadi kecil, berat akan dirasa ringan.

Pertolongan Allah itu akan datang tidak terlalu cepat dan tidak pula 61

terlalu lambat tetapi ianya selalu datang disaat yang tepat.

COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN



Aku dan COVID-19

Oleh: Jasmin Norhasfitri bt Muhammad Nor

Pandemik COVID-19, menjadi satu mimpi buruk bagi seluruh warga dunia.
Kemunculan wabak ini dikatakan daripada China sehingga merebak ke
seluruh pelusuk dunia. Tiap hari akan ada kematian disebabkan olehnya.
Virus COVID-19 ini menyerang sistem pernafasan dan juga menjadikan
golongan berisiko yang mempunyai daya ketahanan imun yang lemah
sebagai mangsa. Berikut aku coretkan sedikit perkongsian bagaimana aku
melalui hari-hari ku dalam musim Pandemik COVID-19.

1. Pada awalnya aku tidak menjadikan perkara mengenai
COVID-19 sesuatu yang penting berikutan pada jangkaan ku
virus ini hanya akan bertebaran di China dan juga negara-
negara majoriti penduduknya bukan Islam seperti Amerika
& Russia. Namun, sangkaanku meleset. Awal Februari ketika
negara-negara lain sibuk menangani wabak pandemik
ini, Malaysia masih lagi dalam mode leka, begitu juga aku.
Masih tidak mementingkan Standard Operating Procedure
(SOP) bagi COVID-19 penggunaan pelitup muka dan juga
mensanitasi tangan menggunakan hand sanitizer masih lagi
menjadi bukan kebiasaaan ketika itu. Bayangkan pada hujung
Februari tersebut aku ke Sabah bagi menghadiri makan malam
yang dianjurkan oleh Kelab Hubungan Antarabangsa Universiti
Malaysia Sabah. Langsung aku tidak mematuhi SOP semasa
dalam kapal terbang, aku tidak memakai pelitup muka pun
padahal aku ada membawanya, bukan sahaja aku malahan ada
juga penumpang-penumpang lain. Malahan, aku berasa pelik
dan janggal melihat dua orang pelancong, tekaan ku mereka
itu pelancong daripada China, menggunakan pelitup muka
tiga lapis dan sarung tangan plastik. Tempat duduk mereka
berdua betul-betul berada di hadapanku sebelah kiri. Aku juga
hairan mereka membawa begitu banyak sarung tangan dan
juga pelitup muka sebagai bekalan.

63COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

2. PKP. Pada 18 Mac 2020, itu adalah merupakan tarikh di mana
Malaysia mula mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) sepenuhnya sehingga 31 Mac 2021 sebagai mengekang
penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Pada ketika
itu, keadaan di Malaysia agak teruk juga bagi pandanganku.
Keadaan seperti itu merupakan sesuatu yang tidak dijangka.
Mungkin ada juga rakyat Malaysia yang lain seperti ku yang
dulu menyangka bahawa virus ini tidak akan menjangkiti
orang Islam kerana Islam amat mementingkan kebersihan
dan kebersihan itu sebahagian dari iman, namun ternyata
virus ini tidak memilih agama mahupun bangsa. Kluster
yang pertama muncul adalah Kluster Tabligh di Petaling Jaya.
Keadaan ini begitu meresahkan dan menakutkan kerana ia
melibatkan nyawa. Ramai juga dari golongan Kluster Tabligh
ini yang meninggal dunia. Kluster ini begitu meresahkan kami
terutama makcik ku, kerana dua anaknya dihantar kepada
pengasuh yang ayah kepada pengasuh tersebut merupakan
golongan Tabligh. Walau bagaimanapun ayah pengasuh itu
tidak menghadiri Perhimpunan Petaling tersebut. Namun
kerana bimbang mengenai penularan Kluster Tabligh yang
begitu pantas, makcikku berhenti sementara menghantara
anaknya ke rumah pengasuh tersebut.

Pada hari pertama PKP tersebut, aku hanya memenuhi
hari bersama keluarga dan juga berkebun. Mula menanam
sayur-sayuran. Kebetulan pada masa tersebut makcikku
dan keluarganya dari Selangor pulang ke kampung tepat
lima hari sebelum tarikh 18 Mac 2020. Mereka sekeluarga
cuma merancang untuk pulang sekejap sahaja ke Kuching
sekadar untuk menziarahi kaum keluarga. Namun tiada yang
menyangka, pulang yang sekejap itu ternyata hampir berbulan
juga mereka di Kuching kerana pergerakan dan pengangkutan
udara dibatalkan berikutan tempoh PKP tersebut.

3. Bekerja dari rumah. Melakukan pekerjaan dari rumah
sepanjang tempoh PKP bagiku adalah perkara yang begitu
menyeronokkan berikutan bila di rumah, masa ku amat
flexibel bagiku melakukan tugasan dan lebih berfokus.

