Persis apa
Bagaimana aku mampu untuk tidak merindui kamu?
Bagaimana mungkin untuk aku tidak menangisi kepergianmu.
Kamu terlalu istimewa dan bermakna dalam hidupku.
Jangan pergi ya?
Aku tidak tahu seperti apa aku tanpamu.
100 | hanyajikamanakamuperluaku
Noktah
Dan bagaimana bisa kamu melupakan aku?
Bagaimana juga untuk kamu tidak merindukan aku?
Usah bohong diri, aku sudah menjadi yang tertakluk bagimu.
Sekian.
101 | hanyajikamanakamuperluaku
Crazy
Noti dari kamu saja sudah buatku angau,
Apalagi kalau kamu sudah jadi milikku.
Boleh gila rasanya.
Gila cinta.
102 | hanyajikamanakamuperluaku
Nikmati saja
Saat kamu baca halaman ini,
Percayalah hati kamu yang tergerak untuk teruskan pembacaanmu.
Disini mahu aku ucapkan bahawa hidup kamu tidak sesukar yang disangka.
Mungkin air yang tenang perlu kita sangka tenang, supaya nanti kita mampu mandi dan
sebagainya.
Jika pada akhirnya air yang tenang kamu anggap adanya buaya, seperti apa kamu jika tidak
disiram air?
Terkadang yang terlihat baik baik saja ialah jalan hidupmu.
Tugasmu hanya menikmati setiap detik yang ada.
103 | hanyajikamanakamuperluaku
Risau
Kebingungan dan kerisauan kamu membuat aku terfikir.
Apa kamu tidak percaya pada takdir kamu?
Ya kalau kamu percaya sudah jangan terlalu runsing perkara yang sudah diatur.
Apa lagi si pengaturnya ialah tuhan kita.
Nikmat apa lagi yang kamu dustakan?
104 | hanyajikamanakamuperluaku
It’s okay
Satu perkara yang aku pasti,
Selama mana kesedihanmu bawa,
Pastinya akan baik baik saja.
Dan pasti kamu kan tetap baik baik saja.
Percaya ya?
105 | hanyajikamanakamuperluaku
Fall in love
Alasan aku mancintai kamu,
Tiada.
Cinta aku pada kamu sungguh alami.
Aku jatuh cinta.
Cintanya itu pada kamu.
Jadi, alasannya tiada.
Aku jatuh cinta pada kamu kerana kamu.
106 | hanyajikamanakamuperluaku
Percayanya aku
Awalnya sakit untuk cuba berjauhan denganmu dengan situasi kita.
Tapi satu perkara yang aku pasti bahwa kamu akan tetap denganku.
Dan aku percaya bahawa situasi sekarang akan berubah dengan penantian aku menunggumu.
Aku sangat percayakan kamu.
107 | hanyajikamanakamuperluaku
Terbatas
Tetap sihat ya?
Jaga diri ya?
Janji denganku kamu akan baik baik saja ya?
Sebatas ini yang kita mampu.
Moga dengan harapan kelak kita bersatu.
108 | hanyajikamanakamuperluaku
Yes or yes?
Kamu suka akan aku?
Kamu sayang akan aku?
Kam rindu akan aku?
Kamu cinta akan aku?
Ya atau ya?
Hehehehe.
109 | hanyajikamanakamuperluaku
Temu aku
Pegang pada kata kata aku ya wahai si buah hati.
Walau dimana kamu berada.
Walau jauh mana kita dipisahkan,
Walau selama mana pun,
Jika kamu berpegang dengan kataku, diakhirnya kamu akan temukan aku.
110 | hanyajikamanakamuperluaku
Sad-is
Berpisah sebentar denganmu saja buatku menangis tak keruan dan kemurungan ditemani
kesepian.
Apa lagi jika kita dipisahkan untuk masa yang lama.
Tegar kamu melihatku begitu?
111 | hanyajikamanakamuperluaku
My partner
Seberapa lama kamu akan ambil,
Aku tetap memilih kamu.
