PELAN
ANTIRASUAH
GIATMARA
2021-2025
Hak Cipta Terpelihara
© GIATMARA Sendirian Berhad
Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan
ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh
diperoleh semula atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara
sekalipun, sama ada secara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau
sebaliknya tanpa mendapat izin bertulis daripada GIATMARA Sendirian
Berhad.
DITERBITKAN OLEH:
GIATMARA Sendirian Berhad
Wisma GIATMARA, No.39 & 41,
Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur
Tel: 03-2691 2690
Laman Web: www.giatmara.edu.my
Perutusan Pengerusi
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya,
GIATMARA Sendirian Berhad telah Berjaya menghasilkan dan menerbitkan
Pelan Anti Rasuah GIATMARA atau GIATMARA Anti-Corruption Plan
(GACP).
Pelan Anti Rasuah GIATMARA 2021-2025 merupakan usaha GIATMARA
dalam mendukung aspirasi kerajaan dan masyarakat Malaysia untuk
menjayakan agenda nasional bagi pembanterasan rasuah di negara ini.
Pelan Anti Rasuah GIATMARA merupakan satu pelan yang komprehensif
dan inklusif dalam menangani risiko rasuah, integriti dan tadbir urus di
GIATMARA.
Pelan ini akan menjadi rujukan dan dijadikan sebagai satu panduan
dan hala tuju dalam usaha-usaha GIATMARA untuk memerangi dan
membenteras rasuah. Saya juga percaya tanpa rasuah, penyelewengan
serta salah guna kuasa, perkhidmatan GIATMARA dapat ditingkatkan
daripada sudut kecekapan, ketulusan dan akauntibiliti.
Semoga GIATMARA akan terus unggul di mata masyarakat sebagai sebuah
organisasi bebas rasuah. Oleh itu saya menyeru agar kita semua terus
berganding bahu dan tolong-menolong bagi memastikan segala inisiatif
yang telah digariskan dalam pelan ini dapat direalisasikan dengan jayanya.
Semoga segala usaha kita ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua individu
yang terlibat dalam membangunkan Pelan Anti Rasuah GIATMARA 2021-
2025.
Sekian, terima kasih.
DATO’ ABDUL HALIM BIN MANSOR D.S.A.P
Pengerusi
GIATMARA Malaysia
ii
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
Pernyataan Komitmen Pengurusan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya,
GIATMARA Pelan Anti Rasuah atau GIATMARA Anti-Corruption Plan
(GACP) 2021-2025 dapat dirangka dan diterbitkan.
Sejajar dengan misi utama GIATMARA untuk menyediakan latihan
teknikal dan vokasional yang berkualiti dalam memenuhi kehendak
negara untuk mewujudkan tenaga kerja mahir dan bakal usahawan
bumiputera yang berdaya saing, Pelan Anti Rasuah yang dihasilkan juga
memberi penekanan dalam mempertingkatkan keberkesanan latihan,
meningkatkan pengurusan khidmat bimbingan dan bantuan selain
daripada meningkatkan ketelusan proses perolehan dan memantapkan
Akauntabiliti Aset dan Pembangunan.
Setiap pelan tindakan dan inisiatif yang terdapat dalam pelan ini adalah
hasil daripada perbincangan yang meliputi semua aspek yang berkait
rapat dengan kefungsian GIATMARA. Pelan Anti Rasuah GIATMARA
diharapkan menjadi pemangkin untuk mengatasi kelemahan integrity
dan tadbir urus terbaik organisasi secara menyeluruh sama ada di Ibu
Pejabat mahupun di GIATMARA negeri serta di Pusat GIATMARA.
Saya juga berharap semua warga kerja GIATMARA menjaga tugas dan
amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya. Surah Al-Mukminum
ayat 8-11 Allah berfirman yang bermaksud “Dan orang yang memelihara
amanah dan janjinya; Dan orang yang memelihara solatnya; mereka
itulah yang berhak mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di
dalamnya.” Jadikanlah matlamat kita dalam menjaga amanah bukan
hanya untuk urusan di dunia tetapi untuk jaminan akhirat kita. Insya
Allah.
Besar harapan saya agar Pelan Anti Rasuah GIATMARA ini dapat menjadi
rujukan kepada semua warga kerja GIATMARA dari pengurusan tertinggi
sehingga ke peringkat bawah agar semua pegawai dapat melaksanakan
tugasan dengan penuh integriti dan GIATMARA menjadi satu organisasi
bebas rasuah.
JABAR AZMAN BIN HJ. JAAFAR
Ketua Pegawai Eksekutif
GIATMARA Malaysia
iii
Dari Meja Unit Integriti & Tatatertib
Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T, Pelan Anti Rasuah
GIATMARA 2021-2025 telah berjaya dirangka dan diterbitkan. Unit
Integriti Dan Tatatertib GIATMARA ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak pengurusan GIATMARA terutamanya Pengerusi
GIATMARA, Dato’ Abdul Halim bin Mansor d.s.a.p, Ketua Pegawai
Eksekutif GIATMARA, En. Jabar Azman bin Haji Jaafar GIATMARA dan
semua Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA atas sokongan
yang telah diberikan sehingga Pelan Anti Rasuah ini dapat dirangka dan
diterbitkan.
Pelan Anti Rasuah GIATMARA 2021-2025 ini dibangunkan bagi jangkamasa
lima (5) tahun bertujuan untuk menjadikan GIATMARA sebagai sebuah
Institusi Latihan Kemahiran yang mengamalkan tadbir urus yang baik
dan berintegriti. Pelan ini juga diharap dapat memperkasakan tadbir urus,
memantapkan integriti dan menguatkuasakan pencegahan rasuah yang
berkesan di kalangan semua warga kerja, pelatih dan juga bakal-bakal
Usahawan kelahiran GIATMARA. Moga dengan pelan anti rasuah dapat
melahirkan usahawan yang amanah, teguh integriti dan berdaya saing.
Unit Integriti Dan Tatatertib juga merakamkan setinggi tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan
oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menghasilkan Pelan Anti Rasuah GIATMARA 2021 – 2025. Semoga semua
warga GIATMARA dapat memanfaatkan penghasilan Pelan Anti Rasuah
ini dalam usaha memerangi rasuah dan salah laku integriti.
Unit Integriti Dan Tatatertib,
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia,
GIATMARA Malaysia.
iv
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
Ringkasan Eksekutif
Pelan Anti Rasuah GIATMARA (GACP) 2021-2025 ini telah dibangunkan
untuk mencapai matlamat utamanya untuk memastikan Organisasi
GIATMARA Malaysia bebas daripada jenayah rasuah, salahguna kuasa
dan penyelewengan serta menyambut seruan arahan YAB Perdana Menteri
Malaysia Siri 2 No.1 Tahun 2019.
GIATMARA berusaha memantapkan tadbir urus, integriti dan anti rasuah
dalam sistem pengurusannya melalui GACP dengan garis panduan
tindakan dan pemantauan yang lebih baik dan berkesan. Ia adalah
panduan untuk anggota kerja GIATMARA secara keseluruhannya. Namun
begitu, kejayaan GACP ini tetap bergantung kepada iltizam, kesungguhan
dan komitmen seluruh anggota kerja GIATMARA.
GACP menetapkan lima (5) bidang keutamaan yang menjadi fokus
dalam usaha memperkasakan tadbir urus, memantapkan integriti dan
menguatkuasakan pencegahan rasuah dengan berkesan iaitu:
• Penyediaan Latihan Kemahiran,
• Bimbingan Dan Bantuan Usahawan,
• Pengurusan Proses Perolehan,
• Pentadbiran Aset Dan Pembangunan
• Tadbir Urus Dan Sumber Manusia.
v
Singkatan Perkataan
GIATMARA GIATMARA Malaysia.
