The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSA, 2023-07-05 10:40:26

EBOOK ASAS AUTOMOTIF

EBOOK ASAS AUTOMOTIF

Keywords: Automotif

GAMBAR PENERANGAN LANGKAH-LANGKAH 8. Buka penutup oil filler. 9. Biarkan sehingga minyak enjin keluar sepenuhnya. GAMBAR PENERANGAN LANGKAH-LANGKAH 1. Pasangkan drain plug pada oil sump dan ketatkan. 2. Sapukan sedikit minyak enjin pada bahagian O-ring oil filteryang baru. Jadual 4.2: Mengisi minyak enjin dan memasang penuras minyak 42


GAMBAR PENERANGAN LANGKAH-LANGKAH 3. Pasangkan oil filter dan ketatkan. 4.Jek kenderaan turun. 5. Tuang minyak enjin melalui oil filler dengan menggunakan corong. 6. Periksa dipstick dan pastikan kuantiti minyak enjin berada di antara aras minimum dan maksimum. 7. Hidupkan enjin dan periksa jika ada sebarang kebocoran. 43


NAMA KOMPONEN LUKISAN KOMPONEN Penuras minyak Pam minyak Suis tekanan minyak Soalan 1 Lukiskan komponen sistem pelinciran berikut: TUTORIAL 4 Jawapan boleh dilihat di muka surat 45. 44 Soalan 2 Senaraikan peralatan yang diperlukan untuk kerja servis minyak enjin. Soalan 3 Nyatakan arah pusingan untuk membuka dan memasang drain plug. Soalan 4 Nyatakan jenis-jenis minyak enjin yang terdapat di pasaran. Soalan 5 Berapakah tempoh penukaran bagi setiap jenis minyak enjin pada soalan 4 di atas?


Jawapan Tutorial 4 45 Sepana/socket wrench, oil filter wrench, bekas takungan minyak, jek, penahan jek dan corong. Buka - lawan pusingan jam Pasang - ikut pusingan jam Minyak enjin mineral, semi synthetic dan fullysynthetic. Minyak enjin mineral - 5000 km Minyak enjin semi synthetic - 5000 - 7000 km Minyak enjin fullysynthetic - 7000 - 10000 km Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5


SISTEM PENYEJUKAN ENJIN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran, pelajar dapat: 1) Mengenal fungsi dan kendalian sistem penyejukan enjin. 2) Mengenal komponen-komponen sistem penyejukan enjin. 3) Mengetahui penyelenggaraan berkala sistem penyejukan enjin.


Pembakaran bahan api yang berlaku di dalam enjin akan menghasilkan haba. Haba ini pula akan meningkatkan suhu enjin. Namun, enjin perlu berada pada suhu di antara 80°C sehingga 100°C supaya dapat beroperasi dengan optimum. Oleh itu, sistem penyejukan berfungsi untuk menyejukkan enjin agar dapat beroperasi pada suhu yang sesuai. Ini adalah kerana enjin yang terlalu panas akan menyebabkan berlakunya kerosakan manakala enjin yang terlalu sejuk pula tidak berupaya untuk menghasilkan kuasa optimum. Secara ringkasnya, sistem penyejukan merupakan sistem yang penting di dalam enjin bagi: Mengeluarkan haba yang berlebihan dari enjin. Mengawal dan mengekalkan suhu operasi enjin. Meningkatkan suhu enjin ke parasyang optimum secepat mungkin. Memastikan suhu komponen-komponen enjin yang bergerak tidak melebihi suhu yang boleh merosakkan kualiti minyak pelincir. KEPENTINGAN SISTEM PENYEJUKAN Jenis-jenis sistem penyejukan: 1) Sistem penyejukan cecair – menggunakan cecair sebagai medium penyejukan enjin. 2) Sistem penyejukan udara – menggunakan sirip penyejuk untuk menyejukkan enjin. Rajah 5.1: Sistem penyejukan [23] 47


Kebanyakan kenderaan menggunakan sistem penyejukan cecair dalam enjin berbanding sistem penyejukan udara. Rajah 5.2 menunjukkan aliran cecair penyejukan dan komponen-komponen yang terlibat dalam sistem penyejukan. Semasa enjin baru dihidupkan, suhu enjin adalah rendah. Pada ketika ini, cecair penyejuk akan mengalir di sekeliling silinder enjin sahaja. Apabila suhu enjin meningkat di antara 80°C sehingga 90°C, termostat akan dibuka bagi membolehkan cecair penyejuk mengalir dari enjin ke radiator yang digerakkan oleh pam air. Di radiator, haba yang tinggi ini dikeluarkan ke persekitaran dengan bantuan kipas dan aliran udara di luar enjin. OPERASI SISTEM PENYEJUKAN CECAIR Rajah 5.2: Operasi sistem penyejukan [24] 48 Video animasi sistem penyejukan [25] Kepala silinder boleh menjadi bengkok jika suhu enjin terlalu panas disebabkan oleh kegagalan sistem penyejukan. Kos untuk membaikpulih enjin ini adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan kos penyelenggaraan berkala sistem penyejukan. TAHUKAH ANDA?


