ARAHAN : MENGHADAP KE
HADAPAN / KE BELAKANG
Kaki kanan / kiri dipusingkan 180 darjah dengan
kedudukan tumit ditetapkan.
Badan dan anggota berpusing ke hadapan / belakang.
Kedudukan kedua belah tangan dirapatkan ke sisi.
Kaki kanan / kiri dibawa ke hadapan dengan lutut
dibengkokkan separas peha.
Hentak disebelah tumit kaki kanan / kiri ke bumi.
KAWAD DINAMIK
Cepat jalan
Berhenti dari cepat jalan
Kiri belok / kanan belok
Tukar langkah semasa cepat jalan
Perlahan jalan
Tukar langkah semasa perlahan jalan
Berhenti semasa perlahan jalan
Kehadapan hormat
Ke kanan hormat
Selaku terima sijil / hadiah
ARAHAN : CEPAT JALAN (I)
Dengan hukuman 'Cepat jalan', skuad hendaklah
sentiasa melangkahkan kaki kiri dan menghayunkan
tangan kanan ke hadapan.
Dengan pantas, kaki kiri dilangkah ke hadapan sejauh 30
inci dengan keadaan tumit terpacal.
Tapak kaki kanan sama rata dengan bumi.
ARAHAN : CEPAT JALAN (II)
Pada masa yang sama, tangan kanan dilenggangkan
ke hadapan separas bahu dan tangan kiri
dilenggangkan ke belakang seberapa yang boleh.
Muka terus pandang ke hadapan.
Diikuti langkah seterusnya.
ARAHAN : BERHENTI CEPAT JALAN (I)
Kaki kanan melangkah sejauh 30 inci ke hadapan dan
berhenti, tapak kaki kanan rata di atas bumi.
Kaki kiri di belakang dengan keadaan tumit terangkat,
kedua lutut tegang.
Tangan kiri lenggang ke hadapan dan tangan kanan
lenggang ke belakang.
ARAHAN : BERHENTI CEPAT
JALAN (II)
Bawakan kaki kiri sejauh 15 inci ke hadapan dengan
keadaan tapak kaki kiri tergantung dan lutut tegang.
Berdiri di atas kaki kanan.
Pada masa yang sama, lenggangkan tangan kanan
ke hadapan dan tangan kiri ke belakang.
ARAHAN : BERHENTI CEPAT
JALAN (III)
Kaki kiri dibawa ke hadapan dengan lutut
dibengkokkan separas peha.
Hentak di sebelah tumit kaki kanan dan angkat kaki
kanan ke hadapan dengan lutut dibengkokkan
separas peha.
Hentak di sebelah tumit kaki kiri dengan kedudukan
sedia
Kedua tangan dibawa dengan pantas kepada
keadaan sedia.
ARAHAN : MEMBELOK
Barisan dalam hendaklah membelok di keliling bulatan,
iaitu garisan pusat bulatan empat kaki dan hendaklah
menukar haluan mulai 90 darjah.
Barisan luar mengikut langkah dengan memankangkan
langkah.
Barisan dalam hendaklah menjeling dengan hujung
matanya ke arah luar dan seterusnya memendekkan
langkah.
Barisan di belakang hendaklah berjalan lurus ke hadapan
dan mengikut jejak yang dilalui oleh barisan hadapan.
ARAHAN : PERLAHAN JALAN
Tolek kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci, hujung kaki
dikeluarkan sedikit menghala ke tanah, bahagian atas
badan tegak, tangan lurus ke tepi, berat badan di atas kaki
kanan.
Penuhkan langkah 30 inci dengan menolak kaki kiri ke
hadapan 15 inci lagi. Hujung kaki jejak ke tanah tetapi
bukan tumit atau bahagian luar kaki.
Bawa berat badan pada kaki kiri, kaki kanan ke belakang
dan bengkok sedikit supaya dapat mengangkat tumir kaki
dari bumi.
Ulang dengan kaki kanan.
ARAHAN : MEMBELOK
Barisan dalam hendaklah membelok di keliling bulatan,
iaitu garisan pusat bulatan empat kaki dan hendaklah
menukar haluan mulai 90 darjah.
