The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elly.edwrd, 2023-03-19 09:38:29

BUKU PAMERAN SENI BATCH KE-6

T I N G K A T A N 6 S E M E S T E R 3 2023


KATA ALUAN K E T U A P A M E R A N S E N I B A T C H K E - 6 Salam Sejahtera dan Salam Optima. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru dan rakan-rakan yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua pameran seni batch ke-6. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menerbitkan majalah ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses melaksanakan pameran seni ini amatlah mencabar, namun cabaran tersebut bukanlah halangan untuk menjayakan pameran ini. Oleh itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga seni batch ke-6 yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga dalam menjayakan pameran ini. Pada kesempatan ini juga, saya mewakili seluruh pelajar seni batch ke-6 ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang telah kami lakukan. Akhir kata, semoga majalah ini dapat meninggalkan kenangan yang bermakna kepada seluruh warga seni batch ke-6 dan warga sekolah yang lain. P A T R I C I A N O A M I E S U M W E L K E T U A P A M E R A N S E N I S E M E S T E R 3 S A I N S S O S I A L B KOLEJ OPTIMA!


KATA ALUAN K E T U A P A M E R A N S E N I B A T C H K E - 6 Salam sejahtera dan salam optima Tahniah dan syabas kepada semua AJK Pelaksana kerana telah bertungkus lumus untuk menjayakan pameran ini dari awal hingga tamatnya pameran. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan rakan-rakan kerana memberikan saya peluang yang bermakna ini untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua pameran seni batch ke-6. Terima kasih kepada guru-guru tingkatan 6 dan rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang persediaan pameran ini. Begitu juga kepada semua AJK Pelaksana, terima kasih di atas komitmen dan kerja sama yang kalian tonjolkan sepanjang peyempurnaan pameran ini. Walaupun terdapat banyak cabaran dan halangan, namun saya percaya bahawa kerjasama yang utuh dari semua AJK Pelaksana dapat menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi. Akhir kata, segala budi dan jasa baik kalian amat saya hargai serta hanya Tuhan yang dapat membalas jasa baikmu. K E T U A P A M E R A N S E N I S E M E S T E R 3 S A I N S S O S I A L D E M E L D A L A H A I I M A N G KOLEJ OPTIMA!


KARYA PELAJAR S E M E S T E R 3 S A I N S S O S I A L B 2 0 2 3


Karya yang bertajuk “DE SEA HORSE” merupakan hasil karya Aaron Lian Raja. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang diberikan iaitu “Sayangilah Hidupan Liar”. Pengkarya telah memilih seekor hidupan yang tinggal di laut iaitu kuda laut sebagai subjek utama dalam karya tersebut. Pengkarya memilih kuda laut kerana hidupan tersebut semakin mengalami kepupusan akibat kegiatan manusia yang menangkap secara haram tanpa kebenaran pihak yang bertanggungjawab dan ia juga mendatangkan hasil yang lumayan di pasaran. Hal ini dikatakan demikian kerana, kuda laut dapat dijadikan perubatan kepada pesakit dan ia berpotensi membantu merawat kanser, ketumbuhan, mati pucuk, pembekuan darah, penyah toksik buah pinggang, asma dan rawatan kulit. Bukan itu sahaja, faktor pemanasan global serta keadaan persekitaran yang tidak mengizinkan juga mengakibatkan kuda laut berhadapan ancaman kepupusan, apatah lagi jika tiada sebarang usaha melindungi hidupan ini. Bagi menghasilkan karya ini, pengkarya menggunakan lino ink atau dakwat. Melalui hasil karya ini, ia dapat memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya menjaga hidupan liar dan melalui kesedaran ini, ia dapat mengurangkan jumlah kematian atau kepupusan hidupan liar akibat perbuatan manusia dan alam semula jadi. " D E S E A H O R S E " L I N O A T A S K E R T A S 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 A A R O N L I A N R A J A


Pengkarya Telah Berjaya Menghasilkan Sebuah Karya Yang Bertemakan Alam Sekitar Iaitu Hidupan Liar. Pengkarya Juga Telah Memilih Harimau Malaya Sebagai Subjek Utama Dalam Karya Dan Bunga Rafflesia Sebagai Subjek Sokongan. Harimau Malaya Menjadi Utama Pengkarya Kerana Harimau Merupakan Spesies Binatang Terbesar Di Kalangan Genus Panthera . Bukan Itu Sahaja, Tarikan Utama Pada Harimau Ialah Corak Belang Menegak Berwarna Hitam Yang Melapisi Bulunya Yang Berwarna Keputihan Atau Merah Kejinggaan. Selain Itu, Bentuk Postur Badan Harimau Sendiri Adalah Besar Dan Gagah Menjadikan Ia Sejenis Haiwan Pemangsa. Pengkarya Juga Telah Memilih Bunga Rafflesia Sebagai Subjek Sokongan Dalam Karya Kerana Bunga Rafflesia Merupakan Bunga Terbesar Di Asia Dan Keistimewaan Bunga Rafflesia Ia Dapat Di Temui Di Negeri Sabah. Unga Rafflesia Yang Biasanya Terdapat Di Sabah Adalah Dari Spesis Rafflesia Keithii Iaitu Spesis Yang Mudah Hidup Di Kawasan Tanah Seperti Di Sabah. Pengkarya Menggunakan Cat Lino Dan Papan Lino Sebagai Bahan Dan Media Utama Dalam Menghasilkan Karya, Sesuai Dengan Konsep Iaitu Konsep 2 Dimensi Atau Cetakan. Karya Ini Dihasilkan Untuk Memberi Pendedahan Kepada Audiens Kerana Populasi Hidupan Liar Di Negara Kita Semakin Pupus Dan Beberapa Spesies Haiwan Telah Pupus Dan Tidak Dapat Di Temui. Dengan Menghasilkan Karya Harimau Malaya Sebagai Subjek Utama Dan Bunga Rafflesia Sebagai Subjek Sokongan, Pengkarya Dapat Memberi Gambaran Kepada Audiens Sekiranya Ekosistem Di Jaga Dengan SebaikBaiknya. " T H V P A N T H E R A N A T U R E " L I N O A T A S K E R T A S 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 A D R I N A M A R S H E L L A H A N N Y


Karya yang bertajuk “Dolphin’s Life” merupakan hasil karya Alferius Lameh Jalong. Karya ini dihasilkan bersempena dengan meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia, satu pameran seni cetak bertemakan “Sayangi Hidupan Liar”. Pengkarya telah memilih ikan lumba-lumba sebagai subjek utama kerana mamalia tersebut merupakan salah satu mamalia yang tinggal di dalam laut selain ikan paus. Tambahan, populasi ikan lumba-lumba ini tidaklah begitu banyak akibat pemburuan haram atas permintaan daging mereka. Pengkarya juga telah memilih lautansebagai subjek sokongan. Hal ini dikatakan demikian kerana lautan merupakan habitat ikan lumba-lumba seperti lautan Hindi. Selain itu, pengkarya juga telah menggunakan seni cetakan timbul atau Relief Printing dengan menggunakan gaya penghasilan separa abstrak untuk menghasilkan karya tersebut. Antara bahan yang digunakan oleh pengkarya dalam menghasilkan cetakan timbul ini ialah lino board, lino ink, lino roller dan lain-lain. Pengkarya juga telah membuat eksperimen atau kajian dengan cat akrilik untuk dicampur dengan lino ink sebagai bahan alternatif sekiranya lino ink tersebut habis. Bukan itu, sahaja, pengkarya juga telah mengkaitkan aspek formal dalam penghasilan karya ini. Sebagai contoh, unsur seni iaitu warna, garisan dan rupa manakala prinsip rekaan pula karya telah mengaplikasikan prinsip ekonomi, irama dan pergerakan dan harmoni dalam penghasilan karya tersebut. Tuntasnya, pengkarya telah menitikberatkan pelbagai aspek dalam menghasilkan karyanya dari tajuk, bahan dan media. " D O L P H I N ’ S L I F E " L I N O A T A S K E R T A S 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 A L F E R I U S L A M E H J A L O N G


