The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Semoga bermanfaat kepada semua calon SPM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-70038982, 2022-10-09 21:49:30

NOTA TATABAHASA SPM

Semoga bermanfaat kepada semua calon SPM

Keywords: TATABAHASA BAHASA MELAYU

FORMAT DAN KEPERLUAN SPM

Oleh : Cikgu Nurfaraliza binti Hamzah,
GC Bahasa Melayu, SMK Taman Desa Jaya.

1. Soalan-soalan tentang aspek Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa dikemukakan dalam

Kertas 2 (1103/2), pada soalan 1 hingga 5.

2. Lima jenis soalan dikemukakan pada bahagian ini, meliputi aspek-aspek :

(i) morfologi

(ii) sintaksis

(iii) ejaan dan imbuhan

(iv) kosa kata atau istilah dan tatabahasa

(v) Bahasa Melayu standard

(vi) peribahasa

3. Soalan terbahagi kepada :

Soalan 1 : Membina ayat bagi jenis perkataan yang diberikan

Soalan 2 : Sintaksis (Menukarkan ayat)

- Subjek dan predikat

- Jenis-jenis ayat (penyata/tanya/perintah/seruan)

- Ragam ayat (aktif/pasif)

- Susunan ayat (susunan biasa/songsang)

- Binaan ayat (dasar/majmuk/terbitan)

- Penerbitan ayat

Soalan 3 : Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan

: Membetulkan kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan

bahasa

- kesalahan perbendaharaan kata

- kesalahan kelas kata

- kesalahan pengimbuhan

- kesalahan pemajmukan

- kesalahan frasa dan struktur ayat

Soalan 4 : Menukarkan Bahasa Melayu Klasik Kepada Bahasa Melayu Standard

- bahan prosa klasik antologi tingkatan 4,5 sahaja

Soalan 5 : Peribahasa

- memberi maksud peribahasa

- mengisi tempat kosong
- menyatakan peribahasa berdasarkan situasi
- menyatakan peribahasa berdasarkan maksud atau hampir sama

maksud
- memberi peribahasa sama maksud atau hampir sama maksud
- memberi peribahasa berlawanan maksud
*TIADA SOALAN MEMBINA AYAT BERDASARKAN PERIBAHASA

DSKP
TINGKATAN 4

5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul
mengikut konteks.

Bentuk Kata

Kata tunggal Kata terbitan Kata majmuk Kata ganda

KATA TUNGGAL
- bentuk kata yang wujud sebagai satu kata dasar, dengan tidak menerima sebarang bentuk
imbuhan atau digabungkan dengan kata dasar yang lain.
Contoh : kuda, guru, setia, buta
- terdapat kata tunggal yang mempunyai satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi
dua suku kata atau lebih.
Contoh : tong (satu suku kata)

baju (dua suku kata)
kelapa (tiga suku kata)
masyarakat (empat suku kata)
- kata akronim juga tergolong dalam kata tunggal. Akronim ialah penggabungan huruf awal suku
kata atau huruf awal yang membentuk perkataan baharu yang bermakna.
Contoh : pawagam (panggung wayang gambar), kugiran (kumpulan gitar rancak), Mara (Majlis
Amanah Rakyat)

KATA MAJMUK
- dua kata dasar digabungkan menjadi satu unit yang membawa satu makna khusus.
Contoh : alat tulis, tengah hari, bulan madu, matahari
- Dalam bahasa Melayu, ejaan kata majmuk lazimya terpisah, namun terdapat beberapa
kekecualian kerana penggunaannya yang sudah mantap, iaitu ;

antarabangsa suruhanjaya sukarela olahraga
setiausaha jawatankuasa bumiputera pesuruhjaya
tandatangan kakitangan kerjasama matahari
beritahu tanggungjawab warganegara

- kata majmuk yang digandakan melibatkan suku kata pertama sahaja, kecuali bagi bentuk

yang telah mantap.

Contoh : alat tulis alat-alat tulis

setiausaha setiausaha-setiausaha

- kata majmuk yang menerima imbuhan awalan dan akhiran, ejaannya tetap terpisah.

Contoh : kuat kuasa berkuat kuasa (imbuhan awalan)

penguat kuasa (imbuhan awalan)

- kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaannya menjadi rapat.

Contoh : kuat kuasa menguatkuasakan (imbuhan apitan)

penguatkuasaan (imbuhan apitan)

Kata Majmuk

Rangkai kata bebas Istilah khusus Kiasan/simpulan bahasa

air mata graf garis cakar ayam
jalan raya kanta mata anak emas
Ketua Menteri pita suara buku lima
urus niaga janji temu pendek akal

5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut konteks.

KATA TERBITAN
- kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan.

Jenis Imbuhan

awalan akhiran sisipan apitan

i) kata terbitan awalan ialah imbuhan yang dicantumkan pada awal kata dasar dan membentuk

kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.

Contoh : pelari (kata nama terbitan)

membakar (kata kerja terbitan)

secantik (kata adjektif terbitan)

ii) kata terbitan akhiran ialah imbuhan yang dicantumkan pada akhir kata dasar dan membentuk

kata nama terbitan dan kata kerja terbitan.

Contoh : seniman (kata nama terbitan)

ambilkan (kata kerja terbitan)

iii) kata terbitan sisipan ialah imbuhan yang menyisip pada bahagian tengah kata dasar dan

membentuk sisipan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Contoh : seruling (kata nama terbitan)

jelajah (kata kerja terbitan)

gemilang (kata adjektif terbitan)

iv) kata terbitan apitan ialah imbuhan yang menggabungkan imbuhan awalan dan imbuhan

akhiran untuk membentuk apitan kata nama, apitan kata kerja dan apitan kata adjektif.

Contoh : pelaksanaan (kata nama terbitan)

mempercayai (kata kerja terbitan)

kebaratan (kata adjektif terbitan)

Penggunaan imbuhan yang berbeza akan menyebabkan makna sesuatu perkataan berbeza.

Contoh :

Perkataan Maksud

daki 1. kotoran yang melekat pada badan (pakaian dll)

daki ; mendaki 1. memanjat

2. menuju ke puncak (gunung, bukit dsb) atau ke bahagian yang makin

tinggi

3. makin menaik atau meninggi

mendakikan memanjatkan, menaikkan, memajukan

terdaki dapat mendaki (didaki)

pendakian 1. perihal atau perbuatan mendaki, pemanjatan

2. tempat yang mendaki (menaik)

berpendakian mempunyai tempat mendaki

pendaki orang yang mendaki

Nota tambahan :

1. Imbuhan awalan di- pada kata kerja pasif hanya digunakan untuk kata ganti nama diri
ketiga.

Pokok itu ditebang oleh ayah. ()
Pokok itu ditebang oleh kami. ()

2. Kata kerja yang berimbuhan di- mesti ditulis secara rapat.

ditampar dipadam diketuk

3. Awalan ke- dan akhiran -an yang digabungkan dengan angka, harus diletakkan tanda

sempang (-). 50-an 1990-an
ke-40

4. Kata sendi nama tidak boleh digunakan selepas kata adjektif yang menerima imbuhan se-
kerana awalan se- telah membawa maksud sama dengan.

Hayati secantik dengan ibunya. ()
Hayati secantik ibunya. ()

5. Kata terbitan yang berasal daripada kata dasar adjektif tidak perlu diakhiri imbuhan -kan
apabila menerima imbuhan awalan memper- dan diper-.
mempercantikkan () memperdalam ()
diperindahkan () memperkukuh ()

Nota tambahan :

1. Kata sendi nama tidak perlu digunakan selepas kata yang menerima imbuhan apitan ber-
…-kan, men-…-kan dan men-…-i kerana imbuhan akhiran -kan dan -i itu telah mendukung
fungsi kata sendi nama seperti dengan, akan, tentang, atau pada.

