The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

364 dalil Kerana PH tak boleh jadi kerajaan sekali lagi

Oleh Abdul Muien Abadi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PNPutrajaya2022, 2022-11-12 22:13:57

365 Dalil Kenapa PH Tak Boleh Jadi Kerajaan Sekali Lagi

364 dalil Kerana PH tak boleh jadi kerajaan sekali lagi

Oleh Abdul Muien Abadi

Keywords: Dalil,PH,Pakatan Harapan,PRU15,Kerajaan

1. 1 bilion (51.8% dari KDNK) di bawah PH
berbanding RM686 bilion (50.7% dari KDNK) di
bawah BN.

2. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia
jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada
Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada
Januari 2019.

3. Nilai Ringgit merosot berbanding matawang
utama sejak 9 Mei 2018. Ketika itu, Ringgit
diniaga pada kadar RM3.94 bagi setiap 1 USD,
jatuh teruk kepada RM4.067 per USD pada
Februari 2019.

4. Kita jatuh 2 anak tangga dalam Global
Competitiveness Index bagi tahun 2018-2019
di kedudukan ke-25 dunia.

5. Defisit kerajaan untuk tahun 2018 adalah
RM52.5 bilion (3.7% dari KDNK) berbanding
RM40.3 bilion (3.0% dari KDNK) di bawah BN.

6. KDNK negara pada tahun 2019 dijangka pada
paras 4.6% sedangkan sebelum PRU14
ekonomi Malaysia dinilai akan berkembang
pada kadar 5.4% pada 2018 dan 5.1% pada
2019.

7. PETRONAS telah dipaksa membayar RM80
bilion untuk tahun 2018 sahaja, jauh lebih
tinggi berbanding dividen RM16 bilion untuk
tahun 2017 kepada kerajaan BN.

8. Nilai ekuiti terkumpul Petronas turun RM7.5 bilion
dari RM432.8 bilion kepada RM425.3 bilion. Buat
kali pertama sejak 10 tahun yang lalu, nilai ekuiti
PETRONAS jatuh.

9. Kita diberi gelaran pasaran saham paling corot
di dunia oleh Bloomberg.

10. Kita diberi gelaran pasaran saham paling corot
di Asia oleh Nikkei.

11. Peruntukan kepada subsidi baja padi dipotong
daripada RM465 juta (2018) kepada RM232.5
juta dalam bajet 2019.

12. Peruntukan kepada Insentif Pengeluaran Padi
dipotong daripada RM563 juta(2018) kepada
RM281.5 juta dalam bajet 2019.

13. Peruntukan kepada Elaun Sara Hidup Nelayan
dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan
dipotong daripada RM262 juta (2018) kepada
RM98.5 juta dalam bajet 2019.

14. Subsidi Baja Padi Bukit/Huma dipotong 100%
daripada RM70 juta (2018) kepada RM0 dalam
bajet 2019.

15. Program Food and Agro Council for Export
(FACE) dihapuskan dalam bajet 2019
berbanding peruntukan sebanyak RM3 juta
pada 2018.

16. Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND)
dipotong daripada RM12.5 juta pada 2018
kepada hanya RM3.5 juta dalam bajet 2019.

17. Peruntukan kepada Malaysian Bioeconomy
Development Corporation dikurangkan
sebanyak RM40 ribu dalam bajet 2019
berbanding 2018.

18. Peruntukan keseluruhan kepada Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani dipotong
daripada RM5.1 bilion (2018) kepada RM4.4
bilion dalam bajet 2019.

19. Pemindahan Khazanah daripada Kementerian
Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri.

20. Penjualan pegangan 0.66 peratus Khazanah
dalam bank yang kedua terbesar di Malaysia
iaitu CIMB.

21. Keengganan kerajaan Pakatan untuk
menubuhkan jawatankuasa bebas bagi
menyemak semula rangkaian kompleks GLCs
yang berpotensi membawa kepada amalan
‘penaungan selektif’.

22. Langkah menerima bekas ahli parlimen UMNO
secara besar-besaran menimbulkan
kecurigaan terhadap komitmen PM terhadap
agenda reformasi institusi.

23. Pelantikan Ronald Kiandee yang menyertai
Parti Bersatu sebagai Pengerusi PAC sebelum
digantikan menimbulkan persoalan mengenai
komitmen Pakatan kepada reformasi.

24. Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (JRPR)
digesa diletakkan di bawah bidang kuasa
Parlimen, selari janji ke-16 dalam manifesto
Pakatan Harapan (PH) yang dirangka ketika
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

25. Projek ECRL dikurangkan RM21 bilion melalui
perubahan jajaran dan jumlah stesen, tidak
dikurangkan RM30 bilion seperti mana
dakwaan hutang 1MDB dahulu.

26. Projek Bandar Malaysia diteruskan dengan
kekalkan kontrak rundingan terus kepada
IWH- CREC, bercanggah dengan prinsip tender
terbuka Pakatan.

27. Gaji kakitangan awam enggan dinaikkan,
malah saiz kakitangan awam jugaingin
dikurangkan.

28. Kecurigaan melampau kepada kesetiaan
penjawat awam.

29. Pengakuan Tun Daim
bahawa ramai Menteri

lantikan Tun M berpatah
arang berkerat rotan

dengan birokrat dan PTD,
mengakibatkan dasar -
dasar yang digubal dan

dilaksanakan kucar- kacir.

30. Kepakaran birokrat dan PTD kurang
dimanfaatkan, sebaliknya nasihat mereka
dipinggirkan dek kegopohan Menteri lantikan
Tun M melakukan perubahan semata-mata
demi dilihat melakukan perubahan tanpa
pertimbangan pakar.

31. Isu sijil akademik palsu dan cubaan menutup
pembohongan oleh sebahagian menteri.

32. Kawasan parlimen pembangkang dianaktiri
dengan peruntukan RM100k berbanding
Pakatan (RM500k). Seluruh negeri Pantai
Timur terkesan dengan agihan yang tidak adil
ini.

33. Tiada fokus pada usaha menjana pendapatan
baharu (tenaga Solar, ‘Artifical Intelligence’ AI,
Torium, mikrob, dan sebagainya). Terperangkap
dengan pemikiran ekonomi abad ke-20.

