A hma d F a k a r u d d i n B i n Mo h d F a u zi N u r u l Izz a B i n ti R e d z u a n N u r u s S a d i q i n B i n ti A b d u l R a z a k K h a n
AUTOMOTIF A S A S
HAK CIPTA TERPELIHARA Tiada bahagian daripada terbitan buku ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Polteknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terlebih dahulu. Asas Automotif Penulis : Ahmad Fakaruddin Bin Mohd Fauzi Pereka Grafik : Nurul Izza Binti Redzuan Editor : Nurus Sadiqin Binti Abdul Razak Khan No ISBN : 978-967-0032-33-7 Terbitan pertama 2022 Diterbitkan Oleh: UNIT PENERBITAN Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Persiaran Usahawan, Seksyen U1, 40150 Shah Alam Selangor Telephone No.: +603 5163 4000 Fax No. : +603 5569 1903
PRAKATA BUKU ASAS AUTOMOTIF ini dihasilkan bagi membantu para pelajar bidang kejuruteraan khususnya Sijil Penyenggaraan Mekanikal yang terdiri daripada pelajar oku pendengaran. Para pelajar akan didedahkan dengan sistem asas yang terdapat dalam automotif mengikut silibus SJK2064 Kemahiran Penyenggaraan Kenderaan 1 dan SJK3064 Kemahiran Penyenggaraan Kenderaan 2. Antara topik yang disentuh ialah berkenaan Alatan Tangan Automotif, Asas Enjin & Kenderaan, Sistem Elektrik Automotif, Sistem Pelinciran Enjin dan Sistem Penyejukan Enjin. Buku ini juga sesuai digunakan sebagai rujukan asas untuk semua golongan. Kandungan buku ini diharap dapat menarik minat pelajar untuk lebih memahami sistem dan komponen utama dalam automotif. Ia juga memudahkan pemahaman pelajar dengan adanya nota yang komprehensif beserta ilustrasi dan video yang bersesuian. Terima Kasih
ISI KANDUNGAN ALATAN TANGAN AUTOMOTIF Pengenalan alatan tangan Alatan tangan untuk mengukur & menguji serta kegunaannya Alatan tangan untuk kerja servis am dan kegunaannya Alatan tangan untuk kerja servis khusus dan kegunaannya Latihan pengukuhan Penjagaan alatan tangan Keselamatan dalam bengkel automotif Tutorial 1 ASAS ENJIN & KENDERAAN Bagaimana kenderaan boleh bergerak? Komponen asas enjin Jenis-jenis enjin pembakaran dalam Operasi enjin petrol 4 lejang Operasi enjin petrol2lejang Latihan pengukuhan Sistem-sistem kenderaan Penyelenggaraan berkala kenderaan Jadual penyelenggaraan berkala kenderaan Tutorial2 SISTEM ELEKTRIK AUTOMOTIF Fungsi dan binaan bateri Jenis-jenis bateri Latihan pengukuhan Ujian bateri, mengecas bateri & jumper Tutorial3 TOPIK 1 TOPIK 2 TOPIK 3 1 2 2 4 6 8 10 10 11 13 14 15 16 17 18 19 21 22 23 24 26 27 28 28 29 35 i
SISTEM PELINCIRAN ENJIN Kepentingan sistem pelinciran Operasi sistem pelinciran Latihan pengukuhan Komponen sistem pelinciran Penyelenggaraan berkala Tutorial 4 SISTEM PENYEJUKAN ENJIN Kepentingan sistem penyejukan Operasi sistem penyejukan Komponen sistem penyejukan Latihan pengukuhan Penyelenggaraan berkala Tutorial 5 BIBLIOGRAFI TOPIK 4 TOPIK 5 36 37 38 38 39 41 44 46 47 48 49 52 53 56 57 ISI KANDUNGAN ii
SENARAI RAJAH Penggunaan kereta kuda pada zaman dahulu Kenderaan moden Kuasa dihasilkan dalam enjin Nama-nama komponen asas dalam enjin Pembakaran dalam enjin Enjin petrol Enjin diesel Kitaran enjin 4 lejang Kitaran enjin 2lejang Sebahagian daripada komponen sistem penghantaran kuasa Mekanik sedang melakukan kerja servis Binaan flooded battery Binaan free maintenance battery Pengisian minyak pelincir/enjin Minyak pelincir dalam enjin Minyak enjin Paras minyak enjin pada dipstick Minyak enjin mineral, semi synthetic dan fullysynthetic Penuras minyak Penakung minyak Pam minyak Suis tekanan minyak Sistem penyejukan Operasi sistem penyejukan Radiator Penutup tekanan Tangki takungan Hos atas Hos bawah Kipas radiator Pam air Larasuhu Rajah 2.1 Rajah 2.2 Rajah 2.3 Rajah 2.4 Rajah 2.5 Rajah 2.6 Rajah 2.7 Rajah 2.8 Rajah 2.9 Rajah 2.10 Rajah 2.11 Rajah 3.1 Rajah 3.2 Rajah 4.1 Rajah 4.2 Rajah 4.3 Rajah 4.4 Rajah 4.5 Rajah 4.6 Rajah 4.7 Rajah 4.8 Rajah 4.9 Rajah 5.1 Rajah 5.2 Rajah 5.3 Rajah 5.4 Rajah 5.5 Rajah 5.6 Rajah 5.7 Rajah 5.8 Rajah 5.9 Rajah 5.10 14 14 14 15 16 16 16 17 18 21 22 28 28 37 37 39 39 39 39 40 40 40 47 48 49 49 50 50 50 51 51 51 iii
SENARAI JADUAL Penyelenggaraan berkala kenderaan Ujian voltan menggunakan multimeter Ujian voltan menggunakan batteryload tester Ujian ketumpatan elektrolit menggunakan hidrometer Kaedah mengecas bateri menggunakan battery charger Kaedah jumper bateri Mengeluarkan minyak enjin dan penuras minyak Mengisi minyak enjin dan memasang penuras minyak Penukaran cecair penyejuk Jadual2.1 Jadual3.1 Jadual3.2 Jadual3.3 Jadual3.4 Jadual3.5 Jadual 4.1 Jadual 4.2 Jadual 5.1 23 29 30 31 32 33 41 42 53 iv
SENARAI ISTILAH Aci engkol - Crankshaft Aci sesondol - Camshaft Bongkah silinder - Cylinder block Cecair penyejuk - Coolant Dudukan injap - Valve seat Gelang omboh - Piston ring Injap - Valve Kebuk pembakaran - Combustion chamber Kepala silinder - Cylinder head Kotak gear - Gearbox Lejang - Stroke Lengan jumpelang - Rocker arm Omboh - Piston Palam pencucuh - Spark plug Pancarongga ekzos- Exhaust manifold Pancarongga masukan - Intake manifold Penakung minyak - Oil sump Penapis udara - Air filter Penuras minyak - Oil filter Rod penghubung/penyambung - Connecting rod Stereng kuasa - Power steering Tolok celup - Dipstick v
ALATAN TANGAN AUTOMOTIF HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran, pelajar dapat : 1) Mengetahui pelbagai jenis kegunaan alatan tangan dalam automotif. 2) Menyatakan penjagaan alatan tangan yang bersesuaian. 3) Mengetahui keselamatan dalam bengkel automotif.