Gelandangan itu tidur hanya beralaskan dengan kepingan kotak. ()
Gelandangan itu tidur hanya beralaskan kepingan kotak. (√)
Gelandangan itu tidur hanya beralas dengan kepingan kotak.(√)

Bekas perajurit negara itu menceritakan tentang kisah perjuangannya kepada
wartawan itu. ()
Bekas perajurit negara itu menceritakan kisah perjuangannya kepada
wartawan itu. (√)
Bekas perajurit negara itu bercerita tentang kisah perjuangannya kepada
wartawan itu. (√)

Sewaktu zaman kegemilangannya, tiada siapa dapat menyaingi dengan kehebatan
pemain badminton ternama itu. ()
Sewaktu zaman kegemilangannya, tiada siapa dapat menyaingi kehebatan pemain
badminton ternama itu. (√)
Sewaktu zaman kegemilangannya, tiada siapa dapat bersaing dengan kehebatan
pemain badminton ternama itu. (√)

5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan betul mengikut
konteks.

KATA GANDA
- terbentuk melalui melalui proses menggandakan kata dasar.

Kata Ganda

Penggandaan penuh Penggandaan separa Penggandaan berentak

- penggandaan penuh : mengulang semua kata dasar

Contoh : sekolah-sekolah, guru-guru (penggandaan penuh kata tunggal)

pendengar-pendengar, ketua-ketua (penggandaan penuh kata berimbuhan)

- penggandaan separa : mengulang sebahagian kata dasar

Contoh : tetikus, lelangit (penggandaan separa kata tunggal)

secantik-cantik, berlari-lari (penggandaan separa kata berimbuhan)

- penggandaan berentak : mengulang kata dasar berdasarkan rentak bunyi tertentu

Contoh : kuih-muih, lauk-pauk (penggandaan berentak pengulangan vokal)

huru-hara, batu-batan (penggandaan berentak pengulangan konsonan)

lintang-pukang, anak-pinak (penggandaan berentak bebas)

Nota tambahan :

1. Tidak perlu penggunaan kata bilangan pada kata ganda yang sudah bermaksud jamak.
Sebaliknya, kata bilangan boleh digunakan pada kata ganda penuh yang membawa maksud
tunggal.

Empat buah kereta-kereta itu tersadai di bengkel. ()
Kereta-kereta itu tersadai di bengkel. ()
Kedua-dua ekor kupu-kupu itu hinggap di atas kepalaku. ()

2. Kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif yang telah membawa maksud tidak perlu
digandakan lagi.

Kuih-kuih di gerai itu sedap-sedap. ()
Kuih di gerai itu sedap-sedap. ()

3. Kata penguat tidak perlu lagi digunakan bagi menguatkan maksud kata ganda berentak
yang telah membawa maksud sangat atau paling.

Kawasan jalan raya di tepi belukar itu sangat gelap-gelita. ()
Kawasan jalan raya di tepi belukar itu sangat gelap. ()
Kawasan jalan raya di tepi belukar itu gelap-gelita. ()

4. Jika kata ganda berimbuhan telah membawa maksud kesalingan, kata saling tidak perlu
digunakan sebelum kata ganda tersebut.

Kedua-dua pemain boling padang itu saling kejar-mengejar mata kemenangan. ()
Kedua-dua pemain boling padang itu saling mengejar mata kemenangan. ()

KATA AKRONIM

- gabungan huruf awal perkataan atau suku kata dalam rangkaian kata untuk membentuk satu

perkataan baharu yang mantap.

Contoh : cerpen (cerita pendek)
jentolak (jentera tolak)
Gabungan suku kata awal

tadika (taman didikan kanak-kanak)

ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri)
JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor)

5.2.1 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata nama dengan betul mengikut konteks.

KATA NAMA
1) Kata yang menamakan manusia, benda, haiwan, tumbuhan, tempat dan konsep /
abstrak.
2) Penggolongan kata nama :

Kategori Kata Nama

Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama

3) Kata nama am ialah kata yang menamakan sesuatu secara umum. Lazimnya ditulis
dengan huruf kecil. Sebagai contohnya, guru, meja, sekolah, kelapa, laut dan gunung.

Kata Nama Am

Hidup Tak Hidup

Manusia Bukan Manusia Institusi Bukan Institusi

Konkrit Abstrak

Berbilang Tak Berbilang

Hidup Kata Nama Am Tak Hidup
Institusi
Manusia Bukan Manusia

Contoh: Contoh: Contoh: Bukan Institusi
guru kucing sekolah Konkrit
pokok persatuan
jutawan kuda universiti
pelakon

Contoh: Abstrak
rumah
masjid
padang

Tak
Berbilang

Berbilang

Contoh: Contoh:
pendapat roh
senyuman
keadilan

Contoh : Pelakon berbakat itu akan membintangi filem berskala besar hujung tahun ini.
(kata nama am hidup)

Rumah Salleh beratapkan genting merah. (kata nama am tak hidup)

4) Kata nama khas ialah mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu. Huruf
awalnya ditulis dengan huruf besar. Sebagai contohnya, Natasha, John, Si Comel,
Rafflesia, Taman Nusa dan Perodua.

Kata Nama Khas

Hidup Tak Hidup

Manusia Bukan Manusia

Kata Nama Khas

Tak Hidup

Hidup Contoh:

Proton Wira
Piala Thomas
Universiti Sains Malaysia

Manusia Bukan Manusia
Contoh: Contoh:

Umar Sang Kancil
Cheng Hong Si Tompok
Doktor Devendran Sang Belang

Contoh : Umar membeli sepasang kasut di pasar raya terkemuka itu.
(kata nama khas hidup)

Haiy akan melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia mulai Jun depan.
(kata nama khas tak hidup)

5) Kata Ganti Nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan
kata nama am.

Kata Ganti Nama

Kata Ganti Nama Diri Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata Ganti Nama Diri Kata Ganti Nama Diri
Orang Tanya

Pertama Kedua Ketiga

Kata Ganti Nama Diri Orang
1) Mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu.
2) Terdapat dalam dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.
3) Terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

(a) Kata ganti nama diri pertama – aku, saya, patik, hamba, beta (tunggal),
kami, kita (jamak)

(b) Kata ganti nama diri kedua – saudara, saudari, awak, engkau, tuan
hamba, tuanku, kamu, anda (tunggal), kalian, kamu semua (jamak)

(c) Kata ganti nama diri ketiga – ia, dia, -nya, beliau, baginda, kakak, Ammar
(tunggal), mereka (jamak).

KATA GANTI NAMA DIRI PENGGUNAAN CONTOH
aku digunakan untuk bercakap “Aku tidak percaya akan tutur

dengan orang yang rapat atau kata Naim yang penuh

kenalan yang mesra dan muslihat itu,” kata Ilyas

sedarjat, dan lazimnya kepada temannya, Nawal.

digunakan sewaktu berdoa

kepada Tuhan

daku merujuk orang yang bercakap “Harap kamu dapat
terutama apabila perkataan memaafkan daku,” pinta Ika

sebelumnya berakhirkan kepada Daim.
huruf n “Saya akan membantu puan

digunakan ketika berbicara

dalam keadaan formal/rasmi, mengemas bilik itu nanti,”

saya dengan orang yang lebih tua, kata Hasnah kepada

orang yang dihormati atau penyelianya.

Pertama orang yang baru dikenali
sinonim dengan penggunaan “Hamba akan menemui Tuah

hamba saya/aku yang digunakan untuk bertanyakan perihal

oleh masyarakat pada zaman itu,” kata Hang Jebat kepada

dahulu Hang Kasturi.
“Beta akan menganugerahi

digunakan oleh raja/sultan Laksamana balasan yang

beta sewaktu bertitah kepada sewajarnya atas jasanya

patik rakyat terhadap rakyat Melaka,”
kita
kami digunakan oleh rakyat biasa titah Sultan Mahmud.
“Patik menjunjung titah

apabila berbicara dengan tuanku,” sembah Bendahara

raja/sultan kepada Sultan Mahmud.

merujuk orang yang bercakap Kita haruslah sentiasa

dan semua orang yang membasuh tangan bagi

mendengar/hadir (diri orang memastikan kebersihan diri.

kedua)
merujuk orang yang bercakap “Sudah lama kami menunggu

Kedua awak dan kelompoknya (tidak kamu di kedai makan ini,”
anda termasuk diri orang kedua) kata David dan Sim kepada
dikau Syed.
engkau merujuk orang kedua yang “Awak pasti berjaya dalam
kamu rapat hubungannya sesi temu duga itu, Shasha,”
tuanku kata Arina kepada sahabat
merujuk orang kedua yang baiknya itu.
tidak berhadapan secara “Semoga anda terhibur
langsung dengan persembahan kami
pada malam ini,” ujar
merujuk orang yang diajak penyanyi itu kepada orang
bercakap (engkau/kamu) dan ramai yang menonton
digunakan apabila perkataan persembahan mereka.
sebelumnya berakhirkan “Emak sentiasa rindu akan
huruf n dikau, Faris,” luah Mak
digunakan ketika bercakap Timah penuh sayu.
dengan orang kedua yang
setaraf atau lebih rendah, “Aku tidak mahu engkau
selain digunakan ketika datang ke rumah aku lagi,”
berdoa kepada Tuhan kata Jais kepada Atan.
digunakan ketika orang yang
menjadi lawan bercakap ialah “Buku kamu telah saya
orang yang rapat selain berikan kepada Aniq tadi,”
digunakan oleh orang dewasa ujar Cikgu Emran kepada
kepada orang yang lebih Hayati.
muda
“Ampun tuanku, patik mohon
digunakan ketika bercakap ampun atas kesalahan patik,”
dengan raja/sultan sebagai sembah Laksamana kepada
kata ganti nama raja/sultan sultan.

