KUASA PENGANJUR
-STRUKTUR UNIT-
Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta:
i) Mencadangkan lantikan Pegawai Kor SISPA Universiti.
ii) Menyokong permohonan penubuhan pasukan Kor SISPA.
iii) Menyelaras aktiviti-aktiviti Kor SISPA peringkat universiti.
iv. Menyediakan bajet perolehan peralatan & logistik Kor
SISPA.
v) Bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam Negeri
untuk merancang dan melaksanakan program Kor SISPA di
peringkat negeri.
vi) Menyediakan pejabat/tempat pengurusan Kor SISPA
vii) Merekod dan menyimpan maklumat Pegawai Kadet
SISPA.
KUASA PENGANJUR
-STRUKTUR UNIT-
Naib Canselor:
i) Memastikan penubuhan Kor SISPA di IPTA/S adalah sah.
ii) Menjadi Pegawai Kehormat kepada Kor SISPA di IPTA/S.
iii) Melantik Pegawai Bersekutu Kor SISPA daripada
kalangan kakitangan universiti yang berminat, mempunyai
ketokohan dan kewibawaan untuk memegang jawatan
tersebut.
iv) Bekerjasama dengan Pegawai Pertahanan Awam Negeri
mengenai kenaikan pangkat Pegawai Penyelaras jika
terdapat kekosongan.
v) Menyediakan kemudahan-kemudahan yang perlu untuk
menjalankan latihan dan aktiviti Kor SISPA.
KUASA PENGANJUR
-STRUKTUR UNIT-
Ajutan Kor SISPA Universiti:
i) Berhubung dengan Pegawai Pertahanan Awam Negeri/
Daerah berkaitan latihan dan aktiviti Kor SISPA.
ii) Menentukan bahawa keanggotaan Kor SISPA dipenuhi
setiap masa.
iii) Menyediakan kemudahan dan suasana yang selamat
bagi Pegawai Kadet SISPA menjalankan aktiviti.
iv) Mendorong dan memberi peluang kepada Pegawai
Kadet SISPA mengambil bahagian dalam kegiatan
kokurikulum peringkat universiti/ negeri/ kebangsaan/
antarabangsa.
v) Menjadi Pegawai Bersekutu Kor SISPA di peringkat
IPTA/S.
KUASA PENGANJUR
-STRUKTUR UNIT-
Pegawai Penyelaras Kor SISPA Universiti:
i) Bertanggungjawab berkaitan dengan taraf, mutu,
kecekapan dan pentadbiran Kor SISPA.
ii) Menguruskan pendaftaran keanggotaan Kor SISPA di
IPTA/S.
iii) Merancang dan menjalankan aktiviti Kor SISPA
berdasarkan sukatan pelajaran/ silibus yang ditetapkan.
iv) Melaksanakan penilaian kemajuan pangkat Pegawai
Kadet SISPA.
v) Menyediakan laporan tahunan Kor SISPA.
vi) Menguruskan penyertaan Pegawai Kadet SISPA dalam
kegiatan di setiap peringkat.
KUASA PENGANJUR
-STRUKTUR UNIT-
vii) Menghadiri perjumpaan/ mesyuarat/ kursus yang
berkaitan dengan Kor SISPA.
viii) Menguruskan logistik pasukan dan membantu
jurulatih.
ix) Menganggotai panel tatatertib Pegawai Kadet
SISPA.
