Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
yang melihat kejadian-kejadian yang berlaku di depan matanya diam tidak berkata. Dahinya nampak berkerut sesekali wajahnya
kelihatan cemas.
"Bangun anakku", suara datuk parau.
Serentak dengan itu Razman yang terbaring kaku segera bangun. Dia nampak terkejut sambil merenung ke kiri dan ke kanan. Datuk
merenung biji mata Razman.
"Bersila di situ", kata datuk Razman akur dengan perintah datuk itu macam orang kena pakau.
Datuk lalu memerintahkan Mail mencari pucuk pisang nangka, pucuk palas dan air satu buyung. Mail mengambil masa kira-kira setengah
jam untuk mengadakan batang-batang tersebut. Sementara menanti barang itu berada di depan datuk. Datuk menyuruh saya
melipatkan setiap bucu tikar yang terdapat di ruang rumah tersebut. Saya laksanakan tugas itu hingga selesai. Bila tugas itu selesai saya
kembali duduk di sisi datuk. Razman masih duduk terpaku atas tikar macam patung.
Datuk buka baju yang dipakainya. Letak di hujung lutut sebelah kanan dengan ibu jari tangan sebelah kiri datuk tekan tepi baju. Datuk
merenung ke arah tingkap yang terdedah. Dia melihat sinar matahari pagi yang cukup cerah. Saya terasa pangkal kening sebelah kiri
saya gatal. Saya terus menggarunya beberapa kali. Bila saya selesai menggaru, saya dapati rumah Razman sudah pun ditutup oleh datuk
dengan bajunya. Datuk ambil kembali baju yang menutup muka Razman dengan jari kelingking kiri. Baju itu datuk sarungkan ke
tubuhnya kembali.
Saya lihat muka Razman merah, tidak pucat maeam orang sakit. Razman mula tersenyum. Tetapi dia tidak terdaya mahu bangun,
macam ada sesuatu benda yang berat melekat dibawah punggungnya. Mail sudah pun meletakkan sebuyung air di hadapan datuk
berserta dengan pucuk pisang nangka dan daun palas ke dalam buyung. Dan mulut buyung datuk tutup dengan kain pelikat yang selalu
di pakai oleh Razman. Kain pelikat itu terbakar dan mengeluarkan asap nipis. Bila kain pelikat itu menjadi abu, datuk tekankan kedalam
mulut buyung. Dengan hati-hati datuk goncang buyung, air didalamnya berkocak dan berasap. Datuk terus membaca sesuatu. Datuk
merenung ke arah mangkuk itu dan saya lihat terus jadi retak seribu dan hancur berderai. Serbuk dari mangkuk putih itu datuk ambil
dan masukkan ke dalam buyung.
"Rapatlah pada aku dan duduklah di hujung lututku ini, hai anakku", kata datuk. Razman terus bangun dan duduk di hujung lutut datuk.
"Yang jahat akan pergi dan yang baik tinggal pada kau", datuk bersuara sambil mengangkat buyung lalu meletakkan ke atas kepala
Razman.
Buyung yang tidak bocor itu mengeluarkan air lalu membasahi seluruh tubuh Razman. Saya lihat Razman mula menggigil kesejukan.
Datuk ambil buyung dari atas kepala Razman.
"Buyung dan semua barang-barang yang ada di dalamnya kau hanyutkan ke laut", kata datuk pada Mail.
"Bila?"
"Hari ini belum matahari terbenam"
"Kalau begitu terpaksa pergi ke Port Weld untuk membuang benda ni", suara Mail menurun.
Datuk anggukkan kepala. Saya lihat Mail berbisik dengan datuk. Kemudian Mail ambil burung lalu keluar. Kira-kira sepuluh minit
kemudian Mail kembali. Dia tersenyum di ambang pintu. Melangkah dan terus duduk di samping datuk.
"Cepat", kata datuk.
"Saya suruh adik saya uruskan, secara kebetulan pula dia mahu turun ke laut memancing ikan"
"Kau percaya dengannya?"
"Percaya. Dia adik saya, banyak menolong saya untuk berusaha mengubat sakit Razman"
"Tak apalah kalau dah begitu"
Datuk puas hati dengan keterangan Mail. Razman sudah tidak menggigil lagi. Datuk suruh Mail menggantikan pakaian Razman.
Cepat-cepat Mail bawa Razman ke dalam bilik. Saya terkejut, bila melihat Razman keluar dari bilik memakai seluar putih, baju baru
lengan panjang. Rambutnya disikat rapi dan ada jambul di bahagian depan, macam jambul seniman P. Ramlee dalam filem Hujan Panas.
Melihat keadaannya itu, saya kira Razman terjumlah dalam katogeri anak muda yang kacak juga. Tingginya kira-kira lima kaki, lima inci.
"Siapa yang siapkan dirinya Mail?"
"Emak tirinya"
"Begitulah, jiwa orang perempuan ni halus. Penuh simpati dan rasa kasih sayang yang tidak mengenal batas sempadan, hanya orang
yang nakal saja mengatakan ibu tiri kejam", ujar datuk lagi.
Razman dan Mail duduk di hadapan datuk. Dengan menggunakan kebijaksanaannya datuk mencungkil rahsia dari Razman. Apa yang
menjadi misteri dalam diri Razman terbuka. Dia memberikan pengakuan yang jujur pada datuk. Razman terus memberitahu yang dirinya
mencintai seorang gadis. Gadis yang bekerja sebagai kerani di Jabatan Kerjaraya itu tidak menolak cintanya. Dalam perkataan lain,
mereka saling cinta mencintai. Razman pun membuat persiapan dengan mengumpulkan wang untuk meminang gadis tersebut.
Malangnya orang tua gadis itu tidak merestui cinta mereka dan gadis itu terus ditunangkan dengan seorang pemuda yang menjadi
pegawai disebuah kilang perusahaan di Kamunting. Bertolak dari peristiwa yang tidak pernah diduga oleh Razman itu, menyebabkan dia
menjadi manusia separuh gila. Bagi menghilangkan rasa sepinya, dia mula mencari ganja dan terjumpa Din Taiwan. Din Taiwan lah yang
menggalakkan dirinya supaya membalas dendam. Setidak-tidaknya mencederakan muka kekasihnya atau muka tunang kekasihnya.
"Saya terpengaruh dan menuntut ilmu jahat darinya", kata Razman dengan wajah yang tenang.
Mail gelengkan kepalanya. Ada rasa kesal bermain di wajahnya.
"Sepanjang kau terbaring di sini apa yang kamu rasakan?", tanya datuk.
51 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Saya sebenarnya tidak sakit. Saya berjalan ke mana-mana. Saya makan dan minum"
"Itu hanya perasaan yang kau sangka. Kau sudah jauh dikuasai oleh syaitan", datuk merenung muka Razman.
Mail tunduk merenung lantai. Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala Mail. Angin yang bertiup diluar masuk ke dalam ruang tempat
kami duduk. Razman menguap panjang.
"Mail, dalam hal begini saya tidak salahkan anak awak seratus peratus. Awak siang malam duduk di masjid tetapi awak tidak pernah
ambil tahu tentang diri anak awak. Apakah dia sudah belajar rukun iman, rukun Islam dan sembahyang. Segala-galanya awak serahkan
pada dirinya untuk mengetahui semuanya tanpa perhatian dari awak", ujar datuk.
"Inilah silapnya saya. Saya fikirkan bila dia dah besar dan bekerja dia tahu mencari yang baik"
"Itu satu pendapat yang silap"
"Saya berjanji hal macam ni tak akan berlaku lagi"
Datuk senang sekali mendengar janji dari Mail. Kemudian saya dan datuk pergi ke anjung rurnah. Tidak lama kemudian Razman turut
serta. Datuk memberitahu Razman banyak perkara yang harus dilakukan supaya kekuatan semangat dalam diri Razman dapat dipulihkan
seperti sediakala.
"Semuanya bergantung pada diri kamu. Sama ada kau setuju atau tidak", beritahu datuk pada Razman.
Saya lihat datuk lihat Razman termenung panjang. Sebentar dia gigit bibir dan sebentar pula raba pangkal dagu. Dia bagaikan berada
dalam keadaan serba salah.
"Kalau boleh saya mahu membebaskan diri dari belenggu syaitan", Razman bersuara.
"Atas kerelaan hatimu sendiri?"
"Ya. Atas kerelaan saya sendiri"
Mendengar cakap Razman itu, datuk segera bangun. Dari ruang depan datuk memanggil Mail. Bagaikan kilat Mail datang menemui datuk.
"Biar aku pulihkan semangat anak kamu Mail"
"Memang itulah yang saya harapkan"
"Aku terpaksa tinggal di sini selama tiga hari"
"Lebih dari itu pun tak apa", balas Mail dengan ketawa kecil.
Selama tiga hari tinggal dirumah Mail, datuk menumpukan seluruh perhatian pada diri Razman. Setiap subuh datuk membangunkan
Razman, mengajak sembahyang bersamanya. Datuk juga memberikan beberapa ayat untuk Razman baca selepas menunaikan
sembahyang subuh selama 44 subuh. Pada setiap petang pula, dari pukul lima ke pukul enam. Datuk mengajak Razman berlari
berbatu-batu. Sepanjang masa berlari itu Razman tidak dibenarkan minum kecuali memakan pucuk jambu batu bila terasa letih. Pada
sebelah malamnya, datuk mengajak Razman membaca Surah Yasin hingga jam dua belas malam.
Kemudian barulah Razman disuruh tidur di anjung rumah tanpa menggunakan bantal dan gebar. Pukul tiga pagi, datuk akan
mengejutkan Razman dari tidurnya dan menyuruh Razman mandi. Sesudah mandi, Razman disuruh minum air sejuk sebanyak lima gelas
besar. Waktu makan tengah hari Razman hanya dibenarkan makan nasi tujuh suap, minum air setengah cawan dan memakan ulam-ulam
yang datuk buat dari dedaun kayu. Memang, Razman terasa cukup siksa menjalani rawatan yang datuk lakukan. Bila saya tanyakan pada
datuk, kenapa dia lakukan hal seperti itu pada Razman yang baru sembuh dari sakit, datuk menjelaskan tujuan dia berbuat demikian
untuk mengembalikan tenaga pada diri Razman di samping menguatkan semangatnya serta memulihkan rasa yakin pada dirinya sendiri.
"Ubat yang aku berikan padanya untuk memulihkan perjalanan darah dalam urat-uratnya. Dia terlalu lama baring banyak urat-urat sendi-
nya jadi tegang dan kaku", demikian datuk menjelaskan pada saya.
Selepas tiga hari Razman mengalami rawatan dari datuk, dia kelihatan segar. Tidak banyak mengelamun atau mudah terkejut. Dia
nampak bertambah yakin pada dirinya sendiri. Dan dia mula sedar bahawa yang dirinya adalah hamba Allah yang harus ada kekuatan
dalam hidup. Dan sendi kekuatan setiap orang dalam hidup ini ialah berlandaskan pada ajaran agama Islam yang dianutinya.
Bersandarkan pada itu, Razman merasakan dirinya berada dalam dunia baru yang serba segar. Dia merasakan dirinya cukup tenang bila
sembahyang. Jiwanya terasa bersih dan murni setiap kali dia membaca Surah Yasin. Dalam dunia ini dia merasakan tidak ada yang perlu
ditakutkan kecuali Allah yang Maha Besar dan Maha Mengetahui.
"Bagaimana kau sekarang?", tanya datuk pada Razman ketika mahu meninggalkan rumahnya.
Razman yang petang itu memakai baju Melayu dan kain pelikat tersenyum.
"Saya rasa diri saya cukup aman, tidak ada rasa takut atau bimbang"
"Baguslah, jangan lupakan sembahyang lima waktu. Jauhkan diri kau dari kerja-kerja yang tidak baik. Berusahalah untuk jadi orang yang
berguna pada bangsa dan agama"
"Saya faham. Saya mahu membuat hidup baru"
"Itu yang baiknya", datuk terus menepuk belakang Razman beberapa kali.
Satu peristiwa yang mengejutkan petang itu ialah bila ayah Razman (Mail) memulangkan Razman pada datuk.
"Saya mahu menyerahkan Razman pada awak, kerana awak dia baik dari sakit dan insaf"
"Jangan kata begitu. Bukan kerana saya dia baik. Semuanya kerana Allah, saya cuma beriktiar", datuk tepuk meja.
Mail terkejut dan dia mula sedar tentang kesilapan yang dilakukannya.
52 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Maafkan saya. Saya berhasrat dan memang niat dari mula lagi, kalau sakitnya baik, saya mahu memulangkan pada awak", sambung
Mail teratur tetapi wajahnya nampak pucat sedikit.
Datuk tersenyum.
"Tak apalah, saya saya terima hajat awak tu, mulai hari ini, Razman jadi anak angkat saya", cukup gembira datuk berkata.
Datuk lalu mengeluarkan benang hitam dari sakunya. Benang itu di pintalnya menjadi tali yang kecil. Datuk keluar wang syiling dua
puluh sen. Datuk tebuk lubang wang tersebut. Datuk sarungkan benang hitam bersama wang ke leher Razman macam menyarungkan
kalung ke leher.
"Inilah tandanya kau jadi anak angkat aku Razman, jangan dicabut kecuali dia putus", pesan datuk.
"Saya berjanji", jawab Razman.
Petang itu juga kami meninggalkan Kampung Pinang, pulang ke tempat asal. Seminggu kemudian Razman menemui datuk menceritakan
yang dirinya telah diberhentikan dari Jabatan Ukur. Razman juga menyatakan yang dia berhasrat untuk menjadi Askar Melayu dan
meminta pertolongan dari datuk untuk memenuhi cita-citanya. Kerana Razman bersungguh mahu menjadi Askar Melayu, datuk pun
membawa Razman menemui seorang pegawai Askar Melayu yang tinggal di Kampung Simee, Ipoh. Pegawai Askar Melayu itu berpangkat
Mejar dan berasal dari Negeri Sembilan.
Pegawai itu bernama Abdul Muluk (kalau tak silap) pernah menemui datuk untuk mendapatkan beberapa petua serta amalan untuk
pelindung diri ketika berada di hutan memburu pengganas komunis. Cara kebetulan pula, pegawai itu memang orang yang bertanggung
jawab memilih anggota Askar Melayu yang baru. Syarat yang diperlakukan pada setiap orang yang mahu menjadi anggota Askar Melayu
ada pada diri Razman. Mejar Abdul Muluk terus membawa Razman menemui pegawai atasnya. Usaha itu berjaya dan Razman pun
mengikuti latihan menjadi Askar Melayu.
Malangnya, semasa menjalankan tugas, Razman terkorban apabila ditembak pengganas komunis. Jenazah Razman pulang ke
kampungnya dan datuk turut serta mengkebumikan jenazah anak angkatnya. Sejak kematian anak angkatnya itu, datuk lebih banyak
menghabiskan masanya ditanah perkuburan Razman. Kadang-kadang bila bertemu dengan kawan-kawan rapatnya, datuk melahirkan
rasa bangganya atas kematian anak angkatnya yang berjuang mempertahan tanahair dari ancaman pihak komunis.
Pagi itu, matahari bersinar dengan terangnya. Saya sudah mengorek lebih kurang dua puluh lubang untuk menanam anak-anak pisang
mas, walaupun hari baru pukul sebelas pagi. Kerja saya terganggu bila saya terdengar suara datuk memanggil nama saya dari tepi
sempadan. Saya berlari ke arah datuk. Terasa juga penatnya berlari di atas tanah seluas dua ekar itu. Terpaksa berlari-Iari dengan
hati-hati, kalau tersepak tunggul getah pasti tersembam ke bumi. Kalau tidak kena caranya, dahi boleh berdarah. Tanah milik datuk
terletak dalam mukim Buruk Bakal.
Jaraknya dari jalanraya Kuala Kangsar-Simpang Tiga, kira-kira satu batu. Kira-kira setengah batu dari tanah datuk ialah kaki gunung
yang bersambung dengan banjaran Titiwangsa. Menurut kata datuk, banjaran gunung itu memisahkan sempadan Perak dengan negeri
Pahang.
"Aku rasa ada orang yang mahu datang ke sini. Kita bersembunyi mana tahu kalau yang datang orang komunis", kata datuk sambil
membawa saya dekatnya.
Datuk ketika itu masih lagi memegang hujung kayu yang dicacakkan ke tanah. Dengan perantaraan kayu yang tercacak itu, datuk dapat
mengetahui sama ada manusia atau binatang buas akan datang ke kawasan tanahnya.
"Petuanya mudah saja, kau cari pokok kayu sebesar ibu kaki yang daunnya lebat kearah matahari terbit dan pucuknya pula menghala ke
arah matahari jatuh, kau potong dan tanamkan ke bumi arah mata angin yang datang. Tanam kira-kira setengah kaki, kau lekapkan
telinga kau pada batangnya, nanti kau akan dengar tapak kaki binatang. Kalau manusia kau akan dengar suaranya", datuk mencurahkan
petua orang tua-tua pada saya.
Tanah milik datuk itu pada mulanya ditanam dengan pokok-pokok getah. Kerana pokok getah sudah tua dan tidak dapat mengeluarkan
susu yang banyak, datuk tebang dengan tujuan untuk di tanam pokok pisang. Peluh terus membasihi badan datuk dengan dan badan
saya. Angin yang bertiup tidak dapat menghilangkan rasa panas di badan kami.
"Mari", kata datuk dan terus menarik tangan saya.
Kami terus bersembunyi di bawah rimbunan pokok serunai laut. Waktu saya mahu bersila di situ, tiba-tiba seekor ular tedung panggukan
kepala. Saya jadi cemas.
"Jangan bergerak", bisik datuk pada saya.
Dan saya lihat datuk mengambil daun serunai laut lalu diramasnya hingga hancur. Datuk tepuk tanah, serentak dengan itu ular tedung
terus meluru ke arahnya. Cepat-cepat datuk membalingkan daun serunai laut yang diramasnya ke arah ular tedung tersebut. Ular itu
bagaikan terpukau di situ. Datuk terus mengarahkan kedua biji matanya ke mata ular tedung. Datuk pukau ular tedung yang berbisa itu
dengan kuasa matanya dengan badannya di atas tanah.
"Bergerak", ujar datuk, ular itu bergerak dan terus merebahkan badannya atas tanah.
"Bangun", perintah datuk.
Ular itu bangun.
"Jangan kacau kami. Kami mahu menumpang sebentar, tidak mahu membinasakan kamu"
Saya lihat ular itu bagaikan faham dengan apa yang datuk katakan. Datuk menyuruh ular itu pergi ke bawah rimbunan pokok serunai
laut. Ular itu patuh dengan arahan datuk, menyusur perlahan-Iahan arah ke selatan hingga hilang dari pandangan saya dan datuk.
"Meniarap", kata datuk pada saya.
Saya pun rebahkan badan dan datuk juga berbuat demikian. Saya lihat beberapa ekor semut api dan belalang merayap atas daun serunai
laut. Bunyi deru angin jelas kedengaran bersama dengan bunyi ranting-ranting kering jatuh ke bumi.
53 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
Tags: siri sbdj, jilid sbdj
1 comment share
CHAPTER LIST
(Jilid 02) Siri 37: Terkena Badi Belibis Jan 22, '09 11:09 AM
by Zelda for group komunitisbdj
Matahari terus memancar. Sesekali terdengar suara burung tekukur dan merbuk tingkah meningkah didahan kayu. Beberapa monyet liar
berlompatan dari dahan ke dahan. Lama juga kami meniarap, saya sudah merasa bosan dan lemas. Maklumlah mencium bau daun dan
tanah.
"Mereka sudah hampir", kata datuk.
Saya angkat kepala, toleh kiri, toleh kanan. Tidak ada batang tubuh manusia yang lihat. Saya lihat muka datuk. Dia senyum dan dia
bagaikan tahu apa yang bergolak dalam diri saya.
"Cuba renung ke depan", bisik datuk.
Saya pun renung ke depan. Dari celah-celah daun serunai laut itu, saya lihat tiga manusia datang kearah kami. Dua daripadanya
membawa senapang kampung laras dua. Seorang lagi membawa kayu bulat kira-kira enam kaki panjangnya. Sambil melangkah mereka
merenung ke kiri dan ke kanan macam mencari sesuatu. Akhirnya, mereka terus duduk atas tanah datuk.
"Keluar", kata datuk.
"Ke mana?" tanya saya.
"Rapat pada mereka"
"Merbahaya tu tok"
"Kau ni suka sangat bantah cakap orang, ikut saja sudahlah", datuk mula marah dan menarik saya keluar dari bawah rimbunan daun
serunai laut.
Datuk suruh saya berdiri sambiI meletakkan tapak tangan kanan atas bahagian punggung.
"Jatuhkan tangan itu dan melangkah perlahan-Iahan", perintah datuk saya patuhi.
Kerana kami melangkah begitu hati-hati dan datang pula dari arah belakang, ketiga-tiga manusia yang duduk itu tidak sedar kami sudah
menghampiri mereka. Datuk pura-pura batuk. Ketiga-tiga manusia itu melompat dan terkejut besar. Salah seorang daripada mereka
menghalakan muncung senapang itu.
"Kerana awak berniat mahu menembak lepaskan tembakan itu", kata datuk.
Orang itu tergamam melihat wajah datuk yang dibasahi peluh. Senapangnya terlepas dari tangan, datuk terus menyambarnya. Melihat
senapang sudah berada di tangan datuk, kawannya yang seorang lagi jadi cemas. Kawannya itu merasakan keselamatan dua orang
kawannya dalam bahaya dan tanpa berfikir panjang orang itu menghalakan hujung senapangnya ke arah datuk lalu menarik pemetik
senapang. Senapang itu tidak berbunyi dan mengeluarkan peluru walaupun pemetiknya ditarik berkali-kali. Melihat keadaan yang ganjil
itu, orang itu jadi cemas. Mukanya pucat.
"Saya tidak berniat jahat pada awak semua. Kenapa mahu menembak kami? Awak bertiga masuk ke tanah saya", beritahu datuk pada
orang ketiga.
Mereka berpandangan sesama sendiri. Datuk memulangkan senapang di tangannya kepada orang yang berhak.
"Saya bukan musuh. Saya bukan komunis yang mesti awak takutkan", tambah datuk lagi.
Saya lihat orang bertiga menarik nafas panjang. Mereka bersalam dengan datuk minta maaf. Datuk pula minta mereka melepaskan
tembakan ke udara kerana menurut datuk, peluru senapang itu harus dikeluarkan kerana itu adalah merupakan niat dari tuan punya
senapang. Kalau tidak dilepaskan senjata itu akan memakan tuannya sendiri. Berpandukan pada petua datuk itu, kedua lelaki yang
memiliki senapang berlaras dua melepaskan tembakan. Gema dari tembakan itu menguasai seluruh kawasan di pinggir banjaran gunung
Titiwangsa yang mengakibatkan monyet-monyet liar bertiampiaran lari, melompat dari dahan ke dahan. Dedaun getah muda dan tua
berguguran. Suasana di kawasan tersebut jadi haru-hara.
Bila suasana sudah tenang, datuk pun mengajak ketiga-tiga orang itu bersila di atas tanah. Kerana kami ada membawa air kopi dan
goreng pisang datuk pun menjamu mereka. Rasa kemesraan terjalin antara kami dengan orang bertiga.
Saya merenung ke arah lelaki yang berbadan tegap, berambut panjang dengan parut besar melintang atas dahinya. Dia kelihatan resah
tidak menentu macam ada sesuatu yang dibimbangkannya. Tetapi, dua orang lagi kawannya tidak begitu resah atau bimbang.
"Ceritakan pada saya", datuk mengajukkan pertanyaan pada orang yang berbadan tegap itu. Orang itu kerutkan dahinya lalu memandang
kepada dua orang kawannya. Dan kawannya memberikan isyarat supaya menjawap apa yang di soal datuk.
"Kami mencari kawan kami yang ghaib tiba-tiba waktu menembak burung belibis", lelaki berbadan tegap membuka rahsia.
Datuk anggukkan kepala sambil melihat langit yang cerah dan bersih.
"Di mana?"
"Di kolam dekat kaki gunung waktu senja"
54 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Bila hilangnya?"
"Kira-kira dua hari yang lalu"
"Awak semua ni dari mana?"
"Kami dari Talang, Kuala Kangsar"
"Jauhnya mencari burung belibis"
"Ada orang yang diberitahu kami di situ tempat burung belibis mandi senja"
Datuk menarik nafas panjang. Datuk menikam-nikam tanah dengan ranting getah. Orang bertiga itu melihat sahaja telatah datuk. Wajah
orang bertiga itu jadi pucat bila datuk memberitahu mereka, sejak lepas perang Jepun, sudah tujuh orang ghaib di kaki gunung itu
kerana menembak burung belibis. Kehilangannya tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun.
"Masuk kawan awak ini, sudah jadi lapan orang", ujar datuk sambil menyapu peluh yang berkumpul dipangkal dagu dengan tapak tangan
kiri. Orang bertiga berpandangan sesama sendiri. Saya melihat ke arah lubang yang baru saya korek.
"Kalau kami tak jumpa, kami nak buat sembahyang ghaib", mendadak sahaja orang berbadan tegap bersuara sambil menggosok laras
senapangnya.
Saya tahu bila datuk merenung awan berarak, ertinya dia mencari ke arah mana tiupan angin itu menuju. Datuk tersenyum, dia sudah
menemui apa yang di carinya.
"Awak semua berhajat benar nak menemui kawan awak yang hilang tu", tanya datuk minta kepastian.
"Memang berhajat. Kami mahu mencari mayatnya untuk disempurnakan pengebumiannya sebagai seorang Islam. Pihak warisnya
berharap benar pada kami mencarinya", jawab orang berbadan tegap.
Belibis ialah sejenis burung yang bentuk badannya hampir serupa dengan itik biasa. Tetapi ukurannya lebih kecil. Biasanya terbang
berkawan dan mencari makan di bekas-bekas lombong dan paya yang terpencil. Dagingnya boleh dimakan oleh orang Islam dan rasanya
lebih kurang macam daging ayam hitam.
Datuk terus berpeluk tubuh. Rapatkan kedua belah matanya dan mulutnya membaca sesuatu. Datuk bertafakur lebih kurang dua minit.
Dia muka mata kembali, renung wajah orang bertiga dengan tenang.
"Sebenarnya kau orang masuk kawasan orang lain. Kawan yang hilang tu namanya Usman, ada isteri dan anak. Satu anaknya bekerja
sebagai kerani Jabatan Parit dan Taliair di Kuala Kangsar, umurnya baru 32 tahun", demikian datuk memberi keterangan tentang orang
yang hilang. Orang bertiga besar mengakui apa yang datuk katakan itu memang benar.
"Apa dia ditawan oleh komunis?" tanya orang berbadan tegap.
"Tidak, ada di kawasan kolam tinggal tu"
"Masih hidup lagi ke?"
"Susah nak cakap", balas datuk sambil tersenyum.
Datuk dan orang bertiga mengadakan perundingan dan datuk pula bersedia memberikan khidmatnya untuk membantu mereka. Supaya
kerja yang akan dilakukan berjalan lancar, datuk mengajak mereka tinggal di rumah datuk. Tawaran datuk itu mereka terima. Datuk pun
mengadakan rundingan kilat dengan orang bertiga. Datuk bersedia memberikan khidmatnya bagi mengatasi masalah yang mereka
hadapi. Tawaran dari datuk yang tidak pernah mereka duga itu amat mengembirakan mereka.
"Kita akan mencari orang yang ghaib tu dua hari lagi. Kita mulakan pada sebelah petang dan kita mesti berada di tepi kolam tempat
belibis turun sebelum waktu senja", datuk meluahkan rancangan pada orang yang tergonggok di hadapannya.
Ada beberapa persediaan yang perlu datuk adakan. Orang bertiga itu perlu dibekalkan dengan beberapa tangkal tertentu bagi
menghindarkan diri mereka dari diresapi semangat penunggu kolam. Lebih kurang pukul satu petang, kami pun sampai dirumah. Datuk
menyuruh orang bertiga mandi di sungai. Saya terus memberitahu nenek supaya memasak nasi dan sayur lebih dari bisa. Ada tetamu
baru yang harus di jamu makan sampai kenyang.
Bila selesai sembahyang Zuhur, kami pun terus makan. Memang enak makan pucuk ubi bersama gulai lemak pucuk labu dan nasi dari
padi huma. Lepas makan saya terus tersandar di dinding rumah. Datuk menyuruh salah seorang dari orang bertiga itu pulang ke
tempatnya untuk memberitahu pada orang-orang ditempatnya yang diri mereka berada dalam keadaan selamat.
"Biarlah saya saja yang pergi", orang yang berbadan tegap itu menawarkan diri.
Tidak ada bantahan dari kawan-kawannya yang lain. Orang itu pun segera berangkat dengan janji dia akan sampai kerumah datuk
sebelum tengah hari keesokannya. Lepas sembahyang Asar, datuk terus mengajak kenalan barunya berborak di bawah pokok manggis.
Sedang asyik berborak, dua orang anak muda datang menemui datuk. Datuk terkejut dengan kedatangan anak muda yang tidak di
kenalinya itu. Rasa terkejutnya itu segera hilang dari dari hati datuk, bila salah seorang anak muda itu memperkenalkan dirinya sebagai
Abdul Rahman Hitam datang dari Parit Terachi, Negeri Sembilan.
"Kami sebenarnya mengelilingi tanah semenanjung dengan berbasikal, singgah ke sini nak jumpa Mohammad Ramli, kawan saya
sama-sama belajar di Ipoh dulu",kata Abdul Rahman Hitam yang berbadan kurus.
"Di Ipoh belajar dimana?",soal datuk.
"Trade School, macam Ramli"
"Macam mana tahu rumah ini?"
"Ikut alamat yang diberi oleh Ramli"
"Ramli itu cucu saya, dia baru dua hari pergi ke Segamat"
55 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Apa halnya?"
"Kerja. Dia jadi juruteknik rendah JKR di sana"
Abdul Rahman Hitam termenung panjang. Rasa hampa terbayang di wajahnya. Datuk terus menepuk bahu kanan Abdul Rahman dua
kali, sambil menjeling ke arah kawannya yang duduk atas bangku panjang bawah pokok manggis.
"Sabarlah. Satu hari nanti kau akan berjumpa juga dengannya", ujar datuk.
"Dia kawan baik saya, dah lama kami tak jumpa", keluh Abdul Rahman sambil menggigit ibu jari kiri.
Datuk pun memperkenalkan saya dengan Abdul Rahman Hitam. Datuk memberitahu padanya, saya adalah salah seorang daripada
cucunya yang dipelihara sejak berusia sebulan. Dan Abdul Rahman memberitahu saya, dia salah seorang pekerja syarikat lombong besi
iaitu EMMCO di Bukit Besi, Terengganu. Dia dihantar oleh syarikat tersebut belajar ke Trade School Ipoh mengikuti kursus jurutera
selama tiga tahun. Di Ipoh dia berkenalan dan berkawan rapat dengan sepupu saya Mohammad Ramli. Bila dia tamat belajar dia terus
berhenti dari menjadi pekerja dengan syarikat tersebut.
Abdul Rahman mahu meneruskan cita-cita mengelilingi dunia dengan basikal dan mahu menetap di Jerman Barat di samping
meneruskan pelajarannya di bidang kejuruteraan. Tidak lama Abdul Rahman bercakap dengan datuk dan saya, kira-kira satu jam sahaja.
Kemudian Abdul Rahman Hitam dan kawannya meneruskan perjalanan ke utara. Bila selesai mengelilingi tanah semenanjung, dia akan
mengelilingi dunia pula.
Tetapi sejak petang itu cerita tentang diri Abdul Rahman Hitam tidak saya ketahui. Apakah dia berjaya dalam cita-citanya atau dia masih
hidup lagi kini, saya pun tidak tahu. Malah, sepupu saya pun tidak pemah menyebut tentang dirinya.
"Dia anak muda yang bercita-cita besar", kata datuk pada saya sebaik sahaja Abdul Rahman dan kawannya meninggalkan kawasan
rumah.
Suasana petang itu cukup damai. Langit cerah dan angin bertiup lemah tetapi, mampu menggugurkan daun-daun manggis yang tua.
Datuk mengajak dua orang kenalannya itu pergi menjala ikan di sungai untuk di buat lauk makan malam. Kenalannya itu setuju. Saya
dengan nenek pula pergi ke sawah melihat dan memetik buah terung dan mentimun yang ditanam atas batas bendang. Sebelum
menjelang waktu Maghrib kami berkumpul kembali di rumah.
Pada sebelah malam membawa ke waktu subuh datuk menghabiskan masanya dengan membaca Al-Quran. Pada sebelah paginya, datuk
mengajar kedua kenalannya cara membaling buluh runcing supaya tepat pada sasarannya. Menurut datuk, perkara itu perlu untuk mere-
ka bila masuk ke dalam hutan kelak. Datuk tidak mahu mereka menggunakan besi jika berhadapan dengan binatang buas.
Masa yang ditetapkan pun tiba. Datuk sudah pun mengikat benang hitam bercampur putih pada pergelangan tangan kiri kedua orang
kenalannya, manakala kenalan yang berbadan tegap pula datuk gantungkan benang hitam bercampur putih di lehernya.
"Kau aku jadikan harapan", kata datuk pada lelaki yang berbadan tegap itu.
Datuk menyerahkan pada mereka buluh kuning sepanjang tiga kaki, tiap seorang. Datuk melihat matahari di langit. Dia membaca
sesuatu dan melangkah tiga tapak ke depan lalu memacakkan buluh kuning yang dibawanya kesitu. Datukpun menyukat bayang buluh
itu dengan tapak kaki kanannya. Dia merenung wajah saya dan orang bertiga dengan tersenyum.
"Dah pukul lima lebih, eloklah kita pergi, semua barang-barang dah siap?", datuk mengajukan pertanyaan pada lelaki yang berbadan
tegap.
"Dah", jawab lelaki itu.
"Periksa lagi sekali. Kita terpaksa bermalam dalam hutan, kalau tak kena caranya, kita pula yang sesat"
"Ah, seram juga dengarnya. Biarlah saya periksa"
Lelaki berbadan tegap itu terus memeriksa barang-barang yang akan dibawa sekali lagi. Dia yakin, semua barang yang diperlukan oleh
datuk sudah ada. Tetapi datuk tidak puas hati, dia sendiri memeriksa barang-barang itu bagi kali terakhir.
"Saya puas hati", katanya pada kami.
Tanpa banyak bicara datuk meninggalkan pesan pada nenek, kalau dia tidak pulang dalam masa tiga hari, dia minta nenek memberitahu
orang-orang kampung supaya mencarinya. Nenek berjanji akan melaksanakan semua pesan datuk, dan nenek memberikan doa selamat
atas keberangkatan rombongan kami pada petang itu.
Bila sampai kegigi hutan, datuk menyuruh lelaki berbadan tegap dan berambut panjang jadi kepala jalan. Pada mulanya lelaki berbadan
tegap itu enggan memenuhi permintaan datuk dengan memberi berbagai-bagai alasan.
"Jangan takut, aku tak membiarkan kamu susah, aku ada bersama kamu. Aku ingat kamu ikut saja cakap aku ni. Kamu sudah biasa
datang ke sini, ini lebih memudahkan kita, cepat sampai ke tempat yang dituju," suara datuk mula keras.
"Saya ..... saya"
"Usah berdalih lagi. Jalan saja. Kalau aku jadi kepala jalan lambat sampai nanti. Semua kerja kita tak menjadi"
"Baiklah"
Lelaki berbadan tegap yang berambut panjang itu membawa kami masuk ke kawasan hutan sebelah kanan. Saya mula terasa sukar
untuk melangkah. Kaki saya selalu sahaja tersepak akar-akar kayu. Pokok-pokok besar yang terdapat di situ semuanya dililit oleh akar
yang berjuntaian, sesekali saya melihat ular daun memanjat akar menuju ke dahan pokok besar.
Nyamuk mula terasa menggigit muka dan telinga, manakala pacat hutan berkeliaran di daun-daun kayu dan cuba memanjat tubuh kami.
Bunyi burung-burung hutan yang bersahutan membuat bulu tengkuk saya meremang. Beberapa ekor pelanduk melompat-Iompat di
celah-celah perdu pokok besar.
"Jangan anaiyakan binatang itu, dia mahu hidup," pesan datuk bila dia melihat lelaki berbadab tegap mahu melontarkan buluh runcing
ke arah binatang terse but.
56 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
Lelaki berbadan tegap itu segera minta maaf pada datuk. Matahari bertambah condong. Perjalanan menjadi bertambah sukar. Lelaki
berbadan tegap dua tiga kali tersungkur akibat tersepak akar kayu.
"Jauh lagi ke ?", tanya datuk pada lelaki berbadan tegap.
"Tak jauh lagi, lebih kurang lima rantai dari sini"
"Tak apalah," balas datuk sambil meneruskan perjalanan.
Tiba-tiba lelaki berbadan tegap itu berhenti melangkah. Mukanya pucat dan undur mendapatkan datuk. Keadaan jadi kelam kabut
sebentar. Seekor harimau duduk mencangkung di hadapan kawasan yang akan kami lalui. Datuk tersenyum dan memaksa lelaki
berbadan tegap itu mara. Ternyata lelaki berbadan tegap itu tidak berdaya melangkah. Dia jatuh terjelupuk. Kedua orang kawannya
bersedia untuk lari tetapi dihalang oleh datuk. Perbuatan datuk itu menimbulkan kemarahan pada mereka dan mereka menghalakan
buluh runcing kearah datuk.
"Awak berdua jangan nak buat kurang ajar dengan saya", datuk mula marah.
Saya menggigit bibir dan terus duduk di pangkal pokok besar sambil memerhati dengan teliti kearah harimau. Saya lihat harimau itu
menjelirkan lidahnya dan terus menguap.
"Awak nak anaiyakan kami!", jawap salah seorang dari mereka.
"Anaiya apa, saya nak tolong awak"
"Harimau ada di depan awak suruh pergi"
"Apa salahnya?" ,
"Awak nak suruh kami mampus!", pekik orang itu lalu merodokkan buluh runcing ke perut datuk.
Buluh runcing itu tidak dapat menembusi perut datuk. Orang itu jadi serba salah. Bila orang itu mencuba merodok perut datuk untuk kali
yang kedua, harimau yang ada di hadapan melompat dan terus merebahkan orang itu ke bumi.
"Jangan", pekik datuk.
Harimau itu tidak jadi mencakar muka orang itu dengan kukunya. Datuk menepuk kepala harimau itu dua tiga kali. Saya lihat harimau itu
dengan penuh manja menjilat lengan datuk.
"Kau tahu aku ke sini", kata datuk.
Harimau itu goyangkan ekornya sambil mengesel-geselkan badannya pada kaki datuk.
"Merbahayakah aku ikut sini?", tanya datuk pada harimau.
Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh datuk. Dia mengaum dengan perlahan lalu memusingkan kepalanya
dari arah matahari terbit ke arah matahari jatuh.
"Kita ikut arah yang ditunjukkannya", kata datuk pada saya.
Datuk menyuruh lelaki yang mahu menikamnya dengan buluh runcing bangun. Begitu juga dengan lelaki yang berbadan tegap. Kali ini
saya lihat gerak-geri lelaki bertiga itu kian bersopan dan menghormati datuk. Mereka tidak berani memandang wajah datuk. Saya tidak
tahu apakah perbuatan itu kerana malu atau kerana mereka takut pada datuk.
"Biar aku jadi kepala jalan, kalau ada diantara kita berniat jahat, jangan marahkan saya bila menerima padahnya", datuk mengingatkan
lelaki bertiga. Mereka diam dan tunduk.
"Untut, kau jaga kami dan bawa kami ikut jalan selamat", kata datuk.
Harimau yang berada beberapa ela di hadapan datuk segera menghampiri datuk dari rusuk sebelah kiri. Harimau itu mencium badan
datuk dan menjilat tangan kiri datuk sebelum berlari ke depan semula. Kami terus mengekori harimau itu. Sebaik sahaja sampai ke satu
kawasan lapang harimau itu terus ghaib. Datuk berdiri di kawasan lapang itu sambil merenung ke kiri dan ke kanan. Kiri kanan kawasan
lapang itu di tumbuhi oleh pokok -pokok buluh.
"Kita dah sampai", secara mendadak sahaja lelaki berbadan tegap bersuara.
Dia terus berdiri dekat datuk. Tiba-tiba kami terdengar kokok ayam hutan bertalu-talu. Daun-daun buluh yang tua berguguran meskipun
angin tidak bertiup ketika itu. Saya merenung di bahagian kawasan lapang yang ditumbuhi pokok-pokok buluh. Ternyata pokok-pokok
buluh itu bersambung dengan kawasan hutan yang tebal hingga ke kaki Gunung Titiwangsa.
"Mana kolamnya?", datuk menyoal lelaki berbadan tegap.
"Mari kita ke hadapan lagi", jawabnya.
Datuk pun mengikutinya. Saya mula terasa sakit pada pergelangan kaki. Badan mula terasa letih tetapi saya paksakan juga melangkah
menuju ke tempat yang di cari.
"Disini", jerit lelaki berbadan tegap.
Dan saya melihat sebuah kolam terbentang di hadapan mata dengan airnya yang cukup jernih. Di permukaaan kolam terdapat pokok
teratai dan kiambang terapung-apung. Anak-anak ikan yang melompat mencipta alun kecil yang menghempas pada batang teratai.
