The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elly.edwrd, 2023-03-19 09:38:29

BUKU PAMERAN SENI BATCH KE-6

Karya yang bertajuk “OCEANIA GREY TREASURE” merupakan hasil karya Huang Kee Nguong. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang diberikan iaitu tema Sayangi Hidupan Liar. Sebagai subjek utama, pengkarya telah memilih Beruang Koala. Pengkarya memilih binatang ini kerana ia merupakan salah satu spesies hidupan liar yang sedang menghadapi kepupusan disebabkan oleh beberapa punca. Beruang Koala atau Phascolarctos cinereus ini adalah salah satu jenis beruang yang terkenal dan ia juga merupakan sesuatu spesis yang unik bagi negera Australia di seluruh dunia ini. Dalam proses menghasilkan karya ini, pengkarya menggunakan lino ink dengan teknik cetakan. Melalui hasil karya ini, pengkarya ingin menyampaikan mesej kepada audiens tentang keadaan spesies beruang koala ini semakin terancam. Pengkarya juga berharap agar hasil karya ini dapat menyedarkan dan mengingatkan masyarakat bahawa kepentingannya dalam memelihara dan memulihara hidupan liar dan alam semula jadi. " O C E A N I A G R E Y T R E A S U R E " L I N O I N K 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 H U A N G K E E N G U O N G


Pengkarya menghasilkan sebuah karya yang bertemakan hidupan liar. Pengkarya memilih untuk menghasilkan karya tentang jerung. Kepentingan karya ini adalah untuk memberi kesedaran kepada audiens tentang kepupusan jerung yang semakin meningkat saban hari yang disebabkan oleh tindakan manusia. Selain itu, jerung juga spesies yang seringkali diburu untuk siripnya kerana bagi sesetengah kaum di pelbagai pelusuk dunia, mereka percaya bahawa sirip ikan jerung baik untuk kesihatan. Oleh hal yang demikian, pemburuan jerung semakin berleluasa di seluruh dunia oleh kerana siripnya dijual dengan harga yang mahal dan pemintaan sirip tersebut semakin meningkat. Hampir satu pertiga spesies jerung di lautan terbuka diancam oleh kepupusan. Di sebalik keganasan mamalia tersebut, jerung memastikan ekosistem lautan seimbang. Berada di atas rantaian makanan, ia memastikan populasi pemangsa besar lain adalah terkawal. Kehilangan pemangsa di bahagian atas ini akan ketidakseimbangan yang besar. Spesies yang dulunya dikawal oleh ikan yu akan mula menghapuskan ikan yang lebih kecil yang sebahagiannya adalah makanan bagi manusia. Lautan yang sihat memerlukan jerung dan tanpa ekosistem lautan yang seimbang, sektor perikanan juga akan terjejas. Kini, tiba masanya untuk pelbagai pihak sedar dan mengambil langkah yang proaktif bagi membendung kepupusan mamalia ini. Walaupun jerung adalah haiwan pemangsa yang paling ditakuti oleh manusia namun implikasi daripada kepupusan haiwan ini adalah sangat besar dan akan mempengaruhi kitaran hidup hidupan liar serta manusia. " T H E F E A R L E S S A N D F O R M I D A B L E S H A R K " L I N O I N K 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 J E S S I C A A N A K M A T H E W E N G G A H


Karya yang bertajuk “Orcinus Orca” merupakan hasil karya Lilian Lunei Usat. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang diberi iaitu Sayangilah Hidupan Liar. Pengkarya telah memilih orca sebagai subjek utama dalam karya tersebut. Pengkarya memilih kerana paus orca dipercayai memiliki kecerdasan yang tinggi dan disebabkan itulah mereka mampu mengalahkan ikan yu yang sering bertarung menggunakan firasat. Seperti yang kita tahu, tiada haiwan yang dapat memburu orca kecuali manusia. Paus pembunuh ini memakan pelbagai jenis mangsa seperti ikan, anjing laut, penyu, jerung, penguin dan semua hidupan di laut. Orca sangat pintar, mamalia sosial yang telah lama menjadi sebahagian daripada hiburan taman marin, menunjukkan persembahan kepada penonton. Selain itu, pengkarya juga memilih subjek sampingan iaitu lautan. Bagi menghasilkan karya ini, pengkarya menggunakan media bash seperti cat lino. Melalui hasil karya ini, pengkarya ingin memperkenalkan kepintaran paus orca dalam menjalani hidupan di akuatik. " O R C I N U S O R C A " L I N O I N K 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 L I L I A N L U N E I U S A T