x) Menasihati tugasan Pegawai Bersekutu Pentadbiran
& Logistik, Pegawai Bersekutu Latihan dan Pegawai
Bersekutu Akademik Kor SISPA Universiti
PENGURUSAN FOLIO/
BUKU LOG/ LAPORAN
AKTIVITI
CARA MENULIS CATATAN AKTIVITI
TARIKH / HARI:
MASA:
TEMPAT:
KUMPULAN:
AKTIVITI/ CATATAN:
TATACARA PERJUMPAAN: TATACARA PERJUMPAAN:
a) Kehadiran c) Tatacara Penutup
Mencatat dan
Menyanyikan lagu
mengambil kehadiran
tema APM
ahli Kor SISPA Bergambar
b) Pesanan daripada ajutan
tentang aktiviti minggu
seterusnya
PENGURUSAN FOLIO/
BUKU LOG/ LAPORAN
AKTIVITI
TANGGUNGJAWAB
PEMIMPIN
Pegawai Kehormat selaku Komandan
1.Memberi nasihat dalam aspek latihan dan bantuan daripada
pihak IPT dalam mengendalikan latihan serta meningkatkan
pencapaian akademik PKS
2.Bertindak sebagai Pegawai Pemerintah bagi pengurusan Kor
Sispa IPT berkenaan
3.Pegawai yang bertanggungjawab merancang peruntukan
kewangan Kor Sispa IPT
Timbalan Komandan
1.Bertanggungjawab mengurus semua aspek latihan,
pentadbiran dan logistik melalui bantuan daripada pegawai-
pegawai yang dipertanggungjawabkan
2.Membantu menjalankan tugas Pegawai Pemerintah dalam
aspek pemerintah, pentadbiran, kawalan dan perhubungan
3.Mendelegasikan apa-apa keperluan, tugas kepada mana-
mana pegawai yang difikirkan perlu
4.Menentukan latihan PKS dapat dijalankan dengan lancar dan
mengikut jadual latihan seperti yang telah dikeluarkan atau
ditetapkan
5.Menjadi perantara antara Kor Sispa dengan pihak IPT dalam
semua aspek
TANGGUNGJAWAB
PEMIMPIN
Ajutan
1.Bekerjasama dengan Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT
dalam segala aspek pentadbiran dan membantu dalam aspek
latihan
2.Mentadbir dan memantau segala urusan pentadbiran Pegawai
Penyelaras dan PKS
3.Memantau dan meyebarluaskan dasar-dasar yang dikeluarkan
oleh APM dan arahan komandan
4.Menentukan dasar tatatertib dikemaskinikan dan dipatuhi oleh
PKS
5.Bertindak sebagai setiausaha semasa mesyuarat yang
dipengerusikan oleh Komandan
6.Bertanggungjawab atas kebajikan PKS di IPT
7.Memberikan nasihat kepada Pegawai Penyelaras Kor Sispa
IPT tentang dasar-dasar yang dikuatkuasakan oleh IPT dari
semasa ke semasa
8.Menentukan semua Perintah Tetap dikemas kini dan mendapat
persetujuan daripada Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan
APM Negeri dan dipatuhi oleh Pengawai Bersekutu PKS
9.Menjaga hubungan dengan lain-lain badan beruniform atau
agensi luar untuk mendapatkan bantuan latihan dan pentadbiran
TANGGUNGJAWAB
PEMIMPIN
Pegawai Pentadbiran
1.Mengurus semua aspek rekod yang melibatkan sumber pejabat
dan personel
2.Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan
pentadbiran
3.Menyediakan anggaran belanjawan tahunan keseluruhan Kor
Sispa
4.Bertanggungjawab kepada Komandan dalam hal-hal
pentadbiran
Pegawai Logistik
1.Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan
logistik
2.Menguruskan prosedur pembekalan dan peralatan termasuk
pakaian seragam kepada PKS
3.Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal
logistik
Pegawai Latihan
1.Merancang dan menyediakan jadual latihan
2.Memantau pelaksanaan latihan dan aktiviti PKS berjalan
mengikut jadual
3.Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal
latihan dan aktiviti
4.Mengatur segala latihan dan aktiviti serta menyediakan perintah
gerakan
TANGGUNGJAWAB
PEMIMPIN
Fungsi Pertahanan Awam
Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia :
Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan
awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh,
kecemasan dan bencana.
Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat
kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan
kecemasan.
Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini
dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.
Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam
melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.
Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko
yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan
negara.
Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan
kemanusiaan di seluruh negara.
Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran
kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh,
kecemasan dan bencana.
Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam
berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.
Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.
TANGGUNGJAWAB
PEMIMPIN
Peranan Pertahanan Awam
Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai
pengetahuan dalam aspek keselamatan dan
Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan
Awam 1951 (Akta 221).
Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi,
melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan
Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)a Akta 221.
Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi
perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa,
orang atau harta benda penduduk awam sekiranya
berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan
pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen
8(1) Akta 221.
