i | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 e - BULETIN JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK EDISI 1 2023
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | ii e - BULETIN JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK TERBITAN PERTAMA EDISI 1 2023 Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data NO e-ISSN / e-ISBN Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian terbitan ini boleh diterbitkan semula atau ditukar dalam apa jua bentuk dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Diterbitkan oleh: Politeknik Melaka, Kementerian Pengajian Tinggi, No.2 Jln PPM 10, Plaza Pandan Malim 75250 Melaka https://[email protected]
iii | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Jawatankuasa Penerbitan e-Buletin Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Melaka PENAUNG SR HJ RAZALI BIN JOHARI PENGARAH TIMBALAN PN ZEYANA BINTI ABDULLAH TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK DR AZLAN BIN MUHARRAM TIMBALAN PENGARAH II PENASIHAT 1 TS HJ MOHD NORDIN BIN MOHD JANI KETUA JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK PENASIHAT 2 PN AMEELIA BINTI IBRAHIM KETUA PROGRAM KEJURUTERAAN ELEKTRIK PENYELARAS DR HJH ROSNANI BINTI AFFANDI JAWATANKUASA EDITORIAL CIK LEE MOI FONG KETUA EDITOR PN AZLINA BINTI NORDIN PN TOK CHON BEE TS RAJANDRAN A/L MORTHUI TS MOHAMAD AFDZAM BIN RAHIM JAWATANKUASA REKA GRAFIK, FOTOGRAFI & DOKUMENTASI EN AHMAD FARIZ BIN FAUZI KETUA REKA GRAFIK, FOTOGRAFI & DOKUMENTASI PN LIAN AI CHEN PN AZALIZA BINTI BAHAROM URUSETIA PN AZRIN AZURA BINTI MD. TAIB PN ASIAH BINTI AB. WAHID
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | iv Kandungan Jawatankuasa Penerbitan iii Kandungan iv Kata-kata Aluan Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik v Menulis Laporan Projek Tahun Akhir Menggunakan ChatGPT Secara Sah 1 Ts. Dr. Zulhisyam bin Salleh Outcome Based Education (OBE) Pendidikan Berasaskan Hasil 3 Ameelia Binti Ibrahim Pensyarah Pelawat Industri (PPI) 7 Lee Moi Fong, Ameelia Ibrahim Peranan Syarikat Perunding Kejuruteraan Dalam Sektor Pembinaan 9 Azrin Azura binti Md. Taib Pencemaran Di Daratan Beri Kesan Terhadap Karang Di Lautan 12 Ahmad Fariz bin Fauzi, Nawar bin A. Karim, Hairani binti Ahmad Zainuldin Pengenalan Bioelektronik Dan Peralatan Pengukuran 14 Azlina binti Nordin What Do You Know About Solar PV And Solar CSP Technologies? 17 Rosnani Affandi Cara Dan Langkah Mengesan Kerosakan Litar Pintas Dalam Pepasangan Pendawaian Elektrik 19 Mohamed Nasir Bin Alivi JKE Terokai Teknologi Hijau Dalam Penghasilan Papan Litar Bercetak 22 Saifful Bahari Bin Omar Manusia Kopi 25 Abdul Razak Shaari A Touch on Light Autism 26 Tok Chon Bee Personaliti Individu Introvert, Mereka Bukan Tidak Suka Bersosial 28 Zaiful Hizam Hamidon Info Tentang Diabetes / Kencing Manis 31 Widyawati Binti Misiran @ Misran Mari Belajar Bahasa Jepun (Nihon Go) 34 Latipah Yaacob Everyone Can Fly 36 Lian Ai Chen Cara Jahit Butang Guna Mesin Jahit Mudah-Alih (Portable) 39 Asiah Binti Travelog Pendakian Gunung Kinabalu 41 Azaliza Binti Baharom Logic Probe LP-1, Apa Yang Perlu Saya Tahu? 44 Ahmad Fariz bin Fauzi, Ts. Hj Mohd Nordin bin Mohd Jani Tips Mudah Kenalpasti Soket Alir Keluar Di Rumah Anda 48 Ahmad Fariz bin Fauzi
v | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Kata-kata Aluan Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Salam Sejahtera, Alhamdulillah, saya bersyukur terhadap Ilahi kerana dengan izin-Nya e-Buletin Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Melaka bagi edisi Tahun 2023 berjaya dihasilkan oleh semua warga Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Melaka. Penghasilan e-Buletin Jabatan Kejuruteraan Elektrik merupakan dokumen yang memaparkan perkongsian kreativiti penulisan santai dalam pelbagai bidang serta aktiviti yang digemari dengan pelbagai info yang menarik disajikan dalam naskah ini. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa e-Buletin Jabatan Kejuruteraan Elektrik 2023 dan semua yang terlibat menyumbangkan idea, pengalaman dan info menarik untuk dikongsikan bersama dalam e-buletin ini. Dengan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dari tuan-puan, buletin ini telah berhasil diterbitkan pada tahun 2023. Akhir kata, dengan wujudnya e-Buletin ini diharap dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca di kalangan staf dan pelajar Politeknik Melaka termasuk para pencinta ilmu luar sana agar boleh dijadikan sumber rujukan dan tambahan ilmu pada masa akan datang. SEKIAN
1 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Menulis Laporan Projek Tahun Akhir Menggunakan ChatGPT Secara Sah Ts. Dr. Zulhisyam bin Salleh Pengenalan Dalam dunia akademik, laporan projek tahun akhir merupakan komponen penting dalam penilaian akhir pelajar. Sungguh pun begitu, proses penulisan laporan projek merupakan satu proses yang agak mencabar di kalangan pelajar. Perkembangan teknologi telah memberi satu impak yang baik dari segi kepelbagaian alat bantu yang berguna untuk membantu pelajar menyiapkan laporan mereka dengan lebih cekap. Salah satu alat bantu yang semakin popular adalah ChatGPT - model bahasa pintar yang dibangunkan oleh OpenAI. Di ruangan ini, akan diberi panduan asas bagaimana menggunakan ChatGPT untuk menulis laporan projek tahun akhir secara sah atau tidak menyalahi etika penulisan. Memahami Syarat Penggunaan ChatGPT Anda perlu memahami terma dan syarat penggunaan ChatGPT yang tidak melanggar polisi institusi atau melibatkan penyelewengan akademik. Anda perlu faham, penggunaan ChatGPT seharusnya digunakan sebagai alat bantu dan panduan, dan bukan sebagai pengganti penulisan sendiri. Menetapkan Skop Penggunaan ChatGPT Anda perlu menetapkan skop penggunaan ChatGPT dalam laporan projek anda. Jangan bergantung sepenuhnya pada ChatGPT, tetapi gunakanlah sebagai alat bantu untuk menghasilkan idea, memeriksa kesilapan tatabahasa, dan membantu dalam membina struktur laporan. Anda perlu ingat, penulisan laporan akhir adalah hasil daripada usaha intelektual anda sendiri. Menggunakan ChatGPT untuk Memulakan Penulisan Dalam permulaan penulisan laporan projek, ChatGPT boleh digunakan untuk mendapatkan idea asas atau struktur. Anda boleh memberikan ChatGPT penerangan ringkas mengenai
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 2 topik laporan anda dan meminta panduan tentang bahagian-bahagian yang perlu disertakan dalam laporan. Ini boleh membantu anda menggariskan kerangka laporan dengan lebih jelas. Penyemakan Tatabahasa dan Kesilapan Salah satu kelebihan ChatGPT adalah keupayaannya untuk menyemak kesilapan tatabahasa dalam penulisan. Sebelum menyerahkan laporan projek akhir, gunakan ChatGPT untuk menyemak tatabahasa dan mengenal pasti kesilapan tatabahasa yang mungkin terlepas pandang. Tetapi, pastikan anda juga melakukan penyemakan tatabahasa secara manual. Mematuhi Prinsip Kepelbagaian Sumber Apabila menggunakan ChatGPT, ingat bahawa sumber maklumat yang pelbagai adalah penting untuk menyokong kandungan laporan anda. Jangan hanya bergantung kepada ChatGPT sebagai satu-satunya sumber rujukan. Pastikan anda merujuk kepada buku, artikel akademik, dan sumber-sumber sahih lain untuk menyokong pendapat dan hujah dalam laporan anda. Kesimpulan Penggunaan ChatGPT secara sah untuk menulis laporan projek tahun akhir dapat membantu meningkatkan kecekapan dan kualiti penulisan. Tetapi, penulis harus memahami syarat penggunaan dan menetapkan skop penggunaan dengan bijaksana. Jangan lupa untuk sentiasa mematuhi etika akademik dan prinsip kepelbagaian sumber. Dengan pendekatan yang tepat, ChatGPT boleh menjadi rakan setia dalam proses penulisan laporan projek anda.
