The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

220301_COVID 19 Perkongsian Pengalaman_FINAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahfmn2502, 2022-03-18 09:53:40

220301_COVID 19 Perkongsian Pengalaman_FINAL

220301_COVID 19 Perkongsian Pengalaman_FINAL

2) Program Bersedekah
Untuk Diredhai Illahi
(BUDI)

Bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini, Persatuan Pencinta
Ilmu dan Budi Kuching (PPIBK) telah menganjurkan program Berkongsi
Untuk Diredhai Illahi (BUDI) pada 27 Julai 2021. Sejumlah 149 buah
keluarga yang kurang berkemampuan dan terjejas pendapatan akibat
pandemik COVID-19 telah menerima sumbangan berbentuk pek bahan
mentah yang mengandungi ayam dan bahan-bahan untuk memasak kari
ayam. Sumbangan tersebut telah diagihkan oleh ahli-ahli PPIBK kepada
66 keluarga di bahagian Kuching, 29 keluarga di bahagian Samarahan,
38 keluarga di bahagian Miri dan 10 keluarga di bahagian Mukah.
Memandangkang ibadah korban tidak dibenarkan sewaktu PKP, maka
program Berkongsi Untuk Diredhai Illahi (BUDI) diadakan sebagai ganti
agihan daging korban.

89COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

90 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

91COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

92 COVID 19 PERKONGSIAN PENGALAMAN

PROFIL RINGKAS

PERSATUAN PENCINTA ILMU DAN BUDI KUCHING

(PPM-010-13-20102019)

NO 514A, LORONG DATUK AJIBAH ABOL 74,
KAMPUNG N0 6, 93400 KUCHING, SARAWAK

Persatuan Pencinta Ilmu dan Budi Kuching (PPIBK) telah diluluskan
pendaftarannya pada 20 Oktober 2019 oleh Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-010-13-
20102019. Antara matlamat penubuhan PPIBK ialah:

• Menjalankan aktiviti latihan dan pendidikan yang
berkaitan dengan keilmuan dan pembinaan budi pekerti
yang mulia.

• Menjalankan aktiviti kajian dan penyelidikan yang
berkaitan dengan pembangunan ilmu dan budi
masyarakat.

• Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program
pembangunan komuniti setempat.

• Bekerjasama dengan mana-mana organisasi dalam
menjalankan program-program pembangunan ilmu dan
budi masyarakat.

• Menjalankan program-program bagi menambahkan
ilmu dan kemahiran ahli-ahli.

• Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat
memperkukuh sumber kewangan pertubuhan.

PPIBK selaku pertubuhan NGO amat mengalu-alukan sumbangan dan
peruntukkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembinaan akal budi
yang bermanfaat untuk ummah.

Nama Bank: Bank Muamalat Cawangan Kuching
No Akaun: 11010002367718
Nama: Persatuan Pencinta Ilmu dan Budi Kuching

No. Perhubungan: 019-8647730 | 019-7805497
Email: [email protected]

Laman Facebook: Persatuan Pencinta Ilmu dan Budi Kuching


Click to View FlipBook Version