Barisan luar mengikut langkah dengan memankangkan
langkah.
Barisan dalam hendaklah menjeling dengan hujung
matanya ke arah luar dan seterusnya memendekkan
langkah.
Barisan di belakang hendaklah berjalan lurus ke
hadapan dan mengikut jejak yang dilalui oleh barisan
hadapan.
ARAHAN : PERLAHAN JALAN
Tolek kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci, hujung kaki
dikeluarkan sedikit menghala ke tanah, bahagian atas
badan tegak, tangan lurus ke tepi, berat badan di atas kaki
kanan.
Penuhkan langkah 30 inci dengan menolak kaki kiri ke
hadapan 15 inci lagi. Hujung kaki jejak ke tanah tetapi
bukan tumit atau bahagian luar kaki.
Bawa berat badan pada kaki kiri, kaki kanan ke belakang
dan bengkok sedikit supaya dapat mengangkat tumir kaki
dari bumi.
Ulang dengan kaki kanan.
ARAHAN : BERHENTI SEMASA
PERLAHAN JALAN
Kaki kanan dilangkahkan ke hadapan sejauh 30 inci
dan berhenti.
Tapak kaki kanan rata di atas bumi.
Tumit kaki kiri terangkat sedikit dengan kedua lutut
tegang.
Berat badan di atas kaki kanan dan muka terus
pandang ke hadapan.
Dengan pantas, bawa kiri ke hadapan, lutut bengkok,
peha paras, hentak ke bumi dan angkat kaki kanan,
bengkok lutut, peha paras dan hentak di sebelah
tumit kaki kiri.
ARAHAN : KE HADAPAN HORMAT
Kaki dihentak kiri dan kanan.
Tangan kanan dibawa ke hadapan, siku dibengkokkan,
lengan diangkat paras bahu, hujung jari dibawa sehingga
mencecah hujung kening sebelah kanan.
Jari-jari tangan kanan dilurus dan dirapatkan.
Tangan dipotong dan dibawa ke sisi seperti dalam kedudukan
sedia.
Ulang sekali lagi.
ARAHAN : KE KANAN HORMAT
Cara hormat ke kanan sama seperti kedudukan hormat ke
hadapan tetapi kepala dan mata dipusing ke kanan tanpa
mengubah kedudukan lengan kanan.
Tangan kiri digenggam dengan ibu jari menunjuk ke bawa
dan dikunci pada kedudukan penjahit seluar sebelah kiri.
ARAHAN : SELAKU TERIMA SIJIL /
HADIAH
Hormat ke hadapan dan melangkah selangkah ke
hadapan.
Hulur kedua-dua belah tangan ke hadapan dengan lurud
dan tarik kedua-dua belah tangan seperti kedudukan
sedia (2x).
Melangkah selangkah ke belakang dan hormat.
Pusing ke belakang dan terus berjalan.
KAWAD ASAS
Gabungan kawad statik dan kawad dinamik
KAWAD FORMASI
Kawad formasi dipelajari untuk menghasilkan
kepelbagaian gerak kawad yang unik.
Kawad Formasi melibatkan pergerakan kawad asas dan
juga pergerakan bukan kawad asas yang diselitkan
dengan pekbagai unsur gerak yang menarik.
Kawas formasi mempunyai beberapa unsur yang menjadi
intipati kepada keunikan kawad formasi.
UNSUR GERAK
Keindahan gerak
Gerakan dalam unsur kawad
Gerakan bukan dalam unsur kawad
Gerakan konsisten (berturutan)
Kepelbagaian gerak kawad
Keseimbangan dalam penggunaan ruang
Kesatuan gerak
Kekayaan gerak formasi
Pecahan dan cantuman formasi.
UNSUR PENGHAYATAN
Keunikan
Keserasian
Kemantapan hentakan
UNSUR SUARA
Padu
Tepat dengan gerakan
Kesesuaian slogan
GERAKAN PENUTUP
Diakhiri dengan gerak kawad
KAWALAN KEHORMATAN
Kawalan Kehormatan dikelolakan oleh unit-unit yang
tertentu dengan arahan pihak atasan sekiranya unit itu
dikehendaki untuk menjalankannya.
