Barisan
____Ba_r_i_sa_n_______________________
E_x_c_e_ll_e_n_t.__K_n_o_w_l_e_d_g__e_a_b_l_e_. _V_i_r_tu_o_u_s_
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Alhamdulillah,syukur kehadrat illahi,selawat dan salam untuk
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,para sahabat tabi’en dan ta’bi
tabien.
Tahun 2018 telah membawa banyak kejayaan oleh guru dan pelajar sama ada
di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Kejayaan ini adalah bukti
komitmen guru-guru untuk menjadikan SMK Agama Slim River sebagai sebuah sekolah yang
cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri bersesuaian dengan slogan
Excellent, Knowledgeable and Virtuous. Tahniah dan setinggi penghargaan kepada semua
warga SMKASR yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas
dan tanggungjawab.
Namun begitu pada tahun 2019 akan menjadi cabaran kepada kita terutamanya untuk
mengekalkan kecemerlangan seterusnya mempertingkatkan kecemerlangan, bukan sahaja di
peringkat kebangsaan bahkan kita perlu bersedia merancang dan berusaha bersungguh-
sungguh untuk kejayaan di peringkat antarabangsa. Saya percaya dan yakin dengan
kesungguhan semua warga SMKASR, Insha Allah kita pasti berjaya.
Seperkara lagi yang perlu di beri perhatian untuk terus kekal cemerlang, kita seharusnya
berusaha untuk meningkatkan kualiti diri dengan cara menambahkan ilmu pengetahuan,
kemahiran diri di samping menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, amanah,
menepati masa, dedikasi dan bekerjasama sebagai satu pasukan. Semoga usaha kita untuk
melahirkan pelajar cemerlang, berpengetahuan dan berakhlak mulia menjadi kenyataan.
Akhir kata, saya berharap Buku Pengurusan ini menjadi panduan dan rujukan seterusnya
dapat membantu semua warga SMK Agama Slim River dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang telah diamanahkan sepanjang 2019. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sebaik-
baik manusia yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain”. Jadikan hari ini
lebih baik dari hari semalam, Insha Allah bahagia.
EXCELLENT, KNOWLEDGEDBLE, VIRTUOUS
Sekian, terima kasih, wassalam.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah.
(AZMAN BIN YUSOF)
Pengetua SMK Agama Slim River.
PROFIL SEKOLAH
Logo Sekolah
Nama sekolah : SMK AGAMA SLIM RIVER
Kod sekolah : ARAA001
Alamat sekolah : SMK AGAMA SLIM RIVER, 35800 SLIM RIVER
Koordinat : (3.7951503,101.4331945)
No. Tel / Faks : 05-4527213 / 05-4526214
e-mel : [email protected] atau [email protected]
JPN : JPN PERAK
PPD : PPD MUALLIM
Parlimen : TANJONG MALIM
Dewan Undangan Negeri : SLIM RIVER
Jenis sekolah : ASRAMA HARIAN
Peringkat : Tingkatan 1 - 5
Jenis murid : Lelaki dan Perempuan
Sesi : Pagi sahaja
Lokasi : Luar bandar
Gred :A
Jenis bantuan : Sekolah Kerajaan
Sumber bekalan elektrik : 24 Jam 3 Fasa – TNB / SESCO / SESB
Sumber bekalan air : Bekalan Air Awam
Jenis asrama : Asrama Sekolah Harian
Bilangan penghuni asrama : L ( 188 ) P ( 331 ) Jumlah : 519
Lembaga Pengelola Sekolah : Tiada
Bilangan guru : 58 ORANG
Bilangan Anggota Kumpulan
Pelaksana (AKP) :15 ORANG
Bilangan kelas : 25 KELAS
Bilangan murid : 519
SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT
PERKARA 1
7
KATA ALU-ALUAN 7
7
8
PROFIL SEKOLAH 9
10
PENGENALAN 11
12
SMK AGAMA SLIM RIVER
13
Visi, Misi dan Moto SMKASR
Objektif SMKASR 22
Slogan SMKASR 41
Senarai Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Bagi Tahun 2019 46
68
Pakej Mata Pelajaran Tahun 2019 85
Penggal Persekolahan Tahun 2019 89
Cuti Kelepasan Am Negeri Perak 2019 91
Takwim Peperiksaan Peringkat Awam dan Sekolah 2019
PENGURUSAN SEKOLAH
PANDUAN AM
SENARAI TUGAS
Senarai Tugas Pengurusan dan Pentadbiran
Senarai Tugas Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran
Senarai Tugas Kurikulum dan Akademik
Senarai Tugas Hal Ehwal Murid (HEM)
Senarai Tugas Kokurikulum
Senarai Tugas Jawatankuasa Khas
Senarai Tugas Staf Sokongan
PERKARA MUKA SURAT
103
PENGURUSAN BIDANG DAN JAWATANKUASA BAGI TAHUN 2019 115
121
138
Jawatankuasa Induk Pengurusan dan Pentadbiran 148
161
Pengurusan dan Jawatankuasa Kurikulum 162
Pengurusan dan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid (HEM) 165
167
Pengurusan dan Jawatankuasa Kokurikulum 171
173
174
TAKWIM TAHUN 2019
SENARAI GURU KELAS DAN PENYELARAS TINGKATAN
JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN
JADUAL PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
JADUAL PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
SENARAI NO TEL GURU
SENARAI NO TEL ANGGOTA KUMPULAN PELASANA (AKP)
PENCAPAIAN SEKOLAH
MISI PENDIDIKAN NEGARA
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia
BPPDP KPM (1999), Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1999, KPM Kuala Lumpur.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Undang-Undang Malaysia, (Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, PNB Kuala Lumpur.)
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam
berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai
hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah
kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Berkualiti untuk membangunkan Pontesi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara
1
LATAR BELAKANG SMKA
Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebanggsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah
Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah
SMKA telah berkembang kepada 59 buah SMKA.
Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu,
Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi
hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini
berapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan
sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baru.
Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem pendidikan Negara. Proses penambaikan sistem
pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, ilham Allahyarham
Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid bin
Othman dan Dato Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.
Pada tahu 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana sistem
pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap
pendidikan semakin meningkat. Oleh itu, Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-
kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama
diselaraskan dengan sekolah menengah harian.
Kebanyakkan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa
memberi perhatian kepada matapelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan
misalnya matapelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah
agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan
sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyarakat semasa.
MATLAMAT SMKA
• Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
• Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi
• Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan
• Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar
Negara
OBJEKTIF SMKA
• Mencapai kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum
• Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia
• Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani
• Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan
nilai-nilai Islam
• Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan Negara dan
ummah
2
FALSAFAH SMKA
“Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam
dan suasana pembelajaran yang seimbang kearah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang,
cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup islam serta mampu
memberi sumbangan yang bermanafaat kepada agama, diri, ummah dan Negara.
MISI SMKA
Bagi merealisasikan hasrat menjadi SMKA sebagai institusi pendidikan terbilang, warga SMKA akan komited :
• Menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk realiti ilmu dan penghayatan Al-
Quran dan Al-Sunnah
• Menjana Individu cemerlang dan kuat pegangan agama
• Mengamalkan budaya kerja berkualiti, telus, efisyen dan efektif berasaskan nilai-nilai Islam
• Melaksanakan pendekatan bestari yang komprehensif dan efektif dalam pengurusan kurikulum, hal ehwal
murid dan kokurikulum
• Mewujudkan prasarana yang mencukupi dan persekitaran yang kondusif berteraskan iklim dini
• Mewujudkan jalinan pemuafakatan dengan ‘stakeholder’, kominiti setempat dengan agensi-agensi luar
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN [2013 – 2025]
Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia
AKSES - 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas
menjelang tahun 2020.
KUALITI – Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA
dalam tempoh 15 tahun.
EKUITI – 50% pengurangan dalam jurang pencapaian ( Bandar-luar Bandar, sosioekonomi, gender) menjelang
2020
PERPADUAN – Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak
dengan menghargai kepelbagaian.
KECEKAPAN – Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.
3
ENAM ASPIRASI UNTUK SETIAP MURID
1. Pengetahuan
2. Kemahiran berfikir
3. Kemahiran memimpin
4. Kemahiran dwibahasa
5. Etika dan kerohanian
6. Identiti nasional.
SEMBILAN (9) BIDANG KEUTAMAAN
Bidang 1 : Memartabatkan profesion keguruan.
Bidang 2 : Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah.
Bidang 3 : Meningkatkan kualiti sekolah.
Bidang 4 : Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran.
Bidang 5 : Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
Bidang 6 : Mengukuhkan pelibatan ibubapa, sektor swasta dan masyarakat rakan kongsi dalam
pendidikan.
Bidang 7 : Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan
pasaran kerja.
Bidang 8 : memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber dan
Bidang 9 : Membina kemampuan serta keupayaan sisitem penyampaian pendidikan.
11 ANJAKAN
Anjakan 1 : Menyediakan kesamaratan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.
Anjakan 2 : Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Anjakan 3 : Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
Anjakan 4 : Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan.
Anjakan 5 : Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
Anjakan 6 : Mengupaya JPN,PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.
Anjakan 7 : Memanfaatkan ( ICT ) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.
4
Anjakan 8 : mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran.
Anjakan 9 : memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti, dan sector swasta.
Anjakan 10 : memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.
Anjakan 11 : meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
JANGKA MASA DAN SASARAN DITETAPKAN
Gelombang Pertama Tahun 2013 – 2015
Peningkatan kemahiran guru, kualiti pengajaran dan keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah dan mutu
kepimpinan sekolah.
Gelombang Kedua Tahun 2016 hingga 2020
Berlaku perubahan sistem pendidikan Negara yang menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau
guru besar menikmati pakej kerjaya baharu.
Gelombang Ketiga Tahun 2021 hingga 2025
Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.
