The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anissyahirah0201, 2023-01-21 04:15:50

KIT MEDIA INSTRUKSIONAL

KIT MEDIA INSTRUKSIONAL

KIT MEDIA INSTRUKSIONAL BAHASA MELAYU TINGKATAN 1


Pendiidkan adalah suatu perkara yang amat penting untuk semua lapisan masyarakat. Pendidikan tidak mengira siapa pun walaypun seseorang itu tidak mempunyai fizikal yang sempurna. Pendidikan itu bermaksud pembelajaran, pengetahuan, keterampilan yang diberikanoleh seseorang kepada sekumpulan orang melalui pengajaran. Pendidikan boleh diberi secara formal atau tidak formal. Oleh itu, setiap orang mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan. Penciptaan kit media instruksional ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru- guru bahawa penggunaan kit media dalam pembelajaran adalah satu aspek penting dan mudah diguankan bagi meningkaatkan kefahaman murid terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Hal ini adalah selaras dengan objektif pertam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan , meningkatkan kualiti, merapatkan jurang pencapaian, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid serta mengoptimumkan ke kecekapan sistem. PENDAHULUAN


Memudahkan guru untuk mendapat gambaran penyesuaian objektif pembelajaran dengan aktiviti yang dilaksanakan Menerangkan cara-cara penggunaan kit media dengan jelas dan terperinci Mendedahkan guru dengan pelbagai jenis teknologi yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan OBJEKTIF


NAMA: NURUL SYAHIDA BINTI ZOLKEPELI NO.MATRIK: D20202096278 ASPEK/KEMAHIRAN: MEMBACA PPEENNUULLIISS


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU KSSM Tingkatan: 1 Amanah Masa: 9.30 pagi -10.30 pagi (1 jam) Tarikh: 6 Februari 2023 Hari: Isnin Tema: Amalan Gaya Hidup Sihat Tajuk: Makanan Penyumbang Utama Penyakit Kemahiran Bahasa: Aspek Kemahiran Membaca Standard Kandungan: 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan. Standard Pembelajaran: 2.3.1 Membaca untuk menyaring dan mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat. Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran, murid dapat: 1) Membaca dan menggariskan kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang dalm petikan teks menggunakan teknik “scanning”. (sampingan) 2) Mengemukakan empat daripada lima kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang terhadap kesihatan seseorang dalam bentuk peta minda berdasarkan petikan teks. (utama) Elemen Merentas Kurikulum: KBAT: Mengenal pasti Ilmu: Kesihatan tubuh badan Nilai: Sayangi tubuh badan Alat dan Bahan Bantu Mengajar: Paparan gambar, petikan teks, kertas mahjong, laptop, padlet dan LCD Pentaksiran: Soal jawab, kemahiran membaca, kemahiran memproses maklumat dalam petikan teks. Model Pengajaran Model Koperatif


Fasa dan Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Fasa 1: Memberitahu (10 minit) Soal Jawab: Soalan: -Apakah yang dapat kamu kongsikan berdasarkan gambar tersebut? Jangkaan jawapan murid: 1. Pengambilan makanan yang tidak khasiat boleh menyebabkan obesiti dan serangan jantung. 2. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menjejaskan kesihatan. Tayangan Video 1. Proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan paparan gambar berkaitan topik pengajaran pada hari tersebut. 2. Setiap murid perlu mengutarakan pendapat dan memberi respon mereka terhadap soalan yang dikemukakan oleh guru. 3. Sebaik sahaja murid berjaya menjawab, murid akan diberitahu tentang topik pembelajaran pada hari ini. 4. Seterusnya, murid diberi gambaran awal mengenai topik pada hari tersebut menggunakan tayangan video youtube. Ilmu: Kesihatan tubuh badan. Nilai: Sayangi tubuh badan Aktiviti PAK-21: Sumbang saran, soal jawab Pentaksiran: Soal jawab BBM: Laptop, LCD, paparan gambar Link Video: https://youtu.be/Sy BOiDGuQCw


