The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

K3PCK 2022 merupakan julung kali dianjurkan oleh Bahagian Profesionalisme Guru dengan kerjasama oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan bertujuan untuk memperkasakan pembangunan profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Cemerlang (PPPC), menggalakkan amalan inovasi digital dalam kalangan PPPC secara berterusan, meningkatkan skil dan kemahiran digital guru melalui perkongsian amalan-amalan terbaik dan menyediakan pelantar bagi aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan kerjasama dalam kalangan PPPC.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-84424132, 2024-02-12 23:21:40

e-Prosiding Konvensyen Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Cemerlang Kebangsaan Tahun 2022

K3PCK 2022 merupakan julung kali dianjurkan oleh Bahagian Profesionalisme Guru dengan kerjasama oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan bertujuan untuk memperkasakan pembangunan profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Cemerlang (PPPC), menggalakkan amalan inovasi digital dalam kalangan PPPC secara berterusan, meningkatkan skil dan kemahiran digital guru melalui perkongsian amalan-amalan terbaik dan menyediakan pelantar bagi aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan kerjasama dalam kalangan PPPC.

Keywords: K3PCK

201 sebagainya. Dari pada pemerhatian juga didapati murid ini pandai mengambil peluang untuk melakukan aktiviti lain semasa diminta untuk mencari idea atau maklumat tentang penghasilan produk. Semakan kerja murid Saya telah membuat semakan ke atas kerja murid iaitu proses yang mereka patut telah lengkapkan. Semakan kerja murid dibuat sebelum dan selepas kajian dijalankan. Didapati pencapaian yang telah dihasilkan tidak menepati kaedah yang betul. Murid menghasilkan produk tanpa membuat lakaran bermaklumat, jadual kerja dan borang kajian pelanggan yang lengkap. Murid terus mahu membina produk dengan mengambil bahan yang belum tentu digunakan sebaiknya. Murid juga menggunakan pelbagai aplikasi dalam produk mereka, dalam satu kelas, ada banyak kumpulan dan lain-lain jenis produk yang dibina oleh setiap kumpulan. Disebabkan itu, guru kadang-kadang sampai terlepas pandang dengan murid yang menunggu giliran untuk bertanya soalan. Menyebabkan mereka terus membuat ikut cara mereka sendiri. Soal Selidik Soalan tertutup telah digunakan dalam soal selidik di mana skala ini mempunyai empat pilihan iaitu Sangat tidak setuju, Tidak setuju, Setuju atau Sangat setuju. Borang soal selidik disediakan dan telah diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas berkenaan sebelum dan selepas e poster QR design diperkenalkan. Graf 1 menunjukkan hasil peratusan soal selidik yang telah dijalankan. Graf 1


202 Temu bual Saya menjalankan temu bual secara rawak kepada 10 orang murid bagi mendapatkan bukti kesahihan tanggapan awal saya bahawa mereka tidak menggunakan proses penghasilan produk dengan betul. Temu bual telah dibuat secara tidak berstruktur iaitu secara tidak formal untuk mengetahui punca permasalahan dan sikap mereka terhadap proses yang perlu dituruti sepatutnya bukan sebaliknya. Temubual ini hanya berfokus kepada menghasilkan produk mengikut proses yang betul. Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan, didapati murid tidak mengikut proses penghasilan produk dengan betul walaupun mereka telah mempelajari tajuk sebelum ini. Oleh itu, saya rasa bertanggungjawab untuk membantu anak- anak didik saya memahami dan menarik minat menggunakan proses penghasilan produk yang sebenar. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi, e-poster QR design telah diperkenalkan. Saya menjalankan beberapa aktiviti yang telah dirancang sebelum ini. Kesemua aktiviti dijalankan dengan empat sesi PdP. Jadual 1 dan Jadual 2 disediakan untuk aktiviti ini. Jadual 1 BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 11 Jun 2020 2 Menulis proposal kajian 12 Jun 2020 3 Merancang tindakan 18 Jun 2020 4 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 1 24 Jun 2020 5 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 2 25 Jun 2020 6 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 3 16 Julai 2020 7 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 4 17 -28 Ogos 2020 8 Kutipan data kajian 29 Ogos 2020 9 Analisis data kajian 13 September 2020 10 Refleksi kajian 14 September 2020 11 Menulis laporan kajian 20 September 2020 sehingga kini


203 Jadual 2 PELAKSANAAN TINDAKAN Pelaksanaan Aktiviti 1: Penyediaan QR Design Produk Reka bentuk poster ‘QR Design Produk’ terlebih dahulu dan dicetak mengikut saiz yang bersesuaian. Poster ‘QR Design Produk’ ditampal di hadapan Studio Reka Bentuk bagi memudahkan guru dan murid menggunakannya. Murid juga boleh membuat cetakan di rumah masing-masing dan tampal di tempat yang mudah untuk dirujuk. Seperti di Rajah 2. Rajah 3: e Poster QR design Aktiviti Penerangan Aktiviti 1 Penyediaan e-poster QR design Aktiviti 2 Pengenalan e-poster QR design Murid scan disetiap bahagian QR Design Produk bagi melihat isi kandungan yang terdapat dalamnya. Aktiviti 3 Penggunaan e-poster QR design Murid scan/imbas QR code dibahagian proses yang berkaitan dengan permasalah mereka dalam menghasilkan produk. Aktiviti 4 Perbentangan Hasil Kerja Murid Murid menghasilkan produk dan melakukan perbentangan dan pameran hasil produk serta guru membuat penilaian


204 Pelaksanaan Aktiviti 2: Pengenalan e-poster QR design Murid scan disetiap bahagian QR Design Produk bagi melihat isi kandungan yang terdapat dalamnya. Guru mula menerangkan cara menggunakan e-poster QR design pada semua murid dalam kelas 3 Usaha secara live/ terus dari google meet. Gambar lakonan semula cara menggunakan e-poster QR design diambil semasa murid kembali ke sekolah pada bulan Ogos 2020 Pelaksanaan Aktiviti 3: Penggunaan e-poster QR design Murid scan/imbas QR code dibahagian proses yang berkaitan dengan permasalah mereka dalam menghasilkan produk. Gambar lakonan semula cara menggunakan e-poster QR design diambil semasa murid kembali ke sekolah pada bulan Ogos 2020. Murid menggunakan maklumat yang diperolehi daripada e-poster QR design untuk menyelesaikan masalah mereka dalam penghasilan produk


205 Refleksi Murid sudah boleh mengatasi masalah mereka dengan cepat dan selesa tanpa perlu menunggu giliran meminta bantuan guru. Murid kelihatan lebih berkemahiran dan kreatif. Produk juga dapat disiapkan mengikut jadual yang mereka hasilkan. Bukan itu sahaja, eposter QR design ini juga boleh digunakan oleh semua panitia RBT dan juga boleh digunakan oleh setiap murid yang mengambil subjek RBT. Pelaksanaan Aktiviti 4: Perbentangan Hasil Kerja Murid Murid berjaya menghasilkan produk di rumah masing-masing dan bawa ke sekolah setelah dibenarkan semua murid pulang ke sekolah semula pada bulan Ogos 2020. Murid-murid membuat perbentangan di hadapan kelas serta guru memberi penilaian Antara produk yang murid-murid hasilkan dan menunjukkan cara produk mereka berfungsi dihadapan guru.


206 DAPATAN DAN IMPLIKASI Analisis Data Graf 2 menunjukkan analisis semakan hasil kerja murid. Sebelum kajian, hanya 40% murid mengikut proses penghasilan produk dengan tepat dan mengikut kriteria yang dikehendaki. Selepas kajian dijalankan, 100% murid dapat mengikut proses penghasilan produk dengan tepat dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Murid dapat menghasilkan produk mereka dengan baik dan berfungsi. Masa yang diberikan untuk menyiapkan produk masing-masing ternyata dapat diselesaikan lebih awal dari masa yang diperuntukkan. Murid-murid juga menggunakan e-poster QR design dengan baik kerana terbukti apabila hasil laporan yang murid-murid sediakan tepat dan mengikut proses yang betul. Graf 2 Perbincangan a) Keberkesanan projek amalan terbaik Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan e-poster QR design adalah berkesan dalam membantu murid-murid menghasilkan produk mengikut proses yang betul. Hasil analisis hasil kerja murid dan pemerhatian menunjukkan murid-murid memahami dengan lebih jelas apa yang diajar oleh saya selaku guru. Murid-murid lebih teruja menyiapkan tugasan yang diberikan. Kesan ke atas amalan kendiri sebagai seorang guru pula, pelbagai kaedah dan teknik pengajaran perlu diaplikasikan mengikut kesesuaian supaya murid-murid mendapat impak yang sewajarnya dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Selaku guru juga saya perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran bagi meningkatkan amalan kendiri saya. Penyelidikan ini telah memberi implikasi yang positif kepada amalan pengajaran 0 2 4 6 8 10 SEBELUM KEJADIAN SELEPAS KEJADIAN 4 10 6 0 Analisis Semakan Hasil Kerja Murid (mengikut Prosedur) Penghasilan produk mengikut proses yang betul dan tepat Penghasilan produk tidak mengikut proses yang betul dan tepat


207 saya. Sebelum ini, saya tidak mengambil berat terhadap permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid saya. Kesan daripada kajian ini saya menjadi lebih prihatin terhadap murid-murid dan lebih bertanggungjawab. Penyelidikan yang telah dijalankan ini juga telah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya sebagai seorang guru serta membatu rakan-rakan panitia saya juga dalam proses PdPC mereka. Implikasi b) Sumbangan projek amalan terbaik Murid dapat menghasilkan produk mereka dengan baik dan berfungsi dengan baik. Masa yang diberikan untuk menyiapkan produk masing-masing ternyata dapat diselesaikan lebih awal dari masa yang diperuntukkan. Murid-murid juga menggunakan e-Poster QR Design dengan baik kerana terbukti apabila hasil laporan yang murid-murid sediakan, tepat dan mengikut proses yang betul. Dengan ini, e-poster QR design telah dikongsikan kepada ahli panitia pada tahun 2020 hingga 2022 di peringkat sekolah dan juga saya telah membuat perkongsian melalui pertandingan peringkat negeri/ kebangsaan. Perkongsian yang diberikan adalah berharap ianya dapat memberi sedikit sumbangan idea kepada para pendidik di luar sana bagi membantu murid-murid dalam menghasilkan produk. KESIMPULAN Sehubungan itu, saya mencadangkan agar kaedah e-Poster QR Design ini dapat diperluaskan dalam bentuk yang berbeza pula seperti permainan atas talian seiring dengan pembelajaran masa kini. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadi proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan kepada semua murid dan guru. Seterusnya, teknik ini dapat diperluaskan penggunaannya sehiggalah ke peringkat yang lebih tinggi bagi mereka yang ingin menghasilkan produl yang berinovasi dan berintervensi. RUJUKAN Bernama (16 Mei 2020) Berita Harian. Diakses pada 29 September 2020 daripada url https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/ 689322/covid-19-pendidikan-menerusi- duniamaya-cabaran-baharu-buat-guru Syamsiah, Andi Rahmat Saleh. 2016. Respon Mahasiswa Terhadap Penggunaan Quick Respon Code (Qr Code) Pada Matakuliah Botani Tumbuhan Tinggi Jurnal Bionature, Volume 17, Nombor 1, April 2017, hlm. 58-62 Nik Zarini Nik Kar & Salmiza Saleh. (2012). Kesan pendekatan inkuiri penemuan terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran kimia. Asia Pacific Journal of Educatiors and Education, 27, 159-174


208 PEMIMPIN INSTRUKSIONAL PEMACU PENDIDIKAN SEJAHTERA NORIHAN BINTI AZIZAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI [email protected] ABSTRAK Pemimpin instruksional memainkan peranan yang penting dalam memastikan perancangan, pelaksanaan dan pengawalan program instruksional berjalan dengan lancer dan mencapai objektif yang dihasratkan. Bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan, Institut Aminuddin Baki (IAB) memainkan peranan yang penting dengan memastikan pensyarahnya dapat menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan seterusnya memastikan aktiviti-aktiviti latihan dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Aktiviti-aktiviti penambahbaikan di IAB seperti kajian keperluan latihan, penggubalan dan pemurnian modul, bimbingan, kolokium dan webinar perlu sentiasa dikemaskini dan terkini mengikut perkembangan semasa. PENGENALAN Sebagai usaha untuk mengoptimumkan pendidikan berkualiti, pemimpin instruksional perlulah kreatif dalam menangani cabaran-cabaran seperti yang telah dilakukan semasa era pandemik yang lalu. Pemimpin pendidikan telah memberi fokus dalam mengoptimumkan segala sumber yang ada ke arah menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Pemimpin instruksional yang berkesan sentiasa menumpukan perhatian terhadap aspek merancang, mengelola, mengawal, menyelia dan membangunkan prestasi pengajaran dan pembelajaran secara optimum bagi meningkatkan kualiti sekolah. Di samping itu pemimpin sekolah perlu mengorientasikan pemikiran seluruh warga sekolah kepada pencapaian matlamat sekolah yang menekankan kepada pencapaian dalam bidang kurikulum. Perkara ini selari dengan objektif utama dalam KPM PerkasaKU untuk meningkatkan penguasaan murid secara optimum dalam kurikulum. Selain itu pemimpin instruksional juga perlu memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif di sekolah bertepatan dengan elemen nilai selamat, seronok dan sihat seperti yang terkandung dalam konsep sekolahku SEJAHTERA. Terdapat 14 elemen nilai yang diterapkan bagi pelaksanaan inisiatif Sekolahku SEJAHTERA yang merangkumi aspek Selamat, Seronok, Sihat, Etika, Empati, Jati Diri, Adab Sopan, Harmoni, Tekun, Teliti, Terampil, Eksplorasi, Rasional dan yang terakhir Artikulasi. Sehubungan itu, bagi memastikan peranan pemimpin instruksional dapat dilaksanakan dengan berkesan, IAB telah melaksanakan penambahbaikan dalam aktiviti-aktiviti seperti TEMA 2: PEMIMPIN INSTRUKSIONAL PEMACU PENDIDIKAN