34. Pembocoran Surat MEIO kepada CIA tidak
boleh diulangi kerana beri kesan kepada
perisik negara di luar negara.

35. Peruntukan khas RM10 juta kepada Kedah
ditadbir Mukhriz Mahathir setiap tahun.
Bagaimana dengan negeri-negeri lain?

36. ‘U-Turn HSR’, jejas imej negara di Singapura.

37. ‘U-Turn ECRL’, sekejap batal, sekejap tidak,
telah menjejaskan kredibiliti kerajaan dalam
mengimbangi kepentingan nasional dan
hubungan dengan China untuk tempoh 10
bulan lamanya.

38. ‘U-Turn’ MRT3 yang amat diperlukan di
bandar.

39. MRT2 perlu dirunding kembali susulan
penerusan projek Bandar Malaysia. Satu lagi
‘U- turn’.

40. Amalan ‘bulldozer’ rang undang-undang di
Parlimen seperti kes SST perlu dihentikan.

41. Soalan pertama Najib Razak berkenaan 1MDB
tidak terjawab hingga kini: Mengapa kerajaan
PH membisu bila syarikat milik kerajaan Abu

Dhabi, IPIC mengeluarkan kenyataan balas
pada bulan Oktober lalu bahawa 1MDB tidak
berhutang kepada IPIC, jelas bertentangan
dengan tuduhan kerajaan PH? Jika ia prejudis,
mengapa PH boleh keluarkan kenyataan
mengenai perjanjian itu tetapi tak mahu
dedahkan dokumen perjanjian itu?

42. Soalan kedua Najib Razak berkenaan 1MDB
tidak terjawab hingga kini: Mengapa tiada satu
pun pemimpin PH pernah mempersoalkan
mengapa pegawai-pegawai kanan Abu Dhabi
dan bos mereka tidak dipanggil untuk
disoalsiasat memandangkan wang itu
dipindahkan kepada mereka dan merekalah
yang didapati banyak menggunakan wang itu
dan mengagihkan wang itu kepada pihak-
pihak yang lain? Setiap satu sen yang didakwa
hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin
oleh pihak IPIC.

43. Soalan ketiga Najib Razak berkenaan 1MDB
tidak terjawab hingga kini: Adakah perjanjian
penyelesaian itu mengandungi klausa bahawa
IPIC bersetuju untuk menyelesaikan semua
wang dibayar oleh 1MDB kepada mereka yang
kini didakwa hilang sebelum 30 Disember
2020?

44. Soalan keempat Najib Razak berkenaan 1MDB

tidak terjawab hingga kini: Mengapa masih
tidak mahu mendedahkan perjanjian
penyelesaian tahun 2015 dan 2017 ini?

45. Kos jutaan ringgit selenggara kapal mewah
Equanimity seharusnya disalurkan kepada
lebih 50 ribu nelayan dan penoreh getah yang
terkesan dengan kejatuhan harga komoditi.

46. Kerajaan lebih memfokus kepada kereta
nasional ke-3 berbanding membangunkan
pengangkutan awam moden untuk Greater KL
dan negeri-negeri lain.

47. Tidak cukup dengan Obses Tun M dengan
Projek Kereta Ketiga walau ditentang ramai,
kini fokus pula kepada usaha untuk
kembalikan perlumbaan mahal F1 ke Malaysia.

48. Alasan hutang RM1 trillion untuk kerajaan
tidak menunaikan manifesto perlu dihentikan
segera, sedangkan telah ‘memerah’ RM80
bilion daripada Petronas untuk tahun 2018
sahaja.

49. Amalan mengutus individu bukan eksekutif
seperti Tun Daim ke China, mengetepikan
Menteri Luar dan Menteri Kewangan, perlu
dihentikan.

50. IRI Amerika diundang ke Pejabat PM tanpa
ketelusan, tidak dimaklum kepada rakyat.

51. Anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak
wajar memonopoli jawatan ekonomi politik.

52. Kontroversi pelantikan Peguam Negara tidak
ditangani dengan cermat.

53. Tiada perkembangan siasatan kes Taib
Mahmud.

54. Tiada perkembangan kes rasuah Azmin yang
dilapor Rafizi.

55. Tiada penjelasan mantap dalam penyelesaian
kes Banglo Lim Guan Eng.

56. Kes P. Ramasamy dan pengganas LTTE perlu
ditangani dengan lebih tegas, tetapi kini sunyi
sepi.

57. A Kadir Jasin yang disiasat kerana dedah
perbelanjaan dan isteri YDPA dilantik
Penasihat PM, hingga kini kes sunyi sepi.

58. Lemah dalam menyiasat laporan mendakwa
syarikat konsesi Terowong Pulau Pinang
setuju untuk memberi 10% kepentingan

dalam syarikat mereka kepada seorang
menteri DAP untuk menerima projek mega
yang akhirnya akan bernilai berpuluh bilion.
Pemimpin DAP berjanji untuk
menganugerahkan projek berbilion ringgit ini
kepada syarikat konsesi terbabit sebelum
tender yang kononnya tender terbuka
dilaksanakan.

59. Tidak telus soal pinjaman dari Jepun & China,
rakyat wajar dimaklumkan secara terperinci
Bon Samurai dan Bon Panda.

60. Pinjaman Bon Samurai adalah RM7.3 bilion
tetapi jumlah masuk yang direkodkan kerajaan
Pakatan hanya RM7.06 bilion. Persoalan ke
mana RM 200 juta lagi belum dijawab.

61. RM500,000 untuk turunkan logo ‘1Malaysia’
seharusnya disalurkan kepada golonganlebih
memerlukan seperti nelayan dan penoreh getah.

62. Keseluruhan kabinet kerajaan Pakatan perlu
segera untuk isytiharkan harta dengan jujur,
bukannya dengan manipulasi definisi istilah
aset tertentu.

63. Kewujudan golongan ‘establishment’ di balik
tabir yang terlalu berpengaruhmendobrak
fabrik institusi tradisi Melayu-Islam di Malaysia.

64. Jabatan Perangkaan Negara telah
mengeluarkan Indeks Pelopor (IP) yang
dikumpul untuk bulan Disember 2018,
memantau prestasi ekonomi ke hadapan dan
adalah petunjuk bagi keadaan ekonomi pada
jangkamasa yang akan datang ataupun
“leading indicator”, menunjukkan indeks ini
telah susut bagi tempoh 7 dari 8 bulan yang
dipantau selepas PRU14 iaitu dari Mei sehingga
Disember berbanding indeks yang semakin naik
sebelum itu. Ini menunjukkan angka negatif
untuk 6 bulan berturut-turut.