Fasa 2: Transisi (15 minit) Jangkaan Objektif 1 tercapai: (Sampingan) 1. Membaca dan menggariskan kesan pengambilan makanan tidak seimbang dalam petikan teks menggunakan teknik “scanning”. Petikan Teks 1. Murid diberikan petikan teks berkaitan “Kesan Pengambilan Makanan Tidak Seimbang” . 2. Murid diberitahu oleh guru tentang teknik pembacaan cepat iaitu “scanning” bagi muridmurid mengeluarkan idea-idea yang terdapat dalam petikan teks. 3. Murid sudah sedia maklum berkenaan topik pada hari tersebut berdasarkan pengetahuan yang mereka dapat melalui tayangan video. 4. Secara berkumpulan, murid membuat pembacaan menggunakan teknik dan menggariskan kesan pengambilan makanan tidak seimbang dalam petikan teks. Ilmu: Kesihatan Nilai: Sayangi tubuh badan Aktiviti PAK-21: Sumbang saran Pentaksiran: Kemahiran membaca BBM: Laptop, LCD, petikan teks Fasa 3: Kerja Kumpulan (15 minit) Jangkaan Objektif 2 Tercapai: (Utama) 1. Setiap kumpulan perlu mengemukakan empat daripada lima kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang terhadap kesihatan Ilmu: Kesihatan tubuh badan Nilai: Sayangi tubuh badan KBAT: Mengenal pasti Aktiviti PAK-21: Sumbang saran


1.Mengemukakan empat daripada lima kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang terhadap kesihatan seseorang dalam bentuk peta minda berdasarkan petikan teks. Contoh Peta Minda: Jawapan: 1. Tubuh badan memperolehi gizi yang tidak seimbang. 2. Kekurangan nutrien malnutrisi menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi dan riket. 3. Menyebakan penyakit osteoporasis kerana kekurangan jisim tulang akibat pengambilan kalsium tidak mencukupi. 4. Menyebabkan kolestrol berlebihan seseorang dalam bentuk peta minda berdasarkan petikan teks. 2. Murid dibimbing oleh guru sewaktu pelaksanaan aktiviti kumpulan tersebut. Pentaksiran: Kemahiran memproses maklumat daripada bahan yang diberikan. BBM: Laptop, LCD, petikan teks, kertas mahjong


5. Pengambilan garam yang berlebihan pula akan menyebabkan ginjal gagal berfungsi Fasa 4: Penilaian (10 minit) -Nilai hasil kerja murid. 1. Pembentangkan hasil tugasan setiap kumpulan. 2. Hasil kerja setiap kumpulan dinilai dan setiap murid perlu mencatat dan memperbaiki hasil perbincangan kerja dalam kelas. 3. Hasil peta minda diletakkan dalam padlet yang dihasilkan oleh guru bagi menjadikan rujukan setiap murid. Ilmu: Kesihatan Tubuh Badan. Nilai: Sayangi tubuh badan KBAT: Menilai Aktiviti PAK-21: Sumbang saran, pembentangan BBM: Laptop, LCD, petikan teks, kertas mahjong, padlet Link Padlet: https://padlet. com/zolkepeli syahida/ 9590qraq47 kyaaqu


PENTAKSIRAN RUBRIK PENTAKSIRAN (PEMBENTANGAN) Ukuran Pencapaian (Kriteria) Cemerlang (4-5 markah) Sederhana (2-3 markah) Lemah (0-1 markah) Penguasaan Isi Kandungan Kefahaman yang menyeluruh serta mendalam tentang idea- idea utama pada tahap cemerlang. Kefahaman yang menyeluruh serta mendalam tentang idea- idea utama pada tahap yang memuaskan. Kefahaman tentang idea- idea utama pada tahap minimum. Kelancaran Kelancaran bahasa amat baik. Berkeyakinan tinggi dalam menyampaikan hujah. Kelancaran bahasa kurang baik. Keyakinan yang memuaskan dalam menyampaikan hujah. Kelancaran bahasa lemah. Tidak yakin dalam menyampaikan hujah Kreativiti Peta Minda Tiada kesilapan ejaan, ayat dan tanda baca. Mudah dibaca, kreatif dan menarik. Terdapat kesilapan ejaan, ayat dan tanda bahasa. Terlalu banyak informasi dan kurang kreatif. Terdapat terlalu banyak kesilapan ejaan, ayat dan tanda bahasa. Sukar untuk dibaca dan terlalu banyak informasi dan tidak kreatif.