Suasana terasa nyaman dan sunyi sekali. Datuk segera memerintahkan kami mencari tempat yang sesuai untuk tempat duduk. Datuk
dan lelaki berbadan tegap itu terus mengelilingi kolam tersebut. Sesekali saya terdengar suara harimau mengaum yang memberikan
keyakinan pada saya bahawa kami berada dalam keadaan yang selamat.
Saya lihat langit yang terbentang. Awan berselisih bersama pancaran matahari yang membekalkan keadaan yang samar-samar di sekitar
kawasan kolam.
57 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Pukul berapa?", tanya saya pada salah seorang kenalan datuk yang duduk dekat saya. Orang itu segera melihat jam tangannya.
"Lagi lima minit pukul enam setengah", katanya.
"Kalau di luar keadaan tak macam ini"
"Tentulah kita sekarang berada di tengah hutan, pokok-pokok besar ini melindungi sinar matahari"
"Betul cakap awak tu", tingkah saya.
Kami berbalas senyum. Kawannya yang seorang lagi membakar ranting-ranting kayu untuk di buat unggun. Asap yang datang dari
unggun itu menghalau nyamuk dari menggigit kami. Datuk dan lelaki tegap tu masih lagi mengelilingi kolam. Saya terus duduk
mencangkung macam Cina kalah judi. Saya masih memikirkan bagaimanakah rupa dan bentuk burung belibis itu. Tanpa saya sedari,
datuk dan lelaki berbadan tegap itu sudah berdiri di belakang saya. Datuk merenung ke tengah kolam macam mencari sesuatu. Semua
orang yang berada di situ diam tidak berkata melihat keadaan datuk.
"Di mana hilangnya?", tanya datuk pada lelaki berbadan tegap.
"Di situ", lelaki berbadan tegap itu menunjuk ke arah sebuah busut jantan yang tidak jauh letaknya dari perdu buluh.
Datuk anggukkan kepala. Datuk mengeliat dan menguap panjang, kemudian terus duduk dekat perdu buluh. Datuk termenung panjang
di situ. Suasana yang tenang dan damai itu dipecahkan oleh bunyi suara azan. Kami berpandangan sesama sendiri. Kami tidak tahu dari
arah mana suara azan itu datang. Bila suara azan itu ghaib, datuk segera bangun menuju ke bibir kolam. Datuk benamkan tangan kirinya
ke dalam air kolam kira-kira dua tiga minit. Datuk buat tidak kisah tentang suara azan yang didengarinya itu.
"Kalau siapa nak mandi boleh mandi, tapi jangan pergi jauh", ujar datuk pada kami.
Dia terus memacakkan buluh kuning yang di bawanya dalam kolam. Datuk terus basuh muka sambiI mulutnya bergerak-gerak macam
membaca sesuatu. Keadaan di sekitar kawasan kolam bertukar dari samar-samar menjadi gelap. Bunyi burung-burung hutan mula
kedengaran tingkah meningkah antara satu sama lain. Datuk terus memandang ke arah saya dan kawan-kawannya.
"Siapa yang mahu mandi, silalah turun", suara datuk lembut.
Tidak ada seorang pun yang mahu memberi jawapan atas pertanyaan datuk itu, masing-masing membatu dengan wajah cemas. Datuk
pun beredar dari bibir kolam, berdiri dekat unggun api.
"Kalau mahu mandi, jangan lepas dari kawasan buluh yang aku pacakkan tu", tambah datuk sambil membuka baju.
"Saya tak mahu mandi", tiba-tiba lelaki berbadan tegap bersuara.
Dan dua orang lagi rakannya juga memberikan jawaban yang sama. Datuk tersenyum sambiI membuka seluar dan membelitkan kain
basahan ke pinggangnya. Datuk terus terjun ke dalam kolam. Setelah selesai mandi dan menyarungkan kain dan baju ke tubuhnya,
datuk terus ambil air sembahyang. Bila melihat datuk berbuat demikian kami terus ambil air sembahyang.
Kami pun sembahyang Maghrib dan datuk jadi imamnya. Tidak ada sesuatu pun yang mengacau kami ketika itu. Bila selesai memberi
salam, saya lihat ada harimau duduk tertungguk berhampiran perdu buluh. Bila datuk selesai membaca doa, harimau tersebut terus
ghaib. Datuk tukar pakaian. Dia menyarungkan seluar dan baju hitam ke tubuhnya. Datuk lilit kepalanya dengan kain merah dan
mendongakkan kepalanya ke langit, melihat langit dan awan kira-kira dua tiga saat.
"Kau yakin tempat ini belibis turun?", soal datuk pada lelaki berbadan tegap.
Lelaki itu anggukkan kepalanya. Datuk kerutkan kening, dia terasa sudah cukup lama menanti, sedangkan belibis tidak juga turun
bermain dalam kolam. Datuk terus berpeluk tubuh sebentar. Sepasang matanya tertumpu kepada air kolam yang tenang itu.
"Baiklah, kita mulakan sekarang. Jangan ada di antara kamu menegur apa yang aku buat", datuk mengeluarkan perintah dan dia terus
duduk bersila.
Kami pun segera mencari tempat duduk yang sesuai. Datuk terus menekan bumi dengan ibu jari kiri. Tiga kali berturut-turut dia
melakukan perkara itu. Kemudian datuk pun meletakkan kedua lengannya atas kepala lutut kiri dan kanan. Mulutnya membaca sesuatu
dan kedua belah matanya dirapatkan. Datuk menumpukan seluruh pancainderanya ke alam ghaib. Anehnya, saya lihat datuk berkali-kali
menggelengkan kepalanya dan berusaha dengan sedaya upayanya menyatukan seluruh perasaannya dengan alam ghaib. Wajah datuk
terus berpeluh.
Suara burung hantu mula kedengaran. Pokok-pokok buluh bergoyang dengan sendirinya macam dilanda ribut besar. Bermacam jenis
suara mula kedengaran. Ada suara orang bertempik, ada suara orang membaca syair bersama paluan gendang. Bila suara itu hilang,
seekor ular sawa sebesar batang kelapa merayap di hadapan kami. Ular sawa itu menuju kearah datuk lalu membuka mulutnya di
belakang datuk. Badan datuk bagaikan berada dalam rahang ular itu. Manakala bahagian badan ular pula melingkari kawasan datuk
duduk, tetapi, datuk tidak menghiraukan semuanya.
Kenalan datuk yang bertiga tidak dapat berkata apa-apa, wajah mereka pucat. Beberapa saat kemudian ular itu ghaib. Air dalam kolam
pula berkocak. Kemudian berhenti, suasana kembali aman. Tidak ada sebarang keganjilan berlaku. Semuanya seperti keadaan biasa.
Datuk berhenti dari tugasnya. Datuk nampak resah sekali, wajahnya yang dimandi peluh nampak merah. Saya terus menyuruh lelaki
berbadan tegap menyalakan lampu gasolin. Tergesa-gesa dia membuka bungkusan yang di bawanya. Dia keluarkan lampu gasolin dan
minyak tanah lalu memasangnya. Cahaya gasolin menerangi seluruh kawasan tanah lapang. Datuk menggaru pangkal kening kirinya
berkali-kali. Sesekali dia merenung ke arah busut jantan.
"Susah. Dia sudah tidak bernyawa lagi", keluh datuk.
Tags: siri sbdj, jilid sbdj
3 comments share
CHAPTER LIST
58 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
(Jilid 02) Siri 38: Suara Azan Dalam Kolam Jan 29, '09 4:47 AM
by Zelda for group komunitisbdj
"Dapat mayat nya pun jadilah", sahut lelaki berbadan tegap.
Datuk angguk kepala dan tersenyum dalam cahaya gasolin yang memancar garang.
"Baiklah, kalau dah begitu hajat kamu", nada suara datuk cukup lembut.
Dia menyuruh saya memadamkan lampu gasolin.
"Memadailah dengan cahaya unggun saja", bisiknya pada saya.
Datuk bangun dan terus menghentak tumitnya ke bumi berkali-kali. Datuk menggigit bibirnya sambil melangkah tiga tapak ke depan dan
undur tiga tapak. Kemudian berdiri macam patung dengan kedua belah tangannya terletak atas dada.
"Ada kamu dengar sesuatu?", datuk bertanya pada kami.
"Tak ada", jawab kami serentak.
Datuk menggigit jari. Saya lihat apa yang datuk lakukan semuanya tidak kena. Macam ada sesuatu yang menghalangnya. Datuk terus
bertafakur beberapa saat. Akhirnya, dia membongkok dan menumbuk bumi sebanyak tiga kali berturut-turut. Bunyi bumi yang ditumbuk
oleh datuk jelas kedengaran. Lepas itu tidak ada apa yang kedengaran lagi. Tiba-tiba saya terdengar bunyi suara burung. Saya terus
toleh kiri dan toleh kanan. Bila saya melihat kearah kolam, dada saya berdebar-debar. Seluruh kolam itu sudah dipenuhi dengan burung
belibis. Burung-burung itu mandi sambil membelai bulunya dengan asyik.
Datuk masih bertafakur. Mulutnya bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Suara orang mengilai kedengaran lagi. Pokok-pokok sekitar
kolam mula bergoyang dirempuh angin. Serentak dengan itu terdengar suara gadis membaca ayat-ayat suci. Bila suara gadis itu hilang,
seekor burung belibis hitam terbang dipermukaan air dan akhirnya hinggap diatas dahan pokok yang menjulur ke atas kolam. Angin pun
berhenti bertiup. Mata burung belibis yang bertenggek atas dahan itu bagaikan merenung ke arah kami.
Dari atas dahan itu burung belibis hitam terbang ke arah busut jantan dan hinggap di situ. Datuk masih lagi membaca sesuatu. Seluruh
badannya dibasahi peluh. Saya terus menahan nafas, saya tidak mahu bunyi tarikan nafas saya akan mengganggu datuk yang sedang
menjalankan tugasnya. Malam pekat terus menguasai sekitar kawasan kolam.
Burung belibis yang hinggap di busut jantan terus hilang dari pandangan mata saya. Bunyi bising mula kedengaran bercampur dengan
suara petir, bumi bagaikan bergegar. Saya terus berdoa semoga jangan terjadi gempa bumi atau puting beliung. Saya lihat datuk mula
bergerak kearah busut jantan. Kami bergerak mengikut datuk dengan hati-hati. Kami menarik nafas panjang. Di atas busut jantan
tertonggok satu lembaga yang besar. Duduk bersila dengan kedua belah tangannya mendakap dada. Lembagayang berkulit hitam tanpa
baju itu bagaikan sedang menghening cipta atau bertafakur.
Datuk terus mara ke arahnya. Lebih kurang dalam jarak lima kaki darinya datuk terus berhenti. Kami jadi resah . Tetapi, tidak seorang
pun yang berani menyatakan keresahan masing-masing.
"Pergilah ke kolam itu semula, tepuk airnya tujuh kali kemudian sapukan ke muka, dengan berbuat begitu saja mayat orang yang hilang
itu akan timbul", kami terdengar suara lelaki.
Suara itu parau dan bernada keras. Saya yakin suara itu keluar dari mulut datuk. Rasa ragu yang timbul di hati saya itu segera hilang.
Suara itu adalah suara lembaga yang duduk atas busut jantan tetapi, telah di pindahkan ke dalam diri datuk. Ertinya datuk sudah berjaya
mempersatukan perasaannya dengan alam ghaib. Seterusnya kami dapat mendengar percakapan yang terjadi antara datuk dengan
lembaga itu seperti berikut.
"Ada lagi yang mahu aku pinta padamu"
"Apa dia, cakaplah sekarang"
"Kami mohon keselamatan diri orang-orang yang datang ke sini. Janganlah diri mereka dianaiya"
"Boleh. Dengan syarat jangan menembak atau membunuh rakyat aku. Kalau mahu, minta cara baik"
"Bagaimana caranya?"
"Sebelum menembak atau menangkap rakyat aku, sembelih kambing dan darahnya buang ke dalam kolam"
"Baik"
Bila suara itu tidak kedengaran lagi, datuk terus menampar dada sebelah kanan tiga kali. Lembaga di atas busut jantan terus hilang dari
pandangan kami. Datuk tergesa-gesa meraba kedua belah kelopak matanya, bagaikan orang yang baru sedar dari tidur.
"Kita turut saja apa yang diperintah oleh orang di sini", kata datuk kepada kami.
Dia menyuruh saya menghidupkan lampu gasolin. Perintahnya itu saya ikut. Bila lampu gasolin sudah menyala, seluruh kawasan itu
terang benderang. Burung-burung belibis yang tadinya penuh satu kolam sudah tidak kelihatan lagi . Air kolam nampak tenang dengan
pokok-pokok teratai dan kiambang di permukaannya. Kerana waktu Isyak masih ada, kami terus menunaikan sembahyang Isyak dan
imamnya tetap juga datuk.
Lepas sembahyang, kami merebahkan badan dan terus tidur. Datuk menghabiskan masa malam dengan membuat amalannya. Dia
berdoa dan membaca Surah Yasin. Selepas menunaikan sembahyang subuh, datuk terus melakukan senaman. Bila matahari mula terbit
di kaki langit, kami sudahpun berkumpul dibibir kolam. Datuk akan melakukan upacara menepuk air kolam tersebut.
"Bersedialah. Kalau buruk yang datang kita tentang, kalau baik yang datang kita tatang", ujar datuk sambil duduk mencangkung di bibir
kolam.
Rasa sejuk menguasai seluruh badan kami. Dengan hati-hati datuk pun menepuk air di kolam. Tepukan itu menimbulkan gelombang di
59 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
permukaan kolam, pokok-pokok teratai dan kiambang bergerak ke sana ke mari, bersama hembusan angin yang cukup kuat. Bila datuk
menyapukan air kolam ke mukanya, gelombang dan angin yang bergemuruh itu terus berhenti. Kemudian datuk menyuruh kami
menepuk air di kolam dan menyapu ke muka masing-masing. Bila upacara itu selesai datuk terus duduk di tepi kolam sambil mulutnya
berkomat-kamit membaca sesuatu. Lebih kurang sepuluh minit datuk berbuat demikian, tiba-tiba mengapung tubuh manusia
dipermukaan kolam.
"Usman, mayat Usman", pekik lelaki berbadan tegap.
Dia segera mahu masuk ke dalam kolam. Datuk segera menahan dengan menolaknya ke belakang. Lelaki berbadan tegap itu jatuh ke
atas bumi. Muka datuk jadi merah. Marah benar dia dengan perbuatan lelaki itu, memang pantang tujuh keturunan pada datuk jika ada
orang lain mahu mendahului kerja-kerjanya.
"Kalau aku yang memulakannya, biarlah aku yang menyelesaikan semuanya", nada suara datuk cukup keras.
Dia pun menyingsing lengan dan melipatkan kaki seluarnya. Mata datuk tertumpu pada mayat yang terapung atas permukaan kolam.
Datuk segera membuka kain yang mengikat kepalanya. Kain itu diletakkannya atas bahu kanan. Dengan tenang datuk turun ke dalam
kolam. Air dalam kolam mula bergelombang. Pancaran matahari pagi yang menikam permukaan kolam menimbulkan cahaya kilau
kemilau pada gelombang air yang membentuk bulatan kecil. Datuk terus berenang mendapatkan mayat yang terapung. Lelaki gagah
yang jatuh di tolak oleh datuk tadi segera bangun, dia mengarahkan kawan-kawannya supaya membuat pengusung. Saya tidak mahu
membantu mereka. Saya lebih senang melihat tindak-tanduk datuk yang berada dalam perut kolam.
Datuk terus menarik mayat Usman ke tepi kolam. Dengan bantuan orang bertiga, mayat Usman diletakkandi atas pengusung. Untuk
mengusung mayat ke tepi jalan raya bukanlah satu perkara yang mudah.
"Begini saja, biarkan mayat itu di situ, kita pulang sekarang", datuk mengeluarkan perintah yang ganjil.
Muka orang bertiga nampak cemas. Tetapi, mereka tidak berani bertanya kenapa datuk berbuat demikian. Datuk menyuruh kami keluar
dari kawasan kolam itu dahulu. Kami patuh pada perintahnya. Ketika kami melintasi pokok besar di tengah kawasan hutan, kami bertemu
dengan seekor harimau yang melangkah gagah, tanpa merenung ke arah kami.
Harimau itu menuju ke kawasan kolam. Bila kami sampai ke tepi jalan raya, mayat Usaman sudah berada di situ. Datuk berdiri tidak jauh
dari mayat tersebut, bercakap dengan beberapa orang anggota Pasukan Polis Hutan. Bila saya memeriksa kawasan tempat mayat Usman
diletakkan, saya tersua dengan tapak kaki harimau. Saya senyum sendirian. Datuk meminta pertolongan dari rakan karibnya bagi
mengatasi masalah yang dihadapinya. Datuk menghampiri kami. Datuk terus memberitahu kami, Pasukan Polis Hutan itu mahu masuk
ke dalam hutan untuk melancarkan gerakan mencari Usman yang hilang.
Salah seorang adik Usman yang bertugas sebagai guru sekolah di Kuala Kangsar telah mengadu kepada polis atas kehilangan abangnya
itu. Salah seorang pegawai Pasukan Polis Hutan menemui datuk. Mereka berjabat salam dan mempamirkan senyum masing-masing di
bawah sinaran matahari pagi yang cerah.
"Saya ASP Mualim Hamid", dengan keramahan, pegawai yang berbadan tegap dan berkumis rapi memperkenalkan dirinya pada datuk.
Mayat Usman yang terkapar di bibir jalan terus ditutup dengan kain pelikat oleh kawan-kawannya.
"Anak orang mana?", tanya datuk.
"Orang Kota Bharu, Kelantan. Tetapi ayah saya berasal dari Perak"
"Dari daerah mana tu nak?"
"Saya kurang periksa pula tu"
"Bukan apa-apa. Ada saudara sepupu isteri saya yang merantau ke Kota Bharu. Orang dari Kampung Gurap dekat Ipoh. Menurut
ceritanya tinggal di Daerah Kubang Krian dan membuka perusahaan batik di situ"
"Menarik juga ceritanya. Tak pernah jumpa dia?"
"Belum pernah. Tetapi saudara maranya ramai di sini iaitu anak buah abangnya, Uda Lanca"
"Cubalah cari di sana"
"Memang ada niat di hati tu kalau panjang umur nanti sampailah saya. Saya nak cari anak-anak atau cucunya", kata datuk pada pegawai
Pasukan Polis Hutan itu.
Datuk dan ASP Mualim Hamid terus menemui kawan-kawan Allhyarham Usman. Datuk dan ASP Mualim Hamid bercakap-cakap dengan
mereka. Kemudian ASP Mualim Hamid menghubungi pegawai Polis Daerah Dinding (sekarang Manjung) di Lumut.
"Sekejap lagi mayat ini akan dihantar ke tempatnya dengan kereta polis", beritahu ASP Mualim Hamid kepada datuk.
ASP Mualim Hamid terus memerintahkan anak buahnya masuk ke dalam dua buah trak yang berhenti di situ. Datuk pun menghantar ASP
Mualim Hamid ke jipnya. Sebelum jip itu bergerak, lagi sekali ASP Mualim Hamid bersalaman dengan datuk. ASP Mualim memberikan
alamat rumahnya kepada datuk.
"Kalau ada masa lapang datanglah ke rumah saya di Hulu Kinta. Boleh kita bercerita panjang", kata ASP Mualim Hamid dari dalam jip.
"Tengoklah, kalau ada rezeki dan panjang umur, sampailah saya ke rumah anak", balas datuk dengan tenang.
Ketiga-tiga buah kenderaan yang membawa anggta Pasukan Polis Hutan terus bergerak. ASP Mualim Hamid dan anak buahnya
melambai-Iambaikan tangan kepada kami. Kami membalasnya dengan rasa bangga. Datuk menghampiri mayat Usman. Kemudian datuk
menyuruh orang yang berbadan tegap dan kawannya mengangkat mayat Usman untuk diletakkan di tempat yang redup.
Lebih kurang pukul sepuluh pagi, sebuah jip polis tiba. Dua orang polis meluru keluar. Mereka terus menuju ke tempat mayat Usman.
Datuk terus menghampiri pemandu jip. Datuk bercakap dengannya sebentar. Datuk menarik pengusung dari belakang jip dengan dibantu
oleh pemandu jip yang berkulit agak cerah. Tingginya lebih kurang sama dengan tinggi datuk. Datuk dan pemandu jip membawa alat
pengusung ke tempat mayat Usman. Mayat Usman pun diletakkan atas pengusung dan di bawa ke dalam perut jip.
60 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Awak tak pergi sarna?" tanya pemandu jip pada datuk.
"Tidak. Kawan-kawannya boleh tunjukkan tempatnya", balas datuk sambil menepuk bahu pemandu jip itu. Dua tahun kemudian saya
mendapat tahu nama anggota polis yang menjadi pemandu jip itu ialah Mior Hassan. Ayah kepada kartunis dan novel Mishar dan
penyanyi terkenal Sohaimi Meor Hassan.
"Saya doakan selamat sampai", ujar datuk lagi.
Pemandu jip itu tersenyum dan terus menghidupkan injin jipnya. Beberapa saat kemudian jip itu meninggalkan kami. Suasana di situ
terasa sunyi, tidak banyak kenderaan yang lalu di situ. Saya dan datuk terus pulang. Sampai di rumah, nenek menyambut kami di kepala
tangga dengan wajah yang agak sugul. Datuk tidak bertanya pada nenek kenapa dia berkeadaan demikian. Datuk terus pergi ke sungai.
Datuk mandi dan membersihkan badannya. Lepas menunaikan sembahyang Zuhur datuk dan saya terus makan. Selesai sahaja makan,
datuk terus berehat di anjung rumah sambil membuka beberapa buah kitab agama.
Saya terus baring di ruang tengah rumah membilang atap serta melihat beberapa ekor kupu-kupu sesat yang masuk ke rumah.
Kupu-kupu itu berlegar-Iegar disitu mencari jalan ke luar. Nenek terus mendekati datuk. Duduk berhadapan dengan datuk. Tergesa-gesa
datuk menutup kitab yang dibacanya.
"Apa yang awak susahkan ni", datuk mengajukan pertanyaan sambil meraba pangkal kening kirinya beberapa kali. Nenek menarik nafas
panjang. Wajah datuk direnungnya lama-lama.
"Apa yang awak risaukan? Cakaplah dengan saya", soal datuk lagi. Nenek garu pangkal lehernya berkali-kali. Kerongkongnya bagaikan
tersekat untuk memperkatakan sesuatu kepada datuk. Saya bangun terus menghampiri datuk dan nenek. Wajah mereka saya tatap.
Temyata mereka dalam keresahan.
"Semalam ada orang datang mengugut kita semua. Kalau awak campur dalam urusan mereka", nenek bersuara lemah.
"Siapa orangnya?"
"Saya tak kenal, mereka datang berdua. Badan mereka tegap-tegap belaka"
"Apa katanya?"
"Kalau awak menolong Kiai Muslih, mereka nak bunuh kita semua. Mereka nak bakar kita hidup-hidup"
Datuk menarik nafas panjang setelah meridengar keterangan dari nenek. Datuk sandarkan badan pada dinding. Datuk merenung keluar,
melihat pangkal pokok mempelam di halaman rumah yang di panah matahari petang. Saya lihat datuk kerutkan keningnya macam
mengingati sesuatu. Datuk cuba mengingati orang-orang dimusuhinya. Datuk gelengkan kepala, sepanjang ingatannya tiada orang yang
dimusuhinya.
"Siapa mereka?", tanya datuk pada nenek.
"Saya tak kenaI"
"Lupakan saja. Tidak ada manusia yang mati kerana sumpah dan ugutan"
"Tapi kita kena berjaga-jaga"
"Saya faham", datuk bersuara lemah. Datuk bangun dan terus turun dari rumah. Saya mengikuti datuk yang duduk di bangku panjang di
bawah pokok manggis. Datuk termenung panjang di situ. Datuk menekan-nekan bumi dengan ibu jari kaki kirinya. Tiba-tiba datuk
menepuk pangkal paha kirinya tiga kali berturut-turut.
"Aku tahu dan aku ingat siapa Kiai Muslih", kata datuk dengan tekanan suara yang meninggi.
Dia terus berdiri dan memeluk tubuhnya erat-erat. Sepasang mata datuk merenung tajam ke hadapan. Datuk merapatkan kelopak
matanya perlahan-Iahan sambil menarik nafas. Dadanya nampak berombak dan kedua belah bahu dan kedua belah cuping telinganya
bergerak-gerak sendiri. Datuk membuka matanya. Muka datuk saya lihat berpeluh.
"Siapa Kiai Muslih, tuk?" tanya saya.
"Dia kawan aku satu masa dulu. Orangnya baik dan kuat beribadat. Pelik kenapa orang memusuhinya", keluh datuk sambil menggosok
pangkal hidungnya hingga merah.
Datuk terus mengelilingi pokok manggis dua tiga kali, macam mencari sesuatu. Dahinya masih berkerut. Saya hanya melihat sahaja
telatah datuk. Kemudian datuk mencari arah angin datang.
"Mari", datuk menarik tangan saya.
Pada mulanya saya menduga datuk akan mengajak saya pergi kekawasan tanah yang agak tinggi. Dugaan saya tidak tepat. Datuk
mengajak saya masuk ke rumah. Datuk kembali membaca kitab-kitab agama hingga menjelang waktu Asar. Lepas sembahyang Asar,
datuk kelihatan resah tidak menentu. Keresahan itu berlanjutan hingga waktu Maghrib dan Isyak. Semua yang di buatnya serba tidak
kena. Macam ada sesuatu yang besar mengganggu dirinya.
"Kiai Muslih baik orangnya", keluh datuk sambil menggigit ibu jari kanannya. Waktu itu sudah pukul sebelas malam.
"Tamar"
"Kenapa tuk?"
"Kau tidur dekat tuk malam ini"
"Baik tuk"
Saya pun membentangkan tikar mengkuang di anjung rumah. Kemudian nenek memberikan saya sebiji bantal. Saya terus merebahkan
badan. Datuk terus membaca Quran. Tiba-tiba datuk berhenti membaca Quran. Dia merenung ke arah saya.
61 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Ingat, bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas dan mengucap dua kalimah syahadah dan hadapkan badan kamu ke kiblat, barulah kau
tidur"
"Baik tuk", saya pun patuh dengan apa yang diperintahnya.
Dalam beberapa detik saya terus terlena. Lebih kurang pukul tiga pagi datuk kejutkan saya. Bila saya buka mata, saya lihat datuk sudah
memakai baju hitam dan seluar hitam. Kepalanya sudahpun dililit dengan kain merah sebesar dua jari.
"Ke mana tuk?"
"Jangan banyak cakap, ikut sahaja cakap aku"
"Tuk marahkan saya?"
"Aku tak marah cuma menegur aja", balas datuk dengan ketawa kecil.
Saya senang hati kerana berjaya mengusik datuk. Wajahnya yang kelihatan serius sudah berubah. Wajah datuk nampak manis bila
ketawa, meskipun kulit pipinya sudah berkedut. Dengan langkah yang tenang saya ikut datuk keluar dari rumah. Suasana terasa amat
sepi sekali. Badan terasa cukup dingin. Dalam keadaaan subuh yang damai itu, saya dan datuk menuju ke kawasan tanah lapang yang
agak tinggi kedudukannya dari tanah sekelilingnya. Datuk terus duduk bersila di atas tanah itu. Saya duduk sebelah kanannya. Datuk
lekapkan tapak tangan kanan ke dada sebelah kiri. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Datuk terus bangun dan berdiri tegak
menghadap ke arah barat daya. Suasana cukup sepi. Tetapi langit kelihatan begitu cerah. Saya lihat kabus mula bangkit di kawasan yang
agak rendah. Kedua belah cuping telinga saya terasa sejuk di sentuh angin.
"Kiai Muslih, Kiai Muslih", datuk bersuara.
Tidak ada apa-apa yang kedengaran kecuali bunyi deru angin yang datang dari arah barat daya. Datuk tarik nafas panjang.
"Kiai Muslih, Kiai Muslih", ulang datuk lagi.
"Ya, kenapa?" saya terdengar suara.
Saya tidak dapat mempastikan dari arah mana suara itu datang. Saya renung kiri kanan, hadapan belakang kalau kalau ada manusia
yang muncul di situ. Tidak ada orang lain selain daripada kami.
"Kau sihat sekarang Muslih?"
"Sihat"
"Keadaan kampung kamu bagaimana?"
"Kemarau panjang"
"Boleh aku datang ke sana?"
"Memang itu yang aku harapkan. Sudah dua kali aku menghubungi kau dengan angin, tapi tak berjaya"
"Macam mana kau tahu aku ada di sini."
"Tiba-tiba saja hati aku tergerak dan ada alamat yang menunjukkan kau mahu bercakap dengan aku, kerana itu aku cari tempat yang
sesuai untuk bercakap dengan kau"
"Hajat kita sudah ditunaikan oleh Allah"
"Syukurlah pada-Nya"
"Baiklah Kiai Muslih, esok aku datang"
Saya terpegun melihat keadaan yang serba aneh itu. Memang ganjil dua manusia yang duduk berjauhan boleh bercakap dengan
perantaraan angin.
"Balik", saya terkejut.
Apa yang saya fikirkan dalam kepala semuanya hilang. Saya tergesa-gesa bangun dan melangkah mengikut langkah datuk yang begitu
cepat. Tetapi, saya tetap berazam mahu bertanya pada datuk berhubung dengan peristiwa yang berlaku itu. Hati saya cukup gembira.
Tanpa di duga sesudah sembahyang subuh dan mandi embun, datuk menceritakan pada saya apa yang dilakukannya itu adalah jalan
terakhir dalam usahanya untuk membantu seorang kawan.
"Bercakap dengan perantaraan angin tak boleh dilakukan selalu, kecuali sudah terdesak terutama waktu darurat", kata datuk.
"Kenapa begitu tuk?"
"Banyak amalan yang mesti dibuat sebelum melakukannya dan orang yang kita lawan bercakap pula mestilah tahu petua dan syarat.
Orangnya mesti warak, jiwanya mesti bersih"
"Saya faham tuk."
Pagi itu, nenek melepaskan kami dengan iringan airmata. Nenek bimbang kalau langkah kami pagi itu, merupakan langkah terakhir.
Nenek tidak mahu datuk menemui ajal di tempat orang. Kalau boleh biarlah datuk menghembuskan nafas terakhirnya di rumah.
"Usah bimbang, kita pergi bukan mencari lawan, niat kita baik. Kalau sudah ajal itu lainlah", datuk memujuk nenek.
"Tapi, orang tu dah beri amaran"
"Ajal maut bukan di tangan manusia. Kau harus tahu Allah yang lebih berhak dan berkuasa"
"Entahlah", suara nenek cukup lemah.
62 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
Tetapi hatinya terus berdoa pada Allah semoga kami selamat pergi dan selamat pulang. Kami sampai di kampung Kiai Muslih yang
terletak di daerah Sungai Manik kira-kira pukul lima petang. Kiai Muslih yang berasal dari Pakalungan, Jawa Tengah menyambut
kedatangan kami dengan tangan terbuka. Menurut datuk Kiai Muslih datang ke Tanah Semenanjung sekitar tahun tiga puluhan. Sebelum
menetap di daerah Sungai Manik dia pemah tinggal di Johor.
"Bagaimana sekarang Kiai?"
"Alhamdulillah, saya setakat ini masih sihat"
"Cucu perempuan awak dah besar sekarang?"
"Dah jadi anak dara. Sudah bertunang dengan orang di Langkap"
"Siapa namanya?"
"Suariati"
"Tunangnya orang Jawa juga ke?"
"Tidak dengan orang Banjar"
"Ingat dulu, nak dijodohkan dengan cucu saya"
"Tak ada jodoh, carilah cucu saya yang lain"
Sebaik sahaja Kiai Muslih selesai bercakap, datuk terus ketawa sambil menjeling ke arah saya. Petang itu juga Kiai Muslih membawa
datuk dan saya melawat ke kawasan sekitar kampungnya. Saya dapati parit dan sungai semuanya kering kontang, tanah sawah kelihatan
gersang dan merekah. Menurut Kiai Muslih, sudah tiga bulan hujan tidak turun. Tetapi penduduk-penduduk di situ tidak menghadapi
masalah untuk mendapatkan air minum kerana pihak Jabatan Kerjaraya yang berpusat di Teluk Intan membekalkan air sehari dua kali
iaitu pada sebelah petang dan pagi. Air yang dikhaskan untuk diminum itu juga digunakan untuk membasuh dan mandi. Masalah besar
yang dihadapi oleh para penduduk ialah tanah sawah yang menjadi punca rezeki mereka tidak dapat diusahakan.
Saya dan datuk hanya dapat menyatakan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa penduduk di situ. Datuk juga berjanji pada
Kiai Muslih untuk berikhtiar bagi mengatasi masalah tersebut. Pada sebelah malamnya, datuk dan Kiai mengadakan perundingan untuk
mengajak para penduduk mengadakan sembahyang hajat. Belum pun Kiai Muslih memberi kata putus mengenai cadangan datuk itu,
seorang penduduk mengetuk pintu rumah Kiai Muslih. Cepat-cepat Kiai Muslih membuka pintu.
"Kenapa?", tanya Kiai Muslih pada orang yang datang.
"Ketua kampung suruh berkumpul di dewan, ada mesyuarat"
"Dah malam baru mengadakan mesyuarat, kenapa tak buat pada sebelah siang?"
"Saya tak tahu. Kalau mahu ikut datang ke dewan, jangan banyak cakap", balas orang yang datang lalu menghilangkan diri.
Datuk dapat mempengaruhi Kiai Muslih untuk patuh dengan arahan ketua kampung itu. Tanpa membuang masa lagi, kami terus menuju
ke dewan. Waktu kami sampai di dewan orang sudah ramai berkumpul di bawah sinaran tiga buah lampu gasolin. Tidak sampai dua minit
kami duduk di dalam dewan, ketua kampung pun tiba dan terus memberikan ucapan. Ketua kampung meminta orang yang hadir
memberikan pandangan untuk mengatasi masalah kemarau panjang yang melanda kampung mereka. Sebaik sahaja ketua kampung
berhenti bercakap, Kiai Muslih terus bangun dan berkata:
"Masalah hujan sebenamya adalah kekuasaan Allah. Tetapi Allah juga telah memberikan fikiran dan akal pada manusia untuk berikhtiar
supaya tidak menyerah diri begitu saja pada alam", Kiai Muslih berhenti bercakap.
Dia merenung setiap wajah yang ada di dalam dewan.
"Kita sebagai manusia wajib berikhtiar dan berusaha untuk menguasai alam demi untuk meneruskan hidup kita, berjaya atau tidaknya
terletak pada kuasa Allah. Anehnya, bila saya mengajak tuan-tuan berusaha semuanya tidak mahu", Kiai Muslih menambah.
Tiba-tiba perhatian orang yang ada di dalam dewan tertumpu ke arah seorang anak muda yang secara mendadak menumbuk dinding
dewan. Anak muda itu meluru ke tengah dewan. Berdiri di situ.
"Orang tua ini menyuruh kita berdoa. Dari dulu lagi dia suruh kita berbuat demikian. Apa dengan berdoa hujan boleh turun dari langit",
kata anak muda dengan suara yang cukup lantang.
Orang yang berada dalam dewan berpandangan sama sendiri. Tetapi ketua kampung anggukkan kepala seolaholah bersetuju dengan
pendapat anak muda itu. Kiai Muslih kelihatan tenang sambil meraba-raba janggutnya.
"Allah Maha Pemurah", balas Kiai Muslih dengan penuh keyakinan.
"Allah selalu memperhatikan doa orang yang takwa serta beriman", tambah Kiai Muslih.
Seorang penduduk bangun lalu bertanya, "Apa yang patut kita lakukan Kiai?"
Belum pun sempat Kiai Muslih memberikan jawapan, datuk segera berkata:
"Bagi mereka yang percaya dan yakin, marilah kita melakukan sembahyang Istisqa untuk memohon pada Allah supaya segera diturunkan
hujan rahmat, hujan yang memberikan air kehidupan pada manusia, insyallah permintaan kita akan dikabulkan"
Anak muda yang menumbuk dinding segera merenung ke wajah datuk.
"Awak siapa?"
"Saya kawan Kiai Muslih"
"Awak tahu ini bukan urusan awak"
63 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Saya tahu, apa awak tidak sedar sesuatu yang baik memang dituntut oleh Allah untuk dilakukan oleh umatnya"
Anak muda itu terdiam mendengar kata-kata dari datuk. Ketua kampung segera menyuruh anak muda itu duduk. Setelah diadakan
perbincangan selanjutnya, mesyuarat pun ditamatkan dengan dua kumpulan. Kumpulan pertama orang yang mahu melakukan
sembahyang Istisqa. Kumpulan kedua orang yang tidak mahu melakukannya yang terdiri dari orang yang tidak ada pendirian dan jarang
melakukan ibadah. Kumpulan kedua ini diketuai oleh anak muda dan ketua kampung yang menganjurkan pada orang-orang kampung
supaya menggali telaga dan kolam sebanyak-banyaknya untuk mengatasi masalah kemarau. Pada waktu yang dijanjikan, kedua
kelompok ini menjalankan rancangan masing-masing.
Sembahyang memohon hujan turun dilakukan di halaman surau kampung tersebut. Yang bertindak selaku imam ialah Kiai Muslih sendiri.
Manakala kelompok anak muda membawa cangkul ke tengah sawah menggali kolam dharurat. Beberapa hari kemudian, terdapat
tanda-tanda hari akan hujan. Langit kelihatan mendung dan gerimis mula turun yang diikuti kemudiannya dengan hujan yang amat
lebat. Semua penduduk merasa gembira menyambut kedatangan hujan terutama mereka yang melakukan sembahyang tempohari.
Tags: siri sbdj, jilid sbdj
4 comments share
CHAPTER LIST
(Jilid 02) Siri 39: Dendam Orang Sabar Feb 6, '09 7:01 AM
by Zelda for group komunitisbdj
Selama satu minggu saya dan datuk berada di kampung Kiai Muslih, boleh dikatakan hari-hari hujan turun. Kalau tidak sebelah pagi,
sebelah petang pasti hujan. Orang-orang mula mengerjakan sawah masing-masing. Walaupun masalah kemarau yang melanda kampung
itu sudah berakhir, tetapi Kiai Muslih meminta datuk tinggal disitu untuk beberapa bulan lagi. Kiai Muslih menjadikan datuk teman
rapatnya untuk mengajar agama di beberapa buah kampung sekitar daerahnya.
"Kenapa datuk terima permintaannya?",saya menyoal datuk pada suatu pagi.
Datuk tersenyum dan memberitahu saya, dia terpaksa berbuat demikian kerana dia merasakan keselamatan diri Kiai Muslih tidak
terjamin. Tetapi, datuk sendiri tidak dapat mencari siapakah orang yang mahu menjahanamkan diri Kiai Muslih.
"Alamat dan petua yang aku pakai bagaikan memberitahu sesuatu yang tidak baik. Apa salahnya kita tengok dan lihat dulu Tamar. Lagi
pun Kiai Muslih tu orang berilmu, banyak yang boleh aku belajar darinya", demikian datuk memberitahu saya. Dan saya tidak
membantah apa juga kemahuan datuk.
Sepanjang masa saya dan datuk tinggal di rumah Kiai Muslih, ternyata rumahnya tidak putus-putus di kunjungi oleh para penduduk.
Mereka datang menemui Kiai Muslih dengan berbagai-bagai maksud. Kebanyakan yang datang itu adalah orang-orang sakit dan sudah
puas menemui doktor tetapi, sakit yang di tanggung tidak juga mahu sembuh. Bila mereka menemui Kiai Muslih dengan izin Allah
penyakit yang di rawat itu terus sembuh. Biasanya, Kiai Muslih akan memberikan orang yang sakit itu minum air sejuk yang sudah
dijampinya terlebih dahulu. Kemudian tangannya bergerak sendiri mencari bahagian-bahagian yang sakit. Bila sudah bertemu,
disempurnakan dengan membaca ayat suci dari Al-Quran.
Kemudian pesakit itu akan diubat dengan ramuan tradisional. Perbuatannya itu seperti tidak masuk di akal. Tetapi anehnya, kebanyakan
pesakit yang dirawatnya sembuh atau bertambah kurang penyakitnya. Kerana kebolehannya yang luar biasa itu, Kiai Muslih amat
dihormati oleh para penduduk disitu, dia dianggap sebagai orang tua yang berilmu tinggi. Saya amat kagum dengan sikap Kiai Muslih
yang tidak pernah membesarkan diri. Dia amat menghormati datuk. Melihat keadaan itu, mustahil ada orang lain yang mahu memusuhi
dirinya.
"Aku gagal mengubat dan memulih semangat seorang lelaki di Tanjung Malim", Kiai Muslih mengadu pada datuk.
"Apa sakitnya?"
"Bila bulan terang dia akan menjerit, penyakitnya cukup ganjil. Aku yakin dia dirasuk syaitan. Rumahnya besar dan pada setiap malam
dia tidur dengan perempuan cantik. Aku harap kau dapat menolong aku"
"Tengoklah dulu"
"Aku harap benar-benar pertolongan kau"
"Begini saja, minggu depan kita kesana", datuk memberikan jawapan.
