1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) merupakan Institut Latihan Kemahiran dibawah Kementerian Belia Dan Sukan (KBS). Tujuan utama penubuhannya adalah untuk memenuhi keperluan belia di Malaysia. Kursus- kursus yang ditawarkan di IKBN menggunakan kurikulum yang berlandaskan Standart Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupational Skills Standard (NOSS) yang telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. NOSS merupakan dokumen yang dibangunan oleh pakar- pakar industri dan agensi latihan kemahiran dan digunapakai mengikut keperluan industri. Antara bentuk persijilan yang ditauliahkan di IKBN adalah Sijil Kemahiran Malaysia, persijilan antarabangsa City and Guide C&C London dalam bidang hospitaliti, Suruhanjaya Tenaga bagi bidang elektrikal, dan persijilan America Welding Society (AWS) bagi kimpalan (Mesyuarat ketiga Parlimen, Dewan Rakyat 2013).
2 Kursus Diploma Teknologi Tekstil di IKBN menawarkan kemahiran jahitan peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap 4 (IKBNKL, 2011). Pelajar yang diterima masuk bagi tahap ini telah mempunyai kelayakkan asas tahap satu hingga tahap tiga dari mana-mana institusi pengajian kemahiran lain. Pengajaran bagi peringkat ini berdasarkan NOSS yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Menurut Laporan Kebolehpasaran Graduan IKBN 2009 hingga 2011, iaitu melalui kajian yang telah dijalankan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada tahun 2012 ke atas 2,588 graduan lepasan IKBN bagi tahun 2011 mendapati hanya 1,541 (60%) telah mendapat pekerjaan bagi jangkamasa enam hingga 12 bulan setelah mereka tamat belajar manakala graduan yang menyambung pengajian adalah 577 (22%) dan 80% sedang mencari pekerjaan. Kegagalan graduan berkemahiran mendapat peluang pekerjaan telah menggalakkan mereka meneroka peluang kerjaya di dalam bidang keusahawanan (KBS, 2012) Pengangguran dalam kalangan graduan kemahiran menjadi masalah kepada Institut yang melatih mereka dan negara. Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun 2005 mendapati daripada 22,016 orang siswazah bekerja yang dikaji, hanya 2.8% sahaja yang bekerja sendiri, sementara yang selebihnya bekerja makan gaji. Begitu juga dengan pemegang diploma di mana daripada 11,313 orang, hanya 1.4 % peratus sahaja yang bekerja sendiri. Kesannya isu berkaitan pengangguran sering diperkatakan di kalangan masyarakat dan dianggap sebagai satu kegagalan dalam sistem pendidikan negara. Melaluinya, KPT telah melancarkan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi, yang bertujuan untuk menggalakkan pendidikan dan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik. Antara usaha lain
3 kerajaan bagi menangani masalah ini adalah melalui penekanan pendidikan keusahawanan yang melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP Ke-3) yang bertujuan untuk menambah bilangan sumber manusia mahir, berkebolehan membangunkan inovasi dan teknologi, dan menggalakkan perniagaan bagi mencapai matlamat masyarakat perdagangan dan perindustrian menjelang tahun 2020. Melalui rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK 2010) yang mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, menunjukkan perancangan kerajaan ke arah membantu bakal usahawan di Malaysia kian dipergiat. Bajet Malaysia pada tahun 2014 juga memperlihatkan usaha kerajaan untuk menggalakkan golongan siswazah menceburi bidang keusahawanan sejurus selepas menamatkan pengajian dengan memberi tumpuan kepada pembentukan peribadi, kepimpinan, kemahiran vokasional dan kemahiran keusahawanan (RMK 2010). Ini untuk memastikan agar pendidikan yang disediakan memenuhi permintaan pembangunan ekonomi semasa, seiring dengan perubahan teknologi dan keperluan pasaran, mempunyai nilai kebolehpasaran dalam industri dan bersedia untuk menempatkan diri dalam dunia pekerjaan kelak (Mouzakitis, 2010; Minghat & Ruhizan, 2010; RMK ke-10, 2011-2015). Oleh yang demikian sistem pendidikan, program latihan dan kurikulum di institusi-institusi pendidikan harus mempersiapkan pelajar bagi memenuhi perubahan teknologi, keperluan pengetahuan dan teknikal dalam industri semasa (Mouzakitis, 2010; Hiyang & Nor Hazwin, 2010). Pendidikan dan latihan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) berkualiti merangkumi kompetensi kemahiran, pengetahuan dalam bidang teknikal dan vokasional (Ahmad Tajudin, 2010). Menurut Meyer (1992) kepentingan institusi pendidikan menyediakan pelajar dalam bidang keusahawanan untuk memupuk minat berniaga setelah mereka tamat pengajian adalah perlu diutamakan. Manakala menurut Miller (1987) di dalam usaha
4 untuk menyediakan pelajar dan graduan yang mempunyai ciri keusahawanan, mereka hendaklah dipilih daripada golongan pelajar atau graduan yang memang mempunyai ciri keusahawanan tersebut. Bagi Nasharudin dan Harun (2010), pendedahan keusahawanan perlu diberikan kepada pelajar agar sikap, minat dan persepsi mereka terhadap kerjaya keusahawanan dapat diperbetul dan seterusnya memilih bidang ini sebagai peluang kerjaya selepas mereka menamatkan pengajian. Di IKBN umpamanya, melalui penerapan kemahiran keusahawanan menerusi pengajaran dan pembelajaran dijangka mampu menyumbang kepada hasrat kerajaan ini. 1.2 Latar Belakang Masalah Statistik kebolehpasaran graduan IKBN sesi 2011/ 2012 hingga 2013/ 2014 (rujuk Jadual 1.1) menunjukkan graduan bidang Diploma Teknologi Tekstil masih tidak bekerja atau melibatkan diri dalam bidang keusahawanan setelah tamat pengajian walaupun mereka mempunyai kemahiran yang tinggi (tahap 1-4) dalam bidang ini iaitu bagi dilihat mampu menjana pendapatan sendiri melalui aktiviti yang berkaitan keusahawanan dan kemahiran jahitan yang dimiliki. Jadual 1.1: Kebolehpasaran Pelajar Diploma Teknologi Tekstil IKBN Malaysia IKBN Semester Bekerja Tidak Bekerja Bekerja Sendiri Sambung Pelajaran Berniaga Jumlah Kuala Langat 2-2011 4 0 6 0 0 10 1-2012 8 0 3 7 0 18 2-2012 11 4 7 2 0 24 Wakaf Tapai 2013 3 0 0 4 0 7 Sumber: Unit Cawangan Hubungan Industri Institut Kemahiran Belia Negara (2014)
5 Bidang Diploma Kemahiran Malaysia mempunyai 14 modul latihan (rujuk Jadual 1.2). Silibus bidang ini pula mengandungi pengurusan pentadbiran yang boleh dikaitkan dengan bidang keusahawanan. Hasil proses pembelajaran secara amali adalah berupa produk yang boleh dikomersialkan. Sistem pembelajaran di IKBN mengandungi komponen tambahan iaitu subjek umum dan bina insan 30%, dan komponen teknikal yang melibatkan proses pembelajaran secara hands on 70%. Melalui modul pembelajaran yang terkandung di dalam pengajaran, pelajar diajar asas asas pendidikan kemahiran dan juga asas pentadbiran dan perniagaan. Jadual 1.2a: Modul Latihan Diploma Teknologi Tekstil IKBN Sumber: Unit NOSS dan WIM, Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (2013) Tahap Kemahiran Tajuk Modul Latihan Isi Pelajaran Tahap 4 Modul 01 KajianFabrik Pakaian 06.02 Pilih Kategori Pakaian 03.02 Tentukan Kesesuaian Jenis Pakaian Mengikut Kategori 04.01 Kenalpasti Fungsi Pakaian 05.01 Guna Bahan Tekstil / Fabrik 05.02 Analisa Fabrik Modul 02 Pembangunan Fesyen 07.01 Tinjau Tren Semasa 07.02 Kumpul Bahan Kajian 07.03 Rumus Hasil Kajian Pakaian 06.03 Bangunkan Rekaan Fesyen Modul 03 Rekaan Fesyen 03.01 Beri Khidmat Runding Cara Kepada Pelanggan 04.03 Pastikan Fesyen Pakaian 06.04 Cipta Fesyen Mengikut Musim Dan Perayaan 06.05 Guna Fabrik Dan Warna Untuk Rekaan Pakaian 06.08 Ilustrasi Rekaan Pakaian Modul 04 ManipulasiPola Pakaian 08.02 Ubahsuai Pola Mengikut Rekaan 08.04 Mengred Pola Pakaian Modul 05 PembuatanPakaian Kasual 06.06 Guna Hiasan Pakaian 08.01 Lakar Pola Pakaian 08.03 Lengkapkan Maklumat Pada Pola 08.05 Susunatur Pola 09.05 Jahit Variasi Pakaian Kasual Modul 06 Pembuatan PakaianPejabat 09.01 Jahit Variasi Pakaian Pejabat