Bertujuan untuk memberi hormat keistimewaan kepada
tetamu kehormat.
Terdapat 3 jenis kawalan kehormatan :-
Kaw
alan
Kawalan
darjat
kehormata
n penuh
keKhaowrm
alaatna
n
sepa
ruh
PERTOLONGAN CEMAS
DEFINISI: Bantuan awal atau rawatan awal yang diberikan kepada
seseorang mangsa di tempat kejadian sebelum ketibaan pakar
medik atau ambulans.
OBJEKTIF
Untuk menyelamatkan nyawa
Untuk mengelakkan kecederaan bertambah serius
Memberi kelegaan dan keselesaan
PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS:
Menyelamat nyawa
Memberi pertolongan semasa mangsa tercedera atau
memerlukan rawatan perubatan
Melindungi dan mengurangkan kecemasan mangsa apabila
terdapat sesuatu bencana berlaku
Menyediakan ubatan dan alat-alat untuk melindungi orang-
orang yang cedera
Mengehadkan kesan-kesan kecederaan
Menggalakkan pemulihan
Perhubungan atau tindakan apabila berlaku sesuatu
kecemasan
PERTOLONGAN CEMAS
TANGGUNGJAWAB AHLI PERTOLONGAN CEMAS:
Sentiasa tenang dan mengenal punca kesakitan
Memberi rawatan yang sesuai kepada yang tercedera
Panggil doktor dan menghantar ke hospital
Memberikan maklumat yang jelas kepada doktor
SIFAT-SIFAT AHLI PERTOLONGAN CEMAS
Tajam perhatian – nampak segala tanda-tanda dan gejala
kecederaan
Pantas ikhtiar – hendaklah menggunakan apa yang sesuai yang
terdapat di sekeliling kita
Tidak kasar –jangan mencedera dan menyakitkan orang yang
cedera
Berakal berbudi: berbudi tinggi dan kasar
Bertimbang rasa – hendaklah bersimpati dengan orang yang
tercedera
Sentiasa senyum – muka yang tersenyum memberikan keyakinan
PERLINDUNGAN DIRI (BSI):
Sarung tangan
Topeng muka
Apron
Pelindung mata
PERALATAN ASAS PETI PERTOLONGAN CEMAS:
Peti kecemasan
Buku panduan
Pembalut Elastik
Sarung tangan
Plaster cecair
Antiseptik
Gunting
Eye pad
Plastik
Minyak urut
PERTOLONGAN CEMAS
PENILAIAN ASAS:
Periksa tahap kesedaran
Periksa saluran udara
Periksa pernafasan
Periksa peredaran darah
Periksa pendarahan
DRABC
Danger Response
Airway Breathing Circulation
(bahaya): (respon): (salur udara): (pernafasan): (edaran darah):
Mangsa terdedah
Mangsa sedar? Salur udara
Nadi berdenyut?
kepada bahaya? terbuka/terhalang
Mangsa
bernafas?
?
MEMERIKSA MANGSA:
Kepala: Periksa kesan-kesan kecederaan yang terdapat pada
muka dan keseluruhan bahagian kepala mangsa untuk melihat
pendarahan, terbakar, bengkak dan sebagainya
Leher: Periksa belakang tengkuk dan nadi
Belakang: Periksa ruas-ruas tulang belakang
Badan: Periksa keseimbangan tulang rusuk, turun naik dada, patah
dan sebagainya
Tangan: Periksa nadi, luka, terkehel dan sebagainya
Kaki: Periksa tempurung lutut, patah dan sebagainya
PERTOLONGAN CEMAS
CPR (Cardiopulmonary Resuscitation)
satu kaedah rawatan pemulihan sistem jantung (cardio) dan paru-
paru / penafasan (pulmonary) dengan cara memastikan bekalan
darah dan oksigen dapat diteruskan ke seluruh tubuh seseorang
yang mengalami serangan jantung di mana ianya telah berhenti
berdenyut dan berfungsi secara normal
boleh menyelamatkan nyawa dengan membantu penerusan
bekalan oksigen ke otak, sehinggalah pesakit diberikan rawatan
yang lebih spesifik ataupun sehingga pesakit sudah tidak dapat
diselamatkan lagi
terdapat perbezaan antara CPR untuk orang dewasa dan kanak-
kanak
CPR merangkumi penilaian dan bantuan asas yang melibatkan:
Bukaan salur pernafasan.
