CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
Saya bosan dengan perangai Sarimah. Asyik berangan tapi
tiada usaha. Kalaulah setiap hari dia datang untuk belajar
menjahit, adalah lebih baik baginya daripada mengeluh dan
berharap agar diri sendiri pandai menjahit.
***
Ternyata menjadi anak didik Salsabila tidak semudah yang
saya fikirkan. Salsabila sangat perahsia. Dia hanya suruh saya buat
apa yang perlu sahaja. Dia tidak ajar saya semua ilmu jahitan yang
dia ada. Dia tidak selalu bersembang tentang jahitan dan dia tidak
selalu menjawab apa yang saya tanya.
Kurang lagi tujuh hari sebelum tempoh saya bekerja akan
tamat. Segala formula rahsia Salsabila belum berjaya saya
dapatkan. Nampaknya, saya tak ada cara lain. Saya terpaksa
gunakan cara itu! Mantera dibaca;
“Minit demi minit, jangan kau berganjak. Selagi tugasku
selesainya tidak, sedetik pun jangan engkau bergerak!”
Waktu terhenti, sunyi. Saya melihat-lihat meja kerja
Salsabila, menelusuri buku-buku dan kertas yang ada. Tapi saya
tidak jumpa di mana formula itu. Sehinggalah saya ternampak
satu diari berwarna merah, di antara buku-buku tulis yang lain.
46
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
Ada semua formula jenis baju dan nota penting. Saya ada masa
kurang lima minit untuk salin semua formula ini, tentulah saya
kesuntukan masa!
Saya perlu buat pilihan yang tepat, mana satu patut saya
salin dahulu dan salin lagi di kemudian hari. Sehelai kertas dan
sebatang pensil saya capai, menulis nota ringkas tentang cara
menyukat badan, formula-formula penting dan perkara-perkara
asas membuat pakaian. Saya perlukan masa yang lebih untuk
memahami dasar baju. Mungkin lain hari saya akan curi diari ini
untuk tempoh semalaman, dan belajar di rumah.
Satu minit sebelum semuanya akan kembali kepada asal.
Saya letak semula diari merah itu ke tempat asalnya. Salinan saya
pula saya lipat kecil dan simpan dalam poket baju kurung, saya
duduk semula di mesin jahit saya dan menunggu sehingga jampi
itu akan berakhir sendiri. Tapi ketika itu, mata saya menangkap
sosok tubuh seseorang yang berjalan di luar kedai, tergesa-gesa
berlari entah dari mana.
Jampi berakhir. Semua orang meneruskan kerja masing-
masing, sedangkan saya gundah gulana sendiri memikirkan orang
di luar kedai tadi.
47
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
Hari terakhir saya di sini, Salsabila membuat jamuan
ringkas. Sarimah salah seorang jemputan dan dia asyik
memandang saya dengan penuh makna. Sarimah mendekati saya
dan berbisik.
“Aku tahu apa yang orang lain tak tahu tentang kau.” Saya
tahu, muka saya berubah pucat ketika itu juga.
***
Sarimah sudah jadi orang terkenal di kota. Namanya
disebut-sebut, sebaris dengan nama Tengku Zara kerana pakaian
yang dipakainya mewah seperti para bangsawan sedangkan
Sarimah cuma orang kampung yang suka berangan-angan. Ramai
juga orang membuat kesimpulan sendiri tentang Sarimah tapi dia
langsung tidak peduli. Dia cuma tahu meminta agar saya
menyiapkan busana mewahnya segera.
Kalaulah saya tidak tamak dan menggunakan cara kotor,
pasti saya tidak perlu menggunakan semua ilmu yang telah saya
curi daripada Salsabila untuk kepentingan Sarimah. Dialah
orangnya, yang nampak perbuatan saya. Masih terngiang-ngiang
ugutannya di telinga saya;
“Ingat. Setiap tiga hari, sehelai baju mewah atau aku
bongkar semuanya!”
48
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
49
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
SEPATAH DUA KATA
Assalamualaikum, (Mia)Kaftiya sini.
Nak throwback balik pada tahun 2018, di mana asal usul
antologi ini bermula, ia bermula sebab Nian!
Ya, Nian yang suka sangat tulis fiksi mini tentang ‘Cik Mia si
tukang jahit’ cerita pendek yang sangat random, dia hantar kat
WhatsApp, yang buat aku, si Cik Mia itu terhibur membacanya.
Terus aku pun entah macam mana cakap kat Nian, “Jom
collaborate tulis cerita pasal tukang jahit!”
Nian pun; “Jom!”
It was…. Kurang sebulan sebelum pesta buku 2018, dan
penerbitan Langit ada buka ruang untuk penggiat zine letakkan
zine mereka di reruai Langit. Aku yang bukan dalam scene zine ni
pun menyibuk jugak nak menyelit asalkan aku ada buku kat PBAKL
kahkah.
50
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
Dahlah sangat sangat minit terakhir, tak pandai pulak tu
macam mana nak buat zine, tak tahu format size font apa yang
sesuai, apa semua serba tak tahulah senang cerita, tapi akhirnya
18 naskhah zine ‘Tukang Jahit Yang Menulis’ kami terjual juga.
Dapat je review daripada kawan-kawan dan orang yang dah
beli zine tu, barulah aku tahu banyaknya kelemahan kami yang
buat aku rasa nak tebus balik kelemahan pada zine itu dengan
sesuatu yang lain.
Maka terhasillah e-book ini pada tahun 2022. Tak kata ini
versi yang terbaik, tapi sekurang-kurangnya lebih baik dan kami
cuba sehabis baik daripada yang sebelum ni.
(cerita penuh dan detail behind the scene kat blog)
http://miacuteker.blogspot.com/2019/09/tentang-zine-tukang-jahit.html
51
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
RIBUT KAKI CIK MIA
Nian
“Dah tak ada pelanggan lain agaknya. Pelanggan aku juga
diambilnya!” Kaki Cik Mia ligat menekan pedal mesin jahit. 1 hari
10 helai baju dan pelanggannya takkan lari.1
1 Antara fiksimini yang ditulis oleh Nian tentang Cik Mia
52
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
CORETAN NIAN
Assalamualaikum, Nian here!
Cik Mia minta Nian tulis sesuatu. Pelawaan Cik Mia
selalunya semacam sesuatu yang tidak boleh ditolak. Cik Mia di
mata Nian selalu macam... ermm anime mata bulat berkaca-kaca
tu bila dia minta buat sesuatu.
Nak imbas kembali, Cik Mia dah tulis. Nian panggil Mia, Cik
Mia bukan sebab formal tapi rasa comel bila panggil dia Cik Mia.
Cik Mia yang polos!
Berkenaan zine sebelum ni, Nian akui memang banyak
sangat kelemahan. Nian dah banyak tinggal menulis dan
membaca. Kosa kata jadi terhad. Memang menakutkan! Kami
kelam kabut mengejar tarikh dan kelam kabut memang tak bagus
untuk menghasilkan sesuatu.
Kali ini lebih tenang dan Insha-Allah lebih teliti dalam
pembikinan e-book ini ☺.
53
CIK KALTHUM | NIAN & KAFTIYA
Harapan kami, semoga tulisan kami semakin baik dari
semasa ke semasa. Terima kasih! ☺
54