Radiator Cecair penyejuk dari jaket air di sekeliling silinder enjin akan memasuki radiator di bahagian atas, disejukkan dan dibekalkan semula ke dalam enjin. Radiator berfungsi untuk menurunkan suhu pada cecair penyejuk ini dengan bantuan sirip penyejuk yang mempunyai luas permukaan yang besar. Cecair penyejuk dari bahagian atas akan yang turun ke bawah melalui tiub-tiub halus dan seterusnya haba dipindahkan ke sirip penyejuk. Seterusnya, aliran udara daripada pusingan kipas di bahagian hadapan radiator dan angin hasil pergerakan kenderaan akan menyingkirkan haba ini ke persekitaran. Cecair yang telah disejukkan dan berada di dasar radiator akan memasuki semula jaket air enjin untuk mengulangi proses yang sama. Di bahagian bawah radiator juga terdapat palam bagi membolehkan cecair penyejuk dikeluarkan semasa proses penukarannya. Penutup Tekanan (Pressure Cap) Mengawal tekanan cecair penyejuk apabila berlaku perubahan suhu bagi mengelakkan kerosakan pada radiator dan hos. Spring pada penutup merupakan bahagian penting yang mengawal tekanan ini. KOMPONEN SISTEM PENYEJUKAN 49 Rajah 5.3: Radiator Rajah 5.4: Penutup tekanan


Tangki Takungan (Reserve Tank) Isipadu cecair penyejuk akan bertambah apabila suhu meningkat dan berkurangan apabila suhu berkurangan. Fungsi reserve tank ini adalah bagi menyimpan cecair penyejuk daripada radiator apabila suhu meningkat dan menyalurkan kembali cecair penyejuk ke radiator apabila suhu menurun. Hos Atas Menghubungkan inlet di bahagian atas radiator ke enjin. Diperbuat daripada getah dan perlu ditukar apabila berlaku kebocoran selepas beberapa tahun digunakan. Hos Bawah Menghubungkan outlet di bahagian bawah radiator ke water pump. 50 Rajah 5.7: Hos bawah Rajah 5.5: Tangki takungan Rajah 5.6: Hos atas


Pam Air Pam air dipasang di sebelah sisi bongkah enjin dan digerakkan oleh tali sawat. Ianya berfungsi dengan mengalirkan cecair penyejuk dari radiator ke dalam ruang jaket air di sekitar silinder enjin dan menghantarnya kembali ke radiator. Kitaran ini berlaku secara berterusan bagi mengekalkan suhu operasi enjin. Kipas Radiator Kipas akan berputar apabila kenaikan suhu pada cecair penyejuk melebihi suhu operasi enjin. Kipas yang dipacu oleh motor elektrik akan menarik udara di hadapan enjin bagi menyejukkan cecair di dalam radiator. Larasuhu (Thermostat) Thermostat bertindak seperti pintu yang mengawal buka dan tutup laluan cecair penyejuk di antara enjin dan radiator. Fungsi utama termostat ialah bagi membolehkan enjin dipanaskan dengan cepat dan mengekalkan suhu operasi enjin. Apabila suhu enjin sejuk, injap pada thermostat akan ditutup supaya penyejuk hanya bergerak di ruangan enjin. Apabila suhu enjin meningkat, barulah injap dibuka dan penyejuk boleh mengalir masuk ke radiator bagi menyingkirkan haba yang berlebihan itu. 51 Rajah 5.8: Kipas radiator Rajah 5.9: Pam air Rajah 5.10: Larasuhu


LATIHAN PENGUKUHAN 52 1. Betul 2. Salah 3. Betul 4. Betul 5. Salah (Betul / Salah) Pembakaran bahan api dalam enjin menghasilkan haba. Suhu operasi enjin adalah di antara 60°C -80°C. (Betul / Salah) Suhu enjin perlu dikawal supaya berada pada julat optimum. Sistem penyejukan cecair menggunakan sirip penyejuk sebagai medium penyejukan. Enjin yang terlalu panas boleh menyebabkan kerosakan. Termostat akan sentiasa dibuka bagi memberi laluan kepada cecair penyejuk memasuki radiator. Kipas radiator berfungsi menarik udara di hadapan enjin bagi menyejukkan cecair di dalam radiator. Pam air berfungsi untuk menggerakkan air dari radiator ke ruangan jaket air di sekeliling silinder enjin. Tangki takungan berfungsi menyimpan cecair penyejuk daripada radiator apabila suhu meningkat dan menyalurkan kembali cecair penyejuk ke radiator apabila suhu menurun. Spring pada penutup tekanan berfungsi untuk memudahkan penutup dibuka. (Betul / Salah) (Betul / Salah) (Betul / Salah) (Betul / Salah) (Betul / Salah) (Betul / Salah) (Betul / Salah) (Betul / Salah) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 6. Salah 7. Betul 8. Betul 9. Betul 10. Salah JAWAPAN LATIHAN PENGUKUHAN