Pengkarya menghasilkan sebuah karya bertemakan 'Sayangilah Hidupan Liar' kerana ancaman terhadap hidupan liar yang berlaku secara berterusan sehingga kini. Pengkarya memilih tajuk "Kepupusan Tenggiling" bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat bahawa tenggiling kini diancam masalah kepupusan yang serius. Kepupusan tenggiling kebanyakannya adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia yang menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem. Tenggiling memiliki keunikan rupa bentuk yang menyebabkan haiwan ini mempunyai tarikannya yang tersendiri dan memainkan peranan ekologi yang penting di ekosistem hutan melalui pemakanannya yang memakan semut dan anai-anai. Bagi menghasilkan karya ini, pengkarya telah melakukan kajian dan penyelidikan bagi mendapatkan pengetahuan mengenai kepupusan tenggiling dan kepentingan tenggiling kepada dunia serta mampu memberi kesedaran kepada masyarakat atau audiens tentang kepentingan hubungan flora dan fauna kepada dunia manusia. Oleh itu, dengan penghasilan karya seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan terhadap salah satu daripada aliran seni yang dibawa oleh pelukis terdahulu iaitu aliran pemikiran seni separa abstrak. " K E P U P U S A N T E N G G I L I N G " L I N O I N K A T A S R I C E P A P E R 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 3 M A I S A R A H S A L S A B I L A B I N T I M O H D J A M E L


Karya diatas merupakan karya yang berjudul “Burung Salju” iaitu hasil karya Masitah binti Yusof. Karya ini dihasilakan mengikut tema yang diberikan iaitu tema Sayangi Hidupan Liar. Oleh hal demikian, pengkarya sendiri memilih haiwan Penguin sebagai subjek utama dan gunung ais sebagai subjek sokongan dalam penghasilan kerya tersebut. Pengkarya telah memilih Penguin sebagai subjek utama karya ini kerana pengkarya sendiri duka terhadap nasib yang dihadapi oleh habitat penguin. Penguin menghadapi nasib yang malang iaitu populasi penguin semakin terancam kerana iklim yang berubah. Hal ini demikian kerana, iklim yang berubah membolehkan ais pada gunung tersebut mencair dan tempat tinggal habitat penguin terancam. Selain itu, pengkarya juga telah memilih subjek sokongan seperti gunung ais yang menunjukkan tempat habitat penguin. Di bahagian atas kaya tersebut menujukan ais yang mencair yang dapat memusnahkan habitat penguin. Pengkarya menggunakan warna merah dan hitam melambangkan kemusanahan dan ancaman penguin hari ke hari. Pengkarya turut mengaplikasikan teknik media basah iaitu lino ink atau dakwat dan juga menggunakan cetakan timbul atas papan lino untuk menghasilakn karya. Melalui karya yang dihasilakan ini, pengkarya berharap agar audiens akan lebih memahami dan mengetahui begitu pentingnya menjaga ala sekitar dan hidupan liar agar situasi yang dapat memyebabkan kepupusan serta ancaman terhadap hidupan liar dan alam sekitar dapat dielakkan dengan segera. M A S I T A H B I N T I Y U S O F " B U R U N G S A L J U " L I N O I N K A T A S R I C E P A P E R 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2


