The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kerjafaza, 2021-10-26 01:37:18

PROJEK PKE FAZA

PROJEK PKE FAZA

i). Wang syiling dimasukkan ke dalam coin slot
Apabila Coin Bank diberikan bekalan, skrin LCD akan memaparkan

maklumat pengguna seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.20 berikut :
Paparan maklumat pengguna

Rajah 3.20 Paparan maklumat pengguna
Kemudian, skrin LCD akan memaparkan nilai wang yang disasarkan
sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 3.21 berikut :

Paparan nilai wang sasaran

Rajah 3.21 Paparan sasaran wang yang perlu disimpanmaklumat pengguna

Selepas itu, arahan untuk memasukkan wang syiling akan dipaparkan
sebagaimana Rajah 3.22 berikut :

Paparan arahan memasukkan wang syiling

Rajah 3.22 Paparan arahan memasukkan wang syiling.
Terdapat 3 slot syiling bersaiz 19.4mm (diameter wang syiling 10 sen),
23.59mm (diameter wang syiling 20 sen) dan 27.76mm (diameter wang syiling
50 sen) yang disusun pada satah condong di bahagian dalam coin slot.
Apabila wang syiling dimasukkan ke dalam coin slot, ianya akan masuk ke
dalam slot syiling yang mempunyai diameter yang sesuai bagi setiap kepingan
wang syiling. Oleh yang demikian, wang syiling dapat diasingkan secara
automatik mengikut kategori nilai masing-masing.

ii). Pengesanan wang syiling oleh Penderia Infrared
Terdapat 3 penderia Infrared di dalam Coin Slot yang dinamakan

sebagai Penderia Infrared 1, Penderia Infrared 2 dan Penderia Infrared 3 yang
diletakkan pada 3 lubang syiling yang mempunyai diameter yang berbeza-
beza. Penderia Infrared 1 akan mengesan kemasukan wang syiling bernilai 10
sen, Penderia Infrared 2 mengesan wang syiling bernilai 20 sen dan Penderia
Infrared 3 mengesan wang syiling bernilai 50 sen. Bilangan wang syiling yang
berjaya dikesan oleh setiap Penderia Infrared akan dikira dan dijumlahkan
melalui aturcara Arduino IDE. Bilangan wang syiling bagi setiap kategori dan
jumlah keseluruhannya akan dipaparkan di skrin LCD.

iii). Pengiraan bilangan wang syiling bagi setiap kategori dan
penjumlahan menggunakan perisian Arduino IDE

Bilangan kepingan wang syiling bagi setiap kategori yang berjaya
dikesan oleh Penderia Infrared akan dipaparkan pada skrin LCD. Seterusnya,
jumlah wang keseluruhan dikira melalui perisian Arduino IDE turut dipaparkan
pada skrin berkenaan sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 3.23. Oleh
yang demikian, pengguna dapat mengetahui jumlah wang tabungan semasa
dengan mudah.

Paparan bilangan wang bagi setiap kategori
& Jumlah wang keseluruhan

Rajah 3.23 Paparan bilangan wang bagi setiap kategori dan jumlah wang
keseluruhan

iv). Paparan LCD untuk memaklumkan kepada pengguna bahawa jumlah
wang tabungan telah mencapai sasaran.
Setelah wang yang disimpan di dalam Coin Bank telah mencapai
sasaran yang ditetapkan, paparan skrin LCD akan memaparkan maklumat
berkenaan sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 3.24 berikut :

Paparan maklumat jumlah wang tabungan
telah mencapai sasaran.

Rajah 3.24 Paparan maklumat jumlah wang tabungan telah mencapai sasaran.

v). Keluaran Buzzer, Motor Servo dan LED
Setelah paparan LCD memaklumkan kepada pengguna bahawa jumlah

wang tabungan telah mencapai sasaran, buzzer akan berbunyi berdasarkan
frekuensi dan tempoh masa yang telah ditetapkan pada sketch atau aturcara
Arduino IDE. Disamping itu, 2 unit motor servo juga akan berputar ke kanan
dan ke kiri. Motor servo disambungkan pada lengan robot yang direkabentuk
sebagai artifak. Oleh yang demikian, setiap putaran motor servo akan
menghasilkan gerakan pada lengan robot berkenaan.

Selain itu, 3 unit LED yang berlainan warna juga akan berkelip secara
bergilir-gilir mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Ketiga-tiga elemen bunyi,
gerakan dan pencahayaan yang terhasil apabila wang tabungan mencapai
sasaran ini merupakan tarikan khas yang diberikan kepada Coin Box. Secara
tidak langsung, ianya akan meningkatkan motivasi pengguna untuk menabung
secara konsisten. Rajah 3.5 menunjukkan kedudukan buzzer, motor servo dan
LED yang disambungkan ke dalam litar Coin Bank.

Buzzer, LED dan Motor Servo

Rajah 3.25 Buzzer, LED dan Motor Servo yang menghasilkan keluaran pada
Coin Bank.

BAB 4

RUMUSAN

4.1 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kerja kursus yang telah dilaksanakan berjaya mencapai
keempat-empat objektif yang telah ditetapkan. Objektif yang pertama iaitu membolehkan
pengiraan wang yang telah terkumpul di dalam tabung dilakukan secara automatik telah
tercapai melalui penggunaan 3 unit Penderia Infrared yang dapat mengesan kemasukan
wang syiling, seterusnya mengira jumlah wang berkenaan melalui aturcara perisian Arduino
IDE.

Objektik kedua iaitu mengasingkan wang syiling mengikut kategori nilainya juga dapat
dicapai melalui penggunaan 3 unit Penderia Infrared tersebut serta 3 slot wang syiling yang
direkabentuk berdasarkan diameter yang spesifik agar dapat mengasingkan wang syiling 10
sen, 20 sen dan 50 dengan jitu.

