The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Semoga bermanfaat kepada semua calon SPM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-70038982, 2022-10-09 21:49:30

NOTA TATABAHASA SPM

Semoga bermanfaat kepada semua calon SPM

Keywords: TATABAHASA BAHASA MELAYU

Kata Adverba
1. Kata adverba berfungsi menerangkan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi
nama dari segi masa, tempat dan cara. Sebagai contohnya,

jarang-jarang sentiasa sekali gus selama-lamanya
besar-besaran diam-diam
4.3kerapKkaatlai Pascakatabegitu

Contoh : Semenjak pergaduhan itu, Khalid jarang-jarang pulang ke kampung.

D) Kata Pascakata

1. Kata pascakata ialah satu bentuk kata kata yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda,
yang hadir selepas perkataan, iaitu -nya.

Kata Pascakata

Kata penekan Kata pembenda
- bentuk -nya - bentuk -nya
yang berfungsi
yang mengubah
memberi sesuatu
penekanan
kepada perkataan perkataan yang
yang bergabung bukan kata nama
dengannya.
kepada kata
sebenarnya nama.
sesungguhnya
turunnya
seandainya sakitnya
sebetulnya lajunya
sekiranya datangnya
nampaknya lantangnya
perginya

Contoh : Sesungguhnya, dua minggu yang lalu, saya memang datang menemuinya.
Bukan kepalang lajunya kereta itu.

5.3.1 Mengenal pasti dan menggunakan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi
nama dengan betul mengikut konteks.

Tugas-tugas frasa
- Subjek : terdiri daripada satu atau lebih perkataan yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur
yang diterangkan.
- Predikat : kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
menerangkan.
- Objek : frasa nama yang terletak selepas kata kerja transitif atau kata sendi nama.
- Penerang : frasa yang bertugas sebagai penerang kata nama.

Frasa Nama

- Unsur yang membentuk ayat dasar terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam semua pola

ayat, frasa nama mendukung fungsi sebagai subjek.

FN + FN

FN + FK

FN + FA

FN + FSN

- Frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan.

Contoh : Ibu kerani. (FN + FN)

Ibu kerani pejabat kerajaan. (FN + FN)

- Selain mendukung fungsi sebagai subjek dan predikat, frasa nama juga boleh berfungsi

sebagai objek.

Contoh : Adik menunggang basikal. (basikal (FN) merupakan objek)

Ayah ke masjid. (masjid (FN) merupakan objek)

- Binaan frasa nama perlu mengikut Hukum D-M, iaitu susunan perkataan bagi membentuk

frasa nama dalam ayat.

D = Diterangkan (unsur diterangkan / inti hadir pada kedudukan awal)

M = Menerangkan (unsur menerangkan hadir pada kedudukan selepas kata inti)

Contoh : sos cili (sos ialah unsur inti, manakala cili ialah unsur yang menerangkan)

kafe siber (kafe ialah unsur inti, manakala siber ialah unsur yang menerangkan)

Frasa Kerja

- sekumpulan perkataan yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur utama.

Contoh : Ibu memasak kari ayam semasa kenduri doa selamat semalam.

Frasa Kerja

Tak transitif Transitif

- frasa kerja tak transitif ialah frasa kerja yang tidak mengandungi objek, iaitu kata kerja tidak

perlu disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan frasa tersebut. Namun,

frasa tersebut boleh disertai oleh unsur-unsur lain seperti kata bantu dan unsur keterangan.

Contoh : Adira sedang menangis.

- frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang mesti disertai objek iaitu frasa nama bagi

melengkapkan frasa tersebut. Frasa tersebut juga boleh disertai oleh unsur-unsur lain seperti

kata bantu dan unsur keterangan.

Contoh : Ayah sedang menghidangkan pulut kuning kepada para tetamu.

Frasa Kerja Tak Transitif

Tanpa pelengkap Berpelengkap

- frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah frasa kerja yang tidak memerlukan apa-apa

unsur sebagai pelengkap.