Berdasarkan karya yang bertemakan ‘The Sly Fox’ karya yang membawa erti licik. Karya ini dihasilkan mengikut tema yang diberikan iaitu tema ‘Sayangi Hidupan Liar’. Oleh hal yang demikian, pengkarya sendiri telah memilih haiwan musang merah sebagai subjek utama dan hutan hijau yang lebat sebagai subjek sokongan dalam penghasilan karya tersebut. Pengkarya telah memilih musnag merah sebagai subjek utama karya ini kerana ianya sinonim dengan kata ‘sly as fox’ iaitu seseorang yang licik dan pandai. Hal ini demikian kerana, musang ialah sejenis mamalia jenis omnivor yang hidup di hutan tropika Asia dan Afrika. Ia sejenis binatang yang hidup secara liar tetapi tidak buas, sangat licik dan suka bersembunyi. Pengkarya juga telah memilih subjek sokongan seperti hutan hijau yang lebat untuk menggambarkan tempat tinggal habitat haiwan tersebut. Pengkarya juga mengaplikasikan teknik media basah iaitu lino ink atau dakwat dan juga menggunakan cetakan timbul untuk mencetak karya. Selain itu, pengkarya turut melakukan kajian dan penyelidikan bagi mendapatkan pengetahuan mengenai musang merah ini dengan lebih dalam. Dengan ini, pengkarya berharap agar masyarakat mengambil berat tentang kepentingan menyayangi hidupan liar kerana hidupan liar juga menyokong struktuk trofik iaitu keseimbangan dalam rantaian makanan dan sebagai jurutera alam. Misalnya aktiviti pembalakan akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam suatu jangka masa tertentu dan pembakaran hutan secara terbuka juga menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan pupus. Melalui karya yang dihasilkan ini, pengkarya berharap agar audiens akan lebih menjaga kepentingan kehidupan liar ini dan memupuk kesedaran hidupan liar sejak kanak-kanak agar dapat mengelakkan berlakunya kepupusan serta ancaman ke atas hidupan liar. " T H E S L Y F O X " L I N O I N K A T A S R I C E P A P E R 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 N U R A I N B I N T I K E N D R I


Pengkarya menghasilkan sebuah karya yang bertemakan ‘Sayangilah Hidupan Liar’. Pengkarya memilih tajuk ‘Wira Terengganu di Ambang Kepupusan’ yang menunjukkan imej penyu sebagai penegasannya. Pengkarya menghasilkan karya berkenaan kerana bilangan penyu di Malaysia malah di dunia berada pada tahap kritikal kerana kira-kira hanya 6.5 juta ekor penyu yang direkodkan berada di dalam laut. Jumlah tersebut dilaporkan semakin merosot berbanding sebelum ini, sekali gus meletakkan haiwan tersebut dalam kategori spesies terancam berstatus mudah pupus atau vulnerable (VU). Antara mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya melalui karyanya ialah kita haruslah memelihara habitat spesies penyu daripada mengalami kepupusan. Mesej ini merupakan isi tersirat bagi karya yang pengkaji hasilkan. Terdapat pelbagai kaedah dalam memelihara spesies penyu daripada mengalami kepupusan. Misalnya, melalui kempen memelihara kebersihan laut yang dilaksanakan oleh organisasi tertentu atau kerajaan. Kesannya, penyu tidak akan memakan sisa sampah yang dibuang oleh manusia ke dalam laut. Hal ini kerana,banyak kes penyu mati disebabkan memakan sisa beg plastik yang dibuang oleh individu yang tidak bertanggungjawab ke dalam laut. Kesan positif daripada kempen ini secara tidak langsung dapat memelihara jumlah penyu daripada kepupusan. " W I R A T E R E N G G A N U D I A M B A N G K E P U P U S A N " L I N O I N K A T A S R I C E P A P E R 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 N U R F A I Z B I N N A P I S A


Pengkarya menghasilkan sebuah karya yang bertemakan “Sayangilah Hidupan Liar”. Pengkarya memilih burung hantu sebagai subjek utama kepada tema “ Sayangilah Hidupan Liar” dan pemandangan hutan pada waktu malam sebagai subjek sokongan pengkaji. Pengkaji memilih tajuk “A Wise Old Owl” kerana pengkaji mendapat idea daripada tentera Amerika Syarikat yang menggunakan imej burung hantu sebagai ‘quotes’ iaitu “silence means security” dan “Soldier…be like that old bird!” di atas poster semasa Perang Dunia II. Burung hantu juga memainkan peranan utama dalam menyeimbangkan ekosistem. Namun demikian, pemburuan haram, kehilangan habitat serta penggunaan racun di dalam kawasan pertanian telah mengancam banyak spesies burung hantu serta menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem. Burung hantu mempunyai pelbagai spesies iaitu sebanyak 18 spesies burung hantu yang telah dikaji. Burung hantu merupakan sekumpulan pemangsa di bawah keluarga Strigidae (jampuk) dan Tytonidae (pungguk) yang mempunyai sepasang mata yang besar, pendengaran yang sensitif serta aktif pada waktu malam. Kawasan hutan merupakan habitat utama kepada burung hantu di mana lubang pokok merupakan tempat tinggal mereka. Bagi menghasilkan karya ini, pengkarya telah melakukan kajian dan penyelidikan bagi mendapatkan pengetahuan mengenai burung hantu dan kepentingan burung hantu kepada dunia serta meningkatkan masyarakat tentang kepentingan menyayangi hidupan liar kerana mereka memainkan peranan penting dalam ekosistem. Oleh itu, dengan penghasilan karya seperti ini dapat membuka mata audiens tentang aliran seni yang dibawa oleh pelukis terdahulu iaitu pemikiran seni separa abstrak. " A W I S E O L D O W L " L I N O I N K A T A S R I C E P A P E R 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 N U R U L S Y A U F I K A B I N T I M A H I D I


