47 perusahaan (kecil atau besar) bukan sahaja untuk kepentingan peribadi tetapi juga untuk kepentingan masyarakat dan negara. Terdapat juga kajian yang tidak menggunakan istilah kemahiran keusahawanan tetapi sebaliknya menggunakan istilah Kompetensi keusahawanan. (Mitchelmore & Rowley, 2009) berpendapat terdapat pelbagai definisi untuk kompetensi. Istilah kompetensi dikaitkan dengan kemahiran, kepakaran, kepintaran dan kecekapan di dalam literature review. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terlibat, dapat dirumuskan bahawa terdapat tiga kemahiran keusahawanan iaitu; a) Kemahiran Peribadi atau Interpersonal Mengawal emosi , menerima risiko, mencipta kreativiti dan inovasi, inisiatif, berupaya mengatasi setiap perubahan yang berlaku secara tiba-tiba, tabah, tekun, sentiasa berusaha, berkepimpinan, berpandangan jauh, mudah berurusan dengan pihak lain, menerima cabaran, mengambil tanggungjawab, mencari peluang dengan bijak. (Suhaila dan Zaidatol Akmaliah, 2013) b) Kemahiran pengurusan Merancang, menentukan sasaran (mengenal pasti dan menganalisis peluang pasaran dan mengendalikan risiko), mengatur , melaksanakan setiap rancangan, menyelia, menganalisis, mensintesis, menilai, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, berhubung dengan pihak lain, mengenal pasti pelanggan dan pasaran, mengurus hal berkaitan pengurusan, kewangan, perakaunan, pengawalan,
48 perundingan, undang-undang, pemasaran, dan pembangunan serta menguruskan hal pentadbiran seperti menyelaraskan struktur dan strategi organisasi. (Suhaila et al., 2013). c) Kemahiran teknikal Menulis, berkomunikasi lisan atau bukan lisan, kemahiran pengurusan teknologi, kemahiran audio, keupayaan untuk organisasi, mewujudkan rangkaian pengurusan (pengurusan korporat), preceptorship (pengajar atau penasihat), bekerja secara berpasukan. Berinteraksi dengan orang lain secara berkesan, berkomunikasi dengan berkesan, berunding, mempengaruhi dan menunjukkan sifat kepimpinan. Mengurus operasi, mengurus bekalan dan pengeluaran, mengurus ruang pejabat, mengurus sumber bangunan dan reka bentuk tempat kerja, mengurus aset dan peralatan dan mengurus teknologi dan proses pengeluaran. Berupaya mewujudkan hubungan dengan pihak-pihak yang terlibat di dalam perniagaan. Berkemampuan memujuk dan berbincang dengan pelanggan, pembekal, pesaing, pembekal perkhidmatan dan pihak berkepentingan yang lain dalam persekitaran perniagaan, memahami keperluan dan harapan pihak-pihak terlibat (Suhaila et al., 2013). 2.3.2 Kemahiran Teknikal Menurut Timmons, 1985 asas pendidikan keusahawanan adalah kemahiran teknikal dan kewangan. Bagi memastikan kemahiran teknikal itu relevan dengan perkembangan semasa, pendekatan dalam pendidikan perlu bersifat ‘hands-on’. Kemahiran teknikal yang khusus berkaitan dengan pelajar perlu dikuasai, Ini bagi mendedahkan pelajar dengan ilmu teknologi dan kemahiran yang berkaitan dengan mereka dalam pekerjaan.
49 Kemahiran teknikal dan pengetahuan mengenai kemahiran dalam sesuatu jenis kerja atau aktiviti. Ia termasuk kecekapan dalam bidang kepakaran, keupayaan analitikal, dan keupayaan untuk menggunakan alat dan teknik (Katz, 1955). Kemahiran teknikal mengikut Rosa (2000) adalah berkaitan dengan kaedah, prosedur atau teknik. Manakala mengikut Salah (2001) pula mendefinisikan yang lebih menyeluruh dan luas, beliau menyataan bahawa kemahiran teknikal adalah merujuk kepada kefahaman dan kecekapan dalam sesuatu aktiviti yang khusus, iaitu yang melibatkan kaedah, proses dan prosedur atau teknik. Menurut Irene (1995) aplikasi kemahiran teknikal mampu untuk meningkatkan kualiti pembuatan keputusan. Beliau memberikan beberapa contoh matapelajaran yang boleh dikaitkan dengan kemahiran teknikal seperti perakaunan, statistik, pemprogaman komputer, pengeluaran dan operasi. Kemahiran teknikal juga adalah keupayaan menggunakan pengetahuan spesifik, prosedur dan teknik dalam sesuatu bidang seperti dalam bidang kejuruteraan. Selain pendidikan formal, kemahiran teknikal juga boleh diperolehi melalui pengalaman bekerja. Biasanya kemahiran teknikal yang didapati daripada pendidikan formal kemudiannya diperkembangkan melalui latihan yang sesuai dan pengalaman yang diperolehi daripada bidang kerja yang dilakukan (Abdul Azizi, 2000). Dapatan kajian mengenai kemahiran teknikal oleh Zirkle (1998) mendapati elemen kemahiran teknikal adalah seperti yang digambarkan dalam Jadual 2.4 di bawah:
50 Jadual 2.4a: Kemahiran teknikal Kemahiran teknikal/pekerjaan Keterangan keselamatan dan kesihatan Mampu mengurus diri dalam keadaan selamat di tempat kerja kemahiran penggunaan alatan utama Mampu untuk menggunakan alatan tangan dalam kerja-kerja yang tertentu kemahiran asas operasi mesin Mampu untuk mengendalikan peralatan mesin dalam menghasilkan produk kemahiran pembacaan ketukangan Mampu untuk memahami panduan penulisan,panduan prosedur langkah-langkah dan kertas kerja kemahiran tinggi operasi mesin Mampu memasang dan mengendalikan peralatan mesin dalam menghasilkan produk Kemahiran melakar dan melukis Mampu mencipta ilustrasi yang berkaitan dengan kerja-kerja perniagaan Kemahiran matematik perdagangan yang khusus Mampu mengendalikan masalah perniagaan berkaitan operasi matematik Kemahiran jaminan keselamatan Mampu untuk bertanggungjawab terhadap setiap produk yang dihasilkan Kemahiran asas computer Mampu untuk melakukan kerja dalam DOS,Windows atau pekerjaan yang berkaitan Macintosh Kemahiran Tinggi Komputer Mampu mengendalikan setiap perisian seperti Word Perfect, Lotus 1-2-3 Sumber: Kemahiran teknikal oleh Zirkle, (1998) Dalam konteks pendidikan yang merujuk kepada program Diploma Teknologi Tekstil IKBN, kebanyakkan modul latihan jahitan boleh membina kemahiran ini. Antara modul latihan yang mempunyai elemen kemahiran teknikal adalah seperti silibus di Jadual 2.2a hingga jadual 2.2d. Kemahiran teknikal khususnya dalam bidang Diploma Teknologi Tekstil adalah merangkumi keupayaan dan kebolehan seseorang pelajar untuk melakukan dan pakar bagi kemahiran tersebut. Kemahiran teknikal dalam kajian ini adalah menyentuh dari segi pengetahuan asas mengenai kemahiran jahitan iaitu bermula dengan kemahiran pengendalian peralatan jahitan, penggunaan dan akhirnya boleh dan pakar di dalam pengendalian
51 peralatan jahitan tersebut. Bagi kemahiran teknikal iaitu di dalam pembelajaran pula adalah pelajar kompeten di dalam pembuatan pakaian, bermula dari proses awal mengenalpasti kehendak pelanggan, mengambil ukuran badan pelanggan, membuat pola pakaian, menjahit pakaian seterusnya menjual hasil produk tersebut dengan mengikut kehendak pelanggan dan pasaran. 2.3.2. a) Pembungkusan Pembungkusan merujuk kepada bekas atau pembungkus yang memegang produk atau kumpulan produk. Kebanyakan pembungkusan komersial mempunyai dua fungsi asas melindungi produk daripada kerosakan semasa penghantaran, dan mempromosikan produk kepada pengguna akhir. Sesetengah jenis biasa pembungkusan karton termasuk perkapalan, bekas untuk barangan industri, dan beg, kotak, tin, dan pemegang lain untuk produk pengguna. Pembungkusan yang baik juga memberi maklumat berdasarkan kepada kebenaran, ia mesti menjimatkan, menarik, mudah, perlindungan dan telus (Koirala, 2005). 2.3.2. b) Perlabelan Pelabelan adalah teks yang dicetak pada bungkusan produk atau, dalam hal barang-barang seperti pakaian, dilekatkan pada sesuatu produk itu sendiri. Sisi undang-undang, termasuk semua label bertulis, bercetak, bahan grafik atau pada bekas produk yang terlibat dalam perdagangan antara negara atau dipegang untuk jualan. Badan induk undang-undang yang mengawal pembungkusan dan pelabelan adalah Pembungkusan Pameran dan Pelabelan Akta tahun 1966.
52 2.3.2. c) Penjenamaan Penjenamaan adalah alat yang berkuasa dalam pemasaran hari ini. Jenama adalah satu nama, frasa, reka bentuk, simbol, atau gabungan ini digunakan untuk mengenal pasti produk yang dan membezakannya dari orang-orang yang pesaing (Kotler et al., 2005). Jenama produk yang memberikan identiti, nilai dan makna. 2.3.3 Kemahiran Pengurusan Pengurusan adalah merupakan orang penting bagi menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Terdapat beberapa peringkat pengurusan iaitu peringkat atasan, pengurusan peringkat pertengahan dan pengurus bawahan. Terdapat beberapa komponen utama dalam kemahiran pengurusan. Komponen asas dalam kemahiran pengurusan akan bertambah dan bergantung mengikut pelbagai bidang pekerjaan. Merujuk Jadual 2.5 adalah senarai kemahiran pengurusan di dalam konteks keusahawanan yang dikenalpasti iaitu merujuk kepada kajian terdahulu. Jadual 2.5: Senarai kemahiran pengurusan berdasarkan kajian pengkaji lepas Pengkaji Kemahiran Pengurusan Ugwu, Felicia and Ezeani, 2010 Pengurusan Perniagaan iaitu pemasaran, pembiayaan,perakaunan, kawalan, perancangan dan penentuan matlamat, pembuatan keputusan, hubungan manusia dan pengetahuan tentang prinsip pengurusan rekod dan penyimpanan buku elektronik. Elmuti, 2012 Merancang,membuat pemasaran dan perakaunan serta membuat keputusan. Kamalanabhan, 2012 Merancang, Merangka matlamat, Membuat Keputusan, Memotivasi Pemasaran, Perakaunan, dan Perundingan Chang, 2013 Perancangan, Mengatur dan menyelia, Kemahiran pemasaran, Pengurusan kewangan, Kemahiran Perundangan, Pentadbiran dan Membuat keputusan.