Bantuan pernafasan.
Bantuan peredaran darah melalui tekanan dada.
Penggunaan Automated External Defibrillator (AED).
Pengurusan mangsa tercekik oleh benda asing
PERTOLONGAN CEMAS
Garis panduan CPR untuk orang dewasa (DRS ABCD):
1) Danger (bahaya)
Pastikan keadaan mangsa, anda dan persekitaran selamat.
Jauhi tumpahan darah, objek tajam, wayar elektrik, dan
sebagainya.
Pakai sarung tangan jika ada.
2) Response (tindak balas)
Tepuk bahu mangsa.
Tanya dengan jelas “Helo! Helo! Adakah anda OK?”
Jika mangsa bertindak balas:
- Pastikan mangsa dalam keadaan yang selamat.
- Tanya keadaan mangsa.
- Dapatkan bantuan jika perlu.
- Periksa semula secara berkala.
Jika tiada tindak balas, teruskan ke langkah seterusnya.
3) Shout (jerit minta bantuan)
Jerit “Tolong! Tolong! Hubungi 999! Dapatkan AED!”
Jika anda berseorangan, hubungi 999 dan biarkan dalam mod
pembesar suara.
Teruskan langkah-langkah CPR seterusnya.
4) Airway (buka saluran pernafasan)
Dengan berada di sebelah mangsa, dongakkan kepala dan
angkat dagu mangsa (Head tilt - chin lift).
PERTOLONGAN CEMAS
5) Breathing (pernafasan)
Lihat sama ada mangsa bernafas atau tidak (dalam tempoh
tidak melebihi 10 saat).
Jika tidak, mulakan tekanan dada.
Jika mangsa bernafas terlalu perlahan atau tidak normal
(agonal breathing and gasping) atau jika anda tidak pasti,
anggap mangsa tidak bernafas.
6) Circulation (peredaran darah)
Duduk di sebelah mangsa dan letakkan sebelah tapak tangan di
tengah dada mangsa. Letakkan sebelah tangan lagi di atas
tangan yang pertama dan silangkan jari-jari anda. Luruskan
lengan dan siku. Pastikan bahu anda tegak di atas dada mangsa
dan tekan ke bawah.
Tekan dada dengan kualiti tinggi seperti berikut:
- Kelajuan: 100 ke 120 kali seminit
- Kedalaman: 5 ke 6 cm
- Pastikan dada recoil ke posisi asal sebelum menekan semula
- Kurangkan gangguan semasa menekan dada
- Nisbah tekanan dada dan bantuan pernafasan 30:2 (30 tekanan, 2
bantuan pernafasan)
- Setiap bantuan pernafasan selama 1 saat
Jangan tekan di bahagian rusuk dan perut mangsa
PERTOLONGAN CEMAS
Bantuan Pernafasan “Rescue Breath”
Berikan bantuan pernafasan semasa menekan dada pada kadar
30 tekanan dada:2 hembusan nafas.
2 hembusan nafas tersebut mesti tidak lebih daripada 10 saat
sehingga mengganggu proses menekan dada.
Bantuan pernafasan melalui pocket mask:
- Posisikan diri anda di sebelah mangsa dan letakkan pocket mask
pada muka mangsa dan rapatkan ke muka mangsa dengan
menutupi hidung dan mulut mangsa.
- Letakkan jari telunjuk dan ibu jari pada pocket mask dengan jari-
jari lain pada rahang mangsa sambil dongakkan kepala dan angkat
dagu mangsa.
- Hembus selama satu saat dan perhatikan sama ada dada pesakit
naik dengan hembusan yang diberikan.
- Ulang sekali lagi dan sambung tekan dada.
PERTOLONGAN CEMAS
Bantuan pernafasan mulut ke mulut
- Pakai face shield, jika ada.
- Picit hidung mangsa dengan jari telunjuk dan ibu jari anda dan
angkat dagu mangsa dengan biarkan mulut mangsa terbuka.