Pengkarya telah menghasilkan sebuah karya yang bertemakan hidupan liar. Oleh itu, pengkarya telah memilih burung Kenyalang sebagai subjek utama dalamkarya pengkarya. Burung Kenyalang menjadi pilihan utama pengkarya keranaburung Kenyalang memiliki ciri-ciri keunikannya yang tersendiri seperti mempunyaiparuh yang lebar dan panjang serta mempunyai bulu yang cantik. Burung Kenyalang sering dijadikan sebagai logo, lambang atau lidentiti sesebuah kawasan atau etnik. Misalnya, ekor burung Kenyalang yang cantik akan dijadikan sebagai hiasan pada topi dan pakaian tradisional etnik orang ulu di pedalaman Sarawak. Selain itu, burung Kenyalang merupakan antara spesies hidupan liar yang dilindungi daripada pupus. Seterusnya, pengkaji juga memilih subjek sokonan iaitu pokok-pokok untuk menambahkan lagi kesan hidupan liar yang lebih menarik. Dalam menghasilkan karya ini, pengkarya telah menggunakan cat lino sebagai bahan dan media utama pengkarya, sesuai dengan konsep yang digunakan iaitu cetakan. Jadi, karya ini dihasilkan penting untuk memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan tentang hidupan liar kepada audiens agar mampu menyemai rasa sayang dan peduli tentang alam sekitar dalam diri audiens. " B U R U N G K E Y A L A N G " L I N O I N K A T A S R I C E P A P E R 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 S H I R L E Y U N G A N T H O M A S


Pengkarya telah menghasilkan sebuah karya yang bertemakan hidupan liar. Pengkarya memilih untuk menghasilkan karya tentang burung enggang. Kepentingan karya ini adalah untuk menyedarkan audiens bahawa kepupusan burung enggang semakin meningkat yang disebabkan oleh tindakan manusia yang memberi kesan buruk kepada burung enggang. Selain itu, burung enggang sering di buru kerana terdapat sesetengah manusia yang inginkan paruh burung enggang atau bulu burung enggang untuk dijadikan perhiasan. Seperti tari burung enggang, untuk menyesuaikan dengan konsep tarian, maka bulu burung enggang akan dipakai sebagai salah satu komponen pada tarian burung enggang. Oleh kerana hal demikian, kepupusan burung enggang dikawal dengan ketat lagi-lagi di Sarawak. Hal ini kerana, burung enggang ialah burung kenyalang yang paling terkenal dari semua jenis spesies burung. Burung ini merupakan burung negeri Sarawak dan juga lambang negeri Sarawak. Burung ini kebanyakannya terdapat di hutan dipterocarp dan bukit rendah. Sesiapa sahaja yang membunuh burung enggang akan dikenakan denda atau dihukum penjara dibawah akta pemuliharaan hidupan liar. Kini tiba masanya untuk pelbagai pihak sedar bahawa kepentingan burung enggang kepada negara dan mengambil langkah yang efektif bagi mengelakkan kepupusan burung enggang daripada terus berleluasa. " T H E M A J E S T I C H O R N B I L L " L I N O I N K A T A S R I C E P A P E R 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 S I T I S A R A H S O L E H A