3 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Outcome Based Education (OBE) Pendidikan Berasaskan Hasil Ameelia Binti Ibrahim Pengenalan Outcome Based Education (OBE) merupakan satu proses pembelajaran dan pendekatan yang memfokuskan kepada hasil pencapaian pelajar yang boleh diukur, dibuktikan dan boleh dipertingkatkan. Pendidikan bukan sahaja perlu berkisar tentang apa yang diajar kepada pelajar, tetapi lebih kepada perkara yang boleh mereka kuasai dan lakukan selepas belajar. Ciri-ciri aplikasi OBE Pendekatan ini menekankan pencapaian hasil pembelajaran yang jelas dan boleh diukur seperti berikut: • Penentuan Tujuan Pembelajaran OBE melibatkan proses penentuan tujuan pembelajaran yang spesifik dan terukur untuk setiap program atau kursus. Tujuan-tujuan ini harus jelas menggambarkan apa yang diharapkan pelajar fahami dan kuasai setelah menyelesaikan program atau kursus tertentu. • Penyusunan Kurikulum Kurikulum di Politeknik Malaysia yang menerapkan OBE telah dibangunkan berdasarkan kepada tujuan-tujuan pembelajaran yang telah ditetapkan. Bahan, kegiatan dan kaedah pengajaran telah dipilih dan disusun untuk mendukung pencapaian hasil pembelajaran tersebut. • Pengukuran dan Penilaian Penerapan OBE akan melibatkan proses pengukuran dan penilaian yang jelas terhadap pencapaian hasil pembelajaran pelajar. Ini merangkumi penggunaan berbagai jenis instrumen penilaian seperti test, projek pelajar, practical work, penilaian berasas case study dan lain-lain lagi untuk mengukur sejauh mana pelajar telah mencapai tujuan pembelajaran. • Penambahbaikan berterusan (CQI) OBE juga menggalakkan pemikiran yang mampan ke arah penambahbaikan dan pembangunan kurikulum serta kaedah pengajaran. Data hasil pembelajaran digunakan
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 4 untuk mengenal pasti aspek yang boleh dilakukan penambahbaikan, sekaligus ini membantu dalam meningkatkan kualiti pendidikan. • Fokus kepada Practical Salah satu matlamat OBE adalah untuk memastikan pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perolehi dalam situasi sebenar. Oleh itu, pendekatan ini mampu mendorong pengajaran berorientasikan amalan, dengan penekanan kepada aplikasi dalam dunia pekerjaan. • Penglibatan Pelajar OBE mampu menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran. Pelajar mempunyai peranan yang lebih aktif dalam menentukan matlamat pembelajaran mereka, menjejak kemajuan dan merancang langkah untuk mencapai hasil pembelajaran. • Hubungan dengan Industri dan Dunia Pekerjaan Kurikulum politeknik yang berkonsepkan OBE memberi lebih tumpuan kepada penyediaan pelajar menghadapi keperluan dunia pekerjaan. Ini termasuk kerjasama dengan industri, latihan amali atau projek yang berkaitan dengan dunia pekerjaan. Prinsip-prinsip utama OBE • Clarity of Focus (Kejelasan Fokus): Ini bermakna dalam pendekatan OBE, adalah penting untuk kita mempunyai objektif pembelajaran yang sangat jelas dan spesifik. Seperti ketika kita berjalan menuju ke destinasi tertentu, kita harus tahu di mana kita akan berakhir dan apa yang kita ingin capai apabila kita akhirnya tiba di sana. Ini bermakna kita harus menetapkan hasil pembelajaran yang boleh diukur dan jelas supaya kita tahu apa yang kita harapkan pelajar faham, kuasai dan lakukan selepas mereka menamatkan pelajaran atau program tertentu. • Design Down (Rekabentuk menurun) Dalam pendekatan ini, kita bermula daripada objektif pembelajaran yang telah ditetapkan, yang ingin dicapai oleh pelajar selepas menamatkan pelajaran atau program tertentu. Apabila kita belajar atau mengajar, kita harus tahu dengan tepat apa yang kita mahu capai Apabila kita merancang pembelajaran, kita bermula dari matlamat akhir dan kemudian merancang langkah yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu
5 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Kemudian, merekabentuk kurikulum, bahan pembelajaran, kaedah pengajaran, dan penilaian berdasarkan matlamat tersebut. Prinsip ini merujuk kepada pendekatan perancangan kurikulum yang bermula daripada menetapkan hasil pembelajaran yang diingini, kemudian merancang bahan pembelajaran, kaedah pengajaran dan penilaian berdasarkan hasil tersebut. Ini memastikan setiap aspek pembelajaran menyokong pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. • High Expectation (Jangkaan Tinggi): Dalam prinsip ini, kita percaya bahawa setiap pelajar mempunyai keupayaan untuk mencapai keputusan yang tinggi. Ini bermakna kita tidak hanya menghadkan pelajar kepada perkara yang kelihatan mudah atau selesa bagi mereka. Sebaliknya, kita menyediakan cabaran yang lebih tinggi dan matlamat pembelajaran yang lebih bercitacita tinggi, supaya pelajar mendapat inspirasi dan bermotivasi untuk bekerja keras dan mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi. Prinsip ini juga mengajar pelajar tentang kepentingan usaha dan komitmen untuk mencapai matlamat. • Extended Opportunities (Peluang diperluaskan): Dalam prinsip ini bermakna pembelajaran tidak terhad kepada apa yang diajar di dalam kelas, tetapi juga melibatkan aktiviti, pengalaman dan peluang di luar persekitaran kelas yang dapat memperkayakan pemahaman dan kemahiran pelajar. Dengan memberikan peluang yang luas, dapat membantu pelajar menghubungkan konsep yang dipelajari di dalam kelas dengan dunia nyata. Kesimpulan Secara keseluruhannya, OBE ialah pendekatan pendidikan yang menekankan pencapaian hasil pembelajaran yang khusus dan boleh diukur. OBE memberi tumpuan kepada perkara yang pelajar faham, kuasai dan boleh digunakan dalam dunia sebenar selepas menamatkan pengajian mereka. Ia bukan sahaja untuk mengajar pelajar apa yang mereka perlu tahu, tetapi juga memastikan mereka mempunyai keupayaan untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran tersebut. Kita mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap kebolehan pelajar dan kita menyediakan cabaran yang sesuai untuk mereka mencapai potensi terbaik mereka Kita memberi pelajar peluang yang lebih luas untuk belajar dan mengembangkan diri mereka, melangkaui pembelajaran klasik di dalam kelas
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 6 Melalui penerapan ini, mampu melahirkan graduan yang bersedia untuk menghadapi cabaran dunia sebenar dengan pemahaman yang mendalam, kemahiran yang relevan dan keupayaan untuk terus belajar dan berkembang.