Contoh : Kami semua terkejut.

Semua hadirin duduk.

- frasa kerja tak transitif berpelengkap ialah frasa kerja yang mesti diikuti unsur pelengkap untuk

melengkapkan maknanya. Namun, unsur pelengkap ini bukan objek kerana ayat jenis ini tidak

boleh dipasifkan.

Contoh : Ekonomi negara bertambah kukuh. (Kata adjektif sebagai pelengkap)

Keluarga Amir bermastautin di Johor. (Kata sendi nama sebagai pelengkap)

Perompak itu bersenjatakan pistol. (Kata nama sebagai pelengkap)

Frasa Kerja Transitif

Dengan satu objek Dengan dua objek

- frasa kerja transitif dengan satu objek ialah frasa kerja yang mengandungi kata kerja transitif

yang diikuti hanya satu objek.

Contoh : Alisa membaca novel pada waktu lapang.

- frasa kerja transitif dengan dua objek ialah frasa kerja yang mengandungi kata kerja transitif

yang diikuti dua objek.

Contoh : Sulaiman menghadiahkan sejambak bunga kepada Edora.
Sulaiman menghadiahi Edora sejambak bunga.

Dalam ayat di atas, terdapat dua frasa nama dan dua objek.

Nota tambahan :

1. Kata kerja transitif perlu diikuti oleh objek, bukan kata sendi nama.
Jac sering menceritakan tentang masalahnya kepada Neeta. ()
Jac sering menceritakan masalahnya kepada Neeta. (√)

2. Terdapat perbezaan penggunaan kata hubung dalam frasa kerja dalam binaan kata kerja +
ayat kompelemen.

Fynna memaklumkan yang dia akan pulang ke kampung pada petang ini. ()
Fynna memaklumkan bahawa dia akan pulang ke kampung pada petang ini. (√)

3. Terdapat kesilapan umum dalam frasa kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif yang
menerima kata nama sebagai pelengkap.

Perompak itu bersenjatakan dengan pistol. ()
Perompak itu bersenjatakan pistol. (√)

Frasa Kerja Dengan Kata Bantu

Kata bantu aspek Kata bantu ragam

Sudah dilakukan hendak pergi
sudah membaca mahu berehat
harus membasuh
telah menjahit boleh keluar
pernah mendaki dapat menyihatkan
mesti menjawab
Sedang dilakukan
sedang membasuh Kata bantu ragam boleh
hadir bersama
masih menangis harus + mahu
harus + dapat
Belum dilakukan mesti + mahu
belum mandi mesti + dapat
akan tidur

Kata bantu aspek boleh
hadir bersama

belum + pernah
masih + belum
telah + pernah
masih + sedang
sudah + pernah

Kata bantu aspek dan ragam boleh hadir bersama
sedang + hendak
belum + hendak
akan +dapat
belum + boleh
mesti + akan
harus + sudah
mesti + sudah
harus + telah
mesti + telah

Frasa Adjektif
- satu atau deretan perkataan yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur utama.

Frasa Adjektif

Binaan satu perkataan Binaan dua perkataan

rajin Kata adjektif + kata adjektif
laju kurus kering
terang tua muda
setinggi sunyi sepi
kemerah-merahan
Kata adjektif + kata nama
biru laut

panjang tangan

- Frasa adjektif boleh disertai unsur penguat.
Penguat

Hadapan Belakang Bebas

agak dalam indah nian amat kemas
lebih baik besar betul kemas amat

cukup cantik kecil benar sangat baik
paling cerdik pandai sekali baik sangat

terlalu tinggi sungguh merdu
makin cekap merdu sungguh
kurang berani

BINAAN FRASA ADJEKTIF CONTOH
Kata bantu + kata adjektif belum kurus
Kata penguat + kata adjektif agak pandai
Kata adjektif + kata penguat pandai sekali
Kata bantu + kata penguat + kata adjektif masih agak besar
Kata bantu + kata adjektif + kata penguat masih awal benar
Kata bantu + kata adjektif + kata adjektif sudah tinggi lampai
Kata penguat + kata adjektif + kata penguat sangat tinggi sekali
Kata penguat + kata adjektif + keterangan sangat cinta akan tanah air
Kata penguat + kata adjektif + ayat komplemen sangat percaya bahawa ayahnya tidak bersalah