6 Jadual 1.2b: Modul Latihan Diploma Teknologi Tekstil IKBN Sumber: Unit NOSS dan WIM, Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (2013) Disamping modul kemahiran fesyen yang menjadi teras kepada pembangunan pengetahuan dan kemahiran teknikal, struktur kurikulum bagi bidang ini di IKBN, juga mempunyai modul Bina Insan yang menyediakan ruang bagi penerapan kemahiran insaniah seperti nilai keusahawanan, positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi & pembelajaran berterusan. Modul ini diwajibkan kepada semua pelajar dan mengandungi kursus-kursus Keusahawanan (UHW4531), Agama Islam (UIS4531) atau Moral (UML4531), Matematik (UMT 4621) dan Kepimpinan (UHP453). Tahap Kemahiran Tajuk Modul Latihan Isi Pelajaran Tahap 4 Modul 07 Variasi Pakaian Seragam 09.03 Menjahit Variasi Pakaian Seragam Modul 08 Pakaian KanakKanak 09.02 Jahit Variasi Pakaian Kanak-Kanak Modul 09 Pembuatan Pakaian Sukan 09.02 Jahit Variasi Pakaian Sukan Modul 10 Pengurusan Peragaan Pakaian 06.01 Kenal Pasti Tema Pakaian 04.02 Tentukan Jangka Masa Pengeluaran 04.04 Urus Pertunjukkan Peragaan Pakaian 06.07 Guna Aksesori Pelengkap Pakaian Modul 11 Pengurusan Pentadbiran 01.01 Selia Pekerja 01.02 Pantau Jadual Kerja 01.03 Nilai Prestasi Kerja Modul 12 Pengurusan pembelian 06.02 Pilih Kategori Pakaian 03.02 Tentukan Kesesuaian Jenis Pakaian Mengikut Kategori 04.01 Kenalpasti Fungsi Pakaian 05.01 Guna Bahan Tekstil / Fabrik 05.02 Analisa Fabrik Modul 13 Pengurusan Inventori 10.05 Uruskan Inventori Berkaitan 11.01 Periksa Rekod Aliran Keluar Masuk Stok 11.02 Semak Item Dalam Stok Modul 14 Projek Tahun Akhir (Peragaan Fesyen) Modul latihan Ini Menerangkan : Peragaan Fesyen Kepada Pelatih Supaya Mendapat Pengetahuan Dan Kemahiran Dalam Menentukan Tema Projek, Mempersembahkan Tajuk Dan Membuat Perkembangan Idea Rekaan Fesyen Tahun Akhir
7 Modul Keusahawanan (UHW4531) memberi pengetahuan asas kepada para pelajar tentang aspek-aspek penting dalam bidang keusahawanan seperti konsep keusahawanan, motivasi diri, penubuhan perniagaan, rekod dan dokumen perniagaan, asas perakaunan, pemasaran dan komunikasi perniagaan (rujuk Jadual 1.3). Jadual 1.3: Kursus Keusahawanan (UHW4531) dalam modul Bina Insan IKBN, IKTBN dan KKBN Tahap Tajuk Objektif Pengajaran 1 Modul 01 Konsep Asas Keusahawanan Pelatih-pelatih mesti dapat mengenalpasti ciri-ciri usahawan yang ideal dan berjaya supaya diaplikasikan dan dijadikan panduan dan tauladan apabila menceburi bidang perniagaan kelak. Modul 02 Motivasi Keusahawanan Pelajar memperolehi pengajaran dan pengetahuan sebenar melalui pengalaman jatuh bangun usahawan itu sendiri untuk dijadikan panduan dan tauladan. 2 Modul 03 Penubuhan Perniagaan Pelatih-pelatih mesti boleh mengetahui dan memahami bentukbentuk perniagaan supaya mereka dapat mengaplikasikannya apabila hendak menubuhkan perniagaan. Modul 04 Rekod & Dokumen Perniagaan Pelatih-pelatih mesti boleh mengetahui dan memahami cara merekodkan penerimaan dan pengeluaran wang ke dalam buku tunai Modul 05 Asas Perakaunan Pelatih-pelatih mesti boleh mengetahui dan memahami cara merekodkan urusniaga ke dalam lejar dengan menggunakan sistem catatan bergu bagi mengemaskini akaun apabila pelatih telah menubuhkan perniagaan Modul 06 Mod Pemasaran Pelajar boleh mengetahui dan memahami konsep dan strategi asas pemasaran produk/perkhidmatan Modul 07 Komunikasi Perniagaan Pelajar akan mengetahui konsep komunikasi yang digunapakai untuk menjalankan perniagaan dalam kontek perhubungan pelanggan 3 Modul01 Mengenal Potensi Diri/Perniagaan Pelajar-pelajar mesti boleh mengenali potensi diri sendiri untuk menjadi seorang usahawan dan boleh memilih perniagaan yang sesuai. Modul 02 Perancangan Perniagaan Pelajar-pelajar mesti boleh mengetahui dan memahami tentang kandungan yang terdapat didalam Rancangan Perniagaan dan mesti menyediakan Rancangan Perniagaan yang lengkap Sumber: Unit Kurikulum, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (2013) Pencapaian pelajar dalam kursus Keusahawanan (rujuk Jadual 1.4) pula kurang baik dimana hanya 32% pelajar memperolehi keputusan gred A, manakala 25% pelajar mendapat gred B, 40% mendapat gred C dan 1% mendapat gred D. Ini mungkin kerana terdapat kelemahan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di IKBN.
8 Jadual 1.4: Pemarkahan Modul Keusahawanan 2011-2013. Gred Sesi Pengajian 2011 2012 2013 A 10 5 4 B 0 5 10 C 0 14 10 D 0 0 1 Sumber: Unit Bina Insan, Institut Kemahiran Belia Negara (2011-2013) Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan pelajar tidak dilatih dan didedahkan bagi mendapat pengalaman untuk memulakan perniagaan melalui pembelajaran fesyen dan jahitan. Ini mungkin juga disebabkan oleh perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam subjek keusahawanan modul bina insan yang hanya mendedahkan pembelajaran secara teori tanpa mengaitkan dengan aplikasi aktiviti keusahawanan secara langsung dan dinilai sebagai salah satu daripada jenis tugasan. Ini juga mungkin kerana hanya 30% keutamaan pengajaran modul keusahawanan diterapkan berbanding 70% bagi subjek teknikal. Contohnya, di dalam proses pembelajaran pelajar telah dibimbing dalam penghasilan produk jahitan yang boleh dikormesialkan, namun tiada kesinambungan bagi sebarang aktiviti jualan dilakukan untuk mengaplikasi kemahiran keusahawanan sehingga produk tersebut berjaya dijual.
9 1.3 Pernyataan Masalah Merujuk kepada laporan data kebolehpasaran graduan bidang Diploma Teknologi Tekstil, pelajar tidak melibatkkan diri dalam bidang keusahawanan walaupun telah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang fesyen dan jahitan dan telah didedahkan dengan elemen keusahawanan di dalam pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh pengajian di IKBN. Ini adalah tidak sejajar dengan matlamat institut bagi melahirkan belia yang berkemahiran dalam bidang yang diikuti dan berjiwa seorang usahawan. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti penerapan kemahiran keusahawanan menerusi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar Diploma Teknologi Tekstil IKBN, mengenalpasti perkaitan di antara perbezaan umur dengan aktiviti keusahawanan. Pembolehubah bagi kajian ini adalah kemahiran keusahawanan iaitu kemahiran teknikal, kemahiran pengurusan dan kemahiran interpersonal di dalam pengajaran dan pembelajaran fesyen dan pakaian. Kajian kuantitatif ini akan melibatkan pelajar program Diploma Teknologi Tekstil yang ditawarkan di IKBN Kuala Langat dan IKBN Wakaf Tapai.
10 1.4 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penerapan kemahiran keusahawanan menerusi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran fesyen dan pakaian bagi bidang Diploma Teknologi Tekstil IKBN. Objektif kajian ini adalah untuk: a) Mengenalpasti penerapan kemahiran teknikal menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran fesyen dan pakaian b) Mengenalpasti penerapan kemahiran pengurusan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran fesyen dan pakaian c) Mengenalpasti penerapan kemahiran interpersonal menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran fesyen dan pakaian d) Mengenalpasti penerapan aktiviti keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran fesyen dan pakaian e) Mengenalpasti perbezaan penerapan aktiviti keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran fesyen dan pakaian diantara IKBN 1.5 Persoalan Kajian Persoalan untuk kajian ini adalah: a) Apakah tahap penerapan kemahiran teknikal dalam pengajaran dan pembelajaran fesyen dan pakaian? b) Apakah tahap penerapan kemahiran pengurusan pelajar fesyen dan pakaian? c) Apakah tahap penerapan kemahiran interpersonal pelajar fesyen dan pakaian? d) Apakah tahap penerapan aktiviti keusahawanan yang dilaksanakan di IKBN? e) Adakah terdapat perbezaan penerapan aktiviti keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran fesyen dan pakaian di antara IKBN?
