Cik
NIAN & KAFTIYA
Kalthum
Nian&Kaftiya
@NianKaftiya, 2022
CIK KALTHUM
Jun 2022
Cetakan pertama versi zine, April 2018 dengan tajuk –
Tukang Jahit yang Menulis
E-book Cik Kalthum adalah versi kemas kini.
HAK CIPTA TERPELIHARA
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada terbitan ini
diterbitkan semula, dikongsi, ditukar ganti, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukar dalam apa bentuk atau dengan apa jua
alat kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada
penulis.
Penulis : Nian dan Kaftiya
Pereka muka depan: Kaftiya
ISI KANDUNGAN
TUKANG JAHIT AMINAH 1
ROBOTIK 5
CIK KALTHUM 6
SEMBAT 10
HILANG 11
GALERI ZAITON 13
TANGAN YANG MENJAHIT 17
KEBAYA MERAH, SNEAKER PUTIH 19
HILANG DIBAWA JEREBU 26
BUKAN MENANTU PILIHAN 28
RIVAL 31
LANGIT TETAP BIRU 35
MELATI YANG BERCITA-CITA MENJADI TUKANG JAHIT 38
RAYA 41
SAAT WAKTU TERHENTI 44
SEPATAH DUA KATA 50
RIBUT KAKI CIK MIA 52
CORETAN NIAN 53
“Shh, ini rahsia ya. Datanglah bulan
depan. Bulan depan orang lain pula.”
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
TUKANG JAHIT AMINAH
“Kenapa ni? Monyok semacam je.” Tanya Anis.
“Aku rasa, aku kena tarik dirilah.” Ujar Min.
“Tarik diri ke mana?”
“Aku kan dapat tawaran dari Muzium Mini Melayu tu untuk
jahitkan baju-baju perempuan melayu daripada dahulu hingga
sekarang.”
“Ok, jadi kenapa? Kenapa nak tarik diri pula?”
“Sejak aku terima tawaran tu, macam-macam perkara
berlaku. Tersilap potong kainlah, tersalah jahitlah, benang asyik
putuslah. Macam-macam.” Min melepaskan nafasnya, berat.
“Dah tengok mesin jahit kau? Kot-kot ada masalah?”
“Sudah, aku siap panggil orang untuk tengokkan, mesin
memang tak ada masalah. Yang tersilap potong kain tu, mula-mula
aku fikir aku telalu teruja hingga silap potong tapi dah tiga minggu,
aku masih tersilap potong.”
“Tapi memang pelik.” Ujar Min lagi.
“Apa yang pelik?” Tanya Anis.
“Yang tersilap potong tu, aku memang ikut ukuran yang
betul. Lepas sekali silap, aku lukis pola atas kertas minyak. Aku
1
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
tengok baju fesyen apa, aku lukis, aku penitikan atas kain dan
potong. Tak mungkin silap.”
“Silapnya macam mana?”
“Pola apa pun yang aku ikut, bila dah siap potong tetap jadi
baju kebaya.” Anis menggosok lengannya, meremang.
“Jauh sangat tu, takkan macam tu silap potong? Takkan ikut
pola lain jadi baju lain. Ish, lain macamlah.” Tambah Anis lagi.
Min akhirnya mengambil keputusan untuk berjumpa
dengan Puan Aminah, pemilik Muzium Mini Melayu itu.
“Saya tak boleh, puan. Baju apa yang saya nak buat, tak
menjadi. Potong kain untuk buat baju lain, jadi baju lain.” Puan
Aminah hanya tersenyum.
“Kerjanya senang je, Min. Jahit je apa yang awak dah
potong tu. Siap jahit, hantar kepada saya. Tak perlu awak
kumpulkan dan hantar kepada saya. Hantar sahaja apa yang awak
dah siapkan.”
“Sebab puan kan nak pelbagai fesyen, jadi saya fikir lebih
baik saya kumpulkan dahulu.”
“Macam nilah, mari saya bawa awak ke muzium saya.”
Di muzium itu, ada gambar seorang perempuan yang
menggayakan pelbagai jenis fesyen baju. Baju kurung kedah,
2
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
kurung biasa, kebaya, kebarung dan macam-macam lagi.
Perempuan itu ibarat model fesyen baju. Wajahnya cantik,
terserlah kemelayuannya dengan sanggul dan selendang.
“Ini moyang saya. Nama saya diambil sempena namanya
tanpa saya tahu, nama itu membuatkan saya terpaksa mewarisi
muzium ini dan memenuhi seleranya.”
“Seleranya? Selera siapa?”
“Selera moyang saya.”
“Oh, maksud puan, moyang puan masih adalah.” Puan
Aminah menggeleng.
“Saya tak pernah jumpa dia, dia dah lama meninggal.”
“Jadi, apa maksud memenuhi seleranya?”
“Min, macam ni. Awak bukan tersalah potong kain. Niat
awak nak buat baju kurung tapi jadi kebaya, kan?” Min hanya
mengangguk.
“Awak jahit baju, bukan yang awak nak, tapi yang moyang
saya nak. Buat masa sekarang, moyang saya nak baju kebaya.”
Min terpempan.
“Apalah puan ni, moyang puan kan dah lama meninggal.”
Min cuba mengukir senyum. Puan Aminah cuma membalas
senyuman itu, penuh makna.
3
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
“Saya tak main-main. Moyang saya ketika muda, suka
melawa. Sampai sudah meninggal pun masih suka melawa.” Puan
Aminah merenung dalam potret moyangnya.
“Saya bagi awak bayaran yang lumayan, cuma ikut sahaja.
Saya bayar awak tiga kali ganda daripada harga asal, untuk satu
baju. Tawaran saya tak menarik?” Min akui, memang tawaran
Puan Aminah tidak dapat di mana-mana lebih-lebih lagi dia
bukanlah tukang jahit yang punya nama.
***
Sekarang sudah lima tahun Min menjahit, untuk pelanggan
lain dan juga Puan Aminah. Dia juga punya jenama sendiri, Jemari
Aminah. Dia masih memenuhi ‘selera’ moyang Aminah. Kerjanya
senang, baju jenis apa sahaja yang jadi, itulah kehendak moyang
Aminah. Dia hanya ikut sahaja tanpa dia sedar Puan Aminah terus
memerhatikan dia, Min atau nama sebenarnya Aminah Raudah.