Karya ini berjudul “The Blue Whale”. Karya ini adalah idea sepenuhnya daripada pengkarya berdasarkan tema yang ditetapkan iaitu tema “Sayangilah Hidupan Liar”. Oleh hal yang demikian, pengkarya telah memilih Ikan Paus Biru sebagai subjek utama manakala lautan sebagai subjek sokongan karya ini. Pengkarya telah memilih Ikan Paus Biru sebagai subjek utama kerana pengkarya berpendapat bahawa spesies ikan ini telah diancam kepupusan tahun demi tahun. Paus Biru ini juga menjadi tumpuan untuk diburu oleh manusia kerana sikap manusia yang tamak ingin mendapatkan lemaknya bagi menghasilkan minyak. Pengkarya juga berminat untuk menjadikan ikan Paus Biru ini sebagai subjek utama kerana Paus Biru merupakan spesies paus yang terbesar di dunia. Pengkarya berpendapat bahawa fakta unik tentang Paus Biru ini perlu dikongsikan kepada masyarakat melalui karya cetakan yang telah dihasilkan. Pengkarya juga dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa spesies ini perlu diberikan perhatian tentang kewujudannya sebelum diancam kepupusan yang lebih teruk. Selain itu, pengkarya telah memilih subjek sokongan iaitu lautan bersesuaian dengan habitat Paus Biru ini. Keindahan lautan yang bergelora yang diserlahkan melalui karya ini dapat memberikan gambaran kepada audiens tentang bagaimana Paus Biru hidup di habitatnya. Kesimpulannya, gabungan unsur subjek utama serta subjek sokongan ini dapat memberikan pengalaman secara visual yang penuh makna kepada audiens menerusi karya cetakan menggunakan teknik cetakan timbul bersifat dua dimensi ini. " T H E B L U E W H A L E " L I N O A T A S K E R T A S 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 A U D R E Y N A M A R C E L L A D I A N A N A K B A L I N G


Pengkarya iaitu Charisse Elyora Gumas Anak Carter Tujang telah berjaya menghasilkan sebuah karya bertajuk “Elephas Borneensis” berdasarkan tema yang diberikan iaitu “Sayangilah Hidupan Liar”. Pengkarya telah memilih anak Gajah Pygmy Borneo atau juga dikenali sebagai Elaphas maximus borneensis sebagai subjek utama. Hal ini dikatakan demikian kerana semakin banyak Gajah Pygmy yang kian pupus. Bukan itu sahaja, anakanak mereka turut menjadi mangsa kepupusan tersebut. Gajah merupakan salah satu hidupan liar yang mempunyai sifat manusia seperti mereka mempunyai emosi, belas kasihan, perasaan serta kesedaran diri yang kompleks. Oleh itu, kita harus menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang manusia iaitu kita patut memelihara dan memulihara gajah-gajah yang wujud dipersekitaran kita terutamanya gajah yang berada di negara kita sendiri. Pengkarya juga memilih daun hutan hujan tropika sebagai subjek sampingan kerana daun-daun di hutan tersebut merupakan sumber makanan dan hutan hujan tropika juga merupakan habitat Gajah Pygmy ini. Namun begitu, habitat mereka turut terancam disebabkan oleh sikap manusia yang mementingkan diri dengan menceroboh masuk habitat mereka yang turut mengakibatkan gajah-gajah ini keluar dari kawasan mereka untuk ke kawasan kita. Untuk menghasilkan karya ini, pengkarya menggunakan lino ink sebagai media utama pengkarya. Melalui karya ini, pengkarya ingin menunjukkan keindahan yang dimiliki oleh gajah. Pengkarya turut ingin menyampaikan mesej dan memberikan kesedaran kepada audiens tentang hidupan liar ini. " E L E P H A S B O R N E E N S I S " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 3 C H A R I S S E E L Y O R A G U M A S A N A K C A R T E R T U J A N G


Karya di atas merupakan karya yang berjudul “Melancholy” iaitu hasil karya Christine Leica Anak Eddy. Karya ini dihasilkan mengikut tema yang diberikan iaitu tema Sayangi Hidupan Liar. Oleh hal yang demikian, pengkarya sendiri telah memilih haiwan gajah asia sebagai subjek utama dan pokok yang kelihatan sudah tua dan tidak lagi segar sebagai subjek sokongan dalam penghasilan karya tersebut. Pengkarya telah memilih gajah asia sebagai subjek utama karya ini kerana pengkarya sendiri pilu dan duka terhadap nasib yang dihadapi oleh gajah asia. Gajah asia menghadapi nasib yang malang iaitu populasi gajah asia pada masa ini semakin terancam malah dapat menyebabkan kepupusan berlaku terhadap gajah asia tersebut.Tambahan pula, hutan juga merupakan salah satu penyumbang utama untuk hidupan liar dan salah satunya ialah gajah Selain itu, pengkarya juga telah memilih subjek sokongan seperti pokok yang kelihatan hampir rapuh dan tidak segar untuk menggambarkan situasi sebenar terhadap habitat haiwan tersebut yang menyebabkan haiwan tersebut terancam dan kepupusan. Pengkarya turut mengaplikasikan teknik media basah iaitu lino ink atau dakwat dan juga menggunakan cetakan timbul atas papan lino untuk menghasilkan karya. Melalui karya yang dihasilkan ini, pengkarya berharap agar audiens akan lebih memahami dan mengetahui begitu pentingnya menjaga alam sekitar dan hidupan liar agar situasi yang dapat menyebabkan kepupusan serta ancaman terhadap hidupan liar dan alam sekitar dapat dielakkan dengan segera " M E L A N C H O L Y " L I N O A T A S K E R T A S 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 C H R I S T I N E L E I C A A N A K E D D Y


Bedasarkan karya yang bertemakan ‘The Lost Leo’ karya yang membawa erti kehilangan. Karya ini dihasilkan oleh pengkarya yang bernama Cornelia Senjoy Anak Dominic. Kehilangan yang membawa maksud berjauhan dari ahli keluarga.Leo merupakan seekorharimau bintang yang berjiwa remejayang ingin mencuba pelbagai pekara. Pengkarya memilih harimau bintang sebagai subjek utama dalam kajian. Hal ini dikatakan demikian kerana, menjelang tahun kehadiran harimau bintang sukar untuk ditemui. Oleh yang demikian kita harus menjalankan tanggungjawab kita sebagai manusia yang mempunyai belas kasihan. Dengan ini pengkarya berminat untuk memilih Harimau Bintang sebagai haiwan pilihan kerana pengkarya berharapsuatu hari nanti generasi akan datang masih berpeluang untukmelihat harimau bintang. Pengkarya tidak mempunyai subjeksokongan namun pengkarya memilih untuk menggunakan warna hitam. Hal ini dikatakan demikian kerana warna hitam melambangkan kegelapan yang membawa maksud hilang, persis dengan tajukpengkarya iaitu ‘The Lost Leo’ . Warnahitam yang digunakan oleh pengkarya membawa seribu satu makna yang mendalam. Sebagaicontoh, keluarga Leo yang sedihdan meratapi kesedihan, begitu juga Leo yang kehilangan segalanya dan terpaksa berjauhan dengan keluarganya untuk selamalamanya. " T H E L O S T L E O " L I N O A T A S K E R T A S 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 C O R N E L I A S E N J O Y A N A K D O M I N I C


“ REBIRTH ANCIENT “, membawa makna kelahiran semula dan kuno dalam bahasa melayu. Karya ini dikaitkan dengan subjek yang dipilih oleh pengkarya iaitu buaya manakala subjek sokongan adalah “LOTUS”. Di dalam karya ini, menyentuh tema alam sekitar mengenai hidupan liar yang ada di dalam ekosistem di negara kita. Subjek buaya dipilih kerana buaya adalah keturunan sebenar dinosaur yang hidup di zaman kita dan merupakan rumpun reptilia pemangsa besar, ganas dan dahagakan darah. Buaya kuno yang telah membunuh begitu ramai manusia iaitu seekor buaya lagenda yang dikenali di Sarawak dengan nama Bujang Senang telah menarik minat pengkarya untuk dijadikan sebagai subjek utama. “LOTUS” dipilih sebagai subjek sokongan kerana ia mempunyai makna simbol kesucian dan kelahiran semula.. Selain itu, karya ini juga dikaitkan dengan tajuk karya yang memberi maksud kelahiran semula buaya kuno seperti ukiran karya pada papan lino pengkarya iaitu buaya atas buaya. Melalui hasil akhir karya, ini, pengkarya menyimpulkan bahawa buaya purba pada cetakan lino ini dapat memberikan maksud tersurat dan tersirat kepada audiens. " R E B I R T H A N C I E N T " L I N O A T A S K E R T A S 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 D A Y A N G A L Y A F A R I Z A H B I N T I A W A N G O M A R A L I


Karya yang bertajuk “4433” merupakan karya cetakan Ellycia Edward. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang telah diberikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia iaitu Sayangilah Hidupan Liar. Pengkarya telah memilih Tenuk Malaysia (Malayan Tapir) yang juga dikenali dengan nama saintifiknya Tapirus indicus sebagai subjek utama bagi karya cetakan yang dihasilkan oleh pengkarya. Antara sebab pengkarya memilih Tenuk Malaysia sebagai subjek utama adalah kerana haiwan liar ini merupakan salah satu spesies yang terancam dan berhadapan dengan kepupusan. Malayan Tapir hanya boleh ditemui di benua asia dan satu-satunya tapir yang mempunyai blok warna pada badannya. Musim mengawan bagi Tenuk Malaysia berlaku pada bulan april hingga jun dan tempoh kehamilan ialah kira-kira 390-403 hari dan Tenuk Malaysia betina melahirkan dengan purata 2 tahun sekali. Bagi subjek sokongan pula, pengkarya telah memilih hutan hujan tropika iaitu habitat Tenuk Malaysia manakala konsep yang dipilih oleh pengkarya untuk menghasilkan karya cetakan ialah alam sekitar, flora dan fauna serta konsep hijau. Pengkarya berharap hasil karya cetakan yang telah dihasilkan, dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kehidupan liar dan alam sekitar kita. " 4 4 3 3 " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 2 E L L Y C I A E D W A R D


Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang diberikan iaitu Sayangilah Hidupan Liar. Pengkarya telah memilih Kucing Berkepala Rata (Flat-Headed Cat) ataupun nama saintifiknya Prionailurus Planiceps sebagai subjek utama bagi karya cetakan yang dihasilkan. Pengkarya memilih Kucing Berkepala Rata kerana haiwan liar ini merupakan antara spesies yang terancam. Habitat semula jadi bagi Kucing Berkepala Rata ialah di kawasan hutan hujan tropika seperti di Semenanjung Thai-Melayu, Borneo, dan Sumatera. Kucing Berkepala Rata mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakan kucing tersebut dengan kucing yang lain. Antaranya ialah tengkorak yang memanjang, dan kaki berselaput. Bagi subjek sokongan, pengkarya telah memilih hutan hujan tropika iaitu habitat Kucing Berkepala Rata sesuai dengan konsep alam sekitar, flora dan fauna serta konsep hijau. Bagi menghasilkan beberapa edisi cetakan, pengkarya menggunakan media basah iaitu lino ink. Melalui hasil karya cetakan ini, pengkarya ingin memberikan penumpuan terhadap spesies-spesies haiwan liar yang kian terancam dan semakin pupus.Pengkarya berharap bahawa melalui karya yang dihasilkan, kesedaran masyarakat dapat dipertingkatkan terhadap kepentingan haiwan liar dan alam sekitar. " S I E N G G U ’ U N " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 2 E M M A N U E L D U N C A N


“ 留 恋 (liúliàn)”, yang membawa maksud Nostalgia. Perkataan “Nostalgia” berakar daripada bahasa Yunani gabungan νόστος (nóstos), bermaksud "kepulangan". Pengkarya memilih Nostalgiasebagai nama karya kerana perkataan Nostalgia ini difahamkan sebagai suatu rasa kerinduan kepada suatu tempat yang pernah dijejaki. Perasaan ini juga sering dikaitkan dengan kecenderungan kepada peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Seterusnya, pengkarya memilih “Penyu Hijau/Chelonia Mydas” subjek utama kerana makna spiritual/simbolisme penyu mewakili pengembangan intuitif, kekuatan, keberanian, perlindungan, kebijaksanaan, kesabaran, tekad dan daya terima.Penyu telah dikaitkan dengan nasib baik, dan petanda positif untuk kesihatan, kelimpahan dan kegembiraan. Penyu bergerak sangat perlahan di darat tetapi dapat menempuh jarak yang sangat jauh. Ini mengajar kekuatan pergerakan perlahan tetapi stabil ke arah matlamat anda. Kemudian, subjek sokongan iaitu “Air/Laut” dipilih kerana laut merupakan habitat Penyu dalam tempoh yang lama banding di darat. Selama penghasilan karya ini, pengkarya telah mempelajari tentang cara penggunaan lino ink, teknik pengukiran lino board dan proses dalam menghasilkan karya. Walaupun proses penghasilan karya ini rumit dan mengambil masa yang panjang, namun pengkarya telah mempelajari banyak benda yang tidak dapat diperoleh semasa pembelajaran dalam kelas. Melalui hasil karya ini, pengkarya berharap agar audiens mempelajari benda baharu. " 留 恋 ”( L I Ú L I À N )" L I N O A T A S K E R T A S 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 E U N I C E R I N A I L I N G Y I E


Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang diberikan iaitu Sayangilah Hidupan Liar. Pengkarya telah memilih Kucing Berkepala Rata (Flat-Headed Cat) ataupun nama saintifiknya Prionailurus Planiceps sebagai subjek utama bagi karya cetakan yang dihasilkan. Pengkarya memilih Kucing Berkepala Rata kerana haiwan liar ini merupakan antara spesies yang terancam. Habitat semula jadi bagi Kucing Berkepala Rata ialah di kawasan hutan hujan tropika seperti di Semenanjung Thai-Melayu, Borneo, dan Sumatera. Kucing Berkepala Rata mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakan kucing tersebut dengan kucing yang lain. Antaranya ialah tengkorak yang memanjang, dan kaki berselaput. Bagi subjek sokongan, pengkarya telah memilih hutan hujan tropika iaitu habitat Kucing Berkepala Rata sesuai dengan konsep alam sekitar, flora dan fauna serta konsep hijau. Bagi menghasilkan beberapa edisi cetakan, pengkarya menggunakan media basah iaitu lino ink. Melalui hasil karya cetakan ini, pengkarya ingin memberikan penumpuan terhadap spesies-spesies haiwan liar yang kian terancam dan semakin pupus.Pengkarya berharap bahawa melalui karya yang dihasilkan, kesedaran masyarakat dapat dipertingkatkan terhadap kepentingan haiwan liar dan alam sekitar. " H U G E S U L C A T A " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 2 E V A E D L Y N N A A N A K S L I


E Z R A D E M E T A N A K A N T H O N Y L I B A U " S I B I R U " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 2 Pengkarya iaitu Ezra Demet Anak Anthony Libau berjaya menghasilkan karya yang bertemakan hidupan liar iaitu Paus Biru dan karya ini bertajuk "Si Biru" . Paus Biru menjadi pilihan utama kerana Paus Biru merupakan salah satu hidupan liar yang semakin pupus pada masa kini. Jika dilihat dari sisi yang positif, hidupan liar seperti Paus Biru ini dapat diselamatkan jika terdapat manusia yang masih mempunyai hati nurani dan mempunyai rasa sayang terhadap hidupan liar yang masih ada di sekeliling kita. Pengkarya juga memilih laut sebagai subjek sokongan. Laut merupakan tempat dimana terdapat banyak hidupan liar yang tinggal di dalam lautan tersebut dan antaranya ialah subjek sokongan yang dipilih oleh pengkarya iaitu Paus Biru. Pengkarya menggunakan lino board sebagai bahan utama dan terdapat media tambahan untuk menghasilkan karya iaitu lino ink, roller, baren, dan juga pengukir untuk menghasilkan karya subjek utama pengkarya sebelum dicetak. Secara kesimpulannya, karya yang dilakukan oleh pengkarya ini memberikan pendedahan kepada masyarakat luar bahawa paus biru merupakan hidupan liar yang semakin pupus dan masih dapat diselamatkan jika kita mempunyai sikap berperikemanusiaan dan mempunyai sikap rasa sayang terhadap hidupan liar bukan sahaja paus biru tetapi hidupan liar yang lain.


F O R L A N A N A K F A N D I " T H E R E D D E E R " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 2 Karya yang bertajuk “ The Red Deer” merupakan hasil karya Forlan Anak Fandi. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang diberikan iaitu tema “Sayangilah Alam Sekitar”. Pengkarya telah memilih rusa merah jantan sebagai subjek utama dalam karya tersebut. Subjek Rusa dalam karya merupakan objek yang paling dominan dalam karya dan ia dipilih oleh pengkarya kerana rusa merah merupakan haiwan liar yang mempunyai kelompok besar yang terdapat hampir seluruh benua bumi termasuk Eropah dan Asia. Biasanya rusa merah ini tinggal di hutan tropika dan mereka mampu menyesuaikan diri di lingkungan kota dan pinggir kota yang bermaksud spesies rusa merah dapat berkembang walaupun ada manusia. Tanduk rusa merah bertujuan untuk melindungi diri dalam pertempuran. Rusa merah sering menjadi mangsa bagi haiwan buas seperti harimau. Namun begitu, kelebihan semulajadi yang ada pada rusa membolehkan spesies ini mampu bertahan hidup. Pengkarya memilih warna asas dalam cetakan lino iaitu warna merah sebagai kajian warna kerana merah merupakan lambang keberanian bagi rusa dan ia sesuai dengan nama spesies rusa iaitu rusa merah. Warna neutral iaitu warna hitam pula dipilih bagi menggambarkan subjek rusa yang sebenar dari aspek struktur tanduk rusa dan juga rupa bentuk rusa.