7 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Pensyarah Pelawat Industri (PPI) Lee Moi Fong, Ameelia Ibrahim Pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) (PPPM(PT)) 2015-2025 memberikan penekanan terhadap 10 lonjakan utama yang mana salah satu daripadanya mensasarkan Graduan TVET Berkualiti. Bagi mencapai hasrat ini, beberapa strategi telah diaturkan antaranya termasuklah kurikulum berlandaskan industri. Oleh itu, penglibatan pihak industri dalam pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) diperlukan dalam menjayakan strategi ini. Pensyarah pelawat Industri (PPI) merupakan satu platform untuk memberikan peluang kepada para pelajar mendengar pandangan daripada pakar industri yang berpengalaman dalam bidang mereka. Ianya juga dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan penceramah jemputan yang berpengalaman dalam pelbagai bidang industri. Para pelajar akan mendengar tentang cabaran, peluang dan teknologi terkini dalam industri daripada sudut pandang praktikal yang sebenar. Melalui progam, perbincangan dan sesi soal jawab, ia dapat memperkayakan pemahaman pelajar tentang aplikasi praktikal yang berkonsep akademik dalam dunia perniagaan dan industri. Ini akan membantu pelajar menghubungkaitkan antara teori dan praktikal, serta pihak industri dapat memberi pandangan mendalam tentang apa yang diharapkan dalam persekitaran kerja industri pada masa hadapan. Selain itu, ianya memberi inspirasi kepada pelajar untuk mendekati pembelajaran sepanjang hayat dan memotivasikan mereka untuk mengejar kerjaya yang diimpikan dalam lapangan industri. Kelebihan Pensyarah Pelawat Industri Pensyarah pelawat industri memberikan beberapa kebaikan yang signifikan kepada audiens dan acara di mana mereka berbicara. Pertamanya, mereka membawa wawasan mendalam dan praktikal mengenai industri tertentu. Pengetahuan dan pengalaman mereka membantu memberikan pemahaman yang lebih baik tentang perkembangan terkini, tren dan cabaran dalam industri tersebut. Kedua, penceramah jemputan industri juga dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada para peserta. Melalui perkongsian kejayaan dan cabaran yang mereka hadapi dapat meningkatkan semangat keusahawanan dan dorongan untuk mencapai matlamat dalam kerjaya dan perniagaan. 1 2
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 8 Ketiga, pensyarah pelawat industri membolehkan peserta untuk mempelajari kemahiran dan strategi praktikal yang diperlukan untuk berjaya dalam industri tersebut. Tips, pandangan dan nasihat yang diberikan oleh mereka dapat membantu peserta mengambil langkah-langkah positif dalam pengembangan profesional mereka. Selain itu, pelajar dapat melibatkan diri dalam keperluan industri sebenar. Ini memberi peluang kepada mereka untuk mempraktikkan kemahiran mereka dalam persekitaran yang relevan. Keempat, pensyarah pelawat industri membuka peluang untuk rangkaian profesional. Pelajar dapat memanfaatkan sesi soal jawab dan interaksi bersemuka dengan penceramah untuk bertanya soalan, berbincang tentang isu-isu terkini dan membangunkan hubungan yang berpotensi serta bermanfaat untuk masa hadapan. Kelima, kehadiran pensyarah pelawat industri memberikan kredibiliti dan nilai tambah kepada program tersebut. Ini dapat menarik lebih banyak peserta dan menjadikan program tersebut lebih menarik dan bermanfaat secara keseluruhannya. Dengan memahami keperluan dan perkembangan industri, politeknik dapat memastikan kurikulum yang digunapakai kekal relevan dan terkini serta dapat menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran selepas tamat pengajian kelak. Kesimpulan Pensyarah pelawat industri membantu merapatkan jurang antara dunia pendidikan dan industri, selain memainkan peranan penting dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, pendedahan sistem dan teknologi terkini kepada pelajar, memberi inspirasi dan sebagai satu platform hala tuju kerjaya pelajar pada masa akan datang. Justeru, mereka juga membantu melahirkan graduan yang lebih bersedia dan relevan dalam pasaran kerja dan membina hubungan yang lebih erat antara institusi pendidikan dan industri. Rujukan: 1. Buku Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pensyarah Pelawat Industri Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia, edisi 2022. 3 4 5
9 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Peranan Syarikat Perunding Kejuruteraan Dalam Sektor Pembinaan Azrin Azura binti Md. Taib “Saya mahu bina rumah di atas tanah sendiri, apa yang perlu saya lakukan?” Ramai yang tidak tahu apabila seseorang ingin membina rumah baharu mereka amat memerlukan perkhidmatan perundingan kejuruteraan dalam sektor pembinaan. Tugas perunding amat penting bagi memastikan projek pembinaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Perunding perlu mempunyai ilmu, pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang untuk menghasilkan binaan yang sempurna dan berkualiti tinggi mengikut perundangan dan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan di Malaysia. Apakah peranan perunding? Antara peranan utama seorang perunding ialah bertanggungjawab untuk membuat kajian terperinci terhadap reka bentuk pemasangan dan ukuran sesebuah projek binaan. Selain itu, perunding juga perlu membantu pelanggan menganalisis kos projek dengan mencari kaedah terbaik untuk mengawal kos tanpa mengorbankan kualiti dan keselamatan disamping memastikan bahan digunakan dalam pembinaan adalah yang terbaik mengikut piawaian yang ditetapkan. Perunding juga bertanggung jawab menguruskan kontrak dan dokumentasi projek berkaitan seperti gambar, spesifikasi, dan jadual yang akan dilengkapkan dengan baik dan diserahkan pada masanya. Perunding perlu memastikan jadual projek berjalan seperti yang telah ditetapkan dengan sentiasa memantau projek secara berterusan bagi memastikan tiada masalah berlaku, dan sekiranya berlaku masalah dapat diselesaikan dengan cepat. Selain itu, perunding perlu memberikan khidmat nasihat teknikal dalam semua aspek pembinaan termasuk risiko yang mungkin timbul kepada klien terutamanya dalam bidang yang perunding tawarkan.
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 10 Apakah jenis perkhidmatan perundingan? Secara asasnya, terdapat 4 bidang perundingan yang terlibat dalam penyediaan lukisan kejuruteraan dalam sektor pembinaan iaitu Perunding Arkitek, Perunding Jurutera Struktur, Perunding Jurutera Mekanikal dan Elektrikal dan Perunding Juruukur Bahan. Perunding arkitek bertanggungjawab untuk menyediakan lukisan bangunan secara terperinci termasuklah lukisan pelan lantai, lukisan keratan rentas, lukisan pandangan sisi, lukisan 3D dan lain-lain. Lukisan arkitek ini amat diperlukan kerana tanpa lukisan asas bangunan, perunding-perunding yang lain tidak boleh menyediakan lukisan mereka sendiri. Disebabkan inilah perunding arkitek dibayar lebih tinggi berbanding perunding yang lain. Setiap peruding akan menyediakan lukisan kejuruteraan mereka sendiri kecuali perunding juruukur bahan. Perunding jurutera struktur akan membuat lukisan struktur yang melibatkan ukuran saiz, jarak, bahan yang digunakan seperti contoh pemasangan cerucuk, rasuk (beam), konkrit, tangga, lantai, bumbung, pembinaan longkang dan tangki septik. Seterusnya perunding Jurutera Mekanikal dan Elektrikal (M&E) akan meyediakan lukisan pendawaian elektrik seperti menentukan kedudukan dan jumlah lampu,kipas,soket, suis, pendingin hawa dan pemanas air. Mereka juga akan mencadangkan saiz kabel yang digunakan, penentuan pemasangan pendawaian 3 fasa atau 1 fasa berdasarkan kepada pengiraan beban penggunaan elektrik yang bakal digunakan. Selain itu, lukisan berkaitan sistem kumbahan, sistem bekalan air,sistem tadahan air hujan, sistem kolam renang, sistem komunikasi, pemasangan lampu jalan juga disediakan oleh Jurutera M&E jika diperlukan. Contoh lukisan adalah seperti dalam Rajah: Contoh Lukisan Perunding Mekanikal dan Elektrikal. Rajah: Contoh Lukisan Perunding Mekanikal dan Elektrikal
11 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Apabila semua perunding sudah menyediakan lukisan masing-masing, Juruukur Bahan (Quantity Surveyor) pula yang akan mengira kuantiti setiap bahan yang diperlukan untuk pembinaan berdasarkan lukisan yang disediakan oleh perunding yang lain. Daripada kuantiti inilah kos sebenar pembinaan dapat dikira seterusnya merancang pembelian bahan binaan. Pada dasarnya, juruukur bahan merupakan pakar kos yang bertanggungjawab menyediakan maklumat bagi memastikan projek tersebut adalah ditanggung bersama belanjawan yang munasabah dan pihak klien dapat memperoleh nilai kepada wangnya (Seeley, 1997). Kesimpulan Setiap perunding mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu dalam memastikan projek pembinaan dapat dijalankan dengan sempurna, selamat, dan yang paling utama memenuhi syarat piawaian yang ditetapkan oleh Malaysia.