4
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
ROBOTIK
Cik Mia mundar-mandir risau. Dengarnya, bekalan elektrik akan
terputus selama tiga hari bermula esok. Dia harus menjahit pada
sebelah malam juga, kalau tidak, dia tidak mampu menyiapkan
tempahannya.
TING! Idea!
***
“Bagus cik Mia ni. Tak ada elektrik pun baju kita siap, kan. Terima
kasih!”
‘Ya, sebiji mentol yang aku telan malam kelmarin buat mata aku
menyala! Terang! Tak ada elektrik? Tak ada masalah!’ cik Mia
tersenyum melihat koleksi mentolnya, yang sama banyak dengan
koleksi benangnya, untuk masa-masa kecemasan.
TING!
Cik Mia bukan lagi manusia. Dia robot pemuas fesyen manusia.
5
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
CIK KALTHUM
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Cik Na ada apa awak kemari ni?”
“Macam biasalah, kita nak hantar kain.”
“Nak baju yang macam mana Cik Na?”
“Kita kat rumah tadi dah fikir nak tempah baju apa. Tengok
baju awak, cantik pulak Cik Kalthum.” Cik Kalthum cuma
tersenyum.
“Boleh, boleh. Nanti kita jahitkan. Awak nak bila ni Cik Na?”
“Bulan depanlah sebelum kenduri anak Kak Timah. Kita nak
melawa.” Cik Na tersenyum sipu-sipu.
Cik Kalthum sangat terkenal di kampung Rimba Terjun.
Cukup semuanya. Dia cantik, kaya, dan pandai menjahit. Semua
penduduk kampung menempah baju dengannya. Sehinggalah
satu hari, Cik Kalthum hilang. Rumah yang terbiar selama hampir
sebulan itu akhirnya didiami oleh Munirah, anak saudaranya.
Munirah juga pandai menjahit. Munirah persis Cik Kalthum.
Gayanya, percakapannya dan dia sangat ramah. Walaupun baru
6
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
sahaja menginap di rumah Cik Kalthum, dia kenal semua
pelanggan ibu saudaranya.
“Munirah tak tahu ke kemana Cik Kalthum pergi?” Tanya Cik
Na yang datang untuk mengambil bajunya yang ditempah dengan
Cik Kalthum sebulan yang lalu.
“Sudah puas kami mencari Cik Na. Kalaupun dia sudah
meninggal, kami tidak jumpa kuburnya.”
“Sudah lama Cik Kalthum tinggal di sini, rasa-rasanya 20
tahun.”
“Yelah Cik Na, memang lama dia di sini.”
***
“Rumah Cik Kalthum tu berganti penghuni setiap 20 tahun.”
Ujar Zura.
“Betul ke?” Tanya Sofi.
“Iya, betul. Setiap penghuni rumah tu perempuan muda,
tidak berkahwin, pandai menjahit dan selepas 20 tahun, hilang.
Lepas sebulan hilang, berganti orang lain pula. Tak rasa pelik ke?”
“Rumah tu masih ada ke? Ada penghuni sampai sekarang?”
“Ada. Nak tak cuba tempah baju kat Cik Liana aka Cik
Kalthum tu?”
7
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
“Ishh tak naklah kita.”
“Tapi kita nak!”
Zura dan Sofi pun sama-sama ke kampung Rimba Terjun
mencari rumah Cik Liana. Rumah Cik Liana satu-satunya rumah
yang agam di kampung itu. Oleh itu, tiada masalah untuk mencari
rumahnya. Ketika mereka ingin masuk ke halaman rumah Cik
Liana, mereka dihalang oleh seorang perempuan.
“Nak buat apa ke sana?”
“Nak tempah baju, mak cik.”
“Orang lama di kampung ni dah tak hantar baju ke sana.
Kamu berdua mesti orang baru, kan?” Mereka hanya
mengangguk.
“Dia bukan Cik Liana. Dia Cik Kalthum. Biar berubah berapa
orang pun di rumah itu, aku tetap kenal. Ramai yang kenal.”
“Betul tu.” Cik Liana menyampuk dan mak cik yang berbual
dengan mereka itu cepat-cepat melarikan diri.
“Betul, tak ada yang salah pun.” Mereka meneguk liur.
“Nak kekal muda, kuat dan sihat, aku perlukan badan yang
kuat dan sihat juga, kan?”
“Umur aku, ermmm…” Dia mengira-mengira dengan
jarinya.
8
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
“Mungkin 120 atau 140? Eh, nak hantar kain ke?” ‘Cik Liana’
bertanya.
“Ya, tapi kami tertinggal pula kainnya.” ‘Cik Liana’
merapatkan telunjuknya ke bibir dan merenung mereka.
“Shh, ini rahsia ya. Datanglah bulan depan. Bulan depan
orang lain pula.” Cik Liana tertawa dan mereka cepat-cepat pergi
dari situ.
9
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
SEMBAT
Seorang lelaki, dengan kerutan di dahi tanpa
sebarang rungutan, menekup luka di lengannya. Hasil tetakkan
kekasihnya yang gila.
“Encik Zali!” Gilirannya tiba.
“Jangan risau encik Zali. Saya akan jahit luka ni elok-elok.”
Ujar doktor Amni.
***
“Apa awak ni doktor, jahit sembat tulang belut di luka saya
ni?!” bentak Zali.
“Maafkan saya. Saya tak dapat menahan diri bila pegang
jarum dan benang. Nasib baik juga saya tak jahit mata lalat.”
10
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
HILANG
Mesyuarat JKK kali ini dibuat tanpa dirancang. Ia mesyuarat
tergempar dan semua penduduk wajib hadir.
“Bedah, Tipah, Jemah, hilang! Sebelum yang lain hilang, kita
kena siasat hal ini dan saya minta pemuda kampung, menjaga
kawasan kampung secara bergilir.” Semua menyambut setuju.
***
“Kamu ni, baru anak dua badan dah kembang! Jagalah
badan, nanti suami lari baru padan muka kamu!”
“Hehe. Saya tengah jaga makan lah ni cik Senah. Marilah ke
rumah. Saya ada buat kuih petang.”
***
“Aku gemuk, kan cik Senah.” Jarum ditarik, cik Senah
menangis.