Ketiga tuan hamba sinonim dengan penggunaan “Usah tuan hamba bimbang
kalian awak/kamu yang digunakan akan keadaan hamba,” ujar
oleh masyarakat pada zaman Hang Tuah kepada
dia/ia/nya dahulu Bendahara.
beliau merujuk kepada kamu semua “Kami akan menunggu kalian
baginda iaitu orang yang dilawan di lapangan terbang,” kata
mereka bercakap lebih daripada Harun dan Halim kepada
seorang teman-temannya.
merujuk orang ketiga yang Maria tidak hadir ke sekolah
sedang diceritakan (-nya tidak kerana ia demam.
dapat berdiri sendiri dan perlu
dirangkaikan dengan Dr. Farhan sangat dihormati
perkataan sebelum) oleh penduduk daerah itu
kerana sikap beliau yang
merujuk orang ketiga yang pemurah.
dihormati Rakyat negeri itu amat
bimbang akan keadaan Raja
merujuk raja/sultan/kerabat Majid kerana baginda gering
raja yang sedang menjadi sejak sebulan yang lalu.
bahan percakapan Mereka terdiam setelah
dimarahi oleh Cikgu Taufik.
merujuk orang ketiga yang
sedang diceritakan (melebihi
seorang)

Kata Ganti Nama Diri Tanya

1) Perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya.

2) Apa - merujuk benda atau perkara

Contoh : Nama buku yang kamu baca itu apa?

Siapa - merujuk orang

Contoh : Yang bercakap dengan kamu di telefon tadi siapa?

Mana - merujuk benda atau orang

Contoh : Pen kamu yang mana?

Kata Ganti Tunjuk
1) Perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud

menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk.
2) Kata itu dan ini merupakan kata ganti tunjuk.
3) Kata ganti tunjuk boleh diletak di depan kata nama atau di belakang kata

nama. Sebagai contohnya:
(a) Ini rumah. (depan)
(b) Saya menetap di kondominium itu. (belakang)

Nota tambahan :

1) Terdapat ketidaksesuaian penggunaan kata ganti nama diri berdasarkan ()
konteks. Sebagai contohnya: ()
(a) Beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa.
(b) Dia telah ditahan oleh pihak berkuasa.

2) Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak boleh digandakan atau bermula dengan kata

bilangan yang menunjukkan banyak. Sebagai contohnya:
(a) Mereka-mereka itu telah masuk ke dalam kelas. ()
(b) Mereka itu telah masuk ke dalam kelas. ()
(c) Semua mereka hadir ke sekolah semalam. ()
(d) Mereka hadir ke sekolah semalam. ()

3) Kata ganti nama diri ia ialah singkatan kata ganti nama dia yang hanya merujuk

manusia.
(a) Masalah kebejatan sosial dalam kalangan remaja perlu ditangani kerana ia
()
membawa keburukan kepada negara.

(b) Masalah kebejatan sosial dalam kalangan remaja perlu ditangani kerana
masalah ini membawa keburukan kepada negara. ()

4) Kata ganti nama diri ia dan -nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya dalam
sesuatu ayat.

5) Kata ganti nama diri singkat tidak boleh dijarakkan dengan kata yang

mendampinginya. ()
(a) Adakah pen itu kau pinjam semalam? ()
(b) Adakah pen itu kaupinjam semalam? ()
(c) Adakah pen itu engkau pinjam semalam?
PEMBENTUKAN KATA NAMA

6) Kata ganti nama diri pertama jamak iaitu kita dan kami harus dibezakan
penggunaannya. Kata ganti nama diri kami tidak melibatkan orang yang dilawan
bercakap, sebaliknya kata ganti nama diri kita melibatkan semua khalayak yang

mendengar.

Kata nama terbahagi kepada empat jenis :
a) Kata nama tunggal
b) Kata nama terbitan
c) Kata nama ganda
d) Kata nama majmuk

a) Kata Nama Tunggal
1. Kata nama tunggal ialah kata nama yang boleh berdiri sendiri tanpa menerima apa-apa unsur.
Contoh kata nama tunggal adalah seperti yang berikut :

hutan tudung
duit kucing
bumi kereta
baju poskad
sungai gambar

2. Kata akronim juga tergolong ke dalam kata nama tunggal. Kata nama akronim terhasil
daripada pencantuman huruf-huruf, suku-suku kata, atau bahagian-bahagian daripada
perkataan. Contoh kata nama akronim adalah seperti yang berikut :

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
Mara - Majlis Amanah Rakyat
kugiran - kumpulan gitar rancak
purata
- pukul rata

b) Kata Nama Terbitan
1. Kata nama terbitan ialah kata nama yang terlibat dengan proses pengimbuhan, iaitu imbuhan
awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Jenis Imbuhan Imbuhan Contoh Kata Nama Terbitan
Awalan pe- pelayan, penahan, pekedai
pem-
pen- pembaca, pembantu, pemfatwa
pensyarah, pencuci, pentadbir
peng- pengikut, pengurus, pengkritik
penge- pengelap, pengecat, pengebom

pel- pelajar

Akhiran per- pertapa, perburu, perasap
Apitan ke- ketua, kekasih, kehendak
Sisipan juru- jurutera, juruwang, juruubat
-an tanaman, tuduhan, pinggiran
pe-…-an penantian, penipuan, pelarian
pem-…-an pembinaan, pembubaran, pemprosesan
pen-…-an pendakian, pentadbiran, penswastaan
peng-…-an pengajaran, pengairan, pengolahan
penge-…-an pengesyoran, pengecatan, pengeboman
pel-…-an
peR-…-an pelajaran
ke-…-an persatuan, pertikaian, perairan
-el- keseimbangan, kelemahan, kerajaan
-er- kelemumur, telunjuk, telapak
-em-
seruling, gerigi, keruping
kemuning, kemuncup

c) Kata Nama Majmuk
1. Kata nama majmuk ialah kata nama yang terlibat dengan proses rangkaian dua kata dasar
atau lebih, lalu membawa maksud tertentu dan bertindak sebagai satu unit.