PEMBARIS BESI Mengukur jarak (panjang, diameter) sehingga 1 mm dan membuat garisan lurus. ANGKUP VERNIER Mengukur jarak (panjang, diameter dalam dan luar, kedalaman) dengan tepat sehingga 0.1 mm. MIKROMETER Mengukur jarak (panjang, diameter) dengan tepat sehingga 0.01 mm. HIDROMETER Menguji ketumpatan relatif air bateri bagi menentukan cas yang tersimpan dalam bateri. ALATAN TANGAN UNTUK MENGUKUR & MENGUJI SERTA KEGUNAANNYA Alatan tangan automotif telah direka untuk memudahkan pembaikan, pengubahsuaian dan proses servis komponen automotif. Alatan ini sangat penting untuk digunakan semasa bekerja pada kenderaan. Tanpa alatan tangan yang sesuai, ianya menyukarkan prosesprosesyang dinyatakan untuk menyelesaikan tugasyang perlu tanpa ralat atau kelewatan. Dengan penggunaan peralatan dan kemahiran yang betul, alatan tangan automotif boleh membantu menyelesaikan hampir setiap masalah yang mungkin dialami oleh kenderaan. Setiap mekanik atau juruteknik automotif seharusnya mempunyai set alatan tangan yang boleh digunakan untuk menyelenggara kenderaan atau melayani pelanggan. Terdapat pelbagai jenis alatan tangan yang digunakan dalam bengkel automotif. Ianya boleh dibahagikan kepada 2 kategori utama iaitu yang pertama ialah alatan tangan bagi tujuan mengukur dan menguji dan kategori kedua ialah bagi tujuan servis. Alatan tangan servis automotif dibahagikan pula kepada alatan servis am dan alatan servis khusus. PENGENALAN ALATAN TANGAN 2
TOLOK PERASA Mengukur ruang kelegaan kecil di antara dua komponen. STRAIGHT EDGE Memeriksa kelurusan sesuatu permukaan seperti kepala silinder enjin. PENGUJI MAMPATAN ENJIN Mengukur tekanan dalam silinder enjin bagi mengenalpasi kebocoran pada ring omboh dan injap. MULTIMETER Mengukur pelbagai fungsi pengukuran elektrik sepertivoltan, arus dan rintangan. BATTERY LOAD TESTER Mengenakan beban dengan menarik sejumlah arus semasa mengukurvoltan pada terminal bateri. TORQUE ANGLE GAUGE Mengetatkan bolt pada sudutyang spesifik. BORE GAUGE Mengukur bahagian bore silinder enjin. 3
SEPANA GABUNGAN (HUJUNG TERBUKA DAN GELANG) Mengetat dan melonggarkan pengikat seperti bolt dan nut. TORQUE WRENCH Mengetatkan pengikat seperti bolt dan nut pada tork spesifik yang dikehendaki. PEMUTAR SKRU RATA Mengetat dan melonggarkan skru berkepala rata. PEMUTAR SKRU PHILLIPS Mengetat dan melonggarkan skru berkepala phillips. SEPANA BOLEH LARAS Mengetat dan melonggarkan pengikat seperti bolt dan nut. Rahang boleh dilaraskan kepada pelbagai saiz pengikat. SOCKET WRENCH / RATCHET Mengetat dan melonggarkan pengikat seperti bolt dan nut dengan menggunakan mekanisme ratchet . Mekanisme ini membolehkan kerjakerja mengikat/membuka dilakukan dengan pantas tanpa perlu menanggalkan alatan tangan daripada pengikat. PLAYAR GABUNGAN Memegang, membengkok dan memotong dawai. ALATAN TANGAN UNTUK KERJA SERVIS AM DAN KEGUNAANNYA 4
TUKUL GETAH Kepala getah digunakan untuk mengetuk permukaan yang memerlukan pukulan lembut tanpa merosakkan permukaan tersebut. PLAYAR KLIP LENGKUNG Memasangdan menanggalkan klip lengkung iaitu klip penahan berbentuk cincin. PLAYAR MUNCUNG TIRUS Memegang objek kecil, mencapai objek di ruangan sempit, membengkok dan memotong dawai. TUKUL BALL-PEEN Kepala rata tukul digunakan untuk mengetuk objek yang keras dan kepala lengkung digunakan untuk membengkokkan permukaan objek. ALLEN KEY Membuka dan mengunci pengikatyang mempunyai kepala berbentuk heksagon. TORX KEY Membuka dan mengunci pengikatyang mempunyai kepala berbentuk bintang. IMPACT DRIVER Membuka kepala skru dengan mengenakan daya ketukan dan pusingan. CORONG Untuk menyalurkan cecair atau bahan berbutir halus ke dalam bekas dengan bukaan kecil. 5
PENAHAN JEK Penahan kenderaan setelah diangkat menggunakan jek. JEK Menaikkan dan menurunkan kenderaan. DRAIN PAN Menakung minyak yang keluar daripada kenderaan tanpa mengotorkan lantai kerja. OIL FILTER WRENCH Membuka dan mengetatkan oil filter. CAMSHAFT PULLEY HOLDER Memegang takal aci sesondol semasa proses membukanya. VALVE SPRING COMPRESSOR Menanggalkan spring dan injap pada kepala silinder enjin. MAGNETIC PICK UP Mengambil komponen kecil sepertivalve collet di ruangan yang sempit ALATAN TANGAN UNTUK KERJA SERVIS KHUSUS DAN KEGUNAANNYA 6 Video penggunaan socket wrench [7]
TAHUKAH ANDA? Kebanyakan alatan tangan asas sudah wujud sejak tahun 1000-an. Tukul dikatakan telah dicipta oleh orang Rom, manakala gergaji dan set-square dicipta oleh orang Mesir. Pemutar skru pula dikesan pada tahun 1400-an. Skru pada waktu itu adalah mahal dan dianggap sebagai barangan yang eksklusif. [9] PISTON RING COMPRESSOR Memampatkan ring omboh untuk memudahkan kerja memasukkan omboh ke dalam silinder enjin. PISTON RING EXPANDER Meregangkan ring pada omboh bagi tujuan membuka dan memasang ring. HAND LAPPING Dipasang pada permukaan injap untuk kerja mencanai permukaan injap dan dudukan injap. Video penggunaan pelbagai alatan tangan [8] 7 JUMPER CABLE Menyambungkan terminal bateri penderma kepada terminal bateriyang lemah.
(Betul / Salah) Apabila mengetatkan nat dengan sepana boleh laras, sentiasa tarik sepana ke arah anda.Jangan sekali-kali menolak sepana menjauhi anda. Pemutar skru boleh digunakan untuk tujuan selain daripada mengetat atau menanggalkan skru, seperti mencungkil penutup tin. (Betul / Salah) Penggunaan tukul ball-peen yang betul ialah untuk mengetuk penebuk pusat dan kepala pahat. Playar pemotong wayaryang mempunyai pemegang plastik boleh digunakan untuk memotong wayar elektrik hidup voltan rendah. Gogal keselamatan hendaklah sentiasa dipakai apabila menggunakan alatan tangan. Ragum hendaklah sentiasa diikat pada meja kerja dengan skru. Tukul getah boleh digunakan untuk mengetuk paku. Lokasi jek ialah pada bahagian keras di bawah kenderaan seperti casis dan di bawah panel rocker. Untuk melonggarkan bolt, pusingkan ratchet pada arah jam. Tukul boleh digunakan untuk mengetuk permukaan omboh. (Betul / Salah) (Betul / Salah) (Betul / Salah) (Betul / Salah) (Betul / Salah) (Betul / Salah) (Betul / Salah) (Betul / Salah) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 LATIHAN PENGUKUHAN 8 Jawapan beserta penjelasannya boleh dilihat di muka surat 9.