“Cik Bedah hari tu cakap aku tak lawa. Muka penuh jerawat.
Cik Tipah sama-sama ketawakan aku. Cik Jemah pula, kata anak
aku hitam, banyak bulu macam anak kera!” Jarum ditarik lagi.
11
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
“Jangan menangis cik Senah. Nanti lagi sakit. Aku jahit
cantik-cantik bagi rapat.” Senah menangis tanpa suara.
“Ok siap!” Senah diheret ke arah Bedah, Tipah dan Jemah.
“Mak cik bawang macam kau semua ni memang patut
dijahitnya mulutnya daripada dulu lagi. Sekarang mereputlah kau
semua sampai mampus!”
***
“Senah pula hilang. Siapalah punya kerja. Doalah bala ni tak
menimpa kita.” ujar Melah.
“Eh Siti, kain ni kamu buatkan mak cik baju kurung pesak
gantung ya. Yang kamu ni Siti, ada duit kan. Berhiaslah sikit. Dah
macam mayat hidup aku tengok kamu ni. Janganlah kedekut
sangat.” Melah menepuk bahu Siti mesra dan Siti tersenyum
penuh makna.
12
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
GALERI ZAITON
“Cantik baju kebarung ni cik Hanum.” Mata Hanum turut
menatap kebarung kundang yang sudah dibingkaikan itu.
“Ya. Potongannya kemas tanpa pesak mahupun dat.
Potongan pada belakang bahu, kembangnya pula daripada
pinggang. Pemilihan kain yang baik buat pemakainya nampak
elegan.”
“Cik yang jahit?”
Hanum menggeleng. “Ia milik seorang perempuan tua yang
dekat di hati saya dan kami bertemu kerana benang.”
“Benang?”
“Ya, benang.” Hanum tersenyum.
***
“Nak, cuba tengokkan warna merah samar.”
Saya memandang wanita 40-an itu. “Yang ini ke mak cik?”
“Muda sikit. Mak cik lupa nak bawak contoh kain.”
“Ini mak cik?”
“Ya. Betul.
“Mak cik duduk di mana?”
13
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
“Di flat depan tu.”
Dan dia bercerita hampir semuanya. Dia sebatang kara
selepas suaminya meninggal dunia dan dua anaknya tidak
mahukan dia. Dia hidup dalam dunia yang dia suka. Dunia tukang
jahit. Tukang jahit tua dengan sebuah mesin jahit buruk.
Dia punya tabiat. Dia tidak mahu dan tidak akan mengambil
tempahan baju-baju moden walaupun dia tahu. Dia tidak mahu
pakaian tradisional hilang begitu sahaja ditelan era ini.
Saya selalu menemani dia membeli kain kapas pelbagai
warna. Biasanya dia akan siapkan 10 pasang baju kurung kanak-
kanak dan akan ada seorang lelaki mengambilnya. Saya pernah
bertanya, 10 pasang kurung kapas itu tempahan atau ehsannya?
Soalan saya biasanya akan disambut dengan senyuman.
Saya banyak belajar tentang seni jahitan dengannya. Tanpa
bayaran dan dia mengajar saya tanpa lokek. Tidak mungkin saya
dapat membalas jasanya. Dengan itu saya berusaha mendapatkan
mesin dan alat jahitan yang baru untuk dia.
14
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
Hari itu saya sangat gembira. Pihak kedai telah menelefon
saya bahawa barang-barang jahitan yang saya pesan akan
dihantar. Ini kejutan buat dia.
Saya ke rumah dia. Ketukan demi ketukan namun tiada
berjawab. Saya punya kunci pendua kerana dia pernah bergurau,
jika dia mati, rumah itu milik saya. Saya hanya tersenyum. Saya
lihat dia berteleku di mesin jahitnya seperti selalu, tertidur.
“Mak cik, saya sudah pesan jangan tidur di mesin jahit.”
Saya meletakkan roti canai kegemarannya di atas meja.
“Nanti sakit tengkuk, sakit badan. Tak perlu lagi ambil
tempahan kalau mak cik letih.” Saya ke dapur mengambil pinggan.
“Mak cik, bangunlah. Kita sarapan sama-sama. Hari ini hari
paling gembira. Saya ada kejutan buat mak cik.”
“Mak cik?” Saya sentuh bahunya dan hati saya gundah. Ada
surat di tangannya dan hati saya luruh.
“Anakku Hanum. Aku cuma perempuan tua yang hidup sendiri
dengan mesin jahit burukku. Hanum, dalam lemari bilikku, ada
baju-baju yang pernah aku jahit. Ambillah nak. Pakailah atau kau
belajar cara jahitnya. Jadikan baju-baju itu contoh. Ada sebuah
kotak yang songketnya aku tekat sendiri, di dalamnya ada wang
yang aku kira cukup untukmu membeli sebuah kedai jahit. Rumah
ini, kau ambillah nak.”
15
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
Seorang lelaki menyapa saya di muka pintu.
“Kak, mak Eton mana? Saya nak ambil baju kurung untuk
anak-anak gelandangan.” Reaksinya berubah apabila melihat saya
menangis. Seorang lelaki berbangsa cina menjenguk ke dalam
rumah.
“Miss, saya mahu hantar barang.” Saya menangis kuat.
Surat itu renyuk ke dada. Kaki saya jadi lemah.
***
“Terima kasih untuk semua yang hadir pada pelancaran hari
ini. Saya buka Galeri Zaiton demi menghargai orang yang saya
sayang. Di sini saya maklumkan, saya hanya ambil tempahan
untuk baju-baju yang ada di galeri sahaja ya. Jemput makan
semua.”
Saya tahu saya cantik. Kurung riau yang saya sarungkan ini
ada jiwa dan kasih sayang seorang perempuan tua dengan mesin
jahit buruk itu.
16
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
TANGAN-TANGAN YANG MENJAHIT
Kota ini besar, padat dengan kampung. Kampung-kampung
di sini dinamakan mengikut fungsi; Kampung Tenun, Kampung
Jualan, Kampung Kain, Kampung Benang dan lain-lain lagi. Aku?
Aku di Kampung Jahit.