Kata Nama Majmuk

Rangkai kata bebas Istilah khusus Maksud kiasan

tengah hari titik buta hidung belang
ibu bapa deria rasa lipas kudung
pita ukur
Menteri Besar ulat buku

2. Terdapat 14 kata nama majmuk yang dikategorikan telah mantap penggunaannya yang perlu
dieja sebagai satu perkataan walaupun mengandungi dua kata dasar.

matahari tanggungjawab olahraga warganegara
kakitangan kerjasama tandatangan suruhanjaya
jawatankuasa bumiputera setiausaha sukarela
antarabangsa pesuruhjaya

3. Kata nama majmuk juga boleh membentuk kata terbitan dengan menerima imbuhan.

i) Kata nama majmuk yang menerima imbuhan awalan atau imbuhan akhiran tetap dieja

terpisah, kecuali 14 kata nama majmuk yang telah mantap.

ulang kaji → mengulang kaji

temu duga → ditemu duga

tanggungjawab → bertanggungjawab

ii) Kata nama majmuk yang menerima imbuhan apitan dieja secara bercantum.

ibu bapa → keibubapaan

kuat kuasa → penguatkuasaan

tanggungjawab → mempertanggungjawabkan

d) Kata Nama Ganda

Kata Nama Ganda

Penggandaan penuh Penggandaan separa Penggandaan berentak

1. Penggandaan penuh melibatkan kata dasar nama secara keseluruhan dengan tidak

mengubah bentuk asal kata dasar nama tersebut.

a. Penggandaan penuh kata nama tunggal

rumah → rumah-rumah

kugiran → kugiran-kugiran

universiti → universiti-universiti

motosikal → motosikal-motosikal

b. Penggandaan penuh kata nama terbitan

kekasih → kekasih-kekasih

pengurus → pengurus-pengurus

persatuan → persatuan-persatuan

jurutera → jurutera-jurutera

c. Penggandaan penuh kata nama majmuk

i. Kata nama majmuk yang dieja terpisah : bahagian awal kata sahaja yang digandakan.

ketua kelas → ketua-ketua kelas

mata pelajaran → mata-mata pelajaran

ii. Kata nama majmuk yang dieja bercantum : seluruh kata digandakan.

warganegara → warganegara-warganegara

kakitangan → kakitangan-kakitangan

2. Penggandaan separa kata nama mengubah bunyi vokal dalam suku kata pertama kata

dasar yang digandakan menjadi vokal e.

siku → si-siku → sesiku

kuda → ku-kuda → kekuda

laki → la-laki → lelaki

3. Penggandaan berentak kata nama menggandakan kata dasar nama mengikut rima bunyi

tertentu.

kuih → kuih-muih (mempunyai vokal serupa, namun konsonan berbeza)

batu → batu-batan (mempunyai konsonan serupa, namun vokal berbeza)

anak → anak-pinak (berentak bebas)

5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut konteks.

KATA KERJA
1) Kata kerja merupakan kata yang menggambarkan perbuatan/tingkah laku, yang boleh
disertai oleh unsur seperti kata bantu, pelengkap, objek dan keterangan. Sebagai
contohnya, lari, makan, minum, baca dan dengar.
2) Penggolongan kata kerja :

Kata Kerja

Tak Transitif Transitif

Tanpa pelengkap Berpelengkap Ayat aktif Ayat pasif

Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata yang boleh berdiri sendiri tanpa
memerlukan sebarang objek/pelengkap selepasnya. Namun, kata kerja jenis ini boleh diikuti
unsur keterangan. Sebagai contohnya ;

i. Adik saya menangis.
ii. Kereta itu terbabas.
iii. Adik saya menangis di dalam bilik.


(unsur keterangan)

2. Kata kerja tak transitif berpelengkap pula jenis kata kerja yang memerlukan pelengkap
yang terdiri daripada kata adjektif, kata nama dan kata sendi nama untuk memastikan maksud
ayat tersebut sempurna. Sebagai contohnya ;

i. Pelakon itu berwajah cantik.
ii. Guru kelas kami tidak pernah memandang rendah akan kebolehan setiap murid beliau.
*Jika unsur pelengkap digugurkan, maka ayat-ayat di atas akan berbentuk lewah, iaitu tidak
gramatis.

i. Pelakon itu berwajah. ()
ii. Guru kelas kami tidak pernah memandang. ()

Kata Kerja Transitif

1. Kata kerja transitif perlu diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata/frasa nama sesudahnya

bagi memastikan maksud ayat tersebut lengkap. Sebagai contohnya ;
i. Zaquan menendang bola.



(objek : kata nama)

ii. Zaquan menendang. ()

iii. Salmah menjual karipap di gerainya.



(objek : kata nama)

2. Cara untuk menentukan sama ada kata kerja itu transitif atau tak transitif ialah kata kerja
transitif dapat dipasifkan.

Ayat aktif Ayat pasif
Lia menyelesaikan masalah matematik itu Masalah matematik itu diselesaikan oleh Lia

dengan pantas. dengan pantas.
Saya menyelesaikan masalah matematik itu Masalah matematik itu saya selesaikan dengan

dengan pantas. pantas.

Perbezaan cara menukar ayat aktif kepada pasif bagi kedua-dua ayat di atas adalah dengan

penentuan kata ganti nama.

Lia = kata ganti nama diri ketiga.

Saya = kata ganti nama diri pertama.

Contoh :
Kami perlu memasak kari kepala ikan tengah hari ini. (Ayat aktif dengan kata ganti nama diri pertama)
Kari kepala ikan perlu kami masak tengah hari ini. (Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama)

Kamu perlu memasak kari kepala ikan tengah hari ini. (Ayat aktif dengan kata ganti nama diri kedua)
Kari kepala ikan perlu kamu masak tengah hari ini. (Ayat pasif dengan kata ganti nama diri kedua)

Mereka perlu memasak kari kepala ikan tengah hari ini. (Ayat aktif dengan kata ganti nama diri ketiga)
Kari kepala ikan perlu dimasak oleh mereka tengah hari ini. (Ayat pasif dengan kata ganti nama diri

ketiga)

PEMBENTUKAN KATA KERJA
Kata kerja terbahagi kepada empat jenis :
a) Kata kerja tunggal
b) Kata kerja terbitan
c) Kata kerja ganda
d) Kata kerja majmuk

a) Kata Kerja Tunggal
1. Kata kerja tunggal ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa menerima apa-apa unsur
seperti pengimbuhan atau penggandaan. Contoh kata kerja tunggal adalah seperti yang berikut :

lari marah
masak runtuh
jatuh nyanyi
tidur sapu
pergi masuk

b) Kata Kerja Terbitan
1. Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terlibat dengan proses pengimbuhan, iaitu imbuhan
awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Jenis Imbuhan Imbuhan Contoh Kata Kerja Terbitan
mewangi, menyanyi, menganga
Awalan meN- (me- jika bertemu m, n, ny, ng, r, w dan y)
memukul, menyapu, mengarang

(p menjadi m, t menjadi n, k menjadi ng, s menjadi ny)
memberi, membantu, memfitnah

(mem- jika bertemu b, perkataan pinjaman bermula f, p dan v

dan gugusan konsonan bermula b dan p)
mencari, menjual, menziarahi, menswastakan
(men- jika bertemu d, c, j, sy dan z, perkataan pinjaman

Akhiran beR- bermula t dan s, dan gugusan konsonan bermula t dan s)
menghentam, mengelak, mengkritik
Apitan teR-
(meng- jika bertemu konsonan g, gh, kh dan h, semua huruf
Sisipan di-
mempeR- vokal, perkataan pinjaman bermula k, dan gugusan konsonan
(menjadi kata kerja
melalui proses dipeR- bermula k)
pengimbuhan) -kan mengepos, mengelap, mengecat
(menge- apabila bertemu dengan kata dasar yang mempunyai
-i
meN-…-kan hanya satu suku kata)
beR-…-kan berlari, bergaduh, berlakon
beR-…-an berentak, berasa, berenang

di-…-kan (digugurkan satu r jika bertemu kata dasar bermula r)
meN-…-i belunjur, belajar, bekerja (kekecualian)
terjatuh, terkejar, tercakap
di-…-i
mempeR-…-kan (digugurkan satu r jika bertemu kata dasar bermula r)
dikejar, dicabut, dihentam
mempeR-…-i
ke-…-an memperindah, memperdalam, memperbesar
diperdalam, diperbesar, diperoleh
dipeR-…-kan padamkan, larikan, berikan
dipeR-…-i duduki, sakiti, tangisi
-el-
-er- menyakitkan, melarikan, memberikan
-em- bersuamikan, berbajukan, berselimutkan

berkejaran, berselerakan, bermaafan
dilarikan, dibelikan, dijatuhkan

mencintai, menghadiahi, menjalani
dicintai, dihadiahi, dijalani

mempersembahkan, memperdengarkan, mempersuamikan
memperingati, memperisteri, memperkawani
kesiangan, kelaparan, keracunan

dipersembahkan, diperdengarkan, dipersuamikan
diperingati, diperisteri, diperkawani
menggeletar
berserabut
bergemuruh

2. Perkataan yang dibentuk melalui proses imbuhan menghasilkan kata kerja yang membawa
pelbagai makna.

PERKATAAN MAKNA
hentam - memukul (meninju) dengan hebatnya
- melakukan sesuatu dengan sesuka hati (tanpa pertimbangan lain
berhentam yang wajar)
menghentam bertumbuk, berkelahi, berlanggar
- memukul (menumbuk) dengan keras, melanggar dengan kuat
menghentamkan - melepaskan kata bantahan, sindiran yang keras (pedas, menyakitkan
terhentam hati) kepada seseorang yang perbuatan, sikap atau tindak-tanduknya
hentaman kurang disenangi atau tidak disukai, membidas, mengecam
memukulkan, menumbukkan
terpukul, terhantuk
- hasil (kesan, perbuatan) menghentam (melanggar) dengan kuat
- kecaman

3. Imbuhan akhiran -kan dan -i membentuk kata transitif. Kata kerja yang menerima imbuhan ini

tanpa imbuhan awalan hanya terdapat dalam ayat pasif (bagi kata ganti nama pertama dan

kedua) dan ayat suruhan.