11 1.6 Definisi Operasional Di dalam menjalankan kajian ini terdapat istilah yang digunakan untuk menjelaskan maksud kajian dengan lebih mendalam. a) Penerapan Penerapan bermaksud perbuatan seperti menerapkan, mengenakan pada, menyerapkan kepada, perbuatan atau mempraktikkan (Kamus Dewan, 2002). Dalam kajian ini, penerapan ialah usaha yang dijalankan untuk menyerapkan kemahiran keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran. b) Kemahiran Keusahawanan Kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian seseorang dalam bidang tertentu (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1996). Manakala menurut (Adeyemo 2009) Kemahiran keusahawanan ditakrifkan sebagai keupayaan untuk mencipta produk baru untuk dipasarkan dengan menumpukan kepada masa, usaha, kewangan dan risiko. Melalui kemahiran yang diperolehi menjadikan seseorang itu berfikiran positif dalam sesuatu usaha perniagaan yang dijalankan (Mohamed, 1996) iaitu merujuk kepada (Pyysiainen, Anderson, McElwee, 2006) yang menyatakan bahawa kemahiran keusahawanan adalah merupakan aktiviti-aktiviti, atau pengetahuan praktikal yang diperlukan untuk menubuhkan dan menjalankan perniagaan sehingga berjaya.
12 c) Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran adalah merupakan perancangan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang bersesuaian demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Secara ringkasnya pengajaran ialah: i. Menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat ii. Menghormati kanak-kanak dan remaja iii. Berkongsi pengetahuan iv. Membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang v. Menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid vi. Menghadapi cabaran diri dan profesional vii. Menyalurkan budaya dan nilai nasional Secara umumnya pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran (Robert, 1970) merujuk buku The Condition of Learning and Theory of Instruction pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
13 d) Diploma Teknologi Tekstil Diploma Teknologi Tekstil merujuk kepada bidang kursus yang ditawarkan melalui Kementerian Belia Dan Sukan dan digunakan di IKBN, manakala Eksekutif Fesyen dan Pakaian merupakan nama pekerjaan dalam NOSS untuk Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 4 Bidang Tekstil dan Pakaian. Untuk melayakkan pelajar mendapat pengiktirafan tersebut pelajar perlu berketerampilan dalam melakukan dan mengendalikan kerja dalam perundingcara fesyen, mencipta fesyen, membuat pola, menjahit pakaian serta pelbagai aspek rekaan dan menggunakan peralatan jahitan berkomputer, disamping melakukan tugas-tugas yang dinyatakan (JPK, 2000) e) Modul Keusahawanan Di dalam kajian ini modul keusahawanan adalah merujuk kepada panduan pembelajaran modul keusahawanan yang digunakan oleh semua IKBN se Malaysia di dalam pengajaran di kelas, mengandungi tajuk utama yang perlu disampaikan kepada pelajar sebagai garis panduan untuk pelajar memperolehi pengetahuan keusahawanan (IKBN, 2012) f) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Institut Kemahiran Belia Negara dikawal selia oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Bahagian Pembangunan Kemahiran dan berfungsi menyediakan peluang latihan kemahiran kepada belia-belia di Malaysia. Institut latihan mempunyai 20 buah di seluruh Malaysia yang menjalankan konsep latihan bersepadu (Integrated Approach), melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak iaitu komponen latihan kepimpinan, keagamaan dan kerohanian, kepimpinan, ketatanegaraan, kawad, sukan dan rekreasi, serta latihan kemahiran dan keusahawanan (KBS, 2000). Institut yang terlibat di
14 dalam kajian ini adalah Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat dan Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai. 1.7 Kerangka Teori Kajian Kerangka teori kajian berperanan untuk menerangkan tentang konsep sebenar kajian yang akan dijalankan. Di dalam kajian ini, fokus utama kajian adalah untuk mengenalpasti penerapan kemahiran keusahawanan, pengkaji melihat strategi perlaksanaan dan aplikasi pengetahuan keusahawanan menerusi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya pengkaji melihat tahap kemahiran keusahawanan, aktiviti keusahawanan dan mengenalpasti perbezaan umur terhadap aktiviti keusahawanan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar Diploma Teknologi Tekstil di Institut Kemahiran Belia Negara. Teori yang digunakan di dalam kajian ini adalah berdasarkan Teori Pembelajaran Kolb (1984). Teori ini turut digunakan dalam berbagai bidang kajian seperti Yusof et al., (2005), Othman et al., (2003), Othman et al., (2008), Yahaya dan Abd Majid (2010) mengenai keusahawanan, kemahiran insaniah, pendidikan perakaunan dan gaya pembelajaran. Kolb (1984) menjelaskan bahawa pembelajaran dianggap sebagai proses yang holistik dan tidak ada titik hujungnya. Ianya adalah bersesuaian dengan pelajar kemahiran khususnya pelajar Diploma Teknologi Tekstil. Proses pembelajaran akan menunjukkan dengan jelasnya cara-cara bagaimana pengetahuan diperolehi dan dicipta melalui interaksi seseorang itu dengan
15 persekitarannya. Antara konsep utama teori pembelajaran Kolb (1984), adalah pembelajaran dianggap suatu proses yang holistik dan tidak ada titik hujungnya. Proses pembelajaran akan menunjukkan dengan jelas cara bagaimana pengetahuan diperolehi dan hubungannya dengan persekitaran. Model ini mengkategorikan pelajar atau seseorang individu kepada dua bentuk kecenderungan iaitu; a) Pengalaman konkrit (konseptualisasi abstrak) iaitu bagaimana seseorang pelajar mengaplikasikan informasi. b) Pengkajian aktif (pemerhatian reflektif) iaitu bagaimana seseorang pelajar memahami informasi. Teori ini akan melalui empat peringkat kitaran pembelajaran yang saling berkaitan antara satu sama lain dan berkaitan untuk mencapai objektif pembelajaran. Perkaitan teori ini dengan kajian adalah mengikut gaya pembelajaran yang berikut: i. Gaya Konkrit dan Refleksif Bentuk soalan yang bersesuaian dengan pelajar yang mempunyai gaya ini ialah yang bermula dengan perkataan ‘kenapa’. Para pelajar yang mempunyai gaya ini memberi tindak balas yang positif jika isi kandungan pelajaran yang disampaikan berkaitan dengan minat, pengalaman dan karier pada masa depan mereka. Pelajar perlu berfikiran terbuka, mudah beradaptasi, intuitif dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Bagi pelajar di institusi Kemahiran amnya di IKBN, pelajar diajar kemahiran hands on yang memerlukan pelajar secara individu melakukan tugasan yang diberikan secara terus dan aktif.
16 ii. Gaya Abstrak dan Refleksi Bentuk persoalan yang bertepatan dengan pelajar yang mempunyai gaya ini ialah bermula dengan‘apa’. Para pelajar dalam kategori ini bertindak secara optimum kepada seni pengajaran dan pembelajaran yang dipersembahkan secara sistematik dan logik. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan apabila pelajar diberi peluang membuat refleksi. Sebagai contoh di IKBN pengajaran di kelas pelajar akan diberi peluang untuk melakukan kerja-kerja amali yang melibatkan pengendalian secara praktikal dan pengajar akan memantau secara terus. Pelajar menjadi pemerhati yang objektif, kemahiran mendengar, memerhati dan menyedari perubahan amat penting bagi individu yang terlibat dalam gaya pembelajaran ini. Ia juga menerangkan sikap pelajar dan menyatakan bahawa sesetengah orang gemar bersikap ‘tunggu dan lihat, memerhati dan mendengar perbincangan orang lain terlebih dahulu dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan apabila soalan diajukan, mereka mengambil masa untuk berfikir, teragak-agak dan kurang berkeyakinan. Di IKBN aktiviti demonstrasi akan ditunjukkan oleh pengajar dan pelajar akan memerhati dan seterusnya akan melakukannya dengan sendiri sehingga menepati kehendak dan keterampilan. iii. Gaya Abstrak dan Aktif Bentuk persoalan yang bertepatan dengan pelajar gaya ini ialah bermula dengan gaya ‘bagaimana’. Mereka sentiasa memberikan kerjasama dan berusaha menyelesaikan setiap masalah yang dikemukakan kepada mereka. Proses penyelesaian masalah ini menjadi lebih mudah apabila guru memberikan panduan dan bimbingan secara teratur. Pelajar berusaha untuk mengatur dan menyusun maklumat secara sistematik dan logik ke dalam bentuk konsep, teori dan idea.