65. SST telah menyebabkan kos naik 10 peratus.

66. Pemansuhan GST telah menyebabkan kerajaan
hilang berpuluh-puluh bilion pendapatan.

67. SST tidak mampu mengelakkan ketirisan dan
penipuan cukai.

68. Peruntukan kepada Kementerian Kewangan
melonjak dengan berganda daripada RM38.1
bilion pada 2018 kepada RM68.4 bilion dalam
bajet 2019 sedangkan kementerian -
kementerian lain seperti Pertanian, Luar
Bandar, Pembangunan Usahawan, dan
Perumahan dikurangkan.

69. Menteri menuduh kerjasama PAS-UMNO
sebagai ‘perang ke atas bukan Melayu dan
bukan Islam’.

70. Menteri Kewangan tiada sijil akauntan
bertauliah (chartered accountant) dari
Australia.

71. Keputusan berkenaan cermin kenderaan gelap
tidak dirunding dengan pihak berkuasa yang
lain seperti polis.

72. Silap besar sifatkan matrikulasi sebagai ‘pintu
belakang’ untuk anak-anak Melayu dan
Bumiputera masuk universiti.

73. Dahulu sifatkan pekerjaan pemandu Grab dan
Uber serta 3D sebagai ‘tidak membanggakan’,
kini menyeru anak-anak muda memilih sektor
3D dan jangan memilih kerja.

74. Menyerang isu hutang kerajaan negeri
Kelantan dengan amat tidak matang, terlalu
emosional dan tidak rasional sama sekali.

75. Menyerang isu hutang kerajaan negeri Pahang
dengan amat tidak matang, terlalu emosional
dan tidak rasional sama sekali.

76. Menyerang Tengku Mahkota Johor sebagai
‘budak kecil yang bodoh’.

77. Menyuruh Tengku Mahkota Johor tutup mulut.

78. Khazanah luluskan penggabungan Axiata
(Celcom) dengan Telenor (DIGI) sedangkan
dahulu akan tuduh langkah sebegini sebagai
jual aset negara seperti Proton-Geely.

79. Menteri Pertahanan tidak cekap atasi isu sujud
di atas batu Karbala – boleh dilapik kain
seperti mana pemimpin lain lakukan, atau
tidak perlu solat di belakang Imam Syiah sama
sekali.

80. Menteri Kewangan Salah titik perpuluhan.

81. Kontroversi penghapusan pencen penjawat
awam tidak ditangani dengan cekap.

82. Langkah pengurangan kakitangan awam
sedang digerakkan.

83. Seruan Menteri Industri Utama supaya minum
minyak sawit tidak bijak untuk lonjakkan
eksport minyak sawit negara.

84. Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) kategori

bujang yang melampau (dan menghina) iaitu
27 sen sehari.

85. Bajet 2019 silap kerana mengunjurkan harga
minyak dunia pada tahap US$70 sedangkan
hingga Mac 2019 pun harga minyak dunia
masih tidak sampai ke tahap sepertiyang
diunjurkan. Akibatnya “compounded effect”
memberi kesan kepada pelaksanaan kerajaan.

86. Retorik penjawat awam ‘membebankan’
sangat kurang cermat dan memberi impak
negatif kepada motivasi dan moral jentera
pentadbiran negara.

87. Dulu kos projek LRT3 ialah RM9 bilion di
bawah BN sebelum Lim Guan Eng naikkan
menjadi kos RM31 bilion dan kemudiannya
“berjaya” turunkan kos menjadi RM16 bilion.

88. Tiada keberanian untuk saman kes tuduhan
RM18 bilion tuntutan GST ‘dicuri’.

89. Mata wang Ringgit gagal untuk diperkasakan,
malah tiada perancangan sistematik seperti
mana yang dijanjikan di halaman 18 Manifesto
Pakatan.

90. Pelaksanaan Bantuan Sara
Hidup (BSH) lebih
bermasalah berbanding
Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M), malah sekadar
menggunapakai data BR1M.

91. Skim insurans B40 (yang kini diberi nama
MySalam) menyaksikan kerajaan PH telah
mengizinkan syarikat insurans Singapura yang
besar (Great Eastern) untuk mendapat
pengecualian daripada syarat-syarat BNM bagi
menghadkan pemilikan asing dalam sektor
insurans negara dengan membayar RM2
bilion.

92. Ada cara lebih baik untuk mengumpul dana
melalui bon kerajaan, cara REIT PH akan
menyebabkan kerajaan rugi besar untuk
bertahun-tahun dan cuma akan memanfaatkan
sesetengah golongan (kroni) sahaja.

93. Lim Guan Eng umum syarikat judi Da Ma Cai
taja lawatan Ketua Polis Negara ke Turki.

94. Cadangan pemansuhan tol 11 malam hingga 5
pagi yang bercelaru dari segi pengumuman
dan meragukan dari segi ketelusan.

95. Cadangan caj kesesakan agak kurang
komprehensif dari segi impak positifnya.

96. Dari segi fokus mengurangkan jurang antara
kaya-miskin, tiadanya cukai ke atas orang kaya
seperti ‘Higher income tax’.

97. Tiada usaha untuk laksanakan ‘Capital gain
tax’.

98. Tiada usaha untuk laksanakan ‘inheritance tax’
ke atas orang kaya yang mewariskan kekayaan
kepada anak mereka – lalu yang kaya semakin
kaya, yang miskin makin miskin.

99. Insurans wajib masih samar buat golongan
B40.

100. FGV Holdings Bhd pula mencatat kerugian
besar RM1.08 bilion untuk tahun 2018
berbanding untung RM131 juta bagi tahun
2017 di bawah BN.

101. Axiata umumkan kerugian RM5.03 bilion
untuk tahun 2018 berbandingkeuntungan
RM909.48 juta untuk tahun 2017.

102. Syarikat Telekom Malaysia juga mengalami
kerugian buat pertama kalinya sejak 10 tahun
yang lalu.

103. Syarikat Boustead Holdings milik LTAT
juga melaporkan kerugian RM469.2 juta untuk
tahun 2018 berbanding untung RM436.2 juta
untuk tahun 2017.

