The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kerjafaza, 2021-10-26 01:37:18

PROJEK PKE FAZA

PROJEK PKE FAZA

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Projek yang dipilih untuk Kerja Kursus Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik ini adalah menghasilkan tabung yang mempunyai pelbagai fungsi automatik
yang dinamakan sebagai Coin Bank. Litar yang digunakan dalam projek ini
mengandungi Arduino UNO, Paparan LCD 20x4, 3 unit Penderia Infrared, 3 unit LED,
2 unit motor servo dan buzzer.

Produk ini juga berupaya untuk mengasingkan wang syiling mengikut kategori
nilai matawang yang dimasukkan ke dalam tabung, mengira bilangan wang syiling
yang telah dimasukkan bagi setiap kategori, seterusnya menjumlahkan nilai
keseluruhan wang yang telah dimasukkan ke dalam tabung menggunakan fungsi
pengiraan aritmetik.

Bilangan wang syiling bagi setiap kategori serta jumlah keseluruhan wang yang
berjaya dikumpul dipaparkan melalui paparan skrin LCD 20x4 yang digunakan. Selain
itu, paparan LCD ini juga dapat memaparkan pelbagai maklumat sampingan seperti
maklumat personal pengguna, jumlah wang yang disasarkan dan arahan penggunaan
produk.

Coin Bank yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri khas yang direka untuk menarik
minat pengguna untuk menabung secara konsisten. Sekiranya pengguna dapat
menyimpan sejumlah wang sebagaimana yang disasarkan, 4 jenis komponen akan
dijadikan sebagai indikator yang akan memaklumkan kepada pengguna tentang
kejayaan tersebut. Indikator pertama, paparan LCD 20x4 akan memaparkan
perkataan “Congratulation!! Target Achieved”. Sebagai indikator kedua, 3 unit LED
berwarna biru, merah dan kuning akan berkelip secara bergilir-gilir. Selain itu, indikator
ketiga pula ialah buzzer yang akan mengeluarkan bunyi menggunakan frekuensi yang
berbeza-beza. Indikator keempat pula ialah 2 unit motor servo akan bergerak dari 0°
ke 180° dan dari 0° ke 270° untuk menggerakkan lengan artifak yang dibina.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Terdapat 4 pernyataan masalah yang dikenalpasti sebelum membangunkan produk
ini iaitu :

1.2.1 Pengguna menghadapi kesukaran untuk mengira wang yang telah
terkumpul di dalam tabung.

Apabila menggunakan tabung konvensional, pengguna terpaksa mengira
wang yang terkumpul menggunakan kaedah pengiraan secara manual. Kaedah ini
mengambil masa yang lama dan pengguna cenderung untuk melakukan kesilapan
ketika mengira. Coin Bank dibangunkan untuk membolehkan setiap wang syiling
yang disimpan di dalam tabung dikira secara automatik.

1.2.2 Pengguna menghadapi kesukaran untuk mengasingkan wang mengikut
kategori nilai wang syiling.

Tabung konvensional tidak mempunyai fungsi mengasingkan wang syiling
mengikut kategorinya. Oleh yang demikian, pengguna terpaksa mengambil masa
yang lama untuk mengasingkannya secara manual.

1.2.3 Pengguna tidak dapat mengetahui jumlah wang semasa yang tersimpan
di dalam tabung.

Pengguna tidak dapat mengetahui jumlah wang semasa yang tersimpan di
dalam tabung. Oleh yang demikian, pengguna cenderung untuk membuka tabung
dengan kerap kerana didorong oleh perasaan ingin tahu jumlah wang yang telah
terkumpul. Coin Bank dibina dengan memasukkan unsur paparan nilai wang semasa
yang telus agar dapat memberi maklumat kepada pengguna tentang jumlah wang
yang telah terkumpul di dalam tabung tanpa perlu membukanya terlebih dahulu.

1.2.4 Penggunaan tabung konvensional kurang memberi daya tarikan kepada
Pengguna untuk menabung.

Kebanyakan tabung yang terdapat di pasaran hanya menekankan nilai estetika
atau rekabentuk yang menarik. Oleh yang demikian, selain mementingkan aspek
rekabentuk, Coin Bank yang dihasilkan juga disasarkan untuk memasukkan unsur-
unsur tarikan yang lain seperti kata-kata penghargaan, unsur bunyi, cahaya dan
pergerakan untuk menarik minat pengguna agar sentiasa istiqamah dalam menabung
sehingga mencapai nilai sasaran yang ditetapkan.

1.3 OBJEKTIF

Terdapat 4 objektif yang disasarkan untuk menyelesaikan masalah yang timbul iaitu :

1.3.1 Membolehkan pengiraan wang yang telah terkumpul di dalam tabung
dilakukan secara automatik.

Produk Coin Bank dihasilkan untuk membolehkan proses pengiraan dilakukan
secara automatik menggunakan 3 unit Penderia Infrared yang dapat mengesan setiap
kategori wang syiling yang dimasukkan ke dalam tabung, seterusnya
menjumlahkannya menggunakan fungsi aritmatik dalam aturcara perisian Arduino
IDE.

1.3.2 Membolehkan wang syiling yang dimasukkan ke dalam tabung
diasingkan mengikut kategori nilai wang syiling secara automatik.

Rekabentuk dalaman Coin Slot dalam Coin Bank dibina dalam keadaan
condong dan dilengkapi dengan 3 lubang syiling yang mempunyai saiz yang berbeza
berdasarkan diameter sebenar wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Oleh yang
demikian, wang syiling yang dimasukkan ke dalam tabung dapat diasingkan mengikut
kategori nilai wang syiling berkenaan.

1.3.3 Membolehkan pengguna mengetahui jumlah wang semasa yang
tersimpan di dalam tabung.

Produk Coin Bank ini dapat memberi maklumat tentang jumlah wang semasa
yang tersimpan di dalam tabung kepada pengguna melalui paparan skrin LCD 20x4
yang digunakan di dalam litar.

1.3.4 Menghasilkan tabung automatik yang dapat memberi daya tarikan
kepada pengguna untuk menabung.

Menghasilkan tabung automatik yang dapat memberi daya tarikan kepada
pengguna untuk menabung melalui nyalaan 3 unit LED, bunyi buzzer dan 2 unit motor
servo yang akan menggerakkan lengan robot (artifak) setiap kali wang yang tersimpan
menepati nilai yang telah disasarkan.

1.4 SKOP PROJEK

Skop projek atau batasan projek yang ditetapkan bagi projek kerja kursus Coin Bank
ini ialah :

i. Wang yang boleh dikira menggunakan Coin bank ini hanyalah wang syiling
sahaja.

ii. Wang syiling yang boleh dikira menggunakan Coin Bank ini adalah wang
syiling 10 sen berdiameter 19.4mm dan berketebalan 1.37mm, wang syiling 20
sen yang berdiameter 23.59mm dan berketebalan 1.75mm serta wang syiling
50 sen yang berdiameter 27.76mm dan berketebalan 2.18mm sahaja.

iii. LCD (Liquid Crystal Display) yang digunakan mempunyai paparan 20x4 iaitu
dapat memaparkan abjad, nombor atau karakter dalam 20 baris dan 4 lajur
sahaja.

iii. Motor servo yang digunakan hanya dapat menghasilkan putaran antara 0
sehingga 180° sahaja.