WAWASAN 2020 [Sembilan Cabaran]
1. Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama
2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri,
bangga dengan apa yang ada yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk
persefahaman matang, demokratik berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada negara
membangun
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika
5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea,
kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka
kepada satu negara
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang
kedepan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun
saintifik dan teknologi masa depan
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan
kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang perseorangan, tetapi
sekeliling sistem keluarga yang kukuh
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental
5
TONGGAK 12
• Menghargai masa
• Kebijaksanaan Berkhidmat
• Ketekunan Membawa Kejayaan
• Keutamaan Kesabaran
• Kemuliaan Kesederhanaan
• Peningkatan Bakat
• Ketinggian Peribadi
• Pengaruh Teladan
• Kekuatan Sifat Baik
• Keseronokan Bekerja
• Kewajipan Menjalankan Tugas
• Nikmat Mencipta
6
SMK AGAMA SLIM RIVER
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestari Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara
MOTO SEKOLAH
” Berilmu Beriman Beramal ”
Bermaksud bahawa matlamat sekolah yang ingin melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, bertakwa kepada
Allah serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan Negara.
Moto sekolah ini memperlihatkan aspirasi dan budaya sekolah yang berazam untuk mencapai kecemerlangan
akademik berteraskan lunas-lunas agama Islam serta membina insan yang mulia, berakhlak tinggi dan berkhidmat
kepada agama, bangsa dan negara.
OBJEKTIF SMKA SLIM RIVER
• Melahirkan insan yang berkualiti yang mempunyai daya ketahanan tinggi, berbudaya saing dan berakhlak
mulia
• Mencapai kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah serta bidang-bidang lain sebagaimana yang
terkandung dalam buku program kecemerlangan SMKA, BPI, KPM
• Mencapai keputusan 100% dalam prestasi akademik PT3 dan SPM
• Meningkatkan prestasi aktiviti kokurikulum berkualiti
• Mewujudkan iklim persekitaran sekolah yang kondusif bagi menjamin suasana PdPc yang selesa, kreatif,
proaktif dan inovatif.
SLOGAN SEKOLAH
“CEMERLANG, BERPENGETAHUAN, BERAKHLAK MULIA”
“EXCELLENT, KNOWLEDGEABLE, VIRTUOUS”
7
SENARAI MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN BAGI TAHUN 2019
MENENGAH RENDAH (TING 1,2 & 3)
BIL MATA PELAJARAN BIL WAKTU CATATAN
1 Bahasa Melayu SEMINGGU Teras
2 Bahasa Inggeris Teras
3 Bahasa Arab 6 Wajib
4 Matematik 5 Teras
5 Sains 5 Teras
6 Pendidikan Islam 5 Teras
7 Sejarah 5 Teras
8 Geografi 6 Teras
9 Reka Bentuk & Teknologi 3 Teras
10 Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan 3 Wajib
11 Pendidikan Seni Visual 2 Wajib
3
2
MENENGAH ATAS (TING 4 & 5)
BIL MATA PELAJARAN KELAS YANG MENAWARKAN BIL WAKTU
1 Bahasa Melayu SEMINGGU
2 Bahasa Inggeris SEMUA
3 Bahasa Arab SEMUA 6
4 Sejarah SEMUA 5
5 Pendidikan Syariah Islamiah SEMUA 6
6 Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah SEMUA 3
7 Matematik SEMUA 4
8 Matematik Tambahan SEMUA 4
9 Sains SEMUA(kecuali pakej Agama Ikhtisas II) 5
10 Biologi Pakej Agama Ikhtisas I & II 4
11 Fizik Pakej Sains Tulen 5
12 Kimia Pakej Sains Tulen & Pakej Teknikal 4
13 Ekonomi Pakej Sains Tulen & Pakej Teknikal 4
14 Prinsip Perakaunan Pakej Agama Ikhtisas I & II 4
15 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pakej Agama Ikhtisas I 5
16 Asas Kelestarian SEMUA 5
17 Grafik Komunikasi Teknikal Pakej Teknikal 2
Pakej Teknikal 5
5
8
PAKEJ MATA PELAJARAN SMK AGAMA SLIM RIVER TAHUN 2019
A. Sains Tulen C. Agama Ikhtisas l
1. Bahasa Melayu 1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris 2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab 3. Bahasa Arab
4. Matematik 4. Matematik
5. Sejarah 5. Sejarah
6. Pendidikan Syariah Islamiah 6. Pendidikan Syariah Islamiah
7. Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah 7. Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
8. Matematik Tambahan 8. Matematik Tambahan
9. Fizik 9. Sains
10. Kimia 10. Prinsip Akaun
11. Biologi 11. Ekonomi
B. Teknikal D. Agama Ikhtisas ll
1. Bahasa Melayu 1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris 2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab 3. Bahasa Arab
4. Matematik 4. Matematik
5. Sejarah 5. Sejarah
6. Pendidikan Syariah Islamiah 6. Pendidikan Syariah Islamiah
7. Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah 7. Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
8. Matematik Tambahan 8. Sains
9. Fizik 9. Ekonomi
10. Kimia
11. Grafik Komunikasi Teknikal / Asas
Kelestarian
9
PENGGAL PERSEKOLAHAN 2019
KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH JUMLAH
PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN HARI MINGGU
02.01.2019 31.01.2019 23
01.02.2019 28.02.2019 20 12
01.03.2019
22.03.2019 16
JUMLAH HARI 59
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 1
23.03.2019 31.03.2019 9
1 01.04.2019 30.04.2019 22 8
01.05.2019 24.05.2019 18
JUMLAH HARI 40
CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2
25.05.2019 09.06.2019 16
10.06.2019 30.06.2019 15
23
01.07.2019 31.07.2019 7 9
45 1
01.08.2019 09.08.2019
9
JUMLAH HARI
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
10.08.2019 18.08.2019
2 19.08.2019 31.08.2019 10
01.09.2019 30.09.2019 21
01.10.2019 31.10.2019 23 14
01.11.2019 22.11.2019 16
JUMLAH HARI 70
CUTI AKHIR TAHUN 5
23.11.2019 31.12.2019 39
10
HARI CUTI KELEPASAN AM NEGERI PERAK 2019
TARIKH HARI PERISTIWA
1 Januari Selasa Tahun Baharu 2019
21 Januari Isnin Thaipusam
5 Februari Selasa Tahun Baru Cina
6 Februari Rabu Tahun Baru Cina
1 Mei Rabu Hari Pekerja
19 Mei Ahad Hari Wesak
22 Mei Rabu Nuzul Al-Quran
5 Jun Rabu Hari Raya Puasa/ Aidilfitri *
6 Jun Khamis Hari Raya Puasa/ Aidilfitri (Hari Kedua)*
11 Ogos Ahad Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha*
31 Ogos Sabtu Hari Kebangsaan/ Kemerdekaan
1 September Ahad Awal Muharram (Maal Hijrah)
9 September Isnin Hari Keputeraan SPBYDP Agong
16 September Isnin Hari Malaysia
27 Oktober Ahad Hari Deepavali*
1 November Jumaat Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak
9 November Sabtu Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W/ Maulidur Rasul
25 Disember Rabu Hari Krismas
Catatan: (*) Tertakluk kepada perubahan
Peringatan:
1. Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang
berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya
hari kelepasan am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.
2. Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari
Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.
11
TAKWIM PEPERIKSAAN PERINGKAT AWAM DAN SEKOLAH 2019
PENGGAL PEPERIKSAAN TARIKH
1 UJIAN 1 (Ting 1, 2 & 3) 7 - 11 MAC 2019
UJIAN 1 (Ting 4 & 5) 4 - 11 MAC 2019
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
(23.03.2019 – 31.03.19)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (Ting 1, 2 & 3) 13 - 17 MEI 2019
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (Ting 4 & 5) 2 - 17 MEI 2019
CUTI PERTENGAHAN TAHUN ( 25.05.2019 – 09.06.2018)
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
2 (10.08.2019 – 18.08.2019)
PERCUBAAN UJIAN BERTULIS PT3 22 - 25 JULAI 2019
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 5 - 28 OGOS 2019
PT3 – UJIAN LISAN BERTUTUR (BM & BI) 1 – 30 OGOS 2019
PT3 – UJIAN LISAN MENDENGAR (BM & BI) 19 – 20 OGOS 2019
UJIAN BERTULIS PT3 30 SEPT – 8 OKT 2019
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (Ting.1 & 2 ) 18 - 25 OKT 2019
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (Ting. 4) 8 - 25 OKT 2019
PEPERIKSAAN SPM 4 NOV – 4 DIS 2019
CUTI AKHIR TAHUN (23.11.2018 – 31.12.2018)
12
PANDUAN AM
1 Asas Pengurusan Sekolah
1.1 Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Objektif Kementerian Pendidikan, Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah SMKA dan
Nilai-Nilai Teras Sekolah Menengah
1.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah.
1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah
1.4 Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan
1.5 Semua guru adalah guru disiplin
1.6 Semua guru adalah guru kaunseling
1.7 Mewujudkan Budaya Kerja Cemerlang
1.8 Mengamalkan budaya kerja sepasukan dan kebersamaan
2 Kedatangan
2.1 Jadual waktu persekolahan / waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan
2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah selewat-lewatnya jam 7.15 pagi (Hari Isnin
& Jumaat) dan 7.25 pagi (Selasa, Rabu dan khamis) sebelum waktu persekolahan dan
menandatangani Buku Kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah, waktu
perhimpunan dan waktu bacaan yasin.
2.3 Guru hendaklah memberitahu pihak pentadbir sekolah secepat mungkin, sekiranya tidak dapat
hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang munasabah.
2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam
kecemasan dan tidak terlalu kerap.
2.5 Waktu bekerja staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang
berkuatkuasa.
2.6 Ketidakhadiran bertugas merupakan kesalahan tatatertib di bawah Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, tidak hadir bertugas bermaksud tidak hadir bagi apa-apa
tempoh masa pada masa dan tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bertugas serta tidak
hadir bertugas tanpa cuti atau terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang
munasabah. Pegawai yang tidak hadir bertugas boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan
Peraturan 24, Peraturan-peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,[P.U.(A)395/1993] dan
mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman sehingga dibuang kerja.
3 Keluar Waktu Bertugas
3.1 Pada waktu persekolahan / waktu kerja guru dan staf sokongan ( AKP ) tidak dibenarkan
meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau arahan
dari Kementerian Pendidikan Malaysia/Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Gabungan
Daerah dengan syarat mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua / Penolong Kanan
3.2 Guru dan staf sokongan dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan ditulis dalam Buku
Rekod keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua / Guru Penolong Kanan sebagai tanda kebenaran
sebelum keluar.
13
3.3 Guru dan staf sokongan hendaklah merekodkan waktu keluar dan masuk semula.
3.4 Kerja bertulis dan terancang hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan
kelas/sekolah seperti berkursus, mesyuarat, mengiring murid dll.