4. Pada Fasa Kedua PKP, SOP menaiki kenderaan yang disediakan
oleh Kerajaan Malaysia membenarkan hanya dua orang dalam
sebuah kereta, namun ada suatu masa aku terpaksa bertiga
di dalam kereta; Aku, Mak dan Nekwan kerana aku perlu

64 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

menghantar Nekwan bagi mendapatkan rawatan di hospital
bagi kanser paru-paru yang dihidapinya. Pada awalnya kami
ditahan oleh anggota polis yang sedang membuat sekatan di
kawasan Taman Hussein/Rahmat namun setelah mendengar
sebab yang kami ingin ke hospital bagi rawatan Nekwan, kami
dilepaskan untuk meneruskan perjalanan. Begitulah keadaan
kami apabila hendak membawa Nekwan medapatkan rawatan,
perlu bertiga kerana keadaan di Hospital Umum Sarawak
adalah amat sukar untuk mendapatkan parkir.

Oleh kerana Nekwan merupakan golongan berisiko dan
untuk ke hospital adalah amat berbahaya bagi golongan
sepertinya, pihak National Cancer Society Malaysia Sarawak
Branch diketuai oleh Puan Sofea akan ke rumah kami bagi
melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Nekwan dan juga
mencadangkan ubat-ubatan yang perlu diambil. Ubat-ubatan
tersebut perlu diambil di kaunter Unit Radiotetapi (RTU)
Hospital Umum Sarawak. Makcik ku yang aku panggil
MakWea akan bertugas mengambil ubat-ubatan Nekwan di
hospital. Al Fatihah buat Nekwan, Hajah Yak Patimah binti
Jaini (4 Julai 1943-21 Disember 2020)

5. Penggunaan Aplikasi TeamLink & ZOOM mula menjadi
keutamaan. Sebelum ini, aku sudah mengetahui mengenai
pelbagai aplikasi yang boleh digunakan untuk bertemu secara
alam maya. Namun aku tidak menyangka ia akan menjadi
sebahagian keutamaan berikutan pandemik COVID-19
yang melanda. Penggunaan ZOOM, Team Link, Google
Meet, Skype dan pelbagai aplikasi lain seolah-olah menjadi
kewajiban untuk berjumpa dan bermesyuarat berikutan tidak
boleh berjumpa secara fizikal bagi mematuhi SOP yang telah
ditetapkan. Pejabat kami mula menggunakan TeamLink bagi
berjumpa di alam maya bermula awal April 2020. Sebelum itu
kami hanya melaporkan perkembangan status tugasan melalui
Group WhatsApp sahaja.

6. Penggiliran masa bekerja. Tempat aku bekerja juga mula
menggunakan sistem penggiliran masa bekerja bagi semua staff.
Kami dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Satu
dan Kumpulan Dua. Untuk penggiliran pertama aku bekerja di
pejabat setelah lama bekerja dari rumah sepanjang PKP. Masa
bekerja tidak seperti masa kebiasaan masuk kerja pada jam
8:00 pagi dan balik pada jam 5:00 petang, tetapi waktu PKP

65COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

masa bekerja adalah pada jam 8:30 pagi sehingga 4:30 petang,
dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Akhir perkongsian pengalaman PKP 1 ini, aku berharap agar pandemik
ini cepat berakhir, dan kita semua boleh kembali seperti keadaan seperti
sebelum COVID-19 ini melanda.

66 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

BAHAGIAN B



Penyertaan Terbaik Bahagian Foto

Our Smiles Come From
Their Hustles

Our smiles come from their hustles.
Sumber: Syafiqah Hassan.

69COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Membantu Sedaya Upaya,
Saling Mendokong dan
Takkan Mengalah

Membantu sedaya upaya, saling mendokong dan takkan mengalah.
Sumber: Siti Rabiulhara.

70 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Sabar Ubat Segala
Ujian Allah

Sabar ubat segala ujian Allah.
Sumber: Nurul Izatul Akhmar bt Razali.

71COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Imam Al- Ghazali menulis dalam bukunya bertajuk “The Alchemy of
Happiness” menerangkan antara tanda-tanda mencintai Allah SWT
adalah mereka tidak takut diuji dan juga tidak takut dengan kematian
yang bakal menjemput.

Seperti dalam firman Allah SWT yang bermaksud : ...” dan sungguh
akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah
berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”

(Surah al- Baqarah, ayat 155)

Ayat di atas begitu signifikan dengan pandemik yang menimpa seluruh
dunia pada ketika ini yang bernama Virus Corona atau COVID-19.
Tahun 2020 menyaksikan betapa virus yang sangat halus sehingga
tidak dapat di lihat dengan mata kasar, menyerang dunia sehingga
ribuan malah jutaan manusia meninggal dunia dan di uji dengan
ketakutan-ketakutan yang lain seperti sakit, terpaksa berjauhan dari
keluarga, hilang pekerjaan, hilang kewarasan dan sebagainya.

