The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PPD BEAUFORT-CM5 KPM, 2023-04-13 02:16:58

2023 PANDUAN PESERTA_PSO KEWANGAN

2023 PANDUAN PESERTA_PSO KEWANGAN

96 pemeriksaan mengejut seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan berikut. Arahan Perbendaharaan 309(a) Pemeriksaan Mengejut. (a) Ketua Jabatan hendaklah mengadakan pemeriksaan mengejut secara berkala dan tidak kurang dari sekali dalam tempoh enam (6) bulan, tidak kira bulan apa yang dipilih dan seterusnya sekali lagi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh terakhir pemeriksaan itu dijalankan, ke atas tiap-tiap peti besi, bilik kebal, peti wang tunai, laci atau bekas-bekas lain untuk menyimpan wang dalam jagaan seseorang pegawai dalam jabatannya yang diamanahkan dengan penyimpanan Wang Awam, setem atau barang-barang lain yang berharga. Pegawai Pengawal hendaklah mengenal pasti jawatan-jawatan Ketua Jabatan yang layak menjalankan pemeriksaan mengejut sebagaimana takrifan Ketua Jabatan di bawah Arahan Perbendaharaan (AP) 3. Ketua Jabatan yang telah dikenal pasti tidak boleh mewakilkan kuasa dan melantik pegawai lain untuk melaksanakan pemeriksaan mengejut. Ketua Jabatan yang menjalankan pemeriksaan mengejut tidak dibenarkan memegang kunci peti besi. B Baki b/h Baki yang akan di bawa ke tahun/ bulan hadapan atau ke mukasurat berikutnya. Baki b/b Baki bawa ke bawah dari tahun/ bulan atau muka surat sebelumnya. Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sekiranya peraturan perolehan dan pengurusan aset tidak dapat dipatuhi, pihak sekolah hendaklah mendapat kelulusan khas daripada BPPA, KPM melalui Ketua PTJ. Bayaran Terdahulu Perbelanjaan bagi tahun hadapan yang dibayar dalam tahun kewangan semasa. Buku Tunai Buku Tunai merupakan buku perakaunan utama bagi merekod semua urusniaga penerimaan dan pembayaran serta perlu diselenggarakan mengikut peraturan dan pekeliling yang sedang berkuatkuasa. C Cek Dokumen perintah bertulis kepada pihak bank bagi membayar sejumlah wang atas arahan/ permintaan daripada pemegang akaun semasa. Cek Tak Laku Cek/ Draf Bank/ Wang Pos/ Kiriman Wang yang diterima oleh sesuatu Jabatan Kerajaan bagi maksud sesuatu Akaun Hasil/ Amanah/ Vot yang pada asalnya telah dimasuk ke dalam bank oleh Pejabat Pemungut dan dikembalikan oleh pihak bank melalui Pejabat Perakaunan atas sebab-sebab tertentu. Cek Tamat Tempoh Cek yang tidak ditunaikan selepas 3 bulan daripada tarikh cek dikeluarkan.


