306. Menteri MITI tidak cekap tangani Perang
Perdagangan Amerika-China, setakat ini cuma
tunggu dan lihat, tidak proaktif.
307. Pelaburan langsung asing (FDI)
mencatatkan kejatuhan 3 kali ganda bagi suku
kedua dan ketiga 2018 dengan jumlah RM6.7
bilion berbanding tempoh sama pada tahun
2017 iaitu RM20.4 bilion.
308. Indeks Pengeluaran PerindustrianMalaysia
merosot kepada 3.1% pada tahun 2018;
terendah dalam tempoh 7 tahun.
309. Jumlah pelancong dari China ke Malaysia
jatuh sebanyak 35 peratus apabila Pakatan
ambil alih.
310. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,
Datuk Mohamaddin Ketapi, mendakwa beliau
tidak memiliki harta untuk diisytiharkan
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM). Malah, Ahli Parlimen Silam
daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu
turut mengakui dirinya sebagai ‘orang miskin’
dan tidak mampu memiliki aset walaupun
sebuah kereta atau rumah.
311. Lantikan politik melampau dalam Yayasan
Dakwah Islamiah (YADIM).
312. Menuduh Tabung Haji (TH) mengalami
defisit RM4.1 bilion kerana terlebih bayar
dividen untuk 4 tahun berturut-turut
walaupun telah diaudit dan diluluskan oleh
Jabatan Audit Negara setiap tahun.
313. Kecenderungan penyalahgunaan istilah
‘Maqasid Syariah’ untuk tujuan apologetik
dengan ahli politik tertentu yang sememangnya
rasis anti-Islam, ultra-kiasu.
314. Menteri perlu cermat dalam melontarkan
pandangan seperti isu istilah ‘Hifz Din’.
315. Menteri jangan apologetik dalam isu LGBT.
316. Dr. Ilyani yang jelas mengatakan
kebenaran diberikan ingatan, tidak dijemput
untuk sesi penerangan oleh mana-mana
Menteri sama sekali. Golongan LGBT
sebaliknya lebih disantuni Menteri.
317. Menteri bukan Islam tidak sepatutnya
perkecilkan usaha pakaian patuh Syariah.
318. Isu kontroversi subsidi Haji rayuan dan
pengiring yang tidak sepatutnya timbul.
319. Apologetik dalam isu penghinaan ke atas
Nabi Muhammad S.A.W.
320. Tidak pernah menegur dengan keras
golongan seperti Siti Kasim dan G25.
321. Pemerkasaan mahkamah Syariah dan
RUU355masih belum dirundingkan secara
komprehensif.
322. Kontroversi Peguam Negara dan (bekas)
Ketua Hakim Negara menari dengan Ambiga
dan Siti Kasim.
323. Lembab dalam penggubalan akta
pembiayaan dana politik.
324. Waythamoorthy tidak sepatutnya dilantik
menjadi Menteri Perpaduan berdasarkan
rekodnya.
325. Menteri Perpaduan Silap besar apabila
mempersoalkan pihak keselamatan negara
secara terbuka dalam kes kuil di Seafield.
326. Menteri Perpaduan Didesak letak jawatan
oleh jutaan rakyat Malaysia.
327. Boustead Plantations di bawah LTAT yang
sering kali untung besar saban tahun telah
mengalami kerugian selepas PRU14. Boustead
Plantations untung RM620 juta pada tahun
2017 di bawah BN berbanding kerugian RM52
juta tahun 2018 di bawah Pakatan.
328. Boustead Plantations mengumumkan
bahawa mereka akan jual tanah miliknya yang
berharga RM1.2 bilion pada April 2019.
329. Penjualan Boustead jatuh 23.2% selepas
Pakatan ambil alih Putrajaya.
330. Tiada inisiatif perpaduan negara sama
sekali.
331. Pakar berpendapat Projek Bandar
Malaysia boleh mendatangkan pulangan
sekurang- kurangnya RM90 bilion jika pelan
asal era BN diteruskan.
332. FGV dan Tabung Haji bawah Pakatan cuba
menjual aset ladang sawit bernilaiRM4.13
bilion di Kalimantan, Indonesia.
333. MOU Pakatan dengan China di mana China
berjanji untuk membeli 1.9 juta tan minyak
sawit dari Malaysia dalam tempoh lima tahun
akan datang adalah berdasarkan rundingan
dan perjanjian asal dengan China oleh kerajaan
BN semasa Najib Razak masih PM pada tahun
2015.
334. Tidak telus tentang pembiayaan lawatan
Anwar Ibrahim ke luar negara, adakah dibiayai
wang pembayar cukai?
335. Had harga (price cap) petrol RON95 telah
dirancang untuk dihapuskan.
336. Timbalan Menteri Kewangan Pakatan
terpaksa mengaku di Dewan Negara bahawa
hutang rasmi negara telah naik ke RM741
bilion (51.8% daripada KDNK) pada akhir
tahun 2018 berbanding RM686.8 bilion
(50.8% daripada KDNK) pada akhir tahun
2017. Bertentangan dengan pendirian hutang
RM1 trilion Menteri Kewangan.
337. Cadangan ‘pemutihan’ penjawat awam
untuk dibersihkan daripada bekas penyokong
BN adalah melampau.
338. Pengenalan cukai gula mulai Julai 2019.
339. Pengenalan cukai levi pelepasan RM40
seorang.
340. Pengenalan cukai baharu kereta import
terpakai antara 20 ke 39 peratus sejak Mac
2019.