Sekiranya kamu lah yang aku pilih untuk pasangan sehidup semati aku,
Maka kamulah yang aku mahu hingga ke akhirnya.
112 | hanyajikamanakamuperluaku
Balutan cinta
Zahirkanlah seberapa banyak kelemahan dan kekurangan kamu,
Sekali kamu sudah menjadi pilihanku, selama lamanya kamu akan tetap.
Segala ketakutanmu, akan aku balut dengan kenyamanan kasih sayangku tergadapmu.
Jangan risau,aku sentiasa menemanimu.
113 | hanyajikamanakamuperluaku
Kamu mahu?
Jika rindu itu menyakitkan,
Mahukah kamu bercinta denganku?
114 | hanyajikamanakamuperluaku
Congrats
Apakah kamu sanggup bersakit sakitan hanya untuk memilikiku?
Jika ya,
Kamu sudah memiliki separuh dari jiwa abadiku.
Tahniah.
115 | hanyajikamanakamuperluaku
Destination
Kamu.
Takdir yang sering aku nantikan.
Kepastian yang ridak pernah aku ragukan.
116 | hanyajikamanakamuperluaku
Tuah
Bertemu denganmu itu sebuah anugerah
yang pasti tidak akan aku menyerah.
Pada Si kamu yang sudah buat aku semakin parah.
117 | hanyajikamanakamuperluaku
Far-away
Ada satu hal yang aku pasti,
Meninggalkanmu ialah perkara yang tidak berada dalam listku.
Malah jauh sekali untuk aku berbuat sedemikian.
Mungkin juga tiada dalam kamus hidupku.
Titik.
118 | hanyajikamanakamuperluaku
Beautiful
Menunggumu saja satu momen yang sangat indah,
Apatah lagi jika kita bersama.
119 | hanyajikamanakamuperluaku
Kita yang aku langitkan
Bersama untuk selamanya.
Itu pasti sebuah harapan yang selalu aku langitkan.
Dengan keyakinan yang ada.
Aku serahkan kamu padaNYA.
Moga moga yang aku langitkan,
Ialah takdir yang aku impikan.
120 | hanyajikamanakamuperluaku
First and last
Tak ku sangka.
Akhirnya aku bertemu dengan si pertama dan terakhirku.
Ya kamu.
121 | hanyajikamanakamuperluaku
Tuan punya hati
Padaku. Coretan ini sebuah keikhlasan yang tak terungkap.
mungkin bukan dari kata kata
tetapi dari kata kata hati.
Dari hati maka sampainya juga pasti ke hati.
Untuk kamu yang sudah menaruh hati,
Pasti kamu semakin jatuh hati
Pada si pemilik coretan hati ini.
122 | hanyajikamanakamuperluaku
Your presence
Ketiadaanmu di hari hariku.
Membenihkan kesunyian yang tidak berpenghujung.
Namun, rindu yang dikirim olehmu menemaniku secara tidak langsung.
123 | hanyajikamanakamuperluaku
Kamu berbeza
Tidak pernah ku jangka untuk bertemu seseorang sepertimu,
Dan mana mungkin manusia yang seakan akan dirimu.
Kamu itu berbeza.
Hangat orangnya.
Yang langsung buat aku jatuh cinta.
Malah makin suka,
Langsung bahagia.
124 | hanyajikamanakamuperluaku
Johan
Seperti apa pun diri kamu,
Kamu telah merebut gelaran cinta pertamaku.
Kamu digelar cinta pertamaku,
Dan
Semestinya menjadi cinta terakhirku.
Kamu yang sangat aku cintai,
Akan kucintai kamu hingga akhir.
125 | hanyajikamanakamuperluaku
My presence
Aku berharap,
Dengan kehadiranku, mampu memberi sinar dalam hidupmu.
Yang menerangi hari kelammu.
Yang menemani hari gelapmu.
Yang mengikuti setiap jejak langkahmu.
Malah memegang erat tanganmu di saat kamu memerlukan.
Dengan harapku, moga ada juga harapmu.
126 | hanyajikamanakamuperluaku
Kamu sudi?