104. Keuntungan IHH Berhad naik 5 kali ganda
untuk suku ke-4 2018 berbandingtahun
sebelumnya. Tetapi malangnya, kerajaan PH
jual IHH Berhad kepada Jepun pada bulan
November 2018 dengan harga RM8.42 bilion.

105. Ogos 2018, Khazanah jual syarikat
insurans Turki, Acibadem Sigort – RM1.25
bilion.

106. Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata
di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual
kepada Singapura dengan harga RM1.65
bilion.

107. Lebih setengah dari pegangan Khazanah
dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc
telah dijual kepada Filipina dengan harga
RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran.

108. Pada April 2019 Khazanah di bawah
Pakatan menjual saham TNB sebanyak RM1.05
bilion.

109. DRB-Hicom jual kepentingan 11% dalam
Modenas kepada syarikat Jepun, Kawasaki
yang kemudiannya membeli saham keutamaan
boleh tukar (CPS) Modenas, menjadikan
penguasaannya meningkat kepada 48%.

110. PH sering memberi alasan bahawa aset-
aset FELDA perlu dijual untuk membayar
hutang FELDA RM8 bilion. Harga jualan
minyak sawit mentah telah jatuh teruk selepas
PRU14 di persekitaran RM1,700 sehingga
RM2,000 satu tan – iaitu tidak jauh berbanding
kos pengeluaran FELDA di persekitaran
RM1,800 satu tan. Oleh kerana FELDA ada kos
operasi dan kos tetap, harga jualan minyak
sawit merupakan sebab utama pengaliran
wang tunai FELDA terjejas.

111. Menteri Hal Ehwal Ekonomi akhirnya
mengaku hutang RM8 bilion FELDA yang selalu
disebut-sebut oleh Pakatan sebagai telah
‘dirompak’ oleh BN sebenarnya dipinjam
semula kepada para peneroka FELDA sendiri.

112. Menara FELCRA yang dilancarkan oleh
Najib dijual oleh PH.

113. Projek TRX yang dituduh sebagai beban
kepada negara pada era BN kini dianggap
sebagai antara aset utama kerajaan.

114. Khazanah juga telah bersedia untuk
menjual pegangan mereka di dalam Bank
CIMB, syarikat telekomunikasi Axiata, UEM
Edgenta dan UEM Sunrise.

115. Pada bulan Disember 2018, Khazanah
mula menjual CIMB Bank dengan penjualan 63
juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli
yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta
atau harga RM5.78 satu saham. Sebelum
PRU14, harga saham CIMB adalah pada harga
RM7.30. Sudahlah harga saham merudum,
hasil jualan pula kurang RM86 juta.

116. Disebalik kesemua penjualan aset dan
kepentingan Khazanah Nasional, ia masih
bertindak menjual bon sebanyak RM2 bilion
pada Mei 2019.

117. April 2019, Axiata di bawah Pakatan jual
perniagaan digital mereka (Axiata Digital)
kepada Singapura dengan harga RM579 juta.

118. Hutang yang dipaksa ke atas peneroka
FELDA masih tidak dihapuskan samasekali.

119. Mengikut data rasmi Kementerian
Pertanian, harga telur ayam terus naik.
Sebelum PRU14, harga di ladang untuk telur
gred AAA adalah serendah 27 sen dan harga
gred C 24 sen. Tetapi harga telur gred AAA di
ladang pada Februari 2019 sudah naik 59.2%
sehingga 43sen.

120. Harga telur gred C naik 67% kepada 40
sen.

121. Menteri mendakwa boleh minum air terus
dari paip.

122. Menteri sekadar melontarkan idea dengan
mudah (contohnya nelayan perlu menanam
nenas di belakang rumah) tanpa kajian rapi
dan terperinci.

123. Masih tiada koordinasi yang sinergi rentas
kementerian seperti Pertanian, Industri
Utama, Pengangkutan, MITI, dan
Keusahawanan dalam merangka pelan
‘keselamatan makanan negara’ (Food
Security).

124. Rancangan alternatif monopoli beras
BERNAS masih perlahan.

125. Universiti Pertanian dicadang sedangkan
UPM sudah lama wujud.

126. Pelantikan Faiz Fadzil yang tiada
pengalaman sama sekali untuk terajui
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),
masih tiada pencapaian yang membanggakan.

127. LKIM tidak berjiwa besar dalam
merundingkan isu penahanan bot pukat tunda
dengan pihak kerajaan negeri seperti kes
Terengganu.

128. Janji 30% wanita dalam kabinet tidak
ditepati.

129. Kecekapan pelaksanaan KWSP Suri Rumah
agak mengecewakan.

130. Kurang cekap menangani isu perkahwinan
bawah umur.

131. Tidak efisien dalam menjelaskan isu khitan
anak perempuan.

132. Tidak cekap menangani isu projek RTS dan
tanah Sultan Johor di Bukit Chagar.

133. Tidak sepatutnya dibubarkan Pasukan
Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi, dan
Gangsterisme (Special Task Force for Anti-
vice, Gaming and Gangsterism STAGG).

134. Tidak sepatutnya dibubarkan Pasukan
Petugas Khas Jenayah Terancang (Special Task
Force on Organised Crime STAFOC).

135. Tidak sepatutnya dibubarkan Pasukan
Khas Taktikal Narkotik (Special Tactical
Intelligence Narcotics Group STING).

136. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin
Yassin mengumumkan seramai 200,000 orang
dijangka akan mendapat sijil
kewarganegaraan membabitkan pelbagai
kategori dan kes berbeza. Pengkritik
mempersoalkan kenapa perkara ini
melibatkan sejumlah pemohon yang sebegitu

ramai dan gusar mereka akan mempengaruhi
pola pengundian pada PRU akan datang.

137. Proses untuk menangkap Jho Low terlalu
perlahan, hingga menimbulkan keraguan
terhadap komitmen kerajaan.

138. Pertembungan dengan istana Johor tentang
isu pelantikan Menteri Besar Johor.

139. Pertembungan dengan istana Johor tentang
isu rombakan EXCO kerajaan negeri Johor.

140. Tiada perkembangan terkini kes
pembunuhan Imam muda Palestin, Dr. Fadi Al-
Batsh oleh ejen Zionis di Malaysia tahun lalu.