Oh ya, di Kampung Jahit ada seorang tukang jahit yang
sangat mahir. Namanya Lela. Lela seorang perempuan cantik yang
agak pendiam. Rambutnya berwarna kelabu, berkulit putih pucat,
dan gemar berpakaian hitam. Dia sangat teliti dalam pemilihan
kain tapi kain yang dipilih selalunya berwarna merah. Sutera,
songket, batik, samarinda, cindai sekalipun mesti berwarna
merah.
Jahitannya sangat kemas, penuh seni dan takkan sama.
Setiap 10 helai baju, dia akan cipta kelainan. Daripada kain mula
digunting hinggalah siap dijahit, memang lain! Kau takkan jumpa
di tempat lain.
17
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
Tapi aku tahu sesuatu tentang dia. Lela seorang pembunuh!
Seorang pemuja! Aku nampak dia bunuh Bunga, kerat dua
tangannya dan diletakkan di dalam dulang tembaga. Ditabur
kemenyan, dibakar dan dipuja! Aku syak, setiap jahitan yang
penuh seni itu dicuri daripada tangan-tangan orang lain! Aku tahu,
bukan Bunga seorang sahaja mangsanya kerana ramai tukang jahit
mahir hilang tanpa jejak!
“Tak mungkin ada orang macam tu.”
“Ada! Ini kisah benar!” Aku memerhati Ana menyulam baju
di tangannya. Corak bunga tanjung dengan padanan warna yang
sesuai memang kelihatan sangat cantik.
“Kalau cantik begini sulaman kau, kau mungkin jadi mangsa
Lela.”
Ana tertawa kecil.
“Kau tak kenal Lela. Janganlah ketawa.” Aku menggosok
lengan, terasa meremang.
“Jadi kau kenal Lela?”
Aku mengangguk.
Ana masih tersenyum.
“Akulah Lela.” Aku rodok kerongkongnya dengan gunting
merahku. Dia mati bersama senyumannya dan tangan dia milik
aku!
18
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
KEBAYA MERAH, SNEAKER PUTIH
“Kau kalau pakai kebaya mesti cun, babe!” Penumbuk disua
ke wajah Afham.
“Apa masalahnya. Kau cantik, ayu.”
“Kau sebut lagi ayu, memang aku tumbuk kau.”
Mereka Fitri Rahayu dan Afham. Mereka berdua
bersahabat baik dari sekolah rendah lagi. Fit agak keras orangnya
manakala Afham, perwatakannya lembut sedikit. Afham pernah
memanggil Fit, Ayu. Namun dek panggilan itu, hampir sebulan Fit
tidak bercakap dengan Afham. Akhirnya dia turuti sahaja
kehendak Fit.
Afham merupakan mangsa buli. Umurnya kini 28 tahun dan
masih dibuli oleh pembuli di kampungnya. Dia digelar pondan,
Sajat, dan lain-lain gelaran yang menjurus ke arah
keperempuanan. Afham agak lembut kerana daripada enam
orang adik-beradik, hanya dia seorang sahaja lelaki. Ayahnya pula
sudah lama meninggal dunia. Cita-cita Afham menjadi seorang
tukang jahit yang mahir menjahit pelbagai fesyen baju. Satu-
19
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
satunya yang faham akan minatnya itu, selain keluarganya, hanya
Fit. Selain menjahit, Afham juga pandai memasak dan mahir
menguruskan rumah. Ia lahir atas rasa tanggungjawabnya untuk
keluarga.
Ketika umurnya 13 tahun, Afham berjaya menjahit
sepasang baju kurung pahang untuk adik bongsunya. Selepas
kejayaannya itu, minggu kedua bulan puasa setiap tahun, dia
sudah mula sibuk memotong kain dan menjahit baju raya untuk
keluarganya serta Fit.
Fitri Rahayu. Dia seorang yang cantik, berkulit putih,
matanya sepet dan rambutnya lurus, panjang hingga mencecah
pinggang. Dia sentiasa bertopi, berbaju kemeja-T dan berseluar
jean. Hari raya pun belum tentu dia berbaju kurung. Ada tragedi
yang berlaku hinggan dia berubah begitu. Ketika umurnya 17
tahun, dia diekori dan hampir diculik ketika pulang dari kelas
tambahan. Waktu itu pukul 10.30 malam dan dia berjalan kaki
pulang ke rumah kerana motornya rosak. Mujur sahaja dia sempat
menyelamatkan diri. Selepas kejadian itu, dia berubah. Dia mula
mengambil kelas seni pertahanan diri. Dia juga pernah
menyelamatkan Afham daripada dibuli. Dia memang seorang
heroin!
20
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
Misi raya Afham tahun ini, dia ingin menjahit sepasang baju
kebaya untuk Fit. Kebaya nyonya berwarna merah dengan kain
batik bertanah putih dan sedikit rona merah. Pasti Fit kelihatan
manis. Namun, ada risikonya. Baju kurung yang dijahit saban
tahun untuk Fit, tak pernah dipakai kecuali Fit perlu menghadiri
temu duga. Baju kurung pun tidak dipakai apatah lagi baju kebaya.
Kalau tidak dipakai sahaja, tidak mengapa. Tapi kalau kerana baju
kebaya itu, dia kehilangan Fit? Ah, dia runsing. Tapi dia mahu Fit
memakai baju kebaya hasil tangannya.
Minggu terakhir bulan Ramadan, Afham bertemu Fit untuk
menyerahkan baju kebaya jahitannya kepada Fit.
“Apa?”
“Ya, baju kebaya.”
“Aku?” Tawa Fit meledak.
“Iya lah. Siapa lagi?”
“Kau hilang akal ke Af?”
“Hilang akal apanya? Aku buat baju kebaya untuk kau pun
dikira hilang akal ke?” Suara Afham sedikit meninggi.
“Taklah, aku ingatkan kau kenal aku.” Kelihatan Afham
bangun dari duduknya.
21
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
“Macam nilah, Fit. Aku tak tahulah ini kali ke berapa aku
luahkan perasaan suka aku pada kau. Setiap tahun aku luahkan
perasaan aku dan aku berharap kau jawab ‘ya’ dengan memakai
baju yang aku jahitkan untuk kau pada hari raya pertama. Dan,
setiap tahun jugalah perasaan aku, kau tolak.” Suasana hening,
hanya ada dengung kosong dalam telinga mereka.
“Tapi Fit, aku janji.” Jeda.