BORANG PENTAKSIRAN PEMBENTANGAN BIL KUMPULAN SKOR PENTAKSIRAN CEMERLANG SEDERHANA LEMAH 1. KUMPULAN 1 / 2. KUMPULAN 2 / 3. KUMPULAN 3 / 4. KUMPULAN 4 / 5. KUMPULAN 5 /


LAMPIRAN VIDEO Pautan Video: https://youtu.be/Sy BOiDGuQCw APLIKASI CANVA Pautan Aplikasi Canva: https://www.canva.com/ education/


APLIKASI PADLET Pautan Padlet: https://padlet.com/zolkepelisyahida/9590qraq47kyaaqu


APLIKASI CANVA APLIKASI PADLET KIT MEDIA VIDEO


MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN KIT MEDIA TINDAKAN GURU Tayangan Video BIL PAPARAN SKRIN TINDAKAN 1 ➢ Guru perlu membuka aplikasi youtube di pelayar (Google). ➢ Guru boleh menggunakan aplikasi youtube walaupun guru tidak mendaftar masuk dalam aplikasi tersebut. 2 ➢ Seterusnya, guru hendaklah menaip tajuk video “Makanan Seimbang” di ruang carian dalam aplikasi youtube. ➢ Guru boleh menekan butang mencari atau lambing kanta pembesar di hujung ruang carian tersebut. 3 ➢ Guru boleh memilih video yang pertama kerana lebih sesuai dengan topik pembelajaran pada hari tersebut. 4 ➢ Guru menayangkan video ini bagi memberi gambaran awal mengenai topik pada hari tersebut.


Aplikasi Canva BIL PAPARAN SKRIN TINDAKAN GURU 1 ➢ Guru boleh melayari aplikasi Canva di pelayar Google. ➢ Pautan laman web tersebut ialah https://www.canva.com/ education/ ➢ Sebelum mencipta aktiviti dalam aplikasi ini, guru perlu mendaftar daftar bagi membolehkan guru menyimpab aktiviti yang dicipta. 2 ➢ Guru perlu mendaftar masuk menggunakan e-mel yang sah atau menggunakan akaun google yang telah berdaftar. ➢ Guru disarankan untuk mencipta aplikasi ini sebelum sesi bermula. 3 ➢ Seterusnya, guru menekan templets bagi mencari “templets mind map” yang terdapat dalam aplikasi tersebut. 4 ➢ Kemudian, guru memilih “design mind map” yang terdapat dalam aplikasi tersebut. 6 ➢ Guru menyunting peta minda tersebut menggunakan design, elements dan text yang terdapat dalam aplikasi Canva.


7 ➢ Setelah siap, guru menyimpan dan memuat turun dengan menekan “download” dalam “PNG” 8 ➢ Guru menggunakan peta minda yang telah dimuat turun ini sewaktu poses pdp dalam kelas.


Aplikasi Padlet BIL PAPARAN SKRIN TINDAKAN GURU 1 ➢ Guru boleh melayari aplikasi Padlet di pelayar Google. ➢ Pautan aplikasi tersebut ialah https://padlet.com/ auth/login ➢ Sebelum mencipta aktiviti dalam aplikasi ini, guru perlu mendaftar daftar bagi membolehkan guru menyimpab aktiviti yang dicipta. 2 ➢ Guru perlu mendaftar masuk menggunakan e-mel yang sah atau menggunakan akaun google yang telah berdaftar. ➢ Guru disarankan untuk mencipta aplikasi ini sebelum sesi bermula. 3 ➢ Guru memilih “shelf” bagi memudahkan setiap kumpulan melektakkan hasil tugaan mereka. 4 ➢ Guru meletakkan “Kesankesan pengambilan makanan tidak seimbang” pada “title”. ➢ Guru memilih “wallpaper candy” bagi menampakkan halaman tersebut ceria.