209 membuat kajian keperluan latihan, memurnikan modul latihan sedia ada mengikut perkembangan terkini, melaksanakan tindakan susulan seperti bimbingan dan aktiviti tambahan seperti webinar dan kolokium untuk perkongsian amalan terbaik serta hebahan perkembangan semasa. Ianya dapat memantapkan penguasaan pemimpin pendidikan mengenai Kepimpinan Instruksional dan seterusnya membantu menjadi pemangkin di sekolah kepada guru-guru dan murid-murid terutama dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid. OBJEKTIF Pencapaian matlamat atau objektif amat penting dalam memastikan hasrat atau hasil akhir dapat dicapai. Oleh itu, pelaksanaan penambahbaikan latihan yang dilaksanakan oleh IAB dalam Kepimpinan Instruksional ini sesuai dengan matlamat utama IAB ditubuhkan sebagai pusat latihan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. IAB Utara juga telah mempunyai kebitaraannya sendiri iaitu memperkasakan pemimpin pendidikan dalam KPM dari segi Kepimpinan Instruksional. Oleh itu, objektif yang ingin dicapai oleh pihak IAB Utara ialah memperkasakan pemimpin instruksional melalui usaha atau tindakan mengukuhkan serta menambahbaik keupayaan pemimpin dalam memimpin pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah melalui latihan yang berkualiti. METODOLOGI/ STRATEGI PELAKSANAAN Usaha melaksanakan penambahbaikan sentiasa diteruskan supaya segala aktiviti di IAB mengikut perkembangan terkini dan sesuai dengan keperluan pemimpin pendidikan mengikut mandat dan program terkini KPM. Perkembangan kemahiran digital juga diambil kira dalam memberi latihan yang bersifat futuristik serta memaksimumkan penggunaan bahan-bahan atau alat-alat digital yang disediakan oleh pihak KPM. Oleh itu, beberapa tindakan telah dilaksanakan di IAB Utara bagi memastikan perkara ini dapat diberi perhatian. Tindakantindakan penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah: Kajian Keperluan Latihan Bagi memastikan latihan yang akan diberikan kepada pemimpin pendidikan adalah mengikut keperluan mereka, maka satu kajian keperluan latihan telah dilaksanakan dan soal selidik serta temubual dilaksanakan untuk mengenal pasti aspek yang perlu diberi fokus semasa sesi latihan. Pelaksanaan kajian keperluan latihan ini dilaksanakan secara dalam talian, sesuai dengan perkembangan terkini dan kemahiran pemimpin-pemimpin dalam menggunakan bahan digital dan aplikasi


210 semasa. Penentuan aspek-aspek ini diperoleh selepas analisis data yang boleh dilaksanakan analisis kuantitatif dan juga kualitatif. Oleh kerana latihan di IAB boleh dilaksanakan dalam 3 peringkat iaitu sebelum hadir kursus bersemuka, sesi kursus bersemuka dan tindakan susulan selepas kursus bersemuka; maka aspek-aspek yang telah dikenal pasti dibahagikan kepada tiga bahagian juga. Aspek asas yang perlu diketahui dan difahami oleh peserta boleh dimasukkan dalam sesi e-pembelajaran, iaitu sebelum sesi bersemuka. Aspek pengukuhan dan kandungan penting di masukkan dalam sesi bersemuka di mana penekanan menggarap kemahiran diberikan dalam sesi ini kerana pensyarah boleh menunjuk cara atau demonstrasi dengan lebih berkesan semasa bersemuka. Akhir sekali, aspek yang perlu dilihat pada hasil aktiviti atau projek perlu dimasukkan dalam tindakan susulan. Pemurnian Modul Kursus Pemurnian bahan-bahan dalam modul kursus ditentukan daripada hasil kajian keperluan latihan. Penentuan aspek atau subtajuk utama yang akan diberi fokus adalah melalui dapatan analisis tersebut yang juga berkait dengan penyelarasan program KPM. Oleh itu, pensyarah IAB akan menentukan pemberatan tajuk yang akan dimasukkan dalam sesi latihan mengikut keutamaan dan jumlah jam penyampaian latihan akan ditentukan. Mengikut keperluan yang diperoleh, kerangka latihan bagi kursus Kepimpinan Instruksional yang dimurnikan pada tahun 2021 adalah seperti berikut : Setelah ditentukan subtajuk tersebut, maka penyediaan pukal latihan iaitu Rancangan dan Nota Sesi Latihan disediakan secara terperinci sebagai panduan kepada pensyarah untuk menyampaikan tajuk-tajuk yang berkaitan menggunakan bahan-


211 bahan persembahan dan bahan-bahan pembelajaran yang terkini. Pelaksanaan kursus ini adalah mengikut takwim yang ditetapkan sejak awal tahun. Tindakan Susulan Semasa latihan dalam sesi bersemuka, peserta akan dimaklumkan tentang tugasan yang perlu dilengkapkan dan tempoh masa tertentu diberikan untuk menyiapkan tugasan atau projek tersebut. Peserta diharapkan dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran semasa melaksanakan tugasan tersebut mengikut format tertentu. Pada waktu ini, peserta akan melaksanakan aktiviti dengan mempamerkan pengurusan dan kepimpinan yang ditambahbaik bersama warga organisasi yang terlibat. Semasa sesi ini, mereka mendapat pengalaman dan cabaran tertentu dalam menyiapkan tugasan. Pelaksanaan sesi bersemuka ini boleh dilaksanakan secara dalam talian atau bersemuka di bilik latihan. Coaching & Mentoring (Bimbingan) Semasa pelaksanaan tindakan susulan, pensyarah pembimbing yang ditugaskan membantu peserta akan memastikan peserta tahu dan faham bagaimana tugasan dapat dilaksanakan dengan baik. Beberapa langkah pelaksanaan akan dipantau oleh pensyarah pembimbing terutama dalam memastikan identifikasi projek atau tugasan yang dilaksanakan dapat ditentukan dengan kaedah yang sesuai dan seterusnya peserta dapat terus melaksanakan aktiviti sehingga selesai dan mencapai objektif yang ditetapkan. Bimbingan ini juga boleh dilaksanakan secara dalam talian dan boleh menjimatkan kos. Peserta harus menyediakan dokumentasi yang tertentu sebagai eviden pelaksanaan. Dokumentasi ini juga boleh diupload di dalam google drive atau sebagainya. Akhir sekali, peserta perlu menilai hasil projek dengan mengukur pencapaian akhir projek atau tugasan tersebut. Peserta perlu membandingkan hasil projek sebenar dengan objektif yang ingin dicapai. Jika terdapat jurang yang positif, maka hasilnya mencapai apa yang telah ditetapkan. Jika tidak, jurang tersebut akan menunjukkan perkara tertentu yang perlu ditambahbaik supaya hasrat sebenar dapat dicapai. IAB telah bergerak selangkah lagi dengan pelaksanaan Konsultasi Sentral Sehenti Maya Integrasi Kepimpinan (KoSSMIK) iaitu satu platform konsultasi maya antara pensyarah IAB (Certified Coach IAB) dengan pemimpin pendidikan di bawah KPM. Pemilihan sesi boleh dibuat berdasarkan jadual sesi yang ditawarkan oleh pensyarah atau permohonan yang dijadualkan oleh pemimpin pendidikan kepada pensyarah terpilih dalam bidang tertentu.


212 KoSSMIK bermatlamat supaya membolehkan lebih banyak peluang dibuka kepada pemimpin pendidikan untuk menerima khidmat konsultasi secara maya daripada pensyarah IAB. Bagi pemimpin pendidikan yang berminat untuk mendapat bimbingan dalam bidang Kepimpinan Instruksional, mereka boleh memilih pensyarah yang pakar dalam bidang tersebut untuk membimbing mereka. Sesi bimbingan boleh juga dilaksanakan secara dalam talian. Kolokium atau Perkongsian Amalan Terbaik Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional telah mula dilaksanakan oleh pihak IAB Utara sejak tahun 2005 lagi. Tujuan kolokium ini dilaksanakan ialah untuk memberi peluang bagi perkongsian dan perbincangan amalan-amalan terbaik serta isu-isu berkaitan Kepimpinan Instruksional. Kolokium ini bertujuan untuk membawa tranformasi sistem pendidikan melalui perubahan paradigma pemikiran dan cara bekerja pemimpin-pemimpin pendidikan, terutama di sekolah. Pendidikan masa kini menghadapi cabaran yang sangat besar akibat pandemik Covid 19 sejak dua tahun lalu. Pemimpin dan guru di sekolah terpaksa mentransformasikan cara PdP yang kebiasaannya dibuat secara bersemuka dengan melaksanakan PdPR iaitu melalui dalam talian. Oleh kerana kemahiran yang telah diperoleh dalam tempoh ini, pihak sekolah banyak melaksanakan aktiviti secara hibrid. Kolokium yang dilaksanakan ini boleh dibuat secara hibrid, bersemuka atau secara dalam talian sepenuhnya. Webinar Salah satu aktiviti yang ditambah sejak berlaku pandemik Covid 19 ialah siri webinar yang menyentuh pelbagai isu dan tajuk dalam Kepimpinan Instruksional. Pihak IAB menjemput beberapa orang tokoh yang berkaitan tajuk perbincangan untuk mengupas dan mencadangkan penyelesaian. Sesi soal jawab juga diadakan bertujuan memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin pendidikan untuk mendapat penjelasan atau huraian yang lebih terperinci mengenai sesuatu perkara yang menjadi perhatian mereka. Oleh itu, perkongsian begini akan memberi manfaat yang lebih luas kepada kumpulan sasaran yang lebih besar. Melalui siri webinar ini, peserta-peserta juga dapat menambah mata kredit mereka kerana ia didaftarkan dalam SPLKPM. DAPATAN DAN IMPLIKASI Hasil pelaksanaan aktiviti-aktiviti di atas, pemimpin-pemimpin pendidikan telah dapat memainkan peranan mereka dalam memimpin guru-guru serta murid-murid bagi memastikan PdP berjalan dengan lancar dan berkesan. Melalui latihan yang dapat dilaksanakan dalam


213 pelbagai bentuk atau kaedah, peserta atau pemimpin pendidikan telah mendapat celik akal melalui pengetahuan yang diperoleh serta kemahiran melalui tugasan atau projek. Bimbingan yang diberi boleh membantu peserta untuk membuat refleksi mengenai tindakan yang betul dan berkesan atau menjadi panduan serta peluang untuk penambahbaikan. Pemimpin pendidikan yang berupaya memainkan peranan mereka dengan berkesan, mampu membawa kejayaan kepada pihak sekolah melalui prestasi pencapaian dalam PdP yang meningkat atau cemerlang. Kebiasaannya pihak sekolah akan menetapkan KPI sebagai sasaran yang ingin dicapai setiap tahun dan usaha atau inisiatif diambil untuk mencapai KPI tersebut. Sebahagian daripada kejayaan ini berpunca daripada peranan atau tindakan yang diambil oleh pemimpin pendidikan tersebut. Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diperoleh oleh pemimpin menjadi langkah awal bagi memastikan mereka berupaya memimpin dengan berkesan. KESIMPULAN IAB berperanan untuk memastikan pemimpin pendidikan mendapat latihan dan bimbingan yang tepat dan berkesan supaya mereka dapat memberi impak kepada warga sekolah dalam meningkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Sekiranya pemimpin sedar tentang peranan dan usaha yang patut dilaksanakan oleh mereka, pelbagai aktiviti dapat diadakan dengan kesepakatan guru-guru untuk mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan. Tindakan-tindakan penambahbaikan secara berterusan juga boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah sekiranya ilmu dan kemahiran dapat dipraktikkan dengan konsisten serta sikap yang positif dapat diamalkan untuk mewujudkan suasana yang menyokong PdP. RUJUKAN Boyce, J. and Bowers, A.J. (2018), "Toward an evolving conceptualization of instructional leadership as leadership for learning: Meta-narrative review of 109 quantitative studies across 25 years", Journal of Educational Administration, Vol. 56 No. 2. https://doi.org/10.1108/JEA-06-2016-0064 Hattie, J. (2015). High impact leadership. Educational Leadership, 72(5), 38.IAB. (2022). Naratif Baharu Latihan IAB. Knight, J. (2009). Instructional Coaching. Coaching: Approaches and perspectives, 29-55 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur: KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: KPM. Teks Ucapan Perdana Menteri. (2021, Februari 19). MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia. Kuala Lumpur.


214 PERLAKSANAAN PROSES BIMBINGAN INSTRUKSIONAL PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SECARA DALAM TALIAN : SUATU PERKONGSIAN DR. ROSNAH@NINING BINTI SIDEK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH [email protected] ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang pembimbing instruksional (PI) bersama guru-guru yang dibimbing dalam suatu proses Bimbingan Instruksional (BI) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara dalam talian di sebuah sekolah rendah kurang murid (SKM), SK. Tuguson, dalam daerah Kota Belud, Sabah. Perintah Kawalan Pergerakan, PKP akibat pandemik Covid-19 menyebabkan perlaksanaan proses BI mengalami pelbagai cabaran. Perkongsian pengalaman diperolehi di antara pembimbing instruksional dengan guru-guru yang dibimbing. Dapatan kajian diperolehi melalui penelitian ke atas dokumen, perbincangan di mana semuanya dijalankan secara dalam talian. Perlaksanaan BI secara maya menggunakan pelbagai aplikasi seperti google classroom, google meet, whatsapp, telegram, telefon dan email. Kesemua proses BI adalah berdasarkan Model Impact Cycle oleh Jim Knight (2018). Melalui BI terdapat tiga peringkat iaitu Komponen 1 (Kenal pasti), 2 (Belajar) dan 3 (Meningkatkan). Melalui BI yang diberikan, didapati guru-guru yang dibimbing menunjukkan kefahaman yang meningkat tentang ‘Pentaksiran Sebagai Pembelajaran’ dalam bilik darjah. Perkongsian bersama juga dapat membantu guru memikirkan pelbagai strategi pengajaran dalam usaha untuk mencapai tahap penguasan murid mengikut standard prestasi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang lebih tinggi serta menangani murid yang mempunyai kepelbagaian pencapaian dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, aspek bimbingan dari pembimbing instruksional perlu ditingkatkan dari segi perkongsian strategi pengajaran yang lain, pemodelan pengajaran dan juga penyediaan senarai semak yang relevan untuk digunakan dalam bilik darjah semasa PdPR. Perbincangan berdailog dan BI yang berterusan antara pembimbing instruksional dan guru-guru yang dibimbing adalah elemen yang amat penting untuk menjayakan PBD di sekolah. Kata kunci : BI, PBD, PdPR, PKP dan SKM PENDAHULUAN Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan suatu pentaksiran holistik yang terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik ada dua komponen iaitu Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah (PS), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai dari hujung tahun 2016. Menurut Panduan Pelaksanaan PBD, Bahagian Pembangunan Kurikulum (2018), PBD mengekalkan semua konsep PS dan penentuan tahap penguasaan (TP) murid dalam setiap mata pelajaran. TP ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Pentaksiran alternatif yang menggantikan peperiksaan formal mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna. Penumpuan kepada penerapan kasih sayang, kegembiraan dan hormat-menghormati dapat membantu


