The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CAROLINE GREGORY FINAL PRESENTATION KAJIAN TINDAKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Caroline, 2023-12-30 09:56:15

CAROLINE GREGORY KAJIAN TINDAKAN FINAL PRESENTATION

CAROLINE GREGORY FINAL PRESENTATION KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP NOMBOR 1 HINGGA 10 BAGI AWAL MATEMATIK PRASEKOLAH MELALUI KAEDAH “DOUGH, DRAW, COUNT AND PLAY” CAROLINE ANAK GREGORY SK ULU RANAN KANOWIT [email protected]


Sumber Data EMIS: 25.7.2023 Lokasi sekolah terletak 7 km dari Pekan Kanowit Bilangan guru adalah seramai 32 orang Enrolmen murid – Keseluruhan: 357 orang Enrolmen murid Prasekolah– 76 orang Bilangan PKP adalah seramai 12 orang LATAR BELAKANG


PELAN LOKASI SEKOLAH KEBANGSAAN ULU RANAN : GOOGLE EARTH PRASEKOLAH JUPITER


PRASEKOLAH JUPITER Enrolmen Murid : 24 orang Jantina Murid : 15L & 9 P Tahap Umur: 6 tahun


PENGENALAN ➢ Awal Matematik adalah antara tunjang yang penting dalam pendidikan prasekolah. Manakala kemahiran memahami konsep nombor adalah asas kepada perkembangan kemahiran matematik yang lainnya. ➢ Untuk membantu murid-murid prasekolah meningkatkan penguasaan mereka terhadap konsep nombor 1 hingga 10, kita boleh menggunakan kaedah pembelajaran yang menarik dan interaktif seperti “Dough, Draw, Count and Play”. ➢ Kaedah ini melibatkan penggunaan doh, menggambar, mengira, dan bermain untuk memperkukuhkan pemahaman murid tentang nombor.


PENYATAAN MASALAH Pemerhatian PdP bilik darjah Murid tidak berminat dan kurang motivasi dalam mempelajari nombor terutamanya dalam Bahasa Inggeris. Murid kurang bermotivasi dan tidak melibatkan diri secara aktif semasa proses PdP. Pemerhatian hasil kerja murid Murid tidak boleh menulis sebahagian nombor dengan cara yang betul Murid tidak menguasai 5M (Mengenal, Menyebut, Membentuk, Menulis dan Mengira) konsep nombor 1 hingga 10.


PEMERHATIAN SAMPLE KAJIAN Terdiri daripada 6 orang murid prasekolah yang berumur 6 tahun. 3 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan.


PEMERHATIAN 1 KAEDAH: ANALISIS DOKUMEN • MELALUI PEMERHATIAN HASIL KERJA MURID Cara penulisan nombor 2, 3 dan 5 yang tidak betul


PEMERHATIAN 1 KAEDAH: ANALISIS DOKUMEN • MELALUI PEMERHATIAN HASIL KERJA MURID Mirror Image


PEMERHATIAN 1 KAEDAH: • MELALUI PEMERHATIAN HASIL KERJA MURID Cara penulisan nombor 6 dan 9 yang tidak betul


PEMERHATIAN 1 KAEDAH: • MELALUI PEMERHATIAN HASIL KERJA MURID Murid boleh membilang tetapi tidak mengenal nombor secara rawak justeru tidak dapat menulis nombor dengan betul


PEMERHATIAN 1 KAEDAH: • MELALUI PEMERHATIAN HASIL KERJA MURID Murid boleh membilang tetapi tidak mengenal nombor secara rawak


PEMERHATIAN 1 KAEDAH: • MELALUI PEMERHATIAN PdP BILIK DARJAH Murid tidak berminat dan kurang motivasi dalam mempelajari nombor terutamanya dalam Bahasa Inggeris serta tidak melibatkan diri secara aktif.