97 D Deposit diterima Wang yang diterima oleh pihak sekolah bagi sesuatu maksud di bawah mana-mana undang-undang atau perjanjian dan dibayar balik kepada pendeposit apabila maksud tersebut tercapai. Deposit dibayar Wang yang dibayar oleh pihak sekolah bagi sesuatu maksud di bawah mana-mana undang-undang atau perjanjian dan diterima semula apabila maksud telah dicapai. Dokumen Kewangan Sekolah (DKS) Dokumen yang digunakan untuk merekod dan mengakaunkan urusan kewangan dan perakaunan sekolah. H Hapus kira Wang Awam Hapus kira pada amnya merupakan satu prosedur perakaunan bagi memastikan laporan kewangan yang disediakan adalah kemas kini, tepat dan teratur. Di samping itu, hapus kira kehilangan wang awam juga bertujuan untuk membolehkan Pihak Berkuasa Kewangan mengesyorkan tindakan surcaj atau tatatertib ke atas pegawai yang bertanggungjawab menyebabkan kehilangan. I Inden Borang tempahan perolehan. Satu dokumen kewangan yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan kepada kontraktor untuk melaksanakan perolehan kerja. Semua Agensi hendaklah menggunakan Inden Kerajaan untuk perolehan kerja dan tidak dibenarkan menggunakan Pesanan Kerajaan. J Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi Sebut Harga Satu Jawatankuasa yang dilantik oleh Pengurus Sekolah secara bertulis bagi menyediakan spesifikasi umum/ khusus/ teknikal bagi tiap-tiap perolehan yang hendak dibuat. Ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga (3) orang pegawai yang mahir dan berkelayakan dalam bidang berkenaan, yang boleh juga terdiri daripada wakil-wakil agensi lain yang berkaitan. Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga dilantik secara bertulis oleh Pengurus Sekolah untuk membuka peti tawaran sebut harga. Dianggotai sekurang-kurangnya oleh dua (2) orang pegawai, di mana seorang daripadanya hendaklah terdiri daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Jawatankuasa Penilaian Teknikal Sebut Harga Jawatankuasa yang akan membuat penilaian teknikal atau fizikal terhadap sesuatu sebut harga. Pelantikan ahli Jawatankuasa Penilaian Teknikal Sebut Harga hendaklah dibuat secara bertulis oleh Pengurus Sekolah. Keahlian Jawatankuasa Penilaian Teknikal hendaklah tidak kurang daripada tiga (3) orang, iaitu seorang pengerusi dan dua (2) orang ahli, di mana sekurang-kurang seorang daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf yang mahir, berpengalaman dan berkelayakan tentang barangan/ perkhidmatan.


98 Jawatankuasa Penilaian Kewangan Sebut Harga Jawatankuasa yang akan membuat penilaian harga bagi sesuatu sebut harga. Pelantikan ahli Jawatankuasa Penilaian Kewangan Sebut Harga hendaklah dibuat secara bertulis oleh Pengurus Sekolah. Ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah tidak kurang daripada dua (2) orang, iaitu seorang pengerusi dan seorang ahli, di mana salah seorang daripadanya hendaklah terdiri daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Jawatankuasa Sebut Harga Jawatankuasa yang akan menimbang sebut harga dan memilih sebut harga. Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah dilantik secara bertulis oleh Pegawai Pengawal. Ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga (3) orang pegawai, di mana seorang daripadanya hendaklah pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) berperanan untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan projek ICT KPM berdasarkan Pelan Strategik ICT (ISP) KPM. Pengurus Sekolah dibenarkan membuat perolehan peralatan ICT dengan mendapat kelulusan teknikal daripada JPICT serta mematuhi Surat Pekeliling/ garis panduan yang sedang berkuatkuasa. K Kehilangan Wang Awam Kehilangan Wang Awam disebabkan olehyang disebabkan oleh kecurian, penipuan atau kecuaian pegawai, kebakaran, kemalangan, bencana alam, kekurangan, bayaran terlebih, pembayaran tanpa kuasa, hutang yang tidak boleh dapat balik, hasil yang tidak boleh didapatkan dan perbelanjaan yang siasia. Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Ketua PTJ sekolah ialah: i. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan bagi Sekolah Berasrama Penuh. ii. Pengarah Bahagian Sukan bagi Sekolah Sukan iii. Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian bagi Sekolah Seni iv. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional v. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas bagi Sekolah Pendidikan Khas vi. Pengarah Pelajaran Negeri bagi Prasekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Rendah dan Menengah Harian. vii. Pengarah Bahagian Pendidikan Islam bagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan


99 Kumpulan Wang Asrama Kumpulan Wang Asrama (KWA) bertujuan mengakaunkan terimaan dan bayaran berkaitan dengan asrama daripada sumber kerajaan dan awam termasuk terimaan daripada murid/ pelajar/ orang awam/ agensi bukan kerajaan dan faedah bank serta dibelanjakan mengikut maksud setiap terimaan. Kumpulan Wang Kerajaan Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) bertujuan mengakaunkan terimaan dan bayaran daripada sumber Kerajaan termasuk biasiswa daripada lain-lain agensi kerajaan dan faedah bank serta dibelanjakan mengikut maksud setiap terimaan kecuali berkaitan dengan asrama. Kumpulan Wang SUWA (Sumbangan Wang Awam) Kumpulan Wang Suwa (KWS) bertujuan mengakaunkan terimaan dan bayaran daripada sumber awam termasuk terimaan daripada murid/ pelajar/ orang awam/ agensi bukan kerajaan dan faedah bank serta dibelanjakan mengikut maksud setiap terimaan kecuali berkaitan dengan asrama. Kumpulan Wang Terkumpul Kumpulan Wang Terkumpul adalah baki awal tahun ditambah jumlah perbezaan antara pendapatan dengan perbelanjaan bagi tiap-tiap peruntukan. Kunci Kira-Kira Kunci Kira-Kira adalah penyata mengenai kedudukan kewangan sesebuah sekolah pada satu tempoh kewangan. L Lantikan Terus Kaedah lantikan terus hanya ditetapkan bagi perolehan kerja. Kerja-kerja yang bernilai tidak melebihi RM50,000 boleh dilaksanakan secara lantikan terus di kalangan kontraktor Gred G1 yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) serta mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) atau mempunyai PPK dan sijil Pusat Kontraktor Sabah (PUKONSA) (di Sabah) atau sijil PPK dan sijil Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) (di Sarawak) dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan. Liabiliti Liabiliti adalah adalah tanggungan yang perlu dijelaskan. Liabiliti wujud kerana bekalan/ perkhidmatan/ kerja telah diterima/ disempurnakan tetapi bayaran belum dijelaskan. P Panjar Wang Runcit (PWR) PWR adalah sejumlah wang yang membolehkan Pengurus Sekolah membuat pembayaran kecil yang segera dan perbelanjaan runcit tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada butiran peruntukan. PCG (Bantuan Per Kapita) Bantuan PCG merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. Pegawai Pengawal Pegawai Pengawal adalah pegawai yang dilantik oleh Menteri Kewangan atau Menteri Besar atau Ketua Menteri di bawah seksyen 15A Akta Tatacara Kewangan 1957 bagi setiap tujuan


100 perbelanjaan yang diperuntukan bagi mana-mana tahun kewangan dalam anggaran, bagi mengawal, tertakluk kepada sebarang arahan yang ditujukan oleh pihak penguatkuasa kewangan, perbelanjaan yang dikuatkuasakan di bawah tujuan itu, dan termasuk semua tanggungjawab Pegawai Perakaunan. Pegawai Perakaunan Seseorang pegawai yang ada urusan berkenaan dengan Wang Awam atau Aset Awam adalah seorang Pegawai Perakaunan dalam erti seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957. Istilah ini hendaklah dipakai bagi Ketua Jabatan atau bagi pegawai bawahannya yang paling rendah, apabila mereka menguruskan Wang Awam atau Aset Awam, sebagaimana juga dipakai bagi akauntan dan pegawai kewangan. Pegawai Perakaunan mempunyai pengertian seperti yang diberi kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957 adalah tiap-tiap pegawai awam yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara seperti berikut: (a) Memungut, menerima atau mengakaun, atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaun Wang Awam; atau (b) Membelanja/ membayar atau yang sebenarnya membelanja/ membayar, apa-apa Wang Awam; atau (c) Menerima, menyimpan, mengeluar, melupus, atau mengakaun Aset Awam atau yang sebenarnya menerima, memegang, mengeluar atau melupus Aset Awam. Pembelian Terus Pembelian Terus ditafsirkan sebagai perolehan bekalan/ perkhidmatan yang melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan sehingga RM50 ribu setiap jenis item/ perkhidmatan atau sesuatu kontrak tertakluk kepada syarat seperti berikut: (i) Perolehan dengan had nilai sehingga RM20 ribu setahun atau sesuatu kontrak dilaksanakan secara pembelian terus dengan mana-mana pembekal sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan; (ii) Perolehan melebihi RM20 ribu hingga RM50 ribu setahun atau sesuatu kontrak dilaksanakan secara pembelian terus dengan mana-mana pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Pemiutang Pihak yang memberi kredit atau memberi hutang kepada sekolah. Pemungut Pemungut ialah pegawai yang berdasarkan kepada jawatannya atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau peraturan bertulis adalah bertanggungjawab untuk memungut wang bagi pihak Kerajaan. Pendaftar Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri. Penghutang Pihak yang berhutang dengan sekolah.