TANGGUNGJAWAB
PEMIMPIN
Pengerusi
i. Seorang dilantik dalam kalangan Komandan / Timbalan
Komandan Kor
Sispa IPT
ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor
Sispa IPT
iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal)
Timbalan Pengerusi I
i. Seorang dilantik dalam kalangan Komandan / Timbalan
Komandan Kor Sispa IPT
ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor
Sispa IPT
iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal)
Timbalan Pengerusi II
i. Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam
IPPA
Ahli-ahli
i. Komandan / Timbalan Komandan
ii. Pengarah-pengarah APM Negeri
iii. Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan
iv. Komandan-komandan Institut Latihan Pertahanan Awam
(ILPA)
v. Pengerusi / Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ajutan
vi. Pegawai Bahagian Mahasiswa Holistik
Urus Setia
i. Bahagian Pengurusan Angkatan, IPPA
ii. Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT
PAKAIAN SERAGAM AHLI
DAN PEMIMPIN
PAKAIAN NO 1 PAKAIAN NO 2
PAKAIAN SERAGAM AHLI
DAN PEMIMPIN
PAKAIAN NO 3 PAKAIAN NO 4
TAKWIM AKTIVITI UNIT
BERUNIFORM
PENGURUSAN DAN
PERSIAPAN
PERKHEMAHAN-
PERKHEMAHAN
UNIT/ KEM
TAHUNAN
KEBANGSAAN/
ANTARABANGSA
KONSEP PERKHEMAHAN
Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di
hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya.
Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk
hidup. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup
secara individu atau berkumpulan.
Berkhemah bermakna dapat menerima atau memikul
beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan,
perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan
dengan persekitaran anda.
Kini perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar ko-
kurikulum di institusiinstitusi pengajian. Perkhemahan
sering dikaitkan dengan unit-unit beruniform. Unit
beruniform yang sering dikaitkan dengan aktiviti
perkhemahan ialah pengakap.
Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang
menguji kemampuan mental dan fizikal untuk
menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan
kemudahan yang terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji
setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan
dan ketidakselesaan.
TUJUAN PERKHEMAHAN
Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa
menghadiri sesuatuperkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin
didapati di bilik darjah atau ketika dirumah. Pengalaman ini sangat
berguna dan penting kepada belia yang sedangmembesar untuk
terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan
mencabar.!anyak "aedah diperoleh oleh remaja semasa
menghadiri sesuatuperkhemahan. Antaranya ialah:
a)Berkhemah sebagai cara pendidikan
$Merupakan salah satu kaedah penyaluran pendidikan yang
terarah yang disampaikan secara langsung atau tidak langsung
dalam unit APM atau unit uniform yang lain.
Sebagai contohnya, semasa menuju ke tempat perkhemahan,
pesertaterpaksa berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya. Kerap
kali merekaterpaksa merentas bukit$bukau dan sungai.
Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri
sendiridan berani menghadapi cabaran dan rintangan.
%atihan$latihan ini dapatmelatih mereka supaya kuat juga sihat
"i&ikal, jasmani dan mental.
TUJUAN PERKHEMAHAN
b)Perkhemahan untuk orientasi soisal.
Perkhemahan, setiap peserta terpaksa menyelesaikan
sendiri semua masalah yang berbangkit dengan bantuan
kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu,setiap peserta
seharusnya bekerjasama, bantu-membantu diantara satu
sama lain, dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem
parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu
dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat
yang kukuh dan penuh berdisiplin.
c) Berkhemah untuk rekreasi
Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa
seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah
dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka
lapang dan bebas daripada segala halangan dan masalah
proses pembelajaran secara formal. Mereka dapat
menenangkan fikiran untuk mengingati dan menghafal buku-
buku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan
terhibur apabila menghadiri sesuatu perkhemahan.