“Ini yang terakhir. Kalau kau tak pakai baju kebaya ni pada
hari raya pertama nanti, aku faham dan aku takkan cakap apa-apa
lagi.” Fit lambat-lambat menyambut beg kertas berisi baju kebaya
daripada tangan Afham.
***
Baju kebaya nyonya pemberian Afham diletakkan di atas
katil. Muka Fit berkerut melihat baju kebaya itu. Dia mundar-
mandir dari selepas Subuh tadi. Masih ragu-ragu untuk memakai
baju kebaya itu atau dengan erti kata lain menerima perasaan
Afham.
Dia juga punya perasaan terhadap Afham, tapi dia selesa
untuk bersahabat sahaja. Tidakkah kekok kalau sahabat baik
menjadi pasangan kekasih? Ish, geli-geleman dibuatnya. Namun
22
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
dia tahu, Afhamlah satu-satunya yang kenal baik dengannya, yang
faham dan terima dirinya seadanya.
Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Sekejap lagi Fit
sekeluarga akan ke surau berdekatan untuk menunaikan solat
sunat Aidilfitri. Dan, kebarangkalian untuk bertemu Afham ialah
100% kerana biasanya Afham akan menunggunya dia pintu pagar
surau. Kalau dia tidak pakai baju kebaya ini, dia juga yang akan
kehilangan Afham. Tapi untuk memakai baju kebaya nyonya dan
berwarna merah ini, dia memerlukan kekuatan.
***
“Assalamualaikum, cantiknya.” Afham tersipu-sipu melihat
buah hatinya memakai baju kebaya nyonya itu manakala Fit
dengan wajahnya yang kaku. Dia sedang berusaha menahan malu;
memakai kebaya dan menjadi kekasih kepada sahabatnya.
“Waalaikumussalam. Kau memang tak ada taste kan? Aku
lebih rela pakai baju kurung 10 lapis daripada pakai baju kebaya
ni. Merah pulak tu!”
“Sebab aku ada tastelah aku buatkan kau baju kebaya ni.
Kau putih, ramping, sesuailah!” Afham lebih kepada mengusik.
“Kau jangan macam-macam Af, aku tumbuk kau nanti.”
23
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
“Raya-raya ni jangan gaduhlah. Nanti raya rumah aku tau.”
Fit mendengus pura-pura tak mahu. Afham mengeluarkan telefon
bimbitnya;
“Fitri Rahayu; kebaya merah, sneaker putih.” Klik! Foto Fit
terakam di telefon bimbit Afham. Fit cuba merampas telefon
bimbit Afham namun tidak berjaya.
“Aku rasa sekali dalam seumur hidup aku je kau pakai baju
kebaya, babe. Jadi aku kena simpan gambar kau!”
“Ish!”
“Jumpa nanti!” Afham terus melarikan diri. Fit melambai ke
arah Afham.
Fit merenung kakinya;
Pakai kebaya merah dengan sneaker putih, cun apa!
24
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
“Kata nak belajar menjahit sebab upah
jahit mahal dan kerjanya tak seberapa.
Takkanlah baru terjahit jari sendiri
dah menangis?”
25
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
HILANG DIBAWA JEREBU
“Dalam dua minggu ni rasa macam bosan je, rasa 'lost',
sunyi, hilang semangat, rasa macam...” Bicaranya terhenti di situ.
Dia merenung ke luar melalui cermin lut sinar. Melihat manusia
yang lalu-lalang menghirup udara yang sedang dicemari.
“Rasa macam nak balik tidur, kan?” Aku menambah.
Sengaja melengkapkan bicaranya dengan jenaka yang tidak
mengundang tawa.
“Kalaulah aku datang kerja dengan memandu sendiri,
bukan ayah yang hantar, rasanya sekarang juga aku start enjin
kereta, balik rumah dan tidur! Tak perlu fikir pasal kerja, tak perlu
memikirkan tentang bil-bil yang wajib dibayar, tak perlu hadap
rutin yang membosankan. Tapi aku sedar, ia tak mendatangkan
apa-apa keuntungan pun.”
Aku tidak menyampuk lagi. Sedar hakikat bekerja sendiri
ini tidak semudah bekerja makan gaji yang tiap-tiap bulan tunggu
saja habuannya. Bekerja sendiri bermakna menanggung segala
risiko baik dan buruk. Ada pelanggan yang datang menempah
baju, ialah hasil. Jika ada pelanggan yang datang mengambil
tempahan pada waktu yang dijanjikan, nampaklah duit hasil
26
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
jahitannya. Tapi kalau sebaliknya, jadilah seperti dia yang hanya
dapat penat, hasil belum ada.
Aku teringat cita-cita kami yang mahu meluaskan
empayar. Mahu meneroka cabang-cabang baharu dalam dunia
jahitan, menjadi ‘the maker’ dan melihat hasil tangan kami dipakai
oleh ramai orang. Membina jenama sendiri, mencari kepuasan
dalam bidang yang telah kami pilih. Menjadi ‘ketua’ dan keluar
dari kepompong makan gaji.
Aku menoleh ke sisi, dia sudah terlentok di tepi mesin
jahit. Nampak lesu dan hilang semangat.
“Tidur?” soalku.
“Haiiihh...” Dia mengeluh berat.
Aku memandang sepi ke luar cermin. Asap nipis masih
kelihatan di ruang udara. Apakah semangatnya hilang dibawa
jerebu?
27
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
BUKAN MENANTU PILIHAN
Oly memangkah tarikh hari ini pada kalender dengan pen
merah. Tarikh akhir yang dia paling takuti berbaki lagi sehari.
Sudah beberapa hari dia hilang selera makan dan tidurnya kerap
terganggu dengan mimpi ngeri di mana bakal mak mertua tak
izinkan dia berkahwin dengan anaknya.
Sudah pukul satu pagi tapi Oly masih menekan pedal mesin
jahit dengan mata yang berair – mengantuk. Sudah tak terkira
berapa kali dia menguap. Mug berisi Nescafe sudah tiga kali
dibancuh. Urat-urat leher Oly terasa menegang. Tulang
belakangnya juga sakit di tambah kepala yang pening.
Bunyi guruh kedengaran. Hujan mula turun rintik-rintik.
