Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=2
"Sudah baik", katanya.
Lim Tong King masuk ke perut lori, menghidupkan enjin, ternyata enjin lori boleh dihidupkan. Saya tersenyum senang.
"Pulang, lain kali jangan kacau orang", kata datuk.
Ke empat-empat lelaki itu masuk ke dalam kereta lalu meninggalkan kami. Lima belas minit kemudian, kami pula meninggalkan kawasan
tersebut. Kali ini kami singgah di Kerling. Datuk menunaikan sembahyang subuh di situ. Selepas membaca Al-Quran dan wirid di masjid
tersebut, saya dan datuk menuju ke kedai kopi. Seperti yang dijanjikan Lim Tong King dan kawannya sudah menanti di situ. Saya dan
datuk sampai ke kedai itu lebih kurang pukul enam setengah pagi.
"Awak minum dulu, saya nak cari foremen nak minta tolong periksa lori ni, supaya boleh berjalan dengan baik", kata Lim Tong King.
Datuk bersetuju dengan apa yang dicakapkan oleh Lim Tong King. Saya dan datuk terus masuk ke kedai kopi tersebut. Dalam kedai kopi
terdapat lebih kurang sepuluh orang lelaki yang terdiri daripada para pekerja Jabatan Kerjaraya dan buruh ladang getah, minum kopi di
situ. Di sudut sebelah kiri kelihatan seorang lelaki Melayu memakai ketayap putih, berusia sekitar lima puluh tahun. Datuk bersalam
dengan lelaki itu yang datuk kenali semasa sembahyang di masjid sebentar tadi.
"Kedai ini memang di buka sejak pukul enam pagi. Saya yang punya kedai tetapi, anak-anak saya yang menjalankan perniagaan", lelaki
berketayap putih memberitahu datuk.
Tidak saya duga, pertemuan di situ melahirkan rasa persaudaraan sesama Islam yang mendalam antara datuk dengan lelaki itu. Datuk
menceritakan apa yang terjadi pada dirinya dalam perjalanan tadi.
"Saya ni orang Islam, berdosa hukumnya mempercayai perkara yang karut-marut, tetapi, kejadian yang awak alami itu sudah kerap
benar berlaku. Konon ceritanya, manusia yang awak lawan tu bukannya manusia", cukup tenang lelaki itu bercakap.
"Kalau bukan manusia, siapa mereka?"
"Syaitan. Pernah terjadi pada diri saya diserang perompak di situ bila saya menyerah dan hari sudah siang saya jumpa wang yang saya
rompak itu atas nisan kubur Cina. Tidak jauh dari tempat kejadian itu saya terjumpa bangkai kereta yang menurut pihak polis terlibat
dalam kemalangan jalan raya. Empat pemuda Cina yang menaikinya mati dan dikuburkan di situ"
Dada saya berdebar mendengar cakapnya. Memang, saya sedar dan lihat ketika meninggalkan kawasan itu, menjelang waktu subuh tadi,
saya terlihat bangkai kereta yang sudah berkarat dalam hutan lalang tidak jauh dari tempat lori kami berhenti. Hal ini sungguh
memeningkan kepala saya. Apakah yang datuk lawan malam tadi syaitan atau hantu dari tanah perkuburan orang Cina? Saya sendiri
tidak dapat memberikan jawapannya.
Satu hal yang pasti, kawasan perkuburan Cina yang terletak diantara Tanjung Malim dan Kerling itu, memang menarik perhatian para
pemandu, kerana di kawasan jalan yang berliku dan menaiki bukit itu kerap berlaku kemalangan yang dahsyat hingga kini.
Perbualan datuk dengan lelaki berketayap putih itu terhenti. Suasana dalam kedai kopi pagi jadi kelam-kabut. Salah seorang dari orang
yang minum disitu muntah darah dan mengelepar atas lantai, macam ayam kena sembelih. Datuk segera menghampirinya. Datuk tekan
dada orang itu dengan ibu jari, darah keluar memancut-mancut dari mulutnya. Datuk segera mengambil segelas air sejuk, gelas yang
berisi air itu datuk rapatkan ke bibirnya. Datuk membaca sesuatu. Kemudian datuk berikan pada orang yang sakit itu. Bila air sejuk
diminum habis satu gelas, orang itu terus muntah. Saya lihat muntahnya bercampur dengan kaca halus dan pasir, serta beberapa jenis
serbuk.
Datuk tepuk belakang orang itu, muntahnya berhenti. Datuk segera membancuh garam dengan air satu gelas, air garam itu juga
disuruhnya orang yang sakit itu minum. Bila air garam itu selesai di minum, orang itu segera sihat.
Dia mengucapkan ribuan terima kasih pada datuk dan memperkenalkan dirinya sebagai Abdul Halim, berasal dari Kelantan dan bekerja
sebagai pemandu lori balak. Pada Abdul Halim, datuk membekalkan seketul ibu garam dan datuk menasihatkan padanya, sebelum
minum kopi, baik di mana-mana pun serbuk garam itu mesti dibubuhkan terlebih dahulu sebagai penawar racun.
"Ini satu santau. Ada orang yang berniat tidak baik pada awak", bisik datuk pada lelaki yang berketayap puith itu. Muka orang itu
kelihatan berubah wajah datuk direnungnya.
"Boleh awak menolong saya?"
"Saya cuma boleh berusaha. Yang menentukan kejayaannya adalah Allah. Tetapi ingat, kalau saya menolong awak, jangan sekali-kali
awak mahu membalas dendam, saya cuma mahu berusaha menyekat perbuatan orang itu supaya jangan merebak dan merosakkan orang
lain", kata datuk.
"Ya, tapi saya mahu tahu orangnya"
"Tak boleh. Belum tentu hal itu sengaja di lakukannya. Boleh jadi dia tersilap. Kita perlu mencari puncanya", terang datuk lagi.
Lelaki berketayap putih itu terdiam.
(bersambung...)
CHAPTER LIST
101 of 101 30/12/2010 11:21 AM