e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 44 Logic Probe LP-1, Apa Yang Perlu Saya Tahu? Ahmad Fariz bin Fauzi, Ts. Hj Mohd Nordin bin Mohd Jani Soalan: Apakah Logic Probe LP-1? Jawapan: Alat pengesan yang digunakan untuk menganalisa keadaan logik 1 (high) / 0 (low) dan denyutan elektronik bagi isyarat digital dalam sesuatu litar elektronik. Soalan: Boleh terangkan tentang Logic Probe LP-1? Jawapan: Logic Probe LP-1 dihasilkan dalam bentuk yang mudah dipegang dengan sebelah tangan. Perincian seperti Gambar 1: Binaan Logic Probe LP-1. Gambar 1 : Binaan Logic Probe LP-1 Oleh kerana alat ini tidak mempunyai bateri sendiri, maka ia perlu disambungkan dengan menggunakan terminal sambungan berbentuk klip buaya kepada bekalan voltan litar elektronik yang hendak diuji. Hanya sambungan dengan bekalan voltan AT sahaja dibenarkan dengan perincian seperti Rajah 1: Bekalan voltan AT yang dibenarkan.
45 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 BEKALAN VOLTAN YANG DIBENARKAN Minimum 5V, arus sehingga 30mA 15V, arus sehingga 40mA Maksimum 30V dengan syarat adanya mempunyai perlindungan arus balikan Rajah 1: Bekalan voltan AT yang dibenarkan Probe penguji pula akan disentuhkan pada mana-mana bahagian komponen yang hendak diuji. Namun perlu diingat supaya kedudukan probe penguji adalah dalam keadaan tegak bagi mengurangkan risiko litar pintas seperti Gambar 2: kedudukan probe penguji. a) kedudukan betul b) kedudukan tidak betul Gambar 2 : Kedudukan probe penguji Suis TTL (Transistor Transistor Logic) / CMOS (Complementary Metallic Oxide Semiconductor) ditetapkan mengikut jenis komponen yang hendak diuji. DTL (Dual Transistor Logic) dan HTL (High Threshold Logic) termasuk dalam tetapan TTL. Kadar voltan bagi Logic Probe LP-1 ialah seperti Rajah 2: Perincian suis pilihan TTL/CMOS Pilihan suis Kedudukan Suis Kadar bekalan voltan Nilai voltan bagi logik 1 dan 0 TTL & DTL HTL 0 – 5V 0 = 0.8V 1 = 2.25V 15V 0 < 6.5V 1 > 8.5V CMOS Vcc 0 = 1/3 nilai Vcc 1 = 2/3 nilai Vcc Rajah 2: Perincian suis pilihan TTL/CMOS Suis Memory/Pulse digunakan untuk menunjukkan keadaan denyutan elektronik bagi sesuatu isyarat digital. Perincian adalah seperti Rajah 3: Suis Memory/Pulse.
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 46 Suis pada kedudukan Pulse Suis pada kedudukan Memory Apabila tempoh masa perubahan denyutan elektronik normal dan jika ingin mengesan keadaan logik semasa Apabila tempoh masa perubahan denyutan elektronik terlalu cepat sehingga agak sukar untuk merekodkan keadaan logik semasa Rajah 3: Suis Memory / Pulse Indikator LED menunjukkan keadaan denyutan dan bentuk isyarat digital bagi komponen yang diuji. Perincian indikator dapat dilihat berdasarkan Rajah 4: Keadaan indikator LED. Keadaan LED Penjelasan Bekalan voltan Bentuk Isyarat Sambungan putus Keadaan litar terbuka Tiada Logik = 0 Tiada denyutan elektronik Ada Logik = 1 Tiada denyutan elektronik Ada ● Logik = 0 ● Ada denyutan elektronik: menaik dalam keadaan duty cycle kurang 15% atau menurun dalam keadaan duty cycle kurang 85% Ada ● Logik = 1 ● Ada denyutan elektronik: menaik dalam keadaan duty cycle > 15% atau Ada
47 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 menurun dalam keadaan duty cycle > 85% Probe penguji mengesan frekuensi tinggi >100kHz sehingga LED High dan Low kelihatan seperti tidak menyala Ada Probe penguji mengesan frekuensi < 100kHz dengan duty cycle bersamaan 50% Ada Rajah 4: Keadaan indikator LED