4 Melakukan Kerja Luar
4.1 Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am
Bab ’D’ seperti berikut
4.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan
4.1.2 Dibenarkan dengan syarat;
4.1.2.1 tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
4.1.2.2 tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam
4.1.2.3 tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan
kepentingan jabatan.
5 Cuti Cuti Rehat / Cuti Penggal
5.1 Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember
1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi
guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti
sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.
5.2 Cuti Rehat Khas
5.2.1 Cuti Sambilan tidak lebih daripada sepuluh (10) hari yang diberi kepada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977
diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak sepuluh (10) hari dalam satu tahun kalendar; dan
5.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi
dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi
pegawai yang layak.
5.2.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru kontrak
5.2.4 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan
pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
5.2.5 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang
melayakkan dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah Am 1(ix) Bab C)
5.3 Cuti Sakit
5.3.1 Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari berturut-turut
hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
5.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalan
setahun
5.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan
dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.4 Cuti Keluar Negara
5.4.1 Semua guru yang bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan borang
permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh
bercuti.
5.5 Cuti Khas – Isteri Bersalin
5.5.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan
awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua cuti rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini
dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
14
5.6 Cuti Tanpa Rekod
5.6.1 Cuti Tanpa Rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti
latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan,
latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan iktisas,,
mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan [Rujuk Perintah Am 39,41, 42, 43, 44,
45 dan 46 ”Bab C”]
5.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat
5.7.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari
sebagai cuti tanpa rekod. Ahli Keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri, anak-
anak, ibu dan bapa kandung, ibu dan bapa mertua. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan
kelepasan am. Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
5.8 Cuti Kuarantin
5.8.1 Diberikan maksimum lima (5) hari bagi setiap kes kepada anggota perkhidmatan awam
cuti kuarantin untuk menjaga anak yang sakit dengan syarat anak yang dikuarantin
berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun atau tidak kira umur
untuk anak yang cacat otak atau hilang upaya secara kekal: dengan syarat anak itu hilang
upaya secara kekal sebelum mencapai umur 21 tahun.
5.8.1 Senarai penyakit berjangkit yang dibenarkan ialah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
(HFMD), Demam Denggi dan Demam denggi Berdarah, Campak, Chickenpox, Difteria
dan Malaria.
6 Pakaian
6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan penjawat awam dengan
mematuhi pekeliling Perkhidmatan Awam Bil.2/1985,Bil.1/2006 dan Bil.1/2008.
6.2 Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak dibenarkan bagi guru
perempuan.
6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai mengikut
peraturan penjawat awam.
6.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu. Guru perempuan juga dikehendaki
memakai sepatu (kasut sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi. Rujuk
pekeliling SPI Bil.2/1981
6.5 Semua guru dan AKP dikehendaki memakai pakaian batik malaysia pada setiap hari Khamis
6.6 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai:
6.6.1 Guru Perempuan : seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, Kemeja T, kemeja sukan,
baju, trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit
6.6.2 Guru lelaki : seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, Kemeja T, kemeja sukan, baju,
trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit
6.7 Guru lelaki dikehendaki memakai pakaian Kebangsaan berbaju Melayu, seluar dan bersongkok
sepenuhnya pada hari jumaat. Guru tidak dibenarkan memakai pakaian kebangsaan sebahagian
sahaja cth baju melayu sahaja.
6.8 Perhimpunan rasmi( hari Isnin ) guru diminta memakai pakaian lengkap sama ada memakai pakaian
kebangsaan lengkap atau berkemeja bertali leher.
15
7 Tanda Nama
7.1 Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan / hari
bekerja, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah
8 Bilik Guru
8.1 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas.
8.2 Masa tersebut hendaklah dianggap ’non-teaching period’ dan bukannya ’free period’. Masa
tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur
perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.
8.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang
sesuai dan tidak menggangu ketenteraman orang lain.
8.4 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
8.5 Kebersihan dan keselamatan bilik guru menjadi tanggungjawab semua guru, termasuk keselamatan
harta benda yang terdapat dalam bilik guru.
8.6 Guru yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan komputer, lampu, penghawa
dingin dipadam dan semua pintu dikunci.
8.7 Guru-guru bertanggungjawab memastikan bilik guru bersih, ceria dan teratur.
9 Masalah Perjawatan dan Pengajaran
9.1 Sekiranya guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, beliau bolehlah berurusan dengan
Ketua Pembantu Tadbir, Pengetua dan Pembantu Tadbir (Perjawatan).
9.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula bolehlah berurusan dengan Ketua
Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang atau Guru Penolong Kanan.
10 Tugas Guru
10.1 Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran. Tugas
tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.
10.2 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat di Jabatan Pendidikan atau Pejabat Pendidikan
Daerah atau sekolah lain hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru
lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua.
10.3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai
hendaklah dikemukakan kepada Pengetua dengan menggunakan borang khas yang boleh diperolehi
di Pejabat Sekolah
10.4 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke
sekolah hendaklah menjalankan ”In House Training” kepada guru dan dimaklumkan kepada Guru
Penolong Kanan/Pengetua tarikh dan masa pelaksanaannya.
10.5 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk
pelajar dan maklumkan kepada Ketua Bidang.
16
11 Buku Rekod Mengajar
11.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku rekod mengajar. Semua butiran
hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan kepada
Pengetua/Guru Penolong Kanan setiap hujung minggu ( pada hari jumaat ) mengikut jadual untuk
disemak dan ditandatangani.
11.2 Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan, untuk
urusan guru pengganti.
11.3 Setiap akhir persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke Pejabat Sekolah.
12 Jadual Waktu Mengajar
12.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.
12.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
12.3 Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas
sendiri.
12.4 Guru masuk ke kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan segera.
13 Keselamatan Harta Benda Sekolah
13.1 Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar
yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dimaklum
kepada Guru Penolong Kanan HEM.
13.2 Guru Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan
mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dll. Demi keselamatan
harta benda sekolah, guru-guru bertanggungjawab terhadap kunci-kunci atau bilik khas dengan
tidak menyerahkan kepada pelajar.
14 Kebersihan
14.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar
hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan masing-masing. Alat-alat membersihkan
kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik.
14.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas
(bengkel, bilik kaunseling, makmal sains, makmal bahasa dan lain-lain) bertanggungjawab untuk
menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing.
14.3 Semua guru, staf sokongan dan pelajar sama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan
sekolah.
14.4 Sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula guru mata pelajaran hendaklah memastikan
kelas dalam keadaan bersih dan teratur.
14.5 Pastikan setiap pelajar yang bertugas telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna.
14.6 Kerjasama semua guru dipohon memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih dan ceria. Jika
terdapat sampah mohon kerjasama pelajar mengutip dan membuang ke dalam tong sampah.
17
15 Surat Menyurat.
15.1 Semua surat rasmi yang menggunakan letter-head sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua
untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.
15.2 Semua surat rasmi berkaitan dengan tugas hendaklah melalui dan salinan kepada pengetua.
16 Surat yang diterima.
16.1 Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan.
Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut.
16.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada
Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
16.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru
berkenaan, maka guru itu hendaklah :
16.3.1 Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan
asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan dapat disimpan dalam fail
di pejabat.
16.3.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang
yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi
hendaklah disediakan surat litup/iringan (covering) yang boleh didapati di pejabat
sekolah. Adalah tidak wajar borang berkenaan dihantar terus kepada yang
berkenaan tanpa surat litup (covering) dari sekolah walaupun dihantar dengan
serah tangan. Satu salinan borang berkenaan dan surat litup (covering) hendaklah
disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan bila diperlukan.
17 Urusan Dengan JPN/PPD
17.1 Guru dan staf sokongan tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat
Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi kecuali jika diarahkan berbuat demikian
18 Pelawat/Jurujual
18.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/Guru Penolong Kanan terlebih dahulu.
Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan
kebenaran Pengetua/wakilnya
18.2 Pelawat hanya dibenarkan berurusan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada pengarah.
19 Pembelian Barang
19.1 Setiap pembelian barang mesti mematuhi peraturan kewangan dengan mendapat kebenaran terlebih
dahulu dengan menggunakan borang pesanan dalaman (Nota Minta) yang boleh didapati di
pejabat sekolah. Pembelian hanya dibuat selepas LO dikeluarkan.
19.2 Setiap pesanan yang dibuat hendaklah diserta dokumen lengkap seperti sebutharga, lesen
kewangan, penyata bank bagi tujuan mematuhi prosedur kewangan.
19.3 Nota Pinta hendaklah dibuat (2) dua minggu dari tarikh pembelian dan mendapat kelulusan
pengetua.
19.4 Borang tersebut hendaklah disahkan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Guru Penolong Kanan
sebelum diluluskan oleh Pengetua.
18
19.5 Pembantu tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk menyediakan Borang Pesanan
Tempatan (Local Order/LO).
19.6 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima borang, rekodkan no. daftar stok dan
serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta
merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas.
20 Kegiatan Kokurikulum
20.1 Semua guru adalah penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan teratur
mengikut jadual yang ditetapkan.
20.2 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku kehadiran
kokurikulum yang disediakan di pejabat sekolah.
20.3 Guru-guru bertanggungjawab sepenuh memastikan perjalanan kegiatan kokurikulum dan
keselamatan pelajar dalam melaksanakan aktiviti dan kegiatan.
20.4 Sebarang aktiviti atau perjumpaan kokurikulum wajib dihadiri oleh guru penasihat kelab dan
persatuan. Menjadi satu kesalahan jika aktiviti dijalankan tanpa kehadiran guru penasihat.
20.5 Guru-guru bertanggungjawab menyediakan laporan kegiatan aktiviti kokurikulum masing-masing
seperti kehadiran, aktiviti/program, dan rekod pencapaian. Laporan ini hendaklah diserahkan
kepada PK Korikulum sebelum penggal persekolahan berakhir.
21 Perhimpunan Rasmi Sekolah
21.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang
ditetapkan. Kerjasama guru dipohon untuk menepati masa supaya perhimpunan dapat berjalan
lancar.
21.2 Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher( Suit) ketika
menghadiri perhimpunan rasmi.
