193 9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan. 10. Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan, Permainan. 11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli. 12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah dalam lawatan atau projek yang dijalankan. 13. Memastikan semua murid yang menyertai atau memberi khidmat dalam sebarang aktiviti peringkat sekolah, daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan mendapat sekurangkurangnya sijil penyertaan. 14. Bertanggungjawab menyediakan laporan penglibatan dan pencapaian ahli (Lampiran 12). 15. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli. 16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili. 17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya. 18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli. 19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. 20. Mempastikan semua AJK kelab / persatuan / rumah sukan yang diselia mendapat sijil penghargaan pada akhir tahun. 21. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. 22. Menyediakan rekod kehadiran dan aktiviti seperti dalam buku panduan perjumpaan kokurikulum dan menyerahkannya kepada Penolong Kanan/SU Ko-kurikulum penyelaras seperti ketetapan dalam Takwim Sekolah. 23. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. Tanggungjawab Guru Kelab Permainan / Rumah Sukan 1. Mengadakan mesyuarat dan membentuk jawatankuasa. 2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam permainan. 3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar. 4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi. 5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah. 6. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah. 7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar. 8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah. 9. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai. 10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan. 11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan murid. 12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan. 13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan. 14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan.
194 15. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/negeri, wakil daerah/negeri dan negara) 16. Memastikan semua murid yang menyertai atau memberi khidmat dalam sebarang aktiviti sukan peringkat sekolah, daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan mendapat sekurang-kurangnya sijil penyertaan. 17. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, kebudayaan & Sukan; Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/Sukan. 18. Menyediakan rekod kehadiran dan aktiviti seperti dalam buku panduan perjumpaan kokurikulum dan menyerahkannya kepada Penolong Kanan/SU Ko-kurikulum penyelaras seperti ketetapan dalam Takwim Sekolah. Tugas dan Tanggungjawab Guru Pengiring 1. Mempastikan setiap murid mendapat kebenaran mengikuti aktiviti tersebut dari ibubapa/ penjaga masing-masing. 2. Surat kebenaran ibu bapa hendaklah telah ditandatangani oleh ibu bapa dan disahkan oleh pentadbir sekolah SEBELUM murid boleh ikut serta. 3. Senarai peserta hendaklah TELAH disahkan oleh pentadbir dan disebarkan untuk makluman semua khususnya PK HEM dan Guru Kelas sekurang-kurangnya sehari sebelum aktiviti dilangsungkan. 4. Murid yang mempunyai markah Demerit melebihi 300 @ digantung sekolah TIDAK DIBENARKAN mewakili sekolah. 5. Guru pengiring mesti berada dalam bas bersama murid @ mengekori bas yang membawa murid jika bas sudah penuh. 6. Menguruskan pengangkutan dan makan minum untuk murid terlibat. 7. Senarai peserta (jika murid asrama terlibat)hendaklah diserahkan kepada penyelia asrama / Ketua warden. 8. Guru pengiring mesti berada dalam bas bersama murid @ mengekori bas yang membawa murid jika bas sudah penuh. 9. Memastikan bekalan ubatan dan kecemasan dibawa bersama. 10. Mengambil kedatangan murid sebelum bertolak ke dan sesudah sampai ke mana-mana destinasi. 11. Memastikan kehadiran setiap murid yang terlibat dengan lawatan/ aktiviti sepanjang lawatan/ aktiviti diadakan. 12. Memastikan semua murid yang menyertai atau memberi khidmat dalam sebarang aktiviti peringkat sekolah, daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan mendapat sekurangkurangnya sijil penyertaan. 13. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari masa ke masa.
195 EDITOR BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2024/2025: ### SENI REKA GRAFIK KULIT BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2024/2025: ###
196