17 iv. Gaya Konkrit dan Aktif Bentuk persoalan yang bertepatan dengan pelajar ini ialah ‘bagaimana jika’. Para pelajar dalam kumpulan ini gemar mengaplikasikan informasi-informasi atau maklumat-maklumat yang dipelajari ke dalam situasi baru. Terutamanya dalam konteks menyelesaikan sesuatu masalah yang sebenar. Pelajar terlibat secara langsung dengan persekitaran. Gaya dominan yang terlibat dalam eksperimentasi aktif ialah pengujian. Strategi utama adalah mencari jalan penyelesaian yang tepat dan mendapat keputusan yang praktikal. Mampu melihat suatu perkara dari pelbagai perspektif, bersifat emosional, kreatif dan inovatif. Kolb juga telah mengkategorikan pelajar atau individu ke dalam kumpulan yang berikut iaitu Diverger, Asmilator, Konverger dan Akomodator iaitu berdasarkan empat gaya pembelajaran yang tersebut. Ciri-ciri diverger ialah mempunyai kebolehan dalam menjana idea, membuat persepsi terhadap maklumat yang konkrit, suka mendengar dan berkongsi idea, gemar menyatukan pengalaman dengan perasaan, mempunyai imaginasi yang baik, jelas serta nyata dan memprosesnya dengan cara membuat pemerhatian yang reflektif bagi melahirkan idea yang baru tanpa sebarang praktikal. Mampu melihat suatu perkara dari pelbagai perspektif, bersifat emosional, kreatif dan inovatif. Di dalam konteks pelajar Diploma Teknologi Tekstil adalah semestinya memerlukan daya imaginasi dan kretiviti yang tinggi bagi manghasilkan idea rekaan yang baru. Asimilator pula mempunyai kekuatan pada kebolehan mencipta model berasaskan teori dan memahami konsep yang abstrak, yang memerlukan analisis lebih mendalam, tetapi memproses maklumat tersebut secara pemerhatian reflektif, gemar
18 menyatukan pemerhatian dengan pengetahuan sedia ada dan ingin sentiasa mendapat jawapan yang betul dalam menyelesaikan masalah. Konverger pula merupakan pelajar yang aktif, gemar menyatukan teori dan praktis, menggunakan pengetahuan abstrak dan juga akal waras (common sense), memprosesnya dengan cara membuat percubaan dan latihan yang aktif serta mempunyai kelebihan dalam mengaplikasikan idea-idea yang praktikal dalam proses pembelajaran. Akomodator pula merupakan pelajar yang sangat aktif dan kreatif, belajar dengan mencuba hingga berjaya tanpa bantuan dari pengajar, merupakan kumpulan yang bersifat intuitif, menjana kesimpulan berasaskan intuisi, berani mengambil risiko dalam melakukan sesuatu, membuat persepsi terhadap maklumat yang konkrit sahaja dan memprosesya dengan cara membuat percubaan dan latihan yang aktif. Mudah beradaptasi dengan situasi baru dan mempunyai kebolehan semulajadi sebagai ketua. Aplikasi pembelajaran Kolb dalam bilik darjah boleh dilakukan melalui memberi sesuatu tugasan atau projek mengikut keupayaan dan pengalaman pelajar. Setiap tugasan dan projek perlu dirancang agar matlamat pembelajaran dan pendekatan teori pembelajaran Kolb tercapai. Begitu juga kaedah pembelajaran yang berlaku di IKBN tugasan diberikan kepada pelajar dengan mengikut perancangan tertentu yang pelajar akan aplikasikan dalam pembelajaran. Ciri-ciri Kerangka Teori adalah seperti berikut: a) Semua pemboleh ubah yang sesuai mesti dikenalpasti b) Membentuk hubungan dengan pemboleh ubah yang telah dikenalpasti c) Arah hubungan yang boleh dikenalpasti mesti dinyatakan berdasarkan kajian lepas, contohnya hubungan yang signifikan positif atau hubungan yang negatif antara dua pemboleh ubah d) Hubungan tersebut dinyatakan dalam bentuk rajah.
19 PelajarTerdapat elemen keusahawanan secara terus diterapkan di dpembelbidang Rajah 1.1 Kerangka teori kajian Sumber: Aplikasi teori Kolb (1984) 1.8 Kerangka Konsep Kajian Kerangka konsep kajian berperanan untuk menerangkan tentang konsep sebenar kajian yang akan dijalankan. Peringkat kerangka konseptual ialah menjelaskan perhubungan antara konsep-konsep abstrak dalam bentuk hipotesis. Selalunya pengkaji menggunakan kedua-dua kerangka teoretikal dan juga kerangka konseptual. PENGALAMAN KONKRIT Pendedahan aktiviti perniagaan KONSEPTUAL ABSTRAK Pelajar sedar mengenai perniagaan dan keusahawanan EKSPERIMENTASI AKTIF Pelajar menguasai jika pendedahan berterusan PEMERHATIAN REFLEKTIF Kesedaran pelajar melalui pendedahan aktiviti keusahawanan KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN a) Kemahiran Teknikal b) Kemahiran Pengurusan c) Kemahiran Interpersonal
20 Sebagai contohnya, daripada beberapa teori kajian yang digunakan boleh membentuk kerangka konseptual dalam menjelaskan beberapa pilihan variabel hipotesis. Pembolehubah ialah peristiwa atau objek yang nilainya boleh berubah-ubah, ia adalah konsep yang jelas maknanya dan dapat diukur dengan tepat. Penakrifan pembolehubah dapat membantu individu (pengkaji atau pembaca) untuk mengetahui apa yang sedang dikaji serta memudahkan memahami keputusannya. Jenis-jenis pemboleh ubah adalah seperti berikut: a) Pembolehubah bersandar b) Pembolehubah tidak bersandar c) Pembolehubah perantara a) Pembolehubah bersandar (bergantung) Merupakan produk atau hasil yang dijangka dari sesuatu tindakan atau perubahan peristiwa. Ia bergantung kepada perubahan tindakan atau peristiwa iaitu yang dihasilkan oleh kesan pembolehubah bebas. Ia adalah pembolehubah yang hendak diterangkan. Pemboleh ubah yang terdiri daripada tingkah laku subjek yang bergantung kepada pemboleh bebas. Menerima pengaruh/kesan/rentetan daripada pemboleh ubah bebas yang merupakan pemboleh bebas yang dicerap, dalam kontek kajian ini adalah penerapan kemahiran keusahawanan, maka pembolehubah bersandarnya adalah Kemahiran Teknikal, Kemahiran Pengurusan, Kemahiran Interpersonal. b) Pembolehubah tidak bersandar (bebas) Boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan pemboleh ubah lain, meskipun ianya saling berkait, juga merupakan pembolehubah yang menjadi penyebab sesuatu perkara kejadian. Melalui pengajaran dan pembelajaran dapat dimanipulasi akan dapat
21 mengenalpasti tahap kemahiran keusahawanan yang ingin diterapkan, maka akan mengubah nilai dalam pemboleh ubah bersandar tersebut. c) Pemboleh ubah perantara Atribut atau ciri-ciri yang berada antara (stands between) pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas. Merujuk kepada isu yang ingin diterapkan adalah terdapat hubungan di antara pengajaran dan pembelajaran dengan penerapan kemahiran keusahawanan pembolehubah perantaranya adalah pelajar Diploma Kemahiran. Rajah 1.2: Kerangka Konsep Kajian Pembolehubah Bebas Pengajaran dan Pembelajaran Pembolehubah Bersandar Kemahiran Teknikal Kemahiran Pengurusan Kemahiran Interpersonal Tambahan Luar Umur Pelajar DKM
22 1.9 Kesimpulan Penerapan kemahiran keusahawanan menerusi pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar Diploma Teknologi Tekstil adalah bertujuan memberi galakkan kepada pelajar untuk menceburi bidang perniagaan kelak. Daripada data kebolehpasaran pengkaji mendapati terdapat sebilangan graduan fesyen IKBN tidak bekerja, keraguan wujud kerana pelajar telah didedahkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan semasa proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Melalui pendedahan kemahiran keusahawanan tersebut pelajar boleh memilih untuk tidak hanya menganggur sebalikknya menceburi perusahaan sendiri berbekalkan kemahiran yang telah diperolehi. Antara kelemahan yang dikenalpasti adalah pelajar kurang pengalaman dan pendedahan untuk melakukan aktiviti keusahawanan semasa di institut. Masalah kekurangan aktiviti yang menjurus kepada keusahawanan tidak diaplikasi semasa latihan kemahiran teknikal dijalankan. Di samping itu juga sejajar dengan matlamat kementerian dan IKBN adalah bagi melahirkan usahawan di kalangan graduan IKBN seluruh Malaysia maka pelajar diwajibkan untuk mempelajari subjek tambahan iaitu Modul UHW iaitu modul pembelajaran keusahawanan yang diwajibkan kepada pelajar untuk mempelajarinya, namun aktiviti pembelajaran hanya berlaku di dalam kelas itu sahaja tanpa ada amalan praktikal di luar kelas. Dalam bab ini pengkaji telah menjelaskan tentang kajian yang dijalankan ini di mana ia meliputi latar belakang kajian, penyataan masalah, matlamat kajian, objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian dan definisi konseptual dan operasional yang
23 ditekankan dalam menjalankan kajian ini. Seterusnya akan menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan kajian literatur dan model kajian untuk menyokong kajian ini. Melalui kajian ini tahap kemahiran keusahawanan iaitu kemahiran teknikal, kemahiran pengurusan, kemahiran interpersonal di kalangan pelajar Diploma Teknologi Tekstil dapat dikenalpasti seterusnya melalui aktiviti di dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dapat diterapkan secara tidak langsung. Melaluinya diharap dapat membantu IKBN dalam melahirkan bakal-bakal usahawan yang berdaya saing di kemudian hari.