Nota tambahan :
1. Frasa adjektif yang mendukung maksud emotif atau perasaan perlu diikuti oleh kata sendi
akan.

Amir termenung kerana dia rindukan ibunya. ()
Amir termenung kerana dia rindu akan ibunya. (√)
2. Frasa adjektif yang digandakan tidak perlu disertakan dengan kata penguat.
Ibrahim berasa gembira kerana kehidupannya sudah amat senang-lenang. ()
Ibrahim berasa gembira kerana kehidupannya sudah senang-lenang. (√)

Frasa Sendi Nama

- kata sendi nama ialah kata yang mendahului frasa nama.

- frasa sendi nama berfungsi sebagai predikat dalam ayat atau keterangan bagi frasa nama.

Contoh : Gadis itu dari Kuala Terengganu.

- frasa sendi nama boleh didahului kata bantu seperti dapat, masih, pernah, sedang, dan boleh.

Contoh : Saya pernah ke Brunei beberapa tahun lepas.

- Untuk membentuk frasa sendi nama, kata arah seperti atas, bawah, utara, selatan, timur juga

boleh menyertai kata sendi nama.

Contoh : Guru yang tinggi itu dari selatan Semenanjung Malaysia.

BINAAN FRASA SENDI NAMA CONTOH
Kata sendi nama + frasa nama dari Sabah
Kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama di hadapan masjid
Kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama + frasa keterangan ke hujung padang setiap petang

-

5.3.2 Mengenal pasti dan menggunakan ayat dasar yang betul.

Binaan Ayat Dasar
- Terdiri daripada dua bahagian iaitu subjek dan predikat.

Ayat

Subjek Predikat

Bahagian ayat Bahagian ayat
yang diterangkan yang

menerangkan
subjek

Pola Ayat Dasar
- Semua subjek terdiri daripada frasa nama (FN). Predikat pula terdiri daripada empat jenis
frasa iaitu

Predikat

Frasa nama (FN) Frasa Kerja (FK) Frasa Adjektif (FA) Frasa Sendi Nama (FSN)

- Contoh ayat :
1. Aqilah seorang pegawai polis.
Aqilah merupakan subjek, manakala seorang pegawai polis ialah predikat.

Pola ayat : FN + FN

2. Ibu pejabat syarikat itu besar.
Ibu pejabat syarikat itu berfungsi sebagai subjek, manakala besar berfungsi sebagai predikat.

Pola ayat : FN + FA

3. Atlet lempar cakera yang bertubuh sasa itu berlatih setiap hari.
Atlet lempar cakera yang bertubuh sasa itu ialah subjek, manakala berlatih setiap hari
merupakan predikat.
Pola ayat : FN + FK

4. Hadiah ini untuk ibu.
Hadiah ini berfungsi sebagai subjek, manakala untuk ibu berfungsi sebagai predikat.
Pola ayat : FN + FSN

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

- Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang

diterangkan. Sofea membaca novel.
Contoh : Kami telah membersihkan persekitaran rumah.

- Ayat pasif terbentuk daripada ayat aktif transitif yang mengutamakan objek asal sebagai unsur

yang diterangkan.

Contoh : Novel dibaca oleh Sofea.

Persekitaran rumah telah kami bersihkan.