Betul. Menarik sepana memberikan keseimbangan yang lebih baik. Perkara yang paling penting ialah daya tarikan hendaklah pada rahang tetap. Salah. Pemutar skru haruslah digunakan hanya untuk mengetatkan atau menanggalkan skru dan bukan untuk tujuan lain. Betul. Tukul ball- peen dikeraskan secara khusus untuk memukul benda-benda keras seperti penebuk pusat dan kepala pahat. Betul. Gogal keselamatan hendaklah sentiasa dipakai apabila bekerja menggunakan alatan tangan untuk mengelakkan kecederaan mata. Salah. Pemegang plastik pada playar bertujuan untuk keselesaan sahaja. Amalkan menutup punca kuasa elektrik terlebih dahulu sebelum memotong wayar. Salah.Jangan skru. Penggunaan bolt adalah kaedah yang betul. Salah. Arah pusingan untuk melonggarkan bolt ialah lawan jam dan arah untuk mengetatkan nat ialah ikut jam. Betul. Lokasi jek ini adalah kukuh untuk menyokong kenderaan semasa proses mengangkat. Salah. Penukul getah yang digunakan untuk mengetuk paku akan menyebabkan kerosakan getah mallet. Objek yang mempunyai permukaan rata yang luas sesuai diketuk dengan penukul getah Salah. Kepala penukul adalah keras dan ketukan pada omboh boleh merosakkan omboh tersebut. Penggunaan belakang hulu penukulyang diperbuat daripada kayu boleh digunakan kerana ianya lembut. Walaubagaimanapun, penggunaan mallet adalah kaedah yang terbaik kerana kepalanya diperbuat daripada getah. 9 JAWAPAN LATIHAN PENGUKUHAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Penjagaan sesuatu alatan tangan sebelum, semasa dan selepas digunakan adalah sangat penting untuk mempastikan alatan tangan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Diantara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah:- Pastikan alatan tangan berkeadaan baik dan selamat sebelum digunakan Pastikan alatan tangan yang hendak digunakan adalah bersesuaian dengan kerja- kerja yang akan dilakukan Jangan gunakan alatan tangan sekiranya anda tidak berpengetahuan mengenai teknikteknik pengunaannya. Rujuk SOP (Safe Operating Procedure) alat sebelum peralatan digunakan Pastikan alatan tangan dikendalikan mengikut tatacara yang ditentukan dan selamat. Letakkan alatan tangan ditempatyang sesuai dan selamat disepanjang penggunaanya. Bersihkan alatan tangan daripada sebarang kotoran serta habuk selepas digunakan. Simpan alatan tangan yang telah digunakan di tempat yang telah disediakan dengan teratur dan kemas. Sapukan minyak (lubricant oil/grease) di bahagian yang mudah berkarat dan bergear pada alatan tangan sekiranya ianya disimpan untuk jangka masa yang lama. Lakukan kerja-kerja pemeriksaan (servicing), pengujian dan baik-pulih mengikut had masa yang telah ditetapkan ataupun dari semasa ke semasa. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. PENJAGAAN ALATAN TANGAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL AUTOMOTIF Penggunaan alat pelindung diriyang bersesuaian dengan kerja bengkel seperti kasut keselamatan dan goggle. Lengan baju yang panjang haruslah dilipat dengan kemas sehingga paras siku. Elakkan dari pemakaian perhiasan diri seperti jam, cincin, gelang dan rantai. Sentiasa mematuhi peraturan bengkel. Melaporkan sebarang kemalangan kepada pegawaiyang bertanggungjawab. Memastikan lantai kawasan kerja tiada tumpahan minyak dan cecair lain yang boleh menyebabkan kemalangan. Peralatan tidak boleh diletakkan di atas lantai semasa kerja bengkel dilakukan. Mengumpulkan sisa cecair terpakai di tempatyang sesuai dan selamat sebelum dilupuskan. Kawasan kerja haruslah bersih dan kemas sebelum, semasa dan selepas kerja dilakukan. Menutup peralatan elektrik yang tidak digunakan sebelum meninggalkan bengkel. Melaporkan keadaan tempat kerja yang tidak selamat kepada pegawaiyang bertanggungjawab. Kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan yang dilakukan di dalam bengkel adalah sesuatu yang menyeronokkan jika dilakukan dengan mengikuti prosedur operasi standard. Langkah-langkah keselamatan haruslah dititikberatkan oleh setiap pengguna agar keselamatan dan kesihatan terjamin. Ini kerana terdapat potensi bahaya di sekitar bengkel seperti bahan kimia dan peralatan berbahaya jika ianya tidak diuruskan dengan baik, yang boleh menyebabkan kesan yang kepada kesihatan dan keselamatan pengguna. Keselamatan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu keselamatan diri sendiri dan keselamatan tempat kerja. Aspek keselamatan diri sendiri ialah: Aspek keselamatan tempat kerja ialah: 10
ALATAN TANGAN PENGGUNAAN YANG BETUL PENGGUNAAN YANG TIDAK BETUL Sepana gabungan (hujung terbuka & gelang) Contoh jawapan: Kepala sepana dimasukkan ke dalam nat/bolt mengikut saiz yang tepat dengan kemas sebelum mengetat atau melonggarkannya. Contoh jawapan: 1) Menggunakan sepana hujung terbuka untuk membuka nat/bolt yang ketat serta kerja mengetat terakhir. Gunakan bahagian gelang. 2) Penggunaan sambungan pada pemegang sepana boleh merosakkan alat. Pemutar skru Ratchet Tukul ball-peen Playar muncung tirus TUTORIAL 1 Lengkapkan jadual di bawah dengan mengenalpasti penggunaan alatan tangan yang betul dan tidak betul yang boleh merosakkan alat dan mendatangkan kecederaan. Jawapan boleh dilihat di muka surat 12. 11
ALATAN TANGAN PENGGUNAAN YANG BETUL PENGGUNAAN YANG TIDAK BETUL Sepana gabungan (hujung terbuka & gelang) Kepala sepana dimasukkan ke dalam nat/bolt mengikut saiz yang tepat dengan kemas sebelum mengetat atau melonggarkannya. 1) Menggunakan sepana hujung terbuka untuk membuka nat/bolt yang ketat serta kerja mengetat terakhir. Gunakan bahagian gelang. 2) Penggunaan sambungan pada pemegang sepana boleh merosakkan alat. Pemutar skru 1) Pastikan pemegang pemutar skru bersih. Pemegang yang berminyak boleh menyebabkan kemalangan. 2) Gunakan magnet pada hujung pemutar skru untuk memulakan ikatan di bahagian yang sukar dicapai oleh tangan. 1) Menggunakan pemutar skru yang sudah kehausan mata. Ianya boleh menyebabkan gelincir dan kerosakan pada benda kerja serta kecederaan. 2) Menggunakan playar pada pemegang pemutar skru umtuk mendapatkan kuasa pusingan tambahan. Ratchet Menolak tuil ke kanan untuk melonggarkan nat/bolt pada arah lawan jam dan menolak tuil ke kiri untuk mengetatkan nat/bolt pada arah ikut jam. 1) Menggunakan sambungan paip tambahan bagi memudahkan kerja mengetat/melonggarkan nat/bolt. 2) Menggunakan pemacu kuasa pada soket tangan. Tukul ball-peen Tukul ball-peen dengan saiz yang betul ialah direka untuk membentuk dan meluruskan logam yang tidak dikeraskan. Ketuk tepat di bahagian tengah kepala tukul. Pukulan pada bucu kepala tukul boleh menyebabkan bucu muka menjadi serpih dan berpotensi mengakibatkan kecederaan mata. Pukulan pada permukaan sisi juga boleh merosakkan tukul. Playar muncung tirus Menggunakan muncung tirus untuk mencapai dan mencengkam objek yang berada di ruangan sempit. Menggunakan muncung tirus untuk mencengkam objek yang besar melebihi kapasiti lebar muncung. Seharusnya menggunakan playar gabungan yang mempunyai muncung yang lebih besar dan genggaman yang lebih kuat. 12 Jawapan Tutorial 1
ASAS ENJIN & KENDERAAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran, pelajar dapat: 1) Mengenalpasti komponen-komponen utama dalam enjin. 2) Mengenal jenis-jenis enjin pembakaran dalam dan asas enjin. 3) Memahami operasi enjin 4 lejang dan 2lejang. 4) Memahami kepentingan penyelenggaraan berkala.