Kiai Muslih cukup gembira sambil memandang ke halaman rumahnya. Datuk mengeliat lemah dan saya melihat jam di tangan. Sudah
pukul tiga petang. Kerana keadaan cuaca agak baik, Kiai Muslih mengajak datuk melihat tanah sawahnya. Datuk memenuhi permintaan
itu. Ketika berjalan di tepi sawah itu, anak muda yang mempersendakan Kiai Muslih muncul di hadapan kami. Anak muda itu terus
menahan perjalanan kami. Dia rapat pada Kiai Muslih.
"Pinangan saya di tolak, apa kurangnya saya dengan anak muda dari Langkap tu", nada suara anak muda itu keras.
"Suriati yang tidak mahu. Lagi pun jodoh kau dengannya tak ada"
"Suadahlah muka sial", anak muda itu terus meninggalkan kami. Kiai Muslih masih tersenyum menghadapi peristiwa itu.
Dua hari kemudian sesudah peristiwa di tepi sawah itu terjadi, penduduk-penduduk kampung Kiai Muslih jadi gempar. Seorang wanita
berusia dalam lingkungan tiga puluhan ditemui mati di pinggir sawah. Seluruh badannya hitam. Perempuan malang itu ialah sepupu
dengan anak muda yang mempersendakan Kiai Muslih di dewan dulu.
Serentak dengan itu tercetus khabar-khabar angin yang mengatakan perbuatan itu dilakukan oleh Kiai Muslih. Orang yang tidak
bertanggungjawab menyebarkan berita itu mengatakan, Kiai Muslih memelihara syaitan dan perbuatannya itu dilakukan sebagai
membalas dendam pada anak muda yang menjatuhkan air mukanya di khalayak ramai. Golongan yang tidak bertanggungjawab itu lalu
64 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
mengapi-apikan anak muda yang sememangnya memusuhi Kiai Muslih, supaya melakukan sesuatu. Anak muda yang sudah hilang
perhitungan itu lalu bertindak liar. Anak muda itu terus mendatangi rumah Kiai Muslih. Kerana Kiai Muslih tidak ada di rumah, anak muda
itu terus memukul isteri Kiai Muslih kemudian menikam cucu Kiai Muslih iaitu, Suriati hingga mati.
Anak muda itu terus mencari Kiai Muslih yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari kedai. Anak muda itu tanpa berkata
sepatah apa pun terus menikam Kiai Muslih. Kiai Muslih rebah ke bumi. Saya dan datuk secara kebetulan pula tidak pulang bersama Kiai
Muslih dari kedai petang itu. Bila kami sampai ke tempat kejadian itu, Kiai Muslih masih bernyawa. Kami segera membawanya ke rumah.
Sampai di rumah Kiai Muslih mendapati cucunya sudah tidak bernyawa lagi dan kepala isterinya berdarah. Datuk terus merawat Kiai
Muslih.
Datuk juga menasihatkan Kiai Muslih supaya bersabar. Saya disuruh oleh datuk supaya tinggal di rumah Kiai Muslih kerana datuk mahu
melaporkan kejadian itu pada pihak berkuasa. Saya terus duduk disisi Kiai Muslih yang terbaring di dalam rumahnya. Tiba-tiba saya
terkejut, Kiai Muslih bangun. Mukanya merah. Dia boleh berjalan macam orang sihat.
"Kau uruskan bersama datukmu jenazah cucu aku", katanya pada saya.
"Mahu ke mana ?", tanya saya.
Kiai Muslih tidak menjawap dan terus keluar rumah. Kehilangan Kiai Muslih merunsingkan hati datuk. Walaupun isterinya sudah dihantar
ke Hospital Teluk Intan dan jenazah cucunya sudah di kuburkan, Kiai Muslih tidak juga muncul-muncul. Kesempatan itu digunakan
dengan sebaik-baiknya oleh pihak yang menyebarkan fitnah. Kononnya Kiai Muslih melarikan diri kerana tidak sanggup menghadapi
kemarahan orang kampung terhadap perbuatannya. Datuk menafikan semua tuduhan itu, akibatnya datuk dituduh bersuhabat sama
dalam kerja terkutuk itu. Datuk di beri kata dua untuk membuktikan kebenaran cakapnya itu dalam tempoh dua hari oleh ketua
kampung. Jika datuk gagal, ketua kampung minta datuk dengan hormatnya keluar dari kampung tersebut.
"Tamar, inilah ujian yang berat buat aku, kita harus menggunakan kesempatan ini dengan sebaik-baiknya Tamar", kata datuk pada saya,
sebaik sahaja dia pulang dari menemui ketua kampung kira-kira pukul dua petang.
Selepas sembahyang Zuhur di kampung tersebut, datuk terus menuju ke rumah Kiai Muslih. Dia terus duduk bersila di anjung rumah
tersebut. Kedua belah tapak tanganya terlekap atas tempurung lututnya. Datuk bertafakur.
"Keimanan Kiai Muslih tercabar, sabarnya sudah hilang. Dia mahu membalas dendam yang sepatutnya tidak boleh dilakukan olehnya,
kemarahan yang dipengaruhi syaitan sudah menguasai dirinya", dengan mendadak datuk bersuara, wajahnya kelihatan muram. Datuk
mengajak saya pergi ke arah kawasan bukit yang terdapat di situ. Cuaca yang tadi terang mula muram dengan awan hitam di langit.
Datuk dan saya terus meredah hutan tebal. Akhirnya, kami sampai di situ kawasan lapang. Di atas batu besar kelihatan Kiai Muslih duduk
bersila bertafakur.
"Mantera hitam, mantera putih bersatulah", kedengaran suara Kiai Muslih. Kemudian Kiai Muslih menumpukan kekuatan batinnya,
menyatukan rasa dengan alam. Dari mulutnya terkeluar bermacam-macam mantera yang kian lama kian keras diucapkannya.
"Kiai berhentikan perbuatan itu, kau sudah dipengaruhi syaitan", jerit datuk berkali-kali.
Kiai Muslih mempersetankan larangan datuk. Dia terus membaca manteranya. Awan hitam di langit semakin menebal dan guruh mula
bersahut-sahutan. Datuk menggunakan kekuasaaan batin untuk menghubungi diri Kiai Muslih. Saya lihat dahi datuk berpeluh dan
mukanya merah, macam udang kena bakar. Tiba-tiba datuk tersungkur atas bumi macam dihentak sesuatu. Saya mula resah tidak
menentu. Dalam keadaan yang cemas itu hujan pun turun bersama dengan petir. Hujan bagaikan dicurah-curah lakunya, cukup lebat
bersama dengan angin dan petir. Datuk saya lihat bergerak dan merangkak ke perdu pokok besar. Saya mengikutinya berteduh di situ.
Datuk menangis tersedu-sedu. Dia tidak putus-putus menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan Kiai Muslih yang terburu-buru itu.
"Semuanya sudah menjadi bubur Tamar, aku tidak berdaya menahan kemarahan orang yang paling sabar", ujar datuk dalam sedu sedan
yang memanjang.
Hujan lebat terus mencurah-curah, beberapa kawasan rendah mula dinaiki air. Menjelang waktu Maghrib seluruh kampung dilanda banjir
besar. Gelombang banjir yang besar itu menghancurkan apa saja yang merintanginya. Kiai Muslih terus membaca manteranya tanpa
mempedulikan hujan dan petir yang meledak di atas kepalanya. Datuk masih juga berusaha untuk memulihkan semangat Kiai Muslih ke
alam nyata. Datuk menggunakan segala kepandaian yang ada pada dirinya. Usahanya gagal. Saya sudah menggigil, kulit badan terasa
kecut tetapi, datuk saya lihat tidak mengalami apa yang saya alami. Badannya sentiasa panas dan nampak berasap.
"Kiai, kau sudah sesat", pekik datuk dengan sekuat hati. Serentak dengan itu Kiai Muslih menoleh kearah datuk.
Tiba-tiba kilat menyambar dengan kuatnya di kepala Kiai Muslih. Lidah petir yang tajam menyambar kearah Kiai Muslih. Terdengar satu
gegeran yang amat kuat, seluruh kawasan itu dijilat api. Seluruh tubuh Kiai hangus terbakar. Saya terus pengsan. Bila saya sedar dari
pengsan, saya dapati datuk duduk bertafakur atas bahu di tempat Kiai Muslih duduk. Datuk membaca ayat-ayat Quran dengan nyaring
dan kuat, hujan beransur-ansur teduh dan akhirnya berhenti terus.
"Allah yang Maha Besar telah menunjukkan pada kita bahawa perbuatan membalas dendam sesama manusia tidak diperkenankan. Dalam
membalas dendam orang yang tidak berdosa akan terkorban", kata datuk pada saya, kemudian datuk melihat mayat Kiai Muslih yang
hangus.
Esoknya, bila banjir beransur surut, datuk pun menemui ketua kampung dan menceritakan perkara yang telah berlaku. Ketua kampung
mula sedar dan insaf. Ketua kampung mengakui yang dirinya telah banyak membuat kesilapan dan percaya pada khabar-khabar angin,
akibatnya banyak anak buahnya yang tidak berdosa menjadi korban. Ketua kampung juga memberitahu datuk, anak muda yang menjadi
musuh Kiai Muslih hilang di bawa air yang melanda kampung tersebut. Walaupun begitu, datuk tetap menasihatkan ketua kampung
supaya bersabar.
Ketika saya dan datuk meninggalkan kampung tersebut menuju ke Tanjung Malim, kami mendapat khabar yang ketua kampung juga
menemui ajalnya secara ngeri. Ketua kampung mati ditimpa pokok kelapa ketika membersihkan kawasan rumahnya dari sampah sarap
yang dibawa oleh air ketika banjir. Datuk hanya terdiam mendengar berita itu dan terus menghadiahkan Al-Fatihah pada roh ketua
kampung.
Saya tahu, datuk pergi ke Tanjung Malim untuk menunaikan permintaan arwah Kiai Muslih untuk mengubati penyakit ganjil yang
dihadapi seorang lelaki di tempat tersebut. Kerana kami sampai ke pekan Tanjung Malim pada waktu senja, kami terus menuju ke
masjid. Setelah menunaikan sembahyang Maghrib dan Isyak di Masjid Tanjung Malim, kami terus pergi ke sebuah kedai makan di pekan
tersebut. Datuk terus bertanya pada tuan punya kedai tentang seorang lelaki yang tinggal di rumah besar dan mengidap penyakit ganjil.
65 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
Tuan punya kedai itu memberikan jawapan yang menghampakan tetapi, dia berjanji pada datuk untuk menemukan datuk dengan
penghulu.
"Barangkali penghulu tahu, kalau dia tidak tahu saya akan membantu encik", ujar tuan punya kedai.
Setelah membayar harga makanan dan minuman, datuk dan saya pun segera beredar dari kedai tersebut. Saya kira datuk akan
menginap di hotel malam itu. Kiraan saya itu tidak tepat. Datuk mengambil keputusan untuk tidur di masjid sahaja.
"Kita tidur di masjid saja, buat amalan sikit. Sementara kita masih hidup ni buatlah mana patut untuk bekalan hari akhirat", kata datuk
pada saya.
Ketika itu kami sedang melintasi landasan keretapi yang dibina atas dada jalan raya. Beberapa buah lori dan kereta membunyikan hon
menyuruh kami berjalan ke tepi. Hati saya tiba-tiba jadi marah dengan sikap pemandu kenderaan itu. Mereka memandu agak laju sambiI
memasang lampu besar, tanpa memikirkan keselamatan orang-orang yang berjalan kaki. Pemandu-pemandu kenderaan itu merasakan
jalanraya tersebut adalah hak mereka saja. Mereka seolah-olah berlumba dijalanraya sama ada mereka datang dari arah Kuala Lumpur
atau arah lpoh (masa itu lebuhraya Slim River-Tanjung Malim masih belum ada) masing-masing mahu sampai segera ke tempat yang di
tuju. Mata saya dan datuk jadi silau akibat suluhan lampu kenderaan.
"Kadang-kadang manusia ni, bila dapat kemudahan tidak pernah bersyukur pada Allah dan tidak pula mahu memikirkan tentang orang
lain yang tidak ada kemudahan", rungut datuk.
Saya menggigit bibir sambiI memijak rerumput di tepi jalan. Sesekali saya merenung kearah tiang dan lampu jalan yang setia
memancarkan cahaya. Waktu saya dan datuk masuk ke kawasan masjid, kami bertemu dengan seorang lelaki berumur sekitar tujuh
puluhan memakai kain dan baju Melayu serta memakai serban hijau. Orang tua yang kelihatan gagah itu memberi salam. Datuk
membalas salamnya dan terus berjabat tangan.
"Ke mana?", tanya orang tua itu pada datuk.
"Cadang tu nak bermalam di masjid ni"
"Memang baguslah tu, berlindung di rumah Allah nanti awak dapat syafaatnya. Tetapi sebelum tu eloklah awak merepotkan diri ke balai
polis dan nyatakan awak nak bermalam di masjid"
"Apakah ini undang-undang?"
Orang tua yang berserban hijau itu terdiam sejenak dan memalingkan mukanya ke arah pekan Tanjung Malim. Saya tidak dapat melihat
wajahnya dengan jelas kerana cahaya dari lampu jalan tidak berapa kuat menyinari kawasan masjid.
"Bukan udang-undang, tapi untuk keselamatan diri awak. Bukan awak tak tahu kawasan sekitar Tanjung Malim belum jadi kawasan
putih, sekarang zaman darurat, musim orang komunis mengamuk", jelas orang tua itu tanpa memandang wajah datuk.
"Saya faham sekarang. Terima kasihlah atas nasihat awak"
"Sama-sama, nama saya Haji Ramli, saya nak balik sekarang"
Sebaik saja dia mengakhiri kata-kata itu, dia terus berjalan menuju ke arah jalan raya. Datuk terpinga-pinga ada semacam kekesalan
terbayang di wajah datuk kerana tidak sempat memperkenalkan dirinya pada orang tua itu. Tetapi, datuk mematuhi nasihatnya. Kami
terus menuju ke balai polis. Salah seorang anggota polis yang bertugas pada malam itu menyambut kedatangan kami dengan ramah.
Saya melihat jam yang tersangkut di dinding balai polis sudah hampir pukul dua belas tengah malam.
"Apa halnya pakcik?"
"Saya dan cucu saya ni nak repot diri, kami nak tidur di masjid", kata datuk.
"lnilah yang sebaiknya untuk faedah bersama. Waktu darurat begini kadang-kadang ada pemeriksaan mengejut waktu malam yang
masanya tidak menentu. Siapa yang suruh pakcik kemari?"
"Haji Ramli"
"Haji Ramli?", anggota polis itu nampak resah sambil mengerutkan dahinya. Anggota polis itu merenung wajah datuk penuh keraguan.
"Kenapa encik?"
"Haji Ramli tu sebenarnya sudah mati kira-kira enam bulan yang lalu dalam serangan hendap komunis di Behrang.
"Siapa dia Haji Ramli yang sebenarnya encik?"
"Dia sebenarnya sarjan di balai polis ni. Dia orang Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Agaknya pakcik ni silap orang. Pakcik dah mengantuk
agaknya", anggota polis yang bercakap dalam loghat Kedah itu mengetawakan datuk.
Sesungguhnya datuk tidak tersinggung dengan sikap anggota polis itu. Dan datuk tidak mahu mempertahankan kenyataan yang
dilihatnya. Barangkali datuk memikirkan perbuatan itu satu perbuatan yang sia-sia. Cukup sukar menerangkan sesuatu tanpa
bersandarkan pada kenyataan yang lojik.
"Barangkali cakap encik betul", kata datuk sebaik saja anggota polis itu berhenti ketawa.
Anggota polis itu minta kad pengenalan (kad pengenalan lama yang bentuknya kembar dua dari kertas biasa, ukuran gambarnya besar
sedikit dari ukuran gambar kad pengenalan sekarang). Anggota polis itu menatap gambar datuk sejenak. Kemudian mencatatkan sesuatu
di kertas. Kad pengenalan datuk dikembalikan. Saya sudah dua tiga kali menguap panjang.
"Pakcik ni mahu ke mana sebenarnya?", soal anggota polis itu lagi.
"Saya datang kemari, nak menolong orang sakit, saya cuma menunaikan amanat seorang kawan"
"Pakcik ni Tuk Pawanglah?"
66 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Tidak"
"Dukun?"
"Tidak"
"Bomoh?"
"Juga tidak, saya sekadar mahu membuat jasa sesama manusia"
"Pakcik ni ganjil orangnya"
"Dalam dunia ni tak ada manusia yang ganjil, semuanya sama belaka"
Anggota polis itu tersenyum sinis. Kemudian dia menyerahkan sekeping kertas kuning yang tercatat nama datuk dan nombor repot.
Kertas itu datuk masukkan ke dalam saku bajunya.
"Terima kasih encik"
"Sama-sama. Bila pakcik mahu meninggalkan masjid untuk pergi ke mana-mana sila laporkan diri"
"Baik encik"
Datuk dan saya pun meninggalkan balai polis menuju ke masjid. Bila berada dalam perut masjid datuk terus membaca Al-Quran dan
saya pun mencari tempat yang sesuai untuk merebahkan badan. Tempat yang sesuai saya temui, badan pun saya rebahkan dalam
beberapa saat saja saya sudah tidak dapat mendengar suara datuk.
Rasa marah dan geram mula menguasai diri saya. Kerana terlalu geram saya genggam penumbuk lalu menekan penumbuk ke dinding
masjid, hingga buku lima saya terasa sejuk menyentuh simen dinding. Siapa tidak meradang sedang nyenyak tidur dipaksa bangun.
"Sial", pekik saya.
"Jangan biadab!", balas datuk serentak dengan itu tangan kanan datuk menekan rehang mulut saya. Lepas itu, dia menekan pangkal
pelipat kaki kanan saya beberapa minit, hingga muka dan badan saya berpeluh. Badan terasa segar dan bertenaga rasa mengantuk dan
malas terus hilang. Datuk terus menarik tangan saya menuju ke pintu masjid. Di situ sudah sedia menanti dua orang lelaki. Mereka
tersenyum merenung pada kami. Salah seorang dari lelaki itu saya kenali, iaitu anggota polis yang kami temui di balai polis. Dan seorang
lagi tidak saya kenali. Orangnya kurus memakai baju kemeja putih dan berseluar kuning. Wajahnya nampak muram.
"Ada apa encik? Encik nak periksa kami?", tanya saya.
"Tidak"
"Jadi kenapa encik datang kemari?", datuk menyoal pada anggota polis.
Saya lihat anggota polis yang menyandang senjata api di bahunya tersenyum.
"Begini pakcik. Dia ni kawan saya dan kerjanya pun macam saya juga. Dia nak minta tolong tengokkan anaknya tidak berhenti-henti
menjerit", anggota polis itu menjelaskan tujuannya yang sebenar.
Datuk termenung sejenak. Ada rasa kurang senang hati terpamir di wajahnya. Memang, datuk tidak berapa suka orang lain tahu tentang
kebolehannya. Datuk gigit bibir.
"Saya minta Tuk Pawang tengokkan saja", rayu lelaki yang memakai baju putih sambil merenung wajah datuk.
Anggota polis di sebelahnya tidak berkata apa-apa.
"Saya bukan pawang, saya bukan bomoh", kata datuk serius. Wajah lelaki yang berbaju putih itu segera berubah.
"Kami minta tolong pakcik", anggota polis pula merayu. Lagi sekali datuk termenung panjang.
"Saya bukan bomoh dan bukan pawang , saya cuma boleh berikhtiar saja. Allah yang menentukan", nada suara datuk lemah.
"Kami faham dan apa yang kami buat ni adalah ikhtiar kami", sahut anggota polis.
Setelah meraba pangkal telinga kanannya dua kali berturut-turut, datuk memberi persetujuan untuk memenuhi permintaan mereka.
Kami pun meninggalkan kawasan masjid. Dalam jangkaan saya waktu itu sudah pukul tiga pagi kerana bintang-bintang di langit sudah
berkurangan angin pula tidak sekuat tadi bertiup.
Akhimya, saya dan datuk sampai ke rumah yang di tuju. Anggota polis tidak turut sama, dia kembali ke balai menyambung tugasnya.
Masa berada di rumah itu, kami terdengar bunyi tembakan yang bertalu-talu dari arah barat laut. Lelaki yang berbaju putih itu
memberitahu datuk ada pertempuran di hutan antara pasukan keselamatan dengan pihak komunis. Datuk hanya anggukkan kepala
mendengar penjelasan itu. Tetapi, saya bagaikan terasa ada sesuatu yang ganjil, lalu saya membuat kesimpulan bahawa diri saya dan
datuk sudah dipermainkan. Saya membuat kesimpulan itu, kerana saya tidak terdengar suara orang menangis. Suasana dalam rumah itu
terasa tenang dan damai sekali lampu letrik bersinar dengan terangnya. Saya dan datuk duduk bersila dekat pintu sementara lelaki
berbaju putih duduk tidak jauh dari datuk membelakangi ruang rumah.
"Mana dia anak awak?", tanya datuk.
"Begitulah keadaannya, ada masa dia diam ada masa dia menangis"
"Bawa dia kemari"
Lelaki berbaju putih itu terus memerintahkan isteri membawa anaknya ke ruang tamu. Isteri lelaki berbaju putih itu dalam lingkungan
usia tiga puluhan berkulit cerah dan tinggi lampai orangnya. Kelopak matanya kelihatan bengkak, barangkali terlalu lama menangis. Dia
pun meletakkan anak yang dipangku di hadapan datuk. Anak itu cukup nyenyak tidur. Tiba-tiba anak itu menangis dengan sekuat
hatinya. Matanya terbeliak macam melihat sesuatu yang amat menakutkan, sedangkan kaki dan tangannya bergerak-gerak macam orang
67 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
menari mengikuti irama gendang yang di palu.
Datuk tidak melakukan sesuatu terhadap anak perempuan itu. Budak perempuan itu cukup comel rupa parasnya, berusia kira-kira
sepuluh tahun, berambut ikal yang dipotong separas bahu. Kulitnya cerah macam ibunya juga.
Dia kelihatan menarik dengan pakaian baju kebaya merah dan berkain hijau. Budak comel itu terus menjerit dan menangis hingga
wajahnya kelihatan agak kebiru-biruan. Datuk membaca sesuatu lalu memegang tumit kaki gadis comel. Tangisan dan jeritan budak
comel itu terhenti. Dia kembali tidur. Datuk terus diberi penjelasan oleh lelaki yang berbaju putih.
Menurut lelaki itu, anaknya sudah dua hari dua malam berkeadaan demikian. Sudah di bawa ke klinik swasta dan doktor mengesahkan
anaknya tetap normal. Beberapa orang dukun tempatan pula mengatakan anaknya itu terkena sampuk ketika melintasi sebuah busut
jantan sekembalinya dari sekolah. Dukun-dukun itu cuma mengubatinya. Semuanya tidak berjaya keadaan anaknya tetap macam itu.
"Tolong saya tuan. Anak saya cuma dua orang saja, dialah yang tua. Seorang lagi lelaki. Apa yang tuan syaratkan saya tunai, ambillah
emas di badan saya ini sebagai cagaran", isteri lelaki berbaju putih merayu datuk sambil menangis. Keadaan dalam rumah sudahjadi
hara biru, beberapa orang jiran kiri kanan bangunan sederet itu terjaga. Mereka lalu datang ke tempat kami.
"Begini saja. Saya minta awak membaca Al-Fatihah dan Surah Al-Iklas seberapa banyak boleh. Jangan menangis dan meratap. Perbuatan
itu tidak baik, memberi peluang syaitan menguasai hati awak", kata datuk dengan tenang.
Isteri lelaki berbaju putih itu terdiam. Kemudian datuk meminta jiran-jiran tetangga yang datang supaya pulang ke rumah masing-
masing. Datuk memberitahu mereka selagi mereka berada disitu, datuk tidak dapat melakukan sesuatu. Permintaan itu dipatuhi oleh
jiran-jiran yang datang. Suasana dalam rumah kembali tenang. Datuk terus menepuk lantai rumah tiga kali. Mulutnya bergerak-gerak
membaca sesuatu, kemudian datuk meletakkan ibu jarinya atas dahi gadis comel. Ditekannya dahi anak comel itu hingga berbekas.
"Saya minta maaf. Anak awak ni suka sangat melihat kera berjoget", kata datuk sambil memandang wajah lelaki yang berbaju putih dan
isterinya. Mereka kelihatan tercengang. Datuk tersenyum lalu meminta isteri lelaki berbaju putih itu membangunkan anak lelakinya yang
berusia lapan tahun. Permintaan itu di tunaikan.
Bila budak lelaki yang berusia lapan tahun itu berada di depan datuk, wajahnya kelihatan cemas. Datuk pun memegang tapak tangan
kanannya sebentar.
"Jangan takut. Cakap perkara yang betul dengan tuk", kata datuk sambil melepaskan tangan budak lelaki yang dipegangnya. Budak lelaki
itu anggukkan kepala.
"Cucu sama kakak ada tengok tarian kera?"
"Ada"
"Seronok tak?"
"Seronok. Kera tu menari joget ikut gendang. Dia menari dekat kakak sambil memeluk pinggang kakak"
Datuk puas hati dengan penjelasan budak lelaki itu. Datuk menyuruh isteri lelaki berbaju putih membawa anaknya ke kamar tidur
semula. Bila isteri lelaki yang berbaju putih datang semula dan duduk di sisi suaminya, datuk pun memperkemaskan silanya. Datuk pun
mengedutkan dahinya hingga pangkal ke dua keningnya seakan-akan bertemu. Mata datuk saya lihat kian mengecil.
"Mengapa dibiarkan anak perempuan awak dipegang oleh kera yang menari?", pertanyaan itu datuk ajukan pada lelaki yang berbaju
putih.
Lelaki itu kelihatan resah, kemudian secara terus terang dia memberitahu datuk bahawa perkara yang terjadi itu di luar pengetahuan
isteri dan dirinya. Datuk lalu menggesa lelaki berbaju putih mencari kera dan tuannya. Lagi sekali wajah lelaki itu cemas, bukanlah
mudah untuk mencari kera dan tuannya waktu begini.
"Saya tak kenaI dengan tuannya?"
"Begini. Aku rasa kera dan tuannya tu bermalam di kaki lima kedai, cubalah pergi ke sana. Tetapi ingat, jangan kau apa-apakan dia,
bawa dia kemari", beritahu datuk.
Lelaki berbaju putih itu segera keluar dari rumah menuju ke balai polis. Dengan di temani oleh anggota polis yang bertugas di situ dia
pergi ke tempat tersebut. Sementara menanti kepulangan mereka, datuk terus merawat gadis comel secara kebatinan. Datuk tidak
menyentuh kulit gadis comel itu. Datuk hanya memusingkan hujung bajunya dengan jari kelingking. Setiap kali hujung baju itu
dipusingkan, gadis comel itu akan menjegilkan biji matanya, macam orang ketakutan.
Saya hanya melihat saja apa yang berlaku di hadapan mata. Sementara dalam kepala saya tergambar permainan tarian kera yang pernah
saya lihat. Tarian kera ini selalunya dipertunjukkan di kawasan yang menjadi tempat lalu lintas orang ramai. Kera yang menari itu
dikenakan baju cantik, macam baju orang perempuan serta di beri kipas yang di buat dari bilah buluh. Tuan punya kera akan memukul
gendang dan kera itu akan menari mengikut rentak dan irama gendang yang dipalu.
Tags: siri sbdj, jilid sbdj
0 comments share
CHAPTER LIST
(Jilid 02) Siri 40: Pemuda Menjerit Malam Feb 12, '09 1:03 PM
by Zelda for group komunitisbdj
Setelah selesai menari kera itu akan membawa tempurung menemui orang yang melihatnya. Orang ramai akan mencampakkan wang ke
dalam tempurung. Bila bertemu dengan budak perempuan yang comel kera itu akan menarik baju atau memeluk pinggang gadis comel
sebagai tanda persahabatan. Tarian kera ini pada mulanya diperkenalkan oleh orang-orang India yang datang dari Madras. Orang Melayu
68 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
juga ada menjalankan pertunjukan ini dengan tujuan mencari wang. Kalau kera itu bertuankan orang-orang India tarian yang
dipersembahkan tetap berunsurkan tarian India, kalau orang Melayu yang jadi tuannya, kera itu pandai menari joget atau inang.
Kalau kera betina akan dinamakan Minah dan kera jantan dinamakan Mulung atau Meletik. Kata orang tarian kera ini ada unsur-unsur
sihir yang dapat menarik perhatian orang ramai serta rasa simpati untuk menghulurkan bantuan, sejauh manakah kebenaran kata-kata
itu tidak dapat dipastikan oleh sesiapapun. Akhirnya, lelaki berbaju putih itu pun pulang. Rambutnya kelihatan kusut masai dan matanya
merah serta berair. Isterinya terus bertanya:
"Mana keranya bang?"
"Ada di luar"
"Bawa masuk", tingkah datuk sambil bangun.
Beberapa saat kemudian kera dan tuannya muncul di muka pintu. Datuk mempersilakan tuan punya kera duduk disisinya. Setelah
bercakap sebentar dengannya, datuk sudah dapat mengetahui serba sedikit tentang latar belakang tuan punya kera itu.
"Saya nak ambil sehelai bulu tengkuk kera ini", ujar datuk.
Saya jadi hairan mendengar cakap datuk itu. Kalau hanya memerlukan sehelai bulu tengkuk kera, tidak wajar tuan punya kera itu di
bawa bersama. Suruh saja lelaki berbaju putih itu mencabut sehelai saja bulu kera tersebut. Ini lebih mudah dan tidak menyusahkan
tuan punya kera . Kadang-kadang saya jadi bodoh dengan sikap datuk. Tuan punya kera tidak membantah dengan hasrat yang
disuarakan oleh datuk. Dia pun menolak kera ke depan datuk. Dengan tenang datuk mencabut bulu kera tersebut . Isteri lelaki berbaju
putih nampak resah.
"Bulu kera ini saya rendam dalam gelas kira-kira setengah jam, kemudian air diminumkan pada anak awak, dengan izin Allah setelah air
diminum anak awak akan sembuh. Saya yakin anak awak ni kena sihir bulu kera dan inilah ubatnya"
Lelaki berbaju putih dan isterinya mendengar cakap datuk dengan teliti. Tuan punya kera yang berbadan tegap itu terus melurut-Iurut
badan keranya. Dia macam buat tidak kisah dengan apa yang terjadi di depan matanya. Dia sanggup menanti di situ hingga ke pagi
asalkan diberi wang.
Masa terus berlalu, semuanya menanti waktu yang di janjikan dengan dada yang berdebar. Gadis comel itu sudah dua kali menjerit
sekuat hati . Datuk masih lagi bertahan, dia tidak akan melakukan sesuatu selagi belum sampai waktu setengah jam. Saya melihat ke
gelas, tempat merendam bulu kera.
Sementara itu tuan punya kera terus bercerita tentang pengalaman manis dan pahit sepanjang waktu dia menjaja tarian kera, merantau
dari satu tempat ke satu tempat. Dia berasal dari Burma dan menetap bertahun-tahun di India sebelum datang ke Tanah Melayu. Dia
tidak menganut sebarang fahaman agama. Namanya juga sering berubah-ubah mengikut keadaan.
"Bila masuk ke pekan yang banyak orang Melayu, saya jadi Melayu, kalau masuk estate saya jadi India, kalau pergi ke tempat Cina saya
jadi Cina, nama saya ada tiga, saya tidur tidak kira di mana-mana, kadang-kadang di masjid, kadang-kadang dikuil atau tokong Cina",
demikian tuan punya kera menceritakan perihal dirinya penuh bangga dalam bahasa Melayu pasar yang tonggang langgang tapi boleh
difahami.
"Sekarang sudah sampai masanya", tekanan suara nada datuk penuh yakin.
Dia lalu mengambil gelas yang berisi air dan bulu kera. Dengan sedikit paksaan datuk berjaya memaksa gadis comel itu minum air bulu
kera.
"Kita tunggu setengah jam lagi, kalau dia tidak menjerit bererti anak encik sudah sembuh. Tetapi, kalau dia tidak sembuh atau akan
maut kerana sakitnya ini, kera ini terpaksa di sembelih, darahnya di beri pada anak encik untuk di minum", semua yang ada disitu
bertambah kecut mendengar penjelasan datuk.
Lebih-Iebih tuan punya kera. Lelaki berbaju putih dan isterinya mula didatangi butir-butir peluh di dahi, mereka sering kali melihat jam
di dinding. Gadis comel terbujur di atas lantai pucat lesi. Masa terus berlalu, kedinginan kian kuat terasa menyapa tubuh badan saya.
"Limat minit lagi", kata datuk.
Isteri lelaki berbaju putih anggukkan kepala. Empat minit, tiga minit, dua minit dan akhirnya tepat setengah jam. Gadis comel itu tidak
menjerit, dia bangun dari tempat baringnya. Datuk menyuruh gadis comel itu membaca Al-Fatihah dan mengucap dua kalimah
syahadah. Gadis itu dapat melakukan segala-galanya dengan lancar dan teratur. Datuk gembira. Tetapi, kegembiraan hanya berlaku
sebentar saja. Lelaki berbaju putih dan tuan punya kera bertengkar. Tuan punya kera itu tidak patuh dengan janjinya.
"Waktu saya ajak datang tadi dia mengenakan bayaran sepuluh ringgit, sekarang dia mahu dua puluh ringgit", keluh lelaki berbaju putih.
Isterinya pula mula membuka gelang dan kalung di leher untuk diserahkan pada tuan punya kera. Perbuatan itu segera ditegah oleh
datuk. Cepat-cepat datuk menepuk bahu tuan punya kera dan terus mengambil wang sepuluh ringgit dari lelaki berbaju putih, lalu
diserahkan pada tuan punya kera yang bagaikan terkena pukau, menerima dan mendengar cakap datuk. Datuk, saya dan tuan punya
kera meninggalkan rumah lelaki berbaju putih. Bila sampai di luar kawasan balai polis, datuk terus memegang bahu tuan punya kera.
Tiba-tiba kera yang didukung oleh tuan punya menyerang datuk dengan menggigit lengan datuk. Ternyata gigi kera yang tajam itu tidak
mampu menembus kulit lengan datuk. Dalam malam yang dingin itu, saya lihat muka tuan punya kera berubah, dari wajah seorang yang
agak bodoh dan tolol menjadi bengis dan garang. Dia mengarahkan keranya menyerang di.mana-mana bahagian tubuh datuk. Datuk
terus bertahan. Tiba-tiba badan saya mengeletar, bukan kerana rasa sejuk yang di bawa oleh angin subuh, tetapi, kerana kera yang saya
lihat kecil itu berubah jadi besar. Lebih tinggi dari datuk, kera itu membuka mulutnya dengan luas , kedua-dua taring yang panjang dan
tajam itu menyeringai. Datuk masih bertenang, dia mengelak bila kera itu menyerang. Tuan punya kera terus mengeluarkan arahan.
Tiba-tiba datuk berjaya menangkap ekor kera itu. Dalam beberapa saat saja kera itu kembali kepada keadaan asalnya. Tuan punya kera
pula mula menyerang dari sebelah kanan. Datuk mengelak setapak, kemudian memukul pangkal leher tuan punya kera hingga
tersungkur. Ketika itu, beberapa orang anggota polis yang dapat melihat keadaan di luar balai segera keluar. Masa anggota polis itu
sampai ke situ, datuk sudahpun membangunkan tuan punya kera. Dengan nada suara yang merayu-rayu tuan punya kera minta datuk
jangan mengapa-apakan dirinya.
"Awak jahat. Awak sengaja menggunakan ilmu halus awak untuk memperdayakan orang. Saya tahu, awak sengaja kenakan pada budak
69 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
perempauan itu. Bila dia sakit awak tahu menawarnya dan awak kenakan bayaran yang tinggi, ini kerja awak", kata datuk sambil
memulas tangan tuan punya kera.
"Saya cari makan tuan"
"Bukan cara ini awak cari makan, lagi sekali awak buat kerja ni, awak mati tahu?", ugut datuk sambiI memeriksa badan tuan punya kera.
Datuk menemui sekeping kulit kera yang sudah kering yang dibalut dengan beberapa rajah serta tulisan Burma. Datuk bakar kulit keras
dan pembalutnya, datuk tidak peduli dengan rayuan dari tuan punya yang menyembah-nyembah kakinya.
"Awak balik", kata datuk.
Tanpa banyak cakap tuan punya kera beredar dari situ dengan wajah yang muram. Pada anggota polis yang berada di tempat tersebut
,datuk menasihatkan mereka supaya jangan membenarkan anak-anak perempuan mereka melihat tarian kera dalam jarak dekat, apa lagi
membiarkan kera memanjat atau memeluk badan anak-anak mereka.
"Tarian tu selalu digunakan oleh tuan punya menyerapkan semangat kera. Tetapi, tidak semua pula tuan punya tarian kera berperangai
begitu. Kita harus berjaga-jaga. Tarian itu ada unsur-unsur pemujaan roh ghaib", datuk membuka rahsia di sebalik tarian kera.
Kemudian kami terus ke masjid. Tidak lama lepas itu waktu subuh sudah tiba, kami pun bersembahyang subuh dengan orang-orang
yang datang ke masjid tersebut. Kerana memikirkan saya dan datuk orang musafir yang menumpang tidur di masjid, tidak banyak yang
mahu bercakap dengan kami, walaupun kami bersikap ramah pada mereka. Mereka datang ke masjid hanya untuk sembahyang saja dan
melupakan ajaran agama yang menyuruh pengikutnya menjalin persahabatan dan kemesraan dengan orang yang seagama dengan
mereka.
Lebih kurang pukul lapan pagi kami pun keluar dari masjid menuju ke kedai tempat kami makan malam tadi. Sepanjang jalan ke kedai
datuk terus merungut kerana dia tidak melakukan kebiasaannya mandi embun. Kedatangan kami di sambut oleh tuan punya kedai
makan ramah sekali. Malah, dia turut makan semeja dengan kami. Banyak perkara yang ditanyakannya pada datuk. Saya kira tuan punya
kedai itu seorang yang bijak kerana sambil bercakap itu dia sebenarnya mengemukakan pertanyaan yang tidak begitu ketara terhadap
diri datuk. Secara tidak langsung datuk sendiri membuka rahsia tujuan sebenarnya mahu mengubati lelaki yang dikatakan mengidap
penyakit aneh itu.
"Sebenarnya, lelaki tu ada hubungan keluarga dengan saya. Tetapi, saya tidak begitu yakin berubat cara tradisional ni ", kata tuan punya
kedai sambil menghirup air kopi.
Datuk pandang muka saya seolah-olah datuk memberitahu bahawa, dirinya terperangkap dalam kemanisan budi dan tutur bicara tuan
punya kedai.
"Kenapa awak tidak berterus terang dengan saya sejak semalam?",datuk melahirkan rasa kurang senangnya.
Tuan punya kedai terdiam. Datuk hirup kopi dengan tenang. Beberapa orang pelanggan terus keluar dan masuk.
"Minta maaf, kalau saya katakan kebanyakan orang-orang kita ni terutama yang mendakwa dirinya bomoh dan pawang, selalunya cari
kesempatan, kebolehan tidak setinggi mana cakap saja yang melambung", tuan punya kedai meluahkan apa yang tersirat dalam hatinya.
Datuk tersenyum sambil menjentik badan cawan dengan jari manisnya. Tuan punya kedai menyepitkan sebatang rokok cap tembak
(Rough Rider) ke bibirnya. Hujung rokok itu di bakarnya dan disedutnya panjang-panjang. Asap rokok yang diluahkannya berlegar-Iegar
dalam ruang kedai sebelum hilang di bawa angin pergi.
"Hubungan keluarga macam mana tu?", datuk menyoal tuan punya kedai sambil menghabiskan sisa-sisa kopi yang ada di dalam cawan.
"Pangkat dua pupu dengan saya"
"Awak kenal dengan Kiai Muslih?"
"Kenal tu tidak, saya cuma kenal pada namanya saja. Kiai itu juga pemah mengubatnya. Tapi, tidak juga mahu sembuh"
"Apa pendapat awak tentangnya?"
"Dia tu saya rasa jujur orangnya"
"Awak tahu dia dah meninggal?"
"Saya tak tahu, bila dia meninggal?", tuan punya kedai terkejut.
Datuk terus menerangkan pada tuan punya tentang kedudukan yang sebenarnya. Wajah tuan punya kedai kelihatan cemas sedikit, bila
datuk menyatakan kedatangannya ke situ adalah untuk menunaikan amanat Kiai Muslih.
"Kita sekadar mahu menunaikan permintaan kawan, itu pun kalau kaum keluarga sipemuda tu setuju. Kita sekadar mahu menolong dan
kita bukannya pawang atau dukun. Kita tidak mencari makan atas nama pawang atau bomoh", cukup tentang datuk berkata.
Tuan punya kedai terdiam. Datuk pun bangun untuk membayar harga makanan serta bersedia mahu meninggalkan kedai tersebut.