24 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan Bahagian ini akan mengemukakan teori-teori dan menyorot kembali kajiankajian lepas yang berkaitan dengan kajian ini. Selain itu, bahagian ini juga akan menerangkan tentang pendekatan dan dapatan yang diperolehi daripada kajian-kajian terdahulu sama ada dari dalam mahupun dari luar negara yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Menurut Chua Yan Piaw, LR bermaksud membuat kajian secara kritikal dan sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan (Chua Yan Piaw, 2006).
25 Penulisan sorotan kajian ini mengandungi beberapa topik yang turut dibincangkan seperti Fokus Konteks Pengkajian yang menghuraikan mengenai tahap penerapan kemahiran keusahawanan, pengajaran dan pembelajaran, serta aktiviti keusahawanan menerusi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya di dalam Konteks Pengkajian Akademik menghuraikan mengenai kemahiran keusahawanan yang memfokuskan kemahiran teknikal, kemahiran pengurusan, kemahiran interpersonal, yang ingin diterapkan melalui pengajaran dan pembelajaran. Dan yang terakhir bagi penerangan di dalam bab ini adalah mengenai Konteks Teori yang turut menerangkan mengenai teori pengajaran dan pembelajaran iaitu Teori Kolb. 2.2 Konteks Fokus Penyelidikan Fokus pengkajian ini adalah mengenai penerapan kemahiran keusahawanan menerusi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti keusahawanan yang dijalankan. Keusahawanan adalah elemen yang terdapat di dalam kemahiran insaniah. 2.2.1 Kemahiran Insaniah Kemahiran insaniah juga dianggap sebagai kemahiran generik iaitu yang memberikan nilai tambah kepada seseorang pelajar. Sering diperkatakan mengenai kepentingan graduan untuk memiliki kebolehan yang dianggap penting untuk diaplikasi apabila berada di alam pekerjaan kelak. Kemahiran ini dianggap penting sehingga United Kingdom Higher Education Quality Council memfokuskan pemilikan kemahirn generik sebagai penentu kegraduan (graduateness) seseorang graduan itu (Billing, 2003). Kemahiran insaniah di dalam kajian ini dalah merujuk kepada
26 Kementerian Pengajian Tinggi iaitu kemahiran yang harus diterapkan kepada seseorang individu ketika pelajar berada di institusi latihan sebelum memasuki alam pekerjaan (KPM, 2010). Terdiri daripada tujuh aspek utama iaitu: a) Kemahiran Berkomunikasi b) Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kemahiran menyelesaikan masalah c) Kemahiran Kerja Berpasukan d) Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan maklumat e) Kemahiran Keusahawanan f) Etika Dan Moral Profesional g) Kemahiran Kepimpinan Pengusaha industri kini bukan sahaja mengharapkan kemahiran vokasional yang baik tetapi juga mengharapkan keterampilan turut diterapkan semasa individu itu berada dalam institusi pendidikan seawalnya (Smith, 2000). Hubungkait kemahiran insaniah dan keusahawanan boleh dianggap sebagai atribut personal yang menonjolkan interaksi individu, prestasi kerja dan prospek kerjaya di kemudian hari. Kemahiran keusahawanan merupakan minat, komitmen dan usaha dalam meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko serta mempunyai daya kretiviti dan inovasi yang dikaitkan dengan perniagaan. Melalui kegiatan keusahawanan dapat memupuk dan melahirkan pelajar dengan budaya berniaga. 2.2.2 Kemahiran Keusahawanan Kemahiran keusahawanan adalah pelbagai kemahiran tambahan selain kemahiran pengurusan untuk memastikan perniagaan terus maju dan mampu berdaya saing selaras dengan industri perniagaan masa ini. Menurut Hussaini 2009, kemahiran
27 keusahawanan adalah minat dan keupayaan meneroka peluang dan membangunkan kesedaran terhadap risiko, kretiviti dan inovasi dalam aktiviti yang berkaitan perniagaan dan pekerjaan, kegiatan keusahawanan juga merupakan satu proses untuk memupuk dan melahirkan pelajar dengan budaya berniaga. Di Malaysia, bidang keusahawanan sedang rancak diperkembangkan melalui pendidikan, selaras dengan usaha untuk menjadikan bidang ini di antara bidang kerjaya yang diminati (Shahrin & Norsila, 2007). Mengikut Drucker (1991) pendidikan keusahawanan perlu diterapkan kepada pelajar vokasional (teknikal) supaya pelajar mendapat kemahiran untuk mengkormersialkan pengetahuan teknikal mereka. Selain itu juga, bidang keusahawanan dilihat sebagai satu kerjaya yang berpotensi untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan para graduan. Agama Islam sendiri mengangkat bidang perniagaan atau keusahawanan sebagai menguasai sembilan daripada sepuluh sumber untuk memperoleh rezeki dan kesenangan. Menurut Ahmad Berek (1976), usahawan boleh dilahirkan melalui latihan-latihan atau rancanganrancangan keusahawanan. Kemahiran keusahawanan menurut Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut: a) Mengenalpasti peluang perniagaan b) Mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai. c) Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi keperluan orang ramai. d) Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat. e) Mengambil risiko yang telah diperhitungkan (calculated risk)
28 f) Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial. g) Sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke semasa. Bagi tujuan kajian ini, pelajar harus memperoleh kemahiran profesional dan pengurusan sebagai langkah asas ke arah kejayaan keusahawanan. Di IKBN kemahiran keusahawanan merupakan matapelajaran elektif yang wajib bagi kesemua pelajar tetapi hanya dalam jumlah masa pertemuan yang minima berbanding matapelajaran teras IKBN ataupun mata pelajaran teknikal (IKBNKL, 2011). Merujuk Jadual 2.1a dan Jadual 2.1b adalah merupakan kajian lepas yang dilakukan oleh pengkaji yang terlibat, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa kemahiran keusahawanan iaitu: a) Kemahiran Pengurusan/ Mengurus b) Kemahiran Teknikal c) Kemahiran Insaniah d) Kemahiran Keusahawanan Peribadi e) Kemahiran Peribadi (Personal Skills) f) Kemahiran Interpersonal (Interpersonal Skills) g) Kemahiran Memproses (Process Skills) h) Kemahiran teknologi maklumat dan Literasi maklumat
29 Jadual 2.1a: Kajian Lepas berkaitan Kemahiran Keusahawanan dan Kompetensi keusahawanan Pengkaji Kemahiran Keusahawanan Catatan Khoshtinat, 2011 1. Kemahiran peribadi: Mengawal emosi , menerima risiko, mencipta inovasi, berupaya mengatasi setiap perubahan yang berlaku secara tiba-tiba, tabah, sentiasa berusaha, berkepimpinan dan berpandangan jauh. 2. Kemahiran pengurusan Merancang, menentukan sasaran, membuat keputusan, berhubung dengan pihak lain, Mengurus hal berkaitan pengurusan pemasaran, kewangan, perakaunan, pengawalan,perundingan, dan pembangunan. 3. Kemahiran teknikal Menulis, komunikasi lisan atau bukan lisan, penilaian atau penyeliaan alam sekitar, pengurusan perniagaan, teknologi, kemahiran interpersonal, kemahiran audio, keupayaan untuk organisasi, mewujudkan rangkaian pengurusan (pengurusan korporat), preceptorship (pengajar atau penasihat), bekerja secara berpasukan. Kemahiran Keusahawanan Elmuti, 2012 1. Kemahiran teknikal Menulis, komunikasi lisan atau bukan lisan, dan berkaitan teknikal. 2. Kemahiran pengurusan perniagaan Merancang, membuat pemasaran dan perakaunan serta membuat keputusan. 3. kemahiran peribadi Membuat inovasi, mengambil risiko, dan ketekunan Kemahiran Keusahawanan Sumber: Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GREDUC 2013)