5 ➢ Guru memasukkaan setiap nama kumpulan di setiap “section” dalam ruangan tersebut. 6 ➢ Guru meletakkan contoh peta minda yang dihasilkan sebagai rujukan murid. ➢ Pautan padlet ini diberi selepas sesi pdp bagi membolehkan setiap kumpulan meletakkan hasil kerja mereka. ➢ Pautan padlet: https://padlet.com/ zolkepelisyahida/ 9590 qraq47kyaaqu


Tindakan Murid BIL PAPARAN SKRIN TINDAKAN MURID 1 ➢ Murid boleh melayari laman web aplikasi padlet di pelayar Google. 2 ➢ Murid boleh meletakkan pautan yang diberi oleh guru di ruangan “search google”. ➢ Pautan padlet ialah https://padlet. com/zolkepeli syahida/ 9590qraq47 kyaaqu 3 ➢ Murid boleh memasuki pautan padlet tersebut. ➢ Murid perlu mencari bahagian nama masingmasing dan menekan tombol (+). 4 ➢ Murid perlu memasukkan peta minda dihasilkan mereka dengan menekan “insert files”. 5 ➢ Murid perlu menekan butang “publish” untuk menghantar tugasan tersebut.


KEMAHIRAN MENULIS


NAMA: SITI NURSYAHIRAH BINTI MOHD FAIROS NO. MATRIK: D20202096277 ASPEK/ KEMAHIRAN: MENULIS PENULIS


SITI NURSYAHIRAH BINTI MOHD FAIROS (D20202096277) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BAHASA MELAYU Kelas : 1 Arif Masa : 10.05 pagi- 11.15 pagi (70 minit) Jumlah murid : 28 orang Tarikh : 25 Januari 2023 Tema : Jati Diri dan Kewarganegaraan Tajuk : Perkhemahan Jati Diri Standard kandungan 3.1 Menulis untuk menerangkan makna kata dan istilah; maksud rangkai kata, ungkapan dan ayat. Standard pembelajaran 3.6.1 Menulis untuk mengolah maklumat daripada bahan grafik kepada bentuk prosa, bentuk puisi dan bentuk ilustrasi dengan menggunakan bahasa yang betul dan tafsiran yang tepat. Objektif pengajaran dan pembelajaran Pada akhir pengajaran ini, murid dapat: 1. Menyatakan kegiatan utama dan kegiatan sampingan perkhemahan jati diri. (Sampingan) 2. Menulis prosa menggunakan maklumat daripada bahan infografik menggunakan bahasa yang betul dan tafsiran yang tepat. (Utama) Elemen Merentas Kurikulum (EMK) EMK - Patriotisme -Kelestarian Alam Sekitar - Nilai Murni


Pengetahuan sedia ada: 1. Cara menulis prosa. 2. Konsep perkhemahan yang melibatkan jati diri. Aktiviti PAK-21 : Same-Different Model : Model Pengajaran Diskusi Kemahiran Bahasa : Menulis PENGISIAN KURIKULUM Ilmu : Kemasyarakatan Nilai : Perpaduan sesama insan, patriotisme, semangat berpasukan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) : Kemahiran berfikir, Komunikasi, Kemahiran TMK ALAT BANTU MENGAJAR Poster infografik, Slaid, Video Youtube, Padlet FASA PDP & ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (murid) CATATAN (Alat, KBT, Nilai) Fasa 1: Pengenalan (8 minit) Isi Utama: Terang perkhemahan jati diri 1. Murid diberi rangsangan oleh guru mengenai aktiviti- aktiviti perkhemahan dan juga nilai murni yang diperolehi daripada aktiviti perkhemahan. 2. Murid-murid ditanya oleh guru mengenai pengalaman mereka dalam aktiviti perkhemahan. 3. Murid telah diedarkan poster infografik yang bertajuk Perkhemahan Jati Diri oleh guru. BBM: Video YouTube, poster infografik, Slaid KBT: kemahiran mendengar, kemahiran bertutur.