141. Tiada program dan data khusus untuk
membezakan prestasi penurunan kadar
jenayah di bawah Pakatan berbanding di
bawah BN sebelumnya.

142. Peruntukan kepada Kementerian
Pertahanan Malaysia dalambajet 2019
dikurangkan sebesar RM2 bilion berbanding
tahun 2018.

143. Tidak layak dipimpin Mat Sabu yang tiada

pengetahuan selok-belok pertahanan dan
dunia ketenteraan sama sekali.

144. Lemah dan bisu dalam berhadapan dengan
reaksi agresif Singapura yang menggugat had
pelabuhan Johor berhampiran perairan Tuas.
Jauh berbeza dengan Menteri Pertahanan
Singapura yang berdegar-degar mengeluarkan
ancaman keras.

145. Timbalan Menteri Liew Chin Tong terlalu
mesra Singapura, banyak program dengan
pihak Singapura, hinggakan bisu untuk
mengkritik sikap agresif Singapura
menceroboh had pelabuhan Johor di perairan
Tuas kita.

146. Menteri Pertahanan tidak cermat dan
terpaksa U-Turn dengan menarik balik
kenyataan berkenaan isu penjualan hotel
Royale Chulan kepada Singapura.

147. Menteri perlu berhenti mendedahkan
situasi pertahanan dalaman negara seperti
jumlah Sukhoi yang boleh beroperasi.

148. Menteri perlu berhenti merendahkan
kedudukan semasa ketenteraan negara

sebagai paling lemah di Asia Tenggara
sedangkan fakta tidak sedemikian.

149. Lembab dalam keputusan dan proses
pembelian pesawat tempur Multirole Combat
Aircraft (MRCA).

150. Cita-cita Menteri Mat Sabu untuk
mengeluarkan pesawat tempur buatan
Malaysia pada 2030 masih belum
diperjelaskan dengan teliti.

151. Lembab dalam keputusan dan proses
pembelian Multirole Support Ship (MRSS).

152. Pameran Antarabangsa Maritim dan
Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2019) kurang
tarikan.

153. Laporan kemungkinan pemerolehan aset
dengan Iran menjejaskan prospek
pemerolehan aset kita dengan negara seteru
Tehran seperti Kuwait.

154. Pendekatan Unilateral seperti
menamatkan KSCIP tanpa rundingan dengan
Arab Saudi perlu dielakkan pada masa
hadapan.

155. Kemaraan China di Laut China Selatan
wajib diambil serius, tidak cukup sekadar
nasihat kepada kuasa besar – strategi yang
ampuh perlu dirangka segera.

156. Kerajaan Pakatan juga meneruskan latihan
bersama Tentera Laut China di Selat Melaka
mulai 20 Oktober 2018 di saat berita
penahanan besar-besaran umat Islam Uighur
tersebar di seluruh dunia.

157. Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik
syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera
(LTAT), Boustead Holdings telah dijual kepada
syarikat Singapura dengan harga RM197 juta.

158. Tiada susulan perkembangan lawatan
Menteri Pertahanan ke Turki.

159. Menteri Pertahanan ‘syok sendiri’
umumkan penganjuran LIMA 2019 sebagai
‘yang terbaik dalam sejarah’.

160. Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus,
Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang
dipengerusikan bekas ketua audit negara
Ambrin Buang telah meniliti semua urus niaga
tukar tanah (land swap) melibatkan
Kementerian Pertahanan dan mengeluarkan
laporan bahawa terdapat keraguan di dalam
16 projek berlainan dengan syarikat-syarikat
berbeza sejak tahun 1997 yang melibatkan
1,187 hektar (2,933) ekar tanah Kementerian
Pertahanan bernilai RM4.75 bilion, tetapi tidak
jelaskan kepada rakyat perincian termasuklah
berapa banyak ia dilakukan ketika era Tun
Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

161. Peruntukan kepada sekolah dan kolej
swasta Cina berbanding kepada sekolah-
sekolah luar bandar yang jauh lebih
memerlukan.

162. Pengecualian PTPTN Zaman BN: Automatik
dapat pengecualian bagi pelajar cemerlang
Kelas Pertama, Zaman PH: Kena merayu untuk
pengecualian PTPTN.

163. Tarik-tali pengiktirafan Sijil UEC jangan
lagi diulangi.

164. Timbalan Menteri perlu berhenti daripada
lebih sudu dari kuah berbandingMenteri.

165. Tiada penjelasan tuntas berkenaan isu
keutamaan ahli IKRAM dalam lantikan posisi
berkaitan Kementerian tertentu.

166. Isu ‘Kiri’ dan ‘Komunisme’ dalam silibus
Sejarah perlu ditangani dengan cermat oleh
jawatankuasa pakar Sejarah, NGO, dan
intelektual awam.

167. Cubaan menghapuskan dominasi Melayu
Islam dalam silibus Sejarah wajib diperangi.

168. Seramai 12,000 orang pengawal
keselamatan sekolah ditamatkan
perkhidmatan.

169. Mekanisme bagi menangani isu ‘Guru Duka
Lara’ belum komprehensif.

170. MyBrain dan MyPhD perlu dihidupkan
kembali untuk merancakkan penyelidikan dan
pembangunan (R&D) negara.

171. ‘Tarik-tali’ Peminjam PTPTN wajib
dihentikan dan pelan pembayaran yang lebih
manusiawi perlu dibentangkan segera.

172. Pada April 2019 baru PTPTN cuba untuk
mendapatkan pandangan awam tentang
kaedah terbaik bagi mengutip hutang pelajar.

173. Pelan jangka panjang dan sederhana TVET
masih kabur.

174. Reformasi Universiti Awam (UA) masih
tidak jelas kelihatan, kuasa lantikan masih
berkisar di tangan Menteri.

175. Cubaan menyiasat salah urus kementerian
bertukar menjadi ‘serangan’ kepada Tan Sri
Muhyiddin yang merupakan bekas Menteri
Pelajaran.