Tinggal sehelai kain je lagi sebelum 10 helai baju pelanggannya itu
siap dijahit dan akan diambil pagi esok. Senyuman mula terukir di
bibir, satu persatu urat terasa mengendur. Beban berat di kepala
terasa seperti diangkat satu persatu, saatnya semakin hampir,
azab Oly akan berakhir sekejap sahaja lagi dan Oly boleh tidur
dalam kesejukan hujan.
28
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
Tiba-tiba petir berdentum kuat, lampu terpadam, dan....
suasana gelap gelita. Elektrik terputus??
Sesaat kemudian bunyi jeritan Oly lebih kuat daripada bunyi petir
di luar.
Sepanjang malam Oly tak boleh tidur, dalam kepalanya
hanya memikirkan tentang mimpi buruknya dua tiga hari lepas.
Bimbang jadi kenyataan.
“Mak cik, ketika saya menjahit malam tadi, elektrik
terputus. Dengar kata ada pokok tumbang menghempap tiang
elektrik ye?” Oly berbasi-basi.
“Entah! Mak cik tak tau. Baju mak cik dah siap?”
“Ahhhaa... saya dah siapkan SEMBILAN PASANG dan sehelai
baju mak cik, cumaaa...”
“Cuma apa?” Kasar nada suara mak cik ini.
“Masa saya tengah jahit kain yang terakhir, tiba-tiba lampu
terpadam! Sampai pagi ni tak ada elektrik. Jadi saya tak sempat
siapkan kain ni, baru sempat jahit kiri kanan kain je mak cik...” Oly
menunjukkan kain yang belum siap di tangannya, sambil tayang
muka meraih simpati.
Mulut mak cik itu terlopong.
“Tapi mak cik nak pakai baju ni dulu, hari ni!”
29
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
Oly pasrah. Ibu kekasihnya ini memang akan selalu cari jalan
untuk cuba memutuskan hubungan Oly dan anaknya. Siapa cakap
mak mentua sayang menantu yang pandai jahit? Oly rasa macam
nak sumbat mulut orang itu dengan kain yang tak siap ni!
30
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
RIVAL
Cahaya lampu yang terang bagai mencucuk-cucuk mataku
yang terpejam. Ingin aku halang cahaya itu dengan jari tapi tangan
terasa bagai diikat sesuatu, tak mampu digerakkan. Belakang
kepala terasa sengal sehingga ke belakang leher. Perlahan mata
aku buka. Dalam kekaburan aku cuma sedar yang aku sedang
tersandar di kerusi, semakin diperhati baru aku sedar tangan dan
kaki terikat rapi di kerusi yang sama.
“Dah sedar?” Tegur satu suara.
Mata aku melilau-lilau mencari mana empunya suara.
“Cari aku?” Soalnya sambil berjalan dari arah belakang
kerusiku.
“KAU?” Mataku membulat.
Dia tersenyum sambil berpeluk tubuh. “Ya, aku. ‘Jiran’ kau.”
“Apa yang kau buat ni? Kenapa ikat aku macam ni? Apa
yang kau nak hah?? “ Aku meronta-ronta di atas kerusi, cuba
melepaskan cengkaman dari tali yang membelenggu.
“Lebih baik kau duduk situ diam-diam, sekali aku petik
butang ni, kejung kau kat situ.” Ujarnya. Menunjuk ke arah butang
merah tak jauh dari tempat aku duduk.
31
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
Baru aku sedar ada wayar yang bersambung ke tali yang
diguna untuk mengikat aku. Ini bukan kerusi biasa. Ini kerusi
elektrik!
“Jadi, bagitau aku apa yang kau nak sebenarnya?”
“Aku tak suka kau.” Ujarnya berserta butang merah ditekan.
Arus elektrik merenjat seluruh tubuhku. Aku menjerit
sekuat hati, barulah renjatan dihentikan.
“Sedap? Nak rasa lagi?”
Aku geleng laju.
“Sejak kau bukak kedai baris kedai aku, ramai pelanggan
aku pergi kat kau. Diorang cakap kau lagi hebat. Hasil kerja kau
kemas. Kau bijak dalam memberikan pendapat, walaupun harga
kau mahal tapi diorang tak pernah merungut! Kalau aku naik harga
seringgit pun diorang dah bising.”
“Bukan salah aku kalau aku bagi perkhidmatan yang
terbaik.”
“Memang salah kau! Sebab kau bersaing di kawasan aku.”
Setiap kali dia naik angin, setiap kali itulah butang merah ditekan.
Aku sudah terlalu lemah untuk menerima sebarang
renjatan elektrik lagi.
“Okey, jadi kau nak aku buat apa sekarang?”
Dia tersenyum – menang. “Kau akan ikut apa saja yang aku
suruh?” Soalnya.
32
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
Aku mengangguk laju.
“Aku nak kau bekerja untuk aku.”
“Huh?”
“Tutup kedai kau dan kerja dengan aku. Kau tak perlu jadi
musuh aku, kau hanya perlu jadi pekerja aku dan kita akan terima
kebaikannya bersama.”
“Okey, aku setuju. Sekarang lepaskan aku.”
Dia tersenyum lebar. “Macam itulah. Lain kali kalau masuk
kawasan orang jangan nak berlagak jadi diva. Mulai saat ini, kau
akan berkhidmat untuk aku selama-lamanya.” Katanya sambil
menanggalkan satu persatu tali yang mengikat kaki dan tangan
aku.
Aku tersenyum nipis -- sinis.
Sudah beberapa hari kedai jahit yang baru dibuka langkau
dua baris dari kedai Maria itu tidak dibuka. Maria tersenyum
senang. Beberapa orang pelanggan yang datang ke kedainya
mengadu yang baju yang mereka hantar ke kedai baru itu tak
dapat diambil pada tarikh yang dijanjikan.
“Itulaaahh... kalau hantar pada aku kan senang.” Ujar
Maria, sinis.
33
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
Tapi pada keesokan harinya, sewaktu melintasi kedai
musuh ketatnya itu, Maria terpandang sehelai notis yang ditampal
pada pintu shuttle, terus dikoyakkan dan dibawa ke kedainya.
Sebaik membaca apa yang tertulis dalam notis tersebut, Maria
menjerit nyaring. Notis itu dia remukkan. Dadanya berombak
geram. Baru dia sedar yang kerusi elektrik tak mampu
menggoyahkan keazaman perempuan itu.
