The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noreisyah03, 2021-11-05 05:19:36

NOREISYAH GKEB1072

NOREISYAH GKEB1072

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)

[BM / TESL / BC / Muzik SEKOLAH RENDAH]
(AMBILAN JUN 2021 KEMASUKAN SEPTEMBER 2021)

KERJA KURSUS
SEMESTER 1, TAHUN 1SESI JUN - DIS 2021

NAMA PELAJAR : NOREISYAH BINTI MOHD ZAIN

NO KAD PENGENALAN : 030120120590

ANGKA GILIRAN : 2021072310098

KUMPULAN/UNIT : PPISMP BM SK 4

KOD/NAMA KURSUS : GKEB1072 KEMAHIRAN BELAJAR
TAJUK TUGASAN
TUGASAN 2
Penghasilan Produk (40%)

TARIKH MULA 22.10.2021

TARIKH HANTAR 8.11.2021

NAMA PENSYARAH : PUAN JASLINAH MAKANTAL
JABATAN/UNIT : PENDIDIKAN HOLISTIK

TANDATANGAN TARIKH
8.11.2021
Dengan ini saya mengaku bahawa saya
telah menerima maklum balas dari
pensyarah kerja kursus ini dan saya

telah merujuk dan memahaminya.

Kandungan Muka surat
1
1.0 Pengenalan Kemahiran Berfikir
2.0 Pengenalan Alat berfikir Pemetaan I-THINK 2–4
3.0 Kepentingan dan Justifikasi Alat Pemetaan I-THINK
4.0 Rumusan 5
Rujukan
6

7

1.0 Pengenalan Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir merupakan keupayaan seseorang dalam menyusun sesuatu strategi atau

satu proses kognitif yang melibatkan minda. Kemahiran ini penting untuk meningkatkan daya
pemikiran seseorang agar menjadi lebih kreatif serta dapat berfikiran jauh. Pemikiran terdiri
daripada empat jenis iaitu pemikiran lateral, kritis, kreatif dan reflektif. Pemikiran lateral memerlukan
daya imaginasi dan kritis berkaitan dengan mengumpul dan menganalisis maklumat. Seterusnya,
pemikiran kreatif ialah berkaitan dengan penciptaan idea yang baharu dan asli serta pemikiran
reflektif merupakan tindakan yang menggunakan pengalaman yang sedia ada untuk
menyelesaikan masalah dengan bijak. Akhir sekali, terdapat enam alat kemahiran berfikir iaitu
pengurusan grafik, peta minda, pemetaan I-Think, teknik menyoal aras tinggi, alat cort I dan cort
IV.

1

2.0 Pengenalan Alat Berfikir Pemetaan I-THINK
I-THINK merupakan perkataan yang diambil daripada bahasa Inggeris yang bermaksud

Innovative Thinking. Peta ini dikenalkan oleh David Hyerle yang juga merupakan pengasas peta I-
THINK ini. Menurut beliau, terdapat lapan jenis peta yang boleh digunakan dalam peta I-THINK
iaitu peta bulatan, buih, buih berganda, pokok, dakap, alir, pelbagai alir dan titi. Peta pemikiran ini
boleh digunakan oleh para pelajar untuk mengembangkan idea mereka.

1. Peta Bulatan

Peta bulatan sesuai digunakan untuk mendefinisikan sesuatu topik secara umum.
2. Peta Buih

Peta buih sesuai digunakan untuk menjelaskan sesuatu benda menggunakan kata sifat
3. Peta Buih Berganda

Peta buih berganda sesuai digunakan untuk perbandingan dan persamaan sesuatu benda.
2

4. Peta pokok

Peta pokok sesuai digunakan untuk menjelaskan maklumat mengikut kategori.
5. Peta Dakap

Peta dakap sesuai digunakan untuk menjelaskan sesuatu objek dengan lebih terperinci.
6. Peta Alir

Peta alir sesuai digunakan untuk menyatakan sesuatu proses mengikut urutan
3

7. Peta Pelbagai Alir
Peta ini sesuai digunakan untuk menyatakan sebab dan akibat bagi sesuatu situasi

8. Peta Titi
Peta titi sesuai digunakan untuk membuat satu anologi yang berkaitan dengan faktor serta
hubungan

4

3.0 Kepentingan dan Justifikasi Alat Pemetaan I-THINK
Kebaikan peta I-THINK ini dapat membantu seseorang untuk menghasilkan nota yang menarik

dan mudah difahami serta mudah untuk mengingat kembali nota yang dihasilkan. Selain itu,
menunjukkan kreativiti seseorang dalam menghasilkan nota kendiri dengan mengembangkan idea-
idea tersebut dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan pantas kerana nota yang
dihasilkan adalah ringkas. Seterusnya, dapat membantu seseorang dalam merancang nota dalam
bentuk yang lebih mudah difahami.