215 guru dalam memantapkan pembangunan sahsiah murid di samping itu pembabitan ibu bapa dalam usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kurang tekanan di peringkat awal usia persekolahan. Pemansuhan Peperiksaan UPSR telah dikuatkuasakan pada awal tahun 2021. Manakala di peringkat sekolah menengah, pemansuhan peperiksaan PT3 berkuatkuasa pada awal tahun 2022. Rajah 1: Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran alternatif yang dilaksanakan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan seiring dengan pelaksanaan PBD yang berfokus kepada perkembangan dan kemenjadian murid secara holistik. BI perlu dilaksanakan di sekolah dengan kerjasama JPN di semua negeri bersama pensyarah-pensyarah IPG. Misi utama pembimbing instruksional (PI) ke sekolah adalah untuk memberikan bimbingan tentang PBD berdasarkan Kerangka Pelaksanaan Bimbingan Instruksional Berasaskan Sekolah IPGM kepada guruguru di sekolah yang berkaitan. PI merupakan rakan kongsi/rakan pembelajaran guru untuk membantu mereka meningkatkan PdP ke arah keberhasilan murid. PI menjalankan aktiviti secara hands-on dengan guru-guru yang dibimbing di sekolah yang juga dikenali sebagai Guru dibimbing (GD). GD dan PI bekerjasama atas prinsip partnership seperti yang disarankan oleh Knight (2018). Knight menyarankan pendekatan perkongsian ini adalah berlandaskan kepada lapan elemen yang penting, iaitu Kesaksamaan (Equality), Pilihan (Choice), Suara (Voice), Dialog, Refleksi, Praktikal (Praxis) dan Timbal balik (Reciprocity). Kolaborasi yang bersifat hands holding untuk Bimbingan Instruksional Berasaskan Sekolah bukan hanya melibatkan pensyarah-pensyarah IPG dengan pihak guru-guru di sekolah, malah juga SISC+ dari Pejabat Pendidikan Daerah dilibatkan bersama untuk menjayakan keseluruhan program ini.


216 Rajah 2: Prinsip Perkongsian (partnership) Keseluruhan proses Bimbingan Instruksional Berasaskan Sekolah yang dipraktikkan adalah bertunjangkan kepada Kitaran Bimbingan Instruksional oleh Jim Knight yang digelar sebagai The Impact Cycle. Rajah 3 menunjukkan satu kitaran Bimbingan Instruksional yang terdiri daripada 3 komponen, iaitu Komponen 1 (Identify/ Kenal pasti). Komponen 2 (Learn/ Belajar) dan Komponen 3 (Improve/ Meningkatkan). Untuk pelaksanaan ketiga-tiga komponen, PI merupakan rakan kongsi/rakan pembelajaran guru dalam membantu mereka meningkatkan PdP supaya murid menjadi lebih jelas. Untuk melakukan ini, PI akan bekerjasama dengan GD untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang realiti semasa, mengenal pasti matlamat, memilih strategi PdP untuk memenuhi matlamat, memantau kemajuan dan menyelesaikan masalah sehingga matlamat dipenuhi. Rajah 3: Model The Impact Cycle Jim Knight (2017) PERNYATAAN MASALAH Keseluruhan proses BI untuk Perlaksanaan PBD di sekolah telah dikendalikan oleh pengkaji secara dalam talian bermula dari bulan Ogos 2021 sehinggalah akhir Oktober 2021. Pelbagai cabaran dihadapi semasa perlaksanaan bimbingan dalam talian. Kekangan alatan dan capaian internet sangat mengesankan proses bimbingan. Keseluruhan pengalaman BI berasaskan sekolah dari perspektif seorang guru dan PI. Sebagai seorang PI, pengkaji


217 seharusnya menguasai amalan berdailog yang lebih berkesan supaya keseluruhan proses bimbingan dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. PI menggunakan kecerdasan emosi untuk membina kepercayaan dan hubungan dengan GD. Menurut Knight (2019), PI harus mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pengamalan pengajaran dan dapat memberi lebih banyak cadangan kepada guru-guru untuk membantu rakan kongsi mereka mencapai kehendak murid-murid yang berbeza. PI seharusnya berfikir apakah cara yang terbaik untuk membantu GD. Proses BI bersifat individualistik, unik dan dibentuk bersama antara pembimbing dan guru-guru yang terlibat. Maka bimbingan instruksional akan menjadi lebih berjaya sekiranya terdapat komitmen ikhlas sepenuhnya PI bersama GD demi untuk memanfaatkan kualiti pembelajaran murid-murid. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk menggambarkan perkongsian pengalaman proses bimbingan instruksional berasaskan sekolah yang telah dikendalikan oleh pengkaji bersama dengan guru-guru dibimbing secara dalam talian di SK Tuguson iaitu sbuah sekolah rendah kategori SKM dalam daerah Kota Belud, Sabah. PERSOALAN KAJIAN Soalan kajian di sini ialah pengkaji ingin melihat sejauhmana keberkesanan BI yang dilaksanakan secara dalam talian meningkatkan kefahaman dan kejelasan guru dalam melaksanakan PBD di sekolah. Seterusnya adakah proses pengalaman bimbingan instruksional berasaskan sekolah yang telah dilalui oleh pengkaji bersama dengan guru dibimbing dapat memberikan kesedaran dan pembelajaran bermakna. KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini penting dalam perkongsian maklumat kepada pembimbing instruksional yang lain untuk sama-sama melihat kepada proses bimbingan yang berkesan dapat diberikan kepada guru-guru yang berbeza. Perkongsian pengalaman yang penting ini dapat memanfaatkan perlaksanaan Bimbingan Instruksional untuk Perlaksanaan PBD supaya ia dapat dilaksanakan dengan dengan jayanya di seluruh negara seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


218 LIMITASI KAJIAN Kajian ini terbatas kepada pengalaman situasi yang dialami oleh pengkaji bersama guru dibimbing dalam proses bimbingan instruksional berasaskan sebuah sekolah kategori SKM yang dikaji sahaja. Kaedah inkuiri naratif yang digunakan dalam kajian ini dapat memberi satu gambaran pengalaman tentang pelaksanaan proses bimbingan instruksional PBD yang berlaku di sekolah. Rajah 4: Latar belakang SKM, SK. Tuguson, Kota Belud, Sabah METODOLOGI/ STRATEGI PELAKSANAAN Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang berbentuk inkuiri naratif. Creswell (2013) menyatakan pengkaji naratif mengumpulkan data melalui penceritaan pengalaman dari individu (termasuk dokumen), melaporkan pengalaman individu dan meletakkan pengalaman-pengalaman tersebut secara kronologi. Penceritaan yang diperoleh dari pengalaman individu boleh membawa kepada maklumat baru terhadap identiti individu tersebut dan juga mempengaruhi bagaimana individu tersebut melihat terhadap diri mereka sendiri. Pendekatan inkuiri naratif ini membolehkan peserta kajian memahami tentang isu atau masalah yang dihadapi dan melibatkan diri secara langsung dalam mendapatkan maklumat yang ingin diperoleh. Kajian kualitatif inkuiri naratif ini berfokus kepada pengalaman yang dilalui oleh seorang PI dan GD adalah berasaskan kepada falsafah yang dikemukakan dalam teori John Dewey. Sikandar (2015) dalam kajian beliau telah menyatakan penyumbangan teori Dewey terhadap pendidikan moden yang berasaskan pendidikan progresif. Kefahaman dan pandangan falsafah Dewey mengenai pendidikan telah meletakkan beliau dalam


219 falsafah pendidikan pragmatisme. Ahli-ahli pragmatis berkeyakinan bahawa pendidikan dan pembelajaran seharusnya berlaku melalui pengalaman sebenar murid-murid. Murid-murid perlu mengadaptasi kepada persekitaran mereka demi untuk belajar. Pengalaman yang dilalui oleh guru dan murid menyumbang kepada pembelajaran yang begitu bermakna untuk kedua-dua pihak. Pengkaji telah menggunakan falsafah teori Dewey untuk memperlihatkan pengalaman dan pembelajaran yang dilalui oleh PI dan GD sebagai satu penerokaan pengalaman yang bermakna yang dilalui bersama. Pengalaman melaksanakan BI secara dalam talian dan PdPR. Menurut Creswell (2013), kajian inkuiri naratif bermula dari pengalaman individu yang diceritakan dalam situasi sebenar. Kajian naratif ini juga merupakan jenis oral history yang mengandungi pengumpulan cerita atau peristiwa melalui refleksi personal yang dikaitkan kepada sebab dan akibat dari seorang individu atau beberapa individu. Peserta Kajian Responden kajian ini merupakan satu persampelan bertujuan kerana pengkaji telah ditugaskan untuk menjalani Bimbingan instruksional berasaskan sekolah untuk PBD di sekolah yang ditentukan iaitu sekolah SKM, SK. Tuguson, Kota Belud. Selain daripada pengkaji sendiri, sampel kajian juga terdiri daripada kesemua guru sekolah berkenaan iaitu seramai 12 orang yang telah dikenal pasti oleh Guru Besar sekolah untuk dibimbing oleh PI. Rajah 5: Tapak Google Classroom untuk Bimbingan Instruksional PBD dalam Talian Pengumpulan Data Data dikumpul melalui perjumpaan secara dalam talian dalam sesi bimbingan instruksional yang telah dittapkan dalam jadual bimbingan. Pengumpulan data melalui pelbagai jenis maklumat telah dilaksanakan oleh pengkaji. Bermula dengan pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji melalui catatan nota lapangan, gambar-gambar yang diambil semasa pemerhatian dalam proses bimbingan, rakaman perbualan dan perbincangan berdailog antara GD dengan pengkaji dan laporan lawatan yang dituliskan oleh pengkaji pada setiap kali perjumpaan dalam talian semasa proses bimbingan. Semua yang dibincangkan didokumentasikan oleh pengkaji dalam setiap perjumpaan dan bimbingan secara dalam


220 talian dengan sekolah tersebut. Selain daripada perbincangan berdailog, dokumen sokongan seperti DSKP (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran), RPH (Rancangan Pengajaran Harian), Kmr pelbagai jenis pentaksiran untuk murid-murid seperti penilaian rakan sebaya, penilaian kendiri juga dirujuk. Jadual 1 Jadual Bimbingan PBD (Google Classroom Delima, KPM) Bil Tarikh (setiap hari Khamis 8.00 pagi – 11.00 pagi) Catatan 1 9 Ogos 2021 : Taklimat 1 (Ppd Kb) 2.00-5.00 pm 2 19 Ogos 2021 : Sesi Pembukaan & Suai Kenal 3 26 Ogos 2021 : Sesi Perbincangan 1 4 2 Sept 2021 : Sesi Bimbingan 2 5 9 Sept 2021 : Sesi Bimbingan 3 6 16 Sept 2021 : Sesi Bimbingan 4 7 23 Sept 2021 : Sesi Bimbingan 5 8 30 Sept 2021 : Sesi Bimbingan 6 & Penutupan 9 28 Okt. 2021 : Mini Kolokium Ppd Kota Belud 8.30am - 5.00pm 10 Tamat Bimbingan Instruksional - Isi SPLKPM Proses bimbingan instruksional Proses bimbingan instruksional Model Impact Cycle yang juga dikenali sebagai Kitaran Bimbingan Instruksional seperti di Rajah 3. Terdiri daripada tiga komponen iaitu; Komponen 1: Kenal pasti Menurut Knight (2018), terdapat tiga perkara yang perlu diketengahkan dalam komponen kenal pasti, iaitu realiti semasa, matlamat dan strategi pengajaran. Untuk sesi perjumpaan pertama, pengkaji selaku PI berdailog dengan guru untuk mendapatkan gambaran jelas tentang realiti semasa, mengenal pasti matlamat, memilih strategi PdPR untuk memenuhi matlamat, memantau kemajuan dan menyelesaikan masalah sehingga matlamat dipenuhi. Sesi dailog bermula dengan perbincangan topik-topik bagi subjek yang dipilih dengan merujuk kepada Standard Kandungan , Standard Pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Perbincangan merungkai standard berdasarkan Backward Design telah dibincangkan bersama-sama dengan merujuk kepada templet KMR. Aktiviti yang dicadangkan oleh GD adalah menggunakan strategi berpusatkan murid dan bahan. Matlamat yang ingin dicapai oleh guru adalah murid-murid dapat mencapai Standard Prestasi tertentu, iaitu muridmurid dapat menyelesaikan masalah harian rutin melibatkan ukuran dan sukatan (contoh) dengan


221 pelbagai strategi. Perbualan selanjutnya mengenai isu realiti semasa dengan guru-guru yang berpengalaman, PI mendapati bahawa bukan semua murid mampu melakukan operasi berkenaan secara individu. Strategi yang dirancang tidak melibatkan penggabungan murid-murid pelbagai pencapaian dalam kumpulan dan sememangnya murid lemah tidak dapat menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. Kekangan berlaku iaitu kesuntukan masa untuk menghabiskan sukatan pengajaran beliau. Pentaksiran formatif yang diberikan lebih menumpu kepada lembaran kerja yang diberikan. PI juga berdailog dengan guru untuk mencapai matlamat berdasarkan konsep PEERS (Powerful, Easy, Emotionally Compelling, Reachable and Student-focused) seperti dicadangkan oleh Knight (2018). PI bertanyakan guru tentang strategi pengajaran yang berpusatkan murid yang lebih sesuai yang boleh dirancangkan. Guru diminta untuk berfikir tentang strategi yang dapat melibatkan lebih ramai murid pelbagai pencapaian melalui penglibatan rakan sebaya. Pentaksiran sebagai pembelajaran yang melibatkan penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri juga dikongsikan bersama PI dengan guru supaya masalah guru dapat diselesaikan dan matlamat pengajaran dapat dicapai. PI mencuba untuk membawakan elemen PEERS semasa dailog bersama-sama tentang matlamat dan strategi yang ingin diaplikasikan oleh GD dan mengambil semua hasil perkongsian dailog bersama untuk di pertimbangkan dan menggunakan budi bicara profesional beliau untuk menghasilkan pengalaman terbaik (best practices) di dalam bilik darjah. Rajah 6: Perlaksanaan Bimbingan Instruksional pentaksiran bilik darjah (PBD) Komponen 2: Belajar Sesi perjumpaan seterusnya, guru berbincang dengan PI, pengajaran yang telah dilaksanakan oleh beliau seperti yang telah dibincangkan. GD telah menunjukkan RPH yang disediakan dan juga segala kerja latihan yang telah beliau laksanakan bersama murid-muridnya. Kerja kumpulan yang melibatkan penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri juga dikendalikan oleh guru. Hasil daripada penilaian formatif yang dilakukan menunjukkan semua murid-muridnya dapat mencapai hasil pembelajaran yang telah dirancangkan oleh beliau. Penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri yang dilaksanakan oleh murid-murid menunjukkan mereka dapat membuat refleksi dan menilai perkembangan pembelajaran