30 Jadual 2.1b: Kajian Lepas berkaitan Kemahiran Keusahawanan dan Kompetensi keusahawanan Pengkaji Kemahiran Keusahawanan Catatan Chang, 2013 1. Kemahiran Teknikal. Mengurus operasi, mengurus bekalan dan pengeluaran, mengurus ruang pejabat, mengurus sumber bangunan dan reka bentuk tempat kerja, mengurus aset dan peralatan dan mengurus teknologi dan proses pengeluaran. 2. Kemahiran pengurusan. kemahiran pengurusan, termasuk perancangan, mengatur, dan menyelia; kemahiran pemasaran, termasuk keupayaan untuk mengenal pasti pelanggan dan pasaran dan melibatkan diri dengan pelanggan; kemahiran pengurusan kewangan; kemahiran undang-undang; kemahiran pentadbiran seperti menyelaraskan struktur dan strategi organisasi; kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah 3. Kemahiran keusahawanan. keupayaan untuk membangunkan satu konsep dan rancangan perniagaan; pengimbasan alam sekitar; mengenalpasti peluang dan rangkaian nasihat. 4. Kemahiran kematangan peribadi kesedaran diri,akauntabiliti,emosi menghadapi dan kreativiti Kemahiran Keusahawanan Pyysiäinen et al., 2006 1. kemahiran peribadi: inovasi, inisiatif, pengambilan risiko, keupayaan untuk berurusan dengan pihak lain dengan mudah, menerima cabaran, mengambil tanggungjawab dan mencari peluang dengan bijak. 2. kemahiran interpersonal berinteraksi dengan orang lain secara berkesan, berkomunikasi dengan berkesan, berunding, mempengaruhi dan menunjukkan sifat kepimpinan. 3. Kemahiran Proses: keupayaan untuk merancang dan mengatur, menganalisis, mensintesis menilai dan melaksanakan setiap rancangan Kemahiran Keusahawanan Onstenk, 2003 1. Keupayaan untuk mengenal pasti dan menganalisis peluang pasaran dan mengendalikan risiko 2. Kemampuan untuk berkomunikasi, memujuk dan berbincang dengan pelanggan, pembekal, pesaing, pembekal perkhidmatan dan pihak berkepentingan yang lain dalam persekitaran perniagaan, memahami keperluan dan harapan pihak-pihak terlibat. 3. Berupaya mewujudkan hubungan dengan pihak-pihak yang terlibat di dalam perniagaan. 4. Membangunkan tingkah laku, peribadi dan ciri-ciri keusahawanan yang berkesan sepanjang penglibatan di dalam dunia perniagaan Potensi Keusahawanan Sumber: Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GREDUC 2013)
31 2.2.3 Elemen Pengetahuan Keusahawanan Merujuk kepada Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) antaranya adalah bertujuan untuk menggalakkan dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di kalangan IPT tempatan dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan. Seterusnya melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi ke arah pencapaian status negara maju menjelang 2020 (KPT, 2006). Lima elemen utama yang diterapkan adalah pendedahan dan amalan sikap keusahawanan, latihan pemikiran keusahawanan dalam situasi yang sesuai, formulasi konsep, proses atau produk keusahawanan berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi atau vokasional dan amalan nilai moral dan etika yang baik dalam keusahawanan. Elemen keusahawanan menurut Bahagian Pembangunan Kokurikulum Kementerian Pengajian Tinggi adalah terdiri daripada beberapa item yang berikut: a) Mengamalkan sikap keusahawanan b) Mengamalkan cara berfikir kearah keusahawanan c) Menilai moral dan etika keusahawanan d) Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli e) Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan keusahawanan berteraskan teknologi dan vokasional keusahawanan
32 2.2.4 Pengajaran dan pembelajaran Pembelajaran dikaitkan dengan pengajaran (Sufean Hussin 2002). Pembelajaran khususnya di peringkat awal memerlukan bantuan dan bimbingan seorang guru atau pendidik. Oleh itu, guru dan pengajaran yang berkesan sangat penting untuk mendapatkan pembelajaran yang baik. Proses P&P di tahap rendah khususnya sekolah rendah memerlukan guru yang cekap supaya proses pembelajaran dapat berlaku dengan baik. Pembelajaran orang dewasa sedikit berbeza kerana pembelajarannya lebih terarah kepada pembelajaran kendiri (self-direction). Pembelajaran boleh berlaku tanpa melalui proses pengajaran. Kaedah belajar lebih luas berbanding dengan kaedah mengajar. Manusia boleh belajar dari sesiapa dan apa-apa sahaja, di mana-mana dan pada bila-bila masa. Di peringkat yang lebih tinggi, manusia banyak belajar dari pengkajian atau penelitian terhadap sesuatu perkara. Terdapat beberapa perbezaan antara pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran, guru seharusnya mempunyai tujuan tertentu dan sasaran yang ingin dicapai. Pengajaran mempunyai pelbagai pendekatan seperti pengajaran berasaskan guru, berasaskan pelajar, berasaskan hasil dan berasaskan proses. Demikian juga dengan pembelajaran mempunyai pelbagai pendekatan dan kaedah. Pendekatan pengajaran perlu disesuaikan dengan kaedah pembelajaran.
33 a) Pengajaran Dalam istilah pendidikan, pengajaran bermaksud satu proses di mana kegiatan kegiatan disusun untuk membawa perubahan tingkah laku di dalam diri murid-murid (Ragbir Kaur, 2005). Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah perancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Menurut Glen dan Walter (1989), pensyarah-pensyarah teknikal dan vokasional perlu berkebolehan menggunakan pelbagai teknik pengajaran, berkomuniasi dengan berkesan serta dapat menghadapi pelbagai kebolehan dan minat pelajar. Bukan semua orang yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi boleh mengajar atau menyampaikannya kepada pelajar dengan baik. Bagi mencapai pengajaran yang berkesan, pensyarah perlu mengenalpasti tujuan pembelajaran, boleh menentukan strategi pengajaran yang sesuai, tahu dan faham kandungan yang hendak diajar dan tahu rasional setiap perkara (Walker et al., 1996). Menurut Soon Sang (1995), seorang pengajar yang berkesan perlu mempunyai kaedah pengajaran yang cekap selain daripada pengetahuan kemahiran. Kaedah pengajaran pula bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas antara guru dan murid (Rahil Mahyudin et al., 1997). Antara kaedah-kaedah pengajaran adalah kaedah memberi arahan, demonstrasi, permainan, penemuan, kaedah pembelajaran berpusat dan kaedah projek. Di IKBN umpamanya antara kaedah pengajaran yang biasa digunakan dan diterapkan oleh pengajar semasa sesi pengajaran adalah seperti berikut:
34 i) Demonstrasi (Amali) Tunjuk cara atau demontrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi, menurut Mok Soon Seng (1995), demonstrasi merupakan satu cara penggerak yang berkesan untuk menghasilkan tingkahlaku yang baru. Pengajar perlu menunjukkan bagaimana suatu operasi itu dijalankan dengan betul dan menerangkan setiap langkah dengan berhati-hati (Bently, 1997). Tambahan pula kebanyakkan pensyarah mempunyai pengalaman kerja di industri, jadi mereka lebih yakin apabila menggunakan peralatan dan juga mesin di bengkel latihan. Kajian Mohd Arid (2000) menunjukkan bahawa pengalaman di industri memberi kelebihan dalam pengajaran pensyarah. Di IKBN demonstrasi merupakan antara kaedah yang kerap digunakan kerana pembelajaran kemahiran, memerlukan pelajar untuk melihat dan melakukan dengan teknik dan prosedur yang betul, sebagai contoh dalam bidang jahitan, kebiasaannya pengajar akan mengajar secara langkah demi langkah dan mengikut keseragaman proses yang betul, kemudian pelajar akan melakukan proses yang sama sehinggalah tamat keseluruhan projek yang dihasilkan. Kenyataan ini selaras dengan kenyataan Habibah et al., (1995) bahawa isi pelajaran patut disampaikan satu persatu dan langkah demi langkah. Ini dapat memudahkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu kemahiran itu kerana telah ditunjukkan dengan jelas dan teratur oleh pengajar mereka.
35 ii) Projek dan Inovasi (Amali) Tujuan kaedah projek adalah untuk melibatkan pelajar dengan idea-idea konseptual dan memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran lain. Objektif utama kaedah ini adalah untuk pemerolehan pengetahuan yang baru oleh pelajar atau penggunaan pengetahuan sedia ada kepada situasi-situasi kehidupan seharian, penyelesaian masalah atau penghasilan produk. Di IKBN pelajar digalakkan untuk menghasilkn produk yang berinovasi, setiap pelajar akan diberikan tugasan berdasarkan silibus dan modul latihan tertentu, kretiviti adalah bebas dan tertakluk kepada beberapa peraturan institut. Namun begitu permantauan tetap dilakukan oleh pengajar disamping sebagai motivator ataupun tempat rujukan pelajar. Ia juga bertujuan untuk memberi dorongan kepada pelajar supaya terus mengekalkan minat mereka untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. iii) Kajian di Lapangan (Teori) Dalam konteks kaedah pembelajaran di IKBN kajian di lapangan adalah berupa tugasan yang diberikan pengajar kepada pelajar yang memerlukan pelajar untuk membuat lawatan dan melakukan soal selidik ke premis perniagaan ataupun butik di luar kawasan institut. Keupayaan komunikasi, kretiviti, penyelesaian masalah dan sikap bekerjasama di dalam kumpulan amat dititikberatkan di dalam melaksanakan tugasan ini.