GACP Pelan Anti Rasuah GIATMARA/GIATMARA Anti Corruption Plan.
TriG Training of Income Generation.
RND Program Pembangunan Produk Usahawan.
PENJANA Pendigital Usahawan.
UPP Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan.
IYSO International Youth Skills Olympic.
PWTC Pusat Dagangan Dunia Putra.
MTE Malaysia Technology Expo.
KIK Kumpulan Inovasi dan Kreatif.
MARA Majlis Amanah Rakyat.
SPG Peraturan Perkhidmatan GIATMARA.
GMTP Pelan Transformasi GIATMARA 2012-2020.
GRSP Pelan Rasionalisasi Dan Strategik GIATMARA 2020-2025
UIT Unit Integriti dan Tatatertib.
MACA Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia.
IBR Ikrar bebas Rasuah.
KPTM Kolej Poly-Tech MARA.
SPRM Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.
KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar.
NACP Pelan Anti Rasuah Nasional/National Anti Corruption Plan.
CRM Corruption Risk Management/Pengurusan Risiko Rasuah.
CRA Corruption Risk Assessment.
BPK Bahagian Pembangunan Kerjaya Dan Industri.
UIT Unit Integriti Dan Tatatertib.
BSM Bahagian Pembangunan Sumber Manusia.
BPA Bahagian Pengurusan Projek Dan Aset.
BKK Bahagian Kurikulum Dan Kemahiran.
BPU Bahagian Pembangunan Usahawan.
BDS Bahagian Dasar Dan Strategik.
BKW Bahagian Kewangan.
BEK Bahagian Hal Ehwal Korporat.
BPS Bahagian Pembangunan Sistem Maklumat.
BPP Bahagian Pembangunan Perniagaan.
AUD Bahagian Audit Dalam.
PUU Penasihat Undang-Undang.
PGM Pusat GIATMARA.
PGN Bahagian Pejabat GIATMARA Negeri.
PMP Pegawai Mengawal Pusat.
JAR Jawatankuasa Antirasuah.
vi
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
Kandungan
BAB 01 | Pengenalan Halaman
Latar Belakang GIATMARA Malaysia 7
Visi, Misi & Objektif
Dasar Integriti & Tadbir Urus 13
14
BAB 02 | Pengurusan Integriti dan Tadbir Urus
Struktur Pengurusan Integriti dan Tadbir Urus 1
Pelaksanaan Program dan Aktiviti 1
Kekangan Pelaksanaan Program 1
BAB 03 | Memperkasa Pencegahan Rasuah 1
Kepentingan Pencegahan Rasuah 1
Pengurusan Risiko Rasuah 1
Kerangka Pelan Anti Rasuah GIATMARA
1
BAB 04 | Pelan Tindakan Anti Rasuah 1
Bidang Keutamaan 1
Strategi Pelaksanaan
Pelan Tindakan 1
1
BAB 05 | Rumusan 1
Pelaksanaan Dan Penyelarasan
Pemantauan Dan Pelaporan
Penghargaan
vii
|BAB 01
PENGENALAN
• LATAR BELAKANG GIATMARA MALAYSIA
• VISI, MISI & OBJEKTIF
• DASAR INTEGRITI & TADBIR URUS
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
LATAR BELAKANG GIATMARA MALAYSIA
Penubuhan GIATMARA telah diluluskan oleh Majlis MARA pada
tahun 1986 bertujuan menghasilkan K-Entrepreneur dan K-Workers
dalam pelbagai bidang pekerjaan sejajar dengan permintaan masyarakat
setempat dan industri semasa. GIATMARA memainkan peranan penting
dalam mendidik pelatih melalui program latihan teknikal dan vokasional
di dalam dan di luar negara.
GIATMARA juga menggalakkan pelatih-pelatih yang tamat latihan
menceburi bidang keusahawanan demi kelestarian pengetahuan yang
diperolehi. Bermula dari memasuki program Latihan di GIATMARA,
pelatih didedahkan dengan Program Pembudayaan GIATMARA yang
meliputi Modul Keusahawanan GIATMARA, Training of Income Generation
(TriG), Forum/Seminar Keusahawanan/Ceramah Usahawan Berjaya dan
e-Usahawan (RAPIDE GM-TM).
Melalui Program Pembentukan Usahawan terdapat program
seperti Program Peningkatan Pendapatan, Program Interpreneur, Tech
Development Centre, The HUB GIATMARA, e-Usahawan, Rintis Niaga,
dan Usahawan Training & Income Generation (TRIG).
Akhirnya program peningkatan seperti Program Pembangunan
Produk Usahawan (RND), Pendigital Usahawan (PENJANA), Global
Technopreneur, Business Coaching, Biz on Wheels, Business Matching,
Usahawan Kontraktor dan Concept Workshop, bagi usahawan keluaran
GIATMARA untuk meningkatkan lagi pendapatan setelah berniaga.
Pusat GIATMARA yang pertama dibuka di Jitra, Kedah pada 1986
dan seterusnya berkembang pesat dengan penubuhan awal sebanyak 176
pusat di semua kawasan Parlimen menjelang akhir Rancangan Malaysia
ke- 8. Pusat GIATMARA sehingga kini berjumlah 231 buah.
Program Latihan Teknikal dan Vokasional GIATMARA terbahagi
kepada 12 kluster latihan iaitu Senibina, Mekanikal, Pengangkutan,
Pembuatan, Fabrik, Elektrikal, Teknologi Komputer & Rangkaian,
Elektronik, Kreatif Media, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan
Hospitaliti. Di dalam kluster latihan itu terdiri daripada 89 program latihan
teknikal dan vokasional. GIATMARA juga menawarkan program komuniti
berjangka pendek yang menerapkan falsafah pembelajaran sepanjang
hayat di Pusat Komuniti GIATMARA Ledang, Johor dan GIATMARA Prima
Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Pencapaian GIATMARA pada sepanjang penubuhannya adalah amat
memberangsangkan samada di peringkat organisasi mahu pun di bidang
latihan kemahiran teknikal dan vokasional. Beberapa kejayaan dan
anugerah telah dicapai oleh GIATMARA iaitu:
1
1. Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 1992.
2. Anugerah Inovasi Khas oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan
(UPP), Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1992.
3. Penghargaan Syarikat-syarikat terhadap prestasi Bekas Pelatih
GIATMARA (1993).
4. Pemenang Pertama – Pameran Pertandingan Johan Kemahiran
Kebangsaan 1993.
5. Anugerah Agensi/Institut Latihan Terbaik 1995 - Kategori Belia di
Pertandingan Johan Kemahiran Kebangsaan Malaysia Ke Enam.
6. Seorang pelatih GIATMARA mewakili Malaysia di International Youth
Skills Olympic (IYSO) di Lyons, France (Julai 1995).
7. Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri bagi Institut Latihan
Kemahiran terbaik di Malaysia 1996.
8. Program GIATMARA telah dipilih oleh Kerajaan (Jabatan Perdana
Menteri) untuk mewakili komtijen Malaysia dalam Program Asean/
Japan di Kambodia (MAC 1994 - Mac 1997, Mac 1998- Mei 1998 &
Mac 1999 hingga sekarang).
9. Tiga peserta GIATMARA mewakili Malaysia dalam Pertandingan “The
2nd Asean Skills” di Manila, Filipina pada 10 - 17 Disember 1995.