BAGAIMANA KENDERAAN BOLEH BERGERAK? Pernahkan anda terfikir bagaimana kenderaan boleh digerakkan? Apakah bahagian penting yang diperlukan? Pada zaman dahulu, manusia menggunakan bantuan haiwan bagi memacu kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kemudian, teknologi semakin berkembang dan tenaga haiwan telah digantikan dengan mesin bagi membantu manusia bergerak. Kenderaan moden adalah sejenis mesin yang terdiri daripada beberapa bahagian utama bagi menggerakkan kenderaan seperti enjin, kotak gear dan roda di samping bahan api dan udara. Bahan api jenis petrol atau diesel yang diisi pada kenderaan akan disimpan di dalam tangki. Seterusnya bahan api ini akan dipam masuk ke dalam enjin bagi tujuan menghasilkan pembakaran dan letupan. Kuasa yang terhasil daripada pembakaran ini akan menggerakkan omboh, memusingkan aci engkol dan seterusnya kotak gear. Di kotak gear, kelajuan boleh dilaraskan mengikut keadaan semasa ketika pemanduan. Seterusnya dari kotak gear, aci pemacu (drive shaft) akan menghantar kuasa tersebut kepada roda. Maka berlakulah pergerakan pada kenderaan. Jadi dapatlah dibuat kesimpulan bahawa bahagian penting dalam kenderaan adalah enjin kerana di situlah kuasa dihasilkan daripada pembakaran bahan api. Sistem-sistem asas yang terdapat dalam enjin akan diterangkan dengan lebih terperinci dalam tajuk-tajuk yang seterusnya. Rajah 2.1: Penggunaan kereta kuda pada zaman dahulu Rajah 2.2: Kenderaan moden Rajah 2.3: Kuasa dihasilkan dalam enjin 14 Video animasi enjin kereta (i) [10] & (ii) [11]
KOMPONEN ASAS ENJIN Komponen asas enjin adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.4. Setiap komponen mempunyai fungsinya yang tersendiri dan saling berkait. Ianya perlu dipasang mengikut kaedah dan turutan yang betul supaya jangkahayat komponen dapat dipanjangkan. Contohnya, cylinder head bolt perlu diikat menggunakan alat yang dipanggil torque wrench pada nilai torque yang bersesuaian supaya head gasket tidak rosak. dan kebocoran tekanan dalam kebuk pembakaran enjin dapat dielakkan. Dari semasa ke semasa, enjin akan ditambahbaik bagi tujuan meningkatkan kecekapan, penjimatan bahan api dan pengurangan pencemaran udara. Misalnya, penggunaan karburetor telah digantikan dengan pancitan bahan api elektronik, EFI yang lebih menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan gas yang berbahaya ke alam sekitar. Walaubagaimanapun, kebanyakan komponen asas pada enjin tidak banyak berubah sejak ianya mula diperkenalkan. Rajah 2.4: Nama-nama komponen asas dalam enjin [4] 15
JENIS-JENIS ENJIN PEMBAKARAN DALAM Video animasi enjin petrol dan diesel [12] Enjin kereta juga dikenali sebagai enjin pembakaran dalam (internal combustion engine) dicipta supaya letupan kecil dan terkawal dapat dihasilkan bagi memberi kuasa untuk menggerakkan kenderaan tersebut. Jenis enjin ini turut digunakan dalam pelbagai jentera mekanikal lain seperti mesin rumput, motosikal dan peranti bermotor. Rajah 2.5: Pembakaran dalam enjin Rajah 2.6: Enjin petrol Rajah 2.7: Enjin diesel Secara ringkasnya, enjin pembakaran dalam terbahagi kepada dua kategori iaitu enjin nyalaan percikan api (spark ignition, SI) dan enjin nyalaan mampatan (compression ignition, CI). Enjin SI lebih dikenali sebagai enjin petrol kerana menggunakan bahan api jenis petrol manakala enjin CI dikenali sebagai enjin diesel disebabkan oleh penggunaan bahan api jenis diesel. Selain itu juga, ciri-ciri utama yang membezakan di antara keduadua jenis enjin ini ialah penggunaan palam pencucuh (spark plug) pada enjin petrol manakala enjin diesel pula tidak menggunakan palam pencucuh. Enjin petrol banyak digunakan pada kenderaan ringan seperti motosikal dan kereta manakala enjin diesel lebih sesuai digunakan pada kenderaan berat seperti lori, bas dan kapal disebabkan oleh tork yang dihasilkan adalah lebih tinggi. Terdapat banyak penambahbaikan ke atas rekabentuk enjin bagi meningkatkan keberkesanan dan kuasanya. Enjin kereta sebenarnya ialah antara peranti yang sangat ringkas dan direka menggunakan kitaran pembakaran 4-lejang membabitkan masukan, mampatan, kuasa dan ekzos. Satu kitaran lengkap 4-lejang memerlukan dua kali pusingan aci engkol. Manakala kitaran pembakaran 2-lejang pula memerlukan hanya sekali pusingan aci engkol. Semua lejang itu berlaku dengan secara berulang-ulang dan pantas untuk menjana kuasa, di mana semua bahagian kitaran pembakaran berlaku dalam enjin yang tertutup. 16
OPERASI ENJIN PETROL 4 LEJANG Video animasi enjin 4 lejang [14] Injap masukan dibuka dan injap ekzos ditutup. Omboh bergerak turun ke bawah sehingga paras Bottom Dead Centre (BDC). Campuran petrol dan udara akan memasuki kebuk pembakaran. Kedua-dua injap masukan dan injap ekzos ditutup. Omboh bergerak ke atas sehingga paras Top Dead Centre (TDC) dan memampatkan campuran petrol dan udara dalam kebuk pembakaran. Kedua-dua injap masukan dan injap ekzos ditutup. Palam pencucuh mengeluarkan percikan api dan membakar campuran petrol dan udara. Letupan yang terhasil akan menolak omboh ke bawah sehingga paras Bottom Dead Centre (BDC) pada kelajuan yang tinggi. Tenaga daripada letupan ini membolehkan aci engkol berputar dan seterusnya menggerakkan kenderaan. Injap masukan ditutup dan injap ekzos dibuka. Omboh bergerak ke atas sehingga paras Top Dead Centre (TDC). Gas ekzosyang bersuhu tinggi dan kotor hasil pembakaran di dalam enjin dikeluarkan melalui injap ekzos. Enjin 4 lejang merupakan enjin yang menghasilkan kuasa melalui 4 kali pergerakan omboh ke atas dan ke bawah untuk melengkapkan 1 kitaran dalam silinder. Rajah 2.8: Kitaran enjin 4 lejang [13] 17 Lejang Masukan (Intake Stroke) Lejang Mampatan (Compression Stroke) Lejang Kuasa (Power Stroke) Lejang Ekzos (Exhaust Stroke)