* Tayang Video YouTube Tajuk: Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform 4. Murid diminta memberi pandangan mengenai poster infografik tersebut. 5. Murid diberi penerangan mengenai poster Perkhemahan Jati Diri oleh guru. Link Video YouTube https://youtu.be/- gsocdWC5lI Fasa 2: Eksplorasi (30 minit) Isi utama * Bincang mengenai : 1. Kegiatan utama aktiviti perkhemahan jati diri Jangkaan jawapan: a) Perkhemahan b) Memasak c) Burung hantu 2. Kegiatan sampingan perkhemahan jati diri Jangkaan jawapan: a) Aktiviti Menjejak b) Kayak c) Sukaneka 3. Isi tersurat dan isi tersirat yang ingin disampaikan dalam poster infografik (nilai murni) Jangkaan Jawapan: a) Semangat berpasukan b) Kerjasama c) Bertanggungjawab 1. Murid diberi masa selama 15 minit untuk mencari idea dan mengemukakan aktiviti utama di dalam poster infografik. 2. Murid diminta untuk mencatat kegiatan utama dan juga kegiatan sampingan perkhemahan jati diri. 3. Berdasarkan aktiviti- aktiviti perkhemahan tersebut, murid turut diminta untuk mengemukakan nilai- nilai murni yang diperolehi daripada aktiviti perkhemahan jati diri. BBM: poster infografik KBT: kemahiran berfikir, kemahiran Kajian Masa Depan Nilai: Perpaduan sesama insan, patriotisme, semangat berpasukan. Fasa 3: Merumus ( 22 minit) * Rumus isi utama (aktiviti utama dan sampingan perkhemahan jati diri) dan isi sampingan (nilai murni) yang diperolehi dengan membuat 1. Murid diberi masa selama 22 minit untuk menyiapkan prosa pendek mengenai aktiviti perkhemahan jati diri (aktiviti utama dan sampingan) dan juga nilai- nilai murni yang BBM: poster infografik, Slaid KBT: kemahiran berfikir Link Padlet: https://padlet.com/syahir


prosa pendek. Padlet prosa pendek: diperolehi daripada aktiviti perkhemahan jati diri. 2. Murid perlu menyiapkan prosa pendek tersebut menggunakan ayat yang gramatis dan juga penggunaan tatabahasa yang betul. ahnursiti/l43i208vt9qpfu 12 Penilaian (8 minit) *Nilai hasil penulisan murid *Murid tukar pendapat dengan rakan 1. Murid diminta untuk membentuk kumpulan secara berpasangan untuk bertukar-tukar hasil penulisan. 2. Murid perlu membuat refleksi kendiri mengenai hasil penulisan mereka setelah membaca hasil penulisan pasangan mereka. 3. Guru membuat penambahbaikan dan pembetulan secara lisan terhadap hasil penulisan murid. Nilai: bekerjasama, keberanian KBT: kemahiran berfikir


LAMPIRAN Pautan video youtube: https://youtu.be/-gsocdWC5lI


https://padlet.com/syahirahnursiti/l43i208vt9qpfu12


PENTAKSIRAN KAEDAH PENSKORAN DAN PENGGREDAN RUBRIK: PENILAIAN KERJA INDIVIDU Pentaksiran: Pemerhatian ASPEK YANG DINILAI MARKAH PENUH MARKAH SANGAT BAIK BAIK SEDERHANA LEMAH Idea 15 10-15 8-9 5-7 2-4 Tatabahasa 15 10-15 8-9 5-7 2-4 Huraian 10 8-10 6-7 3-5 1-2 Kreativiti 10 8-10 6-7 3-5 1-2 PENERANGAN KAEDAH PEMERHATIAN Idea Idea yang bernas dan rasional dalam menghasilkan prosa pendek. Tatabahasa Menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat. Huraian Huraian yang menarik, gramatis dan bersesuaian dengan konteks prosa. Kreativiti Susunan idea dan kekemasan penulisan.


RUBRIK: PENILAIAN KERJA INDIVIDU Pentaksiran: Pemerhatian Bil. Pelajar NAMA IDEA (15m) TATABAHASA (15m) HURAIAN (10m) KREATIVITI (10m) 1. Amirah Binti Bakri 8 7 4 5 2. Suzana Binti Rosli 10 9 6 7 3. Mohd Ilham Bin Aqil 6 10 4 4 4. Haider Bin Benjamin 12 12 9 9 5. Rosita a/p Mugunathan 7 6 3 4


MANUAL PENGGUNAAN KIT MEDIA 1. Video YouTube (Aktiviti Perkhemahan) BIL. PAPARAN SKRIN TINDAKAN GURU 1. * Guru harus melayari aplikasi YouTube di pelayar Google. * Guru tidak perlu mendaftar masuk di YouTube dan boleh menggunakan mod “guest” untuk menayangkan video kepada murid. 2. * Guru perlu menaip kata kunci atau tajuk yang berkaitan dengan aktiviti perkhemahan. Antara kata kunci yang sesuai ialah “ Aktiviti perkhemahan unit beruniform”. * Guru mesti melakukan persediaan dengan menonton terlebih dahulu video yang akan ditayangkan kepada murid supaya selari dengan objektif yang ingin dicapai.