Oleh itu, saya memilih peta I-THINK ini untuk digunakan dalam pembelajaran kerana
terdapat bentuk yang menarik yang boleh digunakan untuk menghasilkan nota. Selain itu,
penggunaan jenis nota dalam peta ini juga berbeza dari segi penggunaannya untuk membuat nota
dan membolehkan seseorang untuk berfikir cara untuk menghasilkan nota dengan lebih kreatif.
Seterusnya, nota yang dihasilkan menggunakan peta I-THINK merupakan nota ringkas yang
menyebabkan pengurangan tulisan kerana peta ini hanya memerlukan isi-isi yang penting sahaja.
Dengan ini, pelajar berupaya untuk mengenali dan mengingati isi yang terdapat dalam sesuatu
topik secara ringkas dan seterusnya dapat mengembangkan isi tersebut dengan lebih terperinci.

Penggunaan peta I-THINK ini sangat sesuai digunakan oleh guru dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran kerana membolehkan murid untuk memahami sesuatu topik pembelajaran.
Selain itu, kaedah ini menggalakkan murid untuk menguasai kemahiran berfikir aras tinggi kerana
penggunaan nota yang melibatkan minda murid dalam mengembangkan idea. Contohnya, murid
dapat menyenaraikan kepentingan alam sekitar dalam bentuk peta buih mengikut kehendak soalan
yang diberikan oleh guru.

5

4.0 Rumusan
Kesimpulannya, kemahiran berfikir merupakan satu perkara yang penting untuk dikuasai

oleh seseorang agar dapat menghasilkan idea yang bernas. Antara alat pemikiran yang digunakan
untuk menghasilkan nota yang mudah difahami ialah peta I-THINK. Jenis nota yang terdapat dalam
peta ini membolehkan murid berfikir dengan lebih jauh kerana idea yang dihasilkan akan
dikembangkan oleh murid agar menjadi lebih banyak. Dalam masa yang sama, nota yang
dihasilkan dapat membantu daya ingatan murid kerana murid akan dapat memperoleh isi yang
penting dengan jelas dan ringkas. Oleh itu, alat pemikiran ini dapat membantu murid mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana nota yang dihasilkan mengandungi fakta
dan isi penting serta bentuk yang menarik. Hal ini dikatakan demikian kerana murid lebih cenderung
untuk menghasilkan nota yang mempunyai pelbagai bentuk berbanding nota yang yang hanya
menggunakan tulisan yang banyak.

6

Rujukan
Edward De Bono.(1992). The use of lateral thinking . London: Penguin.
Kan Tsai Tan. (2015, Januari 28). Slaid peta pemikiran I-THINK. Diperoleh daripada
https://www.slideshare.net/kandragon/slaid-peta-pemikiran-ithink

Kementerian Pelajaran Malaysia .(2012). Membudayakan kemahiran berfikir. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kemahiran berfikir aras tinggi aplikasi di sekolah.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Nicole Smith. (2012, January 3). A thinking man's guide to thinking . Lyme's David Hyerle Maps an
Approach To Learning, pp. 8-9.

Nordiana Hamzah, Norjietta Taisin, Farra Humairah Mohd & Norazimah Zakaria. (2019).
Kemahiran berfikir menggunakan pemetaan I-Think dalam pengajaran dan pembelajaran
menulis sajak Nasionalisme. Perak, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan IDris.

Normah Zakaria, Azita Ali, Nur Izeanty Hamidon & Suhaili Abd Rasap. (2018). Aplikasi peta I-
THINK dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Penerbit UTHM .

Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. (2015). Keberkesanan peta pemikiran ( I-THINK) dalam
meningkatkan pencapaian penulisan bahasa Melayu murid tahun 6. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu - JPBM (Malay Language Education Journal - MyLEJ), 5(2), 31-37.

Som Hj. Nor & Mohd Dahlan Mohd Ramli. (2000). Kemahiran berfikir secara kritis & kreatif (KBKK).
Kuala Lumpur: Longman.

Tuan Jah Tuan Yusof. (2011). Kaedah pengajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
7


Click to View FlipBook Version