Video animasi enjin 2lejang [16] OPERASI ENJIN PETROL 2 LEJANG Pergerakan omboh ke atas yang menyebabkan tekanan udara di dalam kotak aci engkol menjadi rendah dan seterusnya membolehkan campuran udara, bahan api dan pelincir masuk. Dalam masa yang sama, campuran udara, bahan api dan pelincir dimampatkan disebabkan oleh pergerakan omboh ke atas. Lejang ini bermula apabila campuran udara-bahan api yang terbakar memaksa omboh turun ke bawah untuk menghasilkan kuasa pada enjin. Gerakan omboh akan memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir dan membuka injap masukan dan ekzos. Campuran udara, bahan api serta pelincir yang baru akan masuk ke dalam kebuk pembakaran dan memaksa gas ekzos keluar. Enjin 2 lejang merupakan enjin yang menghasilkan kuasa melalui 2 kali pergerakan omboh ke atas dan ke bawah untuk melengkapkan 1 kitaran dalam silinder. Rajah 2.9: Kitaran enjin 2lejang [15] 18 Lejang Masukan & Mampatan Lejang Kuasa & Ekzos
NAMA KOMPONEN LUKISAN KOMPONEN B. Melayu: Bongkah silinder B. Inggeris: Cylinder block Kepala silinder Cylinder head Omboh Piston Rod penghubung/penyambung Connecting rod Injap Valve Aci sesondol Camshaft Lukiskan komponen asas dalam enjin. 19 LATIHAN PENGUKUHAN
NAMA KOMPONEN LUKISAN KOMPONEN Aci engkol Crankshaft Penakung minyak Oil sump/pan Penuras minyak Oil filter Palam pencucuh Spark plug Gasket Gasket Pancarongga Manifold 20
Untuk membolehkan kenderaan berfungsi dengan baik dan lancar, pelbagai sistem yang terdapat dalam kenderaan akan bekerja mengikut peranan yang telah ditetapkan. Gabungan sistem-sistem inilah yang menghasilkan kenderaan sepertimana yang dapat dilihat dan dirasai oleh pemandu dan penumpang. SISTEM-SISTEM KENDERAAN Rajah 2.10: Sebahagian daripada komponen sistem penghantaran kuasa 21 Ringkasan sistem yang terdapat dalam kenderaan adalah: Sistem pelinciran - Membantu melancarkan pergerakan komponen-komponen dalam enjin. Sistem penyejukan - Mengawal suhu enjin agar berada dalam julat suhu operasiyang optimum. Sistem penyalaan - Mengawal pemasaan percikan api bagi membolehkan pembakaran dalam enjin berlaku dengan sempurna. Sistem elektrik - Membekalkan elektrik kepada peranti elektrik dan elektronik kenderaan. Sistem brek - Berfungsi memberhentikan kenderaan dengan sempurna dan selamat. Sistem ekzos - Mengeluarkan gas ekzos hasil pembakaran dalam enjin dengan mengambilkira faktor pencemaran yang terhasil. Sistem penghantaran kuasa - Menghantar kuasa yang dihasilkan oleh enjin kepada roda kenderaan pada kelajuan dan tork tertentu. Sistem gantungan - Menyerap hentakan daripada gegaran akibat pergerakan kenderaan dan memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang. Sistem stereng - Mengawal arah pergerakan kenderaan. Sistem casis - Kerangka asasyang menyokong keseluruhan berat dan beban kenderaan.
Penyelenggaraan dibahagikan kepada dua jenis iaitu penyelenggaraan berkala dan penyelenggaraan pembetulan. Penyelenggaraan berkala dilakukan pada sela masa atau jarak perbatuan yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Ianya dilaksanakan dengan tujuan bagi mengelakkan atau mencegah kerosakan daripada terjadi. Penukaran minyak pelincir enjin, cecair penyejuk, minyak brek, minyak kotak gear dan minyak stereng kuasa adalah contoh penyelenggaraan berkala yang perlu dititikberatkan. Manakala penyelenggaraan pembetulan pula dilakukan apabila kerosakan atau kegagalan komponen telah terjadi. Contohnya, kegagalan motor kipas radiator untuk berpusing dan menyejukkan radiator. Motor ini perlu diganti dengan segera bagi mengelakkan ianya daripada menjejaskan sistem penyejukan secara keseluruhannya. Mentol lampu signal pula hanya dibuat penyelenggaraan pembetulan dengan menukarnya apabila mentol tersebut telah rosak dan tidak mengeluarkan lampu. Kenderaan yang diselenggara dengan baik boleh memberi penjimatan penggunaan bahan api sehingga 40%. Bayangkan penjimatan kewangan yang boleh diperolehi dalam jangka masa panjang apabila melakukan penyelenggaraan kenderaan secara berkala. [17] TAHUKAH ANDA? PENYELENGGARAAN BERKALA KENDERAAN Rajah 2.11: Mekanik sedang melakukan kerja servis 22 Pergerakan komponen di dalam enjin yang melibatkan geseran dan haba yang tinggi akan menyebabkan berlakunya kehausan dan kerosakan pada komponen tersebut. Contohnya, pergerakan naik dan turun omboh pada kelajuan yang tinggi menyebabkan berlakunya geseran di antara gelang omboh dan dinding bongkah silinder. Begitu juga dengan pergerakan buka dan tutup injap menghasilkan geseran antara permukaan injap yang bersentuh dengan dudukan injap pada kepala silinder. Pembakaran bahan api dalam enjin pula akan menghasilkan karbon yang lama-kelamaan mengotorkan kebuk pembakaran dan minyak enjin. Kesemua ini boleh mengganggu prestasi dan memendekkan jangkahayat enjin. Oleh itu, penyelenggaraan amat penting bagi mengatasi perkara ini. Enjin bolehlah diibaratan seperti jantung bagi kenderaan, dan keutamaan harus diberikan bagi memastikan ianya berfungsi. Selain itu, bahagian-bahagian lain dalam kenderaan juga perlu dibuat penyelenggaraan agar dapat menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang.