222 masing-masing. Pentaksiran sebagai pembelajaran yang telah dilakukan oleh GD telah membolehkan murid menunjukkan mereka memahami tujuan mereka belajar dan menyedari apa yang mereka patut lakukan. GD telah menyatakan murid-murid telah menunjukkan mereka dapat mencapai standard prestasi tahap penguasaan 5, iaitu menyelesaikan masalah harian rutin melibatkan ukuran dan sukatan dengan pelbagai strategi. Perkongsian dialog seterusnya antara PI dan GD menuju ke arah untuk meningkatkan tahap penguasaan standard prestasi murid-murid dari 5 ke 6 , iaitu menyelesaikan masalah harian bukan rutin melibatkan ukuran secara kreatif dan inovatif. Banyak cadangan idea yang dikongsikan oleh PI dan SISC+ yang mengaitkan penglibatan murid dalam pembelajaran kontekstual yang lebih bersifat ‘hands-on, minds-on’. Teknik main peranan yang melibatkan small project big impact juga dikongsikan bersama dengan GD untuk memberikan gambaran yang lebih menyeluruh kepada beliau. Dengan perkongsian idea melalui dialog bersama, guru bersetuju untuk mencuba idea-idea baharu supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan PBD dapat dimantapkan lagi. GD seterusnya mengambil semua hasil perkongsian dailog bersama dan menggunakan budi bicara profesional beliau untuk menghasilkan best practices yang seterusnya. Komponen 3: Meningkatkan Dalam sesi dialog bersama gguru-guru yang dibimbing, banyak perkara yang telah dikongsikan bersama. PI telah mengemukakan beberapa soalan seperti i. Pelaksanaan pengajaran apakah yang berjaya? ii. Apakah yang anda telah belajar? iii. Apakah kekangan yang dihadapi apabila melaksanakan pengajaran dan pembelajaran? iv. Apakah yang nampak dalam pelaksanaan PdPR menunjukkan strategi anda telah berjaya? v. Apakah kemajuan yang anda telah lakukan untuk memastikan matlamat anda tercapai, dan vi. Bahagian manakah dalam PdPR yang anda rasa ‘mengagumkan’ anda? GD memberikan refleksi yang menyatakan aktiviti yang dijalankan berjaya mencapai hasil pembelajaran yang telah dirancang. Beliau juga menyatakan pentaksiran berkumpulan yang melibatkan penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri tidak sesuai untuk mengambil kira perbezaan individu dari segi pencapaian mereka semasa PdPR. Aktiviti ‘sorting blok Lego’ amat berkait dengan kehidupan harian pelajar yang sememangnya murid selalu bermain dengan blok untuk tajuk Dimensi. GD merasakan aktiviti yang melibatkan penilaian kendiri dan rakan sebaya adalah aktiviti yang ‘mengagumkan’ kerana murid-murid melakukan penilaian kendiri dengan jujur dan ikhlas. Selepas perbincangan refleksi bersama GD, PI juga melontarkan beberapa soalan untuk difikirkan oleh guru untuk pengajaran beliau yang seterusnya. Antara soalan yang ditujukan termasuk ; i. Adakah anda akan kekalkan strategi pengajaran yang telah anda gunakan? ii. Adakah anda ingin menukar ke strategi yang baharu?


223 iii. Adakah anda ingin menukarkan halatuju anda? GD sendiri menyatakan kepuasan hati dengan pencapaian matlamat pengajaran pada hari tersebut dan beliau menyatakan beliau akan terus dengan pentaksiran sebagai pembelajaran yang beliau sendiri berpendapat sangat berkesan digunakan dalam bilik darjah untuk murid-murid yang pelbagai pencapaian. Kerja kumpulan dan aktiviti yang dikaitkan dengan pengalaman sebenar murid-murid sememangnya dapat menarik perhatian dan meningkatkan pemahaman murid terhadap topik yang diajar pada hari tersebut. Rajah 7: Pembentangan hasil Bimbingan Instruksional DAPATAN DAN IPERBINCANGAN Analisis Data Melalui pengalaman yang dilalui oleh pengkaji dalam Kitaran Bimbingan Instruksional di Komponen 1, 2 dan 3, tema-tema penting telah dijelmakan. Tema yang pertama ialah perbincangan berdialog antara GD dan pengkaji merupakan satu titik permulaan dan elemen yang amat penting untuk mendapatkan realiti semasa dalam bilik darjah. Banyak isu dan masalah dalam kelas dapat diperoleh melalui perbincangan berdialog dua hala yang dilaksanakan. Proses perbincangan berdialog dapat mengurangkan kekeliruan isu-isu seperti merungkai DSKP, pelaksanaan jenis-jenis pentaksiran yang sesuai dan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai yang boleh dilaksanakan dalam bilik darjah. Tema seterusnya ialah proses bimbingan yang berterusan oleh pengkaji dengan GD memanfaatkan kedua-dua pihak. Melalui pengalaman pengkaji dan juga pengalaman GD yang dikongsikan bersama telah membuahkan banyak cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, kreatif terutamanya dalam jenis pentaksiran formatif yang pelbagai untuk mencapai tahap penguasaan standard prestasi murid yang lebih tinggi.


224 Perbincangan dan Implikasi Berdasarkan tema-tema yang dijelmakan daripada analisis data, dapatan dibincangkan berdasarkan tema dan komponen-komponen Impact Cycle yang dilalui oleh pengkaji bersama GD. Menurut Knight (2018), untuk mendapatkan realiti semasa yang sebenar dalam situasi bilik darjah di komponen 1, PI seharusnya berkongsi dengan GD kefahaman tentang keadaaan sebenar melalui tiga strategi yang berbeza iaitu (a) rakaman video (b) belajar melalui murid (c) pengumpulan data melalui pemerhatian. Namun demikian, PI hanya mendapat data tentang realiti semasa melalui perbualan secara langsung dengan GD sahaja. Pengumpulan data terus daripada murid-murid dan pemerhatian di dalam bilik darjah tidak dilakukan oleh PI. Kutipan data mengenai realiti semasa secara langsung dari guru berkemungkinan tidak menyeluruh dan tidak dapat menunjukkan gambaran sebenar yang berlaku. Banyak maklumat yang penting tidak diperolehi kerana proses PdP tidak bersemuka. Pengumpulan maklumat yang lebih terperinci dan tepat boleh dikumpul sekiranya salah satu strategi yang disyorkan oleh Knight (2018) digunakan. Senarai semak yang diberikan dalam Pasukan Panel Modul Bimbingan Instruksional PBD (2019) juga seharusnya digunakan oleh PI untuk membantu dalam mendapatkan maklumat realiti semasa yang lebih menyeluruh. Rajah 8: Hasil-hasil kerja murid dengan bimbingan guru Pengalaman dari PI dan GD menunjukkan kekuatan berdailog bersama antara GD dan PI mengenai PBD dan pelan pembelajaran banyak dikongsikan bersama melalui ‘think, pair, share.’ PI banyak menggunakan kemahiran mendengar dan kemahiran bertanya soalan untuk


225 mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh diperoleh dari GD dalam komponen 1,2 dan 3. Percambahan idea semasa berinteraksi dengan guru membuahkan idea dan mencetuskan pemikiran guru untuk berfikir cara yang terbaik untuk best practices dalam mencapai matlamat pengajaran pada hari itu. Walau bagaimanapun, proses merungkai standard juga boleh ditambahbaik sekiranya GD dapat mengemukakan soalan-soalan yang lebih spesifik untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan juga Big idea dan soalan-soalan penting yang berkaitan dengan topik yang ingin diajar mengikut DSKP. Borang Panduan Merungkai Standard dikongsikan antara PI bersama dengan guru. Dalam proses perkongsian pengalaman tentang PBD yang dijalankan oleh GD, PI telah meneliti lembaran kerja yang diberikan oleh GD. Banyak isu yang dibincangkan dan GD menunjukkan minat dan keinginan untuk mencuba pentaksiran sebagai pembelajaran iaitu penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri untuk membaiki pentaksiran yang telah beliau jalankan sebelum ini. Sesi perkongsian ilmu bagaimana untuk menyediakan senarai semak untuk pentaksiran rakan sebaya dan pentaksiran kendiri telah berlaku antara guru dan PI. Ini telah meningkatkan keyakinan GD dalam melaksanakan pentaksiran tersebut di dalam bilik darjah. GD juga secara suka rela berkongsikan pengajaran beliau dengan PI, PK dan SISC+. Namun, pengajaran yang dilakukan hanya diperhatikan secara langsung oleh pihak yang terlibat dan tidak dirakamkan untuk perbincangan lanjutan yang boleh membantu dalam meningkatkan kualiti bimbingan supaya menjadi lebih menyeluruh dan mantap. Perbincangan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran ‘small project big impact’ sempat dikongsikan bersama oleh PI dan SISC+. Namun, aktiviti strategi pembelajaran lain seperti bercerita, main peranan, kuiz dan permainan boleh dibincangkan PI bersama GD. Menurut Knight (2018), terdapat empat langkah penting yang harus diikuti dalam komponen 3, iaitu Meningkat. Langkah-langkah tersebut termasuklah Mengesahkan Hala tuju, menyemak Kermajuan, Merancang Peningkatan/ Penambahbaikan dan Merancang Tindakan seterusnya. Dalam setiap langkah, PI seharusnya menanyakan soalan-soalan terbuka untuk GD berfikir bersama PI. Berpandukan kepada soalan-soalan yang diberikan, PI ada menujukan beberapa soalansoalan seperti yang telah dinyatakan kepada GD, soalan-soalan yang ditujukan adalah seperti yang disyorkan. Perkongsian ilmu dalam penyediaan senarai semak untuk GD mengenai strategi pengajaran lain yang boleh dilaksanakan juga dibincangkan bersama. Senarai semak perlu untuk panduan dalam proses BI. KESIMPULAN Pengalaman yang dilalui oleh PI dan GD dalam bimbingan instruksional secara dalam talian telah memberikan satu input pembelajaran yang bermakna untuk kedua-dua pihak. Proses pengalaman yang dilalui dalam proses bimbingan instruksional memberi banyak ruang untuk


226 PI dan GD membuat refleksi yang mendalam tentang keseluruhan proses tersebut. Banyak perkara yang direfleksikan dapat membantu proses metakognitif kedua-dua pihak untuk meningkatkan kualiti PdP dalam bilik darjah. Seterusnya, Peranan Pembimbing Instruksional (PI) adalah untuk; 1. Membimbing guru mengenal pasti realiti semasa berdasarkan The Big Four iaitu melalui; 1.1 Perancangan Kandungan - Apa yang kita mahu pelajar tahu dan boleh buat? ; 1.2 Penyampaian (pengajaran) - Bagaimana strategi penyampaian pengajaran guru? ;1.3 Pentaksiran Formatif - Bagaimana guru dapat tahu pelajar telah menguasai hasrat pembelajaran dan 1.4 Pembangunan komuniti (tingkahlaku) - Suasana pembelajaran yang positif, kawalan kelas. Seterusnya, 2. Membimbing guru untuk merungkai kurikulum bagi menetapkan matlamat PEERS. Pembimbing instruksional bimbing guru yang dibimbing menentukan MATLAMAT bercirikan PEERS. Dimana Contoh matlamat bercirikan PEERS adalah seperti berikut; 2.1 POWERFUL (Bermakna) –95% Pelajar dapat memahami konsep Larutan cecair dan dikaitkan dengan kehidupan seharian 2.2 EASY (Mudah) – Matlamat mudah dan boleh dicapai ; 2.3 EMOTIONALLY COMPELLING (Keterikatan emosi)- amat bermakna kepada guru apabila murid dapat mengkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan; 2.4 REACHABLE (Boleh Diukur) – Matlamat boleh diukur - 95% murid dapat mencadangkan kegunaan konsep larutan cecair dengan kehidupan harian ; dan 2.5 STUDENT FOCUS (Berfokus kepada murid) – Matlamat hendaklah berfokus kepada perubahan/ impak kepada murid. Murid dapat melaksanakan eksperimen sendiri di rumah. Hasrat Pembelajaran adalah untuk memantapkan amalan Bimbingan Instruksional yang berkesan. Pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan kepada pelajar. Ini dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta fizikal pelajar. Pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati topik pengajaran yang diajar, meningkat kemahiran dalam aspek kognitif dan manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani. Objektif utama adalah untuk mencapai ke arah matlamat yang telah ditetapkan.


227 RUJUKAN Creswell, J.W. (2013). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches. USA: SAGE Publication, Inc. Johnson, K.G. (2016). Instructional coaching implementation: Consideration for K-12 administrators. The Journal of School Administration Research and Development, 1(2), 37- 40. Knight, J. (2018). The impact cycle: What instructional coaches should do to foster powerful improvements in teaching. CA USA Corwin:Thousand Oaks. Knight. J. (2019). Instructional coaching for implementing visible learning: A model for translating reserach into practice. Education Sciences, 9(101), 1-16. Milton, J.R. (2019). Exploring how Instructional Coaching influenced teachers’ perception of Assessment, Data use and Literacy practices: A case study of an urban elementary school (Unpublished doctoral dissertation). University of North Carolina. Pasukan Panel Modul Bimbingan Instruksional (PBD). (2019). Kementerian Pendidikan Malaysia. Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. (2018). Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Plummer, K. (1983). Documents of life: An introduction to the problems and literature of a humanistic method. London: George Allen & Unwin. Sikandar, A. (2015). John Dewey and his philosophy of education. Journal of Education and Educational Development, 2(2), 191-201. Zanariah Mutalib. (2018, Nov 5). Pentaksiran tahap satu mulai 2019 mantap sahsiah murid. Berita Harian.