Contoh : Bangsal itu telah saya dirikan.

Harap matikan telefon bimbit anda.

Sikap mulia pemuda itu harus kamu contohi.

c) Kata Kerja Majmuk

1. Kata kerja majmuk ialah kata kerja yang terlibat dengan proses rangkaian dua kata dasar

atau lebih, lalu membawa maksud tertentu dan bertindak sebagai satu unit. Kata kerja majmuk

dieja secara terpisah. Contoh kata kerja majmuk :

terima kasih tolak ansur

kemas kini

2. Terdapat satu kata kerja majmuk yang dikategorikan telah mantap penggunaannya yang
perlu dieja sebagai satu perkataan walaupun mengandungi dua kata dasar, iaitu beritahu.

d) Kata Kerja Ganda

Kata Kerja Ganda

Penggandaan penuh Penggandaan separa Penggandaan berentak

1. Penggandaan penuh melibatkan kata dasar kerja secara keseluruhan dengan tidak

mengubah bentuk asal kata dasar kerja tersebut.

b. Penggandaan penuh kata kerja tunggal

lari → lari-lari

makan → makan-makan

cakap → cakap-cakap

2. Penggandaan separa kata kerja adalah dengan menggandakan sebahagian kata dasar

kerja. → berlari-lari
berlari → terbatuk-batuk
terbatuk → mencari-cari
mencari

3. Penggandaan berentak kata kerja menggandakan kata dasar kerja mengikut rima bunyi
tertentu.
mandi-manda (mempunyai persamaan bunyi konsonan)
gotong-royong (mempunyai persamaan bunyi vokal)
ulang-alik (berentak bebas)

5.2.3 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata adjektif dengan betul mengikut konteks.

KATA ADJEKTIF
1) Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
2) Kata adjektif berfungsi menerangkan sifat atau keadaan suatu kata nama/frasa nama.

Bentuk

Perasaan Waktu

Jarak Jenis Kata Ukuran
Adjektif

Cara Sifatan

Pancaindera Warna

Jenis Kata Adjektif Contoh
Perasaan sayang, rindu, suka
Jarak jauh, hampir, nyaris
Cara jelas, deras, sering
masin, comel, merdu
Pancaindera ungu, jingga, merah
Warna
Sifatan kasar, sihat, baik
Ukuran tebal, tinggi, panjang

Waktu lama, baharu, lewat
Bentuk bulat, leper, bujur

Nota tambahan :
1. Perbezaan kata baharu dan baru.
baharu → kata adjektif waktu (jam baharu, rumah baharu)
baru → kata bantu (baru pulang, baru sampai)

2. Kata adjektif perasaan (yang berhubungan dengan emosi/emotif) tidak boleh diikuti oleh
imbuhan akhiran -kan, sebaliknya kata sendi nama akan.
Ayah terlalu sukakan ayam kari hasil air tangan ibu. ()
Ayah terlalu suka akan ayam kari hasil air tangan ibu. ()

PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF
Kata adjektif terbahagi kepada empat jenis :
a) Kata adjektif tunggal
b) Kata adjektif terbitan
c) Kata adjektif ganda
d) Kata adjektif majmuk

a) Kata Adjektif Tunggal
1. Kata adjektif tunggal ialah kata adjektif yang boleh berdiri sendiri tanpa menerima apa-apa
unsur seperti pengimbuhan atau penggandaan. Contoh kata adjektif tunggal adalah seperti
yang berikut :

kuning terang
kecil masam
wangi licin
pandai rendah
cantik kesat

b) Kata Adjektif Terbitan
1. Kata adjektif terbitan ialah kata adjektif yang terlibat dengan proses pengimbuhan, iaitu
imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Jenis Imbuhan Imbuhan Contoh Kata Adjektif Terbitan
Awalan ter- tercantik, terbersih, terawal
Apitan se- sepantas, seluas, sebaik
kemelayuan, kebaratan
Sisipan ke-…-an semerbak, gemilang
-em- selerak, gelembung
-el- kerelip
-er- sinambung
-in-

c) Kata Adjektif Ganda

Kata Adjektif Ganda

Penggandaan penuh Penggandaan separa Penggandaan berentak

1. Penggandaan penuh menggandakan kata adjektif tunggal secara keseluruhan dengan tidak

mengubah bentuk asal kata tunggal tersebut.

a. Penggandaan penuh kata adjektif tunggal

cantik → cantik-cantik

kuat → kuat-kuat

harum → harum-harum

putih → putih-putih

b. Penggandaan penuh kata adjektif yang menerima imbuhan ke-…-an

putih → keputih-putihan

kuning → kekuning-kuningan

malu → kemalu-maluan

*Kata adjektif yang digandakan bersama imbuhan ke-…-an membawa maksud menyerupai sifat
yang terkandung dalam kata dasar adjektif tersebut. Sebagai contohnya ;

Lisa membuang kertas yang kotor dengan warna kekuning-kuningan itu ke dalam tong sampah.

2. Penggandaan separa kata adjektif mengulang sebahagian kata dasar adjektif, yang
memberi penekanan kepada kata dasar tersebut dengan penggunaan imbuhan -an. Sebagai

contohnya, → kecil-kecilan
kecil → besar-besaran
besar

3. Penggandaan berentak kata adjektif menggandakan kata dasar adjektif mengikut rima bunyi

tertentu.

gelap → gelap-gelita (memberi penekanan kepada maksud gelap)

kusut → kusut-masai (memberi penekanan kepada maksud kusut)

Nota tambahan :

1. Kata ganda adjektif berentak yang telah diberi penekanan tidak perlu lagi

disertai dengan kata penguat sebelumnya. Contohnya:
(a) Keadaan Jenny kusut-masai sekali ketika dijumpai sesat di hutan. ()
(b) Keadaan Jenny kusut-masai ketika dijumpai sesat di hutan. ()
(c) Keadaan Jenny kusut sekali ketika dijumpai sesat di hutan. ()

2. Kata ganda adjektif penuh yang menerima imbuhan apitan ke-…-an yang
bermaksud seperti tidak boleh diawali oleh kata seperti atau agak. Sebagai

contohnya: ()
(a) Pipi Rosie seperti kemerah-merahan. ()
(b) Pipi Rosie kemerah-merahan.

d) Kata Adjektif Majmuk
1. Kata adjektif majmuk ialah kata adjektif yang terlibat dengan proses rangkaian dua kata
dasar atau lebih, lalu membawa maksud tertentu dan bertindak sebagai satu unit. Kata adjektif
majmuk dieja secara terpisah. Contoh kata adjektif majmuk :

muda remaja
kuning langsat
hijau daun
*kata adjektif majmuk haruslah dibezakan dengan rangkaian kata seperti tua muda, miskin kaya
dan panas terik. Frasa ini bukan kata adjektif majmuk kerana boleh menerima sisipan kata
hubung, seperi tua dan muda, miskin atau kaya, dan panas yang terik.