21.3 Guru akan bersama-sama pelajar menasyidkan Asmaul Husna, menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu
Negeri, dan Lagu Sekolah.
21.4 Guru Bertugas dipohon memastikan bahawa segala persediaan berkaitan perhimpunan berjalan
lancar.
21.5 Sebarang pengumuman yang hendaklah disampaikan hendaklah diserahkan kepada guru bertugas
untuk dibuat pengumuman.
21.6 Guru bertugas hendaklah mencatat laporan dan ucapan yang berlaku semasa di Perhimpunan Rasmi
di dalam Buku Catatan Perhimpunan Rasmi.
21.7 Guru bertugas hendaklah mencatat ucapan pengetua dan wakil pengetua serta didokumentasikan.
22 Mesyuarat Guru
22.1 Pengetua akan memanggil guru bermesyuarat dari semasa ke semasa. Kedatangan guru ke
mesyuarat adalah diwajibkan.
22.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua Guru Penolong Kanan/Guru
Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia.
19
22.3 Pakaian semasa mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja-T, seluar trek, selipar tidak
dibenarkan.
22.4 Guru yang tidak hadir dipohon mengemukakan surat tunjuksebab secara bertulis. Kegagalan
mengemukakan surat tunjuk sebab dianggap ingkar perintah.
23 Acara/Majlis Rasmi Sekolah/Mesyuarat/Kursus Dalaman
23.1 Semua guru DIWAJIBKAN hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga kursus
dalaman.
23.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada
Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.
23.3 Kehadiran ke majlis rasmi sekolah menunjukkan semangat kerjasama dan kesepakatan dalam
kalangan guru.
24 Perhubungan Sesama Rakan Sejawat
24.1 Guru dan staf sokongan hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan
sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud perasaan kekitaan dalam
organisasi.
24.2 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa
pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan sesama rakan ataupun pelajar sekolah ini.
24.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosioekonomi,
kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
25 Keahlian KELAB GURU & KAKITANGAN / PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
25.1 Semua guru dan staf sokongan secara automatik menjadi ahli kelab staf dan semua guru dan ibu
bapa /penjaga menjadi ahli PIBG sekolah.
26 Arahan dan Pekeliling
26.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan
dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
26.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas.
27 Penggunaan Alat - Alat
27.1 Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
27.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan.
27.3 Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan
baik.
27.4 Jika rosak, hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantinya.
20
28 Telefon
28.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sokongan tidak
dibenar menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi.
28.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam bilik darjah dan semasa
mesyuarat.
29 Kunci
29.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku
Rekod Peminjaman di pejabat.
29.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada
Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.
30 Buku Stok / Inventori
30.1 Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan
memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa
dikemaskini, (setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta
merta).
30.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori ini dari
semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Guru Penolong
Kanan/Pengetua.
31 Komputer Riba / LCD Projektor
31.1 Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan LCD projektor hendaklah mematuhi peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Sebarang penggunaan yang
menyalahi etika akan dapat dikesan.
31.2 Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdPc sebagaimana objektif
penggunaannya.
32 Bilik-Bilik Khas
32.1 Guru-guru yang menjaga bilik-bilik khas hendaklah memastikan bilik tersebut kemas, bersih, ceria
dan kondusif.
32.2 Kunci-kunci bilik-bilik khas hendaklah dijaga dengan baik dan satu salinan disimpan di pejabat.
32.3 Guru tidak dibenarkan menyerahkan kunci kepada pelajar untuk tujuan keselamatan.
21
SENARAI TUGAS PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN
1 PENGETUA
Bidang Tugas :
1. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
2. Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum serta
memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
4. Mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/67 tahun 1982 (pindaan)
Senarai Tugas :
1. Pengurusan dan pentadbiran
1.1 Bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan
staf sokongan di sekolah seperti berikut:
1.1.1 menjalankan prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan guru dan staf
sokongan.
1.1.2 menjalankan prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi.
1.1.3 menjalankan prosedur menamatkan perkhidmatan, perletakan jawatan,
penggantungan jawatan dan persaraan.
1.1.4 memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan
kursus dalam perkhidmatan.
1.1.5 mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubungan dengan cuti.
1.1.6 mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan
tugas guru dan staf sokongan sekolah dan pejabat.
1.1.7 menyediakan senarai tugas guru dan staf sokongan.
1.1.8 menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan staf sokongan.
1.1.9 menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan / berkala dan Laporan Sulit Khas
/ Laporan Nilaian Prestasi Khas.
1.1.10 menentukan sistem penyelenggaraan fail yang teratur.
1.1.11 meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan lain yang terdapat
di sekolah.
1.1.12 merancang dan menentukan pelaksanaan Takwim sekolah.
1.1.13 menentukan data maklumat disediakan mengikut jadual.
1.1.14 menjadi Pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
1.1.15 menjadi Penasihat PIBG.
1.1.16 mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat tertentu di peringkat sekolah.
1.1.17 menghadiri mesyuarat-mesyuarat di Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Gabungan/Daerah dan di jabatan-jabatan
kerajaan yang lain.
2 Kewangan
2.1 Menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.2 Menguruskan tuntutan pembayaran per kapita dan lain-lain geran.
2.3 Menentukan segala kutipan (yuran dan sewa) dan lain-lain sumber pendapatan dibuat
dengan sempurna.
2.4 Merancang dan menguruskan segala perbelanjaan dan pendapatan: PTJ, akaun Kerajaan,
SUWA dan asrama.
2.5 Mengurus dan menyempurnakan urusan pembayaran gaji
22
2.6 Mengurus dan menyelenggarakan Buku Tunai untuk Akaun Kerajaan, SUWA dan asrama.
2.7 Menyempurnakan segala persediaan untuk audit akaun sekolah
2.8 Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar
2.9 Menjadi Pengerusi Lembaga Tender / Sebutharga sekolah
2.10 Menentukan Buku Stok diselenggarakan dengan kemaskini
2.11 Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan
lain-lain.
2.12 Menentukan tatacara hapuskira stok dibuat dengan sempurna.
2.13 Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Sekolah.
3 Fizikal dan Pembangunan Sekolah
3.1 Menjalankan pengawasan fizikal sekolah.
3.2 Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan dan kawasan sekolah.
3.3 Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil.
3.4 Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu.
4 Perkembangan Staf
4.1 Merancang dan melaksanakan program atau kursus bagi pemajuan guru dan staf sokongan,
sama ada kursus dalaman atau mengadakan / menghadiri kursus di luar.
5 Kurikulum
5.1 Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
5.2 Menentukan pelaksanaan Sukatan Pelajaran yang ditentukan atau ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.3 Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum di sekolah berjalan dengan sempurna
5.4 Menentukan mata pelajaran elektif
5.5 Menubuhkan Panitia Mata Pelajaran, Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan lain-lain yang
difikirkan perlu.
5.6 Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum.
5.7 Menentukan wujud pusat sumber dan merancang perkembangannya.
5.8 Malaksanakan satu Perancangan Strategik Sekolah.
5.9 Menyemak buku persediaan mengajar PK, PK HEM, PK Kokurikulum, Guru Kanan dan
GBK.
5.10 Mengkaji Laporan Jemaah Nazir untuk diambil tindakan.
6 Kokurikulum
6.1 Menentukan penubuhan Persatuan dan Kelab, Sukan dan Permainan dan Unit Pakaian
Seragam.
6.2 Menentukan unit-unit kokurikulum berjalan dengan aktif, baik dan sempurna.
6.3 Menentukan perkembangan potensi pelajar dalam bidang-bidang di atas.
7 Hal Ehwal Murid
7.1 Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar.
7.2 Menetapkan satu Peraturan Sekolah.
7.3 Menubuhkan Lembaga Pengawas Sekolah.
7.4 Menentukan perjalanan 7.1, 7.2 dan 7.3 di atas dilaksanakan dengan dengan baik dan
sempurna serta adil.
7.5 Bagi keselesaan dan kebajikan pelajar-pelajar, perkhidmatan-perkhidmatan seperti di
bawah ini perlu wujud dan dilaksanakan dengan baik:
7.5.1 Bimbingan dan Kaunseling
7.5.2 Kesihatan
23
7.5.3 Biasiswa / Dermasiswa
7.5.4 Keselamatan
7.5.5 Rekreasi
8 Pengawasan dan Penyeliaan
8.1 Menjadi tugas Pengetua membuat penyeliaan terhadap pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
8.2 Mengawasi perkara-perkara yang telah disebutkan di atas
(no 1 – 7)
8.3 Bertanggungjawab membimbing Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM dan Penolong
Kanan Kokurikulum dalam tugas-tugas mereka serta guru-guru dan staf sokongan dalam
tugas-tugas dan pengajaran mereka.
8.4 Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk tujuan penilaian prestasi mereka pada hujung
tahun.
9 Pengawasan Asrama
9.1 Melantik warden dan Ketua warden.
9.2 Menentukan sistem penempatan pelajar.
9.3 Memastikan menu seimbang disediakan.
9.4 Menentukan adanya langkah-langkah kawalan keselamatan penghuni asrama.
9.5 Mengadakan kemudahan rekreasi.
9.6 Mengadakan kemudahan tempat sembahyang.
9.7 Menyediakan peraturan-peraturan asrama.
9.8 Mengawasi penggunaan air / api.
9.9 Meluluskan perlantikan AJK asrama / pengawas asrama.
9.10 Menentukan pekerja-pekerja asrama, kakitangan dapur dan dewan makan menjalani
pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa.
9.11 Merancang dan menentukan aktiviti kerohanian dijalankan dengan baik.
9.12 Mengkaji laporan penggal yang dibuat oleh warden, pegawai kesihatan, jemaah nazir dan
lain-lain untuk diambil tindakan.
10 Pembangunan Kendiri
10.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
10.2 Menjalankan Kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R & D).
10.3 Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang iktisas dan pengurusan.
10.4 Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.
10.5 Memberikan sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.
10.6 Menjadi Penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Permuafakatan Sekolah.
10.7 Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh KPM / JPN / PPD dan
agensi-agensi luar
10.8 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion Keguruan.
2 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN /KURIKULUM
Bidang Tugas :
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan
keselamatan.
4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
24
Senarai Tugas :
1. Kurikulum
1.1 Menentukan rancangan pelajaran harian dan tahunan.
1.2 Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
1.3 Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan
bengkel.
