The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqilah.mohdzaiddy, 2022-06-21 04:20:40

HANYA JIKA MANA KAMU PERLU AKU

HANYA JIKA MANA KAMU PERLU AKU

SenDiri

Mengapa dalam banyak cerikerama,aku memilih untuk mulakan dengan ‘aku’?.
bagi aku tiada guna sebuah buku jika dimulakan dengan kamu yang hanya memberi sehelai
kertas dalam naskhahku.
dengan bermulanya kisah ‘aku’ maka bermulalah erti hidupnya aku.
hidup yang bukan hanya di atas bumi,bahkan lahir di dalam dunia fantasi yang dipanggil
ilusi.

1 | hanyajikamanakamuperluaku

Fahami

Terkadang kita lupa bahawa alam juga memahami keadaan kita.
Dijadikan siang untuk bergembira walau hanya dengan topeng semata.
Dijadikan malam untuk diluah rasa di dalam gelapnya suasana.
Apa masih kita ingin kata kesendirian sedangkan masih ada yang setia menemani kesunyian?

2 | hanyajikamanakamuperluaku

Hanyut

Sampai satu masa,rasa untuk bercintaku sudah hanyut dibawa arus
Yang mana arus itu juga tak mampu membawa kembali rasa dan perasaan yang sama.
Suka pada sesiapa itu masih ada
Tapi untuk mempercayai seseorang untuk menghadapi liku bersama
Membuat ku berfikir sejenak,apakah selama ini aku hanya candaan bagimu?
Begitu banyak sekali dipermainkan sehingga di penghujung hubungan rasa tidak dihargai
datang tak semena mena.
Dan aku juga lali dengan manusia yang akhirnya meninggalkan aku kerana tidak mahu
berlawan dengan pemikiran aku yang sudah tidak jernih.
Pada akhirnya,aku mengerti kemana hilangnya rasa ‘cinta’ku?
Dari kamu yang dahulu bertopengkan manis dengan kata katamu.

3 | hanyajikamanakamuperluaku

Luahan

Bagi manusia seperti ku,cara untuk ku meluah hanyalah dengan segala isi suratan hatiku
kepada hasil penulisanku
Tidak ada yang istimewa dalam diriku
Yang hanya ku tahu adalah,jika kamu sudah menjadi sebahagian aku,maka separuh coretan
tulisanku,tertulis untukmu.
Ada yang menafikan dengan berkata bahwa dengan kata hanya membawa kepada dusta
Tindakan itu yang menjadi tunggak dalam setiap kata.
Ingat,tak terbina sebuah bangunan jika ketua hanya menyuruh pekerjanya hanya dengan
meniru apa yang dilakukan tanpa ada apa penerangan.
Sifat manusia itu menghukumi,tetapi hampir separuhnya salah mengadili.

4 | hanyajikamanakamuperluaku

Takut

Seperti apakah perkara yang ditakutkan manusia?
Apakah benar jika aku katakan ‘rasa ditinggalkan malah dilupakan’?
Manusia itu terlahir dengan segala bentuk cinta
Cinta yang dilupakan membawa keperitan dan kesedihan
Apa tidak begitu wahai kawan?
Lupa ialah satu perkataan yang sering menjadi luka dalam hati
Melupakan,dilupakan.terlupa
Apa boleh kita hapuskan kata jahat ini?
Aku terlalu sakit untuk mendengar dan menghadapinya lagi

5 | hanyajikamanakamuperluaku

Worth it

Mengapa kamu bersedih sehingga berlarutan malah berhari hari,kawanku?
Sehingga malammu juga sudah menjadi kebiasaanmu untuk menangis.
Aku tahu terkadang hidup ini bukan seperti kita rancang
Rasa sakit yang akhirnya membawa kita ke alam yang kita tidak mahu bangun untuk melihat
sinar
tetapi
dalam sehari hari hidupmu,ada manusia yang memerlukanmu.
Ada tanggungjawab yang perlu dipikul dalam hidupmu.
sudah kita tahu bahwa hidupnya kita bukan hanya bersandiwara lagikan pula dalam dunia
penuh penipu.
Hidupmu tidak worth it untuk terus menangisi kelelahan dan kesedihan,ya?
Aku sendiri percaya bahawa di sekitarmu pasti ada yang sebisa mungkin menyayangimu
malah mempedulikanmu.
Jika tidak ingin percaya sekalipun,kerana sudah lali
Ingatlah bahawa sememangnya,kita hidup bertuhan
Dia tahu segala yang sakit dalam hati kecilmu.