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 12 Pencemaran Di Daratan Beri Kesan Terhadap Karang Di Lautan Ahmad Fariz bin Fauzi, Nawar bin A. Karim, Hairani binti Ahmad Zainuldin Pengenalan Adakah kita tahu bahawa lautan adalah tempat terakhir segala hasil pencemaran di daratan? Adakah hasil pencemaran tersebut memusnahkan karang di lautan? Jawapannya sangat mudah, YA. Karang merupakan sejenis haiwan yang hidup di biodiversiti marin seluruh dunia. Karang sangat sensitif dengan perubahan suhu laut. Peningkatan suhu laut kini sangat dipengaruhi oleh pencemaran yang berlaku di daratan. Gas karbon dioksida juga memberi kesan terhadap peningkatan suhu lautan. Lama-kelamaan disebabkan oleh pencemaran ini, karang akan mati dan akhirnya memberi kesan buruk terhadap hidupan lain di muka bumi. Akhirnya manusia sendiri yang menerima impak yang paling teruk. Pencemaran di daratan berpunca daripada manusia seperti di Gambar 1. Ego, materialistik, mementingkan diri sendiri, berlumba-lumba antara satu sama lain untuk pembangunan yang tidak terancang adalah punca utama berlakunya pencemaran yang menyebabkan kesan negatif terhadap karang di seluruh dunia. Jenis pencemaran dan kesan terhadap karang Populasi dunia kian bertambah menyebabkan aktiviti pembangunan meningkat. Landskap alam sekitar di dunia mengalami perubahan yang agak drastik menyebabkan kesan rumah hijau sangat memberi kesan terhadap karang. Masalah makin teruk apabila segelintir manusia tidak mengambil berat dengan pendidikan alam sekitar khasnya berkaitan biodiversiti marin menyebabkan bukit ditarah, tanah dikorek dan lautan ditambak tanpa kawalan. Antara faktor yang merosakkan karang berpunca daripada aktiviti daratan seperti pembalakan hutan yang tidak terancang. Kita sedia maklum bahawa pembalakan merupakan aktiviti paling giat dilakukan di seluruh dunia demi kemaslahatan manusia. Asal sahaja ada hutan, di situ pasti akan ada aktiviti pembalakan. Gambar 1: Sampah yang dijumpai di dasar laut
13 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Sebenarnya, pembalakan yang terancang baik untuk pembangunan sosio-ekonomi. Namun pembalakan yang tidak terancang menjejaskan ekosistem karang. Semakin banyak pokok ditebang, semakin tinggi gas karbon dioksida di udara. Kesan paling teruk ialah mendapan tanah yang turun dari bukit melalui sungai dan terus ke lautan. Aktiviti pertanian yang tidak terancang juga memberi kesan terhadap karang. Antaranya yang kritikal ialah pembebasan gas bahan bakar meningkatkan suhu laut. Pencemaran daripada mendapan tanah, sisa baja kimia, dan buangan sisa pepejal yang tidak terurai melalui sungai dan seterusnya ke lautan juga membunuh karang. Aktiviti pembangunan yang berleluasa di kawasan bandar, pesisiran pantai dan di kawasan lautan juga memberi kesan negatif terhadap karang. Pemendapan tanah dan bahan buangan tidak terurai yang mengalir ke laut sangat toksik terhadap pertumbuhan karang sehingga mampu membunuh spesis karang di lautan. Sistem kumbahan dan longkang limpahan air hujan sangat membantu kehidupan harian manusia. Namun, apabila sistem ini tidak diselenggara dengan berkesan, ianya menjadi pembunuh senyap terumbu karang. Segala bentuk nutrien, toksin, patogen dan pemendapan sisa pepejal mengalir ke lautan sehingga membunuh karang. Tindakan kita bagi membantu hidupan karang Penjagaan karang sangat bergantung berdasarkan tindakan kita. Langkah terbaik adalah membanteras bahanbahan bahaya terhadap hidupan karang daripada mengalir ke dalam sungai dan lautan. Kita juga perlu kurangkan aktiviti yang meningkatkan pembebasan gas karbon dioksida di ruang udara. Akhir sekali, sayangilah karang agar dapat dinikmati anak cucu kita pada masa hadapan. Gambar 2 menunjukkan karang yang sihat menjadi tempat tinggal hidupan marin yang lain. Gambar 2: Karang yang sihat menjadi tempat tinggal hidupan marin yang lain
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 14 Pengenalan Bioelektronik Dan Peralatan Pengukuran Azlina binti Nordin Bioelektronik adalah salah satu bidang elektrik dan elektronik di mana instrumen dan peralatan elektronik digunakan untuk aplikasi perubatan seperti diagnosis, terapi, penyelidikan, kawalan anestesia, kawalan jantung dan pembedahan. Kajian bioelektronik pertama yang diketahui berlaku pada abad ke-18 apabila saintis Luigi Galvani mengenakan voltan pada sepasang kaki katak yang telah mati. Beliau dapati bahawa kaki katak tersebut bergerak dan ini yang mencetuskan permulaan kajian bidang bioelektronik. Gambar tokoh bioelektronik seperti dalam Gambar 1: Luigi Galvani Gambar 1: Luigi Galvani Bioelektronik mempunyai pelbagai jenis aplikasi dalam bidang perubatan, diantara peralatan yang mengaplikasikan bioelektronik adalah ‘electrocardiographs (ECG)’, ‘blood pressure & flow monitor’ dan ‘medical imaging system’. Di sini akan diterangkan serba sedikit berkenaan dengan salah satu peralatan tersebut iaitu mesin ‘electrocardiographs (ECG)’ berdasarkan Gambar 2: Mesin ECG. Peralatan ECG digunakan untuk mengukur tahap kesihatan jantung manusia dengan melihat ritma pergerakan jantung yang secara asasnya, melihat tugas utama jantung iaitu mengepam darah ke seluruh badan. Aktiviti elektrikal dalam jantung boleh dikesan secara tidak langsung dengan memasang elektrod di beberapa bahagian permukaan badan manusia. Elektrod ini akan mengesan pergerakan jantung dan mengubahnya kepada voltan elektrik seperti Rajah 1: Blok Diagram ECG Luigi Galvani: ➢ pakar perubatan ➢ ahli fizik ➢ ahli biologi Sumber gambar: Wikipedia Sumber gambar: Instrumente medicale Gambar 2: Mesin ECG
15 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Rajah 1 : Blok diagram ECG Dengan menganalisa bentuk gelombang voltan yang dihasilkan oleh ECG, pengesanan terhadap abnormal pergerakan jantung dapat dikenalpasti. Isyarat ECG yang normal dapat dikenalpasti berdasarkan Rajah 2(a): Isyarat ECG yang normal. Manakala contoh abnormal pergerakan jantung adalah ‘atrial fibrillation’ seperti dalam Rajah 2(b): Isyarat ‘Atrial fibrillation’ yang boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor antaranya kegagalan jantung, penyakit injap jantung, diabetes dan hipertensi. Rajah 2: (a) Isyarat ECG yang normal (b) Isyarat ‘atrial fibrillation’ Walaupun gelombang di Rajah 2(b) diperolehi hasil dari penggunaan mesin ECG, diagnosis akhir bagi menentukan kondisi jantung atau sakit jantung biasanya akan dibantu dengan penggunaan beberapa teknik pengujian yang lain termasuk ‘ultrasound’ dan ‘computed tomography (CT) scan’.
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 16 Rujukan: 1. Rivnay J, Owens RM, Malliaras GG (2014). "The Rise of Organic Bioelectronics". Chemistry of Materials. 2. https://en.wikipedia.org/wiki/Bioelectronics#cite_ref-:0_4-1. Edited on 9 June 2023. 3. Andrew G. Webb (2017). Principles of Biomedical Instrumentation. Cambridge University Press.
17 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 What Do You Know About Solar PV And Solar CSP Technologies? Rosnani Affandi Malaysia has abundant sunshine and solar radiation. On average, Malaysia receives about 6 hours of sunshine every day. The annual average daily solar irradiations for Malaysia have a magnitude of 4.21–5.56 kWhm−2 , and the sunshine duration is more than 2,200 hours per year. Did you know that there are two ways to extract electricity from solar radiation? • No 1 is by using Photovoltaic: The direct conversion of sunlight to electricity. https://youtu.be/bPwvS5V5RW4 (Watch the video here) • No 2 by using CSP which uses heat to generate electricity. https://youtu.be/EfUZofkc0Mw (Watch the video here.) We may be familiar with Photovoltaic solar systems. But did you know that CSP technologies do not produce electricity directly through solar radiation but use concentrated solar energy to generate heat and power indirectly? Important features of most CSP technologies are their capacity for bulk power generation and their viability in a wide range of plant sizes, from a few kilowatts to several hundred megawatts. CSP is also referred to as concentrating solar thermal power, representing a powerful, clean, endless, and reliable source of energy. Four types of solar concentrators are in common use, parabolic trough, parabolic dishes, central receivers, and Fresnel lenses. A. Parabolic Trough Concentrator Figure 1. Parabolic trough systems. B. Central Receiver Systems Figure 2. Central receiver systems
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 18 C. Fresnel reflector systems Figure 3. Fresnel reflector systems D. Parabolic Dish Figure 4. Parabolic trough systems. All CSP technologies have the advantage of generating clean energy with no fuel cost. The only impact concentrating solar power plants have on the environment is land use. To generate high amounts of electrical energy, more land is needed for the plant. Although the amount of land a CSP plant occupies is larger than that of a fossil fuel plant, both types of plants use about the same amount of land because fossil fuel plants require additional land for mining and exploration as well as road building to reach the mine. The cost of producing electricity from renewable resources has traditionally been higher than that of producing electricity from coal or natural gas. However, as renewable technologies attain commercial viability and enter the mainstream market, their price per kilowatt hour usually declines. Renewable technologies, such as PV, have historically shown a large proportion of cost reductions. Cost reductions in solar PV mean high growth rates in manufacturing. Cost reductions in wind turbines, Geothermal, CSP, and biomass technologies also contributed to growth. The dramatic reductions in PV costs can become a real challenge for the growing market for CSP. However, compared to PV, CSP technologies are economically competitive. To some extent, market size can be compared with PV technologies. In general, CSP solutions are environmentally friendly. Mirrors or concentrators do not require much maintenance, emit no greenhouse gas emissions, and their production, when compared to PV cells, is less energy, intensive, and more environmentally friendly.