10. Program GIATMARA telah dipilih oleh Kabinet untuk melatih seramai
96 orang pelatih Namibia di tapak Akademik Binaan Malaysia di Bukit
Beruntung, Hulu Selangor selama 6 bulan dalam bidang Teknologi
Bangunan dengan menggunakan kaedah GIATMARA Mobile Concept
- Insitu Skills Training (Oktober - April 1997).
11. Lima peserta GIATMARA telah dicalonkan untuk pemilihan akhir
International Youth Skills Olympic (IYSO) di St. Galeri, Switzerland
(Julai 1997).
12. Tempat Pertama Peratusan Kejayaan dalam Pertandingan Johan
Kemahiran Malaysia Ke-8 1997 (Ogos 1997).
13. Naib Johan bagi Institut Latihan Terbaik dalam Pertandingan Johan
Kemahiran Malaysia Ke Lapan 1997 (Ogos 1997).
14. Tempat PERTAMA Anugerah Syarikat/Latihan Terbaik Anjuran
Unit Kualiti Bahagian Perkhidmatan Perjawatan MARA Tahun 1997
(Oktober 1997).
2
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
15. Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri Institusi/Agensi Latihan
Terbaik Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia Ke Sembilan (9
Ogos - 13 Ogos 1998).
16. GIATMARA telah mendapat tempat Pertama dalam 2 kategori daripada
3 kategori yang dipertandingkan dalam Pertandingan Rekacipta
Kemahiran MARA 1998. Iaitu Johan dalam kategori Mekanikal &
Elektrik dan johan dalam kategori Elektro Mekanikal.
17. Tiga pelatih GIATMARA telah berjaya melayakkan diri ke Pertandingan
"The 35th World Skill Competition" pada 7 hingga 18 November 1999
di Montreal, Canada dalam bidang Ladies Dressmaking, Electronic
Application dan Commercial Wiring.
18. Mewakili Malaysia dalam Global Skills Challenge (Global Skills Perth)
2013 yang diuruskan oleh World Skills Australia.
19. Dalam World Skills Asia Abu Dhabi pada tahun 2018, Pelatih
GIATMARA berjaya meraih Pingat Emas, Perak, dan Kecemerlangan.
20. Pada tahun yang sama, di World Skills Asean, Bangkok, Pelatih
GIATMARA meraih 3 Pingat Emas, 1 Pingat Gangsa dan 3 Pingat
Kecemerlangan.
21. Pada World Skills Kazan 2019, Pelatih GIATMARA memperolehi 1
Pingat Kecemerlangan.
22. GIATMARA telah memperoleh kejayaan di Malaysia Technology Expo
yang berlansung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 21
hingga 23 Februari 2020. Malaysia Technology Expo (MTE) adalah
platform untuk mengetengahkan ciptaan terkini. Pada tahun ini edisi
ke 19 MTE semakin bertambah baik dan semakin diiktiraf sebagai satu
pertandingan di peringkat antarabangsa. Kira-kira 500 peserta dari
pelbagai negara telah memeriahkan MTE pada tahun ini. Keputusan
MTE 2020 untuk GIATMARA Malaysia:
• Silver Medal – GIATMARA Lumut, Perak. (Project: Spin Ideal).
• Bronze Medal – GIATMARA Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan.
(Project: Eco Easy Clean).
• Bronze Medal – GIATMARA Tambun, Perak. (Project: Airbrush
Spray Booth).
23. Team GIATMARA Wilayah Persekutuan mendapat tempat pertama
hasil kolaborasi bersama Balai Bomba Setapak mencipta projek inovasi
yang dinamakan VEHICLE SECURE INDICATOR untuk Pertandingan
Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Hibrid Tahun 2020.
24. Anugerah 10 Mekanik Motosikal Terbaik Malaysia (Usahawan
3
GIATMARA) Anjuran Castrol, Hari Mekanik Malaysia 2020:
• Anugerah 10 Mekanik Terbaik Malaysia: Mohd Isa Bin Hj Mat
Arjan, Teknologi Motosikal, GIATMARA Teluk Intan.
• Anugerah 10 Bengkel Terbaik Malaysia: Bengkel Teknologi
Motosikal, GIATMARA Teluk Intan.
25. Kejayaan Usahawan GIATMARA yang membuka syarikat One
Transaviation Painting Sdn Bhd (Specialized In Aircraft And Automotive
Painting), Lepasan GIATMARA Jengka, Pahang dalam Kursus Teknologi
Baikpulih dan Mengecat Kenderaan.
26. 2 Pelatih GIATMARA berjaya melayakkan diri ke World Skills
Competition Shanghai 2021 yang mana diadakan pada 22 – 27
September 2021.
4
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
ANTARA KEJAYAAN GIATMARA
5
ANTARA KEJAYAAN USAHAWAN GIATMARA
6
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
VISI, MISI & OBJEKTIF
Visi
Menjadi Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional sepanjang
hayat yang terunggul dan diiktiraf di peringkat Negara dan
Antarabangsa.
Misi
MenyediakanlatihanTeknikaldanVokasionalyangberkualiti
dan memenuhi kehendak Negara bagi mewujudkan tenaga
kerja mahir dan bakal usahawan bumiputera yang berdaya
saing.
Objektif
• Melahirkan tenaga mahir negara
• Mewujudkan usahawan
• Membantu membasmi kemiskinan
7
DASAR INTEGRITI DAN TADBIR URUS
Pada mulanya GIATMARA tidak mempunyai dasar integriti yang tertentu
dan hanya berpandukan kepada arahan semasa MARA seperti Pelan
Integriti MARA, Kod Etika MARA, Polisi Tanpa Hadiah, dan Polisi Pemberi
Maklumat.
Walau bagaimana pun, beberapa dasar tadbir urus telah dibangunkan
bertujuan untuk meningkatkan integriti anggota kerja bagi tujuan
membenteras gejala rasuah adalah seperti berikut:
a. Pada tahun 1994, buku etika kerja pengurus, tenaga pengajar,
penyelenggara setor, kerana dan pembantu tadbir telah
diperkenalkan.
b. Pada 8 November 2006, Peraturan Perkhidmatan GIATMARA
(SPG) diperkenalkan dan diguna pakai. Di dalamnya terkandung
Peraturan-Peraturan Tatatertib dan Surcaj GIATMARA diguna
pakai untuk mengenakan tindakan tatatertib ke atas pegawai
yang terlibat. Di dalam peraturan dan tatatertib dan surcaj
GIATMARA terkandung:
i. Dasar penerimaan hadiah, sumbangan, keraian dan
menyelenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen
dan pendapatan persendirian.
ii. Pengisytiharan harta setiap anggota kerja.
c. Mulai tahun 2017, Manual Kerja Berkualiti (Manual Kerja
Berkualiti Tenaga Pengajar, Pegawai Mengawal Pusat, Pembantu
Eksekutif Urustadbir dan Pembantu Eksekutif Logistik
diperkenalkan dan diguna pakai oleh semua anggota kerja
GIATMARA.
d. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti yang menepati Keperluan
MS ISO 9001:2005 dalam menghasilkan perkhidmatan
cemerlang berlandaskan penambahbaikan yang berterusan dan
mengamalkan budaya kerja cemerlang ke arah pencapaian tahap
prestasi operasi optimum.
e. Buku Peraturan Penggunaan Kemudahan ICT GIATMARA.
f. Pada tahun 2012, GIATMARA telah melancarkan Pelan
Transformasi GIATMARA 2012-2020 (GMTP).
g. Dalam tahun 2020, Pelan Rasionalisasi Dan Strategik GIATMARA
2020-2025 (GRSP) menggantikan GMTP.