1.5 KEPENTINGAN PROJEK

Kepentingan projek Coin Bank ini terhadap masyarakat ialah ianya dapat memupuk
minat untuk menabung dan menyimpan wang bermula dari peringkat awal usia. Ianya dapat
menarik minat pengguna. terutamanya golongan kanak-kanak untuk membuat tabungan
secara berterusan dan akan merasa teruja apabila pelbagai peranti keluaran (output) litar
seperti paparan LCD, motor servo, buzzer dan LED menghasilkan tindakbalas apabila jumlah
tabungan mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Kepentingan kerja kursus terhadap institusi ialah para pelajar dapat mengukuhkan
konsep yang dipelajari dan menggabungjalin pelbagai peralatan, komponen dan teknik
simulasi elektronik yang telah diajar di dalam kelas. Secara tidak langsung, pemahaman
pelajar terhadap isikandungan pelajaran Kekuruteraan Elektrik akan meningkat, sejajar
dengan peningkatan pencapaian pelajar dalam matapelajaran ini.

Kepentingan projek ini terhadap penulis pula ialah ianya dapat melatih untuk berfikir
dan mengembangkan kreativiti ketika proses pembinaan projek. Ianya juga dapat
memberikan pengalaman sebenar dan pemahaman tentang pembinaan aturcara Arduino IDE
dan kemahiran pemasangan litar elektronik. Selain itu, penulis juga memperolehi kemahiran
menyambung litar dan melaksanakan simulasi litar menggunakan Perisian Proteus 7. Penulis
juga berpeluang merekabentuk artifak menggunakan Perisian Tinkercad. Disamping itu,
penulis juga dapat menghayati nilai-nilai murni seperti kerajinan dan kesabaran ketika proses
menyiapkan projek.

Kepentingan kerja kursus ini terhadap kelestarian alam sekitar ialah penggunaan
produk teknologi hijau iaitu melalui penggunaan bateri boleh cas semula (rechargeable
battery) dalam kerja kursus ini.

1.5 ANGGARAN KOS

Anggaran kos yang disediakan untuk kerja kursus Coin Box ini adalah sebagaimana
yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1 di bawah.

Jadual 1.1 Kos anggaran projek merekabentuk projek Coin Box

Nama Calon Faza Nursyahirah Binti Mat Sharif
Angka Giliran
No. Kad Pengenalan 041215-01-0734 BILANG HARGA JUMLAH
NO BUTIRAN SPESIFIKASI AN SEUNIT HARGA

. KOMPONEN/BAHAN - Microcontroller 1 (RM) 23.60
ATmega 328 23.60
1. Arduino UNO R3 - USB to serial chip

CH340

2. Motor Servo - SG90 Micro Servo 2 6.90 13.80
Motor 9G
- DXW90/TowerPro
- Operating voltage
(3.0-6.2V)
- Stall Torque 1.2kg
(4.8V), 1.6kg
(6.0V).

3. Arduino LCD Display - Number of 1 12.50 12.50

20x4 caharacter : 16

character x 2 line

- Input voltage

range : 4.5V to

5.5V

4. 3.7V Rechargeable Li- - 3.7V 2 2.30 4.60
1 4.00 4.00
ION Battery - 4200mAH

5. Battery holder

6. Suis Reset (Reset - Single Pole Single 1 0.60 0.60
Button) Throw (SPST) 1 1.00 1.00
- 10K Ω 3 2.90 8.70
7. Perintang Boleh Laras
(Potentiometer) - Voltage : 3.3V – 1 0.5 0.5
5.0VDC 1 pack 6.70 6.70
8. Penderia Infrared - Detection distance (40 pcs)
(Adjustable Infrared : 2cm – 30cm 4.00 12.00
Sensor) - 220 Ω 3 2.00 2.00
1 4.00 8.00
9. Perintang (Resistor) - Size :105mm x 2 RM 98.00
10. Wayar penyambung 148mm

(Male to male jumper
wire)
11. A6 Acrylic Sheet -

12. Glue Gun
13. Spray Paint (400ml) -(

JUMLAH

Kos Upah : RM 0.00
Kos sampingan : RM 0.00
Kos keseluruhan : RM 98.00

1.5 PERANCANGAN TUGASAN

Perancangan tugasan merangkumi pembinaan Jadual Proses Kerja Kursus dan Carta
Gantt. Perancangan ini mencatatkan bilangan perjumpaan, tarikh/bulan/minggu, keterangan
aktiviti dan peruntukan masa pelaksanaan. Jadual Proses Kerja Kursus ditunjukkan dalam
Jadual 1.2 dan Carta Gantt ditunjukkan dalam Jadual 1.3.

Jadual 1.2 Jadual Proses Kerja Kursus Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

PERJUMPAAN TARIKH AKTIVITI

1 12.07.2021 1.1 Mengenalpasti Pernyataan Masalah.
1.2 Mengumpul evidens melalui soal-selidik, temubual dan
bahan bacaan internet.

Cuti Pertengahan Penggal (16.07.2021 - 24.07.2021)
2 26.07.2021 2.1 Menganalisis data soal-selidik.

2.2 Membina objektif kerja kursus.
2.3 Membuat anggaran kos.
3 02.08.2021 3.1 Membuat Perancangan Tugasan melalui pembinaan
Carta Gantt.
3.2 Membina Carta Alir.
3.3 Menyediakan Laporan Kerja Kursus Bab 1 (Pengurusan
Tugasan).
4 09.08.2021 4.1 Menjana lakaran idea rekabentuk produk.
4.2 Mengenalpasti komponen dan litar elektronik yang sesuai
digunakan.
5 16.08.2021 5.1 Mengkaji kendalian litar.
5.2 Menyediakan Laporan Kerja Kursus Bab 2 (Metodologi).
6 23.08.2021 6.1 Melukis gambarajah 3D menggunakan Perisian
Tinkercad.
7 06.09.2021 7.1 Mengemaskini lukisan gambarajah 3D menggunakan
Perisian Tinkercad.
Cuti Pertengahan Penggal (10.09.2021-18.09.2021)
8 20.09.2021 8.1 Melukis litar di papan jalur.
9 27.09.2021 9.1 Melukis litar skematik menggunakan Perisian Proteus 7.
10 04.10.2021 10.1 Membuat pengesanan masalah (troubleshoot) litar
skematik menggunakan Perisian Proteus 7.
11 11.10.2021 11.1 Melaksanakan simulasi litar skematik yang telah
dihasilkan menggunakan Perisian Proteus 7.
12 18.10.2021 12.1 Menyediakan Laporan Kerja Kursus Bab 3 (Penghasilan
Rekabentuk).
13 25.10.2021 13.1 Menyediakan Laporan Kerja Kursus Bab 4 (Rumusan).
Tandatangan Pentaksir :

Nama Pentaksir :

Jadual 1.3 Carta Gantt Pelaksanaan Kerja Kursu

BIL. KETERANGAN AKTIVITI JULAI 1

1. Mengenalpasti Pernyataan Masalah. 234

2. Mengumpul evidens melalui soal- C
selidik, temubual dan bahan bacaan U
internet. T
I
3. Menganalisis data soal-selidik.
P
4. Membina objektif kerja kursus. E
R
Membuat anggaran kos T
E
5. Membuat Perancangan Tugasan N
melalui pembinaan Carta Gantt. G
A
6. Membina Carta Alir. H
A
7. Menyediakan Laporan Kerja Kursus N
Bab 1 (Pengurusan Tugasan).
P
8. Menjana lakaran idea rekabentuk E
produk. N
G
9. Mengenalpasti komponen dan litar G
elektronik yang sesuai digunakan. A
L
10. Mengkaji kendalian litar.