6 | hanyajikamanakamuperluaku

Si pembaca

Untuk kamu yang sedang membaca
Ya.kamulah tu
Sedang apa yang kamu buat atau jenis apa kerja yang kamu lakukan
Satu hal yang sering manusia sering lupa untuk katakan selama bertahan hidup ialah ‘aku
bangga padamu’
Ungkapan ini membawa erti besar,jika aku tidak salah?
Seperti apa yang kita lakukan sekarang hanya memadai dengan adanya manusia yang bangga
dengan hasil kerja keras hidup kita
Apa tidak sulit itukah hidupmu?
Apa hanya senang di dekatmu?
Jika hanya kamu butuhkan ini untuk sehari harimu
Aku ingin katakan bahwa
Aku sungguh bangga padamu
Aku akan menjadi tulisan yang akan menyemangatimu
Hwating,ya!!

7 | hanyajikamanakamuperluaku

Ajaib

Tak ku sangka jalan ceritaku sebegini rupa
Awalnya mahu jadi ini,malah yang terjadi hanyalah itu.
Itulah aturan hidup kita,wahai sahabat
Di mana dan apa sudah diatur sejak azali
Hanya kita sering alpa
Terus menerus bersikeras bahawa segala yang berlaku atas kerja keras hidupmu
Apakah kamu lupa jalan kehidupanmu sudah terbentang luas dengan keindahannya
Hanya saja kamu yang dibutakan dengan kesempurnaan dunia
Segalanya pasti terasa tidak kena
Percaya atau tidak kamu pasti terasa

8 | hanyajikamanakamuperluaku

Dia

Apa kamu tidak lelah duduk di tempat yang sama
Melakukan kerja yang sama,malah rutin yang sama.
Pemikiran yang kian hari serabut dek kerja
Aku tau pasti ada kala kamu penat dengan segala yang terjadi
Kian muak dengan situasi yang akhirnya masih sama lagi.
Aku ada satu tips untuk kamu lupakan perkara yang sedang kau serabutkan.
Mahu tahu?
Pergilah berjalan menuju rahmatNYA
Keluarlah melihat keindahan ciptaanNYA
Rasakanlah betapa banyak nikmat DIA berikan hanya kepada kita yang masih bersikap sama
iaitu keras kepala
Sedikit sebanyak dengan mengamati udara segar,jiwa jiwa positif akan tersalur kepadamu
Tidak percaya?
Bangun dari kedudukanmu dan hiruplah udara segar di luar

9 | hanyajikamanakamuperluaku

Manusia

Dek kerana kamu wahai manusia
Aku jadi trauma untuk berjalan sendiri
Kesan peninggalanmu dilengkapi pusaka
Yang dimana harus kujaga sehingga kutemu pewaris baru.
Dasar pusaka berhantu

10 | hanyajikamanakamuperluaku

Kaktus

Kamu akan baik saja.
Kamu sedang takut bukan?
Kamu sedang risau bukan?
Jawapanku hanyalah
Kamu pasti akan baik saja
Selagi kamu percaya.
Jangan pernah menyalahi dirimu,
Aku tau kamu selembut bunga
Jika dipijak,habis rosak.
Maka jadilah kaktus.
Sekali terpijak terus melalak.

11 | hanyajikamanakamuperluaku

First time

Saat pertama kali
Aku sudah melihatmu terlalu bersinar diantara semua bintang.
Kelihatannya cahayamu tak setandingku.
Sejak itu,aku tidak pernah terfikir cahayamu akan menyinariku.
Tetapi
Sebaliknya terjadi,rancanganku di luar kendali.
Kita seperti berkongsi apa itu mimpi.
Satu masa aku menjadi takut apa tanggapanmu padaku.
Apa aku terlalu terbiasa senang di dekatmu?
Aku juga sudah terlanjur selesa di sekitarmu.
Rasaku juga seperti penuh teka teki.
Apa teka teki ini akhirnya akan kutemu jawapan keluar?