8
|BAB 02PENGURUSAN INTEGRITI
DAN TADBIR URUS
• STRUKTUR PENGURUSAN INTEGRITI DAN TADBIR URUS
• PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI
• KEKANGAN PELAKSANAAN PROGRAM
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
STRUKTUR PENGURUSAN INTEGRITI DAN TADBIR URUS
Pengurusan Integriti dan Tadbir Urus di GIATMARA secara resminya
bermula pada 20 Mei 2014 dengan tertubuhnya Bahagian Integriti dan
Undang-Undang. Bahagian ini diletakkan terus di bawah pengawasan
Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA. Penubuhannya diluluskan oleh
Mesyuarat Lembaga Pengarah GIATMARA, bertujuan untuk memastikan
segala peraturan, prosedur, dan tadbir urus GIATMARA dipatuhi. Fungsi
utama Bahagian Integriti dan Undang-Undang GIATMARA ialah memberi
khidmat nasihat perundangan, menjadi urusetia Mesyuarat Lembaga
Pengarah dan melaksanakan peranan unit integrti seperti yang dinyatakan
di dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 6 Tahun 2013.
Mesyuarat Lembaga Pengarah GIATMARA Bil 46 (3/2014 memutuskan
fungsi unit integriti adalah seperti berikut:
a. Memastikan Tadbir Urus yang terbaik telah dilaksanakan.
b. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan
integriti.
c. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta
pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
d. Menerima dan mengambil tindakan keatas aduan atau maklumat
mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan.
e. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan
yang berkuatkuasa
f. Melaksanakan fungsi urusetia Jawatankuasa tatatertib termasuk
semakan-ke atas kes-kes akan dibawa ke Jawatankuasa
Tatatertib.
Pada 25hb. Julai 2019 fungsi dan peranan Unit Integriti telah
diletakkan di bawah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia GIATMARA
dan dinamakan sebagai Unit Integriti dan Tatatertib (UIT). Fungsi teras
Unit Integriti dan Tatatertib, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
adalah seperti berikut:
a. Pengurusan Aduan,
Menguruskan penerimaan maklumat atau aduan mengenai
salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan
serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
b. Pengesahan dan Pengesanan.
Membuat pengesahan dan pengesanan ke atas aduan salah laku
11
jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang
diterima.
c. Pengukuhan Integriti.
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan
integriti dalam organisasi.
d. Governans
Memastikan tadbir urus terbaik dalam usaha memperkukuhkan
integriti pegawai dan anggota kerja organisasi.
e. Pengurusan Tatatertib
Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Tatatertib GIATMARA
berkaitan proses dan tindakan tatatertib.
12
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI
Kejayaan melaksanakan peranan dan tanggungjawab Unit Integriti
dan Tatatertib adalah dipengaruhi oleh keupayaan yang ada seperti
kewangan, logistik dan sumber manusia. Sehubungan itu tumpuan diberi
kepada usaha memantapkan kompetensi pegawai-pegawai di dalam Unit
Integriti dan Tatatertib. Semua pegawai UIT telah diberi pendedahan
dan pengetahuan berkaitan pelaksanaan peranan unit melalui kursus
pemantapan yang dikendalikan oleh Akademi Pencegahan Rasuah
Malaysia (MACA).
PENGURUSAN ADUAN
Pengurusan aduan adalah berkaitan dengan pengurusan penerimaan
maklumat/aduan mengenai salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa,
penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi
yang sistematik bagi memastikan tindakan ke atas setiap maklumat/
aduan. Sehubungan itu, pengurusan aduan yang cepat adalah perlu
dilaksanakan oleh pegawai di Unit Integriti. Aduan adalah tidak terbatas
kepada menyelia dan memantau pengurusan penerimaan aduan, tetapi
Pegawai UIT juga bertanggungjawab untuk memastikan kecekapan system
aduan dilaksanakan. Pekeliling berkaitan iaitu Pekeliling Perkhidmatan
GIATMARA bil. 320(28) 2018 Tatatertib Pengurusan GIATMARA Sendirian
Berhad.
Tindakan yang telah dibuat untuk pengurusan aduan ini ialah:
a. Mewujudkan satu Sistem Pengurusan Aduan secara manual/
online dalam organisasi.
b. Menyelia, memantau dan menguruskan penerimaan maklumat/
aduan mengenai salah laku jenayah, rasuah, salah guna kuasa
dan penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika
organisasi.
c. Membawa maklumat/aduan ke Jawatankuasa Tatatertib
GIATMARA.
d. Memastikan maklumat/aduan berkaitan rasuah, salah guna
kuasa serta penyelewengan diambil tindakan oleh Unit Integriti.
e. Memastikan maklumat/aduan yang berkaitan atau tidak
berkaitan dengan tindakan Unit Integriti dikemukakan kepada
Bahagian yang bersesuaian dalam organisasi untuk tindakan
dalaman.
f. Memantau dan menyelia rekod pergerakan aduan masuk/terima
13
sehingga selesai.
g. Menganalisis trend/jenis/kategori aduan yang diterima.
h. Menyediakan Laporan Statistik Aduan secara berkala untuk
pemantauan.
i. Mengadakan jalinan Kerjasama dengan Bahagian-Bahagian
dalam organisasi untuk penambahbaikan Sistem Pengurusan
Aduan.
j. Mewujudkan polisi Perlindungan Pemberi Maklumat bagi
memastikan kerahsiaan maklumat dan pemberi maklumat
dipelihara.
k. Mewujudkan saluran hebahan/pemakluman kepada pihak
Penguatkuasa supaya seseorang individu yang memerlukan
perlindungan di bawah ASPRM 2009 (Akta 694) dan Akta
Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) dapat perlindungan dan
kerahsiaan sebagaimana diperuntukkan di bawah kedua-dua
Akta berkenaan.
Sepanjang tempoh 2018 -2020, sebanyak 43 aduan telah diterima
dari berbagai sumber oleh UIT. Jawatankuasa Penguruan Aduan telah
menganalisis aduan dan maklumat yang diterima untuk tindakan lanjut.
PENGESAHAN DAN PENGESANAN
Unit Integriti bertanggungjawab untuk membuat pengesahan
dan pengesanan terhadap aduan salah laku jenayah, pelanggaran tata
kelakuan dan etika organisasi yang diterima dan seterusnya memastikan
tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
Aktiviti yang telah dijalankan adalah:
a. Melaksanakan tugas pengesanan dan pengesahan maklumat
berkaitan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, pelanggaran
tata kelakuan dan etika organisasi.
b. Menyediakan laporan lengkap hasil daripada pengesahan yang
dilakukan beserta ulasan dan syor Unit Integriti sama ada aduan
perlu diedarkan kepada organisasi penguatkuasa yang berkaitan.
c. Bagi isu pentadbiran dalaman, laporan perlu disemak oleh Ketua
Unit Integriti dan di edarkan kepada Pengarah Bahagian Sumber
Manusia untuk tindakan selanjutnya.
14
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
d. Bagi kes jenayah, laporan hasil pengesanan dan pengesahan
hendaklah dilapor terus kepada Agensi Penguatkuasa berkaitan.
e. Contoh Aktiviti ialah Pemeriksaan dan Penelitian terhadap
Laporan Audit Dalam, Pembentukan Jawatankuasa Khas
Siasatan dan Penyediaan Pelaporan Siasatan.
f. Unit integriti telah membuat siasatan kes antara tahun 2018
hingga 2020. 24 siasatan kes diterima dan diproses oleh Bahagian
Audit Dalam GIATMARA dan Pengarah GIATMARA Negeri.
PENGUKUHAN INTEGRITI
Pengukuhan Integriti adalah tanggungjawab penting Unit Integriti
bagi memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan
integriti dalam organisasi dapat dicapai.