G A B R I E L A J O N I S H A A N A K J O N Y " W I L D H O R N B I L L " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 2 Karya yang bertajuk “WILD HORNBILL” merupakan hasil karya Gabriela Jonisha Anak Jony. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang diberikan iaitu tema Sayangi Hidupan Liar. Pengkarya telah memilih burung enggang badak (Rhinoceros Hornbill) betina sebagai subjek utama dan dahan kayu sebagai subjek sokongan dalam karya tersebut. Pengkarya memilih burung enggang kerana burung enggang ialah salah satu burung terbesar di dunia. Bukan itu sahaja, pengkarya memilih Burung enggang kerana burung enggang ini merupakan burung rasmi dan lambang wilayah Sarawak. Burung enggang merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan dilarang menangkap dan membunuhnya. Selain itu, pengkarya memilih dahan kayu dan langit sebagai subjek sokongan kerana habitat burung enggang di hutan tebal seperti hutan tropika. Burung enggang ini hanya terdapat di dalam hutan tropika dari dataran rendah sehingga ke kawasan pergunungan. Bukan itu sahaja, burung enggang juga sentiasa hinggap pada dahan pokok yang tinggi sambil memerhatikan persekitarannya. Bagi menghasilkan karya ini, pengkarya menggunakan papan lino dan media basah iaitu lino ink. Melalui hasil karya ini, pengkarya berharap karya ini memberi kesedaran kepada audiens bahawa hidupan liar dan alam sekitar perlulah dipulihara dan dipelihara agar kehidupan liar ini tidak pupus.


J A N U A R I S S A I V O R Y M A W A S A N A K S U M B A N G " T H R E A T E N E D P A N D A " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 2 Karya yang bertajuk “Threatened Panda” merupakan hasil karya Januarissa Ivory Mawas Anak Sumbang. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang diberikan iaitu tema Sayangi Hidupan Liar. Pengkarya telah memilih gaya penghasilan karya iaitu menggunakan gaya separa abstrak untuk dipersembahkan kepada audiens. Karya ini telah dihasilkan dengan menggunakan media basah seperti Lino Ink/Dakwat, Lino Board dan Lino Board Ink Roller dengan kaedah cetakan benam (Intaglio). Pengkarya telah memilih Beruang Panda sebagai subjek utama dalam karya tersebut. Pemilihan Beruang Panda telah menarik perhatian pengkarya kerana Beruang Panda adalah sejenis hidupan liar yang hampir pupus dan terancam. Perkara ini persis dengan haiwan sebagai lambang usaha untuk menyelamat dan memelihara binatang yang kian pupus. Selain itu, ia juga dikenali sebagai 'Beruang Bersalin Kulit' Mottled Bear (Ailuropus melanoleucus). Pengkarya juga telah memilih Buluh atau Bamboo sebagai subjek sampingan kerana pengkarya ingin menggambarkan makanan iaitu merupakan salah satu sumber semula jadi yang paling mampan serta pelbagai di planet ini dan sememangnya makanan utama kepada Beruang Panda. Melalui hasil karya ini, pengkarya ingin memberikan kesedaran kepada masyarakat atau audiens terhadap kepupusan hidupan liar pada saban hari dan sekali gus menghargai alam sekitar akan keindahan ciptaan Tuhan.


J A S M I N E L U L O N G A N A K P E T E R " M Y S T E R Y O F N I C O B A R " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 2 Karya yang bertajuk “ Mystery Of Nicobar” merupakan hasil karya Jasmine Lulong Anak Peter. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema Sayangi Hidupan Liar. Pengkaji telah memilih burung punai emas atau Nicobar sebagai subjek utama dalam karya tersebut. Pengkaji memilih burung Nicobar kerana burung ini merupakan salah satu hidupan liar yang semakin pupus dan hanya dijumpai di kawasan Indonesia dan Malaysia. Menurut IUCN Red List, punai emas (Caloenas nicobarica) dimasukkan dalam kategori spesies Near Threatened (Hampir Terancam). Pengkaji berminat mengkaji burung ini kerana burung ini mempunyai warna bulu yang unik menjadikan burung ini lain daripada burung yang lain. Subjek sokongan yang dipilih oleh pengkaji ialah pokok dan ini bersesuaian dengan sifat burung ini yang tinggal di atas pokok. Bagi menghasilkan karya ini, pengkaji menggunakan media ukir seperti lino board, set pengukir dan lino ink. Melalui hasil karya ini, pengkaji ingin memberi kesedaran kepada masyarakat tentang hidupan liar yang semakin pupus sekali gus mengurangkan aktiviti pemburuan hidupan liar.


J A S R I A N A K J A R U S " B U C E R O T I D A E " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 2 Karya yang bertajuk “BUCEROTIDAE” merupakan hasil karya Jasri Anak Jarus. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang diberikan iaitu tema Sayangi Hidupan Liar. Pengkarya telah memilih burung enggang sebagai subjuk utama dalam karya tersebut. Pengkarya memilih burung enggang kerana burung enggang merupakan spesies hidupan liar yang semakin pupus akibat daripada perbuatan manusia. Burung enggang atau dikenali sebagai Rhinoceros Hornbills yang terkenal diantara spesies burung. Burung enggang juga merupakan satu lambang bagi negeri Sarawak. Bagi menghasilkan karya ini, pengkarya menggunakan media basah seperti lino ink atau dakwat. Melalui hasil karya ini, pengkarya ingin membuka mata kepada seluruh masyarakat bahawa pentingnya menjaga hidupan liar dan alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana hidupan liar merupakan habitat yang penting dan harus diperlihara supaya habitatnya tidak akan pupus.


J O N A T H A N A N A K U M A I " P A R U H I A K A D I T A B A N " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 2 Karya di atas yang berjudul “Paruh Ia Keditaban” merupakan hasil karya Jonathan Anak Umai. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang diberikan iaitu “Sayangilah Hidupan Liar”. Berdasarkan karya yang telah dihasilkan ini, pengkaji telah memilih burung Kenyalang sebagai subjek utama dan daun monstera sebagai subjek sokongan. Pengkarya memilih burung Kenyalang sebagai subjek utama kerana burung Kenyalang merupakan haiwan liar yang mempunyai keunikannya yang tersendiri seperti bentuk paruhnya yang melengkung ke atas dan burung ini juga berada di bawah perlindungan undang-undang PERHILITAN MALAYSIA. Burung Kenyalang juga merupakan spesies burung yang terancam di Malaysia pada masa kini kerana paruhnya yang sering menjadi buruan para pemburu. Selain itu, pengkarya juga telah memilih subjek sokongan iaitu daun monstera. Daun ini mempunyai rupa bentuk yang menarik dan unik serta merupakan tumbuh-tumbuhan yang hidup dalam Hutan Hujan Tropika yang merupakan habitat bagi burung Kenyalang. Pengkarya telah menggunakan cat lino, roller lino dan lino block dalam menghasilkan karya cetakan ini. Pengkarya juga menerapkan gaya separa abstrak dan juga menggunakan teknik ukiran dalam penghasilan karya ini. Karya ini dihasilkan untuk memberikan pendedahan kepada audien bahawa hidupan haiwan liar seharusnya dipelihara dan dijaga dengan baik agar tidak pupus dan bukannya diburu demi kepentingan untuk memperoleh keuntungan semata – mata.


L E O V I C T O R A N A K M U S A " E N D A N G E R E D T U R T L E " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 3 Karya yang bertajuk “Endangered Turtle” merupakan karya cetakan Leo Victor Anak Musa. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang diberikan iaitu tema Sayangilah Hidupan Liar. Pengkarya telah memilih Hawksbill Sea Turtle (Penyu Karah) sebagai subjek utama bagi karya cetakan yang dihasilkan. Pengkarya memilih Penyu Karah kerana hidupan liar ini merupakan spesies yang terancam kerana bilangannya yang semakin berkurangan. Habitat Penyu Karah ini ialah di Kawasan lautan di Hindi-Pasifik. Antara ciri-ciri Penyu Karah ini adalah ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat, bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 – 90 sm dengan berat badannya di antara 35 – 75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Bagi subjek sokongan, pengkarya telah memilih kawasan lautan iaitu habitat penyu. Bagi menghasilkan beberapa edisi cetakan, pengkarya menggunakan media basah iaitu lino ink. Melalui hasil karya cetakan ini, pengkarya ingin memberikan penumpuan terhadap spesies-spesies haiwan liar yang kian terancam dan semakin pupus. Pengkarya berharap bahawa melalui karya yang dihasilkan, kesedaran masyarakat dapat dipertingkatkan terhadap kepentingan haiwan liar dan alam sekitar.