Cecair penyejuk perlu ditukar selepas cukup tempoh penggunaan (40,000 km / 2 tahun) kerana kualitinya telah merosot di mana cecair penyejuk tidak lagi berupaya untuk mengurangkan suhu enjin dengan baik. Selain itu, karatan dalam enjin perlu dikeluarkan daripada sistem penyejukan. GAMBAR PENERANGAN LANGKAH-LANGKAH 1. Buka bonet. Pastikan enjin berada dalam keadaan sejuk. 2. Buka penutup tekanan pada radiator. 3. Periksa keadaan cecair penyejuk. PENYELENGGARAAN BERKALA Jadual 5.1: Penukaran cecair penyejuk 53


GAMBAR PENERANGAN LANGKAH-LANGKAH 4. Keluarkan tangki simpanan dan cuci dengan menggunakan air. 5. Buka drain plug di bahagian bawah radiator untuk mengeluarkan cecair penyejuk. 6. Keluarkan cecair penyejuk daripada radiator sehingga habis. 7. Masukkan air ke dalam radiator. Hidupkan enjin supaya pam air berfungsi. Biarkan selama 2 minit. 54


GAMBAR PENERANGAN LANGKAH-LANGKAH 8. Biarkan air mengalir keluar melalui bawah tangki radiator. Tutup pili air dan biarkan air keluar sehingga habis. 9. Pasang semula drain plug dengan kemas. Elakkan memasang terlalu ketat sehingga merosakkan ulir skru. 10. Pasang semula tangki cecair penyejuk. 11. Tuang cecair penyejuk yang baru dan air ke dalam radiator dengan nisbah 50:50. 12. Tutup semula penutup tekanan radiator. 13. Tambah cecair penyejuk ke dalam tangki sehingga paras maksimum. 55


TUTORIAL 5 Namakan dua jenis sistem penyejukan. Senaraikan komponen-komponen dalam sistem penyejukan. Apakah fungsi pam air? Apakah fungsi kipas radiator? Apakah fungsi penutup tekanan? Mengapa penukaran cecair penyejuk perlu dilakukan? Apakah yang akan berlaku sekiranya cecair penyejuk tidak ditukar mengikut tempoh yang ditetapkan? Nyatakan peralatan yang diperlukan bagi melaksanakan penukaran cecair penyejuk. Komponen apakah yang perlu dibuka bagi mengeluarkan cecair penyejuk dari dalam radiator? Berapa banyakkah nisbah campuran cecair penyejuk dan air yang diperlukan yang perlu dimasukkan ke dalam radiator? Sistem penyejukan cecair dan sistem penyejukan udara. Radiator, penutup tekanan, tangki takungan, hos atas, hos bawah, kipas radiator, pam air dan thermostat. Mengalirkan cecair penyejuk dari radiator ke dalam ruang jaket air di sekitar silinder enjin dan menghantarnya kembali ke radiator. Menarik udara di hadapan enjin bagi menyejukkan cecair di dalam radiator. Mengawal tekanan cecair penyejuk apabila berlaku perubahan suhu bagi mengelakkan kerosakan pada radiator dan hos. Cecair penyejuk yang telah lama tidak lagi berupaya untuk mengurangkan suhu enjin dengan baik. Selain itu, karatan dalam enjin perlu dikeluarkan daripada sistem penyejukan. Suhu enjin boleh meningkat melebihi suhu optimum dan enjin menjadi terlalu panas. Playar dan drain pan. Drain plug. 50% cecair penyejuk : 50% air. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 56 JAWAPAN TUTORIAL 5