36 iv) Perbentangan dan Perbincangan (Teori) Kaedah perbentangan kumpulan dan kaedah perbincangan turut dilakukan di IKBN khususnya bagi bidang Diploma Teknologi Tekstil. Pada peringkat diploma pelajar digalakkan untuk membuat perbentangan secara kumpulan mahupun secara individu. Di dalam modul pembelajaran fesyen umpamanya memerlukan sesi kritikan yang bertujuan untuk mencambah idea rekaan pelajar tersebut. Pelajar akan diajukan pelbagai bentuk persoalan oleh rakan pelajar dan pengajar mengenai hasil produk yang dihasilkan. Selain bertujuan untuk melatih keupayaan berkomunikasi dan keyakinan diri pelajar perbentang, juga berperanan untuk melahirkan bakal pereka yang mampu mengenetengahkan idea rekaan yang baru dan boleh diterima seterusnya mampu menjadi ikutan ramai. b) Pembelajaran Menurut ahli psikologi, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal hasil pengalaman yang pernah dilalui. Definisi umum yang diterima pula ialah sebarang perubahan yang kekal secara relatifnya dalam gelagat (tingkah laku) yang berlaku disebabkan oleh pengalaman (Robbins, 2002). Burton (1963) menyatakan bahawa pembelajaran adalah sesuatu perubahan yang berlaku pada individu akibat daripada interaksi antara individu dan persekitaran. Individu yang ingin mendapat perubahan adalah disebabkan oleh keperluan dan kehendak supaya lebih berkeupayaan menangani masalah. Menurut Hilgard dan Atkinson (1967), pembelajaran didefinisikan sebagai sesuatu perubahan yang berlaku pada tingkahlaku seseorang hasil daripada sesuatu perbuatan. Manakala Borger dan Seaborne (1966) pula menyatakan pembelajaran merupakan sesuatu perubahan yang berlaku pada tingkah laku seseorang hasil daripada sesuatu pengalaman.
37 Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2002), skop pembelajaran sangat luas meliputi domain kognitif (pemikiran dan minda), afektif (perasaan dan emosi) dan psikomotor (anggota fizikal badan). Menurut kajian tersebut juga pembelajaran mempunyai beberapa kaedah bagi memastikan proses pengajaran berjalan lancar, antara kaedahnya adalah: i) Konsep Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran. Contohnya adalah penentuan objektif, tugasan dan sumber pembelajaran ditentukan oleh pelajar. Menurut Shahabudin et al., (2003), Pembelajaran Berpusatkan Pelajar adalah strategi pengajaran di mana pelajar menjadi pemain utama yang melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Csete dan Gentry (1995) pula menggunakan istilah pengajaran dan pembelajaran sebagai pengajaran yang dikawal oleh pelajar. ii) Konsep Pembelajaran Berpusatkan Pengajar Pengajar bertanggungjawab menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi pelajarnya. Contohnya adalah penentuan objektif, tugasan dan sumber pembelajaran ditentukan oleh pengajar.
38 iii) Pendekatan Berpusatkan Bahan Murid boleh memahami pembelajaran dengan lebih bermakna secara sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran guru, kaedah yang berkaitan ialah audio-visual dengan penggunaan projektor, televisyen, komputer dan sebagainya guru menyampaikan pengajaran dengannya lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan. iV) Pendekatan Berpusatkan Masalah Strategi ini dilaksanakan dengan penyeliaan guru, boleh dilakukan sama ada secara berkumpulan atau individu, murid harus dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat, selain memerlukan proses penaakulan yang agak tinggi. 2.2.5 Bahan pengajaran dan pembelajaran di IKBN Di IKBN bahan pengajaran dan pembelajaran adalah tertakluk dan mengikut garis panduan dan piawai yang telah ditetapkan oleh badan persijilan kemahiran Jabatan Pembangunan Kemahiran dan juga Unit Kokurikulum Bahagian Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Secara umumnya terdiri daripada perkaraperkara berikut: a) NOSS Diploma Teknologi Fesyen IKBN Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang
39 menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut. NOSS bagi jurusan Diploma Teknologi Tekstil adalah garis panduan dan standart kemahiran pekerjaan yang telah dirangka dan ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, iaitu mengikut kehendak dan keperluan industri. Dokumen ini dibangunkan oleh pakar industri, pekerja mahir dan pengajar dalam bidang tersebut di mana ianya berasaskan kepada keperluan pekerjaan dan kehendak industri. Terdiri daripada beberapa proses utama penyediaan bahan pembelajaran untuk mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia (JPK, 2012). b) Written Instructional Materials (WIM) Bahan Pengajaran Bertulis ataupun Written Instructional Materials (WIM) merupakan dokumen yang disediakan oleh pengajar untuk membantu proses pengajaran mereka. Pengkelasan WIM adalah seperti berikut (JPK, 2012): i. Bahan Pengajaran Dokumen yang disediakan oleh pengajar untuk kegunaan pengajar bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran seperti Pelan Mengajar. Komponen bahan pengajaran terdiri daripada Pelan Mengajar Teori iaitu panduan pengajaran bertulis yang mengandungi perkara penting dan disusun secara sistematik mengikut apa yang ingin disampaikan agar tajuk sesuatu pembelajaran teori menjadi lebih tepat dan spesifik dan ianya bertujuan supaya pengajaran tidak terkeluar daripada tajuk teori yang akan diajar. Seterusnya Pelan Mengajar Amali iaitu merupakan panduan pengajaran bertulis yang mengandungi perkara-perkara penting yang disusun secara
40 sistematik mengikut apa yang hendak disampaikan agar tajuk sesuatu pelajaran amali menjadi lebih tepat dan spesifik dengan tujuan supaya perkara yang diajar tidak terkeluar dari skop tajuk amali yang akan diajar. Seterusnya komponen bahan pembelajaran pula adalah dokumen yang disediakan oleh pengajar untuk kegunaan pelatih bagi membantu proses pembelajaran seperti Kertas Penerangan, iaitu helaian maklumat yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran semasa penyampaian teori dan dibangunkan merujuk kepada related knowledge yang terkandung di dalam Curriculum of Competency Unit (CoCU) Ianya bertujuan untuk menjelas dan menambah lagi kefahaman dan pengetahuan pelatih dengan menekankan “Mengapa” kemahiran itu perlu dibuat dan bukan “bagaimana” ianya dibuat, Kertas Tugasan pula berperanan untuk menguji kefahaman pelajar mengenai modul tersebut dan Kertas Kerja pula adalah merupakan arahan kerja yang perlu dilakukan oleh pelajar mengenai tugasan yang perlu dihasilkan di dalam modul pembelajaran tersebut. Merujuk Jadual 2.2a hingga Jadual 2.2d adalah antara silibus dan modul pembelajaran yang terdapat di dalam jurusan Diploma Teknologi Tekstil IKBN. Modul Diploma Kemahiran Fesyen di IKBN adalah modul yang digunapakai dan digubal oleh wakil-wakil pengajar merujuk kepada NOSS bagi bidang tersebut dengan berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan mengikut standart dan piawai keseragaman yang dikehendaki oleh bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.
Jadual 2.2a :Modul Diploma Teknologi Tekstil IKBN Sumber: JPK, (2000) Tahap Kemahiran Tajuk Modul Latihan Isi pelajaran Tahap 4 Modul 01 Kajian Fabrik Pakaian 06.02 Pilih Kategori Pakaian 03.02 Tentukan Kesesuaian Jenis Pakaian Mengiku04.01 Kenalpasti Fungsi Paka05.01 Guna Bahan Tekstil / F05.02 Analisa Fabrik Modul 02 Pembangunan Fesyen 07.01 Tinjau Tren Semasa 07.02 Kumpul Bahan Kajian 07.03 Rumus Hasil Kajian Pa06.03 Bangunkan Rekaan FeModul 03 Rekaan Fesyen 03.01 Beri Khidmat Runding Kepada Pelanggan 04.03 Pastikan Fesyen Pakai06.04 Cipta Fesyen Mengiku Dan Perayaan 06.05 Guna Fabrik Dan Warn Rekaan Pakaian 06.08 Ilustrasikan Rekaan PaModul 04 Manipulasi Pola Pakaian 08.02 Ubahsuai Pola Mengiku Rekaan 08.04 Mengred Pola Pakaian
41 Objektif/Hasil Pembelajaran ut Kategori aian Fabrik Kajian tentang fabrik pakaian supaya pelatih mendapat pengetahuan dan kemahiran dalam memilih kategori pakaian dan mengenalpasti fungsi fabrik pakaian mengikut kehendak akaian esyen Hasilkan kajian pembangunan fesyen yang lengkap dengan menggunakan kaedah kajian, bahan rujukan, komputer dan peralatan melakar supaya dapat mereka fesyen pakaian mengikut tren semasa dan menepati citarasa g Cara an ut Musim na Untuk akaian Rekaan fesyen yang lengkap menggunakan peralatan supaya khidmat runding pelanggan dapat diberi, fesyen direkacipta dan ilustrasi rekaan dihasilkan mengikut kehendak pelanggan. ut Pengredan pola pakaian mengikut carta saiz kontinental (Europe) manual dan komputer Fashion CAD (Computer Aided Design)
Jadual 2.2b :Modul Diploma Teknologi Tekstil IKBN Sumber: JPK, (2000) Tahap Kemahiran Tajuk Modul Latihan Isi pelajaran Tahap 4 Modul 05 Pembuatan Pakaian Kasual 06.06 Guna Hiasan Pakaian 08.01 Lakar Pola Pakaian 08.03 Lengkapkan Maklumat08.05 Susunatur Pola 09.05 Jahit Variasi Pakaian KModul 06 PembuatanPakaian Pejabat 09.01 Jahit Variasi Pakaian Pejabat Modul 07 Variasi Pakaian Seragam 09.03 Menjahit Variasi PakaModul 08 Pakaian Kanak-Kanak 09.02Jahit Variasi Pakaian KModul 09 Pakaian Sukan 09.02 Jahit Variasi Pakaian S
42 Objektif/Hasil Pembelajaran t Pada Pola Kasual Kaedah merekacipta dan mengkaji pembuatan pakaian kasual. Pembuatan variasi pakaian pejabat menggunakan alat melukis, melakar rekaan dan bahan rujukan, contoh fabrik dan roda warna, ukuran pelanggan dan carta spesifikasi rekaan supaya variasi pakaian pejabat dikaji, pakaian pejabat direkacipta, pola didraf, diubahsuai dan disusunatur, fabrik digunting dan pakaian pejabat dijahit dan dihias mengikut kehendak pelanggan ian Seragam Kaedah merekacipta variasi pakaian seragam mengikut kategori pakaian seragam. anak-Kanak Kaedah merekacipta variasi pakaian seragam mengikut kategori pakaian kanak-kanak. ukan Kaedah merekacipta variasi pakaian sukan mengikut kategori pakaian sukan.