3. * Guru telah memilih video yang bersesuaian dengan objektif yang ingin dicapai. * Guru menayangkan video ini sebelum memulakan sesi PdP kepada murid. 2. Aplikasi Padlet BIL PAPARAN SKRIN TINDAKAN 1. * Guru melayari Google untuk membuat carian aplikasi Padlet secara atas talian. Kata kunci yang digunakan ialah “Padlet”. 2. * Guru mesti mempunyai akaun Padlet untuk menggunakannya bagi tujuan pembelajaran. * Seterusnya, guru harus mengetik butang “Make a padlet” untuk aktiviti murid. 3. * Guru perlu memilih mod “shelf” supaya susunan hasil penulisan murid lebih teratur dan kemas.


4. * Guru meletakkan tajuk di ruangan yang disediakan Padlet iaitu “ Tugasan Prosa Pendek”. * Guru seterusnya melengkapkan “description” untuk memberi kemudahan dan kefahaman kepada murid iaitu “ murid-murid yang disayangi, sila masukkan hasil prosa pendek yang telah anda siapkan di sini mengikut bahagian nama masing-masing”. 5. * Seterusnya, guru juga meletakkan kesemua nama murid-murid untuk memudahkan urusan murid menulis prosa pendek mereka. 6. * Guru menunjukkan kepada murid cara-cara untuk menulis dan menghantar penulisan prosa pendek.


TINDAKAN MURID BI L. PAPARAN SKRIN TINDAKAN MURID 1. * Murid perlu menggunakan pelayar Google untuk mengakses Padlet. 2. * Murid seterusnya perlu memasukkan pautan yang telah guru berikan untuk tugasan prosa pendek. Pautan Padlet: https://padlet.com/syahirahn ursiti/fjsxvltg8meai14r 3. *Murid perlu mencari bahagian nama masing- masing dan menekan tombol “+” 4. *Murid perlu menulis ataupun menyalin semula hasil penulisan daripada words untuk menyiapkan tugasan tersebut.


5. *Murid boleh menukar warna padlet masing- masing dengan memilih warna yang disukai. 6. *Murid perlu menekan butang “ publish” untuk menghantar tugasan tersebut.


KEMAHIRAN ASPEK SENI BAHASA


PENULIS nAMA: aNIS SYAHIRAH BINTI AWANG NO. MATRIK: D20202096283 ASPEK/KEMAHIRAN: ASPEK SENI BAHASA


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Kelas: 1 Ibnu Sinar Masa: 10:10 Pagi – 11:10 Pagi Tarikh: 12 Januari 2023 Tema: Tema 1 : Amalan Gaya Hidup Sihat Tajuk: Biarkan Alam Tersenyum Kemahiran Bahasa: 4.0 Aspek Seni Bahasa Standard Kandungan: 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera dengan memberikan respons peribadi. Standard Pembelajaran: 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi karya puisi dengan memberikan respons peribadi tentang bentuk, huraian maksud dengan betul, rasional dan penuh penghayatan. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran: Pada akhir pengajaran, murid dapat: 1. Menyatakan huraian maksud rangkap teks sajak dalam peta minda dengan betul, rasional dan penuh penghayatan. (Utama) Elemen Merentas Kurikulum: i. Kemahiran Bernilai tambah: a) Kecerdasan Pelbagai: Muzikal/ rima, interpersonal, kinestetik dan visual b) Kemahiran berfikir: Menjana idea c) Pembelajaran Koperatif d) EMK: Kreatif dan inovatif ii. Penekanan Konsep 5P a) Kemahiran aspek seni bahasa


b) Penyerapan: Ilmu: Kesihatan dan kebersihan Nilai murni: Bekerjasama, bersyukur, tolong-menolong c) Penilaian: 1. Maksud rangkap sajak 2. Maksud rangkai kata yang berwarna hitam d) Pengayaan: 1. Soalan objektif 2. Latihan isi tempat kosong e) Pemulihan: Soalan daripada aplikasi kahoot iii- Sistem bahasa - Sebutan - Intonasi Alat dan Bahan Bantu Mengajar: Laptop, LCD, kertas majung, video Youtube, pen marker, papan tulis, buku latihan, buku teks, pautan aktiviti kuiz kahoot