11. Menyediakan Laporan Kerja Kursus
Bab 2 (Metodologi).

12. Melukis gambarajah 3D menggunakan
Perisian Tinkercad.

us Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

OGOS SEPTEMBER OKTOBER

23412341234

C
U
T
I

P
E
R
T
E
N
G
A
H
A
N

P
E
N
G
G
A
L

BIL. KETERANGAN AKTIVITI JULAI 1
234
13. Mengemaskini lukisan gambarajah 3D
menggunakan Perisian Tinkercad.

14. Melukis litar di papan jalur.

15. Melukis litar skematik menggunakan
Perisian Proteus 7.

16. Membuat pengesanan masalah
(troubleshoot) litar skematik
menggunakan Perisian Proteus 7.

17. Melaksanakan simulasi litar skematik
yang telah dihasilkan menggunakan
Perisian Proteus 7.

18. Menyediakan Laporan Kerja Kursus
Bab 3 (Penghasilan Rekabentuk).

19. Menyediakan Laporan Kerja Kursus
Bab 4 (Rumusan).

OGOS SEPTEMBER OKTOBER

23412341234

BAB 2

METODOLOGI

2.1 PENGUMPULAN EVIDENS
Pengumpulan evidens dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci

agar produk yang akan dibangunkan dapat mengatasi masalah sedia ada dan dapat
memenuhi kehendak pengguna. Bahagian ini akan menerangkan kaedah pelaksanaan dan
instrumen kajian yang digunakan dalam mendapatkan maklumat dan data untuk dapatan
kajian. Pengumpulan evidens yang bertepatan dengan kehendak kajian sangat penting bagi
menjamin kualiti data yang diperolehi. Bahagian ini menerangkan tentang Rekabentuk Kajian,
Responden Kajian, Kajian Rintis, Instrumen Kajian, Prosedur Pungutan Data Kaedah
penganalisisan data dan Hasil Dapatan.

2.1.1 Rekabentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan ini adalah berbentuk kajian tinjauan deskriptif

menggunakan Borang Kajian Keperluan Pelanggan dan Borang Soal Selidik. Menurut Mohd
Majid Konting (1998), kaedah tinjauan adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang
bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.

2.1.2 Responden Kajian
Kajian dijalankan di kalangan remaja berusia 10 hingga 19 tahun. 3 orang responden

dikehendaki mengisi Borang Kajian Keperluan Pelanggan. Sementara itu, 30 orang
responden yang dipilih sebagai sampel merupakan populasi remaja komuniti Jalan Cermai
16, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor dikehendaki untuk menjawab Borang Soal-
Selidik yang disediakan.

2.1.3 Kajian Rintis
Kajian rintis dijalankan terhadap 10 orang responden menggunakan Borang Soal

selidik yang dibangunkan . Perisian IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)
version 25 digunakan untuk menganalisis tahap kebolehpercayaan soal selidik yang

dibangunkan. Tahap kebolehpercayaan kajian dapat ditentukan dengan menggunakan
interprestasi nilai Alpha Cronbach yang mempunyai julat antara 0.00 hingga 1.0. Sekiranya
nilai julat menghampiri 1.0, ia menunjukkan tahap kebolehpercayaan berada pada sangat
tahap baik, tinggi, dan berkesan. Manakala, julat menghampiri 0.00 pula, ia menggambarkan
tahap kebolehanpercayaan yang rendah (Yusof, 2004). Jadual 2.1 menunjukkan panduan
dalam menganalisis kajian rintis.

Jadual 2.1 : Jadual Interpretasi Skor Alpha Cronbach (Bond & Fox, 2015)

Skor Alpha Cronbach Tahap Kebolehpercayaan
0.8 hingga 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi
0.7 hingga 0.8 Baik dan boleh diterima
0.6 hingga 0.7 Boleh diterima
<0.6 Item Perlu dibaiki
<0.5 Item Perlu digugurkan

Jadual 2.2 di bawah menunjukkan hasil dapatan kajian rintis yang diperolehi melalui
maklumbalas terhadap 5 item soal selidik bagi kerja kursus Coin Bank ini.

Jadual 2.2 Hasil dapatan kajian rintis menggunakan
perisian IBM SPSS version 25

Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi daripada soal selidik yang dibangunkan ini ialah
0.862. Merujuk Jadual 2.2, didapati bahawa instrumen soal selidik ini diinterpretasikan
sebagai ‘Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi’.

2.1.4 Instrumen Kajian

Terdapat 2 instrumen utama yang digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan
maklumat dan data dalam kajian iaitu Borang Kajian Keperluan Pelanggan dan Borang Soal
Selidik. Data juga diperolehi melalui maklumat yang diperolehi dari laman sesawang.

2.1.4.1 Borang Kajian Keperluan Pelanggan

Kajian keperluan pelanggan dijalankan untuk memastikan idea rekabentuk
produk yang dihasilkan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Dalam kerja
kursus ini, 3 orang responden dikehendaki untuk mengisi Borang Kajian Keperluan
Pelanggan yang mengandungi 3 kriteria utama iaitu maklumat pelanggan, latar
belakang produk yang digunakan sekarang dan penambahbaikan.

Maklumat pelanggan merangkumi maklumat seperti nama, umur,
jantina,nombor telefon, e-mail, pekerjaan, pendapatan serta kekerapan menyimpan
wang di dalam tabung dalam tempoh seminggu. Latar belakang produk yang
digunakan sekarang pula merangkumi aspek nama produk, ciri-ciri produk, kebaikan
dan kelemahan produk yang digunakan sekarang. Sementara itu, bahagian
penambahbaikan pula mengenalpasti pandangan pelanggan dari aspek rekabentuk
dan fungsi produk. Ia juga dapat menggambarkan harapan pelanggan setelah
penambahbaikan dilakukan terhadap produk.

2.1.4.2 Soal Selidik
Instrumen soal selidik dapat digunakan dalam kajian yang berkaitan dengan

aspek psikologi seperti sikap dan motivasi kerana maklumat yang dikutip berbentuk
fakta seperti tingkah laku manusia, pengetahuan, pengalaman dan pendapat.
Instrumen soal selidik yang dibangunkan untuk kajian ini terbahagi kepada 2 bahagian
utama iaitu bahagian A dan B. Maklumat lanjut setiap bahagian seperti berikut:

i) Bahagian A : Data Demografi responden
ii) Bahagian B : Pengalaman responden menggunakan tabung konvensional .

Set soalan soal selidik ini mempunyai 10 item sahaja. Skala Likert digunakan
dalam instrumen kajian ini untuk mengukur pendapat, kepercayaan dan tingkah laku
responden (Robert F. DeVellis, 2016). Skala Likert lima mata seperti dalam Jadual 2.3
digunakan untuk responden menyatakan tahap persetujuan ke atas sesebuah
pernyataan di dalam soal selidik ini.