53 Terdapat beberapa kemahiran pengurusan mengikut pengkaji lepas, Oleh itu skop item yang dikenalpasti bagi tujuan kajian ini dalam konteks pengurusan dalam keusahawanan adalah seperti berikut: a) Kemahiran membuat keputusan b) Kemahiran pemasaran c) Kemahiran merangka perancangan pernigaan d) Kemahiran mengenalpasti peluang perniagaan dan pemasaran a) Kemahiran Membuat Keputusan Proses Membuat Keputusan merupakan proses yang paling penting untuk kesempurnaan dalam bidang pengurusan untuk semua organisasi. Tugas membuat keputusan adalah tugas khusus dan tanggungjawab eksekutif dalam pengurusan yang berhierarki dan birokratik (Drucker, 1987). Menurut Lenunberg dan Irby (2006), pentadbir yang beretika dapat bertindak dengan rasional serta mengambil berat ketika mengurus dan membuat keputusan walaupun semasa konflik, situasi kritikal atau mencabar. Menurut (Mardzelah, 2006), keputusan yang efektif ialah keputusan yang dibuat melalui proses tertentu, melibatkan pertimbangan alternatif secara teliti, penilaian secara berkala berkenaan keputusan yang diambil serta mengambil kira kesan yang bakal berlaku. Madura (2007) dan Zimmerer & Scarborough (2005) menerangkan bahawa kemahiran pembuatan keputusan pengurusan perniagaan adalah kemahiran utama yang melibatkan pembuatan keputusan mengenai penggunaan sumber manusia atau modal insan dan lain-lain sumber untuk digunakan dalam perniagaan. Keputusan pengurusan secara langsung akan melibatkan kos perbelanjaan yang akan ditanggung oleh perniagaan. Antara aktiviti penyelarasan pengurusan perniagaan yang penting
54 dan perlu dilaksanakan ialah merancang aktiviti yang akan dijalankan untuk menentuarahkan aktiviti perniagaan supaya selari dengan matlamat organisasi. Menyelaras dan menentukan bahawa pengumpulan, penyusunan dan penggunaan semua sumber perniagaan mampu menghasilkan produk atau keluaran yang dapat memenuhi kehendak pelanggan, membimbing dan memotivasikan pekerja bawahan supaya pekerja akan sentiasa terdorong untuk bekerja dengan bersungguhsungguh, jujur dan tekun bagi mencapai objektif perniagaan dan mengawal aktiviti perniagaan dengan mengadakan pemantauan secara berterusan ke atas prestasi perniagaan supaya pencapaian semua objektif perniagaan dapat diukur. b) Kemahiran Pemasaran Merujuk kepada Persatuan Pemasaran Amerika (AAM), pemasaran adalah satu proses perancangan dan pelaksanaan ke atas harga, promosi dan pengedaran terhadap barangan atau perkhidmatan supaya proses pertukaran dapat dilakukan yang mana akan memenuhi kepuasan individu dan mencapai objektif organisasi, manakala menurut Kotler (1996) pemasaran ialah satu proses pengurusan dimana individu ataupun kumpulan memperolehi apa yang dikehendaki dan diperlukan samada dengan menciptakannya sendiri ataupun melalui pertukaran produk atau nilai dengan pihak yang lain. Strategi pemasaran adalah satu proses perancangan yang konsisten dan melibatkan produk, harga, promosi dan pengedaran digunakan bagi mencapai matlamat dan objektif syarikat dalam dunia keusahawanan. Pemasaran juga adalah satu proses merancang dan melaksanakan konsep, perletakan harga, promosi dan pengedaran sesuatu idea, barangan dan perkhidmatan untuk mewujudkan pertukaran yang memenuhi objektif individu dan organisasi. Ia adalah satu sistem perniagaan
55 yang menyeluruh dan dibentuk untuk merancang, menyampaikan, menentukan harga, mempromosi dan mengagihkan produk dan perkhidmatan mengikut kehendak pasaran di samping memenuhi objektif syarikat (Siti Rahayu et al., 2004) manakala (Hess, 1987) dan (Kent, 1990) menyarankan aspek pengurusan dan pemasaran adalah penting untuk kejayaan usahawan. Di antara perkara penting yang terdapat di dalam kemahiran pemasaran adalah promosi, menurut (Longenecker et al., 2006) kemahiran dalam mempromosikan barangan melalui pelbagai kaedah amat penting untuk usahawan, memberitahu pengguna mengenai keluaran dan seterusnya bagi mempengaruhi pengguna supaya membeli keluaran yang disediakan oleh perniagaan. Diantara jenis-jenis promosi adalah secara pengiklanan, jualan terus, publisiti dan promosi jualan. Seterusnya perletakan harga, ia adalah proses menentukan apa yang bakal organisasi terima sebagai balasan kepada faedah yang dinikmati oleh pengguna kerana penggunaan atau pemilikan sesuatu produk. Produk pula boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, pemilikan atau penggunaan yang dapat memuaskan sesuatu keperluan atau kehendak. Kemahiran pemasaran lain yang penting adalah pengedaran produk atau perkhidmatan perniagaan, di dalam konteks ini, pengagihan merujuk kepada aktiviti organisasi mengagihkan produk kepada pengguna sasaran melalui penggunaan saluran agihan tertentu untuk menyampaikan dan mengedarkan barangan kepada pengguna. c) Kemahiran Merangka Perancangan Perniagaan Rancangan Perniagaan (RP) disediakan bagi pelbagai tujuan dan untuk pemegang kepentingan (stakeholders) yang berbeza. Ia mengandungi maklumat berhubung dengan perniagaan yang bakal dijalankan, sama ada berdaya maju atau sebaliknya. Antara tujuannya adalah bagi meyakinkan pihak yang menawar pembiayaan, sama ada dalam bentuk geran atau pinjaman dan sebagai panduan untuk
56 usahawan mengurus perniagaannya bagi memastikan pelaksanaan perniagaan adalah selaras dengan perancangan yang telah dirancang. Selain itu juga tujuan perancangan perniagaan adalah bagi mengagihkan sumber perniagaan yang terhad secara lebih efektif dan juga memberi peluang kepada usahawan untuk menilai perniagaan secara objektif, kritikal dan praktikal. Perancangan termasuklah membuat analisis kekuatan dan kelemahan (SWOT) perniagaan yang membentuk struktur rancangan perniagaan. Ia jelas menzahirkan maklumat berhubung dengan perniagaan yang bakal dijalankan, sama ada berdaya maju atau sebaliknya. d) Kebolehan Mengenalpasti Peluang Perniagaan Maksud kebolehan mengenalpasti peluang adalah persekitaran yang menjanjikan peluang perniagaan yang tidak dapat dijangka. Seorang usahawan melihat setiap aspek sebagai peluang dan berpotensi untuk memberikan pulangan pelaburan yang besar. Perniagaan bergantung kepada manusia dan aktivitinya. Setiap wujud aktiviti-aktiviti selagi itulah ada peluang-peluang perniagaan, namun peluang akan wujud daripada daya pemikiran seseorang yang mempunyai sifat-sifat keusahawanan. Secara amnya, analisis peluang-peluang perniagaan boleh dibuat berdasarkan faktorfaktor pengalaman, persekitaran, perkembangan dan perubahan ekonomi, perubahan dan perkembangan teknologi, permasalah pengguna serta kretiviti dan dayacipta. 2.3.4 Kemahiran Interpersonal Menurut Gainer (1998) mendefinisikan kompetensi interpersonal sebagai ketrampilan individu iaitu yang meliputi kemahiran komunikasi, kemahiran komputer, dan kemahiran berbudaya, seterusnya kemahiran kebolehpercayaan individu iaitu yang meliputi kemahiran pengurusan individu, beretika, dan kemahiran vokasional, Manakala menurut Saterfiel (1995) adalah merujuk kompetensi interpersonal kepada kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi dan juga memperlengkapkan keperluan pekerjaan.