228 AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KEJURULATIHAN TERHADAP KECEMERLANGAN SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL ZULYADI ZAKARIA SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL [email protected] SALMY EDAWATI YAACOB (CORRESPONDENT AUTHOR) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA [email protected] HUSZAIDI HUSSIN SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL [email protected] ABSTRAK Kepimpinan instruksional ialah gaya kepimpinan yang sering digunakan dalam pentadbiran dan pengurusan sesebuah sekolah yang bertujuan untuk mempengaruhi, memberi bimbingan dan dorongan kepada guru dan murid ke arah kecemerlangan sekolah. Kepelbagaian latar belakang keluarga, agama dan bangsa menjadi cabaran utama kepada jurulatih dan pihak pengurusan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) untuk memacu kecemerlangan atlet murid dalam bidang sukan. Justeru, tujuan penulisan kertas ini adalah untuk berkongsi pelaksanaan amalan terbaik yang telah dilaksanakan di SSBJ dalam aspek; i. Pemantauan dan penilaian prestasi jurulatih dan atlet murid; ii. Penghasilan jurulatih yang berkaliber dan cemerlang dalam bidang sukan iii. Penerapan elemen 3R di kalangan jurulatih dan; iv. Pemantapan elemen kerohanian di kalangan atlet murid. Pelaksanaan amalan terbaik ini dilakukan berdasarkan beberapa strategi antaranya ialah melalui dokumentasi berpusat, penerapan konsep malim/kepimpinan melalui teladan, memperkasakan bidang kejurulatihan sukan, pemantapan program pembangunan sukan, konsep pengantarabangsaan dengan pusat kecemerlangan sukan dari luar negara dan pemantapan kendiri di kalangan atlet murid. Kertas ini menghasilkan 4 aspek amalan terbaik dengan beberapa program pelaksanaan antaranya ialah; sistem pendokumentasian yang standard dan tersusun, pembentangan program latihan tahunan, program pementoran kejurulatihan, bengkel jurulatih cemerlang, klinik kemahiran sukan spesifik, pembangunan modul latihan sukan, program sangkutan sukan antarabangsa dan program berteraskan kerohanian. Implikasi pelaksanaan ini dapat mengoptimalkan kemenjadian atlet murid, memantapkan profesyen kejurulatihan dan menghasilkan atlet murid yang berprinsip dan mempunyai nilai jati diri yang utuh. Pencapaian ini bertepatan dengan Gelombang ke 3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia sekaligus memacu kepada penghasilan pendidikan SEJAHTERA. Kata Kunci; kepimpinan intruksional, sekolah sukan, kejurulatihan, atlet murid PENGENALAN Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ialah program sekolah sukan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bermatlamat untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang sukan seterusnya mengasah bakat mereka ke arah kecemerlangan. Tenaga pengajarnya terdiri dari kalangan jurulatih yang berkelayakan serta guru-guru akademik yang berdedikasi. Melalui pengawasan yang lebih tersusun dan cekap, peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbangkan dan disepadukan. KPM telah memberi penekanan terhadap peranan sukan dan aktiviti kokurikulum bagi melahirkan atlet


229 murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sekolah sukan ini mirip kepada Sekolah Berasrama Penuh dengan memberi tumpuan kepada konsep berikut: i. Pembangunan atlet murid bertaraf dunia, ii. Penggunaan tenaga jurulatih profesional, iii. Pengkhususan Sains Sukan merentasi kurikulum dan iv. Penekanan sukan sebagai kerjaya. Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan merupakan Sekolah Sukan Malaysia yang pertama. Visi utamanya adalah ‘SSBJ Menjana Atlet Bertaraf Dunia’. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) telah digubal bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian transformasi sistem pendidikan dan antara matlamat utamanya adalah untuk memastikan setiap sekolah diterajui oleh pemimpin yang berprestasi tinggi. Seorang pemimpin sekolah harus bijak dan bersedia melaksanakan peranan utama mereka sebagai pemimpin instruksional di sekolah tanpa dibebani dengan tugasan pentadbiran yang terlampau banyak. Peranan kepimpinan instruksional dilihat realistik dan mampu menjadi indikator penentu kepada kecemerlangan pendidikan yang dihasratkan. Kepemimpinan Instruksional ditakrifkan oleh Hallinger & Murphy (1985) sebagai semua tingkah laku guru besar yang dilaksanakan dengan tujuan untuk memajukan dan meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran (PdPc) di sekolah yang melibatkan guru, murid dan ibu bapa. Kajian yang terdahulu membuktikan bahawa elemen terpenting yang menentukan sama ada pemimpin sesebuah sekolah itu boleh dikategorikan sebagai efektif atau tidak adalah melalui kemampuan untuk melaksanakan tugas sebagai pemimpin instruksional (Hallinger, 2015; Haris, et.al, 2018; Ahmad, 2019 & Rahman, 2021). Dalam abad ke 21 ini, pemimpin instruksional perlu mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang berterusan dengan menggalakkan guru meneroka, bertanya dan berbincang tentang amalan pengajaran yang terbaik bagi menjamin kecemerlangan murid dan sekolah. Model kepemimpinan instruksional Alig-Mielcarek (2003) menjelaskan bahawa seorang pemimpin perlu mengenal pasti dan menyebar matlamat bersama-sama, mengawal dan memberi maklum balas terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan pembangunan profesional sekolah secara meluas. Dalam dimensi ini, pembentukan visi dan misi ialah asas kepada pembentukan matlamat bersama-sama dan menjalin segala usaha di sekolah. Penetapan visi dan misi sekolah merupakan tanggungjawab pengetua untuk mencapai matlamat sekolah tersebut. Perkongsian visi dan misi sekolah dengan kerap, baik secara rasmi dan tidak rasmi kepada ibu bapa dan masyarakat setempat membolehkan visi dan misi ini difahami dan dihayati dan dicapai sepenuhnya. Seorang pemimpin dikehendaki


230 bekerjasama secara kolaboratif dengan staf untuk mengenal pasti dan menjelaskan matlamat sekolah. Matlamat ini dijadikan panduan untuk membuat keputusan organisasi, menentukan amalan pengajaran, pembelian bahan kurikulum, dan membina sasaran untuk peningkatan akademik mahupun prestasi organisasi secara keseluruhan. Justeru itu, bagi memperkasa dan merealisasikan agenda SSM, kepemimpinan instruksional kejurulatihan perlu diberi penekanan agar SSM terutamanya SSBJ dapat mengekalkan halatuju dan natijah penghasilan kemenjadian atlet murid di peringkat kebangsaan dan cemerlang di peringkat antarabangsa. Menurut kajian Hashim dan Shahrin (2018) mengenai sekolah dan keberkesanan kepemimpinan, organisasi sekolah yang lebih kompleks memerlukan perubahan dalam amalan dan kemampuan menyesuaikan diri dari sudut kepemimpinan. Perubahan dalam pendidikan sebagai tindak balas terhadap masalah, perubahan dalam dasar, dan kehendak masyarakat. Pengetua dan jurulatih harus bersedia menghadapi perubahan dalam pendidikan dengan penemuan yang mampu mencetus dan menggerakkan organisasi untuk terus hidup, berkembang, dan terus maju (Ibrahim & Hamzah, 2012). Maka sewajarnya amalan terbaik kepimpinan intruksional di SSBJ dikongsi sebagai panduan sekolah-sekolah sukan yang lain. Maka, penulisan ini bermatlamatkan untuk berkongsi amalan terbaik berasaskan kepimpinan instruksional yang berlaku di SSBJ bagi memacu kecemerlangan pencapaian atlet murid di bidang sukan. PERNYATAAN MASALAH Di Malaysia, terdapat hanya 5 buah SSM iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT), Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) dan Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS). Keunikan SSM ini adalah penekanan kepada pencapaian sukan tanpa mengabaikan bidang akademik. Maka tidak hairanlah apabila SSM ini sering berhadapan dengan cabaran pengurusan dan pentadbiran kerana ia menjadi sekolah yang ‘tidak sama’ dengan pengurusan sekolah biasa. Bidang kejurulatihan merupakan satu bidang yang kompleks dan mencabar dan merupakan bidang baru dalam struktur pentadbiran di bawah KPM. KPM juga telah memperkenalkan jawatan khusus dalam kejurulatihan iaitu jawatan ‘Jurulatih Sepenuh Masa’. Jawatan ini telah diwujudkan bermula tahun 2005 dan hanya menjalankan tugas sebagai jurulatih tanpa perlu mengajar subjek mata pelajaran di bilik darjah. Oleh itu jurulatih sukan perlu meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dari masa ke semasa agar lebih berkemampuan dan berkompetensi semasa melaksanakan tugas (Desa & Salamuddin, 2022). Maka, tidak hairanlah apabila timbul masalah pendokumentasian penfailan di kalangan jurulatih di SSBJ


231 yang tidak seragam dan kurang tersusun. Rentetan itu, pemantauan dan penilaian menjadi sukar dilaksanakan di pihak pentadbiran. Pada awal penubuhan SSBJ, kemenjadian atlet murid agak terserlah namun, sejak kebelakangan ini wujud persaingan dari SSM yang lain dan sekolah sukan negeri. Keadaan ini menyebabkan berlakunya persaingan pengambilan atlet murid yang berpotensi. Bagi memastikan SSBJ kekal sebagai pusat kecemerlangan sukan yang terbaik maka, setiap jurulatih SSBJ perlu meningkatkan tahap profesyen kejurulatihan supaya menjadi jurulatih yang terbaik dalam bidang sukan masing-masing. Justeru itu, pembudayaan kecemerlangan di kalangan jurulatih perlu diamal dan dipraktis sepanjang masa kerana mereka merupakan model atau contoh kepada sekolah-sekolah sukan yang lain. Maka, program-program pemantapan bidang kejurulatihan sukan perlu diperkasakan di SSBJ dari masa ke semasa. Agenda utama penubuhan SSBJ ialah mewujudkan sistem pendidikan yang memberi penekanan kepada bidang akademik dan bidang sukan secara seiring. Di samping itu, SSBJ juga merupakan salah sebuah institusi yang menjalankan program pembangunan sukan di peringkat sekolah. Maka tidak hairanlah apabila SSBJ dilihat sebagai sebuah institusi terbaik dalam menjalankan program pembangunan sukan dan menjadi rujukan kepada sekolahsekolah sukan yang lain. Namun, SSBJ masih lagi perlu memperkemaskan beberapa aspek berkaitan bidang kejurulatihan seperti modul latihan sukan, bahan rujukan atau penulisan ilmiah, program pembangunan sukan dan indikator melahirkan atlet berpengetahuan dalam bidang yang diceburi (thinking athlete). Oleh itu, keperluan penerapan elemen 3R iaitu Relevant, Referred, Respected di kalangan jurulatih adalah amat perlu bagi meletakkan SSBJ sebagai pusat kecemerlangan pembangunan sukan yang terbaik di Malaysia. Kemenjadian atlet murid adalah sangat berbeza. Semangat juang dan nilai patriotisme adalah perkara yang perlu ada dalam diri murid yang bergelar atlet. Faktor yang mempengaruhi prestasi sukan semasa bertanding bukan sahaja terletak kepada kekuatan fizikal dan taktikal permainan semata-mata tetapi juga dipengaruhi oleh kekuatan rohani. Memang tidak dinafikan dalam pertandingan sukan, aspek psikologi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kecemerlangan pencapaian. Faktor psikologi dan tingkah laku termasuk; motif pencapaian, kecerdasan, aktualisasi diri, identiti, keagresifan, emosi, keyakinan diri, motivasi, semangat, rasa tanggungjawab, rasa sosial, keinginan untuk menang dan sebagainya (Effendi 2016). Penerapan konsep kerohanian dengan meletakkan pergantungan kepada Tuhan adalah proses dalam menguatkan jati diri atlet murid. Oleh yang demikian, perkara ini menjadi cabaran yang perlu diberi perhatian oleh para jurulatih dan para atlet murid yang terdiri daripada kepelbagaian latar belakang keluarga, agama dan bangsa.


232 Justeru, keperluan penerapan elemen kerohanian juga dilihat faktor penting bagi memacu ke arah kecemerlangan kemenjadian atlet murid di SSBJ. OBJEKTIF PELAKSANAAN Objektif penulisan ini adalah untuk berkongsi pelaksanaan; i. Amalan terbaik dalam pemantauan dan penilaian prestasi jurulatih dan atlet murid. ii. Amalan terbaik dalam menghasilkan jurulatih yang berkaliber dan cemerlang dalam bidang sukan masing-masing. iii. Amalan terbaik dalam penerapan elemen 3R di kalangan jurulatih. iv. Amalan terbaik dalam pemantapan elemen kerohanian di kalangan atlet murid. STRATEGI PELAKSANAAN Pelaksanaan amalan terbaik ini dilakukan berdasarkan beberapa strategi iaitu melalui; i. Pendekatan strategi dokumentasi berpusat adalah satu proses perekodan maklumat yang dikumpul dalam satu sistem dengan susunan yang seragam dan mudah dicapai. ii. Penerapan konsep malim/kepimpinan melalui teladan. Malim atau Mentor adalah program latihan dalam perkhidmatan yang menggunakan konsep saling berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman (tacit knowledge) antara jurulatih berpengalaman dan berpengetahuan dengan jurulatih yang baharu berkecimpung dalam bidang kejurulatihan. iii. Pemerkasaan bidang kejurulatihan sukan. Strategi pemerkasaan bidang kejurulatihan sukan adalah bermatlamatkan untuk meningkatkan tahap profesyen kejurulatihan. Merujuk kepada visi sekolah untuk ‘Menjana Atlet Bertaraf Dunia’, jurulatih di SSBJ harus meletakkan standard kejurulatihan di tahap yang terbaik. iv. Pemantapan program pembangunan sukan. Program Pembangunan Sukan di peringkat sekolah adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti penglibatan murid dalam sukan. Program ini akan memberikan ruang dan peluang kepada murid sekolah untuk mengembangkan bakat mereka di bidang sukan disamping menerapkan nilai-nilai murni seperti budaya bersukan dan pembinaan jati diri yang baik. v. Konsep pengantarabangsaan dengan pusat kecemerlangan sukan dari luar negara adalah satu pendekatan membina rangkaian dan hubungan persefahaman dengan pusat kecemerlangan sukan dari negara luar.