12 | hanyajikamanakamuperluaku

Aneh

Orang sekitarku kata
Jika lelaki itu sudah membuatmu tersenyum
Terus diblokir orangnya
HAHA aku sudah tahu seperti apa ertinya
Dan mana tidak jika ku katakan aku tidak pernah merasa apa itu suka.
Anehnya,
Semakin makin mahu menjauh,terasa seperti hilang sesuatu
Jika mahu kata hilang seperti terlalu mengada,okey kita tukar.
Terasa seperti aku tercari cari sesuatu.
Apa itu normal bagiku?
Penyelesaian yang boleh aku simpulkan
Beralunlah seperti laut,sampai ombak memberhentikanku di sebuah pantai.
Jika tak ditemukan pantai,seperti itulah nampaknya perasaanku yang hanya beralun tiada hala
tuju.
Selamat mendarat wahai hati!

13 | hanyajikamanakamuperluaku

Langkah

Saat kamu mengambil langkah untuk meninggalkanku
Seribu langkah kuambil untuk melupakan perasaan terhadapmu.
Aku bukan seperti perempuan yang akan tangisi permergianmu
Sekali pun tidak
Kerana aku tahu
Jika kamu benar butuh aku
Sebuah perjalanan dalam menjauhi tidak akan terjadi.
Mana mungkin putar kembali.

14 | hanyajikamanakamuperluaku

Buta

Cinta itu buta?
hmm
Cuba dalami kembali frasa itu
Apa cinta yang buta atau kamu yang pura untuk tidak melihat?
Cinta itu asalnya suci
Misalnya manusia yang pergunakannya dengan cara ‘membutakan’
Lalu segala kecacatan yang ada kau tidak pedulikan.
Kenapa aku menolak untuk mengatakan cinta itu buta?
Bagi aku sekali kau cinta,kau tidak akan buta malah lagi bersinar pengcahayaan penglihatan.
Tapi tidak lama jika matamu dihiasi dengan kerak mata yang akhirnya ‘dibutakan’.
Terbuta.

15 | hanyajikamanakamuperluaku

Waktu

Sampai masa hujan juga tahu untuk berhenti menangisi
Matahari juga berhenti untuk menyinari
Dan adakala pelangi muncul untuk kesekian kali
Aku nak katakan bahawa
Segala apa yang kau rasakan tidak kekal terlalu lama
Tetapi diganti dengan perkara berbeza
Mungkin lebih baik dan selalu ada

16 | hanyajikamanakamuperluaku

perfect

Menjadi sempurna terlalu membuat manusia taksub
Sehingga segala keindahan dia tutup
Hanya untuk mencari adakah aku sudah cukup.
Barangkali mereka takut untuk disisihkan
Bergantung hanya dengan sempurna
Dapat menyelamatkan diri daripada dihina.
Perbaiki hatimu,ya?
Sempurna itu hanya milik Dia.
Cukup sekadar sudah baiki diri,
Sudah jadikanmu manusia terbahagia di dunia.
Tak perlu terlalu sungkan, untuk perkara yang aku tahu
Kamu akan baik sahaja.

17 | hanyajikamanakamuperluaku

Soalan

Mengapa?
Bagaimana?
Apa?
Kemana?
Siapa?
Bila mana?
Apa kamu tidak lelah dengan frasa ini selama kamu predikkan di kehidupanmu?
Melihat dan ungkapkannya saja sudah memenatkan
Sungguh ku percaya hanya dengan pertanyaan ini membuatmu penuh dengan sangkaan.
Bagaimana jika begini?jika begitu?
Aku dapat lihat semakin besar otakmu hanya tunggu untuk meletus.
Tambahan dengan bahumu yang kendur kerana terlalu berat menahan pikul.
Kamu perlu tahu yang
Kerjamu didunia hanyalah berjuang
Soal hasilnya ada yang lebih layak mengatur.
Apa kamu lebih tahu perihal esok?
Berusahalah hari ini supaya besok tidak perlu kau tangisi.
Just like they said,
What you do today is what you will become for.
Mengerti?

18 | hanyajikamanakamuperluaku

Gula

Manis.
Tanggapanku terhadapmu.
Apa kamu ini gula?haha
Sungguh gila aku
Sehingga manusia ku tukar jadi sweet

19 | hanyajikamanakamuperluaku

Manusia bertopeng haiwan

Kamu tidak serik?
Sering memanggil dirimu ‘itik’?
Iya,itik.
Berasa sentiasa lemah dan lambat.
Katanya itik ini sifatnya sering berjalan terkedek.
Dasar lambat.
Apa aku harus menampar supaya kamu sedar?
Jangan bandingkan kamu yang cantik dengan haiwan itu.
Tidak lihatkah kamu,betapa bersinar sinaranmu?
Biarlah terlihat lambat,asal niatmu ikhlas.
Apa menjadi dirimu tidak cukup baik?
Jika begitu,jadi milikku saja,
Kau akan menjadi kucing bagiku.
Comel,meow.