19 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Cara Dan Langkah Mengesan Kerosakan Litar Pintas Dalam Pepasangan Pendawaian Elektrik Mohamed Nasir Bin Alivi Tujuan Penerangan ini ialah untuk menerangkan cara dan langkah mengesan kerosakan litar pintas serta teknik membaiki kerosakan tersebut dalam pemasangan domestik. Penerangan Setiap pemasangan elektrik akan mengalami kerosakan ini adalah kerana banyak faktorfaktor penyebabnya. Ia mungkin disebabkan oleh pemasangan dan pendawaian yang sudah lama, salah pemasangan, angkara mahkluk perosak (gigitan tikus dan sebagainya) dan mungkin disebabkan oleh terhimpit, terpotong dan sebagainya. Kerosakan yang sering berlaku boleh dibahagikan kepada berikut : a) Litar pintas b) Litar bocor kebumi c) Litar buka d) Kerosakan alat-alat pelindung arus lebihan Dalam penulisan ini,hanya kerosakan berkaitan litar pintas sahaja yang diterangkan. Litar Pintas Litar pintas bermaksud persentuhan tanpa melalui beban pada litar yang mengalirkan arus elektrik. Bagi pemasangan tiga fasa, litar pintas ialah percantuman di antara litar hidup (samada fasa merah, fasa kuning atau fasa biru) dan juga di antara litar hidup dengan litar neutral. Kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila MCB atau fius yang sering terpelantik atau putus apabila litar tersebut digunakan. Begitu juga apabila kerosakan itu berlaku pada papan suis utama (PSU), maka fius utama akan didapati sering terputus bekalan apabila di ‘ON’ kan. a) Sebab-sebab berlakunya litar pintas Di antara penyebab kerosakan ini ialah: i) Penebat kabel terkoyak ii) Penebat kabel cair. iii) Benda asing seperti cicak, tikus, air dan kepingan logam yang menyentuh pengalir elektrik.
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 20 iv) Kerosakan alat perkakas dan aksesori elektrik seperti pemisah terminal motor elektrik yang pecah, soket yang pecah menyebabkan persentuhan antara pengalir elektrik dan sebagainya. b) Kaedah mengesan kerosakan Di antara kaedah mengesan kerosakan ini adalah seperti berikut: i) Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk menggelakkan berlakunya renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan. ii) Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk menggelakkan berlakunya renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan. iii) ‘OFF’kan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir. iv) Sekiranya suis utama, PBLK dan semua MCB tidak dapat di’OFF’kan kerana bekalan sedang digunakan, penguji hanya perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang rosak sahaja dan mesti berhati-hati semasa melakukan kerja mengesan kerosakan. v) Gunakan pakaian dan peralatan tangan keselamatan yang disyorkan. vi) Gunakan alat uji rintangan penebat (Insulation Resistance Tester) untuk mengesan kerosakan litar pintas ini. vii) Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu, perkakas elektrik dari litar sebelum diuji (sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya perlu di’OFF’kan). Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah mendapat keputusan ujian dan mungkin merosakan alat-alat elektrik disebabkan voltan dari alat uji tersebut. viii) Lakukan ujian pada setiap litar satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya (fasa dengan fasa dan fasa dengan neutral). ix) Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm, maka litar tersebut telah berlaku litar pintas (lihat jadual 71A Peraturan IEE Edisi-16). x) Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak. xi) Tumpukan ujian pada satu demi satu litar yang lebih dari satu litar yang rosak sehingga punca kerosakan dapat dikenalpasti.
21 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 JADUAL 71A – Peraturan IEE Edisi-16 Nilai Minima Rintangan Penebat Voltan Litar Terendah (Volt) Voltan AT (Volt) Rintangan Penebat Minima (MegaOhm) Litar bervoltan lebih rendah apabila litar dibekalkan dari suatu transformer penebat keselamatan (Peraturan 411-02-04 item (I) dan juga memenuhi kehendak Peraturan 411-02-04) 250 0.25 Hingga ke dan termasuk 500V dengan pengecualian kes-kes di atas 500 0.5 Melepasi 500 V hingga 1000 V 1000 1.0 Antara litar SELV dan litar LV yang berkaitan dengan tambahan tahan ujian di mana dikehendaki Contoh : U 240V r.m.s. A.T. untuk 60s 500 5.0 c) Penyelesaian Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka baiki atau tukar baru pemasangan pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai. Kerosakan seperti kabel terkoyak (sedikit), benda asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar baru pemasangan pendawaian itu. Kabel yang terkoyak boleh diatasi dengan dibalut tempat yang koyak tersebut dengan pita PVC, andainya bahagian yang koyak itu sedikit iaitu memadai dengan dibalut sahaja. Benda asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam yang menjadi punca kerosakan juga boleh diatasi dengan membersihkan penyebab-penyebab tersebut. Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair (disebabkan oleh kebakaran atau arus lampau tinggi melaluinya) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh diatasi dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 22 JKE Terokai Teknologi Hijau Dalam Penghasilan Papan Litar Bercetak Saifful Bahari Bin Omar Teknologi hijau merujuk kepada mana-mana teknologi, inovasi atau amalan yang direka bentuk untuk memberi kesan positif kepada alam sekitar dan menggalakkan kemampanan. Matlamat utama teknologi hijau adalah untuk mengurangkan kesan negatif aktiviti manusia terhadap alam sekitar dan sumber semula jadi, di samping meminimumkan jejak karbon dan memupuk keseimbangan ekologi. Antara sektor dan aplikasi yang dikaitkan dengan teknologi hijau seperti: Pengurusan Sisa: Teknologi untuk proses kitar semula, pengkomposan dan sisa kepada tenaga yang mengurangkan kesan alam sekitar daripada pelupusan sisa dan menggalakkan ekonomi pekeliling. Pemuliharaan Air: Teknologi yang membolehkan penggunaan air yang cekap, kitar semula air dan penyahgaraman untuk menangani kekurangan air dan memelihara sumber air tawar. Kimia Hijau: Proses kimia dan produk mesra alam yang meminimumkan penggunaan bahan berbahaya.
23 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Pada 28 Julai 2023, seramai 8 orang pensyarah dan seorang penolong jurutera telah mengikuti bengkel penghasilan papan litar bercetak menggunakan mesin CNC. Ini merupakan usaha pertama Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Melaka dalam menerokai penggunaan teknologi terkini dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penghasilan PCB melalui penggunaan mesin CNC adalah bertujuan mengantikan kaedah konvensional yang sediada di dalam makmal. Mesin CNC (Computer Numerical Control) adalah sebuah mesin yang menggunakan komputer untuk mengawal gerakan dan operasi mesin. Mesin CNC digunakan dalam berbagai aplikasi pembuatan dan dapat memotong, mengukir, dan membentuk bahan seperti logam, plastik, kayu, dan lainnya. Prinsip kerja mesin CNC melibatkan penggunaan program komputer yang mengawal gerakan ketepatan dari alat pemotong atau peringkat lainnya. Program ini biasanya ditulis dalam bahasa G-kod, yang berisi serangkaian arahan yang menyusun pergerakan dan kedudukan komponen mesin CNC seperti kedudukan paksi alat pemotong, kelajuan serta kedalaman pemotongan. Kelebihan menggunakan mesin CNC berbanding dengan kaedah konvensional kerana adalah lebih selamat dan tidak menghasilkan sisa bahan kimia. Pengurusan bahan kimia termasuk sisa kimia memerlukan proses yang teliti dan ruang yang sesuai. Selain daripada itu, penjimatan kos pembelian bahan kimia dapat digunakan untuk tujuan aktiviti PdP yang lain. Usaha jabatan dalam menerapkan teknologi hijau secara tidak langsung membantu para pensyarah boleh menggabungkan topik alam sekitar dan prinsip kemampanan ke dalam kurikulum merentas pelbagai mata pelajaran. Ini boleh termasuk pengajaran tentang perubahan iklim, sistem ekologi, pemuliharaan dan dasar alam sekitar. Selain itu juga pelajar diterapkan dengan tanggungjawab kepada komuniti dalam inisiatif penghasilan projek dan inovasi hijau yang selaras dengan kehendak misi visi politeknik.
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 24 Secara umum, teknologi hijau memainkan peranan penting dalam menangani perubahan iklim dan mencapai matlamat kemampanan. Memandangkan teknologi terus berkembang, skop dan impak teknologi hijau turut turut berubah dan membawa kepada masa depan yang lebih mampan serta seimbang dari segi ekologi.