341. Pengumuman ‘bail-out’ besar-besaran
untuk Tabung Haji dan FELDA mengakibatkan
syarikat penarafan antarabangsa memberi
amaran untuk menurunkan penarafan kredit
negara kita.
342. Cadangan Felda beli tanah peneroka
melalui proses voluntary buyout dan ubah
felda jadi lading bona fide cukup menggugat
kepentingan pemilikan tanah para peneroka.
343. FGV ketika di bawah BN pada 2017
mencatatkan kenaikkan 60% dari segi
keuntungan sebelum cukai kepada RM417 juta
dari RM260 juta pada tahun 2016. Namun
selepas PRU14, hasil jualan FGV jatuh
sebanyak RM3.5 bilion lalu mengakibatkan
FGV rugi RM1.07bilion.
344. 6,000 pekerja FGV bakal menjadi mangsa
diberhentikan kerja dalam tempoh 3 tahun.
345. Pakatan menuduh
defisit RM4.1 bilion
Tabung Haji berpunca
daripada tindakan BN
‘terlebih bayar’ dividen
kepada pendeposit.
Menjerat Pakatan sendiri
di mana sebelum ini
wang ini dituduh
sebagai telah dicuri.
346. Keengganan Menteri
Hal Ehwal Agama
mengadakan Suruhanjaya
Siasatan Diraja (RCI)
untuk “rompakan”
RM17.8 bilion Tabung
Haji membenarkan
jawapan Najib Razak
bahawa tiada kecurian
yang berlaku.
347. Isu kuota tambahan haji hilang tidak
dijawab tuntas oleh Menteri terhadap tuduhan
Najib Razak.
348. Dalam isu pemulangan semula wang
pelaburan 1MDB kepada IPIC, Kerajaan PH
hanya mahu menuntut US$1.7 bilion ini
melalui DOJ (Amerika Syarikat) sedangkan
kerajaan BN dahulu mahu menuntut balik
SEMUA US$4.5 bilion yang didakwa hilang
setelah dipindah kepada IPIC atau dijamin oleh
mereka.
349. CEO FGV lantikan Pakatan sendiri akui IPO
FGV bukan punca masalah FELDA.
350. Usaha meminda Perlembagaan berkaitan
Sabah dan Sarawak telah gagal di Parlimen
pada 2019.
351. Tiada konsultasi yang komprehensif
dengan para pemimpin dan DUN Sabah serta
Sarawak sebelum Pindaan Perlembagaan
berkaitan Sabah dan Sarawakdikemukakan.
352. Menteri Kewangan minta bajet tambahan
RM19.6 bilion untuk tahun 2018 – kerana
terlebih berbelanja.
353. Menteri Kewangan silap memperkecilkan
negara Sweden sebagai pusat timbang tara
(arbitration center) untuk perjanjian antara
Malaysia dengan China projek Belt and Road
(BRI).
354. Bantuan Bakti Negara (ketika era BN),
pesara tentera diberi RM1200. Sebaliknya,
Bantuan Harapan Negara oleh Pakatan
dipotong kepada RM500.
355. Laporan Jabatan Perangkaan Negara
menunjukkan Indeks Pelopor (Leading Index)
telah susut dalam 9 dari jumlah 10 bulan yang
dipantau selepas PRU14 iaitu dari Mei 2018
sehingga Februari 2019.
356. Jumlah pinjaman domestik dan asing oleh
kerajaan Pakatan untuk 3 bulan pertama
tahun 2019 adalah RM36.4 bilion, jauh lebih
tinggi berbanding zaman BN untuk tempoh
sama (2017: RM12.9 bilion, 2016: RM11.1
bilion).
357. 135 pekerja FELDA Engineering Services
Sdn Bhd danFELDA Properties Sdn Bhd.
kehilangan pekerjaan kurang sebulan sebelum
Hari Raya Aidilfitri 2019.
358. Dalam keadaan kita memiliki agensi-agensi
seperti PR1MA dan SPNB yang berpengalaman
menyediakan rumah mampu milik, kini
sebaliknya China diharapkan untuk bina 100
ribu rumah mampu milik.
359. Kerajaan Pakatan merancang untuk
memansuhkan PR1MA, antara pelopor projek
perumahan kos rendah.
360. Import merosot kerana ringgit lemah dan
kejatuhan pasaran saham. Dari segi bulan ke
bulan, ia jatuh sebanyak 3.5% pada November
dan 5.4% (Disember), menaik 1.4% pada
Januari sebelum merosot sebanyak 24.8%
pada Februari.
361. Bank DBS, iaitu bank terbesar di Singapura
telah menurunkan penarafan bon pinjaman
Kerajaan Malaysia pada 1 Mei 2019.
362. Indeks pembuatan Malaysia sekarang pada
kadar paling teruk berbanding 15 negara-
negara di Asia (Nikkei).
363. Keyakinan pihak industri untuk 6 bulan
pertama tahun 2019 berada pada tahap yang
paling rendah dalam sejarah.
364. Aliran keluar dana asing dari negara adalah
yang terbesar di ASEAN. Sejumlah RM2.76
bilion dana asing keluar dalam tempoh empat
bulan pertama tahun 2019 sahaja.
365. KNDK negara untuk suku pertama 2019
adalah antara 3.8% hingga 4.2% di mana
kadar bawah 4% adalah paling rendah sejak
10 tahun yang lalu.
Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)