- Tarik nafas anda dan letakkan mulut anda pada mulut mangsa
dengan rapat dan hembus selama satu saat.
- Kekalkan bukaan saluran pernafasan sementara anda mengangkat
muka anda dan menarik nafas semula.
- Perhatikan sama ada dada mangsa naik dengan hembusan yang
diberikan.
- Tarik nafas sekali lagi dan hembus semula ke mulut mangsa.
- Sambung menekan dada.
PERTOLONGAN CEMAS
7) Defibrillation (defibrilasi)
Arahkan seseorang untuk mendapatkan AED jika ada.
Pasang pad AED pada dada mangsa dan ikut arahan AED.
Jika defibrilasi/shock disarankan, pastikan tiada sesiapa
memegang mangsa dan tekan butang shock pada AED.
Sambung tekan dada segera selepas defibrilasi.
Jika tiada defibrilasi/shock disarankan, teruskan tekan dada.
Jika anda bersendirian dengan mangsa di tempat kejadian,
jangan tinggalkan mangsa dan terus mulakan tekan dada.
Periksa semula mangsa selepas setiap 2 minit.
Teruskan CPR melainkan mangsa mula bernafas semula atau
anda sudah letih dan tidak mampu melakukan tekanan dada lagi
atau bantuan telah tiba atau mangsa menunjukkan tiada tanda-
tanda kehidupan.
Jika mangsa telah sedar, letakkan mangsa dalam kedudukan “posisi
pemulihan (recovery position)”.
PERTOLONGAN CEMAS
Garis panduan CPR untuk kanak-kanak:
1) Airway (saluran pernafasan)
Penilaian : Tentukan tiada respons dengan
menggerakkan bahu perlahan-lahan
Baringkan bayi di atas permukaan yang keras. Ampu kepala dan
tengkuknya jika ia perlu dipusingkan
Buka saluran pernafasan, gunakan teknik dongak-kepala-angkat-
dagu (head-tilt-chin-lift).
Berhati-hati supaya tidak mendongakkan
kepala terlalu jauh ke belakang
2) Breathing (pernafasan)
Penilaian : Tentukan tiada pernafasan. sambil memastikan saluran
pernafasan sentiasa terbuka, letakkan telinga anda dekat dengan
mulut bayi dan perhatikan pergerakkan dada, dengar dan rasa
pernafasan bayi pada telinga anda.
Jika mangsa tersebut masih bernafas dan
tiada terdapat tanda-tanda trauma,
baringkan mangsa dalam posisi pemulihan.
Jika mangsa tidak bernafas, berikan dua pernafasan bantuan
perlahan-lahan. Mulut anda menutup mulut dan hidung bayi sekali,
sambil memastikan saluran pernafasan
sentiasa terbuka. Perhatikan pergerakkan
dada dengan setiap pernafasan.
Pernafasan perlu diberi untuk 1 - 1 1/2 saat.
PERTOLONGAN CEMAS
3) Circulation (edaran darah)
Penilaian : tentukan ketiadaan nadi. Rasa nadi brakial di sebelah
dalam lengan dengan 2 jari sambil mendongakkan kepala dengan
tangan yang satu lagi.
Mulakan tekanan dada. Bayang satu garis yang dibuat antara
kedua dada bayi. Letakkan jari hantu dan jari manis disebelah jari
telunjuk. Angkat jari telunjuk Gunakan jari hantu dan jari manis
untuk menekan sternum pada tempat tadi. Disebabkan adanya
variasi dalam saiz tangan penyelamat dan dada bayi, kaedah di
atas hanyalah sebagai panduan. Pastikan jari-jari anda tidak
menekan hujung sternun (cuaran xifoid). Tekan sternum sedalam
1/2 hingga 1 inci, sekurang-kurangnya 100 kali seminit, Sambil
memberi satu pernafasan bagi setiap 5 tekanan.
PERTOLONGAN CEMAS
Lakukan 20 kitaran tekanan dan pernafasan bantuan.
Minta bantuan sistem rawatan kecemasan dengan membuat
panggilan 999 /991( telefon cepat !)
Periksa nadi brakial.