“Kami telah berpindah ke lot kedai baharu, jumpa di
sanaaaa...”
34
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
LANGIT TETAP BIRU
Lona sahabatku, punya impian dan cita-cita setinggi bintang
di langit. Tidak pernah sehari dalam hidupnya dibazirkan tanpa
usaha untuk menjadi pereka fesyen. Walau ke mana pun dia pergi,
buku lukisan dan pensel sentiasa dia usung. Katanya, jalan itu pasti
Allah akan lorongkan, yang penting ialah usaha dan doa. Doa
tanpa usaha, ibarat perut yang lapar, tapi tidak mahu diisi. Sia-sia.
“Kalau nanti aku jadi pereka fesyen, aku hanya mahu buat
baju yang menutup aurat.” katanya sambil menyuap nasi
berlaukkan sambal tempoyak udang. Kesukaannya.
“Boleh ke? Bukan ke semua pereka fesyen selalu buat baju
yang... seksi?” ujarku. Sekadar mempersoalkan apa yang aku
selalu lihat di majalah dan TV.
“Hidup ini, jika berlandaskan Allah, pasti mudah jalannya.”
Jeda
“Yaaa... mungkin tidak mudah. Tapi aku yakin Allah akan
mudahkan. Niatku kerana Allah.” Dia senyum.
Lona sahabatku ini sangat positif dan tidak mudah
terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Walaupun seluruh
penduduk kampung mengatakan dia tidak layak menggapai cita-
35
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
citanya itu, dia tetap percaya jalan hidupnya telah diaturkan oleh
Allah. Dia hanya perlu tunggu dan ‘percaya’. Aku kagum
dengannya.
Suatu hari, Lona berlari-lari ke rumahku sambil
memanggilku namaku lantang.
“Kenapa Lona?”
“Lihat!” Dia menunjukkan sehelai kertas.
Aku membaca sekali lalu, sebelum aku membaca lagi
berkali-kali. Mulutku ternganga, aku pandang Lona yang sedang
tersengih teruja. Lona diterima untuk melanjutkan pelajaran
dalam bidang rekaan fesyen!
Kami menjerit dan berpelukan. Gembira.
Sudah lama aku tidak bertemu Lona. Kali terakhir aku
melihatnya dalam program ‘Hit tv’ di mana Lona menjadi tetamu
jemputan, membicarakan tentang fesyen di karpet merah untuk
Anugerah Skrin baru-baru ini. Sibuk benar Lona semenjak dia
menjadi pereka fesyen yang dikenali di Malaysia.
Tiba-tiba sebuah kereta hitam berhenti di sebelahku. Aku
tegak berdiri di hadapan kedai runcit Papathi. Entah kenapa kaki
36
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
ini seakan tak mahu pergi, sebaliknya bagai dipaku. Aku ingin tahu
siapa pemilik kereta tersebut.
Seorang perempuan bertudung bawal satin, memakai blaus
chiffon warna hitam dan berseluar jeans keluar dari perut kereta
lantas matanya terus memandang ke arahku dengan senyuman.
Tidak sukar untuk aku mengenali wajahnya kerana
beberapa hari lepas telah aku lihat di kaca TV, tapi senyumannya
itu...
“Siti!” Jeritnya. Lantas berlari-lari anak menghampiriku.
Aku masih kaku di situ saat diriku dipeluk erat. Aku tidak
pernah lupa senyuman Lona saat dia teruja akan sesuatu.
Mungkin waktu dan jarak telah memisahkan kami, tapi senyuman
Lona buat aku sedar yang dia tidak pernah melupakanku.
“Aku rindu sambal tempoyak udang yang kau masak.”
ucapnya setelah melepaskan pelukan.
Syukurlah, walau sudah memetik bintang di langit, Lona
tidak lupa di mana bumi dipijak.
37
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
MELATI YANG BERCITA-CITA MENJADI TUKANG JAHIT
“Mahalnya upah jahit baju sekarang, padahal modalnya
benang dengan zip je. Bendang tu pun berapa sen sangat. Itu yang
nak belajar menjahit tu. Senang! Tak payah tempah kat orang dah.
Kita nak beli kain pun dah berapa puluh, hantar kat tukang jahit
kena lagi beberapa puluh. Untuk baju sahaja dah habis dekat
beratus ringgit. lebih baik jahit sendiri.” kata Melati kepada cikgu
Murni yang membuka kelas jahitan.
Cikgu Murni tersenyum mendengar bebelan Melati. Dia
tidak mengiakan atau menafikan.
“Awak buat keputusan yang tepat. Selamat datang ke kelas
jahitan cikgu Murni.” ujar cikgu Murni dalam senyuman.
*
Setiap hari, sejak seminggu yang lalu, Melati datang ke kelas
jahit dengan muka masam mencuka. Dia tidak sabar mahu
memegang dan menekan pedal mesin jahit. Dia seronok melihat
pelajar lain yang sudah menguasai kemahiran menjahit dan
mampu menyiapkan baju kurung mereka. Dia? Masih lagi belajar
‘membaca’ pembaris. Dia selalu keliru antara suku, setengah dan
38
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
tiga per empat. Kalau satu atau dua inci tu dia tahulah, mudah
sahaja.
Mujur hari ini dia diajar menggunakan jarum dan benang.
Tapi nak masukkan benang dalam jarum yang halus itu betul-betul
menguji kesabarannya. Dia asyik merungut dan mengeluh. Ada
masanya, dia menghempas gunting ke meja. Pelajar lain hanya
memandang sepi dan tidak buang masa menyambung kerja
mereka. Melati merasakan, hanya dia seorang yang paling bebal
dalam kelas menjahit ini.
“Menjahit perlukan kesabaran yang tinggi, Melati.” Cikgu
Murni mengusap belakang badannya.
Tiba saat yang dinantikan. Melati belajar untuk
menggunakan mesin jahit. Sekali lagi dia naik angin. Setiap kali
mengayuh pedal mesin, kain itu akan bergerak ke belakang.
“Kayuhan yang betul akan buat kain itu bergerak ke hadapan,
bukan belakang.” kata cikgu Murni, masih dengan senyumannya.