Pengkarya menghasilkan sebuah karya yang bertemakan sayangilah hidupan liar. Pengkarya memilih tajuk Hyacinth macaw. Kepentingan karya ini adalah untuk bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat diluar sana bahawa pentingnya kehidupan flora dan fauna kepada alam sekitar dan manusia. Selain itu, pengkarya mengesyorkan tentang burung kakaktua iaitu Hyacinth Macaw biru yang menakjubkan dari Amerika Selatan. Hyacinth macaw ialah sekumpulan burung kakatua dari hemisfera baru. Hyacinth macaw mempunyai badan berwarna biru kobalt seragam, tetapi mereka mempunyai bintik kuning disekeliling mata dan paruh bawah, menjadikan mereka hampir kelihatan seperti sedang tersenyum. Bulu dibawah sayapnya mungkin juga berwarna kuning terang atau boleh menjadi warna coklat. Hyacinth Macaw mempunyai kaki yang pendek dan kukuh yang membolehkan mereka tergantung terbalik dan mengiring. Mereka kadang-kadang menggunakan paruh mereka seperti kaki ketiga untuk membantu memanjat pokok. Dengan adanya karya ini dapat memberitahu masyarakat bahawa pelbagai jenis hidupan liar selain daripada haiwan mamalia. " H Y A C I N T H M A C A W " L I N O I N K A T A S R I C E P A P E R 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 S Y A Z W A N I H U S N A B I N T I M E J I D I


Pengkarya menghasilkan sebauh karya yang bertemakan hidupan liar. Pengkarya memilih untuk menghasilkan karya tentang Harimau Malaya. Secara umumnya, harimau merupakan simbol keberanian, kegagahan dan kekuatan. Seperti yang terdapat pada jata negara Malaysia, kedua-dua Harimau Malaya merupakan simbol keberanian semua rakyat Malaysia. Namun, isu kepupusan spesis Harimau Malaya semakin membimbangkan. Kehilangan spesis Harimau Malaya umpama kehilangan indentiti nasional. Dengan ini, karya ini dihasilkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu kepupusan Harimau Malaya serta masa depan negara Malaysia. Maklumat yang ingin disampai oleh pengkarya melalui karya ini adalah kesan buruk manusia tamak yang giat kejar keuntungan sendiri semata-matanya sehingga mengabaikan keseimbangan alam semula jadi. Penerokaan hutan secara haram merupakan isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat sejak akhir-akhir ini. Penerokaan hutan yang rakus akan membantutkan usaha murnia kerajaan umpama yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Keadaan ini menyumbang kepada kepupusan spesies harimau. Sekiranya pekara ini berlaku, maka generasi yang akan datang tidak dapat menyaksikan spesis harimau ini lagi. Pengkaji berharap karya ini dapat membawa kesederan kepada semua pihak supaya menggemblengkan tenaga dan buah fikiran untuk memastikan gejala ini dapat diatasi dengan segera bak kata pepatah yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Komitmen dan kerjasama semua pihak sudah pasti akan mewujudkan negara Malaysia yang hijau dan harmoni. Bak peribahasa yang berbunyi bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. " H A R I M A U M A L A Y A " L I N O I N K A T A S K E R T A S 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 T A N M E I C H Y I


T E R E N C E T U Z H U E R N Karya yang bertajuk “DEVASTATED LEGACY” merupakan hasil karya Terence Tu Zhu Ern. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema yang diberikan iaitu tema Sayangi Hidupan Liar. Sebagai subjek utama, pengkarya telah memilih Panda Gergasi. Pengkarya memilih panda tersebut kerana ia merupakan salah satu spesies hidupan liar yang sedang menghadapi kepupusan disebabkan oleh beberapa punca. Panda Gergasi atau Giant Panda ini adalah satu jenis spesies beruang endemik di negara China dan merupakan simbol negara China. Dalam proses menghasilkan karya ini, pengkarya menggunakan lino ink dengan teknik cetakan. Melalui hasil karya ini, pengkarya ingin menyampaikan mesej kepada audiens tentang spesies beruang ini semakin terancam. Pengkarya juga berharap agar hasil karya ini dapat membuka mata masyarakat bahawa kepentingannya dalam melindungi hidupan liar dan alam semula jadi. " D E V A S T A T E D L E G A C Y " L I N O I N K A T A S R I C E P A P E R 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2