Karya yang bertajuk “DEVASTATED LEGACY” merupakan hasil karya Leximus Lincoln Chong Yin Cai. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang diberikan iaitu tema Sayangi Hidupan Liar. Sebagai subjek utama, pengkarya telah memilih Burung Enggang. Pengkarya memilih burung tersebut kerana ia merupakan salah satu spesies hidupan liar yang sedang menghadapi kepupusan disebabkan oleh beberapa punca. Burung Enggang atau Rhinoceros hornbill ini adalah salah satu jenis burung yang paling terkenal dalam dunia ini dan ia juga merupakan satu lambing bagi negeri Sarawak. Dalam proses menghasilkan karya ini, pengkarya menggunakan lino ink dengan teknik cetakan. Melalui hasil karya ini, pengkarya ingin menyampaikan mesej kepada audiens tentang spesies Burung Enggang ini yang semakin terancam. Pengkarya juga berharap agar hasil karya ini dapat membuka mata masyarakat akan pentingnya melindungi hidupan liar dan alam semula jadi. L E X I M U S L I N C O L N C H O N G Y I N C A I " D E V A S T A T E D L E G A C Y " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 2


‘Al Fil’ membawa maksud gajah dalam bahasa Arab. Gajah turut digunakan sebagai pengangkutan ataupun digunakan dalam mengangkat sesuatu beban yang melebihi kemampuan manusia pada masa dahulu. Gajah juga menjadi lambang kekuatan dan keberanian kerana saiznya yang besar. Di dalam karya ini, ada menyentuh kritikan sosial kepada masyarakat dunia berkenaan isu hidupan liar yang saban hari kian terancam kehidupannya di muka bumi. Rentehan hal yang demikian diharap karya ini menjadi pencetus untuk generasi sekarang supaya memulihara khazanah alam yang diwarisi berjuta-juta tahun lama. Subjek Gajah Pygmy dipilih kerana menggambarkan hidupan ini berada diambang kepupusan dan terancam sehinggakan menunjukan bertapa rakusnya ketamakan manusia yang mengejar arus permodenan sehinggakan mengabaikan hidupan sekelilingnya. Manakala motif pokok yang berlatarkan warna hitam menunjukan rumah ataupun tempat tinggal Gajah Pygmy membawa maksud kepada penebangan hutan yang memaksa haiwan ini keluar dari kepompong asalnya dan mati di tangan Manusia yang tamak. “Seandainya seorang anak Adam telah memiliki dua lembah, maka dia akan mencari lembah ketiga,dan perutnya tidak akan merasa puas sampai dimasukkan ke dalam tanah.” (H.R. Bukhari dan Muslim). Hadits ini menggambarkan bagaimana manusia yang tamak dan rakus. " A L F I L " L I N O A T A S K E R T A S 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 3 M O H D A I M A N B I N B O L H A N


Karya di atas yang berjudul “ RHINOCEROS HORNBILL” merupakan hasil karya Mohd Fariz Danial Bin Shaneil Singh Singahara. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang telah diberikan iaitu “Sayangilah Hidupan Liar”. Berdasarkan karya yang telah dihasilkan ini, pengkaji telah memilih burung Kenyalang sebagai subjek utama dan daun alam semula jadi sebagai subjek sokongan. Pengkarya memilih burung Kenyalang sebagai subjek utama kerana burung kenyalang merupakan salah satu ikon haiwan dan lambang yang terdapat di dalam negeri Sarawak dan haiwan liar ini juga mempunyai keunikannya dan daya ketetarikannya yang tersendiri seperti bentuk paruhnya yang melengkung ke atas dan burung ini juga berada dalam perlindungan undang-undang PERHILITAN MALAYSIA. Burung Kenyalang juga merupakan antara spesies burung yang terancam kepupusan di Malaysia pada masa kini kerana paruhnya yang sering menjadi diburu untuk dijadikan sebagai perhiasan rumah dan sebagainya oleh pemburu. Selain itu, pengkarya juga telah memilih subjek sokongan iaitu daun alam semula jadi. Daun ini mempunyai rupa bentuk yang menarik dan unik serta merupakan tumbuh-tumbuhan yang hidup dalam Hutan Hujan Tropika yang merupakan habitat bagi burung Kenyalang. Pengkarya telah menggunakan cat lino sebagai bahan dan media dalam menghasilkan karya. " R H I N O C E R O S H O R N B I L L " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 2 M O H D F A R I Z D A N I A L B I N S H A N E I L S I N G H S I N G A H A R A


Karya yang bertajuk “Ibu Pertiwiku” merupakan karya cetakan Nabbella Gabriellyn. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang telah diberikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia iaitu Sayangilah Hidupan Liar. Pengkarya telah memilih Burung Kenyalang yang juga dikenali dengan nama saintifiknya Buceros Rhinoceros sebagai subjek utama bagi karya cetakan yang dihasilkan oleh pengkarya. Bagi subjek sokongan pula, pengkarya telah memilih Bunga Orkid Normah atau nama saintifiknya, Phalaenopsis Violacea. Antara sebab pengkarya memilih Burung Kenyalang sebagai subjek utama adalah kerana haiwan liar ini merupakan salah satu spesies yang terancam dan berhadapan dengan kepupusan. Burung Kenyalang ini merupakan ikon utama wilayah Sarawak sejak dahulu lagi Selain itu, Orkid Normah juga merupakan bunga rasmi Sarawak. Melalui kajian karya ini, pengkarya telah mendapat pelbagi maklumat dan ilmu tambahan yang berkaitan dengan subjek utama dan subjek sokongan. Oleh itu, pengkarya berharap hasil karya cetakan yang telah dihasilkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kehidupan liar dan alam sekitar kita. "I B U P E R T I W I K U " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 2 - 2 0 2 3 N A B B E L L A G A B R I E L L Y N A N A K J A M B U L


N A T H A N I E L A J A N G J O K " V A C H E D E M E R " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 2 Karya yang bertajuk “vache de mer" merupakan hasil karya Nathaniel Ajang Jok. Karya ini dihasilkan bedasarkan tema yang diberikan iaitu tema Sayangilah Hidupan Liar. Pengkarya telah memilih haiwan Dugong sebagai subjek utama dalam karya tersebut. Pengkarya memilh Dugong kerana Dugong diburu selama beribu tahun kerana daging dan minyaknya. Kawasan taburan semasa Dugong semakin berkurangan, dan populasinya semakin menghampiri kepupusan. Dugong merupakan sejenis haiwan laut yang merupakan salah satu daripada empat spesies Sirenia yang masih hidup selain manati. Ia merupakan satu-satunya sirenia yang boleh didapati di kawasan perairan sekurang-kurangnya 37 negara di rantau Indo-Pasifik walaupun kebanyakannya tinggal di perairan utara Australia. Bagi menghasilkan karya ini, pengkarya menggunakan media basah seperti lino ink atau dakwat. Melalui hasil karya ini, pengkarya ingin memberikan kesedaran bahawa membunuh haiwan hanya demi kepentingan sendiri tidak akan berkekalan dan hanya akan membawa kerugian kepada alam sekitar.


N A Z L I Y A T U L A Z I E M A H B I N T I Z E N " A L B U G I R U N " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 3 Karya yang bertajuk “Al Bugirun” merupakan hasil karya Nazliyatul Aziemah Binti Zen. Karya ini dihasilkam berdasarkan tema yang diberikan iaitu tema Sayangi Hidupan Liar. Pengkarya telah memilih burung enggang sebagai subjek utama dalam karya tersebut. Pengkarya memilih burung enggang kerana burung enggang merupakan hidupan liar yang pada masa kini dikatakan telah mengalami kepupusan habitat yang disebabkan oleh kegiatan manusia. Burung enggang atau dikenali sebagai Rhinoceros Hornbills yang paling terkenal dari semua spesies burung. Burung ini merupakan burung negeri Sarawak dan juga lambang negeri Bumi Kenyalang. Burung ini kebanyakannya terdapat di hutan dipterocup dan bukit rendah. Bagi menghasilkan karya ini, pengkarya menggunakan media basah seperti lino ink atau dakwat. Melalui hasil karya ini, pengkarya ingin memberikan kesedaran bahawa pentingnya menjaga hidupan liar dan alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana , hidupan liar merupakan habitat terpenting di muka bumi.


N U R B A L Q I S B I N T I J O E A Z M I " K I N G P E N G U I N " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 3 Karya yang bertajuk “King Penguin” merupakan hasil karya Nur Balqis Binti Joe Azmi. Karya ini dihasilkan bedasarkan tema yang diberikan iaitu tema Sayangi Hidupan Liar. Pengkarya telah memilih penguin sebagai subjek utama dalam karya tersebut. Pengkarya memilih penguin kerana penguin termasuk sebagai hidupan liar yang terancam. Setelah diburu sehingga berada di ambang kepupusan, ribuan penguin jenis ‘King Penguin atau Raja Penguin’ kini berdepan satu lagi ancaman baharu iaitu perubahan iklim. Perubahan iklim lebih berbahaya kepada penguin dan boleh mengacam habitat mereka. Selain itu, pengkarya juga memilih subjek sampingan iaitu Antartika.Antartika secara amnya merupakan benua paling sejuk, kering dan kuat anginnya, dan memiliki ketinggian antara purata tertinggi di kalangan kesemua benua. Hanya tanaman dan haiwan adaptasi dingin bertahan hidup di sana termasuk penguin. Bagi menghasilkan karya ini, pengkarya menggunakan media basah seperti lino ink atau dakwat. Melalui hasil karya ini, pengkarya ingin memberikan kesedaran bahawa pentingnya menjaga hidupan liar dan alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana , hidupan liar merupakan habitat terpenting di muka bumi.