Senyuman itu seperti satu ejekan di mata Melati. Dengan
rasa tercabar, dia memusing roda tangan dan kaki serentak tanpa
menyedari yang dia telah menjahit jarinya sendiri. Dia hanya
39
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
tersedar apabila melihat kain berwarna kuning itu terdapat
tompokan darah.
Dia menjerit melihat kain dan jarinya sudah terjahit menjadi
satu.
“Sabarlah Melati, awak kata nak belajar menjahit sebab
upah jahit mahal dan kerjanya tak seberapa. Takkanlah baru
terjahit jari sendiri dah menangis?”
Senyuman cikgu Murni kelihatan sangat lebar, selebar bibir Joker
yang besar dan merah.
40
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
RAYA
Saleha sudah buat kira-kira menjelang Ramadan. Sekarang
bulan Mac, raya bulan Mei. Dia masih ada dua bulan setengah
sebelum bulan puasa. Jika sehari pekerjanya boleh siapkan tiga
pasang baju, bekerja enam hari seminggu, dalam 48 hari,
bermakna dia masih boleh terima tempahan sebanyak 286 helai
atau lebih!
Lalu dia mengiklankan di Facebook, status WhatsApp, dan
Instagram. Menderu-deru komen dan mesej masuk.
“Saya nak tempah, simpankan satu slot untuk saya.” “Nanti
saya datang tempah kak.” “Leha, aku macam biasa, 3 pasang satu
keluarga.”
Saleha tersenyum senang. Di matanya terbayang-bayang
duit kertas terbang masuk ke poketnya. Saleha tersengih di
hadapan telefon bimbitnya.
Sehingga April menjelma, yang datang menempah baju
adalah pelanggan tetap yang duduk di sekitar daerah Batang
41
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
Padang. Sekali datang, dengan semua ahli keluarga dibawanya
sekali. Seorang, tempah tiga hingga lima pasang baju. Walaupun
tempahan raya sudah dimulakan, tapi timbunan kain masih belum
surut. Malah makin bertambah tambah.
Menjelang bulan Mei, Saleha mula buat kira-kira dalam
buku resit, tempahan melebihi tenaga kerja! Dia hanya ada dua
orang pekerja yang menjahit, sedangkan hanya dia seorang yang
memotong kain. Rakan-rakan di media sosial yang dahulu sudah
pra-tempah, kini meminta tarikh temu janji. Saleha tersepit. Dia
tak boleh menolak kerana telah berjanji, tapi dia juga tak boleh
menerima kerana telah melebihi had.
Tenaga kerja harus dikerah! Jika sehari seorang pekerja
boleh jahit tiga pasang baju, sekarang mereka perlu jahit enam
pasang baju sehari didarab dengan dua bermakna sehari akan siap
dua belas pasang baju. Tujuh hari seminggu, tiada cuti.
Pertengahan Ramadan, salah seorang pekerjanya
mengalami sakit yang aneh. Dia tak boleh pegang mesin jahit,
setiap kali melihat mesin jahit, pekerjanya akan pengsan, histeria,
atau migrain. Akibatnya dia dikuarantin daripada keluar rumah.
Saleha makin pening kepala.
42
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
Dia harus sama-sama menjahit, sehingga dia tidak tidur
untuk beberapa hari. Dua hari sebelum raya, tempahan masih
belum surut. Telefon asyik berdering, whatsapp masuk bertalu-
talu, orang keluar masuk kedai dan bertanya tentang baju mereka.
Saban hari dia dimaki hamun kerana tidak dapat menyiapkan
tempahan pada tarikh yang dia janjikan.
Malam itu, Saleha mengemas kain baju. Dia akan membawa
diri ke negara jiran dan akan kembali bekerja sebulan kemudian
setelah keadaan reda. Pada pekerjanya, dia berpesan supaya
jangan hidupkan telefon bimbit masing-masing.
Saleha bertaubat akan menahan diri dari sifat tamak haloba
di bulan Ramadan tahun hadapan.
43
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
SAAT WAKTU TERHENTI
Salsabila ialah tukang jahit tersohor di kota diraja. Rata-rata
orang di kota itu memakai baju buatan Salsabila. Kemasyhuran
Salsabila sama tarafnya dengan puteri diraja yang cantik jelita,
Tengku Zara. Dengarnya, Salsabila ialah tukang jahit kegemaran
Tengku Zara walaupun tiada sesiapa pernah mengesahkan
tentang hal itu.
Sejak mengenali mesin jahit, saya selalu berangan-angan
untuk menjadi anak didik Salsabila. Alangkah bertuahnya gadis-
gadis yang bekerja di bawah Salsabila. Setiap hari mereka
membuat pakaian yang cantik, menjadi bahan bualan seluruh kota
dan menerima tempias kemasyhuran Salsabila.
“Cik Salsabila, ini pakaian yang saya jahit. Apa pendapat Cik
Salsabila?”
“Cantik. Awak belajar dengan siapa?”
“Dengan ibu saya.”
“Baiklah. Saya terima awak sebagai anak didik saya tapi
hanya selama tiga bulan. Saya tidak punya masa untuk fokus ajar
awak. Saya banyak terima tempahan. Saya harap awak cepat
44
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
belajar.” Hati saya berbunga riang. Sekawan burung merpati
berkepak kencang, terbang menghilang dan kembali, seolah
meraikan kegembiraan saya.
Tiga bulan. Ilmu Salsabila pasti dalam tangan saya.
***
Sarimah, perempuan yang saban hari ke kedai jahit
Salsabila dan memuji baju jahitannya.
“Kalau aku pandai menjahit, pakaian harianku juga mewah.
Mungkin juga, Tengku Zara akan jadi sahabatku.” Tangan Sarimah
terawang-awang. Salsabila hanya tertawa kecil.
“Belajarlah menjahit, jangan terus asyik berangan-angan.”
“Kau tahu kan aku bukan jenis penyabar? Aku mahu baju
aku cepat siap. Kau pula tak habis-habis suruh aku tetas benang,
jahit semula sampai kemas. Kalau macam tu sebulan pun belum
tentu akan siap sehelai baju aku.”
“Jadi, kau ingat baju yang tergantung semua ni akan jadi
cantik belaka kalau jahitannya tak kemas? Aku cuma ajarkan kau
bagaimana untuk jadi tukang jahit yang baik, bukan tukang jahit
asal siap je.”
Sarimah tarik muka.
45