Produk ini juga dapat mencapai objektif ketiga iaitu memaparkan jumlah wang semasa
yang terdapat di dalam tabung melalui paparan LCD Display 20x4 dapat digunakan.
Disamping itu, paparan LCD ini juga berupaya memaparkan maklumat personal pengguna,
arahan penggunaan dan jumlah wang yang disasarkan untuk disimpan di dalam tabung
berkenaan.

Objektif keempat untuk menghasilkan tabung yang mempunyai daya tarikan untuk
pengguna menabung juga dapat dicapai melalui tindakbalas yang dihasilkan oleh nyalaan 3
unit LED, bunyi pembaz (buzzer) dan gerakan motor servo apabila jumlah wang tabungan
mencapai nilai yang disasarkan.

4.2 KELEBIHAN PRODUK

Terdapat beberapa kelebihan produk ini berbanding produk tabung
konvensional. Di antaranya ialah :

i. Penggunaan penderia infrared dapat mengesan bilangan setiap wang syiling
yang dimasukkan ke dalam tabung, seterusnya jumlah wang dapat dikira
secara automatik melalui aturcara Arduino IDE.

ii. Jumlah wang simpanan yang disasarkan boleh ditetapkan melalui aturcara
Arduino IDE.

iii. Wang syiling yang dimasukkan ke dalam tabung boleh diasingkan mengikut
nilai wang dengan mudah.

iv. Pengguna dapat mengetahui jumlah wang yang telah berjaya di dalam tabung
melalui paparan skrin LCD 20x4.

v. Maklumat personal pengguna dan arahan penggunaan juga boleh dipaparkan
pada paparan skrin LCD 20x4.

vi. Saiz slot syiling yang berbeza mengikut diameter wang syiling 10sen, 20 sen
dan 50 sen yang spesifik dapat meminimumkan kesilapan pengiraan syiling
yang masuk ke dalam coin slot.

vii. 3 unit LED (biru, merah, kuning) akan menghasilkan nyalaan setiap kali wang
yang disimpan mencapai sasaran. Ia dapat menambah unsur tarikan bagi
menarik minat pengguna untuk menggunakan produk ini.

viii. Penggunaan Buzzer yang akan menghasilkan bunyi setiap kali wang yang
disimpan mencapai sasaran juga merupakan salah-satu unsur tarikan bagi
menarik minat pengguna untuk menggunakan produk ini.

ix. Pergerakan kedua-dua lengan robot yang dikawal oleh 2 unit motor servo
setelah wang tabungan mencapai sasaran juga merupakan salah-satu unsur
untuk menarik minat pengguna untuk menggunakan produk ini.

x. Menerapkan konsep teknologi hijau melalui penggunaan bateri boleh cas
semula (rechargeable battery).

4.3 KEKURANGAN PRODUK

Terdapat beberapa kekurangan yang dapat dikenalpasti melalui produk yang
telah dihasilkan iaitu :
i. Penyambungan Paparan LCD secara terus kepada Arduino UNO melibatkan

penggunaan pin Arduino yang banyak.
ii. Jumlah wang yang disasarkan tidak dapat diubah melalui peranti luaran,

sebaliknya hanya dapat diubah melalui aturcara Arduino IDE.
ii. Penggunaan produk ini agak terbatas kerana hanya wang syiling sahaja yang

boleh dikesan dan dikira menggunakan produk Coin Bank ini.

4.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat dikenalpasti untuk
meningkatkan kualiti produk iaitu :
4.4.1 Menggunakan Inter-Integrated Circuit (I2C) yang menghubungkan antara
Arduino UNO dan Paparan LCD.

Penyambungan paparan LCD secara langsung kepada Arduino dalam
penghasilan produk ini melibatkan penggunaan 8 pin Arduino (A3, A2, A1, A0, 7, 6,
5V dan GND). Namun, dengan menyambungkan I2C antara Arduino UNO dan
paparan LCD, jumlah penggunaan pin Arduino yang dihubungkan dengan paparan
LCD dapat dijimatkan kepada 4 pin sahaja. Oleh yang demikian, bilangan penggunaan
pin Arduino UNO dapat dijimatkan untuk disambungkan dengan peranti lain.

Rajah 4.1 Penyambungan Paparan LCD secara langsung ke Arduino UNO
yang melibatkan penggunaan 8 pin Arduino UNO.

Rajah 4.2 Penyambungan Paparan LCD ke Arduino UNO melalui perantaraan
I2C yang hanya melibatkan 4 pin Arduino UNO.

4.4.2 Menggunakan Pad Kekunci (Keypad) untuk memasukkan nilai wang yang
disasarkan.

Produk yang telah dihasilkan tidak dapat menetapkan jumlah wang yang
disasarkan menggunakan peranti luaran, sebaliknya hanya dapat ditetapkan melalui
aturcara Arduino IDE. Sebagai cadangan penambahbaikan, Pad kekunci (Keypad)
4x4 boleh ditambahkan ke dalam litar. Oleh yang demikian, pengguna boleh
mengubah tetapan wang sasaran yang dikehendaki melalui keypad tanpa perlu
mengubah nilai dalam aturcara.

Rajah 4.3 Contoh penyambungan Keypad 4x4 ke Arduino UNO

4.4.3 Menambahkan slot wang kertas.
Produk yang telah dihasilkan hanya dapat mengesan dan mengira wang syiling

10 sen, 20 sen dan 50 sen sahaja. Sebagai cadangan penambahbaikan, penggunaan
slot wang yang dapat mengesan dan mengira wang kertas adalah amat disarankan.


Click to View FlipBook Version