2. Terdapat kata adjektif majmuk berbentuk simpulan bahasa yang membawa maksud kiasan,
seperti :

rabun ayam
panjang tangan
ringan tulang

TAHAP PERBANDINGAN KATA ADJEKTIF
PERBANDINGAN KATA ADJEKTIF

Darjah biasa Darjah perbandingan Darjah penghabisan

1. Darjah biasa digambarkan dengan penggunaan kata adjektif tunggal. Sebagai contohnya :
Paras air di sungai itu tohor.
Budak itu cantik.

2. Darjah perbandingan digambarkan dengan dua cara :
i. Bandingan yang sama : menggunakan awalan se-.
setinggi = sama tinggi
selebar = sama lebar
seindah = sama indah

ii. Bandingan yang berbeza : menggunakan kata penguat lebih atau kurang.
lebih tinggi
kurang lebar
lebih indah

3. Darjah penghabisan kata adjektif dibandingkan melalui cara-cara :
i. se- + kata adjektif + gandaan + kata nama
Contoh : sepandai-pandai murid

kata nama

ii. ter- + kata adjektif
Contoh : terindah

iii. paling + kata adjektif
Contoh : paling wangi

iv. kata adjektif + sekali
Contoh : kuat sekali

v. ter- + amat/sangat + kata adjektif
Contoh : teramat cantik

vi. amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali
Contoh : amat besar sekali

Nota tambahan :

1. Oleh sebab ter-, paling dan sekali telah membawa makna darjah penghabisan, maka

ter- + kata adjektif dan paling + kata adjektif tidak boleh diikuti oleh kata penguat

sekali. ()
(a) Murid itu paling pandai sekali. ()
(b) Murid itu terpandai sekali. ()
(c) Murid itu paling pandai. ()
(d) Murid itu terpandai. ()
(e) Murid itu pandai sekali.

2. Namun, kata penguat amat, sangat dan sungguh boleh diikuti oleh kata penguat
sekali.
(a) Murid itu amat pandai sekali. ()
(b) Murid itu sangat pintar sekali. ()
(c) Murid itu sungguh bijak sekali. ()

3. Kata adjektif yang menerima imbuhan ter- tidak boleh berfungsi sebagai predikat

ayat, namun boleh menjalankan fungsi sebagai penerang. ()
(a) Kereta itu terlaju. ()
(b) Kereta itu paling laju. ()
(c) Kereta itulah yang terlaju.

5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks.
KATA TUGAS

Penyambung ayat Praklausa Prafrasa Pascakata
Kata hubung gabungan Kata seru Kata bantu Kata penekan
Kata hubung pancangan Kata tanya Kata penguat Kata pembenda
Kata perintah Kata penegas
Kata pembenar Kata nafi
Kata pangkal ayat Kata pemeri
Kata sendi nama
Kata arah
Kata bilangan
Kata adverba

A) Kata Penyambung Ayat

Kata Hubung
1. Kata hubung ialah kata yang menghubungkan beberapa ayat tunggal dalam ayat majmuk.

Kata Hubung

Gabungan Pancangan

2. Kata hubung gabungan menghubungkan dua ayat/klausa atau lebih yang setara sifatnya.
Sebagai contohnya;

dan sambil
serta lalu
atau kemudian
tetapi malahan

Contoh : Santesh bertanya kepada pemuda itu sambil tersenyum.
*sambil = dengan atau di samping (melakukan sesuatu yang lain), (semasa)

sedang, dan juga sementara, seraya

3. Kata hubung pancangan menghubungkan dua ayat/klausa atau lebih yang tidak setara
sifatnya.

Kata Hubung Pancangan

Relatif Komplemen Keterangan

yang bahawa kerana agar
untuk sekiranya semoga
kalau setelah
jika tatkala
hingga andai kata
sementara sungguhpun
ketika meskipun
walaupun supaya
apabila untuk
sewaktu semasa

Contoh : Rumah yang besar itu dibeli oleh Rizalman.
*yang = kata hubung untuk menyatakan keterangan berikutnya dipentingkan atau
menunjukkan kelainan, menunjukkan kata-kata berikutnya ialah penjelasan untuk
kata-kata sebelumnya.

Para pemerhati menyatakan bahawa ekonomi negara bakal terjejas tahun ini.
*bahawa = kata hubung yang menjelaskan isi atau huraian kalimat pokok (yang
sebelumnya atau sesudahnya)

Jika dibenarkan, saya akan menyertai pertandingan itu.
*jika = kata hubung yang menyatakan syarat (janji), kalau

B) Kata Prakalusa

Kata Seru
1. Kata seru ialah kata yang digunakan dalam ayat seruan untuk menggambarkan pelbagai
perasaan.

Kata seru Penggunaan
cis Untuk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci)

celaka Untuk menyatakan kemarahan (kekecewaan)
aduh Untuk menyatakan rasa sakit (rasa hairan, keluhan)
aduhai
Untuk menyatakan rasa sedih (rintihan)
oh Untuk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin)
eh
wah Untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat)
wahai Untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum)
amboi
syabas Untuk menyatakan rasa sedih (menarik perhatian, memperingatkan)
Untuk menyatakan rasa hairan (kasihan) atau untuk mengusik seseorang

Untuk menyatakan bagus (baik)

Contoh : Celaka, apalah malang nasibku kali ini!
Amboi, bergaya sungguh kamu petang ini!

Nota tambahan :

1. Tanda seru seharusnya diletakkan pada hujung ayat seru, bukan selepas kata seru.
Contoh : Wah! Cantik sungguh pemandangan di atas bukit ini. ()
Aduh, sakitnya perutku ini! (√)

Kata Tanya

1. Kata tanya ialah kata yang berfungsi untuk melahirkan pertanyaan sesuatu.
2. Dalam ayat tanya songsang, partikel -kah hadir bersama kata tanya pada permulaan ayat.
Sebagai contohnya; Siapakah nama kamu?.

Kata tanya Penggunaan

Apa Untuk menanyakan nama (jenis, sifat) sesuatu, bukan manusia

Bila Untuk menanyakan waktu

Siapa Untuk menanyakan orang, orang mana

Mana Untuk menanyakan benda dalam satu kumpulan, tempat, keadaan/cara

Berapa Untuk menanyakan jumlah (besar, bilangan, harga, tinggi)

Mengapa Untuk menanyakan sebab

Kenapa Untuk menanyakan sebab

Bagaimana Untuk menanyakan hal, betapa, dengan cara apa, dengan jalan apa

Contoh : Harga basikal itu berapa?
Bilakah Aaron akan ke luar negara? (ayat tanya songsang)

Kata Perintah

1. Kata perintah digunakan untuk melahirkan maksud terhadap perintah, larangan, arahan,

permintaan dan silaan.

Kata perintah Penggunaan

Jangan Untuk menyatakan tidak boleh, hendaknya tidak, usah

Usah Untuk menyatakan jangan, perlu

Sila Untuk menyatakan permintaan dengan hormat, jemput

Jemput Untuk menyatakan tindakan mengalu-alukan, menyambut

Minta Untuk menyatakan kemahuan (akan sesuatu), memohon

Tolong Untuk menyatakan kemahuan, memohon bantuan/sokongan

Harap Untuk menyatakan hasrat (kehendak) mendapatkan sesuatu

Contoh : Usah dibicarakan lagi hal ini.
Harap pulangkan buku itu segera.

Kata Pembenar

1. Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu penyataan.

Kata pembenar Penggunaan

Ya Untuk menyatakan benar (setuju), memang benar, betul

Benar Untuk menyatakan tidak salah, betul, tepat

Betul Untuk menyatakan benar, tidak salah, tepat, langsung, tulen

Contoh : Benar, dialah yang datang ke rumahku semalam.
Ya, sayalah anak sulung Encik Rais.

Kata Pangkal Ayat
1. Kata pangkal ayat hadir di bahagian hadapan ayat dan menjadi penanda kesinambungan
ayat dalam sesuatu wacana.

Kata pangkal ayat Penggunaan
Hatta lalu, maka, kemudian dari itu, sampai
Maka sudah itu lalu, dan, dengan sebab itu

Syahadan selanjutnya, lalu
Adapun mengenai, perihal
Alkisah kisahnya, ceritanya
Kalakian kala itu, ketika itu, kemudian, lalu

Sebermula permulaannya
Arakian sesudah itu, maka

Contoh : Arakian, putera Tuanku Malim Deman besarlah sudah.
Syahadan, pada satu hari, baginda pun berangkat meninggalkan istana.