Meski aku bukan yang pertama,
Aku berhasil untuk menjadi yang terakhir buat dirimu.
Yang akan menghabiskan sisa waktuku hanya bersama kamu.
Kamu tahu,
Yang pertama itu indah
Tetapi
Yang terakhir itu anugerah.
Sudikah kamu menerima anugerah ciptaan tuhan ini?
127 | hanyajikamanakamuperluaku
Hanya kerana
Kamu cinta aku kerana apa?
Tiada kerana.
Hanya cinta.
Dan terus mencinta.
Sehingga lanjut usia kita berdua.
128 | hanyajikamanakamuperluaku
Love
Jarak dan masa memisahkan kita,
Yang masih tetap setia itu ada.
Cinta.
129 | hanyajikamanakamuperluaku
Penunggu
Tulusnya aku mencintaimu,
Sehingga aku tidak sedar berjalannya waktu.
Hingga seberapa lama aku harus menunggu.
Kamu tetap aku tunggu.
130 | hanyajikamanakamuperluaku
Destiny
Seringkali aku mengingatkan kamu, bukan?
Yang segala yang terkait denganmu hanyalah hal hal yang sangat indah buatku.
Meskipun aku harus menunggu dan merindu,
Kamu tetap yang aku mahu.
Kerana aku pasti,
Kamu ialah takdirku yang satu.
131 | hanyajikamanakamuperluaku
Centre
Tetap percaya itu berharga.
Yang mana harganya harus dibeli dengan setia dan cinta.
Percayakan aku, ya?
Kamu sentiasa menjadi pusat kepercayaanku.
132 | hanyajikamanakamuperluaku
Tiada selain kamu
Berfikir untuk menemui manusia persismu itu tidak mungkin.
Malah ku rasa jauh sekali.
Kerana yang satu satunya kamu itu,
Sudah ku genggam erat tidak lepas.
133 | hanyajikamanakamuperluaku
Scary story
Melihat kamu tersenyum bahagia,
Kadang kadang membuat aku takut.
Bilamana jika bukan aku yang membuat kamu tersenyum segirang itu.
134 | hanyajikamanakamuperluaku
Risau
Kekhawatiranku segalanya tentang kamu.
Apa kamu sihat?
Apa kamu sudah makan?
Apa kamu buat pada waktu begini?
Apa kamu juga memikirkanku?
Sampai aku rasa seperti mahu meletus
Kerana terlalu banyak persoalan yang tidak dijawab oleh benakku.
yang akhirnya aku cuma boleh berharap agar kamu baik baik saja.
135 | hanyajikamanakamuperluaku
Are you ready?
Kamu terlalu menyerlah untuk sosok yang kelam sepertiku.
Tetapi kamu tetap ingin bersamaku.
Jadi, adakah kamu bersedia untuk menjadi bintang yang menemani hari hari gelapku?
136 | hanyajikamanakamuperluaku
Milik kita
Jika harus aku memberitahu seluruh dunia bahwa kamu itu milikku,
Mahu saja kuceritakan.
Tetapi kamu menghalangku.
Katanya biar dunia kita berdua saja yang tahu bahwa kamu itu milik aku dan aku itu milik
kamu.
Intinya nanti tiada yang cemburu pada kita,
Dan kita bergembira berdua.
Setekadmu itu juga sayangnya kamu kepada aku ya?
Sudahlah,
Semakin parah aku jatuh cinta jika begini.
137 | hanyajikamanakamuperluaku
Forever
Sehari hariku hampir keseluruhannya memikirkanmu.
Berbulan bulanku juga hanya merindukanmu.
Malah semestinya bertahun tahun juga aku sanggup menunggumu.
138 | hanyajikamanakamuperluaku
Setiap hari
Kisah ini bermula dengan kamu
Dan akhirnya kekal dan masih tetap bersama kamu.
Kamu yang sanggup membaca buku
Tentang coretan yang tidak pernah habis tentang kamu.
Terima kasih,
Kerana mengerti perasaanku yang terlalu merindukanmu.