176. Polemik Menteri Pendidikan menjawat
jawatan Presiden UIA meskipun didesak hebat
perlu dielakkan.

177. Tiada koordinasi dengan Menteri
Kesihatan untuk isu murid tidak divaksin.

178. Menteri jadikan Oxford sebagai ‘contoh’
pendidikan, timbul persoalan jati diri untuk
bangunkan dan perkasakan model tempatan.

179. Pertukaran nama daripada PERMATA
kepada GENIUS tidak perlu.

180. Peruntukan kepada Kementerian
Pembangunan Luar Bandar dipotong daripada
RM8.5 bilion pada 2018 kepada RM8.4 bilion
dalam bajet 2019.

181. Menteri hanya umumkan agihan
pembangunan luar bandar untuk negeri
Pakatan sahaja dalam masa yang berbeza
dengan agihan negeri pembangkang.

182. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk
Seri Rina Mohd.Harun turun berprogram
ketika menjelang PRK Semenyih.

183. Membuat dua lantikan politik dalam
MARA.

184. Tiada rancangan pemerkasaan kontraktor
kecil Bumiputera secara komprehensif setakat
ini.

185. Menteri menyebut ‘malu’ dengan Kampung
Baru yang majoritinya dihuni orang Melayu di
tengah-tengah ibu kota.

186. Menteri cuba mengubah demografi
Kampung Baru dengan keperluan dana sebesar
RM10 bilion.

187. Pemilihan Doraemon untuk dipamerkan
sempena Tahun Melawat Malaysia2020
menganaktiri kartun tempatan.

188. Timbalan Menteri ‘difitnah’ memilik ijazah.

189. Timbalan Menteri silap besar menuduh
Imam Jaafar ahlul bait sebagai pengamalSyiah.

190. Menteri Perumahan memuji ‘precast
technology’ ala-blok LEGO dalam pembinaan
rumah di Singapura sedangkan banyak pemaju
di Malaysia juga sudah menggunakan
teknologi yang sama.

191. Masih tiada program konkrit untuk isu
perumahan anak muda.

192. Harga rumah masih tidak diturunkan
dengan agresif.

193. Masih tiada program konkrit untuk isu
perumahan golongan M40.

194. Masih tiada kata putus yang jelas
berkenaan status 700,000 pemilikan asing di
Forest City, Johor.

195. Tiada kerelevanan apabila Menteri
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan pula yang keluarkan
kenyataan tentang kilang vaksin di Negeri
Sembilan.

196. Fuziah Salleh mendakwa Zuraida
Kamaruddin menyalahguna kuasa beliau
sebagai menteri dengan memberi arahan
kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP)
yang mengadakan pemilihan parti di Bandar
Tun Razak.

197. Pengenalan AWAS tidak dilaksanakan
dengan cermat bagi menunjukkan
perbezaannya dengan AES yang dituduh ‘zalim’
ketika era BN.

198. Malah jumlah kamera AES (AWAS) ada
dirancang untuk ditambah, bukannya
dihapuskan seperti yang dituntut ketika masih
menjadi pembangkang.

199. Kamera AWAS kini digambarkan sebagai
menepati Maqasid Syariah.

200. Pertembungan Menteri Pengangkutan
dengan PDRM kerana ingin menghapuskan
diskaun saman trafik sedangkan bagi Jabatan
Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit
Aman PDRM, langkah sedemikian akan
mengurangkan kutipan dengan mendadak
malah tidak akan dapat mengumpul hasil
saman.

201. Langkah simplistik menaikkan had laju
kenderaan.

202. Usaha ‘diplomasi kereta api’ dengan China
bagi menjadikan Malaysia hab pemasangan
kereta api di ASEAN masih kabur.

203. Wujud panduan kandungan liputan/ siaran
bagi negeri-negeri di bawah pentadbiran
pembangkang, jelas bersikap partisan.

204. Panduan ‘Liputan’ RTM mesti pro Kerajaan
Persekutuan.

205. ‘Tetamu’ RTM mesti ‘selari dengan aspirasi
kerajaan Persekutuan’.

206. Tokoh-tokoh agama/akademik/pakar
rujuk yang ingin dijemput RTM hendaklah
selari dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan.

207. Program RTM di lokasi tidak melibatkan
wakil politik kecuali yang memihak kerajaan
Persekutuan.

208. RTM Tidak dibenarkan terlibat dengan
program kerajaan negeri pembangkang.

209. Pegawai RTM tidak dibenarkan menjadi
emcee bagi acara kerajaan/agensi negeri
pembangkang sama ada secara percuma mahu
pun secara berbayar.

210. Penajaan dan sumbangan daripada
kerajaan pembangkang tidak dibenarkan
kepada RTM.

211. Masih tiada pelan penghapusan monopoli
Astro.

212. Syarikat Singapura Great Eastern akan
diberi akses kepada segala butiran peribadi
untuk semua rakyat Malaysia di dalam
golongan B40 di Malaysia iaitu dari pangkalan
data (database) iaitu 3.7 juta orang.

213. Menteri Usahawan tidak mengetahui beza
model dengan prototaip.

214. Silap besar pemahaman beza antara
‘kereta terbang’ dengan dron mahu pun ‘air
mobility’.

215. Sekatan kepada para pendakwah dan
penceramah yang tidak pro-Pakatan.

216. Persatuan Majikan Malaysia (MEF)
menjangkakan 30 ribu orang akan hilang kerja
pada 2019, berbanding sekitar 21 ribu orang
pada 2018.

217. Menyifatkan gaji minimum RM1100
‘terlalu tinggi’ untuk sesetengah sector.

218. Gaji minimum tidak serius diperkasakan.

219. ‘U-turn’ pengharaman tukang masak warga
asing.

220. Tiada impak nyata akan prestasi
kementerian dalam menurunkan kadar
pengangguran.

221. Tiada inisiatif yang agresif sama sekali
untuk hapuskan diskriminasi syarikat-syarikat
yang hanya mengambil pekerja berbahasa
Mandarin dan pekerja Cina sahaja.

222. Harga ubat masih mahal, diakui Menteri
sendiri.

223. Tiada data konkrit dan terperinci
mengenai harga ubat yang diturunkan dengan
signifikan di bawah Pakatan.

224. Klinik komuniti ada yang ditutup.

225. 34 Klinik 1Malaysia dilaporkan ditutup.