C) Kata Prafrasa

Kata Bantu
1. Sesuai dengan namanya, kata bantu bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama untuk memberikan makna tambahan kepada frasa terbabit.

Kata Bantu

Aspek Ragam

belum patut
mula mungkin
masih hendak
akan
sedang mahu
pernah harus
telah mesti
sudah boleh
baru dapat
enggan

2. Kata bantu aspek digunakan untuk menggambarkan penggunaan masa iaitu masa lampau,

masa kini atau masa hadapan.

Contoh : Ibu akan ke bandar esok. (masa hadapan)

Naim sedang membasuh kemeja kesayangannya. (masa kini)

Kami pernah merentas hutan di Taman Negara Bako, Sarawak. (masa lampau)

3. Kata bantu aspek tertentu boleh digunakan secara bergandingan dengan kata bantu aspek
yang lain.

Kata Bantu Aspek + Contoh
Kata Bantu Aspek
Inara masih sedang dalam perjalanan ke hospital.
masih + sedang Jonathan belum pernah melancong ke luar negara.
belum + pernah Kim baru sudah makan semasa kejadian itu berlaku.
Camelia sudah mula bosan menonton drama itu.
baru + sudah
sudah + mula

masih + belum Saya masih belum menyelesaikan pinjaman itu.
sudah + pernah Cheng sudah pernah ke Jepun semasa musim luruh yang lalu.
telah + pernah Abang telah pernah membotakkan kepalanya.

4. Kata bantu ragam digunakan untuk menyatakan ragam yang berkait dengan perasaan

tentang perbuatan yang dilakukan.

Contoh : Kamu harus pulang sebelum tengah malam.

Kamil enggan makan sejak semalam.

5. Kata bantu ragam tertentu juga boleh digunakan secara bergandingan dengan kata bantu
ragam yang lain.

Kata Bantu Ragam + Contoh
Kata Bantu Ragam
Selepas keluar dari hospital, saya mungkin boleh menyertai aktiviti sukan
mungkin + boleh lasak itu lagi.
Haris mungkin dapat menyertai acara larian itu jika dia terus berlatih.
mungkin + dapat Setiap orang mesti mahu mencapai azam yang dicita-citakan.
mesti + mahu “Kamu mesti dapat mara ke peringkat akhir pertandingan catur itu jika
mesti + dapat kamu kekal fokus,” kata Cikgu Fadil kepada Liana.
Jika diberi peluang, Firdaus harus mahu menyertai perkhemahan itu.
harus + mahu “Kamu harus dapat menjawab soalan peperiksaan itu dengan betul jika
harus + dapat kamu membaca arahan dengan teliti,” kata ayah dengan tegas.
Pasukan bola keranjang ternama itu patut dapat menewaskan pasukan
patut + dapat baharu itu.

6. Kata bantu ragam juga boleh digunakan secara bergandingan dengan kata bantu aspek.

Kata Bantu Ragam + Contoh
Kata Bantu Aspek /
Kata Bantu Aspek + “Ayah mesti telah tidur sekarang,” kata emak kepada adik.
Kata Bantu Ragam “Kamu mesti akan dimarahi oleh kakak jika kamu memakai seluar
kesayangannya itu,” tegur emak kepada Mira.
mesti + telah Acara larian itu harus sudah bermula seperti yang telah dirancangkan.
mesti + akan Selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak
Covid-19 masih berkuat kuasa, kita belum boleh keluar dari rumah tanpa
harus + sudah sebarang alasan yang kukuh.
belum + boleh Walaupun telah diberhentikan kerja, Yahya masih dapat mencari sumber
pendapatan dengan berniaga di pasar malam.
masih + dapat Dia akan dapat melanjutkan pelajaran ke kolej itu jika keluarganya dapat
membayar yuran pengajiannya.
akan + dapat Tarvin ditimpa kemalangan ketika dia sedang hendak melintas jalan.
Suzi belum hendak pulang ke rumah kerana terdapat urusan yang belum
sedang + hendak diselesaikan.
belum + hendak

Nota tambahan :
1. Penggunaan kata bantu boleh dan dapat perlu dibezakan. Kata bantu dapat digunakan
untuk menggambarkan maksud keupayaan atau kemampuan, manakala kata bantu boleh
digunakan untuk menggambarkan maksud keizinan atau kebenaran dan tidak menyalahi
peraturan.

Contoh : Peribahasa boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. ()
Peribahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis.(√)

Kata Penguat
1. Kata penguat digunakan untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.

Kata Penguat

Hadapan Belakang Bebas

terlalu benar amat
paling betul sangat
agak sekali sungguh
nian

KATA PENGUAT CONTOH

Hadapan : terletak di hadapan kata adjektif Ibu sedang menghadapi kesukaran yang agak

Belakang : terletak di belakang kata adjektif besar.
Indah nian pemandangan di tepi laut ini pada

waktu senja.

Bebas : terletak di hadapan atau di belakang Pakaian murid itu amat kemas.

kata adjektif Pakaian murid itu kemas amat.

Kata Penegas

1. Kata penegas memberi penekanan/penegasan pada bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat

dua jenis kata penegas, iaitu :
a. Menegaskan frasa predikat yang mengalami pendepanan :

-kah, -tah, -lah

Contoh : Bolehkah engkau mendeklamsikan sajak?
Apatah daya kami.
Itulah tempat kami belajar dahulu.

b. Menegaskan frasa subjek dan frasa predikat (bersifat bebas) :

juga, jua, pun, hanya, memang, sahaja, cuma, lagi

Contoh : Hanya Shymin seorang yang telah menghantar laporan itu.

Hannah ingin juga menyertai sayembara itu.

Kata Nafi

1. Kata nafi ialah kata tugas yang berfungsi untuk menafikan frasa-frasa predikat.

2. Dua kata nafi ialah :

a. bukan : menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Sebagai contohnya,

~ Dia bukan ibu saya. (unsur nafi frasa nama)
~ Hadiah ini bukan untuk kamu. (unsur nafi frasa sendi nama)

b. tidak : menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif

~ Ayah tidak bekerja hari ini. (unsur nafi frasa kerja)
~ Kereta itu tidak besar sangat. (unsur nafi frasa adjektif)

Kata Pemeri

1. Kata pemeri ialah kata yang memerikan hal antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam

predikat.

2. Dua kata pemeri :

a. ialah : hadir di hadapan frasa nama

~ Dia ialah ibu saya.

b. adalah : hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama

~ Hadiah ini adalah untuk rakan saya.

3. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja. ()
~ Adalah dimaklumkan bahawa majlis itu akan ditunda pada bulan hadapan.

~ Dengan ini dimaklumkan bahawa majlis itu akan ditunda pada bulan hadapan. ()

Kata Sendi Nama
1. Kata sendi nama hadir di hadapan frasa nama dengan memikul tugas-tugas tertentu.

Kata sendi nama Penggunaan
di Untuk menunjukkan tempat
ke Untuk menunjukkan arah atau tempat yang dituju, tempat atau masa
dari Untuk menyatakan arah, tampat dan masa
Untuk menyatakan keanggotaan, unsur abstrak, perbandingan,
daripada organisasi, orang dan sumber
Untuk menyatakan sasaran, perpecahan dan perubahan
kepada Untuk menerangkan waktu dan tempat
pada Untuk menunjukkan tujuan, ditentukan/disediakan
Untuk menyatakan tujuan
untuk/bagi Untuk merujuk sesuatu yang abstrak/tidak tentu
demi Untuk menunjukkan sesuatu yang konkrit seperti manusia/haiwan/benda

tentang Menunjukkan perbandingan
terhadap
seperti/bagai/ Untuk menyatakan bersama-sama, cara, pemakaian alat,perbandingan
umpama/laksana Untuk menunjukkan penanda waktu/masa
dengan
sejak/semenjak Untuk menyokong kata adjketif bersifat emotif
Untuk menunjukkan hubungan yang mendukung maksud sebab, dan
akan
oleh pembuat dalam ayat pasif
Untuk menunjukkan tahap/had masa, waktu dan tempat
hingga/sampai Untuk menunjukkan lingkungan yang tiada jarak atau ruang
dalam/antara

Perbezaan kata sendi daripada dan dari
*kata sendi daripada menunjukkan orang yang memberi, sumber sesuatu diperoleh, bahan

yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu, menunjukkan sesuatu perubahan, menyatakan

unsur yang hendak dielakkan, punca atau sebab sesuatu tindakan dan memperkaitkan sesuatu

bahagian dengan jumlah keseluruhan.