25 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Manusia Kopi Abdul Razak Shaari Kopi itu hitam, indah mata manusia Kopi itu pahit, enak lidah manusia Kopi itu wangi, harum hidung manusia Kopi itu panas, selera bibir manusia Kopi itu tagih, tenang jiwa manusia Kopi itu jenama, kasta sosial manusia Kopi itu teman, cinta hati manusia Ada… ada ketika… ada adakala Adakala kopi itu kelam, maka suramlah renung manusia Adakala kopi itu manis, maka sakitlah hirup manusia Adakala kopi itu busuk, maka peritlah hidup manusia Adakala kopi itu sejuk, maka putuslah selera manusia Adakala kopi itu biasa, maka jauhlah ekspetasi manusia Adakala kopi itu murah, maka rendahlah bongkak manusia Adakala kopi itu musuh, maka puncalah retak manusia Maka! Apa benar kopi itu paradoks bagi manusia? Atau… Apa benar sifat secangkir kopi itu sama seperti manusia? Nah! Barangkali Akalmu bijak mendalami Akalmu bijak berinterpretasi Akalmu bijak mengeksploitasi Semoga akalmu bisa mengakui Manusia itu adalah kopi.
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 26 A Touch on Light Autism Tok Chon Bee Autism Spectrum Disorder (ASD) is a complex and multifaceted neurodevelopmental condition that affects individuals in several way. Some of the individuals might experience more severe symptoms that can to a significant extent impact the individuals daily live. I am sharing the info from the seminar and hopefully to sheds light on the diversity of the mild autism. Light autism means individuals with ASD who have less challenges in communication, behaviour, and social interactions. However, it is not easy to identity those who are categorize as light autism, some of them not even realize that they are mild autism. It is equally important to avoid ignore the struggles that individuals with light autism might face. Normally, they experience unique difficulties in understanding social cues, emotions, and sensory processing. Individuals with light autism may exhibit a range of characteristics which may include firstly in terms of the social interaction. For example, the individual might have difficulty in understanding social cues, non-verbal communication, and forming good and meaningful relationships. Therefore, they might have trouble to communicate with their friends hence they will have less friends. They may prefer solitary activities and have difficulty navigating social situations.
27 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Secondly, they might have communication problem although they have functional language skills. They might still suffer with conversational nuances, symbolic expressions, and the ability to participate in mutual communication. Thirdly, in terms of routines and repetition. The individuals might find comfort in routines and repetitive behaviours without their knowledge. It is due to these routines can assist them manage anxiety and uncertainty. Other than that, sensory sensitivities frequently occur in individuals with light autism. Individuals with light autism might have specific sensitivities to sound, light, touch, and other sensory inputs. For example, the sound from the light music might have been amplified hundreds of times and the noise might be unacceptable for them, so that they are behave strangely in our view. Majority of the individual with light autism have intense and focused interests. Usually, they have particularly strong interests in particular subjects, with a tendency to excel in these domains. People with light autism often possess unique strengths such as attention to detail, logical thinking and honesty and directness. These domains can lead to excellence in certain tasks such as music, art, and mathematics. Apart from that, they might excel in innovative solutions due to their ability to focus on logical thinking. Although the individuals with light autism might face fewer challenges compare to those with ASD. Early intervention, therapies and tailored educational plans can improve the quality of their life. Aside from that, support and understanding from the family and society will contribute to better quality of their life. heir uality of l life
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 28 Personaliti Individu Introvert, Mereka Bukan Tidak Suka Bersosial Zaiful Hizam Hamidon Adakah anda mempunyai rakan yang agak pendiam, pemalu atau sebenarnya introvert? Atau anda sendiri merupakan seorang yang introvert? Mereka yang introvert ini sering disalah anggap sebagai mereka yang kurang bersosial, sombong atau tidak gemar bersama orang lain. Sebenarnya golongan ini tidak sama dengan ciri ciri orang introvert yang kita sangkakan. Ini ciri ciri introvert sebenar yang anda kena tahu. Ini maksud introvert Introvert ialah seseorang dengan jenis personaliti yang dikenali sebagai introversi, yang bermaksud bahawa mereka berasa lebih selesa memfokuskan kepada pemikiran dan idea dalaman mereka, berbanding apa yang berlaku secara luaran. Mereka gemar meluangkan masa dengan hanya satu atau dua orang sahaja, berbanding secara berkumpulan atau beramai-ramai. Apabila anda mendengar perkataan introvert, anda mungkin terfikir tentang seseorang yang pemalu atau pendiam dan lebih suka menyendiri. Walaupun ciri ciri orang introvert ini mungkin benar bagi sesetengah individu introvert, namun terdapat lebih banyak lagi jenis personaliti ini. Sama ada anda seorang introvert atau ekstrovert semuanya bergantung kepada cara anda mentafsirkan dunia di sekeliling anda.
29 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Berikut adalah antara ciri ciri introvert yang boleh berlaku kepada anda atau rakan-rakan di sekeliling anda. #1. Suka menyendiri Sebagai seorang introvert, masa yang baik adalah masa untuk menikmati hobi dan minat secara bersendirian. Aktiviti seperti membaca buku, berjalan-jalan atau menonton program televisyen kegemaran membantu anda berasa lebih segar dan bertenaga. Tetapi, ini tidak bermakna introvert mahu bersendirian sepanjang masa. Ramai golongan introvert suka menghabiskan masa dengan rakan-rakan dan berinteraksi dengan orang yang dikenali dalam situasi sosial. Akan tetapi, seorang introvert mungkin ingin kembali pergi ke tempat yang sunyi untuk berfikir, merenung dan mengecas kembali tubuh dan pemikiran mereka. #2. Mempunyai sekumpulan kecil rakan rapat Salah anggap umum tentang golongan introvert yang paling biasa ialah mereka tidak suka berada dengan orang lain. Walaupun introvert biasanya tidak suka bersosial, namun mereka gemar mempunyai sekumpulan kecil kawan atau rakan yang benar-benar rapat dengan mereka. Golongan introvert tidak mempunyai kumpulan sosial yang besar dengan individu yang hanya dikenali dalam waktu singkat. Mereka lebih gemar berada dalam perhubungan yang panjang dan lebih mendalam. #3. Ciri ciri introvert: Kesedaran diri yang lebih tinggi Jika anda rasa anda sangat mengetahui atau memahami diri, motivasi dan juga perasaan diri, anda mungkin seorang yang introvert. Introvert cenderung untuk memikirkan dan memeriksa sesuatu dalam fikiran mereka sendiri. Kesedaran diri dan pemahaman diri adalah penting bagi golongan introvert. Oleh sebab itu, mereka sering menumpukan banyak masa untuk mempelajari lebih lanjut tentang diri mereka sendiri. Jadi jangan pelik mengapa mereka lebih suka menyendiri. #4. Ciri ciri introvert: Gemar mempelajari sesuatu menerusi pemerhatian Introvert biasanya lebih suka belajar melalui pemerhatian. Walaupun ekstrovert gemar belajar melalui percubaan dan kesilapan, namun introvert lebih suka memerhati sebelum mencuba sesuatu yang baharu. Introvert suka melihat orang lain melakukan sesuatu secara berulang kali, sehingga mereka merasakan bahawa mereka boleh meniru tindakan itu sendiri. Apabila introvert belajar daripada pengalaman peribadi, mereka lebih suka berlatih di tempat privasi di mana mereka boleh membina kemahiran dan kebolehan mereka tanpa perlu melakukannya di hadapan orang lain.
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 30 #5. Orang lain agak sukar untuk mengenali anda Antara ciri ciri introvert lain ialah mereka sering digambarkan sebagai seorang yang pendiam, lembut, dan kadangkala disalah anggap sebagai pemalu. Walaupun sesetengah introvert sememangnya pemalu, namun kita tidak sepatutnya menganggap bahawa kesemua mereka adalah bersifat pemalu. Kebiasaannya, individu yang mempunyai personaliti seperti ini lebih suka memilih kata-kata mereka dengan berhati-hati dan tidak membuang masa atau tenaga untuk berbual-bual tentang perkara yang tidak perlu. Jika anda seorang yang pendiam dan agak pemalu, anda mungkin seorang yang introvert. Kesimpulan Walaupun kedengaran seperti kurang bersosial, tetapi personaliti introvert inilah yang menjadikan diri mereka unik dan lebih berhati-hati dalam setiap perkara berbanding mereka yang ekstrovert. Malah, mereka boleh dikatakan mempunyai kesedaran, wawasan dan persepsi yang lebih kuat dan mendalam berbanding ekstrovert.