N U R S H A L M E E Z A B I N T I M O H D H A Z R I N " S A N G R A J A R I M B A " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 3 Karya yang bertajuk " Sang Raja Rimba" merupakan hasil karya Nur Shalmeeza Binti Mohd Hazrin. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema " Sayangilah Hidupan Liar". Pengkarya telah memilih seekor hidupan liar iaitu singa jantan sebagai subjek utama tersebut. Pengkarya telah memilih singa kerana hidupan liar ini semakin terancam kepupusan kerana pencemaran alam dan sering menjadi sasaran dalam pemburuan haram demi mendatangkan hasil yang lumayan di pasaran dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana, keunikan bulu tebal pada tengkuk singa jantan mempunyai nilai yang sangat tinggi sekiranya diperolehi. Ini menyebabkan bilangan hidupan liar itu semakin sedikit di negara kita mahupun di luar negara. Bagi menghasilkan karya ini, pengkarya menggunakan media lino ink atau dakwat. Melalui hasil karya ini, pengkarya memilih warna panas iaitu warna kuning dan merah pada subjek utama kerana dapat menggambarkan sifat seekor singa yang ganas. Pengkarya juga menggunakan warna neutral iaitu warna hitam sebagai latar belakang kerana dapat menggambar kehidupan seekor singa yang semakin terancam.


O L I V I A A N A K R E M A H " T H E T A P I R L I F E " L I N O A T A S K E R T A S 2 9 7 × 2 1 0 M M 2 0 2 3 Karya yang bertajuk " The Tapir Life" merupakan hasil karya Olivia Anak Remah. Karya ini dihasilkan berdasaekan tema yang diberikan iaitu tema Sayangi Hidupan Liar. Pengkaji telah memilih haiwan tapir sebagai subjek utama manakala pokok dan sungai sebagai subjek sokongan dalam penghasilan karya tersebut untuk mewujudkan suasana dalam pengkarya. Bagi pengkaji, haiwan Tapir ini tergolong daripada kumpulan spesies yang kian pupus yang diakibatkan oleh perbuatan manusia. Tapir ini merupakan haiwan yang gemar bersendirian dan mempertahankan kawasan daratan sebagai wilayah mereka. Tamabahan pula, haiwan tapur memerlukan kawasan yang luas. Selain itu, pengkaji juga telah memilih pokok dan sungai kerana berkait rapat dengan haiwan tapir yang memerlukan kawasan yang luas dan bersendirian untuk mewujudkan situasi yang sebenar. Pengkarya telah mengaplikasikan teknik dan media basah iaitu lino ink atau dakwat untuk menghasilkan karya tersebut. Melalui karya yang dihasilkan pengkaji berharap audiens dapat memahami tentang menjaga hidupan liar untuk mengelakkan haiwan liar terancam.


Karya cetakan yang bertajuk “Rorqual Bleu” ini merupakan hasil karya Patricia Noamie Sumwel. Dalam Bahasa Perancis, “Rorqual Bleu” bermaksud ikan paus biru. Subjek utama yang digunakan dalam karya ini ialah ikan paus biru. Pengkarya memilih mamalia ini kerana ia merupakan salah satu haiwan yang semakin diancam kepupusan. Sebagai subjek sokongan pula, pengkarya telah memilih laut atau ombak sebagai latar belakang karya tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana mamalia yang kian terancam ini memerlukan habitat iaitu laut untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Oleh itu, pengkarya menghasilkan karya ini supaya audiens menyedari bahawa hidupan liar sangat penting kepada ekosistem alam sekitar iaitu bersesuaian dengan tema kerja kursus Seni Visual iaitu “Sayangilah Hidupan Liar”. Bagi menghasilkan karya cetakan ini pula, pengkarya telah menggunakan papan lino dan lino ink sebagai bahan dan media utama. " R O R Q U A L B L E U " C E T A K A N A T A S P A P A N L I N O 3 0 C M × 2 0 C M 2 0 2 3 P A T R I C I A N O A M I E S U M W E L


S P E N N Y L A I " N I N J A T U R T L E " L I N O I N K A T A S K E R T A S 2 9 7 X 2 1 0 M M 2 0 2 3 Karya yang bertajuk ‘ Ninja Turtle ‘ merupakan hasil karya Penny Lai . Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang diberikan iaitu ‘Sayangilah Hidupan Liar’. Pengkarya telah memilih seeker hidupan liar iaitu penyu hijau sebagai subjek ulama dalam karya tersebut. Pengkarya memilih penyu kerana penyu merupakan hidupan liar yang semakin teramcam kepupusan di Malaysia. Penyu hijau mempunyai keunikan tersendiri pada tempurung ya. Tempurung penyu hijau mempunyai coral yang unit berbanding penyu yang lain. Namun begitu , sifat masyarakat yang sering membuang plastik sampah di pinggir pantai dan ombak kembawa plastik tersebut hanyut kedalam laut dan ia akan menyebabkan penyu itu memakan plastik tersebut kerana beranggapan plastik tersebut ialah obor-obor dan mengakibatkan penyu tercedera dan hampir pupus kerana masalah tersebut. Bagi menghasilkan karya ini, pengkarya telah , menggunakan lino ink. Melalui hasil karya ini, pengkara ingin memberikan kesedaran kepada masyarakat tenting kinda hands dan keunikan penyu hijau ini. Oleh itu, pengkarya berharap masyarakat di Malaysia tidal lagi membrane sampah yang dapat mengamcam keselamatan hidupan liar di laut dengan membuang sampah di merata-rata tempat.


Pengkarya telah menghasilkan sebuah karya yang bertajuk “鸮” iaitu “xiāo” yang membawa maksud burung hantu dalam Bahasa Melayu pada 16 Januari 2023. Dalam karya ini, pengkarya telah menjadikan burung hantu sebagai subjek utama dan bunga mawar turut dijadikan sebagai subjek sokongan. Seekor burung hantu yang telah dicampuri dengan unsur-unsur bunga mawar dalam bahagian badan dan kepala burung hantu dihasilkan untuk menunjukkan keistimewaan yunani. Dengan mempunyai kebijaksanaan seperti burung hantu dan kecantikan atau keimanan cinta yang dilambangkan oleh bunga mawar akan membawa harapan dan sokongan yang kuat bagi kehidupan seseorang individu. Selalunya burung hantu memberi gambaran yang buruk dan perasaan malang kepada manusia. Namun begitu, ia mempunyai lambang yang baik saperti kebijaksaan dan juga membawa nasib baik kepada masyarakat. Dalam proses menghasilkan karya ini, pengkarya telah memperolehi banyak ilmu pengetahuan yang baharu apabila pengkarya membaca dan memahami apa yang ingin disampaikan dalam cerita-cerita Yunani. Selain itu, melalui karya ini, pengkarya juga mempelajari sifat lino ink dan sifat lino board. Pengkarya telah menceburi bidang cetakan dan juga mempelajari cara menghasilkan sebuah karya cetakan yang menarik dan mempunyai keistimewaan sendiri. Akhirnya, pengkarya amat menghargai peluang ini kerana dapat menceburi kemahiran yang baharu dan menambah pengalaman dalam bidang seni. " 鸮 " L I N O I N K A T A S K E R T A S L U K I S A N 2 1 X 2 9 . 7 C M 2 0 2 3 S A N D R A L I M L E X U A N


Karya yang bertajuk “Ailuropoda Melanoleuca” merupakan hasil karya Valenie Anak Augustine. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang diberikan iaitu tema Sayangi Hidupan Liar. Pengkarya telah memilih haiwan Panda sebagai subjek utama dan buluh sebagai subjek sokongan dalam karya tersebut. Panda ini merupakan sejenis mamalia yang berasal dari China tengah. Pada pandangan dunia Barat, haiwan ini juga dikenali sebagai Panda Merah dan dikenali juga sebagai Beruang Bersalin Kulit. Selain itu juga, Panda ini merupakan spesies yang terancam, diancam oleh kehilangan habitat berterusan dan kadar kelahiran yang rendah. Pada tahun 2004, sebanyak 1600 dipercayai masih hidup di dalam hutan. Panda Gergasi ini juga merupakan simbol World Wildlife Fund (WWF). Tambahan pula, buluh merupakan antara jenis makanan yang dimakan oleh Panda. Bukan itu sahaja, ikan dan daging juga adalah antara makanan yang dimakan oleh spesies ini. Namun demikian, tidak ramai yang tahu spesies beruang ini pernah bergelar haiwan karnivor. Bagi menghasilkan karya ini, pengkarya menggunakan media basah iaitu lino ink. Melalui hasil karya ini, pengkarya berharap agar karya ini memberi kesedaran kepada audiens bahawa hidupan liar adalah penting untuk dipelihara dan dipulihara agar kehidupan ini tidak pupus di masa akan datang. " A I L U R O P O D A M E L A N O L E U C A " L I N O I N K / D A K W A T 2 1 X 2 9 . 7 C M 2 0 2 3 V A L E N I E A N A K A U G U S T I N E