233 Hubungan persefahaman ini mencakupi berkaitan kerjasama dalam pemantapan program sukan dan juga memudah cara segala urusan berkaitan program pembangunan sukan. vi. Pemantapan kendiri di kalangan atlet murid ialah pemerkasaan program yang boleh menjadi nilai tambah kepada nilai kendiri atlet murid. Penekanan kepada pemantapan program jati diri dan penerapan elemen keagamaan telah dititikberatkan. Pelaksanaan Amalan Terbaik dalam Pemantauan dan Penilaian Prestasi Jurulatih dan Atlet Murid Amalan terbaik dalam pemantauan dan penilaian prestasi jurulatih dan atlet murid dilakanakan melalui 4 program utama iaitu; i. Melaksanakan Pendokumentasian yang Standard dan Tersusun Pihak pengurusan SSBJ telah memperkenalkan dokumentasi berpusat di kalangan jurulatih. Sebuah fail khusus telah diwujudkan untuk setiap jurulatih bagi menyimpan semua maklumat berkaitan program sukan. Fail ini dinamakan Fail Jurulatih. ii. Penetapan Komponen yang Seragam dalam Fail Jurulatih Di dalam Fail Jurulatih terkandung di dalamnya biodata jurulatih dan atlet murid, profail prestasi atlet murid, takwim kejohanan, jadual masa dan tempat latihan, program latihan tahunan, program latihan mingguan, program latihan harian, rekod kedatangan atlet murid, rekod kecederaan, rekod ujian kecergasan, rekod ujian kemahiran, laporan kejohanan dan laporan prestasi tahunan atlet murid. Semua komponen ini telah disusun atur dengan baik dan menggunakan standard yang seragam. Strategi pihak pentadbir memperkenalkan kaedah fail yang standard dan tersusun telah memudahkan lagi pihak pentadbir sekolah membuat pemantauan dan penilaian prestasi jurulatih dan atlet murid. iii. Format Penulisan Kertas Cadangan dan Pelaporan yang Seragam Format yang seragam penulisan kertas cadangan atau proposal untuk mengadakan program berkaitan sukan dan permohonan peruntukan kewangan memudahkan pihak pentadbir membuat semakan dan mempertimbangkan kelulusan permohonan. Format yang dirangka adalah bertepatan dengan perkara yang perlu dinyatakan dalam setiap permohonan.


234 iv. Pembentangan Program Latihan Tahunan Program latihan tahunan ialah perancangan program latihan untuk satu tahun. Ianya adalah perancangan program latihan bertujuan untuk memastikan pencapaian atlet murid berada pada puncak prestasi semasa kejohanan yang telah ditentukan. Bagi memperkemaskan program latihan sukan, pihak pentadbir telah menetapkan setiap jurulatih perlu membentangkan program latihan tahunan sukan masing-masing pada setiap awal tahun. Sesi pembentangan akan dinilai oleh Ketua Bidang Sukan dan barisan pentadbir sekolah yang terdiri dari Pengetua dan Penolong Kanan Sukan. Program latihan yang dibentangkan akan dinilai dari aspek teknikal dan keboleh urus dari pihak pentadbir. Sebarang penambahbaikan terhadap program latihan yang dibentangkan akan dikemaskini oleh jurulatih sebelum pihak pentadbir memberi pengesahan menjalankan program tersebut. Pendekatan strategi ini bertujuan bagi memantapkan perancangan program latihan setiap jurulatih yang seterusnya akan mengoptimumkan kemenjadian atlet murid. Pelaksanaan Amalan Terbaik Menghasilkan Jurulatih Berkaliber dan Cemerlang Amalan terbaik menghasilkan jurulatih berkaliber dan cemerlang di bidang sukan di SSBJ dilaksanakan melalui tiga program utama iaitu; i. Program Pementoran Konsep ini diterapkan di kalangan jurulatih yang seramai 26 orang (2022) kerana di SSBJ, jurulatihnya terdiri daripada mereka yang senior dan berpengalaman luas dalam bidang kejurulatihan sukan dan dalam masa yang sama terdapat juga barisan jurulatih yang baharu berkecimpung dalam bidang kejurulatihan. Bagi menjamin kelangsungan kecemerlangan di SSBJ, program pementoran telah diwujudkan di mana jurulatih yang senior dan berpengalaman akan menjadi mentor kepada jurulatih baharu. Mereka akan dibimbing dan diberi pendedahan sewajarnya untuk memantapkan profesyen mereka sebagai seorang jurulatih profesional (sepenuh masa). Bagi mengoptimumkan keberkesanan pendekatan ini, penetapan program mentormentee ini adalah dikalangan sukan yang sama iaitu jika mentee dari sukan olahraga maka mentornya juga dari kalangan jurulatih sukan olahraga. Pihak pentadbir akan sentiasa mendapatkan maklumbalas dari mentor tentang perkembangan dan prestasi mentee masing-masing.


235 ii. Bengkel Jurulatih Cemerlang Pihak pentadbir sekolah telah merancang program untuk menghasilkan seramai mungkin Jurulatih Cemerlang dari pelbagai gred bermula dari gred 44 hingga ke gred 52. Pada tahun 2021 seorang jurulatih sukan Bola Tampar SSBJ telah dianugerahkan Jurulatih Cemerlang gred DG 52 dan pada tahun 2022 seorang lagi jurulatih dari sukan Kriket telah dianugerahkan Jurulatih Cemerlang DG 48. Beberapa siri Bengkel Jurulatih Cemerlang telah diadakan bertujuan memberi panduan dan dorongan di kalangan jurulatih supaya mencapai tahap kecemerlangan. Bengkel ini dibimbing (fasilitator) oleh Jurulatih Cemerlang SSBJ. iii. Bengkel Penghasilan Penulisan Ilmiah berkaitan Sukan Spesifik Perkembangan bidang keilmuan dalam kejurulatihan sukan amat dinamik. Perkembangan dan inovasi dalam kaedah latihan sentiasa berkembang mengikut peredaran masa. Bagi mendorong jurulatih sentiasa mengikuti perkembang semasa, mereka digalakkan menghasilkan karya atau penulisan ilmiah berkaitan sukan masing-masing. Melalui proses ini jurulatih akan sentiasa menimba ilmu terkini dalam kejurulatihan sukan dan ini akan memacu kepada percambahan dan peningkatan keilmuan di kalangan jurulatih. Hasil karya atau penulisan ini kelak akan menjadi bahan rujukan kepada semua pihak berkaitan dan ini selari dengan penerapan elemen 3R di SSBJ. Amalan Terbaik Penerapan Elemen 3R di Kalangan Jurulatih Amalan terbaik penerapan elemen 3R di kalangan jurulatih di SSBJ dilaksanakan melalui empat program utama iaitu; i. Klinik Kemahiran Sukan Spesifik Di SSBJ program pembangunan sukan lebih tertumpu kepada mengembangkan bakat-bakat yang ada di kalangan atlet murid ke tahap yang lebih tinggi. Pencarian bakat-bakat baharu perlu diperkemaskan supaya memaksimumkan penglibatan murid di peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu SSBJ telah menjalankan beberapa program antaranya klinik kemahiran sukan spesifik seperti Klinik Kemahiran Sukan Bola Jaring. Sasaran program ini adalah dikalangan murid sekolah rendah dan menengah rendah dan dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih berpengalaman dari SSBJ.


236 ii. Program Mencungkil Bakat-bakat Baru di Kalangan Atlet Murid Program Talent Identification (TID) dan Talent Scouting juga telah diperkemas dan diperluaskan bagi mencari bakat-bakat baharu di peringkat sekolah. Jurulatih SSBJ telah menjalankan program ini mengikut zon yang telah ditetapkan dan juga di negeri-negeri terpilih. Jurulatih SSBJ juga turut memantau semasa kejohanan sukan peringkat negeri dan kebangsaan untuk mencari atlet murid yang berpotensi di bidang sukan. Atlet murid yang berpotensi akan ditawarkan belajar di SSBJ. iii. Pembangunan Modul Latihan Sukan SSBJ sedang pembinaan Modul Latihan Sukan untuk semua sukan di bawah program SSBJ, KPM seperti sukan Bola Jaring, Bola Tampar, Kriket, Olahraga dan lain-lain. Pembinaan model latihan ini amat perlu kerana ia akan menjadi rujukan kepada jurulatih dalam merangka program latihan masing-masing. Panel pembinaan modul ini terdiri dari kalangan jurulatih yang berpengalaman dan berkaliber dan juga bekerjasama dengan Bahagian Pembinaan Kurikulum, KPM. Modul Latihan Sukan ini kelak akan menjadi rujukan kepada semua institusi yang terlibat dengan program pembangunan sukan. iv. Program Sangkutan Sukan - Indonesia, Thailand, Indonesia, Singapura dan Australia Program pengantarabangsaan adalah seiring untuk menjadikan SSBJ sebagai pusat kecemerlangan sukan terbaik negara. Melalui program sangkutan dengan pusat kecemerlangan sukan dari negara luar seperti Thailand, Indonesia dan Australia diharap dapat memberi percambahan idea untuk memantapkan lagi program sukan di SSBJ. Hubungan yang terjalin dengan pihak negara luar mengalakkan perkongsian ilmu dan idea terkini berkaitan program pembangunan sukan seperti penyertaan pertandingan dan mengadakan program latihan bersama. Amalan Terbaik Pemantapan Kerohanian di Kalangan Atlet Murid Amalan terbaik pemantapan kerohanian di kalangan atlet murid di SSBJ dilaksanakan melalui dua program utama iaitu; i) Kem Modal Insan dan Kem Kepimpinan - Kerjasama UBKK dan Jurulatih Atlet murid di SSBJ terdiri dari latarbelakang yang berbeza dari segi kefahaman keagamaan, kaum dan sosio ekonomi. Program yang berimpak perlu


237 dijalankan bagi menghasilkan atlet murid yang mempunyai prinsip dan nilai jati diri yang tinggi. Bagi menjayakan program ini, jurulatih bekerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBKK) dalam merangka program kem modal insan, kem kepimpinan, kem kesepaduan pasukan dan lain-lain program yang berkaitan. ii) Program Pemerkasaan Solat 5 waktu di Kalangan Atlet Murid Islam amat mementingkan kesejahteraan dan kunci kepada kesejahteraan ialah dengan menjaga solat 5 waktu seperti yang telah di fardukan. Solat yang difardukan adalah berkaitan dengan melatih mendisiplinkan pengurusan masa. Ini adalah pendekatan terbaik kerana atlet murid yang cemerlang terdiri dari kalangan mereka yang bijak dalam pengurusan masa. Kekurangan penghayatan kerohanian dan ilmu tauhid di SSBJ adalah aspek yang perlu dititikberatkan bagi menghadapi pelbagai cabaran mendatang. Semasa bertanding mereka memerlukan semangat juang yang kental untuk mengatasi pihak lawan. Kesemua ini memerlukan kekuatan dengan kebergantungan kepada Tuhan. Atlet murid yang sentiasa menjaga kewajipan solat akan tertanam satu ketenangan dan kekuatan kerohanian dalam dirinya. PERBINCANGAN Proses penilaian dan pemantauan di SSBJ yang kurang tersusun menyebabkan kesukaran untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan jurulatih. Setelah amalan pendokumentasian berpusat dipraktikkan bermula tahun 2015 menyaksikan proses penilaian dan pemantauan prestasi yang lebih sistematik. Rentetan itu, kelemahan yang wujud di kalangan jurulatih mudah untuk dikenalpasti dan proses penambahbaikan berlaku secara terfokus, manakala jurulatih yang berkaliber pula dapat dikenalpasti dan dibimbing sehingga mendapat pengiktirafan penganugerahan jurulatih cemerlang oleh pihak KPM. Kajian Ali, Mohd & Dom (2017) yang menekankan pengurusan dokumen secara tersusun dan berpusat. Kajian ini juga mengangkat proses pendigitalan dalam pengurusan dokumen yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi hari ini. SSBJ perlu memperkasakan lagi sistem pendokumentasi berpusat ini dengan penerapan elemen pendigitalan sekaligus ke arah melaksanakan sistem perekodan tanpa kertas. Jurulatih yang berkaliber dan cemerlang adalah terhasil daripada tonjolan keilmuan yang mereka ada dan kepakaran dalam bidang sukan masing-masing. Perkongsian ilmu dan pengalaman di kalangan jurulatih perlu dibudayakan. Program pementoran dilihat sebagai salah satu kaedah terbaik bagi mencapai matlamat ini. Melalui program ini jurulatih yang


238 dikenalpasti berpotensi dan berkaliber akan dibimbing untuk mencapai tahap profesyen yang terbaik dalam bidang kejurulatihan. Jurulatih yang berkaliber akan menghasilkan program latihan yang sistematik dan efektif, natijahnya kemenjadian atlet murid akan dapat dioptimalkan. Pernyataan ini selari dengan kajian yang dijalankan Sucipto et al. (2017) dimana prestasi atlet, tingkah laku, psikologi dan emosi merupakan hasil kesan positif daripada kompetensi jurulatih. Bompa (2009) menyatakan bahawa jurulatih harus memastikan atlet dan pasukan yang dilatih dapat menunjukkan hasil latihan yang dijalankan dengan lebih baik dan seterusnya dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pertandingan yang disertai. Konsep 3R merujuk kepada 3 elemen iaitu Relevant, Referred dan Respected. Konsep ini telah banyak diterapkan dalam sesebuah organisasi. Di sektor pendidikan, ada beberapa universiti telah menerapkan konsep ini dalam cara kerja mereka contohnya Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. SSBJ semakin mendapat pengiktirafan dengan wujudnya kerjasama yang lebih aktif dengan persatuan sukan kebangsaan seperti penglibatan yang lebih aktif dengan Persatuan Kriket Kebangsaan, Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan dan Persatuan Bola Jaring Kebangsaan. Terdapat juga beberapa syarikat telah menjalankan hubungan kerjasama dengan program pembangunan sukan di SSBJ, seperti kerjasama sukan badminton dengan Allianz Insurance dan Unit Dietetik dengan syarikat Ajinomoto. Atlet Murid SSBJ terdiri dari pelbagai latar belakang keluarga, agama dan kaum. Kepelbagaian ini menjadi cabaran kepada jurulatih dan pihak pentadbir SSBJ untuk merangka program memperkasakan jati diri dan penerapan nilai murni. Rutin harian yang padat dengan kelas akademik dan sesi latihan di SSBJ yang memungkinkan berlaku pengabaian solat 5 waktu yang menjadi kefarduan di kalangan atlet murid muslim. Penekanan pada pentingnya berpegang teguh kepada ajaran agama sentiasa di sebut dan diperingatkan dalam perhimpunan rasmi sekolah dan juga peringatan yang diberikan dikalangan jurulatih dan guru semasa sesi latihan dan kelas akademik. Contoh tauladan ahli sukan berjaya yang berpegang teguh dengan pegangan agama sentiasa diceritakan seperti Muhammad Ali jaguh tinju dunia dan Nor Saiful Zaini ketua Pasukan Hoki yang layak ke Olimpik. Pihak pentadbir, UBKK dan jurulatih sentiasa bekerjasama dalam merangka program pemantapan kendiri supaya melahirkan atlet murid yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Amalan terbaik pelaksanaan kepimpinan instruksional menjadi natijah kecemerlangan atlet murid di SSBJ. Rekod pencapaian atlet murid di SSBJ pada tahun 2018 dan 2019 telah menunjukkan prestasi yang cemerlang.