Maka jelas di dalam ayat tersebut, ubat yang paling ampuh di dalam
menghadapi ujian ini adalah dengan SABAR dan redha kepada
Allah. Orang yang mengaku beriman kepada Allah sudah pasti dapat
menerima segala ketentuan Allah dengan sabar dan penuh keyakinan
bahawa akan ada pertolongan dan khabar gembira daripada Allah
SWT. Dia tidak akan mudah mengeluh dan mengganggap semua yang
berlaku pasti terselit 1000 hikmah yang tersembunyi.

Ujian ini juga membuatkan kita menginsafi segala nikmat kurnia
yang Allah berikan kepada kita terutama sekali nikmat kesihatan
dan nikmat bersama keluarga tercinta. Ini boleh menyebabkan kita
menghargai & mensyukuri setiap apa sahaja kurniaan Allah kepada
kecil meskipun sekecil- kecil kurniaan.

Semoga sahaja pandemik yang berlaku di tahun 2020 ini memberikan
kita banyak pelajaran dan menjadikan kita insan yang lebih dekat
kepada Allah SWT, Tuhan yang Maha Menciptakan setiap segala
sesuatu dan juga semoga Virus COVID-19 ini segera berlalu pergi
atas izin Allah SWT.

Salam Kemerdekaan dengan Norma Baharu dengan penuh cinta!

72 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Saya Cikgu Tadika

Saya Cikgu Tadika.
Sumber: Nurul Noorhayati Sarkawi.

73COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Malaysiaku Sayang

Sumber: Anna Hajjarul Fitri bt Muhammad Nor.

74 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Malaysiaku Sayang

Banyak yang berubah Bangunan besar di sana sini
Kenderaan semakin canggih setiap hari Namun paling besar
perubahan itu
Diri manusia itu sendiri Melihat dunia ini seperti apa
Seperti tempat bahagia selamanya atau tempat mencari jalan
pulang kepada Pencipta dirinya Berdepan dengan keadaan
sekarang
Virus Corona menyerang manusia Tidak kira muda tua mahupun
jantina
Maka pemerintah lantas mengeluarkan bicara Semua tempat
harus tutup rapat pintunya Duduk di rumah bersama keluarga
Hanya ‘frontliners’ disuruh berjaga Doktor polis askar mahupun
penguasa
Semuanya bekerja keras demi kesejahteraan bersama Bersatu
dalam semua
Kerjasama setiap masa
Tugas digalas dengan sebaiknya Amanah diberi utuh dilaksana
Berserah hanya kepada Yang Esa Setelah usaha sehabis tenaga
Hidup dalam norma baharu menjadi kebiasaan manusia Impak
dari kejadian virus merbahaya
Ada yang kehilangan pekerjaan Berita duka menggores hatinya
Berfikir sekerasnya bagaimana mendapatkan bekalan makanan
secukupnya buat keluarga tercinta
Sakit perit dirasa
Luluh hati runsing kepala Pemerintah lantas mengeluarkan kata
Bantuan akan segera dilaksana
Sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban dirasa Hingga
kini hampir segalanya berubah norma Supaya manusia sejahtera
amnya
Demi negara kita yang tercinta
Ditulis ketika menginap di Hotel Waterfront berhadapan dengan
pemandangan Bandar Kuching.

75COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

PKPD

Sumber: Abdul Muntaqim bin Zulkipli.

76 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Program Dalam
Norma Baharu

Sumber: Aminah bt Ismail

77COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Sumber: Aminah bt Ismail

78 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Sumber: Aminah bt Ismail

79COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Menjalankan Amanah
Menguruskan Jenazah

COVID-19

Sumber: Awang Mohd Faiz bin Awang Sefari

80 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

The Death City
of Kuching

Sumber: Aminah bt Ismail

81COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Swab Test

Sumber: Shamsiah bt Mahli

82 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

Setiap Kebaikan
Adalah Sedekah

Sumber: Shamsiah bt Mahli

83COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

AKTIVITI KEBAJIKAN SEWAKTU
PKP DALAM NORMA BAHARU

1) Program Roses
of Ramadhan (ROR)

Persatuan Pencinta Ilmu dan Budi Kuching (PPIBK) melalui projek
Roses of Ramadhan (ROR) 2021 telah mengagihkan sumbangan berupa
makanan untuk keperluan sahur dan berbuka pada 17 Mei 2021 kepada
128 buah keluarga terpilih di bahagian Kuching, Samarahan, Mukah,
Miri, Bekenu di daerah Sibuti dan Limbang. Projek ROR yang tlah masuk
tahun kelima penganjurannya bertujuan untuk membantu keluarga yang
tidak berkemampuan dalam menjalani ibadah puasa serta memupuk sikap
prihatin dan ambil peduli dalam kalangan ahli-ahli PPIBK. Sumbangan
tersebut telah diserahkan kepada penerima sebelum 1 Ramadhan 1442H.

84 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

85COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

86 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

87COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

88 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN


Click to View FlipBook Version