"Nanti dulu, maafkan saya kalau tersinggung"
"Saya tak tersinggung, itu hak awak"
"Saya tahu itu hak saya tapi, perbuatan itu kurang baik. Lagi sekali saya minta maaf. Sebab zaman sekarang, banyak orang menyamar
jadi bomoh"
"Selalunya yang asli tetap asli, jarang mahu menunjuk kebolehan"
"Saya setuju"
Bila datuk mahu membayar harga minuman dan makanan, tuan kedai itu tidak menerimanya. Malah tuan punya kedai itu membawa saya
dan datuk ke sebuah bilik khas di bahagian belakang kedainya. Tuan punya kedai itu memberitahu pada datuk yang saudaranya (Ielaki
70 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
berpenyakit ganjil) berusia lebih kurang tiga puluh lapan tahun. Tidak suka menerima tetamu datang ke rumah walaupun ibubapanya.
"Hati-hatilah awak bila kesana. Banyak orang yang cuba mengubati dikejar dengan parang panjang, kecuali Kiai Muslih", tuan puny a
kedai mengingatkan datuk.
"Aneh juga perangainya", balas datuk.
"Dia bukan sakit tapi kemasukan syaitan"
"Barangkali", jawab datuk pendek.
Datuk terus memberitahu tuan punya kedai yang dirinya tidak dapat pergi dengan segera ke rumah lelaki aneh itu. Paling cepat dua hari
lagi. Datuk perlu membuat beberapa persiapan tertentu. Dan datuk tetap memilih masjid sebagai tempat menginap sementara menanti
masa yang di tunggu itu tiba.
Sejak menginap di masjid datuk terus menjalin persahabatan dengan anggota-anggota polis disitu. Dan datuk sudah pun mendapat
kebenaran untuk berjalan pada setiap subuh di kawasan pinggir pekan Tanjung Malim yang terdapat pokok-pokok tumbuhan. Sebelum
pergi ke tempat tersebut datuk dikehendaki melaporkan diri kepada pihak berkuasa di balai polis. Walaupun tujuan datuk pergi ke
kawasan hutan tersebut untuk mandi embun.
Tarikh yang dijanjikan pun tiba. Datuk dijemput oleh tuan punya kedai dengan kereta menuju ke kawasan perkampungan Melayu yang
terletak ke selatan bandar Tanjung Malim. Bila sampai ke kawasan tersebut datuk pun diperkenalkan dengan kaum kerabat pemuda yang
malang itu. Saya dengan datuk sampai di kampung tersebut pada sebelah pagi. Dan pada sebelah petangnya saya dan datuk sudahpun
mengetahui kedudukan rumah batu tempat pemuda aneh itu tinggaI. Kawasan sekeliling rumah batu itu ditumbuhi pohon-pohon besar.
Halaman rumahnya lapang dengan pokok-pokok bunga raya. Dibelakang rumah terdapat kolam besar. Petang itu juga datuk
menghampiri rumah batu tersebut. Dari jauh lagi pemuda ganjil melambai-Iambaikan tangan pada datuk. Datuk terus masuk ke kawasan
rumah tersebut. Pemuda ganjil mendekatinya.
"Apa hajat kemari?" tanya pemuda ganjil.
Wajahnya cengkung. Matanya merah, misai dan janggut serta jambang tumbuh liar di wajahnya. Datuk cuba tersenyum kepadanya.
"Saya nak memancing ikan", datuk berbohong.
"Pergilah ke tempat lain. Kawasan ni kawasan saya dan tuan puteri", ujarnya serius.
"Minta maaf, saya tak tahu", kata datuk.
Pemuda ganjil itu tersenyum dan terus menghalau datuk dari kawasan rumahnya dengan maki hamun. Datuk terus menemui ke dua
orang tua lelaki ganjil itu. Datuk memberitahu mereka segala usaha akan diikhtiarkan pada waktu malam hari Selasa ketika bulan
mengambang. Sebelum usaha itu dilancarkan, datuk perlu mengetahui gerak-gerinya. Datuk merasa senang hati kerana kedua orang tua
lelaki ganjil itu sanggup membantu datuk. Sementara menanti musim bulan mengambang, saya dan datuk perlu tinggal di kampung
tersebut selama dua hari lagi.
"Malam ni tiga belas Syaaban, malam esok empat belas dan malam lusa baru lima belas", kata datuk pada saya sambil menggigit ibu
jarinya. Saya anggukkan kepala dengan harapan datuk akan terus duduk di tebing sungai itu. Saya sudah tidak sanggup lagi untuk
berjalan di kawasan yang penuh semak samun itu. Selain dari itu, hati saya sentiasa bimbang dan cemas. Manalah tahu, tiba-tiba
pemuda yang tinggal di rumah batu akan keluar membawa parang untuk memotong leher saya dan datuk. Dan bermacam-macam
perkara bermain dalam kepala saya.
"Memang elok, malam lumaat", tambah datuk lagi sambil merenung ke arah rumah batu yang sudah jauh tertinggal di belakang.
Saya terus menggigit bibir sambiI merenung ke langit. Saya lihat awan petang itu cukup bersih. Datuk berhenti melangkah. Dengan teliti
dia meletakkan punggungnya atas batu besar yang terdampar di bibir Sungai Bernam. Tidak jauh dari batu besar itu terdapat sepohon
pokok ara yang akarnya terjuntai ke dalam air sungai. Perdu pokok ara itu cukup besar, kira-kira dua pemelok. Air Sungai Bernam yang
mengalir itu seakan-akan berpusing-pusing di bahagian akar pokok ara itu sebelum mengalir ke selatan. Kerana air Sungai Bernam yang
mengalir itu cukup jernih, pasir dan batu-batu yang terdapat di dasarnya boleh dilihat dengan jelas. Datuk saya lihat merenung air
sungai yang seakan-akan berpusing berhampiran dengan akar ara yang terjuntai itu. Datuk macam mencari sesuatu. Dahinya saya lihat
berkedut bersama bintit-bintit peluh yang tumbuh di kiri kanan pipinya. Saya merasa hairan dan takjub dengan sikap datuk yang
tiba-tiba berubah itu.
"Kita harus mencari akar-akar kayu, pucuk-pucuk kayu dan batu-batu yang terdapat dalam sungai ni Tamar", ujar datuk sambil
merenung muka saya.
Macam ada sesuatu yang timbul dalam diri saya untuk menentang apa yang datuk cakapkan. Apa perlunya batu dan akar kayu itu?
Apakah datuk tidak tahu hari sudah petang? Apakah dia tidak terfikir pemuda yang berada di rumah batu itu akan sampai ke tempat saya
dan datuk duduk sekarang? Saya mengeluh dalam hati.
"Semuanya ada guna untuk kita Tamar. Aku tahu apa yang kau fikirkan dan kau jangan cuba membantah cakap aku"
Mendengar suara datuk itu, muka saya segera berubah. Saya malu pada diri saya sendiri. Datuk sudah tahu apa yang tersirat dalam hati
saya. Datuk renung muka saya sebentar. Kemudian dengan tenang datuk Iipatkan kedua belah kaki seluarnya hingga separas kepala
lutut. Datuk terus turun ke dalam sungai. Meranduk air sungai dengan tenang sambil membongkokkan badan mengutip batu-batu yang
berada betul-betul di tengah sungai. Kebanyakan batu yang dikutip itu berbentuk leper dan bersegi tiga. Datuk masukkan batu-batu itu
ke dalam saku bajunya. Jumlah batu yang dikutip oleh datuk lebih kurang tiga puluh tiga biji. Datuk memanjat tebing sungai dan terus
menghampiri saya.
"Mari kita ke sana", ujar datuk sambil menuding jarinya ke arah matahari terbit.
Saya pun segera bangun dan mengeliat dua tiga kali. Datuk terus langkah. Saya tidak ada pilihan lain dan terpaksa mengikutnya saja.
Matahari petang kian condong, bebayang pokok memanjang di tanah. Awan saya lihat tetap berarak tenang. Kami masuk ke kawasan
hutan kecil yang bersambung dengan kaki sebuah bukit. Pokok-pokok yang tumbuh di kaki bukit itu agak subur . Dengan menggunakan
tangannya datuk pun mematahkan beberapa dahan kayu yang berdaun lebat. Kami kian jauh mara ke dalam hutan dipinggir bukit itu,
matahari kian mengecil membuat suasana di sekitar kawasan tersebut agak muram. Dan datuk dengan menggunakan kekuatannya
71 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
berjaya mencabut beberapa akar kayu hutan.
"Balik", kata datuk .
Kepalang gembiranya hati saya mendengar cakap datuk itu. Kami berpatah balik menuju ke tebing sungai, tempat kami mula bergerak
tadi. Sebaik saja sampai di bawah pokok ara tempat saya dan datuk duduk tadi, terdapat kesan-kesan darah pada akar pokok tersebut.
Datuk melihat kesan darah itu dengan teliti.
"Darah apa agaknya?", rungut datuk sambil merenung muka saya.
Cepat-cepat saya gelengkan kepala. Ketika itu saya lihat di kaki langit, cahaya merah dan kekuningan mula bangkit, menandakan tidak
lama lagi waktu Maghrib akan tiba. Tanpa banyak cakap, datuk pun menutup kesan darah di akar kayu ara dengan daun kering.
Tiba-tiba saya Iihat wajah datuk berubah. Ekor matanya menjeling tajam ke kiri dan ke kanan, macam kucing mengamati langkah
mangsanya. Saya segera menggigit bibir, bila melihat ada titisan darah jatuh dari dahan pokok ara. Darah itu menitik atas lengan datuk
dan mengalir perlahan-Iahan menuju ke hujung jarinya.
"Ambilkan daun keladi dan sapukan darah di lengan ini", kata datuk.
Saya pun segera mematuhi perintahnya. Sebaik saja darah di lengan itu saya sapukan dengan daun keladi, datuk pun mengambil daun
keladi dari saya lalu diletakkan atas tanah dengan keadaan yang terlentang. Macam kilat datuk melompat lalu membuka silat langkah
pertama sambil melepaskan buah silat kiri dan kanan. Pergerakan datuk cukup cepat dan tangkas. Bila datuk mematikan langkahnya,
saya lihat daun keladi yang diletakkan dalam keadaan terlentang hancur.
Akhirnya datuk dongakkan kepala dan sepasang matanya merenung tajam ke arah salah satu dahan ara. Urat-urat di mata datuk
kelihatan seakan-akan timbul dan berwarna merah. Dari kedua-dua belah bibir matanya, saya lihat keluar asap yang nipis macam kabus.
Dahi datuk berpeluh begitu juga kulit pipinya, dagu datuk bergerak-gerak. Datuk terus menenung dahan ara itu. Tiba-tiba dahan yang
ditenungnya patah dan jatuh ke bumi.
"Selesai", kata datuk lalu menarik tangan saya ke arah kesan kena bakar.
Daun yang terdapat di dahan itu semuanya layu dan kecut. Datuk tidak menceritakan apa-apa pun berhubung dengan dahan yang patah
dan darah yang menitis pada lengannya. Kami pun meninggalkan kawasan tersebut. Hari sudah beransur gelap. Kerana kami
ditempatkan di sebuah rumah khas oleh keluarga pemuda ganjil itu membuat saya dan datuk terasa agak selesa dan bebas bergerak.
Malam itu, datuk membuat keputusan yang amat menakjubkan. Dia mahu meninjau keadaan kawasan sekitar rumah batu. Dia mahu
melihat apa yang dilakukan oleh pemuda itu ketika bulan menggambang.
"Siapkan keris kecil untuk aku", datuk mengeluarkan perintah.
Sebaik saja dia selesai menunaikan sembahyang Isyak, saya segera mengeluarkan keris kecil dari tempatnya dan terus menyerahkan
pada datuk. Datuk gulung keris itu dengan kain hitam dan terus diselitkan ke pinggangnya. Sebelum meninggalkan rumah khas tempat
kami menginap, datuk terlebih dahulu duduk bersila di muka pintu sambil membaca sesuatu. Saya di suruhnya melihat bulan di langit.
Saya berdiri dimuka tingkap melihat langit dan awan. Datuk terus bertafakur, kepalanya sudahpun dililit dengan kain merah.
"Malam ni baru 13 Syaaban, bulan tidak begitu besar", ujar datuk sambil menepuk lantai tiga kali.
Dia terus mundar-mandir di ruang rumah. Saya biarkan datuk dengan keadaannya. Saya tidak mahu campur dalam urusannya. Saya
tersenyum, di langit bulan mula timbul, awan nipis yang melitupinya mula bergerak, terpisah dengan bulan yang sebesar buah kelapa
sulung itu. Datuk segera menghampiri dan berdiri dekat muka tingkap. Wajahnya kelihatan berseri-seri.
"Malam ni mulakan dulu", kata datuk.
"Terlalu cepat datuk bertindak?"
"Apa salahnya, menguji dulu sebelum masuk gelanggang"
"Saya takut kerja datuk jadi kerja yang sia-sia?"
"Kita sekadar mencuba", jawab datuk.
Tiba-tiba datuk dan saya terdengar lolongan anjing sayup-sayup. Bulan di langit kian menyerlah. Awan kian bersih dan bergerak-gerak
perlahan-Iahan mengikut arah angin. Suara lolongan anjing kian kuat dan menyeramkan. Pokok-pokok sekitar kawasan rumah tempat
kami menginap mula bergerak-gerak disentuh angin.
"Aku dengar bunyi suara orang menjerit", bisik datuk ke telinga saya.
Dan datuk menyuruh saya mengamati arah mana suara orang menjerit itu datang. Saya pun pasang telinga dengan teliti. Dada saya
mulai berdebar.
"Dari arah rumah batu tuk"
"Aku rasa pun begitu juga"
"Apa yang patut kita buat tuk?"
"Kita pergi kesana, meninjau"
Saya menarik nafas panjang bila mendengar cakap datuk itu. Suara lolongan anjing kian kuat, angin juga mula bertiup agak kencang.
Saya merasa hairan, kenapa hal itu terjadi dengan mendadak. Bila dilihat keadaan hari, memang tidak wajar angin boleh bertiup begitu
kencang. Suara orang menjerit kian galak, bersambung-sambung dalam lolongan yang memanjang. Datuk menyuruh saya turun dahulu.
Dia mahu menguncikan daun pintu. Saya terus turun. Bila kaki saya memijak bumi, dada saya terasa berdebar-debar.
Dalam keadaan yang resah itu, sebiji pisang muda macam dibaling orang tertentu mengenai dahi saya. Pandangan saya jadi berpinar-
pinar. Badan saya terhuyung-hayang. Dalam keadaan yang tidak keruan itu datuk terus memeluk saya. Datuk dudukkan saya atas anak
tangga. Dengan perlahan-lahan datuk menepuk dahi saya tiga kali berturut-turut. Pandangan saya kembali normal. Dan badan saya tidak
72 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
lagi terhuyung-hayang.
Tags: siri sbdj, jilid sbdj
1 comment share
CHAPTER LIST
(Jilid 02) Siri 41: Berkasih Dengan Langsuir Feb 19, '09 5:21 AM
by Zelda for group komunitisbdj
Datuk terus duduk di sisi saya di kaki tangga. Kami merenung suasana malam yang kelam itu. Suara lolongan anjing terus sambung
menyambung, tingkah meningkah dengan suara cengkerik dan katak. Angin malam yang bertiup melanggar dedaun dan dahan-dahan
pokok sekitar kawasan rumah, melahirkan bermacam-macam bunyi. Sekejap terdengar semacam orang berlari, sekejap terdengar
semacam suara orang mengerang kerana menahan kesakitan.
"Selalunya perbuatan ni, perbuatan syaitan", kata datuk lalu bangun, menuju ke kawasan yang di duga tempat buah pisang muda jatuh.
Seluruh kawasan itu datuk periksa. Tidak ada buah pisang muda yang ditemui, kecuali pelepah pisang yang panjangnya kira-kira lima
inci. Datuk ambil pelepah pisang itu lalu diramasnya hingga hancur.
"Mari kita pergi ke rumah batu tu", datuk tarik tangan saya.
Kerana datuk menarik agak kasar dan kuat, saya hampir tersungkur mencium tanah. Memang, ada ketikanya datuk kadang-kadang
bersikap kasar dengan saya Dan saya tidak pernah tersinggung dengan perbuatannya itu, kerana saya tahu kasih sayangnya terhadap
saya tidak pernah surut dari hari nuraninya.
Kami pun berjalan dengan hati-hati. Tidak ada kesukaran yang kami hadapi kerana cahaya bulan malam tiga belas Syaaban yang
mengeluarkan cahaya yang samar-samar banyak menolong kami. Setelah berjalan kira-kira sepuluh minit, kami pun sampai di kawasan
rumah batu dua tingkat itu. Datuk membuat keputusan untuk masuk ke kawasan rumah batu itu dari bahagian belakang yang dipagari
dengan pokok-pokok buluh. Datuk mengalami kesulitan kerana bahagian sebelah dalam pokok-pokok buluh itu dilapisi dengan kawat
berduri. Dalam jarak lima atau sepuluh kaki dari pohon-pohon buluh yang di tanam itu terdapat pula pokok besar yang tumbuh
merimbun bersama dengan akar-akar yang berjuntaian. Suasana di situ terasa amat menyerarnkan.
Ada bermacam-macam bunyi yang saya dengar. Dengan pertolongan cahaya bulan saya dapat melihat beberapa ekor ular, lipan dan kala
jengking merayap-rayap atas daun buluh yang kemudian memanjat akar yang berjuntaian dari pokok besar.
"Bagaimana kita nak masuk tok?", tanya saya dengan jujur.
Datuk terdiam. Matanya mula melihat bulan tiga belas Syaaban yang kian bersinar di dada langit. Ketika itu juga, saya terasa angin
malam mula bertiup. Dedaun tua dari pokok besar kelihatan melayang-Iayang dan terus jatuh di atas daun buluh. Suara lolongan anjing
kian hebat. Dalam saat-saat begitu saya terdengar suara burung hantu bersahut-sahutan di atas pokok besar. Bunyi angin yang
menyentuh dedaun dan dahan-dahan kayu amat menakutkan. Bunyinya kadang kala macam orang menangis, macam orang mengeluh.
Semua terpaksa saya hadapi dengan tenang kerana datuk tetap dengan cita-citanya untuk masuk ke dalam kawasan rumah batu dua
tingkat itu. Sayup-sayup saya terdengar bunyi lonceng jam dari rumah dua tingkat itu berbunyi sebanyak dua belas kali. Badan saya
mula menggigil akibat dijamah angin malam. Suara jeritan anjing liar bersahut-sahutan memanjang bagaikan merayu-rayu hiba. Datuk
mula berdiri kemas-kemas sambil memeluk tubuh. Datuk lalu menyuruh saya berdiri di sisinya dan berpeluk tubuh. Datuk mula mem-
baca sesuatu. Dalam keadaan yang tenang itu tiba-tiba badan saya dan datuk ditimpa oleh air, macam air hujan sedangkan hari tidak
hujan, cuaca cukup baik, langit cerah bersama bulan yang sedang mengambang.
"Air apa tok?" saya menyoal datuk.
Pertanyaan saya tidak mendapat jawapan. Angin kian kuat bertiup, lolongan anjing dan suara burung hantu berpadu menguasai malam
yang sudah berganjak ke subuh. Air dari langit itu datang lagi, menimpa muka saya.
"Air apa tok?"
"Air kencing langsuir"
"Ha, saya takut tok"
"Diamlah", pekik datuk.
Saya terdiam terus. Datuk segera mengangkat kedua belah tangannya separas dada, lurus, kemudian kedua belah tangannya itu
dibengkukkannya hingga sepuluh jarinya menghala ke dada. Datuk menggerak-gerakkan kepalanya. Sebaik saja datuk meletakkan tapak
tangan kirinya ke atas bahu kanan, pokok besar bergoyang dengan hebatnya. Ranting-ranting kering jatuh ke bumi bertalu-talu.
Bila saja pokok besar itu berhenti bergoyang, terdengar suara orang perempuan mengilai panjang. Selain dari suara itu terdengar juga
bunyi orang memukul pangkal peha dengan tapak tangan bertalu-talu, suara ketawa itu sambung menyambung dan bertingkah pula
dengan suara anjing liar yang menyalak panjang. Lagi sekali pokok besar itu bergoyang. Datuk masih bertenang. Dia tidak peduli dengan
suara perempuan yang ketawa itu. Datuk menarik nafas panjang serentak dengan itu suara perempuan mengilai segera berhenti dan
diganti dengan suara perempuan menangis panjang.
"Jangan perdayakan aku", suara datuk mula meninggi.
Datuk terus melompat ke arah pokok besar. Perdu pokok besar itu dipeluknya kuat-kuat. Dengan kekuatan yang luar biasa datuk
mengegarkan pokok tersebut hingga daun dan dahan pokok itu jatuh ke tanah. Suara perempuan mengilai dan menangis terus hilang.
Suasana di sekeliling luar rumah batu dua tingkat itu terasa sunyi sekali. Datuk masih lagi berada di bawah pokok besar. Dengan tenang
datuk menikam perdu pokok besar dengan jari kelingking, saya lihat jari kelingkling datuk terbenam dalam perdu pokok tersebut. Bila
jarinya dicabut, saya terdengar suara jeritan yang memanjang di atas pokok.
73 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
Datuk melompat kembali ke sisi saya. Datuk terus duduk bersila di atas tanah membaca sesuatu. Dalam keadaan yang kelam kabut itu,
suara jeritan di atas pokok berhenti. Dari perdu pokok saya lihat seorang wanita berjalan ke arah kami, wanita itu memakai kain serba
putih. Bila wanita yang memakai pakaian serba putih itu sampai di tempat saya dan datuk duduk, perempuan itu terus mengilai sambil
mengibas-ngibas pakaian putihnya ke kiri dan ke kanan, ketika itu juga bunyi suara burung hantu bertambah kuat bersama lolongan
anjing. Perempuan yang memakai pakaian serba putih itu bagaikan terangkat dari bumi bergerak menuju ke bumbung rumah batu dua
tingkat.
"Apa benda tu tuk?"
"Itulah langsuir"
"Dia nak kemana tok?"
"Entah", suara datuk pendek.
Saya terdiam dan tidak mahu mengemukakan pertanyaan padanya. Datuk dan saya terus berlegar-legar di tepi pagar pokok buluh. Saya
tidak tahu apakah yang akan datuk lakukan. Saya selalu saja cemas melihat ular yang menjalar di atas pokok buluh. Datuk terus
menepuk bumi tiga kali. Seluruh kawasan tempat saya berdiri jadi berasap tebal. Dua tiga kali saya terbatuk, kepala saya mula terasa
pening. Lagi sekali datuk menampar bumi, kali ini saya lihat pagar-pagar dari pokok buluh terbelah dua terbentang jalan berpasir menuju
ke dalam kawasan rumah batu dua tingkat.
"Masuk", kata datuk.
"Ya, saya ikut"
Saya pun mengikut langkah datuk. Datuk melangkah tiga langkah ke depan. Bila langkah yang keempat dimulai, datuk merendahkan
badannya ke kiri dan tumit kakinya diangkat setinggi empat inci. Sementara kaki sebelah kanan di angkat separas lutut. Apa yang datuk
lakukan saya buat dengan teliti. Datuk terus menampar tapak kaki kirinya dengan tangan kanan tiga kali berturut-turut. Bila datuk me-
letakkan ibu jari kirinya ke pangkal hidungnya, saya terdengar satu letupan kecil dan diikuti dengan kepulan asap yang tebal.
Bila kepulan asap itu hilang, pokok buluh yang terpisah tadi bercantum kembali. Dan kami sudah pun berada di dalam kawasan rumah
batu dua tingkat. Saya dan datuk duduk di bawah pokok Bunga Tanjung. Tingkap bilik tidur di rumah batu dua tingkat itu terbuka.
Lampu masih terpasang.
"Kita tengok apa yang akan berlaku. Kau jangan tegur", datuk mengingatkan saya, sambil melilitkan secebis kain hitam di pergelangan
tangan kanan saya. Angin malam, terus juga bertiup, embun jantan mula turun. Saya mula terasa kesejukan, bibir saya mengeletar.
Tiba-tiba lampu di bilik tidur dipadamkan buat beberapa minit. Bila lampu itu di hidupkan, pemuda yang dikatakan mengalami penyakit
ganjil mendepankan kedua belah tangannya sambil menguap panjang. Lepas itu dia menekan jenang tingkap. Kerana dia tidak memakai
baju, bulu dadanya jelas kelihatan begitu juga dengan bulu ketiaknya. Walaupun malam terasa amat dingin tetapi pemuda yang tinggal
di rumah batu dua tingkat itu tidak terasa dingin.
Pemuda itu merenung ke langit pada bulan yang kelihatan bersinar di dada langit. Dengan mendadak saja pemuda itu menjerit terlolong
macam anjing menyalak kucing di atas pokok. Bila pemuda itu selesai menjerit dia terus memadamkan lampu biliknya. Dalam beberapa
minit kemudian saya dapat lihat lampu di bahagian bawah menyala. Serentak dengan itu pemuda tersebut terus membuka pintu. Sinar
lampu di bahagian depan itu sampai ke kawasan pokok Bunga Tanjung, saya dan datuk terpaksa berlindung di balik batang pokok
tersebut, dengan berbuat demikian kami harap pemuda tersebut tidak akan dapat melihat kami. Apa yang kami harapkan memang
menjadi, pemuda itu tidak merenung ke arah kami.
"Wangi", bisik saya pada datuk, kerana saya terhidu bau yang wangi datuk segera menekup mulut saya dan memberitahu saya supaya
jangan menegur sesuatu yang dirasakan ganjil. Cakap datuk itu saya patuhi. Bau wangi itu terus menusuk lubang hidung saya.
Tiba-tiba pemuda yang tinggal dirumah batu dua tingkat itu muncul di muka pintu dengan pakaian yang cukup rapi. Dia berdiri sambil
menyandarkan badannya ke tiang pintu. Dia merenung ke depan sambiI menarik nafas dengan tenang. Seolah-olah dia cukup senang
menyedut udara yang berbau harum itu. Dari kejauhan saya dan datuk mula terdengar lolongan anjing yang mendayu-dayu. Di tengah
suara anjing yang mendayu-dayu itu pemuda ganjil itu menari sambil menyanyi dengan kuatnya dan matanya tetap melihat bulan yang
mengambang. Saya mengeluh panjang, dari arah jalan yang menuju ke pintu rumah batu dua tingkat itu, saya melihat seorang
perempuan bergaun putih menuju kearah tempat pemuda ganjil itu berdiri.
Angin malam yang berhembus membuat gaun perempuan berkibar-kibar, seakan-akan menari dijalan menuju ke rumah yang sepi itu.
Datuk menyuruh saya membaca beberapa potong ayat Al-Quran dengan tujuan menghalau syaitan. Saya jadi kelam kabut, tidak ada satu
ayat pun yang dapat saya ingati. Seluruh badan saya mengeletar. Datuk segera membaca beberapa mantera peneguh semangat,
kemudian datuk hembus cuping telinga sebelah kanan saya tiga kali berturut-turut. Rasa cemas dan darah gemuruh saya mula terkawal.
Saya dapat menumpukan perhatian saya pada lelaki ganjil dan perempuan yang bergaun putih.
Saya lihat perempuan bergaun putih itu sudah berdiri di hadapan pemuda tersebut sambil menghulurkan tangannya. Pemuda itu
menyambut tangan perempuan yang bergaun putih dengan senang hati. Mereka berpeluk-pelukan. Suara anjing terus menyalak
mendayu-dayu, angin terus bertiup tenang, bau harum menguasai seluruh kawasan rumah batu dua tingkat itu.
"Perempuan itu syaitan menjadikan dirinya wanita cantik", bisik datuk pada saya.
"Mana boleh begitu, dia manusia", saya membantah.
"Kau baring rapatkan telinga kanan kau ke bumi, dan mata kau renung ke arahnya", ujar datuk.
Saya patuh dengan cakapnya. Bila saya sudah meniarap datuk pun memegang buku lali kaki kiri saya, dia menyuruh saya melihat ke
arah perempuan yang memakai gaun puith. Lagi sekali saya menarik nafas panjang, perempuan yang bergaun putih memang berwajah
hodoh. Matanya merah, kepalanya tanpa rambut, hidungnya panjang macam sumbu badak dari kedua belah rehangnya terjulur gigi yang
panjang macam gading gajah.
"Sudah, jangan tengok lama-lama, nanti kau tak boleh tidur", datuk terus menepuk pangkal ketiak saya.
Semua yang saya lihat hilang, perempuan yang bergaun putih yang sebentar tadi saya lihat dalam keadaan yang amat menakutkan,
sudah kembali normal pada penglihatan macam manusia biasa. Pemuda dan perempuan bergaun putih itu melangkah ke arah bangku
yang terletak dibawah pokok Cempaka, mereka duduk di situ dan bercengkerama.
74 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Kau cantik macam kawan kau juga Mariatun", kata pemuda itu sambil memeluk pinggang wariita yang bergaun putih.
Percakapan mereka dapat saya dengar dengan jelas, setelah datuk dan saya berkisar tempat duduk iaitu ke arah angin datang. Datuk
juga mengikat secebis kain hitam pada sebatang kayu yang dipacakkan dihadapan kami. Memang menakjubkan, kain hitam yang sebesar
dua jari itu bagaikan ada kuasa menghantarkan buah bicara pemuda ganjil dan perempuan bergaun putih kepada saya dan datuk.
"Jangan kau tinggalkan aku dan kawan-kawanku", suara perempuan bergaun putih.
Si pemuda terus ketawa terkekeh mendengar cakap kekasihnya itu. Tiba-tiba pemuda itu terus mendukung perempuan bergaun putih,
dibawanya kerumah iaitu di tingkat atas. Beberapa saat kemudian lampu dibilik tidur menyala, saya lihat perempuan bergaun putih
membuka gaunnya lalu merangkul pinggang pemuda. Kedua-duanya rebah di atas ranjang, apa yang saya dengar ialah suara ketawa
pemuda dan perempuan bergaun putih penuh mesra.
Datuk terus mengajak saya pulang, saya tidak membantah. Waktu saya dan datuk keluar dari kawasan rumah batu dua tingkat itu, bau
harum masih lagi berleluasa di situ, suara salakan anjing mendayu-dayu, dan lampu di bilik tidur pemuda ganjil itu terus menyala.
Sebaik saja saya dan datuk sampai ke kaki tangga rumah khas, saya terdengar suara jeritan orang perempuan, lalu di ikuti oleh suara
orang lelaki, cukup nyaring dan meremangkan bulu tengkuk. Jeritan dari lelaki itu memanjang dan bergema di tengah malam yang
dingin.
Suara jeritan itu berlanjutan hingga beberapa jam. Bila bulan di langit diliputi awan dan tidak boleh mengeluarkan sinarannya, suara
jeritan pemuda itu akan berhenti. Datuk tidak menghiraukan semuanya itu. Datuk sandarkan badan ke dinding. Saya rebahkan badan di
atas lantai. Beberapa minit kemudian saya terlena, tidak ada sesuatu yang saya takutkan, bila tidur sudah menguasai diri.
Pagi itu, datuk sengaja mengajak saya pergi mandi embun berhampiran kawasan rumah batu dua tingkat itu. Kemudian datuk dan saya
terus menceroboh ke kawasan rumah pemuda yang di anggap oleh orang-orang kampung mengalami penyakit ganjil. Saya dan datuk
masuk ikut sebelah kanan bangunan tersebut. Kerana banyak pokok-pokok tumbuhan yang tumbuh di situ, kami tidak begitu sukar
untuk memperolehi air embun. Menurut datuk, kebanyakan pokok yang tumbuh di situ semuanya dari jenis daun yang ada khasiat.
Sedang saya dan datuk asyik mandi embun, tiba-tiba secara mengejut seekor kucing hitam muncul dari celah-celah rimbunan pokok
buluh. Rupa kucing itu amat ganjil sekali. Seluruh bulu di badannya berwarna hitam. Tetapi dibahagian mukanya terdapat buluh putih
yang tumbuh melintang.
Kucing itu menerkam ke arah datuk dan mahu membaham ibu jari kaki kiri datuk. Cepat-cepat datuk mengelak, kucing itu segera pula
melompat ke arah datuk dan bersedia untuk menggigit jari tangan kiri datuk. Datuk menggigit bibir, dia terasa ada sesuatu yang ganjil
pada kucing hitam itu. Kucing hitam itu bukan kucing sebarangan. Matahari pagi terus bangkit dan mengeluarkan sinarnya lalu memanah
ke setiap dinding rumah batu dua tingkat itu. Saya mula terasa kulit muka pedih, akibat sinaran matahari.
"Bersedia", kata datuk.
Serentak dengan itu datuk menghentakkan tumit kaki kanannya ke bumi sebanyak tujuh kali. Kucing hitam itu mengiau , saya lihat
kucing hitam itu sudah tidak mampu untuk bergerak tetapi dia masih mampu memperlihatkan gigi dan taringnya pada kami.
"Berambus kau", suara datuk keras, dia lantas memetik ibu jari tangannya.
Kucing hitam itu bagaikan ditolak oleh sesuatu, tercampak ke dalam perdu buluh dan mengiau panjang di situ.
"Mari kita mandi lagi", datuk tolak badan saya.
Saya terdorong ke hadapan. Kami sudah berada betul-betul di hadapan pintu rumah batu dua tingkat. Datuk meneliti keadaan pintu
rumah tersebut, macam mencari sesuatu. Saya dan datuk terkejut. Pintu rumah batu dua tingkat itu terbuka. Pemuda ganjil muncul di
hadapan kami dengan senyum.
"Mengacau saya?"
"Tidak, kami tersesat"
"Huh, sila masuk"
Datuk dan saya terus menunaikan jemputan pemuda itu. Pagi itu pemuda tersebut nampak kemas, rambutnya disikat rapi lurus ke
belakang. Orangnya tinggi kurus. Wajahnya agak pucat dan kurang bermaya bila melangkah. Kelopak matanya seakan-akan mahu
tertutup macam orang keletihan dan kurang tidur.
"Nak minum apa?", tanya pemuda itu pada kami.
"Tak payah, kami sudah minum"
"Saya kurang tidur, malam tadi isteri saya datang"
"Isteri?"
"Ya, kenapa?"
Datuk tidak menjawab pertanyaan orang muda itu. Tanpa di minta oleh datuk, pemuda itu menceritakan orang-orang kampung
menyingkirkan dirinya kerana berkahwin sendirian. Datuk hanya anggukkan kepala sahaja. Ternyata cerita pemuda itu amat berbeza
dengan cerita orang tua dan orang kampung sendiri. Kemudian pemuda itu membawa saya dan datuk ke dapurnya. Dia menunjukkan
periuk dan kuali yang selalu di gunakan oleh isterinya. Pemuda itu juga menunjukkan beberapa helai rambut isterinya yang disimpan
dalam botol. Tetapi, bila datuk mahu memasukkan paku ke dalam botol yang ada rambut isterinya, pemuda itu melarangnya.
"Pesan isteri saya, jangan bawa paku bila datang ke sini, rambutnya tak boleh kena paku, nanti rumah terbakar"
"Maafkan saya, berapa bini awak?"
"Tiga orang"
"Bila dia datang melawat awak?"
"Sebelah malam, bila bulan mengambang mereka datang bergilir-gilir"
75 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
Dialog yang terjadi antara datuk dengan pemuda itu amat menarik hati saya. Dari percakapannya itu, tidak nampak pemuda itu seorang
yang ganjil. Dia adalah manusia biasa. Soalnya, kenapa dia menjerit bila bulan mengambang dan tinggal sendirian di rumah batu dua
tingkat? Pertanyaan itu berlegar-Iegar dalam kepala saya. Akhirnya, datuk meminta diri dari pemuda itu untuk pulang. Pemuda ganjil
menghantar kami ke pintu pagar. Baru tujuh tapak datuk melangkah dari pintu pagar rumah batu, dia segera memusingkan badannya
menyebabkan langkah saya yang rancak terhenti. Datuk merenung ke pintu pagar dan saya lihat pemuda ganjil melambai-Iambaikan
tangan ke arahnya.
"Dia bagaikan tahu gerak-geri aku", keluh datuk dan memusingkan badannya ke tempat asal, membelakangi pintu pagar dan rumah
batu.
Datuk dan saya meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke arah pintu pagar rumah batu. Matahari pagi terus kembang, cahayanya jatuh
ke daun-daun pokok yang dilekati air embun, sekali pandang air embun yang di panah oleh sinar matahari kelihatan berkilau-kilauan
bagaikan batu berlian. Hati saya terasa senang mendengar kicauan berburung dihujung dahan.
"Berhenti dulu", kata datuk dan langkah saya terus kaku.
Datuk terus mengeliat sambil meramas daun ketapang dengan tangan kanan. Datuk melihat pokok-pokok ketapang yang berdaun lebat
tumbuh di situ. Tanpa memberitahu saya, datuk terus memeriksa setiap batang pokok ketapang .yang terdapat di situ.
"Apa yang tok cari?", tanya saya setelah datuk berada di samping saya. Datuk mengedutkan dahi sambil menggigit bibirnya.
"Tak ada apa-apa"
"Kalau tak ada apa-apa, kenapa diperiksa?"
"Ah, kau ni banyak cakap sangat, jalanlah", suara datuk agak keras.
Dia terus menolak bahu kanan saya. Walaupun saya tidak melahirkan sebarang bantahan atas tindak-tanduk datuk itu, tetapi hati saya
tetap tidak puas. Cara yang paling selamat ialah melihat tindak-tanduk datuk selanjutnya itu lebih baik dari memaksa dirinya bercerita,
fikir saya dalam hati. Saya dan datuk terus mengatur langkah, meninggalkan pokok-pokok ketapang, pokok buluh dan keduduk di
belakang. Badan saya mula berpeluh dan perut sebelah kanan saya mula terasa sakit kerana penat berjalan. Tetapi, datuk tidak nampak
letih. Langkahnya masih rancak, mukanya kelihatan merah dan berseri, macam orang muda yang baru berusia tiga puluhan.
Kami sampai ke rumah yang dikhaskan untuk kami. Datuk terus memasak air panas dan membuat kopi. Ketika kami sedang enak
menghirup kopi, saya terdengar suara orang batuk diluar. Datuk segera letakkan cawan kopi ke piring dan mata kanannya dikecilkan
hingga kedua belah keningnya hampir bertemu. Dengan perlahan-Iahan datuk meletakkan jari manis sebelah kanan atas tulang pipi. Dia
bagaikan melihat sesuatu di luar rumah dengan kuasa matanya.
"Naiklah", ujar datuk. Seorang lelaki memakai baju Melayu cekak musang, berkain pelikat petak besar muncul di muka pintu. Sebelum
meletakkan punggungnya ke lantai lelaki itu angkat tangan pada datuk .
"Silakan duduk"
"Terima kasih"
Lelaki itu sandarkan badan ke dinding. Datuk pun segera duduk disisinya. Wajah lelaki itu kelihatan tenang dengan rambut yang disikat
rapi lurus ke belakang.
"Bagaimana dengan anak saya?"
"Sabarlah, saya sedang berusaha"
"Malam tadi dia datang ke rumah saya, dia nak tikam emaknya dengan buluh runcing. Dia marahkan emaknya kerana awak ada di sini"
"Malam tadi? Ah pelik benar keadaannya"
"Tidak pelik. Dia datang betul, nasib baik setelah saya pujuk dia tinggalkan rumah saya dengan aman"
Wajah datuk saya lihat cemas sedikit setelah mendengar cerita dari ayah pemuda aneh itu. Hati saya jadi serba salah untuk memastikan
sama ada cerita itu benar atau tidak. Sepanjang yang saya tahu dan Iihat pemuda aneh itu tidak kemana malam tadi. Saya kira datuk
mengetahui tentang kedudukan hal ini. Datuk renung muka saya sambil menegakkan ibu jari kirinya, saya faham dengan maksud itu. Dia
mahu saya jangan campur dalam urusannya atau membuka rahsia apa yang telah dilakukan oleh datuk dan saya malam tadi.
"Saya tak tahu langsung perkara itu", datuk membohongi ayah pemuda ganjil itu.
Secara diplomasi datuk bagaikan memaksa ayah pemuda ganjil bercerita tentang rumah batu tempat pemuda ganjil itu tinggal. Tujuan
datuk berbuat demikian bukan apa-apa atau ada maksud yang tertentu. Saya kira dengan mengetahui asal usul sesuatu kejadian itu
adalah lebih baik dan memudahkan tugasnya. Senang bertindak dan membuat keputusan. Mungkin kerana ayah pemuda ganjil itu
memang mengharapkan pertolongan datuk untuk mengubat anaknya, dia terus bercerita dengan terus terang.
Menurutnya, rumah batu itu milik arwah ayahnya yang berasal dari Muara Enim, Jambi, Sumatera Selatan, Indonesia. Rumah itu
didirikan dari hasil rompakan yang dilakukan oleh arwah ayahnya ketika disana. Dalam rancangannya, wang yang dirompak dari o-
rang-orang Belanda itu akan dikumpul untuk digunakan bagi menentang penjajah Belanda. Kerana arwah ayahnya cekap dalam kira
mengira dan dianggap amanah lalu ia dilantik sebagai penyimpan wang rompakkan itu. Tiba-tiba arwah ayahnya gelap mata lalu
melarikan wang itu ke tanah Semenanjung. Bila sampai di Semenanjung, ayahnya menukar nama dan membeli sebidang tanah lalu
mendirikan rumah batu, di samping itu menjalankan perniagaan kayu balak dan lombong.
"Sayangnya, rumah itu tidak dapat didiami oleh arwah ayah saya kerana ada lembaga hitam yang tangannya berbulu tebal mengganggu
ayah saya. Malah saya, menurut cakap ibu dilahirkan di rumah lain", kata ayah pemuda ganjil itu.