239 Jadual 2 Rekod Penglibatan Atlet Murid SSBJ di Kejohanan Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 dan 2019. Laporan Pencapaian Prestasi Atlet Murid SSBJ di Peringkat Kebangsaan TAHUN ENROLMEN (Tingkatan 1 – PraUniversiti) SASARAN PENCAPAIAN 2018 402 atlet murid 85 % 95.02 % 2019 437 atlet murid 85 % 98.17 % Jadual 3 Rekod Penglibatan Atlet Murid SSBJ di Kejohanan Peringkat Antarabangsa Tahun 2018 dan 2019. Laporan Pencapaian Prestasi Atlet Murid SSBJ di Peringkat Antarabangsa TAHUN ENROLMEN (Tingkatan 4 – PraUniversiti) SASARAN PENCAPAIAN 2018 275 atlet murid 50 % 50.55 % 2019 282 atlet murid 50 % 50.35 % IMPLIKASI Melalui pelaksanaan amalan terbaik kepimpinan instruksional ini telah mewujudkan beberapa implikasi penting kepada SSBJ. Antaranya ialah; i. Proses pemantauan dan penilaian program latihan yang lebih efisien oleh pihak pentadbir sekolah. ii. Penghasilan program latihan yang lebih berkesan dan sistematik kepada atlet murid. iii. Mengoptimumkan kemenjadian atlet murid di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. iv. Memantapkan profesyen kejurulatihan dan melahirkan seramai mungkin jurulatih yang dapat pengiktirafan Jurulatih Cemerlang. v. Percambahan & peningkatan keilmuan di bidang kejurulatihan dikalangan jurulatih. vi. Program pembangunan sukan di SSBJ sentiasa ditambahbaik selari dengan peredaran masa.


240 vii. Kelangsungan menghasilkan atlet murid di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. viii. SSBJ menjadi tempat rujukan untuk program berkaitan sukan kepada institusi pendidikan & agensi luar. ix. Jurulatih & atlet murid SSBJ menjadi contoh tauladan kerana keilmuan dan kualiti diri yang ditonjolkan. x. Menghasilkan atlet murid yang berpegang pada prinsip dan mempunyai nilai jati diri yang utuh. xi. Mendaulatkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara. RUMUSAN DAN KESIMPULAN SSBJ ialah sebuah sekolah sukan yang berteraskan kecemerlangan program pembangunan sukan. Konsep Sekolahku SEJAHTERA bermatlamat untuk melahirkan generasi muda yang hebat serta mampu bersaing di peringkat dunia. Ini adalah selari dengan implikasi daripada amalan terbaik kepemimpinan instruksional yang telah dibudidayakan di SSBJ. Pencapaian ini bertepatan dengan matlamat Gelombang ke 3 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) sekaligus memacu kepada penghasilan pendidikan SEJAHTERA. Jadual 4 Rumusan Keseluruhan Hasil MATLAMAT/ OBJEKTIF/KPI STRATEGI INISIATIF/PROGRAM IMPLIKASI (1) Melaksanakan amalan terbaik dalam pemantauan dan penilaian prestasi jurulatih dan atlet murid Dokumentasi berpusat Melaksanakan pendokumentasian yang standard dan tersusun. Penetapan komponen yang seragam dalam fail jurulatih. Format kertas kerja dan pelaporan yang seragam Pembentangan Program Latihan Tahunan. Proses pemantauan & penilaian program latihan lebih efisien. Penghasilan program latihan yang efektif & sistematik Mengoptimumkan kemenjadian atlet murid.


241 (2) Melaksanakan amalan terbaik dalam menghasilkan jurulatih yang berkaliber dan cemerlang dalam bidang sukan masingmasing Penerapan konsep malim/kepimpi nan melalui teladan Pemerkasaan bidang kejurulatihan sukan Program Pementoran – Mentor Mentee Bengkel Jurulatih Cemerlang Bengkel penghasilan penulisan ilmiah Memantapkan profesyen kejurulatihan Kelangsungan penghasilan atlet ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Percambahan dan peningkatan keilmuan dikalangan jurulatih. (3) Melaksanakan amalan terbaik dalam penerapan elemen 3R di kalangan jurulatih Pemantapan program pembangunan sukan Konsep pengantaraban gsaan. Klinik kemahiran sukan spesifik Program mencungkil bakat baharu Pembangunan modul latihan sukan Program sangkutan sukan dengan negara luar Program pembangunan sukan di SSBJ sentiasa ditambahbaik dan mengikut peredaran masa. SSBJ menjadi tempat rujukan bagi program berkaitan sukan. Jurulatih dan atlet murid SSBJ menjadi contoh kerana keilmuan dan kualiti diri yang ditonjolkan. (4) Melaksanakan amalan terbaik dalam penerapan kerohanian di kalangan atlet murid Program Pemantapan kendiri Kerjasama program antara UBKK dan jurulatih Pemerkasaan solat 5 waktu di kalangan atlet murid. Menghasilkan atlet yang berpegang pada prinsip dan mempunyai nilai jati diri yang utuh. Mendaulatkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara. RUJUKAN Ahmad, J. Y. B. (2019). Instructional Leadership in Malaysia. Educational Management Administration and Leadership, 8(2), 537–547. https://doi.org/10.1177/1741143219836684 Ali, R., Mohd, O., & Dom, M. I. M. (2017). Ke arah kecekapan pengurusan melalui pendigitalan dokumen.2017,Research Gate. (https://www.researchgate.net/publication/319035271_KEARAH_KECEKAPAN_PENGURUS AN_MELALUI_PENDIGITALAN_DOKUMEN) Alig-Mielcarek, J. M. (2003). A model of school success: Instructional leadership, academic press, and student achievement. The Ohio State University. Bompa, T. & Haff, T. (2009). Periodization: Theory and methodology of training. 5th edition. Champaign, IL: Human Kinetics. Desa, A. M., & Salamuddin, N. (2022). Tahap Kompetensi Jurulatih Sukan dalam Melaksanakan Latihan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 2022 (3) Volume 7, DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1358 Effendi, H. (2016). Peranan psikologi olahraga dalam meningkatkan prestasi atlet. Jurnal Ilmu Pengetahuan Sosial NUSANTARA, 2016 (1) vol 1.


242 Hallinger P, Wang WC, Chen CW, Li D. (2015). Assessing instructional leadership with the principal instructional management rating scale. New York: Springer International Publishing Switzerland; 2015. Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional management behavior ofprincipals. The Elementary School Journal, 86 (2). Harris, A., Jones, M., Adams, D., & Cheah, K. (2018). Instructional leadership in Malaysia: a review of contemporary literature. School Leadership and Management, 39(1), 76–95. https://doi.org/10.1080/13632434.2018.1453794 Hashim & Shahrin (2018). Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Di Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kulai. Tesis Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Hassan, R., Ahmad, J., & Boon, Y. (2018). Instructional leadership in Malaysia. International Journal of Engineering and Technology (UAE), 7(3.30 Special Issue 30), 424–432. https://doi.org/10.14419/ijet.v7i3.30.18346 Ibrahim, M. S. & Hamzah, M. I. M. (2012). Pengurusan Perubahan Peringkat Makro Dalam Pendidikan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ismail, M. Z. (2009). Amalan kepimpinan instruksional pengetua sekolah menengah berprestasi tinggi dengan sekolah menengah berprestasi rendah. Disertasi Sarjana, (Pengurusan Pendidikan) Universiti Utara Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Rahman, A. A. (2021). Amalan Kepimpinan Instruksional dalam Menjana Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) di kalangan Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 2021 (11) vol. 6 Sucipto, A., Mutohir, T. C., & Sudijandoko, A. (2017). Development of coach competency evaluation instrument of football school. International Journal of Physical Education, Sports and Health, 4(2), 106–110. https://doi.org/10.24843/IPTA.2020.v08.i01.p13


243 HEADCOUNT PACU PENDIDIKAN SEJAHTERA BERPRESTASI PREMIUM HAJAH NOR HAYATI BINTI YUSOFF PENGETUA CEMERLANG SEKOLAH TUN FATIMAH ABSTRAK Secara umum, kepimpinan instrukstional abad ke-21 mempunyai kesan langsung terhadap prestasi sekolah, motivasi guru dan staf serta kemenjadian murid-muridnya. Kepimpinan bervisi akan melaksanakan pelbagai kaedah, strategi dan pendekatan untuk mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan. Dalam konteks perkongsian amalan terbaik ini, strategi pemantauan head count di Sekolah Tun Fatimah yang efektif, inovatif dan sistematik akan dibentangkan bagi tujuan penandaarasan serta rujukan silang semua pihak berkepentingan dalam dunia pendidikan di negara ini. Kaedah headcount bukanlah benda baharu atau sesuatu yang asing namun dengan penglibatan langsung kepimpinan instruksional dalam proses operasi pemantauan dan penerapan elemen inovasi berbantu kecanggihan teknologi telah memberi impak positif yang luar biasa. Tanda ukur prestasi tinggi ini terbukti menerusi lonjakan saujana dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 0.84, terbaik di negara kita. Peningkatan pencapaian dari kedudukan ke-10 pada tahun 2020 diperoleh menerusi komitmen, disiplin dan banyak lagi elemen berteraskan nilai murni yang diterapkan secara semula jadi seperti yang digarap dalam aspirasi Sekolahku SEJAHTERA Kementerian Pendidikan. Keseimbangan prestasi tinggi dan memiliki keperibadian terpuji merupakan ciri penting yang perlu dimiliki generasi modal insan bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 dan Masyarakat 5.0. Dua cabaran yang mengintegrasikan dunia maya dan fizikal dalam sistem kehidupan kita ini nanti, amat memerlukan benteng kawalan kendiri dan jati diri berintegriti. Semua ini hanya boleh dilaksanakan, diterapkan dan dicapai semasa mereka di alam persekolahan. Dan, ini yang STF utamakan. Kata kunci: Kepimpinan instrukstional abad ke-21, Kepimpinan bervisi, kepimpinan instruksional, Revolusi Industri 4.0, Masyarakat 5.0. PENDAHULUAN Headcount merupakan amalan lazim di sekolah seluruh negara bagi mengenal potensi murid berdasarkan pencapaian masa lalu mereka untuk tindakan penambahbaikan pada masa kini supaya berlaku peningkatan prestasi mengikut sasaran yang ditetapkan pada masa depan. Proses analisis ini melibatkan semua murid, semua mata pelajaran dan semua panitia. Hasil analisis akan dirumuskan dan diambil langkah pemulihan, pengayaan mahupun intervensi mengikut keperluan serta kesesuaian situasi. Analisis dilakukan berdasarkan data yang direkod menggunakan perisian Microsoft Excel dan disimpan dalam sistem pangkalan data atau dashboard sekolah. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini sistematik, memudahkan dan pantas untuk diakses semula. Kecanggihan dan kecekapan alat ICT ini amat membantu dalam proses kepimpinan instruksional membuat keputusan penting, merencana perancangan dan melaksanakan tindakan susulan. Ketepatan data dan analisis maklumat berbantu teknologi ini amat tinggi nilai kebolehpercayaannya. Walau bagaimanapun, untuk memperoleh hasil yang luar biasa,


244 kepimpinan sekolah perlu melibatkan diri secara langsung dalam proses pengoperasian headcount, menjadi agen perubahan yang bukan sekadar pembuat keputusan di peringkat dasar sahaja. Menurut Alimuddin Mat Dom (2010), seorang pemimpin instruksional yang menjadi agen perubahan dan mewujudkan persekitaran di sekolah yang kondusif dapat memberi impak yang signifikan dalam kecemerlangan murid. Kecemerlangan ini boleh dilonjak ke aras tertinggi menerusi suntikan inovasi kecemerlangan insaniah yang dijenamakan sebagai SEJUTA iaitu akronim bagi Sentuhan Jiwa Ubah Tetapan Minda (Mindset). Inovasi yang mengandungi dua elemen, jiwa dan minda ini amat penting dalam mengurus perubahan. Sabda Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW; “Ketahuilah pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, dan jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati.” Oleh sebab itu, segala gerak kerja perlu dimulakan dengan mengambil hati dan jiwa, sesuai dengan moto STF, Touch The Hearts, maka segala halangan, rintangan dan cabaran dalam mengurus perubahan akan berjalan lancar, semudah ABC dengan hasil berkualiti premium. PERNYATAAN MASALAH Menerajui kepimpinan sekolah berprestasi tinggi dengan legasi jenama seperti STF sememangnya mencabar apatah lagi ketika reputasinya sedikit tercalar akibat kedudukan GPS SPM yang tidak memberangsangkan. Walaupun masih dalam lingkungan sepuluh terbaik namun itu tidak mencerminkan imej berprestij STF yang sebenar. Usaha intensif di luar kotak kelaziman digerakkan bagi melonjakkan prestasi STF agar kembali sekurang-kurangnya pada kedudukan lima teratas keputusan SPM 2021. Maka headcount menjadi asas penting inisiatif mencapai KPI tersebut dalam tempoh masa 10 bulan ketika negara masih dibelenggu masalah pandemik Covid-19. STRATEGI PELAKSANAAN Terdapat dua strategi pelaksanaan headcount yang berbeza di STF berbanding sekolah lain iaitu penglibatan langsung kepimpinan instruksional dalam proses pengoperasian dan inovasi kecemerlangan insaniah SEJUTA. Dua strategi ini merupakan kesinambungan pendekatan yang dilaksanakan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak yang berjaya buat julung kali meraih keputusan SPM terbaik negara pada tahun 2020. Strategi yang terbukti berkesan ini diteruskan dengan penambahbaikkan mengikut kesesuaian budaya dan nilai STF. Pelarasan ini sesuatu yang lumrah dan wajar dilakukan