57 Merujuk kepada The Conference Board of Canada (1996) selain daripada kemahiran interpersonal, juga mendefinisikan sebagai kemahiran employability iaitu satu istilah yang digunakan untuk menjelaskan kemahiran dan juga kualiti individu yang dikehendaki oleh para majikan terhadap pekerja baru apabila mereka mula bekerja, ini turut disokong oleh Buck dan Barrick (1987) Kompetensi interpersonal adalah di antara kemahiran yang dianggap penting oleh majikan untuk meningkatkan produktiviti (National Asscociation of Manufacturers (NAM) (2003). Graduan seharusnya memiliki kompetensi interpersonal untuk di masa kini (Hillage dan Pollard, 1998). Menurut Barker (2003), kompetensi interpersonal penting dalam membantu seseorang pekerja untuk bekerja dengan efektif di tempat kerja dan melalui penerapan kompetensi interpersonal yang diterapkan di universiti berkebolehan menyediakan pelajar menempuh alam pekerjaan. Lankard (1990) mendefinisikan kompetensi interpersonal meliputi personaliti, kemahiran interpersonal dan juga sikap dan tingkahlaku yang baik. Beliau seterusnya mengelaskan kemahiran ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu: a) Kumpulan pertama Kecekapan individu, kemahiran kebolehpercayaan diri, kemahiran pengubahsuaian ekonomi, kemahiran mengurus kumpulan dan organisasi secara berkesan.
58 b) Kumpulan kedua Meliputi kemahiran menunjukkan imej diri yang positif, mempamerkan sikap kerja yang positif, mengamalkan tabiat kerja yang baik, mengamalkan tingkahlaku yang beretika, berkomunikasi secara berkesan, bertanggungjawab, dan bekerjasama dengan orang lain. Terdapat pelbagai istilah yang digunakan untuk menjelaskan maksud berkaitan dengan kompetensi interpersonal. Kebanyakan istilah ini memberi tumpuan ke atas tajuk yang berkaitan dengan personaliti yang berhubung kait dengan sikap, tabiat dan juga tingkahlaku seperti cara berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus organisasi. Hasil kajian yang dikendalikan oleh satu konsortium guru-guru, kaunselor, dan juga para pentadbir di selatan Amerika Syarikat mendapati terdapat 10 kriteria diperlukan oleh semua para majikan. Antara kemahiran kompetensi interpersonal yang diperlukan termasuklah berdikari, jujur, kemas, menepati masa, keupayaan berhubung secara berkesan, keupayaan bekerja dalam satu kumpulan, bercita-cita tinggi, mempunyai etika kerja yang baik, setia, dan juga dapat membuat pengubahsuaian (McDaniels, 1992). Kemahiran Interpersonal yang menjadi fokus di dalam kajian ini adalah merupakan kemahiran yang sering diaplikasi dan terdapat di dalam proses pengajaran dan pebelajaran bagi jurusan Diploma Teknologi Tekstil, Antara keutamaan yang terlibat adalah: i) Masa ii) Ketekunan iii) Kejujuran iv) Berkomitmen dan Bertanggungjawab
59 i) Masa Pengurusan masa yang berkesan ialah penggunaan masa sepenuhnya tanpa pembaziran dan masa digunakan sepenuhnya dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan mendekatkan dengan pelajar dengan matlamat yang hendak dikecapi Apabila kita mengurus masa dengan lebih berkesan dan efisyen, kita boleh mengurangkan tekanan dan kekecewaan, malah perasaan akan merasa bertambah selesa. Melalui pengurusan masa, kita akan bertambah produktif di dalam tugasan yang dilaksanakan. Pengurusan masa bagi pelajar di IKBN adalah dari segi ketepatan perancangan kerja dan tugasan yang dilakukan ketika agihan tugasan. Pengurusan masa dititikberatkan di dalam proses menyiapkan tugasan supaya budaya menepati masa diamalkan apabila berada di alam pekejaan kelak Syed Ahmad, (2008). ii) Ketekunan Tekun bermaksud bersungguh-sungguh dan terus menerus dalam bekerja meskipun mengalami kesulitan, hambatan dan rintangan. Ketekunan juga bermaksud memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurnanya dan membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada agensi dan individu. Ketekunan bagi pelajar diploma adalah ketekunan dan sikap yang teliti di dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan, iaitu semasa melakukan tugasan menghasilkan produk jahitan. Ketekunan diperlukan bagi menghasilkan produk yang berkualiti seterusnya mampu menepati citarasa pelanggan Shariman, (2008).
60 iii) Bertanggungjawab Menurut Widagdo (2001) tanggung jawab adalah kesedaran akan tingkahlaku atau perbuatan yang disengaja mahupun yang tidak disengaja. Terdapat beberapa jenis tanggung jawab adalah tanggung jawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara, kepada tuhan seterusnya bertanggungjawab dengan kewajipannya. Kewajipan adalah sesuatu yang dibebankan terhadap seseorang, kewajipan merupakan bandingan hak, dan dapat juga tidak mengacu hak. Maka tanggungjawab dalam hal ini adalah tanggung jawab terhadap kewajipannya. Sebagai contoh adalah kewujudan Etika Amalan Perniagaan Malaysia (EAPM) telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Etika ini merupakan usaha kerajaan untuk menimbulkan satu kesedaran di kalangan para peniaga supaya mempunyai tanggungjawab moral dan sosial. Etika ini diwujudkan kerana desakan pergerakan yang menyatakan terhadap peningkatan berbagai amalan yang tidak sihat. 2.3.5 Aktiviti Keusahawanan Melalui Pengajaran dan Pembelajaran Merujuk kepada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, aktiviti keusahawanan adalah merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan bina upaya dalam usaha meningkatkan inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah negara. Transformasi Malaysia daripada ekonomi berasaskan pengetahuan kepada ekonomi berpaksikan inovasi dalam mencapai aspirasi untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 yang memerlukan sokongan modal insan yang berkualiti dan kompetitif Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, (2012).