Jadual 2.3 : Jadual Skala Likert Lima Mata

Skor 1 SKALA LIKERT 4 5
Peringkat Sangat 23 Setuju Sangat
Maklumbalas Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju

2.1.5 Prosedur Pungutan Data

Terdapat dua prosedur pungutan data iaitu menggunakan hasil tinjauan menggunakan
Borang Kajian Keperluan Pelanggan dan Borang Soal Selidik. Item-item soal selidik ini
dibangunkan menggunakan aplikasi Google Form dengan storan Google Drive. Pautan soal
selidik ini disebarkan kepada responden melalui media sosial seperti aplikasi Whatsapp dan
Telegram. Penyelidik memilih kaedah ini kerana ia dapat dijalankan secara dalam talian,
selamat, mudah dan menjimatkan kos memandangkan dalam fasa pandemik covid-19 kita
perlu mengelakkan pertemuan secara bersemuka. Responden telah diberi penerangan
terlebih dahulu berkenaan tujuan kajian dilaksanakan dan kaedah menjawab soal selidik
tersebut. Kaedah Penganalisaan Data Data yang diperolehi melalui soal selidik diproses
menggunakan spreadsheet yang dijana daripada Google Form.

2.1.6 Analisis Dan Pemprosesan Data

Analisis dan pemprosesan data dilaksanakan setelah pungutan data dilaksanakan
menggunakan Borang Kajian Keperluan Pelanggan dan Borang Soal Selidik. Analisis dan
pemprosesan data yang dilaksanakan adalah sebagaimana berikut :

2.1.6.1 Analisis dan Pemprosesan Data Borang Kajian Keperluan Pelanggan

Analisis data yang diperolehi melalui Borang Kajian Keperluan Pelanggan
dilaksanakan melalui pembinaan Jadual Analisis Borang Kajian Keperluan Pelanggan.
Jadual ini bertujuan untuk menilai masalah pelanggan yang akan dianalisis ke
penyelesaian masalah inventif. Analisis ini perlu dilakukan bagi menilai cadangan
penambahbaikan serta menentukan aplikasi teknologi yang sesuai digunakan.

2.1.6.2 Analisis dan Pemprosesan Data Borang Soal Selidik

Analisis dan pemprosesan data dijalankan dengan cara mengelaskan Skala
Likert daripada lima mata kepada tiga mata adalah untuk memudahkan data dianalisis
(Best dan Kahn, 1998). Best dan Kahn (1998) juga menyatakan kaedah mencari
peratusan dilakukan dan nilainya bergantung kepada perbandingan antara jumlah
peratus ‘Setuju’ dengan jumlah ‘Tidak Setuju’. Oleh itu, penyelidik mengklasifikasikan
maklum balas ‘Sangat Tidak Setuju’ dan ‘Tidak Setuju’ sebagai ‘Tidak Setuju’.
Manakala, maklum balas ‘Setuju’ dan ‘Sangat Setuju’ dikalsifikasikan sebagai ‘Setuju’.
Maklumbalas ‘Tidak Pasti’ diklasifikasikan sebagai ‘Tidak Pasti’.

Jadual 2.4: Perubahan Skala Likert Lima Mata Kepada Tiga Mata

SKALA LIKERT

Skor 123 4 5
Setuju Sangat
Peringkat Sangat Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju

Maklumbalas Tidak Setuju

Lima Mata

Peringkat

Maklumbalas TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU

Tiga Mata PASTI

2.1.7 Hasil Dapatan Soal Selidik
Hasil dapatan Borang Kajian Keperluan Pelanggan dirumuskan melalui Jadual

Analisis Borang Keperluan Pelanggan, sementara hasil dapatan Borang Soal selidik
diringkaskan dalam bentuk carta pai dan graf palang.

2.1.7.1 Hasil dapatan Borang Kajian Keperluan Pelanggan
Maklumat yang diperolehi dari Borang Kajian Keperluan Pelanggan seperti

masalah dan cadangan penyelesaian direkodkan dalam Jadual 2.5. Kemudian,
pertimbangan tentang aplikasi teknologi yang boleh digunakan telah disenaraikan
sebagaimana berikut :

Jadual 2.5 Jadual Analisis Borang Keperluan Pelanggan

PELANGGAN MASALAH YANG CADANGAN APLIKASI TEKNOLOGI YANG
DINYATAKAN PENYELESAIAN BOLEH DIGUNAKAN

1 Sukar mengetahui Membina tabung i) Menggunakan Penderia Infrared

jumlah wang di yang boleh untuk mengesan wang yang

dalam tabung. mengira wang dimasukkan ke dalam tabung.

secara automatik.

ii) Menggunakan Arduino UNO untuk

melaksanakan pengiraan wang.

iii) Menggunakan LCD Display untuk
memaparkan jumlah wang di dalam
tabung.

2 Sukar Menghasilkan i) Rekabentuk condong serta lubang

mengasingkan tabung yang syiling dengan saiz yang berbeza

wang mengikut boleh supaya syiling dapat diasingkan

nilai matawang mengasingkan secara automatik ketika dimasukkan

tertentu. wang mengikut ke dalam tabung.

kategori nilai

matawang.

3 Tabung tidak Menghasilkan i) Menggunakan motor servo untuk

memberi apa-apa tabung yang menghasilkan gerakan.

respon apabila boleh memberi

wang yang respon setiap kali ii) Menggunakan buzzer untuk

dimasukkan telah wang dimasukkan menghasilkan bunyi audio.

penuh. seperti

mengeluarkan iii) Menggunakan LED untuk

bunyi dan menghasilkan kesan cahaya visual.

sebagainya.

iv) Menggunakan LCD display untuk

memaklumkan kepada pengguna

secara visual.

2.1.7.2 Hasil dapatan Borang Soal Selidik

Hasil dapatan Borang Soal Selidik dianalisis menggunakan perisian
Microsoft Excell. Perwakilan carta palang dan carta pai digunakan untuk
memaparkan hasil dapatan yang telah dianalisis.

a). Demografi

JANTINA

25
21

20

15
10 9

5

0 Perempuan
Lelaki

Rajah 2.1 Jantina responden

Merujuk kepada Rajah 2.1, 9 orang (30%) responden terdiri dari lelaki,
sementara 21 orang (70%) responden adalah perempuan.

18 UMUR
16
14 16
12
10 10

8 13-15 tahun 16-17 tahun 1
6 18-19 tahun
43
2
0

10-12 tahun

Rajah 2.2 Umur responden

Rajah 2.2 menunjukkan bahawa bilangan responden yang paling ramai adalah
berumur antara 16 hingga 17 tahun iaitu seramai 16 orang (53.33%), diikuti dengan
lingkungan umur 13 hingga 15 tahun iaitu seramai 10 orang (33.33%), 10 hingga 12
tahun seramai 3 orang (10%) dan 1 orang responden (3.33%) berumur 18 hingga 19
tahun. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan responden adalah
terdiri daripada individu yang sedang menuntut di peringkat menengah atas.