101 Pengurus Sekolah Pengetua/ Guru Besar atau pegawai yang diberi kuasa secara bertulis untuk menjalankan tugas sebagai Pengetua/ Guru Besar semasa ketiadaannya. Penyata Penyesuaian Bank Penyata Penyesuaian Bank ialah penyata yang disediakan oleh sekolah bagi menyesuaikan baki Buku Tunai dengan baki Penyata Bank. Penyata Penerimaan dan Pembayaran Penyata ini menunjukkan jumlah terimaan yang sebenarnya telah diterima dan jumlah bayaran yang sebenarnya yang telah dibayar dalam tempoh tahun kewangan yang berkenaan serta kedudukan baki wang yang ada dalam bank pada akhir tahun. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Penyata ini menunjukkan jumlah semua penerimaan yang sepatutnya diterima dan jumlah semua pembayaran yang sepatutnya dibayar pada tahun berkenaan. Penyata ini diimbangkan dengan menunjukkan lebihan/ kurangan pendapatan atas perbelanjaan bagi tahun berkenaan. Perolehan Perolehan Kerajaan bermaksud perolehan bekalan, perkhidmatan atau kerja atau mana-mana kombinasi yang dilaksanakan oleh Agensi yang diberi kuasa oleh Perbendaharaan, dengan menggunakan peruntukan Persekutuan (sepenuhnya atau sebahagian) bagi tujuan operasi Agensi, penyampaian perkhidmatan Kerajaan atau kepentingan awam. Pindah Peruntukan Pindah peruntukan diperlukan jika sesuatu kumpulan wang/ peruntukan/ butiran dalam Buku Tunai tidak mencukupi untuk menampung sesuatu perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan. Pusat Tanggungjawab (PTJ) Pusat Tanggungjawab (PTJ) merujuk kepada pejabat di mana Pemegang Waran Peruntukan/ Ketua Jabatan/ Pemungut telah menerima perwakilan kewajipan daripada Pegawai Pengawal dan bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawal sumber kewangan di bawah seliaannya seperti peruntukan mengurus, peruntukan pembangunan, pengurusan akaun amanah dan pengurusan terimaan serta sumber-sumber lain yang berkaitan. R Rekupmen PWR Rekupmen adalah proses mendapatkan semula wang yang telah dibelanjakan melalui PWR. Resit Rasmi Murid (RM.01) Resit yang dikeluarkan oleh guru kelas/ warden/ penyelia asrama kepada murid. Resit Rasmi Pejabat (RP.01) Resit yang dikeluarkan oleh Pengurus Sekolah bagi setiap terimaan di sekolah. S Sebut Harga Sebut harga adalah salah satu kaedah perolehan yang boleh dilaksanakan oleh agensi kerajaan.


102 (i) Kaedah perolehan sebut harga adalah untuk melaksanakan sesuatu perolehan yang melibatkan jumlah had nilai melebihi RM50 ribu hingga RM500 ribu setahun atau bagi suatu perolehan di kalangan pembekal yang berdaftar dalam kod bidang berkaitan. (ii) Perolehan yang melibatkan jumlah nilai melebihi RM50 ribu hingga RM500 ribu setahun atau suatu kontrak hendaklah dilaksanakan secara sebut harga di kalangan pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan. Setiap jenis item (i) Setiap jenis item ditafsirkan sebagai satu atau lebih barangan yang mempunyai fungsi/ kategori/ kegunaan yang sama dan/ atau boleh diperolehi daripada satu punca bekalan. (ii) Setiap jenis perkhidmatan ditafsirkan sebagai satu atau lebih perkhidmatan yang mempunyai fungsi/ kategori/ kegunaan yang sama dan/ atau boleh diperolehi daripada satu punca perkhidmatan. T Tahun Kewangan Tempoh perakaunan yang bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tahun yang sama. Tender Tender adalah salah satu kaedah perolehan bekalan, perkhidmatan bukan perunding dan kerja yang melibatkan perbelanjaan melebihi RM500 ribu setahun atau satu kontrak dan hendaklah dipelawa secara tender terbuka berdasarkan Perancangan Perolehan Tahunan yang disediakan oleh Agensi. Terimaan Terdahulu Pendapatan tahun hadapan yang diterima dalam tahun kewangan semasa. W Wang Awam Wang Awam mempunyai pengertian yang diberi kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61), dan termasuklah wang tunai dan kesetaraan tunai serta semua instrument kewangan Kerajaan. Wang Tunai Dalam Bank Wang Tunai Dalam Bank adalah baki seperti di Buku Tunai pada 31 Disember. Wang Tunai Dalam Tangan Wang Tunai Dalam Tangan adalah wang yang telah dikutip dan belum dimasukkan ke bank pada 31 Disember termasuk baki PWR.