1.4 Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
1.5 Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru baru dan
guru sandaran tidak terlatih dalam memjalankan tugas harian mereka.
1.6 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan
tindakan susulan.
1.7 Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan
peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan.
1.8 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
1.9 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
1.10 Membantu di dalam pemilihan buku teks, bahan Pusat Sumber dan buku bacaan.
1.11 Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu ganti.
2 Pengurusan
2.1 Membantu menentukan beban tugas guru dan staf sokongan sekolah.
2.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan staf
sokongan.
2.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data / maklumat.
2.4 Membantu merancang dan menyelia takwim sekolah.
2.5 Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
2.6 Membantu menyelia anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.7 Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan.
2.8 Menyelaras semua jenis kutipan yuran.
2.9 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
2.10 Menjadi Penandatangan kedua-dua cek sekolah.
2.11 Menjaga dan menyemak stok / inventori peralatan sekolah.
2.12 Mengurus, menilai prestasi tahunan guru dan staf sokongan
3 Pembangunan Diri Pelajar
3.1 Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah; keceriaan / keindahan dan
kebersihan sekolah.
3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran peringkat sekolah.
3.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
4 Pembangunan Organisasi
4.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibubapa / masyarakat.
4.2 Mengadakan kursus / latihan untuk personel.
5 Pembangunan Kendiri
5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D)
5.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.
25
6 Tugas-tugas lain
6.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari semasa ke
semasa.
6.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diarahkan oleh Pengetua dari
semasa ke semasa.
2 PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
Bidang Tugas :
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal disiplin, bimbingan dan kaunseling,
keselamatan dan kebajikan murid, buku teks, biasiswa, perayaan sekolah, kantin sekolah,
kebersihan, keceriaan serta penyeliaan asrama.
4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara 3 di atas.
5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
Senarai Tugas :
1 Pembangunan Diri Pelajar
1.1 Disiplin
1.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.
1.1.2 Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
1.1.3 Menjadi ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah/MPP.
1.1.4 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid
yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku.
1.1.5 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan murid.
1.1.6 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / penjaga.
1.2 Bimbingan dan kaunseling
1.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program Bimbingan dan Kaunseling
bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.
1.2.2 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid serta
menyediakan laporan yang diperlukan.
1.2.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran murid.
1.2.4 Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid baru.
1.3 Program Perlindungan Murid
1.3.1 Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan
1.3.2 program lain di peringkat sekolah.
Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah
dilaksanakan.
1.4 Kesihatan
1.4.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid.
1.4.2 Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna.
1.4.3 Menyelaras aktiviti kesihatan murid.
26
1.5 Skim Pinjaman Buku Teks
1.5.1 Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
1.5.2 Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.
1.5.3 Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.
1.6 Biasiswa dan Bantuan
1.6.1 Menyelenggara perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
1.6.2 Mengemaskini rekod biasiswa dan bantuan.
1.6.3 Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid.
1.7 Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan Sekolah
1.7.1 Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi kebersihan, keceriaan
dan keindahan sekolah.
2 Pengurusan
2.1 Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran murid.
2.2 Menguruskan kemasukan dan penempatan murid.
2.3 Mengurus dan menyelia data-data APDM/SSDM/KWAMP/eKASIH
2.3 Menguruskan pertukaran murid.
2.4 Menyemak buku kehadiran harian murid.
2.5 Menguruskan surat akuan, sijil-sijil murid, pengesahan dan
pengedaran sijil berhenti sekolah.
2.6 Menyemak Slip Keputusan Peperiksaan.
2.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.8 Membantu merancang takwim sekolah.
3 Pengawasan Asrama
3.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.
3.2 Membantu dalam pemilihan dan penyeliaan warden asrama.
3.3 Menyelaras hal ehwal pembelajaran dan menentukan langkah keselamatan murid.
3.4 Menyeliakan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.
3.5 Menyelia hal makanan dan dapur serta dewan makan.
3.6 Menyelia hal-hal kesihatan penghuni asrama.
3.7 Membantu urusan tender / sebutharga makanan asrama.
3.8 Mempastikan kemudahan / penyertaan asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum.
3.9 Menyelaraskan segala jenis pungutan yang berkaitan dengan asrama.
3.10 Ketua Penasihat Badan Kepimpinan Asrama (BKA).
4 Pembangunan Organisasi
4.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat.
4.2 Mengadakan kursus / latihan untuk personel.
5 Pembangunan Kendiri (Self Developement)
5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
5.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.
27
6 Tugas-tugas lain
6.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari semasa ke
semasa.
6.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari
semasa ke semasa.
4 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Bidang Tugas :
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.P.Kanan dan PK HEM.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam semua aktiviti, kokurikulum iaitu sukan / permainan,
kelab / persatuan dan unit beruniform, aktiviti koperasi sekolah, penerbitan, percetakan majalah
sekolah.
4. Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah.
5. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
6. Memantau dan menyelia pelaksanaan dan pentaksiran PAJSK pelajar.
Senarai Tugas :
1. Kokurikulum
1.1 Sukan dan Permainan
1.1.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di
semua peringkat.
1.1.2 Membantu, merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
1.1.3 Mengurus pemilihan peserta sukan bagi mewakili sekolah.
1.1.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai
matlamatnya.
1.2 Kelab / Persatuan
1.2.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan yang bercorak
akademik.
1.2.2 Memastikan pelaksanaan program kelab dan persatuan berjalan mengikut jadual.
1.3 Unit Beruniform
1.3.1 Merancang strategi penglibatan unit beruniform.
1.3.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah.
1.3.3 Memastikan pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual.
1.4 Koperasi Sekolah
1.4.1 Menyelaras kegiatan koperasi sekolah.
1.5 Penerbitan dan Percetakan Majalah Sekolah
1.5.1 Membantu dan mengurus segala hal yang berkaitan dengan penerbitan dan
percetakan majalah sekolah.
28
2. Pengurusan
2.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
2.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
2.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap bidang aktiviti kokurikulum.
2.4 Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan / rumah dan meningkatkan pencapaian
prestasi aktiviti setiap rumah.
2.5 Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.
2.6 Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
2.7 Mengenalpasti guru / murid yang berpotensi untuk maju dan mengadakan program khas
untuk mereka.
3. Persembahan Sekolah
3.1 Mengenalpasti jenis / aktiviti persembahan sekolah.
3.2 Memantau perjalanan aktiviti sekolah.
3.3 Memastikan pelaksanaan program persembahan sekolah.
3.4 Memastikan kualiti persembahan sekolah.
4. Melaksanakan Majlis-Majlis Penghargaan / Aktiviti Sekolah
4.1 Hari Kokurikulum
4.2 Majlis Anugerah Kokurikulum
4.3 Hari Koperasi Sekolah
4.4 Hari Pelanggan (Unit Beruniform) bersama PIBG
4.5 Malam Kebudayaan / Kesenian Islam Sekolah
5. Melaksanakan Program Sukarelawan
5.1 Merancang aktiviti program sukarelawan.
5.2 Menyelia pelaksanaan aktiviti program sukarelawan.
5.3 Menilai pelaksanaan aktiviti program sukarelawan.
5.4 Melaksanakan program pengantarabangsaan.
5.5 Mengurus keperluan passport/visa/tiket penerbangan/pengangkutan peserta program.
5.6 Menyeliakan pelaksanaan aktiviti program pengantarabangsaan.
5.7 Menilai program aktiviti program pengantarabangsaan.
6. Aktiviti Tambahan Kokurikulum
6.1 Menilai setiap sukan / permainan berdasarkan skema penilaian aktiviti kokurikulum (untuk
individu) dan penilai kokurikulum mengikut SKPM supaya mencapai matlamatnya.
7. Pembangunan Organisasi
7.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat.
7.2 Mengadakan kursus / latihan untuk guru dan staf sokongan.
8. Pembangunan Kendiri
8.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
8.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
8.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
8.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
8.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
8.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.
29
9. Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Kokurikulum
9.1 Mempengerusi Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Kokurikulum dan Permainan.
10. Tugas-tugas lain
10.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari semasa ke
semasa
10.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari
semasa ke semasa
5 GURU KANAN MATA PELAJARAN (KETUA BIDANG)
Bidang Tugas :
1. Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya.
2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang
berkaitan dengan bidangnya.
3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang
berkaitan dengan bidangnya.
4. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pelaksanaan SKPMg2.
5. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.
6. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang yang
berkaitan dengan bidangnya.
7. Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan pihak luar seperti
pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan mengajar bagi guru-guru pelatih / maktab
/ universiti dan seumpamanya.
8. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.
Senarai Tugas :
1. Kurikulum
1.1 Memimpin guru menentu dan merancang Rancangan Pelajaran Harian / Tahunan dan
lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
1.2 Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah
kawalannya.
1.3 Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Membimbing guru terlatih, guru baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas
mereka.
1.5 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan.
1.6 Mengjkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil
tindakan sewajarnya.
1.7 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan
pengkayaan.
1.8 Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum) yang
dijalankan oleh sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
1.9 Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan
bahan-bahan pendidikan lain.
1.10 Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan lain-lain jawatankuasa yang
diarahkan oleh Pengetua.
1.11 Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam
konteks perkembangan staf.
1.12 Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai pengkaedahan dan pendekatan-
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru.
1.13 Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan-amalan
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentasi kurikulum.
30
1.14 Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk
mengatasinya.
2. Kokurikulum
2.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat
akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.
2.2 Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya.
3. Pengurusan
3.1 Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah
bidang dan kawalannya.
3.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru.
3.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan segala jenis
perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
3.4 Membantu merancang takwim sekolah.
3.5 Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.
3.6 Menyediakan anggaran belanjawan/ ABM tahunan sekolah dan mengawal
perbelanjaannya.
3.7 Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.
3.8 Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan, barang atau bahan yang
berkaitan dengan bidangnya.
3.9 Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik darjah
dan sekolah
3.10 Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan
menjaga keceriaannya.
3.11 Menyelia kerja-kerja kursus pelajar dan program Penilaian Kendalian Sekolah Menengah
(PKSM) sebagaimana yang dirancang.
4. Tugas-tugas Lain
4.1 Berhubung dengan PKG, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pusat Sumber Pelajaran
Negeri tentang apa juga maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu
sekolah dan guru.
4.2 Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan
berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan
pengetahuan.
4.3 Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data dan maklumat mengenai semua mata
pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil.
4.4 Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah.