INKUIRI KENDIRI INKUIRI KENDIRI CATATAN DAPATAN REFLEKSI 1.Bagaimanakah latar belakang murid-murid ini? Kebanyakkan murid mempunyai tahap penguasaan yang lemah iaitu belum mengenal nombor sepenuhnya. 2.Apakah pengetahuan asas yang perlu murid kuasai sebelum mengenal nombor? Murid perlu dibiasakan untuk melihat nombor di sekeliling dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. 3.Mengapa murid kurang mahir dan tidak dapat menguasai asas nombor 1 hingga 10? Murid tidak menguasai kemahiran pratulis di peringkat awal dan belum menguasai perkembangan motor halus sepenuhnya. 4.Mengapa murid mengalami masalah untuk menulis nombor dengan betul? Murid keliru dengan bentuk-bentuk nombor 5.Mengapa murid tidak bersemangat dan kurang motivasi untuk belajar nombor? Murid mudah bosan dan jemu mempelajari nombor. 6.Apa yang perlu saya lakukan untuk membantu murid meningkatkan tahap penguasaan asas nombor murid-murid ini? Setelah mengetahui tahap penguasaan murid, satu kaedah yang sesuai dirancang dengan sistematik untuk memastikan murid mencapai tahap penguasaan optimum dalam asas nombor. 7.Mengapa murid tidak melibatkan diri secara aktif semasa sesi pembelajaran? Mengapa hal ini terjadi? Murid kurang berkeyakinan dan tidak berminat dengan topik mengenal nombor. Hal ini mungkin kerana murid tidak bersedia untuk belajar (tidak sihat, masalah keluarga dan sebagainya). 8.Sebagai guru, apa yang perlu dilakukan untuk mewujudkan pembelajaran aktif di kalangan murid ini? Saya perlu bijak dalam merancang sesi pembelajaran yang efektif agar ianya seronok, menarik dan bermanfaat kepada murid.


REFLEKSI PEMERHATIAN ISU (TEMU BUAL) Tidak Berstruktur Guru Matematik Tahun 1 & Guru Prasekolah Apakah faktor murid tidak menguasai asas nombor? Murid Prasekolah Mengapa kamu tidak mengenal nombor? Temu bual dijalankan secara tidak formal dengan menggunakan soalan terbuka bertujuan meneroka idea & perasaan informan.


REFLEKSI PEMERHATIAN ISU (TEMU BUAL) ▪ Murid mempunyai ingatan yang lemah. ▪ Tidak ada kesinambungan di luar bilik darjah maksudnya murid tidak dibimbing di rumah ▪ Murid mempunyai satu masalah disebut diskalkulia iaitu kesukaran dalam melakukan pengiraan atau kemahiran arimetik. Ciri-ciri adalah sukar menyebut nombor dalam turutan yang betul (mengambil masa sangat lama untuk mengira) Guru Pemulihan Cikgu Khatijah binti Ibrahim SK Ulu Ranan Apakah faktor murid tidak menguasai asas nombor?


REFLEKSI PEMERHATIAN ISU (TEMU BUAL) ▪ Murid belum bersedia sepenuhnya dengan tahap kemahiran matematik sekarang yang mana penguasaan asas nombor adalah yang paling utama. ▪ Jurang di antara kemahiran di Prasekolah dan Tahun 1 amat besar. Kebanyakkan murid tidak dapat menguasai kemahiran Tahun 1 dengan asas prasekolah yang lemah ▪ Murid tidak berminat, khasnya dalam bidang penghafalan. Mereka menganggap matematik itu susah dan tidak berminat untuk belajar Matematik. Guru Matematik Tahun 1 Cikgu Luk Li Ing SK Saint Francis Xavier Apakah faktor murid tidak menguasai asas nombor?


REFLEKSI PEMERHATIAN ISU (TEMU BUAL) Guru Prasekolah Cikgu Suryati binti Salleh SK Ulu Bawan ▪ Murid masih belum bersedia untuk belajar. ▪ Murid kurang diberikan pendedahan mengenai asas nombor dalam kehidupan seharian. ▪ Murid tidak berminat dengan nombor. Apakah faktor murid tidak menguasai asas nombor?