BAHAGIAN ITEM JARAK & TEMPOH PENUKARAN ENJIN Minyak enjin Mineral 5,000 km (3 bulan) *bergantung kepada jenama Semi sintetik 5,000 - 7,000 km (6 bulan) *bergantung kepada jenama Sintetik sepenuhnya 7,000 - 10,000 km (6 bulan) *bergantung kepada jenama Penuras minyak Setiap kali penukaran minyak enjin Cecair penyejuk 40,000 km (2tahun) Penapis udara 40,000 km (2tahun) Spark plug 20,000 km (12 bulan) Bateri 2tahun JADUAL PENYELENGGARAAN BERKALA KENDERAAN Penyelenggaraan berkala yang lebih tepat bagi setiap model kenderaan perlulah merujuk kepada manual yang disertakan oleh pengeluar kenderaan. Secara umumnya, contoh jadual penyelengaraan berkala adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 2.1. Jarak dan tempoh masa penukaran yang tepat juga adalah berbeza bergantung kepada jenama dan penggunaan. Ini kerana setiap pengeluar menggunakan teknologi dan spesifikasi yang berbeza bagi menghasilkan produknya. Selain itu, tempoh penyelenggaraan bagi kenderaan yang dipandu dalam cuaca yang ekstrim seperti terlalu panas atau sejuk dan juga kawasan berdebu adalah sedikit berbeza berbanding tempoh penyelenggaraan bagi kenderaan yang dipandu dalam cuaca normal. Jadual2.1: Penyelenggaraan berkala kenderaan 23
BAHAGIAN ITEM JARAK & TEMPOH PENUKARAN TANGKI BAHAN API Penapis bahan api Setiap 6 tahun KOTAK GEAR Minyak gear Automatik 20,000 km (1 tahun) *bergantung kepada jenama Manual 40,000 km (2tahun) *bergantung kepada jenama CVT 40,000 km (2tahun) *bergantung kepada jenama BREK Minyak brek 40,000 km (2tahun) STERENG Minyak stereng kuasa 40,000 km (2tahun) Senaraikan komponen-komponen yang tidak bergerak di dalam enjin. Senaraikan komponen-komponen yang bergerak di dalam enjin. Namakan 2jenis enjin pembakaran dalam. Senaraikan 5 jenis sistem yang terdapat dalam kenderaan. Semasa lejang masukan, injap manakah yang akan dibuka dan ditutup? Semasa lejang kuasa, apakah komponen yang menghasilkan percikan api? Semasa lejang ekzos, injap manakah yang akan dibuka dan ditutup? Mengapa penyelenggaraan berkala perlu dilakukan? Nyatakan jenis-jenis minyak enjin dan tempoh penukarannya. Nyatakan jenis-jenis minyak gear dan tempoh penukarannya. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Jawapan boleh dilihat di muka surat25. 24 TUTORIAL 2
Kepala silinder, bongkah silinder, penakung minyak, penapis minyak, palam pencucuh & gasket. Omboh, rod penghubung, aci engkol, aci sesondol, injap masukan & injap ekzos. Enjin petrol dan enjin diesel. Sistem pelinciran, sistem penyejukan, sistem penyalaan, sistem elektrik & sistem ekzos. Injap masukan dibuka dan injap ekzos ditutup. Palam pencucuh. Injap masukan ditutup dan injap ekzos dibuka. Penyelenggaraan berkala perlu dilakukan bagi mengelakkan atau mencegah kerosakan komponen daripada berlaku. Minyak mineral (5000 km/3 bulan), minyak semi sintetik (5000 - 7000 km/6 bulan) dan minyak sintetik sepenuhnya (7000 - 10000 km/6 bulan). Minyak gear automatik (20000 km/1 tahun), minyak gear manual (40000 km/2 tahun) dan minyak gear CVT (40000 km/2tahun). 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Jawapan Tutorial 2 25
SISTEM ELEKTRIK AUTOMOTIF HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran, pelajar dapat: 1) Mengenal fungsi dan binaan bateri. 2) Mengetahui jenis-jenis ujian pada bateri. 3) Mengetahui kaedah mengecas bateri dan jumper bateri.
Bateri Bateri merupakan salah satu komponen yang sangat penting bagi sistem elektrik pada kenderaan. Kebanyakan kenderaan menggunakan bateri jenis asid plumbum. Bateri automotif adalah dalam kategori boleh dicas berkalikali dan digunakan semula. Ia juga mempunyai jangka hayatyang tertentu. Kebiasaanya selama 2tahun. Fungsi Bateri FUNGSI DAN BINAAN BATERI Membekalkan kuasa elektrik yang diperlukan untuk menghidupkan enjin. Membekalkan kuasa elektrik kepada sistem penyalaan. Bekerja bersama alternator bagi membekalkan kuasa kepada peralatan elektronik dengan membekalkan kuasa tambahan sekiranya bebanan elektrik yang diperlukan melebihi kuasa yang boleh dihasilkan oleh alternator. Membantu mengawal dan menstabilkan voltan bagi mengelakkan berlakunya kerosakan pada aksesori elektrik kenderaan. 27
federalbatteries.com.au beteriku.com Positive Post Vent Test Indicator Vent Negative Post Individual Cell Vent Caps Terminal Posts Connectors 12-volt Battery Case Cell Connectors Cell Wall Sponge Lead (Negative Plate) Porous Separator Lead Dioxide (Positive Plate) Electrolyte soundingsonline.com careta.my Flooded Battery Kebiasaannya digunakan pada kenderaan lama. Perlu ditambah dengan air suling. Penutup di bahagian atas bateri boleh dibuka untuk penambahan air suling dan melihat kuantiti elektrolit dalam bateri. Isipadu elektrolit perlu dipantau agar kuantiti sentiasa mencukupi bagi memastikan bateri berfungsi pada tahap yang optimum. Jangka hayat bateri sekitar 2-3 tahun bergantung kepada penggunaan. Free Maintenance Battery Bateri dengan teknologi baharu yang tidak memerlukan penjagaan rapi. Tidak perlu ditambah dengan air suling. Dikenali juga sebagai bateri Sealed Lead Acid (SLA) di mana elektolit dalam bateri telah dikedap dan tidak akan berkurangan. Jangka hayat bateri ini sekitar 1 1/2-2tahun bergantung kepada penggunaan. JENIS-JENIS BATERI LATIHAN PENGUKUHAN TAHUKAH ANDA Penggunaan air paip untuk mengisi air dalam bateri boleh menjejaskan prestasi bateri kerana air paip mengandungi mineral terlarutyang boleh bertindak balas dengan elektrolit. Ia boleh digunakan semasa kecemasan apabila anda tidak mempunyai pilihan lain, tetapi jika digunakan terlalu banyak, ia boleh memendekkan hayat bateri. Kebanyakan bateriyang digunakan pada kenderaan adalah jenis asid plumbum. Jangka hayat normal bagi kebanyakan bateri ialah selama 5 tahun. Di antara fungsi bateri ialah bagi membekalkan kuasa elektrik untuk menghidupkan enjin. Bateri kenderaan hanya dipakai sekali sahaja dan tidak boleh dicas semula. Bateri free maintenance mempunyai penutup untuk mengisi air suling. Betul Salah Betul Salah Salah Pilih jawapan betul atau salah berdasarkan kenyataan yang diberi. 1. 2. 3. 4. 5. Jawapan Latihan Pengukuhan 1. 2. 3. 4. 5. 28 Betul/Salah Betul/Salah Betul/Salah Betul/Salah Betul/Salah Rajah 3.1: Binaan flooded battery[18] & [19] Rajah 3.2: Binaan free maintenance battery[20] & [21]