31 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Info Tentang Diabetes / Kencing Manis Widyawati Binti Misiran @ Misran Apa Itu Diabetes Penyakit diabetes adalah satu masalah kesihatan kronik yang merosakkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa darah atau juga dikenali sebagai gula darah. Ia berlaku kerana sama ada tubuh kita tidak menghasilkan insulin yang cukup atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. Jenis Diabetes Terdapat 2 jenis diabetes yang sering dialami oleh manusia di seluruh dunia iaitu:. Diabetes mellitus jenis 1 yang juga dikenali sebagai insulin-dependent diabetes atau juvenile onset diabetes adalah sejenis kondisi autoimun. Antibodi akan menyerang pankreas dan akan merosak keupayaan organ ini untuk menghasilkan insulin. Individu yang menghidap diabetes jenis satu perlu mengambil suntikan insulin seumur hidup bagi membantu proses metabolisme glukosa tubuh. Diabetes mellitus jenis 1 sering dikaitkan dengan kanak-kanak dan remaja. Diabetes mellitus jenis 2 lebih ringan dari mellitus jenis 1 dan berpunca daripada pilihan gaya hidup. Obesiti boleh jadi punca rintang insulin yang berlaku akibat sel tidak bertindak balas dengan insulin. Ini bermakna insulin dihasilkan pankreas tidak cukup untuk meregulasikan glukosa dalam darah. Diabetes Gestasi berlaku pada wanita hamil yang mengalami rintang insulin. Disebabkan gula darah melalui plasenta kepada bayi, maka penting untuk ia dikawal untuk memastikan ibu serta bayi selamat dan sihat. Berbeza dengan diabetes jenis satu, penyakit jenis dua diabetes adalah mempunyai perkaitan di antara faktor genetik dan persekitaran. Oleh sebab persekitaran dan gaya hidup juga memainkan peranan, jenis 2 diabetes adalah lebih mudah untuk dibendung ataupun dirawat jika mengikut saranan yang betul. 1 2
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 32 Pencegahan Pencegahan prediabetes dan diabetes jenis dua: Prediabetes bukanlah satu keadaan penyakit tetapi ia adalah tanda amaran bahawa anda mungkin mempunyai diabetes jenis dua dalam waktu terdekat. Ia melibatkan tahap gula dalam darah yang tinggi, namun tidak cukup tinggi untuk dikategorikan sebagai diabetes jenis dua. Walaupun penghidap prediabetes berisiko mendapat diabetes jenis dua dalam tempoh 10 tahun akan datang, namun ia masih boleh dicegah. 1. Pilihlah makanan yang lebih sihat: Pilihlah makanan yang disediakan dengan cara yang lebih sihat seperti rebus, stim atau dibakar. Selain itu, berbincanglah dengan doktor ataupun pakar dietetik untuk mengetahui jenis makanan yang sesuai bagi anda. Berhati-hati dan hadkan pengambilan makanan luar kerana anda tidak tahu ramuan dan jumlah gula yang digunakan. 2. Usaha ke arah lebih aktif: Hidup yang lebih aktif berbeza bagi pesakit diabetes kerana mereka memerlukan jenis senaman yang sesuai bagi jenis diabetes dan paras gula darah. Senaman yang dilakukan secara konsisten boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit diabetes sekali gus mengurangkan rasa letih dan tekanan. Berbincanglah dengan doktor mengenai jenis senaman yang sesuai kerana bersenam tanpa pengawasan doktor akan menyebabkan keadaan pesakit lebih teruk seperti pengsan atau pitam. Jika anda mengalami luka semasa bersenam, jalani rawatan dengan segera sebelum ia bertambah teruk. 3. Kekalkan berat badan yang sesuai: Prediabetes dan jenis dua diabetes adalah sebahagiannya boleh dicegah dengan cara mengurangkan berat badan. Berundinglah dengan doktor untuk mengetahui berat badan yang ideal buat anda, dan berusaha untuk mengurangkannya dengan menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Kesimpulannya, bincangkan potensi risiko diabetes dengan doktor anda. Sekiranya anda berisiko, jangan takut untuk melakukan ujian gula darah dan ikuti nasihat doktor untuk menguruskan paras gula darah anda. Ingatlah, mencegah lebih baik daripada merawat.
33 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Siapa Berisiko Alami Diabetes Individu yang ada faktor risiko tertentu lebih berisiko dapat diabetes. Faktor risiko tersebut termasuk: 1. Sejarah keluarga 2. Berat badan 3. Kurang aktiviti fizikal 4. Tekanan darah tinggi 5. Sindrom polisistik ovari (PCOS) Apa Komplikasi Akibat Diabetes? Individu dengan diabetes juga berisiko alami komplikasi seperti berikut: 1. Penyakit jantung 2. Masalah penglihatan 3. Komplikasi buah pinggang 4. Strok 5. Kerosakan sistem saraf (neuropati) 6. Masalah pendengaran 7. Masalah berkaitan kaki (Peredaran darah ke kaki tidak lancar) Apa Tanda Dan Gejala Diabetes? Anda mungkin ada diabetes jika alami simptom di bawah: 1. Kerap rasa dahaga 2. Berat badan turun mendadak 3. Kerap kencing dan semut hurung air kencing 4. Kerap rasa lapar 5. Penglihatan kabur 6. Sering rasa penat 7. Sukar sembuh daripada sakit atau luka RUJUKAN: https://hellodoktor.com/kencing-manis/diabetes-adalah/#definisi
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 34 Mari Belajar Bahasa Jepun (Nihon Go) Latipah Yaacob Minna san, ogenki desuka….. Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Jom kita santai-santai. Pernyataan Masalah : Jika tidak diamalkan, pasti akan lupa terus. Rugi rasanya dah ada pengetahuan dan pengalaman dalam mempelajari Bahasa Jepun ini dilupakan. Kita mulakan dengan kata gantinama ; Saya - WATASHI Awak - ANATA Semua (Ramai) @ Kawan-Kawan - MINNA-SAN Penggunaan perkataan -san di belakang panggilan sesuatu nama. Contoh, Razak-san, Azura-san. Penggunaan perkataan ini adalah bagi panggilan biasa menggantikan Mr, Mrs, Madam dan sebagainya. Sekiranya sudah mesra, kita boleh memanggil dengan perkataan - chan (kebiasaannya untuk perempuan), manakala penggunaan perkataan -kun pula adalah untuk budak lelaki, contohnya Razak-kun, Azura-chan. Ok, sekarang mari kita belajar mengira ; 1 – ICHI 11 – JU-ICHI 2 – NI 12 – JU-NI dan seterusnya, hanya tambah Ju bagi setiap nombor asas. 3 – SAN 20 – NIJU 4 – SHI/YON 21 – NIJU-ICHI 5 – GO 100 - HYAKU 6 – ROKU 200 - NI HYAKU 7 – SHICHI/NANA 300 - SAN-BYAKU 8 – HACHI 600 - ROPPYAKU 9 – KU/KYU 800 - HAPPYAKU 10 – JU
35 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Apabila sudah pandai mengira, jom kita belajar tentang hari-hari dalam seminggu; Isnin – GETSUYOUBI (げつようび) Hari ini – KYO Selasa – KAYOUBI (かようび) Esok – ASHITA Rabu – SUIYOUBI (すいようび) Semalam – KINO Khamis – MOKUYOUBI (もくようび) Kelmarin – OTOTOI Jumaat – KINYOUBI (きんようび) Lusa – ASATTE Sabtu – DOYOUBI (どようび) Pagi ni – KESA Ahad – NICHIYOUBI (にちようび) Ptg ni – KONBAN Sekarang – IMA Saya sedang belajar bahasa jepun. Watashi-wa nihon-go o bengkyo shiteimasu. N : Lama tak jumpa. Ohisashiburi desu M : Ya, lama tak jumpa. Hai, ohisashiburi desune N : Awak sihat ? Anata wa genki desuka ? M : Sihat saja. Awak ? Genki desuyo. Anata wa ? N : Saya pun sihat. Watshi mo, genki desu. M : Awak dah sarapan ? Asa gohan, tabemashita ka ? N : Saya dah sarapan. Hai, tabemasu. Anatawa ? M : Saya juga dah sarapan. Watashi mo tabemashita. M : Cantik cuaca hari ini. Kyo wa ii tenki desu ne N : Ya, jom kita bersiar-siar. Hai, ja shanpo shimasu ka. Ok dah pandai mengirakan, nama hari-hari dalam seminggu pun dah tahu. Baiklah, supaya tak lupa, kena lah kita gunakan perkataan-perkataan tersebut. Saya ni pun ada yang dah lupa, sebab dah lama tinggalkan pengunaan bahasa ini. Kalau dulu, menulis menggunakan Nihon Go pun saya boleh. Tapi sayang sekarang dah banyak yang lupa. Nak ajar banyak dalam satu masa, tak cukup masa la pulak. Rasanya cukup ler setakat ini dulu, nanti dilain masa kita sambung lagi. Atau boleh je rujuk laman web mana-mana untuk belajar Nihon Go ni. Tulisan saya ni pun lebih kepada ulangkaji bagi saya untuk ingat kembali Nihon Go ni. Semoga kawan-kawan terhibur dan ada penambahan ilmu sedikit. Santai-santai je… Gambarimasu to tanoshikatta desu. Ja matta ne….