Katanya lagi, dalam zaman pemerintahan Jepun rumah itu dijadikan markas tentera Jepun untuk memancung kepala orang-orang yang
menentang mereka. Bila Jepun kalah rumah itu dijual pada seorang saudagar Cina, tetapi saudagar itu memulangkan kembali rumah
tersebut pada warisnya.
"Bila ayah awak meninggal?" tanya datuk.
76 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Sebelum Jepun mendarat di Kota Sharu, Kelantan dalam tahun 1942"
"Apa amanatnya pada awak?"
"Dia mahu anak saya atau cucunya dihantar ke Padang Panjang, Sumatera, untuk belajar agama, dia mahu cucunya jadi seorang ulama
yang terkenal"
"Awak tunaikan amanatnya?"
"Saya tunaikan"
"Anak yang mana awak hantar ke sana?"
"Anak saya yang tinggal di rumah batu itu"
Datuk tersentak mendengar cakap ayah pemuda ganjil itu. Saya menarik nafas panjang. Ayah pemuda ganjil itu menggaru kulit
rambutnya yang tidak gatal. Matanya merenung sayu ke wajah saya macam orang putus asa. Datuk bangun lalu berdiri di muka tingkap
melihat sinar matahari pagi yang garang menikam halaman rumah.
"Berapa lama anak awak di sana?", soal datuk.
"Baru dua tahun disana, dia tidak mahu belajar dan pulang kesini lalu tinggal di rumah itu", ayah pemuda ganjil memicit dahinya
berkali-kali.
Datuk kembali duduk di sisinya.
(bersambung)
CHAPTER LIST
(Jilid 02) Siri 42: Sepasang Tangan Berbulu Feb 28, '09 2:58 AM
by Zelda for group komunitisbdj
Suasana dalam rumah terasa amat sepi. Datuk dan ayah pemuda ganjil itu tidak berkata walau sepatah pun, begitu juga dengan saya.
Kesepian itu terusik juga oleh kicau burung murai yang mencari cacing di luar rumah.
"Sabarlah, nanti saya usahakan. Dengan izin Allah anak awak akan kembali pada keadaan asal", tiba-tiba datuk bersuara.
Bahu ayah pemuda ganjil itu ditepuknya berkali-kali. Ayah pemuda ganjil itu minta diri dan datuk menghantarnya hingga ke kaki tangga.
"Menerima amanah mudah tetapi menunaikan amanah memang pahit. Banyak godaan dan dugaan yang tiba. Kalau kurang iman
jahanam diri sendiri dan balanya berterusan", kata datuk dengan nada suara yang lemah sambil merenung wajah ayah pemuda ganjil.
Dari muka pintu saya lihat, ayah pemuda ganjil itu berada dalam serba salah, air mukanya berubah mendengar kata-kata dari datuk itu.
"Apakah anak saya menerima bala dari perbuatan datuknya?"
"Entahlah, hanya Allah yang mengetahui dalam hal ini"
"Saya rasa perbuatan ayah saya tidak bertentangan dengan hukurn agama. Dia merampas harta musuh dalam keadaan darurat atau
berperang"
"Saya faham. Kalau tak silap, perbuatan itu diharuskan oleh agama Islam. Malah Nabi Muhammad S.A.W. pernah melakukannya. Harta
rampasan itu dibahagi-bahagikan atau digunakan untuk kebajikan agama, tetapi ayah awak tidak amanah sudah menyimpang jauh dari
hukum Islam"
Ayah pemuda ganjil itu terdiam mendengar keterangan dari datuk. Tanpa banyak cakap dia terus berjabat salam dengan datuk,
kemudian melangkah dengan tenang meninggalkan kawasan rumah khas kami.
"Kau tunggu rumah. Aku mahu mengambil air sembahyang", datuk memberitahu saya.
Belum pun sempat saya memberi jawapan, datuk hilang dari pandangan saya. Tidak tahu kemana datuk pergi. Semua cawan dan piring
kosong saya bawa ke bahagian dapur dan terus membasuhnya hingga bersih. Lepas itu saya susun atas para. Bila saya kembali ke ruang
tengah rumah, saya dapati datuk sedang duduk menghadap ke arah kiblat. Datuk membaca Surah Yasin hingga tamat. Kemudian dia
membilang tasbih berzikir panjang. Saya membiarkan datuk dengan kerjanya dan saya terus menyusun dan membersihkan akar-akar
kayu dan batu-batu yang dikutip semalam.
Menurut datuk, bila semuanya sudah bersih, barang-barang itu mesti diletakkan di atas bendul rumah supaya kena matahari dan
benda-benda itu tidak boleh dilangkah oleh manusia atau binatang. Bila matahari berada betul-betul di tulang bumbung rumah, datuk
menghentikan tugasnya. Dia mengambil beberapa akar kayu dan batu yang saya susun di bendul. Barang-barang itu di bawanya ke
tanah dan diatur atas sekeping papan pada tengahari yang rembang. Datuk berpanas di situ hingga seluruh badannya berpeluh. Datuk
masuk ke rumah lalu menyapu peluh di muka dengan belakang tangan. Kerana waktu Zuhur sudah sampai, datuk menggesa saya
mengambil air sembahyang. Saya dapati datuk sudah berada di sisi saya. Datuk tidak saya hiraukan.
"Air itu tidak rata. Kau harus membasuh kakimu hingga sampai ke bulu lali dan air itu mesti kena jari kakimu, ambil air sembahyang
mesti betul. Kalau ambil air sembahyang tidak betul macam mana sembahyang boleh betul", tegur datuk. Saya tersenyum dan segera
mematuhi cakapnya.
"Ingat, jangan ambil air sembahyang sebarang. Ikut syaratnya, kalau tak tahu belajar dan bertanya", tambahnya.
Dan datuk terus mengambil air sembahyang. Bila sudah selesai, kami kembali ke rumah menunaikan fardu zuhur. Lebih kurang pukul
dua petang, datuk suruh saya kumpulkan akar-akar kayu dan batu yang dijemurnya dalam baldi kecil. Dengan baldi kecil itu, saya dan
77 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
datuk membawa barang-barang tersebut kerumah batu. Lebih kurang satu rantai mahu sampai ke rumah itu, datuk mengambil baldi dari
tangan saya. Bila sampai di pintu pagar rumah batu, datuk tepuk baldi dengan tangan kanannya dan pintu pagar terbuka dengan sendiri.
Sebaik sahaja berada di halaman rumah batu, datuk ambil tiga batu dan tiga urat akar kayu. Batu dibuang kearah kanan dan akar kayu
dibuang ke arah kiri. Mulut datuk kelihatan bergerak-gerak, sebiji batu dalam baldi diambilnya lagi dan batu itu di gosoknya berkali-kali.
Akhirnya, batu itu diletakkan betul-betul didepan pintu rumah batu yang tertutup rapat. Bila datuk memijak batu itu dengan kaki kirinya,
pintu rumah batu terbuka dengan sendirinya. Saya terpandang macam ada batang tubuh wanita berdiri di muka pintu beberapa saat.
Saya tidak dapat memastikan wajah wanita itu kerana ia muncul sekejap saja dan macam bayang-bayang pula.
"Mari masuk Tamar", kata datuk.
"Untuk apa tok?"
"Mari masuk", sergah datuk sambiI merenung kelangit melihat matahari yang bersinar terik serta gumpalan awan yang bergerak ke arah
barat daya.
Saya tidak tahu, entah mengapa kaki saya terasa berat untuk melangkah, macam ada sesuatu yang membelenggu kedua belah kaki
saya. Bulu roma saya mula tegak, rasa takut bersarang dalam hati. Bila saya renung ke arah pintu yang terdedah, saya bagaikan
terpandang sesuatu yang aneh. Saya semacam terpandang orang berjanggut panjang beberapa saat. Bila orang itu hilang, saya terlihat
perempuan cantik berhidung panjang sampai ke dada. Bila perempuan itu hilang saya terlihat orang memakan bara api, semuanya
bertukar ganti dalam masa yang cukup pantas.
"Saya takut tok"
"Mengarut, mari", datuk menarik tangan saya sambil menekan nadi di pergelangan tangan dengan ibu jarinya bagaikan terkejut, macam
orang kena kejutan letrik.
"Mengucap Tamar", kata datuk lagi saya pun terus mengucap dua kalimah syahadah dengan tenang dan teratur.
Saya dan datuk terus melangkah ke dalam ruang rumah. Saya lihat beberapa ekor labah-Iabah merayap di dinding. Hampir seluruh
kawasan ruang itu dipenuhi oleh sarang labah-Iabah dan angkut-angkut, keadaan didalam rumah itu kelihatan suram dan samar-samar.
Datuk membuka salah sebuah tingkap di situ untuk mendapatkan cahaya matahari. Bila cahaya matahari masuk ke dalamnya, barulah
saya melihat pecahan kaca dan tembikar berselerak di lantai, dua tiga ekor lipan bara melarikan diri dari terkena cahaya matahari, empat
kerusi kuno dan sebuah meja kuno sudah berlubang-Iubang di makan oleh anai-anai.
Di kaki tangga untuk naik ke tingkat atas terdapat sebuah busut jantan yang tingginya hampir lima kaki. Kalau direnung lama-lama
busut jantan itu bentuknya macam seorang lelaki berpeluk tubuh. Bila datuk menjamah bahagian atas busut jantan itu, beribu-ribu
kalkatu keluar memenuhi ruang rumah batu itu. Datuk dan saya segera memanjat anak tangga menuju ke tingkat atas. Terdapat lima
bilik di tingkat tersebut, salah sebuah bilik di situ kelihatan bersih dan langsir kuning terpasang dengan rapi, beberapa keping patahan
dari batu nisan kelihatan berselerak di muka pintu bilik.
Saya dan datuk jenguk ke dalam bilik. Pemuda ganjil sedang tidur dengan nyenyaknya di atas katil kuno dengan beralaskan daun-daun
ketapang kering sambil memeluk batu nisan. Bila datuk mahu masuk ke bilik tersebut, rumah batu itu terasa bergegar disertai dengan
bunyi dentuman yang amat kuat macam bunyi petir. Saya dan datuk mula terdengar bunyi air hujan mencurah-curah di luar. Bagi
memastikan apakah di luar betul-betul hujan, datuk segera membuka tingkap, ternyata hari tidak hujan. Cuaca cukup baik, matahari
tetap bersinar, langit biru kelihatan bersih.
Satu hal yang menakjubkan. Bila daun tingkap terbuka perkara yang aneh itu tidak kedengaran, bila daun tingkap dirapatkan
macam-macam bunyi mengusik gegendang telinga. Datuk rapat ke katil pemuda ganjil. Bila datuk duduk di sisinya, saya terlihat
sepasang tangan yang berbulu sebesar pokok pinang dara keluar dari dinding bilik. Sepasang tangan itu mengarah ke batang leher
datuk.
"Aku akan mengembalikan pada orang yang berhak. Jangan ganggu kami dan perdayakan anak cucunya", kata datuk.
Sebaik saja datuk selesai bercakap sepasang tangan yang berbulu itu hilang dari tepi dinding bilik. Datuk cuba mengejutkan pemuda
ganjil yang sedang tidur. Usaha datuk itu gagal. Setiap kali dia mahu menjamah kaki pemuda ganjil itu, bayang-bayang perempuan akan
muncul di atas katil seolah-olah menghalang perbuatan datuk.
"Rumah ni, rumah syaitan", keluh datuk lalu dia membaca beberapa potong ayat Al-Quran dari Surah Jin. Ketika datuk membaca surah
tersebut, pasir dan batu berterbangan dalam bilik. Datuk tidak peduli, dia terus membaca hingga bayang-bayang perempuan itu hilang
dari penglihatan datuk dan saya. Bila keadaan sudah tenang, datuk pun membangunkan pemuda ganjil yang sedang tidur. Wajah
pemuda itu nampak pucat lesi. Dia bagaikan berada dalam satu keadaan yang cukup asing, mulutnya terus mengungkapkan perkataan
yang tidak berapa jelas dan sukar difahami.
Tanpa saya duga, pemuda ganjil yang nampaknya tidak bermaya tiba-tiba melompat. Suaranya keras dan mengaum macam suara kucing
yang sedang marah bila ekornya dipijak. Pemuda ganjil menerkam ke arah datuk. Tetapi datuk yang sudah bersedia menghadapi
sebarang kemungkinan itu segera menekan kepala katil dengan ibu jari kiri. Dan pemuda ganjil itu seperti ditolak oleh kuasa ghaib
kembali ke tempat asalnya. Duduk di situ kali ini dia menentang datuk dengan kuasa matanya. Keadaan itu datuk hadapi dengan tenang.
Datuk menggunakan kuasa matanya hingga mata pemuda yang bersinar garang jadi layu dan terus tertutup. Pemuda ganjil itu rebah
atas katil kembali.
Datuk terus membaca Surah Al-Falak. Bila sudah selesai membaca surah tersebut datuk meraba tubuh pemuda ganjil mulai dari kaki
hingga ke pangkal leher dan datuk mematikan rabaan itu dengan menjentik sebanyak tiga kali cuping telinga kiri pemuda ganjil.
Manakala dari sebelah telinga kanannya datuk membisikkan beberapa potong ayat Al-Quran hingga pemuda itu membuka matanya.
Datuk segera mendukung pemuda ganjil itu keluar dari rumah batu. Bila kami berada di luar kawasan rumah batu, tiba-tiba hujan panas
turun mencurah-curah. Habis rambut saya basah begitu juga dengan datuk. Pemuda ganjil yang terkapar dalam dukungan datuk tidak
bergerak. Matanya pejam dan mulutnya yang separuh terbuka di masuki oleh air hujan. Peliknya, hujan panas itu terjadi dalam jarak
beberapa ela sahaja dari kawasan rumah batu itu.
"Inilah kebesaran Allah. Dalam panas ada hujan. Dalam hujan ada panas. Semoga Allah memberkati niat suci aku", kata datuk lalu
mempercepatkan langkahnya.
Bila sampai di rumah, datuk terus memandikan pemuda ganjil itu dengan air yang saya ambil dari sungai. Dengan jari manisnya datuk
mencabut tujuh helai rambut pemuda ganjil di bahagian ubun-ubunnya. Rambut itu datuk simpulkan lalu disuruh saya menanamnya.
78 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Kau mahu minum ?" tanya datuk pada pemuda ganjil.
Walaupun pemuda ganjil itu tidak memberikan sebarang jawapan, datuk tetap menyuruh saya membuat air kopi panas yang
dicampurkan dengan bawang putih.
"Minum", kata datuk.
Pemuda ganjil itu bagaikan dipukau menurut saja perintah datuk. Bila air kopi habis di minum, pemuda itu mula batuk dan bersin. Dia
sedawa berkali-kali. Mukanya kelihatan berpeluh dan merah.
"Emak dan ayah saya, mana dia ?", tanya pemuda itu.
"Ada, kau mahu jumpa dia?", balas datuk.
"Mahu"
"Cuba kau mengucap sekarang"
"Boleh, Ashha..", pemuda itu mengucap dengan lancarnya.
Datuk gembira dan menyuruh saya memanggil kedua orang tua pemuda ganjil itu. Bila kedua orang tua pemuda ganjil itu tiba, suasana
dalam rumah jadi lain macam. Ibu pemuda ganjil itu menangis, dia tidak terfikir anaknya yang aneh boleh kembali kepangkuannya
walaupun wajah dan tubuh anaknya agak berbeza dari dulu.
"Jangan sentuh dia", datuk melarang ibu pemuda ganjil itu menjamah tubuh anak kesayangannya.
Ibu pemuda ganjil itu jadi terkejut. Suaminya segera memujuk hingga rasa terkejut itu hilang dari dirinya. Datuk mengarahkan kedua
ibubapa pemuda ganjil itu duduk di hadapannya. Manakala datuk, saya dan pemuda ganjil duduk sebaris jarak kami dengan kedua orang
tua pemuda ganjil itu kira-kira dua kaki.
"Kau jawap pertanyaan aku sebelum kau bertemu dengan kedua orang tua kamu", kata datuk sambiI memandang ke wajah pemuda
ganjil.
Saya lihat pemuda itu anggukkan kepala tanpa memandang ke hadapan atau ke kiri dan ke kanan.
"Baik", balas pemuda ganjil.
"Siapa nama ayah kau?"
"Ansaruddin Hasibuan"
"Emak kau?"
"Teh Mayang Mengurai"
"Salah", pekik datuk sambil menumbuk lantai, semua yang ada dalam rumah jadi terkejut.
Datuk segera memegang leher pemuda ganjil sambil mencabut sehelai bulu roma telinga kanan pemuda itu. Ada pertentangan dari
pemuda ganjil itu, tetapi, setelah datuk menekan dengan ibu jari kaki kiri di pahanya pemuda itu menyerah. Bulu roma telinga pemuda
ganjil itu datuk letakkan atas tapak tangan kanan. Datuk hembus bulu telinga itu dengan kuasa hidungnya. Bulu roma itu kelihatan
melayang-Iayang dalam ruang rumah.
"Pulanglah ke tempat asalmu dan jangan ganggu anak cucu Adam", suara datuk cukup lantang.
Bulu roma yang berterbangan dalam rumah terus menuju ke muka pintu. Semua yang ada dalam rumah tercengang-cengang. Kami
terdengar suara orang perempuan menangis dengan sayu di tengah hari yang menyerlah itu. Sesungguhnya, saya tidak tahu dari arah
mana suara itu datang. Bila keadaan sudah tenang, datuk terus bertanya pada pemuda itu.
"Siapa nama emak kamu?"
"Rabiatun", jawap pemuda itu.
"Betul"
Datuk menyuruh pemuda itu mencium lutut ibunya. Pemuda ganjil itu ikut cakap datuk. Bila dia selesai mencium lutut ibunya, pemuda
itu segera memeluk ayahnya sambil minta maaf. Mereka berpeluk-pelukan dan bertangis-tangisan. Datuk dan saya terus menyaksikan
peristiwa yang penuh dramatik itu dengan perasaan terharu. Air mata saya meleleh dipipi. Sedarlah saya betapa kasihnya ibu dan ayah
terhadap anaknya. Dengan izin datuk, pemuda ganjil itu dibenarkan pulang ke rumahnya. Tetapi, sebelum pemuda itu masuk ke rumah,
dia harus dimandikan dulu di bawah tangga atau di pintu rumah. Perkara itu di lakukan sebagai syarat atau petua dari orang tua-tua,
kononnya untuk menghalau hantu syaitan.
"Walaupun ini merupakan petua tetapi tidak bertentangan dengan ajaran agama, tujuannya baik", kata datuk pada ibu pemuda ganji itu.
Syarat itu sengaja di sampaikan pada ibunya kerana kerja-kerja harus di lakukan oleh ibunya sendiri. Ayahnya tidak dibenarkan oleh
datuk ikut pulang sam.
"Awak duduk di sini, hingga lepas waktu Asar. Banyak perkara yang mahu saya cakapkan pada awak", ujar datuk pada ayah pemuda
ganjil.
Saya renung wajah ayah pemuda ganjil itu. Dia nampak tenang dan setuju dengan cadangan datuk itu. Pemuda ganjil dan ibunya segera
berangkat dari rumah yang kami diami. Sementara menanti waktu Asar tiba, saya terpaksa memasak nasi dan menggoreng ikan gelama
masin. Bahan-bahan yang saya masak itu adalah pemberian ayah pemuda ganjil itu semalam.
Bila waktu Asar tiba, kami pun sembahyang. Lepas sembahyang dan wirid sedikit barulah kami makan. Lepas makan kami berehat di
anjung rumah. Masa berehat itulah datuk menyoal bermacam-macam hal pada ayah pemuda ganjil itu.
79 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Harta anak yatim, harta pusaka dan amanah orang, jangan dipermainkan kalau tak sanggup jangan diterima", saya terdengar suara
datuk dalam nada yang lembut.
Ketika dia bercakap itu matanya merenung wajah ayah pemuda ganjil di sebelahnya.
"Maksud awak? Saya tak faham", tanya ayah pemuda ganjil.
"Saya rasa, ini pendapat saya. Boleh jadi betul, boleh jadi tidak. Sepasang tangan yang berbulu di rumah batu itu merupakan petunjuk
dari Allah bahawa rumah yang dibina oleh arwah ayah awak tu dari wang yang perolehi secara tidak halal"
"Saya faham cakap awak"
"Saya bukan apa-apa. Cuma mengingatkan kalau mahu membuat rumah biarlah dari wang yang halal kerana rumah itu tempat kita
berlindung dan membuat amal ibadat. Membuat rumah dari duit yang halal berkatnya lebih, hati kita sentiasa tenang bila bernaung di
bawahnya" ujar datuk lagi.
Saya tidak tahu kenapa perkara itu yang datuk timbulkan. Saya renung muka datuk, tidak ada sebarang perubahan di wajahnya. Lebih
kurang pukul enam petang, barulah ayah pemuda ganjil itu meninggalkan rumah khas kami. Sebelum dia melangkah, dia terus berkata
pada datuk.
"Sudah selesaikah kerja awak?"
"Belum"
"Apa yang belum selesai?"
"Saya mahu pergi ke rumah batu itu lagi malam ini, kalau awak nak ikut datanglah lepas waktu Isyak"
"Boleh juga, saya akan datang"
"Baguslah tu", datuk pun melambaikan tangan pada ayah pemuda ganjil tersebut.
Bila masuk waktu Maghrib, hujan turun dengan lebatnya. Hujan yang lebat itu tidak mengganggu datuk berwirid dari Maghrib hingga
masuk waktu Isyak. Cuma hati saya saja yang berdebar kerana hujan yang lebat itu disertai juga oleh bunyi petir dan angin yang kuat.
Tiba-tiba saya menggigil kesejukan. Badan segera saya selimutkan dengan kain pelikat, saya duduk mencangkung. Dagu saya bertemu
dengan kepala lutut. Kilat, angin dan hujan terus bermaharajalela diluar. Datuk masih lagi berada di tikar sembahyang. Satu ledakan
petir yang kuat bergema, sinarnya menerangi seluruh rumah.
Telinga saya bagaikan fana dan terasa kosong. Bila cahaya kilat itu hilang, saya lihat batang tubuh perempuan terpacak tidak jauh dari
depan datuk. Wajahnya manis sekali dengan rambut terurai hingga kepinggang, memakai baju kebaya dari kain songket warna hijau,
begitu juga dengan baju. Selindang songket terletak atas bahunya yang lebar.
"Kau rampas suami aku. Binatang, kau harus bersedia menerima pembalasan", katanya pada datuk.
Wajahnya bertukar jadi merah macam udang kena bakar. Saya lihat datuk segera berdiri, saya tidak tahu waktu mana datuk membuang
kain sarungnya dan memakai seluar hitam, baju hitam dengan kain merah terlilit di kepala.
"Kau Puteri Mayang Mengurai?", tanya datuk.
"Ya, kenapa?"
"Dari mana kaudatang?"
"Dari Gunung Tahan"
"Bohong, kau syaitan. Kau langsiur menjelma menjadi manusia untuk memperdaya manusia"
"Itu soal aku, bukan soal kau. Aku mahu suami aku", suara perempuan itu mula meninggi.
Datuk menarik nafas panjang. Kedua belah tangannya dilekapkan ke dadanya yang bidang. Bibir bawahnya nampak bergerak-gerak.
"Aku bersedia memulangkan orang yang kau sayangi, kalau kau benar manusia. Buktikan yang diri kau manusia", datuk mengajukan
pertanyaan.
Perempuan yang berdiri di depannya kelihatan tenang. Wajahnya yang merah sudah tidak merah lagi.
"Bukankah dengan wujudnya aku di sini membuktikan itu semua", katanya.
"Masih belum cukup, aku sangsi"
"Apa lagi yang kaumahu?"
"Kau berdiri di situ, jangan bergerak-gerak"
"Baik"
Datuk senang hati dengan jawapan itu. Datuk pun mula meluruskan ke dua belah tangannya. Mulutnya mula bergerak membaca ayat
Al-Kursi. Perempuan itu tersenyum tetapi, bila sampai pada ayat pertengahan perempuan itu tidak senyum lagi, malah cuba memberikan
isyarat pada datuk supaya jangan meneruskan pembacaannya. Datuk tidak peduli. Datuk terus membaca ayat tersebut. Bila sampai pada
ayat terakhir, saya lihat seluruh tubuh badan wanita itu jadi merah macam bara, wanita itu terkapai-kapai macam minta tolong. Dalam
beberapa saat saja badan yang merah menjadi hitam macam arang, kemudian terus hilang.
"Syaitan itu sudah binasa", datuk memberitahu saya.
Perlahan-Iahan datuk menyingsing lengan baju kanannya. Dia kembali duduk di depan tikar sembahyang. Saya tidak tahu apakah yang
di bacanya. Rasa menggigil di badan saya mula hilang. Saya terus ikat kain di pinggang. Hujan dan petir masih berterusan di luar. Datuk
terus membuka tingkap tetapi, cepat-cepat daun tingkap itu dirapatkannya kembali, tempias hujan menjamah wajahnya.
80 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Masih belum datang lagi", rungut datuk.
"Sabarlah, barangkali kerana hujan"
"Betul juga cakap kau Tamar"
"Kita tunggu sampai hujan teduh tok"
"Aku fikir pun begitu juga", nada suara datuk menurun.
Dia kembali duduk di tikar sembahyang membaca Surah Yasin. Dalam kiraan saya, hujan lebat itu berlaku selama satu jam. Sebaik saja
hujan berhenti, ayah kepada pemuda ganjil datang ke rumah kami. Datuk memberi dia minum kopi panas.
"Kita pergi sekarang", kata datuk.
"Boleh, saya ada bawa lampu picit"
"Tak pakai lampu picit pun tak apa"
"Gelap nanti tak nampak jalan"
"Saya ingat, mana lopak dan pokok besar"
"Hum..", mulut ayah pemuda ganjil terpelohong kehairanan.
Tanpa banyak kerenah, datuk pun turun dan di ikuti oleh saya dan ayah pemuda ganjiI. Bila kami memijak bumi, tanah yang dibasahi air
hujan terasa menyentuh kulit kaki meskipun saya memakai sepatu getah. Datuk yang memakai capal kulit itu cukup cepat melangkah.
Percikan pasir dan tanah dari kibasan capalnya terasa mengenai muka saya. Lebih kurang sepuluh minit berjalan dalam gelap yang
dikepalai oleh datuk, kami pun sampai ke rumah batu.
Bila berada dalam rumah batu itu. Keadaannhya saya rasa berbeza dengan keadaan sebelah pagi tadi. Saya tidak terasa seram atau
takut. Datuk terus kumpulkan kayu dan papan-papan buruk lalu dibakarnya. Api yang marak itu menerangi bahagian bawah rumah batu
itu. Datuk mencari bahagian sudut rumah itu yang mengarah ke kiblat. Datuk duduk bertafakur beberapa minit disitu. Bila kerjanya itu
selesai datuk pun menghampiri kami.
"Sekurang-kurangnya tiga gadis Cina telah dirogol dan dibunuh oleh tentera Jepun dirumah ini. Mayatnya di tanam di belakang rumah",
datuk memberitahu saya.
Menurut datuk, ada kemungkinan perempuan-perempuan cantik yang datang menemui pemuda ganjil pada setiap malam itu berasal dari
syaitan yang mengambil kesempatan untuk menggoda pemuda ganjil yang memang diketahuinya mudah digoda kerana imannya kurang
kuat dan baru mahu mendalami hal-hal agama.
"Tangan yang berbulu berpunca dari apa?"
Secara mendadak ayah pemuda ganjil itu bertanya. Datuk segera mengambil sebatang kayu dan menikam ke arah api yang sedang
marak itu, muka datuk nampak berpeluh. Dahinya berkedut. Dia berhenti menikam api dengan serta merta. Datuk termenung panjang,
terlalu sukar nampaknya datuk mahu menjawab pertanyaan itu.
"Saya tak tahu. Itu kuasa Allah, kejadian itu barangkali sebagai petunjuk pada manusia supaya jangan tamak dan haloba kerana mahu
hidup senang dan tergamak melakukan pecah amanah", cukup teratur datuk bercakap sambiI matanya merenung wajah saya.
Tanpa saya duga, dalam bangunan rumah batu dua tingkat itu, di depan api yang marak datuk menceritakan yang dirinya pemah
mengalami kejadian itu di dua buah rumah besar. Kejadian pertama berlaku di Alor Setar dan kejadian ke dua berlaku di Pekan, Pahang.
Rumah di Alor Setar itu didirikan di atas tanah pesaka yang tidak di farait atau dibahagikan mengikut hukum syarak. Sehingga
menimbulkan perbalahan di kalangan empat saudara, abang yang tua dalam keluarga itu menggunakan kuasa kuku besinya. Dia
mengambil semua tanah pesaka itu untuk dirinya, dalam masa yang sama abang yang tua itu kena loteri kebajikan masyarakat. Dia pun
mendirikan rumah batu yang besar dan membawa anak bininya tinggal di situ. Sejak tinggal di rumah baru itu anak bininya sentiasa
sakit dan diganggu oleh satu lembaga besar hingga membuat abang yang tua berada dalam keadaan resah dan tidak tenang.
Seorang guru agama menasihatkan abang yang tua itu supaya menjual tanah tersebut. Hasil dari pendapatan jualan itu dibahagikan
sesama keluarganya atau membahagikan tanah pesaka di kalangan keluarganya mengikut hukum agama, abang yang tua memilih cara
kedua. Bila tanah itu dibahagikan mengikut hukum syarak, lembaga hitam itu tidak muncul dan keluarganya tidak sakit, rumah batu itu
dipecahkan kerana didirikan dengan wang loteri.
"Tetapi abang yang tua tidak akan terlepas dari dosa di akhirat kerana dia berjudi", kata datuk.
Kejadian di Pekan Pahang hampir sama dengan kejadian di Alor Setar, cuma bezanya rumah besar yang didirikan oleh seorang haji disitu,
adalah hasil dari penyelewengan wang kutipan zakat fitrah orang Islam, dan haji itu sendiri membunuh diri dalam rumah tersebut.
"ltulah pembalasan Allah di dunia pada orang yang tidak amanah", kata datuk mengakhiri ceritanya. Saya termenung panjang, begitu
juga dengan ayah pemuda ganjil tersebut.
"Sudahlah, mari kita pulang", kata datuk, kami pun segera pulang.
Sebaik saja kami sampai di kaki tangga, satu ledakan petir terjadi. Cahaya kilat itu menerangi seluruh kawasan di sekitar kami, bila
cahaya kilat itu berakhir, kami jadi tergamam dan terkejut besar kerana dibahagian bumbung rumah batu dua tingkat kelihatan api
menjulang. Api itu terus marak dan membakar seluruh rumah batu dua tingkat. Datuk tidak menghiraukan kejadian itu, malah dia
menyuruh kami balik ke rumah. Sepanjang malam itu, saya tidak dapat tidur kerana memikirkan kejadian yang saya lihat.
Pagi esoknya, kami pergi kerumah batu yang jadi korban petir . Tidak ada bentuk rumah yang wujud di situ, kecuali tiang batu yang
hitam macam arang terpacak mengarah ke langit.
"Awak jual tanah ni atau wakafkan, kalau awak jual wangnya jangan awak ambil satu sen pun, semuanya di berikan pada baitulmal atau
ke rumah anak-anak yatim. Saya rasa inilah cara yang paling baik dengan itu keturunan awak akan terselamat dari kutukan Allah", datuk
menasihatkan ayah pemuda ganjil.
81 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Lagi apa yang mesti saya buat?"
"Beramallah pada Allah, mohon limpah rahmat dariNya. Kita ini hamba Allah, pada Allah lah kita mengadu dan Allah akan membuat
keputusan yang maha adil", tambah datuk lagi.
Dua hari kemudian, sedang saya dan datuk berkemas untuk pulang, ayah pemuda ganjil itu datang menemui datuk lalu menyerahkan
wang sebanyak lima ratus ringgit, sebagai tanda terima kasih atas kejayaan datuk mengubati anaknya.
"Simpan wang awak. Saya tidak cari makan cara ini. Saya menolong sesama manusia dengan ikhlas, kebolehan yang ada pada saya
adalah milik Allah", muka ayah pemuda ganjil pucat mendengar cakap datuk.
"Maafkan saya, tapi saya mahu bersedekah", balasnya.
"Sedekahlah pada fakir miskin", jawab datuk tegas dan mengucapkan ribuan terima kasih atas layanan yang diberikan kepada saya dan
datuk.
Ayah pemuda ganjil itu menghantar kami ke perhentian bas. Tiga bulan kemudian, ayah pemuda ganjil itu datang menemui datuk dan
menyatakan apa yang dinasihati oleh datuk telah dilaksanakannya. Tanahnya sudah dijual dan wangnya sudah diserahkan pada
Baitulmal.
"Anak saya sudah sihat, saya akan menghantarnya ke Padang Panjang untuk belajar agama. Kalau ada rezeki saya mahu melanjutkan
pelajarannya hingga ke Kaherah, mulai tahun ini saya akan membayar zakat"
"Baguslah tu", jawab datuk.
Dan saya masih dapat membayangkan bagaimana ayah pemuda ganjil itu menangis teresak-esak ketika meninggalkan halaman rumah
datuk.
(bersambung...)
CHAPTER LIST
(Jilid 02) Siri 43: Buaya Jadi Jadian Mar 5, '09 3:08 AM
by Zelda for group komunitisbdj
Musim tengkujuh pun tiba. Langit di Kampung Mandi Upeh sentiasa kelihatan mendung dan setiap hari hujan turun. Sungai kecil yang
merentang di tengah-tengah kampung melimpahkan airnya hingga ke paras tebing. Dan sejak pulang dari Tanjung Malim, datuk tidak
kemana-mana. Dia banyak menghabiskan masanya di ladang getah. Sekali-sekala dia ke hutan melihat jerat pelanduknya sama ada
mengena atau tidak. Sepanjang musim tengkujuh kesihatan datuk tidak begitu baik. Dia selalu diserang sakit lelah dan lemah-lemah
badan. Walaupun begitu, datuk tidak pernah lupa melakukan senaman harimau dan mandi embun pada setiap pagi.
Dan amalan meminum air dingin satu tempurung yang sudah diembun selama satu malam tetap diteruskannya. Menurut datuk air dingin
itu mesti diminum sebelum sarapan pagi. Khasiatnya, dapat melancarkan perjalanan darah serta membersihkan perut. Air dingin itu juga
dapat menegangkan kulit, bagi orang yang mengamalkannya akan kelihatan muda. Datuk juga memberitahu saya, tempurung yang
dijadikan bekas air dingin itu dipilih dari kelapa masak yang gugur sendiri. Tempurung dari kelapa itu dibelah serta di jemur hingga
isinya lekang sendiri. Bahagian tempurung yang tidak digunakan itu ditanam di pangkal pokok kelapa itu. Tempurung yang dijadikan
bekas minuman itu ialah bahagian bawah. Bila sudah cukup kering, tempurung itu dibersihkan serta dikilatkan dengan serpihan kaca dan
di jemur kembali selama tujuh hari berturut-turut. Kemudian baru dijadikan bekas minuman. Setiap kali datuk mahu meminum air
dingin dalam tempurung itu, dia mesti membaca Al-Fatihah sebanyak tujuh kali dalam masa senafas.
Dan saya, hingga kini tidak dapat mengamalkan petua-petua tersebut disebabkan oleh beberapa hal yang tertentu.
Pada suatu pagi , selepas datuk melakukan senaman dia terus berehat di ruang rumah. Ketika itu nenek menghampirinya.
"Bagaimana? Bila kita nak pergi ke Tanjung Ara?", soal nenek.
"Untuk apa?"
"Dah lupa? Jemputan kahwin anak Alang Botak"
"Tak lupa. Bukankah jemputan tu esok, esoklah kita pergi"
"Awak ni merepek. Bukankah saya dengan Alang Botak itu adik-beradik, kami sepupu. Tidak baik pergi kenduri-kendara rumah
adik-beradik untuk makan aje. Kita harus pergi awal, boleh tolong tegakkan balai, siapkan tempat orang makan", nenek mula bersyarah
di hadapan datuk. Saya lihat datuk tersenyum dan mengangkat ke dua belah tangannya ke atas, macam komunis menyerah diri pada
pasukan askar Melayu.
"Saya salah. Awak betul, kerana itu saya ikut cakap awak", kata datuk sambil berjenaka.
Nenek ketawa keciI. Begitulah sikap datuk dengan nenek. Saling bertolak ansur. Datuk tidak segan-silu menurut kata nenek, kalau kata--
kata itu baik dan benar. Datuk akan menentang berhabis-habisan kalau pendapat atau fikiran nenek tidak menguntungkan. Mereka
bertengkar dan bermasam muka untuk mencari kebenaran bagi mencipta suasana rumah tangga yang kekal tanpa mahu mencari
perkelahian yang mengakibatkan rumahtangga berada dalam kegentingan yang berakhir pada sebuah jurang pemisahan. Barangkali
inilah rahsia kebahagian dan kedamaian rumahtangga datuk dan nenek.
Dan saya sering bertanya dalam diri saya, apakah dalam hidup saya kelak, saya akan menemui seorang isteri sebaik dan semulia hati
nenek? Apakah saya dapat menjadi lelaki seperti datuk yang sanggup menghilangkan rasa ego seorang suami di mata seorang isteri demi
kerukunan rumah tangga.
"Entahlah… Begini saja, kita pergi sejam lagi. Sementara itu eloklah awak berkemas, bawalah gula barang sekati dua, kelapa sepuluh
atau dua puluh biji dan pisang dua tiga tandan", kata datuk.
82 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
Nenek bagaikan terkejut.
"Awak ni bergurau atau cakap betul-betul", tanya nenek sambiI mengerutkan keningnya. Datuk terus mempamirkan giginya.
"Saya cakap betul, kita tolong mereka dengan apa yang ada pada kita"
"Nak bawa barang-barang tu dengan bas? Susah jadinya. Itulah ada kereta awak tak mahu baiki, sekarang siapa susah", rungut nenek.
"Sama-sama susah", jawab datuk.
Nenek dan saya terus ketawa. Bila ketawa saya dan nenek berakhir, datuk masih lagi tersengih.
"Begini saja. Awak dengan Tamar pergi naik bas dulu, barang-barang tu biar saya bawa kemudian, saya juga nak bawa kambing untuk
Alang Botak"
"Ini dah cukup baik", balas nenek yang kemudian menggesa saya menukar pakaian. Saya tukar pakaian dan nenek terus mengemaskan
pakaian lalu dimasukkan ke dalam beg rotan empat segi. Saya diberi tugas tertentu oleh nenek iaitu memikul beras sebanyak empat
gantang yang diisikan dalam guni gandum. Bagi nenek, beras empat gantang itu sebagai tanda buah tangan untuk keluarganya di
Tanjung Ara.
"Bila awak nak bertolak?", soal nenek pada datuk di kepala tangga.
Datuk menggigit bibir sambil memetik ibu jari kirinya. Dan sepasang mata datuk tertumpu ke arah anak bukit yang letaknya tidak jauh
dari rumah.
"Awak jalanlah dulu, saya tetap sampai", suara datuk penuh keyakinan.
Saya dan nenek pun berangkat dari rumah.
Ketika berada dalam perut bas, hati saya cukup gembira kerana nenek tidak putus-putus menjamu saya dengan kuih-kuih yang dibelinya
di perhentian bas. Apa saja yang saya minta nenek tunaikan. Nenek saya lihat cukup gembira sekali, maklumlah dia mahu bertemu
dengan kaum keluarganya di Tanjung Ara. Dalam perut bas itu juga, pertama kali nenek membuka rahsia asal keturunannya. Menurut
nenek, keturunannya berasal dari Bugis yang berhijrah ke Johor, dari Johor berpindah ke lembah Sungai Kelang, Selangor, yang
kemudian terlibat dalam peperangan saudara di Selangor.
Dari Selangor mereka berhijrah ke Perak membantu Sultan Muzaffar Shah yang bersengketa dengan adiknya. Sultan Muzaffar Shah yang
di bantu oleh orang-orang Bugis menang, lalu ditabalkan jadi Sultan Perak. Salah seorang keluarga nenek menjadi ayam tambatan pada
Sultan Perak pada masa itu. Sayangnya nenek tidak menyatakan pada saya siapa nama keluarganya yang menjadi pahlawan terbilang
itu.
"Kaum kerabat nenek masih terdapat di Johor terutama di daerah Batu Pahat. Di Selangor pula di kawasan Jeram dan Permatang. Tetapi
moyang nenek memilih Tanjung Ara sebagai tempat bernaung, setelah berperahu dari Kuala Dinding ke sini", kata nenek dengan megah.
Saya anggukkan kepala kerana saya tahu, tidak mungkin saya dapat menyusur jejak-jejak keturunan nenek yang sudah begitu lama. Bas
yang kami naiki sampai di pekan kecil Pengkalan Bharu. Dari situ, saya dan nenek terpaksa berjalan kaki melintasi satu kawasan lapang
yang dipenuhi dengan pokok kemunting (kemuning) serta rerumput yang berdaun merah.