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 48 Tips Mudah Kenalpasti Soket Alir Keluar Di Rumah Anda Ahmad Fariz bin Fauzi Pengenalan Soket alir keluar merupakan aksesori terpenting yang wajib ada dalam rumah kediaman. Daripada aktiviti membasuh pakaian sehinggalah mengecas bateri, semuanya menggunakan soket alir keluar. Jom kenali soket alir keluar rumah anda Biasanya ada dua jenis soket alir keluar di rumah kediaman. Pertamanya ialah soket alir keluar 13A seperti Gambar 1: Bahagian soket alir keluar 13A. Gambar 1: Bahagian soket alir keluar 13A. L ialah lubang kabel hidup, N ialah lubang kabel neutral dan E ialah lubang kabel pelindungan. Soket ini digunakan untuk menyambungkan palam peralatan biasa seperti mesin basuh, televisyen dan komputer. Kedudukan soket jenis ini mudah dicapai pengguna. Soket alir keluar 15A pula merupakan jenis yang kedua sering dipasang di rumah kediaman. Binaan soket ini boleh dilihat berdasarkan Gambar 2: Bahagian alir keluar 15A. Gambar 2: Bahagian alir keluar 15A. Soket ini digunakan untuk menyambungkan palam penghawa dingin dan pemanas air di bilik mandi. Kedudukan soket jenis ini mesti lebih tinggi daripada paras capaian tangan.
49 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 Cara menyambungkan palam pada soket alir keluar Untuk menyambungkan palam tiga pin sangat mudah. Kebiasannya ramai yang melakukan kesalahan semasa menyambungkan palam dua pin pada soket alir keluar. Cara paling selamat adalah seperti Gambar 3: Cara selamat . Gambar 3: Cara selamat Tips kenali masalah dan punca berkaitan soket alir keluar Sekiranya kita menghadapi masalah berkaitan soket alir keluar, terdapat pelbagai punca yang meyebabkan masalah tersebut. Antara masalah dan punca adalah seperti Jadual 1 hingga 2. Jadual 1 : Masalah utama soket alir keluar NO MASALAH PUNCA 1 OFF tapi MCB trip, RCD trip • Masalah Pendawaian 2 ON sahaja, MCB trip • Litar pintas L dengan N 3 ON sahaja, RCD trip • Litar pintas L dengan E 4 Tidak boleh ON dan OFF (tersekat) • Binaan soket rosak • Serangga buat sarang 5 Apabila ON / OFF, keluar spark (cahaya) • Sesentuh tidak sentuh dengan baik 6 Lampu test pen menyala pada N • Salah sambungan pendawaian • Sambungan kabel N putus (jika pendawaian sedia ada) 7 Lampu test pen menyala pada E • Salah sambungan pendawaian 8 Lampu test pen tidak menyala pada L • Soket OFF
e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3 | 50 9 ON, tapi lampu test pen tidak menyala pada L • Salah sambungan pendawaian • Test pen rosak • Kabel tanggal 10 L terbakar • Sambungan kabel L pada palam longgar • Palam longgar 11 N terbakar • Beban lebih 12 Ada bunyi dalam soket alir keluar • Kabel longgar • Ada serangga buat sarang Jadual 2 : Masalah yang berlaku semasa soket alir keluar bersambung dengan palam NO MASALAH PUNCA 1 Apabila ON / OFF, keluar spark (cahaya) • Suis pada peralatan dalam keadaan ON 2 ON tetapi peralatan elektrik tidak berfungsi • Bekalan elektrik tiada • Peralatan elektrik rosak • Masalah fius palam / plug top • Kabel tertanggal 3 ON kemudian MCB trip (ambil masa untuk trip) • Beban lebih 4 ON sahaja, MCB trip serta merta • Litar pintas pada palam dan/atau peralatan (L dengan N) 5 ON sahaja, RCD trip serta merta • Litar pintas pada palam dan/atau peralatan (L dengan E) (L dengan badan peralatan logam)
1 | e - B u l e t i n J a b a t a n K e j u r u t e r a a n E l e k t r i k 2 0 2 3