Karya yang bertajuk “Scaly Anteater” merupakan hasil karya Victoria Mora Supianus. Karya ini telah dihasilkan berdasarkan tema yang diberikan iaitu “Sayangilah Hidupan Liar”. Hidupan liar merupakan spesies haiwan yang dilindungi sepenuhnya kerana hidupan liar kini berada di ambang kepupusan. Pengkarya telah memilih tenggiling sebagai subjek utama dalam karya tersebut kerana tenggiling tergolong dalam kumpulan haiwan liar yang dilindungi sepenuhnya. Selain itu, pengkarya juga memilih subjek sokongan iaitu akar pokok kerana ianya bersesuaian dengan hidupan seekor tenggiling yang suka berehat dalam lubang-lubang yang terdapat pada bahagian akar pokok yang besar. Bagi menghasilkan karya ini, pengkarya telah meratakan dakwat lino ke atas permukaan blok lino yang telah diukir dan kemudian dicetak. Melalui hasil karya ini, pengkarya ingin menyampaikan mesej kepada audiens bahawa betapa pentingnya pemuliharaan hidupan liar seperti tenggiling yang merupakan salah satu haiwan yang terancam pada masa ini bagi mengekalkan ekosistem. Oleh itu, pengkarya berharap agar setiap individu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan ekosistem berada dalam keadaan stabil S C A L Y A N T E A T E R L I N O I N K A T A S K E R T A S 2 1 0 X 2 9 7 M M 2 0 2 3 V I C T O R I A M O R A S U P I A N U S


“Graceful Hippocampus” dalam bahasa melayu ialah Hippocampus yang Anggun. Namanya “Hippocampus” berasal dari perkataan Yunani untuk kuda laut. Karya ini menyentuh tentang tema ‘sayangi hidupan liar’ yang berkaitan dengan hidupan liar yang terdapat di dalam ekosistem negara. Pengkarya memilih kuda laut sebagai subjek utama kerana kuda laut melambangkan nasib baik, ketekunan, dan kedamaian. Kuda laut merupakan satu-satunya jenis ikan yang tidak terlihat seperti ikan dan ianya tergolong sebagai sejenis ikan kerana ia berenang dan bernafas menggunakan insang sama seperti ikan. Walaupun kuda laut ialah sejenis hidupan laut, kuda laut didapati buruk dalam berenang. Hal ini kerana ia berenang dengan sangat lambat disebabkan badannya yang tegak menyebabkan ia untuk berenang secara vertikal. Kuda laut juga dikatakan tidak mempunyai perut. Antara ciri unik yang sangat menarik minat pengkarya untuk memilih kuda laut sebagai subjek utama ialah melahirkan kuda laut dilakukan oleh kuda laut jantan. Berbeza dengan haiwan lain, tugas melahirkan anak ialah kuda laut jantan dimana si betina menyimpan telur di dalam kantung yang berada pada dada si jantan dan kemudiannya akan dibuahi selama 10 hari hingga 6 minggu. Pengkarya juga memilih dua subjek sokongan iaitu rumpai laut kerana kuda laut sering didapati berpaut pada rumpai laut dan ombak kerana ia dapat memberi ilustrasi kehidupan kuda laut. Selain daripada itu, karya ini juga dikaitkan dengan tajuk karya yang yang memberi maksud keanggunan kuda laut kerana pergerakkannya yang lembut dan anggun. Melalui hasil akhir karya ini, pengkarya menyimpulkan bahawa kuda laut pada cetakan lino ini dapat memberikan maksud tersurat dan tersirat kepada audiens. G R A C E F U L H I P P O C A M P U S C E T A K A N T I M B U L A T A S P A P A N L I N O D A N C A T L I N O 2 1 C M X 2 9 . 7 C M 2 0 2 3 V I L A R I E S I M


KARYA PELAJAR S E M E S T E R 3 S A I N S S O S I A L D 2 0 2 3


Pengkarya menghasilkan sebuah karya yang bertemakan Sayangilah Hidupan Liar. Pengkarya memilih tajuk Burung Kenyalang / Rhinoceros Hornbill. Kepentingan karya yang pengkaji hasilkan kepada masyarakat umum ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan hidupan liar kepada kehidupan manusia. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain. Flora fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna pula akan kehilangan habitatnya. Pemulihara terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan. Dengan itu, habitat hidupan darat dan air terpelihara. Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara dan memulihara alam semula jadi disekeliling kita. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, dan pameran. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama setiap generasi supaya pembangunan lestari dikekalkan serta penggunaan sumber alam dapat diguna pakai sehingga generasi akan datang secara kualitatif dan kuantitatif. R H I N O C E R U S H O R N B I L L L I N O A T A S K E R T A S 2 1 C M X 2 9 . 7 C M 2 0 2 3 A I S Y A A M I E R A B I N T I M O H A M A D S E R P R E


Pengkarya menghasilkan sebuah karya yang bertemakan hidupan liar. Pengkarya memilih untuk menghasilkan karya tentang Ikan paus. Kepentingan karya ini adalah untuk memberi kesedaran kepada audiens tentang kepupusan Ikan paus yang semakin meningkat saban hari yang disebabkan oleh tindakan manusia. Selain itu, Ikan paus juga spesies yang seringkali diburu untuk bahagian dalam Ikan paus kerana bagi sesetengah kaum di pelbagai pelusuk dunia, mereka percaya bahawa benda yang melekit merupakan sebahagian daripada usus Ikan paus yang berbentuk batu adalah sangat berharga dan dapat menghasilkan minyak wangi atau dijual dengan nilai yang sungguh mahal. Di sebalik keganasan mamalia tersebut, Ikan paus memastikan ekosistem lautan seimbang. Laporan paus mati berpunca daripada plastik bukan perkara asing, malah terlalu banyak kes hingga seolah-olah mamalia itu kini berdepan kepupusan kerana sikap manusia yang tidak mengabaikan penjagaan alam sekitar. Bedah siasat oleh pakar dari Universiti Kebangsaan Cheng Kung, Taiwan, Prof Wang Chien Ping mendapati, pengumpulan sampah yang banyak dalam perut mamalia itu mengakibatkan nafsu makan berkurang sehingga mengalami malnutrisi dan mati. Chien Ping juga menjelaskan, sampah yang memasuki perut paus boleh menyebabkan penyakit radang hati, serta berupaya merosakkan dan melemahkan fungsi organ dalaman. Kini, tiba masanya untuk pelbagai pihak sedar dan mengambil langkah yang proaktif bagi membendung kepupusan mamalia ini. Walaupun Ikan paus adalah haiwan pemangsa yang paling digeruni oleh manusia namun implikasi daripada kepupusan haiwan ini adalah sangat besar dan akan mempengaruhi kitaran hidup hidupan liar serta manusia. P U P U S N Y A I K A N P A U S L I N O I N K A T A S R I C E P A P E R 2 1 C M X 2 9 . 7 C M 2 0 2 3 A M I E L N E M U E L F E R R E R A N A K K A L A


Pengkarya telah menghasilakn sebuah karya yang bertemakan hidupan liar. Oleh itu, pengkarya telah memilih helang sebagai subjek utama dalam karya pengkarya. Helang menjadi pilihan utama pengkarya kerana pengkarya ingin memberi kesedaran kepada masyarakat akan salah satu spesies hidupan liar yang diancam kepupusan. Fauna ini diancam oleh kemusnahan habitat dan pemburu. Sikap tamak manusia pada zaman ini telah menyebabkan pengurangan dalam populasi haiwan liar ini. Pengkarya mempunyai subjek sokongan iaitu daun monstera yang juga jarang terlihat di persekitaran kecuali di rimba dan menerapkan konsep bunga Sarawak iaitu kerrawang, begitu juga dengan subjek utama pengkarya iaitu helang. Perkarya memilih haiwan liar ini kerana helang membawa simbol keberanian dan kegagahan. Di ruangan udara, helang adalah pemangsa yang teragung yang boleh terbang setinggi 10 00 kaki sehingga 37 000 kaki. Kegagahan kehidupan liar ini adalah inspirasi bagi pengkarya untuk memilih haiwan ini. Pengkarya berharap agar generasi akan datang dapat melihat haiwan dan turut diinspirasikan. " B O R N E O ’ S M I G H T Y E A G L E " L L I N O I N K A T A S K E R T A S L U K I S A N 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 A R N O L D L I A N B E L Y W A N C H E Y E N N E


Berdasarkan karya yang bertemakan ‘ Penyu Hijau ’, kepentingan projek dan keaslian karya ini adalah untuk mengkaji tentang hidupan liar. Pengkarya ingin menunjukkan kepada generasi masa depan bahawa kita perlulah menghargai dan juga menyampaikan mesej bahawa penjagaan haiwan liar adalah penting untuk keseimbangan ekosistem alam sekitar. Kepupusan haiwan boleh menyebabkan hidupan liar yang semakin pupus akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem. Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh menyebabkan kemusnahan dan pengecilan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas. Pemuliharaan hidupan liar adalah amat penting bagi mengekalkan ekosistem. Setiap spesis memainkan peranan masing-masing dalam memastikan ekosistem berada dalam keadaan stabil. Justeru itu, terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa kepentingan hubungan fauna dan flora kepada kehidupan manusia. Di samping itu, karya ini juga dapat menunjukkan bahawa kewujudan haiwan liar serta keunikannya dalam bumi. Karya ini dapat memberikan suatu gambaran yang unik kepada audien-audien. Seterusnya, melalui karya ini, pengkarya dapat memperkenalkan haiwan liar dengan lebih dalam dan terperinci. Karya ini juga penting bagi menyampaikan mesej tentang serta memupuk generasi muda dengan melibatkan diri dalam menjalankan kajian tentang haiwan liar suatu hari nanti. " P E N Y U H IJ A U " L I N O I N K A T A S R I C E P A P E R 2 1 C M X 2 9 . 7 C M 2 0 2 3 C H E W F A N Y I