Kata nenek, kawasan lapang itu disebut Padang Antah Berantah dan menjadi medan pertempuran angkatan Raja Shamsul Baharin
menentang angkatan Raja Champa (Kemboja). Dalam pertempuran itu Raja Shamsul Baharin memang, seluruh Padang Antah Berantah
dipenuhi dengan darah-darah pahlawan Champa. Kesan daripada peperangan itu, rumput-rumput yang tumbuh di situ jadi merah begitu
juga dengan pasirnya (sekarang kawasan tersebut sudah ditanam dengan pokok kelapa). Saya tidak dapat memastikan sama ada cerita
itu benar atau tidak. Kerana nenek hanya memperolehi cerita itu dari mulut ke mulut cuma.
Memikul empat gantang beras dengan berjalan kaki sejauh hampir dua batu memang memenatkan, badan saya jadi berpeluh. Bagi
menghilangkan rasa penat dan bosan pada diri saya, nenek terus bercerita kisah-kisah lalu yang menggerunkan, dan kadang-kadang
melucukan. Saya jadi terhibur di bawah panahan matahari yang amat terik.
Ketika saya dan nenek mahu menyeberang di atas jambatan, saya terlihat pokok keduduk dan petai cina di sebelah kiri bergoyang-
goyang. Nenek suruh saya berhenti. Saya segera menoleh ke kiri, saya dapati datuk berdiri di situ menarik seekor kambing. Dua tandan
pisang dan dua puluh biji kelapa berada di sebelah kanan. Manakala di tangannya tergantung bungkusan gula.
"Cepat awak sampai", kata nenek.
"Kawan kita menghantarnya", jawab datuk. Ketika itu juga saya terlihat ekor harimau dari celah-celah rumput keduduk dan petai cina.
"Baliklah", kata datuk dan ekor harimau itu hilang dari penglihatan saya. Saya faham apa yang sudah berlaku.
"Begini. Awak tunggu di sini, biar saya jalan dulu. Kemudian saya suruh anak Alang Botak mengambil barang yang awak bawa ini dengan
basikal", nenek mengeluarkan cadangan.
Datuk termenung seenak, bila senyum berakhir dia kerutkan kening luasnya sambil merenung ke arah rumah Alang Botak yang berada di
seberang sana.
"Kita pergi bersama", balas datuk.
"Barang-barang ni macam mana?"
"Kita tinggalkan di sini dulu, sementara menanti anak Alang Botak mengambilnya"
"Nanti hilang pula"
"Ah, tak usah takutlah tidak ada siapa yang mahu mencurinya", jawab datuk.
Nenek terdiam. Beberapa saat kemudian kami pun melangkah serentak. Alang Botak menyambut kami dengan penuh keriangan. Alang
Botak dengan datuk berpeluk-pelukan. Ketika berpeluk-pelukan itulah datuk sempat membisikkan sesuatu ke telinga Alang Botak. Bila
selesai berpeluk, Alang Botak terus memerintahkan salah seorang anaknya supaya mengambil barang-barang di kepala jambatan.
83 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
Dengan di temani oleh Alang Botak, datuk berkesempatan menemui tukang-tukang masak dibelakang rumah, menemui tukang buat
balai di hadapan rumah serta menemui orang yang sedang menegakkan tiang pelantar tempat meletakkan gelas dan balang air.
Semuanya bekerja dengan tekun di bawah semangat gotong-royong. Kerana datuk memang pandai dan tahu dalam hal masak-memasak
datuk mencampurkan dirinya dengan tukang-tukang masak di kampung itu. Saya diarah oleh datuk untuk memotong bawang dan halia.
Berpeluh dahi dan meleleh air mata saya membuat kerja-kerja itu. Sedang kami asyik dengan tugastugas yang dijalankan kami
dikejutkan dengan suara jeritan dari arah tebing sungai. Semua orang yang berada dibahagian belakang rumah segera bangun.
"Agaknya ada orang ditangkap buaya", kata seorang lelaki berkulit hitam yang berdiri di sebelah datuk.
Belum pun sempat datuk mengajukan pertanyaan pada lelaki itu, seorang perempuan setengah umur berlari ke arah kami.
"Tolong, tolong anak saya disambar buaya", kata perempuan itu dengan wajah cemas. Dia mula menangis, rambutnya kelihatan
mengerbang.
"Di mana?" tanya datuk.
"Di tepi sungai"
"Mari ", kata datuk dan orang-orang yang berada di situ segera mengikut datuk menuju ke tebing sungai.
Bila sampai di tebing sungai, orang ramai sudah pun berkumpul di situ, ada yang membawa parang. Ada yang membawa lembing dan
senapang kampung masing-masing mahu membunuh buaya, tetapi buaya yang mahu dibunuh tidak kelihatan. Datuk tidak
mempedulikan mereka yang sedang marah itu. Datuk terus duduk bersimpuh di tepi tebing. Datuk mengambil segenggam tanah lalu di-
campakkannya ke dalam Sungai Tanjung Ara yang mengalir tenang. Di tempat tanah itu jatuh, air sungai kelihatan berbuih macam air
yang sedang mendidih.
Tiba-tiba seekor buaya muncul, bagaikan kilat buaya itu melibaskan ekornya ke arah datuk. Nasib baik datuk sempat mengelak dan
buaya itu terus menyelam. Belum pun sempat datuk duduk kembali, buaya itu muncul semula di permukaan sungai lalu melibaskan
ekornya yang panjang itu ke tebing sungai. Libasan dari ekor buaya itu mengenai salah seorang penduduk Kampung Tanjung Ara yang
berdiri dekat datuk. Lelaki malang itu terhumban ke dalam air dan bagaikan kilat rahang buaya itu menyambut tubuh badan lelaki itu,
lalu lelaki dan buaya itu ghaib dari permukaan sungai mula bergelombang.
Orang ramai yang tadi begitu ghairah mahu membunuh buaya jadi terpaku dan setengah daripada mereka berundur jauh dari tebing
sungai. Datuk mula kelihatan resah tidak menentu. Bajunya mula dibasahi peluh dan mukanya kelihatan merah padam dipanah cahaya
matahari pukul tiga petang yang cukup terik. Saya perhatikan datuk bagaikan hilang matlamat dan keyakinan pada diri sendiri. Dia lalu
merenung ke tebing seberang sana yang penuh dengan tumbuhan pokok-pokok keladi dan mengkuang liar. Hujung daun mengkuang
mencecah permukaan air sungai. Dalam saat-saat yang amat genting itu, buaya ganas tadi muncul sambil menjulang mangsanya tinggi
dari paras permukaan air sungai. Tangan dan kaki lelaki itu terkapai-kapai macam katak puru di mulut ulat.
Gigi-gigi buaya yang tajam itu terus terbenam di badan lelaki itu. Darah kelihatan memancut ke luar. Datuk saya lihat sudah hilang
sabarnya. Datuk terus bertempik dengan sekuat hatinya sambil terjun ke dalam sungai. Datuk terus memeluk badan buaya itu dengan
sekuat hatinya. Dengan menggunakan jari kelingkingnya datuk menujah mata buaya itu. Buaya itu terus mengelupar dan air sungai terus
bergelombang. Buaya itu terus menghempaskan badannya. Tetapi pelukan datuk tetap kemas dan jarinya terus menujah mata buaya.
Mungkin kerana terasa amat sakit, buaya itu membuka rahangnya hingga badan lelaki itu terlepas darinya. Datuk berhenti memeluk
buaya itu lalu menyambar badan lelaki itu dan terus dibawa ke tepi tebing.
Dan buaya ganas itu terus hilang di permukaan air sungai. Orang-orang kampung yang berada di situ terus menyambut batang tubuh
lelaki tersebut dan dibaringkan ke atas tanah. Datuk pun mengesat darah di badan lelaki malang itu. Saya di suruh oleh datuk memetik
dedaun hijau dari pokok pulai penipu bukit untuk dijadikan ubat penahan darah. Lelaki itupun sedar dari pengsan. Dia tidak berdaya
mahu bangun. Cepat-cepat datuk membetulkan urat belikat dan urat tangan lelaki itu. Datuk meminta orang-orang kampung yang
mengerumun lelaki malang itu supaya beredar agak jauh sedikit. Cakap datuk mereka patuhi. Seluruh badan lelaki itu datuk raba dengan
belakang tangan.
Semua biji mata orang yang berdiri di tepi tebing bagaikan terbeliak bila mereka melihat air Sungai Tanjung Ara bergelombang dan
keruh. Pokok-pokok keladi dan mengkuang kelihatan bergoyang-goyang kembali. Bila gelombang air sungai berakhir, dua ekor buaya
timbul di permukaan air, berpusing-pusing di tengah-tengah sungai sambil melibas-libaskan ekor masing-masing pada air Sungai
Tanjung Ara. Percikan air itu menjulang ke udara dan jatuh kembali atas permukaan air sungai. Pancaran matahari yang keras terus
menikam pada gelombang air sungai akibat dari libasan ekor buaya itu. Pancaran tikaman matahari itu menimbulkan satu cahaya yang
kilau kemilau, bagaikan cahaya berlian di suluh dengan lampu picit. Orang-orang kampung terpegun melihat kelakuan dua ekor buaya
itu. Tanpa di duga, dengan cara yang mendadak sekali, kedua-dua ekor buaya itu meluru ke tepi lalu memanjat tebing sungai.
"Berundur ", kata datuk pada orang ramai.
Mereka pun berundur dan kedua-dua buaya itu terus merangkak, sambil memanggungkan kepalanya melihat ke kiri dan ke kanan,
macam biawak mahu menangkap anak ayam. Datuk masih lagi kelihatan resah gelisah.
"Biarkan orang itu di situ, saya mahu umpankan buaya", suara datuk keras melarang orang yang mahu mengangkat lelaki malang itu ke
tempat lain.
Sikap datuk itu menimbulkan kemarahan seorang lelaki lain yang berbadan tegap. Melihatkan bentuk tubuh lelaki itu, ternyata dia
bukanlah orang Melayu tulin. Dalam badannya itu mengalir darah campuran Melayu dan Pakistan. ltulah tanggapan saya pada lelaki itu.
"Awak mahu memperjudikan nyawa orang. Kalau awak tidak ubah anak saudara saya ni ke tempat lain, awak saya tembak sampai mati",
lelaki yang naik darah itu menghalakan muncung senapang kampung ke arah datuk. Datuk tersenyum.
"Saya tetap patuh dengan apa yang saya kata. Kalau awak nak berkeras saya bersedia menerimanya", jawab datuk.
"Binatang", jerit lelaki itu sambil menarik pemetik senapang. Lelaki itu jadi cemas, senapangnya tidak mengeluarkan sebarang bunyi,
kecuali muncung senapangnya berasap.
"Awak berundur dari sini, sebelum saya bertindak", kata datuk sambil mengesat peluh di pangkal kening kirinya dengan tapak tangan
kanan. Lelaki itu bagaikan terpukau, menurut saja perintah datuk.
Kedua-dua ekor buaya itu terus mara ke arah lelaki malang yang terkapar di atas tanah. Air mata lelaki malang itu meleleh dipipi. Datuk
84 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
terus memberi semangat padanya supaya bertenang. Datuk tidak akan menyerahkan tubuh badannya untuk dikoyak-koyak oleh buaya
ganas dengan begitu saja. Lebih kurang dalam jarak sepuluh kaki kedua-dua buaya itu mahu menghampiri lelaki malang itu, datuk
segera melompat dan berdiri di tengah-tengah. Melihat perbuatan datuk itu, kedua-dua ekor buaya itu jadi marah lalu membuka mulut
dengan seluas-Iuasnya. Datuk sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Kedua belah tangan datuk terus memeluk tubuh, matanya tepat menikam ke arah kedua-dua ekor mata buaya itu. Tumit kiri datuk
tekankan ke bumi hingga terbenam separas buku lali. Datuk membongkok lalu menghentakkan pangkal siku kanan ke tanah. Datuk terus
duduk mencangkung dengan menekan kepala lutut kiri ke bumi dan kepala lutut kanannya bertemu dengan dagu. Kedua-dua ekor buaya
itu merapatkan kembali mulutnya dan cuba mahu merangkak, ternyata buaya itu tidak boleh bergerak. Datuk sudah pun menguncikan
sendi-sendi kaki buaya itu.
"Tutup mulut kamu", saya terdengar suara datuk dan kedua-dua ekor buaya itu merapatkan mulutnya. Datuk segera bangun sambil
memeluk tubuh, kedua belah kakinya di kangkangnya sedikit.
"Sekarang kau kembali ke lubuk kamu dan pulangkan mayat anak cucu aku yang kau binasakan itu", kata datuk dengan lantang.
Datuk terus melompat setinggi empat kaki dari paras bumi. Bila kaki datuk menyentuh bumi, kedua-dua ekor buaya itu masih terpukau
lagi ditempatnya. Datuk lalu memerintahkan orang-orang kampung itu mengusung lelaki malang ke rumahnya. Perintah datuk segera
dipatuhi. Datuk kembali berdiri di hadapan kedua-dua ekor buaya itu.
"Pulang, kataku pulang", sergah datuk lagi dan buaya-buaya itu bagaikan baru tersedar dari tidur. Segera berpusing lalu terjun ke dalam
sungai dan air sungai kembali bergelombang yang airnya memukul tebing. Tanah tebing yang tidak kuat terus runtuh ke dalam sungai
dan menimbulkan buih-buih yang kecil sebelum bersatu dengan air sungai. Matahari yang sejak tadi bersinar dengan terik, mula
beransur redup. Gumpalan awan hitam yang tebal mula melindungi matahari.
Orang-orang kampung yang tadi begitu ramai berdiri di tebing mula beransur kurang. Kebanyakan daripada mereka pergi ke rumah lelaki
yang malang itu. Angin pun mula bertiup menggoyangkan dedaun pokok di bibir tebing. Datuk membuka baju. Baju itu diikatkan ke
pinggangnya. Datuk duduk bersila di tepi tebing dengan kedua belah tangannya terletak di atas kedua tempurung lutut. Datuk bertafakur
di situ sambil membaca sesuatu. Datuk berdiri tanpa membuka tangan yang memeluk tubuhnya.
"Pulangkan cucuku", kata datuk. Serentak dengan itu, seekor buaya timbul di muncungnya terpanggang tubuh seorang kanak-kanak
lelaki dalam usia empat belas tahun. Buaya itu meletakkan tubuh budak lelaki yang sudah menjadi mayat itu di bibir tebing. Cepat-cepat
datuk mengambil mayat budak lelaki itu, lalu di serahkan pada orang-orang kampung yang masih berada di situ. Mereka pun membawa
mayat budak lelaki itu ke rumah ibunya. Dan buaya yang menyerahkan mayat budak itu terus hilang dari penglihatan saya dan datuk.
Sebagai tanda yang tugasnya sudah selesai, lagi sekali datuk mengepal tanah dan mencampakkan ke dalam sungai. Bila tanah itu
bertemu dengan air sungai, dengan sekelip mata saja timbul berpuluh-puluh ekor buaya di permukaan air Sungai Tanjung Ara,
buaya-buaya itu mempamirkan badan masing-masing sambil melibas-libaskan ekornya pada permukaan air sungai. Melihat keadaan
yang ganjil itu, wajah datuk segera berubah menjadi cemas tidak menentu. Dia merenung muka saya.
"Sebenarnya, ada orang tertentu yang menaikkan semangat buaya, itu supaya menjadi ganas", kata datuk sambil menarik tangan saya
pulang ke rumah Alang Botak. Petang itu juga mayat budak lelaki yang jadi korban buaya dikebumikan.
Dan lelaki malang itu terus menerima rawatan dari datuk. Sebelum menjelang waktu Maghrib lelaki malang itu kembali sihat dan terus
membantu kerja-kerja kenduri-kenduri di rumah Alang Botak. Sepanjang malam itu orang-orang yang berada di rumah Alang terus
memperkatakan tentang peristiwa yang berlaku pada sebelah siang tadi.
Sesungguhnya, peristiwa yang terjadi itu mencatatkan kemeriahan suasana kenduri di rumah Alang Botak yang kemuncaknya akan
berlangsung pada esoknya. Bagi menjaga keselamatan diri orang ramai, pengumuman segera dikeluarkan oleh ketua kampung, yang
menasihatkan orang-orang kampung supaya jangan mandi di sungai.
Malah, anak lelaki Alang Botak yang bakal jadi raja sehari itu dilarang sama sekali melintas di atas jambatan, begitu juga dengan pibak
pengantin perempuan. Hari itu, adalah kemuncak segala kemeriahan di rumah Alang Botak. Pagi-pagi rumahnya sudah dikunjungi orang
ramai. Kira-kira pukul sepuluh pagi, macam-macam permainan diadakan di balai yang dimulai dengan silat, tarian zapin dan permainan
dabus. Kira-kira pukul dua belas tengahari, kampung kecil itu menjadi gempar kerana ada orang yang mengingkari pesanan ketua
kampung, akibatnya dua orang sudah menjadi mangsa buaya. Pukul satu tepat, tiga orang lagi menjadi korban buaya.
Buaya-buaya di Sungai Tanjung Ara mula mengamuk. Siapa saja yang berdiri di tebing akan akan terus di libas oleh buaya-buaya itu
dengan ekornya. Datuk sudah tidak mampu mengatasi masalah itu. Dia mengaku, ilmu dunia yang ada pada dirinya tidak boleh
mengalahkan buaya-buaya tersebut. Dengan bantuan orang-orang kampung, tebing sungai itu lalu dipagari dengan kawat berduri. Apa
yang terjadi tidak mengganggu-gugat rancangan yang sudah di atur. Acara persandingan terus dijalankan. Bila acara persandingan itu
tamat, satu mesyuarat kecil telah diadakan di halaman rumah Alang Botak untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah yang sedang di
hadapi.
Dalam mesyuarat itu orang-orang kampung meminta datuk menggunakan kebolehannya untuk menghalau buaya-buaya ganas tersebut.
Datuk tidak dapat memenuhi permintaan mereka. Menurut datuk, kebolehan yang ada pada dirinya masih belum cukup unutk
menjinakkan buaya-buaya ganas itu. Kejujuran yang datuk tunjukkan tidak dapat diterima oleh orang-orang kampung.
"Kamu sudah membuktikan di depan mata kami, usahlah kamu berdalih. Agaknya kamu yang memuja buaya-buaya tu supaya menjadi
ganas. Sebelum kamu datang buaya-buaya itu tidak mengacau kami", seorang lebai muda menghujah datuk di hadapan orang ramai.
Pendapat lebai muda itu mendapat sokongan sebagaian besar dari orang-orang kampung. Datuk berada dalam suasana yang serba salah.
"Apa yang saya lakukan semalam, sekadar mendapatkan mayat budak itu. Dari percubaan pertama itu saya dapat mengesan yang
buaya-buaya itu diarah oleh orang-orang tertentu yang dapat mempengaruhi buaya supaya menganas", datuk memberi penjelasan
dalam percubaan membersihkan nama dan dirinya.
"Mungkin di antara buaya-buaya itu, ada buaya jadi-jadian", tambah datuk.
Orang ramai terdiam sejenak, mereka berpandangan sarna sendiri dan berbisik -bisik. Lebai muda yang berkulit cerah bangun lagi.
Keadaannya lebih bersopan santun dari tadi. Dia memperkenalkan dirinya.
"Maafkan saya, kalau perbuatan saya tadi menyakitkan hati tuan, nama saya Kamaruddin dan saya bekas anggota tentera laut dan
sekarang membuat kerja menangkap udang di Sungai Tanjung Ara ni, apakah yang patut kita lakukan sekarang?"
85 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
Datuk merenung muka lebai muda itu sejenak. Datuk merasakan lebai muda itu memang jujur orangnya. Tidak berdolak-dalik atau mahu
menguji datuk, dia bercakap apa yang difikirkannya patut dicakapkan, sesuai dengan keadaan dirinya yang baru berusia lebih kurang
empat puluh tahun.
"Kita cari pawang buaya yang handal", kata datuk.
"Kalau begitu kita panggil Saadun Juling", jawab salah seorang penduduk kampung.
"Dia tu tinggal di mana?", lebai muda bertanya.
"Di Sungai Rotan", jawab orang yang mengeluarkan cadangan.
"Saya setuju dan saya boleh membantunya", datuk memberikan pengakuan.
Kata sepakat pun di buat. Beberapa orang penduduk kampung Tanjung Ara disuruh pergi ke Sungai Rotan menjemput Saadun Juling.
Permintaan itu tidak dihampakan oleh Saadun luling. Dua hari kemudian, pawang buaya itu sudah pun berada di Tanjung Ara. Datuk
terus mendampinginya. Saadun Juling memberitahu orang-orang kampung, dia tidak dapat melakukan kerjanya dengan secepat
mungkin. Dia perlu mengambil masa kira-kira tiga minggu.
Selama dia menjalankan tugasnya itu, dia minta orang-orang kampung menanggung makan minum dan mematuhi syarat-syarat yang
dikenakan, antaranya orang-orang kampung dilarang berjalan malam, kecuali dirinya. Seminggu sudah berlalu Saadun Juling hanya asyik
berjalan di sepanjang tebing sungai. Kadang-kadang dia menyorok di balik pokok besar mengintai perempuan mandi dan membasuh kain
disungai. Ada kalanya, dia berdiri di tebing sungai bercakap dengan air.
Satu perkara yang tidak dapat dinafikan, sejak Saadun Juling berada di Tanjung Ara, buaya-buaya suIit untuk dilihat. Tidak lagi
mengganggu orang-orang kampung yang mandi di sungai. Orang-orang yang bekerja menangkap udang galah mendapat hasil yang
berlipat ganda. Hal ini meyakinkan orang-orang kampung yang Saadun Juling itu seorang pawang buaya yang handal. Masuk minggu
yang kedua, seorang suami di kampung itu mengadu pada datuk secara suIit-suIit tentang isterinya yang telah berjaya dipujuk rayu oleh
pawang buaya hingga melakukan hubungan suIit. Dan si suami tidak dapat berbuat apa-apa, setiap kali dia memandang atau
berhadapan dengan pawang buaya untuk mempersoalkan kedudukan yang sebenar, dia jadi kasihan dan berasa takut yang tidak
bersebab. Si suami cuba membentangkan masalah dirinya pada orang-orang kampung, mereka tidak dapat menerima lalu menuduh si
suami itu berniat jahat terhadap pawang buaya yang mahu mengembalikan suasana aman di Tanjung Ara.
"Masa bila dia membuat hubungan sulit tu?", tanya datuk pada si suami.
"Malam"
"Waktu tu, kau berada di mana?"
"Dirumah?"
"Kenapa kau tidak bertindak?"
"Saya macam kena pukau. Tidak boleh bangun dari tempat tidur dan tidak boleh bersuara"
Datuk terdiam mendengar cakap si suami itu. Ada rasa simpati terpamir di wajah datuk.
"Kau bersabar, jangan bertindak terburu-buru. Jika perkara ini benar aku akan menolong kau. Aku tidak mahu perkara maksiat terjadi di
sini. Kerja-kerja yang didorong oleh syaitan harus kita tentang"
"Macam mana nak menentangnya?"
"Kau berjanji jangan beritahu sesiapa apa yang mahu aku lakukan"
"Saya berjanji"
"Pawang tu tinggal di surau. Malam ni aku nak mengintip gerak gerinya"
"Awak akan binasa, kalau melanggar pantangnya"
"Allah lebih berkuasa darinya. Allah memberkati kerja-kerja yang baik dan jujur. Allah mengeji perbuatan zina. Kalau kita tidak
menegakkan kebenaran, Allah akan mendakwa kita di akhirat kelak, kerana kita tahu perbuatan itu ditegah oleh Allah"
"Saya faham"
"Kau pulanglah dulu", kata datuk, si suami itu terus pulang.
Pertemuan datuk dengan si suami itu tidak diketahui oleh sesiapa, walaupun pertemuan itu diadakan di rumah Alang Botak. Dan Alang
Botak menganggap pertemuan itu adalah pertemuan biasa.
(bersambung...)
CHAPTER LIST
(Jilid 02) Siri 44: Skandal Pawang Buaya Mar 11, '09 3:19 PM
by Zelda for group komunitisbdj
Datuk masih lagi berdiri di anjung rumah Alang Botak. Kedua belah tapak tangannya menekan kayu palang yang memisahkan bahagian
dalam anjung dengan bahagian luar rumah. Mata datuk merenung tajam ke arah batang tubuh si suami malang yang dijamah oleh
sinaran matahari petang yang lembut. Batang tubuh si suami malang hilang dari pandangan datuk di balik pokok besar, dekat liku jalan
yang tajam. Datuk mengeluh kecil sambil menggamit saya yang sedang berlari bersama kenalan-kenalan baru mengelilingi pokok asam
belimbing buluh di tengah halaman rumah Alang Botak.
86 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Ada apa tok?", tanya saya di kaki tangga sambil menyapu peluh di dahi dengan telapak tangan kanan. Datuk senyum sambil meraba
misai bengkoknya.
"Jangan terlalu riang bermain. Tok takut hilang riang datang duka", katanya dengan tenang.
Saya gigit bibir dan termenung panjang sambil berfikir, kenapa datuk harus mengeluarkan ingatan itu pada saya? Apakah dia sudah
dapat mencium nasib malang yang akan menimpa diri saya? Pertanyaan itu terus berlegar-legar dalam kepala saya tanpa menemui
sebarang jawapan.
"Sudah, jangan termenung", kata datuk sambil menepuk bahu kanan saya.
Sesungguhnya, saya tidak sedar bila masanya datuk turun ke tanah lalu berdiri di sisi saya.
"Mari ikut aku ke tebing sungai", tambahnya lalu mengatur langkah.
Saya pusing kekanan lalu mengekorinya dari belakang. Langkah datuk cukup pantas. Kenalan-kenalan baru saya cuma melihat saja
telatah saya dan datuk. Meskipun matahari petang memancar redup, bahang panas terasa juga menjamah kulit badan. Muka saya
berpeluh, ketiak terasa bergetah begitu juga dengan bahagian belakang saya. Langkah datuk cukup cepat. Bagi mempersimbangkan
langkahnya dengan langkah saya, saya terpaksa berlari-Iari anak. Saya dan datuk sampai ke tebing sungai Tanjung Ara. Air sungai
kelihatan tenang dan nampak bermanik-manik disentuh sinar matahari. Rumput-rumput hijau di tebing terus merunduk bila kami pijak,
tetapi, bangun semula bila kami mengatur tapak kaki ke arah lain.
Saya macam orang bodoh dibuat oleh datuk. Dia tidak berkata walau sepatah pun. Matanya tetap merenung ke arah riak air sungai yang
beralun lembut. Meskipun dia melangkah tanpa merenung bumi, datuk bagaikan ada panca indera yang keenam, boleh mengelakkan
dirinya dari melanggar tunggul buruk atau lubang yang banyak terdapat di tebing sungai. Sudah berantai-rantai berjalan di tepi tebing
sungai menuju ke hulu. Belum terdapat tanda-tanda yang datuk akan berhenti melangkah. Kedua belah pangkal paha saya mula terasa
sakit. Angin petang yang bertiup tidak dapat menghilangkan rasa resah dalam diri saya. Saya resah mengikut cara datuk berjalan, saya
resah kalau buaya timbul lalu ekornya memukul badan saya yang berjalan di tepi tebing sungai.
"Aw...", jerit saya sekuat hati, kaki kanan saya bagaikan dipukul dengan kayu keras. Tanah tebing tempat saya berdiri kelihatan rebak
dan air sungai bergelombang kuat. Saya sudah tidak mampu berdiri lagi. Pandangan saya mula berkunang-kunang. Satu pukulan datang
lagi. Kali ini lebih kuat dari pukulan yang pertama. Badan saya bagaikan ditarik oleh sesuatu yang mendorong sebahagian daripada
badan saya tercampak ke dalam sungai. Saya terus menjerit dan mulai terasa lemas. Air sungai terus menyumbat lubang hidung dan
mulut saya. Badan saya bagaikan dibelit oleh sesuatu yang secara tidak langsung menekan dan menarik saya ke tengah sungai. Saya
berjuang dengan menggunakan segala kekuatan yang terdapat dalam diri saya supaya badan saya jangan tenggelam.
"Tolong saya tok, tolong", kata saya dalam keadaan tercungap-cungap. Antara tenggelam dan timbul itu, saya masih lagi dapat melihat
batang tubuh datuk di tepi tebing dalam keadaan yang samar-samar.
"Sabar Tamar", kata datuk lalu dia melemparkan kain ikat kepalanya ke arah saya. Cepat-cepat kain ikat kepala yang berwama merah itu
saya sambar. Saya berpaut pada kain itu sekuat hati. Kemudian badan saya bagaikan terbang ke udara lalu jatuh betul-betul di kaki
datuk.
"Kau sakit", tanya datuk.
Saya anggukkan kepala. Datuk segera mengambil sekepal rumput hijau lalu menyapu ke muka saya tiga kali berturutturut. Kemudian
datuk menyuruh saya mengunyah dan menelan rumput hijau. Pada mulanya, tekak saya tidak dapat menerimanya kerana rasa rumput
itu pahit dan payau. Bila rumput itu saya telan, secara tiba-tiba saya terkencing dan terus muntah.
"Bisanya sudah aku tawarkan tetapi paha kanan kau luka kena giginya", datuk bersuara tenang.
Saya masih lagi terlentang di bumi merenung awan dan langit. Rasa sakit mula terasa di paha kanan saya. Datuk terus meraba paha saya
dan darah mula membasahi rumput-rumput hijau yang segar di situ. Kain lilit kepala tempat saya bergantung tadi, masih berada dalam
tangan datuk. Saya merasa hairan, kain lilit kepala yang tidak sepanjang mana itu boleh menyelamatkan saya. Bagaimana kain merah itu
boleh panjang dan menjadi tali untuk menolong saya?, timbul pertanyaan dalam hati. Datuk terus memetik daun serunai laut, pucuk
mengkuang hutan dan pucuk gelenggang. Semua jenis daun itu datuk satukan dan terus diramasnya hinga sebati dan kemudian
diperahnya. Air dari perahan daun itu datuk sapukan ke bahagian paha yang luka.
Darah segar berhenti keluar, rasa sakit tidak terasa, diganti dengan rasa sejuk dan segar. Datuk segera menyuruh saya duduk di bawah
pokok pulai. Dia kembali ke tepi sungai. Duduk bertenggung di situ. Beberapa saat kemudian seekor buaya timbul dan rapat ke tebing
sungai. Datuk berkata sesuatu dan buaya itu membuka mulutnya luas-Iuas. Datuk hulurkan tangannya ke dalam mulut buaya macam
mengambil sesuatu. Datuk berlari ke arah saya. Tangan yang diselukkannya ke dalam mulut buaya itu, segera disapukan ke paha saya
yang luka. Tiga kali datuk berbuat demikian hingga saya terasa yang diri saya tidak mengalami apa-apa kecederaan. Saya boleh bangun
dan cuba berlari, rasa sakit tidak saya alami. Datuk mendapatkan buaya yang sedang membuka mulut itu. Datuk tepuk kepalanya tiga
kali, hingga buaya itu merapatkan mulutnya lalu tenggelam ke dalam air.
"Masih ada buaya yang tidak dapat dipujanya. Tidak dapat diambil semangatnya dan buaya itu akan jadi sahabat kita", ujar datuk pada
saya sambiI melihat bekas gigitan buaya di paha saya. Parutnya hingga kini kekal di paha saya, berwarna kehitam-hitaman dan kulit
parut itu timbul sebesar jari kelingking yang memanjang bentuknya.
Datuk terus memimpin saya ke rumah Alang Botak. Sambil merawat saya malam itu, datuk menceritakan apa yang berlaku atas diri saya
pada Alang Botak. Bila Alang Botak mendesak datuk supaya melaporkan hal itu pada pawang buaya (Saadun Juling), datuk menolak dan
meminta Alang Botak merahsiakan kejadian. Datuk tidak mahu kejadian itu akan jadi buah mulut orang kampung yang boleh
menghilangkan rasa keyakinan orang-orang kampung terhadap kemampuan pawang buaya tersebut. Malam itu, kalau tidak silap saya
malam Selasa, lebih kurang pukul dua belas tepat, datuk membangunkan saya. Dia suruh saya bersiap.
"Ke mana tok tengah malam buta begini?"
"Aku nak meronda kampung"
"Sebab?"
Datuk tidak menjawab pertanyaan saya. Dia duduk disudut bilik sambil melilitkan kain merah ke kepala. Kemudian mulutnya
kumat-kamit macam membaca sesuatu.
87 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Sudah sampai masa pertukarannya, antara penggantian masa dari dua belas kedua belas, dari bulan muram ke bulan bercahaya dari
laluan kuasa syaitan kepada manusia"
Saya dengar suara datuk bercakap sendirian. Bila habis bercakap jam dinding rumah Alang Botak berbunyi dua belas kali. Saya terdengar
desiran angin malam melanggar daun-daun di luar rumah. Saya terasa seram sendirian. Saya juga terdengar bunyi suara kocakkan air
sungai yang hebat dituruti dengan bunyi orang memukul air sungai dengan papan, bunyinya bersahut-sahutan dan memanjang
bercampur dengan tiupan serunai batang padi. Bulu roma saya mula berdiri. Bunyi desiran angin bertambah kuat membawa suara
lolongan anjing liar yang mendayu-dayu.
"Sekarang sudah pukul dua belas dua minit tengah malam, yang bertukar sudah berlaku, kita pergi sekarang Tamar", datuk
mengeluarkan perintah dan dia sudah pun membuka pintu. Berdiri di situ merenung malam yang kelam.
Datuk melangkah, saya pun melangkah. Tujuh biji anak tangga kami pijak hingga akhirnya, tapak kaki saya dan datuk bertemu tanah.
Embun jantan yang menitik menyentuh kulit telinga dan hidung. Kedinginan mula terasa menggigit tubuh. Bunyi kocakkan air dan tiupan
serunai batang padi sudah tiada kedengaran lagi. Tetapi, desiran dedaun yang disentuh angin tetap juga kedengaran. Di langit tiada
sebiji pun bintang. Dan cengkerik terus bernyanyi. Katak puru terus melompat.
"Kau jangan banyak soal dan banyak tanya, ikut saja apa yang aku buat", satu ingatan dari datuk.
Saya anggukkan kepala. Kami pun berjalan melintasi pepohon kecil yang tumbuh di kiri kanan jalan enam kaki. Sekali-sekala badan saya
dilanggar oleh kelawar liar yang terbang malam. Dari celah-celah pepohon yang kecil yang tumbuh merimbun itu terdengar suara burung
segan. Berjalan malam di tengah hawa yang dingin begitu amat menyiksakan. Bibir saya terketar-ketar. Sekarang, kami terpaksa
menempuh kawasan yang penuh dengan pokokpokok kelapa. Beberapa biji buah kelapa mambung jatuh, mengejutkan hati saya.
Semangat terasa hilang. Akhirnya, saya dapat mengesan ke mana datuk mahu membawa saya malam itu. Ternyata kami sedang menuju
ke sebuah surau lama yang tidak digunakan di kampung itu. Di bahagian belakang surau itu terdapat sebuah pondok yang bersambung
dengan surau tersebut. Disitulah pawang buaya Saadun Juling ditempatkan oleh orang-orang kampung.
"Berhenti", ujar datuk, sebaik saja sampai ke perdu pokok kelapa gading.
Saya pun berhenti melangkah. Datuk terus duduk bersila dibawah pokok kelapa. Saya pun begitu. Dari pondok di belakang surau
terdengar bunyi orang menepuk tapak tangan yang diikuti dengan suara orang menyebut sesuatu, suara itu sekejap meninggi sekejap
menurun macam orang membaca Quran. Kalau didengar dengan teliti, ternyata orang itu bukan membaca Quran, tetapi menyeru sesuatu
yang sengaja dibuat macam orang membaca Quran. Ada panjang, ada pendeknya.
"Rapat ke pondok, jangan berjalan. Kita merangkak perlahan-lahan jangan sampai terdengar olehnya", datuk pun mula merangkak atas
pasir.
Datuk jadi kepala jalan dan saya menuruti dari belakang. Bila sampai di bawah pondok, kami segera bangun. Dari celah-celah dinding
tepus, saya dan datuk mengintai ke dalam pondok. Angin malam kian kurang bertiup, suara anjing liar cukup jelas kedengaran bersama
dengan suara burung hantu dan jampuk. Suara itu tingkah meningkah, bersahut-sahutan macam satu irama muzik di majlis pesta.
Keadaan bertambah seram dan menakutkan bila suara anjing, burung hantu dan jampuk itu disambut oleh suara dari dalam pondok yang
gementar dan parau bunyinya.
"Tamar, kau lihat sini", bisik datuk dan menyuruh saya mengintai ke dalam pondok.
Saya terkejut besar. Pawang buaya Saadun Juling yang tidak pernah saya tegur sapa itu sedang duduk bersimpuh menghadapi sebatang
lilin besar berwarna merah. Di hujung kedua belah lututnya terdapat lilin kecil yang diletakkan atas papan. Kedua-dua lilin itu
mengeluarkan cahaya yang malap. Cahaya dari lilin besar cukup jelas memperlihatkan dada Saadun Juling yang bidang. Kepalanya hilang
di selubung oleh kain hitam yang lunjung (tajam ke atas macam pucung). Di bahagian kain yang menutup mata, hidung dan mulut
dilubangkan yang di kiri kanan lubang itu dilapisi dengan kain putih mengikuti selebar mana lubang uitu dibuat. Memang menyeramkan
melihat keadaan Saadun Juling, dalam keadaan demikian, kepalanya bergoyang ke kiri dan ke kanan macam orang ratib sambil
mengeluarkan suara yang serak dan parau. Dua tiga ekor kelawar liar berterbangan dalam pondok.
Dua tiga ekor cicak mula datang ke arah Saadun Juling. Cicak-cicak itu beratur di hadapannya. Salah seekor dari cicak itu yang bentuk
badannya agak besar dari cicak biasa segera menjungkitkan ekornya, berpusing-pusing macam gasing. Pada mulanya cicak itu berpusing
ligat, kemudian beransur perlahan-Iahan. Sebelum cicak itu berhenti berpusing Saadun Juling segera menangkapnya. Saadun Juling
dekatkan cicak itu ke api lilin besar. Ketika itu cicak-cicak yang tidak ditangkap segera menghilangkan diri, lilin di kiri kanan lututnya
segera padam. Suasana dalam pondok bertambah kelam, ketika itu terdengar bunyi deru air yang amat kuat, seolah-olah lantai pondok
itu menjadi aliran air sungai.
Terdengar bunyi ekor buaya memukul air bertalu-talu. Seluruh badan Saadun Juling jadi basah kuyup oleh air yang dari mana datangnya,
saya sendiri tidak tahu. Dalam cahaya samar-samar itu, saya lihat ada bayang-bayang buaya duduk tertungguk di hadapan Saadun
Juling. Warna buaya itu tidak berapa jelas. Bila bayang buaya itu hilang, terdengar suara orang ketawa memanjang dari setiap sudut
pondok, sarang labah-labah berterbangan atas lantai. Badan saya jadi berpeluh, saya terasa ada sesuatu yang lalu di sisi saya yang tidak
dapat saya lihat dengan mata kasar.
Ada bunyi benda merangkak atas pasir menuju ke sungai. Suara burung hantu kian kuat berbunyi, lolongan anjing bertambah sayu dan
langit yang tadi muram mula cerah. Saya renung ke kanan, saya lihat datuk meraba hujung kening kanannya tiga kali berturut-turut,
masa itu juga lubang telinga saya menangkap bunyi deru angin yang amat kuat. Bagi memastikan dari arah mana angin itu datang, saya
renung ke kanan dan ke kiri, saya lihat pokok-pokok kecil tidak bergoyang. Tetapi, badan saya mula terasa mahu rebah macam ditolak
oleh angin yang kencang, saya terpaksa berpaut pada tiang gelegar pondok.
"Kau pegang kuat-kuat, semuanya untuk sementara saja", bisik datuk pada saya sambil meramas-ramas lengan tangan kanan saya
berkali-kali. Badan saya terasa panas. Dan badan saya terasa bertambah kuat dan tegap. Tidak lagi terasa mahu rebah.
"Kita tunggu dan lihat, sampai dia keluar dari pondok ini", beritahu datuk pada saya lagi. Muka datuk saya renung, saya sudah tidak
terdaya lagi mahu berdiri. Kepala lutut terasa lenguh. Apa yang saya alami, tidak saya ceritakan pada datuk, saya takut dia marah. Mahu
atau tidak, saya terpaksa mengintai ke dalam pondok melihat apa yang akan dilakukan selanjutnya oleh Saadun Juling. Saadun Juling
membuka sarung kepalanya, kain itu dilipat rapi dan diletakkan dekat dinding pondok. Saadun Juling bangun, berjalan tiga langkah ke
hadapan, berpusing ke belakang lalu melangkah tiga tapak sambil tangan kanannya diletakkan atas kepala. Kemudian dia berdiri seperti
mula-mula tadi. Duduk, membaca sesuatu dengan tenang. Saadun Juling membuka bungkusan dari kain hitam.
"Apa benda tu tok?" Saya beranikan diri menyoal datuk.
88 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Tengok dulu, jangan banyak tanya", balas datuk.
Saya menggigit bibir dan mata terus melihat gerak-geri Saadun Juling. Dengan tenang Saadun Juling mengambil sesuatu lalu di sumbat
ke dalam mulut, dikunyahnya dengan tenang dan penuh nafsu.