PENGLIBATAN
PERKHEMAHAN
Jawatankuasa Induk terdiri daripada :
Penaung : Penaja / PPD / JPN
Penasihat : Pengetua
Pengerusi : GPK 1
Naib Pengerusi : GPK HEM
Setiausaha : Penyelaras Ko-Kurikulum
Pen. Setiausaha : Penyelaras Pasukan Pakaian Seragam
Bendahari : Guru Pembimbing / Penasihat
Ahli Jawatankuasa : Guru-guru Penasihat / pembimbing atau wakil
agensi yang dilantik oleh Pengetua
PENGLIBATAN
PERKHEMAHAN
Jawatankuasa Kerja terdiri daripada :
Pengerusi : GPK 1
Naib Pengerusi : GPK KOKURIKULUM
Setiausaha : Penyelaras Ko-Kurikulum
Komandan : Ketua Penyelaras PPS / dilantik
Pen. Komandan Kem : Pen. Penyelaras PPS / dilantik
Urusetia : dilantik
Makanan : dilantik
Penginapan : dilantik
Logistik : dilantik
Kebajikan/keselamatan : dilantik
Pengangkutan : dilantik
J/K Pembukaan Penutup : dilantik
Jawatankuasa aktiviti : dilantik
SIJIL
PERKHEMAHAN
PENGURUSAN DAN
PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
JENIS KHEMAH
1) Ridge Tent / Bentuk ‘A’
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia
diperbuat dari bahan nilon (nylon) yang ringan supaya
mudah dibawa dan dilipat.
2) Dome Tent
Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai
serta fleksibel. Ianya ringan, mudah dibawa dan sesuai
digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan
sebagainya.
PENGURUSAN DAN
PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
3) Frame Tent
Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk
perkhemahan keluarga. Angka khemah akan dipasang
terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas.
4) Bell Tent
Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak khemah.
Khemah jenis ini juga sudah jarang digunakan dan
digantikan dengan khemah jenis ‘dome’.
PENGURUSAN DAN
PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
SEBELUM PERKHEMAHAN:
1) Mengetahui tujuan perkhemahan
Rekreasi - mementingkan kemudahan / keselesaan
makan-minum / tempat tidur. Tidak mementingkan
kegiatan kemahiran Ilmu perkhemahan.
Khusus - kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih
penekanan terhadap kemahiran- kemahiran ilmu
perkhemahan yang berlatar belakang suasana ‘back
woods’ ( ala hutan ).
Pengembaraan ekspedisi - berkhemah sementara di
sesuatu lokasi sewaktu dalam perjalanan jauh untuk
tujuan berehat / perancangan baru.
Misteri - siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang
tersembunyi berdasarkan panduan yang diberikan sama
ada menggunakan peta atau kompas atau kedua-duanya.
Penyelidikan - membuat kajian terhadap sesuatu yang
mungkin memerlukan jangka masa yang lama di sesuatu
lokasi.
Ikhtiar hidup ( survival ) - untuk tujuan yang lebih khusus -
biasanya untuk pengembaraan yang lasak, berunsur
ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari dan
membina semangat serta ketahanan diri.
PENGURUSAN DAN
PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
2) Perancangan
Membuat kertas kerja (organisasi / bajet / kos / logistik).
Mengadakan mesyuarat dengan J/K Pengelola.
Senarai petugas / Jadual bertugas.
Penentuan jumlah penyertaan / syarat / peraturan.
Peralatan / Perkakasan untuk kemudahan pegawai / peserta.
Pengisian aktiviti
Senarai pegawai & peserta
Atur cara program
a) Pelan A
b) Pelan B
Makan minum (Kaedah )
Pengangkutan peserta (persendirian atau berkumpulan)
Peralatan perhubungan ‘radio komunikasi’.
Mengambil insurans tambahan (jika difikirkan perlu ).
3) Pemilihan lokasi
Berdasarkan objektif / keperluan / /kemudahan / kesesuaian
dan keselamatan.
4)Memperoleh kebenaran
Pemilik / Penguasa Lokasi ( Ikuti prosedur )
Kementerian / JPN / PPD / pihak swasta dll.
Surat Permohonan / Lantikan / jemputan / makluman
Surat kebenaran membawa pelajar keluar daripada kawasan
sekolah daripada pengetua.
Surat kebenaran ibu bapa pelajar
PENGURUSAN DAN
PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
5) Iklan
Memaklumkan kepada pihak polis / pusat kesihatan / renjer
hutan
Memaklumkan kepada pelajar / peserta program
Taklimat awal kepada para peserta program
a) barangan yang dibawa dan lain-lain.
b) apa yang perlu dan yang tidak perlu disediakan.
c) hal-hal lain yang berkaitan kebajikan / keselamatan dan
kemudahan ibu bapa.
6) Kuater master: Sebelum melaksanakan aktiviti ini, persatuan
boleh melantik dua kuarter master iaitu kuarter master alatan dan
kuarter master makanan bagi melancarkan pengurusan.