GAMBAR PENERANGAN LANGKAH-LANGKAH 1. Setkan suisvoltan kepada julatyang sesuai pada multimeter. 2. Sentuhkan probe positif dan negatif pada terminal bateri dan mendapatkan bacaan voltan bateri. Nota: Bateri dalam keadaan baik (cas 100%) akan memberi bacaan 12.6V ke atas. 3. Hidupkan enjin dan perhatikan bacaan voltan bateri. Voltan akan turun semasa enjin diengkol dan naik kembali setelah enjin dihidupkan. Nota: Bateri dalam keadaan baik tidak akan turun kurang daripada 9.6V semasa diengkol dan akan naik di antara 13.7 – 14.7V setelah enjin dihidupkan. UJIAN BATERI, MENGECAS BATERI DAN JUMPER Jadual3.1: Ujian voltan menggunakan multimeter Kesihatan bateri boleh diuji menggunakan pelbagai kaedah. Di antara kaedah tersebut ialah: Ujian voltan menggunakan multimeter (Jadual3.1). Ujian voltan menggunakan batteryload tester (Jadual3.2). Ujian ketumpatan elektrolit menggunakan hidrometer (Jadual3.3). Bateriyang lemah boleh dicas semula menggunakan battery charger (Jadual3.4). Bateriyang lemah pada kenderaan pula boleh dihidupkan dengan menggunakan bantuan jumper (Jadual3.5). 29
GAMBAR PENERANGAN LANGKAH-LANGKAH 1. Sentuhkan probe positif dan negatif battery load tester pada terminal bateri dan perhatikan bacaan voltan bateri. Nota: Bateri dalam keadaan baik berada dalam julat berwarna hijau. 2. Hidupkan suis engkol di battery load tester dan perhatikan bacaan voltan. Bateri dalam keadaan baik berada dalam julat berwarna hijau. Tips keselamatan: Suis engkol tidak boleh ditekan melebihi 10 saat bagi mengelakkan panas melampau pada gegelung. Jadual3.2: Ujian voltan menggunakan batteryload tester 30
GAMBAR PENERANGAN LANGKAH-LANGKAH 1. Buka penutup bateri dan celupkan bahagian hujung hidrometer untuk mengambil air bateri. 2. Perhatikan jumlah pelampung yang timbul bagi menentukan peratusan casyang ada pada bateri. 4 pelampung timbul - cas 100% 3 pelampung timbul - cas 75% 2 pelampung timbul - cas 50% 1 pelampung timbul - cas25% 0 pelampung timbul - cas 0% Bateri dalam keadaan baik mempunyai cas di antara 75 - 100%. 3. Masukkan kembali air bateri ke dalam selnya. 4. Ulang langkah 1-3 bagi sel bateriyang lain. Jadual3.3: Ujian ketumpatan elektrolit menggunakan hidrometer 31
GAMBAR PENERANGAN LANGKAH-LANGKAH 1. Jarakkan bateri dan pengecas. 2. Sambungkan klip buaya positif dan negatif pengecas pada terminal bateri. 3. Setkan mod mengecas kepada slow, medium atau fast charge.Jarum ampere menunjukkan bacaan arusyang masuk ke dalam bateri. 4. Tempoh masa mengecas bergantung kepada mod yang dipilih dan keadaan bateri. Tempoh mengecas yang terbaik ialah pada mod slow (10-24 jam). 5. Tanggalkan klip buaya negatif dan positif setelah bateri dicas sepenuhnya (jarum ampere berada pada bacaan 0). Jadual3.4: Kaedah mengecas bateri menggunakan battery charger 32
GAMBAR PENERANGAN LANGKAH-LANGKAH 1. Letakkan kedua-dua kenderaan berdekatan dan matikan enjin. Nota: Kuasa bateri booster mestilah lebih tinggi daripada kuasa bateri kenderaan yang lemah. 2. Sambungkan kabel positif jumper kepada terminal postif bateriyang lemah. 3. Sambungkan kabel positif jumper kepada terminal postif bateri booster. 4. Sambungkan kabel negatif jumper kepada terminal negatif bateri booster. Jadual3.5: Kaedah jumper bateri 33
GAMBAR PENERANGAN LANGKAH-LANGKAH 5. Sambungkan kabel negatif jumper kepada badan kenderaan yang tidak bercat. 6. Kedudukan sambungan kabel jumper. 7. Hidupkan enjin kenderaan booster. Tunggu beberapa minit. 8. Hidupkan enjin kenderaan bateriyang lemah. 9. Tanggalkan kabel jumper mengikut urutan berlawanan. 10. Biarkan enjin hidup selama beberapa minit. 34
Laksanakan ujian voltan menggunakan multimeter pada sebuah bateri di kereta. Perhatikan bacaan voltan yang diberi oleh multimeter. Perhatikan bacaan voltan sebelum dan semasa enjin dihidupkan. Adakah bateri tersebut boleh digunakan lagi? Laksanakan ujian voltan menggunakan battery load tester. Perhatikan julat jarum. Adakah bateri boleh digunakan lagi? Laksanakan ujian ketumpatan elektrolit dengan menggunakan hidrometer. Perhatikan jumlah pelampung yang timbul. Adakah bateri boleh digunakan lagi? Periksa aras air bateri dan adakah perlu ditambah air bateri? Adakah air paip boleh digunakan untuk mengisi air bateri? 1. 2. 3. 4. 5. Rujuk Jadual3.1 Ujian voltan menggunakan multimeter. Rujuk Jadual3.2 Ujian voltan menggunakan batteryload tester. Rujuk Jadual3.3 Ujian ketumpatan elektrolit menggunakan hidrometer. Air bateri perlu ditambah sekiranya kurang daripada garisan minimum. Air paip tidak boleh digunakan kerana mengandungi mineral yang boleh menjejaskan prestasi bateri. 1. 2. 3. 4. 5. 35 TUTORIAL 3 Jawapan Tutorial 3
SISTEM PELINCIRAN ENJIN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran, pelajar dapat: 1) Mengenal fungsi dan kendalian sistem pelinciran enjin. 2) Mengenal komponen-komponen sistem pelinciran enjin. 3) Mengetahui penyelenggaraan berkala sistem pelinciran enjin.