REFLEKSI PEMERHATIAN ISU (TEMU BUAL) Guru Prasekolah Cikgu Macnaughton anak Salih SK Nanga Pedai ▪ Murid boleh menyebut/membilang nombor namun tidak mengenali secara rawak. ▪ Murid tidak menguasai kemahiran awal pra nombor. Apakah faktor murid tidak menguasai asas nombor?


REFLEKSI PEMERHATIAN ISU (TEMU BUAL) Murid A ▪ “Saya tak ingat, cikgu”. Arienna Achau anak Tony Murid B Sulan anak Stephen ▪ “Cikgu, saya tidak tahu. ▪ Tiada orang ajar saya di rumah”. Murid C Alexis Elun anak Tony ▪ “Saya keliru, cikgu”. Mengapa kamu tidak mengenal nombor?


TINJAUAN LITERATUR Penekanan kepada penggunaan permainan tidak boleh dipandang ringan kerana sememangnya permainan dalam konteks Pendidikan prasekolah merupakan satu proses berstruktur yang bertujuan mengembangkan kognitif kanak-kanak. Ompok dan Emison (2021) Pendekatan multisensori boleh menjadi penyelesaian untuk perkembangan kemahiran Awal Matematik kanak-kanak prasekolah kerana ia melibatkan pelbagai deria seperti melihat, mendengar, bergerak dan perasaan. Lee dan Abu Bakar (2022) KPM (2017) Antara kemahiran konsep nombor yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah ialah menyebut nombor 1 hingga 10 mengikut urutan, mengecam dan menyebut nombor secara rawak, memadankan angka dengan nama nombor, membilang objek dan menulis nombor dengan cara yang betul. Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan Semakan 2017


OBJEKTIF KAJIAN Memastikan murid prasekolah dapat mengenal dan menyebut, membentuk, menulis dan mengira nombor 1 hingga 10 dengan betul samada secara urutan ataupun rawak. Meningkatkan minat dan keinginan murid prasekolah untuk mempelajari nombor 1 hingga 10 melalui Teknik “Dough, Draw, Count and Play” dalam suasana yang menyeronokkan. Meningkatkan kemahiran Sensory Play dan kreativiti murid prasekolah melalui Teknik “Dough, Draw, Count and Play” . Menambah baik teknik pengajaran saya melalui penggunaan doh, menulis dan bermain sambil mengira bagi membantu meningkatkan kemahiran murid prasekolah dalam menguasai 5M nombor 1 hingga 10 secara urutan dan rawak. OBJEKTIF KHUSUS OBJEKTIF UMUM Kajian ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kemahiran murid prasekolah untuk menguasai 5M (mengenal, menyebut, membentuk, menulis dan mengira) nombor 1 hingga 10 dengan betul melalui aktiviti bermain sambil belajar.


PERSOALAN KAJIAN Adakah terdapat peningkatan penguasaan 5M konsep nombor 1 hingga 10 di kalangan murid prasekolah melalui kaedah “Dough, Draw, Count and Play”? Adakah kaedah “Dough, Draw, Count and Play” dapat menarik minat murid prasekolah untuk mempelajari konsep nombor 1 hingga 10 dalam suasana yang menyeronokkan. Adakah kaedah “Dough, Draw, Count and Play” dapat meningkatkan kemahiran Sensory Play dan kreativiti murid prasekolah? Adakah kaedah “Dough, Draw, Count and Play” dalam meningkatkan penguasaan nombor 1 hingga 10 ini akan dapat menambahbaik teknik pengajaran saya? Selaras dengan objektif kajian yang dinyatakan, 4 soalan kajian dibentuk:


KAEDAH PENILAIAN KAJIAN 1. INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN (IPPK) TUNJANG MATEMATIK AWAL -KONSEP NOMBOR (MA 6: Pengetahuan Tentang Nombor) 2. ANALISIS DOKUMEN-hasil kerja murid


KAEDAH PENILAIAN KAJIAN PEMERHATIAN 1 (SEBELUM/PRA) Tahap Penguasaan TP 1 TP 2 TP3 Sampel 1 Felix Ait √ Sampel 2 Alvin √ Sampel 3 Aqrisya √ Sampel 4 Alexis Elun √ Sampel 5 Arienna Achau √ Sampel 6 Sulan √ JUMLAH 2 4 0 2 4 0 0 1 2 3 4 5 6 BILANGAN MURID TAHAP PENGUASAAN TAHAP PENGUASAAN KONSEP NOMBOR MURID SEBELUM INTERVENSI TP1 TP2 TP3 Jadual 1: Tahap penguasaan konsep nombor murid sebelum intervensi (pos penilaian) Rajah 1: Tahap penguasaan konsep nombor murid sebelum intervensi (pos penilaian)


KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)


PERANCANGAN TINDAKAN • 6 orang murid prasekolah yang tidak menguasai konsep nombor 1 hingga 10 dalam penulisan nombor ataupun mengenal nombor secara rawak. Kumpulan Sasaran • Dough • Draw • Count and Play (3 jenis permainan) Intervensi DDCP • Peningkatan Tahap Penguasaan dalam IPPK : Konsep Nombor • Analisis Dokumen:Cara penulisan nombor yang betul melalui pemerhatian hasil kerja murid. Indikator


PELAKSANAAN KAJIAN KUMPULAN SASARAN TERDIRI DARIPADA 6 ORANG MURID BERUMUR 6 TAHUN. (3 LELAKI DAN 3 PEREMPUAN) TEMPOH PELAKSANAAN ( 8 MINGGU ) 03 JULAI SEHINGGA 25 OGOS 2023 KAEDAH PELAKSANAAN 30 MINIT SETIAP HARI UNTUK MENJALANKAN INTERVENSI DDCP


METODOLOGI KAJIAN Mengenalpasti Isu Membuat Pemerhatian 1 Membuat Refleksi Membuat Perancangan Melaksanakan Tindakan Membuat Pemerhatian 2 Membuat Refleksi Semula • Sebelum/Pra • Masalah penguasaan 5M (Mengenal, Menyebut, Membentuk, Menulis dan Mengira) • PdP • Hasil kerja • Selepas/Pos murid • Intervensi • Indikator • Pemerhatian Isu • Inkuiri Kendiri LANGKAH SISTEMATIK


METODOLOGI KAJIAN KAEDAH


PELAKSANAAN INTERVENSI DOUGH (Aktiviti 1) Bahan diperlukan doh berwarna-warni dan Number Dough Mats Cara Pelaksanaan: 1. Murid diminta membina nombor menggunakan doh di atas Number Dough Mats. Contohnya murid boleh membentuk doh menjadi bentuk lingkaran untuk mewakili nombor 0, atau membentuk doh menjadi garis-garis untuk mewakili nombor 1. 2. Galakkan murid untuk menghasilkan bentuk-bentuk doh yang mewakili nombor 1 hingga 10 secara berurutan. 3. Murid membina bentuk-bentuk doh nombor sambil menyebut nombor secara berulang kali untuk mengenal dan mengukuhkan ingatan mereka pada nombor.


Dough GAMBAR SEMASA AKTIVITI 1 DIJALANKAN


PELAKSANAAN INTERVENSI DRAW (Aktiviti 2) Bahan diperlukan: Whiteboard marker dan Laminated Number Tracing Board Cara Pelaksanaan: 1. Murid diberikan Laminated Number Tracing Board dan diminta untuk menulis nombor menggunakan pointer finger. 2. Kemudian, murid diminta menulis nombor di atas Laminated Number Tracing Board menggunakan marker. 3. Murid menulis dan menyebut nombor tersebut secara berulang kali untuk membantu mengenali serta mengukuhkan daya ingatan mereka pada nombor.