- Tugas kuater master alatan
Memastikan senarai peralatan yang diperlukan oleh persatuan
untuk tujuan aktiviti perkhemahan yang akan dijalankan. Setelah
persatuan mengadakan mesyuarat peringkat jawatankuasa bagi
membincangkan dengan jelas berkenaan keperluan
perkhemahan, satu senarai peralatan akan disediakan.
Menyediakan senarai semak peralatan yang ingin dibawa untuk
mengelakkan sebarang keciciran. Senarai semak akan dibuat
untuk merekodkan bilangan peralatan yang dipinjam, beli atau
sewa yang dibawa ke tapak perkhemahan. Senarai semak ini
turut diperlukan sebagai rujukan di akhir aktiviti perkhemahan
untuk memeriksa jumlah alatan yang dipulangkan.
PENGURUSAN DAN
PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
Memberi panduan tentang cara-cara membawa alatan,
terutamanya alatan tajam seperti parang, kapak, pisau dan
cangkul. Kuarter master bertanggungjawab dalam menjaga
selain mengendalikan peralatan yang berada di bawah
jagaannya. Oleh itu, beliau harus memastikan agar segala
peralatan digunakan dengan cara yang betul dan berhati-hati
agar ia tidak rosak selain tidak memudaratkan keselamatan
orang lain.
Memeriksa keadaan peralatan agar berada dalam keadaan
baik sebelum dibawa ke tapak perkhemahan. Segala peralatan
yang akan dibawa ke tapak perkhemahan akan dikumpulkan di
satu tempat dan diperiksa. Ini bertujuan mengelakkan
pembaziran kerana membawa peralatan yang tidak dapat
berfungsi dengan baik apatah lagi boleh membahayakan
keselamatan pengguna.
- Tugas kuater master makanan
Menyediakan menu yang sesuai untuk semua peserta
perkhemahan. Kuarter master akan menentukan menu yang
sesuai bagi hidangan sarapan, kudapan, makan tengahari dan
makan malam sepanjang hari perkhemahan berlangsung.
Mengenal pasti peserta yang mempunyai masalah alahan
kepada jenis makanan tertentu. Kuarter master akan membuat
menu alternatif bagi peserta yang mempunyai alahan terhadap
makanan tertentu.
PENGURUSAN DAN
PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
Menyediakan bahan kering dan bahan basah dalam kuantiti
yang mencukupi untuk semua peserta seperti beras, ikan,
sayur, buah dan sebagainya.
SEMASA PERKHEMAHAN
1) Taklimat komanden perkhemahan / penyelaras program
Peraturan / larangan dan disiplin
Taklimat program aktiviti
Menyelia perjalanan program.
2. Menjalankan mesyuarat / perjumpaan dengan pegawai kem
Hari - 1 / 2 / 3
3. Gotong-royong / kebersihan / perjalanan kem
SELEPAS PERKHEMAHAN
1) Penyelaras Program / Ketua Perkhemahan perlu berada di
sekolah atau lokasi tertentu untuk memastikan semua peserta
telah pulang.
2) Membuat laporan.
3) Menghantar surat penghargaan.
4) Mesyuarat post mortem.
PENGURUSAN DAN
PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
PEMILIHAN TEMPAT
1) Keselamatan Peserta dan harta-benda
Keluasan kawasan yang mencukupi bagi semua peserta dalam
kumpulan
Pemimpin unit atau kumpulan berpengetahuan dalam
mengatasi sesuatu kecemasan semasa berkhemah
Taklimat diberikan kepada peserta bagi mengatasi dan
memudahkan bertindak semasa berlakunya sesuatu
kecemasan
2) Kemudahan - kemudahan asas
Tempat yang ingin dijadikan tapak perkhemahan wajib
mempunyai kemudahan asas seperti sumber air dan
sebagainya.
Meneliti sama ada terdapat kedai menjual bahan makanan
mentah di kawasan berhampiran tapak perkhemahan
Terdapatnya sistem perhubungan seperti jalan raya, talian
telefon dan sebagainya
Tempat menarik dan selesa
Kawasan tepi pantai, sungai, tasik, hutan simpan boleh
dijadikan pilihan untuk tapak perkhemahan
Kawasan haruslah jauh dari sebarang ancaman bahaya seperti
banjir, haiwan buas dan sebagainya.