Semasa enjin kenderaan sedang beroperasi, komponenkomponen dalam enjin seperti omboh, rod penghubung, aci engkol dan aci sesondol akan bergerak dengan kelajuan yang tinggi. Pergerakan ini menghasilkan geseran dan seterusnya haba yang boleh menyebabkan kehausan serta kerosakan pada komponen-komponen enjin tersebut. Di samping itu, pembakaran yang berlaku dalam enjin juga turut menghasilkan haba dan kotoran karbon. Bagi membolehkan enjin kenderaan bergerak dengan lancar, geseran dan haba ini haruslah dikurangkan. Oleh itu, sistem pelinciran diperlukan bagi tujuan ini. Secara ringkasnya, sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin bagi: Membekalkan minyak pelincir ke bahagian-bahagian enjin yang bergerak seperti crankshaft (aci engkol), piston (omboh), connecting rod (rod penyambung), mekanisme valve (injap) dan gear. Mengurangkan geseran dan kehausan. Membantu menyejukkan bahagian enjin yang bergerak. Membersihkan enjin. Menyerap bunyi bising yang dihasilkan oleh pembakaran dalam enjin. Meningkatkan kedapan antara gelang omboh dengan silinder enjin. KEPENTINGAN SISTEM PELINCIRAN Video animasi sistem pelinciran [22] Rajah 4.1: Pengisian minyak pelincir/enjin Rajah 4.2: Minyak pelincir dalam enjin OPERASI SISTEM PELINCIRAN 37 Pam menyedut minyak enjin dari oil sump dan mengepamnya ke penuras minyak pada tekanan yang tinggi. Minyak yang telah ditapis akan memasuki galeri minyak untuk memberi pelinciran kepada komponen enjin. Minyak enjin dari galeri utama mengalir melalui lubang minyak yang terdapat pada aci engkol dan bearing untuk memberikan pelinciran. Penyembur minyak pada galeri pula akan menyemburkan minyak pada omboh dan gelang omboh. Lapisan nipis minyak enjin yang menyeliputi sekeliling dinding silinder akan memberikan pelinciran. Di bahagian kepala silinder, penyembur minyak membantu memberi pelinciran pada aci sesondol, injap dan spring. Setelah selesai memberi pelinciran kepada komponen-komponen enjin, minyak mula mengalir ke bawah untuk dikumpulkan kembali di oil sump. Video animasi sistem pelinciran adalah seperti di bawah.
Soalan 1 Tandakan jawapan yang betul. Apakah fungsi sistem pelinciran di dalam enjin kenderaan? a) Menyejukkan enjin agar dapat beroperasi pada suhu yang sesuai. b) Mengurangkan geseran dan kehausan pada komponen/bahagian enjin yang bergerak. c) Menukarkan gas berbahaya yang keluar daripada enjin kepada gasyang kurang beracun. d) Membakar campuran udara dan bahan api di dalam enjin. Soalan 2 Isikan tempat kosong berikut dengan perkataan/istilah yang tepat bagi menerangkan tujuan sistem pelinciran: a) Membekalkan minyak pelincir ke bahagian-bahagian enjin yang bergerak seperti , , dan b) Mengurangkan dan c) Membantu bahagian enjin yang bergerak. d) enjin. e) Menyerap yang dikeluarkan oleh enjin. f) Meningkatkan kedapan antara dengan enjin. LATIHAN PENGUKUHAN Soalan 1 Apakah fungsi sistem pelinciran di dalam enjin kenderaan? b) Mengurangkan geseran dan kehausan pada komponen/bahagian enjin yang bergerak. Soalan 2 a) crankshaft (aci engkol), piston (omboh), connecting rod (rod penyambung), mekanisme valve (injap) dan gear. b) geseran, kehausan. c) menyejukkan d) Membersihkan e) bunyi bising f) gelang omboh, silinder 38 JAWAPAN LATIHAN PENGUKUHAN
KOMPONEN SISTEM PELINCIRAN Rajah 4.4: Paras minyak enjin pada dipstik Rajah 4.3: Minyak enjin Rajah 4.5: Minyak enjin mineral, semi synthetic dan fullysynthetic Rajah 4.6: Penuras minyak 39 Minyak Enjin (Engine Oil) Fungsi minyak enjin adalah untuk melancarkan pergerakan komponen-komponen dalam enjin. Secara umumnya terdapat 3 jenis minyak enjin iaitu mineral, semi synthetic dan fully synthetic. Setiap jenis minyak ini mempunyai tempoh penggunaan yang berbeza. Misalnya, minyak enjin mineral perlu ditukar pada setiap 5000 km perbatuan. Manakala, minyak semi synthetic ditukar pada setiap 5000 - 7000 km dan minyak fully synthetic pula di antara 7000 - 10000 km. Walaubagaimanapun, tempoh penukaran minyak ini bergantung juga kepada pengeluar dan spesifikasi lain yang ditetapkan. Penuras Minyak (Oil Filter) Fungsi penuras minyak ialah menapis kotoran dalam minyak enjin seperti karbon hasil pembakaran dan serpihan logam. Di dalam penuras minyak, terdapat jaring-jaring penapis yang akan menyekat kotoran daripada melepasinya. Penuras minyak perlu ditukar secara berkala bersama-sama dengan minyak enjin kerana jaring penapis ini boleh tersumbat setelah digunakan dalam jangka masa yang lama. Kehausan pada pam minyak dan permukaan bearing boleh berlaku jika penapis tersumbat dan menggangu perjalanan minyak enjin.
Rajah 4.7: Penakung minyak Rajah 4.8: Pam minyak Rajah 4.9: Suis tekanan minyak 40 Penakung Minyak (Oil Sump) Fungsi penakung minyak ialah untuk menakung minyak pelincir sebelum minyak tersebut dihantar semula ke bahagian enjin yang bergerak. Ianya juga berfungsi untuk menyejukkan minyak enjin dengan membebaskan haba ke udara sekeliling. Di bahagian bawahnya terdapat palam salir minyak (drain plug) bagi mengeluarkan minyak enjin yang lama semasa proses penukarannya. Pam Minyak (Oil Pump) Menyedut minyak enjin daripada penakung minyak untuk dihantar ke seluruh bahagian enjin yang bergerak. Suis Tekanan Minyak (Oil Pressure Switch) Menghantar isyarat kepada pemandu sekiranya tekanan minyak pelincir rendah.
Minyak enjin perlu ditukar secara berkala bagi mengelakkan kerosakan pada enjin. Ini adalah kerana, pembakaran yang berlaku di dalam enjin akan menghasilkan haba dan kotoran yang menyebabkan kualiti minyak merosot. Geseran antara gelang omboh dengan silinder enjin, bearing dengan aci akan menghasilkan serpihan besi-besi halus. Ianya perlulah dikeluarkan dan diganti dengan minyak dan penapisyang baru. GAMBAR PENERANGAN LANGKAH-LANGKAH 1. Matikan enjin kenderaan. 2. Angkat kenderaan dengan menggunakan jek dan gunakan penahan jek untuk menahan kenderaan. Tips keselamatan: Berhati-hati semasa melakukan kerja mengangkat kenderaan. 3. Letakkan bekas takungan minyak enjin di bawah oil sump (bahagian palam salir minyak). 4. Buka palam salir minyak dengan menggunakan wrench dengan saiz soketyang sesuai dan biarkan minyak enjin keluar. 5. Buka oil filter dengan menggunakan oil filter wrench. 6. Buka penutup oil filler. 7. Biarkan sehingga minyak enjin keluar sepenuhnya. PENYELENGGARAAN BERKALA Jadual 4.1: Mengeluarkan minyak enjin dan penuras minyak 41