Tindakan yang telah dibuat ialah:
d. Merancang, melaksana, menyelaras program pengukuhan
integriti bagi meningkatkan amalan nilai-nilai murni, etika dan
integriti organisasi.
e. Memantau, menyelaras, menganalisis prestasi dan pelaporan
pelaksanaan program.
f. Menyediakan artikel/input bahan bacaan pengukuhan integrity
penerbitan, cetakan, hebahan dan promosi kepada anggota kerja.
g. Membuat jaringan kukuh dengan Pengarah Bahagian/Unit
dalam Organisi.
h. Contoh Aktiviti ialah Wacana Integriti/ceramah/ bingkisan/
bulletin/artikel dan Ikrar bebas Rasuah (IBR).
Pengukuhan integriti telah menjadi fokus utama pelaksanaan
tanggung UIT iaitu memberi kesedaran di kalangan warga GIATMARA
berkaitan tadbir urus, pembudayaan integriti dan pencegahan rasuah.
Sebanyak 6 Seminar Pemantapan Integriti telah diadakan melibatkan
sejumlah 544 anggota kerja yang telah diadakan di Ibu Pejabat GIATMARA
dan beberapa pejabat GIATMARA Negeri.
15
Antara program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
Pengukuhan Terhadap Pegawai Dalam Unit Integriti Dan
Tatatertib GIATMARA
1.
Seminar Pemantapan Integriti
Menjana Budaya Kerja Cemerlang
GIATMARA Dan Pelaksanaan Ikrar
Bebas Rasuah.
Anggota Kerja Ibu Pejabat GIATMARA
2.
Seminar Pemantapan Integriti
Menjana Budaya Kerja Cemerlang
GIATMARA Dan Pelaksanaan Ikrar
Bebas Rasuah.
Anggota Kerja GIATMARA Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan
GIATMARA Negeri Selangor
3.
Seminar Pemantapan Integriti
Menjana Budaya Kerja Cemerlang
GIATMARA Dan Pelaksanaan Ikrar
Bebas Rasuah.
Anggota Kerja Anggota Kumpulan
Sokongan GIATMARA Negeri Sabah.
4.
Seminar Pemantapan Integriti
Menjana Budaya Kerja Cemerlang
GIATMARA Dan Pelaksanaan Ikrar
Bebas Rasuah.
Tenaga Pengajar GIATMARA Negeri
Sabah
16
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
5.
Seminar Pemantapan Integriti
Menjana Budaya Kerja Cemerlang
GIATMARA Dan Pelaksanaan Ikrar
Bebas Rasuah.
Anggota Kerja Pengurusan dan
sokongan GIATMARA Negeri
Sarawak
6.
Penerangan Seksyen 17(A) Akta
SPRM 2009.
Pengarah Bahagian dan Pengarah
Negeri
7.
Peringatan integriti berbentuk video, info grafik dan keratan akhbar
telah diedarkan kepada semua anggota kerja GIATMARA (emel alluser)
melalui emel pada setiap bulan.
Semua anggota kerja GIATMARA.
17
GOVERNANS
Fungsi ini berperanan untuk mematikan governans terbaik dalam
usaha memperkukuhkan integriti pegawai dan anggota kerja di organisasi
serta menangani is-isu berkaitan integriti terutamanya perilaku rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa.
Langkah-langkah yang telah dilakukan ialah:
a. Membuat semakan dan kajian terhadap dasar, sistem dan prosedur
kerja dan mencadangkan penambahbaikan.
b. Menyelaras penambahbaikan system procedur organisasi berkaitan.
c. Menyelia dan memastikan pelaksanaan mekanisme governans terbaik.
d. Contoh Aktiviti ialah MS ISO 9001:2005, MS ISO 9001:2015, MARA
Ecosystem Quality Standard (MQS) 2018, Pelan Pengurusan Risiko
2019, Kod Etika Kerja Organisasi, `No Gift Policy’ dan Pelan Anti
Rasuah Organisasi (2021-2025).
PENGURUSAN TATATERTIB
Unit Integriti juga berperanan sebagai Urus Setia Jawatankuasa
Tatatertib GIATMARA. Fungsi UIT sebagai urusetia tatatertib yang telah
dijalankan ialah:
a. Mengeluarkan surat tunjuk sebab.
b. Menyedikan Kertas Kerja Prima Facie untuk dibentangkan kepada
Jawatankuasa Tatatertib.
c. Mengeluarkan surat pertuduhan.
d. Menyediakan Kertas Kerja Hukuman untuk dibentangkan kepada
Jawatankuasa Tatatertib.
e. Mengeluarkan surat Hukuman.
f. Menyediakan kertas kerja Rayuan untuk dibentangkan kepada
Jawatankuasa Rayuan.
g. Mengeluarkan surat keputusan rayuan kepada anggota kerja terlibat.
Sejumlah 56 telah diambil tindakan siasatan, manakala tiada
bakinya tidak diambil tindakan samada maklumat tidak lengkap atau
tiada kesalahan.
18
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
Sebanyak 43 aduan laporan tatatertib telah diterima dan diuruskan
oleh UIT. Jenis- jenis kesalahan adalah seperti berikut:
Tindakan sewajarnya telah diambil oleh pihak UIT dan berikut adalah
tindakan yang diambil iaitu:
19
KEKANGAN PELAKSANAAN PROGRAM
Merujuk kepada pelaksanaan program dan aktiviti yang dijalankan, UIT
GIATMARA tidak dapat melaksanakan 5 peranan dan tanggungjawab yang
diamanahkan dengan baik dan berkesan. Didapati hanya tanggungjawab
pengukuhan integriti dan pengurusan tatatertib dapat dilaksanakan
dengan baik walaupun dalam kapasiti yang agak minimum dan tidak
menyeluruh. Manakala 3 fungsi lagi iaitu; pengesanan dan pengesahan,
pengurusan aduan dan governans tidak dapat diberi tumpuan.
Keanggotaan UIT merupakan kekangan utama yang merencatkan
pelaksanaan peranan dan tanggungjawab UIT dengan cekap dan
berkesan. Jumlah keanggotaan UIT adalah seramai 4 orang termasuk
Ketua Unit. Jumlah ini amat sedikit dan tidak mencukupi berbanding
sejumlah 2110 orang warga GIATMARA seluruh negara tidak termasuk
pelatih. Keperluan keanggotaan sekurang-kurangnya seorang bagi setiap
fungsi adalah wajar bagi mengelakkan tiada fungsi yang tercicir.
Faktor kompetensi pegawai UIT juga merupakan satu kekangan
yang mengganggu kepada pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab
secara lebih berkesan. Adalah dicadangkan supaya Pegawai-pegawai UIT
diberi pendedahan dan latihan melalui kursus-kursus yang berkaitan;
penempatan sementara pegawai UIT di Unit Integriti agensi luar; Melantik
khidmat tenaga pakar sebagai penasihat kepada UIT
20
|BAB 03
MEMPERKASA
PENCEGAHAN RASUAH
• KEPENTINGAN PENCEGAHAN RASUAH
• PENGURUSAN RISIKO RASUAH
• KERANGKA PELAN ANTI RASUAH GIATMARA
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
KEPENTINGAN PENCEGAHAN RASUAH
Rasuah seringkali dilabelkan sebagai satu penyakit sosial, namun
apa yang pasti rasuah adalah satu jenayah. Akta Suruhanjaya Pencegah
Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dengan jelas menerangkan akan pengertian
rasuah dan jenis-jenis kesalahan rasuah serta hukuman yang boleh
dikenakan apabila disabitkan. Secara umumnya rasuah bermaksud
pemberian atau penerimaan sesuatu suapan sebagai upah atau dorongan
bagi melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang berkaitan dengan
tugas resmi. Seseorang itu dikatakan melakukan perbuatan rasuah
apabila beliau menggunakan kedudukan atau jawatan awamnya untuk
kepentingan sendiri. Perbuatan mengemukakan tuntutan palsu juga
merupakan kesalahan rasuah yang diperuntukkan di bawah Akta SPRM
2009.