BIBLIOGRAFI 57 Ahmad Taufiq Wafi Bin Abd Ghani, Ab Hakim Bin Ab Halim, Mohd Fikri Bin Mohd Soffian. (2021). Automotive Technology. Politeknik Port Dickson. 1st Edition. Halderman,J.D. (2012). Automotive Technology. Prentice Hall. 4th Edition. Abu Bakar Md.Jelas, Periasamy A/L Periyasamy, Md Sukri Yasin. (2015). Automotif Kenderaan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Bahaman Mohd. Rajuli. (2006). Teknologi Automotif. International Book Service. May, E., Simpson, L. (2007). Automotive Mechanics. Mc. Graw Hill Australia PtyLimited. 7th Edition. www.canva.com How to Use a Ratchet diakses pada 17/9/2022 dipautan https://m.youtube.com/watch?v=s9XkCs8N1Z8 Automotive Tools for Beginners diakses pada 17/9/2022 dipautan https://m.youtube.com/watch? v=YrwDDnXBG3c Fact For Tools diakses pada 18/9/2022 dipautan https://www.spekuma.se/en/company/facts-abouttools/ How a Car Engine Works diakses pada 17/9/2022 dipautan https://www.youtube.com/watch? v=ZQvfHyfgBtA How Car Engine Works diakses pada 17/9/2022 dipautan https://www.youtube.com/watch? v=DKF5dKo_r_Y Petrol (Gasoline) Engine vs Diesel Engine diakses pada 17/9/2022 dipautan https://www.youtube.com/ watch?v=bZUoLo5t7kg Four Stroke Diesel Engine diakses pada 20/10/2022 dipautan https://kids.britannica.com/students/ assembly/view/19423 4 Stroke Engine Working Animation diakses pada 17/9/2022 dipautan https://www.youtube.com/watch? v=Pu7g3uIG6Zo Two Strokes Cycle diakses pada 14/9/2022 dipautan https://www.britannica.com/technology/gasolineengine/Two-stroke-cycle#/media/1/226592/1386 Two-stroke engine - How it works! (Animation) diakses pada 17/9/2022 dipautan https://www.youtube.com/watch?v=Z6YC3I54so4 5 Reasons Why Vehicle Maintenance isImportant diakses pada 23/9/2022 dipautan https://medium.com/@autoladysynergy/5-reasons-why-vehicle-maintenance-is-important-4792f4f84264 BatteryTypes diakses pada 4/9/2022 dipautan https://www.soundingsonline.com/boat-shop Info Berkenaan Bateri Yang Perlu Anda Tahu diakses pada 4/9/2022 dipautan https://careta.my What is a Maintenance Free Battery? Diakses pada 4/9/2022 dipautan https://federalbatteries.com.au Info Bateri Myvi diakses pada 4/9/2022 dipautan https://www.bateriku.com/battery-myvi How Engine Lubrication System Works diakses pada 20/9/2022 dipautan https://www.youtube.com/ watch?v=mmmcj53TNic How to Choose A Radiator For Your Vehicle diakses pada 20/9/2022 dipautan https://www.cjponyparts.com/resources/car-radiator-guide Cooling System diakses pada 20/9/2022 dipautan https://www.britannica.com/technology/automobile /Cooling-system#/media/1/44957/93028 How Car Cooling System Works diakses pada 20/9/2022 dipautan https://www.youtube.com/watch? v=V7inC4lOpGs [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


AUTOMOTIF A S A S Ahmad Fakaruddin bin Mohd Fauzi merupakan pensyarah kanan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Beliau berpengalaman mengajar bidang automotif selama lapan tahun dan terlibat secara aktif dalam pembangunan kurikulum. Selaku penyelaras kursus bidang automotif beliau juga banyak menghasilkan nota pengajaran dan penulisan kertas ilmiah untuk penyelidikan dan penerbitan dalam dan luar negara. Buku ini dihasilkan untuk kegunaan pelajar bidang kejuruteraan khususnya bidang automotif. Ia ditulis mengikut sukatan silibus kursus Sijil Penyenggaraan Mekanikal di politeknik dan kolej komuniti. Kandungan buku ini disusun dengan sistematik dan antara topik yang disentuh ialah berkenaan Alatan Tangan Automotif, Asas Enjin & Kenderaan, Sistem Elektrik Automotif, Sistem Pelinciran Enjin dan Sistem Penyejukan Enjin. Buku ini juga sesuai digunakan sebagai rujukan asas untuk semua golongan untuk lebih memahami sistem dan komponen utama dalam automotif. Merujuk kepada kandungan silibusyang dibangunkan oleh Nota yang komprehensif beserta ilustrasi. Set soalan pengukuhan dan tutorial berserta jawapan yang lengkap pada setiap topik. Pautan video bagi meningkatkan lagi kefahaman. KEISTIMEWAAN BUKU Nurul Izza binti Redzuan merupakan pensyarah jurubahasa isyarat bagi pelajar bekeperluan khas (pendengaran) yang telah berkhidmat di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah seawal kerjayanya. Sehingga kini beliau banyak menghasilkan grafik bagi buku rujukan dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan dan teknologi. Nurus Sadiqin binti Abdul Razak Khan merupakan pensyarah bidang kejuruteraan khususnya mekatronik di beberapa politeknik dan kini merupakan Ketua Program Sijil Kemahiran Penyenggaraan Mekanikal yang ditawarkan hanya kepada pelajar berkeperluan khas (pendengaran). Beliau banyak terlibat dengan pengurusan dan pembangunan kurikulum program dan mempunyai minat yang tinggi dalam bidang penulisan dan penyelidikan. Terbitan:


Click to View FlipBook Version