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 36 Everyone Can Fly Lian Ai Chen Checklist Of Belongings Everyone feels excited when go for traveling either inside the country or oversea. But when you forget to bring the important or necessary things, your mood for traveling is spoiled. Here are some tips and checklist of belonging which may help you prepare the plan early. 1. Prepare travel documents: Make sure traveller has all necessary travel documents (passport, ticket, visa, identification card, etc). The passport should be valid for more than six (6) months from the date of return. 2. Arrive early at the airport: Passengers need to arrive early at the airport. Different flight requires different period to do check in whether at the counter or self-check in. 3. Checklist of belongings Checklist 1: Travel Document Travel documents: Passport Credit card Visa (optional) Foreign and Local currency ID card Checklist 2: Things to bring. Things to bring Umbrella/ raincoat Snacks or instant mee (optional) Universal multi adaptor Neck pillow (for long flight) Sunglasses Digital luggage scale for traveler suitcase Laundry bag
37 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Checklist 3: Handphone accessories Handphone accessories: Handphone Handphone charger and cable Powerbank Checklist 4: Toiletries Toiletries: Toothpaste n toothbrush Shower cap Shampoo / Shower gel Face wash Moisturizer Lip balm / lip moisturizer Rozer SPF cream, lotion Checklist 5: Medication Medication: Supplements Dizzy or nausea pills Medicines (Headache, flu, etc) Ginger candies, ginger supplements (optional) Vitamin (especially Vitamin D) Checklist 6: Clothes Clothes: Tops Shorts/ Pants Thermal innerwear (for winter or cold weather) Light jacket / Sweaters Socks Scarf and glove (for winter or cold weather) Extra shoes (slippers, sandals etc) Disposal underwear (optional)
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 38 Checklist 7: Things FORBIDDEN to bring. Things FORBIDDEN to bring Containers over 100ml even if partially full Sharp objects Knife, scissors etc Firearms and weapons: Firearms, ammunition, explosives 4. Powerbanks should be carried in carry-on luggage, not checked-in luggage. Powerbanks should have a capacity of no more than 100 watt-hours or 20000 milliamp hours. 5. Electronic devices such as laptop, Ipad and etc should be kept in hand carry baggage. 6. Each passenger is allowed to bring one hand carry bag not exceed 7kg and each piece of checked bag cannot weight more than 32kg or 70lb for Business Class and 23kg or 50lb for Economy Class. (This may also differ with other airline company). Travelling can be one of life's greatest joys, and packing smart can make your journey even more enjoyable. So, pack your bags and get ready for your next adventure. Safe travels!
39 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Cara Jahit Butang Guna Mesin Jahit Mudah-Alih (Portable) Asiah Binti Menjahit butang sendiri menggunakan jahitan mesin memerlukan setting yang betul untuk mendapatkan hasil yang kemas. Selain itu, setting yang betul juga dapat mengelakkan jarum mesin patah atau butang rosak. Langkah Pertama: Kita perlukan tapak untuk jahit butang Langkah Kedua: Tombol ini adalah tombol untuk memilih jenis jahitan. Jadi, pilih setting yang sesuai iaitu ZIGZAG.
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 40 Langkah Ketiga: Tombol ini adalah tombol untuk jarak jahitan (LENGTH). Letak setting pada 0. Langkah Keempat: Setting yang terakhir ni perlu dilaraskan mengikut jarak 2 lubang butang. Langkah Kelima: Menjahit butang. Letakkan butang di bawah tapak lubang butang. Laraskan tombol ini sambil laraskan jarum pada dua lubang butang. Apabila jarum dah masuk tepat pada kedua-dua lubang butang dan tidak jatuh pada badan butang, bolehlah teruskan menjahit hingga siap. (Seperti dalam video)
41 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Travelog Pendakian Gunung Kinabalu Azaliza Binti Baharom Tanggal 8 Oktober 2022, aku berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu yang merupakan puncak tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4095 meter dari aras laut. Bersama-sama mendaki adalah anak bongsuku yang pada ketika itu berumur 13 tahun di samping tujuh orang rakan sebaya zaman persekolahan. Perjalanan bermula pada 7 Oktober 2023. Lebih kurang jam 6.30 pagi, usai sarapan di penginapanku iaitu Sutera Sanctuary Lodges yang terletak di daerah Ranau, kami terus ke pejabat Sabah Park untuk pengesahan masuk, menimbang dan membayar kos beg yang akan dibawa oleh pemandu gunung. Bayaran yang dikenakan ialah RM78.00 untuk beg aku berdua yang beratnya hanya 6kg sahaja. Pada jam 9.00 pagi, pendakianku bermula di Timpohon Gate. Pada awal pendakian iaitu dari kilometer 1.0 sehingga kilometer 4.0, trek pendakian tidaklah begitu ekstrim. Pergerakanku masih laju walau pun agak santai menikmati keindahan alam ciptaan Allah Yang Maha Esa. Namun begitu, kepenatan tetap dirasai kerana trek Kinabalu ini boleh dikatakan 90% adalah bertangga. Tidak banyak trek yang landai. Jika ada pendaki yang ingin mendaki Gunung Kinabalu, eloklah berlatih turun naik tangga 3 hingga 4 jam sehari. Cuaca di dalam hutan ketika ini memang agak sejuk, sekali sekala kabus bergerak laju menampar pipi dan ada ketika yang aku dibasahi hujan renyai-renyai. Cuaca yang tidak menentu ini memang telah dijangka memandangkan tarikh pendakianku jatuh pada hujung tahun yang terkenal dengan musim tengkujuh. Aku membawa dua helai baju hujan pakai buang yang ku beli di kedai RM2 sahaja. Semasa hujan renyai, aku menyarung baju hujan ini, tetapi bila hujan
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 42 reda, segera ku tanggalkan kerana walau pun cuaca sejuk, pergerakan mendaki gunung menyebabkan aku tetap berasa panas dan berpeluh. Terdapat kemudahan pondok dan tandas yang disediakan oleh pihak Sabah Park di setiap kilometer. Sumber air di sini adalah air gunung yang tidak dirawat, yang pasti suhunya sangat sejuk. Setiap pondok ini mempunyai nama yang tersendiri dan boleh memuatkan 10 – 15 orang dalam satu-satu masa. Dua pondok yang tidak boleh kulupakan adalah Layang-layang Hut dan Waras Hut. Layanglayang Hut terletak di kilometer 4.0 di mana aku menikmati makanan tengahariku. Kedudukan Layang-layang Hut terletak di tengahtengah trek pendakian pada ketinggian 2702 meter dari aras laut. Perubahan aras yang tinggi ini boleh menyebabkan pendaki merasai Accute Mountain Symptom (AMS) bermula dari pondok ini. Ruparupanya aku adalah salah seorang pendaki yang merasai AMS ini. Setiap langkahku diiringi dengan rasa mual dan loya yang tidak terhingga, namun langkahku masih diteruskan kerana berdasarkan pemerhatian pemandu gunungku, aku tiada masalah dari segi stamina. Setelah 2 kilometer aku mendaki dengan perasaan mual dan loya yang tidak bertepi, akhirnya kelihatan sebuah bangunan yang gah berwarna hijau tidak seperti pondok-pondok yang lain. Kusangka itulah Laban Rata Guess House, kecewa sekali kerana rupa-rupanya ia adalah Waras Hut yang menempatkan petugas perhutanan di samping kemudahan tandas dan anjung untuk bergambar berlatarbelakangkan hamparan awan. Aku bergambar di situ tetapi sendu sekali kerana melayan perasaan mabuk kepayang ku ini. Akhirnya, tepat jam 5.30 petang aku sampai di Panalaban. Laban Rata Guess House merupakan tempat persinggahan rehat sebelum pendakian ke puncak awal pagi nanti. Hidangan makan malam yang disediakan secara buffet dan panaspanas di kafeteria ini sesuai sungguh dengan suhu persekitarannya antara 2 hingga 3 darjah celcius. Makanan dan minuman di sini boleh di ambil terus kerana bayarannya telah termasuk di dalam pakej pendakian.
43 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Seawal 2.00 pagi pendakian menuju ke puncak bermula. Semua pendaki wajib sampai di Sayat-Sayat Hut yang terletak di kilometer 6.5 sebelum jam 5.00 pagi. Jarak Laban Rata ke Sayat-Sayat Hut adalah 2.75km sahaja tetapi pergerakan agak perlahan kerana bilangan pendaki ketika itu adalah sekitar 180 orang. Jika sampai selepas jam 5.00 pagi, kempunanlah harapan untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. Kepayahan mendaki ke puncak sangat terasa kerana terpaksa mengharung trek gelap berbatu di dalam kabus tebal dan suhu yang semakin sejuk. Tenaga yang cukup sangat perlu bagi memastikan aku kuat untuk berpaut pada tali dan kaki pula stabil di permukaan batu. Tepat jam 7.30 pagi, aku berjaya menjejakkan kaki di Puncak Low’s. Ruang puncak tertinggi adalah terhad, aku terpaksa bergilir-gilir untuk swafoto. Jika ada kesempatan, perjalanan turun akan kutulis di dalam entri buletin akan datang.