61 Menyedari akan kepentingan perkara di atas, KPT telah melancarkan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi pada 13 April 2010 yang bertujuan untuk menggalakkan pendidikan dan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi. Perlaksanaan inisiatif berpandukan dasar tersebut diharap dapat melahirkan siswazah dan lepasan IPT yang mempunyai nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan, iaitu meningkatkan bilangan usahawan dalam kalangan siswazah dan lulusan IPT iaitu mereka yang benarbenar berkecimpung dalam bidang perniagaan. Selain daripada itu juga melalui aktiviti keusahawanan diharap dapat menyumbang kepada pencapaian transformasi ekonomi negara daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan pada masa yang sama melahirkan ahli akademik yang mempunyai nilai, kemahiran, pemikiran dan atribut keusahawanan (entrepreneurial academics) KPT, (2010) Dalam konteks aktiviti keusahawanan di universiti dan di institusi pengajian, sebahagian besar daripada program tersebut haruslah membabitkan aktiviti perniagaan dan mestilah menggambarkan dunia keusahawanan sebenar. Ia mengajar pelajar untuk memujuk pelanggan membeli produk, aktiviti mempromosi produk, bagaimana melayan pelanggan dan bagaimana merekod kewangan perniagaan. Di IKBN antara aktiviti keusahawanan yang dilakukan menerusi pengajaran mahupun melalui pembelajaran adalah seperti berikut: a) Kursus Keusahawanan b) Pameran dan Jualan c) Hari Inovasi Produk
62 a) Kursus Keusahawanan Aktiviti keusahawanan yang wajib dilaksanakan di IKBN pada setiap semester adalah merupakan kursus asas keusahawanan dengan kerjasama Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, akademi yang diberi peranan khusus untuk membimbing, memotivasi, mendidik, serta mengilmukan belia dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Selain itu juga Jabatan Belia Dan Sukan Negeri yang juga berperanan untuk mencetus minat dan budaya niaga turut menjayakan aspirasi ini disamping Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), NGO Belia, serta Dewan Perniagaan dan sektor swasta yang berkaitan bersama-sama turut berperanan dan membangunkan usahawan belia melalui kursus tersebut (IKBNKL, 2012) Melalui kursus asas keusahawanan tersebut pelajar didedahkan dengan asas perniagaan, termasukklan membuat perancangan perniagaan bagi tujuan mendapatkan pinjaman bagi tujuan membuka perniagaan. b) Pameran dan Jualan Di antara tujuan mengadakan pameran dan jualan adalah bagi mempromosi sesuatu perkara. Di IKBN antara aktiviti yang kerap dilakukan adalah mengadakan pameran dan jualan, iaitu merujuk takwim kalendar akademik IKBN, terdapat banyak aktiviti mempromosi IKBN telah dirancang antaranya aktiviti IKBN ke desa, Karnival hari belia, Karnival Hari Konvokesyen dan juga minggu suaikenal serta hari pendaftaran pelajar baru. Selain itu juga terdapat banyak jemputan daripada NGO dan Jabatan Kerajaan untuk turut serta mengadakan pameran dan jualan sempena hari perayaan atau majlis tertentu, melaluinya pelajar akan diberi kesempatan untuk
63 mengadakan aktiviti jualan hasil produk bengkel latihan mahupun produk ringan bagi tujuan latihan keusahawanan IKBNKL, (2012). Pameran dan jualan biasanya akan diwakili oleh setiap jurusan yang ada di IKBN. Setiap jurusan akan menghantar wakil pelajar dan diiring pengajar untuk tujuan tersebut. Sempena pameran dan jualan juga berperanan juga bertujuan untuk mengasah bakat pelajar untuk turut bergiat aktif di dalam dunia perniagaan. Bagi peringkat dalaman di IKBN, antara aktivitinya adalah mengadakan jualan hasil kerja pelajar semasa hari sukaneka, hari pendaftaran pelajar baru dan jualan terus di bengkel jahitan. Hasil Produk pelajar akan dijual secara terus, selain itu juga produk makanan ringan turut dijual bagi tujuan mewujudkan budaya keusahawanan. (Takwim IKBNKL 2012). c) Hari Inovasi Produk Hari Inovasi peringkat IKBN se Malaysia adalah antaranya bertujuan memberi galakkan kepada pelajar untuk mencipta dan menjana idea dan kretiviti baru untuk diketengahkan dan seterusnya dikormesialkan ke peringkat yang lebih baik. Hari inovasi turut dirancang dan terkandung di dalam kalendar takwim IKBN. Pelajar berkesempatan untuk menyertai dan meraih peluang kemenangan hasil daripada idea yang berinovasi dan kreatif. Ini turut menyumbang kepada pendedahan aktiviti keusahawanan pelajar di IKBN (IKBNKL, 2012).
64 2.4 Konteks Teori Di dalam sesuatu proses pembangunan modul latihan dan pembelajaran, rujukan telah dilakukan bagi penggunaan kaedah mengaplikasinya, antara model rujukannya adalah Model Konstruktivisme model ini adalah salah satu pandangan tentang proses pembelajaran yang menyatakan bahawa dalam proses belajar diawali dengan terjadinya konflik kognitif (Karli, 2004) konstruktivisme, adalah pembinaan pengetahuan berpusatkan pelajar (Perkins, 1992; Bruner, 1973). Di dalam aktiviti pembelajaran, pelajar lebih aktif berusaha berdasarkan pengalaman sendiri dan pengajar bertanggungjawab sebagai fasilitator dan pemudahcara sesuatu pengajaran. Di dalam pembelajaran dan pengajaran pelajar Diploma Teknologi fesyen, pelajar lebih diberi kebebasan untuk menghasilkan sesuatu ide rekaan mereka, Ini bermakna, pembelajaran pada tahap ini adalah lebih tertumpu kepada pelajar itu sendiri, keupayaan berfikir dengan kretif diperlukan bagi menentukan tahap pencapaian seseorang pelajar. Selain itu juga menurut Graaff dan Kolmos (2003), pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran. Ianya didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya (Universiti Teknologi Malaysia 2005). Prinsip dan Model Pembelajaran Berasaskan Masalah menurut Graff dan Kolmos (2003), merupakan pendekatan pembelajaran yang mana masalah merupakan titik tolak dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berpusatkan pelajar, iaitu pelajar hanya diberi panduan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. Selain itu juga guru harus kreatif dalam menghasilkan sesuatu masalah yang bersesuaian dengan topik yang diajar. Selain itu juga masalah berdasarkan situasi yang sebenar.