4.5 Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan, penyediaan
jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.
4.6 Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke
semasa.
6 GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Senarai Tugas:
1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
sekolah.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melalui kajian
keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan
sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
31
4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua pelajar
melalui sebarang media yang sesuai.
5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjukajar
(instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
6. Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan bimbingan dan kaunseling individu secara
professional dan beretika.
7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat
sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT.
9. Merancang,melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan
dadah, inhalan, rokok, alcohol dan HIV/AIDS.
10. Merancang,melaksana,mengawalselia dan menilai program dan aktiviti untuk menyelia dan
mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam
dan luar negara.
11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program serta aktiviti perkhidmatan
konsultasi dan rujukan berhubung bimbingan dan kaunseling kerjaya dan pendidikan pencegahan
dadah.
12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu
bapa, guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam
proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrument dan pendekatan secara menyeluruh bagi
meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling.
15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan
peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
17. Memberi khidmat kaunseling kepada pelajar yang memerlukan.
18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
19. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Jawatankuasa Disiplin Sekolah dan Lembaga/Badan Pengawas
Sekolah.
21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
22. Menjadi penyelaras dalam program Jati Diri.
23. Menjadi penyelaras dalam program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya
diri, kepimpinan dan kursus ketatanegaraan.
24. Menghadiri kursus, bengkel atau seminar apabila diarahkan berbuat demikian dan melaksanakan
apa yang dipelajari.
25. Mengendalikan Kelab Bimbingan dan Kaunseling / Kerjaya dan menentukan ianya bergerak
dengan aktif.
26. Menyediakan laporan tahunan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
27. Mengurus dan melaksanakan Ujian Psikometrik
28. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa.
7 GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER (GURU MEDIA)
Senarai Tugas:
1. Mengurus segala yang berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber termasuk anggaran
perbelanjaan, alatan yang diperlukan dan perkara lain yang difikirkan perlu.
2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah.
3. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.
4. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber
yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
5. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
6. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman
berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
32
7. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
8. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
sumber.
9. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri / PKG / Perpustakaan
Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
10. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
11. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber Sekolah.
12. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.
13. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.
14. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri.
15. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber
Sekolah.
16. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti
serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
17. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah.
18. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.
8 GURU PENYELARAS BESTARI
Senarai Tugas:
1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
2. Sebagai penghubung tunggal (single point contact bagi pihak sekolah)
2.1 Menjadi sumber penting penyalur semua maklumat dan maklum balas kepada semua
perisian yang dibekalkan.
3. Mengurus dan menyelenggara kemudahan IT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan serta
menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.
3.1 Memastikan kemudahan infrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal atau
kontraktor memenuhi spesifikasi seperti ditentukan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
3.2 Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari
termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router, hub dan sebagainya.
3.4 Memastikan kesemua infrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.
3.5 Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan
infrastruktur teknologi ditempatkan.
4. Menyediakan keperluan peralatan IT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka
sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
4.1 Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang diperlukan
oleh pihak pengguna.
4.2 Menyediakan keperluan infrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah dan
membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti
Sekolah Bestari.
4.3 Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru seperti sidang
video, penggunaan LCD projector, TV connector dan sebagainya.
5. Melatih guru menggunakan kemudahan IT secara efektif di samping menggalakkan
penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
5.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem
aplikasi seperti bahan Pengajaran dan Pembelajaran.
5.2 Memastikan audit penggunaan kemudahan IT dijalankan untuk menentukan
keberkesanan penggunaan tersebut.
5.3 Memastikan penggunaan bahab-bahan Pengajaran dan Pembelajaran dalam PdPc.
6. Melatih staf menggunakan kemudahan IT secara efektif di samping menggalakkan
penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
6.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan kemahiran kepada
pengguna-pengguna dengan sistem komputer dan aplikasi perisian.
33
6.2 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan.
sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan bahan
Pengajaran dan Pembelajaran.
6.3 Memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School Management
System) untuk pengurusan sekolah beroperasi dengan baik.
7. Sebagai pengurus e-mel.
7.1 Menguruskan akaun pengguna dan e-mel.
8. Memastikan integriti dan keselamatan data
8.1 Memastikan ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti yang
ditetapkan oleh pihak pengurusan.
8.2 Memastikan lemudahan infrastruktur teknologi dengan langkah-langkah seperti berikut:
8.2.1 memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak
komputer.
8.2.2 memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa
sahaja.
8.2.3 memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.
8.2.4 memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat-
tempat yang telah dikenalpasti.
8.3 Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah berikut:
8.3.1 memastikan konfigurasi sistem beroperasi dengan baik dan lancar.
8.3.2 memastikan komputer bebas virus.
8.3.3 membuat back up dan replikasi maklumat.
9. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource) person IT sekolah dan sentiasa mengikuti
perkembangan IT semasa.
9.1 Memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang menghadapi masalah
dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan perisian-perisian seperti Windows, SSMS,
MS Office, E-mel, Internet, printer dan lain-lain lagi.
9.2 Memberi latihan IT dalaman kepada masyarakat sekolah.
9.3 Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan perkakasan,
sistem pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian seperti Sistem Pengurusan
Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan menyelesaikan masalah-
masalah yang dihadapi.
9.4 Menentukan kelancaran perjalanan Sistem Rangkaian secara keseluruhan dan sentiasa
memastikan bahawa pengguna dapat menggunakan sistem dan aplikasi secara optimum
10. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada pihak yang
berkenaan.
11. Mempertingkatkan budaya IT di sekolah.
11.1 Menyediakan garis panduan / peraturan / tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur
teknologi.
11.2 Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan laman web sekolah.
12. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.
9 GURU DATA/GURU ICT
Senarai Tugas:
1. Merancang dan mengajar mata pelajaran tidak melebihi 12 waktu dalam seminggu
2. Bertanggungjawab membantu pihak pengurusan sekolah dalam aspek pengurusan data pada
peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.
3. Menjalankan tugas yang berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan
oleh Pengetua.
4. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah seperti yang diarahkan
oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan
sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.
4.1 Bertanggungjawab bagi pengurusan data bagi aplikasi EMIS iaitu melaksanakan
pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan
34
penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang
ditetapkan yang berkaitan dengan:
4.1.1 Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar
4.1.2 Murid seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain
4.1.3 Staf bukan guru
4.1.4 Profil Sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah
4.1.5 Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa
4.2 Bertanggungjawab sebagai Admin VLE sekolah dan membuat perancangan pelaksanaan
aktiviti dan program frog VLE di sekolah.
4.3 Membantu guru dan staf sokongan dalam pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan,
pengeluaran, penganalisisan, pelaporan dan penyebaran data dan pendidikan seperti
Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dan JK SKPMg2.
4.4 Membantu dalam penyelenggaraan komputer, namun bagi Sekolah Bestari
tanggungjawab teknikal dibuat oleh penyelaras IT.
4.5 Membantu pihak pengurusan sekolah mengemaskini data dan maklumat peringkat
sekolah bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
5 Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat
sekolah
6 Menjadi setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah
7 Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH
Adalah menjadi tanggungjawab Guru Data;
1. Mengemaskini data EMIS Online
2. Mematuhi tarikh kutipan dan garis panduan penyelenggaraan yang telah ditetapkan.
3. Memastikan Data disemak dan disahkan.
4. Menyediakan laporan atau catatan yang diperlukan contoh: catatan atau alasan bagi turun/naik
(perubahan) data enrolmen dan ditentukan sah oleh GPK Kurikulum dan Pentadbiran selaku
pengurusan Maklumat Sekolah sebelum menghantar ke PPD/JPN/KPM.
5. Memastikan Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang dicetak dari aplikasi EMIS Online.
Disemak dan disahkan oleh PGB sebelum dihantar ke PPD.
6. Menyimpan dengan baik segala dokumen ( bahan bercetak atau elektronik) berkaiatn pengurusan
data EMIS Online.
7. Menyelenggara komputer yang digunakan untuk tujuan pengurusan maklumat sekolah dengan
baik. Segala kerosakan peralatan/perisian/talian internet hendaklah dilaporkan kepada Pegawai
Maklumat, PPD dengan segera supaya kutipan data tidak terganggu.
8. Membuat salinan backup data pada setiap kutipan melalui proses muat turun dan menyimpan
data dengan baik.
9. Jika berlaku kerosakan komputer/talian internet segala urusan kemaskini hendaklah dilakukan
disekolah berhampiran PPD/JPN/KPM.
10. Pihak pengurusan sekolah perlu memastikan data disimpan ditempat yang selamat kerana ia
merupakan bahan terkawal dan sulit.
TUGAS GURU DATA SEBAGAI SETIAUSAHA JAWATANKUASA PENGURUSAN
MAKLUMAT SEKOLAH
1. Memastikan data dalam bentuk soft copy serta bercetak yang disediakan setelah disemak dan
ditentukan sah bagi menghasilkan data dan maklumat yang berkualiti, sahih dan menepati masa.
2. Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Maklumat Sekolah ( pengantara ) dalam rangkaian
maklumat Sekolah, PPD, JPN, dan KPM.
3. Menghasilkan laporan statistik dan maklumat pendidikan peringkat sekolah.
4. Memastikan mesyuarat JMPS dilakukan pada akhir bulan Januari, April, Jun dan Oktober
(kutipan Perdana) iaitu sebelum data EMIS Online dimuat turun oleh PPD/JPN/KPM.
35
10 GURU MATA PELAJARAN
Senarai Tugas :
1. Mengajar mata pelajaran mengikut jumlah waktu dan kelas yang ditetapkan.
2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan
huraian sukatan yang berkenaan.
3. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran
yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi
pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir setiap PdPc bagi setiap
tingkatan.
4. Mempunyai Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua atau
wakilnya pada masa yang ditetapkan.
5. Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian bagi mata pelajaran yang diajar dengan
lengkap dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan.
6. Rancangan Harian perlu disediakan sekurang-kurangnya sehari sebelum PdPc tersebut dijalankan.
7. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan murid dan
memulangkan semula secepat mungkin. Menyerah / menunjukkan buku latihan murid kepada
Pengetua atau wakilnya pada masa yang dikehendaki.
8. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada murid. Rekodkan soalan-soalan dan keputusan
ujian dalam Buku Rekod Mengajar.