Jelasnya kesan jenayah rasuah bukan hanya kepada pelakunya
malahan natijahnya juga dibebani oleh organisasi yang terlibat dan negara
secara umumnya. Kesan rasuah secara keseluruhannya dapat dilihat dari
sudut politik, ekonomi dan sosial. Sejarah telah banyak membuk-tikan
bahawa kestabilan politik sesebuah negara itu banyak dipengaruhi oleh
sejauhmana keupayaan dan kejujuran Kerajaan menangani soal rasuah
khususnya dalam pentadbiran. Ditinjau dari sudut ekonomi, beberapa
kajian secara konsisten mendapati rasuah mempengaruhi pembangunan
dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Ianya mempengaruhi kadar
pertumbuhan ekonomi, penda- patan per kapita KDNK dan pelaburan
asing. Manakala apabila ditinjau dari sudut sosial, rasuah mengakibatkan
berlakunya ketidakadilan sosial, perbezaan jurang pendapatan yang
ketara dan peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat.
Pencegahan rasuah kini telah menjadi agenda penting yang
sangat diberi perhatian bukan sahaja di dalam perkhidmatan awam
malahan kepada pihak swasta dan msyarakat umum. Pelancaran
Pelan Anti Rauah Nasional 2019-2023 pada pada 29 Januari 2019
merupakan dokumen penting Kerajaan yang menggaris-kan tindakan
menyeluruh dan bersepadu yang perlu diambil olek semua pihak yang
terlibat dalam memerangi rasuah. Penguat-kuasaan seksyen 17A Akta
SPRM 2009 berkaitan liabiliti korporat juga telah menjadi pemangkin
kepada organisasi komersil terutamanya untuk memiliki perancangan
pencegahan rasuah yang berkesan. Menyedari akan pentingnya usaha
pencegahan rasuah dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu.
maka amatlah wajar GIATMARA untuk melihat persoalan rasuah sebagai
suatu risiko yang boleh mengganggu operasi dan matlamat yang hendak
dicapai. Perancangan yang sistematik dan bersepadu perlu dilakukan
agar usaha-usaha pencegahan rasuah dapat dilaksanakan dengan cekap
dan berkesan.
23
PENGURUSAN RISIKO RASUAH
Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) telah menjadikan kaedah
Pengurusan Risiko Rasuah (Corruption Risk Management - CRM) sebagai
salah satu inisiatif yang perlu dilaksanakan. Pendekatan CRM bertujuan
untuk mengenalpasti dan menilai jenayah rasuah sebagai satu risiko
yang boleh menjejaskan kelancaran dan prestasi sesebuah organisasi.
Seterusnya CRM membantu organisasi untuk mengenalpasti risiko-
risiko rasuah yang telah, sedang atau mungkin akan berlaku dan menilai
keberkesanan kawalan sedia ada. Penilaian risiko yang sistematik dan
menyeluruh ini menjadi asas kepada pembangunan Pelan Pengurusan
Risiko Rasuah untuk organisasi.
Penilaian risiko rasuah (Corruption Risk Assessment – CRA) perlu
dilaksanakan untuk mengenalpasti risiko yang dihadapi, punca terjadi
dan kesannya kepada organisasi. Penilaian risiko ini dibuat melalui
proses 7 langkah yang dicadangkan oleh SPRM sebagaimana Rajah 3.1.
Rajah 3.1 7 Langkah Penilaian Risiko
24
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
Manakala risiko yang dikenalpasti dibuat penarafan dengan
membandingkan kemungkinan berlaku risiko dan impak risiko tersebut.
Penarafan risiko dilakukan dasarkan matrik risiko seperti di Rajah 3.2 di
bawah. Tahap penarafan risiko adalah TINGGI, SIGNIFIKAN, SEDERHANA
dan RENDAH.
Rajah 3.2 Matrik Risiko
Sehubungan itu GIATMARA telah mengambil serius saranan oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar melaksana-kan
Pengurusan Risiko Rasuah (CRM – Corruption Risk Manage-ment) bagi
mempastikan usaha pencegahan rasuah dapat dilaksanakan dengan
cekap dan berkesan. Pada Disember 2020, satu Bengkel Pengurusan
Risiko Rasuah telah diadakan yang melibatkan seramai 25 orang peserta
dan telah berlangsung selama 3 hari. Hasil bengkel yang dilaksanakan
telah dikenalpasti 31 risiko seperti Jadual 3.1 di bawah.
NO RISIKO RASUAH TAHAP
RISIKO
1 Salah guna kuasa dalam pemilihan pembekal yang tidak TINGGI
memenuhi syarat bagi program.
2 Rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan pembekal. TINGGI
3 Salah guna kuasa dalam penilaian dan pemarkahan pelatih TINGGI
25
4 Pemalsuan dokumen oleh pemohon untuk membuat TINGGI
pinjaman computer/smartphone
5 Tuntutan palsu dalam pembayaran melibatkan kemajuan TINGGI
kerja projek termasuk senggaraan
6 Mempengaruhi panel peperiksaaan dalam pemberian TINGGI
markah oleh personel
7 Salah guna kuasa dalam pemilihan peserta yang tidak TINGGI
menepati syarat bagi mengikuti program usahawan.
8 Salah guna kuasa semasa pemantauan projek-projek TINGGI
pembangunan
9 Kebocoran maklumat dalam pengurusan tender/ TINGGI
sebutharga
10 Salah guna kuasa dan penyelewengan dalam pengurusan TINGGI
perolehan
11 Rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan pembekal TINGGI
yang sama berulang-ulang bagi urusan perolehan.
12 Rasuah dan salah guna kuasa dalam menentukan TINGGI
pengesahan kerja yang tidak sempurna
13 Keputusan tidak adil dalam mengesyorkan Tempoh SIGNIFIKAN
Pelanjutan Masa bagi pengurusan projek (Kerja/ICT/
Bekalan & Perkhidmatan)
14 Pegawai pengesah penerimaan bekalan/perkhidmatan/
kerja menerima atau meminta bayaran semasa pengesahan
penerimaan.
15 Salah guna kuasa dalam membuat kutipan yuran
pendaftaran pelatih secara tunai dan tiada resit dikeluarkan
16 Rasuah dan salah guna kuasa dalam pengisian data
laporan pelatih separuh masa
17 Rasuah dan salah guna kuasa dalam mengemukakan
tuntutan palsu
18 Salah guna kuasa dalam meluluskan pembayaran bagi
tuntutan perolehan yang tidak lengkap
19 Rasuah untuk mendapatkan jawatan/ kenaikan pangkat/
pertukaran/Laporan prestasi
20 Pembayaran tanpa dokumen lengkap SEDERHANA
21 Kegagalan Pegawai Pemeriksa Aset Alih untuk menjalankan
pemeriksaan aset secara menyeluruh
22 Kebocoran maklumat dan dokumen/ penghapusan dan
pemalsuan dokumen keatas bukti kes tatatertib dan
laporan yang berkaitan.
23 Rasuah dan salah guna kuasa dalam pengambilan pelatih
24 Salah guna kuasa dalam mendaftarkan pelatih yang tidak
wujud
25 Risiko berlakunya perlakuan rasuah di peringkat
pengurusan
26
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
26 Memberi rasuah untuk mendapatkan/meluluskan
pinjaman kepada pemohon yang tidak layak.