Contoh : Semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, harga daging telah naik daripada

RM8.50 sekilo menjadi RM9.80 sekilo.

*kata sendi dari menyatakan tempat mula bergerak, menyatakan permulaan sesuatu jangka

waktu, titik permulaan sesuatu jarak diukur, tempat asal seseorang dan titik permulaan sesuatu

kegiatan. Saya masih bergelar guru dari dahulu hingga sekarang.
Contoh :

Perbezaan kata sendi ke dan kepada
*kata sendi ke menunjukkan kedudukan dalam sesuatu siri atau turutan, menunjukkan arah

atau tempat yang ditujui dan menunjukkan waktu.

Contoh : Pelayar terkenal dunia itu akan mula belayar menuju ke timur mulai esok.

*kata sendi kepada digunakan sebelum nama orang atau kata pengganti diri, menunjukkan

perubahan dan memikul tugas seperti kata sendi terhadap.

Contoh : Natasha sering mengirim warkah kepada orang tuanya ketika dia di perantauan.

Perbezaan kata sendi tentang dan terhadap
*kata sendi tentang digunakan untuk membawa maksud rujukan yang umum, abstrak dan tidak

tentu. Kami telah membuat analisis tentang masalah yang ditinjau.
Contoh :

*kata sendi terhadap digunakan untuk membawa maksud rujukan yang khusus, konkrit dan

rujukan yang tentu.

Contoh : Sikap Asma yang bersikap biadap terhadap orang tuanya menjengkelkan Ina.

Perbezaan kata sendi di dan pada
*kata sendi di digunakan untuk menunjukkan tempat, dan tidak boleh digunakan bersama frasa

nama yang menunjukkan waktu atau zaman.

Contoh : Baju yang baru selesai dibasuh itu dijemur di ampaian.

*kata sendi pada digunakan untuk menerangkan waktu dan tempat bagi sesuatu perbuatan.

Contoh : Kolokium itu akan diadakan pada minggu hadapan.

Nota tambahan :

1. Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan waktu
dan zaman.

Haris ke Sandakan di cuti persekolahan yang lalu. ()

2. Kata sendi nama ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang merujuk manusia
atau haiwan.

Sulaiman memberikan kain bersulamkan benang emas ke Mila. ()

3. Kata sendi nama daripada untuk maksud punca, terhad kepada penggunaan yang merujuk
manusia, haiwan dan unsur abstrak sahaja. Kata sendi nama daripada tidak boleh digunakan
untuk punca yang merujuk tempat.

Amsyar baru pulang daripada Kundasang. ()
Kita seharusnya menjauhkan diri daripada bahaya lumba haram. (√)

4. Kata sendi nama pada tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang bermaksud
sasaran (manusia).

Bungkusan ini seharusnya kamu kirimkan pada Mazni. ()

5. Kata sendi nama demi telah membawa maksud tujuan, maka penggunaan demi untuk
secara berderetan dianggap lewah.

Kita perlu bersatu padu demi untuk keharmonian dan kemakmuran negara. ()

6. Kata sendi terhadap tidak boleh digunakan untuk membawa maksud rujukan yang umum,
abstrak dan tidak tentu, sebaliknya dalam rujukan sebegini, penggunaan yang betul ialah
penggunaan kata sendi nama tentang.

Kami telah membuat analisis terhadap masalah yang ditinjau. ()

7. Kata sendi nama akan digunakan selepas kata adjektif bersifat emotif.
Miah menangis kerana dia terlalu rindukan anaknya. ()
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya memupuk perasaan cinta akan tanah air. (√)

8. Kata sendi nama dalam dan antara merujuk lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau
ruang dan abstrak sifatnya. Jika ayat yang dibina digunakan untuk merujuk jarak atau ruang,
maka kata sendi nama di perlu digunakan di hadapan kata sendi dalam dan antara.

Azmir mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang tersebut. (√)
Jam tangan Eiman yang hilang akhirnya ditemukan dalam laci. ()

9. Kata hubung kerana tidak boleh disertakan selepas kata hubung oleh.
Upacara konvokesyen universiti itu terpaksa dibatalkan oleh kerana penularan wabak
COVID-19. ()
Upacara konvokesyen universiti itu terpaksa dibatalkan oleh sebab penularan wabak
COVID-19. (√)
Upacara konvokesyen universiti itu terpaksa dibatalkan kerana penularan wabak
COVID-19. (√)

Kata Arah
1. Kata arah berfungsi untuk menunjukkan hala/tujuan/arah dalam sesuatu ayat. Lazimnya kata
arah hadir setelah kata sendi nama.
2. Antara contoh kata arah :

bawah sisi
tepi penjuru
atas segi
antara selatan
tengah sudut
belakang hadapan
luar timur
dalam barat
samping utara

Contoh : Darren menaiki feri menuju ke barat pulau peranginan itu.
Hubungan antara kedua-dua negara itu semakin pulih.

Kata Bilangan
1. Kata bilangan bertugas untuk menerangkan jumlah pada frasa nama.

Kata Bilangan

Tentu Tak tentu Himpunan Pisahan Pecahan

empat seluruh berjuta-juta setiap setengah
dua belas sedikit beribu-ribu dua pertiga
banyak kedua-dua tiap-tiap seperempat
sejuta semua
satu ratus segala berabad-abad masing-masing separuh
lima ribu para
beberapa

Contoh : Terdapat sepuluh buah daerah yang membentuk negeri Johor.
(kata bilangan tentu)

Banyak penyokong Selangor yang akan menyaksikan perlawanan pada hari ini.
(kata bilangan tak tentu)

Beribu-ribu orang telah kehilangan tempat tinggal dan ahli keluarga akibat
bencana tsunami.
(kata bilangan himpunan)

Ibu mengambil upah membersihkan rumah orang kaya itu pada setiap pagi.
(kata bilangan pisahan)

Salim telah membelanjakan separuh daripada wang gajinya.
(kata bilangan pecahan)

Nota tambahan :
2. Kata bilangan tak tentu seperti seluruh, para, segala, semua telah menunjukkan bilangan
banyak/jamak, maka kata nama yang mengikutinya tidak perlu digandakan.

Banyak penyokong-penyokong Selangor yang akan menyaksikan perlawanan pada
hari ini. ()
3. Perbezaan sesetengah yang membawa maksud setengah-setengah, perlu dibezakan
dengan penggunaan setengah yang bermaksud separuh.
Setengah murid gemar mengulang kaji pelajaran pada saat-saat akhir. ()
Setengah-setengah murid gemar mengulang kaji pelajaran pada saat-saat akhir. (√)
Sesetengah murid gemar mengulang kaji pelajaran pada saat-saat akhir. (√)
4. Kata bilangan tentu perlu diletakkan penjodoh bilangan pada kata nama yang dibilang,
manakala kata bilangan tak tentu tidak perlu diletakkan penjodoh bilangan (kecuali kata
bilangan tak tentu beberapa).
Tiga mangkuk kaca itu telah pecah. ()
Tiga buah mangkuk kaca itu telah pecah. (√)
Semua orang murid perlu mematuhi peraturan sekolah. ()
Semua murid perlu mematuhi peraturan sekolah. (√)
Beberapa orang murid dipanggil kerana melanggar peraturan sekolah. (√)
5. Kata nama yang digunakan bersama kata bilangan tak tentu tidak perlu digandakan.
Para pekerja-pekerja syarikat pembersihan itu diberi kenaikan gaji. ()
Para pekerja syarikat pembersihan itu diberi kenaikan gaji. (√)
6. Kata bilangan tentu tidak boleh diikuti oleh kata bilangan pecahan.
Ibu memasukkan tiga setengah cawan tepung dalam adunan kek itu. ()
Ibu memasukkan tiga cawan setengah tepung dalam adunan kek itu. ()


Click to View FlipBook Version