20 | hanyajikamanakamuperluaku

Masa lalu

Sebahagian hidup manusia dipenuhi sejarah yang berbeza.
Ada yang terlihat menyebalkan dan membahagiakan.
History.
Tajuk paling membosankan untuk dibaca.
Tetapi kalau kisah hatimu,
Ceritakan padaku.
Akanku dengarkan dan telaah malah menjadi favourite subject ku.
A+ untukku hehe

21 | hanyajikamanakamuperluaku

Shy cat

Bagaimana mahu mengenalmu,
Jika dengan melihatmu saja sudah buatku tertunduk.
Malu.
Pergilah jauh.
Leherku penat menahan lenguh.

22 | hanyajikamanakamuperluaku

mencuri

Emosiku tidak stabil
Jangan cuba untuk hatiku kau ambil
Silap hari kamu yang aku culik.
Tiada patah balik.

23 | hanyajikamanakamuperluaku

welcome

Sama sama untuk terima kasih yang tak diungkap olehmu
Sama sama untuk kenangan yang kau buang melulu
Sama sama untuk kehadiran yang beri tiada erti padaku
Sama sama atas harapannya dulu selalu
Kini aku yang tertipu.
Terima kasih dan jangan datang lagi.

24 | hanyajikamanakamuperluaku

you

Saat kamu mulai membenci dirimu,
Atas apa yang berlaku,
tanyalah padamu kembali
siapa yang selama ini menjadi pertahanan dan temani dirimu saat sulit?
Iya,masih dirimu yang berada disitu.
Love yourself beri makna apa pada kamu?
Apa sungguh menyebalkan sehingga diletakkan benci pada sepasang roh yang sama?
Sekecewamu,jangan buat seperti itu ya?
Aku tau betapa sakit apabila seluruh dunia tidak seperti kamu harapkan malah berasa dibenci
semua.
Tapi adakah kamu mahu dihindari oleh diri sendiri?
Sampai bila pun,
Kamu hanyalah kamu dan dimana ada kamu masih itulah dirimu.
Senyumlah,kamu.

25 | hanyajikamanakamuperluaku

bertemu

Aku rasa titik pertemuan kita ialah pada bulan.
Kita sentiasa lihat cahaya malam yang sama,
Yang selalu orang katakan apa kamu tiada kerja hanya dengan mengamatinya?
Entah.seperti seseorang menarikku untus terus mengusya.
Rupanya ada yang melihat tetapi jauh dek nun sana.
Dan pada tempat yang berbeza.

26 | hanyajikamanakamuperluaku

terpukau

Perkataan maaf darimu seperti magis.
Aku pon rasa seperti pekerjaan paruh waktumu ialah witch.
Mana kamu sorokkan tongkat saktimu?
Biarku lihat.
Terlalu memukau sehingga seringku mengalah keranamu.
Dasar pemukau.

27 | hanyajikamanakamuperluaku

mianhae

Mempercayaimu ialah priotritiku.
Meletakkan salah padamu ialah pilihanku.
Jika pada akhirnya aku menemukan alasan untuk menjauh darimu,
Maafkan aku.
Aku perlu masa untuk menghilang.
Aku mungkin sudah rasa terluka keranamu.

28 | hanyajikamanakamuperluaku

ubat

Kamu tahu,
Satu satunya alasan aku bertahan ialah kerana perasaanku.
Perasaan yang terlalu sayang padamu.
Temukanlah aku seberapa banyak bukti kau menyakitiku,
Aku tidak mengambil hati.
Ada orang kata mungkin aku lali,
Tapi
Bagi aku,jika bukan keranamu,
Aku takkan rasa apa itu sakit lalu mengubati.
Apa mungkin sudah biasa atau terlalu cinta?

29 | hanyajikamanakamuperluaku

Just like a moon

Bulan cantik,bukan?
Yaa,seperti kamu.
Bulan juga hanya satu.
Seperti itulah kamu padaku.
Hanya kamu yang ku jumpa.
Tidak ada lain.
Dan sinarnya malah seperti bulan.
Sungguh cantik ciptaan Allah.
masyaAllah.

30 | hanyajikamanakamuperluaku

tanggapan

Kamu tahu,
Aku pernah dalam diam mengagumi.
Kira kira dalam waktu yang lama.
Cuma aku tidak berkata.
Lama lama aku sudah biasa dijadi kawan tanpa lawan.
Penghujungnya,aku hanya sekadar teman.