Draw GAMBAR SEMASA AKTIVITI 2 DIJALANKAN


PELAKSANAAN INTERVENSI COUNT &PLAY (Aktiviti 3) Permainan A: Counting Cubes Game (Beginner) & Mari Menyusun Nombor Secara Menaik dan Menurun (3D) Bahan diperlukan: Math Linking Cubes, kadbod, tudung botol Cara Pelaksanaan: 1. Murid diberikan mounting board yang mempunyai 9 petak beserta dengan beberapa kiub pada setiap petak. 2. Murid mengira kiub kemudian memilih nombor yang betul pada tudung botol lalu memadankannya pada petak kiub yang betul. 3. Sebagai pengukuhan murid diminta untuk menyusun nombor 1 hingga 10 secara menaik dan menurun menggunakan tudung botol pada ruang yang disediakan.


PELAKSANAAN INTERVENSI COUNT &PLAY (Aktiviti 3) Permaian B: Dots Counting Games (2D) Bahan diperlukan: whiteboard marker, dots sticker, kertas A4 dilaminated Cara Pelaksanaan: 1. Murid mengira bilangan dot pada Dots Sticker Card dan kemudian menulis nombor yang betul pada ruang yang disediakan menggunakan whiteboard marker.


PELAKSANAAN INTERVENSI COUNT &PLAY (Aktiviti 3) Permainan C: Count and Clip2Number (3D) Bahan diperlukan: kadbod, marker, butang baju terpakai , penyepit baju terpakai Cara Pelaksanaan: 1. Murid mengira bilangan butang pada kad dan kemudian mengepit penyepit pada nombor yang betul.


Count and Play GAMBAR SEMASA AKTIVITI 3 DIJALANKAN GAMBAR SEMASA AKTIVITI 3 DIJALANKAN


PEMERHATIAN 2 KAEDAH: (ANALISIS DOKUMEN) • MELALUI PEMERHATIAN HASIL KERJA MURID SELEPAS SELEPAS SELEPAS SEBELUM SEBELUM SEBELUM


KAEDAH: • MELALUI PEMERHATIAN HASIL KERJA MURID PEMERHATIAN 2 SEBELUM SEBELUM SELEPAS SELEPAS KAEDAH: (ANALISIS DOKUMEN) • MELALUI PEMERHATIAN HASIL KERJA MURID SEBELUM SEBELUM SELEPAS SELEPAS PEMERHATIAN 2


PEMERHATIAN 2 SEBELUM SELEPAS


PENILAIAN KAJIAN 2 PEMERHATIAN 2 (SELEPAS/POS) Tahap Penguasaan TP 1 TP 2 TP3 Sampel 1 Felix Ait √ Sampel 2 Alvin √ Sampel 3 Aqrisya √ Sampel 4 Alexis Elun √ Sampel 5 Arienna Achau √ Sampel 6 Sulan √ JUMLAH 0 0 6 0 0 6 0 2 4 6 8 BILANGAN MURID TAHAP PENGUASAAN TAHAP PENGUASAAN KONSEP NOMBOR MURID SELEPAS INTERVENSI TP1 TP2 TP3 Jadual 2: Tahap penguasaan konsep nombor murid selepas intervensi (pra penilaian) Rajah 2: Tahap penguasaan konsep nombor murid selepas intervensi (pra penilaian)


RUMUSAN PEMERHATIAN 2 Video murid menulis nombor 1 hingga 10 dengan betul.


REFLEKSI INTERVENSI Murid seronok semasa menjalankan intervensi DDCP.