226. Kontroversi kenaikan Caj konsultasi klinik
swasta.

227. Tidak cekap tangani golongan anti-vaksin.

228. Isu menunggu lama untuk menjalani
latihan siswazah (housemanship).

229. Isu tempoh menunggu pesakit di hospital
belum ditangani dengan serius.

230. Sasaran mencapai nisbah seorang doktor
bagi 400 penduduk menjelang 2030 belum
disertai pelan komprehensif.

231. Isu kebajikan serta beban kerja kakitangan
profesional perubatan perlu diberi perhatian
serius.

232. Kakitangan SPAD
ditawarkan gaji dan
gred yang lebih rendah
daripada sebelumnya
oleh Kementerian
Pengangkutan.

233. Menteri Belia gagal
memutarbelit hakikat
bahawa kakitangan
SPAD ditawarkan gaji
dan gred yang lebih
rendah daripada
sebelumnya oleh
Kementerian Pengangkutan.

234. Usaha anjurkan konsert mungkar Kpop
BTS yang tidak membangunkan jati diri anak-
anak muda di Malaysia.

235. Penganjuran Konsert BTS ini bakal
mencetus konsert-konsert mungkar yang lain
sebagai susulan.

236. Pengisytiharan Mufti Perlis bahawa Islam
terancam bawah kerajaan Pakatan.

237. Perang terbuka Perdana Menteri dengan
Mufti Perlis yang disifatkan sebagai pekak.

238. Tiada proses penyertaan inklusif semua
pihak dalam penggubalan program Malaysian
Future Leaders School (MFLS) bagi
menggantikan BTN dan PLKN. Terdedah
kepada prospek perkaderan Parti Bersatu.

239. Peruntukan KBS dipotong daripada RM1.3
bilion kepada RM1 bilion dalam bajet 2019.

240. Menukar 1M4U kepada IMPAK.

241. Tindakan tidak cerdik mendedahkan gaji
Lim Teong Kim sedangkan itulah harga untuk
kualiti jurulatih professional bertaraf dunia.

242. Isu prioriti dan masalah pelaksanaan
promosi barangan & perkhidmatan usahawan
muda oleh Menteri Belia dan Sukan
(Hausbaum).

243. Kontroversi latihan atlet berprestasi tinggi
ke luar negara wajib diberi penilaian yang
sewajarnya, tidak patut menghampakan atlet.

244. MBM dan GPMS digelar ‘Macai Politik’
sebelum Menteri menarik balik kenyataan
sedemikian.

245. Dana kebajikan bekas atlet tidak diperkasa
hingga tiada pendaftaran baharu boleh dibuat,
hanya untuk menampung bekas atlet sedia ada
sahaja.

246. Peruntukan kepada Kementerian
Pembangunan Usahawan dikurangkan
daripada RM635 juta pada 2018 kepada
RM520 juta dalam bajet 2019.

247. Cadangan kereta terbang bukan untuk
tujuan komersial, kurang agresif, kurang
strategik.

248. Tiada rancangan terperinci Revolusi
Industri 4.0 untuk usahawan Bumiputera.

249. Tiada pembaharuan komprehensif dari
segi penstrukturan TEKUN Nasional.

250. Kerajaan PH Selangor meminjam daripada
kerajaan pusat PH untuk membeli SPLASH
dengan harga RM2.55 bilion. Najib
mengatakan ada kroni PH terlibat dalam
pembelian ini dan harga belian ialah 10 kali
ganda berbanding harga RM250 juta yang
dinilaikan oleh bekas Menteri Besar Selangor
Tan Sri Khalid Ibrahim. Oleh itu, air percuma
Selangor akan dihentikan dan tarifair Selangor

akan naik kerana perlu membayar balik
hutang kepada kerajaan pusat.

251. Tarif air cuba dinaikkan.
252. Perbicaraan kes Najib Razak tidak

dilakukan secara terbuka sedangkan tiada apa
yang perlu diselindungkan.

253. Lynas diteruskan sedangkan dahulu kuat
menentang dengan sentimen ketika menjadi
pembangkang.

254. Aktiviti bauksit diteruskan sedangkan
dahulu dikecam hebat ketika masih menjadi
pembangkang.

255. Jumlah penurunan harga barangan sangat
kecil, diakui Menteri sendiri tidak mencapai 30
hingga 40 peratus.

256. Harga makanan dan minuman di restoran,
kedai makan serta medan selera berterusan
melambung, diakui Menteri sendiri

257. 10 ribu restoran mamak menaikkan harga
makanan dan minuman, didedahkan Menteri
sendiri.

258. Menteri Datuk Saifuddin Nasution tiada
idea hinggakan terpaksa mohon bantuan Najib
Razak untuk tangani kenaikan harga barang
pada Januari 2019.

259. KPDNHEP gagal mengetengahkan
mekanisme pencegahan inflasi terbaharu.

260. Ambil jalan mudah salahkan kos-kos lain
yang mengakibatkan kenaikan kos sara hidup
rakyat iaitu kos ‘perumahan, pendidikan,
pengangkutan, bil utiliti, makanan, dan
kesihatan’.

261. Dahulu Pakatan bantah SOSMA, kini
meneruskan SOSMA.

262. Dahulu Pakatan bantah Akta Hasutan, kini
sebaliknya diteruskan.

263. Dahulu Pakatan bantah Akta POCA, kini
sebaliknya diteruskan.

264. Dahulu Pakatan bantah Akta POTA, kini
sebaliknyaditeruskan.

265. Dahulu Pakatan bantah Akta Majlis
Keselamatan Negara, kini sebaliknya
diteruskan.

266. Isu 18 perkara berkaitan Projek Tambakan
Laut Pulau Pinang yang dirujuk ke Majlis
Tanah Negara.

267. Peruntukan kepada Kementerian Kerja
Raya dipotong daripada RM7.7 bilion (2018)
kepada RM7.1 bilion dalam bajet 2019.

268. Menangguhkan janji menghapuskan tol
lebuh raya memandangkan langkah itu akan
menyebabkan kerajaan terpaksa membayar
pampasan melebihi RM400 bilion.