9. Mengesan kelemahan murid dalam mata pelajaran yang diajar dan menjalankan kelas pemulihan /
bimbingan untuk mencapai visi sekolah.
10. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan
keputusan mesyuarat panitia.
11. Guru mata pelajaran hendaklah menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
12. Memastikan keselamatan murid di makmal sains / bengkel KH / bilik ERT / makmal Bahasa /
makmal komputer dan bilik-bilik khas yang lain serta mengawasi penggunaan peralatan.
13. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang
dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat
Pendidikan Daerah. Menyampaikan semula kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang
sama di sekolah.
14. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran
berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam PdPc.
15. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah PdPc untuk tindakan selanjutnya.
16. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan , memastikan
ABM digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar
bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
17. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
18. Membantu menguruskan Koleksi Soalan dan Bank Soalan.
19. Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.
20. Bekerja sebagai “Team Player”.
21. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid atau Penolong Kanan Kokurikulum dari semasa ke semasa.
11 GURU PENYELARAS TINGKATAN
Senarai Tugas
1. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan di bawah jagaannya.
Persetujuan Penolong Kanan HEM perlu diminta terlebih dahulu
2. Menerima kemasukan murid baru dan membuat penempatan mengikut keputusan peperiksaan
dan minat / aliran bagi murid Tingkatan 4 dan 5.
3. Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku SPBT.
4. Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa memilih murid yang layak untuk diberi
bantuan / biasiswa.
36
5. Memaklumkan kepada Pengetua / Penolong Kanan tentang jumlah pelajar dalam setiap kelas dari
semasa ke semasa.
6. Penyelaras Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 bertindak membantu penyelaras peperiksaan PT3 dan
SPM.
7. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baru disimpan di dalam daftar masuk (ikut
tingkatan) dengan kemas dan teratur.
8. Bekerjasama dengan guru tingkatan dalam memastikan dokumen-dokumen berikut dihantar ke
sekolah baru jika berlaku pertukaran murid.
a Buku Laporan Prestasi Akademik Murid (SAPS)
b Buku Rekod Kokurikulum (PAJSK & SEGAK)
c Borang Pinjaman Buku Teks (SPBT G)
d Sijil Berhenti Sekolah
e Dokumen berkaitan PBS
f Profil Pelajar APDM
9. Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran murid, dan memastikan fail tersebut disimpan di
pejabat. Kerjasama Pembantu Am Pejabat diperlukan.
10. Berada di sekolah pada hari pendaftaran murid dan membantu guru tingkatan satu untuk
mengagih murid.
11. Memastikan guru tingkatan memberi bilangan, nombor pendaftaran dan memasukkan butiran-
butiran murid dalam buku pendaftaran.
12. Menyemak fail-fail kemasukan murid dan memastikan ia kemaskini.
13. Bertanggungjawab menjaga Buku Pendaftaran dan memastikan buku tersebut disimpan di pejabat
14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke
semasa.
12 GURU TINGKATAN
Senarai Tugas :
1. Pengurusan Bilik Darjah
1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketua kelas, penolong ketua kelas,
setiausaha dan ahli jawatankuasa kelas.
1.2 Mengadakan mesyuarat kelas dari semasa ke semasa.
1.3 Memastikan kelas dalam keadaan bersih dan ceria.
1.3.1 Bidang Tugas Kebersihan
a membersihkan papan tulis
b menyapu lantai
c mengelap cermin
d menyusun kerusi meja
e membuang sampah
1.3.2 Tugas Keceriaan
a mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat
dari semasa ke semasa
b menyediakan alas meja, langsir dan bunga untuk kelas
1.4 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada dalam kelas
a Nama Pengetua
b Nama PK1, PK HEM dan PK kokurikulum
c Nama Ketua Bidang
d Nama Guru Tingkatan
e Nama Guru Mata Pelajaran
f Jadual Waktu
g AJK Kelas dan Jadual Bertugas Murid
h Jumlah perabot dalam kelas (kerusi meja murid, meja
guru dan papan tulis
i Misi dan Visi Sekolah
j Moto Kelas
k Inventori kelas (Kew PA 7).
37
1.5 Memastikan pelajar membuat jadual tugasan dan menjalankan tugas masing-masing.
1.6 Memastikan perabot, peralatan dan keadaan fizikal kelas dalam keadaan selamat.
1.7 Menerima laporan kerosakan dan mengambil tindakan segera dengan melaporkannya
kepada pihak pengurusan [PKHEM].
1.8 Memaparkan dengan jelas segala peraturan berkaitan dengan kelas di papan kenyataan
kelas.
1.9 Menentukan disiplin murid di dalam kelas terkawal.
1.10 Memastikan papan kenyataan kelas diuruskan teratur dan dapat memanfaatkan murid.
1.11 Menentukan wayar elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan selamat digunakan.
1.12 Memastikan segala peralatan elektrik dimatikan oleh ketua/penolong ketua tingkatan
sebelum meninggalkan kelas.
1.13 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
1.14 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya yang terpulang kepada budi bicara murid.
Tabung ini digunakan untuk
a Keceriaan kelas
b Kebajikan murid
c Membeli peralatan kelas
2. Jadual Kedatangan Murid
2.1 Merekod dan memasukkan semua butiran murid ke dalam Jadual Kedatangan mengikut
ruangan yang ditetapkan.
2.2 Menandakan kedatangan murid setiap hari sebelum masa pertama.
2.3 Menghantar Jadual Kedatangan murid ke pejabat am sekolah sebelum bermula waktu
ketiga pada setiap hari persekolahan.
2.4 Menutup Jadual Kedatangan pada akhir tiap-tiap bulan, mengisi borang retan bulanan dan
menyerahkannya kepada PK HEM.
2.5 Memastikan murid yang tidak hadir membawa surat ibu bapa / penjaga / doktor jika tidak
dapat hadir ke sekolah.
2.6 Memaklumkan ketidakhadiran murid ke sekolah yang melebihi tiga (3) hari kepada PK
HEM dan ibu bapa / penjaga.
2.7 Mengambil tindakan tentang pertukaran pelajar
- mencatatkannya ke dalam Jadual Kedatangan
- menyediakan dokumen pertukaran seperti Sijil Berhenti Sekolah, Laporan Keputusan
Peperiksaan, Butiran Biasiswa, Markah Ujian Lisan, Kerja-kerja Kursus, Rekod
Kesihatan Murid dan perkara-perkara lain yang berkaitan dan menyerahkannya ke
pejabat am sekolah.
2.8 Warna dakwat yang digunakan dalam jadual kedatangan hendaklah serupa dari awal
hingga akhir.
2.9 Pemadam cecair tidak boleh digunakan untuk memadam apa-apa catatan dalam jadual
kedatangan. Sekiranya berlaku kesilapan, potong sahaja dengan menggunakan dakwat
yang serupa dan tandatangan ringkas.
3 Pungutan Wang
3.1 Mengutip bayaran persekolahan, peperiksaan, PIBG dan lain-lain yuran yang diarahkan.
3.2 Mengeluarkan resit bayaran yuran dan rekod dalam Jadual Kedatangan.
3.3 Menghantar wang kutipan kepada kerani kewangan di pejabat sekolah dan bendahari
PIBG pada hari diterima.
3.4 Memasukkan butir bayaran ke dalam Jadual Kedatangan kelas.
3.5 Mengambil tindakan sewajarnya seperti memberikan peringatan terhadap murid yang
masih belum menyelesaikan bayaran.
4 Membantu Jawatankuasa SPBT serta Bantuan dan Biasiswa
4.1 Mengedarkan borang berkenaan kepada murid-murid.
4.2 Mencadangkan murid-murid yang sesuai untuk menerima bantuan dengan mematuhi
syarat yang ditetapkan.
38
4.3 Membantu murid mengisi borang permohonan.
4.4 Menguruskan penyerahan, pengambilan serta pemulangan buku-buku SPBT mengikut
jadual yang ditetapkan.
5 Akademik
5.1 Mengumpul semua markah ujian/peperiksaan daripada guru mata pelajaran.
5.2 Mengisi markah ujian / peperiksaan ke dalam komputer.
5.3 Memproses dan menganalisis data.
5.4 Mengisi markah ujian / peperiksaan murid ke dalam Buku Laporan Prestasi murid.
5.5 Menulis dan memberikan ulasan sewajarnya serta menandatangani Buku Rekod Prestasi
Murid.
5.6 Menghantar Buku Rekod Prestasi Murid kepada Pengetua / Penolong Kanan untuk
ditandatangani.
5.7 Mengenal pasti murid-murid yang lemah dalam pelajaran dan mengambil langkah
tertentu mengatasinya.
6 Kokurikulum
6.1 Mengumpul dokumen berkaitan kokurikulum setiap individu dalam kelas.
6.2 Semua dokumen disimpan dalam fail peribadi pelajar.
7 Lain-lain tugas
7.1 Mengedarkan borang serta membantu murid mengisi borang-borang surat akuan dan
surat berhenti sekolah murid yang akan digunakan bagi keperluan mengeluarkan Sijil
Berhenti dan Surat Akuan.
7.2 Melaporkan murid-murid yang perlu bimbingan dan kaunseling kepada Unit Bimbingan
dan Kaunseling serta memberi kerjasama yang diperlukan.
7.3 Bertanggungjawab tentang kebajikan murid di dalam kelas.
7.4 Menyedia dan mengisi profil pelajar dalam komputer.
7.5 Bertanggungjawab menyemai dan memupuk rasa kebanggaan terhadap sekolah serta
semangat kekitaan dan semangat kekeluargaan di kalangan murid-murid di dalam kelas.
7.6 Melaporkan kepada Penolong Kanan dan Penolong Kanan HEM tentang perkara-perkara
yang tidak dapat diatasi sendiri, misalnya masalah disiplin.
7.7 Membantu penyelaras tingkatan / setiausaha peperiksaan melengkapkan butir-butir yang
dikehendaki bagi peperiksaan PT3 , SPM atau STPM.
7.8 Memastikan Ketua / Penolong Ketua Tingkatan mengambil dan menghantar semula Buku
Kawalan Kelas (BKK) kepada PK HEM
7.9 Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Pengetua dan Penolong-
Penolong Kanan.