"Dia makan daging buaya kering", datuk menjelaskan pada saya. Saadun Juling bangun, ambil mangkuk dan air dan duduk kembali.
Mangkuk yang sudah diisi air itu diletakkan di hadapannya. Kemudian Saadun mengambil sesuatu dari bungkusan kain hitam. Benda
yang diambilnya itu direndam ke dalam mangkuk kira-kira sepuluh minit. Kemudian, cepat-cepat Saadun Juling meminumnya. Dalam
beberapa saat saja mukanya kelihatan merah.
"Kau tahu apa yang direndamnya tu Tamar?"
"Tak tahu tok"
"Dia rendam cuIa buaya tembaga"
"Apa dia cula buaya tu tok?"
"Anu buaya, eh, alat kelamin buaya jantan"
"Gunanya tok?"
"Bila kau besar, kau akan tahu sendiri gunanya"
Setelah beberapa tahun kemudian saya tahu juga kegunaan cuIa buaya itu. Menurut kepercayaan tradisional, cuIa buaya jantan itu
setelah disalai atau dikeringkan, kemudian direndamkan ke dalam air sejuk atau air panas, dan airnya diminum bagi mendapatkan
kekuatan luar biasa pada alat kelamin lelaki bila melakukan hubungan jenis.
Saadun Juling menyimpan kembali semua barang-barang yang dibungkusnya. Dia mengenakan baju Melayu cekak musang ke badannya.
Dengan tenang dia meninggalkan pondok menuju ke tebing sungai. Datuk dan saya mengikutinya dari belakang. Sampai di tebing
sungai, Saadun berdiri dekat tunggul buruk sambil memeluk tubuh. Dia toleh kiri, toleh kanan bagi memastikan tidak ada orang yang
mengintip dirinya. Bila sudah yakin tidak ada orang yang mengintipnya, dia pun terus membongkok di tepi tebing sungai menepuk air
sungai tiga kali berturut-turut. Air sungai bergelora, semua pokok keladi dan mengkuang di gigi sungai bergerak-gerak. Bila gelora air
sungai menjadi tenang, berpuluh-puluh ekor buaya timbul di . permukaan sungai.
Saadun Juling duduk bersimpuh di atas tebing sambil bersuara:
"Jum Kali jum, laut Khalzum dari bukit Kaf ke Jabal Nur Bahtera Noh jadi penyelamat. Aku tahu asal usulmu terselamat dari bencana
neraka seorang anak bernaung di bahtera Noh. Dengar kata Noh, dengar kataku. Ucapku, adalah ucap Sulaiman, terkunci gerakmu,
mendengar kataku berkat doa, Asyahadu anla illaha… Jangan ganggu umat Adam, selagi belum aku perintahkan, pulanglah..."
Sebaik saja pawang buaya Saadun Juling selesai bercakap, buaya-buaya itu terus hilang. Suasana di sekitar sungai kembali damai.
Saadun Juling bertempik dengan sekuat hatinya. Dia terjun ke dalam sungai berenang dan mandi dengan bebasnya di malam yang
dingin. Buaya tetap mengiringinya bila dia berenang ke tengah sungai. Bila selesai mandi dan berenang, Saadun Juling segera naik ke
darat. Kenakan seluar dan baju, langkahnya cukup rancak menuju ke sebuah rumah di pinggir kampung. Dia terus ketuk pintu rumah
yang berdindingkan papan berlidah. Seorang perempuan muda berkemban membuka pintu. Mereka bertukar-tukar senyum. Perempuan
muda itu duduk di muka pintu. Saadun Juling pula duduk di anak tangga paling akhir. Perempuan muda itu hulurkan tangannya dan
Saadun Juling menggosok-gosok tangan perempuan muda itu.
"Suami kau sudah tidur?"
"Sudah"
"Malam ini aku datang lagi. Kau pasti merasa bahagia"
"Hum...", suara perempuan muda itu penuh manja.
Saya lihat Saadun Juling mengeluarkan sesuatu dari dalam sakunya lalu mengenakan pada bahu perempaun muda. Dan perempuan
muda itu kelihatan seperti orang berkhayal.
"Sial. Dia mengenakan minyak ekor buaya pada perempuan itu. Minyak ekor buaya yang sudah dijampi bila terkena pada kulit
perempuan, boleh membuat perempuan itu menyerah dan berkhayal", rungut datuk sambil menggenggam penumbuk. Mukanya merah
padam.
Sesungguhnya datuk memang tidak boleh berhadapan dengan manusia yang menggunakan kepandaian dan kebolehan untuk
memperdayakan sesama manusia. Bagi datuk, setiap orang atau anggota masyarakat yang ada kebolehan tersendiri sewajarnya
menggunakan kebolehannya itu untuk menolong sesama manusia, bukannya untuk digunakan bagi kepentingan diri sendiri.
"Manusia dibekalkan oleh Allah dengan akal dan fikiran. Tahu membezakan yang buruk dan yang baik. Tetapi, manusia selalu memilih
yang buruk kerana yang buruk itu indah bagi syaitan. Aku tak mahu kejadian begini berlaku di hadapan mata aku", tambah datuk,
badannya mula mengeletar menahan perasaan marah.
Dua tiga batang pokok keduduk dan pokok rambutan yang sebesar pangkal lengan datuk cabut hingga keakar umbi, matanya mula
merah wajahnya amat menyeramkan, nada suaranya cukup keras. Datuk cuba menahan sabar sedaya upaya yang boleh. Kesabaran
datuk sudah tidak boleh ditahan lagi bila dia melihat Saadun Juling menarik wanita muda itu ke dalam rumah. Datuk segera bertempik,
Saadun Juling terkejut lalu terjun ke tanah. Perempuan muda yang berkemban juga terkejut, dia bagaikan tersedar dari khayalan.
Perempuan itu menangis di ambang pintu. Suaminya keluar lalu memimpin perempuan muda ke dalam rumah. Saadun Juling hilang
dalam gelap. Datuk terus menemui suami perempuan muda itu.
"Aku harap kau tidak menceritakan semuanya ini pada orang lain. Aku sedang berusaha menolong kau, bawalah isteri kamu ke tempat
tidur. Basuh mukanya dengan air dan suruh dia ambil air sembahyang, aku selesaikan kerja aku malam ini", ujar datuk pada suami
perempuan muda itu. Si suami yang malang itu anggukkan kepala dan berjanji akan mematuhi apa yang datuk sarankan padanya.
"Mari kita cari pawang sial tu", datuk renung muka saya.
89 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
Tangan saya di tariknya. Saya kira datuk akan terus menuju ke pondok di belakang surau. Rupanya, datuk melencong ke kiri menuju ke
tebing sungai. Di tebing sungai itu Saadun Juling sedang memerintahkan buaya-buaya supaya mengganas, sambar apa saja yang ada di
tebing sungai tidak kira manusia atau binatang ternakan.
"Saadun hentikan perbuatan syaitan itu", pekik datuk.
Saadun Juling tersenyum dan membiarkan datuk serta saya menghampirinya yang berdiri di tebing sungai. Dalam perhitungannya, bila
datuk berdiri di tebing sungai, buaya-buaya akan melompat kedarat lalu menyambar paha datuk. Perhitungan Saadun tidak menjadi
kenyataan . Memang buaya-buaya itu timbul tetapi, tidak ada seekor pun yang mahu menyerang datuk dan saya.
Melihat keadaan itu, Saadun Juling jadi resah. Datuk kian hampir padanya. Saadun Juling meraba pangkal pinggangnya, macam mencari
sesuatu. Datuk terus melangkah, lagi lima tapak datuk melangkah pasti muka Saadun Juling dengan datuk akan berlaga. Badan saya
mula menggigil, hawa malam yang dingin kian terasa mencucuk kulit tubuh saya. Kepala buaya kelihatan timbul di permukaan sungai,
suara kokok ayam mula terdengar bertalu-talu, suara ungka dan burung tukang juga terdengar sayup-sayup datang dari kaki bukit.
"Kita bersahabat Saadun, dalam hidup aku tidak ada musuh sesama orang Islam kerana setiap orang Islam itu adalah bersaudara", datuk
menghulurkan tangan.
Saadun Juling terdiam, mulutnya bergerak-gerak, dia mahu menggunakan segala kebolehan yang ada pada dirinya untuk menguji datuk.
Tiba-tiba dalam gelap itu, satu pukulan yang keras hinggap di kepala datuk. Pukulan itu tidak mendatangkan sebarang kesan pada datuk.
Saya terkejut, Saadun Juling hilang dari pandangan, tempat dia berdiri segera di ganti oleh seorang tua yang berjanggut panjang. Orang
tua berjanggut panjang itu berdiri beberapa detik saja di situ. Bila orang tua itu hilang, batang tubuh Saadun Juling terpacak di situ.
"Saadun, kuasa yang abadi dalam dunia ini ialah kuasa Allah, kuasa syaitan hanya sifat sementara saja. Bila datang yang hak, kuasanya
tidak bermakna lagi, aku tidak mahu bergaduh atau bermusuh sesama Islam", kata datuk lagi.
Saadun Juling tetap membisu seribu bahasa. Saadun Juling masih juga menunjukkan sikap permusuhan. Datuk segera membongkok.
Hujung ibu jari kanannya di teka ke bumi hingga tenggelam separas kuku, bila ibu jari itu di cabutnya kembali, Saadun Juling jadi lemah,
tidak mampu berdiri. Datuk segera memangku tubuhnya dan di bawa pulang ke pondok di belakang surau. Datuk letakkan batang tubuh
Saadun Juling di tengah ruang pondok. Lebih dari sepuluh minit datuk mengurut seluruh tubuh Saadun Juling hingga dia pulih seperti
sediakala. Bila dia sedar datuk memberi Saadun minum air panas.
Di kaki langit, cahaya subuh mula bangkit, suara ayam berkokok mula hilang, tidak lama kemudian terdengar suara Azan subuh
dilaungkan dari menara masjid. Datuk segera mengambil air sembahyang dan melakukan sembahyang subuh di pondok tempat Saadun
Juling menginap. Bila keadaan hari sudah beransur cerah, datuk terus mandi embun, kemudian kembali ke rnmah Alang Botak. Datuk
sedikit pun tidak bimbang atau cemas membiarkan Saadun Juling sendirian di pondok tersebut tanpa mengikat kaki atau tangannya.
Menurut datuk, kekuatan Saadun Juling tidak akan pulih, selagi rambutnya tidak kena cahaya matahari. Sebaik saja saya dan datuk
sampai di anak tangga rumah, Alang Botak sudah menanti kami di ambang pintu, dia menyatakan rasa cemas dan bimbangnya kerana
datuk dan saya tidak turut sama sembahyang subuh di masjid.
"Ke mana sepanjang malam tadi, saya sedar masa awak berdua keluarmalam tadi?", soal Alang Botak.
"Ada hal sedikit", jelas datuk.
Kami terus memijak anak tangga. Bila sampai ke dalam rumah, sarapan pagi sudah tersedia. Nenek sudah pun menuangkan kopi ke
dalam cawan. Saya terus sarapan tetapi datuk cuma minum air sejuk saja. Lebih kurang pukul tujuh pagi, saya dan datuk terus menuju
ke pondok tempat Saadun Juling menginap. Ketika saya dan datuk melintas di hadapan dewan orang ramai kampung tersebut, beberapa
orang penduduk segera memberitahu datuk, bahawa buaya kembali mengganas, memukul apa saja yang berdiri di tepi tebing. Datuk
menyuruh mereka bersabar hingga pawang buaya, Saadun Juling bertindak.
"Kenapa tok cakap macam tu pada dia orang. Tok kan tahu pawang tu memang tak berapa baik orangnya", saya minta kepastian dari
datuk. Datuk renung muka saya sambil tersenyum dia berkata:
"Tak baik membuka keburukan seorang pada orang lain"
Saya terdiam. Akhirnya saya dan datuk sampai ke pondok tempat Saadun Juling terbaring. Datuk terus menghampirinya, dia kelihatan
letih dan wajahnya nampak lesu. Matanya tidak bercahaya langsung. Datuk segera memicit buah betisnya dua tiga kali. Di luar, matahari
pagi mula memancar. Datuk segera mengusung Saadun Juling ke tanah. Sebelum itu, datuk terlebih dahulu menggosok mukanya
dengan kain ikat kepala sebanyak tiga kali berturut-turut. Saadun Juling di biarkan duduk di atas tanah, bila sinar matahari pagi men-
jamah rambutnya, Saadun Juling mula menggeliat dan mukanya kembali merah. Dalam beberapa saat saja, dia sudah boleh bangun dan
bercakap.
"Kenapa awak buat saya begini? Saya dijemput untuk menghalau buaya, ini balasan awak terhadap saya", itulah kata-kata pertama yang
ditujukan oleh Saadun Juling pada datuk.
Saya lihat datuk tetap bersikap tenang. Dia terus mengikut langkah Saadun Juling yang menuju ke pondok. Bila Saadun Juling mahu
masuk ke rumah datuk menghalangnya dengan berdiri di muka pintu. Saadun Juling terpaksa berdiri di atas tanah dan datuk berdiri di
ambang pintu pondok.
"Kenapa awak harus menipu diri sendiri?", suara datuk lantang.
"Maksud awak?"
"Awak berlagak jadi orang baik, sedangkan hati awak kotor. Awak bersikap mahu menolong orang tetapi, hati kecil awak telah melakukan
kejahatan. Di mana keikhlasan diri awak?"
"Saya tak faham"
"Awak goda isteri orang untuk berzina"
Tangan kanan datuk memegang jenang pintu pondok. Wajah Saadun Juling kelihatan pucat. Dia kelihatan resah dan terus merenung
tanah.
"Awak bukannya menghalau buaya tetapi awak ganaskan buaya, kemudian awak pujuk buaya-buaya di sini mendengar cakap awak
dengan tujuan supaya orang percayakan awak. Bila orang sudah percaya awak perdayakan mereka. Orang lain boleh awak tipu, tapi saya
90 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
bukan orangnya. Kalau awak benar, buktikan kebenaran awak tu", datuk mencabar Saadun Juling.
Memang di luar dugaan saya yang Saadun Juling sangup menjawab cabaran datuk itu.
"Boleh, mari kita ke sungai sekarang", katanya.
"Mari", sahut datuk dengan tenang.
Kami bertiga pun segera menuju ke sungai . Sampai di sungai, Saadun Juling terus menyeru semangat buaya, dan buaya-buaya pun
timbul, berbaris macam kayu buruk.
"Awak tengok, semua buaya dalam sungai ini saya kuasai dan buaya-buaya ini akan meninggalkan tempat ini. Kalau saya bohong dan
menipu ada buaya yang tidak mendengar cakap saya"
"Betulkah ni Saadun?"
"Betul, saya bekerja kerana Allah. Kalau awak boleh buktikan perbuatan saya ni salah, saya mengikut cakap awak"
"Saadun, dalam membuat kerja-kerja begini, janganlah mempermainkan nama Allah nanti kita dikutuknya"
"Ah… buktikan kerja saya ni tidak ikhlas, usah banyak cakap"
"Kalau awak berhajat, boleh saya lakukan, ingat perbuatan kita ini mencari kebenaran, buka mahu menunjuk pandai"
"Saya setuju"
Datuk segera berdiri di tepi tebing. Datuk membaca surah AI-Fatihah dan beberapa surah yang lain termasuklah ayat Qursi. Datuk
berhenti membaca dan terus mengambil segenggam tanah lalu di buang ke dalam sungai. Beberapa saat kemudian, seekor buaya timbul
terus membuka mulutnya ke arah datuk. Datuk mencampakkan sehelai daun ke dalam mulut buaya itu. Dengan tenang buaya itu
merapatkan mulutnya lalu bercampur dengan buaya-buaya lain yang timbul di permukaan sungai.
"Bagaimana Saadun? Apa kau masih tidak mahu mengakui perbuatan terkutuk itu, apa kau mahu aku hebahkan perkara ini pada orang
lain?", tanya datuk pada Saadun Juling.
Saya terdiam. Datuk gosok batang hidungnya dua tiga kali. Saadun Juling tidak juga mahu mengakui segala kesilapan yang sudah
dilakukan. Kemudian datuk terus memujuk Saadun Juling supaya berhenti daripada melakukan kerja-kerja yang tidak terpuji itu. Datuk
lalu menyebut padanya tentang maksud dari Surah At-tin yang bermaksud lebih kurang begini: Sesungguhnya Allah itu mencipta
manusia sebaik-baik kejadian, kemudian Allah akan mencampakkan mereka ke tempat yang paling rendah sekali, kecuali orang yang
beriman dan beramal soleh.
"Saadun, marilah kita gunakan segala ilmu dan kepandaian pemberian Allah ini untuk menolong sesama manusia, bukan
menjahanamkan mereka", pujuk datuk Saadun Juling yang mengeluh dan termenung panjang.
"Kejahatan terlalu panjang umurnya berbanding kebaikan, jadi masa yang pendek itu harus kita isi dengan perjuangan menegakkan
kebaikan", tambah datuk lagi.
Saya lihat Saadun Juling mula resah. Saadun Juling termenung panjang, matanya merenung ke arah air sungai yang nampak
berkilau-kilau disinar matahari pagi. Buaya-buaya yang timbul sudah menghilangkan diri. Air Sungai Tanjung Ara tetap mengalir tenang.
Cahaya matahari yang memancar terik itu membentuk bayang-bayang kami yang pendek di bumi.
"Kaufikir dan tanyalah dirimu sendiri, apakah kamu mahu mengakhiri hidupmu dengan cara begini. Ingatilah alam dunia ini sentiasa
bersifat baru, tidak ada yang kekal. Yang abadi hanyalah Allah jua, kata datuk lagi.
Saadun Juling tetap membisu seribu bahasa. Datuk terus bertindak, tangan kanan Saadun Juling disambarnya lalu dipulas ke belakang.
Saadun Juling terkial-kial menahan kesakitan.
"Aku tak menghalang kau nak membuat jahat kerana itu adalah tanggungjawab kau dengan Allah. Tetapi, kalau kau mahu melakukan
sesuatu yang tidak senonoh di sini aku akan jadi penghalangnya", nada suara datuk mula keras.
Tangan Saadun Juling dilepaskannya. Mungkin Saadun Juling merasa insaf atau merasakan dirinya tidak selamat selagi tidak berterus
terang dengan datuk. Dia lalu memilih jalan yang mudah, dia mengakui ilmu yang di tuntutnya itu memang bercanggah dengan hukum
agama dan tatasusila kehidupan. Tetapi, dia tidak boleh berpisah dengan semuanya itu, kalau dia tidak melakukan sesuatu mengikut
ilmu yang dituntutnya, badannya sakit-sakit dan batuk darah.
"Dari mana kamu menuntut ilmu ini Saadun?"
"Dari kawan baik ayah saya yang berasal dari Kuala Tari, Acheh, Sumatera"
"Apa pantangnya?"
"Saya tidak boleh kahwin seumur hidup. Kalau aku mahu memenuhkan tuntutan nafsuku, aku mesti menggoda atau merayu perempuan
yang sudah bersuami sampai aku berjaya tidur dengannya. Aku juga dilarang melakukan hubungan jenis dengan janda muda walau
secantik manapun", Saadun bersuara dengan tenang.
Datuk mendengarnya dengan teliti. Saadun Juling juga menceritakan bagaimana dia jatuh hati dengan seorang janda muda di Kuala
Sepetang dan hampir mahu melangsungkan perkahwinan dengannya. Akibatnya dia hampir dibaham oleh buaya ketika menangkap
buaya di Sungai Krian.
"Sekarang, aku minta kau menangkap buaya yang ganas dan buaya-buaya lain jangan kau ganggu atau kau puja semangatnya", datuk
melahirkan permintaannya dan juga permintaan orang-orang kampung.
Saadun Juling terdiam. Dia macam keberatan mahu melaksanakan permintaan datuk itu.
"Engkau sebenarnya menjadi buaya. Salah seekor dari buaya itu sudah kau satukan dengan semangat kau. Aku tahu buaya itu berwarna
putih dan kau memberitahu pada orang-orang di sini yang buaya itu buaya keramat. Mana ada buaya keramat cuma kau yang
mengkeramatkan", datuk membuka rahsia.
91 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
Saadun Juling menggigit bibir.
(bersambung...)
CHAPTER LIST
(Jilid 02) Siri 45: Badan Pawang Berasap Mar 11, '09 3:20 PM
by Zelda for group komunitisbdj
Datuk terus menggosok-gosok pangkal hidungnya beberapa kali. Matahari pagi kian meninggi, sudah berada di paras pucuk kelapa
bercabang dua dan sinarnya terus menjamah pada air sungai yang bergelombang kecil itu. Memang tidak ada seorang pun penduduk
Kampung Tanjung Ara yang mengetahui kami berada di kawasan itu. Kedudukannya agak tersorok dan dilindungi oleh beberapa
pohon-pohon besar yang di gayuti oleh akar sebesar lengan budak. Manakala bibir tebing tempat kami berdiri pula, berkeadaan seperti
sebuah teluk kecil yang pantainya berpasir halus. Melihat pada keadaan tempat tersebut dan bentuk pasir yang terdapat di situ, temyata
kawasan tesebut menjadi tempat buaya berjemur dan bertelur.
"Bagaimana? Apa kaumahu menyangkal dengan apa yang aku katakan itu?", datuk terus renung wajah Saadun Juling.
Tidak ada jawapan yang diberikan oleh Saadun Juling pada pertanyaan itu. Datuk lalu mengerutkan dahinya hingga kelihatan berlapis
dua. Saadun Juling secara mendadak mengenggam penumbuk dan menahan nafas hingga mukanya kelihatan merah. Bila Saadun Juling
melepaskan nafasnya terdengar macam bunyi suara buaya mendengkur dan wajahnya kelihatan garang sekali, biji matanya terbeliak
mempamirkan urat mata yang merah berlajur atas selaput mata putihnya. Kelopak matanya nampak berlapis macam kulit buaya tua.
"Aku tahu kau marahkan aku Saadun. Tetapi, cuba kau fikir berapa lama kau mahu melakukan kerja terkutuk ini?"
"Itu urusan aku"
"Dan urusan aku pula menyelamatkan orang-orang di sini"
Lagi sekali Saadun Juling terdiam. Perlahan-Iahan dia melangkah ke hadapan sambil membelakangi datuk. Dalam sekelip mata saja,
Saadun memusingkan badannya lalu berdiri berhadapan dengan datuk sambiI membongkokkan badannya, tetapi biji matanya tetap
menentang biji mata datuk. Dada saya mula berdebar dan hati kecil saya bagaikan dapat meramalkan yang Sadun Juling akan bertindak
di luar rasa peri kemanusiaan. Datuk masih lagi berdiri dengan tenang, mata datuk tidak berkelip-kelip ke arah biji mata Saadun Juling
yang kelihatan agak tersembul dan bersinar-sinar, macam mata kucing hutan terkena suluh lampu picit.
"Aeiiii…", pekik Saadun Juling sambil melompat lalu melepaskan satu tendangan kilat ke dada datuk.
Kerana tendangan itu terlalu kencang dan kuat, datuk jatuh ke bumi. Dalam keadaan yang serba cemas itu, Saadun Juling berpusing ke
arah saya lalu melepaskan penumbuk sulungnya ke pipi kanan saya, pandangan saya jadi berpinar-pinar, pipi mula terasa bengkak dan
menebal. Saya terjatuh atas rumpun lalang liar, saya tidak berdaya mahu bangun. Saadun Juling terus menyerang datuk dengan
bertubi-tubi, menyepak dan menendang ikut suka hatinya pada tubuh datuk yang tersungkur di bumi. Datuk tidak membalas
serangannya yang begitu cepat bagaikan kilat itu, datuk lebih banyak mengelak dan mempertahankan dirinya. Saadun Juling
memperlihatkan kehandalannya mengalahkan pihak lawan, gerak tangan dan kakinya macam kibasan ekor buaya, muka datuk mula
dibasahi darah. Datuk kelihatan tidak bermaya dan Saadun Juling kian ganas, terus menyerang tanpa belas kasihan.
"Aieee...", jerit Saadun Juling dengan lantang, ketika itu saya lihat batang tubuhnya sudah berada diawang-awangan dan bersedia untuk
menendang pangkal leher datuk.
Kalau tendangan itu tepat pada sasarannya, pasti nyawa datuk melayang dari badan. Bila tendangan dari Saadun Juling hampir ke
batang leher, datuk segera mengelak dengan memusingkan badannya ke arah perdu pokok bunga tanjung. Usaha datuk itu berjaya,
Saadun Juling tertendang perdu bunga tanjung. Kerana tendangan itu terlalu kuat sebahagian dari pada kulit perdu bunga Tanjung
terkopak. Saadun Juling menjalar atas bumi seketika, kemudian dia merangkak macam buaya untuk menyerang datuk. Dengan cepat
datuk bangun lalu melompat ke atas belakang Saadun Juling. Kedua belah tangan datuk memegang rambut Saadun Juling di bahagian
ubun-ubun kepala. Saadun Juling tidak melawan, dia terkapar atas bumi dengan kedua belah tangannya terkedang, macam katak mati
dilanggar tayar lori.
"Saadun, aku tahu di mana kekuatan dan sumpah ilmu kamu", kata datuk sambiI bangun.
Di tangan datuk saya lihat tergengam rambut Saadun Juling, tanpa banyak cakap Saadun Juling terus bangun dan duduk bersandar di
perdu bunga tanjung. Dia kelihatan letih benar, nafasnya tercungap-cungap. Datuk terus membersihkan darah di muka dengan daun
serunai laut. Kemudian daun itu diramas-ramasnya, lalu disapukan ke bahagian muka yang bengkak. Tidak sampai sepuluh minit
kemudian, bengkak dan lebam di mukanya terus hilang. Ketika datuk mengubat mukanya dengan daun serunai laut, rambut Saadun
Juling di sembunyikan di celah ketiak kanan.
"Saadun, aku minta pada kamu supaya jangan memuja semangat buaya yang boleh menyusahkan orang-orang di sini", datuk merayu
dengan nada suara yang lembut . Saadun Juling juihkan bibir bawahnya ke hadapan. Datuk terus termenung panjang.
"Saadun, jangan jadikan diri kamu tempat orang meletakkan sumpah dan cara kau mencari rezeki begini tidak berkat, rezeki yang kau
terima panas. Kau tak akan boleh hidup senang", tambah datuk lagi dengan wajah yang tenang.
Saadun Juling tetap membisu, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan dirinya mahu patuh dengan permintaan datuk. Datuk jadi serba
salah, segala usahanya menemui jalan buntu. Datuk terus membasuh muka dengan air sungai. Lama juga datuk merenung bayang
wajahnya dalam air, setelah itu dia memetik daun keladi liar yang tumbuh di tebing sungai, daun keladi itu terus diisinya dengan air
sambil mulutnya bergerak-gerak membaca sesuatu.
Dengan kedua belah tangannya, dia menatang air di dalam daun keladi dengan hati-hati (kerana dia tidak mahu rambut Saadun Juling
yang disembunyikannya di celah ketiak itu jatuh ke tanah).
Bila datuk sudah hampir dengan Saadun Juling yang tercungap-cungap di pangkal pokok itu, datuk segera mencurahkan air dalam daun
keladi ke muka Saadun Juling. Saya lihat muka Saadun Juling pucat seketika, kemudian baru berdarah kembali. Sebelum Saadun Juling
berkata sesuatu, datuk terus menepuk dahi Saadun Juling sebanyak tiga kali berturut-turut sambil membaca selawat nabi.
92 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Biarkan dia di situ. Aku sudah melembutkan hatinya. Semoga niat baik aku diberkati oleh Allah", ujar datuk pada saya. Datuk terus
duduk di sisi saya sambil melagakan ibu jari dengan jari telunjuk, macam orang membilang tasbih.
"Saadun, marilah kita berbuat baik sesama manusia dan mencari rezeki yang halal, tidak memeras orang lain secara terhormat untuk
kepentingan diri kita sendiri", kata datuk sambil merenung ke muka Saadun Juling. Saya lihat Saadun Juling menarik nafas panjang
sambil merenung ke arah langit yang terang benderang itu.
"Aku minta kau menghentikan perbuatan jahat dan menghalau buaya dari sini, itu saja permintaan aku Saadun, satu permintaan yang
cukup mudah", saya terdengar suara datuk mula meninggi. Saadun Juling menjeling tajam ke wajah datuk.
"Mudah bagi kau, tapi susah bagi aku", suara Saadun Juling mula keras.
"Maksud kau?"
"Kalau aku menurut cakap kau, ertinya aku menyerah nyawa pada buaya, aku akan mati"
"Hidup mati kau, bukan kuasa buaya, nyawa seseorang tergantung pada Allah"
"Kalau kau pandai, kau sendiri halau buaya di sungai. Aku tak mahu, kau jangan halang kerja aku"
"Eh, Saadun aku bukan pawang buaya macam kau, apa yang aku lakukan selama ini ialah petua untuk menjinakkan buaya, petua tu aku
perolehi dari orang tua-tua, itu saja yang ada pada diriku"
Matahari kian panas bersinar, angin yang bertiup sekitar kawasan itu tidak dapat memberikan rasa sejuk pada diri saya. Setiap kali saya
menggerakkan kulit muka, akan terasa sakit dan pedih akibat kena penumbuk sulung dari Saadun Juling. Bila saya raba dengan tapak
tangan bahagian kulit yang pedih itu, terasa tebal dan membengkak.
"Tak apa Saadun, aku rnengajak cara baik kau tak mahu. Mulai saat ini kita bermusuh, kalau aku lalai akan jadi habuan kau dan kalau
kau pula lalai, kau akan jadi habuan aku. Ingat kejahatan kamu akan aku ceritakan pada orang-orang di sini", datuk mengugut Saadun
Juling.
Rambut Saadun Juling yang disembunyikan di bawah ketiak dikeluarkan untuk disimpan dalam saku baju hitamnya, kemudian datuk
mengajak saya pulang. Baru lima langkah melangkah, Saadun Juling menerpa ke arah datuk sambil menghulurkan ulu golok pada datuk.
Saya dan datuk tergamam. Langkah kami terus mati. Datuk dan saya berpandangan, secara perlahan-Iahan saya melangkah tiga tapak
ke belakang. Bukan kerana takut, cuma bersiap sedia untuk lari, kalau Saadun Juling mengamuk dengan tiba-tiba.
"Untuk apa Saadun?"
"Potong rambut saya di bahagian tengkuk. Mulakan dari kiri ke kanan, jangan sampai sehelai pun rambut saya jatuh ke tanah"
Datuk pun segera mengambil golok dari tangan Saadun Juling. Datuk renung rambut Saadun Juling yang panjang dan lebat itu. Dengan
hati-hati datuk mematuhi arahan yang dikatakan oleh Saadun Juling. Rambut yang sudah di potong itu segera di serahkan pada Saadun
Juling kembali, kemudian dia membungkusnya dengan kain hitam.
"Mari kita duduk", ujar Saadun Juling.
Panas kian terik. Lima minit masa berlalu, kami tidak bercakap walau sepatah pun. Curna Saadun Juling saja yang memandang liar ke kiri
dan ke kanan. Dari saku baju sebelah kirinya, Saadun Juling mengeluarkan kotak kecil. Kotak itu diserahkan pada datuk.
"Bukalah kotak itu", katanya.
Datuk pun membuka kotak tersebut. Di dalamnya termuat sebilah pisau cukur bersarung hitam, segumpal rambut, sebutir telur buaya
yang masih baik keadaannya serta dua bilah gigi buaya yang sudah berlubang, pada lubang itu dicucuk dengan benang hitam, bila
disarungkan ke leher akan menjadi kalung.
"Ini ibu geliga buaya", Saadun Juling menunjukkan pada datuk satu benda putih yang berkilat dan bentuknya seperti batu sebesar ibu
jari.
Benda putih itu dikeluarkan oleh Saadun Juling dari sebelah rusuk kirinya. Datuk anggukkan kepala mendengar penerangan dari Saadun
Juling, saya cuma melihat dan memasang telinga sahaja.
"Semangat buaya yang saya puja berada di sini, sekarang biarlah saya pulangkan padanya kembali dan saya minta pada buaya-buaya di
sini pindah ke tempat lain", muka datuk berubah mendengar kata-kata itu.
Saadun Juling terus mengambil sekepal pasir dan sehelai daun keladi. Pasir yang di genggamnya itu ditaruh atas daun keladi dan ibu
geliga buaya ditaruh di tengah-tengah pasir lalu dibungkus dengan daun keladi. Bungkusan itu di genggamnya sebentar sambil mulutnya
menyebut sesuatu yang sukar saya fahami, bahasa yang di ucapkan bercampur aduk, ada bahasa Siam, ada bahasa Jawa dan bahasa
Acheh. Bila semuanya sudah selesai, bungkusan itu dilemparkan ke dalam sungai. Dalam sekelip mata saja, air sungai bergelombang.
Bila gelombang air sungai berakhir, berpuluh-puluh ekor buaya timbul. Semua kepala buaya itu menghadap ke hilir.
"Pindahlah kamu dari sini, aku bukan bapak kamu lagi, pergilah ke mana-mana", jerit Saadun Juling.
Ternyata buaya-buaya di sungai itu mendengar cakapnya, buaya-buaya itu bergerak menuju ke kuala. Saya kagum dengan kebolehan
luar biasa yang dimiliki oleh Saadun Juling. Saya kira rasa kagum itu terjadi juga pada diri datuk. Sebabnya, apa yang dilakukan oleh
Saadun Juling datuk perhatikan dengan penuh minat. Saadun Juling masih lagi merenung air sungai yang kelihatan agak tenang.
Kelopak matanya tidak berkedip. Tiba-tiba air sungai bergelombang kembali, seekor buaya sebesar batang kelapa timbul di permukaan
sungai, buaya itu berenang ke tepi sungai.
"Berhenti dan tunjukkan badan kamu", kata Saadun Juling, buaya itu segera menimbulkan seluruh badannya. Warna badan buaya itu
agak keputih-putihan sedikit dan pergerakkan kaki serta ekornya tidak sepantas macam buya-buaya yang lain.
"Aku tidak memerlukan kamu lagi, aku kembalikan semangat kamu yang aku pinjam pada kamu kembali, sumpah yang kita buat sudah
tidak ada lagi, kau berhak memakan daging aku dan aku berhak membunuh kamu", Saadun Juling terus berkata-kata dengan buaya
tersebut.
93 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
Saya lihat buaya itu terus menyelam dan ghaib. Di tempat buaya itu menyelam muncul sepotong kayu hitam macam kayu arang yang
panjangnya kira-kira dua kaki. Kayu itu berpusing-pusing di situ dengan ligatnya sambil mengeluarkan asap yang nipis dipermukaan
sungai. Asap itu nampak memanjang naik ke udara. Beberapa saat kemudian asap itu hilang, dan Saadun Juling terus jatuh ke tanah.
Badan Saadun Juling kelihatan kaku, tidak bergerak dan kedua belah kelopak matanya tertutup rapat. Dari sinar matahari yang cukup
terik itu, saya lihat seluruh badan Saadun Juling mengeluarkan wap seperti wap dari ketul asis. Bila wap itu hilang Saadun Juling mula
bergerak dan terus bangun. Dengan langkah yang tenang dia mendekati datuk.
"Kamu lihat buaya putih tadi?"
"Ya"
"Sebenamya badan buaya itu tidak putih cuma penglihatan kita saja yang membuat kita menyangka buaya itu putih"
"Maksud kau Saadun?"
"Itulah buaya jadi-jadian yang aku puja dari puntung kayu hanyut di tengah sungai waktu malam, sebelum puntung itu aku puja,
puntung itu aku serahkan pada guruku untuk ditapa selama tujuh minggu dalam lubuk yang airnya berpusing, setelah dipujanya barulah
diserahkan pada aku untuk memujanya dengan beberapa syarat yang tertentu"
Datuk renung wajah Saadun Juling lama-lama, kemudian datuk tersenyum sambil meraba pipi kanannya berkali-kali. Datuk hulurkan
tangan pada Saadun Juling, cepat-cepat Saadun Juling menyambut huluran tangan datuk itu. Mereka berjabat salam penuh mesra sambi
ketawa penuh makna.
"Kita bersahabat ,tetapi kalau kau tersilap langkah ertinya kau habuan aku. Begitu juga dengan aku kalau tersilap langkah akan jadi
habuan kamu, " kata-kata itu diucapkan oleh Saadun Juling dengan penuh semangat.
"Kalau itu sebagai satu syarat untuk kita bersahabat, aku terima Saadun", balas datuk.
"Memang itu syaratnya, aku senang bila kau terima syarat tersebut", sahut Saadun Juling. Seram juga mendengar janji dua orang yang
mahu bersahabat ini, pelik dan ganjil sekali buat diri saya.
Saadun Juling terus melangkah beberapa tapak ke belakang dan ke hadapan di depan datuk. Kerana datuk masih duduk bersila di tanah,
langkah yang di atur oleh Saadun Juling itu diperhatikannya dengan ekor mata sambil bersedia kalau langkah itu akan bertukar menjadi
buah silat lalu mencari sasaran di tubuh datuk. Mujurlah langkah Saadun Juling tetap dengan langkahnya, tidak ada tanda-tanda akan
bertukar menjadi buah silat membuat perasaan datuk jadi tenang. Dalam keadaan yang begitu tenang Saadun Juling terus melompat
dengan tiba-tiba dan terus duduk bersila di hadapan datuk. Saadun Juling hulurkan kepalanya yang berambut panjang serta lebat itu
pada datuk.
"Gunakan pisau cukur tadi dan cukurlah rambut ini, aku mahu membuang segala ilmu yang aku tuntut", wajah datuk kelihatan berubah,
bagaikan tidak percaya dengan apa yang dituturkan oleh Saadun Juling padanya.
"Kau mahu mempermainkan aku atau kau memang berhajat betul"
"Aku bercakap benar, segala kekuatan ilmu yang aku tuntut terletak pada rambutku. Sebab itulah aku menyimpan rambut panjang, ada
tujuan dan gunanya, kata orang ada muslihatnya"
"Begitu. Fahamlah aku sekarang"
"Eh, kau memang bijak, pura-pura tidak tahu. Padahal kau sendiri tahu, bila kau menarik rambut aku tadi aku sudah tahu yang kau
sudah mengetahui rahsia diri aku"
Datuk tersenyum mendengar kata-kata dari Saadun Juling itu. Datuk tidak dapat berdalih lagi, secara terus terang datuk mengatakan
pada Saadun Juling, segala rahsia kekuatan itu diketahuinya setelah melihat cara-cara Saadun Juling berjalan serta cara kerdipan mata
Saadun Juling. Secara jujur pula Saadun Juling mengakui, sebab utama dia mahu mengikut cakap datuk kerana datuk mengetahui rahsia
kekuatan dirinya. Andainya datuk tidak mengetahui rahsia itu dia bermusuh dengan datuk hingga hari kiamat.
Tanpa membuang masa lagi, datuk pun mencukur rambut Saadun Juling dengan meninggalkan rambut bahagian ubun-ubun kepala
dalam bentuk bulat, kerana rambut yang tinggal itu panjang membuat saya teringat pada rambut kaun Red Indian di Amerika yang
selalu saya Iihat dalam filem cowboy. Saya tersenyum, memang bodoh kelihatannya bila orang tua berjambul dengan rambut panjang,
sebabnya, datuk meninggalkan rambut tersebut adalah atas permintaan Saadun Juling sendiri.
"Sekarang cukurlah rambut yang tinggal itu dan kau bersedialah mengelakkan diri kau dari terkena badinya", kata Saadun Juling sambil
menyuruh datuk mengambil segumpal rambut, telur buaya dan dua bilah gigi buaya dari dalam kotak kecil. Kalung dari gigi buaya
disangkutkan ke lehernya, manakala segumpal rambut dan telur buaya diletakkan atas daun keladi dan daun keladi yang diisikan dengan
barang tersebut pun diletakkan di bawah paha kanan Saadun Juling.
"Sekarang, cukurlah rambut itu dari arah matahari jatuh membawa ke arah matahari naik", Saadun Juling segera memberikan perintah.
Datuk segera melakukannya. Bila mata pisau cukur terkena bahagian rambut tersebut, secara mengejut hujan turun dalam panas yang
terik itu. Air hujan yang kasar itu jatuh atas permukaan sungai membuat air sungai kelihatan seperti meruap-ruap. Saadun Juling
memejamkan matanya dan tangan datuk yang memegang pisau cukur kelihatan bergerak-gerak tidak tentu arah macam di tolak
sesuatu. Akhirnya dapat juga datuk mencukur rambut sejemput itu, setelah dia membaca beberapa potong ayat suci.
Bila rambut itu selesai di cukur, hujan panas segera berhenti. Tetapi, wajah datuk kelihatan kebiru-biruan, kedua belah bibirnya nampak
hitam dan badannya menggeletar macam orang kena serang demam kura. Datuk segera menghampiri saya serta menyuruh saya mencari
daun lidah buaya dan cendawan telinga monyet. Berpeluh juga badan saya mencari bahan-bahan yang dikehendaki oleh datuk sekitar
kawasan itu. Nasib saya agak baik, cendawan telinga monyet saya temui di batang getah buruk. Daun lidah buaya pula saya temui dalam
jarak satu rantai dari batang getah buruk tersebut. Semua bahan-bahan itu saya serahkan pada datuk. Cendawan telinga monyet datuk
patah dua. Sebelah digosokkan pada tapak kaki kiri dan yang sebelah digosokkan pada tapak kaki kanan beberapa kali hingga rasa
mengeletar di badannya hilang. Bahagian kulit atas daun lidah buaya datuk kupas (siat) dengan golok, bila kulit itu tersiat terdapat
sejenis lendir yang rupanya macam agar-agar.