65 Secara ringkasnya, pelajar menggunakan minat dan pengalaman yang ada pada mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan pelajar memahami secara mendalam tentang sesuatu topik dan juga pembelajaran berasaskan kerjasama dalam kumpulan. Ramlee (2002), melalui hasil kajiannya mendapati majikan dalam industri pembuatan di Malaysia memberi pandangan bahawa lulusan-lulusan teknikal di Malaysia mempunyai kemahiran teknikal lebih daripada mencukupi, namun majikan merasa kurang berpuas hati dari segi kemahiran motivasi, komunikasi, interpersonal, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan kemahiran keusahawanan yang merupakan sebahagian daripada kemahiran ‘employability’ yang tidak dikuasai dalam kalangan lulusan teknikal ini. 2.5 Kesimpulan Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan dengan lebih terperinci tentang penerapan elemen keusahawanan yang ingin diterapkan di dalam modul pembelajaran di IKBN. Maklumat-maklumat yang diperolehi ini dapat menyokong dapatan kajian kelak. Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji dalam dan luar negara juga membuktikan bahawa kajian yang sedang dijalankan ini sememangnya penting dan sesuai untuk dikaji di negara kita. Selanjutnya, bab tiga akan membincangkan metodologi dan kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini.
66 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Metodologi merupakan kaedah yang penting untuk memperolehi maklumat seterusnya mendapatkan keputusan dalam kajian ini (Majis, 2000). Bab ini akan membincangkan aspek yang penting dan perlu ada bagi melakukan pengkajian dan kajian. Metodologi digunakan bertujuan untuk memastikan kaedah pengumpulan data untuk pengkajian yang digunakan adalah bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang ingin dicapai dan dilaksanankan. Antara aspek yang ditekankan adalah rekabentuk kajian, instrumen kajian, proses menjalankan kajian, kajian rintis, kajian sebenar dan proses analisis data.
67 3.2 Proses Menjalankan Kajian Rajah 3.1 :Proses Menjalankan Kajian Pembinaan instrumen kajian Penetapan objektif dan persoalan kajian Penentuan rekabentuk kajian Sorotan Kajian Lepas (mengenalpasti masalah kajian) Analisis data kebolehpasaran graduan IKBN Pengesahan item instrumen Menjalankan Kajian rintis dan menentukan kebolehpercayaan instrument kajian Pengumpulan data Menganalisis data kajian Kesimpulan perbincangan dan cadangan kajian Pemurnian instrumen kajian Nilai alpha <0.7 Nilai alpha >0.7 Menulis laporan Kajian kajian
68 3.3 Rekabentuk Kajian Reka bentuk kajian merupakan satu perancangan strategik yang mesti dibuat bertujuan untuk membolehkan pendekatan yang dipilih dapat memberikan jawapan yang sah dan boleh dipercayai dalam mencapai objektif serta menjawab setiap persoalan kajian. Dahalan, (2006) pula menyatakan bahawa reka bentuk kajian merupakan satu perancangan yang membolehkan pengkaji menjalankan kajian. Perancangan yang lengkap adalah termasuk garis kasar berkenaan kajian yang akan dijalankan bermula dari penulisan hipotesis sehingga ke analisis data. Ini ditambah pula dengan pernyataan dari Marican, (2005) yang menyatakan bahawa reka bentuk kajian adalah seperti yang diperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu pengkajian dijalankan. Dalam kajian ini, reka bentuk kajian jenis kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan dipilih untuk mengenalpasti penerapan kemahiran keusahawanan menerusi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran fesyen dan pakaian. Rekabentuk kajian ini dipilih kerana melibatkan penggunaan angka kekerapan dan pengumpulan data menggunakan borang soal selidik (Mohd Najib, 1999). Rekabentuk ditetapkan sebelum data dipungut. Kajian ini melibatkan tiga peringkat utama iaitu pembinaan instrument kajian, pengesahan instrumen dan penilaian instrument.