27 Risiko berlakunya rasuah oleh agen insurans untuk
menyambung kontrak perkhidmatan
28 Penggubalan dasar yang mempunyai kepentingan peribadi
29 Rasuah dan salah guna kuasa dalam menentukan
hukuman tatatertib pelatih
30 Penyalahgunaan Harta Aset Alih GIATMARA bagi tujuan
tidak rasmi
31 Pencerobohan ke atas sistem dan rangkaian GIATMARA
27
KERANGKA PELAN ANTI RASUAH GIATMARA
Pelan Anti Rasuah GIATMARA dibangunkan melalui perancangan
strategik dan berfokuskan kepada risiko rasuah yang telah dikenalpasti.
Analisis yang komprehensif dilakukan ke atas risiko-rasuah yang berkaitan
bertujuan untuk menghasilkan satu pelan tindakan pencegahan rasuah
yang sistematik dan berkesan. Pelan strategik ini dinamakan Pelan Anti
Rasuah GIATMARA yang disediakan berdasarkan kerangka seperti Rajah
3.3.
Rajah 3.3 Kerangka Pelan Anti Rasuah GIATMARA
Visi Pelan Anti Rasuah GIATMARA adalah untuk menjadikan
GIATMARA sebagai institusi latihan kemahiran yang mengamalkan
tadbir urus baik dan membudayakan integriti. Manakala misi pula
adalah untuk memperkasakan tadbir urus, memantapkan integriti dan
menguatkuasakan pencegahan rasuah dengan berkesan. Matlamat yang
ingin dicapai melalui Pelan Anti Rasuah GIATMARA adalah;
a. Melahirkan tenaga mahir negara yang cekap dan berintegriti.
b. Mewujudkan usahawan yang berdaya saing dan mengamalkan tadbir
urus baik.
c. Meningkatkan ketelusan dalam Pengurusan sumber manusia,
kewangan dan perolehan.
Pelan Anti Rasuah GIATMARA juga telah menetapkan bidang
keutamaan dan strategi pelaksanaan. Jangka masa pelaksanaan pelan
ini adalah selama 5 tahun iaitu 2021 – 2025.
28
|BAB 04
PELAN TINDAKAN
ANTI RASUAH
• BIDANG KEUTAMAAN
• STRATEGI PELAKSANAAN
• PELAN TINDAKAN
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
BIDANG KEUTAMAAN
Pelan Anti Rasuah GIATMARA menetapkan lima (5) bidang
keutamaan yang menjadi fokus dalam usaha memperkasakan tadbir
urus, memantapkan integriti dan menguatkuasakan pencegahan rasuah
dengan berkesan. Bidang keutamaan tersebut adalah seperti berikut:
PENYEDIAAN LATIHAN KEMAHIRAN
Matlamat utama penubuhan GIATMARA ialah untuk melahirkan tenaga mahir negara
dalam bidang teknikal dan vokasional. ramai pelatih berkemahiran dalam bidang
teknikal dan vokasional, Fokus utama bidang ini ialah memastikan penyediaan latihan
dilakukan dengan cekap dan berkesan. Pada masa yang sama tumpuan diberikan
kepada melahirkan tenaga mahir yang berkualiti dan berintegriti.
BIMBINGAN DAN BANTUAN USAHAWAN
Objektif GIATMARA bukan setakat melahirkan tenaga mahir malahan turut memberi
bimbingan dan bantuan kepada bekas pelatih untuk menjadi usahawan. Fokus dalam
bidang ini ialah meningkatkan kualiti bimbingan ke arah melahirkan usahawan yang
patuh kepada tadbir urus baik dalam perniagaan. Selain daripada itu, tumpuan juga
diberikan kepada memantapkan tadbir urus pemberian bantuan agar mereka yang
benar-benar layak memperolehinya.
PENGURUSAN PROSES PEROLEHAN
Pengurusan perolehan di GIATMARA banyak tertumpu kepada perolehan barangan
atau peralatan untuk tujuan latihan dan ianya melibatkan jumlah peruntukan yang
besar. Kualiti yang baik dan kuantiti yang mencukupi bagi barangan dan peralatan
banyak mempengaruhi keberkesanan latihan. Oleh itu bidang keutamaan ini memberi
tumpuan kepada integriti dan tadbir urus pemilihan pembekal dan pengesahan
penerimaan barangan atau peralatan.
PENTADBIRAN ASET DAN PEMBANGUNAN
Pusat GIATMARA mempunyai banyak aset alih yang sebahagian besarnya merupakan
bahan atau peralatan latihan seperti kereta dan motosikal. Tumpuan diberikan kepada
meningkatkan pemeriksaan dan pemantauan ke atas pentadbiran aset alih yang
bernilai tinggi. Manakala dalam pengurusan projek pembangunan, tumpuan adalah ke
atas aspek kawalan yang melibatkan penyeliaan dan pemantauan. Pemantapan tadbir
urus perlu dilakukan bagi menutup ruang dan peluang kepada perlakuan jenayah
rasuah.
TADBIR URUS DAN SUMBER MANUSIA
Bidang keutamaan ini memberi tumpuan kepada memantapkan tadbir urus dengan
mewujudkan dasar yang jelas dan menyediakan garis panduan yang menutup peluang
dan ruang berlakunya rasuah. Pemantapan integriti warga GIATMARA akan terus
dipertingkat bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif harmoni. Manakala
pengurusan sumber manusia yang cekap termasuk memantapkan kompetensi
terutamanya di kalangan tenaga pengajar bakal melahirkan modal insan yang berdaya
saing dan memiliki etika yang terpuji.
31
STRATEGI PELAKSANAAN
Berdasarkan bidang keutamaan yang dikenalpasti, sebanyak lima
(5) strategi telah dirangka bagi menangani risiko-risiko rasuah yang
berkaitan. Sehubungan itu sebanyak 2 objektif strategik dibentuk bagi
setiap strategi berdasarkan bidang keutamaan.
STRATEGI 1 Mempertingkatkan Keberkesanan Latihan dan Integriti
Pelatih.
• Menambahbaik Kualiti Latihan.
• Memperkasakan Integriti Pelatih.
STRATEGI 2 Meningkatkan Pengurusan Khidmat Bimbingan dan Bantuan.
• Meningkatkan Kualiti Program Bimbingan Usahawan.
• Memantapkan Tadbir Urus Bantuan kepada Bekas Pelatih.
STRATEGI 3 Meningkatkan Ketelusan dan Kecekapan Proses Perolehan.
• Memantapkan Ketelusan dan Akauntabiliti Perolehan.
• Meningkatkan Kecekapan Proses Perolehan.
STRATEGI 4 Memantapkan Akauntabiliti Pengurusan Aset dan Pembangunan.
• Meningkatkan Pemantauan Pengurusan Aset.
• Mempertingkat Kawalan Pengurusan Projek Pembangunan.
STRATEGI 5 Memperkasa Tadbir Urus dan Sumber Manusia.
• Memantapkan Integriti dan Tadbir Urus Organisasi.
• Meningkatkan Kompetensi Modal Insan.