REFLEKSI INTERVENSI • Murid-murid dapat memahami dan berjaya menulis nombor dengan cara yang betul. • Murid didapati lebih berkeyakinan dan mahir dalam 5M (mengenal, menyebut, membentuk, menulis dan mengira) nombor 1 hingga 10 setelah menggunakan kaedah DDCP yang diperkenalkan. ANALISIS DOKUMEN – Hasil Kerja Murid


RUMUSAN PENILAIAN KAJIAN KESELURUHAN 0 1 2 3 4 5 6 TP1 TP2 TP3 PERBANDINGAN KEPUTUSAN PENILAIAN PRA DAN PENILAIAN POS MURID PRASEKOLAH JUPITER PRA POS PENILAIAN IPPK SEBELUM (PRA) SELEPAS (POS) BIL MURID MENGUASAI BIL MURID MENGUASAI TAHAP PENGUASAAN TP1 TP2 TP3 TP1 TP2 TP3 KONSEP NOMBOR 1 - 10 2 4 0 0 0 6 Jadual 3: Keputusan Penilaian Kajian 1 dan 2 bagi murid prasekolah Jupiter Rajah 3: Perbandingan Keputusan Penilaian Pra dan Penilaian Pos INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN (IPPK)


RUMUSAN PENILAIAN INDIKATOR PENILAIAN PENCAPAIAN MURID 1 Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (Konsep Nombor) ➢ Terdapat peningkatan tahap penguasaan murid dalam domain Konsep Nombor ➢ Kesemua sampel berada pada Tahap Penguasaan 3 INDIKATOR PENILAIAN PENCAPAIAN MURID 2 Analisis Dokumen (hasil kerja murid) -murid lebih yakin, jelas dan fokus dalam 5M konsep nombor 1 hingga 10.


REFLEKSI PERSOALAN KAJIAN Adakah terdapat peningkatan penguasaan 5M konsep nombor 1 hingga 10 di kalangan murid prasekolah melalui kaedah “Dough, Draw, Count and Play”? • Kaedah DDCP yang digunakan TELAH BERJAYA meningkatkan penguasaan konsep nombor 1 hingga 10 di kalangan murid prasekolah. • Sebilangan murid kurang ataupun langsung tidak melakukan kesilapan semasa menulis nombor. Kemahiran konsep nombor yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah ialah menyebut nombor 1 hingga 10 mengikut urutan, mengecam dan menyebut nombor secara rawak, memadankan angka dengan nama nombor, membilang objek dan menulis nombor dengan cara yang betul (KPM, 2017).


REFLEKSI PERSOALAN KAJIAN Adakah kaedah “Dough, Draw, Count and Play” dapat menarik minat murid prasekolah untuk mempelajari konsep nombor 1 hingga 10 dalam suasana yang menyeronokkan. • Kaedah DDCP yang digunakan TELAH BERJAYA menarik minat murid untuk mempelajari konsep nombor 1 hingga 10. • Kaedah ini didapati telah meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep nombor 1 hingga 10 melalui aktiviti permainan yang menyeronokkan. Menurut kajian Chen dan McNamee (2011), menyatakan permainan merupakan kaedah yang positif dalam meningkatkan pencapaian kanak-kanak kerana mereka mempunyai tujuan yang jelas dan menggunakan bahan untuk menyelesaikan masalah.


Menurut kajian Daris, Warananingtyas & Adriani (2017), pendekatan multisensori iaitu kaedah yang melibatkan deria pada kanak -kanak dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, penggunaan pelbagai media pembelajaran untuk menarik dan menyeronokkan. REFLEKSI PERSOALAN KAJIAN • Kaedah DDCP yang diperkenalkan kepada murid TELAH MENINGKATKAN kemahiran sensory play dan kreativiti murid prasekolah. Adakah kaedah “Dough, Draw, Count and Play” dapat meningkatkan kemahiran Sensory Play dan kreativiti murid prasekolah? Menurut kajian Daris, Warananingtyas & Adriani (2017), pendekatan multisensori iaitu kaedah yang melibatkan deria pada kanak-kanak dengan penggunaan pelbagai media pembelajaran untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, menarik dan menyeronokkan.


Click to View FlipBook Version