31 | hanyajikamanakamuperluaku

selesa

Jangan terlalu biasakan meng’comfort’
Sehingga si dia letak segala effort.
Padahal kamu hanya seperti itu semulajadinya.
A caring person.
HAHA what the funny human.
Suka suka datang padahal tidak diundang.
Baik pergi sebelum kamu hilang.

32 | hanyajikamanakamuperluaku

damai

Aku perhati,
Makin giat hati aku bekerja,
Seperti sedang berusaha menutupi segala luka yang ada.
Saat ditanya,
Wahai hati,apa kamu tidak rehat?
Hati jawab “dia yang salah tapi megapa kamu yang terlebih beria?”
“rasa sakit yang kau kirimkan terlalu membuatku bekerja lebih masa”
“Berdamailah denganku.”
“Cukuplah dengan ekspetasi besarmu”
Jangan kasihani aku.
Aku sedang menderita dan mulai biasa.
Jangan risau,aku baik baik saja.

33 | hanyajikamanakamuperluaku

easy

kamu tahu,
hidup ini sejumlah kawanan pertanyaan.
tak lekang dek soalan.
dan selalu terburu mencari jawapan.
apa kisah hidupmu seperti matematikan?
dengan sekelip mata persoalan dapat diselesaikan.
tidak.
hidupmu dan hidupku dibawah takuk yang sama,
penuh teka teki.
untuk apa kamu prasangka bukan bukan jika hanya apa yang kamu tahu ialah sekadar
batasan.
Kerja kita hanya memperjuangkan.
Apa yang akan jadi biar Dia yang aturkan.
Mudah,bukan?

34 | hanyajikamanakamuperluaku

barangkali

Hanya saja jika aku tahu kebersamaan bersamamu malah melukakanku,
Akan aku ambil langkah untuk tidak mengenalimu.
Kelihatannya cintaku sudah terlanjur.
Sepertinya juga aku sedang meratapi sakitku sendiri.
Kamu tidak tahu bukan yang aku sememangnya jaguh dalam menyembunyikan kecewaku?
Setidaknya aku sedar bahawa aku bukan satu satunya insan yang kamu mahukan.

35 | hanyajikamanakamuperluaku

bertahan

Semalam.
Aku juga tidak tahu jenis perasaan apakah yang aku rasakan.
Tetapi semalam yang menjadi teman tidurku ialah tangisan.
Apa itu kira aku baik baik saja?
Atau aku hanya menafikan kesedihan yang aku sorokkan?
Tak dapat aku menidakkan bahawa rasanya aku bukanlah sebuah pilihan dalam hidupmu.
Malah bertahan hanyalah cara aku melukai di sudut paling dalam.

36 | hanyajikamanakamuperluaku

past

Bahagianya semalam.
Lukanya harini.
Secepat itu bukan perginya keindahan?
Seingat aku,semalam malah aku tersenyum melihatmu.
Tetapi.
Kenapa hari ini aku malah mahu menangis melihat keberadaanmu?
Menjauh juga salah satu cara yang pasti aku lakukan.
Salah itu bukan padamu.
Jangan berulang ucapkan maaf padaku.
Hanya aku yang merasakan bahwa aku tidak pantas menjadi character dalam filem hidupmu.
Mungkin kesinggahanku tidak memberi erti padamu.
Kamu bisa bahagia,aku yakin.
Kerana aku yang mahu pergi.
Kamu pasti mahu melupakanku yang telah merobekmu.

37 | hanyajikamanakamuperluaku

Not-goodbye

Perlahan lahan rasa luka makin menjerat dalam hatiku.
Tidak sanggup untuk ku ceritakan pada si dia.
Katanya mungkin masalah itu hanya masalah remeh.
Tapi mengapa aku menjadi begitu terkesan?
Aku terlalu takut sehingga tidak mahu hanya menjadi sampingan.
Tidak mahu menjadi bebanan.
Dari kita mengenal hingga aku menjadi terlalu sedih dalam meninggalkanmu,
Biarkan aku berlabuh sebelum kapal seterusnya.
Kesakitan dalam ditinggalkanmu lebih memeritkanku dari meninggalkan.
Selamat tinggal,bintangku.
Terus bersinar,ya.