Jika tiada nadi, teruskan tekanan dan pernafasan bantuan.
periksa nadi setiap beberapa minit
Jika nadi pulih, periksa pernafasan spontan. Jika tiada, berikan 1
pernafasan bantuan setiap 3 saat (20 pernafasan bantuan seminit)
dan awasi nadi. Jika bernafas, pastikan saluran pernafasan
sentiasa terbuka dan awasi pernafasan dan nadi.
PERTOLONGAN CEMAS
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL JIKA MANGSA:
1) Tidak sedarkan diri, tiada denyutan nadi dan tidak bernafas:
dail 999 untuk ambulans
mulakan CPR
2) Tidak sedarkan diri, ada denyutan nadi tetapi tidak bernafas:
Beri dua hembusan pernafasan sehingga mangsa boleh
bernafas sendiri
Periksa nadi karotid
Dail 999 untuk ambulans
Mulakan CPR
3) Tidak sedarkan diri, ada denyutan nadi dan bernafas
Rawat mana-mana kecederaan yang boleh membahayakan
nyawa
Letakkan pesakit dalam keadaan baringan pemulihan
Dapatkan bantuan
4) Sedar, ada denyutan nadi dan bernafas
Rawat dengan baik
Dapatkan bantuan jika perlu
BALUTAN
TUJUAN DAN FUNGSI BALUTAN:
Melindungi luka daripada dijangkiti kuman
Memberi keselesaan dan menutup luka serta menahan
pendarahan
Mengurangkan kesakitan
JENIS-JENIS PEMBALUT DAN DRESSING
Pembalut berubat (Dressing) - Fabrik dan waterptoof plaster
& sterile cup pads
Pembalut gauze
Pembalut tiga segi
KEGUNAAN KAIN PEMBLUT TIGA SEGI (TRIANGLE
BANDAGES)
Untuk menahan darah
Menutup dan membalut luka
Sebagai anduh
Sebagai pelapik cincin (ring pad)
BALUTAN
JENIS-JENIS KECEDERAAN:
1) LUKA TERBUKA - luka teruk yang melibatkan organ-organ
lain, menyebabkan tumpahan darah yang banyak, renjatan dan
juga jangkitan kuman
Luka terhiris (incision) - disebabkan alat tajam seperti pisau
atau kaca. - Luka senang dirawat dan bercantum semula. -
Mungkin berlaku pendarahan yg banyak disebabkan
terpotong salur darah.
Luka tikaman (punctured) -Disebabkan tercucuk paku,
jarum atau serpihan kayu. Mempunyai liang yang kecil
tetapi dalam. Luka dalam menyebabkan kekotoran atau
kuman mudah meresap dan risiko jangkitan tinggi.
Luka terkoyak (laceration) -Disebabkan terkena dawai
kawat atau alat jentera. Mengakibatkan kerosakan tisu
yang teruk
BALUTAN
Luka terkopak (avulsion) - tercabut atau terkopak dari kulit luar
daripada struktur
Luka terputus (amputation)
Luka hancur (crush injury)
Luka tembakan (shot wound) - Disebabkan terkena peluru
tembakan. Mengakibatkan kecederaan dalaman yang teruk. Luka
kecil dibahagian tembusan tetapi luas diruang keluar
2) LUKA TERTUTUP - kebiasaannya kulit tidak pecah, tumpahan
darah terjadi dalam tisu dan bahagian yang tercedera menjadi lebam
Lebam (contusion) – Akibat daripada terkena pukulan yang kuat
seperti ketukan tukul besi. Darah yang keluar bewarna kemerahan
berkumpul dibawah lapisan kulit
Haematoma - Pembekuan darah kebiru-hitaman. Berlaku didalam
organ atau tisu disebabkan kecederaan atau pembedahan
Calar balar (abrasion) - Kulit yang tersiat yang menampakkan
lapisan tisu luar yang tipis
3) PATAH TULANG - sebarang kepatahan atau keretakan pada tulang
disebabkan oleh kekuatan hentakan tepat (direct force) atau kekuatan
hentakan sipi (indirect force)
Patah tebu (green stick fracture) – Kepatahan separa di mana
tulang patah dan membengkok. Darah tidak mengalir keluar -
selalu terjadi kepada kanak-kanak
Patah remuk (comminuted) -Kepatahan tulang yang menjadi
serpihann kecil akibat dari impak yang sangat kuat
Patah melintang (tranverse) -Kepatahan yang mendatar atau
merentas disebabkan oleh aktiviti yang sangat lasak
Patah terpusing (spiral) -Kepatahan yang disebabkan dari daya
putaran yang kuat dan menghasilkan kepatahan seperti “spring”
BALUTAN
Patah menyerong (oblique) -Kepatahan yang bersudut tajam yang
disebabkan dari hentakan kuat secara tiba-tiba.