Pengkarya telah menghasilkan sebuah karya yang bertemakan hidupan liar. Oleh itu, pengkarya telah memilih Penguin sebagai subjek utama dalam karya pengkarya. Penguin menjadi pilihan utama pengkarya kerana pengkarya ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa pemanasan global telah mencairkan ais yang merupakan habitat kepada Penguin. Penguin maharaja adalah yang paling tinggi dan paling berat daripada semua spesies Penguin yang hidup. Sebagai satu-satunya Penguin yang membiak di atas ais dan kekal di Antartika sepanjang musim sejuk, ia merupakan salah satu Penguin yang paling bergantung kepada ais daripada semua spesies Penguin, memerlukan laut untuk mencari makanan, membiak dan membesarkan anaknya. Disebabkan oleh kesan perubahan iklim global, saintis menganggarkan bahawa populasi mereka mungkin berkurangan sebanyak 33% menjelang akhir abad ini. Penguin maharaja adalah simbol kekuatan, keazaman dan cinta. Oleh itu, saya memilih untuk mencipta karya seni yang menyerlah keindahan mereka dan tanggungjawab kita untuk melindungi mereka daripada kepupasan. Tindakan harian kitalah yang akan menentukan nasib ikonik haiwan aquatic dan kita mestilah bekerjasama untuk membantu memulihara haiwan ini untuk generasi akan datang. " P E N G U I N " L I N O I N K A T A S R I C E P A P E R 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 E M E L D A L A H A I I M A N G


Pengkarya menghasilkan sebuah karya yang bertemakan hidupan liar. Pengkarya memilih tajuk penyu. Kepentingan karya ini adalah untuk mengekalkan kesedaran masyarakat terhadap hidupan liar yang semakin pupus. Penyu adalah sejenis reptilia lautan daripada superkeluarga Chelonioidea. Penyu mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ciri-ciri ini menjadikan penyu tangkas berenang di dalam air tetapi kekok bergerak di daratan, perkara ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya. Cangkerang penyu terbahagi kepada dua iaitu karapas (tempurung belakang) dan plastron (bahagian hadapan). Cangkerang hampir semua jenis penyu terdiri daripada kepingan plat-plat kecil yang dipanggil skut, belakang penyu belimbing sebaliknya ditutupi lapik terdiri daripada beberapa mozek kepingan tulang di bawah kulit karapasnya.Secara umumnya, penyu berbeza berbanding saudara daratnya yang bercangkerang iaitu kura-kura dan sebagainya kerana mereka tidak boleh memasukkan kepala dan kesemua kakinya ke dalam cangkerang " P E N Y U " L I N O I N K 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 3 F A O L A N L E J A U B A G L Y


Karya seni cetakan ini dihasilkan adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat di luar sana betapa pentingnya hidupan flora dan fauna ini kepada alam sekitar.Kepentingan Hidupan Liar Di Malaysia Keseimbangan Ekosistem. Kepentingan hidupan liar Keseimbangan ekosistem. Perdagangan dan perburuan hidupan liar bukan sahaja merosakkan ekosistem bahkan berpotensi membawa penyakit termasuk yang baru ditemui tetapi mampu mengancam manusia. Karya yang akan dihasilkan oleh pengkaji mempunyai keasliannya seperti menggunakan hidupan liar seperti rusa sambar yang berlatarbelakangkan pokok evergreen.Karya cetakan ini adalah sangat menepati tema yang telah dipilih dan ditetapkan.Rusa merupakan haiwan yang hampir pupus, dengan adanya hasil karya ini para audien yang melihatnya nanti akan sedar dan mengambil tahu tentang hidupan liar di sekeliling dan alam sekitar kita. " S A N G R U S A S A M B A R " C E T A K A N L I N O 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 3 F E R N A N D O R O M E R O K A J A N


Karya di atas merupakan karya yang bertajuk “ Gallant” dihasilkan oleh Florence Entayang Anak Kumi. Karya tersebut dihasilkan bedasarkan tema Sayangilah Hidupan Liar. Pengkarya telah memilih Panda atau dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Ailuropoda melanoleuca sebagai subjek utama bagi karya cetakan yang telah dihasilkan. Pengkarya memilih Panda sebagai subjek utama kerana haiwan liar ini merupakan haiwan yang diancam kepupusan oleh kerana populasinya yang semakin kecil. Hal ini demikian kerana haiwan ini banyak diburu kerana keunikkannya demi mendapatkan pulangan yang lumayan bagi golongan yang tidak bertanggungjawab. Panda ini merupakan haiwan yang berasal dari China tengah dan hidup di kawasan pergunungan. Bagi subjek sokongan pula, pengkarya telah memilih buluh. Hal ini demikian kerana buluh merupakan sumber makanan bagi haiwan liar seperti panda ini. Karya ini menunjukkan kehidupan panda yang sentiasa berada dekat dengan kawasan sumber makanannya. Melalui karya ini, pengkarya berharap agar karya cetakan yang dihasilkan dapat memberi kesedaran kepada audiens untuk menyayangi hidupan liar serta alam semulajadi. " G A L L A N T " L I N O I N K A T A S R I C E P A P E R 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 3 F L O R E N C E E N T A Y A N G A N A K K U M I


Berdasarkan karya yang bertemakan “Major Mitchell Cockatoo” karya yang memberi kepentingan untuk menghargai hidupan liar. Karya yang dihasilkan oleh pengkarya ialah sejenis burung kakaktua yang bernama Kakaktua Mejar Mitchell. Kakaktua Mejar Mitchell mempunyai bulu badan berwarna putih, dan terdapat bulu mahkota merah dan kuning yang cantik dengan warna yang berbeza di kepala. Mereka hanya boleh didapati hidup di alam liar dan mendiami kawasan terbuka yang kering dan separa kering dengan pokok. Pengkarya memilih Kakaktua Mejar Mitchell sebagai subjek utama dalam kajian adalah kerana walaupun kakatua Mejar Mitchell masih biasa di beberapa kawasan, bilangannya di banyak tempat telah terancam. Selalunya, anak ayam, telur, dan juga betina yang sedang merenung akan dimakan oleh biawak atau ular Australia yang besar. Pemusnahan habitat juga merupakan sebab utama bilangan yang kecil. Dengan ini, karya ini dapat menunjukkan bahawa keunikkan haiwan liar. Karya ini dapat memberikan suatu gambaran burung kakaktua yang unik kepada audiens-audiens. Seterusnya, melalui karya ini, pengkaji dapat memperkenalkan hidupan liar, terutamanya burung kakaktua dengan lebih dalam dan lebih terperinci. Karya ini juga penting bagi menyampaikan mesej tentang terdapat beberapa spesies haiwan liar yang mengalami kepupusan serta memupuk generasi muda dengan melibatkan diri dalam menjalankan projek perlindungan hidupan liar. Pengkaji juga ingin menunjukkan kepada generasi muda bahawa kita perlulah menghargai dan mencintai hidupan liar yang ada dalam dunia kita dan juga menyampaikan mesej bahawa melindungi alam sekitar, terutamanya habitat hidupan liar. " M A J O R M I T C H E L L ' S C O C K A T O O " L I N O A T A S K E R T A S 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 F O O R U I E N


Pengkarya telah menghasilakn sebuah karya yang bertemakan hidupan liar. Oleh itu, pengkarya telah memilih Harimau sebagai subjek utama dalam karya pengkarya. Harimau menjadi pilihan utama pengkarya kerana pengkarya ingin memberi kesedaran kepada masyarakat akan salah satu spesies hidupan liar yang diancam kepupusan. Pengkarya berharap suatu hari nanti generasi kini dan akan datang masih berpeluang untuk melihat harimau. Pengkarya mempunyai subjek sokongan iaitu daun monstera yang juga jarang terlihat di persekitaran kecuali di rimba, begitu juga dengan subjek utama pengkarya, Harimau. Harimau digelar Raja Rimba, atas tampak keberaniannya, badan harimau yang sasa menjadi ancaman kepada hidupan liar yang lain. Harimau merupakan kanibal yang memburu haiwan yang lain sebagai santapannya. Pengkarya juga menganggap harimau merupakan hanya kucing liar yang bersaiz besar dan ganas. " V I C I O U S T I G E R " L I N O I N K A T A S K E R T A S L U K I S A N 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 H A N I S A H B I N T I A B D U L L A H


Click to View FlipBook Version