MODEL PEMBELAJARAN KOPERATIF Fasa PdP dan Isi Kandungan Aktiviti Pembelajaran Murid Catatan Fasa 1: Memberitahu (10 minit) Tayangan video berita: Pencemaran sungai. Contoh soalan: 1. Video berkaitan dengan apa? Jangkaan jawapan 1. Pencemaran sungai 2. Pencemaran alam sekitar 3. Pencemaran air Isi pelajaran - Kaitan video Youtube dengan tajuk da nisi pelajaran. (1) Murid dimaklumkan tentang aktiviti menguji kemahiran seni bahasa yang perlu diselesaikan secara konstrutivisme. (2) Murid diminta menumpukan perhatian pada tayangan video di hadapan kelas. (3) Murid ditayangkan video berita yang bertajuk “Pencemaran sungai”. (4) Murid dan guru bersoal jawab tentang video Youtube. (5) Murid dan guru menghubungkaitkan dengan pembelajaran pada hari ini. https://youtu.be/ugVaFRrCflQ Kemahiran: Mendengar, berkomunikasi PAK21: Soal jawab ABM: Video Youtube Fasa 2: Transisi (20 minit) (1) Semua murid diminta membaca teks sajak secara mentalis. https://www.youtube.com/watch ?v=ZpNERfY95gY


- Tayangan video Youtube - Mendeklamsikan sajak (2) Murid ditayangkan video Youtube mendeklamasikan sajak yang bertajuk “biarkan alam tersenyum”. (3) Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk mendeklamasikan sajak dengan bersungguhsungguh. (4) Murid akan bersajak dengan penuh penghayatan dengan iringan muzik. (5) Murid lain menilai tentang sajak yang dideklamasikan. BBM: Laptop, LCD, Buku teks, Buku Latihan KBAT : Kemahiran berfikir, menganalisis Fasa 3: Kerja Kumpulan (20 minit) Objektif Utama: Menyatakan huraian maksud rangkap teks sajak dalam peta minda dengan betul, rasional dan penuh penghayatan. (1) Murid diminta membina 3 kumpulan untuk membuat huraian maksud setiap rangkap di dalam teks sajak. (2) Murid juga diminta mencari maksud rangkai kata yang dihitamkan di dalam teks sajak tersebut. Kemahiran: Bertutur dan berkomunikasi PAK21: Aktiviti kumpulan KBAT: Berfikir, menganalisis BBM: Buku latihan


- Teks sajak “Biarkan alam tersenyum”. Di sudut itu Di sudut itu Ada tangan-tangan cemar Melontarkan sisa-sisa Walaupun di sudut itu Sudah ada bekas Namun masih ada yang sengaja Besar kepala tetapi bukan lupa. Di sudut itu Ada tangan-tangan alpa Lupa diri Walaupun di sudut itu Sudah tertera larangan cegah Sikap angkuh bagai hilang budi pekerti. Sedarlah wahai anak bangsa Baiki diri hiasi peribadi Tanamkan rasa cinta pada kebersihan Agar sungai, laut, dan tanah tersenyum Tiada pencemaran Kau berikan harapan Kau berikan masa depan Agar generasi hari muka tidak merana Akibut generasi hari ini yang penuh leka. Jangkaan jawapan: 1. Kawasan tercemar 2. Golongan manusia melakukan pencemaran alam 3. Sombong dan keras kepala 4. Golongan yang lalai 5. Angkuh dan tidak peduli 6. Jaminan kesejahteraan alam pada masa hadapan (3) Murid diberi kertas majung untuk membincangkan maksud setiap rangkap sajak dan buat dalam bentuk peta minda. (4) Murid juga mencari maksud rangkai kata tersebut di dalam kamus dewan. (5) Ahli kumpulan di pilih secara rawak untuk membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.