PENGURUSAN DAN
PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
ASPEK KESELAMATAN
Khemah anda tidak didirikan di bawah pokok yang tua dan
mudah sekah. Besar kemungkinan dahannya boleh patah dan
menimpa khemah anda.
Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah yang rata atau
agak rata terutama apabila berkhemah di kawasan
pergunungan. Ini sangat penting bagi mengekalkan kestabilan
edaran darah ke seluruh tubuh badan anda. Jangan tidur kaki
lebih tinggi daripada aras kepala kerana peredaran darah akan
menjadi kurang stabil. Kawasan yang didirikan khemah
seharusnya lebih tinggi sedikit dan bersih daripada batu,
lubang, tunggul kayu, sarang semut dan sebagainya.
Jangan dirikan khemah di kawasan berhampiran dengan
rumput dan lalang yang panjang serta pokok renek. Tempat ini
berkemungkinan terdapat binatang berbisa seperti kala
jengking, ular, semut dan sebagainya.
Anda seharusnya meneliti cuaca, arah matahari dan tiupan
angin. Apabila mendirikan khemah tiada berpintu, anda
seharusnya mengelakkan cahaya matahari terus memancar ke
dalam khemah. Apabila berkhemah pada musim hujan, anda
perlu mendirikan khemah berlawanan dengan arah tiupan
angin. Ini bertujuan mengelakkan angin yang bertiup
membawa air hujan ke dalam khemah. Sebaliknya apabila
berkhemah pada musim kemarau, khemah seharusnya
didirikan menghadap tiupan angin. Keadaan ini bertujuan agar
udara yang nyaman akan bertiup ke dalam khemah.
PENGURUSAN DAN
PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
SURAT KEBENARAN
Kebenaran pengetua/ guru besar
Kebenaran pemilik tanah/ tapak perkhemahan
Pemberitahuan dan kebenaran daripada Ketua Balai Polis
berdekatan
Kebenaran ibu bapa atau penjaga
Surat kebenaran perlu dihantar lebih kurang satu
setengah atau dua bulan sebelum perkhemahan diadakan
Kebenaran dan persetujuan daripada pengetua atau guru
besar dan pemilik tapak perkhemahan diperoleh terlebih
dahulu sebelum kebenaran lain dipohon.
BAJET / BELANJAWAN
Bajet mesti dirancang dengan sebaiknya supaya
keperluan perkhemahan dapat ditanggung dengan baik
dan teliti
Butiran-butiran bajet adalah seperti kos peralatan,
perubatan, makanan dan pengangkutan
Jenis aktiviti yang dijalankan dan jumlah peserta akan
menentukan kos bajet peralatan perkhemahan
PENGURUSAN DAN
PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
CONTOH-CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN ILMU
PERKHEMAHAN
1. Memasang / Menaik / Mengibar / Menurun & Melipat
bendera.
2. Menganyam daun kelapa untuk membina atap & dinding.
3. Membina biovac (tempat perlindungan / bermalam) daripada
bahan semula jadi.
4. Mendirikan & melipat khemah.
5. Membina gajet (pepara).
6. Membina pintu gerbang / menara / jambatan / rakit.
7. Membina unggun api.
8. Menyalakan api.
9. Membina dapur (Cara hutan).
10. Memasak Cara Hutan (Backwoods Cooking).
11. Ikatan & Simpulan.
12. Isyarat wisel / Isyarat Sulit & Semboyan.
13. Menganggar / Mengukur jarak dan ketinggian (Estimation).
14. Membaca peta topo / grid dan kontur.
15. Menggunakan kompas.
16. Pandu Arah (Orienteering).
17. Mengenal tumbuh-tumbuhan bagi tujuan rawatan
sementara.