Jadual 2.2c :Modul Diploma Teknologi Tekstil IKBN Sumber: JPK, (2000) Tahap Kemahiran Tajuk Modul Latihan Isi pelajaran Tahap 4 Modul 10 PengurusanPeragaan Pakaian 06.01 Kenal Pasti Tema Paka04.02 Tentukan Jangka Masa04.04 Urus Pertunjukkan Per06.07 Guna Aksesori PakaianModul 11 Pengurusan Pentadbiran 01.01 Selia Pekerja 01.02 Pantau Jadual Kerja 01.03 Nilai Prestasi Kerja Modul 12 Pengurusan Pembelian 10.01 : Pilih bahan 10.02 : Dapatkan sebutharga10.03 : Buat pesanan 10.04 : Beli peralatan
43 Objektif/Hasil Pembelajaran aian a Pengeluaran ragaan Pakaian n Uruskan peragaan pakaian dengan menggunakan backdrop, alat tulis, koleksi pakaian, aksesori pakaian, alat solek, model, kelengkapan audiovisual, alat komunikasi, pentas peragaan ‘catwalk’ dan bilik acu pakaian supaya peragaan dapat dirancang, peragaan pakaian dilaksana dan peragaan pakaian dinilai mengikut standard peragaan pakaian. Lakukan pengurusan pentadbiran dengan menggunakan Telefon, Komputer, Kabinet, Mesin, Fax, Fail Tugas Kerja, Peribadi dan Penilaian Mesin Perakam Waktu, Senarai Tugas, Borang Tugasan, Penilaian Prestasi Carta Organisasi dan Laporan Tugas dan Prestasi, Jadual dan prestasi kerja dipantau, prestasi kerja dinilai dan laporan disediakan mengikut kehendak Pengurus syarikat. a bahan Lakukan urusan pembelian menggunakan peralatan menjahit (1 set), perabut, peralatan pejabat, alat pandang dengar(AVA), komputer, cash point, fire extingguisher, pringter, troli, kad inventori, dokumen pembelian dan pesanan.
Jadual 2.2d :Modul Diploma Teknologi Tekstil IKBN Sumber: JPK, (2000) Tahap Kemahiran Tajuk Modul Latihan Isi pelajaran Tahap 4 Modul 13 Pengurusan Inventori 10.05 Uruskan Inventori Berk11.01 Periksa Rekod Aliran K Masuk Stok 11.02 Semak Item Dalam StoModul 14 Projek Tahun Akhir (Peragaan Fesyen Modul latihan berkenaan Peragaan Fesyen Kepada Mendapat Pengetahuan &KMenentukan Tema Projek, MTajuk Dan Membuat PerRekaan Fesyen Tahun Akhir
44 Objektif/Hasil Pembelajaran kaitan Keluar ok Uruskan inventori dengan menggunakan peralatan menjahit, seterika, alat menanda, alat menggunting, fabrik, mesin kira, alat tulis, komputer dan perisian, stok kad dan kad bin supaya barangan diklasifikasikan, system inventori jenis rekod disemak mengikut kehendak pengurusan syarikat. Pelatih Supaya Kemahiran Dalam Mempersembahkan rkembangan Idea Laksanakan projek tahun akhir (peragaan fesyen) supaya tema projek ditentukan, tema dan inspirasi projek akhir dipersembahkan, idea dan rekaan fesyen dikembangkan, peragaan dirancang, dilaksanakan dan dinilai dan laporan projek akhir disiapkan mengikut standard latihan.
45 2.2.6 Modul Keusahawanan IKBN Cawangan Pengurusan Pelajar di IKBN juga terdiri daripada Unit Bina Insan, Unit Pengambilan dan Rekod, Unit Pengurusan Asrama dan Unit Kerjaya dan Kaunseling. Di dalam elemen sahsiah dan kerohanian, pelajar diajar modul keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan atau moral, sukan atau rekreasi dan khidmat masyarakat serta merupakan modul wajib kepada pelajar IKBN. Modul ini dibangunkan oleh wakil pengajar IKBN berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan digunapakai oleh semua IKBN. Jadual 2.3 menunjukkan modul latihan yang terlibat: Jadual 2.3 :Subjek Keusahawanan UHW4531 Tahap Tajuk Perkara 1 Modul 01 Konsep Asas Keusahawanan Pelatih-pelatih mesti dapat mengenalpasti ciri-ciri usahawan yang ideal dan berjaya supaya diaplikasikan dan dijadikan panduan dan tauladan apabila menceburi bidang perniagaan kelak. Modul 02 Motivasi Keusahawanan Pelajar memperolehi pengajaran dan pengetahuan sebenar melalui pengalaman jatuh bangun usahawan itu sendiri untuk dijadikan panduan dan tauladan . 2 Modul 03 Penubuhan Perniagaan Pelatih-pelatih mesti boleh mengetahui dan memahami bentukbentuk perniagaan supaya mereka dapat mengaplikasikannya apabila hendak menubuhkan perniagaan. Modul 04 Rekod dan Dokumen Perniagaan Pelatih-pelatih mesti boleh mengetahui dan memahami cara merekodkan penerimaan dan pengeluaran wang ke dalam buku tunai Modul 05 Asas Perakaunan Pelatih-pelatih mesti boleh mengetahui dan memahami cara merekodkan urusniaga ke dalam lejar dengan menggunakan sistem catatan bergu bagi mengemaskini akaun apabila pelatih telah menubuhkan perniagaan Modul 06 Mod pemasaran Pelajar boleh mengetahui dan memahami konsep dan strategi asas pemasaran produk/perkhidmatan Modul 07 Komunikasi Perniagaan Pelajar akan mengetahui konsep komunikasi yang digunapakai untuk menjalankan perniagaan dalam kontek perhungan pelanggan 3 Modul 01 Mengenal Potensi Diri/Perniagaan Pelajar-pelajar mesti boleh mengenali potensi diri sendiri untuk menjadi seorang usahawan dan boleh memilih perniagaan yang sesuai. Modul 02 Perancangan Perniagaan Pelajar-pelajar mesti boleh mengetahui dan memahami tentang kandungan yang terdapat didalam Rancangan Perniagaan dan mesti menyediakan Rancangan Perniagaan yang lengkap Sumber : Unit Kurikulum, Kementerian Belia & Sukan Malaysia (2012)
46 2.3 Konteks Penyelidikan Akademik Penyelidikan Akademik merupakan satu proses sistematik untuk mengkaji sesuatu masalah pendidikan bagi memperoleh atau menjana pengetahuan ‘baharu’. Ianya juga merupakan satu aktiviti atau usaha untuk memperoleh dan menganalisis maklumat bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pendidikan. Falsafah penyelidikan menjelaskan kajian yang dilakukan untuk memberi jawapan kepada “ketidakpastian” atau mencari kebenaran bagi menerangkan sesuatu perkara atau fenomena yang telah, sedang, atau belum berlaku. Secara umum tujuan pengkajian dilakukan adalah untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dihadapi selain daripada mencari penyelesaian bagi permasalahan berhubung amalan semasa, memperbetulkan metodologi yang salah, memperbetulkan penggunaan kaedah statistik yang salah atau tidak sesuai, mencari titik pertemuan antara dapatan pengkajian yang bercanggah, memperjelaskan sesuatu teori, membangun sesuatu teori yang baharu, memperkembangkan teori sedia ada dan menghuraikan sebab dan akibat fenomena. 2.3.1. Kemahiran Keusahawanan Keusahawanan merupakan suatu proses mengenalpasti peluang memenuhi keperluan dan mengumpulkan segala sumber untuk mencapai matlamat (Kinzer, 1973) manakala menurut (Adeyemo, 2009) Kemahiran keusahawanan ditakrifkan sebagai keupayaan untuk mencipta sesuatu produk baru yang boleh dipasarkan dengan menumpukan kepada masa, usaha, kewangan dan risiko. Kemahiran keusahawanan juga adalah keupayaan individu untuk mengeksploitasi idea dan mewujudkan