32
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
PELAN TINDAKAN
BIDANG KEUTAMAAN 1
Penyediaan Latihan Kemahiran
STRATEGI 1:
Mempertingkatkan Keberkesanan Latihan dan Integriti Pelatih
OBJEKTIF STRATEGIK 1.1: Menambahbaik Kualiti Latihan
BIL INISIATIF / TINDAKAN PENERAJU/ TEMPOH MASA
1 PELAKSANA PERLAKSANAAN
2 Memantapkan rekod kehadiran pelatih BPK Disember 2021
3 yang lebih sistematik PGN, BPK, UIT 2 Kali Setahun
4 Melaksanakan pemeriksaan secara mengejut
5 ke atas Pusat GIATMARA berkaitan data PGN, PGM, BSM Sepanjang Tahun
pelatih BPA, BSM 2021-2025
Menguatkuasakan garis panduan kehadiran BSM, BKK 2 Kali Setahun
tenaga pengajar dan staf
Memberi latihan berkaitan pengurusan
stor kepada PEL
Menyediakan latihan lanjutan dan terkini
kepada tenaga pengajar
BIDANG KEUTAMAAN 1
Penyediaan Latihan Kemahiran
STRATEGI 1:
Mempertingkatkan Keberkesanan Latihan dan Integriti Pelatih
OBJEKTIF STRATEGIK 1.2: Memperkasakan Integriti Pelatih dan
Pengajar
BIL INISIATIF / TINDAKAN PENERAJU/ TEMPOH MASA
PELAKSANA PERLAKSANAAN
2021-2025
Mengadakan ceramah berkaitan PGN, PGM
integriti, tadbir urus dan pencegahan Sebulan sekali
1 rasuah dalam Minggu Suai Kenal 2021-2025
pelatih
2 Mengadakan program pemantapan integriti PGN & PMP
secara berkala
3 Mengadakan taklimat pengurusan tatatertib BSM, UIT
untuk PMP
33
BIDANG KEUTAMAAN 2
Bimbingan Dan Bantuan Usahawan
STRATEGI 2:
Memantapkan Pengurusan Khidmat Bimbingan dan Bantuan.
OBJEKTIF STRATEGIK 2.1: Meningkatkan Kualiti Program Bimbingan
Usahawan
BIL INISIATIF / TINDAKAN PENERAJU/ TEMPOH MASA
PELAKSANA PERLAKSANAAN
Disember 2021
Memantapkan garis panduan pemilihan BPU
1 penceramah/training provider dan kadar Disember 2021
bayaran
2 Menambahbaik garis panduan pemilihan BPU
peserta bagi program keusahawanan
BIDANG KEUTAMAAN 2
Bimbingan Dan Bantuan Usahawan
STRATEGI 2:
Memantapkan Pengurusan Khidmat Bimbingan dan Bantuan.
OBJEKTIF STRATEGIK 2.2: Memantapkan Tadbir Urus Bantuan kepada
Bekas Pelatih
BIL INISIATIF / TINDAKAN PENERAJU/ TEMPOH MASA
1 PELAKSANA PERLAKSANAAN
2 Mengemaskini pekeliling berkaitan program BPU Disember 2021
bantuan kepada bekas pelatih
3 Melaksanakan penyeliaan dan pemantauan PGN, PGM 1 kali setahun
ke atas bantuan yang diberikan.
Memantapkan tadbir urus dalam pemilihan BPU Disember 2021
pembekal bagi Program Peningkatan
Pendapatan
34
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
BIDANG KEUTAMAAN 3
Pengurusan Proses Perolehan
STRATEGI 3:
Meningkatkan Ketelusan dan Kecekapan Proses Perolehan.
OBJEKTIF STRATEGIK 3.1: Memantapkan Ketelusan dan Akauntabiliti
Perolehan
BIL INISIATIF / TINDAKAN PENERAJU/ TEMPOH MASA
1 PELAKSANA PERLAKSANAAN
2 Mengemaskini pekeliling berkaitan BPA Jun 2022
3 pengurusan kewangan, perolehan dan
aset BPA Disember 2021
Mewajibkan perakuan integriti (integrity
pact) kepada pegawai pengesah BPA 1 kali/setahun
Mewajibkan pembekal/vendor untuk
hadiri taklimat/ceramah berkaitan
intergriti dan anti rasuah
BIDANG KEUTAMAAN 3
Pengurusan Proses Perolehan
STRATEGI 3:
Meningkatkan Ketelusan dan Kecekapan Proses Perolehan
OBJEKTIF STRATEGIK 3.2: Meningkatkan Kecekapan Proses Perolehan
BIL INISIATIF / TINDAKAN PENERAJU/ TEMPOH MASA
1 PELAKSANA PERLAKSANAAN
2 Mengadakan taklimat tentang konflik BPA, PGN Disember 2021
kepentingan kepada semua anggota kerja
secara terperinci. BPA, BSM 1 kali setahun
Mengadakan latihan berkala berkaitan
pengurusan perolehan kepada pegawai
yang terlibat.
35
BIDANG KEUTAMAAN 4
Pentadbiran Kewangan dan Pembangunan
STRATEGI 4:
Memantapkan Akauntabiliti Pengurusan Kewangan dan Aset
OBJEKTIF STRATEGIK 4.1: Meningkatkan Pemantauan Pengurusan
Aset
BIL INISIATIF / TINDAKAN PENERAJU/ TEMPOH MASA
PELAKSANA PERLAKSANAAN
1 kali setahun
1 Pemeriksaan mengejut ke atas pengurusan BPA, UIT 2021-2025
aset PGM
2021-2025
2 Meningkatkan kompetensi pegawai aset BSM, BPA
Disember 2021
3 Meningkatkan kemahiran penggunaan BPA
aplikasi MyAset
BIDANG KEUTAMAAN 4
Pentadbiran Kewangan dan Pembangunan
STRATEGI 4:
Memantapkan Akauntabiliti Pengurusan Kewangan dan Aset.
OBJEKTIF STRATEGIK 4.2: Mempertingkat Kawalan Pengurusan Projek
Pembangunan.
BIL INISIATIF / TINDAKAN PENERAJU/ TEMPOH MASA
1 PELAKSANA PERLAKSANAAN
2 Mewujudkan pasukan pemantau ke BPA Disember 2021
atas projek pembangunan
3 Mewujudkan/menambahbaik sistem BPA Disember 2021
pelaporan kemajuan projek
Mewujudkan garis panduan khusus BPS Disember 2021
bagi isu perlanjutan tempoh kontrak/
projek ICT
36
PELAN ANTI RASUAH GIATMARA 2021-2025
BIDANG KEUTAMAAN 5
Tadbir Urus dan Sumber Manusia
STRATEGI 5:
Memperkasakan Tadbir Urus dan Kompetensi Sumber Manusia.
OBJEKTIF STRATEGIK 5.1: Memantapkan Integriti dan tadbir urus
Organisasi.
BIL INISIATIF / TINDAKAN PENERAJU/ TEMPOH MASA
1 PELAKSANA PERLAKSANAAN
2 Mengemaskini dasar dan peraturan UIT 2021-2025
3 berkaitan pengurusan integriti, tadbir
urus dan pencegahan rasuah. UIT, PGN Tiga (3) kali setahun
Melaksanakan seminar/kursus pemantapan
integriti kepada semua warga GIATMARA BSM, UIT, BDS Disember 2021
Menilai keberkesanan dan menstruktur
semula UIT
BIDANG KEUTAMAAN 5
Tadbir Urus dan Sumber Manusia
STRATEGI 5:
Memperkasakan Tadbir Urus dan Kompetensi Sumber Manusia
OBJEKTIF STRATEGIK 5.2: Meningkatkan Kecekapan Modal Insan.
BIL INISIATIF / TINDAKAN PENERAJU/ TEMPOH MASA
PELAKSANA PERLAKSANAAN
Disember 2021
1 Mewujudkan dasar pusingan kerja (job BSM
rotation) Disember 2021
2 Mewujudkan dasar pertukaran dan BSM Disember 2021
penempatan
3 Menyelaraskan gred jawatan bagi lantikan BSM
PGN & PGM
37