69 3.4 Populasi dan Persampelan Kajian Populasi dan sampel kajian merupakan sumber maklumat bagi sesuatu permasalahan atau fenomena (Idris, 2010). Populasi merujuk inividu atau subjek yang dikaji di institusi, peristiwa, tempat, fenomena, suatu tempoh masa dan dokumen (Lim, 2007). Manakala sampel pula merupakan satu kumpulan atau kelompok yang dipilih khusus untuk mewakili populasi di dalam sesuatu kajian. (Talib, 2013) Kaedah persampelan adalah seperti seluruh populasi, persampel kelompok, rawak mudah, rawak susun lapis atau strata, rawak kelompok dan rawak kelompok atas kelompok. Manakala persampelan tidak rawak pula terdiri daripada tidak rawak bertujuan, kuota dan sukarela. Dalam kajian, sampel kajian adalah terdiri daripada keseluruhan populasi jurusan Diploma Teknologi Tekstil di IKBN Kuala Langat dan IKBN Wakaf Tapai. Jurusan ini dipilih adalah kerana mempunyai kesamaan dengan ciri-ciri yang dikehendaki iaitu pelajar telah bermula dari tahap satu hingga tahap tiga dan telah didedahkan dengan pengetahuan teknikal jahitan secara mendalam. Bilangan sampel bagi setiap IKBN adalah seperti jadual berikut: Jadual 3.1 : Populasi Kajian Lokasi Kajian Populasi kajian Kuala Langat 54 orang Wakaf Tapai 15 orang Jumlah 69 orang Sumber: KBS, (2014)
70 3.5 Teknik Pengumpulan Data dan Instrumen Kajian Menurut Talib (2013), borang soal selidik merupakan satu alat pengukuran yang biasa digunakan dalam penyelidikan kerana mudah dan cepat bagi mendapatkan maklumat daripada responden, lebih praktikal dan berkesan terutama untuk populasi yang besar. Instrumen yang digunakan untuk kajian ini ialah borang soal selidik kerana mudah difahami dan dikelolakan. Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian utama iaitu bahagian A yang mempunyai hubung kait dengan biodata resonden. Manakala bahagian B adalah berkaitan pembolehubah kajian iaitu penerapan kemahiran keusahawanan dari aspek kemahiran teknikal, kemahiran pengurusan dan kemahiran interpersonal. Jadual 3.2 adalah pengagihan pembolehubah bagi borang soal selidik tersebut. Jadual 3.2: Maklumat Pembolehubah Kajian Bil Pembolehubah kajian No Item Jumlah Item 1. Kemahiran Teknikal 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 10 2. Kemahiran Pengurusan 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 10 3. Kemahiran Interpersonal 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 10 4. Aktiviti Keusahawanan 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 10 Jumlah 40 Bahagian B ini akan menggunakan skala likert 5 mata untuk memudahkan pelajar membuat pilihan maklumbalas terhadap pembolehubah. Penggunaan skala adalah seperti jadual di bawah: Jadual 3.3: Skala Likert 5 Mata Maklumbalas Skor Sangat tidak setuju (STS) 1 Tidak Setuju (TS) 2 Kurang Setuju (KS) 3 Setuju (S) 4 Sangat Setuju (SS) 5 Sumber: Mohd. Najib, (2003)
71 3.6 Kesahan Instrumen Kajian Kesahan bermaksud kobolehan instrumen kajian untuk mengukur apa yang sepatutnya diukur (Newton, 1997). Kesahan boleh dibuktikan melalui kesahan isi, kesahan telahan, kesahan serentak dan kesahan gagasan (Fraenkel & Wallen, 1996). Pengesah bagi instrumen kajian ini adalah terdiri daripada pensyarah UTM yang merupakan pakar dalam pembangunan rekabentuk dan rekacipta serta merupakan penilai instrumen bagi pelbagai bidang dan juga kepakaran khusus dalam bidang keusahawanan. 3.7 Kajian Rintis Sebelum kajian sebenar dilakukan, pengkaji melakukan kajian rintis bagi memastikan kesahan elemen–elemen yang disoal pada soal selidik. Chua (2006) menyatakan, kajian rintis dilakukan untuk melihat kemunasabahan sesuatu kajian yang bakal dilakukan. Tujuan utama kajian rintis adalah untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen (Najib, 2003). Selain itu ia bertujuan untuk mengetahui sejauhmana responden memahami item soalan yang dikemukakan. Untuk tujuan kajian rintis ini, borang soal selidik diedarkan kepada sepuluh orang pelajar fesyen dan pakaian di IKBN Peretak, yang akan menentukan sama ada instrumen yang akan digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang benar. Kajian rintis yang dilaksanakan dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS 2.0) untuk mendapatkan nilai pekali kebolehpercayaan (Alpha Cronbach). Nilai indeks adalah antara 0 hingga 1. Nilai hampir 0 bermakna tahap kebolehpercayaan yang sangat rendah dan nilai yang hampir kepada 1 ialah tahap kebolehpercayaan yang sangat tinggi. Nilai 0.8 didapati memadai untuk diterima sebagai tahap kebolehpercayaan yang sesuai untuk sesuatu alat. Sekiranya nilai adalah
72 lebih rendah daripada 0.8, pengkaji perlu mengubahsuai item dan seterusnya melaksanakan kajian rintis sekali lagi sehingga mencapai tahap nilai 0.8 ke atas. Untuk kajian ini kebolehpercayaan adalah seperti berikut (rujuk Jadual 3.4): Jadual 3.4: Julat Kebolehpercayaan Julat Nilai α Tahap Kebolehpercayaan Tindakan ke Atas Item 0.71 hingga 1.00 Tinggi Kekalkan 0.41 hingga 0.7 Sederhana Ubah 0.0 hingga 0.04 Rendah Ubah atau Buang Sumber: Mohd. Najib, (2003) Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Reability Analysis yang terdapat dalam perisian SPSS dan hasil ujian Alpha Cronbach yang dijalankan ke atas sepuluh responden adalah seperti dalam Jadual 3.5 berikut: Jadual 3.5: Dapatan Kajian Rintis Bil Pembolehubah kajian Nilai Alpha Cronbach Tahap Kebolehpercayaan Tindakan ke Atas item 1 Kemahiran Teknikal 0.89 Tinggi Kekalkan 2 Kemahiran Pengurusan 0.88 Tinggi Kekalkan 3 Kemahiran Interpersonal 0.88 Tinggi Kekalkan 4 Aktiviti Keusahawanan 0.87 Tinggi Kekalkan Purata Nilai 0.88 Tinggi Kekalkan 3.8 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan perlu dibuktikan melalui ujian statistik iaitu sekiranya menggunakan kaedah bahagi dua, nilai kolerasi antara item perlu dikira dan dinyatakan. Satu lagi ujian statistik yang popular adalah ujian Alpha Cronbach (atau Kuder Richardson) yang melihat kolerasi satu item dengan item lain yang setara dengannya atau yang menyoal konsep yang sama.