13 GURU BERTUGAS MINGGUAN
Senarai Tugas :
1. Guru Bertugas hendaklah datang ke sekolah awal sekurang-kurangnya 15 minit sebelum
sesi persekolahan iaitu jam 7.15 pagi dan pulang jam 4.30 ptg selepas masa prep petang tamat.
2. Membantu Pengetua membuat pengawasan menyeluruh terhadap murid-murid sebelum waktu
perhimpunan pagi sebelum masa pertama bermula, semasa rehat, sekitar kawasan sekolah dan
mengambil tindakan segera jika perlu.
3. Memeriksa kebersihan bilik-bilik darjah, bilik air, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
4. Menilai dan memberi markah kebersihan dan keceriaan kelas serta diumumkan pemenang semasa
perhimpunan rasmi. Keputusan pemenang hendaklah diserahkan kepada PK HEM pada hari
Jumaat untuk tujuan pengesahan.
5. Memastikan murid menepati waktu datang ke sekolah dan balik dari sekolah, waktu rehat dan
masa pertukaran guru.
6. Mengawasi kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah dan persediaan makanan di asrama
7. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah
39
8. Mengumumkan dan menyebarkan maklumat dan arahan-arahan kepada guru dan murid waktu
perhimpunan pagi dan waktu rehat.
9. Mengelolakan perhimpunan pagi dan perhimpunan rasmi. Murid dipastikan hadir ke
perhimpunan dan beratur dengan kemas.
10. Mengurus dan memastikan pembesar suara berfungsi dengan baik dan tempat duduk guru
mencukupi untuk perhimpunan rasmi.
11. Menyampaikan ucapan ringkas/pengumuman semasa perhimpunan pagi dan menyampaikan
laporan mingguan semasa perhimpunan rasmi.
12. Menyediakan laporan berasingan untuk perhimpunan rasmi dan dapatkan pengesahan Pengetua /
PK sebelum di failkan.
13. Menjadi pencatat taklimat mingguan (jika ada) dan dapatkan pengesahan Pengetua / PK sebelum
difailkan.
14 Menyediakan laporan lengkap dalam Buku Laporan Guru Bertugas mengikut format yang
disediakan.
40
SENARAI TUGAS
JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN
DAN PENTADBIRAN
JK KEUTUHAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Bidang Tugas
1 Bertanggungjawab untuk memastikan visi dan misi sekolah tercapai.
2 Menjalankan tugas berasaskan peruntukan, undang-undang dan peraturan pelajaran serta Arahan
Perbendaharaan, Perintah Am dan Surat-Surat Pekeliling Am/Khusus yang berkaitan.
3 Bertindak berasaskan peraturan-peraturan yang diluluskan oleh jawatankuasa dengan tidak melampaui
kuasa-kuasa yang diperuntukkan.
Senarai Tugas
1 Kurikulum
1.1 Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian
dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
1.2 Memimpin perjalanan panitia-panitia mata pelajaran di bawah kawalannya.
1.3 Menjalankan penyeliaan/pencerapan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggarakan dengan berkesan.
1.5 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan
sewajarnya.
1.6 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti bimbingan, pemulihan dan pengayaan.
1.7 Menganggotai jawatankuasa kokurikulum sekolah dan jawatankuasa lain yang diarahkan oleh
Pengetua.
1.8 Membantu menjalankan kursus taklimat atau penerangan di sekolah dalam konteks
perkembangan staf.
1.9 Mendapatkan dan menyebarkan maklumat terkini tentang kaedah atau pendekatan PdPc yang
berkesan kepada guru-guru.
1.10 Mengenalpasti kelemahan pelajar serta masalah disiplin dan mencari langkah mengatasinya.
2 Kokurikulum
2.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik
bagi membantu meningkatkan kecemerlangan akademik.
3 Pentadbiran
3.1 Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang
kawalannya.
3.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru.
3.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data dan maklumat serta segala jenis
perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
3.4 Membantu merancang takwim sekolah.
3.5 Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.
3.6 Menjaga dan menyemak stok/inventori segala peralatan barang atau bahan yang berkaitan.
3.7 Menyediakan anggaran belanjawan dan mengawal perbelanjaan di bawah bidang kawalannya.
3.8 Menentukan aspek penyemaian nilai-nilai murni yang diamalkan di bilik darjah dan di sekolah.
41
4 Tugas-tugas lain
4.1 Berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pusat Sumber
Pendidikan Negeri mengenai apa jua maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk
membantu guru dan sekolah.
4.2 Berhubung dengan Guru Kanan Mata Pelajaran sekolah lain bagi tujuan berkongsi maklumat dan
sumber pendidikan.
4.3 Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan sekolah.
4.4 Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, penyediaan jadual waktu sekolah dan
urusan Pusat Sumber.
4.5 Melaksanakan segala arahan dan tugas yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN [JPKA]
Senarai Tugas
1 Mengadakan mesyuarat tiga bulan sekali selepas tamat tempoh setiap suku tahun (4 kali setahun)
2 Menyediakan Minit Mesyuarat JPKA dalam tempoh 3 hari dari tarikh mesyuarat.
3 Menyediakan Laporan JPKA [Lampiran III, PP Bil 10/2008].
4 Membaca dan memahami pekeliling/surat yang berkaitan dengan kewangan dan Perakaunan.
5 Membantu Pengetua mengawasi, mengesan dan menyelia semua urusan kewangan dan akaun supaya
berjalan lancar dan menepati kehendak Akta Prosedur Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan,
Surat Pekeliling dan Tatacara yang berkaitan;
5.1 Pengurusan Perbelanjaan
5.2 Pengurusan Perakaunan
5.3 Pengurusan pungutan dan tunggakan hasil
5.4 Penyediaan dan pembentangan Penyata Kewangan dan Laporan Tahunan Sekolah
6 Membantu Pengetua meneliti dan mengambil tindakan susulan terhadap laporan Audit.
7 Memastikan semua pembelian / pembayaran dibuat mengikut prosedur kewangan (pesanan tempatan,
invois, bil, baucer dan cek).
8 Merancang latihan untuk staf yang mengurus hal-hal pengurusan kewangan.
JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET
Senarai Tugas
1 Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah serta Tatacara Pengurusan Aset
Alih Kerajaan.
2 Semua penerimaan/pembelian mesti direkodkan dalam Kad Harta Modal, Inventori dan Buku Bekalan
Pejabat.
3 Mengurus semua harta benda sekolah yang hendak dihapuskira mengikut peraturan.
4 Mengenal pasti keperluan perabot.
5 Memastikan sistem inventori dilaksanakan.
6 Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan dan akhir tahun.
7 Mengurus semua aset sekolah termasuk membaiki dan menyelenggara bila perlu.
8 Memastikan semua aset sekolah disimpan dengan selamat.
9 Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga keselamatan perabot dan harta benda
sekolah.
10 Memastikan semua murid memulangkan alat-alat sekolah yang dipinjam sebelum mereka menerima
Sijil Berhenti Sekolah.
11 Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa.
42
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN PRASARANA SEKOLAH
Senarai Tugas
1 Mengesan dan mengenalpasti serta menerima laporan berkaitan kerosakan bangunan sekolah serta
menentukan keutamaan pembaikan.
2 Menyelia sebarang pembaikan dan pengubahsuaian bangunan sekolah, asrama, padang dan
gelanggang.
3 Mewakili Pengetua bagi membuat semakan sama ada sesuatu projek atau kerja pembaikan telah
dilaksanakan dengan sempurna atau belum.
4 Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit yang berkaitan.
5 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
JAWATANKUASA SEBUTHARGA
Senarai Tugas
1. Peti Sebutharga hendaklah dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Sebutharga secepat mungkin selepas
sebutharga ditutup.
2. Jawatankuasa Pembuka Sebutharga hendaklah menyenaraikan dengan nombor bersiri dokumen yang
dibuka dan menandatangani ringkas dokumen tersebut.
3. Jawatankuasa Pembuka Sebutharga hendaklah menandatangan ringkas semua muka surat yang
mengandungi kadar harga kecuali Borang Sebutharga yang memerlukan tandatangan penuh. Apa jua
pembetulan / pindaan dan ketidaksamaan dalam Borang Sebutharga hendaklah ditandatangan ringkas dan
catatan mengenainya dibuat dalam Jadual Sebutharga.
4. Jawatankuasa Pembuka Sebutharga hendaklah mengisikan Jadual Sebutharga dan ditandatangani oleh
semua ahli. Anggaran Jabatan hendaklah dicatatkan dalam Jadual Sebutharga. Jadual tersebut hendaklah
menggunakan format seperti di Lampiran C.
5. Satu jadual berasingan tanpa nama-nama kontraktor dan anggaran jabatan, hendaklah dipamerkan di Papan
Kenyataan.
6. Sebutharga yang lewat diterima tidak boleh dibuka dan seterusnya tidak boleh dipertimbangkan. Catatan
mengenai tarikh dan waktu penerimaannya hendaklah dibuat di atas sampul surat berkenaan.
7. Semua dokumen sebutharga termasuk Jadual Sebutharga hendaklah diserahkan kepada Pegawai Penilai
Sebutharga dengan secepat mungkin.
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN STAF / LDP DAN KONSULTASI
Senarai Tugas
1. Mengurus
1.1 Surat rasmi Unit LDP JPN dan Penyelaras LDP PPD
1.2 Kajian keperluan kursus di kalangan PPP di peringkat sekolah
1.3 Maklumat Unit LDP JPN dan Penyelaras LDP PPD dan menyebarluaskan maklumat
kepada PPP di sekolah
1.4 Peruntukan kewangan dan perbelanjaan yang disalurkan melalui JPN
1.5 Pelaporan prestasi perbelanjaan kepada pihak JPN
1.6 Maklumat kursus/latihan /bengkel yang diadakan diperingkat sekolah
1.7 Fail LDP dan mengemaskini dari semasa ke semasa
2. Menyediakan maklumat/data PPP di sekolah, berkaitan LDP di dalam pengkalan data dan
mengemaskinikannya setiap tiga bulan (Mac, Jun, Sept dan Disember) setahun.
3. Mengadakan mesyuarat JK LDP peringkat sekolah.
4. Menghadiri mesyuarat JK LDP peringkat PPD/JPN sekiranya dipanggil.
5. Mencadangkan keperluan dan kepentingan kursus untuk PPP di sekolah.
6. Merancang dan melaksanakan kursus dalaman (in house traning) di peringkat sekolah.
43