Hanya dengan sedikit luahan ini dapat menyampaikan isi rinduku kepada kamu yang hampir
setiap hari aku tunggu.
139 | hanyajikamanakamuperluaku
Tujuan
Kamu tahu,
Setekad mana kamu merancang perjalanan hidupmu.
Jangan pernah lupa ada yang lebih tahu.
Dan kamu tahu,
Setiap kekhawatiranmu yang kau tidak mampu sembunyikan dariku tentang masa depan
kamu dan aku,
Aku masih tetap percaya pada takdir kita berdua.
Sejelas apa kesusahan yang akan menimpa,
Kamu masih tujuanku,
Dan percaya itu tetap pada kamu dan maha satu.
Jika mana kamu tetap khawatir,
Percaya saja, di waktu yang tepat kita pasti akan dipertemukan.
140 | hanyajikamanakamuperluaku
Do’aku
Jika kamu terlihat aku baik baik saja,
Aku tidak pernah begitu tanpamu.
Aku takut bila mana kamu mencemaskanku,
Hidupmu akan bertambah sulit.
Kamu terlalu aku cinta,
Sampai aku tidak mahu aku menjadi susahmu,
Walaupun aku tahu aku bukanlah bebanan bagi kamu.
Hiduplah bahagia sesuai kamu,
Aku akan sentiasa mendoakanmu.
141 | hanyajikamanakamuperluaku
Way
Cara terbaik untuk mencintai kamu
Ialah dengan mengenggammu erat dalam doa doaku.
Selagi kamu aku langitkan,
Selagi itu kamu akan tetap aku mahukan.
Sampai bila bila.
142 | hanyajikamanakamuperluaku
Don’t be sad
Bila mana rencanamu tidak sesuai dengan kehendakmu,
Jangan bersedih,ya?
Menangislah jika itu kamu mahu.
Tetapi jangan bersedih.
Kamu tahu kan, bila mana kamu pedih, aku juga akan menurutimu.
Jika aku sudah menjadi pasanganmu, pasti aku sudah menemanimu.
Untuk keadaan kita yang masih ada benteng,
Aku harap kamu tidak berduka cita.
Kerana aku pasti akan tahu perasaanmu
Walau kita jauh tempatnya.
143 | hanyajikamanakamuperluaku
Terhubung
Hanya jika mana kamu memikirkanku,
Doakan aku.
Hanya jika kamu mengkhawatirkanku,
Rindukan aku.
Hanya jika mana kamu sedih tanpa aku,
Tetaplah kamu tahu, aku juga bersedih tanpa kamu.
Kamu pasti tahu kan, rasa kita berdua terhubung tanpa kita sedar.
144 | hanyajikamanakamuperluaku
Fruit-heart
Ingat ya wahai si buah hatiku,
Kamu tetap kamu.
Kamu tetap menjadi pilihanku.
Dan kamu milikku.
145 | hanyajikamanakamuperluaku
Di mana mana
Di saat aku tiada dekatmu,
Percaya bahwa aku sentiada dekat denganmu melalui doa doaku.
Di saat aku tidak bersamamu,
Percayalah untuk bersama itu yang selalu aku langitkan dari dulu.
Di saat aku tidak menemanimu,
Percayalah bahwa jiwa dan hatiku kemana mana denganmu.
146 | hanyajikamanakamuperluaku
Kesan cinta
Sehingga kini,
Aku masih tersenyum pabila memikirkanmu.
Adakala aku sedih, adakala aku tertawa.
Kamu memberiku rasa tidak terduga.
Yang masakannya mungkin sampai bila bila.
Apa ini impak dari jatuh cinta?
147 | hanyajikamanakamuperluaku
You know
Kamu tahu seperti apa rasanya luka?
Kesan parut yang tidak pernah sembuh.
148 | hanyajikamanakamuperluaku
Fly
Pada saat ini,
Aku mahu kamu terbang tinggi.
Setinggi yang kamu langitkan.
Untuk kamu yang sedang bergelut antara kemahuan dan harapan.
149 | hanyajikamanakamuperluaku