Ayat Aktif

Transitif Tak Transitif

Dian membeli kereta baharu. Kanak-kanak itu sedang menangis
dengan kuat.
(keterangan boleh digugurkan)
Kami bercadang untuk ke rumah Mia.
(keterangan tidak boleh digugurkan)

Ayat Pasif

Imbuhan kata kerja pasif Kata ganti nama diri pertama dan kedua Perkataan kena

kata kerja pasif di- dan ter- Tidak boleh menerima imbuhan pasif di-. Mengandungi
Novel itu terbaca oleh Amir Novel itu saya baca dalam tempoh perkataan kena di
dalam tempoh seminggu. seminggu. depan kata dasar yang
Meja itu diangkat oleh Diya Meja itu kami angkat semalam. tidak menerima
semalam. imbuhan awalan.

Murid-murid itu kena
marah oleh guru.

- Bagi ayat pasif yang mengandungi kata kerja pasif berimbuhan di- , kata sendi oleh selepas

kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna.

Contoh : Meja itu diangkat oleh Diya semalam. (√)

Meja itu diangkat Diya semalam. (√)

- Namun, bagi ayat pasif yang disertai kata kerja imbuhan pasir ter-, kata sendi oleh selepas

kata kerja tidak boleh digugurkan.

Contoh : Novel itu terbaca oleh Amir dalam tempoh seminggu. (√)

Novel itu terbaca Amir dalam tempoh seminggu. ()

- Ayat pasif yang mengunakan kata kerja pasif berimbuhan di- mesti digunakan dengan kata

ganti nama diri ketiga.

Contoh : Buku itu dihadiahkan oleh Budi untuk gurunya. (√)

Kari ayam itu dimasak oleh kakak semalam. (√)

Buku itu dihadiahkan oleh saya untuk ayah. ()

- Kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan

pasif di-. Kata ganti nama diri perlu diletakkan di hadapan kata kerja dasar,

Contoh : Buku itu saya hadiahkan untuk ayah. (√)

Kari ayam itu kami masak semalam. (√)

- Ayat pasif yang mengandungi kata kena berada di hadapan kata kerja dasar yang tidak

beimbuhan awalan.

Contoh : Rina kena kejar oleh anjing liar di kawasan perumahan itu. (√)

Rina kena kejar anjing liar di kawasan perumahan itu. (√)
Kata sendi oleh boleh digugurkan dalam binaan ayat ini.

5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang,
dan ayat majmuk yang betul mengikut konteks.

Susunan Ayat Tunggal
- Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
- Susunan biasa (kedudukan subjek adalah di hadapan predikat)
Contoh : Semua murid perlu mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian.

- Susunan songsang (unsur predikat dipindahkan ke hadapan subjek)

a) pendepanan seluruh predikat (seluruh predikat dibawa ke hadapan mendahului subjek)

Contoh : Pemuda yang berbaju biru itu abang saya. (susunan biasa)

Abang saya pemuda yang berbaju biru itu. (susunan songsang)

Ibunya kerani. (susunan biasa)
Kerani ibunya. (susunan songsang)

b) pendepanan sebahagian daripada predikat

i. pendepanan frasa kerja

Contoh : Murid-murid itu berkejar-kejaran di hadapan sekolah. (susunan biasa)

Berkejar-kejaran murid-murid itu di hadapan sekolah. (susunan songsang)

*pendepanan kata kerja sahaja

Azmin membaca buku di ruang tamu. (susunan biasa)
Membaca buku Azmin di ruang tamu. (susunan songsang)

*pendepanan kata kerja dengan objek

Ayahnya belum pulang dari tempat kerja. (susunan biasa)
Belum pulang ayahnya dari tempat kerja. (susunan songsang)

*pendepanan kata kerja dengan kata bantu

ii. pendepanan frasa adjektif
Azwa sakit sepanjang hari. (susunan biasa)
Sakit Azwa sepanjang hari. (susunan songsang)

*pendepanan kata adjektif sahaja
Berita itu belum tentu benar. (susunan biasa)
Belum tentu benar berita itu. (susunan songsang)

*pendepanan kata adjektif dengan kata bantu

iii. pendepanan frasa sendi nama

Contoh : Dia di Johor Bahru semalam. (susunan biasa)

Di Johor Bahru dia semalam. (susunan songsang)

Ayat Majmuk

- pencantuman dua ayat tunggal atau lebih, menjadi satu susunan ayat yang baharu.