18. Pertolongan Cemas (Anduh / Balutan & Rawatan Awal).
19. Membina usungan (pengusung).
20. Kesenian kraf tangan (daripada bahan semula jadi)
MELAWAN KEBAKARAN
Kebakaran merupakan satu tragedi yang boleh
dielakkan sekiranya individu mengambil langkah awal
untuk mengatasinya
Kebakaran menyebabkan kerugian:
1.Harta Benda
2. Nyawa
Punca kebakaran:
1.Faktor kemanusiaan: Merokok / Kanak-kanak/ Khianat
2.Kemalangan / tidak sengaja: Kerosakan elektrik /
alatan terlalu panas/ kemalangan
3.Berlaku dengan sendiri: Geseran/ cuaca terlalu panas/
petir
JENIS ALAT PEMADAM API
Alat pemadam api jenis air
Alat pemadam api jenis debu kering (dry powder)
Alat pemadam api jenis gas (Co2 & BCF)
SEGI TIGA KEBAKARAN
FAKTOR KEBAKARAN
MUDAH MEREBAK
Permukaan bahan: lebih luas permukaan, lebih mudah api
merebak
Kadar pengeluaran dan pemindahan haba: haba menaikkan
suhu bahan api dan menyemarakkan api
Arah tiupan angin: Leboh banyak oksigen membantu
kebakaran semasa angin bertiup
suhu atmosfera dan kelembapan udara: Semakin tinggi suhu,
semakin mudah api merebak
KKEMEREBAKAN KEBAKARAN
CARA MEMADAM
KEBAKARAN
1. MELAPARKAN:
Boleh dilakukan melalui tiga cara:
Memindahkan bahan api/bahan mudah terbakar ke tempat lain.
Memindahkan bahan api yang terbakar itu daripada bahan yang
belum terbakar.
Menghancurkan atau memecahkan bahan api yang terbakar itu
kepada bahan api yang lebih kecil supaya mudah dipadamkan
2.MELEMASKAN:
Bekalan oksgen/ udara akan dikurangkan melalui:
Meniup kebakaran kecil menggunakan guni basah
Menggunakan alat pemadam api jenis buih keatas kebakaran
minyak
Menyembur debu kering pada kebakaran selain itu unsur haba
karbonat menyerap kebakaran
Meletupkan kebakaran tangki minyak
CARA MEMADAM
KEBAKARAN
3.MENYEJUKKAN:
Memindahkan/menyerap keluar haba yang dihasilkan
daripada kebakaran
Suhu kebakaran akan berkurang dan wap/gas mudah
terbakar akan berkurangan
MELAWAN
KEBAKARAN
IKATAN DAN SIMPULAN
SIMPULAN BUKU SILA (REEF KNOT)
Fungsi :
Menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz
Menyambung tali khemah, bungkusan hadiah atau ikatan
anduh
Teknik :
SIMPUL MATI ( THUMB KNOT)
Fungsi :
Mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak
terbuang
Teknik :
IKATAN DAN SIMPULAN
TINDIH KASIH (BOWLINE)
Fungsi :
Membuat tanjul yang tidak boleh menjerut
Menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan
mangsa
Teknik :
BUNGA GETI (COMMON BEND)
Fungsi :
Menyambung dua tali yang tidak sama saiz
Mengikat tali ke suatu tanjul
Teknik :
IKATAN DAN SIMPULAN
SIMPUL MANUK (CLOVE HITCH)
Fungsi :
Mengikat tali pada tiang atau balak
Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang
dikehendaki dengan selamat
Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan
silang gunting
Teknik :
IKATAN BALAK (TIMBER HITCH)
Fungsi :
Mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah agar kayu
tidak licin dan mudah digerak-gerakkan
Untuk menaik dan menurunkan kayu, papan atau peralatan dari
tempat tinggi dengan selamat
Teknik :
IKATAN DAN SIMPULAN
SIMPULAN ANGKA 8 (FIGURE OF 8)
Fungsi :
Sebagai ikatan sementara di hujung tali agar tidak
terburai jika tali itu pecah
Untuk menahan tali daripada tercabut dari Blok Takal
Lebih berguna kerana mudah dibuka
Teknik :
SIMPUL KERUSI (CHAIR KNOT)
Fungsi :
Mengikat pada badan mangsa yang tidak sedarkan diri
Dapat memberi sokongan di bahagian dada dan kaki
mangsa
Teknik :
IKATAN DAN SIMPULAN
IKATAN SETENGAH BELIT (HALF HITCH)
Fungsi :
Mengunci ikatan atau simpulan yang dibuat
Sebagai ikatan sementara atau mematikan setiap
ikatan
Teknik :
SATU LINGKARAH DAN 2 1/2 BELIT
(ROUND TURN AND TWO HALF HITCH)
Fungsi :
Mengikat tali di sebarang objek silinder seperti tiang, kayu
bulat
Sebagai ikatan sauh/anchor pada sesebuah tiang untuk kerja
menyelamat
Teknik :
KAWAD
PENGENALAN
Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib
dalam pasukan.