KAUM

30 27 021
25
20 Cina India Lain-lain
15
10

5
0

Melayu

Rajah 2.3 Kaum Responden

Rajah 2.3 menunjukkan bahawa bilangan majoriti responden adalah terdiri dari
kaum melayu, diwakili oleh 27 responden (90%), diikuti oleh 2 orang responden
(6.66%) dan seorang responden (3.33%) adalah dari lain-lain kaum (Iban).

PEKERJAAN

35 29

30 0 01 Pelajar
Swasta Bekerja Sendiri Tidak Bekerja
25
Pekerjaan
20

15

10

50
0

Kerajaan

Rajah 2.4 Pekerjaan Responden

Rajah 2.4 menunjukkan bahawa 29 orang responden (96.67%) adalah pelajar,
sementara seorang (3.33%) tidak bekerja.

KEKERAPAN MENABUNG
DALAM TEMPOH SEMINGGU

30
25 24

20

15

10 4 1-3 kali 2
4-7 kali Tidak menyimpan
5
0

0
>7 kali

Rajah 2.5 Kekerapan menabung dalam tempoh seminggu

Rajah 2.5 menunjukkan bahawa kekerapan menabung yang paling tinggi
antara 1 hingga 3 kali dilakukan oleh 24 orang responden (80%), diikuti 4 orang
responden (13.33%) yang menabung antara 4 hingga 7 kali seminggu dan 2 orang
responden (6.67%) tidak menabung.

b). Pengalaman menggunakan tabung konvensional

Saya menghadapi kesukaran untuk mengira wang
syiling yang telah terkumpul di dalam tabung.

3, 10% Tidak Pasti
27, 90% Setuju

Rajah 2.6 Kesukaran mengira wang

Berdasarkan kepada Rajah 2.6, seramai 27 orang responden (90%) bersetuju
bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk mengira wang syiling yang telah
terkumpul di dalam tabung, sementara 3 orang responden (10%) menyatakan tidak
pasti.

Saya menghadapi kesukaran untuk mengasingkan wang syiling
yang telah terkumpul di dalam tabung mengikut kategori nilai wang.

2, 7% Tidak Pasti
28, 93% Setuju

Rajah 2.7 Kesukaran mengasingkan wang

Rajah 2.7 menyatakan bahawa 28 responden (93%) menyatakan bahawa
mereka menghadapi kesukaran untuk mengasingkan wang syiling yang telah
terkumpul di dalam tabung mengikut kategori nilai wang. 2 orang responden (7%) pula
tidak pasti.

Jumlah wang yang telah terkumpul di dalam tabung sukar untuk
diketahui tanpa membuka/memecahkan tabung.

2, 7% Tidak Pasti
28, 93% Setuju

Rajah 2.8 Kesukaran mengetahui jumlah wang

Rajah 2.8 menunjukkan bahawa 28 orang responden (93%) berpendapat
bahawa jumlah wang yang telah terkumpul di dalam tabung sukar diketahui tanpa
membuka atau memecahkan tabung, sementara 2 orang responden (7%) menyatakan
tidak pasti.

Rekabentuk tabung yang saya miliki adalah kurang menarik.

3, 10% Tidak setuju
2, 7% Tidak Pasti
Setuju
25, 83%

Rajah 2.9 Rekabentuk tabung

Rajah 2.9 menunjukkan bahawa 25 orang responden (83%) bersetuju bahawa
rekabentuk tabung yang dimiliki adalah kurang menarik. 2 orang responden (7%)
menyatakan tidak pasti, sementara 3 orang responden (10%) tidak bersetuju.

Saiz tabung yang saya miliki adalah tidak sesuai.

9, 30% Tidak setuju
21, 70% Setuju

Rajah 2.10 Kesesuaian saiz tabung

Rajah 2.10 menunjukkan bahawa 9 orang responden (30%) menyatakan
bahawa saiz tabung yang dimiliki adalah tidak sesuai, manakala 21 orang responden
(70%) tidak bersetuju.

Berdasarkan dapatan soal-selidik, dapat diperhatikan bahawa terdapat 4
aspek utama yang perlu diberi pertimbangan untuk membangunkan kerja kursus Coin
Bank ini iaitu kesukaran mengira wang (90%), kesukaran untuk mengasingkan wang
syiling yang telah terkumpul di dalam tabung mengikut kategori nilai wang (93%),
kesukaran mengetahui jumlah wang yang telah terkumpul di dalam tabung (93%) dan
rekabentuk tabung yang kurang menarik (83%). Produk yang dihasilkan seharusnya
dapat menyelesaikan masalah-masalah yang telah dinyatakan.

2.2 PENJANAAN IDEA

Penjanaan idea dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Berdasarkan
kajian yang telah dijalankan dalam Bab 1, terdapat 4 masalah yang perlu diselesaikan iaitu :

i). Pengguna menghadapi kesukaran untuk mengira wang yang telah terkumpul
di dalam tabung.

ii). Pengguna menghadapi kesukaran untuk mengasingkan wang mengikut
kategori nilai wang syiling.

iii). Pengguna tidak dapat mengetahui jumlah wang semasa yang tersimpan
di dalam tabung.

iv). Penggunaan tabung konvensional kurang memberi daya tarikan kepada
Pengguna untuk menabung.

2.2.1 Lakaran Idea

3 lakaran ringkas dilakukan sebagai langkah penjanaan idea. Lakaran pertama
dilengkapi dengan 3 unit paparan 7 segmen untuk memaparkan bilangan wang syiling 10 sen,
20 sen dan 50 sen yang dimasukkan ke dalam tabung. Ianya bertujuan untuk memudahkan
pengguna mengetahui jumlah wang semasa yang tersimpan di dalam tabung. Lakaran ini juga
dilengkapi dengan coin slot untuk mengasingkan syiling serta penderia infrared untuk mengira
bilangan syiling.

Lakaran kedua menggunakan LCD display 20x4 bagi menggantikan 7 segmen,
bertujuan untuk menghasilkan paparan yang boleh memuatkan lebih banyak huruf dan
maklumat seperti bilangan kepingan wang syiling bagi setiap nilai, jumlah keseluruhan wang
yang berjaya disimpan, maklumat pengguna dan arahan penggunaan.

Lakaran ketiga pula ditambah dengan penggunaan buzzer untuk memaklumkan
kepada pengguna secara audio apabila jumlah wang syiling yang disimpan telah mencapai
sasaran yang telah ditetapkan. LED dan motor servo turut digunakan untuk menghasilkan
produk yang lebih menarik.

CATATAN PERBINCANGAN AKTIVITI

Tarikh : 9 Ogos 2021 Hari : Isnin Masa :10.00 pagi

Aktiviti Membuat lakaran pertama

Melakarkan tabung yang dilengkapi dengan coin slot, penderia

infrared dan 3 unit seven segment display untuk memaparkan

bilangan syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dimasukkan ke

Maklumat Aktiviti dalam tabung.

Tujuan penggunaan penderia infrared dan seven segment display

adalah untuk memaparkan bilangan wang syiiling yang dimasukkan

bagi setiap kategori nilai syiling.