Contoh : Rita akan berkunjung ke Dungun minggu hadapan.

Dinesh akan berkunjung ke Dungun minggu hadapan.

→ Rita dan Dinesh akan berkunjung ke Dungun minggu hadapan.

Ayat Majmuk

Gabungan Pancangan Campuran

Ayat-ayat yang dimajmukkan Terdapat satu ayat utama Deretan pelbagai jenis ayat
setara makna dan dapat berdiri dan ayat sampingan yang majmuk.
sendiri. dipancangkan bersama.
Radio itu rosak.
Penggunaan kata hubung dan, Ayat relatif : yang Radio itu diketuk oleh Muis.
atau, tetapi, lalu, serta, sambil Gadis itu bertudung kelabu. Radio itu dilempar oleh Muis.
Gadis itu kakak saya. → Radio yang rosak itu
Bahagian pada ayat yang → Gadis yang bertudung diketuk dan dilempar oleh
mempunyai unsur sama dan kelabu itu kakak saya. Muis.
diulang boleh digugurkan. *Ayat majmuk ini terdiri
Ayat komplemen : bahawa daripada ayat relatif dan ayat
Kamu hendak memakai baju Cikgu Suzi menyatakan majmuk gabungan.
biru? sesuatu.
Kamu hendak memakai baju Cuti sekolah akan bermula
merah? pada minggu hadapan.
→ Kamu hendak memakai → Cikgu Suzi menyatakan
baju biru atau merah? bahawa cuti sekolah akan
bermula pada minggu
hadapan.

Ayat keterangan : kerana,
sewaktu, ketika,semasa,
hingga, sekiranya, jika,
meskipun, dengan, supaya

Bun tidak hadir ke sekolah.
Bun demam.
→ Bun tidak hadir ke sekolah
kerana dia demam.

5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat
seruan yang betul mengikut konteks.

Jenis Ayat Ayat Penyata : bertujuan membuat satu penyataan atau
keterangan sesuatu hal.

Ayat Tanya : bertujuan menanyakan sesuatu hal.

Ayat Perintah : bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

Ayat Seruan : bertujuan untuk melahirkan sesuatu perasaan
seperti takut, marah, takjub, geram atau sakit.

Ayat Penyata

- berfungsi untuk menyatakan atau memberikan keterangan berkaitan sesuatu perkara/hal.

- juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Contoh : Murid itu berhimpun di padang.

Bunga mawar yang ditanam oleh ibu itu sangat harum.

Ayat Tanya

- digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara/hal.

- terdapat dua jenis iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.

- dilambangkan dengan tanda soal (?)

i. ayat tanya tanpa kata tanya

Contoh : Semalam kamu ke Muar?

ii. ayat tanya dengan kata tanya

(a) ayat tanya dengan kata ganti nama tanya (apa, siapa, mana)

Contoh : Bapa kamu mana?

(b) ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai
bila, bagaimana, dengan siapa, daripada siapa)

Contoh : Kalian tinggal di mana?

Adik kamu berkawan dengan siapa?

Contoh-contoh di atas boleh melalui proses pendepanan predikat dan disertai partikel -kah

untuk menjadi ayat tanya songsang, iaitu :
- Ke Muarkah kamu semalam?
- Manakah bapa kamu?
- Di manakah kalian tinggal?
- Dengan siapakah adik kamu berkawan?

Ayat tanya juga dapat digolongkan kepada ayat tanya tertutup dan ayat tanya terbuka.