Pengkarya menghasilkan sebuah karya berdasarkan tema “Sayangilah Hidupan Liar” kerana pengkarya ingin menyampaikan mesej kepada audiens tentang ancaman terhadap hidupan liar yang kian berleluasa. Pengkarya memilih tajuk ‘Belang Harimau’ kerana pengkarya mendapat idea daripada peribahasa melayu iaitu, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Pengkarya memilih harimau sebagai subjek utama karya yang ingin dihasilkan kerana harimau juga merupakan haiwan yang diancam kepupusan akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Harimau merupakan spesies kucing yang terbesar di dunia dan hanya ditemui di Asia. Populasi harimau telah berkurangan sepanjang kurun yang ke-20 disebabkan kehilangan 95% daripada habitatnya di Asia dan menjadikan statusnya sangat terancam. Hal ini telah menjejaskan keseimbangan ekosistem kerana harimau memainkan peranan utama dalam ekosistem. Bagi menghasilkan karya ini, pengkarya telah membuat kajian dan penyelidikan tentang harimau dan kepentingan harimau kepada ekosistem serta membuka mata para audiens bahawa pentingnya hidupan liar kepada ekosistem. Oleh itu, pengkarya menghasilkan karya bertemakan “Sayangilah Hidupan Liar” bagi menyebarkan sedikit sebanyak pengetahuan tentang hidupan liar serta aliran seni yang digunakan oleh para pelukis terdahulu iaitu pemikiran seni separa abstrak kepada audiens. " B E L A N G H A R I M A U " L I N O I N K A T A S R I C E P A P E R 2 1 0 × 2 9 7 M M 2 0 2 2 Y A Z M I N N A F I S A B I N T I A B D U L L A H J A M A L U D I N


DOKUMENTASI VIDEOGRAFER DAN MONTAJ C H A R I S S E E L Y O R A G U M A S ( K ) F A O L A N L E J A U B A G L Y J A S M I N E L U L O N G A N A K P E T E R N U R U L S Y A U F I K A B I N T I M A H I D I E Z R A D E M E T A N A K A N T H O N Y ( K ) J A N U A R I S S A I V O R Y M A W A S A N A K S U M B A N G GIMIK S A N D R A L I M ( K ) D A Y A N G A L Y A F A R I Z A H M A I S A R A H S A L S A B I L A B I N T I M O H D J A M E L S H I R L E Y U N G A N T H O M A S PERALATAN J O N A T H A N A N A K U M A I ( K ) A M I E L N E M U E L F E R R E R A N A K K A L A A R N O L D L I A N B E L Y W A N C H E Y E N N E J A S R I A N A K J A R U S K O N C H I E N H A U L E O V I C T O R A N A K M U S A N A T H A N I E L A J A N G J O K N U R F A I Z B I N N A P I S A PERSIAPAN TEMPAT N A B B E L L A G A B R I E L L Y N ( K ) F O R L A N A N A K F A N D I H U A N G K E E N G U O N G L E X I M U S L I N C O L N C H O N G Y I N C A I L I L I A N L U N E I U S A T M O H D F A R I Z D A N I A L N U R A I N B I N T I K E D R I P E N N Y L A I T E R R E N C E T U Z H U E R N V I C T O R I A M O R A S U P I A N U S MAKANAN N U R S H A L M E Z Z A ( K ) C O R N E L I A S E N J O Y A N A K D O M I N I C E V A E D L Y N N A A N A K S L I N A Z L I Y A T U L A Z I E M A H B I N T I Z E N N U R B A L Q I S B I N T I J O E A Z M I PUBLISITI E L L Y C I A E D W A R D ( K ) A D R I N A M A R S H E L L A H A N N Y C H E W F A N Y I F O O R U I E N F L O R E N C E E N T A Y A N G A N A K K U M I T A N M E I C H Y I KEBERSIHAN J E S S I C A A N A K M A T H E W ( K ) A I S Y A A M I E R A B I N T I M O H A M A D S E R P R E H A N I S A H B I N T I A B D U L L A H S I T I S A R A H S O L E H A S Y A Z W A N I H U S N A B I N T I M E JI D I FLOW MANAGER E M M A N U E L D U N C A N ( P A M E R A N ) A U D R E Y N A M A R C E L L A ( P E R A S M I A N ) PROTOKOL PA SISTEM A L F E R I U S L A M E H J A L O N G ( K ) A A R O N L I A N R A J A F E R N A N D O R O M E R O K A J A N M A S I T A H B I N T I Y U S O F ( K ) M O H D A I M A N B I N B O L H A N HADIAH V I L A R I E S I M ( K ) E U N I C E R I N A I L I N G Y I E C H R I S T I N E L E I C A A N A K E D D Y G A B R I E L A J O N I S H A A N A K J O N Y O L I V I A A N A K R E M A H V A L E N I E A N A K A U G U S T I N E Y A Z M I N N A F I S A AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Click to View FlipBook Version