269. Isu kos pembinaan Lebuh Raya Pan Island
Link (PIL 1) Pulau Pinang.

270. Menteri Luar membuka ‘kotak Pandora’
dengan cuba menandatangani semua
Konvensyen Hak Asasi Manusia.

271. Tidak cermat dan tidak cekap dalam
memahami bahaya ICERD ke atas kedudukan
istimewa Melayu dan Bumiputera.

272. Lemah dalam memahami ancaman Statut
Rom ke atas kuasa dan kedaulatan negara
daripada ancaman puak pemisah.

273. Sikap konfrontasi terhadap 4 pensyarah
dalam isu Statut Rom bercanggah dengan
semangat kebebasan akademik.

274. Serangan terbuka kepada Istana Johor
dalam isu ‘U-turn’ Statut Rom adalah tidak
perlu kerana ia sepenuhnya keputusan di
tangan Perdana Menteri.

275. Apologetik dalam berhadapan dengan
reaksi agresif Singapura yang menggugathad
pelabuhan Johor berhampiran perairan Tuas.

276. Visi Malaysia dalam ASEAN dan OIC
setakat ini tiada beza dengan kerajaan
terdahulu.

277. Tindakan menyerah Pulau Batu Puteh
begitu sahaja kepada Singapura jangan
diulangi dalam kes rundingan HSR dan
semakan harga air.

278. Pengerusi DAP Tan Kok Wai jadi Duta Khas
ke China, sedangkan selama ini mengkritik
amalan melantik Duta Khas atas dasar politik.

279. Tan Kok Wai pula melantik ‘bekas ahli
DAP’ Hew sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO) untuk Pengerusi Majlis Perniagaan
Malaysia-China (MCBC) – satu jawatan yang
juga dibayar dengan wang Rakyat. Pelantikan
Hew jelas ialah satu lagi lantikan politik
walaupun manifesto PH telah berjanji untuk
tidak akan ada sebarang lantikan politik.

280. Hew pernah mengeluarkan kenyataan
bahawa Laut China Selatan adalah milik negara
China, tidak layak dilatik sebagai Pengerusi
Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC).

281. Timbalan Menteri Luar yang terang-terang
memanipulasi sijil tidak diiktiraf Cambridge
yang tidak wujud di Amerika, sedangkan
sepatutnya Cambridge di UK.

282. Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin
Abdullah tidak cermat, mengherdik dua
negara (yang dikatakan Amerika dan Arab
Saudi) di Twitter sebelum memadamnya.

283. Untuk separuh bulan pertama Oktober
2018, pakar penyelidik Intertek telah
melaporkan bahawa ekspot minyak sawit dari
Malaysia telah jatuh sebanyak 32.8%
berbanding bulan September 2018. Jumlah

ekspot minyak sawit untuk tempoh ini hanya
505 ribu tan iaitu jauh lebih rendah dari
ekspot 690 ribu tan pada tempoh yang sama
pada tahun 2017.

284. Tahun 2017 harga rasmi buah tandan
segar (BTS) sawit gred C di Sabah sebanyak
RM566 satu tan tetapi telah jatuh kepada
RM349 se tan pada awal November 2018 dan
kemudiannya jatuh lagi kepada RM311 satu
tan pada pertengahan November 2018.

285. Cukup bermasalah dengan cadangan
semberono peladang sawit gantikan dengan
buluh tanpa sebarang kajian terperinci dan
mendalam.

286. Lemah pengurusan eksport sawit negara
ke China, hinggakan China terlebih dahulu
membeli sawit Indonesia secara tanpa had.

287. Dari segi pendekatan lobi minyak sawit
terhadap Kesatuan Eropahpula kaedah
Kementerian Industri Utama masih ‘klise’,
tiada yang boleh dibanggakan.

288. Eksport negara merosot sebanyak 0.5%
pada Mac 2019.

289. Sibuk menukar nama Pusat Transformasi
Desa (RTC) kepada Pusat Komuniti Desa
(PKD).

290. Menteri Wilayah gagal dalam pengurusan
bazar Ramadan Jalan TAR.

291. Negara kita telah menjadi “sole loser”,
Bank Negara terpaksa menurunkan kadar
faedah dalam masa yang sama Amerika
menaikkan kadar faedah mereka.

292. Tindakan menurunkan kadar faedah ketika
Amerika menaikkan kadar mereka telah
mengakibatkan tekanan kepada Ringgit
Malaysia kerana jurang perbezaan kadar
faedah kita dengan Amerika Syarikat sudah
terlalu dekat.

293. Usaha menukar nama Kedai Rakyat
1Malaysia kepada Kedai Harapan yang
hakikatnya bukan keperluan.

294. Penoreh getah belum dibantu dengan
agresif dan komprehensif.

295. Menteri Industri Utama masih tiada
rancangan jangka panjang yang komprehensif.

296. Kempen Sayangi Sawitku yang tidak
berimpak tinggi sama sekali dan tiada hala tuju
yang komprehensif.

297. Menteri Teresa Kok tidak layak, tidak
memiliki latar kepakaran samasekali untuk
menerajui kementerian Industri Utama.

298. Tenaga Nasional mengumumkan kerugian
untuk suku ke-4 tahun 2018. Walaupun telah
naikkan tarif elektrik pada 1 Julai 2018, TNB
rugi RM134 juta pada suku ke-4 2018
berbanding untung RM1.72 bilion pada suku
yang sama tahun 2017.

299. Surcaj elektrik untuk semua pengguna
komersial telah dinaikkan. Surcaj ini telah
hampir berganda dari 1.35 sen/kWj kepada
2.55 sen/kWj.

300. Kenaikan surcaj elektrik bermaksud bil
elektrik untuk semua pengguna ini akan naik
sehingga 5.3%.

301. Setakat ini sudah dua kali kenaikan surcaj
elektrik selepas Pakatan menjadi kerajaan:
pertama kali pada Julai 2018 dengan surcaj
1.35 sen/kWj atau kenaikan bil elektrik
sehingga 6% yang telah memberi kesan
kepada pengguna domestik dan bukan
domestik.

302. Isu perubahan waktu operasi UTC
mengundang kemarahan rakyat.

303. Terdapat rungutan kenaikan sewa premis
di UTC seperti di Labuan.

304. Dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan
individu Qatar melabur RM1.6 trilion (AS$400
bilion) termasuk di Malaysia dalam projek
kereta nasional ketiga.

305. Menteri Wilayah menyifatkan Himpunan
Bantah ICERD sebagai boleh merosakkan
Dataran Merdeka.


Click to View FlipBook Version