Ringkasan Aktiviti / Lakaran Idea

Pengesahan Cop Sekolah

Tandatangan

………………………………..
Nama Pentaksir :
Tarikh :

Tarikh : 9 Ogos 2021 Hari : Isnin Masa : 11.00 pagi

Aktiviti Membuat lakaran kedua

Penggunaan 7 segment display kurang menarik dan hanya boleh

memaparkan bilangan nombor dan huruf yang sedikit. Paparan LCD

digunakan untuk menggantikan 7 segment kerana ia boleh

Maklumat Aktiviti memaparkan huruf yang lebih banyak dan lebih menarik. Skrin LCD
akan memaparkan bilangan syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang

dimasukkan ke dalam tabung, jumlah wang keseluruhan, maklumat

pengguna dan arahan penggunaan tabung dan lain-lain maklumat

berkaitan.

Ringkasan Aktiviti / Lakaran Idea

Pengesahan Cop Sekolah

Tandatangan

………………………………..
Nama Pentaksir :
Tarikh :

Tarikh : 16 Ogos 2021 Hari : Isnin Masa : 10.00 pagi

Aktiviti Membuat lakaran ketiga

Menambah buzzer di bahagian keluaran (output) bertujuan untuk

Maklumat Aktiviti memaklumkan kepada pengguna apabila jumlah wang yang
terkumpul telah mencapai sasaran. LED dam motor servo turut

disambungkan untuk menghasilkan produk yang lebih menarik.

Ringkasan Aktiviti / Lakaran Idea

Pengesahan Cop Sekolah

Tandatangan

………………………………..
Nama Pentaksir :
Tarikh :

LAMPIRAN 1

BORANG KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PELANGGAN

Nama :

Jantina : Umur :

No. Telefon : E-mail :

Pekerjaan : Pendapatan :

Tempat membeli-belah : Kekerapan membeli-belah (sebulan) :

Kekerapan Menyimpan Wang Di Dalam □ > 7 kali □ 4-7 kali
□ 1-3 kali □Tidak menyimpan
Tabung (Seminggu)
(Sila tandakan √)

BAHAGIAN B : LATARBELAKANG PRODUK YANG DIGUNAKAN SEKARANG

Nama Produk Yang Digunakan :

Ciri Produk Yang Digunakan :

Mengapakah Produk Digunakan? :

Kebaikan Produk Sedia Ada :

Kelemahan Produk Sedia Ada :

BAHAGIAN C : PENAMBAHBAIKAN

Apakah Penambahbaikan Yang Perlu Ada
Pada Produk Yang Akan Dihasilkan?

BAHAGIAN D : LAIN-LAIN
(Isikan Sebagai Maklumat Tambahan Pelanggan)

Bilangan tabung yang dimiliki :

Material tabung yang dimiliki :

LAMPIRAN 2

BORANG SOAL SELIDIK
KERJA KURSUS PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

Makluman kepada responden
Soalselidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Kerja Kursus Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik (Kod:3762/2). Soal-selidik ini bertujuan untuk mengkaji penambahbaikan yang
perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti tabung syiling sedia ada. Segala maklumat yang
diberikan akan dirahsiakan dan ia hanya akan digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.

BAHAGIAN A : DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

1. Jantina □Perempuan

□Lelaki

2. Umur

□ □ □ □10 – 12 tahun 18-19 tahun
13-15 tahun 16-17 tahun

3. Kaum □Cina
□Lain-lain (nyatakan) : …………………
□Melayu
□India

4. Pekerjaan □Swasta □Bekerja sendiri
□Pelajar
□Kerajaan
□Tidak bekerja

5. Kekerapan menyimpan wang dalam tempoh seminggu

□>7 kali □4-7 kali □1-3 kali □Tidak menyimpan

BAHAGIAN B : PENGALAMAN MENGGUNAKAN TABUNG KONVENSIONAL

ARAHAN : Sila tandakan (√) mengikut skala yang dinyatakan di bawah.

1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Tidak Pasti
4 Setuju
5 Sangat Setuju

Bil. Pernyataan 1 Skala 5
234
ASPEK TEKNIKAL
1. Saya menghadapi kesukaran untuk mengira wang syiling

yang telah terkumpul di dalam tabung.
2. Saya menghadapi kesukaran untuk mengasingkan wang

syiling yang telah terkumpul di dalam tabung mengikut
kategori nilai wang.
3. Jumlah wang yang telah terkumpul di dalam tabung sukar
untuk diketahui tanpa membuka/memecahkan tabung.
REKABENTUK DAN NILAI ESTETIKA
4. Rekabentuk tabung yang saya miliki adalah kurang
menarik.
5. Saiz tabung yang saya miliki adalah tidak sesuai.

~ Terima kasih ~

BAB 3
PENGHASILAN REKA BENTUK
3.1 MERANGKA REKABENTUK
Proses merangka rekabentuk terdiri daripada 5 bahagian iaitu lukisan di papan jalur,
lukisan litar skematik, aturcara Arduino, menghasilkan gambarajah 3D serta membina
cartalir/algoritma bagi kerja kursus yang dijalankan.
3.1.1 LUKISAN LITAR DI PAPAN JALUR
Lukisan litar di papan jalur dihasilkan dengan menggunakan perisian Fritzing.
Terdapat 2 rekabentuk papan jalur dalam perisian ini iaitu menegak (vertical) dan mengufuk
(horizontal). 2 unit papan jalur menggunakan rekabentuk mengufuk yang mengandungi 30
lajur (column) dan 20 baris (row) telah dipilih untuk menyempurnakan lukisan litar di papan
jalur ini. Lukisan yang dihasilkan adalah sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1 Lukisan Litar Di Papan Jalur Menggunakan Perisian Fritzing

3.1.2 LUKISAN LITAR SKEMATIK

Lukisan litar skematik dapat dihasilkan menggunakan perisian Fritzing atau perisian
Proteus 7. Litar ini mengandungi kesemua komponen penting yang diperlukan agar litar dapat
berkendali dengan baik. Komponen-komponen masukan (input) yang digunakan ialah 3 unit
penderia ultrasonik (ultrasonic sensor). Pemproses yang digunakan ialah Arduino UNO
Board. Aturcara (coding) yang mengawal kendalian litar ini telah dibina menggunakan perisian
Arduino IDE. Sementara itu, komponen-komponen yang menghasilkan keluaran (output)
terdiri dari 3 unit Diod Pemancar Cahaya (Light Emitting Diode, LED), Paparan LCD (LCD
Display), Buzzer dan 2 unit Motor Servo (Servo Motor). Lukisan litar skematik yang dihasilkan
melalui perisian Proteus 7 adalah sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2, sementara
lukisan litar skematik yang dihasilkan menggunakan perisian Fritzing adalah sebagaimana
yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.2 Lukisan litar skematik yang dihasilkan mengguna

akan perisian Proteus 7.

Rajah 3.3 Lukisan litar skematik yang dihasilkan me

enggunakan perisian Fritzing.

Setelah litar skematik dihasilkan, pengujian kefungsian litar dijalankan melalui kaedah
simulasi litar. Lukisan litar skematik menggunakan perisian Proteus yang telah dihasilkan
perlu diuji terlebih dahulu. Paparan litar yang dihasilkan bagi tujuan simulasi menggunakan
perisian proteus 7 adalah sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 3.4.

Proses pengujian dan simulasi litar ini perlu dilakukan bagi memastikan bahawa
kesemua peranti keluaran seperti LCD display, LED, motor servo dan buzzer dapat berfungsi
dengan baik.