Asas dan panduan tatatertib semasa peperangan
atau waktu aman adalah berdasarkan kepada kawad
yang diperbaiki berkali-kali.
Kebiasaannya apabila kejayaan tercapai tidak kira di
mana tempatnya, maka upacara perbarisan akan
diuruskan kepada semua ahli dalam satu keluarga.
TUJUAN BERKAWAD
Membentuk seorang Kadet Pertahanan
Awam yang mempunyai tahap disiplin yang
tinggi, tatatertib dan cergas.
Membentuk kadet yang taat kepada perintah
ketua.
Membentuk ahli-ahli supaya bekerjasama
dalam satu kumpulan.
KAWAD
JENIS KAWAD
Kawad Statik Kawad Dinamik
Kawad Asas Kawad Formasi
Kawalan Kehormatan
ARAHAN : SEDIA
Tumit rapat sebaris
Hujung kaki dibuka 30 darjah
Badan ditegakkan dengan kedua bahu dibawa ke
belakang
Tangan diluruskan ke bawah dengan kedua siku
dirapatkan ke peha dan ibu jari diletakkan sedikit di
belakang garisan jahitan seluar.
Kepala ditegakkan di mana tengkuk kena leher
baju
Mata memandang ke hadapan
ARAHAN : SENANG DIRI
Kaki kanan dibiarkan pegun di atas bumi.
Kaki kiri diangkat, lututu dibengkokkan separas
dengan peha.
Kaki kiri dibawa ke sebelah kiri dan dihentak ke bumi
Jarak antara dua kaki ialah 12 inci.
Pada masa yang sama, kedua tangan dibawa ke
belakang.
Tapak tangan kanan diletakkan di atas tapak tangan
kiri dengan ibu jari bersilang.
Kedua lengan lurud tunjuk ke arah bumi.
ARAHAN : SEDIA DARI SENANG DIRI
Kaki kiri diangkat.
Lutut dibengkokkan separas peha.
Hentak kaki di sebelah tumit kiri kanan.
Pada masa yang sama, kedua tangan dibawa
dengan pantas dalam kedudukan sedia.
ARAHAN : REHATKAN DIRI
Di atas hukuman rehatkan diri, kira masa 1, 2, 3
rehat.
Kendurkan anggota badan iaitu bahagian
pinggang ke atas dengan perlahan tanpa
menggerakkan kaki.
ARAHAN : BERBARIS DALAM TIGA
BARISAN
Semua orang berbaris dalam tiga barisan (hadapan,
tengah dan belakang).
Jarak antara barisan adalah 30 inci.
Jarak antara ahli adalah jarak satu tangan (dengan
jari digenggam)
Semua berdiri dalam keadaan rehatkan diri.
ARAHAN : KEKANAN LURUS
Tangan kanan diangkat ke paras bahu dengan orang di
sebelah kanan. Jari digenggam dengan bahagian
belakang tangan ke atas.
Pada masa yang sama, kepala dipusingkan memandang
ke kanan.
Kaki dihentak berturut-turut serta meluruskan barisan.
Dengan pantas, orang di sebelah kanan, barisan tengah
dan belakang tentukan jarak ke barisan hadapan 30 inci.
Dengan hukuman Pandang Depan, kepala dan muka
dipusingkan dengan pantas ke hadapan. Tangan
dijatuhkan ke tepi dan kembali kedudukan sedia.
ARAHAN : PUSING KANAN / KIRI
Kaki kanan / kiri dipusingkan 90 darjah dengan
kedudukan tumit ditetapkan.
Badan dan anggota berpusing ke kanan / kiri.
Kedudukan kedua belah tangan dirapatkan ke sisi.
Kaki kanan / kiri dibawa ke hadapan dengan lutut
dibengkokkan separas peha.
Hentak disebelah tumit kaki kanan / kiri ke bumi.