245 supaya impaknya maksimum dan yang paling penting elemen penolakan diminimumkan. Hal ini untuk membolehkan semua pihak berkepentingan dan pemegang taruh fokus sepenuhnya terhadap sasaran KPI kerana masa yang singkat di samping pelbagai kekangan lain semasa tempoh pandemik. Dua strategi ini dilaksanakan secara merentas program dan aktiviti berkaitan headcount. Penerapan secara integrasi tidak langsung tetapi berstruktur ini amat efektif. Guru pelaksana dan golongan sasar tidak terasa terbeban dengan tugasan mahupun tanggungjawab yang diberikan. Segalanya berlangsung secara alami. PENGLIBATAN LANGSUNG KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL Inisiatif kecil ini memberi impak besar dalam prestasi akademik murid dan sekolah. Hal ini disebabkan pemimpin sekolah dapat maklumat first hand apabila terlibat secara langsung dalam proses pengoperasian headcount. Maklumat itu terutama isu atau permasalahan yang perlu keputusan segera boleh dibuat serta-merta. Karenah birokrasi ini tentunya mengambil masa jika pemimpin sekolah tidak terlibat secara langsung. Lebih parah, isu atau masalah itu hanya dapat diselesaikan menerusi mesyuarat yang lewat ditetapkan. Dengan mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengoperasian headcount juga membolehkan pemimpin sekolah mengetahui status perkembangan terkini secara terus tanpa perlu pelaporan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia atau Setiausaha Peperiksaan. Faktor ini memberi banyak kelebihan kepada pemimpin sekolah untuk melaksanakan tindakan atau langkah intervensi berfokus mengikut kumpulan sasar. Maklum balas Setiausaha Peperiksaan SBP Integrasi Gombak, Ema Zarina Abu Zarin menyatakan bahawa antara faktor utama kecemerlangan sekolahnya pada SPM 2020 adalah penglibatan langsung pengetua dalam pengoperasian headcount. Ujarnya, pada dasarnya program pemantapan akademik dan strategi meningkatkan prestasi murid masih serupa seperti yang dilaksanakan sebelum ini tetapi perbezaan yang jelas adalah pengetua cakna dan sentiasa aktif melaksanakan pelbagai tindakan intervensi berdasarkan analisis headcount dari semasa ke semasa. Pendapat ini disokong oleh Setiausaha Peperiksaan STF, Nor Izwani Daud yang berkata bahawa penglibatan pengetua dalam pengoperasian headcount memberi kesaksamaan kepada semua panitia. Tegas beliau, kesaksamaan ini penting bagi memastikan semua subjek cemerlang secara seimbang, sekali gus menyumbang dalam pengiraan GPS yang rendah untuk STF kembali ke persada kegemilangan prestasi SPM tahun lalu.


246 Inovasi Kecemerlangan Insaniah Sejuta Menurut Kamus Dewan edisi keempat, inovasi adalah sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem dan lain-lain. Sebagai pemimpin institusi, kita perlu mengetengahkan inovasi yang holistik, inklusif dan dinamik. Ciri keterangkuman yang fleksibel ini amat penting dalam aspek kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran. Dalam konteks ini, SEJUTA merupakan inovasi mengurus perubahan daripada kaedah lama kepada sesuatu yang baru. Kebiasaannya manusia tidak suka perubahan apatah lagi kelompok yang sudah berada di dalam zon selesa. Maka akan berlaku reaksi penolakan, salah persepsi dan syak wasangka. Sikap prejudis ini tidak boleh ditangani sekadar dengan penerangan dan sesi taklimat, tetapi perlu sentuhan jiwa dan perubahan tetapan minda. Inovasi SEJUTA ini merupakan kaedah tanpa format tetap untuk pemimpin sekolah menyantuni guru, murid dan ibu bapa supaya mereka selesa berinteraksi tanpa jurang komukasi yang besar. Aspek membina hubungan sosial kemanusiaan ini memakan masa namun kemesraan dan sikap saling memahami yang terjalin kekal berpanjangan. Apabila hati sudah ditawan, segalanya jadi indah menawan. Yang dulu hodoh, sekarang rupawan, itulah dia yang bernama insan. Begitu juga dalam aspek mengubah mindset atau tetapan minda seseorang individu. Sangat mencabar seumpama kita ingin mengubah gaya hidup daripada mengambil minuman manis atau berkarbonat kepada minum air kosong sahaja. Namun, selepas ditransformasikan, segalanya menjadi mudah, patuh tanpa diarah, berusaha keras tanpa dikerah. Bukti peri pentingnya mengubah mindset ini sehingga melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi ini diperaku oleh bapa kepada pelajar di SBP Integrasi Gombak, Yusri Yunus ketika berbual dalam kumpulan sembang WhatsApp dengan bekas rakan sekolahnya. Beliau dengan yakin berpendapat bahawa Pengetua SBP Integrasi memiliki ciri kepimpinan yang sama dengan bekas Pengetua sekolahnya dulu yang berjaya mentransformasikan mentaliti murid secara menyeluruh. Pendapat ikhlas ini disuarakan dalam kumpulan sembang yang tiada kaitan dengan ibu bapa SBP Integrasi Gombak ketika keputusan SPM 2020 diumumkan. Sebaliknya, tangkap layar diperoleh daripada pihak ketiga. Pandangan jujur sebegini tiada konflik kepentingan apatah lagi ingin menjaga hati atau sekadar manis mulut sahaja. Yang lebih utama, menerusi maklum balas ini menunjukkan bahawa kerja buat kita berada di landasan yang betul. Semoga Impaknya memberi manfaat positif kepada murid sepanjang


247 hayat mereka. Itu harapan dan doa kita. Di samping itu, menerusi inovasi SEJUTA ini, penerapan 14 elemen nilai murni SEJAHTERA berlaku secara semula jadi. Murid dengan mindset yang betul dan jiwa yang stabil, umumnya, akan memiliki keperibadian terpuji, akhlak yang baik dan berintegriti. Program Flagship Headcount Hakikatnya, tiada program khusus yang ditetapkan untuk langkah atau tindakan intervensi tetapi pemimpin sekolah boleh menjadikan STF sebagai rujukan dan penandaarasan. Pelarasan dan penyesuaian perlu dilakukan mengikut gaya kepimpinan masing-masing. Tiada jaminan kejayaan tetapi strategi ini telah terbukti boleh dilaksana (doable), boleh dicapai (achievable) dan boleh diukur (measurable) kecemerlangannya. Setakat ini, strategi ini telah dilaksanakan di SBP Integrasi Gombak dan STF, meraih pencapaian terbaik SPM negara dengan GPS bawah 1.0 . Audit Akademik Sebagaimana audit dilakukan untuk mencegah ketirisan dan memastikan semua prosedur kewangan dipatuhi, proses audit akademik juga mempunyai matlamat yang sama. Dalam audit akademik ini semua aspek diambil kira dan diberi perhatian. GPS batch dinilai banding dengan prestasi sekolah lain. Murid dikategorikan mengikut warna; merah menurun, kuning tidak mencapai Peningkatan Sasaran Operasi (Operational Targeted Increment - OTI) dan hijau mencapai atau melepasi OTI. Berdasarkan kategori ini, murid merah akan diberi bimbingan intensif manakala murid kuning mengikuti bimbingan berfokus. Semua kelompok dipantau prestasi mereka secara berterusan hingga peperiksaan berpusat. Markah dan pencapaian mereka direkod dan dianalisis secara sistematik. Proses pengajaran dan pemudahcara (PdPc) juga diperkemas, ditambah baik serta diberi nilai tambah. Dialog Prestasi Sesi pertemuan pemimpin sekolah dengan murid bersama ibu bapa masing-masing. Sesi ini membolehkan komunikasi berdepan untuk mendapatkan maklum balas first hand, tiada pencapahan maklumat (information distortion). Ketika ini jugalah, masa untuk kita mengambil hati dan mengenali hati budi murid bersama keluarganya. Bak kata pepatah, sambil menyelam kita minum air sekali.


248 Perjumpaan dengan ibu bapa bagi memaklumkan perkembangan prestasi akademik anak masing-masing juga satu platform yang boleh membuka minda mereka. Interaksi santai dan mesra boleh merapatkan silaturahim dan memotivasikan mereka untuk menyumbang kepada aktiviti kecemerlangan sekolah. Lagi kerap perjumpaan, sebenarnya makin mesra dan senang untuk mengatur agenda berikutnya. Tidak semestinya secara bersemuka tetapi boleh juga dilakukan secara maya. Inilah yang digunakan di Gombak mahupun STF. Restu Ilmu Satu program penerapan nilai murni untuk murid menghargai dan menghormati guru yang diadakan menjelang peperiksaan. Nasihat kerohanian dan elemen keberkatan ilmu menjadi mauduk program ini. Ikatan ukhuwah antara guru dan anak murid yang bersalaman memohon halal ilmu yang dipelajari sangat menyentuh hati. Kesan psikologi acara ini menyuntik motivasi tambahan untuk murid mencapai kecemerlangan diri. Biasanya juga ditambah dengan solat hajat serta bersalaman dengan semua rakan, kakak serta adik. RUMUSAN Untuk mencapai prestasi luar biasa, kita perlu membuat inovasi terhadap perkara yang lazim atau biasa dilakukan. Head count adalah amalan biasa namun dengan inovasi SEJUTA dan penglibatan langsung kepimpinan instruksional dalam proses pengoperasiannya telah menghasilkan kejayaan premium dua tahun berturut-turut di dua sekolah berbeza di bawah pengetua yang sama. Kecemerlangan ini merupakan satu penandaaras untuk kepimpinan instruksional sekolah membangunkan inovasi yang berkait rapat dengan bidang tugas serta kepakaran mereka agar dapat dimanfaatkan oleh komuniti pendidikan, masyarakat dan negara. RUJUKAN Alimuddin Mat Dom. (2010). Ciri-ciri pengetua yang outstanding. Pendidik. Widad Publications. Selangor. Bil. 73.


249 THE USE OF THE DIFFERENCE TABLE TO HELP DEAF STUDENTS WRITE BAHASA MELAYU ESSAYS ON INTERESTING PLACES TO VISIT NURUL ADDINA BINTI RASHID SK PENDIDIKAN KHAS SEREMBAN [email protected] ABSTRACT Writing essays is one of the writing skill’s objectives in the syllabus of deaf children’s curriculum in Malaysia. In this study, early findings are carried out through reviews of student's writings and oral interviews. Findings show that these deaf students are having difficulties to build sentences due to lack of ideas and limited application of vocabulary into sentences. A total of 4 deaf students from year 6 classes are selected for this study. The intervention is conducted by students applying the Difference Table to create essay outlines which then aids them in writing essays. The Scaffolding teaching technique from Wood, Bruner and Ross (1978) is applied to guide students to build essay outline through the Difference Table. The essays submitted by the students are then assessed based on the marking scheme prepared by the SIC+ Bahasa Melayu team. Purposive samplings are used, taking into account each student’s knowledge, language skills and personal experience. The pre and post tests are conducted to observe the effectiveness of this Difference Table. The findings are compared and this Difference Table is concluded to be effective to help deaf children to write Bahasa Melayu Essays on interesting places to visit. Keywords: deaf children, difference table, writing essays, interesting places to visit INTRODUCTION The requirement of essay writing for primary school students is not new. Likewise for students with hearing disabilities they are obliged to produce the same essays as normal students, as stated in Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Ketidakupayaan Pendengaran. The objective of writing skills is to make sure that the students know and able to : i. build an outline and write a variety of essays correctly In addition, essay writing contributes to 50% of the marks in Bahasa Melayu Penulisan examination. Consequently, the students are at risk of losing a significant portion of the marks if they are not able to write the essays. Thus, it is important for students to be able to achieve good marks in the essay section (Malaysian Examination Board, 2016). For deaf students, building sentences with correct grammar in Bahasa Melayu is already difficult, not to mention writing essays, which requires the highest language proficiency. TEMA 3: PENDIDIK BERJIWA INSANIAH MEMANTAPKAN MASYARAKAT 5.0


250 When students are given an essay question on their experience visiting interesting places, they can share their ideas very well. They will share their own experiences including stories from families and friends. However,when they are asked to convert the ideas into an essay outline, they start to sit in silence. They also shake their heads to express their inability to write an essay.They then insist that they have not learned how to write the essay even though they have been taught to write a similar essay.. This attitude causes difficulty for students to write an essay that is worth 25 marks in an examination. If this issue is not addressed, the students tend to skip answering essay sections in an examination as they are unable to write about their ideas. Not only do they score low marks during the examination, this will lead to poor essay writing skills in future. Writing Skills Even though the knowledge, experience, and skills to build sentences develop as children grow, hearing impared students are still relatively slower in development compared to non-hearing impared children (Diakogiorgi, Katribouza & Paila 2015). Their vocabulary is limited and they tend to use the same words repetitively in their writings. Their writings also show that the sentences are short and firm due to insufficient descriptive words, incomplete sentences with simple syntaxes and clauses, and incorrect punctuation. Thus, teachers should guide each student based on their needs using the scaffolding technique. Deaf students show a lack of writing proficiency because they are unable to use appropriate words as intended to build sentences. Sitti Nurliani Tarigan (2017) states that besides their low interest to write and the less proactive learning process, their writings show no continuity between the sentences. The students are unable to meet the requirement of writing coherent essays between their contents and paragraphs. With their current proficiency, their achievements are declining not only in essay writing, but also in any examinations requiring writing because they have trouble expressing their ideas with words. Thus, teachers play an important role to pique the interest of students to enjoy writing essays with their own ideas. The discussion session prior to writing an essay in the class is an important activity to guide students to begin writing. Aidah et al (2016) states that deaf students can participate in oral activities because they are able to express their ideas using sign language. However, when it comes to writing, they have difficulties to build complete sentences with correct grammar in Bahasa Melayu. This leads to a low academic achievement among deaf students. With suitable intervention and considering students' opinions, students can then write an essay on interesting places to visit.


Click to View FlipBook Version