Rajah 3.4 Paparan litar yang dibina untuk proses simulasi bagi menguji kefungsian litar
menggunakan perisian Proteus 7.

3.1.3 ATURCARA ARDUINO IDE
Aturcara yang digunakan untuk membolehkan litar ini berfungsi dengan baik adalah

dengan menggunakan perisian Arduino IDE. Aturcara yang telah dibina ditunjukkan
dalam Rajah 3.5 di bawah.

#include <Servo.h> void setup(){
Servo myServo1; //nyatakan nama Servo Serial.begin(9600); //serial monitor pada
motor 1 9600
Servo myServo2; //nyatakan nama Servo
motor 2 Lcd.begin(20,4); // lokasi simbol

#include <LiquidCrystal.h> sen LCD
//const int
rs=A3,en=A2,d4=A1,d5=A0,d6=7,d7= 6; Lcd.createChar(0, cents);
LiquidCrystal Lcd(A3, A2, A1, A0, 7, 6);
//pin LCD Lcd.home();

byte cents[] = { //aturcara untuk membina myServo1.attach(9); //servo pin 9
karakter sen myServo1.write(0); //posisi awal servo=0
darjah
B00100,
B01110, myServo2.attach(10); //servo pin 10
B10101, myServo2.write(0); //posisi awal servo=0
B10100, darjah
B10100,
B10101, pinMode(2, INPUT_PULLUP);
B01110, pinMode(3, INPUT_PULLUP);
B00100 pinMode(4, INPUT_PULLUP);
}; pinMode(8, OUTPUT);
pinMode(11, OUTPUT);
int BUZZER=8; //buzzer ke pin 8 pinMode(12, OUTPUT);
int LED1=11; //led ke pin 11,12 dan 13 pinMode(13, OUTPUT);
int LED2=12;
int LED3=13; //************ LCD SETUP ************//
Lcd.begin(20, 4);
int lastCoin; //jumlah syiling semasa
int RcvdGuide=0; //************ MAKLUMAT
int Count10=0; PENGGUNA************//
int Count20=0;
int Count50=0; Lcd.setCursor(5,0);
Lcd.print(“COIN BANK”);
Lcd.setCursor(2,0);
Lcd.print(“FAZA NURSYAHIRAH”);

Lcd.setCursor(2,1);
Lcd.print(“BINTI MAT SHARIF”);

Lcd.setCursor(2,2); Lcd.print(“COIN BOX TOTAL:”);
Lcd.print(“(041215-01-0734)”); Lcd.setCursor(19,3);
Lcd.setCursor(2,3); Lcd.write(byte (0));
Lcd.print(“SMT JOHOR BAHRU”); }
delay(1000); void loop(){
Lcd.clear(); int sensorVal2 = digitalRead(2);
(1000); int sensorVal3 = digitalRead(3);
int sensorVal4 = digitalRead(4);
//************ SASARAN WANG int sensorVal5 = digitalRead(5);
************// if (sensorVal2 == HIGH)
{
Lcd.setCursor(0,0);
Lcd.print(“ TARGET: RM10.00 “); lastCoin = 10;
Lcd.setCursor(0,2); RcvdGuide=RcvdGuide + 10; // 10
Lcd.print(“ ARE YOU READY?.. “); cents
Lcd.setCursor(0,3); Count10=Count10 + 1;
Lcd.print(“ LET’S GO! “); Lcd.setCursor(15,3);
delay(1000); Lcd.print(RcvdGuide);
Lcd.clear(); Lcd.setCursor(7,0);
(1000); Lcd.print(Count10);
Serial.print(RcvdGuide);
//************ ARAHAN PENGGUNAAN delay(500);
***********// Serial.print(“\n”);
delay(500);
Lcd.setCursor(3,1);
Lcd.print(“PLEASE INSERT”); }
Lcd.setCursor(4,2); else if (sensorVal3 == HIGH) {
Lcd.print(“YOUR COINS”);
delay(1000); lastCoin = 20;
Lcd.clear(); RcvdGuide=RcvdGuide + 20; // 20
(2000); cents
Count20=Count20 + 1;
//************ PAPARAN PENGIRAAN Lcd.setCursor(15,3);
************// Lcd.print(RcvdGuide);
Lcd.setCursor(7,1);
Lcd.setCursor(0,0); Lcd.print(Count20);
Lcd.print(“10 SEN: pcs”); Serial.print(RcvdGuide);
Lcd.setCursor(0,1); delay(500);
Lcd.print(“20 SEN: pcs”); Serial.print(“\n”);
Lcd.setCursor(0,2); delay(500);
Lcd.print(“50 SEN: pcs”); }
Lcd.setCursor(0,3);

else if (sensorVal4 == HIGH) { //******* BUZZER DAN MOTOR
lastCoin = 50; SERVO *******//
RcvdGuide=RcvdGuide + 50; // 50
tone(BUZZER,1000);
cents myServo1.write(180);
Count50=Count50 + 1; myServo2.write(270);
Lcd.setCursor(15,3); digitalWrite (11,HIGH);
Lcd.print(RcvdGuide); digitalWrite (12,LOW);
Lcd.setCursor(7,2); digitalWrite (13,LOW);
Lcd.print(Count50); delay(200);
Serial.print(RcvdGuide); noTone(BUZZER);
delay(500); myServo1.write(0);
Serial.print(“\n”); myServo2.write(0);
delay(500); digitalWrite (11,LOW);
digitalWrite (12,LOW);
} digitalWrite (13,LOW);
else if (sensorVal5 == HIGH) { delay(200);
tone(BUZZER,1000);
RcvdGuide = 0; myServo1.write(180);
Count10 = 0; myServo2.write(270);
Count20 = 0; digitalWrite (11,LOW);
Count50 = 0; digitalWrite (12,HIGH);
digitalWrite (13,LOW);
Lcd.begin(0,0); delay(200);
Lcd.clear(); noTone(BUZZER);
(2000); myServo1.write(0);
} myServo2.write(0);
digitalWrite (11,LOW);
if (RcvdGuide >= 1000) // Mencapai digitalWrite (12,LOW);
digitalWrite (13,LOW);
sasaran { delay(200);
tone(BUZZER,1000);
//************ PAPARAN LCD myServo1.write(180);
myServo2.write(270);
************// digitalWrite (11,LOW);
digitalWrite (12,LOW);
Lcd.setCursor(0,0); digitalWrite (13,HIGH);
Lcd.print(“ CONGRATULATION!! “); delay(200);
noTone(BUZZER);
Lcd.setCursor(0,1); myServo1.write(0);
Lcd.print(“ TARGET ACHIEVED “);

Lcd.setCursor(0,2); “);
Lcd.print(“ TOTAL: RM

Lcd.setCursor(11,2);

Lcd.print(RcvdGuide/100.00);

Lcd.setCursor(0,3);