103 Tatacara Pengurusan Kewangan Sekolah dilaksanakan berdasarkan peruntukan undang-undang dan peraturan seperti berikut: 1. Perlembagaan Persekutuan 1.1 Perkara 97(1) Segala hasil dan wang tidak kira bagaimana jua pun diperdapatkan atau diterima oleh Persekutuan, tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan, hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi satu kumpulan wang, yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. 1.2 Perkara 104(3) – Tiada apa-apa wang boleh dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan kecuali mengikut cara yang diperuntukkan oleh Undang-undang Persekutuan. 2. Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) 2.1 Seksyen 3 - Kumpulan Wang Disatukan bermakna Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan Kumpulan Wang Disatukan Negeri sebagai yang diberi oleh Artikel 97(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan dan rujukan kepada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan adalah rujukan-rujukan bagi akaun kumpulan wang tertentu yang dimaksudkan. 2.2 Seksyen 15A – berkaitan dengan penetapan had kuasa dan tugas yang diberi oleh Pegawai Pengawal kepada Pegawai Perakaunan. 3. Akta Pendidikan 1996 {Peraturan-peraturan (Akaun dan Audit) 2002} 4. Arahan Perbendaharaan (AP) 4.1 AP 11 – Penetapan Kuasa Dan Tugas Pegawai Pengawal; 4.2 AP 53, 53A – Tanggungjawab Pegawai Pengawal; 4.3 AP 54 – Pegawai Pengawal Dikehendaki Mengawal Perbelanjaan; 4.4 AP 55 – Perbelanjaan Darurat; 4.5 AP 58 – Pembayaran Yang Memerlukan Kebenaran Khas 4.6 AP 59 – Pembayaran Bagi Barang-barang Dan Perkhidmatan Yang Dibekal Dengan Suci Hati Tidak Boleh Ditahan; 4.7 AP 60 hingga 91 – Terimaan; 4.8 AP 92 hingga 103 – Bayaran; 4.9 AP 111 hingga 113 – Panjar; 4.10 AP 115 hingga 124 – Cek, Draf dan Pindaan Dana Elektronik; 8.3 RUJUKAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH


104 4.11 AP 125 hingga 135 – Peti Besi atau Bilik Kebal; 4.12 AP 145 – Akaun Perbendaharaan Kecil; 4.13 AP 150 – Pemusnahan Buku Akaun dan Rekod Kewangan; 4.14 AP 166 hingga 236 – Perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja; 4.15 AP 306 – Pertanyaan Audit 4.16 AP 308 – Pemeriksaan Dalaman; 4.17 AP 309 – Pemeriksaan Mengejut; 4.18 AP 322 – Pelarasan Kewangan Sementara Mengenai Kehilangan; 4.19 AP 327(a) – Kehilangan Kerana Pembayaran Lebih Atau Pembayaran Tanpa Kuasa; 4.20 AP 327(b) – Mendapatkan Balik Pembayaran Lebih Dengan Ansuran; 4.21 AP lain berkaitan yang berkuat kuasa. Rujuk : https://www.mof.gov.my/ms/ 5. Pekeliling Perbendaharaan (PP) 5.1 PP Pengurusan Belanjawan PB 3.1 – Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam 5.2 PP Pengurusan Belanjawan PB 3.3 – Garis Panduan Perbelanjaan Darurat (AP 55) dan Perolehan Darurat (AP 173.2); 5.3 PP Perolehan Kerajaan PK 1.1 – Punca Kuasa, Prinsip Dan Kategori Perolehan Kerajaan; 5.4 PP Perolehan Kerajaan PK 2.1 – Perihal Umum; 5.5 PP Perolehan Kerajaan PK 2.2 – Tender Terbuka; 5.6 PP Perolehan Kerajaan PK 2.5 – Kontrak Pusat 5.7 PP Perolehan Kerajaan PK 2.7 – Kontrak Panel Berpusat 5.8 PP Perolehan Kerajaan PK 2.9 – Sebut Harga 5.9 PP Perolehan Kerajaan PK 2.10 – Pembelian Terus (Bekalan dan Perkhidmatan) 5.10 PP Perolehan Kerajaan PK 2.11 – Lantikan Terus dan Kerja-kerja Requisition 5.11 PP Perolehan Kerajaan PK 2.16 – Tatacara Perolehan Perkhidmatan Pengendalian Kursus Dan Latihan