Ayat Tanya

Tertutup Terbuka

Hanya memerlukan Jawapan terbuka dan
jawapan ya atau tidak hanya terhad
tidak/bukan
kepada jawapan ya atau
Contoh : tidak/bukan
Kamu hendak ke
Contoh :
kedai? Kamu hendak membeli

apa?

Ayat Perintah
- ayat perintah berbentuk suruhan, larangan, silaan dan permintaan untuk menimbulkan
sesuatu tindakan bagi orang kedua yang mendengar.

Ayat Perintah

Ayat suruhan Ayat larangan Ayat silaan Ayat permintaan

1. Ayat suruhan bertujuan memberi perintah atau arahan.
Contoh : Keluar dari tempat ini.
Untuk melembutkan nada suruhan, ayat-ayat suruhan boleh menerima partikel -lah.
Contoh : Keluarlah dari tempat ini.

2. Ayat larangan menggunakan kata larangan seperti jangan, tak usah atau usah.
Contoh : Jangan bising ketika berada di dalam perpustakaan.
Ayat larangan juga boleh dilembutkan dengan kehadiran partikel -lah.
Contoh : Janganlah bising ketika berada di dalam perpustakaan.
Ayat larangan juga dapat dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap.
Contoh : Harap jangan bising ketika berada di dalam perpustakaan.

3. Ayat silaan menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput yang bertujuan mempersilakan
atau menjemput seseorang.
Contoh : Jemput datang ke majlis pernikahan adik saya.
Kehadiran partikel -lah berfungsi untuk melembutkan nada ayat silaan.
Contoh : Jemputlah datang ke majlis pernikahan adik saya.

4. Ayat permintaan menggunakan kata minta dan tolong untuk menunjukkan perbuatan
meminta atau memohon pertolongan.
Contoh : Minta murid-murid menjelaskan bayaran buku sebelum minggu hadapan.
Ayat permintaan tidak boleh menunjukkan maksud negatif seperti ayat larangan.
Contoh : Tolong jangan bising di kawasan sekolah. (bentuk ayat ini adalah salah)

Ayat Seruan
- ayat yang digunakan untuk menzahirkan perasaan terkejut, marah, hairan, kecewa, kagum,
sakit, takut atau mengejek ----> dilambangkan dengan tanda seru (!) pada akhir ayat.

- Lazimnya menggunakan kata seru bagi melambangkan perasaan dalam ayat seruan.

Kata Seru Maksud

oh Untuk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin)
Contoh : Oh, baru sekarang kutahu!

eh Untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat)
Contoh : Eh, sebentar tadi dia ada di sini!

ah Untuk menyatakan kehairanan (tidak setuju, keluhan, runsing)
Contoh : Ah, budak-budak zaman sekarang memang berani!

wah Untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum)
Contoh : Wah, bukan main laju kamu berlari!

wahai Untuk menyatakan rasa sedih (menarik perhatian,

memperingatkan)
Contoh : Wahai kawan, kamu harus lebih berhati-hati!)

cis Untuk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci)
Contoh : Cis, berani kamu kembali ke sini!

aduh Untuk menyatakan rasa sakit (rasa hairan, keluhan)
Contoh : Aduh, sakitnya tangan saya!

aduhai Untuk melahirkan rasa sedih (rintihan)
Contoh : Aduhai, sungguh malang nasib kalian!

hai Untuk menarik perhatian, melahirkan keluhan (rintihan, rayuan),

menyatakan hairan (kurang percaya, sangsi)
Contoh : Hai, salam perkenalan!

nah Untuk mempelawa seseorang menerima sesuatu, ambillah,

terimalah
Contoh : Nah, ambillah duit kamu ini!

amboi Untuk menyatakan rasa hairan (kasihan) atau mengusik

seseorang
Contoh : Amboi, cantik sungguh kamu kebelakangan ini!

syabas Untuk menyatakan bagus (baik)
Contoh : Syabas, kamu telah lulus dalam ujian itu!


Click to View FlipBook Version