Lendir itu datuk taruh atas tapak tangan lalu dimakannya. Saya terasa geli-geleman dan tekak saya terasa loya melihat datuk menelan
lendir dari daun lidah buaya. Bahagian bawah daun itu datuk kupas juga, lendimya datuk ambil dan disapukan ke muka serta kedua
belah lengannya. Bibir datuk yang kelihatan hitam segera bertukar menjadi merah begitu juga dengan wajahnya yang kebiru-biruan pulih
94 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
seperti sediakala.
"Daun lidah buaya ini banyak khasiatnya, kalau anak dara mahu kulit mukanya bersih serta halus tanpa jerawat sapulah lendir dari daun
ini. Kalau kita mahu kelihatan muda (awet muda) sapukan lendirnya ke muka setiap petang, kalau badan terasa panas atau mahu
menjaga kesihatan tubuh badan, ini khasiatnya", kata datuk pada saya sambil mengeliat.
"Kalau mahu mengekalkan rumah tangga hingga mati dan mahu berbini lebih dari satu daun lidah buaya juga boleh digunakan. Orang
lelaki yang memakai daun lidah buaya muda menawan hati orang perempuan. Tapi mesti ada petua dan syaratnya, belajarlah dengan
datuk awak", sampuk Saadun Juling.
Dan saya mengharapkan datuk akan mengeluarkan petuanya dan saya bersedia melakukannya. Sebagai lelaki tentu saja saya teringin
memikat atau jadi pujaan setiap gadis, kalau perlu mahu beristeri lebih dari satu.
"Petua yang itu tidak boleh diberikan pada Tamar. Belum tentu petua itu digunakan dengan sebaik-baiknya, hari ini kita nampak bagus,
bila dah dewasa belum tentu dia bagus. Kalau petua tu terlepas padanya aku yakin dia akan jadi kambing randuk (bapak kambing) yang
kerjanya membilang kepala bini atau membilang kepala betina", kata datuk lalu disambut dengan ketawa berdekah-dekah oleh Saadun
Juling.
Sesunguhnya, kata-kata datuk itu meninggalkan kesan kecewa yang amat mendalam pada diri saya. Apa boleh buat, mahu bertanya atau
meminta petua itu pada datuk saya takut, silap-silap tanya atau minta nanti penampar hinggap ke muka paling kurang kena maki.
Matahari sudah berada betul-betul di atas kepala dan burung helang siwah mula terbang rendah mencari makan sambil berbunyi sekali-
sekala, ketika itu jugalah Saadun Juling membentang kain kuning berbucu tiga di atas tanah. Rambutnya sudah dicukur, dikumpul atas
kain kuning tersebut. Begitu juga dengan pisau cukur, telur buaya, kalung gigi buaya dan segumpal rambut, semua benda-benda itu
dibungkus dengan kain kuning lalu diletakkan di atas batang buruk dan dihanyutkan ke tengah sungai.
Bila kain kuning di atas batang buruk itu bergerak ke hilir, helang siwah yang terbang terus menjunam serta menyambar kain kuning
tersebut, bila kain kuning itu berada dimuncung burung helang yang berlegar-Iegar di udara, terdengar satu ledakan macam ledakan
petir dan badan helang yang berada di udara berkecai, bulunya berterbangan jatuh atas permukaan sungai.
"Semuanya sudah habis, ilmu yang di tuntut sudah pulang ke tanah asalnya di Kuala Tari, Acheh, menemui tuannya", ujar Saadun Juling
dengan wajah yang gusar.
"Habiskan usia kamu yang ada ini untuk mengabadikan diri pada Allah, mohon ampun dan bertaubatlah pada Allah, semoga kau akan
bahagia dunia akhirat", datuk terus menepuk bahu Saadun Juling sambil meninggalkan kawasan tersebut menuju ke pondoknya.
Bunyi ledakan petir di tengah hari itu rupanya menimbulkan kegemparan pada para penduduk di Tanjung Ara, beberapa orang penduduk
yang ingin tahu tentang kejadian itu segera mencari datuk.
"Apa yang mahu dirisaukan, bunyi petir ditengah hari perkara biasa semuanya berlaku atas kehendak Allah, kalau mahu mengetahui
rahsianya carilah sendiri, saya sendiri tidak tahu", kata datuk pada orang-orang kampung yang menemuinya dikaki tangga pondok
tempat Saadun Juling menumpang.
Tanpa banyak soal jawab, orang-orang kampung terus pulang ke rumah masing-masing. Sebagai membuktikan kejujuran dan keikhlasan
hatinya pada orang-orang kampung Tanjung Ara dan datuk, Saadun Juling membuat keputusan untuk tinggal di kampung tersebut
selama dua minggu lagi. Alasan yang diberikan pada orang-orang kampung ialah untuk melihat sejauh mana kejayaannya menghalau
buaya di sungai tersebut. Sungguh memeranjatkan, usaha Saadun Juling tidak sia-sia. Buaya cukup sulit untuk di temui di sungai
tersebut. Kalu ada pun, buaya tersebut hanya sekadar menumpang lalu, mempamirkan tubuh badan seminit dua di permukaan sungai,
kemudian terus hilang dan amat sukar dikesan kemana buaya itu menghilangkan diri.
Kerana kejayaan itu, orang-orang kampung telah sepakat untuk mengadakan kenduri kesyukuran dengan mengadakan jamuan makan
tengahari di surau kampung tersebut setelah menunaikan sembahyang Zuhur secara berjemaah.
"Saya minta pada orang di sini supaya jangan membuang cicak ke sungai atau memancing ikan berumpankan cicak, perbuatan itu
memang dilarang dan merupakan satu pantang. Kalau dilanggar pantang itu buaya akan mengamuk kembali. Jika ada diantara tuan-tuan
yang memanggang cicak dengan buluh atau sebagainya lalu dibuang ke sungai padahnya cukup buruk, buaya akan membalas dendam,
dalam ilmu pawang buaya hal ini memang merupakan pantang besar", demikian Saadun Juling memberitahu orang-orang kampung.
Dia juga menyatakan pada orang-orang kampung bahawa segala ilmu yang dituntutnya bagi menangkap buaya, sudah dibuangnya
kerana dia mula sedar yang ilmu itu banyak bertentangan dengan ajaran agama Islam. Dalam majlis kesyukuran itu juga, datuk
mengambil daya usahanya sendiri mempertemukan Saadun Juling dengan suami wanita yang digodanya. Memang diluar dugaan datuk
pertemuan yang diadakan dengan tujuan yang baik menjadi sebaliknya. Suami wanita itu menaruh dendam pada Saadun Juling. Bila dia
berhadapan dengan Saadun Juling tanpa berfikir panjang, dia terus mencabar Saadun Juling supaya bergaduh dengan menggunakan
parang panjang.
"Saadun, aku harap kau bersabar, orang yang sabar dikasihi oleh Allah, tujuan kita bukan mahu bergaduh, apa yang kita lakukan adalah
untuk kebaikan. Untuk menghilangkan rasa permusuhan sesama Islam, bukankah Islam mahu para pengikutnya berbaik-baik, hidup
aman dan saling tolong-menolong", kata datuk kepada Saadun Juling.
"Saya ikut cakap awak, asalkan tujuannya baik", sahut Saadun Juling.
Datuk terus mendekati si suami yang sedang marah itu. Datuk tepuk bahu kanannya dua tiga kali, kemudian datuk ambil keris pendek
yang tergenggam di tangan si suami itu. Keris itu datuk masukkan ke dalam sarungnya. Orang-orang kampung yang tidak tahu tentang
kedudukan perkara tersebut jadi tercengang-cengang sambil berbisik sama sendiri.
"Usah bimbang, mereka ada selisih faham sedikit. Biarlah saya yang cuba mengatasinya. Saya yakin kalau kita bersikap sebagai orang
Islam sejati, masalah ini boleh selesai", datuk memberitahu orang-orang kampung dan menyuruh mereka bersurai.
Datuk terus menemui si suami yang sedang naik darah itu kembali. Datuk terus bercakap-cakap dengannya sebentar, Saadun Juling
cuma melihat dari jauh saja. Saya menarik nafas tanda senang hati kerana datuk berjaya memujuk si suami yang sedang marah itu.
Saadun Juling bersalam dengan si suami yang mempunyai parut di betis kanannya, kemudian si suami itu mengajak datuk, Saadun
Juling dan saya ke rumahnya. Kami di jamu dengan kopi panas di anjung rumah.
"Saya mengaku saya bersalah dalam hal ini, ambillah golok ini dan lakukan apa saja demi menjaga kehormatan awak sebagai seorang
suami, saya rela mati atas perbuatan saya", tiba-tiba Saadun Juling menghulurkan ulu golok pada sisuami yang berparut di betis kanan.
95 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Tak perlu, saya faham dan saya sudah mengetahui kedudukan diri awak. Saya maafkan awak, walaupun perbuatan saya ini satu
perbuatan dayus pada mata orang lain, saya tidak merasa kesal. Menjauhkan perasaan dendam dan bergaduh sesama orang yang
seagama itu lebih mulia", dengan tenang si suami itu bercakap pada Saadun Juling.
Mereka berdakap-dakapan dan menangis. Saya dan datuk sungguh terharu melihat peristiwa tersebut. Dengan perasaan yang ikhlas si
suami itu terus bertanya pada isterinya, sama ada dia mencintai dirinya atau Saadun Juling. Dengan jujur si isteri itu menjawab, dia
memang tidak mencintai atau menyayangi suaminya, kerana si suami itu bukan pilihan hatinya. Dia menikah dulu semata-mata
mendengar cakap ke dua orang tuanya.
Si suami menerima keterangan itu dengan dada yang terbuka, kemudian dia membuat keputusan menceraikan isterinya, setelah Saadun
Juling memberikan jaminan yang dirinya akan memperisterikan wanita tersebut. Saadun Juling membuktikan kata-katanya itu, setelah
wanita itu lepas edah, dia terus menikah dengan wanita tersebut. Kemudian Saadun Juling membawa isterinya ke kampung halamannya
dan memulakan penghidupan baru dengan membuka kedai kopi dan barang-barang runcit di tempatnya dan namanya sebagai pawang
buaya terus dilupakan orang.
(bersambung...)
CHAPTER LIST
(Jilid 02) Siri 46: Berjalan Atas Angin
[Dari tamrajalis.blogspot.com]
Kedai kopi dan barang-barang runcit yang diusahakan oleh Saadun Juling mendapat sambutan amat menggalakkan dari para penduduk
setempat. Di samping berniaga, Saadun Juling terus mendalami ilmu agama. Setiap malam, dia mengundang seorang guru agama yang
terkemuka di daerahnya Tuan Haji Nawawi Al-Petani ke rumahnya. Dia belajar selok-belok agama Islam dari pukul sepuluh hingga
menjelang dua belas malam. Selama dua tahun Saadun Juling berniaga, dia telah mendermakan wang ringgitnya untuk membesarkan
beberapa buah masjid di daerahnya, juga mendirikan beberapa buah surau serta mendirikan sekolah agama rakyat untuk kanak-kanak
yang berusia tujuh tahun ke atas belajar agama Islam.
Atas nasihat Tuan Haji Nawawi Al-Petani, Saadun Juling dan isterinya berhijrah ke Kelantan. Dua tahun menetap di Kelantan, kemudian
pindah ke Petani di Selatan Siam, mendalami ilmu agama Islam dengan beberapa guru agama yang terkenal di sana. Setelah menetap
selama tiga tahun di Petani, Saadun Julling dan isterinya pergi ke tanah suci dengan berjalan kaki dan akhirnya menetap di Jeddah.
Menurut beberapa orang penduduk Tanjung Ara yang pernah pergi ke Mekah dan sempat berjumpa dengan Saadun Juling di Jeddah,
menyatakan yang Saadun Juling telah membuka perniagaan di sana. Khabarnya, Saadun Juling boleh bertutur bahasa Arab dengan fasih,
boleh menulis dan hafaz Quran. Namanya juga sudah berubah dari Saadun Juling menjadi Saadun AlHafiz. Datuk cukup gembira
mendengar berita yang disampaikan oleh penduduk Tanjung Ara padanya.
"Rajin dan usaha itu tangga kejayaan dan Allah tidak pemah menghampakan harapan dan cita-cita manusia yang bekerja keras untuk
mengubah nasib hidupnya. Contohnya, kau sendiri sudah melihat dan mendengar tentang hal diri Saadun Juling yang sesat dalam
perjalanan hidup dan kembali ke pangkal jalan untuk membina hidup baru yang lebih bererti sebagai manusia yang beragama Islam",
ujar datuk pada saya.
Wajah datuk saya renung, kelihatan peluh-peluh halus mula meruap didahi luas yang disinari oleh matahari petang dalam kawasan
kebun pisang emasnya yang seluas satu ekar lebih. Saya tahu, sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, saya dan datuk banyak
menghabiskan masa di kebun pisang. Saya menolong datuk membuang daun-daun pisang kering, menebang dan mengambil pisang
yang sudah tua. Buah-buah pisang tua itu dilonggokkan pada satu tempat, sementara menanti lori pemborong buah pisang
mengambilnya. Dan urusan menimbang, menjual dan mengutip wang datuk serahkan bulat-bulat pada saya.
"Lama sungguh kita tidak ke mana-mana tok", kata saya, sebaik saya selesai menebang pokok pisang di hujung sempadan. Datuk yang
asyik mengumpul daun-daun pisang tua, dekat pangkal pokok pulai, berhenti mengumpulkan dedaun pisang itu. Dia terus renung muka
saya dan akhirnya duduk atas batang getah yang tumbang.
"Kenapa? Kau jemu duduk di rumah?"
"Tidak, saja tanya"
"Sejak balik dari Tanjung Ara, kalau tak sikap aku, sudah dua kali meninggalkan tumah, kali pertama aku pergi ke Sungai Petai, dekat
Alor Gajah Melaka. Kali kedua aku pergi ke Bukit Tengah di Seberang Perai"
"Tapi, saya tok tak ajak"
"Oh, aku terlupa nak ajak", kata datuk sambil ketawa.
Dia menyapu peluh di dahinya dengan telapak tangan kanan. Matahari petang kian condong. Bayang saya yang berdiri dekat pokok
pisang emas kelihatan memanjang di bumi. Bunyi suara burung tekukur dan merbuk, sudah jarang-jarang kedengaran. Angin juga mula
bertiup lemah.
"Berkemaslah Tamar, kita balik. Esok kalau panjang umur kita datang lagi", tekanan suara datuk cukup rendah.
Dia pun melangkah ke pondok yang terletak di bucu tanah sebelah kanan. Saya mengekornya dari belakang. Pondok itu sengaja didirikan
oleh datuk sebagai tempat berehat dan sembahyang. Tidak jauh dari pondok itu terdapat sebatang anak sungai yang airnya cukup jernih.
Air sungai itu tidak pernah kering walaupun musim kemarau. Jika musim tengkujuh airnya tidak pernah melimpah ke paras tebing.
Sampai di pondok, datuk terus berehat di pelantar dekat tangga. Saya menggeliat dua tiga kali di depannya untuk menghilangkan rasa
lenguh di pangkal belikat dan lengan.
"Aku nak mandi ke sungai, kau nak ikut?", datuk mempelawa saya sambil meletakkan kain basahan di bahu sebelah kiri.
"Tak mahu tok"
"Sebab?"
96 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Bila mandi di sini, sampai di rumah kena mandi lagi. Kita balik terpaksa berjalan, badan kita tentu berpeluh, lebih baik mandi sekali di
rumah"
"Terpulanglah pada kau Tamar"
Datuk pun mengatur langkah menuju ke sungai. Sementara menanti datuk selesai mandi, saya terus membersihkan sekitar kawasan
pondok. Semua sampah sarap yang sudah di kumpulkan itu saya bakar. Bila saya mahu melangkah ke arah pangkal pokok tembusu
untuk mengutip daun-daun yang jatuh di pangkalnya, saya dapati datuk sudah tercegat di situ. Dada saya berdebar. Batang tubuh datuk
saya perhatikan, dari atas ke bawah, dari bawah ke atas. Saya terasa ada sesuatu yang ganjil terjadi pada diri datuk.
"Kenapa? Kamu terkejut kerana aku berada di sini?", datuk menjegilkan biji matanya ke arah saya.
Pertanyaan itu tidak saya balas. Saya masih mencari jawapan, bagaimana datuk boleh berada di situ? Biasanya, bila pulang dari sungai,
datuk akan menggunakan jalan yang selalu digunakan. Aneh, macam mana saya tidak dapat mendengar bunyi tapak kakinya. Semua
persoalan itu muncul dalam tempurung kepala saya.
"Tok ada masalah?" Saya memberanikan diri, mengajukan pertanyaan. Saya lihat datuk gelengkan kepala sambil tersenyum. Dengan
tenang datuk menarik tangan saya menuju ke pelantar. Kami duduk di situ. Datuk menepuk bahu kiri saya, penuh dengan rasa kasih
mesra. Dan datuk bagaikan tahu tentang keraguan yang timbul dalam hati saya.
"Sebenarnya, aku berjalan tadi mengikut gerak angin dan tapak kaki aku bila tersentuh bumi atau daun tidak akan mengeluarkan
sebarang bunyi, batang tubuh aku tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia, aku berada di sisi kamu ketika kamu membakar sampah,
malah aku menolong menghidupkan api, kau tak nampak", datuk membuka rahsia dirinya.
Saya menarik nafas panjang, perlahan-Iahan saya melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Keterangan dari datuk itu amat
menakjubkan.
"Agaknya datuk dikejar binatang buas membuat datuk terpaksa bertindak begini"
"Tidak"
"Kalau tidak untuk apa datuk berjalan mengikut arah angin dan menghilangkan diri, mesti ada sesuatu muslihat"
"Tak ada Tamar, apa yang aku lakukan sekadar mengamalkan. Sebabnya, ilmu yang ada jika tidak diamalkan dalam masa tertentu boleh
jadi kita lupa"
"Saya faham"
Datuk terus mengajak saya pulang. Kira-kira dua puluh langkah meninggalkan pondok, saya teringatkan buah-buah pisang yang ter-
longgok di bahagian tengah kebun. Saya bimbang kalau buah-buah pisang yang dianggarkan beratnya lebih dari lima belas pikul itu akan
hilang. Barangkali datuk lupa tentang buah-buah pisang tersebut. Saya perlu mengingatkannya. Saya tidak rela sama sekali buah-buah
pisang itu akan jadi habuan pencuri. Mana boleh jadi, kita yang bekerja setengah mati orang lain mendapat feadahnya dengan mudah.
Hujung baju datuk segera saya tarik dari belakang. Langkahnya terus mati.
"Kenapa?"
"Pisang kita tok?"
"Kenapa pula dengannya? Kau nak bermalam dengan buah-buah pisang itu?"
"Takut dicuri orang tok"
"Haaaa"
Datuk segera menyandarkan badannya pada salah satu pokok getah yang berbaris dikiri kanan jalan yang kami lalui. Dia mengedutkan
dahinya sambil menepuk tangan tiga kali berturut-turut. Kemudian datuk tegakkan badannya sambil menghalakan wajahnya ke arah
angin yang datang. Datuk lurut lengan kanan dengan tapak tangan kiri, tiga kali berturut-turut. Dengan tenang datuk memetik ibu
jarinya sebanyak dua kali, bunyi yang lahir dari petikan ibu jarinya berbunyi cukup kuat.
"Datang ke mari sekejap, ada kerja yang nak aku serahkan pada kamu", ujar datuk dengan tenang. Saya segera menghampirinya. Berdiri
di sebelah kiri datuk.
Tiba-tiba datuk menolak badan saya hingga tersungkur atas tanah. Saya segera bangun, muka datuk saya renung, ternyata datuk tidak
ambil kisah dengan apa yang terjadi. Mulutnya kelihatan bergerak-gerak. Bila mulutnya berhenti dari bergerak, saya terus mengajukan
pertanyaan padanya.
"Kenapa saya di tolak tok?"
"Aku tak panggil kau"
"Habis datuk panggil siapa?"
"Itu, aku panggil itu", jari telunjuk datuk menuding ke arah rimbunan pokok senduduk yang kelihatan bergoyang-goyang. Saya
tergamam, seekor harimau belang menuju ke arah datuk. Berhenti dan merebahkan badannya atas tanah di depan datuk, sambil
mengoyang-goyangkan ekornya, tidak ubah seperti kucing yang manja. Datuk tepuk kepala harimau itu dua tiga kali. Harimau itu
membuka mulutnya luas-Iuas. Lidahnya menjilat pergelangan tangan datuk. Saya memberanikan diri lalu mengurut-urut badan harimau
tersebut. Dengan penuh rasa manja harimau itu mengerak-gerakkan ekornya ke bahu dan muka saya hingga terasa geli.
"Malam ni, kau jaga pisang kami, esok aku nak jual. Ingat kalau ada orang yang mahu mencurinya kau halaukan saja, jangan cederakan
manusia", kata datuk pada harimau itu, saya lihat harimau itu merenung ke muka datuk, kemudian memejamkan kedua belah matanya
sambil mengaum kecil.
"Pulanglah," kata datuk, harimau itu segera bangun dan menggesel-geselkan badannya ke badan datuk. Kemudian harimau itu bergerak
menuju ke rumpun senduduk lalu hilang. Datuk menepuk bahu saya dua tiga kali.
"Kausudah tahu siapa yang aku panggil Tamar?"
97 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Tahu tok"
"Dialah yang menjaga pisang kita malam ini"
"Saya tahu tok"
"Kalau sudah tahu, jangan banyak bertanya, mari kita blaik"
Kami pun melangkah. Langkah datuk terlalu cepat membuat saya terpaksa berlari-Iari anak. Jarak rumah datuk dengan kebun pisang
lebih kurang dua batu. Memang perangai datuk, tidak suka naik basikal pergi ke kebun pisangnya, dia lebih suka berjalan kaki. Satu
keistimewaan yang terdapat pada diri datuk, dia tidak pernah merasa letih berjalan kaki, walaupun sampai berpuluh-puluh batu. Badan
saya mula berpeluh tetapi, angin petang yang bertiup perlahan-Iahan itu dapat mengurangkan rasa kepanasan di badan.
Hati saya jadi terhibur, melihat telatah dan ragam monyet-monyet liar yang berlompatan dengan bebas di dahan-dahan pokok getah
yang berdiri di kiri-kanan jalan enam kaki. Sedang asyik melangkah, saya dikejutkan oleh suara jeritan dari datuk secara mendadak. Saya
lihat datuk membuka langkah silat sambil melompat ke kanan. Dalam saat yang sama saya lihat sebatang dahan getah mati jatuh
menuju ke arah datuk. Dengan tangkas datuk menyambar dahan itu lalu dicampakkan ke sebelah kanan jalan.
Dahan getah yang jatuh itu sama besarnya dengan betis pemuda yang berusia 20 tahun. Andainya dahan getah itu tepat mengenai
batang tubuh datuk, pasti membawa maut. Datuk segera menoleh ke arah saya sambil tersenyum bangga. Datuk pun memberi isyarat
supaya meneruskan perjalanan.
"Berjalan dalam hutan atau dimana-mana, kita harus berwaspada. Mesti tahu menguasai diri, pandai mengira langkah dan gerak makhluk
serta alam", sambil berjalan datuk memberikan ceramah kecil. Saya anggukkan kepala. Memang saya tidak ada minat untuk
mendengarnya. Semua yang diluahkan oleh datuk tidak masuk dalam otak saya.
"Semuanya itu mustahak untuk diri kita, kalau tidak mahu menuntut ilmunya, tidak salah kalau sekadar kita mahu ambil tahu saja",
sambung datuk lagi . Saya gigit bibir. Kedua belah pangkal peha saya mula terasa sakit .
"Bagaimana kita mahu tahu tentang semuanya itu tok?", secara tidak disedari saya mengeluarkan pertanyaan.
"Setiap manusia ada pancaindera yang lima. Kita hanya memerlukan satu daya usaha untuk mempertajamkan pancaindera yang lima itu
supaya jadi lebih berkesan lagi. Caranya harus belajar dari petua orang tua-tua dan kita harus amalkan. Perkara yang utama dan penting
ialah keyakinan, tabah dan sabar", cukup ghairah datuk menerangkannya pada saya.
Kerana saya tidak mengemukakan sebarang pertanyaan, datuk tidak melanjutkan keterangannya. Kami terus berjalan, sambil berjalan
saya terus merenung ke arah dahan-dahan pokok getah tempat monyet liar bergayutan. Saya juga mengawasi kalau ada dahan getah
mati yang mahu jatuh. Saya kira kalau ada dahan yang jatuh sebesar lengan budak, saya mahu menyambutnya seperti apa yang telah
datuk lakukan.
"Jangan mencuba, kalau tidak tahu. Nanti padah menimpa diri", saya jadi terkejut dengan kata-kata datuk tu. Rupa-rupanya datuk dapat
membaca apa yang tersirat dalam dada saya.
"Saya cuma berangan-angan saja tok"
"Angan-angan kalau dilakukan dengan baik, cukup pertimbangan yang sempurna akan jadi cita-cita"
"Saya faham tok. Tetapi, untuk menjayakan cita-cita tu bukanlah satu perkara yang mudah"
"Kau berusaha. Kalau kau mahu belajar ilmu gerak manusia dan alam, cari sendiri jangan harap ada orang lain datang menyerah untuk
memberikan ilmu itu"
"Begitu"
Datuk segera menolak ke arah saya. Dia merasakan jawapan yang terakhir dari saya itu, macam menyindir dan membayangkan rasa
tidak ada kesungguhan dari saya. Akhirnya, kami pun sampai ke rumah.
Saya terus memetik buah belimbing buluh yang tua. Buah belimbing itu saya bawa ke sungai bersama dua tiga helai daun pandan wangi.
Buah belimbing yang sudah diramas itu, saya gosokkan ke badan untuk menghilangkan getah pisang yang terletak di badan serta
menghilangkan rasa gatal dan daki. Kemudian daun pandan yang sudah di campurkan dengan air satu baldi, saya juruskan ke tubuh
untuk mewangikan bau peluh dan badan. Saya dan datuk terus ke surau untuk sembahyang Maghrib dan Isyak.
Lebih kurang pukul sepuluh malam, baru kami pulang. Datuk seperti biasa akan menghabiskan masa sebelah malamnya dengan
membaca Quran hingga menjelang waktu subuh.
Pagi itu, saya di suruh oleh datuk supaya menemui Lim Kim Bok yang menjadi peraih buah pisang. Setelah berunding dengan Lim Kim
Bok beberapa minit, dia terus menelefon adiknya, Lim Tong King yang tinggal di Sitiawan.
"Adik saya beli semua pisang datuk awak, dia nak jual pisang tu ke Kuala Lumpur, Melaka dan Johor Bharu",katanya.
"Bila dia sampai Kim Bok?"
"Sekarang pukul tujuh. Lebih kurang pukul lapan setengah dia sampai"
"Saya mahu nanti di mana? Nanti dia tak tahu tempatnya"
"Tunggu di kebun, adik saya tahu tempatnya. Sudah banyak kali dia ambil pisang di kebun datuk awak"
"Dia tahu di mana tempatnya, Paya Besar"
"Apa awak cakap ni. Saya kata dia tahu, apa lagi mahu banyak cakap"
"Jangan marah", ujar saya sambil ketawa kecil.
Saya terus pulang ke rumah. Dari rumah, saya bersama datuk dan nenek berjalan kaki menuju ke kebun pisang di Paya Besar. Sampai di
kebun pisang saya terlihat kesan tapak kaki harimau.
98 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Ada orang menunggu pisang awak malam tadi?", nenek bersuara.
"Ada", jawab datuk, sambil menaburkan tujuh biji bertih kedalam rumpun pokok senduduk. Saya lihat rumpun senduduk itu bergoyang
dan saya terpandang kelibat seekor harimau.
"Pulanglah, kau sudah menolong aku", kata datuk lagi. Seekor harimau melintas di depan kami sambil berjalan tunduk macam kucing
peliharaan melintas di hadapan tuannya. Sementara menanti lori yang dijanjikan tiba, kami terus membersihkan kawasan kebun pisang.
Satu jam kemudian lori yang ditunggu-tunggu pun tiba. Semua pisang yang ada di situ ditimbang dan dimasukkan ke dalam lori. Di situ
juga Lim Tong King membuat pembayaran. Wang dari hasil penjualan pisang yang berjumlah lebih kurang tiga ratus ringgit datuk
serahkan pada nenek.
"Simpan wang tu baik-baik, seratus ringgit awak serahkan pada Imam Musa untuk tabung masjid dan lima puluh ringgit awak bagi pada
Long Munah yang baru mati suami dua hari lalu. Bakinya terpulanglah pada awak", nenek anggukkan kepala mendengar cakap datuk itu.
Lim Tong Kim menghampiri datuk, dia menarik tangan datuk menuju ke arah pokok getah tua dekat sempadan tanah sebelah kanan.
Mereka bercakap-cakap sebentar, kemudian datuk datang menemui nenek kembali.
"Kita balik naik lori", kata datuk pada nenek sambiI merenung muka saya. Cepat-cepat saya menggigit bibir dan rasa aneh mula
bersarang dalam dada saya.
Selalunya datuk tidak pernah mahu pulang awal, mesti ada muslihat tertentu yang membuat datuk bertindak begitu demikian hati kecil
saya membuat ramalan.
"Kenapa tok nak balik cepat?", tanya saya.
"Si Lim Tong King ni, ajak aku jadi kawannya ke Johor Bharu, dia takut kerana banyak bawa duit"
"Ah, awak ni mengarut, kerana orang sanggup bersusah payah", nenek melahirkan rasa kurang senangnya. Datuk saya lihat tersenyum.
"Mari naik", kata Lim Tong King.
Nenek pun naik lori duduk di depan dekat pemandu. Saya dan Lim Tong King duduk di bahagian belakang lori yang tidak berbumbung
itu. Lim Tong King yang jadi towkey pisang itu bertindak sebagai kalindan, sekali pandang memang tidak ada potongan seorang saudagar
pada diri Lim Tong King. Enjin lori pun dihidupkan. Datuk masih lagi tercegat di situ. Tidak ada tanda-tanda yang dirinya akan naik lori.
"Naiklah tok", kata saya.
"Tak payah, aku jalan kaki saja", jawabnya sambil memulakan langkah.
Lori yang berkepala merah, berbadan hijau pun bergerak, melalui jalan enam kaki. Bila layar lori itu terlanggar lubang, badan saya turut
terhuyung-hayang, macam orang mabuk todi. Lori yang kami naiki sampai dihalaman rumah.
Pemandu lori dan Lim Tong Kim terkejut melihat datuk duduk di kaki tangga sambiI melurut-Iurut sebatang kayu. Nenek turun dari lori,
begitu juga dengan saya. Cepat-cepat saya masuk ke rumah mengemaskan pakaian yang saya fikirkan perlu untuk di bawa
.
"Awak jalan kaki ke atau terbang", kata Lim Tong King.
"Jalan kaki"
"Awak mesti pakai ilmu"
"Tidak", jawap datuk sambil ketawa kecil.
Saya keluar dari rumah dan berdiri dekat datuk. Kemudian, datuk pun bangun berjalan tiga langkah ke depan lalu memacak kayu yang
dilurutnya tadi di atas tanah. Datuk renung ke langit, melihat awan dan matahari yang kian marak bersinar. Datuk cabut kayu itu sambil
menggigit lidah. Bahagian kayu yang tertanam di tanah datuk raba berkali-kali.
Kesan tanah yang terletak di situ datuk ambil. Tanah itu datuk ramas berkali-kali. Telapak tangannya dibuka dan tanah yang diramasnya
kelihatan berbuku-buku. Dengan mulutnya, datuk hembus tanah di telapak tangannya hingga berterbangan entah ke mana.
"Langkah kita baik, tapi ada halangan sedikit, dengan izin Allah rintangan itu berjaya kita atasi", begitulah datuk memberitahu saya.
Lim Tong Kim kelihatan tercengang-cengang. Datuk terus tepuk bahu kanan Lim Tong King. Datuk terus rapat ke lori berkepala merah.
Saya ikut dari belakang.
"Saya ikut awak, belum tentu sampai ke Johor Bharu. Sebabnya, bila saya ingat nak balik, saya balik awak tak boleh halang saya", datuk
mengeluarkan syarat pada Lim Tong King.
Ternyata, syarat tidak mendapat bantahan. Kami meninggalkan rumah kira-kira jam sepuluh pagi Rabu. Datuk dan saya duduk di
bahagian depan lori, Lim Tong King duduk di belakang. Satu hal yang tidak menyenangkan diri saya, lori yang membawa pisang itu
terlalu kerap sangat berhenti, kerana mengambil dan menjual pisang di bandar-bandar yang dilaluinya.
Lebih kurang pukul dua petang, kami sampai ke Kuala Dipang, datuk menunaikan sembahyang Zohor di situ. Sembahyang Asar datuk
lakukan di Masjid Bidor. Dari Bidor, LimTong King tidak lagi jadi kelindan. Dia mengambil tugas kawannya. Dia jadi pemandu dan
kawannya jadi kelindan. Kali ini, saya mula terasa seronok naik lori tersebut kerana tidak berhenti-henti lagi.
"Berhenti di Kelumpang Tong King, saya nak sembahyang Maghrib", datuk mengingatkan Lim Tong King, sebaik sahaja kami melintasi
pekan Tanjung Malim.
Bila sampai di Kelumpang datuk terus ke masjid dan Lim Tong King mengurus penjualan pisang dengan Cina di pekan tersebut. Bila
datuk keluar dari masjid, Lim Tong King masih lagi belum selesai berurus dengan kawannya. Datuk memberitahu Lim Tong King yang dia
mahu balik ke masjid semula.
"Begini, awak tunggu di masjid. Bila kerja saya selesai, saya panggil awak, lagipun saya rasa tak larat nak bawa lori sampai ke Kuala
99 of 101 30/12/2010 11:21 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
Lumpur. Saya ingat mahu tidur di rumah abang ipar saya yang berniaga kedai runcit di Kuala Kubu Bharu", Lim Tong King memberitahu
datuk.
"Kalau begitu kata awak, saya ikut saja", balas datuk.
"Saya bimbang, saya bawa duit dekat lima ribu ringgit"
"Tak apa", datuk menenangkan perasaan Lim Tong King.
Saya dan datuk kembali ke masjid. Bila selesai sembahyang Isyak baru Lim Tong King memanggil kami melalui seorang budak Melayu
yang bekerja di kedai yang membeli pisangnya. Kami tinggalkan pekan Kelumpang lebih kurang hampir pukul sepuluh malam. Entah apa
malangnya, ketika lori yang saya dan datuk tumpangi melalui satu selekoh berhampiran dengan tanah perkuburan orang-orang Cina, lori
itu mengalami kerosakan. Enjinnya mati dengan tiba-tiba.
Puas dibaiki tidak juga mahu hidup. Lim Tong King menyuruh kawannya pergi ke Kelumpang mencari foremen. Nasib baik sebuah kereta
yang ditahan mahu berhenti dan bersedia membawa kawan Lim Tong King ke Kelumpang. Sejam kemudian, kawannya kembali tanpa
foremen. Akhirnya, datuk membuat keputusan supaya kami duduk di dalam lori sementara menanti hari siang. Pada mulanya, kerap juga
kereta lalu disitu. Bila menjelang pukul satu malam, kereta mula berkurangan. Suasana di situ terasa cukup sunyi. Bila saya toleh ke
kanan, rasa takut mula menghantui hati saya.
Apa yang saya lihat ialah batu-batu nisan di tanah perkuburan Cina. Keadaan itu membuat saya tidak dapat memejamkan mata. Bila
saya ingat, datuk juga tidur dalam lori, rasa takut segera hilang. Lebih kurang pukul empat pagi, saya terdengar lolongan anjing sayup-
sayup, bersama dengan bunyi desiran angin yang melanggar dedaun getah di kiri kanan jalan raya tersebut. Saya renung ke tanah
perkuburan Cina, saya lihat kabus mula menguasai seluruh kawasan itu. Batu-batu nisan yang tertegak kaku di situ saya rasa bergerak-
gerak. Dalam keadaan yang cemas itu, sebuah kereta Fiat 600 berwarna putih berhenti di belakang lori.
Dari perut kereta itu keluar empat orang lelaki Cina yang berusia antara dua puluh tahun hingga tiga puluh tahun. Mereka segera menuju
ke bahagian depan lori. Lim Tong King yang tidur di bawah lori terkejut, salah seorang dari lelaki itu mengeluarkan parang pemotong
daging lalu mengacukan ke muka Lim Tong King. Saya jadi tergamam melihat peristiwa yang terjadi di depan mata. Datuk yang duduk
bersandar dekat sebatang pokok tidak jauh dari lori itu, buat tidak kisah dengan apa yang berlaku. Lim Tong King masih lagi bertekak
dengan empat lelaki tersebut.
Entah apa yang dikatakan oleh Lim Tong King, membuat lelaki yang memegang pisau pemotong daging itu naik darah. Dia pun
melepaskan penumbuk sulung ke muka Lim Tong King. Kawan Lim Tong King tidak dapat berbuat apa-apa.
Empat lelaki itu terus mengkopakkan kusyen tempat duduk pemandu. Mereka berjaya mengambil wang dalam satu beg plastik yang
diletakkan di situ. Lim Tong King menjerit.
"Letakkan, jangan ambil orang punya barang", kata datuk. Saya tidak sedar waktu bila datuk menghampiri mereka. Empat lelaki itu
segera merenung muka datuk.
"Hei Melayu, lu jangan kacau kita. Kita tak ada kacau sama awak", salah seorang dari lelaki itu menyergah datuk sambil melepaskan
tendangan terbang ala kung fu. Datuk tidak sempat mengelak, tendangan itu tepat mengenai dada datuk. Saya lihat datuk tersungkur.
Empat lelaki itu menyerbu datuk. Batang tubuh datuk tidak dapat saya lihat, hilang di kerumuni oleh empat lelaki itu.
Datuk menjerit dan empat lelaki itu terhumban berhampiran lori. Tiga darinya sudah tidak berdaya bangun. Tetapi seorang daripada
mereka masih kelihatan gagah. Datuk berhadapan dengannya, lelaki itu membuka silat kung fu dan datuk membuka buah langkah silat
harimau jantan yang lebih banyak bersikap bertahan dari melakukan serangan.
Kerana datuk lebih banyak bertahan dari menyerang, membuat dia mempunyai lebih tenaga, berbanding dengan serangan kung fu dari
lelaki tersebut. Datuk saya lihat banyak menggunakan tipu helah dan akal dalam pertarungan itu. Lelaki yang berbadan tegap tidak putus
asa, kali ini dia melompat cukup tinggi menuju pada datuk.
Saya lihat datuk tersenyum dan menyerahkan tubuh badannya untuk digasak oleh lelaki itu. Tetapi, bila lelaki itu merendahkan badannya
dan menghulurkan kaki kirinya untuk menendang pangkal leher datuk, cepat-cepat datuk melompat sambil menyambar tangan kanan
lelaki yang terkedang itu. Datuk memusingkan ke belakang dan lelaki itu jatuh ke tanah, macam nangka busuk. Bila lelaki itu cuba mahu
bangun, datuk segera menepuk bumi. Kedua belah kaki lelaki itu bagaikan terpasung. Dia tidak boleh bergerak. Datuk tepuk bumi lagi
sekali, barulah lelaki itu boleh mengangkat kedua belah kakinya dan memerintahkan kawan-kawannya menuju ke kereta untuk lari.
Bila mereka berada dalam kereta, cepat-cepat mereka menghidupkan enjin kereta. Ketika itu juga terdengar ledakan pistol dari kereta
tersebut, rupanya lelaki yang bertarung dengan datuk tadi mengambil pistol dan menembak datuk bertalu-talu. Anehnya, peluru pistol
yang ditujukan pada datuk tidak mencederakan tubuh badannya, cuma baju datuk sahaja yang berlubang-lubang. Melihat keadaan itu,
empat lelaki itu jadi cemas, mereka naikkan cermin kereta dan bersedia mahu meninggalkan tempat tersebut.
Datuk segera menghulurkan tangan kanannya sambil mengembangkan kelima-lima jarinya. Sungguh menakjubkan, enjin kereta segera
mati dan badan kereta nampak terangkat kira-kira lima kaki dari bumi, melayang-layang sebentar atas permukaan tanah perkuburan
orang Cina di situ. Keempat-empat lelaki itu menjerit dan datuk merapatkan tangannya ke dada, kereta itu segera berhenti di
hadapannya.
"Buka pintu", kata datuk.
Pintu kereta pun terbuka.
"Keluar"
Ke empat-empat lelaki itu keluar.
"Pulangkan duit"
Ke empat-empat lelaki itu segera menuju kepada Lim Tong King. Mereka sujud di kaki Lim Tong King. Salah seorang daripada mereka
menyerahkan kembali wang yang di curi.
"Tolong baiki lori ini", kata datuk, salah seorang dari lelaki menuju ke lori dan terus membuka bonet. Dia melakukan sesuatu di situ.
Kemudian bonet lori dirapatkan.
100 of 101 30/12/2010 11:21 AM