73 Nilai indeks adalah antara 0 hingga 1. Nilai hampir 0 bermakna tahap kebolehpercayaan yang sangat rendah dan nilai yang hampir kepada 1 ialah tahap kebolehpercayaan yang sangat tinggi. Nilai 0.8 didapati memadai untuk diterima sebagai tahap kebolehpercayaan yang sesuai untuk sesuatu alat. Sekiranya nilai adalah lebih rendah daripada 0.8, pengkaji perlu mengubahsuai item dan seterusnya melaksanakan kajian rintis sekali lagi sehingga mencapai tahap nilai 0.8 ke atas. Untuk kajian ini kebolehpercayaan adalah seperti berikut (rujuk Jadual 3.6): Jadual 3.6: Julat Kebolehpercayaan Julat Nilai α Tahap Kebolehpercayaan Tindakan ke Atas Item 0.71 hingga 1.00 Tinggi Kekalkan 0.41 hingga 0.7 Sederhana Ubah 0.0 hingga 0.04 Rendah Ubah atau Buang Sumber: Mohd. Najib, (2003) Data deskriptif dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 20.0 untuk mendapatkan nilai, peratus, kekerapan dan min keseluruhan. Data-data yang diperolehi daripada penilaian ujian sumatif dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual analisis deskriptif iaitu frekuensi, min dan peratus. Jadual 3.7 pula menunjukkan penentuan tahap peratusan Jadual 3.7: Pengkelasan Skor Min Julat Min Tahap Kebolehpercayaan Tindakan ke Atas Item 3.68 hingga 5.00 Tinggi Kekalkan 2.34 hingga 3.67 Sederhana Ubah 1.00 hingga 2.33 Rendah Ubah atau Buang Sumber: Mohd. Najib, (2003)
74 Jadual 3.8: Penentuan Tahap dan Julat Peratusan Julat Peratusan (%) Tahap Kebolehpercayaan Tindakan ke Atas Item 71 hingga 100 Tinggi Kekalkan 51 hingga 70 Sederhana Ubah 20 hingga 50 Rendah Ubah atau Buang Sumber: Mohd. Najib, (2003) 3.9 Proses Analisis Data Proses analisa data bagi kajian ini adalah dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 20.0 untuk mendapatkan min, kekerapan (frekuensi), sisihan piawai, peratusan (%) dan ujian t bagi menjelaskan data atas item berkaitan di dalam borang soal selidik. Bahagian A (demografi responden) dianalisa menggunakan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Bagi memudahkan penilaian, skala likert diringkaskan kepada skor min secara keseluruhan. Nilai min yang tinggi menunjukkan persetujuan yang tinggi terhadap aspek yang dikemukakan. Penggunaan statistik ini menjelaskan hasil kajian secara ringkas, berkesan dan mudah difahami berdasarkan data yang diperolehi (Najib, 2003). Secara ringkasnya, dalam kajian ini analisis yang perlu dilakukan adalah seperti berikut: a) Mengenalpasti penerapan kemahiran Teknikal b) Mengenalpasti penerapan kemahiran Pengurusan c) Mengenapasti penerapan kemahiran Interpersonal d) Mengenalpasti penerapan aktiviti keusahawanan e) Perbezaan penerapan aktiviti keusahawanan di IKBN terlibat
75 3.10 Etika Dalam Penyelidikan Di dalam proses menjalankan kajian terdapat etika yang perlu dipatuhi oleh pengkaji, antaranya adalah bertujuan untuk: a) Rundingan dan akses keselamatan (Negotiable and Security Access). Iaitu sebelum memulakan sesuatu kajian, perbincangan dan kebenaran untuk melaksanakan kajian perlu dilakukan. Ini melibatkan memohon kebenaran secara bersurat dan formal. Ia merupakan perkara yang amat penting kerana bukan sahaja melibatkan isu budi bahasa dan sopan, tetapi untuk mengelakkan perkara melibatkan mahkamah di masa hadapan. b) Melindungi pihak yang terlibat (Protecting your participants). Pastikan nama atau sebarang identiti peserta kajian tidak didedahkan, melainkan mereka membenarkannya. Begitu juga tentang lokasi kajian. Lakukan perjanjian bahawa pengkaji tidak akan membocorkan sebarang maklumat melainkan dibenarkan oleh peserta dan pengkaji mestilah mengotakan janji itu. c) Memberikan keyakinan dan kepercayaan (Assuring good faith). Pengamal hendaklah sentiasa berlaku jujur setiap masa. Matlamatnya untuk membentuk reputasi bagi integriti, dan perlindungan. Seseorang itu akan lebih bersedia untuk bekerjasama dengan orang yang mereka percayai. Bagi permulaan kajian ini, pengkaji telah menghantar surat kepada IKBN terlibat untuk mendapatkan data bagi pelajar bagi jurusan Diploma Teknologi Tekstil bagi mendapatkan maklumat pelajar dan juga data pemarkahan modul keusahawanan bagi tujuan utama kajian yang ingin dijalankan. Selain itu juga panggilan telifon turut
76 dibuat bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci bagi tujuan pengesahan maklumat tersebut. Akhir sekali borang soal selidik diedarkan kepada pelajar terbabit iaitu bagi tujuan mendapatkan maklumat berkenaan penerapan kemahiran keusahawanan yang ingin dikenalpasti. 3.11 Kesimpulan Dalam bab ini, pengkaji telah membincangkan beberapa aspek dalam menjalankan kajian. Antara aspek yang disentuh adalah rekabentuk kajian, prosedur kajian, kerangka operasi, lokasi kajian, populasi dan sampel kajian, pemilihan sampel dan rekabentuk kajian, instrument kajian, kesahan instrumen kajian rintis dan kebolehpercayaan instrumen serta penganalisisan data. Aspek-aspek ini disentuh supaya kajian ini dapat dijalankan dengan lebih teratur dan dapat mencapai objektif kajian. Teknik mengutip data yang dipilih perlu bersesuaian dengan data apa yang ingin dikutip bagi memastikan data tersebut mempunyai kesahan dan tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Semasa membuat kutipan data, perlu mengikut etikaetika sebagai seorang penyelidik. Etika-etika ini sangat penting dan perlu diikuti kerana penyelidik berhadapan dengan manusia yang mempunyai peraturan dan perasaan. Dengan mengamalkan etika penyelidikan, secara tidak langsung responden merasa dihormati dan akan merasa selesa untuk memberikan maklumat yang diperlukan oleh penyelidik. Akhir sekali analisis data perlu dilaksanakan bagi membolehkan data-data yang dikutip digunakan untuk menyokong objektif kajian dan melengkapkan kajian yang dijalankan. Data yang diperolehi mestilah mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi bagi menyokong dapatan kajian agar kajian yang dijalnkan mendapat hasil serta dapat memberi kesan positif kepada pengguna dan bukannya penyelidikan yang tidak bermakna.
77