- Hasil kerja murid Fasa 4: Penilaian (10 minit) - Lembaran kerja murid (1) Murid dan guru bersama-sama membuat semakan hasil kerja murid. (2) Selesai pembentangan, guru membuat kuiz menggunakan aplikasi kahoot untuk menguji pembelajaran murid pada hari berkenaan. (3) Murid dan guru merumuskan isi pelajaran dan membuat kesimpulan. Link Kahoot: https://create.kahoot.it/share/lati han-sajak-biarkan-alamtersenyum/fdeb32d5-f3a2-4697- 981e-a4efa33f38a4 ABM: Kertas majung PAK21: Peta minda


(4) Penilaian keseluruhan pembelajaran dibuat oleh guru untuk melihat objektif pembelajaran pada hari tersebut tercapai atau tidak. (5) Lembaran kerja diberikan oleh guru untuk menguji pemikiran murid-murid tersebut. REFLEKSI Apa yang boleh disimpulkan dalam pembelajaran hari ini: 1. Kehadiran murid pada hari berkenaan memuaskan. 2. Murid dapat memahami sajak. 3. Murid dapat mendeklamasikan sajak dengan betul. 4. Murid dapat memberi maksud rangkai kata yang dihitamkan dalam teks sajak tersebut. 5. Murid dapat membina peta minda hasil kerjasama secara dalam kumpulan.


ASPEK YANG DINILAI MARKAH PENUH MARKAH SANGAT BAIK BAIK SEDERHANA LEMAH Kerjasama 15 10 – 15 5 – 10 5 – 8 3 – 6 Perbincangan 15 10 – 15 5 – 10 5 – 8 3 – 6 Kreativiti 20 15 - 20 10 - 15 7 – 13 5 – 10 Kerjasama Mempunyai sikap kerjasama dalam kumpulan ketika menghasilkan peta minda. Perbincangan Perbincangan bersama-sama dalam kumpulan ketika mencari maksud bagi petikan teks sajak tersebut. Kreativiti Mempunyai kreativiti semasa membuat peta minda dengan menghias supaya kelihatan cantik dan menarik. PENTAKSIRAN RUBRIK PENTAKSIRAN KAEDAH PEMERHATIAN PENERANGAN PENTAKSIRAN KAEDAH PEMERHATIAN


Gred / kriteria Amat cemerlang (A) Cemerlang (B) Kpujian (C) Lulus (D) Gagal (E) Skala Markah 80 - 100 60 - 79 40 - 59 20 – 39 < 20 Peta minda Tiada kesilapan ejaan, ayat dan tanda baca. Mudah dibaca Terdapat kesilapan ejaan, ayat dantanda bahasa minima Peta minda sukar untuk dibaca Terdapat kesilapan ejaan, ayat dantanda bahasa di sana sini Peta minda sukar untuk dibaca Terdapat kesilapan ejaan, ayat dantanda bahasa. Peta minda sukar untuk dibaca Terdapat terlalu banyak kesilapan ejaan, ayat dantanda bahasa Peta minda sukar untuk dibaca Kelancaran Kelancaran bahasa amat baik. Berkeyakinan tinggi dalam menyampaikan idea Kelancaran bahasa baik. Berkeyakinan dalam menyampaikan idea Kelancaran bahasa sederhana. Keyakinan yang sederhana dalam menyampaikan idea Kelancaran bahasa kurang baik. Keyakinan yang memuaskan dalam menyampaikan idea Kelancaran bahasa lemah. Tidak yakin dalam menyampaikan idea Penguasaan isi Kandungan Kefahaman yang menyeluruh serta mendalam tentang ideaidea utama pada tahap cemerlang. Dapat memberi respon semasa sesi soal jawab dengan sangat jelas. Kefahaman yang menyeluruh serta mendalam tentang ideaidea utama pada tahap cemerlang. Dapat memberi respon semasa sesi soal jawab dengan jelas, teratur dan tepat. Kefahaman yang menyeluruh serta mendalam tentang idea-idea utama pada tahap baik. Dapat memberi respon semasa sesi soal jawab dengan jelas dan teratur. Kefahaman yang menyeluruh serta mendalam tentang ideaidea utama pada tahap yang memuaskan. Dapat memberi respon semasa sesi soal jawab dengan jelas tetapi tidak teratur Kefahaman tentang ideaidea utama pada tahap minimum. Tidak dapat memberi respon semasa sesi soal jawab. RUBRIK PENTAKSIRAN KAEDAH PEMBENTANGAN


Click to View FlipBook Version