Patah lesung (impacted) -Patah yang tulangnya cucuk-mencucuk
antara satu sama lain. Kepatahan yang terjadi akibat terjatuh dari
tempat yang tinggi dan terpecah dari pelbagai sudut.
4) PENDARAHAN
Pendarahan dalaman (internal): boleh dikenalpasti melalui tanda-
tanda seperti bengkak pada kulit, kulit pucat dan berpeluh sejuk,
kebiruan (cynose) pada bibir dan kuku, denyutan nadi cepat tetapi
lemah, darah keluar dari ringga yang terbuka dan terdapat tanda-
tanda renjatan.
Pendarahan luaran (external): Pendarahan yang boleh dilihat
dengan mudah dan berlaku pada/melalui lapisan kulit. Terdapat tiga
jenis pendarahan luaran iaitu:
i) pendarahan arteri - darah yang keluar berwarna merah cerah
atau terang kerana mengandungi oksigen dan keluar memancut
mengikut denyutan jantung
ii) pendarahan kapilari: darah keluar secara meleleh
iii) pendarahan vena: darah berwarna merah tua kerana kurang
mengandungi oksigen dan mengalir keluar secara perlahan-lahan
CARA MENGAWAL PENDARAHAN
1) Pendarahan dalaman: Pendarahan dalaman tidak dapat dikawal
dengan mudah. Ia seringkali memerlukan pembedahan. Pesakit yang
disyaki mempunyai luka dalaman haruslah dikejarkan ke hospital
dengan segera
2)Pendarahan luaran: (Pastikan anda memakai sarung tangan getah
sebelum memegang bahagian yang berdarah) basuh tangan selepas
memegang pesakit. Sekiranya darah memancut dari bahagian-
bahagian yang luka, gunakan goggles untuk melindungi mata
BALUTAN
4 JENIS CARA MENGAWAL PENDARAHAN LUARAN:
1. Direct Pressure -memberi tekanan pada tempat luka dengan
melekapkan tangan (pastikan anda mamakai sarung tangan) pada
tempat luka dan berikan tekanan pada tempat luka tersebut.
Pastikan tekanan yang diberikan itu cukup kuat untuk
menghentikan pendarahan. Apaila darah telah berhenti, balutkan
luka itu dengan bandage
2. Elevation -meninggikan tempat yang luka iaitu disamping
memberi tekanan berterusan, pendarahan juga boleh dikurangkan
dengan meninggikan bahagian yang luka supaya lebih tinggi dari
kedudukan jantung
3. Pressure point - memberi tekanan pada tempat yang tertentu.
Untuk menggunakan cara ini, kita mesti tahu kedudukan salur-salur
darah arteri. Menekan bahagian-bahagian tertentu (dimana terletak
dibawah kulit) kadangkala ia boleh memberhentikan pendarahan.
Posisi terbaik pesakit adalah berbaring atau duduk.
4. Tourniquet -ikat pada bahagian atas luka
BALUTAN
BALUTAN TANGAN
BALUTAN SIKU
BALUTAN
BALUTAN LUTUT
BALUTAN KAKI
USUNGAN
TEKNIK SEORANG PENYELAMAT
Kaedah menyelamat merupakan antara:
Dukung sayang: Mangsa diangkat menggunakan kedua-dua
belah tangan. Tangan kanan dan kiri menampung belakang
leher dan lutut masing-masing.
Pikul uncang: Mengangkat mangsa dengan kaedah memikul
sebelah uncang
Gaya memapah seorang penyelamat: Membawa mangsa
dengan kaedah memapah mangsa disisi penyelamat. Kaki
mangsa diletakkan diatas kanan penyelamat.