Lcd.print(“ “);

myServo2.write(0); delay(400);
digitalWrite (11,LOW); noTone(BUZZER);
digitalWrite (12,LOW); myServo1.write(0);
digitalWrite (13,LOW); myServo2.write(0);
delay(200); digitalWrite (11,LOW);
tone(BUZZER,700); digitalWrite (12,LOW);
myServo1.write(180); digitalWrite (13,LOW);
myServo2.write(270); delay(400);
digitalWrite (11,HIGH); tone(BUZZER,700);
digitalWrite (12,HIGH); myServo1.write(180);
digitalWrite (13,HIGH); myServo2.write(270);
delay(400); digitalWrite (11,HIGH);
noTone(BUZZER); digitalWrite (12,HIGH);
myServo1.write(0); digitalWrite (13,HIGH);
myServo2.write(0); delay(400);
digitalWrite (11,LOW); noTone(BUZZER);
digitalWrite (12,LOW); myServo1.write(0);
digitalWrite (13,LOW); myServo2.write(0);
delay(400); digitalWrite (11,LOW);
tone(BUZZER,700); digitalWrite (12,LOW);
myServo1.write(180); digitalWrite (13,LOW);
myServo2.write(270); delay(400);
digitalWrite (11,HIGH); while(1);
digitalWrite (12,HIGH); }
digitalWrite (13,HIGH); }

Rajah 3.5 Aturcara Arduino IDE

3.1.4 GAMBARAJAH 3D
Gambarajah 3D dihasilkan menggunakan perisian Tinkercad 3D Design. Gambarajah

artifak dilukiskan dengan jelas supaya mudah ditaksir. Gambarajah 3D ini juga disertakan
dengan dimensi setiap bahagian menggunakan fungsi Ruler dalam perisian Tinkercad.
Semua ukuran yang terlibat telah disetkan dalam unit milimeter (mm). Gambarajah 3D juga
turut dilabelkan agar mudah difahami oleh pembaca. Disamping gambarajah 3D artifak,
gambarajah 3D yang menunjukkan struktur dalaman coin slot yang terlindung di bahagian
dalaman artifak juga dilukiskan agar dapat memberi gambaran sebenar kedudukan lubang
coin slot dan 3 unit penderia infrared (infrared sensor).
3.1.4.1 Gambarajah 3D Artifak

Gambarajah 3D artifak diwakili oleh pandangan hadapan, pandangan belakang,
pandangan kanan, pandangan kiri, pandangan atas dan pandangan bawah sebagaimana
yang ditunjukkan di dalam rajah-rajah berikut :

Rajah 3.6 Pandangan Hadapan Artifak

Rajah 3.7 Pandangan Belakang Artifak

Rajah 3.8 Pandangan Sisi (Kanan) Artifak Rajah 3.9 Pandangan Sisi (Kiri) Artifak

Rajah 3.10 Pandangan Atas (Pelan) Artifak Rajah 3.11 Pandangan Bawah Artifak

Produk ini menggunakan bateri boleh cas semula (rechargeable battery) yang
merupakan salah-satu produk teknologi hijau (green technology). Ianya bertujuan untuk
mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar, seterusnya menyahut seruan ke arah
melestarikan alam sekitar.

Ciri keselamatan produk yang ditekankan adalah tiada bucu atau permukaan kasar
yang digunakan dalam pembinaan produk. Selain itu, bateri juga diletakkan pada bahagian
dalam produk untuk mengelakkan bateri yang digunakan tercabut atau terpintas, seterusnya
membahakan keselamatan pengguna. Artifak juga dibina menggunakan bahan perspect yang
ringan dan tidak mengakibatkan kecederaan sekiranya terjatuh di atas anggota badan
pengguna.

3.1.3.2 Gambarajah Struktur Dalaman Coin Slot

Struktur dalaman Coin Slot terdiri daripada 3 slot untuk memasukkan wang syiling
bernilai 10 sen, 20 sen dan 50 sen serta 3 unit Penderia Infrared. Saiz slot syiling yang dibina
adalah berpandukan diameter sebenar wang syiling berkenaan yang dilebarkan sedikit
supaya wang syiling dapat asingkan mengikut kategori yang tepat. Rajah 3.12(a), 3.12(b) dan
3.12(c) menunjukkan saiz lubang syiling yang telah dilukiskan menggunakan perisian
Tinkercad.

(a) (b) (c)
Rajah 3.12 Saiz slot syiling (a) 10 sen (b) 20 sen
(c) 50 sen

Gambarajah Struktur dalaman coin slot dilukis menggunakan konsep tembus pandang
(transparent) supaya kedudukan bekas syiling, 3 unit slot syiling dan 3 unit penderia infra
merah (infrared sensor) dapat ditunjukkan dengan jelas. Gambarajah 3D struktur dalaman
coin slot diwakili oleh pandangan hadapan, pandangan belakang, pandangan kanan,
pandangan kiri, pandangan atas dan pandangan bawah sebagaimana yang ditunjukkan di
dalam rajah-rajah berikut :

Coin Slot
Slot syiling

10 sen
Penderia
Infrared 1

Rajah 3.13 Pandangan Hadapan Struktur Dalaman Coin Slot

Coin Slot Slot syiling
20 sen
Slot syiling
10 sen Slot syiling
50 sen
Penderia
Infrared 1 Penderia
Infrared 3
Penderia
Infrared 2

Rajah 3.14 Pandangan Sisi Kanan Struktur Dalaman Coin Slot

Coin Slot Slot syiling
20 sen
Slot syiling
10 sen Slot syiling
50 sen
Penderia
Infrared 2

Rajah 3.15 Pandangan Belakang Struktur Dalaman Coin Slot

Slot syiling Coin Slot
20 sen
Slot syiling
Slot syiling 10 sen
50 sen
Penderia
Penderia Infrared 1
Infrared 3
Penderia
Infrared 2

Rajah 3.16 Pandangan Sisi Kiri Struktur Dalaman Coin Slot

Coin Slot

Slot syiling Slot syiling
10 sen 20 sen

Penderia Penderia
Infrared 1 Infrared 2

Slot syiling
50 sen

Penderia
Infrared 3

Rajah 3.17 Pandangan Bawah Struktur Dalaman Coin Slot

Slot syiling Penderia Slot syiling
50 sen Infrared 1 10 sen

Coin Slot

Penderia
Infrared 3

Penderia Slot syiling

Infrared 2 20 sen

Rajah 3.18 Pandangan Atas Struktur Dalaman Coin Slot

3.1.4 CARTA ALIR / ALGORITMA

Carta alir dalam Rajah 3.19 berikut menunjukkan kendalian litar Coin Box yang telah
dihasilkan untuk kerja kursus Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik ini.

Mula

Wang syiling
dimasukkan ke
dalam Coin Slot

Penderia Ya
Infrared 1
mengesan wang
syiling 10 sen.

Tidak Tidak

Penderia Bilangan syiling Jumlah wang
Infrared 2 bagi setiap syiling telah
mengesan wang mencapai
syiling 20 sen. Ya kategori dikira &
dijumlahkan sasaran.
Tidak
menggunakan Ya
Penderia perisian Arduino
Infrared 3 Paparan LCD
mengesan wang IDE. memaparkan
syiling 50 sen. “Congratulation!!”
Ya “Target Achieved”
“Total : “

Buzzer berbunyi, 2 unit
motor servo berputar & 3

unit LED berkelip.

Rajah 3.19 Carta Alir Coin Bank Tamat
Huraian Carta Alir
3.4.1.1


Click to View FlipBook Version