The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAMERAN BERTEMA RAMADHAN
PUSAT SUMBER BAITUL HIKMAH
SAM JERAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by umikalsomabdulrahman90, 2022-04-04 01:31:38

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

PAMERAN BERTEMA RAMADHAN
PUSAT SUMBER BAITUL HIKMAH
SAM JERAM

Solat Sunat Witir

Disunatkan melakukan solat sunat witir 3 rakaat (dua salam) selepas
selesai tarawih. Bermula malam ke 16 Ramadhan disunatkan membaca doa

qunut di dalam solat ini.

“Sahaja aku solat sunat Witir dua/satu rakaat sebagai
imam/makmum kerana Allah Ta’ala”.

Susunan Surah Solat Sunat Witir









• Takwim Hijrah didasarkan pada orbit bulan
mengelilingi bumi dan awal setiap bulan ditetapkan
saat terjadinya hilal (bulan sabit).

• Kaedah penentuan saat terjadinya hilal yang
digunakan ketika ini ada dua, iaitu kaedah penglihatan
dengan mata kasar (rukyah) dan kaedah perhitungan
astronomi (hisab).

• Sesetengah negara menggunakan rukyah sahaja
manakala sesetengah yang lain menggunakan hisab
sahaja. Dunia Melayu amnya menggunakan kedua-dua
kaedah sekaligus.

Tarikh Melihat Anak Bulan Tahun 2022







Lokasi Melihat Anak Bulan

• Lokasi berkenaan ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi,
Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok
Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

• Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; Kuala Langat, Balai
Cerap Selangor dan Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim
Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak serta Pusat Falak Sheikh Tahir,
Pantai Aceh, Pulau Pinang.

• Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
dan Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah serta Bukit Besar, Kuala
Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai
Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

Lokasi Melihat Anak Bulan

• Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur,
Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku
Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan serta Esplanade Luak, Miri; Teluk
Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

• Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan
Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil,
Putatan, Sabah; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus
Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur: Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Peristiwa Semasa Ramadan

Turunnya Al-Quran (Nuzul Quran)

• Al-Qur’an diturunkan dalam bulan Ramadhan
sebagai petunjuk bagi manusia dari kegelapan
menuju cahaya. Dengan Al-Quran ini, Allah
memperlihatkan kepada mereka kebenaran (Al-
Haq) dari kebatilan.

• Para ulama bersetuju bahawa al-Quran mula
diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya
kurang jelas. Ahli Sunnah Wal Jamaah
berpendapat bahawa al-Quran diturunkan pada
malam Jumaat, 17 Ramadan; oleh itu 17
Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu
(Nuzul Quran) buat pertama kalinya.

Lailatul Qadr

• Lailatul Qadar (malam ketetapan), ialah satu malam
yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini
dikatakan, dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, lebih
baik daripada seribu bulan.

• Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui
namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada
10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada
salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25,
27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang
menganggap ia berlaku pada malam genap seperti
malam 24 Ramadan.

• Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini
dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang
malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir.

Puasa Ramadan

• Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa
setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah
terbenamnya matahari (maghrib).

• Selama berpuasa, mereka harus menahan diri
daripada makan, minum dan perkara-perkara lain
yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu
berbuka.

• Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2
Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut
bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.

• Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa.
Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa
orang Islam dengan puasa lain.

• Semasa berbuka puasa (iftar), disunatkan pula
berbuka dengan makanan atau minuman manis serta
tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk
menjamu orang lain berbuka puasa.

Solat Terawih

• Sepanjang bulan Ramadan, umat Islam akan
melaksanakan ibadah solat tarawih selepas
menunaikan solat Isyak, solat khusus ini hanya
dilakukan pada bulan Ramadan dan tidak
terdapat pada bulan-bulan lain.

• Walaupun Solat Terawih dapat dilaksanakan
bersendirian, namun secara lazimnya ia
dilakukan secara berjama'ah di masjid-masjid.

Zakat Fitraah

• Zsbeuallkeaasnat iRfnitayrmaahSadioaallanathaStzauaunkaapttaHlyinaagnriglRadmaikybeaal.ut asrekbaenlukmhusus pada
• mSeetmiabpaiynadrivzidaukamt juesnliisminyia. ng berkemampuan wajib
• Niaillaahi zsaaktuatgfaitnrtaahngyamngakhaanrauns rduikjiedlui adrakearnahper individu

bersangkutan. Jumlah ini adalah setara dengan 2.70
kg beras.

Sahur

Ketika bersahur, kita digalakan untuk makan mengikut anggaran
yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa
kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit
pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa.
Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah
kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah
sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita
mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai
ganjaran.
Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik
makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu
Hibban & Baihaqi
Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur,
Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji
kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi
perut.
Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang
Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal
melaungkan azan Subuh.

Tadarus Al-Qur’an

• Pada bulan puasa, semua amal ibadah yang
kita lakukan akan berlipat ganda pahalanya,
termasuk tadarus Alquran.

• Segala amal ibadah yang dilakukan pada bulan
Ramadan ini akan diberikan pahala yang
berlipat ganda oleh Allah SWT, tak terkecuali
tadarus Alquran, yang merupakan ibadah yang
paling dianjurkan untuk diamalkan, di bulan
penuh keampunan ini.

• Seperti yang diriwayatkan oleh Iman At-
Tarmidji dalam hadis Rasulullah SAW,
dengan membaca satu huruf Alquran, maka
Allah SWT akan melipatgandakan pahala kita
dengan 10 kebaikan. Bagaimana jika kita
membaca lebih dari satu huruf? Tentunya
akan banyak sekali pahala yang akan kita
dapat.




Click to View FlipBook Version