105 5.12 PP Pengurusan Wang Awam WP 10.3 – Pengurusan Kehilangan Dan Hapus Kira Wang Awam 5.13 PP Pengurusan Wang Awam WP 10.6 – Pengurusan Akaun Belum Terima 5.14 PP Tadbir Urus Kewangan PS 5.1 – Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun; dan 5.15 PP lain berkaitan yang berkuat kuasa. Rujuk : https://ppp.treasury.gov.my/ 6. Surat Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang berkuat kuasa. 7. Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) 7.1 SPANM Bilangan 1 Tahun 2020 – Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan 7.2 SPANM Bilangan 3 Tahun 2019 – Tatacara Pengurusan Terimaan; 7.3 SPANM Bilangan 4 Tahun 2019 – Tatacara Pengurusan Akaun Deposit; 7.4 SPANM Bilangan 7 Tahun 2018 – Tatacara Pengurusan Bayaran; dan 7.5 SPANM lain berkaitan yang berkuat kuasa. Rujuk : https://www.anm.gov.my/utama 8. Surat Pekeliling Kewangan dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 8.1 Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah Edisi 2012; 8.2 Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 1 Tahun 2021 – Pengurusan Kewangan Bagi Peruntukan Bantuan Persekolahan Umum Kementerian Pendidikan Malaysia; 8.3 Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 3 Tahun 2021 – Bantuan Persekolahan Khusus Asrama Kementerian Pendidikan Malaysia; 8.4 Prosedur Tetap Operasi – Pengurusan Kehilangan Dan Hapus Kira Wang Awam; dan 8.5 Surat Pekeliling Kewangan dan Garis Panduan lain berkaitan yang berkuat kuasa. Rujuk : https://www.moe.gov.my/ 9. Surat Siaran/Arahan Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) berkaitan yang berkuat kuasa.


106 8.4 PENGHARGAAN PEMURNIAN MODUL 2023 NORAISAH MD YUSOF PEGAWAI RUJUK UTAMA KOY A/P AKUN KETUA PEGAWAI RUJUK IABC UTARA DARLIANA NORDIN KETUA PEGAWAI RUJUK IABCGH MAZATULSHIMA ABU HANIFAH PEGAWAI RUJUK IABC UTARA RAHAYATI MOHD RAMLI PEGAWAI RUJUK IAC GH SITI FETEZA MOHAMMED ARIS PEGAWAI RUJUK IABCI


107 PENGHARGAAN PEMBINA ASAL MODUL MARIANI RAHIM KETUA PEGAWAI RUJUK IABCGH – MAC 2022 KOY A/P AKUN KETUA PEGAWAI RUJUK IABC UTARA DARLIANA NORDIN KETUA PEGAWAI RUJUK IABCGH DR. SAMSIAH UDIN KETUA PEGAWAI RUJUK IABC SARAWAK MADZANI SAIDIE NUSA PEGAWAI RUJUK IABC SANAH HAYATI OMAR KETUA PEGAWAI RUJUK IABC SABAH - 2021 NORAISAH MD YUSOF PEGAWAI RUJUK UTAMA


108 SELAMAT BERKURSUS, SEMOGA BERJAYA The seat of knowledge is in the head, of wisdom, in the heart. - William Hazlitt


Click to View FlipBook Version