Dukungan penyelamat: Kaedahyang digunakan untuk
menyelamatkan mangsa yang tidak sedarkan diri atau tidak
bermaya
Merangkak penyelamat: Digunakan untuk mengangkat
mangsa yang mampu berdiri. Penyelamat berada disebelah
atas mangsa, tangan mangsa diikat dan diletakkan dileher
penyelemat dan merangkak membawa mangsa keluar. Teknik
ini digunakan pada mangsa yang tidak sedarkan diri atau
leboih berat.:
USUNGAN
TEKNIK DUA ATAU LEBIH PENYELAMAT
Teknik berekor-ekor: Digunapakai untuk mangsa yang mengalami
masalah untuk berjalan aytu pengsan dengan dua orang
penyelamat
Gaya memapah dua orang penyelamat: Membawa mangsa dengan
kaedah mangsa berada disis kanan dan kiri penyelamat.
Penyelamat menarik tangan mangsa dan meletakkan diatas bahu
penyelamat. Kedua-dua peha diangkat bagi mangsa yang tidak
boleh berjalan.
Duduk diatas dua, tiga dan empat tangan: Teknik yang digunakan
dua prang penyelamat bagi mangsa yang tidak mampu berjalan.
PENGUSUNG BERODA
Pengusung seorang
pengusung dua orang.
Pengusung dikendalikan oleh dua orang pembantu dengan kedua-
dua tangan diatas pengusung. Ahli kumpulan lain mungkin akan
membantu dengan membawa peratan lain yang diperlukan.
Jangan sesekali meninggalkan pesakit diatas usungan sendirian.
Keddudukan seorang pembantu diatas kepala mangsa dan seorang
dibawah kaki mangsa apabila menolak usungan.
Pembantu yang berada di bahagian kaki mangsa menolak usungan
dan pembantu di bahagian kepala mangsa menarik usungan.
Sentiasa mengekalkan cengkaman yang kukuh diatas pengusung
bagi mencegah pengusung dan mangsa daripada terbalik
Memerlukan empat orang pembantu, seorang disetiap penjuru
apabila membawa pengusung di tempat atau laluan yang
mempunyai permukaan yang kasar.
Memastikan mangsa diikat dengan tali pinggang walaupun
pengusung tidak dialihkan.
PENGUSUNG ORTOPEDIK
Direka untuk memudahkan mengangkat mangsa yang
terlentang.
Pengusung orotpedik dapat mengangkat mangsa daripada
lantai atau tanah tanpa mengubah kedudukan mereka.
Kelebihan pengusung ini dapat digunakan diruang yang
sempit. Penguung lain tidak dapat digunakan.
LANGKAH-ANGKAH PENGGUNAAN PENGUSUNG
Laraskan panjang pengusung diaatas tanah bersebelahan
dengan pesakit untuk menampung pesakit.
Angkat sedikit pakaian pesakit manakala seorang lagi
pembangtu menyorong setengah pengusung dibawah sebelah
pesakit. ulang sisi yang lain.
Jika terdapat sebarang kecederaan tulang belakang, seorang
lagi pembantu perlu mengekalkan sokongan tulang belakang
pada setiap masa.
Lapikkan dengan alas supaya tinggi sedikit. Jika perlu ikat
pesakit, guanakn kaedah kawad usungan.
LONG SPINE BOARD
Merupakan sebah papan belakang atau dikenali sebagai
papa tulang panjang, longboard, spineboard atau papan
merupakan sebuah pengusung yang digunakan dihospital
atau untuk immobilisasi mangsa dan sering digunakan di
dalam ambulans.
MENYELIMUT DAN MENGIKAT
MANGSA PADA USUNGAN
Kaedah mengalihkan mangsa ke tempat lain dengan selamat
menggunakan alat usungan. Semasa diatas usungan, mangsa
diselimutkan dengan sehelai selimut supaya luka mangsa tidak
tersentuh dengan kan kanvas usungan.
Bagi memudahkan proses mengusung, mangsa diselimut dan
diikatkan pada usungan agar mangsa tidak terjatuh apabila
penyelamat berjalan di laluan yang sukar, sempit dan
berbahaya.