38 | hanyajikamanakamuperluaku

permulaan

Mulanya aku mahu menghindarmu.
Tapi beginilah ceritanya.
Tersungkur aku dibawah taklukan cintamu.
Awalnya aku masih takut.
Malah sekarang aku mulai percaya.
Bila aku sudah percaya,tolong jangan sia sia.
Aku mahu kau tiada yang dua dan setia.

39 | hanyajikamanakamuperluaku

weird

Bagaimana kamu menjadi sebahagian kisah perjalananku,
Aku juga aneh.
Pelik ya,sesorang yang hanya mahu melambai bas untuk menumpangnya,
Malah terus duduk tidak turun turun.
Katanya sudah selesa.
Aneh ini penumpang.
Dengan hati aku juga mahu dijadikan tempat rehat.
Setidaknya bayarlah duit tumpangan.
Pfft

40 | hanyajikamanakamuperluaku

simpan

Setidaknya kamu tahu apa itu erti kehilangan.
Jadi,kamu mungkin juga takut atas pemergianku,bukan?
Sesungguhnya aku telah jatuh pada satu insan.
Berharap dia akan cinta terus terusan.
Jangan sampai bosan.
Aku banyak kekurangan.

41 | hanyajikamanakamuperluaku

kegemaran

Kamu tahu.
Bagiku sahabat ialah favourite listku.
Asal dia tahu bahawa sayangnya aku,
Mungkin akan sentiasa ucapan maaf diterima.
Aku tidak pandai bertele soal perasaan.
Jika yang sakit itu datang darimu,aku juga akan sedih.
Cuma tidak lama.
Kerana sayangnya padamu melebihi rasa sakitku.
Jangan risau akan keadaanku,ya?
Aku sentiasa dan sentiasa dalam baik saja.
Cuma ia datang dan pergi.
Mungkin dengan cara ini aku dapat meluahkan perasaanku.
Aku sayang padamu.

42 | hanyajikamanakamuperluaku

sentiasa

Jujur aku tidak akan sentiasa berada bersamamu.
Seperti dulu dulu.
Kita juga malah dipisahkan tempat dan waktu.
Cuma,aku akan ada.
Seperti biasa.

43 | hanyajikamanakamuperluaku

hurt

Ketemu kamu saja itu magis
Pisah denganmu itu malah tragis.
Sungguh sadis.

44 | hanyajikamanakamuperluaku

selamat

Sedar tak sedar,
Kamu sudah sejauh ini,ya?
Ku mahu katakan,
Betapa tangguh sungguh kamu.
Sekecil kecil impianmu,
Malah terlahir membanggakan.
Selamat yaa.
Hidup kamu sudah teratur cantik.

45 | hanyajikamanakamuperluaku

Buku

‘don’t judge a book by its cover’
Ngerinya frasa ini.
Kenapa?
Iyalah,ternyata buku yang dibiar buruk malah dicampak dan tidak dibeli.
Lebih sadisnya manusia diperlukan sebegitu.
Mungkin lebih dibilang sekutu.
Banyaknya manusia itu menilai hasil luaran.
Aku tidak menafikan.
Cuma cuba untuk sedikitkan.
Mungkin dalamannya seseorang membuatmu dalam keselesaan.
‘jangan menilai jiwa seperti rupa’.

46 | hanyajikamanakamuperluaku

Terlebih cukup

Kamu itu sudah cukup untuk kamu.
Apa perlu yang lain untuk terus memenuhimu?
Sedang apa yang kamu lakukan,
Kamu hanya kamu.
Malah manusia tidak mengerti apa yang sedang kamu perjuangkan.
Bergembiralah.
Hidupmu tidak selama lamanya ada.

47 | hanyajikamanakamuperluaku

Cengeng

Hanya dengan sekecil kecil perkara,
Aku sudah menangis keranamu.
Kamu tidak membuat salah,
Aku juga tertanya kenapa aku pantas sedihnya,
Menangisnya,
Terasanya.
Mungkin kamu telah menjadi sesuatu yang besar bagiku.
Jangan terlalu buat terasanya aku.
Aku sejenis mudah mengalirkan air mata.

48 | hanyajikamanakamuperluaku

Berlepas

Mungkin aku belum cukup syarat untuk menjadi istimewa bagimu.
Iyakan?
Jika pemikiran aku 90% benar,
Cukup sekadar lepaskan aku ya?
Sejak awal aku sudah menganggapmu terakhir.
Jika mahu lepas,silakan.
Jangan buat aku berasa kehilangan untuk kesekian lama.

49 | hanyajikamanakamuperluaku


Click to View FlipBook Version